Maklumat Asas Tanaman (Betik)
-
Upload
wan-ahmad-fitri -
Category
Documents
-
view
104 -
download
4
Transcript of Maklumat Asas Tanaman (Betik)
BETIK
MAKLUMAT ASAS TANAMAN
Carica papaya atau lebih dikenali dengan nama tempatannya, betik adalah merupakan
sejenis tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditanam di Malaysia. Ia berasal dari
keluarga Caricaceae di mana keluarga ini mempunyai ciri-ciri anatomi seperti batang
kukuh, dan ada kelenjar kecil di dasar tangkai daun atau di hujungnya.
Asal dan sejarah
Walaupun tempat sebenar asal pokok betik tidak diketahui, namun dipercayai bahawa
pokok betik ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika, mungkin Selatan Mexico dan
Amerika Tengah. Biji benih tanaman ini dibawa ke Panama, kemudian ke Republik
Dominica sebelum 1525. Penanamannya merebak ke seluruh Amerika Selatan dan
Tengah, selatan Mexico, India Barat dan Bahamas dan ke Bermuda pada tahun 1616.
Pelayar bangsa Sepanyol membawa biji benih ke Filipina di sekitar 1550 dan seterusnya
ke Melaka dan India. Kemudian biji benih dihantar dari India ke Nepal pada tahun 1626. Ia
sampai ke Hawaii pada 1800-1820. Kini betik terkenal hampir ke seluruh kawasan tropika.
Keterangan botani
Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Pokok betik boleh
tumbuh tegak meninggi dan batangnya penuh dengan lingkaran parut bekas tangkai daun.
Daun betik yang besar terbahagi kepada 5-9 cuping yang tidak sekata dan tumbuh pada
sebelah atas bahagian pokok. Semua bahagian pokok betik termasuk daun,
mengeluarkan getah putih apabila dicucuk.
Pokok betik membesar dengan baiknya di kawasan tropika. Ia hidup subur di kawasan
yang menerima jumlah hujan yang sama sepanjang tahun tanpa banjir atau air bertakung,
dan tempatnya terlindung daripada tiupan angin yang kencang.
Pokok betik mempunyai batang yang tegak meninggi dengan ketinggiannya mencapai 8
meter dan tidak bercabang. Lilitan pangkal pokok 30-40 cm. Getah akan meleleh keluar
dari mana-mana bahagian pokok yang tercedera atau terluka. Daun tumbuh dari bahagian
puncak pokok, tersusun melingkari batang. Tangkai daun ini agak panjang dan mendatar
dengan ukuran 35-105 cm. Daunnya besar dan lebar, terbahagi kepada 5-9 cuping yang
tidak sekata bentuknya. Tulang dan urat daun berwarna kuning. Pokok betik boleh
mengeluarkan bunga betina, jantan atau hermafrodit (sempurna). Bunga berlainan jantina
yang dihasilkan oleh pokok betik ini bergantung pada keadaan persekitaran dan tegasan.
Gambar Rajah 1 : Contoh pokok betik
Gambar Rajah 2 : Buah betik yang sudah masak
Bentuk buah betik bujur hingga bulat dengan ukuran panjang 15-50 cm dan lebar 10-20
cm. Buah yang besar boleh mencapai berat sehingga 9 kilogram. Buah yang belum masak
berwarna hijau dan keras dengan getah yang putih. Kulit buah yang masak berwarna
kuning cair hingga ke kuning pekat, manakala isinya yang sukulen berwarna kuning, oren,
jingga atau merah. Isinya juga manis berjus dengan bau haruman kesturi. Biji betik di
dalam buah biasanya berwarna hitam dan dikelilingi selaput berisi yang lut sinar.
KEPENTINGAN DAN POTENSI
Ia berpotensi menjadi produk makanan yang di awet
Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut.
Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa
untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos.
Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim
papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya
untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’.
Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain
masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara
komersil hanya terdapat di Filipina.
Buah betik yang sudah matang selain boleh dimakan secara segar ia juga
boleh di buat jus, manakala yang separuh matang boleh di buat manisan.
Untuk buah yang muda ianya boleh dijadikan bahan masakan, dan daunnya
memang sesuai dengan keadaan di Malaysia dyang masih muda dan bunga
sesuai dijadikan ulam.
Gambar Rajah 3 : Syampu betik Gambar Rajah 4 : Halwa betik