Maksud Alam Sekitar

11
Maksud Alam Sekitar Alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi Manakala sekitar bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002) Kesan Positif Pembangunan Lestari Pembangunan Lestari bermaksud Pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang

description

memberi maksud alam sekitar

Transcript of Maksud Alam Sekitar

Maksud Alam SekitarAlam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumiManakala sekitar bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut invironment membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)

Kesan PositifPembangunan LestariPembangunan Lestari bermaksud Pembangunan atau kemajuan denganpemeliharaandanpemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang. Contohnya adalah di Langkawi Geopark. Walaupun kawasan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan yang kaya dengan pelbagai mineral dan fossil, namun keasliannya tetap terjaga. Sungguhpun ramai pelancong yang hadir dan membuat kajian di kawasan tersebut, namun kecantikan dan keasliannya tetap terpelihara kerana wujudnya pembangunan lestari ini. Peningkatan Kesedaran terhadap pe njagaan alam sekitarSalah satu kesan positif yang wujud daripada sector pelancongan adalah peningkatan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Perkara ini dapat dilihat apabila sesuatu kawasan itu diwartakan sebagai kawasan pelancongan, sudah semestinya penduduk sekitar juga akan diberi pendedahan khusus tentang pentingnya penjagaan alam sekitar. Antara langkah yang mungkin berlaku apabila pewartaan sesuatu kawasan adalah pihak berkuasa akan membuat satu seminar untuk menerangkan kepada penduduk sekitar. Secara tidak langsung, penduduk sekitar akan lebih menghargai produk budaya itu sendiri. Contohnya, di Sabah, apabila diwartakan bahawa Bunga Pakma (Rafflesia) merupakan salah satu tarikan baru di sana, penduduk sekitar tidak lagi dibenarkan untuk memetik atau mengambil bunga tersebut sesuka hati. Mereka sedar akan pentingnya penjagaan bunga tersebut. Secara tidak langsung, kemandirian sepsis tersebut akan terjaga. Pengaplikasian Teknologi Hijau Dalam Pembangunan Alam SekitarApabila berbicara mengenai teknologi hijau, sudah tentu akan terfokus kepada tumbuh tumbuhan sahaja. Perkara ini adalah bertentangan dengan maksudnya yang sebenar. Teknologi hijau bermaksud teknologi yang digunakan tanpa perlu mengorbankan tenaga lain. Contohnya adalah tenaga yang boleh diperbaharui. Namun dalam konteks pelancongan, teknologi hijau dipraktikkan secara meluas dalam sector pertanian. Teknologi Hijau dalam pertanianialah satu sistem atau cara pengeluaran hasil tanaman yang tidak menggunakan bahan kimia sintetik seperti baja kimia dan racun perosak. Ini mungkin yang kita kena tahu. Ini kerana ianya melibatkan penggunaan bahan-bahan semulajadi sebagai sumber nutrien tanaman sepertiPengkomposan Sisa LadangdanSisa Ternakan. Contoh penggunaan teknologi hijau yang paling meluas adalah di Cameron Highland yang terkenal dengan tanaman sejuk seperti anggur, strawberri dan Teh. Kesan daripada kemajuan teknologi yang digunakan, tempat tersebut Berjaya dinaikkan sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong. Produk budaya yang wujud disini iaitu kepelbagaian flora dan fauna dapat dikekalkan dengan adanya teknologi hijau ini.

Kesan NegatifGangguan Ekologi Hidupan MarinGangguan ekologi merupakan salah satu kesan negatif yang wujud berpunca daripada aktiviti selam scuba dan snorkeling. Contoh yang paling popular di Malaysia adalah Taman Laut Pulau Payar, yang kebanyakan pengunjungnya merupakan rakyat Taiwan dan Jepun. Walaupun begitu, aktiviti ini digemari dan hanya tertumpu Marine Park Centre House Reef. Jumlah kemasukan pelancong asing yang semakin meningkat menyebabkan kerosakan yang serius kepada fizikal terumbu karang yang seterusnya menyebabkan berlakunya masalah pencemaran air. Kesan serupa berlaku terhadap Pulau Langkawi dan Pulau Sipadan dimana pelancong menyumbang kepada kesan kesan negatif terhadap hidupan marin terutamanya terumbu karang. Terumbu karang dijana oleh serangga kecil marin yang dinamakan polyps. Jikapolyps terdedah kepada pencemaran dan bahan-bahan kumbahan manusiamaka ianya akan mati dan penambahan terumbu karang tidak dapat dilakukan (Hilmi danKathleen, 2001)

Penerokaan HutanPenerokaan hutan secara rakus juga menyumbang kepada kesan negative kepada alam sekitar. Golf, salah satu sukan yang popular di kalangan orang kenamaan dan ahli korporat memerlukan tanah yang besar untuk dibangunkan. Sebagai contohnya di United Kingdom sahaja terdapat lebihdaripada 2,600 padang golf yang telah dibuka (Joy dan Paul, 1999). Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi alam sekitar apabila permintaan terhadap padang golf tinggi ekoran ramainya pelancong yang masuk ke sesebuah Negara. Lazimnya, padang golf dibina dengan keluasan 25 hingga 30 hektar yang hanya memuatkan seramai 72 pemain pada satu satu masa. Selain itu, padang yang mempunyai 18 lubang pula memerlukan sekurang kurangnya 50 hingga 60 hektar kawasan baru yang perlu ditarah semata mata untuk menampung 150 orang pemain pada satu satu masa. Cuba bayangkan, berapa luaskah sebenarnya kawasan yang perlu dikorbankan untuk mewujudkan suatu padang golf yang boleh menjadi daya tarikan kepada pelancong? Di Malaysia sahaja terdapat lebih dari 200 padang golf yang dibangunkan tetapi ke manahala tuju sukan ini dan apakah hasilnya? Senario ini diburukkan lagi dengan kuantiti airyang banyak yang diperlukan untuk menyiram rumput akibat iklim panas dan lembapsepanjang tahun di negara kita.

Kerosakan Alam Sekitar Aktiviti pelancongan yang melibatkan penjelajahan gua juga menyumbang kepada factor yang menyebabkan alam sekitar terjejas. Pelancong yang datang ke Malaysia amat menggemari aktiviti lasak seperti masuk ke dalam gua. Malaysia kaya dengan gua yang mempunyai laluan yang menarik dan mencabar, antaranya Gua Niah dan Gua Mulu (Sarawak), Gua Telinga (Pahang) dan Gua Wang Burma (Perlis). Kesan daripada aktiviti ini, manusia yang gatal tangan akan mengambil dan mencuri stalaktit atau stalagmit untuk dijadikan cenderamata. kemasukan pelancong kedalam gua menyebabkan suhu menjadi tinggi, dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan stalaktit dan stalakmit terbantut. Justeru, selain memberi impak positif terhadap pendapatan Negara, sebenarnya pelancongan menyebabkan alam semulajadi terjejas.

Aktiviti pelancongan yang melibatkan penjelajahan gua juga sedikit sebanyakboleh menjejaskan alam sekitar. Kebanyakan pelancong yang datang melawat gemarkanaktiviti menjelajah gua. Malaysia amat terkenal dengan beberapa gua yang menarikantaranya Gua Niah dan Gua Mulu (Sarawak), Gua Telinga (Pahang) dan Gua WangBurma (Perlis). Namun tindak-tanduk manusia sememangnya sukar dikawal. Contohnyaformasi gua seperti stalaktit dan stalagmit kerap dirosakkan atau diambil sebagaicenderamata.Kemasukan pelancong-pelancong ke dalam gua akan menyebabkan suhu didalamgua akan berubah dan sekaligus akan membantutkan pertumbuhan stalaktit dan stalagmit. Justeru itu bilangan pengunjung perlulah dihadkan agar khazanah warisan negara tidakakan terjejas dengan tindak-tanduk manusia yang tidak bertanggungjawab

KesimpulanSetelah menjalankan kajian ini, saya mendapati bahawa wujud hubungan yang amat penting antara pelancongan dan kesannya terhadap produk budaya. Kebanyakan kesan yang ditonjolkan sebenarnya memberikan impak yang negative terhadap produk budaya, sekalipun ianya mempunyai impak yang positif.

Melalui kajian ini, beberapa perkara dapat dipelajari seperti impak pelancongan terhadap alam sekitar, sosiofaks dan artifak budaya. Perkara yang paling jelas adalah kesannya terhadap alam sekitar. Alam sekitar sebenarnya adalah keadaan yang kita akan nikmati sepanjang hidup. Jadi adalah amat penting sebenarnya untuk kita menjaga alam sekitar disamping menjalankan aktiviti aktiviti pelancongan yang diyakini mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Selain itu, adalah amat penting sebenarnya untuk kita menitikberatkan kepada soal artifak budaya. Artifak budaya merupakan aset yang tidak ternilai. Tidak banyak tempat yang mempunyai artifak budaya ini. Hal ini wujud kerana wujudnya tamadun ataupun kehidupan lampau yang tidak boleh dicipta atau dipalsukan dengan dengan mudah. Semuanya akan berkait rapat dengan sejarah, keaslian dan tujuan sesuatu dibina. Contohnya artifak yang terdapat di candi Lembah Bujang. Artifak artifak tersebut tidak boleh direka ataupun dicipta menggunakan mesin moden kerana setiap ciptaan zaman dahulu mempunyai kegunaan dan ciri ciri unik tersendiri. Hal inilah menjadikan produk budaya tersebut sangat penting untuk dipelihara dan dipulihara tanpa perlu menjejaskan sektor pelancongan.

Seterusnya, dalam membincangkan skop sosiofaks, sebenarnya amatlah penting untuk kita mengekalkan sosiofaks sedia ada walaupun pelancongan wujud di sesuatu kawasan. Hal ini kerana sosiofaks merupakan lambang pengenalan dan jati diri sesebuah masyarakat. Jika mereka hilang nilai nilai yang menjadi lambang pengenalan dan kebanggaan mereka, bagaimana mungkin sektor pelancongan dapat diteruskan dan digiatkan lagi? Persoalan ini menjadi tanda tanya. Seharusnya bagi mengekalkan sektor pelancongan dalam konteks sosiofaks, budaya masyarakat tempatan harus dikekalkan malah diperkuatkan lagi.

Berdasarkan huraian yang diterangkan, jelaslah bahawa pelancongan sebenarnya memberikan impak positif dan negative terhadap alam sekitar, artifak budaya dan sosiofaks seterusnya memberi kesan terhadap produk pelancongan. Semuanya adalah bergantung kepada diri kita sendiri tentang bagaiamana untuk memelihara dan memulihara aset pelancongan tersebut agak tidak lekang dek panas, lupuk dek hujan.