Maklumat Bunga Raya

7
NAMA BUNGA RAYA Nama Tradisional : Bunga Sepatu atau Kembang Sepatu Nama dalam Bahasa Inggeris : Hibiscus Nama Saintifik : Hibiscus Rosasinensis

description

Sejarah, jenis dan lain=lain maklumat mengenai bunga raya.

Transcript of Maklumat Bunga Raya

Page 1: Maklumat Bunga Raya

NAMA BUNGA RAYA

Nama Tradisional

: Bunga Sepatu atau Kembang Sepatu

Nama dalam Bahasa Inggeris

: Hibiscus

Nama Saintifik

: Hibiscus Rosasinensis

Page 2: Maklumat Bunga Raya

PENGELASAN SAINTIFIK

Alam : Tumbuhan

Divisi : Magnoliophyta

Kelas :Magnoliopsida

Order : Malyaceae

Genus : Hibiscus

Spesis: H. rosa-sinensis

Page 3: Maklumat Bunga Raya

VARIASI BUNGA RAYA

KING KALAKUA MYSTIC PINK

TIMELESS FIRE

APRICOT BRANDY

PEPPER’S SUPRISE

FEELIN BLUE KINCHEN’

Page 4: Maklumat Bunga Raya

KHASIAT BUNGA RAYA

Terdapat pelbagai kegunaan bunga raya iaitu:Daun bunga raya putih boleh menyejukkan suhu badan. Caranya,rendam dan ramas bunga. Kemudian, lendirnya itu disapu pada dahi pesakit.

Daun bunga raya boleh mengatasi masalah rambut gugur. Caranya, basuh bersih daun, ramas daun itu kemudian sapukan pada kepala.

Boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, bronchitis, selsema, mengeluarkan kahak dan hingus, dan merangsang haid. Caranya, bersihkan bunga raya, rebus bunga raya dengan air mendidih, kemudian minum.

Kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam boleh ditampal pada masalah bisul.

Daun muda dan pucuknya boleh disapu pada perut ibu yang akan bersalin untuk memudahkan melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.

Air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan bengkak

Page 5: Maklumat Bunga Raya

CIRI-CIRI BUNGA RAYA

Garis pusat bunga raya ialah

5-20 cm.

Besar dan tidak mempunyai

bau.

Daunnya berbentuk

bujur dan tepi daun

bergerigis.

Ditanam di seluruh kawasan

tropika dan separa tropika.

Bunga raya tumbuh setinggi

3-5 meter.

Daunnya berbeza dari segi bentuk,

saiz dan warna.

Kebanyakannya adalah hijau terang berkilat. Ada juga

warna merah hijau dan putih.

Page 6: Maklumat Bunga Raya

.

SEJARAH BUNGA RAYA

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bungan kebangsaan pada hujung tahun 1958. Antara bunga-bungan yang terpilih ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur,

bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Jabatan Penerangan telah diberi tugas untuk menjalankan kajian untuk

mendapatkan reaksi orang ramai.

Kajian yang diadakan di bandar dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia mendapati penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar

manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur. Namun, kerajaan akhirnya memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan kerana ia bunga yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama yang sama di seluruh negara, mudah didapati dan yang paling penting belum dijadikan sebagai bunga

kebangsaan oleh mana-mana negara.

Pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang juga

bertepatan dengan 5 kelopak melambangkan 5 rukun negara dan juga melambangkan bunga perpaduan.