Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015

9
1 LAMPIRAN 2 MAKLUMAT TAMBAHAN PEMARKAHAN PAJSK 1.0. Tafsiran Aktiviti Peringkat Antarabangsa: 1.1. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Bahagian- bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), Bahagian Sukan (BS), Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas) dan Bahagian Pendidikan Swasta (BP Swasta) 1.2. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO)/kumpulan/individu dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian serta Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM. 1.3. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan jemputan penyertaan murid dari luar negara yang diurus sepenuhnya oleh Bahagian-bahagian di KPM melalui tapisan Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM. 1.4. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan penyertaan murid dari luar negara yang dikelola/dianjur oleh sekolah, agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dengan kelulusan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM dan telah melalui tapisan serta kebenaran Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM. 1.5. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja. 1.6. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain di KPM selain BKK dan BS dianggap sebagai kelulusan untuk menjalankan program sahaja. Bagi tujuan pengiktirafan diminta merujuk kepada BKK dan BS.

Transcript of Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015

Page 1: Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015

1

LAMPIRAN 2

MAKLUMAT TAMBAHAN PEMARKAHAN PAJSK

1.0. Tafsiran Aktiviti Peringkat Antarabangsa:

1.1. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Bahagian-

bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK),

Bahagian Sukan (BS), Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK),

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Bahagian

Pendidikan Khas (BP Khas) dan Bahagian Pendidikan Swasta (BP Swasta)

1.2. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi

bukan kerajaan (NGO)/kumpulan/individu dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Bahagian

Kokurikulum dan Kesenian serta Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM.

1.3. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan jemputan penyertaan murid dari luar

negara yang diurus sepenuhnya oleh Bahagian-bahagian di KPM melalui tapisan Bahagian Hubungan

Antarabangsa, KPM.

1.4. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan penyertaan murid dari luar negara

yang dikelola/dianjur oleh sekolah, agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dengan kelulusan Bahagian

Kokurikulum dan Kesenian, KPM dan telah melalui tapisan serta kebenaran Bahagian Hubungan

Antarabangsa, KPM.

1.5. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka

(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28

Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati

tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.

1.6. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain di KPM selain BKK dan BS dianggap sebagai kelulusan untuk

menjalankan program sahaja. Bagi tujuan pengiktirafan diminta merujuk kepada BKK dan BS.

Page 2: Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015

2

2.0. Tafsiran Aktiviti Peringkat Kebangsaan:

2.1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui BKK dan BS, KPM

2.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan

agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada BKK dan BS, KPM.

Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negeri (3 buah sekolah dari setiap negeri)

TIDAK termasuk tuan rumah. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak sama atau bertindan dengan aktiviti

yang dikelolakan oleh KPM bagi tahun semasa. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai keturunan kaum

2.3. Program kebangsaan yang dikelolakan oleh pihak sekolah tanpa kelulusan BKK dan BS, KPM adalah dikira

markah penyertaan peringkat sekolah sahaja.

2.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka

(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28

Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak

menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.

2.5. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain di KPM selain BKK dan BS dianggap sebagai kelulusan untuk

menjalankan program sahaja. Bagi tujuan pengiktirafan diminta merujuk kepada BKK dan BS.

3.0 Tafsiran Aktiviti Peringkat Negeri:

3.1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Jabatan

Pendidikan Negeri.

3.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan

agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Jabatan

Pelajaran Negeri. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 Daerah (sekurang-kurangnya 3

buah sekolah bagi setiap daerah) TIDAK termasuk tuan rumah. Bagi negeri yang tiada daerah pengelolaan

hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 10 buah sekolah. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai

Page 3: Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015

3

keturunan kaum. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dengan aktiviti yang dikelolakan oleh

JPN bagi tahun semasa.

3.3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah boleh diiktiraf sebagai program peringkat negeri dengan

syarat melibatkan sekurang-kurangnya 15 buah sekolah dari 3 daerah dan mendapat kebenaran daripada

Pengarah Pendidikan Negeri. Kos tidak melibatkan JPN dan PPD.

3.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka

(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28

Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati

tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.

4.0. Tafsiran Aktiviti Peringkat Daerah:

4.1 Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan serta diurus sepenuhnya oleh Pejabat

Pelajaran Daerah.

4.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan dan diurus oleh agensi kerajaan dan

agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pejabat Pelajaran

Daerah. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 5 sekolah

4.3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah (melibatkan lebih daripada 5 sekolah) tanpa kelulusan Pejabat

Pelajaran Daerah adalah dikira markah penyertaan aktiviti peringkat sekolah sahaja.

4.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka

(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28

Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak

menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.

Page 4: Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015

4

5.0. HURAIAN PEMBERIAN MARKAH

Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan

1. Program-program Khas Kebangsaan, contoh:

i. Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia

ii. Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri.

iii. Larian 1 Murid 1 Sukan (1M1S):

iv. Gotong Royong Kebangsaan.

v. Bulan Kecergasan Malaysia.

vi. Sambutan Hari Habitat Sedunia

vii. Perhimpunan Sejuta Belia .

viii. Minggu Alam Sekitar

ix. Hari Sukan Negara

x. Bulan Kecergasan Negara

Peringkat Pelaksanaan Markah Penyertaan

a. Sekolah Sekolah

b. Daerah Daerah

c. Bahagian Bahagian

d. Negeri Negeri

e. Kebangsaan Kebangsaan

Catatan: Pemberian markah penglibatan murid bergantung kepada jenis

Penglibatan (penglibatan 1, 2 atau 3)

Page 5: Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015

5

Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan

2. Program-program Khas Negeri, contoh:

i. Perkhemahan Pengakap Daerah Jengka 30 tahun Peringkat Antarabangsa.

ii. Jambori Pengakap ”JOTA/JOTI”

iii. ”One Contemporary Art Competition” anjuran Kementerian Pelancongan.

iv. ”HHH Run” / Sunset Run

v. Pesta Tanglong Perdana (Perak)

vi. Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang

vii. Kuala Lumpur International Marathon

viii. Klang 10K Run

Peringkat Kelulusan/ Pengurusan (Rujuk takrif antarabangsa/kebangsaan)

Markah Penyertaan

a. Sekolah Sekolah

b. Daerah Daerah

c. Bahagian Bahagian

d. Negeri Negeri

e. Kebangsaan Kebangsaan

f. Antarabangsa Antarabangsa

Pengiktirafan penglibatan murid dalam larian-larian peringkat antarabangsa adalah seperti berikut:

i. Penyertaan individu/sekolah dikira penyertaan peringkat sekolah sahaja.

ii. Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) dikira penyertaan peringkat Daerah

iii. Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia – (MSSM) negeri berkenaan perlu disokong dengan surat dan dikira penyertaan peringkat negeri.

Kejayaan/Pencapaian murid diberikan markah mengikut tahap penyertaan.

Page 6: Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015

6

Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan

3. Program-program berkembar sekolah Premier, sekolah kluster, Sekolah Prestasi Tinggi dan SBP

i. Program berkembar antara sekolah dengan universiti/kolej/sekolah luar negara

i. Lawatan keluar ke sekolah berkembar di luar negara diikhtiraf sebagai peringkat antarabangsa.

ii. Lawatan masuk diikhtiraf sebagai aktiviti peringkat sekolah

4. Pengujian secara terus (On-Line Assessment) bagi program Ko-Akademik

Penglibatan murid-murid dalam Kuiz Matematik dan seumpamanya, secara individu berbayar (Peringkat Antarabangsa)

Contoh:

i. International Competititions and Assessments for School), Penganjur: Educational Assessment Australia, The University of New South Wales, Sydney, Australia

ii. “Essay writing”/Penulisan sajak/pertandingan melukis /cipta laman blog

iii. Skor A

Aktiviti ini tidak diterima pakai dalam pengiraan penilaian markah kokurikulum, kerana:

i. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran Bahagian Kokurikulum dan Kesenian/KPM.

ii. Kelebihan kepada individu yang berkemampuan dan mempunyai kemudahan IT.

iii. Sistem penilaian yang dijalankan dan pelaksanaanya tidak jelas dan tidak diketahui, keesahan dan kebolehpercayaan diragui.

iv. Tidak diketahui siapa penganjur di peringkat kebangsaan dan bertanggungjawab bagi sebarang perkara berbangkit.

v. Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari segi pemilihan calon berbanding ”Aktiviti Olimpiad” Sains dan Matematik yang diuruskan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM.

Page 7: Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015

7

Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan

5. Pemarkahan Aktiviti Olimpiad / Kuiz seperti:

i. International Mathematics Olympiad (IMO)

ii. International Physics Olympiad (IPHO)

iii. International Junior Science Olympiad (IJSO)

iv. National Science Challenge

v. Kuiz Kimia Kebangsaan

i. Peringkat pertama yang dijalankan di sekolah dikira sebagai khidmat sumbangan peringkat sekolah (10 markah).

ii. Peringkat kedua, peserta dipanggil oleh BKK KPM untuk menghadiri kem latihan peringkat kebangsaan layak mendapat markah penyertaan peringkat kebangsaan (17 markah) dan markah pencapaian sekiranya berjaya.

iii. Peserta yang terpilih untuk mewakili Negara ke peringkat antarabangsa layak untuk mendapat markah penyertaan peringkat antarabangsa (20 markah) dan markah pencapaian sekiranya berjaya.

6. Kejohanan Seni Bela Diri Jemputan

i. Kebangsaan

ii. Antarabangsa

i. Sebarang kelulusan aktiviti dan pengiktirafan perlu mendapat kelulusan BKK, KPM

ii. Pengiktirafan hanya akan diberi selepas sesuatu program itu selesai dijalankan dan laporan dihantar ke BKK, KPM

7. Penglibatan murid-murid dalam Program Kerajaan Negeri seperti:

i. Bandar Kembar Seremban – Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia

ii. Pulau Pinang – Medan, Indonesia iii. Ipoh – Fukuoka, Jepun

Penglibatan pelajar diiktiraf sebagai penglibatan ”antarabangsa”, pemilihan sesorang peserta melalui saringan dan pemilihan oleh jawatankuasa khas yang dilantik.

Page 8: Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015

8

Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan

8. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang berkaitan dengan Agensi Bukan Kerajaan (NGO), contoh aktiviti:

i. Khidmat Masyarakat – Highway Duty

ii. Perkhemahan

iii. Pertandingan Kawad Kaki

iv. Pertandingan Seni Bela Diri

Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan). Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon.

Peringkat penglibatan :

a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah

b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri

c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan

Sekiranya penglibatan tanpa kelulusan KPM/JPN/PPD – markah penglibatan dan pencapaian tidak dikira.

9. Penglibatan murid-murid dalam pertubuhan yang tidak terdapat/tidak berdaftar di sekolah

Sekiranya aktiviti yang dianjurkan mendapat kelulusan daripada KPM/JPN/PPD maka markah Penglibatan dan Pencapaian murid boleh diambil kira walaupun aktiviti tersebut tidak tersenarai di peringkat sekolah.

10.

Penglibatan murid dalam aktiviti yang berkaitan dengan Agensi Kerajaan (GO), contoh:

i. Sambutan Hari Kor Kadet Polis

ii. Festival Kebudayaan

iii. Hari Kebangsaan

iv. Hari Pahlawan

v. Hari Koperasi

vi. Larian Bomba

vii. Hari Belia Kebangsaan

Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan). Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon.

Peringkat penglibatan :

a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah

b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri

c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan

Page 9: Maklumat tambahan pemberian markah pajsk sm 2015

9

Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan

11. Aktiviti yang berkaitan dengan pihak Istana dan Kerajaan Negeri

Semua aktiviti yang melibatkan Institusi Raja dan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan dikira sebagai penglibatan peringkat negeri.

12. Aktiviti Khidmat Masyarakat (Ekstra Kurikulum)

i. Aktiviti Kejiranan/Komuniti

ii. Aktiviti Alam Sekitar

iii. Aktiviti Bencana Alam

iv. Aktiviti Khidmat Jabatan/Agensi

v. Aktiviti Kebudayaan/ Kesenian/Integrasi

vi. Aktiviti Kerohanian

vii. Aktiviti Insaniah

# Pengenalan Khidmat Masyarakat Sebagai Syarat Graduat Pendidkan Menengah

Sebagai kawalan pihak sekolah diminta membuat verifikasi dengan maklumat seperti berikut:

a. Nama aktiviti

b. Rekod kehadiran / penglibatan

c. Ulasan pencapaian / hasil

d. Pengesahan dan perakuan

# Aktiviti Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan dalam aktiviti sedia ada seperti Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan Beruniform tidak dikira sebagai markah ekstra kurikulum.

Disediakan oleh: Urus setia PAJSK, BKK, KPM Aras 3, Blok B9, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-88721649, 1645 & 1747