Makna Globalisasi

17
Makna Globalisasi - Globalisasi ialah suatu himpunan proses  pengaliran global pelbagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktivit manusia. - Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizial atau bukan fizikal. Boleh jadi ia dalam bentuk maklumat,ide,nilai,institusi,atau sistem. - Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat kian kait mengait,salung bergantung dan kompleks sifatnya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon, Setiausaha Agung PBB. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di  San Francisco, California  pada 24 Oktober  1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di se luruh dunia. PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di   New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946. United Nations Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ibu negara  New York Bahasa rasmi Arab , Cina, Inggeris , Perancis, Rusia, dan Sepanyol Negara ahli 192 Setiausaha Agung Ban Ki-moon Penubuhan 26 Jun 1945 Laman web rasmi http://www.un.org/

Transcript of Makna Globalisasi

Page 1: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 1/17

Makna Globalisasi

- Globalisasi ialah suatu himpunan proses pengaliran global pelbagai jenis objek yangmelibatkan pelbagai bidang aktivit

manusia.

- Objek yang diglobalisasikan boleh jadifizial atau bukan fizikal. Boleh jadi iadalam bentuk maklumat,ide,nilai,institusi,atau sistem.

- Himpunan proses pengaliran global inidan bidang aktiviti manusia yang terlibatkian kait mengait,salung bergantung dankompleks sifatnya.

PertubuhanBangsa-BangsaBersatu

Ban Ki-moon, Setiausaha Agung PBB.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atauPBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara diseluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagamPBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskanhak asasimanusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, sertamemperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.

PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikanLiga Bangsa-bangsa yang telahdibubarkan setelah gagal menghalangPerang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak diSanFrancisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak

1946.

United NationsPertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu

Ibu negara New York Bahasa rasmi Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Rusia,

dan Sepanyol

Negara ahli 192

SetiausahaAgung

Ban Ki-moon

Penubuhan 26 Jun 1945Laman webrasmi http://www.un.org/

Page 2: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 2/17

Piagam PBB

Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:

KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM

• untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripadakesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telahmembawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan

• untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia,kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelakidan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan

• untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepadakewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumberundang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan

• untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik

dalam kebebasan yang lebih luas,

DAN UNTUK TUJUAN INI

• akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanandengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan

• akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dankeselamatan antarabangsa, dan

• akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak akan digunakan, kecuali untukkepentingan umum, dan

• akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuanekonomi dan sosial untuk semua manusia,

MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGGABUNGKAN USAHA KAMI SUPAYA DAPATMENCAPAI MATLAMAT INI

[ sunting ] Asal-usul dan sejarah

Tempat persidangan PBB

Page 3: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 3/17

Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations ") dicetuskan oleh Franklin D.Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yangterdiri daripada dari 26negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta

untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripadaKuasa Paksi. Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidangan-persidangan Pihak Berikat diMoscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripadaPerancis, Republik China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemuuntuk memperincikan rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks,Washington, D.C..Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yangmenggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosialantarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh kerajaan-kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.

Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan,termasuknya Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam.50 negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu,tetapi satu tempat telah diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu AmerikaSyarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakandaripada 46 penandatangan yang lain.

Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church,London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telahmenyertai pertubuhan ini.

[ sunting ] Ibu pejabat

Page 4: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 4/17

Page 5: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 5/17

Majlis Keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satukerajaan ahlinya harus melaksanakan keputusannya.

Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB".Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.

[sunting ] Majlis Ekonomi dan Sosial

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOCmempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun.Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahlidaripada negara "Dunia Pertama".

Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yangmerupakan kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk sidang selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat padasetiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasautama dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain,termasuklah mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan.Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisikepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih;dimana dalam peranan ini bahawa ia amat giat.

[sunting ] Majlis PeramanahanMajlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini — kebanyakannya merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambildaripada negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah memperolehkerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan negara jiran yang merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir,dan telah menjadi ahli PBB pada Disember 1994.

Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada1 November 1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmimemerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha AgungKofi Annan mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya penghapusan MajlisPeramanahan.

[sunting ] Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "MahkamahDunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia ditempatkan di PeacePalace, Hague, Belanda.

Page 6: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 6/17

Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepadaMahkamah KeadilanAntarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa Perancismerupakan bahasa rasminya.

Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yangdiserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa.Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupanyang lebih besar untuk menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya dikalangan negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diridaripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusanmahkamah mengikut budi bicaranya.

[sunting ] Sekretariat

Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitanganawam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripadakawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih kakitangan.

Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh badan- badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh MajlisKeselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yanglain. Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaianantarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan

antarabangsa, mengumpul maklumat tentang pelaksanaan keputusan-keputusan MajlisKeselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yangdimulakan oleh PBB.

[ sunting ] Bahasa rasmi

PBB mempunyai enam bahasa rasmi iaitu bahasa Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Rusia, danSepanyol. Manakala bahasa kerja yang digunakan di Perhimpunan Agung ialahInggeris,Perancis dan Sepanyol (dalam Majlis Keselamatan PBBia terhad kepada dua bahasa sahajaiaitu bahasa Inggeris dan Perancis sahaja).

[ sunting ] KegiatanRencana utama: Kegiatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:

• Persidangan antarabangsa• Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan• Kawalan dan pelucutan senjata• Penjagaan keamanan• Hak asasi manusia•

Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa• Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.

Page 7: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 7/17

[sunting ] Persidangan antarabangsa

Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusantentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yangdiadakan sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak,Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-contoh terkini termasuk:

• "Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakanpada Oktober 1994 di Columbus, Ohio : Ia menumpukan perhatian kepadapenggunaan teknologi matlumat moden untuk memperkembangkanperdagangan antarabangsa;

• "Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan diCopenhagen , Denmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskantanggungjawab negara terhadap pembangunan boleh kekal serta

pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan,dan peluang ekonomi untuk kesemua orang.• "Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing ,

China , pada September 1995;• "Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" ( Habitat II ), yang

diadakan di Istanbul , Turki pada Jun 1996.

[sunting ] Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan

Rencana utama: Tahun-tahun Antarabangsa PBB

PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapatmenumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB,logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

[sunting ] Kawalan senjata dan pelucutan senjata

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa PertamaPerhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara dalamagendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharamanujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkansenjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.

[sunting ] Penjagaan keamanan

Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru- baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan sertauntuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di

Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan

Page 8: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 8/17

oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.

Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada tahun2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana

usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."

PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tenterayang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialahPingat PerkhidmatanPBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertaiPerang Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingatantarabangsa dan bukannya pingat tentera.

[sunting ] Hak asasi manusia

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB.Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masaakan datang.

Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagatke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan" untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawahECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia,khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialahsokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistemdemokrasi.

Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasimanusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekaliamat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.

PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnyadalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.

[sunting ] Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa

Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB

membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusianyang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.

Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantumemberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara),Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelariandengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembanganekonomi, umpamanya perumusan Matlamat Pembangunan Milenium. Program PembangunanPBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalamdunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin.

Page 9: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 9/17

Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.

PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini,Afghanistan dan Timor

Timur . Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal JenayahAntarabangsa untuk Rwanda (ICTR ) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khasuntuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.

Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1]

[sunting ] Persetiaan dan undang-undang antarabangsa

PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaanlautan dihakimi oleh mahkamah khas.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama bertujuan untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutamayang dihakiminya termasuk:

• Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Peranciskerana menyalahi undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang telah dituduh untuk jenayah-jenayah perang;

• Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikatkerana mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkanperistiwa Iran-Contra).

Pembiayaan

Kompleks Pusat Antarabangsa Vienna di Austria. Pejabat-pejabat PBB mengambil

sebahagian besar daripada kompleks ini.

Page 10: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 10/17

Sistem PBB dibiayai dengan dua cara, iaitu sumbangan taksiran dan sumbangan suka reladaripada ahli-ahli negara. Perhimpunan Agung meluluskan peruntukan yang biasa danmenentukan taksiran untuk setiap ahli. Secara umumnya, taksiran ini berdasarkan keupayaanrelatif setiap negara, sebagaimana yang diukur oleh statistik pendapatan negara, bersama-sama dengan faktor-faktor yang lain. Peruntukan setiap dua tahun untuk PBB dan agensi-

agensi khasnya dibiayai oleh sumbangan taksiran.

Perhimpunan Agung telah mewujudkan prinsip bahawa PBB harus tidak terlalu bergantungkepada mana-mana satu ahli dalam pembiayaan operasinya. Oleh itu, PBB mengenakan hadmaksimum untuk sumbangan taksiran bagi peruntukan biasa. Pada Disember 2000,Perhimpunan menyemak semula skala taksirannya untuk membayangkan keadaan dunia yangterkini. Antara perubahan daripada penyemakan itu, had maksimum diturunkan daripada 25%ke 22%. Amerika Syarikat merupakan ahli yang tunggal yang mencapai had maksimum ini,tetapi ia masih menunggak bayaran sebanyak beratus-ratus juta dolar (sila lihat: AmerikaSyarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di bawah skala taksiran yang diamalkan pada tahun 2000, penyumbang-penyumbang utama (selain Amerika Syarikat) untuk peruntukan PBB yang biasa bagi tahun 2001 adalah seperti berikut: Jepun (19.63%), Jerman (9.82%), Perancis (6.50%), United Kingdom (5.57%), Itali (5.09%), Kanada (2.57%),Sepanyol (2.53%), dan Brazil (2.39%).

Rancangan-rancangan untuk agensi-agensi PBB yang khas (sepertiUNICEF, UNDP,UNHCR , dan WFP) tidak termasuk dalam peruntukan biasa, dan dibiayai secara suka relaoleh kerajaan ahli-ahli. Sehingga tahun 2001, sumbangan ini daripada Amerika Syarikatsahaja dianggarkan berhampiran AS$1.5 bilion pada jumlahnya. Sebahagian daripada iniadalah dalam bentuk barangan pertanian yang diderma kepada penduduk-penduduk yangmenderita, tetapi sebahagian besarnya masih merupakan sumbangan dalam bentuk wang.

Kritikan dan perbalahanRencana utama: Kritikan dan perbalahan PBB

Membuat reformasi pada PBB

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapatnya banyak seruan untuk membuat reformasi pada PBB. Tuduhan pada tahun 2004 dan 2005 mengenai salah pengurusan dan rasuahmengenai Program Minyak untuk Makanan untuk Iraq di bawah Saddam Hussein telahmenyebabkan seruan yang baru untuk reformasi.

Sebuah rancangan reformasi yang rasmi telah dimulakan olehSetiausaha Agung PBB, KofiAnnan tidak lama selepas beliau memegang jawatan itu pada 1 Januari 1997. Reformasi yangtelah dikemukakan termasuk:

• penukaran keahlian tetap untuk Majlis Keselamatan (yang kinimembayangkan hubungan kuasa 1945);

• menjadikan birokrasi lebih nyata, bertanggungjawab dan cekap;• menjadikan PBB bersikap lebih demokratik; dan• mengenakan tarif antarabangsa terhadap semua pengilang senjata di

seluruh dunia.

Kegagalan dalam isu-isu keselamatan

Page 11: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 11/17

Walaupun PBB menumpukan sebahagian besar daripada usaha-usahanya dalam bidangkeamanan dan keselamatan, dalam banyak kes, ahli-ahli PBB telah menunjukkan keberatanuntuk mencapai ataupun menguatkuasakan ketetapan-ketetapan Majlis Keselamatan. Pada2003, Amerika Syarikat mengetuai serangan terhadap Iraq di tengah-tengah rasa tidak setujuyang kuat antara kebanyakan ahli-ahli PBB. Untuk hampir sedekad, Israel menentang

ketetapan yang memerlukannya menghapuskan petempatan-petempatan di Tebing Barat danGaza. Kegagalan-kegagalan ini berpunca daripada sifat antara kerajaan PBB — dalam banyak hal, ia merupakan persatuan yang terdiri daripada 191 ahli negara yang harus mencapaisepersetujuan, dan bukannya sebuah pertubuhan yang bebas. Walaupun tindakan-tindakantelah diberikan mandat oleh Majlis Keselamatan, Sekretariat jarang diberikan sumber-sumber yang mencukupi untuk melaksanakannya.

Penganiayaan seks oleh pengaman-pengaman

Telah dilaporkan bahawa pengaman-pengaman daripada beberapa negara telah menganiayaidan bergilir-gilir merogol kanak-kanak perempuan semuda umur 12 di Republik Demokratik Congo. Penganiayaan ini dilaporkan telah berlaku secara meluas dan masih berlaku walaupunterdapatnya banyak pendedahan dan penyiasatan oleh "Pejabat Perkhidmatan KealpaanDalaman PBB". [2][3]

Penyiasatan dalaman PBB pada tahun 2005 mendapati bahawa penganiayaan seks yangserupa juga telah dilaporkan di lima negara yang lain di mana pengaman-pengaman PBB telahdiatur kedudukan, termasuknyaBurundi, Côte d'Ivoire dan Liberia. [4]

Keahlian jawatankuasa

Pemasukan Sudan dan Libya yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang tidak terhinggake dalam Suruhanjaya PBB untuk Hak Asasi Manusia, dan pelantikan Libya sebagai pengerusi Suruhanjaya ini telah menjadi satu perbalahan. Bagaimanapun, negara-negara itumemperdebatkan bahawa negara-negara Barat, dengan sejarah keganasan dan kekejaman penjajahan, tidak ada hak untuk berdebat tentang keahlian Suruhanjaya ini.

Skandal Minyak untuk Makanan

Program "Minyak untuk Makanan" diwujudkan oleh PBB pada tahun 1996 untuk membenarkan Iraq menjual minyaknya kepada pasaran dunia sebagai tukaran untuk keperluankemanusiaan untuk rakyat Iraq, tanpa membenarkan kerajaan Iraq membina semulatenteranya selepas Perang Teluk pertama.

Bagaimanapun, rancangan itu telah ditamatkan pada akhir tahun 2003 di tengah-tengahtuduhan penyalahgunaan dan rasuah. Bekas PengarahBenon Sevan dari Cyprus meletakkan jawatan sewaktu Interim Report.pdf laporan kemajuan interimdaripada penyiasatan PBBmenyimpulkan bahawa Sevan telah menerima rasuah daripada rejim Iraq.[5]

Juga terlibat dalam skandal itu ialahKojo Annan, anak lelaki kepada Kofi Annan, yang telahdikatakan mendapat kontrak "Minyak untuk Makanan" PBB untuk Coctecna, sebuah syarikat

Page 12: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 12/17

Switzerland. Menteri Luar Negeri India juga telah dipecat kerana peranannya dalam skandalini.

Senarai badan PBB yang lain

Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam piagamnya ialah :

1. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)2. Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk

Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan Persatuan PembangunanAntarabangsa)

3. Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)4. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)5. Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)6. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

7. Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)8. Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)9. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)10. Kesatuan Pos Sedunia (UPU)11. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)12. Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)13. Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

Agensi-agensi sementara termasuk:

1. Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)

2. Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudiandiambil alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian ) (UNHCR)3. Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( UNRWA )

Page 13: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 13/17

Pertubuhan Persidangan Islam

Pertubuhan

Persidangan Islam

Ibu pejabat Jeddah , Arab Saudi

Bahasarasmi

Arab , Inggeris , Perancis

Keahlian57 Negara Ahli5 Negara Pemerhati

SetiausahaAgung

Prof. Dr. EkmeleddinIhsanoglu (Turki)

Penubuhan– Rabat ,

Maghribi

25 September 196912 Rejab 1389 Hijrah

Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC ( ; Organization of the IslamicConference ) merupakan satu organisasi antarabangsa di kalangan negara-negaraIslam.

Page 14: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 14/17

Sejarah dan matlamat

Matlamat utama OIC adalah "untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam; bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik,dan bidang-bidang lain; bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasidan menentang kolonial dalam semua bentuk; dan, untuk menyokong semua Muslim dalamusaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia dll".

Organisasi ini ditubuhkan di Rabat, Maghribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September.

Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yangkebanyakannya dari negara-negaraTimur Tengah dan Utara Afrika. Terdapat juga ahlinyadari negara-negara Asia Tenggara, Eropah, dan Amerika Selatan.

Persidangan yang kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2003 di PICC,Putrajaya yangdirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi. KiniMalaysia adalah pengerusi OIC.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysiayang pertama pernahdilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir pada 12 Rejab 1389 Hijrah apabila pemimpindunia bersidang buat pertama kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan strategiummah berikut pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertamaumat Islam. Mesyuarat persediaan di Rabat pada 8 dan 9 September dihadiri tujuh negaratermasuk Malaysia bersetuju mencadangkan kepada Ketua negara dan kerajaan Islam supayamengadakan sidang kemuncak Islam di Rabat. Jemputan dihantar kepada 25 negara itu yangdianjur oleh Raja Hassan II Maghribi, dan Malaysia diwakili oleh perdana menteri masa itu,

Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sidang kemuncak berikutnya diadakan:-• Lahore, Pakistan (1972)• Makkah/Taif, Arab Saudi (1981)• Casablanca, Maghribi (1984)• Dakar, Senegal (1991)• Casablanca, Maghribi (1994)• Teheran, Iran (1997)• Doha, Qatar (2000)• Putrajaya, Malaysia (2003)

Page 15: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 15/17

Setiausaha Agung OIC

1. Tunku Abdul Rahman (Malaysia 1971-1973)2. Hassan Al-Touhami (Mesir 1974-1975)3. Dr Amadou Karim Gaye (Senegal 1975-1979)

4. Habib Chatty (Tunisia 1979-1984)5. Syed Sharifuddin Pirzada (Pakistan, 1985-1988)6. Dr Hamid Algabid (Niger, 1989-1996)7. Dr Azeddine Laraki (Maghribi, 1997-2000)8. Dr Abdelouahed Belkeziz (Maghribi, 2001-2004)9. Prof Dr Ekmeleddin Ihsanoglu (Turki, 2005-)

Keanggotaan

Keanggotaan awal adalah 26 negara

1. Afghanistan (1969)2. Algeria (1969)3. Arab Saudi (1969)4. Chad (1969)5. Mesir (1969)6. Guinea (1969)7. Indonesia (1969)8. Iran (1969)9. Jordan (1969)10.Kuwait (1969)11.Lubnan (1969)

12.Libya (1969)13.Malaysia (1969)14.Mali (1969)15.Mauritania (1969)16.Maghribi (1969)17.Niger (1969)18.Pakistan (1969)19.Palestin (1969)20.Senegal (1969)21.Somalia (1969)22.Sudan (1969)23.Surinam (1969)

24.Tunesia (1969)25.Turki (1969)26.Yaman (1969)27.Azerbaijan (1972)28.Bahrain (1972)29.Oman (1972)30.Qatar (1972)31.Sierra Leone (1972)32.Syria (1972)33.Bangladesh (1974)34.Burkina-Faso (9174)35.Cameroon (1974)36.Gabon (1974)37.Gambia (1974)

Page 16: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 16/17

38.Guinea-Bissau (1974)39.Uganda (1974)40.Iraq (1975)41.Comoros (1979)42.Maldives (1979)43.Djibouti (1978)44.Benin (1983)45.Brunei Darussalam (1984)46.Nigera (1986)47.Albania (1992)48.Kyrgyzstan (1992)49.Tajikistan (1992)50.Turkmenistan (1992)51.Mozambique (1995)52.Kazakhstan (1995)53.Surinam (1996)54.Uzbekistan (1996)

55.Togo (1997)56.Guyana (1998)57.Cote-Divoire (2001)

iSLAM DIDIRIKAN DI ATAS ASAS EXTREMISM?

ISLAM DIDIRIKAN DI ATAS ASAS EXTREMISM?

Page 17: Makna Globalisasi

8/14/2019 Makna Globalisasi

http://slidepdf.com/reader/full/makna-globalisasi 17/17

• Persoalon ini sangat asas. Siapapun yg waras tdk akan menyamakan Islam itu denganextremism atau sifat melampau.

• Namun persoalan ini perlu dijawab kerana peristiwa yang berlaku dikalangan umatIslam dan tafsiran-tafsiran yang ada kalanya terbit dari kejahilan, kekeliruan dan berniat jahat menyebabkan timbulnya satu tanggapan bahawa Islam ini agama yang

melampau.• Umat Islam perlu bersedia menghilangkan kekeliruan dan keraguan ini berdasarkan

kepada ilmu dan hujjah ilmiah tanpa diiringi oleh emosi yang meluap-luap danataupun bersikap defensif.

• Gaddafi koyak maruah PBB• Ku Seman Ku Hussain• SEWAJARNYA sistem kuasa veto Malis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

telah lama dirombak dan digantikan dengan sistem yang lebih demokratik. Ini keranatidak ada alasan kenapa lima kuasa besar; Amerika Syarikat (AS), Rusia, China,Britain dan Perancis diberi kuasa veto.