Majlis Sambutan Hari Guru Sksbd

11

Click here to load reader

description

Majlis Sambutan Hari Guru Sksbd

Transcript of Majlis Sambutan Hari Guru Sksbd

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SKSBDAssalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berusaha, Pn. Marsilah binti Ibram,Guru besar Sekolah Kebangsaan Selayang Baru Dua

Yang Dihormati, Pn. Goh Hon Lee,Guru Penolong Kanan 1, SK Selayang Baru Dua

Pn. ThamaGuru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Nizam bin Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bunga tanjung di tengah pekan,Tiupan bayu mencelah suria,Kalimah nan agung saya mulakan,Salam sejahtera menambah ceria.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan ini bagi meraikan Sambutan hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2015.

Ikan merah dijual di pekan,Syukur gembira dapat sebaldi,Cuaca cerah turut mengizinkan,Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.

Bagi memberkati majlis ini, dijemput Ust. Mohd Nazeri Bin Zakaria untuk memimpin bacaan doa.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

BACAAN DOA

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan dengan lancar.

Hadirin sekalian,

Berburu ke padang datarDapat rusa belang kakiBerguru kepalang ajarBagai bunga kembang tak jadi.

Tanggal 16 Mei pada setiap tahun merupakan satu tarikh keramat buat insan-insan bergelar guru. Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar cikgu. Pada tahun ini, sekali lagi sambutan penghargaan atas jasa bakti guru-guru disambut dengan tema Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak.Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.

Selasih mekar di tengah desaMencelah sama kembang melatiGuru Pembina Negara BangsaMenabur ilmu berkhidmat bakti

Hadirin sekalian,Majlis kemudianya diteruskan lagi dengan bacaan perutusan hari guru. D

Dengan ini mjlis mempersilakan _______________________ untuk membaca perutusan daripada _____________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

BACAAN PERUTUSAN

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih

Bagi meneruskan acara, para guru dipohon untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu Guru Malaysia, lagu tema hari guru, dan kemudiannya melaungkan bacaan ikrar yang akan diketuai oleh En. Badrul Munir bin Jaafar.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Badrul Munir dan para guru sekalian

NYANYIAN LAGU & BACAAN IKRAR

Para guru dipohon untuk berada di atas pentas bagi sesi bergambar.

SESI BERGAMBAR

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan persembahan-persembahan hebat daripada guru-guru dan murid-murid daripada SK Selayang Baru Dua.

Bagi memulakan persembahan, majlis dengan penuh sukacitanya menjemput dan mempersilakan kumpulan guru ceria bagi mempersembahkan persembahan boria.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PERSEMBAHAN GURU 1 : BORIA

Nampak begitu meriah dan ceria skali persembahan boria yang disampaikan sebentar tadi.

Nampak gayanya mana-mana pihak yang ingin membuat tempahan persembahan untuk majlis-majlis tertentu, bolehlah berjumpa dengan pengurus kumpulan boria ini dibelakang pentas.

Baiklah, Seperti kebiasaan, sambutan hari guru amat sinonim dengan hadiah buat para guru. Jadi bagi memeriahkan lagi agenda, kita teruskan dengan upacara pertukaran hadiah sesama guru.

Dijemput ________________________________ untuk membuat cabutan nama.

Baiklah, nama yang bertuah yang akan menerima hadiah daripada _______________ ialah _________________.

Dijemput pula __________________untk membuat cabutan yang seterusnya.

Insan bertuah tersebut ialah _________________. Dijemput ___________untuk menerima hadiah.

SESI PERTUKARAN HADIAH 1

Kalau tadi guru-guru menerima hadiah, sekerang giliran murid-murid pula. Nak dapat hadiah tak???Sesiapa yang nak dapat hadiah daripada cikgu, ada syaratnya. Apa syaratnya? Baik syaratnya ialah mana-mana murid yang ingin mendapatkan hadiah, perlu angkat tangan dan jawab soalan yang dikemukakan. CIkgu-cikgu di sini semua nak tengok, awak semua kenal tak cikgu-cuikgu awak. Setuju tak?

Baik, soalah yang pertama jeng jeng jeng:1. Siapakah nama penuh Guru Besar sekolah SK Selayang Baru Dua?2. Apakah no plat kenderaan cikgu _________?3. Berikan ejaan nama penuh cikgu _________________?4.

5.

Baiklah cukup dulu setakat itu. Kita simpan hadiah-hadiah yang ada untuk sesi seterusnya.

Selingan :Hadiah murid

Sebentar tadi kita dah lihat persembahan yang disampaikan oleh guru-guru. Sekarang kita lihat pula persembahan yang akan disampaikan oleh murid-murid Sk Selayang Baru Dua.

Majlis tanpa melengahkan masa mempersilakan.

PERSEMBAHAN MURID

Terima kasih diucapkan buat murid-murid yang menjayakan persembahan sebentar tadi.

Indah selendang kebaya nyonya,Sekali imbas puteri kayangan,Usah dipandang pada harganya,Ingatan ikhlas tanda kenangan.

Majlis kemudianya diteruskan lagi dengan dengan upacara pertukaran hadiah guru. Tak adil lah kalau semua tak dapat hadiah kan.

Dengan ini, majlis kemudiannya menjemput sekali lagi ____________________ untuk membuat cabutan.

Siapa agaknya ya. Dijemput ___________________ untuk menerima hadiah daripada ________________

____________ pula dijemput untuk membuat cabutan.

Tahniah cikgu ______________. Cikgu bertuah dapat hadiah daripada ______________.

PERTUKARAN HADIAH 2

Kelihatannya, murid-murid sudah tidak sabar lagi untuk menjawab soalan-soalan tentang guru-guru yang mereka sayangi ini. Jadi kita teruskan dengan soalan yang berikutnya.

1.

2. 3. 4.

5.

Selingan : Hadiah murid

Persembahan guru sudah, persembahan murid pun sudah. Tetapi, majlis masih perlu diteruskan kerana terdapat lagi satu persembahan menarik daripada guru-guru kita.

Jadi Tanpa melengahkan masa, ayuh kita beralih pula kepada persembahan yang seterusnya.

Jika sebentar tadi kita telah menyaksikan persembahan cikgu-cikgu daripada utara sekarang kita beralih pula ke pantai timur dengan persembahan yang seterusnya iaitu persembahan dikir barat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PERSEMBAHAN GURU 2

Begitulah tadi, bersemangatnya guru-guru SK SBD dengan persembahan yang disampaikan iaitu persembahan dikir barat. Terima kasih daun keladi, lain kali kami nak lagi.

Kini tibalah pula masanya, untuk upacara penyampaian hadiah sukaneka yang telah berlansung sebentar tadi. Dijemput Puan Guru Besar bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi sukaneka yang pertama :Tempat ketiga :Tempat kedua:Tempat pertama disandang oleh :

Bagi sukaneka yang pertama :Tempat ketiga :Tempat kedua:Tempat pertama disandang oleh :

Bagi sukaneka yang pertama :Tempat ketiga :Tempat kedua:Tempat pertama disandang oleh :

PENYAMPAIAN HADIAH SUKANEKA

Terima kasih diucapkan kepada puan guru besar.

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berlabuhlah sudah tirai majlis kita pada hari ini.

majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2015 ini. Pihak majlis juga ingin merakamkan jutaan kemaafan andai terdapat sebarang kekhilafan daripada pihak kami. Dan dikesempatan ini juga pihak majlis sekali lagi ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat warga SK Selayang Baru Dua.

Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU..... SELAMAT HARI GURU!

Dijemput rakan-rakan guru untuk ke kantin bagi menikmati juadah jamuan yang telah disediakan.

Sekian, Assalamualaikum WBT.