Makroekonomi Nota PJJ
-
Upload
abdul-razak-noh -
Category
Documents
-
view
228 -
download
0
Transcript of Makroekonomi Nota PJJ
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
1/14
Angka Giliran ________________
_________________________________________________________________________________________________
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Peperiksaan Semester Kedua
Sidang Akademik 2006/2007
April 2007
JKE 211 - Mikroekonomi I
Masa: 3 jam
_________________________________________________________________________________________________
Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT BELAS muka
surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.
Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B. Anda dikehendaki
menjawab SEMUA soalan dalam Bahagian A dan DUAsoalan dalam Bahagian B.
Jangan ceraikan mana-mana muka surat soalan ini kerana anda WAJIB menyerahkan
kembali keseluruhan kertas soalan ini setelah tamat peperiksaan ini.
Jawapan Bahagian A hendaklah ditulis pada ruang-ruang kosong yang disediakan di
dalam kertas soalan ini. Bahagian ini menyumbangkan 60 markah. Baca arahan setiap
bahagian tentang cara menjawab soalan itu sebelum anda menjawab. IKATKAN
jawapan Bahagian A dengan jawapan Bahagian B.
Jawapan soalan Bahagian B hendaklah ditulis pada kertas jawapan peperiksaan yang
disediakan. Bahagian ini menyumbangkan 40 markah.
Markah dalam kurungan merupakan wajaran yang diberikan kepada setiap soalan.
Oleh itu bahagikan masa anda mengikut wajaran yang digariskan itu.
Mesin hitung elektronik tak berprogram boleh digunakan untuk peperiksaan ini.
Baca arahan setiap soalan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan yang
ditanyakan.
...2/-
BAHAGIAN A [60 markah]
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
2/14
Angka Giliran: ________________ - 2 - [JKE211]
Jawab SEMUA soalan dalam bahagian ini.
1. Pasaran untuk kereta Gancil di Darulstan digambarkan oleh keluk permintaan
dan penawaran dalam Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 3. Tunjukkan dalam rajah-
rajah berkenaan kesan daripada perubahan-perubahan berikut.
(a) Pendapatan warga negara Darulstan telah bertambah.
(2 markah)
(b) Kerajaan Darulstan mengenakan cukai eksais ke atas pengeluaran kereta
Gancil. Tunjukkan kesannya ke atas pengguna dan penjual kereta Gancil.
(2 markah)
...3/-
(c) Untuk menambahkan hasil kerajaan, cukai jalan kereta Gancil dinaikkan
30 peratus.
(2 markah)
Rajah 2: Pasaran Kereta Gancil di Darulstan
D
SHarga(RD)
Q(Unit)0
Rajah 1: Pasaran Kereta Gancil di Darulstan
D
SHarga
(RD)
Q
(Unit)0
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
3/14
Angka Giliran: ________________ - 3 - [JKE211]
2. En. Moha Ram ingin menyatakan cita rasanya terhadap buah-buahan tempatan
yang ditunjukkan dalam Rajah 4, Rajah 5 dan Rajah 6. Dalam setiap rajah itu,
lukiskan 3 keluk puas sama bagi menunjukkan cita rasanya terhadap kombinasi
barang yang ditunjukkan dalam rajah-rajah berkenaan jika dia menyatakan cita
rasanya seperti berikut.
(a) En. Moha Ram suka durian tetapi tidak ada cita rasa untuk cempedak.
(2 markah)
4/-
Rajah 3: Pasaran Kereta Gancil di Darulstan
D
SHarga
(RD)
Q
(Unit)0
Rajah 4: Keluk Puas Sama Moha Ram: Durian dan Cempedak
Durian
Cempedak0
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
4/14
Angka Giliran: ________________ - 4 - [JKE211]
(b) En. Moha Ram menganggap cempedak dan nangka sebagai pengganti
sempurna.
(2 markah)
(c) En. Moha Ram gemarkan ciku tetapi jika dia memakan tembikai dia akan
demam selama tiga hari kerana dia alahan dengan tembikai?
(2 markah)
5/-
3. Dr. Waqara mempunyai fungsi utiliti seperti persamaan berikut.
Rajah 5: Keluk Puas Sama Moha Ram: Cempedak dan Nangka
Cempedak
Nangka0
Rajah 6: Keluk Puas Sama Moha Ram: Ciku dan Tembikai
Ciku
Tembikai0
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
5/14
Angka Giliran: ________________ - 5 - [JKE211]
TU = 30X - 1.5X2
dengan X mewakili kuantiti barangXdigunakannya sehari.
(a) Setujukah anda bahawa fungsi utiliti Dr. Waqara tidak bertentangan
dengan teori utiliti? Jelaskan pendirian anda secara ringkas.
(2 markah)
(b) Terbitkan persamaan utiliti sut Dr Waqara.
(2 markah)
(c) Jika Dr. Waqara menggunakan 11 unit barang X, adakah dia
memaksimumkan utilitinya? Kenapa?(4 markah)
...6/-
4. Rajah 7 menunjukkan garisan belanjawan En. Safari. Diberikan harga dokong
ialah RM5 sekilo.
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
6/14
Angka Giliran: ________________ - 6 - [JKE211]
(a) Berdasarkan maklumat yang diberikan itu, berapakah jumlah pendapatan
En. Safari yang dibelanjakan ke atas dokong dan manggis?
(2 markah)
(b) Jika C = 20 kilo, berapakah jumlah perbelanjaannya ke atas manggis?
(2 markah)
(c) Hitung cerun garisan belanjawan En. Safari.
(2 markah)
7/-
5. Syarikat Shame-on-U, mengeluarkan output dengan satu fungsi pengeluaran
tertentu. Jadual 1 menunjukkan jadual output yang dikeluarkan oleh fungsi
pengeluaran yang digunakannya.
Rajah 7: Garisan Belanjawan En. Safari
Dokong
(kilo)
Manggis
(kilo)0
50
20
U0
C
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
7/14
Angka Giliran: ________________ - 7 - [JKE211]
4 95 135 170 200
3 85 120 150 170
2 70 100 120 1351 50 70 85 95
1 2 3 4
Buruh
(a) Apakah jenis pulangan mengikut skel fungsi pengeluaran Shame-on-U?
Jelaskan dan buktikan secara ringkas.
(2 markah)
(b) Adakah fungsi pengeluaran Shame-on-U menampakkan fenomenapulangan berkurangan kepada faktor? Jelaskan dan buktikan secara
ringkas.
(2 markah)
...9/-
6. Samb al-Tumis ialah firma yang mengeluarkan mi segera dengan fungsi
pengeluaran berikut.
Modal
Jadual 1: Jadual Output Shame-on-U
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
8/14
Angka Giliran: ________________ - 8 - [JKE211]
Q = f(K, L) = K0.5
L
(2 markah)
(a) Terbitkan persamaan bagi:
MPL =
MPK =
(b) Bagaimanakah ciri pulangan mengikut skel fungsi pengeluaran Samb al-
Tumis?
(2 markah)
(c) Sekiranya Samb al-Tumis menetapkan modalnya pada 9 unit, adakah
fungsi pengeluaran tersebut mempamerkan pulangan berkurangan kepada
faktor? Tunjukkan.
(2 markah)
(d) Terbitkan persamaan bagiMRTSLKfungsi pengeluaran tersebut.
(2 markah)
...9/-
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
9/14
Angka Giliran: ________________ - 9 - [JKE211]
7. Bell-A-Chan ialah firma yang mengeluarkan rojak bandung. Pengurusnya
memberikan anda data seperti dalam Jadual 2 berikut untuk anda membantunya
menghitung pelbagai kos pengeluarannya.
Jadual 2: Jadual Output dan KosBell-A-Chan
Output TC TFC TVC ATC AVC MC0 40
1 20
2 53
3 128 35
4
(a) Berapakah kos tetap (TFC)Bell-A-Chan?
(2 markah)
(b) Berapakah kos sutnya (MC) bagi mengeluarkan output yang kedua?
(2 markah)
.
(c) Berapakah kos puratanya (ATC) bagi mengeluarkan outputnya yang
keempat?
(2 markah)
...10/-
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
10/14
Angka Giliran: ________________ - 10 - [JKE211]
8. Kos jangka panjang sebuah firma diberikan oleh persamaan
LTC = 0.05Q3 - 5Q2 + 200Q
dengan Q merupakan output industri dan kos dikira dalam RM.
(a) Sekiranya industri ini berada dalam keseimbangan jangka panjang,berapakah output industri ini?
(3 markah)
(b) Berapakah kos purata (AC) industri ini dalam jangka panjang?
( 3 markah)
...11/-
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
11/14
Angka Giliran: ________________ - 11 - [JKE211]
9. Rajah 8 menunjukkan keluk kos dan harga sebuah firma dalam persaingan
sempurna.
(a) Jika firma ini mengeluarkan 20 unit output dan harga pasaran ialah RM10,
jelaskan kedudukan firma ini sekarang. Apakah langkah terbaik yang
harus diambil oleh firma untuk memaksimumkan keuntungannya?
Jelaskan.
(2 markah)
...12/-
8
Rajah 8: Firma Dalam Persaingan Sempurna
Harga
&
Kos
Kuantiti
0 20
C
10
MC
R = MR = D
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
12/14
Angka Giliran: ________________ - 12 - [JKE211]
( b) Jika dalam jangka panjang harga pasaran turun menjadi RM8 lukiskan
keseimbangan output firma ini dalam jangka panjang. Tandakan pada
Rajah 8 outputnya dengan Q*.
(2 markah)
10. Cindai Industries mengeluarkan gubahan bunga telur hiasan pengantin. Fungsipermintaannya dianggarkan oleh persamaan berikut.
Q = 200 - P
Q adalah kuantiti outputnya sehari dan Pmerupakan harga dalam RM. Keluk
jumlah kosnya pula dianggarkan oleh persamaan berikut:
TC = 100 + Q2
Jika Cindai industries merupakan firma yang memaksimumkan keuntungan,
(a) berapakah output yang akan memaksimumkan keuntungannya?
(3 markah)
(b) berapakah harga yang harus dikenakan bagi outputnya?
(2 markah)
(c) berapakah jumlah keuntungan firma tersebut?
(3 markah)
...13/-
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
13/14
Angka Giliran: ________________ - 13 - [JKE211]
BAHAGIAN B [40 markah]
Jawab DUA soalan sahaja. Gunakan kertas jawapan yang disediakan untuk menjawab
bahagian ini.
11. Diberikan harga-harga yang wujud di pasaran, seseorang pengguna akan
memperuntukkan pendapatannya dengan cara yang dapat memaksimumkanutilitinya.
(a) Dengan menggunakan analisis keluk puas sama dan garisan belanjawan
pengguna, tunjukkan bagaimana pengguna itu mencapai
keseimbangannya. Apakah syarat-syarat yang mesti dipenuhi untuk
pengguna itu mencapai keseimbangan?
(10 markah)
(b) Bincangkan makna kesan penggantian dan kesan pendapatan bagi barang
normal yang timbul akibat perubahan harga barang. Tunjukkan bagaimana
keluk permintaan individu boleh diterbitkan dengan menggunakan analisis
garisan belanjawan dan keluk puas sama.
(10 markah)
12. Teori pengeluaran mengkaji hubungan antara kuantiti input yang digunakan
dengan jumlah output yang boleh dikeluarkan melalui satu fungsi pengeluaran
tertentu.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan isokuan? Apakah makna cerun isokuan
itu? Tunjukkan dengan menggunakan rajah-rajah yang sesuai bagaimanapeta keluk puas sama boleh menunjukkan pulangan mengikut skel.
(10 markah)
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan hukum kadar berubah? Bagaimanakah
hukum kadar berubah ini mempengaruhi jumlah output dalam
pengeluaran? Huraikan secara ringkas perkara yang menyebabkan
berlakunya hukum ini.
(10 markah)
...14/-
-
8/13/2019 Makroekonomi Nota PJJ
14/14
Angka Giliran: ________________ - 14 - [JKE211]
13. Firma monopoli mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada firma dalam
persaingan sempurna. Namun begitu, daripada segi matlamat pemaksimuman
keuntungan prinsip yang akan diikuti oleh kedua-dua jenis firma ini tidak ada
bezanya.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan monopoli? Apakah faktor-faktor yangboleh menimbulkan monopoli? Jelaskan bagaimana monopoli
menimbulkan kos sosial.
(10 markah)
(b) Dengan menggunakan rajah-rajah yang sesuai jelaskan bagaimana dalam
jangka pendek, keseimbangan monopoli berbeza daripada keseimbangan
firma dalam persaingan sempurna. Tunjukkan bagaimana firma monopoli
boleh mengalami kerugian dalam jangka pendek.
(10 markah)
- oooOooo -