MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

54
MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Disempurnakan oleh: YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia 10 Januari 2017 (Selasa) Dewan Plenari PICC, Putrajaya #ptbkpm2017

Transcript of MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

Page 1: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Disempurnakan oleh: YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia 10 Januari 2017 (Selasa) Dewan Plenari PICC, Putrajaya

#ptbkpm2017

Page 2: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGURUSAN TERTINGGI KEMENTERIAN

#ptbkpm2017

YB Dato’ P. Kamalanathan a/l Panchanathan

Timbalan Menteri Pendidikan I YB Senator Datuk Chong Sin Woon

Timbalan Menteri Pendidikan II

YBhg Dato’ Sri Alias bin Hj Ahmad

Ketua Setiausaha YBhg Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 3: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Terima kasih Cikgu… Menghargai pengorbanan guru yang berkhidmat tidak kira di mana dalam pelbagai situasi semasa sekolah dibuka 2017

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 4: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Terima kasih Cikgu… Bantuan banjir 2017 untuk negeri Kelantan, Terengganu dan Sabah

•  Kementerian menzahirkan rasa

simpati kepada semua yang terjejas akibat bencana banjir

 

•  Bantuan dan baik pulih akan disalurkan

dengan kadar segera bagi meringankan beban dan memastikan persekolahan dapat diteruskan dengan selamat

 

Page 5: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Pendidikan negara bergantung kepada keupayaan guru melahirkan generasi berkemahiran, menghayati nilai murni dan memenuhi cita rasa bangsa dan negara

Sejajar dengan Sustainable Development Goals (SDG) dan Transformasi Nasional 2050 (TN50) iaitu dasar futuristik bersifat holistik dan inklusif untuk menyediakan generasi baharu masa hadapan.  

Peranan warga pendidikan amat penting bagi memastikan kejayaan transformasi pendidikan berupaya melakukan anjakan paradigma yang menjurus kepada transformasi minda bagi membolehkan generasi baharu murid berdaya saing dan mampu berdikari untuk membangunkan negara menjelang tahun 2050.  

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2013-2025 2030 2050

Page 6: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Perutusan 2016

Platfom media – elektronik, cetak dan media sosial digunakan sepenuhnya untuk mendapat maklum balas daripada guru-guru dan pelaksana dari seluruh negara

… menekankan komunikasi dua hala kerana ‘Kementerian bekerja untuk sekolah’

Page 7: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Menerajui Perubahan Ke Arah Pendidikan Global Perutusan Tahun Baharu 2017

03

Imbasan Tahun 2016: kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Tahun 2017: usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

Melangkah ke hadapan: amanat untuk warga pendidikan

Page 8: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016 Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 9: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016 Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

•  Sumbangan Malaysia sebagai ahli Lembaga Eksekutif UNESCO bagi penggal 2015-2019 diiktiraf pada peringkat dunia

•  Malaysia berkongsi pengalaman dan membantu inisiatif transformasi pendidikan negara kurang membangun dan kepulauan kecil menerusi kerjasama dengan UNESCO melalui inisiatif Malaysia Fund-in-Trust (MFIT).

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 10: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Persidangan antarabangsa yang diadakan di negara ini merupakan satu pengiktirafan terhadap Kementerian

9th ASEAN Education Minister and the Senior Education Officials Meeting di Sunway Resort

Hotel and Spa

Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Asia Pacific Regional Forum on Early Childhood Care and Education di Hotel

Marriott, Putrajaya

Page 11: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Lawatan delegasi asing ke KPM dan perkongsian amalan terbaik KPM dengan negara luar, antaranya…

Mesyuarat Bilateral antara Kementerian

Pendidikan Sri Lanka dan Kementerian

Pendidikan Malaysia

Lawatan Menteri Pendidikan Arab Saudi ke Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej

Tunku Kurshiah (TKC)

Perbincangan Menteri Pendidikan, Sukan dan

Kebudayaan Samoa, His Excellency Loau

Solamalemalo Keneti Sio bersama Menteri Pendidikan Malaysia

Lawatan Kerja Kementerian

Pendidikan Brunei Darussalam ke KPM

Lawatan dari Ministry of Education Culture

Sports Science and Technology (MEXT)

Japan ke SJKC Choong Wen Kuala Lumpur

Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Page 12: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pencapaian Tahun Pertama Gelombang 2 PPPM 2016

•  Peratus prasekolah KPM melepasi standard minimum prasekolah kebangsaan meningkat daripada 89.8% pada 2015 kepada 99% pada 2016

Namun begitu faktor kekangan kewangan tidak menghalang Kementerian untuk memacu peningkatan sistem dalam Gelombang 2

Negara mengalami permulaan yang mencabar ekoran kejatuhan harga minyak dunia dan kemelesetan ekonomi global yang menuntut pengubahsuaian Bajet 2016 Belanjawan Malaysia sebagaimana dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari 2016…

•  Peratus sekolah dengan pelibatan ibu bapa melepasi sasaran 65% kehadiran dalam 6 aktiviti utama mencapai 92%

•  Peratus sasaran penjimatan yang dijajarkan ke aktiviti yang mendokong keberhasilan murid meningkat dari 27% pada 2015 kepada 77% pada 2016

…antara pencapaian pada tahun 2016:  

Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Page 13: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Peningkatan skor murid Malaysia dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS)

Trend Pencapaian Malaysia Dalam TIMSS dari kitaran 1999 hingga 2015 Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Page 14: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Peningkatan skor murid Malaysia dalam Programme in International Student Assessment (PISA)

Keputusan PISA tahun 2009+, 2012 dan 2015 Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Page 15: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pencapaian guru Mohd Sirhajwan Idek (Guru KV Keningau) terpilih antara 50 Finalis Varkey Foundation Global Teacher Prize 2017  

•  Antara lima pemenang global Guru Di Hatiku •  Memenangi Biasiswa Macmillan untuk ke United Kingdom •  Membentangkan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris di

pelbagai persidangan antarabangsa  

Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) di bawah Asia-Pacific Teacher Exchange for Global Education (APTE) di bawah Program Pembangunan Guru pada peringkat antarabangsa anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Page 16: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pencapaian murid

Wira Negara di Olimpik Rio… langkah bermula di Sekolah Sukan Malaysia

Pandalela Rinong & Cheong Jun Hoong (Diving: Women’s

Synchronised 10 Meter Platform)

Nur Dhabitah Sabri & Cheong Jun Hoong (Diving: Women’s

Synchronised 3 Meter Springboard)

Goh Liu Ying & Chan Peng Soon

(Badminton: Mixed Doubles

Rio Olympics 2016: Silver Medalist)

Goh Wei Shem & Tan Wee Kiong (Badminton: Men’s

Doubles Rio Olympics 2016)

Abdul Latif Romly (Long Jump: Gold Medalist

Rio Paralympics 2016; Anugerah Khas Atlit

Pendidikan Khas KPM)

Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Page 17: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pencapaian murid

Program International Folklore Competition ‘International Talent 2016’, Costa Brava, Spain Pasukan Sekolah Seni Malaysia Sarawak telah mendapat tempat kedua dan Anugerah Khas Juri

Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Page 18: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pencapaian murid 13th World Robot Olympiad 2016, New Delhi, India  

Delegasi negara meraikan kemenangan buat kali ke-6 juara keseluruhan dunia  

2 Emas, 2 Perak, 1 Gangsa dan 1 Excellence Awards  

EMAS 1- Regular Elementary SJK C HUA LIAN (3), TAIPING, PERAK MENTOR - ONG CHAI LING MURID 1.  Ewe Zi Heng 2.  Vincent Tan Yi Jian 3.  Kenny Poh Zi Wei

EMAS 2 - Open Senior High  SMK DATO` JAAFAR, JOHOR BAHRU, JOHOR  MENTOR - WONG MINH CHJIAT ISABELLE  MURID  1.  Tengeo Chee Ying  2.  Chia Yin Yee Eunice  3.  Ong Su Hui  

PERAK 1- Regular Elementary  SJK C HUA LIAN (3), TAIPING, PERAK  MENTOR - KHAW WEI KIAT  MURID  1.  Ong Hao Wei  2.  Ng Chong Wei  3.  Leong Jia Zhe  

PERAK 2 - Open Elementary  SJK C YUK CHAI, PETALING JAYA, SELANGOR  MENTOR - TAN CHAI JO  MURID  1.  Yong Saan Cern  2.  Andre Ng Zhi Wey  3.  Lim Yi Hang  

GANGSA 1 - Open Elementary  SJK C JALAN DAVIDSON, BANGSAR  MENTOR - JANE NG AI VERN  MURID  1.  Wong Cheng An  2.  Tan Ji Tao  3.  Loh Huey Xin  

Excellence Award - Open Junior High  MENTOR - YONG YEE YUNG  MURID  1.  Joel Yang Kai Sheng  2.  Christian Caleb Anak Shane  3.  Ronan Ling Jing Yik  

Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Page 19: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pencapaian murid Pasukan Reka Cipta SBP Integrasi Gombak dan SM Sains Hulu Selangor  Pingat emas dan 2 anugerah khas di International Warsaw Invention Show, Warsaw, Poland  

Sumber: www.kln.gov.my

Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Page 20: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pencapaian murid Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur – Kelab Rekacipta dan Inovasi  Pingat Emas - Indonesia Young Inventor Awards Pingat Emas - International Invention Awards di Kanada

•  Produk alat pengesan yang membantu orang kurang upaya untuk meletakkan kereta ditempat yang dikhaskan.

•  Menggunakan kad ID sebagai data untuk dibaca oleh pengesan

1.  Lukman bin Mohd Najib 2.  Mohd Alif Syafiq bin Md Takiyuddin 3.  Mohd Iqbal Afiq bin Mohamad 4.  Mohd Aiman bin Zabidi 5.  Danish Ezynac bin Mustafidee

Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Page 21: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pencapaian murid

Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Rawang berjaya menggondol sembilan pingat emas dan sepuluh anugerah khas dalam The Second World Invention Innovation Contest yang berlangsung di Korea pada Jun 2016. ����������� ������������������  

SM Imtiaz, Kuala Terengganu, turut memenangi pingat emas dalam World Invention Creativity Contest 2016 di Seoul, Korea Selatan pada Julai 2016.����������� ������������������  

Page 22: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Imbasan Tahun 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pendidikan negara berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat sepertiga teratas negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia

Kejayaan warga KPM memartabatkan pendidikan negara

Page 23: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 24: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Laluan pendidikan yang pelbagai dan pembelajaran sepanjang hayat

Page 25: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bantuan Persekolahan untuk Murid 2017

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

BANTUAN PERSEKOLAHAN UMUM (B.63)

1. Bantuan Geran Per Kapita (PCG)

2. Bantuan Geran Per Kapita Prasekolah (PCG Pra)

3. Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)

4. Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) merangkumi Bantuan Kokurikulum (BKK), Yuran Khas Sekolah (YKS)

5.

Bantuan Sukan Sekolah

BANTUAN PERSEKOLAHAN KHUSUS (B.63)

6. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)

7. Biasiswa Sukan (BS)

8. Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)

9. Elaun Pra Universiti (EPU)

10. Bantuan Makanan Asrama (BMA)

11. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu 1Malaysia (PS1M)

12. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid (PPM)

13. Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Pribumi (KEDAP)

14. Projek Khas Murid Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)

15. Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform (BPS)

16. Bantuan Jaket Keselamatan Murid (JKM)

BANTUAN PERSEKOLAHAN KHUSUS (B.12)

17. Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

BANTUAN PERSEKOLAHAN ONE-OFF (B.11)

18. Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M)

19. Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)

JUMLAH KESELURUHAN 2016 RM 2,964,160,300 2017 RM 3,059,975,200

Page 26: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Semakan Semula KSSR dan KSSM 2017 Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

•  Penggunaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) di bawah Kurikulum Standard Baharu Prasekolah (KSBP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR-Semakan 2017) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

•  Perubahan ke arah pendidikan yang lebih mudah dan bersifat terbuka selari dengan konsep pembelajaran abad ke-21 bagi merealisasi 6 Aspirasi Murid

Page 27: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) – pentaksiran holistik yang mengambil kira pembangunan jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

•  KPM sedang berusaha menyediakan profil murid sekolah yang komprehensif untuk mengambarkan keempat-empat pelaporan Pentaksiran sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Ko-kurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPSI), dan PT3/UPSR dalam bentuk infografik yang mudah untuk difahami oleh ibu bapa.

Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Psikometrik

(PPsi)

Pentaksiran Aktiviti

Jasmani, Sukan & Kokurikulum

(PAJSK)

Pentaksiran Tingkatan 3

Page 28: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Perubahan format UPSR: •  guru mendidik berdasarkan kurikulum, bukan berdasarkan format peperiksaan; •  fokus kepada literasi dan numerasi pada Tahap 1 dan •  pengayaan pengetahuan pada Tahap 2

sebagaimana yang diamalkan di negara-negara yang ditanda aras pada peringkat global

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

§  Calon UPSR 2016: kohort pertama yang mengikuti KSSR dan melalui PBS sejak tahun 1 2011

§  Fokus kepada 4M (menulis, membaca, mengira dan menaakul)

§  Tahap pencapaian murid diukur berdasarkan standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi

Page 29: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

Perubahan telah berlaku di bilik darjah melalui penerapan 6 Aspirasi Murid •  keseimbangan ilmu dan akhlak dalam pendidikan akan menyediakan generasi masa depan dengan perubahan

lanskap pendidikan tinggi dan cabaran abad ke-21

SEKOLAH ORANG ASLI -- SEKOLAH SUKAN – SEKOLAH SENI – SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS – SBP – SBJK – SEKOLAH DALAM HOSPITAL

Kurikulum bertaraf antarabangsa

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) lebih holistik

Guru berkualiti sebagai pembimbing

Pelibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta

Pemimpin sekolah berprestasi tinggi

Pengupayaan kepada JPN dan PPD untuk memberikan

intervensi berfokus

Pembelajaran Abad ke-21

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)

Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kemahiran Dwibahasa dan bahasa tambahan

Page 30: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

Program Sekolah Transformasi (PST) 2016

Objektif •  membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih

berkesan dengan menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Pencapaian •  Sebanyak 100 buah sekolah telah melaksanakan PST pada 2016

•  Pada Tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah lagi dipilih untuk melaksanakan PST

Komuniti Pembelajaran Profesional Professional Learning Community (PLC)

Objektif •  Memupuk budaya kolaboratif dan perkongsian dalam

kalangan guru bagi menyelesaikan masalah PdP berasaskan persekitaran sekolah.

Pencapaian •  Sebanyak 64 buah sekolah telah dipilih sebagai sekolah

showcase pada tahun 2016 •  Setiap daripada 64 buah sekolah ini akan berkongsi

kepakaran dengan 4 sekolah berdekatan, justeru pada 2017 sebanyak 256 sekolah akan terlibat dengan penyebarluasan pembudayaan PLC mengikut JPN dan PPD setiap negeri.

Page 31: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

•  Pelan Hala Tuju Modal insan Sains & Teknologi 2020

•  Kerjasama Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

•  Meningkatkan minat murid dan kompetensi guru

•  STEM menyeronokkan dengan peluang kerjaya yang luas

Page 32: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pemerkasaan TVET

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

•  Hasrat kerajaan melalui Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan tenaga kerja separuh mahir dan mahir bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi

•  2,273 pelajar kohort pertama (2012) yang bergraduat pada April 2016 memperoleh Diploma dari 15 KV seluruh negara

•  83.10% mendapat pekerjaan dan menjadi usahawan dalam tempoh 3 bulan bergraduasi

•  RM4.6 billon diperuntukkan kepada institusi TVET dalam Bajet 2016

Page 33: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pendidikan Khas negara bertaraf global

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

•  Peningkatan bilangan murid berkeperluan khas (MBK) dalam pendidikan inklusif di sekolah harian dari 69,319 (2015) kepada 71,916 (2016)* membuktikan masyarakat lebih prihatin terhadap MBK

•  Peningkatan bilangan guru Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) dari 12,969 (2015) kepada 13,031 (2016) daripada prasekolah hingga menengah

•  Peningkatan prasarana untuk MBK di sekolah harian

•  Peluang menyambung pelajaran dalam TVET – Kolej Vokasional Pendidikan Khas Shah Alam dan Bandar Indahpura

•  Peningkatan bilangan MBK mengikuti bidang vokasional di ILKA dan ILKS (lebih 500 pada 2016) Jumlah MBK meliputi Program Pendidikan Inklusif (PPI) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari

peringkat prasekolah hingga menengah *Data sehingga 30 Jun 2016

Page 34: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pendidikan Orang Asli

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

•  Peningkatan prestasi murid secara holistik melalui pembangunan sekolah model khas komprehensif bagi meminimumkan kadar keciciran

•  Modul pengajaran dan pembelajaran khusus bagi menyokong guru

•  Kelas Dewasa Orang Asli dan Pribumi (KEDAP)

•  Kemudahan asrama dan pengangkutan

Page 35: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Akses kepada peluang pendidikan berdasarkan minat, bakat dan keperluan

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

•  Sekolah Sukan Malaysia melahirkan jaguh sukan negara

•  Talent Identification Programme – pemilihan atlet secara berstruktur dari peringkat rendah ke menengah

•  Sekolah Seni Malaysia memberi peluang kepada bakat muda berkarya dalam pelbagai bidang seni

•  Tiga Sekolah Seni Malaysia di Johor Bahru, Johor; Kuching, Sarawak dan Shah Alam, Selangor

•  Kementerian sentiasa memastikan anak-anak yang mempunyai masalah kesihatan tidak ketinggalan dalam pembelajaran melalui program Sekolah Dalam Hospital

Page 36: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Transformasi IPG – Institut pendidikan guru bertaraf dunia menyediakan guru masa hadapan bertaraf global

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

Transformasi IPG dijalankan secara berperingkat.

Peringkat pertama (2016 -2017) meletakkan asas transformasi IPG : pengukuhan penyampaian dengan menyediakan Pelan Tindakan Hala Tuju Transformasi IPG:

•  Penstrukturan Semula IPG

•  Laluan Kerjaya

•  Konfigurasi Semula Kampus IPG

•  Pelan Sokongan Penyelidikan

•  Pembangunan Matriks Pengukuran Prestasi Kerja dan Kenaikan Pangkat

Page 37: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pendidikan Lepas Menengah

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

Tingkatan 6   Kolej Matrikulasi  

•  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment, England.

•  Sijil STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

•  Murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

•  Lulusan Sijil Matrikulasi KPM diiktiraf oleh JPA sepertimana STPM

-  Boleh menceburi pasaran kerja.

-  Berkuatkuasa 1 Januari 2017 melibatkan lulusan Matrikulasi KPM sejak 1999

-  Syarat Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/2016

Page 38: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ICT dalam pendidikan

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

1BestariNet Fasa 2  

•  600 buah sekolah berjaya dirangkaikan dengan kelajuan 4G dalam Fasa 1; rangkaian bakal diperluaskan secara berperingkat dalam Fasa 2

•  Makmal komputer disediakan capaian 4mbps untuk 40 murid menggunakan VLE

•  Bagi 1547 buah sekolah yang belum dirangkaikan dengan 4G, Asymetric Digital Subscriber Line (ADSL) dan Very Small Aperture Terminal (VSAT) akan digunakan

•  Pelan Data Individu (2GB) akan diagihkan secara berperingkat kepada 317,000 orang guru

Page 39: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pelibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

•  Setinggi-tinggi penghargaan daripada Kementerian terhadap sokongan dan pelibatan ibu bapa

•  Peningkatan pelibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah

•  Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) menggalakkan ibu bapa membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti – antaranya: menyediakan makanan Hari Sukan, menganjurkan Hari Guru, keceriaan kelas dan baik pulih sekolah

Page 40: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit Yang Dibelanjakan

Tahun 2017 Usaha Kementerian untuk pengantarabangsaan pendidikan

•  Bengkel Kajian dan Semak Semula Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2017 KPM pada 4 hingga 6 Mei 2016 di IPGM Cyberjaya – lebih RM200 juta dijajarkan semula

•  Pelaksanaan inisiatif PPPM dan aktiviti utama Bahagian lebih terselaras ke arah perbelanjaan berhemah

Page 41: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Melangkah ke hadapan: Amanat untuk warga pendidikan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 42: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Infrastruktur pendidikan – bajet baik pulih sekolah

Melangkah ke hadapan: Amanat untuk warga pendidikan

RM1.09 billion

RM62.53 juta: 14 projek baharu

RM1.033 billion: 889 projek sambungan 2016  

RM500 juta Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah  RM570 juta

pembangunan semula 120 buah sekolah daif •  60 di Semenanjung, •  30 di Sabah •  30 di Sarawak •  1800 buah makmal sains dinaik

taraf  

RM50 juta setiap satu Bantuan Sekolah: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, SJK Cina, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubaligh dan Maktab Rendah Sains Mara  

2016: Projek sekolah daif secara Industrialised Building System (IBS) bagi Fasa 1 melibatkan 46 buah sekolah daif di Sarawak.

•  5 projek siap sepenuhnya •  15 projek dalam pembinaan •  26 buah projek dalam proses

kelulusan rundingan terus daripada Kementerian Kewangan.

Page 43: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Penerapan nilai dan akhlak: memerlukan kerjasama erat antara Kementerian serta ibu bapa dan komuniti

Melangkah ke hadapan: Amanat untuk warga pendidikan

•  Disiplin murid: Isu yang ditularkan di media termasuk kes buli, pergaduhan di sekolah dan lain-lain sedangkan bilangan terlibat amat kecil.

•  Etika dan kerohanian: Diterapkan melalui aktiviti PdP, sukan dan kokurikulum serta amalan harian

•  Pembangunan sahsiah dan jati diri: Peranan ibu bapa, masyarakat, guru dan pemimpin sekolah.

•  Amalan nilai universal: Pegangan agama yang kuat dan mendukung standard moral yang tinggi serta mengamalkan sebagai asas kehidupan

Page 44: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Integriti penjawat awam

Melangkah ke hadapan: Amanat untuk warga pendidikan

•  Imej penjawat awam tercalar dengan kes-kes rasuah berskala besar.

•  Kita harus bersama-sama membanteras rasuah dan salah guna kuasa untuk menghapuskan persepsi negatif yang mencalarkan imej negara dan perkhidmatan awam.

•  Semua pihak di bawah Kementerian Pendidikan wajib melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komitmen, ikhlas, jujur dan berdedikasi berlandaskan nilai-nilai murni dan prinsip Rukun Negara.

•  Penganugerahan Tokoh Teladan Integriti bertepatan dengan hasrat dan cita-cita yang murni iaitu melestarikan integriti menerusi pendidikan.

•  Profesion Keguruan ialah profesion yang mulia yang tidak harus dicemari dengan apa jua bentuk salah laku.

Page 45: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Keperluan untuk komunikasi berkesan

Melangkah ke hadapan: Amanat untuk warga pendidikan

•  Komunikasi berkesan adalah sama pentingnya dengan perancangan dan pelaksanaan sesuatu program atau inisiatif.

•  Komunikasi berkesan adalah penting

untuk memastikan masyarakat faham tentang hala tuju pendidikan bagi membolehkan mereka menyokong dan membantu Kementerian.

Merancang = melaksana = memahamkan masyarakat

Page 46: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Senarai inisiatif Utama dan Sokongan di bawah PPPM 2017

Melangkah ke hadapan: Tumpuan pelaksanaan transformasi pendidikan

19 Inisiatif Utama PPPM  

1   Pengoptimaan Perbelanjaan Berasaskan Keberhasilan Program   11   Peluasan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Di Sekolah  2   Pengukuhan Perpaduan di Sekolah   12   Peluasan Pelibatan Sektor Swasta  3   Pelaksanaan Piagam Guru   13   Pelaksanaan Struktur Baharu KPM  

4   Pembudayaan Kemahiran Berfikir Dalam Pembelajaran Abad ke-21   14   Peningkatan Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran  5   Peningkatan Akses Kepada Pendidikan Inklusif Berkualiti   15   Pelaksanaan Piagam Pemimpin Sekolah  6   Penyediaan Infrastruktur Asas Di Semua Sekolah   16   Pelaksanaan Transformasi IPG  

7   Pembangunan Repositori Data Pendidikan dan Peluasan Penggunaan Dashboard   17   Peningkatan Akses daripada Peringkat Prasekolah hingga Menengah Atas  8   Perkukuhan STEM   18   Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Inggeris  9   Program Transformasi Daerah   19   Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu  

10   Peningkatan Kualiti Prasekolah   20 Pelaksanaan Transformasi Pendidikan Orang Asli

8 Inisiatif Sokongan PPPM  

1 Pembangunan Insaniah Melalui Ko-kurikulum 5 Peningkatan Kualiti Pendidikan Vokasional

2 Peluasan Saringan Literasi dan Numerasi 2.0 (LINUS 2.0) 6 Pembangunan Prinsip Pembiayaan Saksama bagi Peruntukan Sokongan kepada Sekolah

3 Pembangunan Laluan Pembelajaran Pintas 7 Pengoptimuman Tugas Guru di Sekolah

4 Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Sekolah Kurang Murid 8 Pelaksanaan Transformasi ICT KPM

Page 47: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017

Khas Sempena Perutusan Tahun Baharu 2017…

Page 48: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Penstrukturan Kementerian - Meningkatkan kapasiti Kementerian, JPN dan PPD

… untuk KPM, JPN dan PPD

•  Memperkemas struktur peranan KPM, JPN dan PPD

•  Memberi lebih pengupayaan (empowerment) kekuasaan (authority) dan kebertanggungjawaban (accountability) dalam membuat keputusan kepada JPN dan PPD

•  Pengagihan (decentralisation) perjawatan dari KPM ke JPN dan PPD

•  Membangun dan memperkasa daya kepimpinan (leadership capabilities) bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama di KPM

Jawatankuasa Tingkatan Tertinggi (JKTT), JPA telah menimbang dan

meluluskan cadangan Penstrukturan Semula KPM walaupun

tidak sepenuhnya pada 14 Disember 2016

KPM dan JPA akan memuktamadkan struktur

pada peringkat Bahagian, JPN dan PPD dalam masa terdekat

setelah urusan waran perjawatan diselesaikan

1.

Page 49: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Menangani kerencaman tugas guru

•  Mulai 2017, KPM membuat ketetapan bahawa aplikasi yang wajib diuruskan oleh guru kelas dan guru akademik biasa adalah:

•  Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan

•  Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS-Offline).

•  Aplikasi operasi sekolah yang lain seperti

Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS) dan Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) akan dilaksanakan oleh guru yang dilantik seperti Guru Data dan Setiausaha Peperiksaan.

…untuk Guru-guru

2.

Page 50: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan

… untuk Guru-guru

•  Panduan yang jelas untuk memotivasi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) merancang serta membangunkan kompetensi dan potensi diri

•  Pelan yang fleksibel memenuhi keperluan kompetensi individu, keperluan organisasi dan standard semasa secara sistematik dan bersepadu

3.

Page 51: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Melangkah ke hadapan: Amanat untuk warga pendidikan

Guru, pemimpin sekolah, pensyarah IPG, Kolej Matrikulasi, Tingkatan 6

•  Pertingkatkan usaha untuk menambah pengetahuan dan kemahiran, terutamanya dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Generasi murid kini telah ke hadapan dari segi teknologi.

•  Perhebatkan pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid sejajar dengan kaedah Pembelajaran Abad ke-21. Pembelajaran harus menyeronokkan murid untuk kekal di sekolah.

•  Pertingkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada peningkatan penguasaan dan aplikasi pengetahuan oleh murid. In shaa Allah, murid akan bersedia menghadapi sebarang bentuk pentaksiran

Page 52: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

•  Jadilah pemikir dan pemimpin perubahan yang dapat memberi sokongan dan bantuan kepada pihak pelaksana dan sekolah yang paling memerlukan.

•  Jadilah perancang yang dapat mengagihkan dan menggunakan sumber yang ada secara optimum dan bantuan dihulurkan secara bersasaran.

•  Jadilah pemimpin transformasi yang dapat melestarikan dan memperhebat pelaksanaan semua program pendidikan dan saling menyokong antara Bahagian dan pegawai untuk memastikan transformasi kekal di landasan yang betul.

Melangkah ke hadapan: Amanat untuk warga pendidikan

Pegawai Kementerian, JPN dan PPD

Page 53: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptbkpm2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta

Melangkah ke hadapan: Amanat 2017

•  Libatkan diri dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta apa jua aktiviti pendidikan di sekolah untuk faedah anak-anak kita.

•  Berilah sokongan dan bantuan kepada pihak guru dan sekolah dalam apa jua bentuk sama ada dari segi pandangan, kemahiran mahupun kewangan untuk melonjakkan prestasi pendidikan anak-anak kita.

•  Marilah bersama-sama memberi perhatian, kasih sayang dan bertanggungjawab dalam pendidikan anak-anak kita supaya mereka dapat mencorakkan masa depan yang lebih bermakna.

Page 54: MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN ...

#ptb2017kpm

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MENERAJUI PERUBAHAN

Terima Kasih