majmuk

download majmuk

of 2

Transcript of majmuk

  • 7/31/2019 majmuk

    1/2

  • 7/31/2019 majmuk

    2/2

    perbezaan kedudukan atau martabat sesetiap kumpulan dalam kaum Melayu, Cina, India,

    Iban, Kadazan dan kaum etnik kecil yang lain di Malaysia. Pakaian baju kurung dan

    melayu adalah berasal daripada kaum melayu tetapi jika kita perhatikan sekarang kaum

    lain juga turut menggayakan baju tradisional kaum melayu contohnya baju kurung.

    Contoh keadaan seperti ini boleh didapati di sekolah mahupun di tempat kerja

    Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya,

    pemisahan fizikal. Pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan

    wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Ciri-ciri masyarakat

    majmuk mengiktiraf adanya keunikan dan sifat khas setiap komponen. Ciri-ciri Malaysia

    adalah wadah penyatu kumpulan etnik yang sebenar iaitu satu kumpulan etnik, bahasa

    serta budayanya membentuk kumpulan majoriti, kumpulan etnik yang lain dengan bahasa

    dan budaya masing-masing juga mendapat tempat. Dalam konteks masyarakat majmuk

    Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem

    politik yang sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana

    mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini

    bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi

    beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.