MAJLIS SUKAN NEGARA

6
MAJLIS SUKAN NEGARA SEJARAH Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972. Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis- majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik. Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan- sukan di peringkat tertinggi. VISI

description

nama setiap ahli kmpulan

Transcript of MAJLIS SUKAN NEGARA

MAJLIS SUKAN NEGARA SEJARAHMajlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi. VISIPeneraju sukan prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia. MISIMemastikan program pembangunan sukan berprestasi tinggi dilaksanakan secara menyeluruh, sistematik dan berkesan di semua peringkat.

Objektif1) Mempertingkatkan prestasi pencapaian atlet ke tahap kecemerlangan dunia melalui pengurusan program latihan, khidmat sokongan dan hal ehwal atlet yang lebih efisien dan menyeluruh.2) Memperkukuhkan struktur pembangunan kejurulatihan ke arah meningkatkan bilangan jurulatih yang berkelayakan.3) Memperkukuhkan struktur pembangunan dan penganjuran kejohanan-kejohanan sukan tempatan dan antarabangsa secara lebih efektif dan kompetitif.4) Memperkukuh dan meningkatkan penyelarasan pentadbiran Organisasi Sukan (Persatuan) yang lebih efektif dan efisien.5) Mempertingkatkan prestasi pencapaian pembangunan kepegawaian teknikal dan pengurusan sukan prestasi tinggi yang lebih efisien.

INSTITUSI SUKAN NEGARA (ISN)Senator Dato Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan bangunan ISN pada 20 Oktober 1992. Penubuhan Institut ini adalah sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang diluluskan oleh kabinet pada 20 Januari 1988. Tujuan Institut ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan sains sukan, perubatan sukan, penyelidikan dan pembangunan serta pendidikan berterusan ke arah mencapai kecemerlangan sukan negara. Institut juga merupakan satu pusat sumber maklumat dalam memberi ilmu bermanfaat kepada jurulatih-jurulatih negara seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat kecemerlangan sukan negara.Visi:Melahirkan atlet bertaraf dunia dan memangkinkan bangsa Malaysia yang sihat serta aktif melalui penerapan budaya bersukan.

Misi:Mengenalpasti, mengukuh dan meningkatkan kecemerlangan atlet menerusi aplikasi saintifik.

Motto :Pemangkin Kecemerlangan SukanObjektif :1. ISN sebagai pusat kecemerlangan atlet negara.2. Menyediakan perkhidmatan perubatan dan sains sukan berkualiti.3. Membangun kurikulum sains sukan bagi meningkatkan mutu pendidikan jurulatih.4. Menubuhkan pusat maklumat yang mengumpul, menyimpan dan menyebar maklumat berkaitan sukan.5. Bekerjasama dengan universiti dan institusi tempatan dan antarabangsa dalam bidang perubatan dan sains sukan.6. Mengenalpasti bakat kanak-kanak dan atlet muda serta membantu mereka mencapai prestasi optimum.

UNIVERSITI MALAYA SEJARAHUniversiti Malaya, atau UM, universiti tertua di Malaysia, terletak di sebuah kampus yang berkeluasan 750 ekar (309 hektar) di selatan barat Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Mula ditubuhkan pada April 1949 di Singapura berikutan penggabungan Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dengan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1928).Universiti Malaya mendapat namanya dari istilah Malaya yang kemudiannya menjadi nama negara. Suruhanjaya Carr-Saunders, yang mengesyorkan penubuhan universiti ini, dalam laporannya pada 1948 mengatakan: Universiti Malaya buat pertama kalinya akan menyediakan sebuah pusat umum di mana pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat bercampur gaul dalam usaha untuk menyatupadukan masyarakat. Bagi Universiti Malaya, inilah dia sebuah universiti untuk Malaya. YBhg. Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon pula telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya yang kesepuluh pada 8 November 2008Terdapat 2 akademi di UM, 12 fakulti dan 4 institut. UM juga mempunyai 11 buah kolej di dalam kampus iaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman Keduabelas. Manakala di luar kampus terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17 dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Moto Universiti Malaya : "Ilmu Punca Kemajuan".

.