\Maklumat Pengakap

38
Perjumpaan Pek Bertema : Pengurusan Dan Pentadbiran Perjumpaan kali ke : ke-5 Tarikh : 11 Februari 2015 Tempat : Hadapan Dewan Utama IPBM, Bilik kuliah 3.14, Aras 3, kawasan tempat letak kereta Aras B2 Sekawan Bertugas : Merah Kehadiran : 21/21 orang MASA PERKARA ALATAN PEM.BERTUGAS 15 minit Permulaan Perjumpaan PEK Sebagai permulaan perjumpaan PEK, istiadat laung agung pengakap telah diadakan sambil diperhatikan oleh pensyarah pembimbing. Pensyarah pembimbing telah memberikan tunjuk ajar atau teguran yang membina apabila AKELA salah memberikan arahan mengikut susunan langkah yang tepat. Oleh hal yang demikian, pengetahuan kesemua ahli pengakap terhadap istiadat laung agung semakin bertambah kukuh. Setelah selesai menyemprnakan istiadat laung agung pengakap, semua ahli pengakap telah diminta oleh pensyarah pembimbing untuk masuk ke dalam bilik kuliah. Tiang bendera Bendera Malaysia atau Negeri AKELA En. Suhasni bin Dollah 30 minit Interaksi kuliah: - Pensyarah pembimbing telah LCD Komputer riba En. Suhasni bin Dollah

description

scout

Transcript of \Maklumat Pengakap

Perjumpaan Pek Bertema : Pengurusan Dan PentadbiranPerjumpaan kali ke : ke-5Tarikh: 11 Februari 2015Tempat : Hadapan Dewan Utama IPBM, Bilik kuliah 3.14, Aras 3, kawasan tempat letak kereta Aras B2Sekawan Bertugas : MerahKehadiran: 21/21 orangMASAPERKARAALATANPEM.BERTUGAS

15 minitPermulaan Perjumpaan PEKSebagai permulaan perjumpaan PEK, istiadat laung agung pengakap telah diadakan sambil diperhatikan oleh pensyarah pembimbing. Pensyarah pembimbing telah memberikan tunjuk ajar atau teguran yang membina apabila AKELA salah memberikan arahan mengikut susunan langkah yang tepat. Oleh hal yang demikian, pengetahuan kesemua ahli pengakap terhadap istiadat laung agung semakin bertambah kukuh. Setelah selesai menyemprnakan istiadat laung agung pengakap, semua ahli pengakap telah diminta oleh pensyarah pembimbing untuk masuk ke dalam bilik kuliah. 1. Tiang bendera1. Bendera Malaysia atau Negeri AKELA

En. Suhasni bin Dollah

30 minit

Interaksi kuliah:1. Pensyarah pembimbing telah menerangkan mengenai tujuan, kedudukan akela serta istiadat bendera dan istiadat bacaan doa semasa pelaksanaan Istiadat Laung Agung Pengakap. 1. Pensyarah pembimbing menjelaskan tentang definisi, konsep, kedudukan dan kaedah pelaksanaan Istiadat Melantik1. Pensyarah pembimbing menerangkan tentang jenis-jenis pakaian seragam persekutuan pengakap Malaysia yang merangkumi pakaian istiadat, pakaian rasmi pengawai dan pakaian kerja1. Pensyarah pembimbing menjelaskan tentang jenis-jenis pakaian seragam yang dipakai oleh ketua pesuruhjaya negara, ketua pesuruhjaya negeri, pemimpin pesuruhjaya lelaki dan perempuan, pemimpin pesuruhjaya pengakap laut, pemimpin pengakap kanak-kanak serta jurulatih lelaki dan perempuan1. Pensyarah pembimbing menyenaraikan kelengkapan-kelengkapan pakaian seragam seperti topi Forage, topi Bowler, songkok, skaf pengakap, skaf Gilwell, wogel, wogel Gilwell, tanda kumpulan dan no. kumpulan, lencana pengakap, tali pinggang pengakap, tanda anugerah dan jenis-jenis kasut untuk pemimpin pengakap lelaki dan perempuan1. Pensyarah pembimbing juga menjelaskan sedikit sebanyak tentang Manikayu 2 biji, Manikayu 3 biji dan Manikayu 4 biji1. Pensyarah pembimbing juga menerangkan secara mendalam mengenai jenis-jenis epolet pengakap yang merangkumi pelbagai jawatan seperti epolet peringkat pesuruhjaya ibu pejabat dan penolong peringkat pesuruhjaya ibu pejabat, epolet pesuruhjaya dan penolong pesuruhjaya negeri, epolet pesuruhjaya dan penolong daerah, epolet pemimpin dan penolong pemimpin serta epolet jurulatih dan penolong jurulatih1. LCD1. Komputer ribaEn. Suhasni bin Dollah

60 minitSesi latihan kawad kaki1. Komander telah menyusun dan mengatur barisan melalui kaedah penyusunan mengikut ketinggian iaitu daripada tinggi kepada rendah1. Ahli pengakap telah berlatih cara senang diri, rehatkan diri, baris sedia, baris luruskan barisan ke kanan lurus dan teknik berpusing dalam kawad kaki pengakap1. Ahli pengakap juga berlatih berjalan lurus ke hadapan dan berjalan belok ke arah kanan atau kiriEn. Suhasni bin Dollah

15 minitPenutup1. Pensyarah pembimbing memberikan pandangan atau nasihat yang membina terhadap latihan kawad kaki1. Pensyarah pembimbing telah membuat kesmpulan mengenai isi pelajaran pada hari iniEn. Suhasni bin Dollah

Disediakan oleh:

_______________________(HANSON ANG PING TING)Tanggungjawab Pemimpin Pengakap

Pemimpin Pengakap Kanak-kanak1. Tugas-tugas pemimpin Pengakap Kanak-kanBertanggungjawab kepada Pemimpin Kumpulan dan Pesuruhjaya Daerah1.1 Program Pengakap Kanak-kanaka. Menyediakan satu taraf yang tinggi tentang tingkahlalu melalui contoh peribadi dan galakanb. Menubuhkan dan mengekalkan operasi sistem enam sekawan dalam pek.c. Menggalakkan, mengarah dan memandu Sixers dan Seconds dalam tanggungjawab-tanggungjawab mereka. d. Pastikan Majlis Pek berfungsi secara berkesan. e. Menyediakan atau mengatur untuk arahan, bantuan dan ujian kemahiran Pengakap Kanak-Kanak (PKK) bersesuaian dengan Program Pek terutamanya dalam topik-topik dan kemahiran-kemahiran bersesuaian kepada Skim Anugerah. f. Dalam kerjasama dengan semua Pemimpin-pemimpin Pek (termasuk pengajar Pengakap) mengendalikan Program Pek termasuk Perjumpaan Pek, hujung minggu dan aktiviti-aktiviti lain. g. Pastikan penyeliaan dewasa unutk semua aktiviti-aktiviti mencukupi. h. Menubuh dan mengekal perhubungan yang ramah dengan ibubapa, libatkan mereka, di mana sesuai dalam aktiviti-aktiviti Pek dan terangkan prinsip-prinsip pertubuhan dan sebab-sebab di sebalik program. i. Pastikan bahawa semua Pemimpin-pemimpin PKK dan Pengajar-pengajar PKK mempunyai dan melaksanakan tanggungjawab yang spesifik dalam pelbagai aspek Program Pek dan melibatkan diri mereka sebagai ahli yang penting dalam Kumpulan Kepimpinan. j. Mempertingkatkan pertumbuhan dan kemajuan peribadi secara fizikal, mental, sosial dan rohani dalam PKK dengan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar, kemajuan mereka dalam Skim Anugerah dan mengambil peluang dalam Kepimpinan. k. Pastikan tahap kerjasama yang tinggi dengan bahagian-bahagian Pengakap dan menggalakkan kemajuan individu melalui semua bahagian. l. Memperkembangkan persefahaman dan pengetahuan dalam semua bahagian. m. Menyokong semua Daerah / Negeri mengendalikan aktiviti-aktiviti. 1.2 Perjumpaan-perjumpaan Pengakapa. Perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Pek termasuk Majlis Pek.b. Perjumpaan-perjumpaan Rancangan Program Pek. c. Perjumpaan-perjumpaan Majlis Kumpulan. d. Perjumpaan-perjumpaan Latihan Daerah. e. Perjumpaan-perjumpaan rancangan lain seperti untuk rancangan Kumpulan / Daerah / Negeri. 1.3 Pengurusana. Pastikan bahawa rekod yang cukup dan betul disimpan berkaitan dengan Keahlian Pek (butiran peribadi dan kemajuan Skim Anugerah), kewangan dan kelengkapan. b. Pastikan butiran Keahlian Belia dimajukan kepada bahagian Pengakap. c. Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program,kemajuan Skim Anugerah dan keahlian Pek. d. Pastikan pengurusan yang betul tentang aktiviti-aktiviti Pek termasuk penyimpanan borang-borang permohonan berkaitan dengan polisi pertubuhan, dan memperolehi kebenaran yang berkaitan untuk aktiviti-aktiviti dan perkhemahan. e. Pastikan pengendalian kelengkapan Pek.

Pemimpin Pengakap Muda1. Tugas-tugas Pemimpin Pengakap Muda Bertanggungjawab kepada Pemimpin Kumpulan dan Pesuruhjaya Daerah1.1. Program Trup Troop a. Menetapkan taraf tingkahlaku yang tinggi melalui contoh dan galakan peribadi. b. Menubuh dan mengekalkan pelaksaan sistem berpatrol dalam Trup. c. Menggalakkan, mengarah dan membantu Ketua2 Patrol dalam tanggungjawab mereka. d. Memastikan Majlis Trup berfungsi secara efektif. e. Mengadakan atau menyiapkan untuk arahan, bantuan dan peperiksaan PM dalam kemahiran-kemahiran sesuai kepada Program Trup dan Patrolnya. Terutamanya dalam topik kemahiran bersesuaian dengan Skim Latihan PM. f. Dalam kerjasama dengan Ketua2 Patrol untuk merancang, menganjur dan mengadakan Program Trup termasuk perjumpaan-perjumpaan Trup pada hujung minggu dan aktiviti-aktiviti lain seperti Perkhemahan Trup dan Patrol, mengembara dan lawatan. g. Memastikan penyeliaaan dan peyertaan dewasa dalam perkhemahan Patrol dan aktiviti Patrol adalah mencukupi. h. Mengeratkan hubungan yang ramah dengan ibubapa dengan penglibatan yang sesuai dalam aktiviti-aktiviti Trup dan menerangkan prinsip-prinsip pertubuhan dan sebab-sebab di sebalik program yang dijalankan. i. Memastikan Pen. Pemimpin PM mempunyai dan melaksanakan tanggungjawab yang spesifik dalam pelbagai aspek program Trup dan melibatkan mereka sebagai ahli yang penting di Pasukan Kepimpinan. j. Mempertingkatkan pertumbuhan dan kemajuan peribadi secara fizikal, mental, sosial dan rohani PM dengan menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar, kemajuan mereka dalam Skim Latihan PM, dan menceburi dalam peluang-peluang kepimpinan. k. Memupuk kerjasama yang bertaraf tinggi dengan Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Remaja dan menggalak kemajuan individu melalui bahagian ini. 1.2 Perjumpaan-perjuampaan a. Perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Trup dan patrol termasuk Majlis Trup. b. Perjumpaan-perjumpaan Majlis Kumpulan. c. Perjumpaan-perjumpaan Latihan Daerah. d. Perjumpaan-perjumpaan tergempar seperti untuk merancang program atau aktiviti-aktiviti. 1.3 Pengurusana. Mengemaskini rekod dengan tepat dan lengkap untuk disimpan termasuk yang berkaitan dengan keahlian Trup ( butiran peribadi dan kemajuan Skim Latihan PM ), kewangan dan kelengkapan. b. Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program, kemajuan Skim Latihan PM dan keahlian Patrol. c. Memastikan pengurusan yang betul bagi aktiviti-aktiviti Patrol termasuk pengisian borang-borang yang sesuai mengikut polisi pertubuhan, serta memperolehi kebenaran tertentu untuk aktiviti-aktiviti dan perkhemahan. d. Memastikan kelengkapan Trup dan Patrol dikekalkan. e. Menyelaraskan hubungan antara bahagian-bahagian dengan Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak, Pemimpin Pengakap Remaja dan Pemimpin Kumpulan.

Pemimpin Pengakap Remaja1. Tugas-tugas pemimpin Pengakap RemajaBertanggungjawab kepada Pemimpin Kumpulan dan Pesuruhjaya Daerah1.2. Program Unita. Mengekalkan tingkahlaku pada tahap yang tinggi menerusi contoh dan penampilan imej peribadi. b. Menubuh, menggalakkan dan mengekalkan fungsi Majlis Kumpulan. c. Menggalakkan, mengarah dan membantu Majlis Kumpulan dalam menjalankan tanggungjawab mereka. d. Memastikan Majlis Kumpulan berfungsi secara efektif. e. Membantu Majlis Kumpulan dalam melaksanakan ujian Lencana Tertinggi PR. f. Mengendali dan mengadakan program unit seperti yang dirancangkan dalam Majlis Kumpulan. g. Memastikan penyeliaan keselamatan yang sesuai sesuatu aktiviti. h. Membentuk hubungan yang ramah dengan ibubapa, serta libatkan mereka dalam mana-mana aktiviti yang sesuai dan terangkan prinsip-prinsip pertubuhan serta tujuan program dijalankan. i. Memastikan Pen. Pemimpin PR dapat memikul tanggungjawab sebagai ahli penting dalam Pasukan Kepimpinan. j. Mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kemajuan peribadi PR dengan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti mencabar. k. Memastikan kerjasama pada tahap yang tinggi dengan Unit Pengakap Muda dan Krew Kelana. l. Untuk mempromosi Pengakapan dalam komuniti secara aktif. 1.2 Perjumpaan/aktivitia. Menghadiri perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Unit PR termasuk Majlis Kumpulan. b. Menghadiri perjumpaan Majlis PR Daerah. c. Menghadiri perjumpaan-perjumpaan tergempar yang ada kaitan dengan takwim Daerah dan Negeri 2.3 Pentadbiran a. Memastikan rekod yang lengkap, tepat dan disimpan termasuk butiran keahlian unit, kemajuan lencana, kewangan dan kelengkapan.b. Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program, keahlian unit dan kemajuan dalam Skim Latihan PR. c. Memastikan pentadbiran aktiviti-aktiviti unit betul termasuk pendaftaran keahlian, borang-borang mengikut polisi pertubuhan, aktiviti-aktiviti unit dan memperolehi kebenaran yang perlu (contohnya daripada Jabatan-jabatan Kerajaan) dan kelulusan perkhemahan. d. Memastikan kelengkapan unit dikekalkan.

Pemimpin Pengakap Kelana1. Tugas-tugas pemimpin Pengakap Kelana Bertanggungjawab kepada Pemimpin Kumpulan/Krew Kelana (dalam kumpulan krew) dan Pesuruhjaya Daerah/Krew Kelana (dalam krew daerah)a. Menasihat dan membantu Krew seperti dikehendaki dalam rancangan organisasinya dan mengendalikan aktiviti-aktiviti Krew. b. Seperti yang dikehendaki, menasihat Kelana dalam kemahiran-kemahiran yang sesuai mengikut Program Krew dan Skim Anugerah, dan / atau mengenalpasti pengajar / penasihat yang berkelayakan. c. Menggalakkan dan menasihat Kelana dalam kemajuan mereka dalam Skim Anugerah. d. Pastikan kerjasama yang tinggi tahapnya dengan bahagian lain, terutamanya bahagian Pengakap Remaja, dan galakan Pengakap Remaja untuk meningkat kepada PK, dan Kelana sesuai kepada peranan Pemimpin Dewasa. e. Dengan contoh peribadi tetapkan tingkahlaku yang tinggi tahapnya. f. Menghadiri semua perjumpaan-perjumpaan Krew dan Daerah dan / atau Majlis Kelana Negeri seperti dikehendaki. g. Gambarkan keseluruhan dan menasihat Krew tentang keperluan-keperluan pentadbiran yang betul

Pakaian Seragam Ahli Pengakap

Pakaian Seragam Ahli Pengakap Lelaki

Pakaian Seragam Ahli Pengakap Perempuan

Pakaian Seragam Ahli Pengakap Lelaki Dan Perempuan

Peraturan Pakaian Seragam Ahli Pengakap Lelaki

Peraturan Pakaian Seragam Ahli Pengakap Perempuan

Kelengakap-kelengkapan Pakaian Seragam Ahli Pengakap

Kelengakap-kelengkapan Pakaian Seragam Ahli Pengakap Lelaki Dan Perempuan

Peraturan Pemakaian Lencana

Peraturan Pemakaian Lencana Pada Lengan Kanan Dan Kiri

Pakaian Seragam Kanak-kanak, Muda Dan Remaja

Peraturan Pakaian Seragam Pengakap

1. BajuBaju kemaja berlengan pendek warna kelabu asap, leher cekak musang2. SeluarSeluar panjang warna biru tua, ukuran 14-163. Forage CapForage cap warna biru tua jenis kain 100% polyester dengan lilitan pita kain rasmi pengakap merah dan berlambang pengakap4. SkafSkaf rasmi kebangsaan berbentuk segi tiga. Warnanya biru tua dan terdapat jalur putih dan merah di bahagian tepnya5. WogelWarna hitam, plastik berlogo hitam6. WiselWisel dengan tali wisel warna biru tua. Hanya boleh dipakai oleh ketua pasukan, ketua sekawan, ketua patrol, penolong ketua sekawan dan penolong ketua patrol7. Tali pinggangMemakai tali pinggang berkepala gangsa yang mengandungi logo pengakap Malaysia8. KasutKasut kanvas hitam dan bertali9. Tanda pangkatLencana menunjukkan pangkat. Jalur kuning berlatarkan warna mengikut unit:i. Pengakap Kanak-kanak - Kuningii. Pengakap Muda- Hijauiii. Pengakap Laut- Biruiv. Ketua pasukan- Tiga jalurv. Ketua patrol- Dua jalurvi. Penolong ketua patrol- Satu jalur10. Nama negeri, daerah dan no. kumpulanDipakai di lengan baju sebelah kanan sahaja11. Nama sekawan/patrolDipakai di lengan sebelah kiri sahaja12. LencanaMemakai lencana keahlian pada saku sebelah kiri dan lencaa Malaysia di sebelah saku kanan. Lencana kepandaian dipakai di sebelah kiri dan lencana kemajuan dipakai di sebelah kanan. Bagi PKK, lencana perkhidmatan dipakai di lengan sebelah kanan iaitu bawah lencana kemajuan

Anugerah Dan Penilaian Pegakap

Bintang Dan Pingkat Persekutuan Pengakap Malaysia

1. Bintang Semangat Padi Kelas Pertama- Emas (BSP I)(Bentuk: Sijil dan Pingat- Kalung)

a. Bintang Semangat Padi Kelas Pertama- Emas (BSP 1) adalah anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaj. Anugerah yang amat terhad ini menjadikannya sesuatu yang paling ekslusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah daripada kalangan pemimpin-pemimpin negeri dan Negarab. Di antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat Padi Kelas Pertama ini adalah daripada kalangan ketua-ketua Negera dan Negari yang terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara (KPN), kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara kesemua tokoh pemimpin ini merupakan Penaung kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Penaung utama kepada Pergerakan Pengakap di Negara inic. Selain daripada tokoh-tokoh pemimpin yang tersebut, Bintang tertinggi pengakap ini juga boleh dianugerahkan kepada Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bcara Jawatankuasa Kecil Penganugerahan Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau pengakap daripada kalangan rakyat biasa seperti Y.A.B. Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak berjasa kepada Pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara (KPN). Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar Negara boleh diberikan tetapi d atas status Kehormatd. Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi, dan unsur-unsur budaya pribumi di mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggal ketuanan bangsa Melayu. Walaupun berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan asimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam, ianya telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari suatu aspek yang lain pula, kegiatan Kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatane. Bintang Semangat Padi Kelas Pertama ini hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara

Bintang Semangat Padi Kelas Kedua- Perak (BSP II)(Bentuk: Sijil dan Pingat- Kalung)

a. Bintang Semangat Padi Kelas Kedua- Perak (BSP II) adalah anugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang. Penganugerahannya yang amat terhad menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah daripada kalangan pemimpin-pemimpin negeri, Negara dan pemimpin-pemimpin pengakap yang telah banyak berjasab. Di Antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat Padi Kelas Kedua ini adalah Ketua-Ketua Negara dan Negeri, dan pemimpin-pemimpin Pengakap yang terdiri daripada Duli-Duli Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika ketika Sultan dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bcara Jawatankuasa Kecil Penganugerahan Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau pengakap daripada kalangan rakyat biasa seperti Y.A.B. Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet atau Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang terbukti gemilang kebaktian mereka atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak berjasa kepada Pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara (KPN). Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar Negara boleh diberikan tetapi d atas status Kehormatc. Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi, dan unsur-unsur budaya pribumi di mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggal ketuanan bangsa Melayu. Walaupun berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan asimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam, ianya telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari suatu aspek yang lain pula, kegiatan Kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatand. Bintang Semangat Padi Kelas Dua ini hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negarae. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 5 orang, dan bilangan tidak termasuk anugerah yang diberi di dalam status Kehormat (Luar Negara)

Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama- Emas (BSR I)(Bentuk: Sijil dan Pingat- Kalung)

a. Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama- Emas (BSR I) adalah anugerah ketiga tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang amat terpuji kepada pergerakan Pengakapb. Dengan Penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan suatu yang ekslusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah daripada kalangan individu-individu yang banyak memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan kepengakapan pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, wilayah, negeri Negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan, tetapi di atas status Kehormatc. Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa Melayud. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 10 orang, dan bilangan tidak termasuk anugerah yang diberi di dalam status Kehormat (Luar Negara)

Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua- Perak (BSR II)(Bentuk: Sijil dan Pingat- Kalung)

a. Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua- Perak (BSR II) adalah anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan Pengakapb. Dengan penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan suatu yang ekslusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah daripada kalangan-kalangan individu yang telah memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan kepengakapan, pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh daripada luar negara boleh juga diberikan tetapi di atas status Kehormat c. Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa Melayud. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 20 orang, dan bilangan tidak termasuk anugerah yang diberi di dalam status Kehormat (Luar Negara)

Bintang Pahlawan(Bentuk: Sijil dan Pingat)

Bintang Pahlawan merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada pemimpin dan ahli-ahli Pengakap yang telah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat di sekelilinginya.

Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC)(Bentuk: Sijil dan Pingat- Kalung)

a. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang di atas perkembangan Kepengakapan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyai sifat dan sikap taat setia dan mempamerkan taat kelakuan yang terpujib. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) ini boleh juga dianugerahkan kepada individu seumpama pihak pengawai atasan sesuatu institusi, badan berkanun atau swasta yang banyak menyumbang, menyokong serta terlibat secara jitu dalam menjayakan semua program dan pergerakan Kepengakapan di peringkat negeri, negara dan antarabangsac. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 45 orang, dan bilangan tidak termasuk anugerah yang diberi di dalam status Kehormat (Luar Negara)

Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)(Bentuk: Sijil dan Pingat)

a. Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah atau individu yang telah memberi khidmat bakti yang sangat baik, jujur, amanah dan setia tidak kurang daripada 10 tahun atau dalam jangka waktu yang lebih pendek di atas pertimbangan Jawatankuasa Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysiab. Pingat ini juga boleh dianugerahkan kepada isteri atau suami para pemimpin-pemimpin yang memegang jawatan-jawatan Pesuruhjaya Daerah, Pesuruhjaya Negeri dan peringkat negara melebihi 15 tahunc. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 65 orang, dan bilangan tidak termasuk anugerah yang diberi di dalam status Kehormat (Luar Negara)

Pingat Perkhidmatan Baik (PPB)(Bentuk: Sijil dan Pingat)

a. Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) dianugerahkan kepada pemimpn-pemimpin bertauliah dan kepada individu Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan, daerah, negeri dan negara yang sentiasa menjalankan tugas dengan baik serta membantu kejayaan pergerakan Pengakap di peringkat masing-masing dengan jujur, amanah, setia dan berterusan tidak kurang daripada 5 tahunb. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 75 orang, dan bilangan tidak termasuk anugerah yang diberi di dalam status Kehormat (Luar Negara)

Pingat Perkhidmatan Lama (PPL)(Bentuk: Sijil dan Pingat)

Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah bertugas dan berkhidmat secara berterusan dengan baik selama tidak kurang daripada 20 tahun di peringkat kumpulan, daerah, negeri dan negara serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang mulia

Sijil Kepujian Ketua Pengakap Malaysia (SKKPN)(Bentuk: Sijil dan Reben)

Dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan telah memberikan berkhidmat bakti dengan terpuji dan berterusan selama 12 bulan serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik. Boleh juga dianugerahkan kepada ahli-ahli biasa dan Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan, daerah, negeri dan orang-orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan Pengakap di peringkat kumpulan, daerah, negeri dan Negara