Makna Dalam Konteks Komunikasi

2

Click here to load reader

description

Makna Dalam Konteks Komunikasi

Transcript of Makna Dalam Konteks Komunikasi

SALAH FAHAM DALAM PESANAN TEKS

SALAH FAHAM DALAM PESANAN TEKS

Tabiat menggunakan perkataan singkat dalam sesuatu perbualan boleh menimbulkan kesalahfahaman di antara pemberi dan penerima mesej. Misalnya berdasarkan gambar rajah di atas, motif utama penghantar mesej tersebut adalah untuk bertanyakan mengenai perkembangan tugasan rakannya. Namun telah berlaku kesalafahaman terhadap maksud sebenar mesej tersebut iaitu singkatan perkataan assignment kepada ass yang membawa maksud yang berlainan dan negatif. Setiap individu mempunyai fahaman yang berbeza terhadap singkatan sesuatu perkataan.

SALAH FAHAM MELALUI BAHASA BADAN

Bahasa badan menjadi satu subjek yang penting yang boleh di aplikasikan dalam semua subjek bahasa yang lai kerana bahasa badan itu lahir secara benar dan berlaku secara benar. Pendek kata, apa kita tuturkan selalunya tidak menggambarkan dengan tepat apa yang ingin kita katakan. Sebagai contoh perbualan di bawah:

Ryan kenapa kau termenung disini? Umi dan abah bertanyakan pasal kau. Marilah turun ke ruang tamu, sapa Balqis. Ryan diam membisu dan memalingkan badannya ke belakang. Malas untuk berbahasa.

Ryan, kau dengar tak apa aku cakap ni? Kenapa tiba-tiba kau diam saja, tanya Balqis sambil menapak ke sisi Ryan. Mata lelaki itu terkebil-kebil memandang ke atas siling putih.

Berdasarkan teks perbualan diatas, jelas menunjukkan bahawa lelaki itu telah melakukan satu bahasa badan yang boleh membuat seseorang salah faham iaitu memalingkan badan dari arah orang yang sedang bercakap. Ini mungkin kerana lelaki itu tidak berminat berbual dengan orang tersebut.