makroekonomi

20
BAB 8: Bhg. 1 Pengukuran Makroekonomi: Harga dan Pengangguran

Transcript of makroekonomi

Page 1: makroekonomi

BAB 8: Bhg. 1 Pengukuran Makroekonomi: Harga dan Pengangguran

Page 2: makroekonomi

Makroekonomi

Kajian tentang unit-unit dalam ekonomi secara agregat

Matlamat utama makroekonomi 1) pastikan harga stabil (kawal inflasi) 2) pastikan kadar pengangguran

rendah 3) pastikan pertumbuhan ekonomi

tinggi dan kekal

Page 3: makroekonomi

Mengukur Harga Kestabilan harga bermaksud harga

agregat, indeks harga, tingkat harga atau harga purata adalah kekal konstan.

Tingkat harga diukur menggunakan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dikira berasaskan kepada sekumpulan barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh isirumah tertentu

Page 4: makroekonomi

Indeks Harga Pengguna (IHP)

IHP adalah jumlah ringgit yang dibelanjakan dalam tahun semasa untuk sekumpulan barang di pasaran dibahagikan dengan jumlah ringgit yang dibelanjakan untuk sekumpulan barang di pasaran pada tahun asas.

Hasil yang diperolehi didarabkan dengan 100.

Formula: IHP = Perbelanjaan tahun semasa x 100

Perbelanjaan tahun asas

Page 5: makroekonomi

Contoh Pengiraan IHP

Andaikan ekonomi mengeluarkan tiga jenis barang, iaitu 10 batang pen, 5 helai t.shirt dan 3 pasang kasut yang masing-masing seunit berharga RM0.70, RM14 dan RM30 pada tahun semasa (2006) dan RM0.20, RM7 dan RM10 pada tahun 1999 yang merupakan tahun asas. Cari nilai IHP?

Page 6: makroekonomi

Sambungan

Keluaran P/unit Thn 2006 (RM)

Perbelanjaan Thn 2006 (RM)

10 pen x

5 t.shirt x

3 kasut x

0.70 =14.00 =30.00 =

7.0070.0090.00

167.00

IHP = Perbelanjaan tahun semasa (2006) x 100 Perbelanjaan tahun asas (1996)

Langkah 1: Dapatkan Perbelanjaan Tahun Semasa

Page 7: makroekonomi

Sambungan

Keluaran P/unit Thn 1999 (RM)

Perbelanjaan Thn 1999 (RM)

10 pen x5 t.shirt

x3 kasut

x

0.20 =7.00 =10.00 =

2.0035.0030.0067.00

Langkah 2: Dapatkan Perbelanjaan Tahun Asas

Page 8: makroekonomi

Sambungan

Langkah 3: Masukkan dalam formula dan dapatkan IHP

IHP = Perbelanjaan thn 2006 x 100 Perbelanjaan thn 1999 = 167 x 100

67 = 249

Page 9: makroekonomi

Inflasi

Inflasi ialah peningkatan dalam tingkat harga umum bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan secara berterusan.

Inflasi diukur dalam bentuk peratus dan dipanggil kadar inflasi.

Page 10: makroekonomi

Mengukur Inflasi @% perubahan Harga

Harga berubah dari tahun ke setahun. Biasanya akan semakin meningkat.

∆ harga dari tahun ke setahun diukur menggunakan formula berikut:

IHP tahun baru – IHP tahun sebelum X 100

__________________________________________________________________________________

IHP tahun sebelum

Page 11: makroekonomi

Contoh

Bank Negara Malaysia telah mengumumkan IHP bagi tahun 2005 ialah 109.1, manakala IHP tahun sebelumnya ialah 105.9. Kirakan kadar inflasi negara sepanjang tempoh tersebut?

Page 12: makroekonomi

Jawapan

IHP 2005 – IHP 2004 X 100

IHP 2004

109.1 – 105.9 X 100

105.9

Kadar Inflasi = 3.02 %

Page 13: makroekonomi

Latihan Andaikan dalam pasaran terdapat barangan

X, Y dan Z seperti berikut, iaitu 10X, 20Y, and 30Z. Harga pada tahun 2006 bagi seunit barangan tersebut ialah RM1.00 untuk barang X, RM0.96 untuk Y dan RM1.13 untuk Z. Manakala, harga pada tahun 1997 (tahun asas) bagi seunit barangan tersebut ialah RM1.00 untuk barang X, Y, and Z. Kirakan IHP bagi tahun semasa dan berapakah kadar inflasi sepanjang tempoh masa tersebut ?

Page 14: makroekonomi

Inflasi dan Tingkat Pendapatan

Pendapatan nominal - jumlah ringgit pendapatan seseorang individu dalam nilai semasa.

Pendapatan benar – mengukur pendapatan dengan membahagikan pendapatan nominal dengan IHP dan didarabkan dengan 100

Pendapatan benar = [Pendapatan Nominal/IHP] x 100

Page 15: makroekonomi

Pengangguran Penduduk = tenaga buruh + di

luar tenaga buruh Tenaga buruh = umur 15-64 tahun

sama ada bekerja atau tidak. Bekerja (guna tenaga) + menganggur.

Di luar tenaga buruh = cacat, pencen, belajar, suri rumah, tidak minat mencari pekerjaan.

Page 16: makroekonomi

Bekerja (Guna tenaga)

sekurang-kurangnya bekerja 25 jam seminggu atau lebih.

Bekerja untuk mendapatkan untung atau upah.

Memiliki pekerjaan atau perniagaan sendiri. Tidak bekerja untuk sementara waktu atas

sebab tertentu.

Page 17: makroekonomi

Menganggur Tidak bekerja, aktif mencari pekerjaan

dan ingin bekerja. Jumlah penganggur = tenaga buruh – bil.

bekerja. Kadar pengangguran =

bil. Tidak bekerja x 100 (bil. bekerja + bil. Tidak bekerja)

@bil. Tidak bekerja x 100

bilangan tenaga buruh

Page 18: makroekonomi

Jenis-jenis Pengangguran

Pengangguran Geseran: hilang pekerjaan akibat geseran semulajadi dalam ekonomi. Cth: Graduan universiti yang mencari pekerjaan dan orang yang sentiasa menukar pekerjaan.

Pengangguran Struktural: hilang pekerjaan akibat pengurangan peluang pekerjaan dalam ekonomi disebabkan perubahan struktur ekonomi.

Kadar Pengangguran Semulajadi: Kadar pengangguran geseran + kadar pengangguran struktur

Kadar Pengangguran Kitaran: Perbezaan antara kadar pengangguran semulajadi dan pengangguran semasa

Page 19: makroekonomi

Guna Tenaga Penuh

Berlaku/wujud apabila ekonomi beroperasi pada kadar pengangguran semulajadi.

Page 20: makroekonomi

Latihan

Cari jumlah dan kadar pengangguran apabila jumlah tenaga buruh pada tahun 1989 ialah 6,834,100 dan jumlah buruh yang bekerja ialah 6,297,400?