MAKLUMBALAS KERATAN AKHBAR HARIAN METRO -Kekurangan bekalan kelapa

3
1 Telefon : 03-8870 1373 Telefax : 03-8888 6906 E-mail : [email protected] Homepage : http://www.moa.gov.my MAKLUMBALAS KERATAN AKHBAR HARIAN METRO - Kekurangan bekalan kelapa Dengan hormatnya saya merujuk kepada aduan di ruangan Setempat akhbar Harian Metro bertarikh 8 April 2011 mengenai Kekurangan bekalan kelapa adalah berkaitan. Untuk makluman, masalah kekurangan bekalan kelapa tempatan mula berlaku sejak tahun 2007. Bagi mengatasi masalah kenaikan harga kelapa biji dan santan di pasaran, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diberi Permit Import kelapa sebanyak 100,000 biji sebulan bermula Disember 2007 hingga bulan Ogos 2008. Memandangkan kelapa tempatan semakin berkurangan, Permit Import kelapa telah ditambah kepada 500,000 biji sebulan bermula September hingga Disember 2008. Kekurangan kelapa ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut: a) Kebanyakan tanaman kelapa yang telah berusia lebih 30 tahun telah diganti kepada kelapa sawit yang lebih produktif dan mendapat pulangan tinggi b) Hasil pengeluaran kelapa di ladang tempatan terjejas disebabkan musim melawas pada setiap hujung tahun dan berlarutan antara 2-3 bulan yang menyebabkan pengurangan hasil kelapa sehingga 30 peratus c) Serangan kumbang tanduk dan kera yang menjadi musuh utama tanaman tersebut sejak sekian lama walaupun pelbagai usaha dilakukan seperti memasang perangkap dan menembak haiwan tersebut masih tidak membuahkan hasil. d) Tenaga kerja asing yang sering pulang ke negara asal untuk menyambut perayaan dan sebagainya dalam tempoh yang agak panjang dan tiada tenaga kerja tempatan yang menggantikan mereka e) Senario terkini sepanjang bulan Ramadhan, pengusaha kelapa lebih berminat menjual kelapa muda yang mendapat permintaan tinggi dan harga jualan yang lebih menguntungkan. Kesannya bekalan kelapa tua tempatan untuk kegunaan parut dan santan adalah terhad. KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA (MINISTRY OF AGRICULTURE AND AGRO-BASED INDUSTRY MALAYSIA) WISMA TANI NO. 28, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4 62624 PUTRAJAYA

Transcript of MAKLUMBALAS KERATAN AKHBAR HARIAN METRO -Kekurangan bekalan kelapa

Page 1: MAKLUMBALAS KERATAN AKHBAR HARIAN METRO -Kekurangan bekalan kelapa

1

Telefon : 03-8870 1373 Telefax : 03-8888 6906 E-mail : [email protected] Homepage : http://www.moa.gov.my

MAKLUMBALAS KERATAN AKHBAR HARIAN METRO - Kekurangan bekalan kelapa

Dengan hormatnya saya merujuk kepada aduan di ruangan Setempat akhbar Harian

Metro bertarikh 8 April 2011 mengenai Kekurangan bekalan kelapa adalah

berkaitan.

Untuk makluman, masalah kekurangan bekalan kelapa tempatan mula berlaku sejak

tahun 2007. Bagi mengatasi masalah kenaikan harga kelapa biji dan santan di

pasaran, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diberi

Permit Import kelapa sebanyak 100,000 biji sebulan bermula Disember 2007 hingga

bulan Ogos 2008.

Memandangkan kelapa tempatan semakin berkurangan, Permit Import kelapa telah

ditambah kepada 500,000 biji sebulan bermula September hingga Disember 2008.

Kekurangan kelapa ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

a) Kebanyakan tanaman kelapa yang telah berusia lebih 30 tahun telah diganti

kepada kelapa sawit yang lebih produktif dan mendapat pulangan tinggi

b) Hasil pengeluaran kelapa di ladang tempatan terjejas disebabkan musim

melawas pada setiap hujung tahun dan berlarutan antara 2-3 bulan yang

menyebabkan pengurangan hasil kelapa sehingga 30 peratus

c) Serangan kumbang tanduk dan kera yang menjadi musuh utama tanaman

tersebut sejak sekian lama walaupun pelbagai usaha dilakukan seperti

memasang perangkap dan menembak haiwan tersebut masih tidak

membuahkan hasil.

d) Tenaga kerja asing yang sering pulang ke negara asal untuk menyambut

perayaan dan sebagainya dalam tempoh yang agak panjang dan tiada tenaga

kerja tempatan yang menggantikan mereka

e) Senario terkini sepanjang bulan Ramadhan, pengusaha kelapa lebih berminat

menjual kelapa muda yang mendapat permintaan tinggi dan harga jualan

yang lebih menguntungkan. Kesannya bekalan kelapa tua tempatan untuk

kegunaan parut dan santan adalah terhad.

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA (MINISTRY OF AGRICULTURE AND AGRO-BASED INDUSTRY MALAYSIA) WISMA TANI NO. 28, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4 62624 PUTRAJAYA

Page 2: MAKLUMBALAS KERATAN AKHBAR HARIAN METRO -Kekurangan bekalan kelapa

2

Sepanjang tahun 2009, kerajaan telah menambah Permit Import kelapa berjumlah

3,657,000 biji. Memandangkan bekalan kelapa masih berkurangan di pasaran

tempatan yang mendorong kepada kenaikan harga kelapa biji, parut dan santan,

pihak FAMA telah diberi tambahan kuota Permit Import kelapa kepada 1 juta biji

sebulan pada tahun 2010 dan 2 juta biji sebulan pada bulan Jun hingga Ogos 2010.

Jumlah keseluruhan permit import sepanjang tahun 2010 adalah 15 juta biji.

Pada bulan Januari 2011 sehingga Mei 2011, kuota permit import kelapa yang telah

diberi kepada FAMA adalah sebanyak 2 juta biji sebulan. Tambahan kuota ini

bertujuan menampung kekurangan bekalan kelapa di pasaran. Bekalan kelapa yang

diimport ini telah diagihkan kepada pemborong dan pengusaha-pengusaha santan

seluruh Negara melalui Pusat-pusat Operasi FAMA bagi memastikan bekalan kelapa

mencukupi di pasaran. Walau bagaimanapun, pihak FAMA tidak mendapat bekalan

kelapa import sepertimana kuota yang telah diberikan iaitu berjumlah 2 juta

sebulan. Ini memandangkan bekalan kelapa di Indonesia juga mengalami

kekurangan disebabkan permintaan yang tinggi termasuk permintaan dari Thailand

serta bencana alam yang sering melanda di Indonesia yang menjejaskan

pengeluaran kelapa di Indonesia. Purata bilangan kelapa yang diperolehi oleh FAMA

melalui pintu masuk Pelabuhan Minyak Beku, Batu Pahat hanya 1.2 juta biji sebulan

berbanding kuota Permit Import yang diperolehi iaitu 2 juta biji sebulan.

Pengurus Pusat Operasi Bagan Datoh, En. Jamaluddin Basiron telah menghubungi

terus pengadu iaitu En. Zamry Zakaria pada hari yang sama bagi mendapat

penjelasan sebenar berhubung aduan beliau di dalam Akhbar Harian Metro bertarikh

8 April 2011.

Melalui perbualan tersebut, pengadu telah memaklumkan bahawa sebelum ini

beliau telah memperolehi bekalan kelapa daripada pembekal Cina Bagan Datoh

yang mendapat bekalan kelapa import dari Indonesia. Harga yang diterima oleh

pengadu adalah RM1.50/biji. Walau bagaimanapun memandangkan pengadu

kekurangan tenaga kerja, pengadu telah mendapatkan kelapa yang telah dibuang

tempurung daripada pembekal tersebut pada harga RM4.00/kg. Kuantiti yang

diperolehi adalah 800 biji sehari berbanding keperluan beliau antara 1,500 hingga

2,000 biji sehari. Oleh kerana harga yang diterima oleh beliau adalah tinggi dan

kuantiti yang diperolehi tidak seperti mana yang diperlukan, pengadu bercadang

untuk mendapatkan bekalan daripada pihak FAMA.

Dakwaan beliau yang mengatakan bahawa beliau telah berjumpa dengan pihak

FAMA adalah tidak benar sama sekali. Melalui percakapan En. Jamaluddin Basiron

dengan beliau, beliau memaklumkan bahawa beliau menghubungi FAMA Bagan

Datoh dan FAMA Ipoh hanya melalui telefon sahaja. Beliau hanya sekadar

bertanyakan mengenai bekalan kelapa tetapi tidak dinyatakan secara terperinci

berkaitan identiti beliau dan keperluan sebenar yang diperlukan. Beliau

memaklumkan bahawa beliau tidak pasti dengan siapa beliau berhubung dan bila

tarikh beliau berhubung dengan pihak FAMA.

Page 3: MAKLUMBALAS KERATAN AKHBAR HARIAN METRO -Kekurangan bekalan kelapa

3

Beliau juga telah menafikan bahawa aduan beliau itu mewakili 14 pengusaha dan

pemasar produk kerisik lain di negeri Perak. Beliau hanya bercakap bagi pihak diri

beliau sahaja dan tidak mewakili 14 pengusaha dan pemasar yang lain. Beliau

mengatakan bahawa pihak wartawan yang mengeluarkan cerita yang mengatakan

bahawa aduan beliau mewakili 14 pengusaha kerisik lain.

Dakwaan bahawa beliau mendapatkan bekalan daripada pihak FAMA juga tidak

benar. Pihak FAMA sama ada FAMA Ipoh dan FAMA Bagan Datoh memaklumkan

bahawa mereka tidak pernah berurusan dengan pengadu sebelum ini sehingga

artikel ini keluar.

NAMA PENGADU : ZAMRY ZAKARIA

KAWASAN : TELUK INTAN, PERAK

NORAZIAN MUSTAPA

Ketua Komunikasi Korporat

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA)

DL : 03 – 6120 6281

H/P : 012 – 3706 720