Makmal Klinikal dan tibi

17
MAKMAL KLINIKAL DAN TIBI PENGENALAN Makmal klinikal dan tibi di dalam Hospital Nukleus Labuan ini berkesinambungan dengan makmal mikrobiologi kerana sampel yang positif untuk dikulturkan akan dihantarkan ke makmal tersebut. Antara ujian yang dilakukan di makmal ini ialah ujian mikroskopi sputum, ujian urin feme, ujian stool ob,ujian sputum afb dan beberapa ujian lagi. Sampel yang dihantar kebanyakannya adalah dari Klinik Pakar 2(KP2) kerana kebanyakan sampel yang didapati adalah berkaitan dengan wanita. Namun terdapat juga sampel yang dihantar dari wad seperti sputum.

description

Makmal Klinikal dan tibi

Transcript of Makmal Klinikal dan tibi

Page 1: Makmal Klinikal dan tibi

MAKMAL KLINIKAL DAN TIBI

PENGENALAN

Makmal klinikal dan tibi di dalam Hospital Nukleus Labuan ini berkesinambungan dengan makmal mikrobiologi kerana sampel yang positif untuk dikulturkan akan dihantarkan ke makmal tersebut. Antara ujian yang dilakukan di makmal ini ialah ujian mikroskopi sputum, ujian urin feme, ujian stool ob,ujian sputum afb dan beberapa ujian lagi.

Sampel yang dihantar kebanyakannya adalah dari Klinik Pakar 2(KP2) kerana kebanyakan sampel yang didapati adalah berkaitan dengan wanita. Namun terdapat juga sampel yang dihantar dari wad seperti sputum.

Page 2: Makmal Klinikal dan tibi

CARTA ORGANISASI MAKMAL MIKROBIOLOGI

FAIZAL YUSOF

PEG.SAINS(KAJI KUMAN)C41

SALSIAWATI HADIR

JTMP U29

FREDA JUSTIN

JTMP U29

Page 3: Makmal Klinikal dan tibi

Tajuk ujian: pemprosesan spesimen dalam makmal klinikal dan tibi

1. Sampel: sputum

Bahan dan radas

1. Botol sputum(kaca)2. Slaid kaca3. Kayu aplikator

Kaedah ujian

1. Terima sampel dan borang sputum dalam bekas yang steril. Lakukan penolakan jika borang tidak betul atau tidak lengkap.

2. Daftar pesakit dan buat permohonan ujian dalam Labnet.3. Sampel sputum akan dilakukan di dalam kebuk wasap.4. Ambil sputum menggunakan kayu aplikator dan calitkan pada slaid kaca yang bersih.5. Sebarkan smear sputum dengan rata dengan keluasan kira-kira 3x2 cm.6. Buang kayu aplikator ke dalam plastik kuning biohazard.7. Keringkan slaid di udara atau dalam kebuk wasap tersebut. Jangan keringkan

menggunakan api.8. Lakukan pewarnaan Gram setelah smear kering.9. Perhatikan dan baca keputusan dibawah mikroskop.

Keputusan ujian mikroskopi sputum

Cell/IpfPolymorphonuclear neutrophils 10

Squamous epithelial cells 40Gram positive cocci 50Gram positive rods 50

Gram negative cocci 0Gram positive rods 0

Yeast cells 0

Interpretasi ujian

Pengkulturan bakteria tidak akan diterima apabila sel skuamus >10. Terkontaminasi oleh normal flora.

Page 4: Makmal Klinikal dan tibi

2. Sampel: Swab Genital(HVS)

Bahan dan radas

1. Swab Emies(bekas steril)2. Slaid kaca

Kaedah ujian

1. Terima sampel dan borang HVS dalam bekas yang steril. Lakukan penolakan jika borang tidak betul atau tidak lengkap.

2. Daftar pesakit dan buat permohonan ujian dalam Labnet.3. Sampel ini akan dilakukan di dalam kebuk wasap.4. Buka bekas pada bahagian atas dan calitkan swab pada slaid kaca yang bersih.5. Sebarkan swab smear dengan rata.6. Keringkan slaid di udara atau dalam kebuk wasap tersebut. Jangan keringkan

menggunakan api.7. Lakukan pewarnaan Gram setelah smear kering.8. Perhatikan dan baca keputusan dibawah mikroskop.

Keputusan ujian mikroskopi HVS

Cell/IpfPolymorphonuclear neutrophils 10

Yeast Cells 0Squamous epithelial cells 40

Lactobacilli 0Gram variable rods/coccobacilli 20

Curved gram variable rods 0Gram negative diplococci 0

Interpretasi ujian

Consistent with vaginitis,culture N.ANormal 0-3

Intermediate 4-6Consistent with bacterial vaginosis 7-10

Page 5: Makmal Klinikal dan tibi

3. Sampel: kahak(AFB)

Bahan dan radas

1. Slaid kaca2. Bekas yang steril3. Kayu aplikotar(khas)

Kaedah ujian

1. Label id pesakit pada hujung slaid mikroskopi yang baru dan bersih tanpa sebarang calar dengan menggunakan pensil.

2. Guna kayu aplikator untuk memindahkan specimen daripada botol specimen kepada slaid. Patahkan hujung kayu aplikator kira-kira 1 cm dan pastikan bahagian itu tidak tercabut.

3. Pindahkan specimen ke atas slaid dengan memilih specimen purulent dan kental (jika ada). Gunakan kayu aplikator yang lain untuk mengurangkan specimen yang terlalu kental dan banyak.

4. Sebar smear pada slaid dengan rata menggunakan kaedah coiling dengan keluasan kira-kira 3x2cm.

5. Buang kayu aplikator dalam plastik kuning dan guna kayu aplikator yang baru untuk setiap sampel yang berlainan.

6. Keringkan slaid di udara. Jangan keringkan slaid menggunakan api.7. Lakukan pewarnaan Ziehl’s Neelsen.

Interpretasi ujian

Gram negatif rod,latar belakang warna biru.

Page 6: Makmal Klinikal dan tibi

4. Sampel: Urin FEME

Bahan dan radas

1. Bekas urin yang steril2. Miditron Junior II(mesin)3. Dipstick combo 10

Prinsip(Miditron Junior II )

Mesin miditron junior II ini merupakan mesin semi-automatic yang menganalisis urin dengan hanya menggunakan Dipstick Combo 10, ujian menganalisis urin ini sangat mudah dilakukan dengan menggunakan sistem operator yang dipaparkan pada skrin.

Kaedah ujian

1. Celupkan strip combur test 10 ke dalam air kecing selama 1 saat.2. Lapkan lebihan air kencing tersebut.3. Letakkan strip tersebut di atas tempat sampel Meditron Junior.4. Tekan butang start5. Tunggu hingga mesin Meditron Junior selesai memproses6. catatkan keputusan yang dicetak oleh mesin Meditron Junior ke dalam borang ujian7. Sekiranya Mesin Meditron Junior tidak berfungsi, bandingkan reaksi warna dalam

kawasan ujian di atas strip dengan skala warna di atas label botol Combur Test 10

Interpretasi ujian

ParameterSpecific gravitypHLeukocytesNitriteProteinGlucoseKetoneUrobilinogenBilirubinerythrocytes

Page 7: Makmal Klinikal dan tibi

5. Sampel: Cecair seminal

Bahan dan radas

1. Slaid kaca2. Sisip kaca3. Pipet dan tips4. Bekas seminal yang steril5. Silinder penyukat6. Mikroskop7. Neuber Chamber8. Kayu aplikator9. Air suling

Kaedah ujian

1. Catat masa pengambilan sampel, penerimaan sampel dan masa ujian dijalankan.2. Sukat isipadu sampel dengan menggunakan kaedah secara tidak langsung iaitu dengan

menggunakan bekas yang sama. Ukur isipadu air suling yang telah disukat dengan menggunakan silinder penyukat 10ml. Catat bacaan pada laporan ujian (Normal >2ml)

3. Perhatikan kepekatan sample (viscosity), laporkan samaada slightly diluent, normal ataupun extreme.

4. Pipetkan sedikit sampel ke atas slaid yang bersih dan tutup dengan sisip kaca.5. Kira peratusan pergerakan sperma di bawah mikroskop cahaya (40X). (Normal >50%)6. Lakukan percairan spesimen dengan mencampurkan 10 µl sampel dan 190 µl air suling

ke dalam tiub.7. Campurkan dengan sekata dan pipetkan sampel yang telah dicairkan ke atas Neubeur

Chamber dan lekapkan sisip kaca.8. Lihat di bawah mikroskop cahaya (40x)9. Kira bilangan sperma di dalam kotak E (Erythrocyte) yang berasingan  dengan

menggunakan formula ini:

Bil Sel / ml =( bil sel dalam 5 kotak E ) x 10^6 / ml

(Bil normal per ml ialah >20 million / ml)

10. Kira peratusan morfologi normal & abnormal sperma (Normal >60% morphology normal)11. Catatkan semua bentuk pemerhatian12. Rekod semua keputusan ujian di dalam Buku Seminal Analysis dan Labnet

Page 8: Makmal Klinikal dan tibi

6. Sampel: Stool O.B(Occult Blood)

Bahan dan radas

1. Bekas feses2. Botol penutup hijau3. strip oc-light

Prinsip

Darah di dalam feses adalah salah satu tanda kanser kolon atau rektum. Jika darah hadir dalam sampel feses, molekul hemoglobin boleh berfungsi secara pseudoenzimatik. Kertas ujian akan bertukar biru dalam masa 5 minit jika terdapat kehadiran lebih daripada 2 hemoglobin mg per gram najis.

kaedah ujian

1. Buka penutup hijau botol sampel2. Calitkan specimen najis dan masukkan ke dalam botol sampel.3. Tutup penutup botol, ketatkan dan goncang sepenuhnya4. Letakkan botol sampel dengan penutup hijau di bawah5. Alihkan kon nozzle putih6. Masukkan strip oc-light ke dalam botol sampel sehingga kedalaman paling bawah7. Baca keputusan ujian dalam masa 5 minit.8. Laporkan keputusan sebagai negative jika hanya satu garisan yang berwarna merah

jambu-ungu muncul pada kawasan bertanda ‘C’.9. Jika ada 2 garisan yang muncul, laporkan sebagai positif.

Interpretasi ujian

Page 9: Makmal Klinikal dan tibi

7. Pewarnaan Gram

Reagen

1. Kristal violet2. Safranin3. Aseton alkohol4. Lugol’s Iodine

Prinsip ujian

Kaedah ujian

1. Lakukan palitan pada slaid yang bersih dan lakukan ‘fixation’ dengan menggunakan haba.

2. Basahkan slaid dengan menggunakan larutan crystal violet dan biarkan selama 1 minit. 3. Basuh slaid menggunakan air paip yang bersih. 4. Basahkan slaid dengan menggunakan larutan Lugol’s iodine. Biarkan 1 minit. 5. Basuh slaid menggunakan air paip yang bersih. 6. Basahkan slaid dengan menggunakan acetone dan biarkan selama 1/2 minit. 7. Basuh slaid menggunakan air paip yang bersih. 8. Basahkan slaid dengan menggunakan larutan safranin. Biarkan selama 1 minit. 9. Basuh slaid menggunakan air paip yang bersih. 10. Keringkan slaid tersebut sebelum diperiksa di bawah microskop. 11. Periksa slaid di bawah mikroskop pada kanta berkuasa 100x 12. Perhatikan warna dan morfologi bacteria. Catatkan keputusan.

Interpretasi ujian

Gram Positif = Warna Biru

Gram Negatif = warna Merah

Gram Positif Gram NegatifStaphylococci EnterobacteriaceaeStreptococci SalmonellaMycobacterium Shigella

Haemophilus

Page 10: Makmal Klinikal dan tibi

8. Pewarnaan Ziehl’s Neelsen(AFB)

Reagen

1. Carbolfuschin2. Asid alkohol3. Metalina biru4. Api

Prinsip

Perwarnaan Zhiel Neelson adalah untuk mewarnakan bakteria tahan asid seperti Mycobacterium Tuberkulosis. Karbon fuschin yang digunakan adalah untuk mewarnakan bakteria berwarna merah. Tujuan pemanasan karbon fushin adalah untuk memusnahkan struktur keratin sel bakteria tersebut supaya warna dapat diserap dan sekiranya bakteria seperti Mycobacterium Tuberculosis hadir, ia akan berwarna merah.

Kaedah ujian

1. Fixkan smear menggunakan api secara berhati-hati dan perlahan-lahan sebanyak 3 hingga 4 kali kira-kira 1 hingga 2 saat pada belakang smear yang telah disediakan.

2. Letak slaid yang telah difix pada jambatan pencelupan di atas singki dengan kedudukan smear menghala ke atas. Pastikan jarak antara slaid adalah lebih kurang 1 hingga 2 cm.

3. Basahkan keseluruhan slaid dengan menggunakan larutan Carbolfuschin.4. Panaskan slaid yang telah dibasahkan tadi dengan menggunakan api yang perlahan

hingga mengeluarkan wap. Jangan biarkan slaid  tersebut dipanaskan sehingga kering atau menggelegak. Biarkan selama 5 minit.

5. Basuh slaid dengan menggunakan aliran air paip yang perlahan.6. Basahkan slaid dengan menggunakan larutan 3% acid alcohol dan biarkan selama 2

hingga 3 minit.7. Basuh slaid dengan menggunakan aliran air paip yang perlahan.8. Basahkan slaid dengan menggunakan larutan methylene blue dan biarkan selama 1

minit.9. Basuh slaid dengan menggunakan aliran air paip yang perlahan.10. Keringkan slaid tersebut sebelum diperiksa di bawah mikroskop.

Interpretasi ujian

AFB = Warna merah dan latar belakang biru

Page 11: Makmal Klinikal dan tibi

9. ujian UPT(WHPM)

Bahan dan radas

1. Bekas urin yang steril2. Kit ujian

Prinsip

Pada prinsipnya reaksi imunologi terjadi pada kertas kromatografi melalui aksi kapilaritas. Pada

sistem ini menggunakan dua jenis antibody-antigen spesifik. Salah satu antibody ditempatkan

pada kertas kromatografi (fase diam) dan lainnya dilabel dengan koloid emas (colloidal gold)

dan diinfiltrasi ke tempat sampel (sample pad). Ketika cairan sampel diteteskan pada tempat

sampel, maka akan terbentuk kompleks imun dengan antibodi yang dilabeli dengan koloid

emas. Kompleks tersebut akan bergerak bersama dengan cairan sampel dan akan berinteraksi

dengan antibodi yang ada pada kertas kromatografi dan menghasilkan garis berwarna merah

ungu.

Kaedah ujian

1. Terima sampel daripada kaunter 2. Pastikan nama pada bekas air kencing dan borang pesanan adalah sama. Jika tidak

sama, hantar kembali ke kaunter 3. Daftarkan maklumat pesakit dan permohonan ujian di LabNet. 4. Keluarkan kit ujian dan biarkan pada suhu bilik. 5. Pastikan tarikh luput dan strip ujian berada dalam keadaan yang baik dalam kit ujian. 6. Rendamkan strip ujian ke dalam bekas berisi sampel. 7. Keluarkan strip ujian daripada bekas sampel apabila sampel air kencing kelihatan

meresap naik melalui strip ujian. 8. Tafsirkan keputusan ujian dalam 5 minit 9. Semak keputusan (rujuk fail pengendalian ujian serologi & kawalan kualiti). Jika

keputusan meragukan, ulangi ujian 10. Rekodkan keputusan di LabNet, buku rekod ujian serologi dan borang Per. Pat 301. 11. Sahkan keputusan

Intertpretasi ujian

Satu garisan – Negatif

2 garisan – Positif

Page 12: Makmal Klinikal dan tibi

10. SMEAR DARAH PARASIT MALARIA

Apusan Darah Parasit Malaria

Peralatan yang diperlukan:

i) Mikroskop

ii) Slaid

iii) Pewarna Giemsa

Prinsip:

10% pewarna Giemsa memberikan warna biru kepada sitoplasma manakala kromatin

diwarnakan dengan warna merah. Filem darah tebal adalah untuk pembilangan parasit

manakala filem darah nipis adalah untuk pengenalpastian spesis parasit malaria.

Prosedur:

1. Spesimen diterima, diperiksa dan dilabel.

2. Filem darah dikeringkan sebelum fiksasi dilakukan.

3. Filem darah nipis difiksasi dalam methanol selama 1 minit.

4. Slaid diwarnakan dengan 10% Giemsa selama 10minit.

5. Selepas itu, slaid dicuci dan dikeringkan.

6. Slaid diperhatikan dibawah mikroskop pada kuasa 100x dan diletakkan minyak imersi

pada slaid.

7. Pemerhatian dilaporkan.

Keputusan:

1. 1-10 parasit dalam 10 field filem darah tebal - + ( Sederhana).

2. 11-100 parasit dalam 10 field filem darah tebal - ++ ( Sederhana teruk).

3. 1-10 parasit dalam 1 field filem darah tebal - +++ ( Teruk).

4. 1-100 parasit dalam 1 field filem darah tebal - ++++ (Sangat teruk).

Page 13: Makmal Klinikal dan tibi

11. OVA DAN SISTA FESES (STOOL OVA AND CYST)

Ujian Ova Dan Sista Feses

Prinsip:

Konsentrasi formalin-eter merupakan teknik sediment yang memerhatikan telur helmint, larva

dan sista protozoa. Teknik ini sangat cepat dan mempunyai kebaikan dimana lipid dan bahan

kolisidal dapat disingkirkan dan memberikan sediment yang jernih.

Peralatan yang diperlukan:

i) Mikroskop

ii) Pengempar

iii) Slaid

iv) Sisip kaca

v) 10% formalin

vi) Eter

vii) Kayu aplikator

viii) Tabung uji.

Prosedur:

1. Spesimen diterima, diperiksa dan dilabel.

2. Sedikit sampel feses diambil menggunakan kayu aplikator dan dimasukkan ke

dalam tabung uji.

3. Air dimasukkan sehingga 10-12 ml dan digaul.

4. Suspensi tersebut ditapis dengan kain kasa untuk menyingkirkan benda-benda

asing.

5. Suspensi tersebut kemudiaannya dicuci dua kali dengan mengemparnya pada

kelajuan pengempar 2000rpm selama 2 minit.

6. Selepas itu, supernatan dibuang dan sediment diambil. Sebanyak 10 ml 10%

formalin ditambah pada sediment tersebut dan digaulkan sehingga sebati.

7. 5ml eter ditambah dan tabung uji ditutup dan digoncang secara berterusan selama

30 saat.

8. Tabung uji diempar selama 2 minit pada kelajuan 2000rpm.

Page 14: Makmal Klinikal dan tibi

9. Supernatant dibuang dan setitik sediment diambil dan dititiskan pada slaid kaca

untuk pemerhatian bawah mikroskop.

10. Pemerhatian dilaporkan.

Keputusan:

1. Positif – telur, larva dan sista kelihatan.

2. Negatif – tiada telur, larva dan sista kelihatan