MAKLUMAT PROGRAM LEARNING CITY ANJURAN JABATAN...

9
MAKLUMAT PROGRAM LEARNING CITY ANJURAN JABATAN PENGUATKUASAAN PENGENALAN Majlis Bandaraya Petaling Jaya melalui Jabatan Penguatkuasaan telah menganjurkan Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ). Program tersebut telah dilancarkan pada 28 Julai 2011 sehingga kini, dan terkini program tersebut adalah di bawah pemantauan Program Induk Keselamatan PJ Safe Safety for All. Majlis Bandaraya Petaling Jaya adalah Pihak Berkuasa Tempatan pertama yang mengambil inisiatif menganjurkan program sedemikian bersama-sama Ahli Majlis, ADUN dan Agensi Keselamatan yang terlibat demi meningkatkan kesedaran berhubung keselamatan kejiranan dalam kalangan penduduk Petaling Jaya. Pasukan Keselamatan Kejiranan adalah merupakan pasukan sukarelawan terdiri daripada penduduk kawasan setempat yang bernaung di bawah Persatuan Penduduk (RA), Rukun Tetangga (RT) dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi melaksanakan aktiviti bertemakan ‘Keselamatan’ dalam kejiranan. Bagi menyahut seruan penggunaan teknologi pembelajaran moden, satu dashboard program PKKPJ telah diusahakan bagi memenuhi keperluan pendaftaran Program PKKPJ secara atas talian (online). Tambahan lagi, menerusi dashboard tersebut, maklumat kejiranan (seperti jumlah penyertaan penduduk kejiranan dan jumlah lampu jalan di sekitar kawasan kejiranan) juga boleh diperolehi. OBJEKTIF Objektif pelaksanaan Program PKKPJ adalah seperti berikut: i) Meningkatkan program rondaan keselamatan bersama penduduk; ii) Mewujudkan peningkatan Pasukan Keselamatan Kejiranan dalam kawasan pentadbiran MBPJ; iii) Meningkatkan penglibatan penduduk bersama Ahli Majlis dan ADUN Kawasan

Transcript of MAKLUMAT PROGRAM LEARNING CITY ANJURAN JABATAN...

MAKLUMAT PROGRAM LEARNING CITY ANJURAN

JABATAN PENGUATKUASAAN

PENGENALAN

Majlis Bandaraya Petaling Jaya melalui Jabatan Penguatkuasaan telah menganjurkan

Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ). Program tersebut telah

dilancarkan pada 28 Julai 2011 sehingga kini, dan terkini program tersebut adalah di

bawah pemantauan Program Induk Keselamatan PJ Safe – Safety for All. Majlis

Bandaraya Petaling Jaya adalah Pihak Berkuasa Tempatan pertama yang mengambil

inisiatif menganjurkan program sedemikian bersama-sama Ahli Majlis, ADUN dan

Agensi Keselamatan yang terlibat demi meningkatkan kesedaran berhubung

keselamatan kejiranan dalam kalangan penduduk Petaling Jaya.

Pasukan Keselamatan Kejiranan adalah merupakan pasukan

sukarelawan terdiri daripada penduduk kawasan setempat yang bernaung di bawah

Persatuan Penduduk (RA), Rukun Tetangga (RT) dan Badan Pengurusan Bersama

(JMB) bagi melaksanakan aktiviti bertemakan ‘Keselamatan’ dalam kejiranan. Bagi

menyahut seruan penggunaan teknologi pembelajaran moden, satu dashboard program

PKKPJ telah diusahakan bagi memenuhi keperluan pendaftaran Program PKKPJ

secara atas talian (online). Tambahan lagi, menerusi dashboard tersebut, maklumat

kejiranan (seperti jumlah penyertaan penduduk kejiranan dan jumlah lampu jalan di

sekitar kawasan kejiranan) juga boleh diperolehi.

OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan Program PKKPJ adalah seperti berikut:

i) Meningkatkan program rondaan keselamatan bersama penduduk;

ii) Mewujudkan peningkatan Pasukan Keselamatan Kejiranan dalam kawasan

pentadbiran MBPJ;

iii) Meningkatkan penglibatan penduduk bersama Ahli Majlis dan ADUN

Kawasan

iv) Meningkatkan hubungan perpaduan dan kerjasama yang baik serta

meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan penduduk;

v) Meningkatkan tahap kesedaran penduduk Petaling Jaya berhubung isu-isu

keselamatan.

PERLAKSANAAN PROGRAM

Peruntukan tahunan sebanyak RM6,000 diberikan kepada RA, RT dan JMB yang telah

berdaftar dan diluluskan permohonan bagi menyertai Program PKKPJ. Bagi tahun

2018, sehingga Julai 2018, sebanyak 128 permohonan RA, RT dan JMB telah

diluluskan dengan kos perbelanjaan sebanyak RM768,000 telah diperuntukkan bagi

Program PKKPJ. Peruntukan ini diberikan bagi RA, RT dan JMB khusus bagi

menjalankan program dan aktiviti yang bertemakan ‘Keselamatan’ dalam kejiranan,

seperti:

a. Rondaan keselamatan secara sukarela bertujuan sebagai pencegahan

kepada aktiviti jenayah dan vandalisme.

b. Program Kesedaran Keselamatan Kejiranan seperti Taklimat dan Ceramah

Keselamatan, Dialog Keselamatan bersama Majlis, Polis Di Raja Malaysia

(PDRM) dan juga Agensi Keselamatan yang lain.

Manakala RA, RT dan JMB yang terlibat haruslah menghantar laporan

perlaksanaan Program bertemakan ‘Keselamatan’ dalam kejiranan yang telah

dijalankan kepada Sekretariat dengan kekerapan setahun sekali.

KRITERIA PENILAIAN

Terdapat sembilan (9) kriteria yang dinilai bagi mengukur keberkesanan

perlaksanaan Program PKKPJ, seperti berikut:

i) Taklimat

ii) Dialog

iii) Program Kemasyarakatan

iv) Rondaan Keselamatan

v) Berkumpulan

vi) Jumlah Anggota

vii) Penglibatan Penduduk

viii) Penglibatan Agensi Luar

KESAN PERLAKSANAAN

Inisiatif penganjuran rondaan keselamatan dan lain-lain program bertemakan

‘Keselamatan’ oleh sesuatu kejiranan itu sendiri dilihat dapat membangkitkan rasa

kekitaan, tanggungjawab dan pembelajaran dalam kalangan keluarga amnya dan

komuniti secara khasnya. Ahli kejiranan adalah digalakkan untuk mendukung elemen

keselamatan dalam kehidupan seharian. Tambahan lagi, pengetahuan dan kesedaran

yang diperolehi oleh penduduk semasa menganjurkan program-program bertemakan

‘Keselamatan Kejiranan’ melalui Program PKKPJ ini telah mengangkat budaya

pembelajaran sepanjang hayat. Di peringkat Majlis pula, penganjuran program ini dilihat

dapat meningkatkan persepsi baik penduduk Petaling Jaya terhadap usaha-usaha

memelihara keselamatan dan keharmonian Bandar Raya Petaling Jaya. Secara tidak

langsung juga, Program PKKPJ ini turut menyumbang kepada penurunan Indeks

Jenayah di peringkat Petaling Jaya.khususnya dan Negeri Selangor amnya.

GAMBAR-GAMBAR PERLAKSANAAN PROGRAM

Gambar 1-3: Majlis Penyampaian Sumbangan PKKPJ

GAMBAR-GAMBAR PERLAKSANAAN PROGRAM

Gambar 4-6: Sesi Dialog PKKPJ dan Rondaan Bersama Penduduk

GAMBAR-GAMBAR PERLAKSANAAN PROGRAM

Gambar 7-9: Sesi Dialog PKKPJ dan Pameran Keselamatan

GAMBAR-GAMBAR PERLAKSANAAN PROGRAM

Gambar 10-12: Sesi Taklimat dan Dialog PKKPJ dan Pameran Keselamatan

GAMBAR-GAMBAR PERLAKSANAAN PROGRAM

Gambar 10-12: Sesi Taklimat dan Dialog PKKPJ

KERATAN AKHBAR

Gambar 13: Penyampaian Sumbangan Basikal kepada Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya

PENGHARGAAN PROGRAM PKKPJ