MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD … Turun Library/QR Program Maulud 1439.pdf · berlaku adil...

72
1 MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM Hari Sabtu 13 Rabiulawal 1439 Hijrah bersamaan 2 Disember 2017M Bertempat Di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam

Transcript of MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD … Turun Library/QR Program Maulud 1439.pdf · berlaku adil...

1

MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD

SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM

Hari Sabtu13 Rabiulawal 1439 Hijrah

bersamaan2 Disember 2017M

BertempatDi Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien

Bandar Seri BegawanNegara Brunei Darussalam

2

اجنوران مکنرتين حال احوال اݢام

نݢارا بروين دارالسالم

3

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

6

ATURCARAMAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD

SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAMTAHUN 1439 HIJRAH

(Perhimpunan dan Perarakan)

7

6.45 pagi : Ahli Jawatankuasa dan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian hadir.

7.00 pagi : Para Jemputan mulai hadir.

7.30 pagi : Ketibaan Pembesar-Pembesar Negara.

8.00 pagi : Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta Kerabat Diraja, dijunjung oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1439 Hijrah.

: Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

: Sembah Alu-Aluan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1439 Hijrah.

: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama untuk berangkat bersalam-salaman dengan ketua-ketua pasukan.

: ‘DIKIR MARHABAN’ dibawakan oleh Pasukan Dikir Jabatan Perdana Menteri. Sebaik-baik sahaja sampai kepada ‘Ya Habibi’ tembakan meriam sebanyak 21 das mula dilepaskan.

: Bacaan Do’a Selamat.

: Bacaan Salawat (sebanyak tiga kali).

8

: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama untuk mendahului perarakan.

: Perarakan bermula.

: Semasa perarakan berjalan, pasukan Sekolah Arab dan Sekolah-Sekolah Ugama membuat persembahan Salawat.

: Sebaik-baik sahaja keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, nasyid “Tala’al Badru ‘Alaina” akan dibawakan oleh pasukan Sekolah-Sekolah Arab dan Sekolah-Sekolah Ugama.

: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat meninggalkan majlis dengan diikuti oleh Kerabat Diraja dan Pembesar-Pembesar Negara.

: Ketibaan pasukan-pasukan yang berarak.

: Majlis bersurai.

9

ATURCARAMAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD

SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAMTAHUN 1439 HIJRAH

(Perhimpunan Tanpa Perarakan)

10

6.45 pagi : Ahli Jawatankuasa dan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian hadir.

7.00 pagi : Para jemputan mulai hadir.

7.30 pagi : Ketibaan Pembesar-Pembesar Negara.

8.00 pagi : Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta Kerabat Diraja, dijunjung oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1439 Hijrah.

: Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

: Sembah Alu-Aluan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1439 Hijrah.

: Ceramah Khas.

: Persembahan Salawat dari pasukan Sekolah-Sekolah Arab dan Sekolah-Sekolah Ugama.

: ‘DIKIR MARHABAN’ dibawakan oleh Pasukan Dikir Jabatan Perdana Menteri. Sebaik-baik sahaja sampai kepada ‘Ya Habibi’ tembakan meriam sebanyak 21 das mula dilepaskan.

: Bacaan Do’a Selamat.

11

: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat meninggalkan majlis dengan diikuti oleh Kerabat Diraja dan Pembesar-Pembesar Negara.

: Majlis bersurai.

12

KATA -KATA ALUAN

Alhamdulillah dan syukur, kita di negara ini sama-sama diberi kesempatan mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Sesungguhnya acara tahunan ini telah membudaya kepada kita. Tentunya, acara ini merupakan wasilah dan wadah untuk menanam dan menyuburkan fahaman hidup berugama dan bernegara, khasnya pada memertabatkan Islam sebagai Ugama Rasmi serta mendaulatkan Raja sebagai Ketua Ugama.

Kelazimannya, kita memeriahkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan gema Dikir Marhaban selama 12 malam berturut-turut di masjid-masjid seluruh negara. Kemuncak acaranya adalah perhimpunan dan perarakan di seluruh negara dengan tumpuan utama di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dengan menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengepalai perarakan.

Acara yang juga sangat bersignifikan ialah Majlis Perhimpunan Khas Wanita dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha

بسم هللا الرمحن الرحمي

الأنبياء �أرشف عىل والسالم والصالة العاملني رب امحلدهلل آهل وحصبه �أمجعني واملر�لني �سيدان محمد وعىل �

السالم عليمک ورمحة هللا وبراکته

13

Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam menyerikannya.Keunikan sambutan ini sejak sekian lama ialah ianya mendapat naungan dan dukungan pemimpin tertinggi negara dan kerajaan dan dengan penyertaan segenap lapisan masyarakat. Di sana membuktikan persefahaman dan perpaduan kita yang sangat kita hargakan. Itulah tanda betapa kita bercontoh tauladan kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Semoga dengan berkat bertauladankan Baginda itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan terus melimpahi rahmat keamanan dan kesejahteraan kepada kita dan kita akan diizinkan menikmatinya dalam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, dan seterusnya kepada Raja selaku Wali al-Amri kita dalam bernegara dan berpemerintahan.

Lalu dalam konteks inilah kita telah menetapkan tema sambutan tahun ini dengan ungkapan: “Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil”. Antara tujuannya ialah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan berlaku adil sama ada dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Kerana berlaku adil itu akan membentuk pemikiran, sikap dan tingkah laku yang positif dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat secara bersepadu yang akhirnya sudah tentu akan mendatangkan kesejahteraan.

Dengan demikian, semoga kita semua tergolong ke dalam umat yang sentiasa diberi petunjuk, seperti yang Allah Ta'ala sebut dalam Surah al-A’raaf ayat 181:

ة� يهدون ابلحق و به يعدلون ﴿١٨١﴾ وممن خلقنا �أم

14

Tafsirnya:(Dan antara orang-orang yang Kami ciptakan itu ada umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan).

Demikianlah.

Yang BerhormatPehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia

Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman,

Menteri Hal Ehwal Ugama

Selaku PengerusiJawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran

Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah

وابهلل التوفيق والهداية والسالم عليمک ورمحة هللا وبراکته.

15

OPEN REMARKS

Praises be to Allah, we are given the opportunity to celebrate the birthday of our Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him).

This year’s event is indeed has cultivated us. This event is a platform for us to inculcate and enrich our understanding towards manifestation of religion and state, especially in uplifting Islam as the official religion as well as elevating our King as the religious leader.

Usually, we enliven the birthday celebration of the Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) with reverberation of ‘Dikir Marhaban’ for 12 consecutive nights in all mosques in the country. The highlight of the event is the nationwide congregation and parade, mainly at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan with His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam in the lead.

Also one of the significant events to commemorate Prophet Muhammad’s birthday is the Special Women’s Assembly graced with the presence of Her Majesty Raja Isteri Pengiran Anak Hajah

بسم هللا الرمحن الرحمي

الأنبياء �أرشف عىل والسالم والصالة العاملني رب امحلدهلل آهل وحصبه �أمجعني واملر�لني �سيدان محمد وعىل �

السالم عليمک ورمحة هللا وبراکته

16

Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

The uniqueness of this celebration is that it has the support from the highest state and government leaders, as well as the participation of all members of the society. This proves that we possess the understanding and unity of which we value very much. This shows much we exemplify Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him). May Allah the Almighty continuously bless us with peace and prosperity, and may we be given the opportunity to benefit from it through obedience to Allah and His Messenger, Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him), and consequently obedience to our King as the ‘Wali al-Amri’ in state and governance.

Therefore, it is from this context that we have set the theme for this year’s celebration with the phrase: ‘Rasulullah Qudwah Pimpinan Adil’ (‘The Messenger of Allah an Example of Righteous Leadership’). The objective of the theme among others is to increase the awareness of the importance of justice, be it in among family, society and nationally. This is because justice will form a positive mindset, attitude and behavior towards fulfilling the demands of this world and the Hereafter cohesively, which surely will lead to well-being.

May we all belong to the ummah who are always given guidance, as Allah The Almighty decreed in Surah al-A’raaf, verse 181:

ة� يهدون ابلحق و به يعدلون ﴿١٨١﴾ وممن خلقنا �أم

17

“And of those whom We have created, there is a community who guides (others) with the truth, and establishes justice therewith.”

His Honorable Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia

Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman,

Minister of Religious Affairs

As Chairman of Executive Committee of the Islamic Glorification Days Celebration National Level and Quran

Reading Competition Adult Level For Year 1439 Hijrah

وابهلل التوفيق والهداية والسالم عليمک ورمحة هللا وبراکته.

18

HURAIAN TEMAMAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD

SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM TAHUN 1439 HIJRAH

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21, tafsirnya: “Demi sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kebahagiaan) hari Akhirat serta banyak berzikir mengingat Allah”.

Dan dalam Surah Al-Qalam, ayat 4, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, tafsirnya: “Dan sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai akhlak yang sangat mulia”.

Manakala, dalam Surah An-Najm pula Allah berfirman, ayat 2-3, tafsirnya: “Rakan kamu (Nabi Muhammad) itu tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan dia tidak memperkatakan sesuatu menurut hawa nafsunya.”

Ketiga-tiga ayat ini menyatakan bahawa jika seseorang itu mengharapkan pemeliharaan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala serta balasan yang baik di akhirat kelak, hendaklah ia mengikuti dan mencontohi akhlak Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Suatu ketika, seorang sahabat, Hisyam bin Amir bertanya kepada Sayidatina Aisyah Radhiallahu ‘Anha tentang akhlak Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Sayidatina Aisyah Radhiallahu ‘Anha menjawab, “Sesungguhnya akhlak Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu adalah Al-Qur’an”. (Riwayat Imam Muslim)

Tema Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada tahun 1439 hijrah ini ialah ‘Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil’.

Qudwah bermaksud teladan yang baik. Apakah yang dikatakan teladan yang baik? Iaitu teladan yang boleh dicontohi oleh orang lain. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah teladan yang paling baik untuk

19

kita contohi. Kredibiliti yang ada pada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjadi ikutan para sahabat dan pengikutnya dalam segala aspek kehidupan.

Seorang pemimpin merupakan khalifah yang memegang amanah Allah di muka bumi ini harus terlihat sebagai seorang contoh yang baik. Setiap keputusan yang dibuat oleh pemimpin hendaklah sentiasa bersesuaian dengan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala agar kita mendapat berkat.

Rasulullah adalah contoh terbaik untuk dijadikan ‘role model’ dan ia adalah satu kewajipan dan tuntutan agama yang perlu dicontohi oleh umat Islam. Seperti apa yang tercatat dalam sejarah Islam, ketika Rasulullah sedang membangun Kota Madinah, Rasulullah terlebih dahulu membangunkan masjid sebagai wasilah untuk menyatukan umat Islam yang pada ketika itu sentiasa hidup dalam pertelingkahan, perselisihan, perkauman dan perbezaan.

Mengimbas kembali kisah peperangan Khandaq atau Al-Ahzab di mana hasil kepimpinan Rasulullah yang begitu menyerlah sehinggakan kepimpinan Baginda itu telah membuka mata para musuh Islam bahawa kesucian Agama Islam sama sekali tidak dapat digoncang dari kedudukannya.

Dalam peperangan ini, pelbagai agenda diatur oleh Baginda dan Kaum Muslimin dalam merancang strategi dari segi pertahanan dalam Kota Madinah. Baginda sedaya upaya mengumpulkan tentera kaum Muslimin yang hanya terkumpul sebanyak tiga ribu orang sahaja berbanding jumlah besar tentera musuh dianggarkan seramai sepuluh ribu orang. Namun bilangan tersebut mampu menumpaskan tentera musuh dengan mudah atas bantuan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala jua.

Sifat Baginda Rasulullah yang sangat menerima baik pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh Salman Al-Farisi untuk menyarankan agar membuat parit di sekitar Kota Madinah itu sedikit sebanyak telah memberi jalan kejayaan yang mudah untuk menjatuhkan tentera Quraisy.

20

Rasulullah selaku ketua dan sebagai tempat merujuk bagi para sahabat, Baginda begitu teliti dan efisyen dalam mengatur rancangan-rancangan yang telah mereka perbincangkan. Di samping itu, mengenal pasti akan kekuatan serta kelemahan pada setiap sesuatu perkara yang diputuskan. Dengan menerima pandangan para sahabat lain itu, baginda sendiri menimbang terima dan mengguna pakai cadangan berkenaan.

Walaupun para sahabat mengenali Baginda sebagai ketua, namun Rasulullah sendiri juga turut turun padang dan ikut sama mengusahakan apa yang mereka sepakati bagi sama-sama menggali parit yang bertujuan untuk menghalang tentera berkuda dari memasuki kawasan terjaga. Tambahan pula ketika itu telah mengalami musim yang sangat dingin dan banyak di kalangan mereka tidak mencukupi bekalan makanan akan tetapi dengan kekuasaan Allah melalui mukjizat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, kerja-kerja penggalian begitu mudah dan bekalan makanan yang sedikit dapat mengenyangkan orang ramai dan mencukupi seluruh pasukan yang ada.

Sifat berganding bahu dan bekerja keras yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu telah dijadikan sebagai kayu pengukur bagi Kaum Muslimin bahawa dengan merasai dan mengalami kepayahan serta kesukaran yang mereka pikul ketika itu telah menjadi mudah dan senang jika mewujudkan ‘teamwork’ sesama pasukan.

Rasulullah juga tidak kendur-kendur memberikan nasihat kepada kaum Muslimin di samping kata-kata semangat yang tidak putus-putus telah menjadikan tentera muslimin ketika itu jiwa mereka berkobar-kobar demi menegakkan syiar Islam yang sekian lama sudah mekar di hati mereka.

Natijahnya kepimpinan selaku ketua pasukan yang ditunjukkan baginda itu telah meraih kejayaan yang luar biasa sehingga telah merubah sekaligus menambah perkembangan yang baik pada Kota Madinah. Manakala di hati para tentera muslimin, iman mereka semakin kental dan menebal serta yakin bahawa mentauhidkan

21

Allah Subhanahu wa Ta’ala itu adalah benar, bertawakkal kepada Allah itu juga benar dan kejayaan serta kemenangan itu adalah atas pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala juga benar.

Oleh itu, seharusnya kisah ini bolehlah dijadikan sebagai ‘platform’ kepada masyarakat Islam kini bawah kepimpinan Baginda itu layak dicontohi dan diteladani kerana Baginda diutus untuk menjadi cerminan kepada umatnya yang taat lagi jujur. Tidak syak lagi keperibadian Baginda itu tiada tolok bandingnya dan kehebatan Baginda memimpin akan menjadi ‘Qudwah Hasanah’ kepada penduduk alam maya.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah memperlihatkan bagaimana sepatutnya melaksanakan tanggungjawab untuk hidup menatang keadilan dalam bersosialisasi, kewajipan semua pihak terhadap kedamaian bermasyarakat, berkeluarga dan bernegara di dalam pentadbiran Baginda. Baginda telah memperkenalkan satu pentadbiran yang unggul sehingga digalati oleh rakan dan lawan.

Untuk merealisasikan tema pada tahun ini, marilah kita bersama-sama meneladani cara kepimpinan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, agar dapat melahirkan masyarakat yang harmoni, bertakwa, beriman dan beramal soleh. Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas masing-masing, jujur dan amanah agar kehidupan kita mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala jua.

22

TITAH PERUTUSANKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei DarussalamSempena Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad

Sallallahu 'Alaihi Wasallam Tahun 1438 Hijrah

23

السالم عليمک ورمحة هللا وبراکته بسم هللا الرمحن الرحمي

امحلدهلل رب العاملني، وبه نسستعني عىل �أمور ادلنيا وادلين،والصالة والسالم عىل �أرشف املر�لني، �سيدان محمد،

آهل وحصبه �أمجعني، وبعد وعىل �

Marilah kita sama-sama bersyukur, kerana dapat lagi menyambut Maulid Ar-Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, iaitu suatu detik bersejarah untuk dunia dan manusia.

Al-Quran sendiri telah memberitahu, siapa dia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu. Baginda adalah lampu yang terang benderang dan rahmat bagi seluruh alam.

Apakah yang lebih bermakna dari lampu untuk menerangi keadaan gelap gelita dan rahmat untuk mengeluarkan manusia dari azab sengsara?

Andainya tanpa Baginda, dunia ini memang akan terus gelap. Sementara rahmat pula akan tetap jauh daripada kita.

Tetapi Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, diutus-Nya Nabi dan Rasul terakhir, Sayyidina Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk menjadi suluh dan rahmat bagi alam semesta.

Tidak diragukan lagi, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah benar-benar kekasih Allah, dengan Baginda itu dikurniakan banyak kelebihan dan keistimewaan yang tidak pernah diberikan kepada orang lain.

24

Di antara kelebihan dan keistimewaan tersebut, terdapat dalam lafaz “syahadah”, di mana nama Baginda telah disebut beriringan selepas Nama Allah sendiri : “Asyhadu An Laa llaha lllallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah”.

Selain daripada itu, Allah dan para malaikat-Nya juga adalah berselawat ke atas Baginda, sebagaimana disebut oleh Al-Quran, Surah Al-Ahzab, ayat 56.

Kemudian, yang sangat-sangat kita hajati, Baginda itu juga pada hari akhirat kelak, akan diizinkan oleh Allah, untuk memberi syafaat kepada kita umat Islam. Syafaat ertinya, ialah pertolongan Nabi untuk meringan atau melepaskan kita daripada kesusahan.

Walaupun Baginda sudah tiada, namun hubungan intim dengan Baginda itu tetap saja wujud. Ini berlaku, ketika kita melakukan azan atau mendirikan sembahyang atau berselawat ke atas Baginda di luar sembahyang. Semua ini membawa makna, bahawa hubungan kita dengan Baginda itu adalah tidak putus.

Inilah untungnya kita orang Islam, di setiap ketika dapat mengaut pahala, hanya dengan menyebut-nyebut nama Baginda sahaja. Sekali berselawat ke atas Baginda, Allah akan membalas selawat kita itu dengan sepuluh selawat.

Maka memang wajarlah bagi kita memperingati Maulid Ar-Rasul itu sebagai tanda kasih kita kepada Baginda, dan sambil itu kita juga dapat memperbaharui azam untuk lebih kuat lagi berpegang kepada Islam yang telah dibawa oleh Baginda.

Di zaman yang serba rosak ini, banyak anasir yang suka memprovok Islam dan umat Islam, supaya Islam dan umatnya lemah. Provokasi itu pula pelbagai bentuknya, bukan satu dua tetapi banyak.

25

Pada ketika ini, kita mendengar laporan-laporan mengenai tindakan-tindakan yang diambil ke atas orang-orang Islam yang menjadi penduduk minoriti kepada negara tersebut.

Beta berharap pihak-pihak yang berkenaan akan mencari resolusi aman bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan bagi semua penduduk.

Atas nama Islam ugama rahmat dan atas nama kemanusiaan serta semangat solidarity serantau, maka kita berharap isu ini akan segera ditangani dengan seadil-adilnya.

Pada hemat beta, untuk umat Islam ini selamat, mereka mestilah menguatkan akidah, iaitu ajaran yang dibawa oleh Nabi kita, Sayyidina Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Umat Islam di zaman keemasan dahulu lebih mengutamakan akidah daripada yang lain-lain. Kerana itulah mereka selamat dan bahkan kuat, digeruni oleh kawan dan lawan.

Maka bersukut dengan Maulid Ar-Rasul yang sedang kita sambut kini, beta berseru terutama kepada pihak-pihak berkenaan yang sedia dibebankan dengan tanggungjawab dakwah, supaya mengambil pendekatan lebih bersungguh-sungguh ke arah memperkukuh dan memperkasa akidah. Kita tidak boleh menunggu lama-lama, kerana jika kita lambat, anasir akan mengambil kesempatan daripada kelambatan kita itu.

Sekian,

وابهلل التوفيق والهداية والسالم عليمک ورمحة هللا وبراکته

26

IMBAS KEMBALI SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD

SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM TAHUN 1438 HIJRAH

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

Daerah Belait

38

39

40

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

Daerah Tutong

41

42

43

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

Daerah Temburong

44

45

46

JAWATANKUASA KERJASAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD

SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAMTAHUN 1439 HIJRAH

47

48

AYAT-AYAT AL-QURAN DAN HADIS BAGI SEPANDUK PERARAKAN DAN PERBARISAN

MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM TAHUN 1439 HIJRAH

49

“RASULULLAH QUDWAH PEMIMPIN ADIL”

• Allah Memerintahkan Kepada Hamba-Nya UntukMenegakkan Keadilan

ن�ت و�أنزلنا معهم �ٱلكت�ب و�ٱلمزيان ليقوم ٱلبي لقد �أر�لنا ر�لنا ب� و�أنزلنا �ٱلحديد فيه ب�أس شديد ومن�فع للناس ٱلقسط ب� �ٱلناس عزيز قوى �ٱلل ن إ

ا ٱلغيب ب� ۥ ور�ل هۥ ينص من �ٱلل وليعل ﴾25﴿

Tafsirnya:Demi sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata (mu’jizat), dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat menegakkan keadilan. Dan Kami telah menciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat serta berbagai-bagai manfa’at bagi manusia dan supaya Allah mengetahui siapakah yang menolong agama Allah dan rasul-rasul-Nya sekalipun dia tidak melihat-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

(Surah al-Hadid ayat: 25)

• Hendaklah Berlaku Adil Ketika MemberikanKeterangan/ Menjadi Saksi

�أنفسمک ولو عىل ٱلقسط شهداء لل مني ب� ين ءامنوا كونوا قو ا �ٱل �أيه ـ يبعوا �أول بهما فال تت ٱلل ن يكن غنيا �أو فقيرا ف�

إين و�ٱلأقر بني ا دل �أو �ٱلو

��

��

50

اکن بما تعملون خبريا إن �ٱللا �أو تعرضوا فا ن تلوۥ

إ�ٱلهوى �أن تعدلوا و ا

﴾١35﴿Tafsirnya:Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu yang benar-benar penegak keadilan (serta) menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Jika dia (yang diberikan kesaksian itu) kaya atau pun miskin maka Allah lebih mengetahui hal kedua-duanya. Oleh itu, janganlah kamu menurutkan hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari keadilan. Dan jika kamu memutarbelitkan keterangan atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah adalah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.

(Surah an-Nisa’ ayat: 135)

حني �ٱلموت �أحدك حض ذا إا بينمک دة ـ شه ءامنوا ين �ٱل ا �أيه ـ ي

بت ف ن �أنت ضإنمک �أو ءاخران من غريك ا �ٱلوصية �ٱثنان ذوا عدل م

صيبة �ٱلموت ... ﴿١06﴾ بتمک مه ـ �ٱلأرض ف�أص

Tafsirnya:Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang antara kamu menghadapi kematian sedang dia hendak berwasiat maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil antara kamu atau dua orang yang berlainan (agama) dengan kamu jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana (yang membawa kepada) kematian...

(Surah al-Maidah ayat: 106) 

51

• AdilMenjatuhkanHukuman

يعظمک ا نعم �ٱلل ن إا ٱلعدل ب� كوا ت �أن �ٱلناس بني حكت ذا

إو ا

ا بصريا ﴿5٨﴾ يع اکن س ن �ٱلل إ ا ۦ به

Tafsirnya:Dan jika kamu menjalankan hukum antara manusia (hendaklah) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah (dengan suruhan-Nya itu) memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah an-Nisa’ ayat: 58)

ط �ٱلص �واء ل إا و�ٱهدان تشطط ول ٱلحق ب� بيننا ٱحمک ...ف�

﴾22﴿

Tafsirnya:...Maka tetapkanlah hukum antara kami dengan adil, dan janganlah engkau menyimpang daripada kebenaran serta tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.

(Surah Shad ayat: 22)

�أن و�ٱحذره �أهواءه بع تت ول �ٱلل �أنزل بما بينم �ٱحمک و�أن ما يريد �أن ٱعل ف� وا تول ن

إليك فا

إا �أنزل �ٱلل يفتنوك عن بعض ما

ـسقون ن �ٱلناس لف ن كثريا مإ �أن يصيبهم ببعض ذنوبهم وا �ٱلل

﴾٤٩﴿

52

Tafsirnya:Dan hendaklah engkau menetapkan hukum antara mereka mengikut apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu mereka serta berwaspadalah terhadap mereka supaya mereka tidak memesongkan engkau daripada sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah hendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan daripada manusia itu ialah orang fasiq. (Surah al-Maidah ayat: 49)

• HendaklahBerlakuAdilSemasaMemutuskanSesuatu

به �ٱلمقسطني ي ن �ٱلل إٱلقسط ا ٱحمک بينهم ب� ن حكت ف� إ

...وا﴾٤2﴿

Tafsirnya:...Dan jika engkau menghukum maka hukumkanlah antara mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang adil. (Surah al-Maidah ayat: 42)

• AdilDalamSegalaPerkaraDanUrusan

رمنڪم ٱلقسط ول ي شهداء ب� مني لل ين ءامنوا كونوا قو ا �ٱل �أيه ـ ي قوا �ٱلل �أل تعدلوا �ٱعدلوا هو �أقرب للتقوى و�ٱت شنـأان قوم عىل

53

خبري� بما تعملون ﴿٨﴾ ن �ٱلل إ ا

Tafsirnya:Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana sifat adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Maidah ayat: 8)

• Hendaklah Berlaku Adil Semasa Menimbang DanMengukur

ل و�عها إف نفسا ا ٱلقسط ل نك و�أوفوا �ٱلڪيل و�ٱلمزيان ب�

�أوفوا ذلڪم و بعهد �ٱلل ٱعدلوا ولوڪان ذا قرب ذا قلت ف�إو ا

ٮمک بهۦ لعلكم تذكرون ﴿١52﴾ وصTafsirnya:Dan sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak membebani seseorang (dengan kewajipan) melainkan apa yang terdaya olehnya. Dan apabila kamu mengatakan sesuatu (atau menetapkan hukum) maka berlaku adillah kamu sekalipun (terhadap) orang yang ada hubungan kerabat (dengan kamu) dan tepatilah perjanjian dengan Allah. Demikian itulah Allah memerintahkan kamu supaya kamu beringat. (Surah al-An’am ayat: 152)

54

ٱلقسط ول تخسروا �ٱلمزيان ﴿٩﴾ و�أقميوا �ٱلوزن ب�

Tafsirnya:Dan tegakkanlah timbangan dengan adil serta janganlah kamu mengurangi timbangan itu. (Surah ar-Rahman ayat: 9)

• Hendaklah Berlaku Adil Semasa Mentadbir DanMengendalikan Sesuatu

ذى �ٱلقرب وين�ى عن إيتاى

إن وا ـ حس

إٱلعدل و�ٱل ي�أمر ب� ن �ٱلل إ

ا �ٱلفحشاء و�ٱلمنڪر و�ٱلبغى يعظمک لعلڪم تذكرون ﴿٩0﴾

Tafsirnya:Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya (kamu) berlaku adil dan berbuat kebaikan serta membantu (dan mengukuhkan silaturrahim) kepada kaum kerabat, dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu supaya kamu sentiasa beringat. (Surah an-Nahl ayat: 90)

وقل ءامنت بما بع �أهواءه ٱدع و�ٱ�ستقم ڪما �أمرت ول تت ل ف� فللنا ـ هكم لنا �أع هنا ورب رب �ٱلل ـب و�أمرت لأعدل بينمک من ڪت �أنزل �ٱللليه �ٱلمصير

إمع بيننا و ا ي ة بيننا وبينمک �ٱلل ـلڪم ل حج ولمک �أع

﴾١5﴿

55

Tafsirnya:Oleh kerana itu, maka serulah (mereka kepada agama Allah) dan hendaklah engkau (wahai Nabi Muhammad) sentiasa beristiqamah (tetap teguh di atas jalan yang benar) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka, dan katakanlah: “Aku beriman kepada kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amalan kami dan bagi kamu pula amalan kamu. Tidak ada sebarang hujah antara kami dan kamu (kerana kebenaran telah nyata). Allah akan menghimpunkan kita semua (pada hari Kiamat) dan kepadaNya jualah tempat kembali.” (Surah asy-Syura ayat: 15)

به �ٱلمقسطني ﴿٩﴾ ي ن �ٱلل إا ا ...و�أقسطوآ

Tafsirnya:...Dan hendaklah kamu berlaku adil (dalam semua perkara), sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang adil. (Surah al-Hujuraat ayat: 9) 

• HendaklahBerlakuAdilSemasaMembuatPembelaan

ٱلحق لتحمک بني �ٱلناس بما �أرٮك �ٱلل ـب ب� ليك �ٱلكتإ �أنزلنا ا ان

إا

ا ﴿١05﴾ نين خصمي�إلخاٮ ول تكن ل

Tafsirnya:Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Nabi Muhammad) Kitab (al-Qur’an) dengan membawa kebenaran

56

supaya engkau menetapkan hukum antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya). Dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. (Surah an-Nisa’ ayat: 105)

• PemimpinYangAdilDilindungiAllah

ههم قال �سبعة يظل عليه و�ل عن �أب هريرة عن النب صىل اللمام العادل وشاب نش�أ بعبادة

إ ال ل ظله

إ يوم ل ظل ا ف ظل الل

اجتمعا ورجل� قلبه معلق� ف المساجد ورجالن تااب ف الل اللين

إال فقال ا قا عليه ورجل� دعته امر�أة� ذات منصب ومج عليه وتفر

ق بصدقة ف�أخفاها حت ل تعل يمينه ما ورجل� تصد �أخاف الل خاليا ففاضت عيناه اهل ورجل� ذ كـر الل تنفق ش

Maksudnya:Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam baginda bersabda: Ada tujuh macam orang yang bakal bernaung di bawah naungan Allah, pada hari tiada naungan kecuali naungan Allah; (iaitu) imam (pemimpin) yang adil, dan pemuda yang rajin beribadat kepada Tuhannya, dan orang yang hatinya selalu condong pada masjid, dan dua orang yang saling berkasih sayang kepada Allah baik waktu berkumpul atau berpisah, dan orang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan yang cantik, dia menolak dengan berkata; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan

��

57

kanannya, dan orang berzikir ingat kepada Allah bersendirian hingga mencucurkan air mata. (Hadits Riwayat Imam Muslim)

• Pemimpin Yang Adil Akan Mendapat Keistimewaan DiAkhirat

ن إا عليه و�ل صىل الل قال ر�ول الل قال زهير وف حديث

عز حمن الر يمني عن نور من منابر عىل الل عند المقسطني ين يعدلون ف حكمهم و�أهلهيم وما ولوا وجل وكتا يديه يمني ال

Maksudnya:Dalam hadits Zuhair katanya: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil, kelak di sisi Allah ditempatkan di atas mimbar dari cahaya; disebelah kanan Allah ‘Azza Wajalla; ialah mereka yang adil dalam hukum dan terhadap keluarga dan apa saja yang diserahkan (dikuasakan) kepada mereka. (Hadits Riwayat Imam Muslim)

• HendaklahAdil Dalam Menghukum Dan MenimbangkanSesuatu Perkara

قت فقالوا من عنها �أن امر�أة� من بن مخزوم س عن عائشة رض اللمه فكمه �أن يك رتئ �أحد� فل ي عليه و�ل م فهيا النب صىل الل يكيف تركوه ق فهيم الش ذا س

إ�رائيل اکن ا

إن بن ا إ

�أ�امة بن زيد� فقال ا

58

عيف قطعوه لو اکنت فاطمة لقطعت يدها ق فهيم �ٱلض ذا سإو ا

Maksudnya:Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anhu bahawasanya seorang perempuan dari banu Makhzum telah mencuri, berkatalah kaum itu, siapakah yang akan memberitahu kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam? Tetapi seorang pun tidak berani memberitahunya. Lalu Usamah bin Zaid memberitahukan hal ini kepada baginda lalu baginda bersabda: Sesungguhnya bani Israel apabila orang mulia di kalangan mereka mencuri mereka tidak hiraukan tetapi apabila orang miskin hina yang mencuri mereka potong tangannya, kalau Fatimah (anakku mencuri) nescaya akan ku potong tangannya. (Hadits Riwayat Imam al-Bukhari)

 • PemimpinYangAdilDicintaiAllah

ن إا و�ل عليه �ٱلل صىل �ٱلل ر�ول قال قال �عيد �أب عن

مام� عادل� إلقيامة و�أدانه منه مجلسا ا

يوم �ٱ ل �ٱللإ�أحب �ٱلناس ا

مام� جائرإ و�أبعده منه مجلسا ا ل �ٱلل

إو�أبغض �ٱلناس ا

Maksudnya:Dari Abu Sa’id katanya: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya orang yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hampir tempat duduknya ialah ketua (pemimpin) yang adil, dan orang yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh tempat duduknya ialah ketua (pemimpin) yang zalim. (Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi)

60

DIKIR SYARAFIL ANAM

DAN SALAWAT

61

�أشرق البدر علينا

م عليه و�ل د صلى �ٱلل على محم صلى �ٱلل

ينب�ى �الم� عليك ير�ول �الم� عليك

عليك يحبيب �الم� عليك صلوات �ٱلل

�أشرق �ٱلبدر علينا مرحبا مرحبا يمرحبا

فاختفت منه �ٱلبدور مرحبا مرحبا يمرحبا

مثل حسسنك مار�أينا مرحبا مرحبا يمرحبا

رور مرحبا مرحبا يمرحبا قطه ي وجه �ٱلسه

مرحبا ي نور �ٱلعين مرحبا مرحبا يمرحبا

مرحبا جد �ٱلحسين مرحبا مرحبا يمرحبا

62

يهو�أنت شمس� �أنت بدر�

مرحبا يمرحبا يمرحبا يهومرحبا

يهو�أنت نور� فوق نور

مرحبا يمرحبا يمرحبا يهومرحبا

وغالى يهو�أنت اکسير�

مرحبا يمرحبا يمرحبا يهومرحبا

دور يهو�أنت مصباح �ٱلصه

مرحبا يمرحبا يمرحبا يهومرحبا

يهومرحبا ينور�ٱلعين

مرحبا يمرحبا يمرحبا يهومرحبا

�ٱلحسين يهومرحبا جد

مرحبا يمرحبا يمرحبا يهومرحبا

63

د مرحبا مرحبا يمرحبا يحبيب�ى يمحميعروس �ٱلخافقين مرحبا مرحبا يمرحباد مرحبا مرحبا يمرحبا د يممج يمؤيمام �ٱلقبلتين مرحبا مرحبا يمرحبا

إآا ي

مرحبا ينور�ٱلعين مرحبا مرحبا يمرحبا�ٱلحسين مرحبا مرحبا يمرحبا مرحبا جد

�أى وجهك يسعد مرحبا من ر�أى وجهك يسعد مرحبا من ر

ي کريم �ٱلوالدين مرحبا ي کريم �ٱلوالدين مرحبا

د مرحبا افى �ٱلمبـر حوضك �ٱلصد مرحبا افى �ٱلمبـر حوضك �ٱلص

هشور مرحبا وردان يوم �ٱلنهشور مرحبا وردان يوم �ٱلن

مرحبا ينور�ٱلعين مرحبا مرحبا ينور�ٱلعين مرحبا

64

�ٱلحسين مرحبا مرحبا جد �ٱلحسين مرحبا مرحبا جد

ـئات ي ٱرحمنا جميعا و�ٱمح عنا �ٱلس رب ف�

الحات ٱرحمنا جميعا بجميع �ٱلص رب ف�

م عليه و�ل د صلى �ٱلل على محم صلى الل

طور تحرير السه على احمد عد وصالة الل

د صاحب الوجه المنير �أحمد �ٱلهادى محم

يق د د ي�أاببکر الص يمحم ي الل

�ول يعمر عثمان وعلىه يفاطمة بنت �ٱلر

م وابرك عليه هم صل و�ل لل�ٱ

65

صلهوا على هذا �ٱلنب�ىلب صلهوا على هذا النب�ى �ٱلهاشمى �ٱلمط

سب من وصفه فى �ٱلكتب �أحمد زكـي �ٱلن

رب تحلو صنوف �ٱلط بمدح طه العرب فالهج به يمطرب�ى دوما تفز ب�ٱلأرب

ى �أكثروا من ذكره و�أبشروا آل ود ياروا كل محب للنب�ى بكل خير بش

بما �أتكم فاعملوا وعن طريقه �لوا

ه خير نب�ى نإوعن �واه فاعدلوا فا

من لم يزر هذا النب�ى من مشرق �أو مغربض� للغضب تبا له من مذنب معر

ما كراما لمن جعلته مكرإي رب ا

حب آله والص صل عليه دائما وا

66

حـمني ي�أرحم �ٱلرحـمني فرج عن �ٱلـمسلمني ي�أرحم الر

يربنا ي کريم يربنا يرحمي�أنت الجواد الحليم و�أنت نعم �ٱلمعيننا �واك يحسبنا وملنا رب

يذا �ٱلعالوالغنـى ويقوى يمتينله�ى دراك

إوليس نرجو �واك فادرك ا

قبل �ٱلفناء و�ٱلهالك يعمه دنيا ودينناابلقبول بجاه طه �ٱلر�ول جد رب

وهب لناكله �ول رب ا�ستجب لى �أميننوب وا�تر لكل �ٱلعيوب واغفرلكل �ٱلذه

واكشف لكل �ٱلكروب واكف اذى �ٱلمؤذينواختم ابحسن ختام اذا دان �ٱلنصرام

وحان حين �ٱلحمام وزادرشح �ٱلجبينالم على شفيع �ٱلانم الة و�ٱلس ثم �ٱلص

حب و�ٱلتابعين و�ٱلآل نعم �ٱلكرام والص

67

د ي رب صل على �ٱلنب�ي محم

د خير�ٱلأانم ومن به يتشفع ي رب صل على �ٱلنب�ي محم

مير ويسمع ي من يرى ما في �ٱلض �أنت �ٱلمعد لكل ما يتوقع

ها دائد كل ى للش ي من يرجليه �ٱلمشستك و�ٱلمفزع

إ يمن ا

ي من خزائن ملكه في قول كن

ن �ٱلخير عندك �أجمعإ �أمن فا

د الة على �ٱلنب�ي محم ثم �ٱلص خير �ٱلأانم ومن به يتشفع

68

قصيدة القياممرحبا ينور عينى مرحبا مرحبا يمرحبا �ألفى مرحبامرحبا جد الحسين مرحبا مرحبا يمرحبا �ألفى مرحبا

يمن حضر النب�ى يمن حضر خير �ٱلبشر النب�ى خير �ٱلبشر

له �ٱلقمر من دانله �ٱلقمر عليه صلى �ٱلل والغزال �لم عليه

النب�ى ذاك �ٱلعروس ذاك �ٱلعروسذكره يحي �ٱلنهفوس يحي �ٱلنهفوس

النصارى و�ٱلمجوس قل : و�ٱلمجوس عليه صلى �ٱلل �أ�لموا على يديه

ذاك �ٱلمليح النب�ى ذاك �ٱلمليح قول� فصيح قوله قول� فصيح

والقرءان شيء� صحيح شيء� صحيح عليه صلى �ٱلل ذي �أنزل عليه ال

صلهوا عليه النب�ى صلهوا عليه عليه صلى �ٱلل صلوات �ٱلل عليه

�ٱلبركات وينال �ٱلبركات عليه صلى �ٱلل كله من صلى عليه

69

ة لوات �ٱلبدر ي الص

عىل طه ر�ول الل �الم الل صالة الل

عىل يس حبيب الل �الم الل صالة الل

ٱلهادى ر�ول الل وب� لنا ببسم الل تو�

ابهل �ٱلبدريالل وک مجاهد لل

ة من �ٱلفات و�ٱلنقمه م ال اله�ى �ل

ومن ه ومن غة ابهل �ٱلبدر يالل

ة واصف يع اذي ناواکشف مج اله�ى جن

مکئد�ٱلعداو�ٱلطف ابهل �ٱلبدريالل

اله�ى نفس �ٱلـکراب من �ٱلعاصني والعطبا

وک بـليــــة ووبـا ابهل �ٱلبدريالل

70

طلع �ٱلبدرعلينا

طلع �ٱلبدرعلينا من ثنيات �ٱلوداع

داع کرعلينا مادعـالل وجب الشه

ٱلأمر�ٱلمطاع هها�ٱلمبعوث فينا جئت ب� اي

کن شفيعا يحبيب�ي يوم حشرو�ٱجتماع

ناصل على من حل فى خير �ٱلبقاع رب

باع ل �ٱلط انت غوثناجميعا يمجم

ولبسسناثوب عز بعد تلفيق �ٱلرقاع

ترعلينا يمجيباکل داع �أ�سبل �ٱلس

تحرير�ٱلرقاع على �ٱحمد عد وصالة �ٱلل

�اع وکـــذا ال وصـحب ما�عى لل

71

Penghargaan dan Terima Kasih

Kepada

Pegawai-Pegawai dan Kakitangan-Kakitangan dari Kementerian-Kementerian dan

Jabatan-Jabatan Kerajaan, Syarikat Jati Transport,

Telekom Brunei Berhad,Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD),

Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB),Takaful Brunei Darussalam,

Ideal Multifeed Farm (Brunei) Sdn Bhd, Yusof Holdings Sdn Bhd,

Hanafi Konsultan, Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB),

Abdul Razak Holdings, Ayat Restaurant Sdn Bhd,

TGT Sdn Bhd,SABLI Beverages Industries Sdn Bhd,

Haji Ibrahim Sawmill Pte Ltd, Borneo United ENT Sdn Bhd,

PDO Chartered Architects, IBIC Sdn Bhd,

Fadhil Enterprise, BAG Network,

Hua Ho Department Store,

Serta Semua Pihak Yang Terlibat Mengendalikan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad

Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Tahun 1439 HijrahPeringkat Negara

Sama-Samalah Kita Berdoa Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala Melimpahkan

Pahala dan Rahmat-Nya Kepada Kita Semua

72

دچيتق اوهل جباتن فرچيتقنئ کراج�أنجباتن فردان منرتي،

نݢارا بروين دارالسالم