Perilaku Organisasi, Dasar Perilaku Individu serta Persepsi dan Pengambilan Keputusan Individual
Makalah Individual
-
Upload
nurul-fairuz-husna -
Category
Documents
-
view
203 -
download
3
Transcript of Makalah Individual
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
TAJUK KAJIAN
Dalam menulis tajuk, perkataan seperti kajian ataupun penyelidikan tidak perlu
ditulis kerana sudah maklum makalah berkenaah adalah berkaitan penyelidikan atau
kajian. Sebagai contoh, penyelidik tidak perlu menulis: (Kajian) Sikap dan
Pandangan Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Subjek Biologi dan Sains Biologi.
Menurut Noraini Idris, 2010, sesuatu kajian yang baik mestilah mempunyai tajuk
yang mudah difahami iaitu pendek, jelas dan deskriptif. Deskriptif merujuk kepada
kajian yang mempunyai set data yang dikumpulkan dan digunakan dalam kajian
tersebut. Kajian yang mempunyai ciri-ciri deskriptif adalah kajian kuantitatif yang
mana statistic akan digunakan untuk memberi gambaran awal data yang dikumpul
dan digunakan dalam sesuatu kajian. Menurut Abdul Rashid Moten (1998), tajuk
kajian yang baik mempunyai permasalahan yang tulen, pernyataan yang ringkas iaitu
tidak melebihi 12 patah perkataan dan mudah di fahami.
Tajuk kajian yang baik mengambil kira tiga aspek utama yang penting iaitu
menarik, boleh dikaji dan mempunyai fokus (Richard Veit, 1990). Oleh itu, tajuk
kajian merupakan perkara pertama yang akan dilihat oleh pembaca kerana ianya
member gambaran awal sesuatu perkara yang ingin disampaikan oleh penulis dalam
kajian mereka (Othman Mohamed, 2002).
Tajuk kajian yang saya pilih untuk di ulas ialah “Sikap dan Pandangan Pelajar
Sekolah Menengah Terhadap Subjek Biologi dan Sains Biologi”, diambil daripada
jurnal Procedia Social and Behavioral Sciences 1, 2009 yang di tulis oleh Emel Ekli,
Hediye Deniz Karadon dan Nurettin Sahin. Apabila diteliti, kajian ini adalah baik dan
memberi gambaran yang tepat kepada apa yang ingin dikaji. Ini adalah kerana,
menurut majid konting (2000) dan Abdul Rashid Moten (1998), penulisan tajuk kajian
yang baik mestilah mempunyai patah perkataan tidak melebihi 12 patah perkataan
1
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
dan berdasarkan tajuk kajian yang saya ulas ianya mempunyai 12 patah perkatan
iaitu menepati apa yang disarankan sebagai tajuk kajian yang baik. Walaupun tajuk
kajian yang saya ulas mempunyai perkataan ‘biologi’ yang diulang sebanyak 2 kali
namun, ianya memberi pembaca gambaran awal yang cuba disampaikan oleh
penulis.
Selain itu juga menurut Richard Veit, (1990), kajian yang baik mestilah
mengandungi pembolehubah penting dalam kajian sebagai sebahagian daripada
tajuk. Melalui tajuk kajian ini kita boleh mengetahui pemboleh ubah yang ingin dikaji
pleh penulis iaitu sikap dan pandangan terhadap biologi dan pelajar sekolah
menengah. Berdasarkan penelitian saya, tajuk kajian ini memberi gambaran awal
yang tepat kepada permasalahan yang ingin dikaji oleh penyelidik.
2
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN
Matlamat kajian adalah satu matlamat umum yang ingin dicapai dalam sesebuah
penyelidikan. Kebiasaannya, ia ditulis berdasarkan kepada tajuk supaya dapat
memberikan gambaran objektif umum yang dicapai oleh penyelidik. Ia dinyatakan
dalam satu perenggan yang ringkas menggunakan satu ayat atau gabunagn dua
ayat.
Menurut Mohd Majid Konting (2005), objektif sesuatu penyelidikan merupakan
sasaran sebenar yang boleh dicerap. Menurut William Cole pula, penyelidik harus
mengetahui tujuan kajian mereka sama ada untuk menerang, menganalisis ataupun
perbincangan. Ini adalah penting bagi penyelidik kerana dengan mengetahui tujuan
kajian dilakukan, penyelidik mampu menghasilkan penulisan kajian yang baik dan
berguna serta menarik minat pembaca. Berdasarkan kajian ini, matlamat dan objektif
kajian dinyatakan dengan jelas iaitu kajian ini dilakukan untuk menentukan sikap
pelajar terhadap bidang sains bioloigi dan subjek biologi dalam usaha untuk
menentukan pandangan pelajar mengenai bidang-bidang dalam subjek biologi dan
cara pengajarannya.
Objektif kajian ialah matlamat khusus yang hendak dicapai daripada penyelidikan.
Objektif yang dirangka seharusnya mengambil kira tiga faktor iaitu:
1. Kemampuan dan kepakaran penyelidik
2. Kos pengendalian penyelidikan
3. Jangkamasa penyelidikan
Penyelidik hendaklah bersikap realistik dalam merancang objektif kajiannya
kerana berjaya atau gagalnya sesebuah penyelidikan diukur berdasarkan
pencapaian objektif yang dirangka. Oleh yang demikian, penyelidik perlu mengam bil
kira aspek SMART iaitu spesifik, measurable, achievable and action-oriented,
3
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
realistic, time define hendaklah diberi keutamaan dalam merangka objektif sesuatu
kajian. Menurut Othman Mohamed (2002). Tujuan kajian mestilah sealiran dengan
pernyataan masalah yang telah ditetapkan terlebih dahulu dalam perbincangan latar
belakang kajian. Penulisan tujuan yang baik dapat memberi peringatan kepada
penyelidik untuk sentiasa peka dan prihatin terhadap apa yang ingin penyelidik kaji
agar penyelidik tidak terpesong daripada landasan kajian.
Matlamat mata pelajaran biologi adalah untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang biologi, menguasai pemikiran
saintifik dan mengamalkan nilai murni (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991).
Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap dan pandangan
pelajar sekolah menengah terhadap subjek biologi dan bidang sains biologi dan juga
minat pelajar dalam bidang-bidang biologi juga dikenalpasti. Bagi mencapai tujuan
tersebut, terdapat beberapa objektif khusus yang telah ditetapkan dalam kajian ini.
Objektif kajian ini adalah untuk:
Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
hubungan antara peratusan pelajar dengan minat pelajar dalam bidang sains
biologi.
Menentukan sama ada terdapat perbezaan signifikan terhadap minat dalam
subjek biologi antara responden lelaki dan responden perempuan.
Menentukan sikap pelajar mengenai pengajaran biologi dan sumbangan
pandangan pelajar sekolah menengah terhadap pembelajaran subjek biologi
di sekolah.
4
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Sebuah kajian yang baik hendaklah bersifat spesifik kepada skop permasalahan
tertentu. Bagi mengelak kajian bersifat umum dan sukar dicapai, maka perkara –
perkara berikut perlu dibatasi dan di ambil kira iaitu, responden, lokasi kajian, dan
juga pihak yang terlibat. Menurut Mohd Majid Konting (1993), skop dan batasan
kajian merupakan aspek penting dalam menghasilkan satu makalah yang baik. Skop
kajian adalah merujuk kepada populasi kajian yang hendak diuji oleh penyelidik.
Skop kajian menentukan sedalam mana aspek dan fokus yang ingin penyelidik kaji.
Skop kajian adalah terbatas kepada tujuan dan matlamat yang telah penyelidik
tetapkan dalam membuat kajian mereka untuk mengelakkan kajian yang dilakukan
terpesong daripada tujuan asal kajian dilakukan.
Menurut Noraini Idris (2010), skop penyelidikan memperihalkan apa yang ingin
diselidiki oleh penyelidik dan batasan pula merujuk kepada memperihalkan sesuatu
kajian secara eksplisit mengenai perkara-perkara yang tidak akan dipertimbangkan
dalam penyelidikan yang dilakukan.
Batasan kajian merupakan kekuarangan ataupun limitasi dalam kajian yang
memberi kesan yang signifikan ke atas dapatan kajian. Batasan kajian meliputi
aspek yang berkaitan dengan skop kajian, alat ukur, masa, jumlah responden,
tenaga kepakaran, wang dan sebagainya.
Terdapat beberapa batasan kajian dikenal pasti dalam kajian ini. Batasan kajian
yang pertama ialah dari aspek responden kajian. Pelajar-pelajar dari tahun 9 hingga
12 dipilih adalah secara rawak daripada tiga buah Sekolah Menengah Tinggi di
sekitar Turkey. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan dengan
tepat keran latar belakang responden hanya berasal dari Turkey dan bukan nya
5
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
melibatkan dari pelbagai Negara. Asal usul responden juga merupakan satu faktor
penerimaan responden terhadap bidang biologi.
Keduanya, penyebab kepada minat pelajar dalam bidang-bidang tertentu dalam
subjek sains biologi. Pelajar menyatakan pandangan mereka terhadap bidang sains
biologi adalah menarik dan merupakan satu keperluan. Akan tetapi, cara
penyampaian subjek biologi yang hanya dinyatakan secara berfakta dan
menggalakkan pelajar menghafal membuatkan pelajar bosan. Seharusnya subjek
biologi ini perlulah di ajar melalui penggunaan bahan yang berbeza, alat berteknologi
dan makmal perlu digunakan dan di nilai kerana pengajaran secara penyampaian
oleh guru sahaja tidak memadai.
Seterusnya, cara pengajaran guru dalam subjek biologi yang hanya menekankan
cirri pengajaran secara hafalan sahaja. Ini bukan sahaja menyebabkan pelajar tidak
bersemangat untuk belajar malahan menyebabkan otak pelajar tidak diransang untuk
menjana idea baru melalui pembelajaran mereka.
Matlamat subjek sains terutamanya biologi adalah melahirkan pelajar yang
mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang biologi, menguasai saintifik dan
mengamalkan nilai murni (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991).
Oleh itu, guru mestilah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran supaya
menarik minat pelajar, menyokong pembelajaran secara koperatif, menggalakkan
murid menggunakan daya usaha dan autonomi mereka sendiri. Seterusnya pelajar
mampu memahami konsep dan penaakulan saintifik dalam mata pelajaran tersebut
dan mampu meransang kepada pembelajaran bermakna.
6
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
SOROTAN KAJIAN
Menurut Kamus Edisi Keempat (2005) mendefinisikan sorotan kajian sebagai
mengkaji penyelidikan yang berkaitan bagi mengenalpasti sejauh mana sesuatu
masalah yang berpotensi telah dikaji. Sorotan kajian merupakan satu tinjauan
semula kajian yang telah dilakukan terhadap sesuatu sumber bertulis. Terdapat
beberapa aspek penting yang berkaitan dengan sorotan kajian ang perlu diketahui
oleh penyelidik iaitu 1)tujuan, 2)peranan, 3)kaedah, 4)sumber, 5)perlaksanaan dan
6)teknik-teknik menulis dan menyusun dapatan sorotan kajian.
Sorotan kajian menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (2003), adalah merupakan satu
sokongan kepada semua perkara, teori atau kajian lepas yang diperoleh melalui
kajian perpustakaan dan bersangkutan dengan tajuk yang dikaji oleh penyelidik.
Selain itu juga, melalui sorotan kajian ini juga, ianya mampu meningkatkan
keyakinan dan motivasi kepada penyelidik dalam menghasilkan satu makalah yang
baik dan boleh menjadi informasi yang berguna kepada pembaca.
Menurut Chua Yan Piaw (2006), sorortan kajian secara amnya berperanan dalam
menyatakan masalah, menerang dan menjelaskan latar belakang masalah serta
mengenalpasti masalah yang ingin dikaji oleh penyelidik. Oleh itu, sorotan kajian
merupakan satu aspek penting kepada penghasilan penulisan makalah yang baik
kerana kitaboleh mempelajari kaedah dan teknik yang sesuai dalam menyelesaikan
sesuatu masalah dan dalam masa yang sama kita juga boleh mngenalpasti alat-alat
kajian yang digunakan dalam kajian. Sorotan kajian juga mampu mengelakkan kita
melakukan kesilapan semasa menjalankan kajian seterusnya data yang dihasilkan
dapat dianalisis dengan jayanyaserta mendapat keputusan yang bermakna dalam
kajian kita.
7
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
Berdasarkan penelitian saya dalam makalah ini, kajian yang telah dilakukan oleh
penulis adalah dikategorikan baik kerana sorotan kajian telah dibuat di bahagian
pengenalan, keputusan kajian, perbincanngan dan penyelesaian makalah ini.
Menurut Mohd Majid Konting (2005), pelbagai sumber boleh diperolehi untuk
mencari sorotan kepada kajian yang ingin dijalankan namun, ia bergantung kepada
tujuan dan matlamat yang telah penyelidik tetapkan dalam kajian yang ingin dikaji.
Antara sumber-sumber yang boleh digunakan ialah junal, buku dan bibliografi,
abstrak dan indeks, laporan dan buletin, panduan perseorangan da institusi, risalah
berjilid yang tidak kurang 50 mukasurat , bahan-bahan rujukan am, sumber kamus
dan istilah (contohnya, Kamus Dewan Edisi Keempat), ensiklopedia serta laman web
internet.
Oleh itu, dengan setiap peringkat mempunyai sorotan kajian daripada jurnal dan
dapatan kajian yang lepas seperti penulis memetik pernyataan daripada jurnal hasil
tulisan Sulun, A., Gurbuz, H., & Kandemir yang bertajuk “Emergin Biology Culture In
Turkish Educational System” dalam muka surat 160-166 iaitu ‘…..science can
improve people’s way thinking about the world and think scientifically, grasp the main
idea about the nature so that the living culture will be created’ , kajian yang ditulis
oleh penyelidik adalah bererti pada awalnya lagi seterusnya, menggalakkan
pembaca mudah mengenalpasti sorotan kajian yang telah dibuat oleh penulis dalam
penulisannya.
8
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
PERNYATAAN HIPOTESIS/PERSOALAN KAJIAN
Hipotesis ialah satu pernyataan yang bermula dengan idea-idea kurang jelas dan
di pengaruhi oleh pengalaman dan kepercayaan dalam membentuk ramalan tentang
hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah yang dijangka mempunyai kaitan
(Noraini, 2010). Hipotesis statistik merujuk kepada satu pernyataan atau tanggapan
yang mungkin benar atau tidak terhadap sesuatu populasi atau lebih (Walpole,1990).
Hipotesis yang baik mempunyai sifat-sifat seperti berfokus, jelas, logik, difahami dan
dapat diuji. Didalam pengujian hipotesis, langkah-langkah berikut perlu diambil kira :
1. Pernyataan hipotesis
2. Jenis taburan data
3. Aras keertian
4. Ujian statistik
5. Kawasan penolakan
6. Pengiraan ujian statistic
7. Keputusan
8. Kesimpulan
Terdapat lima kriteria penting dalam pernyatan hipotesis iaitu:
1. Jelas dengan definisi dan takrif operasi disertakan.
2. Boleh diuji atau diselesaikan dan tiada maksud yang implicit.
3. Dinyatakan dalam kaitan antara dua pemboleh ubah.
4. Skop yag tehad supaya realistik.
5. Konsisten dengan kebanyakan fakta dengan ruujukan literasi.
(Kerlinger, 1986 & Black, 1993)
Pernyataan hipotesis merujuk kepada hipotesis nol yang ditandakan dengan H0
ialah hipotesis yang hendak diuji dan diharap akan ditolak. Menurut Sidek Mohd
9
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
Noah (2002), hipotesis ialah jangkaan mengenai sesuatu peristiwa yang berasaskan
generalisasi andaian hubungan antara pembolehubah- pembolehubah. Hipotesis
adalah berasal daripada masalah.
Terdapat dua tahap hipotesis yang boleh dikenalpasti iaitu hipotesis penyelidikan
dan hipotesis operasi (Majid Mohd Konting, 2005) yang mana hipotesis penyelidikan
merujuk kepada hipotesis mengenai fenomena yang biasanya pincang manakala
hipotesis operasi pula adalah hipotesis yang mempunyai nol iaitu hipotesis yang
teratur dan tidak pincang.
Berikut adalah hipotesis operasi yang akan diuji dalam kajian ini, iaitu:
H01 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap hubungan antara
peratusan pelajar dengan minat pelajar dalam bidang sains biologi.
HO2 Tiada terdapat perbezaan signifikan terhadap minat dalam subjek biologi
antara responden lelaki dan responden perempuan.
HO3 Tiada perkaitan antara sikap pelajar mengenai pengajaran biologi dan
sumbangan pandangan pelajar sekolah menengah terhadap pembelajaran
subjek biologi di sekolah.
Pembentukan hipotesis dinyatakan untuk member sokongan kuat kepada kaedah
penyelidikan dalam membentuk pernyatan yang lebik formal dan untuk menguatkan
lagi pernyataan masalah dalam kajian penyelidik.
10
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
KEBERKESANAN KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian merupakan bahagian terpenting dalam menentukan sama ada
kajian ini berkesan atau tidak dan juga mampu menjelaskan kepada panel penilai
tentang tatacara serta proses yang akan dilakukan untuk menyelidik permasalahan
dalam penyelidikan yang dinyatakan(Noraini, 2010).
Menurut Majid Mohd Konting (2005), kaedah penyelidikan merujuk kepada cara
seseorang penyelidik mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif dan matlamat
dalam kajiannya. Kaedah yang baik dalam sesuatu kajian adalah cara yang terbaik
dan berkesan digunakan untuk mendapatkan maklumat tetapi menggunakan kos
yang paling minimum.
Didalam sesuatu penulisan kaedah penyelidikan, pengetahuan mengenai
kaedah-kaedah alternatif sangat diperlukan. Justeru, ianya perlu dipersembahkan
dan meyakinkan panel penilai bahawasanya pendekatan dan kaedah yang
digunakan adalah yang terbaik untuk mendapatkan data yang relevan bagi
menjawab pernyataan-pernyataan masalah yang dikemukakan dalam kajian ini.
Dalam kajian ini, penyelidik memilih pelajar dalam kalangan tahun 9 hingga tahun
12 daripada sekolah menengah tinggi di Turkey. Kaedah persampelan yang
digunakan dalam kajian ini ialah persampelan rawak mudah. Pelajar-pelajar yang
terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Saiz populasi dalam kajian ini adalah 176 orang pelajar daripada tiga buah
sekolah menengah tinggi Turkey iaitu 41% Sekolah Menengah Pelajaran Tinggi,
52% Sekolah Menengah Tinggi Anatolian dan 7% Sekolah Menengah Tinggi klasikal.
Berdasarkan kajian kepada makalah ini, saya mendapati bahawa penyelidik telah
menggunakan kajian ex post facto yang mana ianya disunakan bila penyelidik tidak
dapat mengolah pembole ubah x bersandar seperti menentukan sama ada pemboleh
11
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
ubah jantina mempengaruhi motivasi pelajar terhadap topik-topik dalam subjek
biologi. Sekiranya hubungan yang bermakna wujud antara jantina dengan motivasi
pelajar terhadap topik-topik dalam subjek biologi, maka wujudnya perkaitan antara
jantina mempengaruhi motivasi pelajar terhadap topik-topik dalam subjek biologi.
12
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
PENCERAPAN PEMBOLEH UBAH DALAM KAJIAN
Menurut Gay & Airasian (2000), pemboleh ubah adalah konsep ataupun konstruk
yang diselidik oleh penyelidik dalam sesuatu kajian yang mana setiap pemboleh
ubah yang dinyatakan mempunyai hubungkait antara satu sama lain dan setiap
satunya pula mempunyai fungsi yang berbeza;
1. memberi kesan
2. menerima kesan
3. mencelah antara kesan yang diterima.
Secara umumnya, pemboleh ubah dikategorikan kepada beberapa kategori
namun, terdapat tiga kategori pemboleh ubah yang sering digunakan dalam sesuatu
kajian iaitu pemboleh ubah tidak bersandar, pemboleh ubah bersandar dan
pemboleh ubah luaran dan pemboleh ubah terkawal. Menurut Mohd Majid Konting
(2005), pemboleh ubah pemboleh ubah tak bersandar adalah pemboleh ubah yang
mula-mula akan dikaji dan ianya boleh di manipulasikan oleh penyelidik dan juga
pemboleh ubah dimanipulasi ini juga boleh berdiri dengan sendirinya yakni tak
bersandar walaupun ianya mempunyai perkaitan dengan pemboleh ubah yang lain.
Pemboleh ubah bersandar pula adalah pemboleh ubah yang bergerak balas
terhadap pemboleh ubah dimanipulasi. Ianya tidak boleh berdiri dengan sendirinya.
Menurut Mohd Majid Konting (2005) terhadap pemboleh ubah bersandar, pemboleh
ubah ini merupakan satu rentetan ataupun kesan yang mana ianya bergantung
kepada nilai pemboleh ubah tak bersandar yang dimanipulasi oleh penyelidik.
Di dalam sesuatu penyelidikan, pemboleh ubah luaran adalah pemboleh ubah
yang member kesan ke atas pemboleh ubah bersandar yakni, ianya merupakan
masalah asas yang dihadapi oleh semua penyelidik. Menurut Mohd Najib Ghafar
(1999) pula, pemboleh ubah luaran adalah sebarang faktor yang boleh
13
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
mempengaruhi sesuatu penyelidikan tetapi ianya tidak dikaji oleh penyelidik.
Kebiasaannya, pemboleh ubah luaran dalam sesuatu penyelidikan dapat dikenal
pasti melalui sorotan literature dan saranan teori-teori yang berkaitan dengan
pemboleh ubah bersandar (Stevens, 1996).
Berdasarkan kepada makalah yang saya kaji ini, pemboleh ubah tak bersandar
ialah pendidikan biologi, pemboleh ubah bersandar pula adalah sikap dan
pandangan pelajar terhadap pendidikan biologi. Statistik deskripsi telah digunakan
untuk mendapatkan pengiraan, min dan peratusan dengan menggunakan ANOVA
dalam menentukan sama ada terdapat perbezaan min (p< 0.05) wujud di antara
hubungan pemboleh ubah dan kumpulan responden.
14
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
INSTRUMEN KAJIAN DAN ASPEK KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
DALAM KAJIAN
Instrumen yang digunakan adalah sangat relevan iaitu berbentuk soal selidik.
Menurut Tuckman, 1978; instrument berbetuk soal selidik merupakan satu cara yang
paling tepat dan berkesan bagi mendapatkan maklumat diripada responden. Menurut
pandangan Wolf, 1988, beliau mencadangkan beberapa andaian dalam pembinaan
soal selidik perlu dilakukan berdasarkan iaitu;
1. Responden mudah membaca dan memahami item-item soal selidik.
2. Responden mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang mencukupi
untuk menjawab item-item soal selidik.
3. Responden menjawab soal selidik secara sukarela dan ikhlas.
Penggunaan instrument berbentuk soal selidik amat berkesan jika ia disediakan
dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai
kesahannya (Cates, 1980). Menurut beliau lagi, instrument ini amat sesuai lebih-lebih
lagi dalam keadaan masa dan kos yang terhad.
Penyelidik menggunakan kaedah deskriptif iaitu kaedah berangka dan grafik
untuk menentukan corak set data, meringkaskan maklumat daripada set data dan
mempersembahkan maklumat yang dikumpul daripada sampel dalam bentuk yang
menarik. Berdasarkan kepada kajian ini, kaedah yang digunakan iaitu deskriptif
adalah sangat relevan yang mana kajian ini menggunakan statistik untuk
mengenalpasti kecenderungan pelajar-pelajar dalam bidang sains biologi, sikap dan
pandangan mereka terhadap subjek biologi.
Pemilihan jenis instrument bergantung kepada objektif dan matlamat
penyelidikan, rekabentuk penyelidikan dan jenis bukti yang ingin dikumpul oleh
penyelidik dalam kajiannya (Mohd Majid Konting, 2005)lazmnya, alat-alat instrument
15
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
yang biasanya digunakan dalam penyelidikan meliputi boring soal selidik, inventori,
skala, ujian dan jadual cerapan
Dalam kajian makalah yang saya ulas ini, penyelidik telah menggunakan alat ukur
jenis soal selidik yang mana penyelidik telah mngedarkan boring soal selidik kepada
176 orang responden yang terdiri dari latar belakang pendidikan yang berbeza dan
berbeza jantina, lelaki dan perempuan di 3 buah sekolah menengah tinggi di sekitar
Negara Turki. Sabitha Marican (2006) telah berpendapat bahawa soal selidik
merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk lisan. Ianya merupakan satu alat
khusus untuk mengumpul makluat untuk tujuan analisis yang dapat menjawab
persoalan kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Pendekatan kuantitatif dan kualitatif
digunakan seiring dalam kajian ini untuk mendapatkan keputusan data yang tepat
dan sah. Berdasarkan kajian ini, pendekatan kualitatif adalah kaedah yang
digunakan oleh penulis bertanyakan pendapat pelajar-pelajar mengenai subjek
biology seperti;
Manakah topik dalam subjek biologi yang menjadi keutamaan oleh pelajar?
Manakah topik dalam bidang biolog yang paling menarik minat pelajar?
Apakah yang memotivasikan pelajar untuk mempelajari subjek biologi?
Bagaimanakah pandangan pelajar terhadap kurikulum dan cara pengajaran
dan pembelajaran?
Persoalan-persoalan diatas dijawab oleh pelajar tanpa paksaan supaya dapatan
kajian diperoleh adalah tepat dan sah. Pendekatan kuantitif pula merujuk kepada
data yang diperolehi melalui soal selidik yang telah dilakukan terhadap 176 orang
pelajar dari gred 9 hingga gred 12 yang diambil secara rawak daripada tiga buah
Sekolah Menengah Tinggi di Turkey.
Data dianalisis menggunakan deskriptif statistik (emel Ekli et al,. 2009). Untuk
16
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
mengira statistik deskriptif, penyelidik telah melakukan analisi melalui ANOVA untuk
item-item dalam borang soal selidik yang telah dilakukan kepada responden untuk
mencari perbezaan dan meninjau perhubungan antara pembolehubah-
pembolehubah dengan kumpulan responden. Penyelidik telah melakukan
keseluruhan analisis menggunakan SPSS untuk Window versi 10 software statistik.
Aspek kesahan dan keboleh percayaan merupakan aspek penting bagi sesuatu
penyelidikan untuk mengesahkan sama ada kajian itu diterima ataupun tidak.
Menurut Kerlinger (1986), dalam konteks penyelidikan, kesahan merujuk kepada
mengukur apa yang sepatutnye ingin diukur dalam sesuatu kajian iaitu, dalam ayat
mudah, instrumen penyelidikan yang digunakan dalam dalam sesuatu penyelidikan
mestilah mampu memberikan ukuran yang tepat kepada apa yang ingin diukur dalam
penyelidikan.
Aspek kebolehpercayaan dalam penyelidikan pula merujuk kepada dua situasi
iaitu:
a) Ketekalan sesuatu ukuran walaupun ianya diukur berulang kali tetap
memberikan nilai yang sama.
b) Kestabilan sesuatu ukuran pada sepanjang masa.
(Kirk & Miller, 1986)
Menurut Sabitha Marican (2006), kualiti sesuatu alat ukur boleh diterjemahkan
dalam bentuk kebolehpercayaan dan kesahan. Menurutnya lagi, kebolehpercayaan
ialah sejauh mana ukuran sesuatu konsep itu konsisten walaupun diukur berulang
kali manakala kesahan pula merujuk kepada tahap perkaitan antara alat ukur kajian
yang hendak diukur. Bagi pendapat Mohd Majid Konting (2005) pula, sesuatu alat
kajian yang mempunyai kesahan gagasan yang tinggi mewujudkan kekuatan
17
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
sesuatu konsep dalam gagasan yang diukur. Keboleh percayaan menunjukkan ujian
yang konsisten (Tuckman, 1978).
.
ANCAMAN DALAM KAJIAN DAN CARA MENGATASINYA
Setiap reka bentuk mmepunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri bergantung
kepada kajian yang dilakukan oleh penyelidik (Mohamad Najib Ghafar, 1999).
Ancaman merupakan perkara yang terbesar dalam mempengaruhi sesuatu kajian
kerana ancaman mampu menggagalkan sesuatu penyelidikan. Oleh itu, penyelidik
perlu berhati-hati dalam membuat keputusan mereka bentuk sesuatu kajain dan
perlu menyenaraikan kelebihan dan kekurangan reka bentuk kajian yang dijalankan
kerana dalam penyelidikan yang baik, penyelidik seharusnya berupaya mereka
bentuk sesuatu kajian yang mempunyai kesan negatif ataupun kelemahan yang
kurang supaya matlamat dan objektif kajian dapat dicapai dengan berkesan dan
paling efektif.
Kesahan dalaman merujuk kepada keadaan yang terdapat perbezaan pemboleh
ubah bersandar hasil manipulasi pemboleh ubah tak bersandar (Fraenkel & Wallen,
2006; Gay, 1996). Ancaman boleh dilhat melalui dua perspektif iaitu ancaman
kepada kesahan luaran dan kesahan dalaman. Menurut Noraini Idris (2010), terdapat
tiga kategori yang melibatkan ancaman kepada kesahan dalaman iaitu:
1) Ancaman satu kumpulan (berlaku apabila penyelidik menggunakan satu
kumpulan dalam penyelidikan)
2) Ancaman pelbagai kumpulan (berlaku apabila penyelidik menggunakan lebih
dari satu kumpulan seperti kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan)
18
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
3) Ancaman social (berlaku apabila penyelidikan dilakukan dalam dunia sebenar
yang mana manusia bukan sahaja menunjukkan reaksi apa yang berlaku
kepada diri mereka tetapi juga kepada persekitaran mereka).
Ancaman kepada kesahan dalaman adalah melibatkan semua penyebab
alternating selain daripada program atau rawata yang membawa kepada kesan
dalam pasca ujian. Menurut AliaS Baba (1992), ancaman adalah sebarang
perubahan kepada skor yang mungkin disebabkan oleh perkara yang mempengaruhi
kepada ancaman.
Berdasarkan makalah yang saya pilih untuk dikaji, saya mendapati terdapat
beberapa faktor yang mungkin menjadi ancaman kepada penulisan makalah ini iaitu,
persampelan di ambil secara rawak daripada 3 buah sekolah menengah tinggi di
sekitar Negara Turki. Oleh itu, ianya mungkin mempengaruhi dapatan kajian kerana
kita tidak dapat mengeneralisasikan kajian ini terhadap keseluruhan sikap dan
pandangan sebenar pelajar terhadap subjek biologi. Akan tetapi, dalam mengatasi
ancaman ini, penyelidik telah menggunakan teknik soal selidik dan seterusnya
menggunakan statistic deskriptif untuk mendapatkan nilai peratusan dan min bagi
data tersebut. Ujian statistik ANOVA yang menggunakan perisian SPSS juga
digunakan dalam menentukan sama ada terdapat perbezaan antara pemboleh ubah
dengan kumpulan responden (p<0.05).
Kesimpulannya, dalam penulisan sesuatu makalah yang baik, penyelidik perlu
menitik beratkan usaha untuk mereka bentuk kajian yang mempunyai nilai ancaman
terendah. Kegagalan dalam mendapatkan reka bentuk kajian yang mempunyai nilai
ancaman luaran dan dalaman yang minima menyebabkan penyelidikan dikatakan
tidak Berjaya mencapai objektif dan matlamatnya dengan baik.
19
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
SUMBANGAN KAJIAN KEPADA PENINGKATAN TEORI DAN AMALAN
PROFESION PERGURUAN
Menurut Tekkaya, 2001, penguasaan konsep-konsep dalam biologi sangat
rendah disebabkan oleh cara pengajaran yang statik, dan tidak secara dinamik bagi
meningkatkan minat para pelajar. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu
pelajar dalam pembelajaran dan menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian
dan eksperimen. Menurut Mahmud, 2001, P&P dilakukan dengan menggunakan
pelbagai kaedah yang sesuai dapat digunakan dikalangan pelajar-pelajar bagi
menjadikan proses P&P menarik dan tidak membosankan pelajar. Jadi adalah
penting untuk menjadikan kurikulum Biologi lebih kontemporari dan menyeronokkan
kepada para pelajar (Tekkaya, 2001).
Kajian ini mampu menyumbang kepada kemajuan profesion perguruan
terutamanya dalam subjek biologi dan menjadi landasan untuk membuka minda
pihak-pihak tertentu khususnya guru-guru untuk memulakan usaha bagi memahami
faktor dalaman diri pelajar seperti sikap dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar
dalam menguasai konsep dan penaakulan saintifik dalam subjek biologi khususnya.
Kajian ini mampu menggalakkan guru-guru menggunakan kaedah yang terbaik
dalam menghasilkan pembelajaran yang bermakna serta merancang dan
melaksanakan pengajaran yang kreatif untuk menarik minat belajar kepada pelajar.
Analisi kajian mendapati pelajar-pelajar kebanyakannya cekap menjawab
aritmetik tetapi lemah dalam soalan yang melibatkan ayat-ayat, memberi pendapat
dan penaakulan. (Sharifah Munirah, 2001; Azmi, 2001). Oleh itu, kajian ini mampu
meneliti kembali kaedah pengajaran yang dilakukan oleh guru-guru seterusnya
pelajar mampu memhami konsep setiap topik dengan mudah dan mengelakkan
pengajaran biologi yang bersifat didaktik semata-mata seperti syarahan dan latih
20
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
tubi,hafalan dan luah balik maklumat oleh pelajar dan juga tiada usaha kearah
mengintegrasikan pengalaman informal dengan apa yang dipelajari.
Matlamat subjek sains terutamanya biologi adalah melahirkan pelajar yang
mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang biologi, menguasai saintifik dan
mengamalkan nilai murni (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Kajian ini amat
bermakna kepada pihak tertinggi seperti bahagian kementerian pendidikan supaya
meneliti kembali modul-modul dan perangkaan sukatan pelajaran supaya pengajaran
dan pembelajaran subjek sains terutamanya biologi mampu menarik minat pelajar,
menyokong pembelajaran secara koperatif, menggalakkan murid menggunakan
daya usaha dan autonomi mereka sendiri. Seterusnya pelajar mampu memahami
konsep dan penaakulan saintifik dalam mata pelajaran tersebut dan mampu
meransang kepada pembelajaran bermakna.
21
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
BIBLIOGRAFI
Azhar Bin Miswan (2005). Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Tingkatan Dua
Sekolah Menengah Di Petaling Jaya Dalam Mata Pelajaran Sains Dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris. University teknologi Malaysia :Tesis
Sarjana Muda.
Azizi Bin Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahman
Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur
: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Baharom, Sadiah (2008) Kesan Paduan Kitar Pembelajaran Dan Pemetaan
Konsep Terhadap Konsepsi Pelajar Tentang Pembahagian Sel. PhD
thesis, Universiti Sains Malaysia.
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan.
Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Emel Ekli. Hediye Deniz Karadon dan Nurettin Sahin (2009). High School Students
Attitudes and Opinions Regarding Biology Course and Biological
Sciences. Procedia Social and Behavioral Science 1(2009) page:1137-1140.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1991 ). Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah : Sukatan Pelajaran Biologi. Kuala Lumpur. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1993 ). Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah : Sukatan Pelajaran Sains. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan
Kurikulum.
22
ULASAN MAKALAH PENYELIDIKAN
BIBLIOGRAFI
Maidinsah, Hamidah (2004) Kesan Kaedah Pengajaran Metakognisi-Inkuiri
Terhadap Prestasi Dalam Matematik Dan Penaakulan Saintifik Di
Kalangan Pelajar Diploma. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Mohammad Yusof, Kasmalizi (2008) Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Tiga
Fakulti Di University Teknologi Malaysia, Fakulti Pendidikan, University
Teknologi Malaysia.
Mohd Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Abdul Ghafar (1997). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Noraini Idris (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Sabitha Marican (2006). Penyelidikan Sains Sosial: Pendekatan Pragmatik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya: Falsafah. Teori dan Praktis.
Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Zainuddin, Zainal Abidin and Suardi, Afrinaleni (2010). Keberkesanan Kaedah
Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik.
Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik . pp. 1-7. Universiti Teknologi Malaysia.
(Unpublished)
23