MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2....

127
Bil. 7 Isnin 3 September 2018 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA

Transcript of MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2....

Page 1: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

Bil. 7 Isnin 3 September 2018

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA

Page 2: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,
Page 3: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

________________________________________________________________________________________________________

Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018

K A N D U N G A N

MENGANGKAT SUMPAH SEORANG AHLI (Halaman 1) PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA Mengalu-alukan Pelantikan Seorang Ahli Baharu (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) USUL-USUL: Usul Menteri – Melantik Jawatankuasa Pemilih di Bawah P.M 70 (Halaman 23) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 24) Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

- YB Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Halaman 24)

Page 4: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik)

2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah)

3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik)

4. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Dilantik)

5. “ Tuan Aknan A/L Ehtook (Dilantik)

6. “ Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram

7. “ Puan Asmak binti Husin (Kelantan)

8. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (Dilantik)

9. “ Puan Bathmavathi Krishnan (Dilantik)

10. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik)

11. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor)

12. “ YBM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu)

13. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin (Dilantik)

14. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik)

15. “ Datuk Haji Husain bin Awang (Terengganu)

16. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik)

17. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid (Dilantik)

18. “ Datuk Haji Ismail bin Ibrahim (Dilantik)

19. “ Datuk Jamilah Sulaiman (Dilantik)

20. “ Datuk John Ambrose (Dilantik)

21. “ Tuan Kamarudin bin Abdun (Perlis)

22. “ Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik)

23. “ Tuan Khairul Azwan bin Harun (Dilantik)

24. “ Datuk Lee Tian Sing (Dilantik)

25. “ Tuan Liew Chin Tong [Timbalan Menteri Pertahanan]

26. “ Datuk Lim Pay Hen (Dilantik)

27. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah)

28. “ Tuan Haji Marzuki bin Yahya [Timbalan Menteri Luar Negeri]

29. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin (Dilantik)

30. “ Datuk Mohan A/L Thangarasu (Dilantik)

31. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor)

Page 5: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

ii DN 3.12.2018

32. Yang Berhormat Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin [Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi]

33. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah (Kedah)

34. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa (Kelantan)

35. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (Dilantik)

36. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik)

37. “ Dr. Nuing Jeluing (Dilantik)

38. “ Dato’Ong Chong Swen (Dilantik)

39. “ Datuk Paul Igai (Dilantik)

40. “ Datuk Paul Low Seng Kuan (Dilantik)

41. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik)

42. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik)

43. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)

44. “ Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad [Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

45. “ Puan Hajah Sabani binti Mat [Perlis]

46. “ Datuk Sambathan A/L Manickam (Dilantik)

47. “ Puan Siti Fatimah binti Yahya (Pahang)

48. “ Puan Sopiah binti Sharif (Dilantik)

49. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (Dilantik)

50. “ Dato’Sri Ti Lian Ker (Pahang)

51. “ Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy [Menteri Di Jabatan Perdana Menteri]

52. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik)

53. “ Datuk Ir. Yong Wui Chung (Dilantik)

54. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor)

55. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak)

Page 6: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara

Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan

Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain

Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin

Siti Norlina binti Ahmad

Noraidah binti Manaf Nor Hamizah binti Haji Hassan

Sherliza Maya binti Talkah

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad

Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan

Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali

Tengku Sofia Dora binti Tengku Mohamad Herdawati binti Mohd Amir Abbu

Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid

Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim

Mohd Salleh bin Ak Atoh

Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya

Amir Arshad bin Ab Samad Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman

Hizamihatim Maggisa bin Juarah

Page 7: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,
Page 8: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT PERTAMA

Isnin, 3 September 2018

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

MENGANGKAT SUMPAH SEORANG AHLI

Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah:

LANTIKAN BAHARU

1. Yang Berhormat Senator Tuan Haji Husam bin Musa

[Upacara Mengangkat Sumpah tamat]

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN PELANTIKAN SEORANG AHLI BAHARU

Tuan Yang di-Pertua: Selamat sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan pelantikan seorang lagi Ahli baharu yang merupakan lantikan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 45(1)(b), Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Husam bin Musa... [Tepuk]

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, demokrasi merupakan konsep yang indah yang perlu dibina atas sifat keperibadian yang tinggi disertai dengan pemikiran yang terbuka serta rasional.

Adalah menjadi harapan saya, agar Ahli Yang Berhormat akan mematuhi ikrar taat setia seperti mana yang dilafazkan sebentar tadi, terutamanya kepada prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara yang menekankan antara lain Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta keperibadian mulia yang menjiwai amalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Page 9: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

2 DN 3.12.2018

Selanjutnya saya percaya bahawa pelantikan Ahli Yang Berhormat pada pagi ini

sebagai Ahli Dewan Negara akan membantu ke arah memperkasakan imej Parlimen Malaysia kita sebagai sebuah institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi di persada antarabangsa.

Akhir sekali, saya mendoakan agar Ahli Yang Berhormat akan sentiasa mendukung visi rakyat ke arah membina sebuah negara yang maju dan progresif dalam semua aspek pembangunan.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr. Mohd. Nor bin Haji Monutty.

Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Mohd. Nor Monutty pagi ini di Dewan Undangan Negeri Selangor perasmian bersama dengan Senator Mohan. Soalan yang dibawa ialah soalan pertama.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, jikalau Ahli-ahli Yang Berhormat ini tidak dapat hadir ke Dewan dan ingin mengemukakan soalan melalui seorang Ahli Yang Berhormat yang lain, kena tulis kepada saya. Silakan Yang Berhormat Menteri.

1. Tuan Ismail bin Yusop [Di Bawah P.M. 23(2)] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah ada perancangan merombak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) supaya setara dengan institusi antarabangsa seperti British Council di UK dan Goethe-Institut di Jerman.

Menteri Pendidikan [Dr. Maszlee bin Malik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi Robil-a’lamin, wabihinastain.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman isu berkaitan memperkasakan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka ataupun ringkasannya DBP pernah dijawab semasa sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 31 Julai 2018.

Cadangan merombak DBP supaya setara dengan institusi antarabangsa juga ada disebutkan sewaktu penggulungan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia buat masa ini akan meneruskan beberapa usaha yang sedia ada dalam usaha memperhebatkan pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI), Pelan Strategik Memartabatkan Bahasa Melayu 2016-2025 dan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu di universiti awam 2015-2020.

■1010

KPM juga sedang merangka pelan yang komprehensif untuk terus menggandakan usaha bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. KPM juga komited untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa popular di peringkat serantau dan juga di peringkat global. Selaras dengan itu, DBP ataupun melalui DBP, kementerian akan melancarkan Dekad Bahasa Kebangsaan yang akan melakarkan pelan komprehensif untuk mendaulatkan Bahasa Melayu di peringkat kebangsaan, dan juga mempromosi serta memperkasakan Bahasa Melayu di peringkat serantau dan di persada dunia.

Dalam tempoh lima tahun ini kerajaan akan terus memperkasakan DBP dan memberikannya peranan yang lebih proaktif setaraf dengan pusat-pusat lain dan institusi bahasa yang dimiliki oleh negara-negara maju dan akan berusaha menjadikan DBP setaraf dengan British Council, Goethe-Institut di Jerman dan Nippon Institute milik Jepun. Antara langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:

Page 10: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 3

(i) mengkaji semula Akta DBP bagi membolehkan DBP beroperasi

setara dengan fungsi organisasi antarabangsa;

(ii) mengantarabangsakan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan mewujudkan pejabat atau cawangan di lokasi-lokasi terpilih dan strategik di luar negara bagi melaksanakan fungsi penyebaran bahasa dan budaya Melayu di luar negara;

(iii) pemerkasaan Akademi DBP melalui program pembangunan kepakaran dan kesukarelawanan, kursus dan persijilan serta sumber pengajaran dan pembelajaran yang tiada sempadan bersesuaian dengan perkembangan teknologi;

(iv) meningkatkan usaha pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui mekanisme yang sedia ada seperti MABBIM, MABBIM-MASTERA, kerjasama dengan kerajaan negeri serta institusi pengajian di luar negara;

(v) melaksanakan program pengantaraan bahasa dan budaya Melayu dengan kerjasama Kementerian Luar, Education Malaysia (EM), dengan izin, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan MTT Malaysia di luar negara;

(vi) penstrukturan semula peranan bahagian-bahagian di DBP dengan memberikan penekanan khusus terhadap fungsi pengantarabangsaan;

(vii) meningkatkan hubungan dua hala dengan negara luar dalam hal-hal kebudayaan dan pendidikan bahasa khususnya dari aspek peluang pembelajaran dan latihan, biasiswa dan dana untuk pembelajaran bahasa dan budaya Melayu bagi warganegara asing; dan

(viii) DBP, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, universiti-universiti awam dan bahagian-bahagian di KPM sedang berusaha membangunkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) sebagai kerangka rujukan untuk mengukur kompetensi berbahasa dalam kalangan penutur native dan bukan native.

KPM akan menubuhkan Majlis Bahasa Melayu yang berperanan untuk menyebar luas dan mengiktiraf KSBM di dalam negara dan luar negara. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya mohon penjelasan di dalam merancang mengantarabangsakan Dewan Bahasa dan Pustaka, China telah mewujudkan Confucius Institute, itu yang terbaru. Cuma saya mohon penjelasan, kerana pada pandangan saya dalam konteks itu budaya diangkat di dalam sisi yang dipanggil sebagai culture diplomacy, dengan izin, ataupun diplomasi budaya dan perkara itu ada kaitannya dengan hal ehwal hubungan luar.

Jadi soalan saya ialah sejauh mana perkara ini yang setakat hari ini silo, ia terpisah tidak ada satu integrasi dengan Kementerian Luar dan juga Kementerian Pendidikan seperti mana yang kita lihat kalau negara-negara lain Indonesia contohnya kalau ketika berlakunya persidangan dia ada juga parallel programnya yang merujuk kepada culture diplomacy nya. Jadi soalan saya ialah, sejauh mana perkara itu dirancang ke arah aspek diplomasi budaya tersebut?

Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih, Yang Berhormat bertanya. Tuan Yang di-Pertua, jikalau kita lihat di era Malaysia baharu, kementerian-kementerian di dalam menjalankan dan melaksanakan program-program dan tanggungjawabnya tidak akan bergerak secara silo lagi ataupun secara perseorangan.

Page 11: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

4 DN 3.12.2018

Tidak ada lagi istilah untuk setiap kementerian hanya menjaga hal ehwal masing-

masing kerana kita mendapati bahawa usaha-usaha untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih ke depan dari segi tadbir urus, dengan izin, good governance di dalam urusan diplomatik, di dalam urusan membangunkan bangsa.

Kita tidak boleh bersendirian lagi dan di sana terdapat banyak perkara-perkara dan banyak aktiviti-aktiviti, banyak program-program yang menuntut untuk setiap kementerian bekerjasama dengan kementerian yang lain.

Antara contohnya culture diplomacy, dengan izin, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat juga di antara contoh-contoh tersebut, begitu juga kalau kita lihat sambutan kemerdekaan baru-baru ini walaupun ianya dilaksanakan oleh kementerian di bawah Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Kementerian Komunikasi dan Multimedia tetapi kebanyakan kementerian termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan dan kementerian-kementerian lain, kita juga turut terlibat.

Saya rasa ini juga pengamalan yang biasa oleh mana-mana kerajaan. Berkaitan dengan cultural diplomacy ataupun juga, dengan izin, soft power. Soft power ini, dengan izin, kalau saya hendak terjemahkan ke Bahasa Melayu dia tidak boleh diterjemahkan kuasa lembut sebab tidak ada kuasa lembut kuasa keras [Ketawa] Akan tetapi kita lihatnya...

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Maszlee bin Malik: Ya, smart diplomacy- diplomasi pintar ia menuntut bukan hanya daripada Kementerian Luar Negeri semata-mata tetapi juga Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancongan dan juga kementerian-kementerian lain. Jadi di era globalisasi dan juga di mana diplomasi pintar memainkan peranan yang jauh lebih luas daripada diplomasi konvensional pihak KPM sentiasa berhubung bukan sekadar dengan Kementerian Luar tetapi juga dengan Kementerian Pelancongan dan mana-mana kementerian terbabit untuk merangka, untuk melaksanakan apa-apa pelan yang telah kita rancangkan dan apa-apa aktiviti demi untuk memberikan impak yang lebih substantive kepada Malaysia baharu dan juga agenda pemerkasaan Bahasa Melayu itu sendiri. Terima kasih.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kerana kita tengok peranan DBP ini satu peranan yang sangat besar apabila kita lihat dari segi konteks pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Oleh sebab kita lihat dalam Perlembagaan negara kita, dalam Perkara 152, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan saya pernah menyuarakan isu ini di Dewan yang mulia ini di sesi-sesi yang lepas berkenaan dengan peranan Dewan Bahasa dalam memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Maka saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan ataupun determination, dengan izin Kementerian Pendidikan dari segi memperkasakan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Oleh sebab kalau kita tengok peranan yang dimainkan oleh DBP untuk memperkasakan bahasa kebangsaan sangat kurang dari segi perundangannya, dari segi penggunaan bahasa dalam bahasa rasmi dan sebagainya.

Maka saya hendak bertanya dengan kementerian, adakah bercadang untuk memperluaskan dengan meletakkan DBP ini di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai contoh sebab ianya adalah sebahagian daripada penguatkuasaan ataupun pelaksanaan kepada Perlembagaan negara. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Jikalau kita lihat sering kali apabila kita membicarakan tentang apa-apa isu akhirnya akan kembali kepada Kementerian Pendidikan kerana apa, bila orang bincang tentang isu jalan raya, isu kebersihan apa sahaja isu atau isu pertahanan, mereka kata ini bermula dengan pendidikan. It’s all begin with education, dengan izin.

Page 12: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 5

Jadi apatah lagi bila ianya berkaitan dengan bahasa. Tidak boleh tidak, DBP sebagai

satu institusi yang berperanan untuk memastikan bahasa kebangsaan akan terus dimartabatkan dan akan terus mendapat tempat di hati semua rakyat ianya perlu bermula dengan pendidikan dan kementerian yang paling sesuai adalah Kementerian Pendidikan. Walaupun saya menghargai cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator.

Jadi, berkaitan dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu, seperti mana yang disebutkan dalam jawapan saya tadi, kita telah ada Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Pelan Strategik Memartabatkan Bahasa Melayu 2015-2025 yang telah dimulakan pada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kita akan teruskan lagi, cuma di dalam era kepimpinan Malaysia baharu ini kita akan cuba melonjakkan usaha tersebut.

Begitu juga kita ada Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di universiti awam. Pelbagai pelan lain yang strategik yang berkaitan Bahasa Melayu yang mungkin boleh didapati oleh Yang Berhormat dengan melihat kepada portal DBP dan cuba melihat kepada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh DBP sebelum ini.

■1020

Kita juga menerima mana-mana cadangan, pembaikan dan juga mana-mana cadangan untuk menyokong usaha DBP dan juga usaha kementerian di dalam rangka kita memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat global. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Dr. Lucas.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Antara peranan yang utama Dewan Bahasa dan Pustaka adalah mempertahan, memperkasa dan menyemarakkan bahasa kebangsaan. Dalam usaha kementerian menjenamakan Dewan Bahasa dan Pustaka, adakah DBP akan mengurangkan karenah birokrasi dalam menerbitkan buku-buku, sama ada buku ilmiah dan buku umum. Ini kerana ramai penulis baru dan berpengalaman sering kali menghadapi pelbagai masalah apabila ingin berurusan dengan DBP dan DBP pula meletakkan standard yang tinggi yang tidak mampu dilakukan oleh penulis buku terutamanya mereka yang daripada penulis-penulis baru. Mohon jawapan dan pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jikalau kita lihat DBP sebagai satu institusi yang berperanan untuk menjaga Bahasa Melayu dan juga memartabatkan Bahasa Melayu, DBP perlu meletakkan beberapa standard untuk menjaga kualiti Bahasa Kebangsaan itu sendiri.

Di samping itu, DBP juga berperanan untuk memperkembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang hidup. Jadi jikalau dilihat tentang komen ataupun rungutan sesetengah penulis-penulis muda, sesetengah penulis yang mendapati bahawa karya-karya mereka tidak diterima oleh DBP, kita ambil maklum dan kita juga melihat bahawa di situ adalah peluang untuk penulis-penulis ini memperbaiki persembahan mereka dan cuba untuk mencapai kualiti seperti mana yang diminta.

Walaupun yang demikian, kita akui bahawa kadang-kadang terdapatnya karenah birokrasi di peringkat bawahan yang kita akan cuba atasi dan kita atasi dan kita akan cuba untuk kurangkan demi menggalakkan lebih banyak karya-karya kualiti di dalam Bahasa Melayu agar dapat dibawa dan dilambakkan di pasaran dan menjadi sebahagian daripada usaha kita untuk mendidik rakyat agar mereka menggunakan bahasa betul dan membanyakkan pembacaan mereka terhadap karya-karya Bahasa Melayu.

Di samping itu saya juga ingin merujuk kepada jawapan kepada Yang Berhormat yang bertanya sebelum ini, saya terlupa ada satu perkara yang dilakukan oleh DBP yang patut diberikan penghargaan iaitu DBP dengan kerjasama PBT-PBT, pihak berkuasa tempatan juga telah memastikan bahawa sebarang papan tanda yang diletakkan terutamanya di kawasan Kuala Lumpur, ibu negara mestilah mematuhi standard bahasa yang telah ditetapkan oleh DBP.

Page 13: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

6 DN 3.12.2018

Kecuali kita tahu banyak PBT telah memberikan kerjasama kecuali ada beberapa

negeri yang masih belum memberikan kerjasama lagi dan saya dalam usaha untuk memujuk agar negeri-negeri tersebut memberikan kerjasama agar Bahasa Melayu dapat dimartabatkan dan agar kualiti Bahasa Melayu akan terus dijaga dan dipertingkatkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Silakan Yang Berhormat Datuk Lim Pay Hen.

2. Datuk Lim Pay Hen minta Perdana Menteri menyatakan, apakah pendirian Malaysia dalam isu tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh di antara Malaysia dan Singapura yang sepatutnya dipertahankan mengikut kenyataan bekas Peguam Negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya tengah leka membaca. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya menjawab soalan nombor 2. Izinkan saya membaca soalan tersebut. Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen telah meminta nyatakan, apakah pendirian Malaysia dalam isu tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh di antara Malaysia dan Singapura yang sepatutnya dipertahankan mengikut kenyataan bekas Peguam Negara.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen, soalan ini saya akan jawab bersekali dengan nombor 41 Tuan Yang di-Pertua iaitu soalan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas yang juga menyentuh isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator-Senator kerana mengambil berat tentang kedaulatan negara dengan mengemukakan soalan-soalan berkenaan perkara ini.

Untuk makluman semua Yang Berhormat, segala keputusan muktamad yang dibuat berhubung dengan pendirian Malaysia berkenaan isu tuntutan bertindih Batu Puteh di antara Malaysia dan Singapura adalah berdasarkan pertimbangan undang-undang semata-mata demi kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Malaysia telah memfailkan satu permohonan semakan- revision, dan permintaan tafsiran terhadap keputusan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah- Middle Rocks, dan Tubir Selatan- South Ledge oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bertarikh 23 Mei 2008. Menurut artikel 61, statut ICJ, sesebuah negara boleh membuat permohonan untuk semakan terhadap keputusan mahkamah dalam tempoh 10 tahun dari tarikh keputusan mahkamah tersebut. Bagi kes Batu Puteh, tarikh keputusan dibuat pada 23 Mei 2008.

Seterusnya berdasarkan artikel 61(4) statut ICJ sekiranya terdapat penemuan fakta baharu ataupun dalam bahasa Inggerisnya, discovery a new fact yang bersifat memutuskan, decisive factor kepada kes permohonan semakan keputusan ICJ tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh penemuan fakta baharu tersebut. Penemuan fakta terbaharu tersebut hendaklah dalam tempoh masa 10 tahun daripada tarikh keputusan ICJ disampaikan. Fakta baharu ini juga perlu merupakan satu fakta yang tidak diketahui unknown oleh ICJ dan juga negara yang membuat permohonan tersebut iaitu Malaysia serta ketiadaan pendakwaan ini bukan disebabkan oleh kecuaian negara tersebut, ignorance was not due to negligence.

Dalam tempoh antara Ogos 2016 hingga Disember 2016, tiga keterangan baru telah ditemui iaitu, pertama, surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura bertarikh 1998; kedua, laporan sesuatu kajian yang difailkan oleh seorang pegawai Tentera Laut Britain bertarikh 1958; dan yang ketiga, peta berserta catatan mengenai operasi Tentera Laut daripada tahun 1960-an.

Page 14: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 7

Berhubung dengan permohonan untuk semakan, suatu perundangan bertulis

kolektif telah dikembalikan kepada mantan Peguam Negara pada bulan Januari 2015 oleh peguam-peguam antarabangsa yang telah dilantik oleh beliau berkenaan dengan prospek kemenangan. Semakan semula ke atas kes Batu Puteh berdasarkan fakta dan keterangan baharu yang ditemui.

Selaras dengan peruntukan artikel 61 statut ICJ, permohonan semakan keputusan ICJ telah dibuat pada 22 Februari 2017. Manakala permintaan tafsiran terhadap keputusan kes ICJ telah difailkan pada 30 Jun 2017 menurut peruntukan artikel 60, in statute ICJ. Permintaan tafsiran ini dibuat kerana mantan Peguam Negara berpandangan bahawa keputusan ICJ pada tahun 2008 tidak membuat sebarang keputusan yang jelas berhubung dengan kedaulatan ke atas Tubir Selatan sama ada ia hak milik Malaysia atau Singapura dan untuk keadaan ini memerlukan satu tafsiran yang diberikan oleh ICJ.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, ICJ dalam penghakimannya pada 2008 telah membuat keputusan bahawa kedaulatan terhadap Tubir Selatan- South Ledge, sebagai elevasi air surut atau low type elevation dimiliki oleh negara yang dalam laut wilayahnya ia terletak. Oleh yang demikian, pendirian mantan Peguam Negara bahawa ICJ tidak membuat keputusan yang jelas berhubung tuntutan ke atas Tubir Selatan sama ada ia milik Malaysia atau Singapura pada tahun 2008 adalah tidak benar. Ini menurut mantan Peguam Negara ya.

Berikutan berlakunya pertukaran kerajaan baharu dan mantan Peguam Negara yang merupakan ejen bagi Malaysia untuk kedua-dua kes tersebut telah diarahkan untuk bercuti. Tindakan segera perlu diambil untuk menentukan hala tuju kes tersebut. Satu taklimat telah diberikan oleh Jabatan Peguam Negara kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 17 Mei 2018 yang mana Dr. Brendan Plant untuk makluman, beliau adalah seorang ahli akademik di Universiti Cambridge yang mewakili kesemua peguam antarabangsa berhubung dengan kes tersebut telah mengekalkan dan mengulangi pemandangan bertulis kolektif mereka. Peguam tempatan dilantik turut hadir di taklimat tersebut.

Setelah mengambil kira dengan teliti pandangan dan nasihat yang diberikan oleh Dr. Brendan Plant, keputusan telah dibuat untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan tersebut. Perkara ini turut disembah maklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Untuk makluman, ekoran daripada keputusan ICJ pada tahun 2008 tersebut, Malaysia dan Singapura telah menubuhkan suatu Jawatankuasa Teknikal bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) pada tahun 2009 yang ditugaskan untuk pelaksanaan penghakiman ICJ tersebut. Dalam hal ini rundingan MSJTC akan diteruskan untuk melaksanakan penghakiman 2008 yang merangkumi perkara berkaitan dengan perairan di persekitaran Batu Puteh, Batuan Tengah- Middle Rocks, dan Tubir Selatan- South Ledge, dan seterusnya memberikan Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan berkenaan dengan batas sempadan maritim antara kedua-dua buah negara tersebut. Sekian, terima kasih.

■1030

Datuk Lim Pay Hen: Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Oleh kerana kerajaan telah membuat keputusan muktamadkan untuk menarik daripada rayuan tersebut yang sepatutnya dijadualkan pada sekitar bulan Jun 2018. Maka soalan tambahan saya, sehingga kini apakah hasil rundingan Malaysia dan Singapura ke atas pulau-pulau tuntutan di sekitar Batu Puteh seperti Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Kedua, pada tahun 2006 satu Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura iaitu MSJTC telah ditubuhkan bagi mengkaji semula pertikaian tuntutan pulau. Setakat ini apakah hasil kolaborasi yang telah dilakukan terutamanya di bawah kerajaan baharu untuk mendapatkan penyelesaian win-win bagi isu tuntutan pulau dengan negara jiran. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator di atas soalan tambahan tersebut.

Page 15: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

8 DN 3.12.2018

Saya nak terangkan dulu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator mungkin

ada kekeliruan sedikit. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, dalam kes ICJ ini tidak ada rayuan, yang adalah dipanggil semakan. Jadi kita kena faham istilah dulu, there is no right to appeal. Apa yang ada hanya semakan dan juga interpretation. Jadi ayat tadi yang fasal rayuan itu bagi saya tidak begitu tepatlah...

Tuan Yang di-Pertua: Revision.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Revision, yes. Itu pertama.

Keduanya, saya nak beritahu kepada Yang Berhormat Senator dalam kes yang keputusan tahun 2008 hari itu yang memihak kepada Singapura sebenarnya bukanlah keputusan itu 100 peratus memihak kepada Singapura, yang ini kita harus bersifat adil jugalah. Apa yang berlaku ialah Pulau Batu Puteh dalam Bahasa Melayu dalam bahasa Portugal dikata Pedra Branca adalah diputuskan oleh ICJ memihak kepada Singapura. Akan tetapi Middle Rocks telah diputuskan memihak kepada Malaysia. Tubir Selatan- South Ledge, tidak ada keputusan yang secara muktamad milik Singapura atau milik Malaysia. Cuma keputusan itu kata berdasarkan tengok dari segi ia punya elevation, tadi saya ada bacakan jawapan itu.

Jadi sebenarnya ini bukan keputusan dalam bahasa yang dikata winners take all, bukan. Ia adalah satu keputusan yang sebenarnya ada memihak kepada Singapura, ada juga memihak kepada Malaysia. Selain itu, soalan-soalan berkaitan tentang apakah langkah-langkah untuk kolaborasi dari Singapura saya nak beritahu, ini proses yang berterusan. Kita masih lagi terus menjalankan rundingan dengan pihak Singapura untuk mencapai satu keputusan yang mungkin muktamad khususnya berkaitan dengan Tubir Selatan.

Manakala tentang Middle Rocks dengan Batu Puteh saya rasa benda itu sudah settle. Cuma ia ada proses-proses yang kita perlu teruskan dan ini kita serahkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan rundingan. Saya nak beri jaminan kepada Yang Berhormat Senator, segala rundingan yang kita buat ini kita akan pastikan kepentingan Malaysia akan terjamin dan akan diambil kira. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Laksamana.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, bagi mengukuhkan penguasaan kita dan pemilikan kita ke atas Middle Rocks atau Batuan Tengah ini, saya pernah dengar, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut untuk mendirikan infrastruktur atau binaan di atas Middle Rock ataupun Batuan Tengah.

Jadi soalan saya, bilakah rancangan itu baru dilaksanakan? Kementerian manakah yang akan diberi tanggungjawab untuk melakukannya? Sebagaimana kita tahu kalau di Pulau Terumbu di Terumbu Perahu di Lautan China Selatan itu, binaan tersebut dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pertahanan. Mohon pandangan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih kepada sahabat lama saya yang juga bekas Ahli Parlimen dulu bagi Lumut dan juga bekas seorang tentera. Oleh sebab itu soalan beliau tidak dapat lari dari Kementerian Pertahanan [Ketawa]

Okey, soalan berkaitan dengan itu, saya nak beritahu kepada pihak yang bertanya, sebenarnya untuk makluman infrastruktur sudah ada, telah sedia ada iaitu dipanggil Abu Bakar Maritime Base yang telah pun disiapkan pada tahun 2017. Jadi sebenarnya sudah ada satu kita katakan bangunan atau infrastrukturlah. Saya ulang Abu Bakar Maritime Base yang telah dibina pada tahun 2017. Jadi saya rasa dengan adanya infrastruktur itu, sebenarnya kita telah pun mengambil satu tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kedudukan kita lebih terjamin.

Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Senator juga oleh kerana keputusan mahkamah ICJ begitu jelas, Middle Rocks adalah di bawah penguasaan Malaysia. Jadi sebenarnya bagi saya kita tidak perlu begitu risau.

Page 16: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 9

Singapura juga menghormati keputusan sebagaimana kita menghormati keputusan

ICJ yang menjadikan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura. Oleh sebab itu saya rasa isu infrastruktur ini tidak begitu kita perlu khuatirlah.

Jika tiada sekalipun, kita sebenarnya telah pun memiliki Middle Rocks ataupun Kepulauan Batuan Tengah. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Dato’ Fahariyah. Silakan.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya Pulau Batu Puteh ini saya bercadang nak membahaskan dalam Titah. Akan tetapi sudah ada soalan ini, saya nak bertanya satu soalan tambahan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua.

Saya nak bertanya bagaimanakah Kerajaan Persekutuan memastikan kehadiran angkatan bersenjata Singapura di Pulau Batu Puteh itu terutamanya di kawasan perairan maritim tidak menggugat keselamatan nelayan tempatan dan tidak berlaku pertikaian sempadan maritim apabila aktiviti penguatkuasaan berlaku di wilayah ini. Oleh sebab kita tahu bahawa Pulau Batu Puteh ini di kalangan nelayan, tahu yang Pulau Batu Puteh itu banyak ikan. Maknanya kita nak tahu dari segi penguatkuasaan maritim bagaimana kerajaan untuk memastikan tidak ada pertikaian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ini Yang Berhormat jawab ini dari segi undang-undang dia bukan Menteri Pertahanan. Saya harap Yang Berhormat akan kemukakan dalam perbahasan. Silakan Yang Berhormat Dato’ Isa bin Ab. Hamid.

3. Dato' Isa bin Ab. Hamid minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, adakah JAKOA merancang membina Perkampungan Budaya Orang Asli, sehingga kini tiada Perkampungan Budaya Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar [Tuan Sivarasa Rasiah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid atas soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator di Semenanjung Malaysia terdapat satu Perkampungan Budaya Orang Asli khusus bagi suku kaum Mah Meri yang dikenali sebagai Perkampungan Budaya Mah Meri atau dikenali sebagai Mah Meri Cultural Village (MMCV), dengan izin, di Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor.

Komuniti ini terkenal dengan hasil anyaman dan ukiran mereka. Malah produk yang dihasilkan mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kerana keunikannya. Pembinaan perkampungan budaya ini merupakan projek secara bersepadu dengan melibatkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Negeri Selangor yang siap sepenuhnya pada 31 Mac 2011. Tujuan pembangunan perkampungan ini adalah sebagai pusat budaya setempat yang dapat mengerakkan aktiviti-aktiviti utama dan menyumbang ke arah peningkatan budaya dan taraf sosioekonomi.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sentiasa komited dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup sosioekonomi masyarakat Orang Asli selaras dengan misi jabatan itu melaksanakan pembangunan secara konklusif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup ke arah kemajuan dengan memartabatkan warisan yang unggul masyarakat Orang Asli.

Buat masa ini, kementerian ini tiada perancangan untuk membina Perkampungan Budaya Orang Asli. Keutamaan kementerian melalui JAKOA pada masa ini ialah untuk melengkapkan infrastruktur di perkampungan Orang Asli bagi menarik lebih ramai pelancong ke perkampungan Orang Asli sebagai salah satu destinasi ekopelancongan seperti di Kampung Sungai Kejar dan Kampung Sungai Tiang yang berada di Taman Negeri Royal Belum, Perak.

Page 17: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

10 DN 3.12.2018

Kegiatan ekonomi pelancongan ini sedikit sebanyak dapat mempromosikan budaya

kumpulan masyarakat Orang Asli dan seterusnya meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk kampung yang berkenaan.

■1040

Walau bagaimanapun, kementerian terbuka untuk menerima apa-apa cadangan daripada masyarakat Orang Asli berkenaan perkara ini dan akan mempertimbangkan cadangan tersebut. Namun, tertakluk kepada kedudukan semasa kewangan kerajaan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri yang lengkap tadi. Kita melihat bahawa tiada cadangan untuk menyediakan kampung budaya yang baru. Namun, apakah usaha kementerian untuk meningkatkan pendokumentasian artifak, kesenian, budaya masyarakat Orang Asli supaya ia menyokong kepada khazanah ilmu warisan Orang Asli? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, saya ingat ulang kan balik soalan.

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Soalan saya tadi, di peringkat hari ini, kementerian belum bercadang untuk mewujudkan kampung budaya Orang Asli yang baru. Terbaru ini, Perkampungan Budaya Mah Meri di bawah Kementerian Pelancongan saya maklum, tetapi di bawah JAKOA belum ada. Bagi menjaga dokumentasi khazanah Orang Asli dari segi budayanya, artifaknya dan keseniannya, apakah usaha kementerian dalam mendokumentasikan perkara ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Langkah untuk menjaga khazanah Orang Asli, heritage.

Tuan Sivarasa Rasiah: Langkah-langkah untuk menjaga warisan dan khazanah warisan Orang Asli memang adalah penting untuk JAKOA dan juga untuk kementerian. Saya difahamkan, projek-projek yang telah dilaksanakan berkaitan ini termasuk projek dokumentasi herba perubatan dan ada juga projek lain di mana ada kerjasama dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menerbitkan buku sosioekonomi masyarakat Orang Asli Seletar. Ini juga dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan ada juga projek dengan DBP untuk mendokumentasikan bahasa kuno kaum Jahai di Kelantan.

Jadi, inilah antara beberapa projek yang telah dilaksanakan dan kementerian adalah terbuka kepada cadangan-cadangan daripada wakil-wakil masyarakat Orang Asli. Kita sedia berbincang untuk memastikan khazanah Orang Asli ini dilindungi dan diperkenalkan kepada negara dan dunia. Sekian.

Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah.

Tuan Yang di-Pertua: Banyak yang bangun ini. Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad.

Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita sedia maklum bahawa masyarakat Orang Asli ini mempunyai budaya yang unik dan ada 18 suku kaum.

Apakah kementerian bercadang untuk mempromosikan kebudayaan masyarakat Orang Asli ini di peringkat antarabangsa dan juga di peringkat kebangsaan untuk menarik pelancong-pelancong untuk melihat dan memahami budaya Orang Asli ini? Ini disebabkan Tuan Yang di-Pertua, dulu pernah diadakan di Bukit Nanas di mana mereka telah mengadakan Tarian Sewang pada waktu malam, dan ini boleh menarik pelancong-pelancong yang berada di sekitar Bukit Bintang. Sekian, terima kasih.

Tuan Sivarasa Rasiah: Terima kasih atas soalan tambahan itu. Seperti saya sebut tadi, untuk memperkenalkan budaya Orang Asli di peringkat antarabangsa, memang setakat ini tumpuan telah diberikan kepada budaya atau pencapaian kaum Mah Meri di Pulau Carey sebab keunikan anyaman dan ukiran mereka.

Page 18: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 11

Untuk masyarakat Orang Asli secara umum, untuk memperkenalkan kepada mereka

pelancong-pelancong yang mengunjungi negara kita, ada juga program homestay yang telah diperkenalkan. Itu telah dimulakan di dua negeri iaitu di Perak dan di Johor. Pada masa yang sama, saya terima ada skop yang besar untuk memperluaskan apa yang telah dimulakan oleh kementerian dan projek-projek ini akan disusuli, akan di follow up dengan kementerian untuk memberi manfaat yang maksimum dan pendedahan yang maksimum kepada masyarakat Orang Asli. Sekian, terima kasih.

Tuan Adrian Banie Lasimbang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini soalan tambahan untuk Timbalan Menteri. Berkenaan dengan untuk melindungi kampung-kampung Orang Asli ini, sudah tentu satu caranya untuk merizabkan kampung-kampung ini. Saya pernah terlibat dalam satu proses inkuiri nasional yang dijalankan oleh SUHAKAM dan antaranya adalah mendapati bahawa masih banyak kampung Orang Asli ini belum dirizabkan.

Jadi, apakah tindakan jabatan dan kementerian untuk memastikan kampung-kampung Orang Asli ini dapat dirizabkan dengan segera dan untuk memastikan juga kampung-kampung ini tidak hilang begitu sahaja? Sebab kalau kita gagal untuk merizabkan kawasan ini, hilang juga warisan dan juga sejarah yang ada pada kampung ini. Mohon penjelasan Timbalan Menteri.

Tuan Sivarasa Rasiah: Terima kasih atas soalan tambahan itu juga yang membangkitkan isu yang cukup penting bagi masyarakat Orang Asli iaitu mula-mulanya pengukuran dan selepas itu pewartaan kawasan perkampungan mereka supaya dilindungi daripada pencerobohan pihak-pihak lain yang sekarang berlaku di merata tempat di Semenanjung Malaysia.

Saya terus terang dengan hal ini sebab inilah satu kelemahan dari segi apa yang dilakukan di bawah kerajaan yang lama. Walaupun ini ialah satu keperluan yang cukup penting bagi perlindungan perkampungan Orang Asli, tahap pengukuran dan tahap pewartaan kawasan-kawasan perkampungan ini memang agak rendah. Isu ini sudah menarik perhatian SUHAKAM seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Senator tadi.

SUHAKAM telah mengambil inisiatif beberapa tahun lepas untuk memulakan perbincangan atau dialog di antara Kerajaan Negeri Selangor dan JAKOA untuk mempercepatkan proses pewartaan di negeri Selangor. Akan tetapi itu pun sebab pada masa itu, aduan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang saya difahamkan ialah di pihak JAKOA pun tidak memberi kerjasama yang penuh pada masa itu. Jadi, progress atau kemajuan itu pun agak perlahan sahaja.

Jadi bagi saya, sekarang sudah sampai masa untuk kementerian menerajui proses ini melalui JAKOA, bukan sahaja di Kerajaan Negeri Selangor, untuk semua negeri, untuk memastikan ada dialog di antara JAKOA dan kerajaan negeri masing-masing supaya proses pengenalpastian, pengukuran dan pewartaan kawasan-kawasan perkampungan Orang Asli dibuat secepat mungkin. Sebab bila tidak ada pewartaan, ada di beberapa kerajaan negeri di mana kawasan-kawasan yang dituntut oleh masyarakat Orang Asli sebagai kawasan perkampungan mereka telah diberi kepada pihak-pihak ketiga, contoh ialah lesen pembalakan akan diberi untuk aktiviti membalak atas kawasan mereka ataupun lesen untuk membuka ladang-ladang untuk buah-buahan atau macam-macamlah tujuan.

Jadi, ini telah menimbulkan beberapa konflik di antara masyarakat Orang Asli dan pihak ketiga ini dan yang bertanggungjawab adalah kerajaan negeri yang menimbulkan keadaan ini. Jadi, proses ini mesti dipercepatkan tetapi memerlukan kerjasama kerajaan negeri-negeri di seluruh Semenanjung Malaysia. Akan tetapi saya ingin memberi jaminan di sini, daripada sekarang, bukan macam dari dulu di bawah kerajaan lama, sekarang kementerian saya akan mengambil inisiatif dan menerajui proses ini supaya proses ini dipercepatkan dan matlamat pewartaan ini dicapai secepat mungkin. Sekian.

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat Orang Asal adalah sebahagian daripada penduduk negara kita yang terpenting.

Page 19: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

12 DN 3.12.2018

■1050

Rata-rata melihat bahawa orang asal hanya dipertontonkan sebagai media untuk dilihat dari segi pelancongan dan sebagainya, kebolehan dan kepintaran beliau. Akan tetapi pada saya, kalau kita tengok pembahagian hasil kerajaan negeri dan juga negara tentang perumahan kepada Orang Asli, saya juga berpendapat bahawasanya kerajaan juga kena membuka satu peluang ataupun satu dana khas supaya Orang Asli juga mempunyai perumahan yang tersendiri.

Kalau kita tengok kampung-kampung Orang Asli, saya rasa masih lagi tidak tersusun seperti mana kampung-kampung orang Melayu yang berada di sekitar kawasan-kawasan yang sedikit membangun. Apa salahnya kerajaan baru pada hari ini memberi sedikit penekanan supaya mereka juga berhak menerima seperti mana orang lain terima. Contoh, rumah kos rendah dan juga saya rasa pihak kementerian juga boleh mengambil mereka untuk bekerja di bandar-bandar seperti mana bekerja di pam minyak yang mana sekarang kita tengok kalau pam minyak ramai di antara pekerjanya adalah pendatang.

Jadi kalau kerajaan hari ini hendak melihat negara dalam masyarakat yang majmuk ini, kita juga kena guna sumber tenaga daripada Orang Asli. Soalan saya, apakah pihak kerajaan tidak memikirkan untuk kepentingan Orang Asli dengan gaji yang cukup minimum sehingga mereka boleh keluar daripada hutan dan terus bersama-sama membangun negeri dan negara kita. Itu soalan saya. Terima kasih.

Tuan Sivarasa Rasiah: Terima kasih atas soalan tambahan itu. Yang Berhormat Senator telah membangkitkan isu perumahan untuk Orang Asli dan juga telah tambahkan isu gaji minimum. Saya faham, cadangan Yang Berhormat Senator ialah sebagai contoh untuk perumahan, Yang Berhormat Senator cadangkan kita membina rumah low cost untuk mereka ataupun menyusun semula kampung-kampung mereka yang sedia ada dan bagi gaji minimum sepadan, membawa mereka keluar daripada hutan.

Bagi saya Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator, saya lebih suka kalau kita tanya masyarakat Orang Asli apa yang mereka mahu. Bukan kita buat keputusan top down macam yang dengan hormat dicadangkan tadi oleh Yang Berhormat Senator sebab saya lihat inilah cara pembangunan yang disampaikan kepada mereka oleh kerajaan lama. Top down, atas putus dan bagi kepada mereka tanpa bertanya kepada mereka, apa sebenarnya yang mereka mahu.

Kalau kita tanya masyarakat Orang Asli yang ini sebenarnya pengalaman saya. Apa mereka sebenarnya mahu, mereka mahu kawasan perkampungan mereka diberi perlindungan. Itu tuntutan utama. Akan tetapi tidak ditunaikan oleh kerajaan lama.

Oleh sebab itu ada banyak tempat pencerobohan, kita ada masalah konflik sekarang di Kelantan dan beberapa tempat lain sebab tanggungjawab kita yang asas tidak ditunaikan oleh kerajaan lama. Ini masalahnya. Kalau tanya mereka sama ada mereka hendak keluar daripada kampung-kampung mereka, tidak. Ada di mana kita sudah buat rancangan-rancangan penempatan semula dan banyak masalah juga.

Memang mereka mahu perumahan yang baik, itu betul. Akan tetapi bukan di tempat lain. Mereka mahu kawasan-kawasan tradisi mereka, kawasan asal mereka diberi perlindungan. Sekarang perlindungan itu di bawah kerajaan lama tidak diberikan. Inilah masalahnya. Mereka mahu meneruskan warisan cara hidup mereka yang tradisional dan pada masa yang sama mereka juga berhak seperti mana saya rasa Yang Berhormat Senator pun berpendapat mereka berhak merasai manfaat-manfaat perkembangan moden, the benefit of moderns life, dengan izin. Maksudnya kemudahan asas macam api, air terawat, jalan kepada kampung mereka. Itu pun masih belum disampaikan kepada mereka di beberapa buah tempat.

Jadi bagi kerajaan sekarang, kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan, kita akan tanya masyarakat Orang Asli apa mereka mahu dan kita akan cuba menunaikan apa hasrat mereka sebenarnya. Mereka kena tentukan. Kalau mereka mahu rumah low cost, kita akan cuba tetapi kita akan tanya mereka dahulu. Sekian, terima kasih.

Page 20: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 13

4. Datuk Lee Tian Sing minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah obesiti di Malaysia memandangkan obesiti bukan sahaja masalah dalam kalangan dewasa tetapi juga kanak-kanak.

Menteri Kesihatan [Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Masalah obesiti dan penyakit-penyakit tidak berjangkit ataupun NCDIS istilahnya, dengan izin, non-communicable diseases atau dengan istilah lain hari ini disebut sebagai the life style diseases akibat cara hidup sedang meningkat di Malaysia dan berada pada tahap yang amat membimbangkan. Ia menjadi satu rahsia umum kedudukan kita dari segi obesiti di tangga ranking dunia yang juga satu yang cukup memerlukan kita memberikan segala perhatian.

Tinjauan kesihatan dan mobiliti kebangsaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa satu daripada dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat, overweight dan juga obesiti atau kegemukan. Manakala sebanyak 17.5 peratus rakyat Malaysia dikesan menghidap diabetes, 30.3 peratus menghidap hipertensi dan 47.7 peratus mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi pada tahun yang sama. Kesemua ini sangat membimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, punca utama obesiti adalah disebabkan ketidakseimbangan pengambilan dan penggunaan tenaga harian atau prior about food intake. Ini terjadi apabila seorang individu mengambil makanan yang berlebihan serta tidak melakukan aktiviti fizikal dan senaman yang mencukupi. Sekiranya keadaan ini berterusan, berat badan akan pastinya akan meningkat. Keadaan ini berlaku kerana jumlah tenaga yang diperoleh daripada makanan yang dimakan tidak digunakan sepenuhnya, excess of calories and it deposited, dengan izin.

Selain itu, pemakanan ibu semasa mengandung dan amalan penyusuan susu ibu, corak pemakanan kanak-kanak yang dipengaruhi ibu bapa dan persekitaran turut menyumbang kepada masalah obesiti di peringkat umur yang seterusnya.

Maka strategi menangani obesiti telah dimulakan secara menyeluruh seawal di peringkat bayi, kanak-kanak sehingga dewasa. Langkah-langkah bagi menangani masalah telah digariskan dalam pelan-pelan tindakan yang dikeluarkan oleh KKM seperti Pelan Strategik Kebangsaan Untuk Penyakit Tidak berjangkit- NCDIS 2016, Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia, Pelan Strategik Aktiviti Fizikal Kebangsaan 2016-2025 dan beberapa langkah serta strategi bagi mengurangkan kadar obesiti mengikut beberapa setting. Ada empat setting di sana,

(i) fasiliti kesihatan atau komuniti,

(ii) institusi-institusi dan sekolah,

(iii) tempat kerja; dan

(iv) industri makanan dan minuman.

Adapun fasiliti kesihatan dan komuniti antara lainnya memperkukuhkan promosi penyusuan susu ibu dan pemberian makanan pelengkap kepada bayi dan kanak-kanak kecil. Kita sedia maklum betapa pentingnya breast feeding ataupun penyusuan ibu itu memberikan keperluan bayi pada peringkat yang paling seimbang dan ketika menggantikan dengan makanan lain daripada penyusuan ibu ini, ia membawa kepada ketidakseimbangan, lalu expose them kepada risk of overweight dan subsequently seterusnya obesiti.

■1100

Mempromosi pemakanan sihat melalui pusat maklumat pemakanan dan dapur sihat masyarakat. Ada 19 pusat yang kita tubuhkan. Pertama tadi early intervention.

Page 21: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

14 DN 3.12.2018

Kedua, pusat-pusat intervensi seperti ini pemakanan dan dapur sihat masyarakat,

menjalankan program pemakanan sihat di pasar raya juga kita lakukan dan mempromosikan pemakanan sihat melalui program komuniti sihat seperti Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN). Ia merupakan program KKM dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti KEMAS dan Rukun Tetangga.

Setting kedua Tuan Yang di-Pertua, institusi dan sekolah. Melatih penjaga dan guru di taska, tadika untuk penyediaan hidangan sihat dan pemantauan tumbesaran, tumbuh besarnya kanak-kanak ini.

Kedua, memperkenalkan inisiatif pemerkasaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menangani masalah obesiti di kalangan murid sekolah.

Ketiga, menjalankan pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah berdasarkan garis panduan pelaksanaan pemakanan sihat di sekolah, kantin sihat. Ya, Program Kantin Sihat. Akhirnya, menjalankan inisiatif program hidangan berkhasiat di sekolah (HITS).

Ketiga, setting tempat kerja. Melaksanakan program pengurusan berat badan trim and fit dalam kalangan penjawat awam selama enam bulan. Ini program yang kita laksanakan. Di kementerian kami sendiri pun kita mulakan di kementerian kami di bangunan E7 itu.

Melaksanakan program kafeteria sihat yang menyediakan pilihan makanan dan minuman yang sihat dan mengutamakan cara penyediaan hidangan yang lebih sihat dan di institusi pengajian tinggi dan tempat kerja.

Ketiga, melaksanakan program hidangan sihat semasa mesyuarat. Ini saya ingat Ahli-ahli Yang Berhormat Senator semua sudah dapat menyaksikan semua ini dalam apa yang dibekalkan semasa mesyuarat.

Akhirnya, latihan katering sihat yang meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai penyediaan hidangan yang sihat dan selamat.

Seterusnya mempromosi pinggan sihat melalui konsep apa yang kita sebutkan di KKM sebagai suku-suku, separuh yang memberikan panduan terhadap portion ataupun nisbah pengambilan makanan bagi setiap hidangan utama.

Akhirnya, melaksanakan kempen kesedaran kalori di pelbagai setting termasuk di R&R, lebuh raya bagi melahirkan masyarakat yang peka terhadap kalori ataupun calories conscious society, dengan izin.

Akhirnya di setting yang keempat. Industri makanan dan minuman. Kita melaksanakan apa yang diistilahkan sebagai icon pack- hadapan tenaga atau front of pack labeling for energy, untuk mendidik rakyat mengenai kandungan kalori dalam sesuatu produk yang diambil. Ini melibatkan 1,200 produk di mana kita semacam ada energy button yang akan memberikan informasi tentang berapa jumlah energy yang diambil pada setiap produk itu.

Mengadakan rundingan secara berkala dengan pihak industri makanan termasuk pengusaha-pengusaha rangkaian makanan segera untuk penggalakan penghasilan ataupun reformulasi produk makanan dan minuman yang rendah kandungan gula, garam, lemak dan tinggi serat (fiber). Jadi yang pertama tadi adalah front of pack labeling for energy, dengan izin.

Kedua, ialah apa yang diistilahkan sebagai health choice logo ataupun logo pilihan sihat yang melibatkan 265 produk-produk yang dilibatkan dalam program ini. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa dan akan terus komited dalam menangani masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Program dan aktiviti promosi pemakanan sihat serta hidup cergas sentiasa dipergiat dan diberi nafas baru. Ini telah dibuktikan apabila kadar peningkatan prevalent obesity dalam kalangan orang dewasa dapat diperlahankan dengan peningkatan hanya 3.2 peratus dalam empat tahun dalam laporan MS2015, 47.7 berbanding 2011 44.5, berbanding 22 peratus dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Page 22: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 15

Ini yang akan menjadi antara intervensi awal dan juga intervensi akhirnya pada

industri makanan dan minuman. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat soalan tambahan. Ada soalan tambahan.

Datuk Lee Tian Sing: Terima kasih kepada jawapan yang telah diberi oleh Menteri. Di sini saya ingin mengalu-alukan kedatangan Persatuan Masyarakat Kaum India Kinrara. Diharapkan lawatan ini akan memberi manfaat kepada semua tetamu yang hadir pada hari ini...

Tuan Yang di-Pertua: Ada soalan tambahan?

Datuk Lee Tian Sing: Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Datuk Rabiyah binti Ali: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya sebenarnya ialah berkisar tentang salah satu punca utama kepada masalah obesiti adalah sebenarnya ketidakfahaman rakyat ataupun masyarakat terhadap apa yang disebut sebagai kalori.

Yang Berhormat Menteri ada menyebut tadi tetapi tidak menyebut secara spesifik tentang kalori itu yakni jumlah tenaga yang terkandung pada setiap makanan dan minuman yang diambil. Kebanyakan hanya menumpu kepada pengambilan gula sebagai punca obesiti di kalangan rakyat. Sedangkan pada hakikatnya disumbangkan oleh pengambilan kalori yang melebihi daripada tenaga yang diperlukan oleh setiap orang yang digunakan pada setiap hari.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah usaha-usaha yang telah dan akan diambil oleh pihak kerajaan untuk mendidik rakyat tentang perihal kalori ini, pertama.

Kedua, adakah kerajaan akan mewajibkan setiap kedai makan meletakkan jumlah kalori pada setiap makanan seperti mana kita mewajibkan diletakkan tanda harga pada setiap makanan.

Ketiga, Tuan Yang di-Pertua. Saya bercakap ini Tuan Yang di-Pertua sebagai pengalaman. Saya ambil masa tempoh setahun untuk turun 30 kilogram dengan saya memahami apakah maksud kalori. Sebab itu Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan akan mula merancang atau mewujudkan smart, simple workout panduan-panduan kepada rakyat ataupun termasuk kakitangan kerajaan bagaimana untuk menguruskan kalori yang berlebihan dalam tubuh badan mereka untuk boleh burn dengan cara mudah walaupun berada di tempat mereka bekerja. Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Ini khusus kepada kalori.

Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Ya, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Senator yang bertanya dengan satu pendekatan yang sangat khusus lahir daripada pengalaman beliau sendiri.

Dalam jawapan yang telah saya sebutkan sebentar tadi. Penting untuk difahami bahawa ketika persoalan kalori yang disebutkan- awal-awal saya sebutkan tentang bagaimana ketidakseimbangan makanan itu akan meletakkan ataupun berakhir dengan kalori itu tidak dapat dibakar dalam ertinya metabolize, dengan izin, lalu disimpan.

Ini menjadikan paling penting apa yang berakhir dengan kegemukan dan diukur obesiti itu juga dengan beberapa kayu ukur yang mungkin Yang Berhormat Senator mungkin juga mahu tahu bagaimana ukuran BMI itu adalah sangat penting bagi mengukur lebihan kalori ketika ia dideposit atau disimpan dalam bentuk lemak kerana akhirnya simpanan itu adalah simpanan lemak- kalori yang berlebihan itu ia akan simpan dalam bentuk lemak.

Jadi, persoalan yang menjadi pertikaian adalah apakah ukuran obesiti apabila kalori itu berlebihan dan akhirnya tersimpan dalam bentuk lemak dan kalau diperhatikan BMI itu dalam formulanya adalah berat badan dalam kilogram bahagi dengan ketinggian dalam meter square. Lalu obesiti yang ditakrifkan obesiti itu adalah ketika kita punya BMI lebihan daripada atau berlebihan daripada 25 itu universal standard.

Page 23: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

16 DN 3.12.2018

Akan tetapi, apa yang menjadi masalah adalah ketika dikenal pasti bahawa obesiti

akibat daripada makanan yang tidak seimbang

■1110

Akibat daripada makanan tidak seimbang kalori-kalori berlebihan yang disimpan dalam bentuk lemak itu akan berakhir dengan satu kedudukan di mana ia terdedah- ia mendedahkan seorang yang obese itu kepada apa yang dikatakan sebagai penyakit-penyakit yang diistilahkan tadi sebagai the non-communicable diseases atau the chronic diseases ataupun the lifestyle diseases, hasil daripada makanan yang tidak seimbang tadi ataupun berlebihan mengambil kalori yang tidak dapat dibakar. Malangnya Tuan Yang di-Pertua, ukuran kepada BMI itu berbeza di kalangan Asian dan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, saya ingat soalan itu bertujuan– apakah langkah-langkah...

Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Saya akan masuk, saya akan masuk.

Tuan Yang di-Pertua: Kerajaan bagi mempromosi...

Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Ya, saya akan masuk dalam itu. Jadi, yang menjadi lebih menakutkan adalah ketika kalori yang disimpan dalam bentuk lemak- ia lemak itu yang boleh simpan- others get, you know? Jadi ia apabila berlaku simpanan itu, ia mesti simpan dalam bentuk lemak. Lemak yang ada di kalangan Asian adalah lemak dalam visira dan abdomen.

Di sinilah perbezaan lemak, berbanding negara orang-orang Eropah yang bentuknya itu adalah yang dikatakan lemak di bawah skin and subcutaneous fat. Fat- sebab itu persoalan- persoalan itu adalah penting untuk kita faham lalu penekanan yang diambil oleh Tuan Yang di-Pertua, penekanan yang diambil oleh KKM adalah untuk, di peringkat industri makanan dan minuman kita perkenalkan istilahnya adalah untuk menjawab soalan Yang Berhormat Senator supaya awareness dan kesedaran itu dapat kita mendidik rakyat mengenai kandungan kalori dalam setiap produk yang diambil.

Lalu persoalan apa yang diistilahkan- yang saya istilahkan tadi sebagai front of pack labelling for energy itu adalah sangat penting bagi mendidik rakyat bahawa pengambilan energy yang berlebihan akan berakhir dengan simpanan-simpanan lemak ini yang dalam konteks Asian itu, BMI nya itu adalah kurang daripada 20- ataupun garis parasnya itu adalah 25 di mana simpanan itu akan mendedahkan seorang yang obese itu merembeskan hormon-hormon yang mendedahkan dirinya kepada chronic diseases terutamanya diabetes.

Jadi saya bagi informasi lebih sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab apa, persoalannya ialah kenapa lelemak itu adalah penting untuk kita tangani dan mengapa suku suku separuh itu adalah penting. Suku pertama karbohidrat, suku kedua adalah lemak dan- yang protein dan yang lain itu adalah campuran kepada apa yang- sebagai energy.

Jadi, lalu program kami, program yang dikatakan mempromosi pinggan sihat melalui konsep suku suku separuh itu memberi panduan terhadap portion atau nisbah pengambilan makanan setiap hidangan utama supaya nasi dan sayuran dan akhirnya tadi adalah seimbang. The protein intake, carbohydrate and lebihan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi, itu pertama Tuan Yang di-Pertua.

Kedua adalah pendekatan yang kita sebutkan sebagai health choice logo ataupun logo pilihan sihat. You can- dalam hal ini, perundingan kita dengan pihak industri makanan termasuk pengusaha-pengusaha rangkaian makanan akan dapat menghasilkan satu formulasi produk makanan dan minuman yang rendah gula, garam dan lemak dan tinggi serat di mana kita punya pilihan untuk tahu ataupun untuk diberi tahu bahawa dengan labelling dan dengan choice yang disebutkan tadi dengan logo pilihan sihat itu, produk-produk ini adalah produk yang akan memberikan kalori kita pada kalori yang paling seimbang.

Itu dua perkara yang saya sebut tentang industri makanan dan minuman di mana kesedaran ataupun pendidikan kesihatan kesedaran itu dapat diluaskan.

Page 24: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 17

Saya sekali lagi menyebutkan bahawa di samping itu, kita mulakan settings itu

tempat kerja, institusi dan sekolah dan pada seawalnya bayi dan penyusuan ibu, breastfeeding itu sebagai intervensi yang paling baik untuk pemberian seimbang makanan itu berlaku pada tahap bayi. Saya rasa begitu sahaja hendak dapat saya- kalau lebih daripada itu mungkin saya boleh jawab dalam bentuk bertulis, Tuan Yang di-Pertua.

5. Puan Sopiah binti Sharif minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, dengan perkhidmatan siaran MYTV oleh kerajaan terdahulu, apakah kos yang ditanggung oleh kementerian setakat ini dalam meningkatkan lagi mutu penyiaran dan menambah saluran MYTV? Adakah siaran MYTV akan dihentikan, sekiranya ya, kenapa? Bagaimana pula dengan status rangkaian pada masa kini di Pulau Pinang?

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Tuan Eddin Syazlee Shith]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan, dengan izin, saya mohon untuk menjawab soalan Yang Berhormat Senator Puan Sopiah binti Sharif bersekali, bersama-sama dengan pertanyaan Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul bertarikh 4 September 2018, memandangkan soalan-soalan ini adalah berkenaan isu yang sama iaitu mutu perkhidmatan siaran MYTV.

Tuan Yang di-Pertua, Syarikat MYTV Broadcasting Sendirian Berhad (MYTV) telah dilantik oleh kerajaan dan SKMM pada 14 April 2014 sebagai pemegang lesen penyedia rangkaian infrastruktur bagi perkhidmatan penyiaran TV terrestrial digital di negara ini. MYTV adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan projek ini secara inisiatif pembiayaan swasta atau, dengan izin, private funding initiative.

Oleh yang demikian, setakat ini Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian ataupun kerajaan tidak menanggung apa-apa kos bagi sebarang pembinaan infrastruktur platform TV terrestrial digital dalam meningkatkan mutu penyiaran MYTV. Penyiaran TV terrestrial digital ini tidak akan dihentikan memandangkan ia merupakan projek yang dapat memberikan pelbagai manfaat kepada kerajaan dan rakyat.

Dalam memastikan suatu kejayaan pelaksanaan projek ini dan seterusnya sasaran penutupan penyiaran TV analog yang disasarkan pada suku pertama tahun 2019, kementerian telah berperanan sebagai pemudah cara di mana kementerian melalui SKMM telah memberi bantuan daripada segi fee apparatus, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, assignment yang rendah yang mana sehingga Julai 2018, MYTV telah menyiapkan sebanyak 34 pemancar TV- terrestrial digital dan menyediakan anggaran 93 peratus liputan siaran di kawasan berpenduduk di seluruh negara.

Bagi menjawab berkenaan status rangkaian pada masa kini di Pulau Pinang, Tuan Yang di-Pertua, antara kawasan-kawasan yang telah menerima siaran tersebut adalah Georgetown, Butterworth, Seberang Jaya, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Kepala Batas, Seberang Perai termasuklah di kawasan Nibong Tebal. Selain itu, kementerian dan SKMM juga telah mengkaji semula kadar caj akses di platform TV terrestrial digital melalui document mandatory standard on access pricing (MSAP), dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2018. Sebagai usaha untuk menambah baik penyiaran TV terrestrial digital di masa hadapan, kementerian kini sedang mengkaji untuk menambah saluran TV kerajaan yang disediakan dan dibantu oleh kerajaan secara sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan soalan tambahan Yang Berhormat Senator Puan Sopiah.

■1120

Puan Sopiah binti Sharif: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab begitu meluas kawasan-kawasan terdapat di negeri Pulau Pinang.

Page 25: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

18 DN 3.12.2018

Soalan tambahan saya, sekiranya diteruskan MYTV ini, jadi sebelum pilihan raya

baru-baru ini kita mendapati ada gangguan di kawasan-kawasan yang dikendalikan oleh projek ini. Adakah tindakan untuk memperbanyakkan lagi seperti peti hitam kerana masyarakat di kawasan-kawasan yang disebut tadi itu masih tidak mencukupi. Jadi yang itu Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Senator sebentar tadi saya tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan gangguan tetapi untuk rekod, sehingga Julai 2018 sebanyak 34 transmitter sites station pemancar yang mampu membekalkan lebih kurang 93 peratus liputan. Selain daripada itu, kerajaan melalui MCMC menyasarkan liputan sehingga 98 peratus dengan menyediakan tambahan station pemancar sebanyak sepuluh lagi dan bagi kawasan-kawasan yang remote, yang jauh di pedalaman kemungkinan kerajaan sedang mengkaji untuk penggunaan satelit supaya kawasan liputan itu dapat diperbesarkan dan diperbaiki mutunya.

Untuk decoder, telah diserahkan sebanyak 481,782 decoder percuma yang diberikan berdasarkan rekod maklumat pendapatan isi rumah mengikut rekod BR1M. Walaupun diletakkan sasaran RM2 juta melalui MYTV Broadcasting, decoder percuma dan kerajaan sebelum ini menyebutkan sebanyak RM2.2 juta lagi tambahan mengikut keperluan sekiranya diperlukan di pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli Yang Berhormat Puan Sopiah, kalau gangguan tertentu boleh jumpa dengan Yang Berhormat Menteri... [Dewan ketawa]

Silakan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan.

Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah kini kita dapat melihat bahawa penonton lebih menggemari untuk mendapatkan perkhidmatan internet protocol television ataupun IPTV berbanding dengan siaran TV berbayar. Soalan saya, adakah penggunaan IPTV ini di negara kita sesuatu yang dibenarkan dan apakah pendirian kerajaan untuk memperluaskan penggunaan IPTV di Malaysia? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Berkenaan isu IPTV ini, saya perlu menyemak rekod yang tepat dan saya akan sediakan jawapan bertulis sebab saya tidak mempunyai maklumat yang lengkap. Saya khuatir kalau saya jawab mungkin jawapan itu tidak memenuhi kehendak soalan Yang Berhormat Senator sebentar tadi. Saya mohon maaf.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Senator Dr. Lucas ada?

Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya memberi banyak peluang kepada Yang Berhormat kerana Yang Berhormat akan habis...

Datuk Dr. Lucas Umbul: Ya, terima kasih kebetulan soalan saya pun keluar juga.

Tuan Yang di-Pertua: Tempoh sebagai seorang Senator pada hujung tahun. Silakan Yang Berhormat Senator.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita sedia maklum, kementerian ini sering kali menyatakan sebelum ini akan melaksanakan siaran digital percuma kepada rakyat iaitu siaran RTM beralih dari sistem analog kepada siaran HD digital. Saya ingin tahu, apakah status dasar ini dan sama ada inisiatif ini akan terus dijalankan di bawah kerajaan baharu? Ini kerana kementerian sudah bertukar dua, tiga orang Menteri tetapi malangnya projek ini masih tidak dapat dilaksanakan. Mohon pencerahan dari Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Page 26: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 19

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tadi. Berkenaan isu dasar-dasar yang baik yang dibuat oleh kerajaan lama, sepertimana yang saya jawab sebelum ini akan diteruskan dengan melakukan penambahbaikan untuk memastikan bahawa kesinambungan dan perkara-perkara yang lebih baik dapat dibuat oleh kerajaan baharu.

Berkenaan TV digital percuma, itu adalah dasar yang secara jelasnya akan diteruskan dan sebab itu yang saya sebutkan tadi ada 34 station pemancar akan ditambah lagi sepuluh dan akan dibuat dan digunakan satelit supaya kualiti dan mutu perkhidmatan yang hendak berikan secara percuma ini memenuhi matlamat dan niat asal kerajaan untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Aknan A/L Ehtook.

6. Tuan Aknan A/L Ehtook minta Perdana Menteri menyatakan, apakah faktor berlakunya ketidakseimbangan bilangan penjawat awam dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini, dan apakah perancangan kerajaan untuk mengimbanginya.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Senator Tuan Aknan A/L Ehtook di atas soalan yang dikemukakan.

Sebelum saya menjawab izinkan saya menyatakan di sini bahawa Kerajaan Pakatan Harapan, kita amat komitedlah untuk cuba merapatkan lagi ketidakseimbangan dalam perjawatan awam ini. Kalau Yang Berhormat Senator melihat kepada khususnya dalam komposisi terbaru ini saya hendak beri contoh bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan melalui Yang Berhormat Perdana Menteri sekarang ini memang cuba hendak membetulkan persepsi bahawa seolah-olah perjawatan penjawat awam ini hanya dimasuki oleh satu kaum sahaja.

Saya hendak beri contoh bagaimana pelantikan Yang Berhormat Menteri Kewangan dari seorang yang bukan Melayu tetapi seorang yang memang berkaliber dan juga seorang yang memang dipilih kerana merit. Kita lihat pelantikan Peguam Negara, pelantikan Ketua Hakim Negara, ini semua contoh-contoh menunjukkan bahawa kerajaan sekarang ini sedang bergerak untuk mematikan bahawa kita cuba mewujudkan suatu keadaan di mana orang-orang bukan Melayu khususnya berminat untuk menyertai perkhidmatan awam ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, kaedah pengambilan dan pelantikan ke perkhidmatan awam Persekutuan yang dilaksanakan oleh berkuasa melantik, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah berdasarkan merit dan kompetensi seseorang calon. Dasar pelantikan ini bertujuan untuk memastikan calon yang berkualiti dan menepati kriteria yang ditetapkan sahaja dilantik ke perkhidmatan awam. Tiada penempatan sebarang kuota untuk sesuatu agama, kaum atau idea tertentu dalam pelantikan anggota perkhidmatan awam.

Semua warga negara Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk dipertimbangkan dalam persaingan yang terbuka dan adil, open and fair competition. Oleh itu istilah keseimbangan kaum tidak digunakan dalam urusan pemilihan dan pelantikan ke perkhidmatan awam. Untuk mengetahui bahawa permohonan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam pastinya bergantung pada kehendak, minat dan kecenderungan seseorang individu itu sendiri. Setiap orang tanpa mengira kaum atau etnik berhak dan bebas memilih profesion atau kerjaya masing-masing sama ada untuk bekerja dalam sektor awam, swasta, bekerja sendiri, berniaga dan sebagainya.

Statistik SPA bagi tempoh 2015 sehingga Jun 2018 mendapati kaum Melayu paling ramai berminat dan mendaftar dengan SPA untuk bekerja dalam perkhidmatan awam iaitu sekitar 79.6 peratus di ikuti bumiputera Sabah 77.84 peratus. Bumiputera Sarawak 5.59 peratus, kaum India 3.21 peratus dan lain-lain kaum 1.84 peratus. Kaum Cina 1.61 dan orang asal ialah sebanyak 0.25 peratus.

Page 27: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

20 DN 3.12.2018

SPA berpandangan bahawa kaedah pengambilan berdasarkan merit yang

dilaksanakan pada masa ini mampu memberi peluang yang adil pada semua calon di samping memastikan hanya calon yang berkualiti sahaja yang dilantik dalam perkhidmatan awam. Justeru, SPA tidak pernah dan tidak bercadang untuk memperkenalkan sistem kuota pelantikan kaum mengikut nisbah tertentu berdasarkan komposisi bilangan penduduk negara ini. Sekian, terima kasih.

■1130

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan soalan tambahan.

Tuan Aknan A/L Ehtook: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya ajukan soalan tambahan, ingin saya mengalu-alukan kehadiran pemimpin masyarakat Orang Asli, Tok Batin dan juga Pengerusi MPKK Kampung Asli di Selangor, Pahang dan Melaka... [Dewan tepuk] diharap kita mendapat manfaat.

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri yang menjawab, bagi saya komposisi dalam perkhidmatan awam adalah satu indikator dalam usaha kita untuk menghasilkan masyarakat yang cintakan negara. Akan tetapi kita tengok dalam anggota polis, tentera dan sebagainya berlaku ketidakseimbangan, di mana lebih kepada kaum Melayu dan saya percaya kaum lain juga tidak kurang cintanya kepada negara. Mungkin mereka tidak berpeluang ataupun kurang berminat.

Jadi soalan saya ialah, apakah langkah kerajaan yang bakal diambil untuk meningkatkan minat mereka ini untuk menganggotai dalam perkhidmatan awam untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sama-sama cintakan negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih kepada soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator. Saya juga seperti mana Yang Berhormat Senator juga berkongsi sentimen yang saya. Malahan saya ingin mengatakan bahawa memang sepatutnya dalam era Malaysia baharu ini, komposisi kaum dalam perkhidmatan awam, kalau boleh kita cuba ke arah untuk mendapat satu angka yang seimbang. Akan tetapi bagaimanapun satu realiti yang mungkin kita terpaksa terima dan kita terpaksa dengan pahit terima bahawa setiap orang mempunyai cita rasa masing-masing. Yang ini memang agak sukar.

Oleh sebab itu saya telah mengarahkan pihak SPA untuk memastikan selepas ini dibuat satu survey yang betul-betul teliti untuk kita dapat satu maklumat yang terperinci mengapakah wujudnya ketidakseimbangan kaum dari segi perjawatan dalam penjawat awam ini. Ini kerana kita rasa dengan survey ini kita boleh- dengan survey yang teliti dan lebih bersifat telus ini kita boleh gunakan sebagai satu cara untuk kita selepas ini mungkin kita untuk device, dengan izin, satu cara atau kaedah bagaimana kita boleh menarik minat kaum-kaum lain juga untuk menyertai mana-mana sektor dalam perkhidmatan awam.

Jadi kita harap survey ini akan dilakukan dengan segera dan saya akan pastikan survey ini dapat dilakukan dengan satu ketelusan yang betul-betul tinggi supaya kita dapat mencapai satu keputusan yang memuaskan semua orang. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat kita sudah kesuntukan masa.

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Satu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Kita ada lagi satu Menteri. Silakan Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen, soalan akhir ya.

7. Dato’ Ong Chong Swen minta Menteri Tenaga Manusia menyatakan, apakah langkah mitigasi untuk memastikan sektor yang labor-intensive seperti perladangan dan pembinaan tidak akan terjejas akibat peningkatan dasar gaji minimum dan pengurangan jumlah pekerja asing.

Page 28: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 21

Menteri Tenaga Manusia [Tuan M. Kulasegaran]: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Kerajaan sentiasa prihatin dalam memastikan Dasar Gaji Minimum dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan operasi pihak industri. Sebelum menentukan kadar gaji minimum, kerajaan mengambil langkah-langkah awal dengan melaksanakan kajian impak terhadap Perintah Gaji Minimum 2016 yang lalu. Dalam membuat kajian tersebut, kerajaan telah mengambil kira beberapa indikator ekonomi agar kadar yang dilaksanakan tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Ini adalah untuk memastikan supaya majikan tidak berdepan dengan kesukaran untuk beroperasi dan berkemungkinan terpaksa menutup operasi dan seterusnya mengurangkan jumlah pekerja. Sebarang kenaikan kadar gaji minimum juga akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan nilai yang munasabah supaya tidak membebankan dan menggalakkan pertambahan kos yang mendadak terutamanya dalam labor-intensive industry.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan gaji minimum merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menarik minat pekerja tempatan bekerja dalam sektor pekerjaan 3D’s - dirty, dangerous and difficult seperti perladangan dan pembinaan. Dengan adanya permintaan oleh pekerja tempatan untuk bekerja dalam sektor ini, secara tidak langsung kebergantungan majikan kepada pekerja asing akan berkurangan. Kesimpulannya kerajaan yakin pelaksanaan gaji minimum merupakan pendekatan terbaik untuk meningkat produktiviti dan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan menggalakkan majikan-majikan berintensif buruh terutamanya dalam sektor perladangan dan pembinaan agar beralih kepada penggunaan mekanisme dan automasi bagi mengurangkan kebergantungan ke atas pekerja asing. Penggunaan ini dan automasi akan membuka peluang pekerjaan kepada warga tempatan yang berkemahiran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan soalan tambahan.

Dato’ Ong Chong Swen: Terima kasih ke atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan meminta Menteri Tenaga Manusia menyatakan apakah insentif untuk membantu pekerja yang tidak berkemahiran tinggi yang bekerja dalam sektor pembinaan dan perladangan mencari rezeki dan meneruskan kehidupan mereka memandangkan kenaikan gaji minimum akan mendorong majikan menggantikan golongan tersebut dengan penggunaan teknologi. Terima kasih .

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan M. Kulasegaran: Tuan Yang di-Pertua, nombor satu kita perlu ingat Tuan Yang di-Pertua bahawa unemployment rate adalah sangat kurang.

Saya difahamkan adalah sebanyak 3.4 peratus, which means full employment dan sayangnya masyarakat Malaysia tidak ingin bekerja dalam 3D. This is the hard reality. Akan tetapi apa yang dibuat- usaha-usaha adalah berkaitan dengan gaji minimum yang saya rasa kita perlu ingat bahawa gaji minimum ini adalah untuk mengesyorkan apa yang saya kata food on the table supaya mereka-mereka yang tidak ada bargaining power mendapat manfaat gaji yang munasabah.

Apa yang dikhuatiri adalah tidak berasas apabila mereka mengatakan bahawa kenaikan gaji- pengangguran akan berlarutan atau berjadi. Itu tidak menjadi masalah. Yang perlu Tuan Yang di-Pertua, adalah skilling of our labor force in the county which is much lacking, yang perlu diusahatambahkan, dan kalau ada kejayaan saya percaya, ia akan menyelesaikan perkara sedemikian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Yang Berhormat.

Puan Lim Hui Ying: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya pendek sahaja. Apakah kriteria penting dalam menetapkan kadar gaji minimum negara?

Page 29: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

22 DN 3.12.2018

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan M. Kulasegaran: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Dalam menetapkan gaji minimum yang wajar dan munasabah di negara ini, dua kriteria menjadi asas utama menetapkan gaji minimum.

Nombor satu, bagi kriteria asas- basic criteria, dua indikator ekonomi yang diguna pakai iaitu pendapatan garis kemiskinan, poverty line income (PLI), dan gaji penengah- median rate range (PGK) adalah indikator bagi menentukan keperluan asas pekerja dan keluarga pekerja, dan gaji penengah pula adalah indikator keupayaan majikan membayar gaji.

Nombor dua, bagi kriteria pelarasan- adjustment criteria, indikator-indikator yang diambil kira dalam penetapan gaji minimum adalah perubahan Indeks Harga Pengguna- Consumer Price Index (CPI), pertumbuhan produktiviti buruh dan kadar pengangguran. CPI menggambarkan perubahan kepada kos sara hidup, produktiviti buruh sebagai kriteria bagi menghargai produktiviti pekerja di mana gaji wajar ditingkatkan selaras dengan peningkatan produktiviti dan kadar pengangguran sebenar sebagai satu kawalan supaya peningkatan gaji tidak mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan menggalakkan majikan-majikan yang berinsentif buruh terutamanya dalam sektor perladangan dan pembinaan agar beralih kepada penggunaan automasi bagi mengurangkan pergantungan ke atas pekerja asing. Penggunaan mekanisme dan automasi akan membuka peluang pekerjaan kepada warga pekerja tempatan yang berkemahiran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Secara ringkas Yang Berhormat.

■1140

Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram: Soalan tambahan saya, mengapakah kerajaan masih berdiam diri dengan isu gaji minimum? Ini kerana Menteri membuat kenyataan yang berbeza-beza kebelakangan ini. Pada awalnya, Menteri ada mengatakan bahawa isu gaji minimum akan dilaksanakan dalam jangka masa yang terdekat. Kemudian, Menteri mengatakan bahawa akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tempoh lima tahun yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator, saya rasa Menteri telah faham.

Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram: Saya pun tidak tahulah macam mana. Jadi, saya minta dan pohon mungkin cadangan yang Menteri buat...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator, Yang Berhormat boleh dengar?

Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram: Membuat kenyataan yang betul...

Tuan Yang di-Pertua: Saya rasa Menteri faham. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan M. Kulasegaran: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya pendirian kerajaan tidak berubah. Dalam manifesto Pakatan Harapan kalau kita baca dengan teliti, ada dua asas.

Pertama, menyeragamkan gaji di antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Itu yang pertama. Kedua, proses itu telah dijalankan. It is not an easy task, Tuan Yang di-Pertua. Kita ada lebih kurang 14 juta pekerja dan juga ada banyak majikan yang terlibat. Kita kerajaan yang baharu, Tuan Yang di-Pertua. Itu satu perkara.

Kedua, adalah kenaikan gaji itu RM1,500 banyak rakyat Malaysia berfikir ia akan naik sekali gus. Itu bukan tujuan atau apa yang dinyatakan dalam buku Pakatan Harapan. Apa yang ada itu akan di- dalam tempoh lima tahun, kita harap ia akan dapat dicapai.

Page 30: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 23

Maka, itulah sebab hal ini mengambil sedikit masa. Saya telah membentangkan

untuk Kabinet membuat keputusan Tuan Yang di-Pertua mengenai gaji minimum. Satu keputusan muktamad akan diberikan oleh Kabinet tidak lama lagi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan selesai.

[Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL MENTERI

Melantik Jawatankuasa Pemilih di Bawah P.M. 70

11.42 pg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa mengikut Peruntukan Peraturan Mesyuarat 70, Majlis Mesyuarat Dewan Negara melantik sebuah Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas yang mengandungi seorang Pengerusi, dan empat orang Ahli Jawatankuasa seperti berikut:

1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran – [Pengerusi] [Yang di-Pertua Dewan Negara];

2. Yang Berhormat Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad [Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara];

3. Yang Berhormat Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty;

4. Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad bin Mustafa; dan

5. Yang Berhormat Tuan Nga Hock Cheh.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang menyokong?

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri mengikut Peraturan Mesyuarat 70 itu tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Page 31: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

24 DN 3.12.2018

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

11.43 pg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 4 September 2018.”

Tuan Yang di-Pertua: Silakan yang menyokong?

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA

BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya;

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Keempat Belas.” [30 Ogos 2018]

Tuan Yang di-Pertua: Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Mohan A/L Thangarasu... tidak ada dalam Dewan?

Page 32: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 25

Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong. Silakan Yang

Berhormat Senator.

11.45 pg.

Tuan Alan Ling Sie Kiong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Belum bersedia?

Tuan Alan Ling Sie Kiong: Belum bersedia. Nanti sebentar. Minta maaf ya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator, boleh duduk.

Silakan Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad.

Setiausaha Dewan, sila bagi senarai kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya mereka akan lebih bersedia. Silakan Yang Berhormat Senator.

11.46 pg.

Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kerana memberikan saya izin bagi membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Sesi Istiadat Perasmian Mesyuarat Majlis Parlimen Keempat Belas, Penggal Pertama.

Syukur alhamdulillah, kita telah pun berjaya menyambut ulang tahun ke-61 hari Kemerdekaan Malaysia, Jumaat lalu. Mengambil kesempatan ini, saya ingin menyeru rakyat untuk terus menyokong kemajuan Malaysia, dan menghormati prinsip Rukun Negara agar negara Malaysia yang dihuni oleh berbilang bangsa dan agama kekal utuh dengan perpaduan yang tinggi dan membawa Malaysia ke era yang lebih gemilang.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, sistem pentadbiran Malaysia berasaskan konsep demokrasi Raja Berperlembagaan dan pengasingan kuasa perkhidmatan kehakiman, perundangan dan eksekutif perkhidmatan awam merupakan signifikasi yang perlu diterima oleh setiap individu warga negara bermastautin atau bukan pemastautin serta bukan warganegara yang bermastautin di Malaysia.

Inti pati peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia dan undang-undang statutori, yang berada di dalam siri perundangan negara, perlu dipatuhi bagi menjamin kelangsungan perpaduan dan tertib dalam memacu Malaysia baharu yang lebih dinamik dan berintegriti. Kadang-kadang, rakyat keliru dengan slogan Malaysia Baharu, seolah-olah yang lama semuanya lapuk dan tidak betul serta perlu ditukar.

Kita setuju, mana yang tidak betul perlu diperbaiki dan ditukar, tetapi tidak menyentuh isu-isu basic dan asas-asas kenegaraan yang sudah terbukti menyelamatkan Malaysia sejak berzaman. Perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam agama Persekutuan, Islam hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu perlu dipertahankan oleh mana-mana parti yang menjadi kerajaan.

Perkara yang paling penting dan perlu kita tekankan adalah setiap dari kita mesti mempunyai kewajipan untuk mematuhi prinsip Perlembagaan dan menghormati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Page 33: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

26 DN 3.12.2018

Tuan Yang di-Pertua, untuk rekod, terdapat tiga atur cara rasmi yang secara

konvensionalnya telah diamalkan berdekad-dekad lalu telah dibatalkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak Kerajaan Pakatan Harapan mula memegang tampuk pemerintahan. Bermula dengan Istana Negara membatalkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jun 2018, membatalkan Acara Istiadat Rasmi Sambutan Hari Keputeraan Baginda dan Jamuan Teh Diraja pada 9 September 2018 perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan. Ini kerana ia bakal menimbulkan persepsi negatif rakyat jelata, ekoran perbuatan individu-individu tertentu yang telah menggugat martabat dan wibawa institusi diraja.

■1150

Untuk itu, saya mohon kerajaan menjelaskan, apakah status siasatan dan keputusan Peguam Negara ke atas seorang individu, bekas Ketua Media dan Komunikasi, Majlis Penasihat Kerajaan ataupun CEP yang disiasat di bawah tiga akta, kerana menerbitkan artikel hasutan di dalam blog peribadi beliau mengenai kos perbelanjaan tanggungan institusi Istana Negara di mana peruntukan ini telah diluluskan dalam Bajet 2017, dan 2018 di peringkat Parlimen?

Apakah peranan yang boleh dimainkan kerajaan dalam memastikan impak kejadian ini tidak menimbulkan sensitiviti persepsi negatif di kalangan rakyat? Perlu diingat, ekoran kes ini, rakyat melihat ada sesuatu yang tidak kena mengenai hubungan kerajaan memerintah dengan institusi diraja. Sedangkan ia perlu dijalinkan secara baik dan bijaksana mengikut ketetapan Perlembagaan Malaysia. Bagaimanakah cara yang paling bijaksana untuk memastikan martabat institusi raja berperlembagaan ini terus dipelihara dan dikekal utuh memayungi rakyat seiring dengan mandat rakyat melalui prinsip Demokrasi Berparlimen?

Tuan Yang di-Pertua, Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan, selaras dengan Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Oleh yang demikian, segala usaha setiap institusi awam dan individu di Malaysia perlu mengiktiraf bahawasanya bahasa Melayu amat perlu diperkasa penggunaannya dalam mana-mana urusan rasmi kerajaan. Persoalan yang ingin saya kemukakan kepada kerajaan, apakah perlu satu kajian komprehensif agar Dewan Bahasa dan Pustaka dinaikkan taraf sebagai satu institusi bertaraf suruhanjaya bebas dan diletakkan di bawah fungsi Parlimen dan beberapa peruntukan perundangan mengenai Bahasa Melayu dipinda dan dikuatkuasakan dengan lebih tegas?

Apakah pencapaian Kementerian Pendidikan sehingga tahun 2018, mengenai pemartabatan Bahasa Melayu dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 agar standard dan profesionalisme pengajaran Bahasa Melayu terus diperkukuhkan? Bagaimanakah komitmen kerajaan dalam usaha menjadikan aspek kesusasteraan Melayu dan penghasilan kandungan karya penulisan kreatif di perkasa agar program pemerkasaan bahasa kebangsaan boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi semasa?

Tuan Yang di-Pertua, sektor perikanan di Malaysia masih belum mampu menyumbang kepada aspek mengimbangi kenaikan harga kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah (B40). Mengikut perangkaan 2017, sebanyak 1.125 juta tan metrik ikan yang didaratkan di pusat pendaratan ikan di Semenanjung Malaysia dan 340,000 tan metrik ikan didaratkan di Sabah, Sarawak dan Labuan. Mengikut perkiraan ini, setiap hari Malaysia hanya mendapat bekalan ikan hanya 130 gram sahaja.

Ini menunjukkan bahawa sektor perikanan kita perlu diberi perhatian sewajarnya agar ia menjamin keselamatan bekalan ikan negara. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, apakah perancangan kerajaan dalam memastikan belia menjadi nelayan moden dan adakah kerajaan tidak berhasrat untuk menubuhkan akademik perikanan laut dalam, bagi memastikan bidang penangkapan ikan laut dalam menjadi sektor baharu untuk belia negara?

Bagaimanakah dapat kerajaan mencari kaedah agar jumlah penangkapan ikan laut yang didaratkan oleh nelayan tempatan, dapat memenuhi keperluan pasaran domestik? Bagaimanakah usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan untuk memastikan sumber ikan laut terus terpelihara dan mempunyai kapasiti pembiakan di pesisir pantai Malaysia?

Page 34: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 27

Dan juga, bagaimanakah keadaan yang paling efektif dalam memastikan

pencerobohan nelayan asing dibendung sepenuhnya, merentasi penguatkuasaan yang lebih tegas oleh APMM, Polis Marin dan TLDM ke atas pesisir pantai Malaysia dan zon ekonomi eksklusif Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua, sektor minyak dan gas yang diusahakan oleh Petronas Carigali dan Hess di North Malay Basin PM302, yang merupakan kawasan digelar sebagai a long-life natural gas asset, dengan izin, meliputi sembilan lapangan gas asli yang dianggarkan mempunyai sumber melebihi 1.5 trillion cubic feet natural gas dan melebihi 20 million barrels condensate gas dengan kedalaman air dalam lingkungan 55 meter. Lapangan gas ini hanya berada lebih kurang 180 kilometer dari pesisir pantai Kelantan dan 300 kilometer dari terminal gas di Kerteh.

Saya mendapat makluman bahawa pembangunan penuh di Lapangan North Basin ini bermula Julai 2017 oleh Hess dan perjanjian Production Sharing Contracts Block A-18 yang berada di bawah Malaysia-Thailand Joint Development Area (MTJDA) telah pun bermula pada tahun 2017. Early production, dengan izin, atau proses pengeluaran awal telah pun bermula sejak Oktober 2017.

Soalan saya kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan pihak berkuasa MTJDA, berapakah jumlah statistik pengeluaran gas dan produk petroleum di lapangan blok A-18, PM302 ini semenjak Production Sharing Contracts (PSC) di antara Petronas dan Hess mula dimeterai pada Jun 2012?

Bagaimanakah kerajaan menstrukturkan pembayaran tunggakan bayaran tunai kepada negeri Kelantan sebagaimana ketetapan Akta Pembangunan Petroleum 1974? Sehingga Jun 2018, berapakah janaan kewangan yang diperoleh Kerajaan Persekutuan dan usaha sama sektor minyak dan gas MTJDA di lapangan ini? Apakah perancangan kerajaan memuktamadkan pertikaian antara Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan agihan tunai hasil pengeluar minyak di lapangan minyak Blok A-18, PM302 ini, agar ia memberi dimensi baru dalam hubungan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri walaupun perbezaan dua parti politik yang memerintah?

Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini bermula semula semester baharu pengajian di IPTA dan IPTS bagi sesi 2018/2019, yang mana pergantungan harap pelajar kepada pinjaman dana PTPTN bagi menampung pembayaran yuran dan kos sara hidup di kampus.

Langkah kerajaan mengumumkan penangguhan bayaran semula pinjaman PTPTN, membabitkan peminjam yang bergaji bawah RM4,000 sebulan, akan menyebabkan aliran tunai PTPTN terjejas dan dibimbangkan akan memberi kesan kepada pelajar baharu sesi ini.

Untuk itu, saya memohon penjelasan dari kerajaan, bagaimanakah kerajaan dapat memberi jaminan bahawa inisiatif penangguhan bayaran PTPTN tidak menggugat kelestarian aliran tunai PTPTN? Apakah perancangan yang diatur oleh kerajaan untuk memastikan peminjam PTPTN melunaskan pinjaman secara sukarela, walaupun ada relax policy, dengan izin, diperkenalkan selepas PRU Ke-14? Setakat Ogos ini, bagaimanakah prestasi pembayaran balik oleh peminjam PTPTN?

■1200

Bagaimanakah tindakan tegas yang akan diambil terhadap peminjam yang culas agar keupayaan dana PTPTN dapat memastikan permohonan pinjaman baru dapat dijana semula. Bagaimanakah inovatif dapat dilakukan kepada produk pelaburan SSPN agar ianya lebih bermanfaat untuk dilanggan oleh orang ramai.

Tuan Yang di-Pertua, peralihan kuasa Kerajaan Pakatan Harapan menyaksikan perubahan besar peneraju di sektor GLE ataupun Government-Linked Entities atau Government- Linked Companies, Government-Linked Investment Company ataupun GLIC atau syarikat milik Kementerian Diperbadankan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah menegur bahawa kerangka pembayaran gaji dan insentif kepada teknokrat dan profesional di GLE ini akan distrukturkan semula agar ianya akan memberi pulangan besar kepada unjuran pendapatan Kerajaan Malaysia.

Page 35: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

28 DN 3.12.2018

Untuk itu, saya ingin mendapat penjelasan, apakah perancangan yang akan

ditentukan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi agar faktor transparencies in GLE directors, remuneration and pays, dengan izin, dipertingkatkan. Bagaimanakah kerajaan menyusun semula GLE yang berada pada tahap KPI yang di bawah prestasi dipertingkatkan semula aktivitinya agar memberi pulangan yang lebih baik di masa depan. Bagaimanakah kerajaan memastikan aktiviti pelaburan dan operasi GLE ini akan mengimbangi pasaran modal tempatan dan penyusutan nilai modal GLIC semenjak Mei 2018.

Tuan Yang di-Pertua, peranan dan fungsi signifikan KTMB dalam menyediakan mod pengangkutan pilihan di negeri Kelantan perlu diberikan perhatian sewajarnya. Pada masa kini, hanya pengangkutan penumpang sektor Tumpat-Singapura sahaja yang beroperasi dan ini telah menyebabkan pembangunan koridor di laluan kereta api Pantai Timur sedikit terkesan. Ditambah pula bencana banjir besar 2014 yang menyebabkan infrastruktur laluan KTMB Pantai Timur rosak teruk.

Justeru, soalan yang ingin saya kemukakan, apakah perancangan holistik kerajaan untuk memastikan industri rel ini diberi perhatian seiring dengan cadangan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) agar pendekatan pengupayaan luar bandar lebih cekap. Apakah ada perancangan oleh ECER atau kerajaan untuk memulihkan semula dan menaik taraf infrastruktur landasan KTMB sektor Pasir Mas-Rantau Panjang agar perkhidmatan di laluan ini dihentikan hampir 20 tahun. Ini akan merangsang ekonomi dua hala Malaysia-Thailand.

Tuan Yang di-Pertua, perhatian serius kerajaan untuk mengupayakan luar bandar dengan meningkatkan aktiviti PKS, gerakan koperasi, jaringan Lebuhraya Pantai Timur dan jalinan connectivity pasaran global halal memerlukan sokongan Kerajaan Persekutuan untuk memantapkan penduduk desa dalam meraih pendapatan yang baik dalam persekitaran kenaikan kos sekarang. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah perancangan ECER untuk memastikan pelaburan di taman industri halal di Lubok Jong, Pasir Mas Kelantan dimuktamadkan segera dan industri halal boleh beroperasi segera mulai tahun 2019. Apakah jajaran Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai akan mempunyai potensi untuk disambung dengan jajaran baru Lebuhraya Krai-Merapoh agar jalinan ini disepadukan dengan projek Central Spine Road Merapoh-Kuala Pilah menjelang 2020.

Bagaimanakah kerajaan mengkaji dan menentukan program-program pengupayaan ekonomi desa di Kelantan agar perusahaan desa dikombinasikan dengan gerakan koperasi agar fokus kerajaan untuk memasarkan produk halal dan menjadikan gerakan koperasi di setiap daerah menjual produk harga patut di seluruh negara lebih berjaya.

Tuan Yang di-Pertua, masalah buli, terjebak dengan najis dadah dan masalah sosial di sekolah menuntut cabaran dan kesabaran masyarakat bagi menanganinya dengan berhemah. Oleh itu Kementerian Pendidikan dan pentadbir sekolah disaran untuk memberikan perhatian khusus dalam menangani masalah ini bergandingan dengan masyarakat dan yang paling penting pentadbir sekolah perlu lebih berwibawa dan bijaksana dalam mengurus isu ini.

Oleh itu, saya ingin mendapat penjelasan dari kementerian, bagaimanakah dasar penggunaan media sosial seperti aplikasi WhatsApp ditetapkan tata kelola penggunaannya merentasi semua pihak berkepentingan agar penyalahgunaan WhatsApp ini tidak memberi implikasi dan menjejas emosi guru.

Terdapat kes di mana pengetua sekolah mengarahkan guru yang di bawah jagaannya diusir dari kumpulan WhatsApp rasmi sekolah hanya kerana membimbangi atau takut maklumat kesalahan disiplin pelajar diketahui oleh kementerian. Bagaimanakah peranan sarana ibu bapa dan pihak berkepentingan dapat digabungjalinkan agar usaha konstruktif menangani masalah disiplin dan sahsiah pelajar dapat disepadukan untuk kepentingan sejagat.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Sultan Muhammad V dan harapan saya agar segala persoalan dan isu yang ditimbulkan oleh saya dapat diperincikan jawapannya semasa penggulungan Yang Berhormat-Yang berhormat Menteri nanti.

Page 36: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 29

Kepada pegawai-pegawai daripada setiap kementerian, saya mengharapkan agar

kewajipan saudara-saudari untuk merekodkan setiap butiran yang disentuh dalam ucapan saya dan rakan saya amatlah penting, demi memastikan ketelusan kerajaan dalam dimensi Malaysia Baharu dan tunjukkanlah akauntabiliti dengan menjelaskan segala persoalan yang dikemukakan dengan jujur tanpa selindung serta keliru.

Kepada Menteri-Menteri, pembesar-pembesar negara, pegawai-pegawai tinggi, khususnya yang beragama Islam, ingatlah amaran Allah SWT dalam Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Antara ertinya, dan janganlah kamu mencampuradukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahui. Surah Al-Baqarah, ayat 42. Sekian terima kasih, mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Datin Rahimah binti Haji Mahamad, betul 20 minit lebih sikit. Terima kasih ya.

Saya jemput pula Yang Berhormat Senator Datuk Haji Hanafi bin Haji Mamat, dipersilakan.

12.08 tgh.

Datuk Haji Sr. Hanafi bin Haji Mamat: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Kalau kita masih ingat, memulakan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong meminta kita duduk dan jangan lari. Kita cuba mentafsir ungkapan kata yang tersirat dan tujuan Baginda berkata sedemikian. Tafsiran kita dan rakyat berbeza. Bagi saya, Tuanku meminta kita walau dalam keadaan sekalipun, kita perlu berani hadapi dan kita jangan lari daripada tanggungjawab.

Saya juga ingin merakamkan rasa terharu kerana Tuanku tanpa desakan dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, secara sukarela meminta gaji beliau dipotong sebanyak 10 peratus. Satu simbol keikhlasan dari seorang Raja, menyertai semangat kebersamaan dengan rakyat jelata. Juga pertama kali dalam sejarah, yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Senator Rahimah, sambutan perayaan keputeraan, beliau telah mengejutkan negara untuk menggugurkan beberapa acara sambutan semata-mata untuk mengurangkan kos dan tidak cukup dengan itu, beliau telah meminta peruntukan itu didermakan kepada Tabung Harapan.

■1210

Jadi, saya harap kerajaan dan rakyat dapat menilai dan hargai apa yang telah dilakukan oleh Ke Bawah Duli Tuanku. Tuan Yang di-Pertua, saya terasa amat sedih apabila ada orang, lebih-lebih lagi orang Melayu yang tidak menghormati dan tidak meletakkan kedudukan Tuanku di persada tertinggi, sekali gus tidak menghormati kedudukan Tuanku iaitu yang juga tidak menghormati prinsip nombor dua Rukun Negara yang menuntut Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Rukun Negara semacam dilupakan. Tidak lagi menjadi pegangan dan didukung oleh rakyat. Sebenarnya Rukun Negara diilhamkan sebagai Falsafah Nasional, sebagai reaksi kepada pergaduhan kaum peristiwa 13 Mei 1969. Untuk kembalikan keamanan dan keharmonian, maka diterapkan falsafah ini sebagai pegangan rakyat Malaysia. Justeru itu, prinsip yang kedua Rukun Negara ini perlu dihayati. Dalam hal ini juga, saya meminta kerajaan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang menghina institusi Raja dalam apa jua bentuk sekalipun, lebih-lebih lagi jika ianya datang daripada kalangan yang ada kaitan dengan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, kita baru-baru ini menyambut Hari Kemerdekaan yang telah ditukar nama kepada sambutan Hari Kebangsaan tiga hari yang lalu. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas acara-acara sambutan yang pelbagai dan menarik di peringkat nasional dan juga di peringkat negeri-negeri.

Page 37: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

30 DN 3.12.2018

Seperti lazim, rakyat di seluruh negara memberi tumpuan kepada sambutan ini

dengan penuh rasa bangga dan acara-acaranya cukup warna-warni. Demikian juga saya turut berbangga dan saya dapat melihat pelbagai acara yang sangat menarik, juga saya dapat melihat banyak kapal terbang, terbang di udara dan saya bilang lebih daripada 4, Tuan Yang di-Pertua.

Selalunya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya di dalam Dewan yang mulia ini, apakah rasional ataupun signifikannya kerajaan menukar nama hari sambutan hari tersebut kepada Hari Kebangsaan. Mungkin telah dijelaskan sebelum ini tetapi saya ingin kerajaan memaklumkan ke dalam Dewan yang mulia ini tentang signifikan pertukaran nama tersebut. Selalunya negara-negara yang telah dijajah oleh penjajah sebagai memperingati perjuangan, sebagai menaikkan semangat patriotisme meraikan ulang tahun tersebut sebagai Hari Kemerdekaan.

Sebagai contohnya, Indonesia merdeka daripada Belanda tahun 1947 menyambut Hari Kemerdekaan, merayakan Hari Kemerdekaan mereka pada Ogos 17. India merdeka daripada British tahun 1947 menyambut Hari Merdeka Ogos 15. Myanmar merdeka daripada British pada tahun 1948 menyambut Hari Kemerdekaan 4 Januari dan kuasa terbesar dunia, Amerika Syarikat merdeka daripada British pada tahun 1776 menyambut Hari Merdeka mereka, American Independence Day. Jadi itulah senarai beberapa negara, sebenarnya sebanyak 40 lagi buah negara yang pernah dijajah menyambut Hari Kemerdekaan untuk menandakan hari kebebasan.

Negara-negara yang menamakan sambutan hari kebangsaan ialah negara-negara yang tidak pernah dijajah seperti Thailand dan juga keseluruhan negara-negara Eropah. Singapura menyambut Hari Kebangsaan ataupun National Day kerana negara itu bukan mencapai kemerdekaan tetapi telah bercerai dengan Malaysia ataupun mungkin diceraikan daripada Malaysia. Jadi sebab itu amatlah penting kerajaan menjelaskan mengapa ianya ditukarkan kepada sambutan Hari Kebangsaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan menyenaraikan beberapa negara itu, saya mohon untuk mencadangkan agar kerajaan mengekalkan nama yang bersejarah ini sebagai Hari Kemerdekaan. Saya rasa sangat penting kerana ianya mempunyai signifikan yang sangat besar. Kita boleh hendak ubah nama-nama lain seperti BR1M, KR1M dan sebagainya, itu tidak ada signifikan yang besar tetapi ini berkaitan dengan sejarah, ianya sangat penting kita kekalkan nama tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh di sini kerana ianya menjadi suatu perkara bualan ataupun diviralkan di dalam media maya ataupun di dalam internet iaitu satu peristiwa ataupun perarakan yang diadakan di Pulau Pinang, di mana ianya bertemakan ada sekumpulan perarakan orang berarak yang bertemakan pakaian daripada kubur dan telah menjadi perbualan yang berterusan sehingga pagi ini. Jadi saya harap kerajaan dapat memaklumkan di Dewan ini, apakah sebenarnya motif perarakan itu kerana ianya telah menimbulkan pelbagai tafsiran yang berbeza-beza dan ada juga yang menyentuh sensitiviti bangsa dan juga kaum.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh hal pendidikan. Sedikit sahaja iaitu Dasar Pendidikan Negara kita ini adalah di antara yang terbaik di dunia dan sesuai dengan aspirasi negara yang bercita-cita untuk menjadikan negara ini maju dan harmoni walaupun terdapat pengkritik sosial memberi pelbagai pandangan yang berbeza. Saya percaya usaha untuk menjadikan negara ini sebagai hab pendidikan akan dapat diteruskan oleh kerajaan. Dengan menggabungkan Kementerian Pendidikan Tinggi dan ‘KPP’ ataupun Kementerian Pendidikan, saya fikir kerajaan dapat menjimatkan sumber tetapi saya harap ianya tidak menjejaskan kecemerlangan dan mutu pendidikan negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap program yang sangat penting dan baik seperti MyBrain tidak ditangguhkan ataupun tidak dihapuskan sama sekali. Ianya sangat perlu untuk menjana pendidikan dengan berterusan dan negara sangat perlukan kepada penemuan baru melalui pendidikan. Jadi untuk memberi alasan kerana tidak mempunyai wang untuk program ini, saya rasa kita tidak boleh terima.

Page 38: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 31

Saya mempunyai pengalaman berada di dalam Lembaga Pengarah Universiti, dua

universiti. Satu, universiti yang lama iaitu Universiti Teknologi Malaysia. Saya pernah menjadi lembaga dan satu lagi universiti yang baru, universiti bongsu- Universiti Malaysia Kelantan. Jadi apabila kita berada di situ, kita dapat melihat bagaimana pentingnya pendidikan ditekankan dan saya harap kita semua ataupun kerajaan dapat mengubah dasar baru iaitu untuk tidak meneruskan program MyBrain ini kerana negara-negara maju di dunia menjadikan universiti sebagai pusat pendidikan yang Malaysia berada di dalam bandwagonnya ataupun dalam arusnya juga.

Jadi oleh yang demikian kita tidak patut memberikan apa-apa alasan berkaitan pendidikan di dalam negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sudah panjang lebar saya berucap dalam ucapan ini. Jadi saya sebelum saya menutup, saya juga ingin membangkitkan sedikit perkara berkaitan dengan perdagangan dan ekonomi. Semalam saya terbaca laporan daripada akhbar Nikkei Asian Review berkaitan dengan pembatalan satu MoU, dengan izin, perjanjian untuk menubuhkan hab syarikat penerbangan AirAsia di Wilayah Hainan China.

■1220

Saya rasa ramai di antara Ahli-ahli Dewan juga mengetahui hal ini melalui pembacaan. Yang ditandatangani pada bulan Mei 2017 antara AirAsia dengan syarikat kaitan Kerajaan China Everbright Limited bernilai USD100 juta.

Jadi dengan pembatalan ini, pelbagai spekulasi telah timbul dan menjadi perbualan di kalangan rakyat dan juga komuniti perdagangan. Yang saya tidak hendak dengar ialah mereka berkata ini ialah reaksi Kerajaan China terhadap pembatalan projek syarikat mereka di Malaysia. Jadi saya harap kerajaan dapat menjelaskan dalam Dewan ini perkara sebenar yang berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sekadar itulah ucapan saya dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih Di Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Sekian, wabilahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

12.21 tgh.

Datuk Mohan A/L Thangarasu: Salam bahagia, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang dan peluang untuk turut serta dalam perbahasan ini. Pada hari yang bahagia di Dewan yang mulia ini, saya ingin mengaturkan beberapa perkara termasuk isu-isu penting yang membebankan rakyat dalam era Malaysia Baharu ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin untuk mengenali Malaysian Indian Blueprint. Soalan saya adalah, apakah Kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan, merancang dan merealisasi agenda pembangunan masyarakat India di Malaysia? Adakah beberapa perkara utama yang dirancang agar kaum India di negara ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara yang kian dilihat pesat membangun.

Antara beberapa perkara, saya ingin merujuk kepada keanggotaan perkhidmatan awam. Dalam perkara ini, Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji akan melaksanakan penglibatan belia-belia India dalam perkhidmatan kerajaan agar jumlah penjawat awam dapat dipertingkatkan kepada 10 peratus, agar masa depan belia-belia India terjamin. Apakah tempoh masa serta mekanisme yang diguna pakai dalam memastikan pengambilan kaum India ini tidak diabaikan atau tidak memenuhi kuota yang telah dijanjikan?

Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai isu pekerja asing. Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru agar kerajaan dapat meneliti kembali Dasar Pengambilan Pekerja Asing. Saya menyeru agar pengambilan pekerja asing dalam beberapa sektor perniagaan seperti restoran, kedai gunting rambut, tekstil serta sektor pembinaan, dapat diteruskan dan memudahkan cara permohonan agar proses kelulusan ini dapat dijalankan dengan mudah dan teliti serta teratur.

Page 39: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

32 DN 3.12.2018

Ini kerana birokrasi serta cara permohonan yang kurang cekap mengakibatkan

kebanyakan syarikat gagal mendapat tenaga kerja asing walaupun mempunyai kelayakan yang diperlukan. Kesan berlaku di mana pengambilan pekerja asing tanpa permit oleh syarikat-syarikat tersebut. Kerajaan perlulah memberi perhatian serius dalam menangani isu ini. Saya percaya dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia, kerajaan boleh menangani isu ini dengan menawarkan tenaga pekerja yang seimbang kepada sektor-sektor yang memerlukan.

Saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Pakatan Harapan mengenai skim BR1M. Apakah kerajaan akan meneruskan bantuan BR1M yang banyak membantu golongan B40 terutama dalam arus pembangunan ekonomi yang dilihat makin memberangsangkan. Jika skim BR1M ini tidak akan diteruskan, saya ingin bertanya apakah usaha kerajaan agar golongan B40 ini dijamin agar mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan negara sebelum ini. Untuk makluman rakyat Malaysia, sudah viral mengenai kenyataan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengatakan tidak akan dilupuskan BR1M tetapi selepas PRU Ke-14, Pakatan Harapan mahu menghapuskan BR1M. Apakah wajar BR1M dihapuskan? Tidakkah rasa kasihan Kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada sektor pendidikan. Saya difahamkan bahawa sistem kuota tidak lagi akan diguna pakai agar sistem matrikulasi diutamakan. Persoalan saya, adakah sistem matrikulasi ini dapat menjamin kemasukan pelajar-pelajar India ke matrikulasi dan IPTA? Saya menyeru agar kerajaan memberi perhatian sewajarnya agar bilangan pelajar-pelajar India tidak ketinggalan dan pelbagai alasan diberi kerana tidak dapat menunaikan permintaan oleh pelajar-pelajar yang mencapai keputusan yang melayakkan mereka ke matrikulasi atau IPTA.

Tuan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan ini kita sering mendengar berita mengenai perjudian nombor ekor haram di Malaysia. Baru-baru ini pihak polis telah menyerbu 15 premis yang menawarkan perjudian ekor haram di sekitar daerah timur laut. Premis ini bukan sewajarnya menawarkan keputusan perjudian dalam negara tetapi turut menawarkan judi secara talian membabitkan pertaruhan di Singapura dan Thailand.

Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Pakatan Harapan atau lebih dikenali The New Malaysia, dengan izin, untuk membenarkan satu sahaja syarikat perjudian empat ekor untuk beroperasi. Kenapa kita perlu pelbagai syarikat atau agensi nombor ekor seperti Sports Toto, Magnum 4D, Damachai, Sabah 4D, Sandakan 88 4D dan lain-lain. Saya tahu perjudian nombor ekor tidak dapat diharamkan sepenuhnya tetapi saya yakin kerajaan baharu bersama-sama saya dalam hal ini untuk mengurangkan perjudian nombor ekor, tiket loteri dan secara tidak langsung akan mengurangkan mangsa yang terjejas akibat kegiatan nombor ekor sebelum ini. Bilangan cabutan hanya tiga kali seminggu atau 156 kali setahun. Dengan meningkat bilangan cabutan pula, cabutan khas iaitu 22 kali untuk tahun 2017.

Pengguna memperoleh pendapatan yang kecil, mereka yang tidak berjudi dengan bertanggungjawab, golongan muda yang tidak mempunyai maklumat berkenaan bahayanya perjudian akan terdedah kepada gejala negatif di Malaysia terhadap pelbagai laporan berkaitan dengan isu perjudian. Dalam isu ini perhubungan terus dengan pinjaman wang tanpa lesen, Ah long, bunuh diri dan keruntuhan institut keluarganya.

Tuan Yang di-Pertua, perjudian menjadi harapan pada hari bertuah untuk tiba dan kehidupan menjadi lebih baik dan selesa. Kekalahan hari ini menjadi motivasi untuk mencuba lagi pada hari esok. Dengan mengurangkan syarikat perjudian nombor ekor, secara langsung kita akan mengurangkan penglibatan nombor ekor atau di black market, dengan izin. Ramai di luar sana yang tertipu dengan mengambil nombor ekor melalui ejen. Sebagai contoh kita dapat lihat terhadap beberapa permainan di bawah setiap syarikat. Damachai mempunyai one plus 3D, 3D, 3D jackpot, one plus 3D jackpot, dan 3 plus 3D.

Magnum pula mempunyai 4D Life Gold, dan 4D Jackpot manakala Toto pula mempunyai 4D, 4D Jackpot, 5D, 6D, Supreme, 6/55, 6/58, Power, Star 6/50 dan pelbagai jenis lagi. Kalau kita mengurangkan- inilah yang apa saya dapat tahu... [Dewan ketawa] Ada banyak lagi.

Page 40: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 33

■1230

Kalau kita mengurangkan jenis permainan seperti yang saya sebut tadi dan menjadikan cuma satu agensi atau syarikat untuk beroperasi di negara kita, ini akan mengurangkan pelaburan oleh rakyat terhadap perjudian empat nombor ekor.

Kerajaan baharu haruslah mengutamakan isu ini kerana ini bukanlah masalah seorang individual tetapi ini menjejaskan seluruh keluarga, dengan ini saya berharap hanya satu syarikat perjudian atau agensi diberi lesen beroperasi di seluruh Malaysia. Ini kemungkinan boleh dicapai macam kita tengok dulu macam-macam bank ada lepas itu dicantumkan dengan satu. Tol pun serupa juga. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta Kerajaan Pakatan Harapan kalau boleh mereka cantumkan empat hingga lima company itu dengan satu company, jadi pelaburan penjudi pun menjadi saja.

Seterusnya mengenai manifesto Pakatan Harapan. Saya menyeru Pakatan Harapan agar benar-benar jujur dan berusaha untuk melaksanakan janji-janji mereka tanpa memberi sebarang alasan terutama kepada masyarakat India khasnya, seluruh rakyat Malaysia secara amnya. Salah satu perkara yang amat dinantikan oleh masyarakat India adalah janji untuk membina sekolah menengah Tamil. Saya percaya dengan pembinaan sekolah menengah Tamil di Malaysia dapat mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan kaum India di Malaysia.

Saya juga ingin bertanya, apakah perancangan yang telah digariskan dalam pengagihan RM4 bilion kepada pembangunan kaum India di Malaysia yang diumumkan oleh Yang Berhormat Tuan Waytha Moorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini. Adakah peruntukan ini dikendalikan oleh SEDIC dan adakah jumlah ini merangkumi segala bantuan yang diumumkan kepada komuniti India di negara ini? Selain itu, saya juga ingin bertanya berhubung dengan apakah mekanisme yang diguna pakai dalam memastikan pengagihan dan dilaksanakan secara terus dan saksama dalam mengendali pengurusan.

Akhir sekali saya percaya jika Kerajaan Pakatan Harapan dapat merealisasikan Pelan Tindakan MIB ia akan memberi satu semangat yang baru sambil membuktikan bahawa masa depan kaum India di Malaysia lebih cerah dan selesa bagi komuniti India di negara yang indah dan makmur ini. Dengan kata-kata ini saya memohon menyokong Titah Diraja, sekian terima kasih. Nandre vanakkam.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Mohan A/L Thangarasu.

Dan sekarang saya menjemput pula Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong.

12.34 tgh.

Tuan Alan Ling Sie Kiong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memohon maaf kerana skrip ucapan saya ataupun maklumat ucapan saya sedang dalam proses percetakan pagi ini semasa saya dipanggil.

Oleh itu saya mengambil alih sekarang. Terutama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Haji Husam bin Musa atas pelantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara pada hari ini. Secara kebetulan beliau duduk bersebelahan saya. Saya rasa gembira dan bangga.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin terus kepada isu saya kerana masa yang singkat Tuan Yang di-Pertua. Saya harap pegawai dari Kementerian Dalam Negeri yang hadir di Dewan yang mulia ini dapat mencatatkan dan merekodkan isu-isu dan pandangan-pandangan daripada saya mengenai pasukan Polis Diraja Malaysia.

Page 41: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

34 DN 3.12.2018

Saya berasa perubahan yang menyeluruh ataupun, dengan izin, reforms perlu

dilakukan ke atas pasukan polis. Sebelum saya sentuh perkara-perkara secara mendalam saya ingin menegaskan di sini bahawa saya memang menghargai perkhidmatan serta pengorbanan semua anggota polis. Saya memberi tabik hormat kepada semua mereka tanpa mengira pangkat dan kedudukan dalam pasukan. Saya sendiri adalah anggota polis sukarelawan tetapi oleh kerana saya belum menjalani kursus latihan yang sepenuhnya maka secara rasmi saya tidak boleh bertugas. Nombor SP sukarelawan polis saya ialah 37212, pihak polis boleh check lah.

Terutama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri peranan cawangan khas sekarang. Saya dimaklumkan cawangan khas ini diwujudkan untuk menjadi agensi perisikan moden, kompeten, dihormati, berintegriti dan semua organisasi perisikan utama dalam mengekalkan, keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara. Seperti mana yang kita tahu sebelum ini cawangan khas ini selalunya mengikuti program-program parti pembangkang. Mereka pergi ambil gambar, buat video dan sebagainya dan dianggap untuk menyediakan maklumat ini kepada pihak pemerintah.

Saya ingin tahu sama ada penstrukturan semula akan melibatkan cawangan khas? Berapakah anggota cawangan khas mengikut peranan mereka dan tempat mereka berkhidmat? Adakah tenaga mereka ini mendapat penugasan semula kepada kerja-kerja membanteras jenayah yang amat diperlukan di bahagian ataupun Jabatan Siasatan Jenayah?

Ini kerana saya difahamkan di tempat-tempat dan di bandar yang besar, pegawai penyiasat polis kita, tanggungjawab dan kerja mereka amat berat. Mereka perlu mengendali banyak kes dalam satu hari, daripada mengambil keterangan, daripada pergi tempat kejadian, daripada membawa suspek ke mahkamah dan sebagainya. Saya harap satu penstrukturan semula akan dilakukan oleh pihak kerajaan yang baharu.

Kedua, adalah mengenai gaji dan kebajikan anggota polis kami. Saya melihat beratnya tanggungjawab anggota polis, saya rasa sudah sampai masa kita kerajaan baharu mengkaji semula insentif, faedah, kebajikan mereka dan saya rasa gaji mereka ini jika dibandingkan dengan gaji polis di negara Singapura ataupun negara-negara lain amat rendah. Jika difikirkan gaji yang diberi sebenarnya adalah tidak setaraf atau seimbang dengan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap anggota polis kita. Sebenarnya tidak rugi sekiranya kerajaan menambah sedikit gaji dan faedah kepada mereka. Langkah ini dapatlah kita menaikkan imej, kewibawaan, semangat dan kerajinan anggota polis untuk mereka bekerja lebih tekun lagi.

Saya mohon jasa baik Kementerian Dalam Negeri untuk memaklumkan semasa ucapan penggulungan Yang Berhormat Menteri, gaji setiap anggota polis mengikut pangkat dan adakah pertimbangan menaikkan gaji dan menambah baik faedah kepada mereka akan dimaklumkan. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan terdapat lebih 10 ribu anggota polis mengalami masalah hutang yang serius dan kebanyakan mereka berusia di antara 30 hingga 35, dan 50 hingga 55 tahun. Kalau bukan kerajaan menggaji mereka nanti pula kongsi gelap ataupun pihak-pihak yang berpengaruh memberi gaji kepada mereka dan itu akan menjadikan satu masalah, kita harapkan pagar, pagar makan padi.

Saya harap masalah ini dapat perhatian daripada kementerian. Saya amat bersimpati dengan kenyataan tersebut kalau ia benar, bagi saya anggaran 10 ribu adalah begitu ramai yang mana faktor gaji rendah ini akan menyebabkan mereka terpaksa ataupun mencari duit sampingan Tuan Yang di-Pertua.

■1240

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, sikap dan mutu anggota polis kita. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa pengetahuan undang-undang pihak polis atau pun anggota polis harus dipertingkatkan. Saya selalu melihat dengan sendiri semasa di mahkamah, pegawai penyiasat membawa suspek untuk permohonan reman, remand application, dengan izin, tetapi kerana kekurangan pengetahuan undang-undang mereka tidak dapat menjalankan tanggungjawab di mahkamah dengan begitu berkesan.

Page 42: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 35

Satu lagi berkenaan dengan komputer. Saya selalu ada berurusan dengan mereka

membawa pengadu ke balai polis. Ini komputernya ada, cantik, canggih tetapi dengan hormatnya polis di front desk itu, dengan izin, mereka pakai komputer dengan satu jari sahaja. Satu jari sahaja. Lambat satu laporan polis dia mengambil masa 30 minit ke 40 minit untuk siapkan satu laporan yang begitu ringkas sekali. Kita ada first class facility, dengan izin, tetapi kemahiran pegawai kita perlu dipertingkatkan. Oleh sebab itu selalu kalau saya pergi saya taipkan sendiri atau pun saya taip sebelum pergi untuk menyenangkan atau pun saya bawak pendrive. So, itu saya harap pihak polis atau pun Kementerian Dalam Negeri meneliti perkara ini.

Satu lagi di Miri khususnya, pembinaan Balai Polis Miri. Miri adalah bandar raya kedua besar di Sarawak tetapi pusat balai polis kita yang terletak di tengah-tengah bandar Miri dibina pada tahun 1953, lebih tua daripada Malaysia.

Malaysia merdeka 1957, Malaysia ditubuhkan 1963 tetapi balai polis pusat Miri 1953. So, ia berusia 65 tahun. Bangunan masa British setiap kali saya tidak berani sekarang pun walaupun kerajaan saya tidak berani menjemput Menteri Dalam Negeri melawat kerana sebelum ini Menteri, Timbalan Menteri pernah pergi buat perjanjian selalu termaktub dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, Kelapan, Kesembilan dan Kesepuluh, tidak terjadi. Pecah tanah pun tidak pernah. Dulu kita ada selalu pecah tanah setiap pilihan raya tetapi bangunan tidak muncul. Sekarang ini di Miri pecah tanah pun tidak pernah. So, saya harap kerajaan baru meneliti, kita ini bandar raya yang kedua terbesar.

Satu kali saya bagi contoh, saya pergi berjumpa dengan pegawai penyiasat. Mungkin saya dipanggil dulu. Saya nampak ada tong, ada cawan untuk tuangkan air dari bumbung, begitu teruk. Tidak ada persekitaran kondusif untuk pegawai kita. Ini nasib mereka dan ia diakui oleh bekas Menteri dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang pernah berkhidmat di Miri. Balai Polis Miri begitu teruk. Itu yang pertama. It’s only a single-story building. Selepas itu ada Balai Polis Lutong dan Balai Polis Tanjung Lobang. Tuan Yang di-Pertua, ini masih balai polis bangunan papan. Kaki tinggi. So, saya harap itu mendapat perhatian daripada Kementerian Dalam Negeri.

Seterusnya ada satu jawatankuasa atau pun Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis. Dalam English Tuan Yang di-Pertua, IPCMC. Saya harap IPCMC ini dapat ditubuhkan secepat mungkin untuk menyiasat secara bebas salah laku anggota polis kita. Saya juga harap dan saya dimaklumkan pada tahun lepas pihak polis melancarkan laporan polis dibuat secara online.

Saya pernah melawat laman web itu secara online, sekarang terhad Tuan Yang di-Pertua. Ia cuma untuk dokumen yg hilang sahaja, untuk kes-kes jenayah tidak dapat laporan online. Saya harap itu boleh dikembangkan kerana sekarang dengan kecanggihan teknologi dengan kemahiran kita, rakyat-rakyat kita saya harap laporan polis itu boleh diringkaskan dan dibuat di rumah atau pun di tempat-tempat masing-masing sendiri untuk kita meningkatkan mutu.

Saya juga ingin mengadu di sini kepada Kementerian Dalam Negeri bahawa saya sering kali menerima laporan polis daripada pengadu yang mengadu kepada saya, ada satu contoh di sini, saya boleh berikan maklumat. Suami beliau dicederakan di dalam kilang mereka. Laporan itu suami saya dicederakan dan dihantar ke hospital, berlaku di dalam kilang saya. Saya membuat laporan polis ini kerana risau tentang keselamatan kilang saya. Bahkan suami cedera buat laporan polis untuk rujukan sahaja. Selalunya front desk officer, dengan izin, membuat demikian, Tuan Yang di-Pertua.

Kes jenayah berunsur jenayah dia buat laporan polis ini untuk rujukan kerana bimbang akan apa yang akan terjadi kemudian hari pada kilang saya. Bahkan suami dia sudah cedera. Ini dia terima arahan daripada pegawai kanan atasan atau pun dia buat sendiri? Atau pun seumpamanya hendak tutupkan kes sebegitu. Kalau ada pegawai Kementerian Dalam Negeri dia boleh tanya, saya boleh berikan salinan laporan tersebut kepada mereka. Ini sering kali berlaku dan kadang-kadang bertolak laporan tersebut. Saya harap perkara ini harus dipertimbangkan dan diambil berat.

Page 43: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

36 DN 3.12.2018

Ada satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ada lesen-lesen atau pun

kelulusan penjual senjata api dikeluarkan. Kalau penjual senjata api dikeluarkan kepada sesetengah syarikat itu, maka pemegang saham atau pun rakan kongsi akan juga diberikan lesen memakai senjata api. Saya difahamkan mereka menggunakan loophole ini untuk mendapatkan lesen senjata api dengan menjadi dealer- penjual senjata api. Saya hendak tahu daripada pihak polis apakah kriteria tersebut dan saya minta menyenaraikan semua penjual lesen ini dan rakan-rakan kongsi yang mendapat lesen senjata api dengan cara sebegitu. Saya harap perkara ini dapat dilihat.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya harap dengan satu ini isu-isu yang saya bangkit dengan satu pasukan polis yang bermutu berkelas dunia, rakyat akan lebih menikmati dan rasa bangga.

Isu yang seterusnya adalah mengenai kewarganegaraan Tuan Yang di-Pertua. Saya dimaklumkan ada 53 ribu kes yang masih belum selesai atau pun dengan izin Tuan Yang di-Pertua, pending dalam Kementerian Dalam Negeri. 53 ribu permohonan. Kenapa 53? Saya dimaklumkan sampai sekarang 2018, kes yang dikendalikan mereka hanya mengendalikan kes pada tahun 2014 iaitu empat tahun yang lepas. So, 2015, 2016, 2017 dan 2018 belum lagi mereka meneliti. Kenapa itu berlaku Tuan Yang di-Pertua? Adakah kerana kakitangan dalam kementerian tidak mencukupi atau pun tidak?

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, permohonan untuk kewarganegaraan itu boleh kita mempermudah dan kita harus memaklumkan status permohonan kepada si pemohon. Sekarang ini kalau sudah mohon, kalau kita pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cuma disuruh tunggu sahaja. Tunggu demi tunggu, dua tahun, tiga tahun lepas tiga tahun kalau kita minta tolong ADUN atau pun Ahli Parlimen tulis surat, kita terima jawapan standard, dengan izin, iaitu masih di proses. Selepas tiga tahun pun masih di proses. Itu tidak adil. Kalau tolak kita tolak, kalau di proses itu kita adakan time frame Tuan Yang di-Pertua.

Sekarang ini ada beberapa insiden di mana adik-beradik si pemohon itu adalah warganegara tetapi beliau, oleh kerana alasan tertentu sama ada terlepas atau pun tidak didaftar semasa lahir. Dalam keadaan itu saya rasa kalau kita ada bukti DNA maka kewarganegaraan harus diberikan kepada mereka. Itu perkara. Saya mohon supaya sebelum ini banyak special task force, saya tidak akan cadangkan special task force di Dewan yang mulia ini. Special task force yang ditubuhkan tetapi tidak secara berkesan untuk menyelesaikan masalah kewarganegaraan.

■1250

Saya dengan rendah diri Tuan Yang di-Pertua, saya berharap satu jabatan spesifik, Jabatan Kewarganegaraan Malaysia untuk mengendalikan semua permohonan ini oleh sebab sistem sekarang ini adalah permohonan itu dikemukakan kepada JPN. Selepas itu JPN kemukakan kepada KDN. Tidak ada satu koordinasi di antara mereka dan banyak kekeliruan daripada si pemohon. Mereka tidak tahu, asyik pergi ke JPN sahaja tetapi yang membuat keputusan muktamad adalah KDN.

Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak ini ramai kaum orang asal, orang Iban. Oleh sebab mereka tinggal di pedalaman dan sebagainya, mereka tidak ada facility, tidak pergi ataupun lewat mendaftar. Mereka ini memang wujud di Sarawak sahaja orang Iban Tuan Yang di-Pertua. Saya harap simpatilah dengan mereka. Mereka ini tidak ada IC, tidak ada pasport, tidak boleh pergi mana-mana. Ada ibu bapa warganegara, anak mereka mohon sampai ibu bapa pun berusia dan meninggal dunia tetapi anak mereka masih stateless, dengan izin. Saya harap kita mengambil berat. Kerajaan baru, kita harus ada political will untuk selesaikan masalah ini.

Satu isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua kalau boleh, kalau ada masa adalah isu dadah musuh negara. Saya harap kita ambil berat dan perangi dadah habis-habisan di Malaysia. Ini adalah penting. Saya seorang peguam saya tahu. Selalu yang tangkap itu pihak kastam atau pihak Bukit Aman dia buat sidang media besar-besaran ada tangkapan.

Akan tetapi kebanyakan tangkapan itu pengedar dadah sahaja. Ini rangkaian sindiket yang besar tetapi sering kali kita tidak nampak ada tangkapan mastermind. Saya tahu, kalau saya bangkitkan hal ini mungkin keselamatan saya terancam.

Page 44: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 37

Akan tetapi demi masa depan anak-anak kita, demi negara yang kita sayang, demi

memikul tanggungjawab saya sebagai Ahli Dewan Negara, saya sanggup untuk bangkitkan isu dadah ini. Meskipun berisiko tinggi Tuan Yang di-Pertua.

Sekarang ini pengedar dadah ada target. Sebuah keluarga, seorang penagih. That is their matlamat. Sebuah keluarga dia mesti lahirkan seorang penagih. Sekarang murid-murid kecil sampai umur tujuh tahun pun sudah ikut. Modus operandinya dia bagi free dahulu. Selepas free, you are addicted, dengan izin, awak akan menjadi pengedar dan sebagainya, penagih dan pengedar. Oleh sebab sindiket ini lumayan tinggi, mereka ada wang yang banyak, saya risau dengan wang itu mereka boleh menguasai pihak-pihak penguat kuasa.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, satu tindakan daripada kerajaan ataupun kita mengkaji undang-undang supaya hak ini diambil berat. Saya tidak tahu banyak jawatankuasa Kabinet ditubuhkan. Ada Agensi Antidadah Kebangsaan lagi tetapi nampaknya tidak berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ada taklimat pada pukul 1 tengah hari untuk Ahli Dewan Negara yang baru, termasuk saya dan sekarang sudah tengah hari. Oleh itu saya mengakhiri ucapan saya dengan menyokong sepenuhnya dan menjunjung kasih di atas Titah Diraja. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong, bagus. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Puan Lim Hui Ying. Ada? Keluar ya. Tiada!

Kita ganti kepada Yang Berhormat Senator Puan Asmak binti Husin.

12.54 tgh.

Puan Asmak binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya mengucapkan terima kasih di atas peluang untuk turut sama dalam perbahasan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Majlis Pembukaan Dewan bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas pada 17 Julai yang lepas.

Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, saya ingin menyokong pandangan daripada Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong tadi berkaitan dengan pembasmian dadah. Oleh sebab saya banyak terlibat dengan isu kekeluargaan. Didapati hari ini berlaku peningkatan juga penghisap dadah, saya tidak tahu hendak sebut nama secara jelas iaitu penghisap dadah secara profesional di kalangan pegawai-pegawai eksekutif, pegawai-pegawai tinggi dan menyebabkan kesannya memberi kesan yang besar kepada keluarga.

Saya diberitahu juga dalam kes yang saya handle itu, mereka mendapatkan dadah sekarang secara pos, pos ke rumah. Jadi cara mereka ini agak sukar untuk dikesan. Jadi saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Senator tadi kerana membangkitkan isu dadah terutamanya kita di Kelantan ini berada di persempadanan.

Baiklah, saya meneruskan ucapan perbahasan saya pada hari ini. Pertamanya, saya berasa berbesar hati kerana dapat menganggotai Dewan Negara yang mulia ini. Kita masing-masing bergerak atas dasar profesionalisme dan kepakaran bidang masing-masing. Walaupun kita semua secara peribadi ada sentimen dan politik masing-masing. Kita semua mempunyai pelbagai baju yang kita pakai sebagai Ahli Dewan Negara. Saya sendiri sebagai contoh mewakili Kerajaan Negeri Kelantan. Walaupun di sini kami hanya berdua sahaja dengan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa tetapi apabila di Kelantan, kami adalah sebuah kerajaan.

Page 45: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

38 DN 3.12.2018

Sebagai sebuah kerajaan, kepentingan rakyat menjadi keutamaan. Kami juga

mempunyai tekanan dan cabaran tersendiri untuk mentadbir. Maklumlah sebenarnya mengekalkan dan meningkatkan pentadbiran dan pencapaian selepas kemenangan itu bukan mudah. Apatah lagi, kami selalu dikatakan sebuah negeri yang miskin dan tidak pandai mentadbir.

Namun begitu, kami berbangga dan berasa bertanggungjawab dengan mandat yang masih diberikan oleh rakyat pada PRU-14 baru-baru ini walaupun di peringkat negara dan beberapa negeri mengalami perubahan.

Buat pengetahuan Ahli Dewan yang mulia, berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia yang dibentangkan dalam sidang DUN Kelantan baru-baru ini, pendapatan penengah telah meningkat sebanyak 6.6 percent setahun daripada 45.85 peratus pada tahun 2014 kepada 52.28 peratus pada tahun 2016. Purata pendapatan rakyat Kelantan sekarang juga telah meningkat sebanyak 6.2 peratus setahun daripada 61.41 peratus pada tahun 2014 kepada 69.58 peratus pada tahun 2016. Isu kemiskinan pula telah berkurang daripada 0.6 peratus pada tahun 2014 kepada 0.4 peratus pada tahun 2016.

Sebagai sebuah kerajaan, kami tidak sekadar bersikap defensif tetapi kami memandang serius segala teguran dan tuduhan dan kami akan ambil sebagai sempadan buat kami bagi memperbaiki pentadbiran sedia ada. Saya juga mengharapkan hubungan Government to Government (G2G) akan berlangsung dalam semangat federalism yang baik dalam pemerintahan kerajaan yang baru. Semoga amalan sebelum ini tidak diikuti oleh kerajaan sekarang.

Selain daripada baju kerajaan, saya juga sebenarnya memakai baju mewakili rakyat Kelantan. Apabila bercakap pasal rakyat Kelantan, kita bukan sahaja bercakap tentang bangsa Melayu tetapi kita juga bercakap pasal Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli. Jadi masalah mereka adalah masalah kita juga. Saya juga memakai baju bekas pendidik. Apabila bercerita pasal bekas pendidik, of course colleague saya Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul juga adalah bekas pendidik. Maknanya termasuk dalam colleague saya adalah bekas-bekas pendidik.

Begitu juga pada hari ini juga saya memakai baju wanita. Maknanya Ahli-ahli Yang Berhormat Senator wanita di sini adalah satu colleague dengan saya. Begitu juga dengan baju-baju yang lain. Kenapa saya sebutkan tentang baju-baju ini? Bukan hendak cerita pasal baju tetapi sebenarnya sekiranya kita melihat diri kita dalam baju yang pelbagai ini, maka pemikiran dan pendekatan kita akan lebih terbuka. Inilah yang kita namakan bersatu dalam kepelbagaian.

Mesej perpaduan dan politik matang dan sejahtera ini sangat penting untuk kita sampaikan kepada rakyat terutamanya kalau kita berhasrat untuk meletakkan umur minimum mengundi 18 tahun. Kadang-kadang rakyat mendapat mesej yang salah dan apabila melawat Parlimen, apabila saya bercakap dengan pegawai yang handle lawatan Parlimen, biasa mereka akan ditanya, “Puan, bila Ahli Dewan ini hendak bergaduh sesama sendiri macam dalam TV?”. Nampaknya gambaran mereka ialah kita dalam Dewan ini suka bergaduh. Ada pembangkang, ada kerajaan walhalnya mungkin berbezalah.

Ini sebenarnya gambaran yang tidak sihat kepada rakyat. Isu perpaduan terutamanya isu integrasi kaum sangat penting di Malaysia. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga ada menekankan tentang mencari titik persamaan bukan perbezaan dengan bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat dan survival negara.

Berkenaan dengan perkara ini, saya ingin bertanya kepada kerajaan. Apakah langkah khusus pihak kerajaan untuk meningkatkan integrasi kaum dalam masyarakat netizen di alam maya yang dikuasai oleh Gen ‘Y’ dan Gen ‘Z’. Ini kerana Gen ‘Y’ dan Gen ‘Z’ mereka ini banyak membentuk kawan bukan secara fizikal tetapi di alam maya. Apabila mereka tidak ada perjumpaan secara fizikal, jadi mereka menulis itu tanpa mata. Bahasa itu macam-macam keluar. Jadi apakah langkah-langkah kerajaan khusus untuk Gen ‘Y’ dan Gen ‘Z’ berkenaan integrasi kaum.

Page 46: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 39

Seterusnya saya ingin menyentuh pula tentang isu negeri Kelantan. Pertama Tuan

Yang di-Pertua berkaitan dengan infra dan pembangunan sukan di Kelantan. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Kementerian Belia dan Sukan atas pelantikan Exco sebagai pengerusi Majlis Sukan Negeri tanpa mengira kedudukan negeri, sama ada pembangkang atau kerajaan. Pelantikan ini memudahkan pengurusan. Habis masa.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat saya beri peluang Yang Berhormat sambung selepas ini ya.

Puan Asmak binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik terima kasih. Ahli Yang Berhormat Senator, sekarang saya tangguhkan Mesyuarat hingga jam 2.30 petang. Sekian. Assalamualaikum.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

■ 1430

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Puan Asmak binti Husin, sambung perbahasan.

2.32 ptg.

Puan Asmak binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya sudah berhenti pada isu yang berkaitan dengan negeri Kelantan. Isu pertama yang saya bangkitkan ialah berkenaan dengan infrastruktur dan pembangunan sukan di Kelantan. Tadi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana pelantikan Exco sebagai Pengerusi Majlis Sukan Negeri. Ini sebenarnya kali pertama bagi negeri seperti kami di Kelantan.

Kami juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk menambah kemudahan infrastruktur sukan dan rekreasi di Kelantan. Seingat saya sendiri, sejak saya sekolah rendah tahun 80-an dahulu, infrastruktur sukan seperti padang kompleks hoki tidak berubah-ubah sehingga sekarang. Kesannya, Kelantan tidak mampu untuk menjadi tuan rumah SUKMA kerana kekurangan kemudahan infrastruktur berprestasi tinggi.

Apa yang paling menyedihkan, ada antara atlet Kelantan yang terpaksa mewakili negeri lain dan disunting oleh negeri-negeri lain kerana tiada kemudahan infrastruktur sukan berprestasi tinggi. Contohnya, atlet angkat berat dan hoki. Pasukan bola Red Warriors juga di bawah KAFA yang mempunyai penyokong fanatik yang ramai juga tidak mempunyai padang sendiri. Soalan saya ialah, apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membina stadium dan infrastruktur sukan berprestasi tinggi untuk pembangunan sukan di Kelantan?

Saya juga ingin bertanya, adakah pihak kerajaan bercadang untuk membina sekolah agama atau maahad atau sekolah tahfiz aliran sukan di Malaysia? Ini kerana kalau di Kelantan sahaja, kita ada lebih 90 buah sekolah Arab bawah Yayasan Islam Kelantan, tidak termasuk sekolah agama kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia. Sudah pastinya banyak bakat terpendam yang tersimpan di sekolah-sekolah ini. Pengalaman saya sendiri, macam adik saya ini, dia adalah pelari pantas di Kelantan, terpaksa menolak untuk masuk ke sekolah sukan kerana sayang kepada subjek agama dan tarbiah di sekolah agama.

Selain daripada isu berkaitan dengan sekolah ini juga, pada masa sekarang, didapati ibu bapa di Malaysia tidak mempunyai pendedahan tentang bentuk modul latihan terutamanya modul sokongan ketika di sekolah sukan ataupun pembangunan sukan, apatah lagi kita ada juga mendengar tentang isu pencabulan yang berlaku semasa latihan.

Page 47: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

40 DN 3.12.2018

Oleh itu soalan saya, apakah bentuk modul latihan spiritual dan tarbiah yang

dijalankan dalam latihan ahli sukan dan sekolah sukan di Malaysia? Ibu bapa juga tidak pernah didedahkan tentang jaminan hidup masa depan, sekiranya mereka menjadi ahli sukan profesional di Malaysia. Oleh itu, apakah langkah kerajaan untuk mengatasi isu ini?

Isu yang kedua pula ialah berkaitan dengan projek pembangunan mampan Kelantan. Bermula tahun 2016, Kelantan sememangnya komited menjalankan projek teknologi hijau peringkat negeri dan yang terbaharu, kerajaan telah mengorak langkah dengan pergi ke satu tingkat lagi iaitu pelaksanaan projek pembangunan mampan atau sustainable development peringkat negeri Kelantan. Kelantan adalah antara negeri terawal meneroka projek ini. Melaka juga ada memulakan tetapi masih meletakkan di bawah tajuk teknologi hijau. Oleh itu, kami mohon sokongan daripada pihak kerajaan khususnya sokongan kewangan, kepakaran, kemahiran, teknologi, R&D dan lain-lain.

Isu yang ketiga pula adalah berkaitan dengan Sekolah Tunas Bakti di Kelantan. Sekolah Tunas Bakti adalah institusi sekolah yang diluluskan bagi pendidikan latihan dan penahanan kanak-kanak yang ditubuhkan atau yang ditetapkan di bawah seksyen 65, Akta Kanak-kanak 2001 dan mereka ini digelar sebagai pesalah kanak-kanak.

Saya dimaklumkan, semua negeri mempunyai Sekolah Tunas Bakti (STB) kecuali negeri Kelantan. Oleh itu, soalan saya ialah adakah kerajaan bercadang untuk membina Sekolah Tunas Bakti di Kelantan? Ini kerana STB yang terdekat dengan kami adalah di Terengganu. Dalam proses pemulihan pesalah kanak-kanak ini, sokongan ibu bapa sangat penting dalam proses pemulihan.

Bayangkan kalau ibu bapa itu tinggal di kawasan Jeli dan datang pula daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan pesalah kanak-kanak ini terdiri daripada umur 10 hingga 18 tahun dan hanya balik sekali setahun sahaja pada hari raya. Jadi maknanya, bagaimana sistem pemulihan mereka?

Kedua, apakah modul pemulihan spiritual atau adakah terdapat pendekatan pemulihan yang standard di seluruh STB seperti Sekolah Henry Gurney di bawah Jabatan Penjara Malaysia, memandangkan mereka bersekolah di sekolah kebangsaan biasa?

Ketiga, apakah ada program memasyarakatkan STB dengan kepimpinan masyarakat setempat? Ini memandangkan saya mendapat maklumat ada masyarakat sekeliling yang prejudis dengan pelajar STB. Saya dimaklumkan ada sesetengah STB membuat solat Jumaat di dalam sekolah kerana masyarakat setempat ini tidak boleh menerima mereka dan mereka ini dipanggil sebagai, dengan izin, budak jahat.

Seterusnya isu yang keempat pula berkaitan dengan konflik Orang Asli Gua Musang. Saya juga ingin membangkitkan isu Orang Asli di Gua Musang, berdasarkan yang saya dapat laporan daripada pihak berkuasa negeri tentang status semasa bagi merizabkan tanah Orang Asli untuk proses pewartaan di bawah seksyen 62, Kanun Tanah Negara 1965. Kesimpulannya- sebab dia ada panjang report dia ini, saya baca kesimpulanlah. “Selaras dengan dasar kerajaan negeri yang bersetuju untuk mewartakan kawasan yang terlibat dengan pendudukan Orang Asli, diwartakan sebagai kawasan penempatan Orang Asli di bawah seksyen 62, Kanun Tanah Negara 1965”. Sehingga sekarang, sebanyak 32 kawasan telah dibuat permohonan oleh JAKOA untuk diwartakan, yang mana tujuh daripadanya telah selesai diluluskan dan diwartakan manakala yang selainnya masih dalam tindakan.

Oleh itu, saya juga senada dengan Yang Berhormat Senator Dato’ Isa dalam hal ini, agar kedua-dua pihak bertolak-ansur dan mencari jalan tengah yang menguntungkan kedua-dua pihak. Bagi saya, Orang Asli juga adalah rakyat Kelantan, mempunyai alasan dan kepentingan sendiri dan begitu juga dengan kerajaan negeri. Saya mengharapkan jangan ada pihak ketiga yang berhasrat untuk menjadikan situasi rundingan menjadi lebih menyulitkan. Semoga rundingan JAKOA dan kerajaan negeri berakhir dengan baik dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Isu yang terakhir pula ialah berkaitan dengan keamanan sempadan Kelantan. Soalan saya adalah berkaitan pelantikan Tan Sri Rahim Noor sebagai fasilitator baharu rundingan damai Selatan Thai. Apakah rasional pelantikan Tan Sri, memandangkan saya juga ada membaca Timbalan Menteri Perdana Menteri turut melahirkan rasa tidak senang dengan pelantikan tersebut?

Page 48: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 41

Saya juga mendapat maklumat ada juga NGO anak petani Selatan Thai yang

menyuarakan agar dikaji semula pelantikan Tan Sri. Mohon pencerahan daripada pihak kerajaan, memandangkan Kelantan ini ia bersempadan dengan negeri Thailand. Apa-apa yang berlaku di sebelah sana akan menjejaskan kita juga. Sebab Kota Bharu dengan Tak Bai ini 40 kilometer sahaja. Berdengkur sebelah sini, sebelah sana dengar.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Perkara ini adalah salah satu daripada empat unsur tradisi yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahasa Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu, keistimewaan hak orang Melayu dan unsur ini diperluaskan juga setelah kemasukan Sabah dan Sarawak.

■1440

Oleh itu pematuhan agama yang disebut dalam Titah Diraja bukan sahaja perlu dilihat dari segi aspek sebagai amalan personel tetapi ia harus diterapkan dalam sistem. Dalam masa yang sama ia adalah hak beramal bagi Muslim yang tidak dinafikan.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya telah di-tag di Facebook (FB) berkaitan dengan seorang pemohon yang berhasrat untuk bekerja di bahagian pengurusan hotel. Dia tidak diterima bekerja kerana dia bertudunglah. Sekiranya perkara ini benar maka benarlah ada lagi syarikat di Malaysia yang mengamalkan diskriminasi terhadap wanita Muslimah. Apakah langkah kerajaan bagi memastikan hak wanita Muslimah dan hak wanita lain seperti mother-friendly workplace dalam pelbagai sektor pekerjaan terbela?

Selain itu pakaian pramugari juga sering menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Akan tetapi, saya mempunyai sudut pandang berbeza tentang pakaian ini. Ia ada hak wanita Muslimah yang bekerja sebagai pramugari untuk menutup aurat tapi dalam masa yang sama saya bangkitkan isu ini bukan hendak fokus kepada hak beramal semata-mata tapi kerana ia melibatkan isu keselamatan.

Baju pramugari yang agak ketat menyebabkan kesukaran mereka untuk bekerja seperti menaiki tangga, memanjat dan terutamanya tidak sesuai ketika berlaku kecemasan. Oleh kerana itu memudahkan pergerakan maka kain mereka akan dibelahlah sampai ke paha dan menyebabkan mereka terpaksa memakai pantyhose ataupun stoking tebal yang panjang untuk meminimumkan penampakan aurat dan juga kerana mereka duduk dalam penerbangan dan mereka kesejukan dan boleh menjejaskan kesihatan.

Masalahnya ialah pantyhose yang mereka pakai ini dengan bajet sendiri dan pantyhose ini biasanya tidak rentan api dan ini sebenarnya melibatkan keselamatan aviasi antarabangsa. Begitu juga semasa latihan kecemasan mereka dibenarkan memakai seluar panjang di dalam atau pakaian kargo untuk mengelakkan terselak dan lain-lain. Kenapa semasa latihan dibenarkan dan semasa bekerja berbeza?

Justeru, seluar panjang dilihat lebih sesuai dan selesa untuk bekerja dan pengenaan tudung sebenarnya tidak menjejaskan keselamatan. Selagi fabrik yang digunakan itu selaras dengan Majlis Keselamatan Aviasi Antarabangsa.

Saya juga ada membaca tuntutan berpakaian seluar panjang turut dibuat oleh pramugari penerbangan lain termasuk KoreanAir. Oleh itu saya mohon pihak kerajaan prihatin isu ini kerana berkait dengan hak beragama dan keselamatan.

Saya juga ingin membangkitkan tentang apakah polisi berkaitan kesihatan ataupun perlindungan terhadap anak kapal. Memandangkan anak kapai ini sering dianggap sebagai jawatan tidak profesional. Sedangkan dalam masa yang sama mereka ini terdedah kepada radiasi tinggi dalam tempoh yang panjang. Jadi apakah jaminan perlindungan kesihatan kepada anak-anak kapal di Malaysia.

Selain itu, penyediaan arak secara percuma di dalam kapal terbang negara juga menjadi punca ketidakselesaan orang Muslim di Malaysia. Kenapa semua penumpang perlu turut membayar untuk arak percuma walaupun sebenarnya mungkin 10 percent yang minum. Ia juga meningkatkan kos kerana yang minum tidak ramai. Islam sebenarnya tidak bertoleransi dengan arak kerana ia dinyatakan keharaman dengan jelas pihak-pihak yang terlibat.

Page 49: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

42 DN 3.12.2018

Dari aspek keselamatan juga, saya hendak tekankan aspek keselamatan- timbul

beberapa persoalan iaitu pertama apakah polisi menghidangkan arak di MAS? Berapa gelas atau ada bilangan yang terhad kepada setiap penumpang? Pernah kah anak kapal kabin Malaysia ini diancam oleh penumpang yang mabuk?

Dan keempat apakah polisi MAS tentang penumpang mabuk, apakah asas yang menentukan seseorang penumpang sudah cukup dengan minumannya. Ini kerana yang boleh menentukan mabuk ataupun tidak sebenarnya adalah doktor tapi masalahnya anak kapal yang kena berhadapan dengan mereka di dalam penerbangan.

Isu berkaitan meminum alkohol semasa penerbangan bukan sahaja berlegar di kalangan penerbangan negara Islam tetapi turut dibincangkan oleh penerbangan antarabangsa yang lain. Contohnya dalam kes yang melibatkan RyanAir di Eropah apabila mereka menghadapi isu penumpang mabuk. Dalam report, dinyatakan, dengan izin, saya baca dalam bahasa Inggeris, “The FBI reveal that report of sexual assaulted that take place during commercial flight have increased and alarming 66 percent between the years 2014, and 2017 according to CNN Report and FBI representative told reporters that the majority of offences happened on red-eye overnight flight of three hours or more, where cabin lights might be darken and all extension, where alcohol is being consumed.”

Oleh itu pengharaman arak isu pengharaman atau banning on inflight alcohol turut disokong oleh flight attendance di Eropah dan di Amerika kerana mereka yang berdepan dengan isu pemabuk dan sebagainya.

Mohon pihak kerajaan melihat kembali isu ini dengan lebih teliti kerana ia melibatkan isu Islam, kos, dan keselamatan. Memperkenalkan penerbangan patuh syariah dilihat lebih menguntungkan dan daripada sudut branding dan marketing di peringkat antarabangsa.

Berkenaan dengan kedudukan Islam di Malaysia saya juga ingin memohon penjelasan daripada pihak kerajaan tentang hasrat kerajaan untuk menandatangani Konvensyen Hak Asasi Manusia Antarabangsa. Yang terbaru CAT-lah Convention of Torture.

Soalan saya ialah pertama, apakah persediaan Wisma Putra dalam menghadapi pusingan ketiga semakan berkala sejagat UPR. Saya difahamkan rekod hak asasi manusia akan disemak pada bukan November kelak. Adakah Wisma Putra sudah mengemukakan laporan bagi pihak kerajaan dan adakah pihak pemegang berkepentingan khususnya gabungan NGO seperti Malaysian Alliance of Civil Society Organisations and the UPR Process iaitu MACSA telah dirujuk dan diambil kira pandangan mereka mengenai syor-syor terhadap kerajaan.

Kedua, dalam meneruskan komitmen untuk menandatangani baki enam Konvensyen Hak Asasi Manusia Antarabangsa. Apakah kerajaan akan merujuk juga kepada MACSA dan lain-lain NGO? Apakah siri rundingan mendalam akan dijalankan dengan kesemua pihak termasuk pihak bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam dan budaya di Malaysia?

Apakah pendekatan kerajaan dalam menangani isu-isu utama yang melibatkan keperluan meminda perlembagaan jika sebagai contoh melibatkan keistimewaan bumiputera seperti Artikel 153 dalam kes ratifikasi ICIERD. Artikel 3(1) dalam kes ratifikasi ICCPR yang melibatkan hak kebebasan beragama dan lain-lain isu yang kontroversi.

Saya amat berharap agar pihak kerajaan menyatakan jelas pendirian berkaitan hak asasi yang dipegang oleh Malaysia untuk mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian. Soalan saya ini bukan bermakna kami prejudis dan pesimis dengan hak asasi manusia antarabangsa. Malah kami di Kelantan mempunyai pendirian tersendiri berkaitan dengan hak asasi.

Contohnya dalam semakan dasar wanita Kelantan terbaru CEDAW turut dijadikan asas dalam penelitian untuk menyemak dasar. Dan saya sendiri berpengalaman sebagai penggubal untuk dasar kanak-kanak fitrah Kelantan. Asas pembinaan kami turut mengambil Convention Right of Children di peringkat antarabangsa dan covenant hak asasi kanak-kanak Islam oleh OIC termasuk Federal Constitution dan sudah semestinya juga pandangan Al-Quran dan Al-Hadis. Oleh itu, yang paling penting adalah ratifikasi hak asasi harus mengambil kira pandangan agama Islam dan budaya masyarakat di Malaysia.

Page 50: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 43

Berkenaan isu LGBT yang sedang tular sekarang. Saya mencadangkan agar

kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dapat dipertingkatkan untuk menangani isu ini sejak daripada awal. Saya juga difahamkan ada negeri yang menyediakan one-stop center bagi ibu bapa yang ingin merujuk dan mendapat nasihat berkenaan anak-anak termasuk isu LGBT.

Akan tetapi, mereka kurang kemahiran dari sudut marketing terutama marketing baru dan beban tugas lain yang sudah banyak. Masyarakat hari ini juga keliru antara khunsa-khunsa ini maknanya yang aslilah dan gender yang tidak dibenarkan. Malah ada juga public figure yang ambil kesempatan dengan sekejap kata khunsa dan sekejap kata tidak sedangkan mereka menjadi idola kepada masyarakat.

Saya juga berharap pihak kerajaan mengambil langkah yang efektif untuk mendefinisikan LGBT dan khunsa berdasarkan realiti masyarakat Malaysia dan perkembangan teknologi semasa dan mengeluarkan garis panduan yang jelas agar memudahkan masyarakat dan mengelakkan polemik dan andaian. Akhir kata, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat kita lagi ada 19 orang yang hendak bahas. Saya akan hadkan masa kepada 15 minit seorang.

Silakan Yang Berhormat Yang Berhormat Senator YBM. Engku Naimah binti Engku Taib.

2.49 ptg.

YBM. Engku Naimah binti Engku Taib: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam negaraku Malaysia.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan untuk saya turut sama berucap menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15 Sultan Muhammad V kerana sudi berangkat menyampaikan Titah di istiadat pembukaan Parlimen pada 17 Julai lalu.

Saya tidak akan mengambil masa yang panjang Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

■1450

YBM. Engku Naimah binti Engku Taib: Kali ini telah terpahat sejarah apabila Parlimen dibuka sebanyak dua kali. Negara juga telah bertukar tampuk pemerintahan selepas Pilihanraya Umum Keempat Belas, pada 9 Mei lalu.

Saya juga turut ingin mengucapkan tahniah kepada 12 orang Ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah pada Isnin lepas. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Datuk Husam yang telah mengangkat sumpah hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Titah Baginda, Tuanku telah berpesan kepada kerajaan baharu yang telah diberi mandat oleh rakyat agar bertanggungjawab dalam menggalas tugas dengan jujur dan penuh dedikasi. Baginda juga berharap agar Ahli Yang Berhormat yang telah dipilih akan mengemukakan fakta yang baik dan benar, memberi teguran yang berhemah dan bijaksana serta penuh kesopanan dan bertatasusila.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai pemimpin kecil di peringkat bawah, saya hanya inginkan agar keamanan negara terus kekal baik. Keamanan dan perpaduan dalam sebuah masyarakat majmuk perlu lebih diperkasakan agar Malaysia terus dilihat sebagai sebuah negara yang penduduknya boleh hidup dengan penuh harmoni. Kini rakyat bawahan ternanti-nanti akan apakah yang akan dibuat oleh kerajaan baharu demi kesejahteraan rakyat. Adakah mereka berupaya mengharungi cabaran-cabaran ekonomi demi kelangsungan hidup?

Page 51: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

44 DN 3.12.2018

Tuan Yang di-Pertua, Tuanku juga menekankan cara menangani kos sara hidup.

Dengan pertukaran GST kepada SST, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri Kewangan akan jaminan harga barang tidak akan membebankan rakyat bawahan. Apakah cara atau mekanisme untuk membantu golongan sasaran yang berada di bawah paras kemiskinan?

Saya juga ingin mengetahui hala tuju baharu 2018-2020 tentang program-program dan projek-projek yang telah pun dimulakan, contohnya ECRL. Saya yang berada di Pantai Timur ternanti-nanti akan siapnya prasarana ini. Tentunya projek ECRL ini akan merancakkan lagi ekonomi di Pantai Timur, khususnya bagi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Saya mendoakan agar kerajaan baharu boleh meneliti semula dan meneruskan projek ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada para atlet kita yang telah mengharumkan nama negara di peringkat Asia. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq atas pencapaian atlet-atlet kita di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Akhirnya, saya hanya mendoakan agar negara kita Malaysia akan terus aman harmoni di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan. Tadbir uruslah negara dengan baik dan tidak terus-terusan mengeluarkan kenyataan atas segala yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu selama 61 tahun itu banyak yang tidak baik. Tidak adakah kebaikan yang telah kita nikmati selama tempoh itu?

Secara jujur, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu sekarang yang telah meneruskan pentadbiran dengan harmoni selepas memenangi pilihan raya yang lalu. Mereka memperbaikinya yang tidak berapa baik dan menambah baik sebagaimana perlu, demi rakyat dan negeri Terengganu.

Sebelum berakhir, izinkan saya mengucapkan terima kasih khusus kepada Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, semua warga Parlimen yang telah menyantuni saya selama tempoh perkhidmatan saya di sini.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dewan Undangan Negeri Terengganu yang telah melantik saya mewakili negeri Terengganu. Saya juga turut menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan saya akan terus berdoa agar negara terus diberkati, diberi taufik dan hidayah serta aman bersatu padu. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Mulia.

Silakan Yang Berhormat Senator Puan Lim Hui Ying.

2.54 ptg.

Puan Lim Hui Ying: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sebab suara saya yang kurang enak, okey [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk menjadi anggota Dewan yang mulia ini. Justeru, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kerana memberikan kepercayaan ini kepada saya. Amanah ini akan saya junjung dengan sepenuh usaha saya terutamanya untuk membawa suara rakyat Pulau Pinang dan Malaysia ke Dewan yang mulia ini.

Pada 29 Ogos 2018, Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow telah melancarkan pelan pembangunan masa depan Pulau Pinang yang diberi nama Penang 2030. Visi masa depan ini memberikan fokus kepada nilai-nilai kekeluargaan, kelestarian dan kepintaran. Antara perkara yang menarik perhatian adalah cadangan untuk satu indeks kebahagiaan yang akan digunakan sebagai kayu pengukur untuk rakyat memberikan maklum balas dan menyatakan kepuasan tentang dasar-dasar yang dilaksanakan.

Page 52: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 45

Saya berpendapat Kerajaan Persekutuan wajar mengambil iktibar daripada

tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tersebut. Zaman di mana kerajaan dianggap maha mengetahui semua sudah berlalu. Kerajaan Malaysia Baharu tidak hanya perlu mengeluarkan dan melaksanakan dasar-dasar yang baik malah perlu memastikan adanya proses maklum balas, dengan izin, feedback process agar suara pihak-pihak berkepentingan diberi pertimbangan sewajarnya. Suara rakyat suara keramat.

Jika suara rakyat adalah suara keramat, maka mana-mana pembangunan tidak patut meminggirkan komuniti di luar bandar-bandar besar. Tidak kira di peringkat negeri ataupun di peringkat Persekutuan, tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil kepada semua rakyat Malaysia.

Justeru, Penang 2030 menggariskan rancangan yang memberi keutamaan kepada kawasan Seberang Perai, lebih-lebih lagi dalam aspek pembinaan rumah mampu milik, infrastruktur pengangkutan dan prasarana rekreasi. Dalam hal ini, saya ingin mengetengahkan agar pembangunan negara secara keseluruhannya perlu mengambil kira kesaksamaan kepada kesemua wilayah dan negeri di Malaysia. Saya ingin mengambil contoh KDNK per kapita mengikut negeri.

KDNK per kapita negara kita ialah RM38,887 pada tahun 2016. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mempunyai gabungan KDNK per kapita sebanyak RM101,420. Manakala negeri yang mempunyai KDNK per kapita yang paling tinggi iaitu Pulau Pinang dan Selangor mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM47,322 dan RM44,616 masing-masing. Bandingkan keadaan ini dengan negeri-negeri dengan KDNK per kapita paling rendah seperti Sabah dengan KDNK per kapita RM21,081, Kedah RM19,152 dan Kelantan RM12,812.

Mengikut statistik 2016, sembilan buah negeri mempunyai KDNK per kapita di bawah KDNK per kapita kebangsaan. Apa maksud angka-angka ini? Jelas, statistik tersebut menunjukkan ketidakseimbangan pembangunan di setiap negeri di Malaysia. Walaupun KDNK per kapita Pulau Pinang mencatatkan rekod paling tinggi pada tahun 2016, namun angka tersebut masih kurang daripada separuh KDNK per kapita di Kuala Lumpur.

Justeru, saya memohon agar Kerajaan Persekutuan yang baharu beranjak daripada kaedah lama yang telah sekian lama meminggirkan kepentingan 13 buah negeri dalam Persekutuan kita. Konsep Persekutuan ataupun Federalisme bermaksud pengagihan kuasa dan sumber secara saksama di antara Pusat dan Negeri-negeri Bersekutu dan bukannya pemusatan kuasa oleh Kerajaan Persekutuan.

Bagi menjurus ke arah ini, saya mencadangkan agar satu jawatankuasa terpilih khas Parlimen ditubuhkan untuk mengkaji semula formula agihan sumber yang baru di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan 13 buah negeri. Formula ini perlu mengambil kira sumbangan daripada sesebuah negeri tersebut, keperluan negeri dan akhirnya kepentingan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita boleh lihat, contohnya dari segi KDNK per kapita tadi, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling dinamik dalam negara ini. Berkat usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang suatu ketika dahulu pernah dipanggil, ‘Darul Sampah’ kini telah menebus kembali gelaran dan seterusnya maruah sebagai Pulau Mutiara Timur dengan izin, Pearl of the Orient.

■1500

Dalam jangka masa 10 tahun, sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, berjaya meletakkan kembali nama negeri dan negara di persada dunia sebagai Bandaraya Paling Sesuai Didiami- the Most Liveable City, di negara dan rantau ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, serta sebagai lokasi pilihan bagi pedagang dan pelabur antarabangsa. Kejayaan ini hanya boleh di kecapi dengan kerjasama antara kerajaan negeri yang mengamalkan disiplin konsep cekap, akauntabel dan telus (CAT) serta rakyat Pulau Pinang yang mempunyai semangat waja.

Page 53: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

46 DN 3.12.2018

Namun kejayaan yang baru, lambat laun akan menunjukkan kelemahan sistem

lama. Justeru, kerajaan negeri insaf bahawa jika Pulau Pinang ingin mengekalkan momentum pembangunan bagi dekad yang akan datang, infrastruktur pengangkutan perlu dipertingkatkan.

Statistik pada tahun lepas menunjukkan bahawa, pemilikan kereta di Pulau Pinang adalah 1.5 per kapita, dengan kata lain, jumlah kenderaan adalah 50 peratus lebih banyak daripada jumlah penduduk. Jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, Pulau Pinang merupakan negeri keempat yang mempunyai jumlah kereta yang paling tinggi. Salah satu faktor utama yang menyebabkan pemilikan kereta peribadi yang begitu tinggi adalah kerana kekurangan pengangkutan awam yang berkualiti.

Justeru pada tahun 2015, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan satu Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP). Objektif PIPP adalah untuk memenuhi keperluan dari segi infrastruktur pengangkutan awam untuk tempoh lima puluh tahun yang akan datang. Strategi pengangkutan awam ini dijangka akan menjadi game changer bagi negeri dan rakyat Pulau Pinang dengan konsep- moving people not cars. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, PIPP akan mempunyai komponen-komponen utama berikut yang akan merangkumi seluruh negeri Pulau Pinang iaitu:

(i) jaringan Light Rail Transit (LRT),

(ii) satu laluan penghubung ketiga antara Pulau Pinang dan Seberang Perai;

(iii) dua jaringan monorel iaitu di Pulau dan di Seberang Perai; dan

(iv) sistem jaringan Bus Rapid Transit (BRT) di Seberang Perai.

Melalui pelaksanaan PIPP, kerajaan negeri menyasarkan sehingga 40 peratus penggunaan pengangkutan awam di dalam negeri berbanding tiga peratus pada masa kini. Projek sebesar ini sudah tentu mengundang perhatian yang serius dari pelbagai pihak.

Namun sejak PIPP itu diumumkan pada tahun 2015, kerajaan negeri sudah pun mengadakan sesi konsultasi yang mencapai lebih kurang 17 ribu orang awam termasuk pihak-pihak berkepentingan. Aktiviti konsultasi dijangka akan diteruskan kerana kerajaan negeri berpegang kepada konsep akauntable dan ketelusan.

Selain proses tender terbuka, kerajaan negeri juga mengambil serius bahawa impak-impak negatif PIPP ke atas alam sekitar dan masyarakat perlu dikawal pada tahap minimum. Contohnya, kajian-kajian seperti Environmental Impact Assessment, Traffic Impact Assessment, Hydraulic Study, Fisheries Impact Assessment, Social Impact Assessment, dan Marine Traffic Risk Assessment telah dilaksanakan untuk tujuan mitigasi kesan pelaksanaan projek tersebut terhadap alam sekitar dan masyarakat.

Kerajaan negeri sudah tentu akan memenuhi segala syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Sebagai makluman tentang status terkini PIPP, beberapa komponen PIPP sedang menunggu proses kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan. Contohnya dalam Projek LRT, kerajaan negeri masih menunggu kelulusan Kementerian Pengangkutan. Laporan Kesan Alam Sekeliling dan projek tambakan laut juga sedang menanti kelulusan daripada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, saya berharap pihak Kerajaan Persekutuan akan mengambil serius perkara ini dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri bagi menjayakan PIPP demi kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu Pulau Pinang daripada isu pengangkutan awam.

Pertama, pihak Kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan desentralisasi bagi dasar-dasar pengangkutan supaya setiap negeri diberikan ruang untuk merancang, mengurus dan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf pengangkutan awam mengikut keperluan dalam negeri. Syarikat dan institusi kerajaan seperti Prasarana harus mengutamakan pandangan, kajian dan keperluan penduduk tempatan dan bukan hanya diuruskan mengikut arahan dan perancangan dari ibu pejabat Kuala Lumpur atau Putrajaya sahaja.

Page 54: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 47

Kedua, Kerajaan Persekutuan diminta mempercepatkan proses penilaian usul-usul

dan permohonan PIPP daripada kerajaan negeri.

Ketiga, walaupun PIPP mempunyai model pembiayaan tersendiri, Kerajaan Persekutuan disarankan untuk memberikan bantuan dari segi kewangan kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek yang dijangka akan menelan belanja sebanyak RM46 bilion tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil peluang ini untuk merekodkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau mencatatkan sejarah sebagai wanita pertama yang memegang jawatan tersebut. Ini merupakan kejayaan besar, bukan sahaja kepada beliau, malah kepada perjuangan menuntut kesaksamaan gender di negara kita.

Di kalangan Menteri Kabinet pula, bilangan Menteri wanita bertambah dan wanita diberikan peluang memegang portfolio yang secara tradisinya dipegang oleh lelaki. Syabas kepada Pakatan Harapan. Namun bagi saya, penambahan wanita dalam Kabinet tidak patut menjadi satu matlamat akhir atau end goal dengan sendirinya. Ia sepatutnya menjadi asas kepada penggubalan dasar-dasar yang sensitif gender, dan yang lebih adil kepada kedua-dua lelaki dan perempuan.

Justeru, saya menyeru agar Kabinet terus memberikan perhatian kepada cabaran-cabaran yang didepani oleh kaum wanita di Malaysia. Fokus berterusan haruslah diberikan kepada pengupayaan wanita terutamanya dalam sektor politik dan juga sektor pekerjaan secara amnya.

Selepas Pilihanraya Umum Keempat Belas, kita telah menyaksikan penyertaan wanita yang paling ramai sejak Merdeka dalam Dewan Rakyat iaitu sebanyak 14.4 peratus dan juga dalam Kabinet iaitu sebanyak 18 peratus. Di dalam Dewan yang mulia ini pula, kita mempunyai 19.4 peratus Senator wanita. Walaupun kita patut meraikan kejayaan pertambahan penyertaan wanita dalam peringkat tertinggi pembuat keputusan di negara kita, namun amat jelas sekali kita masih jauh dari sasaran sebenar.

Matlamat kita, dan saya percaya, kedua-dua parti pemerintah dan parti pembangkang boleh bersetuju dalam hal ini ialah agar ada sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan. Kerajaan perlu menambahkan usaha dalam aspek ini dan ia perlu dimulakan dengan peringkat akar umbi lagi di dalam JKKK, di peringkat kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan seterusnya ke Parlimen yang mulia ini.

Kedua, kerajaan perlu memberikan perhatian kepada penyertaan wanita dalam pasaran kerja. Wanita kini 50 peratus daripada populasi negara. Jika separuh daripada tenaga kerja kita tidak dapat dikerahkan kerana faktor-faktor seperti ketidakadilan dasar, maka bayangkan kerugian kepada pembangunan negara secara amnya.

Saya berikan contoh di sini, walaupun di universiti kita, pelajar perempuan merangkumi 45 peratus pelajar di bidang kejuruteraan di peringkat sarjana muda, namun apabila sampai di pasaran kerja, jurutera perempuan hanya 22.7 peratus sahaja. Mengapakah keciciran tersebut boleh berlaku? Malah di peringkat yang lebih tinggi lagi, contohnya di peringkat Lembaga Pengarah, data daripada Pesuruhjaya Syarikat menunjukkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah perempuan hanya merangkumi 16 peratus daripada jumlah Ahli Lembaga Pengarah di dalam syarikat berdaftar di Malaysia. Dalam syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan, GLC pula, bilangan Ahli Lembaga Pengarah perempuan pun masih rendah iaitu sebanyak 17 peratus.

Dalam sektor perkhidmatan awam pula, hanya 19 peratus Ketua Pengarah terdiri daripada perempuan.

Page 55: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

48 DN 3.12.2018

■1510

Manakala pegawai kerajaan perempuan yang memegang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) ialah lebih kurang 33.7 peratus. Saya menyarankan agar kerajaan baharu mengambil serius perkara ini dan menjadikan sasaran 30 peratus penyertaan wanita ini sebagai target utama dalam KPI negara. Undang-undang anti diskriminasi perlu digubal agar sebarang penindasan terhadap rakyat Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan disebabkan faktor gender, kaum, agama dan usia dapat dihapuskan.

Sistem sokongan kekeluargaan seperti jaringan pusat penjagaan juga perlu dipertingkatkan agar wanita tidak lagi perlu memilih antara kerjaya dan tanggungjawab kepada keluarga. Saya mengucapkan syabas kepada Dewan Rakyat kerana akan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender. Saya menyeru agar jawatankuasa tersebut dapat memainkan peranan yang berkesan bagi mencapai matlamat perjuangan hak wanita selama ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita berbicara tentang wanita, saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk menyeru kerajaan agar mempercepatkan proses menghentikan perkahwinan bawah umur di kalangan rakyat Malaysia. Berdasarkan statistik terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat, dalam masa 10 tahun di antara tahun 2007 hingga tahun 2017, perkahwinan bawah umur bagi masyarakat Islam mencecah 10 ribu kes dan bukan Islam pula sebanyak 4,999 kes.

Terbaru ini, kes di Kelantan di mana kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dikahwini oleh seorang lelaki berusia 41 tahun. Kes ini telah menjadi kes berprofil tinggi dan mendapat banyak perhatian. Namun daripada statistik JKM di atas, jelas berlaku insiden di mana kanak-kanak perempuan dikahwinkan secara paksa tetapi dalam diam. Bagaimana pula dengan kehidupan mereka nanti? Jika ibu bapa gagal untuk melindungi anak-anak mereka maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengambil alih peranan tersebut sebagai pelindung mereka. Jika kerajaan pula berpeluk tubuh ataupun berlengah-lengah maka kita telah gagal dalam tugas penting ini.

Akhir sekali izinkan saya menyentuh terhadap isu yang sudah lama menjadi permasalahan buat rakyat di Pulau Pinang iaitu masalah banjir. Pada November 2017, negeri Pulau Pinang dilanda bencana banjir akibat hujan lebat tanpa henti selama lebih 10 jam. Pada masa itu juga Perdana Menteri terdahulu, hadir ke Pulau Pinang dan menjanjikan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi melaksanakan rancangan-rancangan tebatan banjir di seluruh negeri Pulau Pinang. Namun selepas janji yang ditaburi, tindakan tidak disusuli, saya memohon agar Kerajaan Persekutuan sekarang boleh menghulurkan peruntukan tersebut secepat mungkin, bagi membolehkan beberapa projek tebatan banjir boleh dilaksanakan.

Selain daripada peruntukan RM1 bilion yang dijanjikan, saya juga berharap agar punca besar banjir di bahagian pulau iaitu di Lembangan Sungai Pinang diberikan perhatian yang serius. Sejak Rancangan Malaysia Kesembilan, kita dibelai dengan janji manis bahawa Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang telah diluluskan dan akan dilaksanakan. Malangnya selepas hampir 20 tahun menunggu, rakyat Pulau Pinang di bahagian pulau khususnya masih merana setiap kali hujan lebat kerana masalah di Lembangan Sungai Pinang masih belum diselesaikan.

Di dalam perkara ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana baru meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk fasa pertama Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang. Saya difahamkan tender sudah pun dijalankan untuk lantikan perunding bagi menyediakan reka bentuk terperinci. Akhirnya selepas dua dekad menunggu, rakyat Pulau Pinang akan melihat pelaksanaan projek tebatan banjir yang sudah lama tergendala ini.

Tanggungjawab menyelesaikan banjir bukan sahaja di atas bahu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri Pulau Pinang amat memahami cabaran kewangan yang dihadapi oleh Kerajaan Persekutuan dan oleh itu sudah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk pelbagai projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di merata negeri. Namun ia sudah tentu tidak mencukupi, oleh itu kerjasama bersama Kerajaan Persekutuan amat diperlukan. Saya yakin kerajaan baharu ini bukan seperti kerajaan lama yang tidak pernah menepati janjinya kepada Pulau Pinang.

Page 56: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 49

Akhir kata, besarlah harapan saya agar kerajaan baharu yang diterajui oleh Pakatan Harapan, akan terus meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dan tidak tersasar daripada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia. Dengan ini saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, tahniah ucapan perbahasan yang pertama. Yang Berhormat Puan Raj Munni tadi bangun, fasal apa?

Seorang Ahli: [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Oh! Ikut senarai. Akan tetapi ada Ahli-ahli Yang Berhormat ini, sebelum Ahli Yang Berhormat, sebab itu saya hendak habis dia orang ini. Boleh?

Puan Raj Munni binti Sabu: Boleh.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin.

3.16 ptg.

Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya izin bagi membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada sesi Istiadat Pembukaan Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas pada 17 Julai 2018 yang lalu.

Mengambil maklum akan Titah dan nasihat Duli Tuanku, kita selaku Ahli Dewan Negara perlu berganding tangan untuk memastikan segala dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan memenuhi keperluan dan kehendak rakyat kerana rakyat perlu diutamakan di setiap pelosok negeri tanpa mengira perbezaan politik kerajaan yang memerintah negeri-negeri dalam Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin saya sentuh adalah mengenai institusi taska dan tadika. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kepentingan kemasukan anak-anak kecil berumur dua tahun hingga enam tahun ke taska, tadika dan pendidikan prasekolah milik kerajaan amatlah penting kerana kosnya amat rendah. Oleh itu kerajaan melalui agensi seperti Kementerian Pendidikan, KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional perlu memastikan kapasiti tawaran penguatkuasaan kawal selia dan pembangunan infrastruktur kemudahan taska, tadika dan prasekolah ini amat penting.

Persoalan yang ingin saya kemukakan yang pertama, berapakah unjuran sebenar bilangan pelajar berumur dua tahun hingga enam tahun yang akan mendaftar sebagai pelajar di taska, tadika dan prasekolah menjelang tahun 2019 dan tahun 2020? Apakah pendekatan holistik dalam penyediaan infrastruktur, sumber dan bantuan insentif kerajaan yang baharu dalam memastikan peratusan daftar pelajar berumur empat tahun ke program prasekolah mencapai sasaran 100 peratus seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013?

Bagaimanakah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melaksanakan penyelarasan undang-undang statutori mengenai kawal selia dan pemantauan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pelajar bagi tadika yang turut menawarkan perkhidmatan taska di premis mereka? Sebab kita tahu kosong hingga empat tahun, taska terletak di bawah penyeliaan JKM ataupun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Empat tahun hingga enam tahun iaitu tadika di bawah Kementerian Pendidikan.

Namun, terdapat tadika-tadika yang juga menawarkan perkhidmatan taska, yang mana menjaga kosong hingga empat tahun. Maka kita hendak tahu, bagaimanakah penyelarasan undang-undang statutori, pengawalan dibuat kepada tadika-tadika yang turut menawarkan perkhidmatan taska ini.

Page 57: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

50 DN 3.12.2018

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan perlu berhati-hati dalam

menimbangkan kertas cadangan, semakan caj yuran konsultasi perubatan yang akan dinaikkan antara RM35 hingga RM125, daripada RM10 hingga RM35 sebelum ini. Oleh itu kerajaan perlu memastikan Skim Peduli Sihat yang dicadangkan untuk dilaksanakan sebagaimana manifesto 100 hari Pakatan Harapan dilaksanakan dengan segera, agar akses rakyat B40 kepada perubatan berkualiti lebih sempurna.

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai operasi Klinik 1Malaysia. Pertama, apakah kerajaan akan menutup sejumlah klinik-klinik ini dan adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan klinik pesakit-pesakit luar di 135 buah hospital seluruh negara serta 2,840 buah klinik kesihatan agar akses mendapatkan rawatan percuma lebih mudah, sekiranya operasi Klinik 1Malaysia ini ditamatkan, terutamanya di kawasan luar bandar.

■1520

Saya juga ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai progress terkini, pelaksanaan Skim Peduli Sihat kerajaan sebagaimana yang telah dimaktubkan ataupun telah diumumkan dalam manifesto.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dengan isu kedaulatan negara dan hubungan diplomatik Malaysia-Singapura kerana ia amat signifikan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dan hubungan dua hala yang lebih sempurna dan adil. Justeru saya ingin menyentuh mengenai beberapa perkara tentang perkara ini.

Pertama, berkenaan dengan penetapan sempadan maritim antarabangsa yang mana ia perlu di semak rapi bagi membendung isu pertikaian penguatkuasaan mengikut Convention Third United Nations Conference on the Law of the Sea (UNCLOS III). Soalan saya mengenai isu persempadanan maritim ini adalah mengenai status Pulau Pisang di perairan Selat Melaka di mana kedudukan pulau ini yang sejauh lima kilometer dari Benut, Johor. Sebagaimana yang telah diputuskan ketika ini kita tahu, rumah api Pulau Pisang diselia oleh Lembaga Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan tentang apakah status terkini isu Pulau Pisang ini dan bagaimanakah hak operasi rumah api walaupun telah diputuskan dan adakah kerajaan bercadang untuk mendapatkan semula operasi rumah api ini kepada Malaysia bagi melindungi kedaulatan negara bagi mengelakkan episod kedua Pedra Branca tidak akan berulang sekali lagi.

Seterusnya saya juga ingin bertanya sekali lagi berkenaan dengan soalan tambahan saya pagi tadi Tuan Yang di-Pertua. Bagaimanakah penyelarasan penguatkuasaan maritim bersama Malaysia-Singapura di zon pertikaian terutamanya. Terdapat beberapa rungutan oleh nelayan tempatan, wujud provokasi antara angkatan bersenjata Singapura ke atas nelayan tempatan yang menangkap ikan di zon pertikaian ini. Ini tadi soalan in memang patutnya bawah JPM, Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab kita hendak tahu keselamatan nelayan kita. Kalau dahulu sebelum keputusan dibuat banyak nelayan-nelayan kita di Johor ini memang dapat singgah untuk berehat di pulau tersebut. Maka sekarang ini kita hendak tahu bagaimanakah penguatkuasaan yang diadakan.

Seterusnya berkenaan dengan bekalan air mentah ke Singapura melalui perjanjian yang dibuat pada tahun 1962. Ini kerana melalui perjanjian ini Malaysia akan membekalkan 250 juta gelen air sehari dan Kerajaan Singapura akan proses dan kemudiannya Kerajaan Malaysia akan membeli. Sekarang kita tahu- saya dimaklumkan bahawa setakat ini Malaysia hanya membeli lebih kurang dalam enam million gallon sehari daripada distribution center, Kota Tinggi Waterworks, berbanding dengan Kerajaan Malaysia membekalkan 250 juta gelen sehari kepada Singapura.

Rundingan ini bersesuaian kerana sekiranya Kerajaan Malaysia bercadang untuk mengadakan rundingan semula kepada Kerajaan Singapura, ia bersesuaian kerana Melaka membayar 50 sen bagi seribu gelen air mentah Sungai Muar yang dibekalkan oleh Kerajaan Malaysia. Maknanya, antara Johor dan Melaka pun menjual dengan harga 50 sen, tetapi Kerajaan Malaysia menjual kepada Singapura dengan harga kadar tiga sen bagi seribu gelen.

Page 58: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 51

Oleh sebab itu saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan bagaimanakah

kerajaan dapat merundingkan semula bayaran caj bekalan air mentah ke Singapura yang ketika ini kita lihat harganya tidak bersesuaian dengan kadar semasa.

Seterusnya yang keempat, berkenaan dengan itu pertikaian berkenaan dengan hubungan Malaysia-Singapura, sebab saya daripada Johor, Tuan Yang di-Pertua. So saya hendak tahulah banyak perkara-perkara yang berhubung dengan Singapura dan Malaysia ini.

Perkara terakhir yang saya hendak bertanya berkenaan dengan apakah hasil rundingan bagi penangguhan projek HSR dan implikasi kewangan kepada Kerajaan Malaysia. Ini kerana pihak Kerajaan Singapura telah pun menyatakan mereka telah mengeluarkan kos dalam pengambilan tanah untuk tujuan right of way dan pembinaan kemudahan HSR ini dekat hampir 300 juta telah di-spend oleh Kerajaan Singapura.

Saya juga dimaklumkan bahawa satu rundingan telah diadakan pada 30 Ogos yang lalu bersama dengan Menteri Pengangkutan Singapura. Maka kita hendak tahu apakah hasil rundingan ini selain daripada yang Kerajaan Singapura tidak mengenakan penalti RM500 juta kepada Malaysia. Kita hendak tahu apa hasil rundingan itu selain daripada yang telah diumumkan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kenaikan signifikan perlakuan jenayah ekonomi dan penipuan global seperti skim scam Macau, penipuan panggilan telefon menyamar sebagai pihak bank dan Bank Negara Malaysia. Di Malaysia amat membimbangkan kerana hasil tinjauan daripada Price Waterhouse Coopers (PWC) yang dilaporkan minggu lepas dalam media tempatan membuktikan trend jenayah ini menujukan peningkatan kepada 41 peratus pada tahun 2018 berbanding 28 peratus pada tahun 2016.

Justeru peranan Bank Negara, SPRM, SKMM, Suruhanjaya Sekuriti, KPDNHEP iaitu melalui SSM dan PDRM perlu disepadukan agar perlakuan jenayah ekonomi ini tidak merencatkan kestabilan pasaran modal dan sistem kewangan negara. Oleh itu saya ingin mendapatkan penjelasan, berapakah statistik sebenar kes-kes jenayah ekonomi atau scam yang berlaku sehingga Julai 2018. Bagaimanakah Kementerian Kewangan melalui Bank Negara Malaysia, Kementerian KPDNHEP dan juga MCMC meningkatkan aktiviti penguatkuasaan komprehensif seiring dengan trend Industri 4.0 berasakan IOT dan pasaran digital global?

Adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan tribunal tuntutan pengguna ke atas perniagaan online dan sebagainya. Seterusnya apakah langkah-langkah yang boleh dipastikan berkesan untuk memberikan kesedaran awam dan keyakinan rakyat bagi membanteras jenayah ekonomi dan penipuan global ini berleluasa.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini merupakan hari ketiga pelaksanaan Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 bermula penguatkuasaan di seluruh negara. Soalan saya mengapakah masih berlaku kekeliruan dalam approach perbandingan pengiraan GST dan SST kerana beberapa hari yang lepas, saya ada melihat dalam laman sesawang MOF berkenaan dengan info grafik maklumat.

Akan tetapi pada 1 September yang lalu telah dikeluarkan semula maklumat itu dan kerana pengiraan GST tanpa tolakan cukai input lebih murah berbanding SST. Maknanya terdapat banyak kekeliruan yang kurang jelas di kalangan masyarakat terutamanya rakyat berkenaan GST dan SST ini.

Kalau kita tengok macam semalam saya pergi makan Tuan Yang di-Pertua, saya pun kalau saya sendiri pun confused saya pun tidak tahulah kalau rakyat terutamanya di kampung-kampung itu lagilah mungkin akan timbul kekeliruan.

Kalau kita tengok semalam saya pergi makan dengan keluarga saya, makan dekat satu restoran di mana, selain daripada service charge yang kita tahu memang akan dikenakan service charge, tetapi dalam resit tersebut ada diletaknya “Service tax”- maknanya service tax of the six percent. Kita faham bahawa kalau ikut undang-undang yang baharu ini, service tax ini memang patut dikenakan kepada kedai-kedai atau yang mungkin mempunyai central kitchen yang mengeluarkan barang.

Page 59: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

52 DN 3.12.2018

Akan tetapi persoalan yang ingin saya tanyakan, bagaimanakah pengguna ataupun

rakyat hendak tahu sama ada restoran yang dia makan ini melepasi threshold of the RM1 million.

Sebab apa restoran- threshold ini tinggi, RM1 milion. Kalau dahulu RM500 ribu, sekarang ini kalau restoran RM1 million tidak semua. Tidak tahu lah kalau di Malaysia ini rakyat Malaysia memang suka makan kat luar sampaikan jualannya mencecah RM1 juta.

So, kita hendak tahu, macam mana kerajaan hendak mengatasi supaya rakyat tahu, macam contohnya, saya ambil contoh yang paling mudahlah, restoran yang mana memang ramai daripada kita yang mungkin makan kat luar ini tahu, yang sebenarnya syarikat itu, restoran itu memang patut mengenakan service charge, supaya rakyat tidak ditipu. Supaya rakyat tahu yang mereka bayar ini hasilnya akan pergi kepada kerajaan bukanlah diambil kesempatan oleh peniaga-peniaga. Itu salah satu contoh daripada SST.

Apa yang hendak saya perkatakan Tuan Yang di-Pertua, masih banyak lagi kekeliruan yang berlaku disebabkan- saya faham pelaksanaannya hanya beberapa hari, baharu tiga hari, tetapi sebagaimana perbahasan saya sebelum ini, semasa membahaskan tentang RUU SST, semasa kita hendak implement GST, kita memerlukan 14 bulan- untuk penerangan kepada rakyat.

Akan tetapi pada GST ini dalam tempoh yang amat singkat dilaksanakan SST banyak kekeliruan yang timbul dan saya juga hendak bertanyakan kepada Kastam bagi memastikan, dapatkah Kastam memastikan operasi helpdesk.kastam bagi setiap negeri beroperasi sehingga tujuh hari dalam tempoh peralihan ini agar isu-isu kekeliruan SST dapat ditangani dengan berkesan pada masa kini.

■1530

Sebab apa? Masa saya hendak buat teks ini, fasal SST ini, saya cubalah hendak tanya nak dapatkan confirmation daripada helpdesk Kastam. Bila saya telefon, helpdesk yang menjawabnya hanyalah mesin. Sebab apa? Itu pun it will go through, dengan izin, hotline Kastam, tidak melalui, tidak ada satu line ataupun satu talian yang dikhususkan untuk penerangan ataupun untuk menjawab isu-isu kekeliruan SST.

Maka kita minta kalau boleh, selain daripada sebab kalau kita tengok dalam website, SST ini helpdesk hanya beroperasi mengikut office hours. Maknanya kalau katalah pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang, kita ini kalau hendak beli barang, kita tidak beli waktu pejabat. Kita akan pergi beli barang waktu cuti ataupun lepas pejabat. Kalau kita beli barang, pergi shopping waktu cuti itu, namanya mengular, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Oleh sebab kita hendak tahu kalau boleh dalam tempoh peralihan GST kepada SST ini, kita minta supaya pihak kerajaan dan Kastam lebih efisien, lebih prihatin kepada rakyat supaya rakyat tidak tertipu dengan peniaga-peniaga yang ingin mengambil kesempatan menaikkan harga ataupun meletakannya. Sepatutnya tidak dikenakan SST tapi dikenakan SST dan sebagainya.

Akhir kata, satu lagi berkenaan dengan Kementerian Kewangan juga, perlu memberikan perhatian serius bagi memastikan pertumbuhan suku terakhir 2018 dapat mengimbangi penyusutan, perolehan pendapatan Kerajaan Persekutuan semasa tempoh tax holiday dan pelaksanaan SST bermula semalam, bermula dua hari lepas.

Justeru, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah defisit pendapatan cukai GST yang direkodkan semasa tempoh tax holiday bermula Jun hingga Ogos 2018? Bagaimanakah kerajaan bercadang untuk mengimbangi semula belanjawan negara akibat daripada defisit pendapatan cukai semasa tempoh tax holiday? Saya mengharapkan supaya Yang Berhormat Menteri dan kementerian dapat menjawab soalan ini kerana soalan yang sama juga saya kemukakan semasa perbahasan rang undang-undang tempoh hari tetapi tidak dijawab.

Page 60: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 53

Apabila saya berjumpa Yang Berhormat Menteri di luar, dia kata dimaklumkan

kerana akaun tidak tutup lagi. Maknanya tidak tutup sampai 31 September, so dia tidak tahu berapa jumlah sebenar. Akan tetapi saya mengharapkan supaya jawapan ini dapat dijawab nanti, digulung. Kalau tidak digulung, dijawab dengan secara bertulis sebab saya diminta dengan pegawai Yang Berhormat Menteri menjawab. Ini supaya kita tahu berapa sebenarnya supaya kita hendak tahu keadaan yang sebenar.

Kita juga hendak tahu bagaimanakah kerajaan menangani isu pengelakan cukai korporat melalui aktiviti transfer pricing bagi perusahaan yang memasarkan produk mereka di negara berjiran dan serantau kerana kerajaan tidak dapat mengesan volume sebenar yang masuk ke pasaran akhir pengguna. Ini disebabkan oleh SST dikenakan kepada pengilang berbanding GST dilaksanakan di setiap tahap rantaian pengedar produk.

Tuan Yang di-Pertua, point yang kedua terakhir, saya ingin menyentuh dan bertanya tentang kutipan wang Tabung Harapan. Kerajaan telah mengumumkan akan menamatkan kutipan wang Tabung Harapan tidak lama lagi kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan kebimbangan Tabung Harapan akan mewujudkan masalah menangani budaya rent seekers ataupun pelobi-pelobi dalam hubungan kerajaan dan sektor korporat. Saya mengalu-alukan keadaan ini kerana kita hendak kerajaan yang telus bagi membela rakyat di masa akan datang.

Soalan saya kepada kerajaan, berapakah jumlah kutipan Tabung Harapan? Bagaimanakah hasrat kerajaan untuk menggunakan Tabung Harapan ini, kutipan hasil Tabung Harapan ini untuk melunaskan hutang Kerajaan Persekutuan mengikut tatacara kewangan yang berkuat kuasa sekarang?

Saya juga ingin bertanya, apakah kerajaan akan mengumumkan statistik derma Tabung Harapan ini agar ianya diaudit dan diumumkan kepada orang awam demi ketelusan kerajaan Pakatan Harapan mengendalikan dana awam? Akhirnya bagaimanakah derma peruntukan tanggungan tiga Majlis yang dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong serta gaji-gaji yang dipotong kepada Kabinet yang di cadang untuk disalurkan kepada Tabung Harapan? Bagaimanakah ianya diolah mengikut tatacara kewangan yang berkuat kuasa?

Akhir kata, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua bagi mengakhiri perbahasan saya, saya ingin menyentuh mengenai pembudayaan membaca kerana ianya merupakan elemen penting dalam aspek pembangunan individu dan kecemerlangan tamadun manusia. Justeru, kempen membaca buku dan pengupayaan institusi perpustakaan awam amatlah diperlukan di negara ini.

Disebabkan kebanyakan perpustakaan awam di Malaysia dikelola oleh kerajaan negeri dan perpustakaan di sekolah dikelola oleh Kementerian Pendidikan, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan. Pertama, bagaimanakah keberkesanan kempen-kempen yang dilaksanakan seperti Kempen Jom Baca Untuk 10 Minit yang dijalankan bersama dengan kerjasama Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam dapat diteruskan dan benar-benar memberi impak kepada budaya membaca di kalangan rakyat.

Kedua, bagaimanakah Kementerian Pendidikan melihat acara cabaran budaya membaca ini dapat dilaksanakan setiap sekolah dan memastikan bahan bacaan di perpustakaan sekolah ini ditambah? Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan sejauh manakah budaya membaca buku Bahasa Kebangsaan diserapkan dan diperkasakan di sekolah-sekolah vernakular. Akhir sekali, bagaimanakah kerajaan bercadang untuk menaik taraf atau mempertingkatkan perpustakaan awam di daerah-daerah kecil bagi kegunaan mereka yang berada di luar bandar.

Akhir kata saya menjunjung kasih dan menyokong penuh usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty pada persidangan Dewan kali ini. Semoga limpah rahmat dan keberkatan terus diberkati ke atas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam memayungi rakyat demi Malaysia tercinta. Sayangi Negaraku, selamat menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Salam Merdeka. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Page 61: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

54 DN 3.12.2018

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat,

mengikut Peraturan Mesyuarat 6(3) dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Dato’ Sri Khairudin Samad mempengerusikan Majlis Mesyuarat Dewan Negara sekarang.

[Dato’ Sri Khairudin Samad mempengerusikan Mesyuarat]

Dato’ Sri Khairudin Samad: Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong doa] Terima kasih kerana saya diberi peluang untuk mengganti Yang Berhormat Tan Sri Tuan Yang di-Pertua untuk sementara waktu. Ini bukan jawatan tetap. Jawatan sementara yang tidak berelaun pula itu.

Seterusnya saya dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan. Silakan.

3.38 ptg.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Assalamualaikum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan saya juga bersyukur kerana diberi peluang untuk menyaksikan Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad hari ini duduk di Kerusi Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat kita boleh beri tepukan meja kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin yang juga merupakan Presiden MSM, Majlis Senator Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak mengucapkan jutaan tahniah kepada semua ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah dan hari ini telah berada bersama-sama dengan kita dalam Dewan Negara pada sesi ini. Tahniah dan syabas kepada semua. Izinkan saya untuk menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada ucapan ataupun Titah Yang diPertuan Agong antaranya yang berbunyi, semua pihak hendaklah berusaha melakukan penjernihan yang ikhlas dan sungguh-sungguh bagi mewujudkan perpaduan yang tulen dan murni, mencari titik persamaan, bukan perbezaan dengan bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat dan survival negara.

Saya memetik Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana saya merasakan bahawa Dewan ini merupakan sebuah saya fikir pentas yang mana sebagai ahli-ahlinya kita boleh menunjukkan sikap yang lebih bertoleransi di kalangan kita berbanding dengan ahli-ahli berada di Dewan Rakyat.

■1540

Maka saya hendak menarik perhatian Dewan juga bahawa mutakhir ini Tuan Yang di-Pertua, banyak kedengaran pendirian dan juga keputusan-keputusan flip-flop pihak kerajaan dan juga tidak konsisten. Antaranya seperti keputusan penjualan tanah di kawasan Forest City di Johor, termasuk juga projek HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura, termasuk juga janji untuk menghapuskan bayaran balik PTPTN dan juga baru-baru ini ada desas-desus yang mengatakan BR1M akan ditamatkan tetapi kemudian kita dengar ia sedang dibuat kajian.

Maka semuanya ini menyumbang kepada satu faktor yang tidak sihat kepada iklim pelaburan sama ada dalaman ataupun dari luar negara, secara langsung akan menyebabkan dan menggugat pembangunan ekonomi negara.

Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah sedikit Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Sekejap, sekejap.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Boleh sekejap?

Page 62: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 55

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Yang Berhormat, sekejap. Maka saya hendak juga

memulakan dalam perbahasan saya ini untuk saya tekankan bahawa apabila kita mendengar Titah Yang di-Pertuan Agong, perkara-perkara antaranya kesejahteraan rakyat, survival negara perlu diberi perhatian khusus oleh pihak kerajaan apabila membuat sebarang keputusan dan juga dasar-dasar yang baharu. Silakan, Yang Berhormat.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Silakan, Yang Berhormat.

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih, Dato’ Sri. Saya hendak tanya satu perkara daripada Yang Berhormat. Yang Berhormat sebenarnya ambil maklumat daripada mana tentang penghapusan PTPTN? Adakah dalam manifesto PRU Ke-14 ataupun just setakat viral dalam media?

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Razali. Maksud saya adalah bayaran balik. Tadi saya ada reword. Bermakna, sebelum ini kita dengar janji-janji untuk bayaran balik itu kita buat pada kadar mereka yang di bawah pendapatan RM4,000 itu, kita tidak perlu bayar. Kemudian selepas pilihan raya, disebut bahawa perkara ini perlu dikaji semula. Maka itu saya dengar daripada laporan-laporan yang ada bukan sahaja pada sosial media, termasuk juga laporan-laporan media.

Akan tetapi lebih penting Yang Berhormat Senator Datuk Razali, adalah keputusan dan pendirian yang flip-flop. Bukan itu sahaja satu perkara, banyak juga perkara-perkara lain yang menyumbang kepada permasalahan iklim pelaburan negara. Ini semua sebenarnya menyumbang juga kepada orang kata faktor-faktor yang menyebabkan kejatuhan mungkin mata wang Ringgit Malaysia, termasuk juga apabila melihat bagaimana kita merubah dasar-dasar fiskal ekonomi kita antaranya apabila kita menukar daripada GST kepada SST. Ini semua menyumbang kepada saya fikir pengaruh ataupun keputusan-keputusan dibuat oleh pelabur-pelabur sama ada yang sudah berada dalam negara kita ataupun yang merancang untuk datang dan melabur ke dalam negara kita.

Saya hendak meneruskan juga Tuan Yang di-Pertua bahawa dalam perbahasan ini saya hendak menekankan, kita sedang berhadapan dengan cabaran climate change, perubahan iklim yang berlaku di dunia ini. Maka saya perlu ingatkan juga bahawa apabila kerajaan terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merancang untuk memperkenalkan Projek Kereta Nasional 3.0 ini iaitu kita pun sudah dengar beberapa kali beliau mengulangi komitmen untuk mengadakan projek ini kerana hendak melihat keupayaan skill anak tempatan dalam bidang kejuruteraan automotif ini boleh diperbanyakkan.

Akan tetapi pada masa yang sama, saya hendak menarik juga perhatian Dewan kepada perbahasan oleh Yang Berhormat Senator Puan Lim Hui Ying tadi. Di Pulau Pinang, kita tahu antara negeri di Malaysia yang ratio jumlah kereta dan juga rakyatnya, antara yang tertinggi di Malaysia. Hampir 50 peratus daripada jumlah penduduk Pulau Pinang, itulah jumlah kereta yang ada di negeri Pulau Pinang. Kereta kita ini semuanya menyumbang kepada pembesaran gas rumah hijau ataupun greenhouse gases, termasuk juga penghasilan gas-gas karbon. Ini semua menyumbang kepada permasalahan climate change dalam negara kita, Tuan Yang di-Pertua.

Maka saya hendak bertanyalah, kalau kita di Dewan Negara ini Tuan Yang di-Pertua, merasakan bahawa satu-satu tindakan kerajaan itu boleh menyebabkan tergugatnya sebagai contoh climate change ini, maka kita kena sama-sama memastikan, kita kena sama-sama memastikan bahawa kerajaan sedar meletakkan risiko yang besar terhadap masa hadapan negara.

Saya anggap kalau Projek Kereta Nasional 3.0 ini bergerak menjurus kepada membina kereta-kereta yang dikuasai ataupun yang digerakkan oleh kuasa bateri ataupun elektrik, maka saya mencadangkan Dewan Negara perlu menyokong. Akan tetapi kalau hanya melahirkan kereta-kereta seperti yang telah kita buat sebelum ini iaitu PROTON ataupun PERODUA, maka ini semua menyumbang kepada permasalahan climate change yang sudah saya sebutkan tadi.

Page 63: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

56 DN 3.12.2018

Ini cabaran yang kita kena sama-sama lihat kerana negara kita juga telah setuju

untuk bersama-sama dengan lebih 170 negara di seluruh dunia, bersetuju untuk memastikan United Nations Sustainable Development Goals (UNSDG), kita ada 17 perkara ini, perlu kita juarai bersama-sama. Kalau dalam UNSDG, negara-negara lain cuba untuk mengurangkan jumlah kereta-kereta yang mengeluarkan gas-gas karbon ini, kenapa kita di Malaysia ini hendak menambahkan pula.

Oleh sebab itu saya yakin, kalau projek kereta nasional ketiga ini, yang bakal hendak dilancarkan oleh kerajaan menggunakan kuasa elektrik ataupun bateri, then ia perlu difokuskan kepada untuk membantu meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam.

Tadi, Yang Berhormat Senator Lim Hui Ying tadi dari Pulau Pinang minta Kerajaan Pusat untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang. Saya hendak nyatakan di sini, bukan sahaja negeri Pulau Pinang, negeri Melaka pun perlukan, negeri Perak pun perlukan, yang Lembah Klang ini tolak sebelahlah Tuan Yang di-Pertua. Memang kita sangat perlukan sistem pengangkutan awam yang dapat dipertingkatkan.

Oleh sebab itu, apa salahnya kalau pihak kerajaan, daripada kita melahirkan ataupun mengeluarkan kereta yang akan menghasilkan gas karbon ini, kenapa tidak dalam projek kereta nasional ketiga ini kerajaan keluarkan bas-bas yang menggunakan kuasa bateri dan elektrik untuk kita bantu meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam dalam negara termasuk juga sudah tiba masa dan ketikanya Malaysia menjadi pengeluar kepada sistem LRT ataupun kereta api-kereta api LRT tersendiri. Daripada kita kena import dari Germany, import dari China, kenapa tidak- kita punyai keupayaan, kita punyai mungkin kedudukan kewangan. Maka apa salah kalau projek national car ketiga ini, tukar untuk melahirkan kereta api-kereta api dan juga bas-bas untuk menyokong meningkatkan sistem pengangkutan awam dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak meneruskan juga perbahasan saya ini iaitu saya hendak menjurus kepada apa yang telah dibangkitkan oleh ramai Ahli Senator iaitu mengenai SST. Kita sudah tahu sudah hari ini hari yang ketiga SST telah kita laksanakan dengan jayanya. Kita di Dewan Negara ini kita sendiri yang mengizinkan SST ini diterima dan diluluskan tanpa kita berbahas panjang lebar, tanpa perlu kita tidak setuju kepada pengenalan SST kembali.

Akan tetapi saya hendak nyatakan juga dalam Dewan ini bahawa selepas tiga hari ini, sudah mula kedengaran suara-suara jelik dan juga kemarahan sebenar rakyat telah muncul apabila melihatkan barang-barang yang ada ini, sebelum ini mungkin dikhabarkan tidak dikenakan SST tetapi sebenarnya hasil daripada compounding effect, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ataupun cascading effect itu, ia telah dipindahkan kepada harga barangan terakhir yang mana pengguna juga terpaksa menanggung SST tersebut.

Saya tidak hendaklah memberi contoh kerana bolehlah Yang Berhormat-Yang Berhormat semua lihat ataupun boleh juga mengalami, mencuba, lihat sahaja akhirnya walaupun SST itu sepatutnya dikenakan di peringkat pengimport ataupun pengeluar tetapi ia dipindah kepada orang tengah, kepada wholeseller dan akhirnya, pergi kepada retailer dan retailer akan caj kepada pengguna-pengguna. Maka pengguna juga akan membayarnya.

Jadi saya hendak nyatakanlah, walaupun di Dewan Negara kita bersetuju mengizinkan SST tempoh hari tetapi saya minta pihak kerajaan untuk benar-benar memastikan rakyat terbela daripada segi penawaran harga-harga selepas SST itu kerana pameran harga-harga itu masih lagi gagal dilaksanakan oleh peniaga-peniaga.

Jadi soal penguatkuasaan sama ada di Kementerian Kewangannya ataupun di Kementerian Kepenggunaannya, mesti ada enforcement Tuan Yang di-Pertua untuk memastikan retailers ini meletakkan tanda harga termasuk perbandingan harga sebelum dan selepas SST. Oleh kerana kita hendak bantu rakyat dan mendidik rakyat supaya mereka juga dapat diberikan pilihan sama ada hendak membeli barang daripada kedai tersebut, daripada retailer tersebut ataupun sebaliknya.

Page 64: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 57

■1550

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak meneruskan juga perkara yang ketiga iaitu soal minyak kelapa sawit negara. Ini satu perkara yang tidak sangat kita bincangkan dalam sesi sama di Dewan Rakyat ataupun di Dewan Negara pada kali ini. Semua sedia maklum Malaysia punyai lebih 680 ribu pekebun kecil kelapa sawit yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Bukan saja orang Melayu, ada orang Cinanya, orang Indianya yang mengusahakan kebun-kebun sawit yang berskala kecil dan lebih 200 ribu pekebun kecil ini datangnya daripada Sabah dan Sarawak, Tuan Yang di-Pertua.

Kita juga sedia maklum, diskriminasi oleh Kesatuan Eropah (EU) terhadap pengeksportan produk minyak sawit kepada negara Eropah yang memang hari ini kita berhadapan dengan satu kempen untuk menafikan peluang bagi kita memasarkan pasaran ataupun produk minyak sawit kita ke negara Eropah. Sudah berlaku sejak sekian lama.

Maka saya hendak tanyalah pihak kerajaan ya, apakah tindakan yang saya fikir drastik untuk kita lihat semula bagaimana kita boleh memasarkan minyak kelapa sawit kepada negara-negara lain, bukan saja negara China yang menjadi pengimport terbesar minyak kelapa sawit kita, tapi di mana kita boleh memastikan dengan perkembangan jaringan pasaran minyak kelapa sawit ini, maka kita boleh meningkatkan harga CPO yang pada hari ini Tuan Yang di-Pertua saya hendak maklumkan setakat Julai 2018, harganya telah menurun pada kadar RM2,200 satu tan, CPO. Berbanding dengan hampir satu tahun yang lalu, pada Januari tahun 2017, satu tahun lebih yang lalu, harganya berada pada kadar RM3,300 satu tan, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi pengurangannya lebih RM1,000 pada hari ini, kita tahulah, di negara-negara Eropah mereka mahu mempromosikan minyak Sunflower oil, olive oil, soya bean oil dan cuma saya hendak minta kepada pihak kerajaan memandangkan antara trader minyak kelapa terbesar di dunia adalah tidak lain dan tidak bukan, Tan Sri Robert Kuok yang merupakan ahli ataupun bekas ahli kepada CEP, Majlis Penasihat- eminent people.

Mungkin kita hendak dengar, apakah cadangan dan juga usaha untuk membantu meningkatkan semula harga CPO ini, Tuan Yang di-Pertua. Apabila harga ini dapat ditingkatkan semula, maka pekebun-pekebun kecil kelapa sawit di seluruh negara pasti akan mendapat limpahan benefit dan nikmat secara langsung kerana harga buah sawit juga pun akan meningkat semula.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya hendak menyentuh mengenai isu LGBT. Baru-baru ini dalam jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri, Datuk Dr. Mujahid, saya gembira dan saya menyokong pendirian kerajaan untuk tidak mengiktiraf LGBT dalam negara kita. Akan tetapi kerajaan akan memastikan hak sebagai seorang rakyat, sebagai manusia, walaupun mereka itu penggemar LGBT, tetap akan terpelihara dari segi perlembagaan.

Maka saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, sebab tempoh hari bila saya hendak tanya soalan, Tuan Yang di-Pertua minta saya tamatkan kerana saya tidak sempat hendak habis tanya, saya minta dalam penggulungan Yang Berhormat Menteri, nanti tolong jawab. Ada isu-isu yang menyentuh mengenai kemanusiaan dengan kumpulan-kumpulan transgender, ini bapok-bapok ini. Hari ini kita dapat lihat ada kumpulan-kumpulan yang begitu anti kepada LGBT, anti kepada transgender ini akan mengambil tindakan sendiri, they take laws to their own hand dan ambil tindakan, kejarnya kumpulan transgender, belasahnya. Ada yang Tuan Yang di-Pertua saya dapat cerita, dipukulnya sampai masuk ICU, hampir-hampir mati. Mungkin yang transgender dulunya segak, lawa lepas itu sekarang sudah berumur sikit, sudah tidak sesegak dahulu. Ini dikejar oleh kumpulan-kumpulan yang anti transgender ini.

Jadi dalam hal ini saya hendak tanyalah pihak kerajaan, apabila kita hendak menangani masalah transgender ini, apa tindakannya, adakah ia melibatkan penangkapan? Penangkapan itu dibuat oleh siapa? Jabatan Agama ataupun dibuat oleh polis? Mereka ini kalau ditangkap ditempatkan di mana? Apakah mereka itu dianggap sebagai penjenayah-penjenayah juga ataupun mereka ini ditempatkan di lokap-lokap khas yang lain?

Page 65: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

58 DN 3.12.2018

Jadi ini perlu diketahui oleh rakyat kerana apa, saya tidak mahu walaupun kita tidak

mengiktiraf LGBT, akan tetapi kita kena juga beri perlindungan sebagai seorang manusia dan rakyat. Mereka juga berhak sebagai seorang rakyat Malaysia mendapat perlindungan terutama dalam konteks keselamatan diri dan juga perkara-perkara yang lain. Jadi itu yang tidak sempat saya tanya tempoh hari.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ada lagi dua sebelum saya tamatkan, dua perkara iaitu satu lagi umur sah mengundi. Baru-baru ini saya ucap tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan kita kerana komited untuk mengangkat cadangan kepada Kabinet bagi menurunkan had umur sebagai pemilih yang sah daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Jadi saya mintalah Dewan Negara, Ahli-ahli semua maka kita perlu sokong.

Saya mencadangkan kita sokong kepada cadangan ini kerana apa, sudah tiba waktu masa dan ketika, negara juga punyai kumpulan demografi pengundi ini yang lebih besar. Kerana apa, sebagai seorang individu sekalipun, kalau sudah mencecah umur 18 tahun itu, maka ia juga punyai fikiran dan juga perasaan terutama mereka ini kita tidak mahu mereka hilang fokus terhadap konsep demokrasi dan kenegaraan negara.

Saya mencadangkan kita Dewan Negara, kalau inilah cadangan yang dibawa oleh kerajaan, kita perlu menyokong kerana kita perlu menurunkan had umur itu kepada 18 tahun memandangkan banyak negara-negara maju, Tuan Yang di-Pertua antaranya Perancis, Australia, di Amerika Syarikat sendiri yang membuat umur mengundi ini kepada 18 tahun secara automatik. Pada masa yang sama juga saya hendak mencadangkan, sudah kita menurunkan umur...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Khairudin Samad]: Panjang lagi Yang Berhormat, panjang lagi?

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tidak, lagi sikit, lagi sikit saja Tuan Yang di-Pertua. Ada satu poin dan tamat. Saya hendak cadangkan juga kepada Kementerian Pendidikan, memandangkan kalau kita setuju untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, kenapa tidak kita perkenalkan dalam mata pelajaran di sekolah menengah iaitu satu subjek khusus berkaitan demokrasi dan perlembagaan.

Kalau di negara-negara soal saya kira mata pelajaran subjek demokrasi dan juga perlembagaan ataupun undang-undang negara ini memang diajar seawal di peringkat sekolah rendah lagi. Akan tetapi di Malaysia saya mencadangkan kita pun ada juga dalam silibus mata pelajaran sejarah itu menyentuh sedikit sebanyak mengenai sistem demokrasi dan perlembagaan negara tetapi saya mencadangkan, sudah sementelah kita hendak menurunkan umur had mengundi kepada 18 tahun, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan perkenalkan subjek khusus iaitu subjek demokrasi dan subjek Perlembagaan ataupun Constitution.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya juga hendak minta jasa baik daripada semua ahli Dewan Negara bahawa selepas pilihan raya umum ini, saya percaya Malaysia mempunyai minda yang baru. Sekarang rakyat memahami kuasa pengundian, rakyat semua memahami penting untuk menyuarakan pendapat mereka. Rakyat juga memahami bahawa jika kerajaan tidak mendengar suara mereka, maka mereka punyai kuasa untuk menukar kerajaan apabila pilihan raya berlaku. Maka ini adalah era baru untuk psikologi rakyat Malaysia, tetapi cerita ini tidak berakhir di sini Tuan Yang di-Pertua, saya khuatir kalau dalam beberapa tahun yang akan datang ini, Malaysia mungkin menjadi terlalu ekstrem sama ada ke kiri ataupun ke kanan. Boleh jadi tersangat-sangat liberal ataupun boleh jadi sangat-sangat far right.

Jadi bahawa saya memikirkan golongan-golongan ekstrem di sebelah kanan akan lebih agresif, maka golongan-golongan ekstrem ke sebelah kiri juga akan lebih sangat-sangat terbuka untuk menyuarakan pendapat mereka sehingga boleh mengganggu ataupun menyentuh perasaan orang lain. Saya risau Tuan Yang di-Pertua apabila ini berlaku, politik kita juga akan menjadi terlalu terpolarisasi dan akhirnya progress rakyat Malaysia akan terjejas.

Page 66: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 59

Sebagai Senator di Dewan Negara, saya rasa kita perlu ambil tanggungjawab ini

untuk menjaga semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, warna kulit, umur ataupun agama. Biarlah kalau di Dewan Rakyat menjadi medan perang tetapi kita di Dewan Negara akan menjadi contoh yang baik untuk anak-anak muda dalam negara ini yang cinta kepada pendekatan moderate dan jalan tengah dalam spektrum politik kita. Sekian saja Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun.

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Senator Puan Raj Munni binti Sabu.

■1600

4.00 ptg.

Puan Raj Munni binti Sabu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi laluan kepada saya untuk mengambil bahagian membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk terlebih dahulu mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah dan Junjung Kasih pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas pelantikan saya sebagai seorang Ahli Dewan Negara.

Terima kasih saya juga kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia dan juga Majlis Presiden of Pakatan Harapan, dengan izin, atas kepercayaan mereka kepada saya untuk menjalankan tugas dan amanah sebagai seorang Ahli Dewan Negara. Semoga dengan keberadaan kita semua menjadi anggota Dewan yang mulia ini, kita akan sama-sama dapat memainkan peranan yang lebih bermakna untuk kemajuan, kesejahteraan dan perpaduan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Dewan Negara sesungguhnya bukanlah tempat untuk kita bermain politik secara kepartian yang sempit tetapi memikir agenda besar bagaimana membawa Malaysia ini ke masa hadapan yang lebih cemerlang. Dewan Negara tempat untuk kita mengetengahkan idea-idea, cadangan-cadangan tanpa prejudis. Malah melontarkan sama ada teguran, cadangan mahupun pandangan yang upaya membantu membina negara bangsa yang lebih wibawa.

Dewan negara adalah tempat di mana insan-insan berjiwa dan berperwatakan negarawan berkongsi pandangan sekali gus menjadi contoh suri teladan kepada semua warga, bagaimana kita berjaya mengurus kepelbagaian dan perbezaan dengan cara yang cukup cermat dan hemah. Saya sebenarnya sangat tertarik dengan pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh beberapa anggota Dewan dan yang terkini adalah Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun, sendiri begitu terbuka.

Seperti mana contohnya Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty dan saya juga ingin menyebutkan Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad yang kebetulan menjadi Tuan Yang di-Pertua kita pada petang ini. Malah sikap yang telah ditunjukkan oleh Tuan Yang di-Pertua sepanjang saya berada dalam Dewan ini pada saya sungguh nyaman dan mendamaikan.

Sebagai anggota antara yang muda di dalam Dewan yang mulia ini, jujur saya memberikan penghormatan atas sikap dan wacana sebegini. Semoga dengan suasana kita sekali gus yang begini terbuka dan begini saling bertolak ansur dalam memberikan pandangan dan pendapat akan mampu mengangkat Dewan yang mulia ini setanding dengan Dewan Negara di luar negara yang lain. Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua boleh jawab nanti jawablah.

Page 67: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

60 DN 3.12.2018

Anak rusa masuk ke laman; Senanglah jua kita berburu; Yang muda kita jadikan teman; Yang tua kita jadikan guru.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya seiring dengan Titah Tuanku, saya juga ingin merakamkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mengundi sekali gus membuat perubahan. Ini pada saya adalah proses demokrasi yang tidak ada peliknya.

Malah sejujurnya pada saya dalam melihat keputusan PRU Keempat Belas, ia bukanlah kerana Pakatan Harapan sudah cukup kuat tetapi yang sebenarnya adalah kerana rakyat telah pun memberi peluang yang cukup lama kepada kerajaan yang lepas. Mereka mahukan satu perubahan dalam pentadbiran negara.

Keputusan ini juga tidak sangat bersangkutan dengan manifesto-manifesto yang dibaca secara bersatu-satu, tidak sangat bersangkutan dengan manifesto. Ini kerana pada hakikatnya Pakatan Harapan ataupun Barisan Nasional telah pun mengemukakan manifesto yang sama baik.

Akan tetapi sebaliknya keputusan pertukaran mandat politik ini adalah manifestasi keinginan politik yang besar untuk mencuba corak dan pentadbiran yang baru. Pada masa yang sama, rasa kebertanggungjawaban sebahagian besar rakyat terdidik membawa kembali urus tadbir kekayaan negara ini ke landasan yang mereka yakini betul. Kekayaan negara perlu diagih sama rata, dijana dengan optimum bagi menatijahkan hasil yang berganda agar kehidupan rakyat kebanyakan boleh disantuni menuju hidup yang lebih terencana sejahtera pada saat kerancakan dunia yang semakin mencabar.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat pada hakikatnya boleh menilai. Rata-rata kita di dalam Dewan yang mulia ini pun mempunyai satu pendapat rakyat sudah cerdik. Daya intelektualiti kebanyakan mereka bukan lagi boleh diperkotak-katikkan dengan politik yang bertaraf you help me, I help you. It is more than that, dengan izin. Oleh kerana itulah saya berpesan kepada diri saya dan teman-teman khususnya di peringkat Kerajaan Pakatan Harapan yang mentadbir negara pada hari ini agar bekerja bersungguh-sungguh untuk mengotakan janji.

Tuan Yang di-Pertua, kita memahami adanya pelbagai kekangan khususnya keupayaan kewangan negara akibat urus tadbir yang lemah dan pincang serta tiris pada masa yang lepas dan ekonomi dunia yang kurang memberangsangkan. Namun adalah amat perlu kerajaan hari ini senantiasa memperkemaskan dan memperkasakan program-program serta saluran-saluran penerangannya agar dilihat lebih proaktif dan bukan semata-mata reaktif. Tunggu masalah berlaku baru ada penjelasan.

Mesti ada penjelasan terlebih dahulu, mesti boleh diberikan penjelasan lebih awal dan bukan hanya menanti masalah itu berlaku. Dengan cabaran langit terbuka, dunia tanpa sempadan dan media sosial yang rencam dengan segala ragam dan dendam. Kerajaan khususnya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia harus lebih terkehadapan mengurus. Usah hanya bergantung dengan kaedah-kaedah lama. Kebanyakan daripada cabaran yang sebenarnya sudah boleh pun kita baca malah sebahagian besarnya kita boleh hadam pun, masalah-masalah yang sama sekarang ini juga berulang.

Maka apa yang perlu adalah tindakan selepas mengenal pasti masalah dan kemudian menemukan solusi, medium-medium penerangan kerajaan perlu di remajakan agar bergerak lebih pantas dan tangkas. Dengan penerangan yang jelas, saya yakin dan percaya rakyat di bawah sana akan lebih tenang dan tenteram.

Tuan Yang di-Pertua, kesempatan ini juga saya ingin bertanya kepada kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia, apakah program-program dan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh pihak kementerian dalam membantu kerajaan baru menyebarkan dasar, sikap serta keputusan-keputusan terhadap satu-satu perkara. Apakah langkah-langkah proaktif yang telah disusun dan akan disusun oleh kementerian dalam menangkis serangan-serangan bercorak fitnah, fake news dan seumpamanya yang banyak bertebaran di media baru.

Page 68: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 61

Bagaimanakah caranya rakyat di bawah sana yang prihatin untuk membantu

memberi maklumat kepada kerajaan boleh berbuat demikian. Contohnya apabila ada ancaman-ancaman fitnah, fake news dan seumpamanya, bagaimana rakyat di sana boleh menyalurkan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan. Kita tidak mahu adanya pihak-pihak tertentu di dalam jaringan penerangan kerajaan yang sengaja tidak memainkan peranan sebaiknya dan sejauh mana ini dipantau oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh perihal hasrat murni kerajaan khususnya melalui minda Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu memperkayakan rakyat menerusi peluang pekerjaan dan juga peluang perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, ada sebuah pepatah Cina kuno yang kurang lebih maksudnya berbunyi, “Beri saya seekor ikan dan saya akan makan sepanjang hari. Ajari saya memancing dan saya akan makan seumur hidup”. Saya percaya ramai kalangan kita biasa dengan pepatah ini bahkan boleh bersetuju. Kebanyakan kita juga telah dibesarkan dengan faham akan falsafah dan pandangan ini. Tidak salah untuk kerajaan membantu rakyat yang benar-benar memerlukan kerana itulah pun peranan kerajaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan perlu bijak dan bertanggungjawab tentang apakah caranya untuk membantu rakyat secara lebih bertanggungjawab agar ia lebih berkesan dan mampu membangunkan masa depan sejujurnya dan setuntasnya. Ya, seperti mana saya sebutkan tadi, “Beri saya seekor ikan dan saya akan makan selama satu hari tetapi ajari saya memancing dan saya akan makan seumur hidup”.

Untuk ini, saya menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan untuk menyemak semula bantuan-bantuan berbentuk sara hidup seperti BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bantuan sara hidup boleh perlahan-lahan digantikan dengan pemberian modal perniagaan bermula kecil-kecilan kepada rakyat. Rakyat perlu digalakkan untuk berniaga, daripada kita memberikan mereka bantuan sara hidup, adalah lebih wajar untuk kita memberikan mereka modal untuk berniaga.

Idea membangun semula negara dengan menumpukan kepada agenda memperkayakan rakyat menerusi dua cara iaitu pertama, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Kedua, membuka ruang dan jalan lebih banyak kepada peluang perniagaan sewajarnya disambut cekap pada saya sekurang-kurangnya tiga kementerian.

■1610

Pertama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, kedua Kementerian Pembangunan Usahawan dan ketiga Kementerian Sumber Manusia. Tidak bermakna kementerian yang lain-lain yang saya tidak sebut tidak penting. Akan tetapi tiga kementerian ini perlu memberikan penumpuan yang lebih untuk mula menggerakkannya dan menyambut idea ini.

Perbahasan saya pada petang ini menumpukan kepada cara yang kedua iaitu membuka lebih banyak ruang dan peluang perniagaan. Agensi-agensi memberi atau pun penyedia modal seperti Bank Rakyat, MARA, TEKUN, SMECorp dan lain-lain perlu diperkasakan dan disusun semula.

Untuk ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan baru kerana telah mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang kita tahu telah pun dibubarkan pada tahun 2009. Ia adalah keputusan tepat dan bertanggungjawab. Justeru kemunculan semula kementerian ini adalah sangat perlu diberikan perhatian, sokongan sepenuhnya seluruh pasukan anggota-anggota pentadbiran kerajaan baru Pakatan Harapan.

Tuan Yang di-Pertua, manakala pasukan Kementerian Pembangunan Usahawan pada saya, saya ingin mencadangkan wajar segera menyambut saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan segera merangka program-program latihan dan pendidikan keusahawanan yang menarik, terkini dan berkesan melibatkan semua kelompok masyarakat termasuk yang tua dan muda. Informasi-informasi dari hal bantuan kewangan contohnya kepada pengusaha-pengusaha PKS kecil dan sederhana misalnya perlu segera dibuku panduankan. Rakyat mesti menerima buku panduan bagaimana mereka boleh mendapatkan dana-dana bantuan perniagaan.

Page 69: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

62 DN 3.12.2018

Kementerian juga boleh mengambil inisiatif mewujudkan kit-kit usahawan.

Usahawan baru selain daripada diwujudkan pasukan task force, MED atau pun Kementerian Pembangunan Usahawan untuk turun ke lapangan mencari potensi-potensi usahawan kecil yang boleh dibantu dan dimajukan. Kita ada ramai pengusaha, kita ada ramai peniaga, buka gerai nasi lemak, ramai. Ada potensi untuk maju? Ada.

Akan tetapi sejauh mana kerajaan kita memainkan peranan untuk mengenal pasti mereka ini dan boleh menawarkan bantuan. Itu persoalan sekarang dan saya mencadangkan supaya diwujudkan task force di peringkat Kementerian Pembangunan Usahawan bukan sahaja seperti mana kita buat sekarang mencari orang yang layak menerima zakat tetapi orang yang layak menerima bantuan kewangan di sudut meneruskan perniagaan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjayakan hasrat murni memperkayakan rakyat melalui peluang perniagaan, task force perlu diberikan peranan tersusun. Malah terlatih untuk menjalankan tugas sebagai pemotivasi dan pemudah cara yang hebat. Mendidik rakyat agar lebih berdikari, cekap, menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan sekali gus meningkatkan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, adalah benar jika rakyat kaya, kerajaan juga akan kaya kerana akan mengutip cukai daripada masyarakat perniagaan. Yang benar-benar memerlukan bagaimana? Yang benar-benar memerlukan serta kurang kemampuan seperti mana warga emas. Seperti mana orang sakit, ibu tunggal yang ramai anak dan perlu menjaga nya, tidak boleh keluar bekerja kerana menjaga anak, orang kelainan upaya yang tidak sesuai berniaga barangkali dan seumpamanya akan dapat diberikan bantuan sara hidup dan tumpuan yang lebih berkesan dengan adanya keupayaan kewangan kerajaan yang kukuh. Yang mampu berniaga suruh mereka berniaga, yang tidak mampu, kita bantu.

Tuan Yang di-Pertua, malah masyarakat perniagaan itu sendiri nantinya akan boleh berbakti kepada kelompok-kelompok ini sama ada melalui pemberian wang zakat atau pun program-program tanggungjawab sosial mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan percaya jika kita letakkan azam bersungguh-sungguh melakukannya secara terencana, ketika kita akan melahirkan masyarakat perniagaan di kalangan rakyat kebanyakan sekali gus merancakkan ekonomi negara dan insya-Allah dengan semangat kemerdekaan yang baru kita sambut saya yakin dan percaya rakyat Malaysia boleh melakukannya.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya menyentuh sedikit dari hal berkaitan dengan membina semula FELDA dan menjamin hidup sejahtera masyarakat peneroka. Sambutan Hari Kebangsaan Ke-61 kurang lebih tiga hari yang lepas amat bermakna sebenarnya kepada masyarakat FELDA. Liku-liku perjuangan dan pengorbanan sejak FELDA ditubuhkan pada tahun 1956 menyaksikan suka duka warga FELDA baik peneroka, kakitangan FELDA dan juga generasi baru FELDA.

Penyenaraian FELDA Global Ventures di bursa saham Malaysia di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 hakikatnya adalah malapetaka yang menjerumuskan FELDA pada situasi yang sangat sukar sehingga ke hari ini. Tambah memeritkan tadbir urus yang lemah dengan kepimpinan yang korup yang menerajui FELDA khususnya antara tahun 2012 hingga tahun 2017 telah meletakkan institusi pembangunan tanah terbesar dunia ini ibarat pesakit kanser tahap empat yang hanya memerlukan keajaiban untuk disembuhkan.

Justeru, peralihan kuasa pada Pilihan Raya Umum kali yang ke-14 yang lepas adalah kemerdekaan buat mereka buat lebih 112,635 orang peneroka FELDA dan hampir dua juta warga FELDA seluruhnya. Bantahan penyenaraian FELDA Global Ventures di Bursa Malaysia, ketidak adilan diperjuangkan hingga ke mahkamah. Himpunan-himpunan sehingga ke hadapan Istana Negara. Ini semua adalah satu perjuangan yang panjang dan hakikatnya kita sudah pun berjaya.

Tuan Yang di-Pertua, pengundi FELDA khususnya saluran anak muda.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Panjang lagi Yang Berhormat?

Puan Raj Munni binti Sabu: Sedikit.

Page 70: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 63

Dato’ Sri Khairudin Samad: Okey.

Puan Raj Munni binti Sabu: Pengundi FELDA khususnya saluran anak muda telah membuktikan keberanian dan kesedaran mereka dengan memilih menukarkan mandat kepada kerajaan baru di sekurang-kurangnya 21 Kerusi Parlimen. Walau bagaimanapun, cabaran terbesar adalah membina semula FELDA agar berupaya bangkit daripada kerosakan yang sangat dahsyat. Apa kerosakannya?

Pertama, hutang FELDA sahaja berjumlah hampir lebih daripada RM8 bilion dan ini seumpama lubang besar yang akan menjerumuskan mereka ke dalam kancah yang lebih teruk.

Kedua, bayaran sara hidup dengan kos RM37 juta setiap bulan kepada 31 ribu peneroka FELDA yang terlibat dengan tanam semula sering terlewat dan difahamkan menjejaskan kehidupan seharian mereka. Tuan Yang di-Pertua, walaupun bantuan sara hidup ini hakikatnya adalah pinjaman tetapi ia adalah seolah-olah pendapatan juga kepada mereka setiap bulan. Apabila dibayar sering terlewat ia nya menjejaskan kehidupan mereka.

Ketiga, pembayaran hasil kepada peneroka yang juga sering terlewat. Peneroka hanya boleh menjual hasil mereka kepada kilang sawit FGV dan kalau FGV lambat membayar hasil jualan itu kepada peneroka apa lagi yang mereka boleh hadapi.

Keempat, kedudukan kewangan tabung FELDA seperti tabung tanaman semula, insurans ladang dan lain-lain berada dalam keadaan kritikal dan menjejaskan pembangunan berterusan kebun-kebun peneroka.

Kelima, perumahan generasi baru FELDA yang terbengkalai ini mengecewakan harapan ramai pemohon. Ramai yang menunggu bilakah masanya mereka boleh menduduki rumah impian mereka.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu saya menyokong pembentangan kertas putih mengenai FELDA di Parlimen yang difahamkan akan dibuat pada sidang Parlimen yang akan datang.

Namun, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) seperti mana termaktub dalam manifesto Buku Harapan saya kira juga perlu segera direalisasikan. Pendedahan melalui RCI harus diumumkan dan mereka yang bersalah harus diheret ke muka pengadilan. Jika isu 1MDB tekun disiasat dan didakwa mereka yang terlibat, kenapa tidak kepada perompak-perompak yang telah merompak wang para peneroka FELDA.

Tuan Yang di-Pertua, terakhir. Tidak keterlaluan jika sekiranya saya mengingatkan kerajaan kepada sepuluh janji utama yang sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh 100 hari iaitu mansuhkan hutang wajar yang dipaksakan ke atas peneroka ini segera perlu dimuktamadkan. Kementerian Kewangan perlu memberikan penjelasan kepada kita dan kepada rakyat peneroka tentang apakah status janji ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama penjelasan daripada pihak kerajaan juga perlu iaitu bilakah peneroka-peneroka boleh menerima sekurang-kurangnya tiga maklumat ini. Pertama, penyata interim tiga bulan selepas pokok ditebang dan juga sehingga ke hari ini. Kedua, penyata untung rugi daripada FELDA Technoplant (FTP) dan juga yang ketiga penyata hutang peneroka kepada FELDA. Jika ia nya dapat diselesaikan dan di susuli dengan lain-lain kos seperti pembajaan, jalan pertanian, kos yang dianggap tidak wajar maka pemansuhan 50 peratus hutang bersama kadar faedah 6.25 peratus, saya yakin boleh segerakan muktamadkan.

Hang Jebat Hang Kasturi; Budak-budak rajin belaka; Sila duduk dan jangan lari; Daulat Tuanku Payung Negara.

Page 71: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

64 DN 3.12.2018

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya hendak ulas sikit yang ini. Pertama, hendak balas pantun ini. Saya tengah dok fokus, dok konsentrasi dengar perbahasan Yang Berhormat jadi saya tidak dapat hendak buat persediaan. Nanti kita bagi Yang Berhormat Senator Timbalan Yang di-Pertua menjawab.

■1620

Dia orang pantun, saya orang boria. Orang boria pula saya yang tukang menari di belakang itu, sailor. Dia ada tukang karang, yang pantun ini tukang karang. Sailor ini tidak berpantun. Saya group yang di belakang itu, jadi tidak boleh nak jawab. Walau bagaimanapun yang saya nak cerita inilah Dewan Negara. Dewan Negara yang kita perjuangkan supaya kita tidak dicap sebagai rubber stamp. Kita mahu Dewan Negara ini diperkasakan dan dimartabatkan lebih tinggi supaya orang tahu macam Yang Berhormat kata tadi mengikut apa yang di luar negara macam mana orang hormat kepada Senator-Senator.

Selain daripada itu, saya rasa sedih pula terpaksa hentikan Ahli-ahli Yang Berhormat terutama sekali yang baru angkat sumpah dan ini merupakan perbahasan sulung. Akan tetapi oleh kerana kita sudah campur aduk dengan kawan-kawan kita yang lama, yang senior ini kerana bila pegawai-pegawai Parlimen minta nama lebih awal, masa kita ada empat hari perbahasan, kita minta nama lebih awal. Kalau kita masuk nama awal bermakna kita boleh cakap lebih panjang fakta-fakta kita dan nak seloroh pun boleh. Mungkin kita untuk memahamkan rakyat yang di luar sana apa yang diperjuangkan oleh Ahli-ahli daripada Dewan Negara.

Akan tetapi masa itu kurang selalunya pengalaman kita ini semua mahu di hari terakhir. Untuk mengelakkan kita balik rumah terus sahur maka kita terpaksa pendekkan. Itu yang menjadi masalah. Jadi walau bagaimanapun, kita akan cuba untuk menyekat. Kalau kita masih bagi peluang terutama sekali senior-senior yang ada banyak pengalaman, banyak fakta dan juga kepada mereka yang Ahli-ahli Dewan Negara yang baru mengangkat sumpah kita pun nak bagi peluang juga kalau boleh. Cuma harapan saya janganlah kita mengulangi apa yang telah dikemukakan. Maknanya kita keluarkan fakta-fakta baru jangan kita duplicate-kan. Jadi bermakna kita tidak membuang masa sangat.

Seterusnya saya dengan segala sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah, untuk menyampaikan perbahasan beliau.

4.22 ptg.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sebagai sebuah kerajaan yang baharu haruslah pihak kerajaan dapat memainkan peranan untuk membawa negara kita ke arah yang lebih baik dari dahulu. Kemakmuran, keselamatan, kesejahteraan, perpaduan, keselesaan rakyat dan kesejahteraan hidup mestilah menjadi matlamat pihak kerajaan.

Kerajaan sudah pasti mempunyai komitmen yang cukup tinggi dan tanggungjawab yang cukup besar setelah memenangi PRU dengan begitu memberangsangkan dan menakjubkan. Rakyat telah mengundi kerajaan kerana mereka telah dijanjikan dengan berbagai-bagai janji yang cukup manis dan mereka merasakan inilah masanya mereka menunggu apa yang telah dijanjikan oleh pihak kerajaan.

Saya percaya Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan telah memenangi pilihan raya bukan saja janji-janji Manifesto yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Raj Munni tadi tetapi juga pada saya yang lebih efektif dan berkesan adalah melalui kempen-kempen pilihan raya beberapa hari sebelum pilihan raya cukup berkesan.

Page 72: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 65

Ini pemerhatian saya sendiri apabila anak-anak muda termasuk orang kampung

apabila mendengar ceramah mengatakan kami berjanji di hari ini kita menang, esok- bukan dia kata 100 hari, dia tidak kata 100 hari, dia kata esok kami akan implement itu dan ini, itu dan ini dan segala-galanya termasuklah kos sara hidup. Kalau GST maka harga akan turun, kalau minyak harga akan turun RM1.50.

Walaupun saya nak jelas tidak ada dalam manifesto tetapi di sini saya boleh mainkan video kalau nak dengar suara beliau pun ada, “Esok menang minyak akan turun RM1.50’’. Bahkan tajuknya pun sedap tapi saya tidak mahu sebut nama pemimpin itu. “Dot, dot, dot... kencing minyak RM1.50 seliter”. Jadi maksudnya perkara ini yang telah mempengaruhi pemikiran rakyat.

Apa yang saya nak katakan di sini itulah yang saya terangkan dalam sesi minggu lepas. Expectation rakyat cukup tinggi dengan janji-janji yang hebat maka sudah pasti anak muda tidak akan fikir panjang akan terus memilih kerajaan yang sedia ada. Saya mengeluarkan teori revolution of rising expectation, theory relatives deprivation pada sesi yang lepas saya rasa ada kaitan.

Oleh sebab apabila kita bercakap tentang keadaan pada masa ini yang saya katakan expectation yang cukup tinggi kerana inilah satu-satunya kerajaan yang diharap-harapkan sebagai satu kerajaan baharu, sebagai satu harapan baru. Akan tetapi apabila expectation itu ia tidak dapat dicapai berlakulah konsep yang saya katakan tadi theory of relatives deprivation. Di mana the legitimate desires and expectation are not made. Maksudnya, it’s legitimate kerana janji-janji itu tetapi tidak tercapai.

Ini seolah-olah Tuan Yang di-Pertua kita mendapat kerajaan baharu ini seolah-olah kita orang sudah berkahwin dengan isteri ataupun suami ke-61 tahun, tiba-tiba dapat isteri baru. Bila dapat isteri baru expectation-nya cukup-cukup tinggi dan isteri baru ini orang belum berpengalaman dan fresh lagi. Sudah pasti expectation berbagai-bagai-bagai tetapi tiba-tiba kita dapati expectation kita, desire kita tadi yang kita kata legitimate tadi tidak tercapai. Sudah pasti ini akan mencetuskan suasana yg tidak baik di kalangan suami isteri tadi. Itu lebih kurang analogi yang saya nak sampaikan.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya mengatakan manifesto bukanlah merupakan satu legal binding document tapi kerajaan mestilah mengambil tanggungjawab. Walaupun janji itu dibuat tanpa kita menyangka kita akan menang tetapi tanggungjawab mesti dibuat seperti yang dikatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bahawa, “Janji itu harus, menunaikan janji itu wajib, tidak menunaikan janji itu hukumnya haram dan berdosa.” Itu saya quote daripada sahabat saya Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad.

Tuan Yang di-Pertua,minggu lepas sahabat saya Yang Berhormat Senator Chandra Mohan saya nak quote sikit dengan jelas mengatakan, beliau dengan jelas mengatakan, “Walaupun kita telah dijanjikan dan tetapi bermasalah bermasalah dari segi kos sara hidup dan lain-lain tidak dicapai tetapi yang paling penting peranan kerajaan pada hari ini ialah menentukan perpaduan dan keharmonian rakyat akan sentiasa terjamin.” Saya setuju cukup setuju kerana yang paling penting pada hari ini dalam sebuah negara yang majmuk yang berbilang kaum, kalau sekiranya perpaduan dan keharmonian tidak dapat dijamin oleh pihak kerajaan sudah pasti negara kita akan menghadapi masa yang cukup gelap bahkan akan berlaku kehancuran yang kita harapkan tidak akan berlaku kepada negara kita ini.

Saya rasa saya tidak perlu sebut sekali lagi apa yang telah dikatakan oleh sahabat-sahabat saya tadi semasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberikan Titah, baginda mengatakan, betapa pentingnya kita bersatu padu, betapa pentingnya kita jangan lakukan perbuatan-perbuatan yang negatif.

Akan tetapi saya rasa dalam ucapan itu saya juga bersetuju perkataan yang paling penting pada saya yang sebenarnya ialah, “Sila duduk, dan jangan lari.” Itu pada pandangan saya pula kerana saya berkata demikian pada saya kalau saya nak intreprate mempunyai maksud yang cukup dalam iaitu ayat ini bermakna pemimpin Pakatan Harapan setelah diberi mandat mestilah duduk sama-sama, pakat sama-sama, bincang sama-sama dan jalankan tugas dengan sepenuhnya dengan harapan bahawa rakyat akan dijaga dengan baik supaya apa yang telah dijanjikan dapat diuruskan dan juga jangan cuba lari dari tanggungjawab dan memberi berbagai-bagai-bagai alasan apabila tidak dapat menjalankan tanggungjawab itu. Jalankan tugas dengan ikhlas, amanah dan jujur.

Page 73: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

66 DN 3.12.2018

Pada saya juga, sila duduk dan jangan lari, menekankan tanggungjawab sebagai

satu kerajaan baharu.

■ 1630

Kerajaan Pakatan Harapan perlu terus mempertahankan Perlembagaan dan Rukun Negara. Jangan sama sekali lari dari landasan Perlembagaan yang termaktub dalamnya mengenai social contract dan lain-lain. Pada saya inilah masanya untuk Pakatan Harapan membuktikan keikhlasan dan kejujuran mereka dengan konsep Malaysia Baharu dan harapan baharu ini. Kita tidak mahu Malaysia Baharu dan harapan baharu memberi implikasi yang lebih buruk seperti sifat-sifat rakus, sombong, bongkak, mungkir janji dan hanya mementingkan kepentingan kaum sendiri, racist, chauvinist, dalam menentukan polisi-polisi kerajaan agar segala yang dibuat, tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan Rukun Negara. Jangan sama sekali pertikai Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun kebelakangan ini, kedengaran suara-suara sumbang dan suara-suara songsang, bukan sahaja mempertikaikan Perlembagaan dan social contract tetapi juga provokasi-provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan dan perselisihan faham antara kaum. Suara-suara sumbang dan provokasi ini mesti dihentikan. Kalau tidak, negara ini akan menghadapi masalah yang cukup besar di hari muka.

Tuan Yang di-Pertua, matlamat pendidikan bertujuan mewujudkan di kalangan rakyat khasnya anak-anak muda kita, mendidik mereka menjadi insan yang sempurna, yang syumul, yang faham tentang tanggungjawab mereka sebagai bakal pemimpin di masa hadapan. Maka dengan sebab itulah kita perhatikan selepas kita merdeka pada tahun 1957, negara kita tidak seperti negara-negara lain kerana kita mempunyai dasar pendidikan yang tersendiri. Jika kita lihat di Singapura selepas Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri, beliau menutup semua sekolah dan hanya mengekalkan sekolah satu aliran sahaja. Sama juga dengan Indonesia. Bahkan sehingga hari ini, hanya ada satu bahasa sahaja iaitu bahasa Indonesia.

Tuan Yang di-Pertua, dalam menentukan perjalanan dasar pendidikan negara seterusnya, kerajaan terdahulu telah menetapkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2035.

Soalan saya kepada Kementerian Pendidikan, adakah kerajaan bercadang untuk menghapuskan dasar ini dan menggantikan dengan dasar baharu yang lebih konstruktif dan bersasar?

Soalan kedua, soalan saya secara spesifik, adakah kerajaan hari ini juga bersetuju untuk mengamalkan konsep sekolah satu aliran seperti negara-negara jiran dan bahkan hampir 100 peratus negara seluruh dunia mengamalkannya yang bertujuan untuk mengukuhkan nilai-nilai dan pegangan negara bangsa Malaysia?

Ini bermakna, jika kita benar-benar ikhlas hendak menjadikan Malaysia Baharu, maka kita seharusnya bermula daripada sekarang dalam membentuk generasi anak-anak akan datang, mewarisi kepimpinan negara daripada kita. Kerajaan Pakatan Harapan menekankan kepada needs-based policy rather than race-based policy. Apakah yang menjadi needs-based? Dalam konteks ini saya rasa perpaduan is the need, bukan kepentingan masyarakat tertentu. Maka dengan itu ia bercanggah. Saya rasa ia bercanggah dengan polisi ini. Apakah polisi ini yang kita selalu katakan perkataan, “Unity in Diversity”, adakah ia relevan dalam kes ini?

Tuan Yang di-Pertua, pada saya, mengikut seorang profesor berbangsa Cina tetapi telah menjadi rakyat Amerika bernama Profesor Alex Theo daripada Ohio University, dengan izin, beliau mengatakan, “To foster national unity, schools mostly primary and secondary schools rather than colleges and universities, play an important role in transmitting the culture to a new generation. Students are taught to become good citizen, to love their country and to be proud of their nationality. Schools also plant seed of patriotism in their young charges by teaching Civics, History and other social studies”.

Kalau kita lihat statement ini, yang mengatakan anak-anak ini, yang berbilang kaum ini, sewajarnya diletakkan di bawah satu bumbung di mana kita boleh mengungkitkan, membangkitkan perasaan patriotisme, sayangkan negara- perpaduan melalui pelajaran-pelajaran seperti Sivik dan History juga adalah penting. Ini merupakan satu perkara yang dilakukan hampir 100 peratus negara di dalam dunia ini.

Page 74: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 67

Ingin saya terangkan Tuan Yang di-Pertua, sedikit supaya kita semua jelas

mengapakah pihak British membenarkan supaya diwujudkan sekolah vernakular. Tuan Yang di-Pertua, pihak British membenarkan supaya penggunaan bahasa ibunda dan sekolah daripada bangsa itu kerana pada masa itu, majoriti orang-orang yang datang ke sini, ke Malaya, untuk mencari rezeki, mereka tidak berniat untuk tinggal di Malaya. Mereka memang berniat untuk balik kembali setelah dapat rezeki yang murah, mereka balik. Ini kerana pada masa itu, Malaya merupakan satu lubuk emas iaitu kalau kita rajin, kita boleh baca berbagai-bagai buku bagaimana sejarah bilionair di Malaysia ini.

Contohnya kalau Yang Berhormat baca, ‘My Story: Lim Goh Tong’, beliau mengatakan kali pertama datang ke Malaya, beliau balik ke negara China. Akan tetapi disebabkan negara China mempunyai masalah daripada segi masalah mencari makan dan juga masalah khasnya masalah orang-orang masa itu orang China dianiaya oleh askar-askar Jepun, maka beliau balik ke sini. Juga kalau kita lihat buku satu lagi...

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Yang Berhormat.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Silakan.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Cuma hendak minta penjelasan sedikit mengenai Yang Berhormat hari itu pun sebut mengenai dua teori Relative Deprivation dan juga Rising Expectation. Sudah lama, saya sudah lupa ini. Akan tetapi saya ingat one of it was the J-curve hypothesis. Balik kepada apa Yang Berhormat sebut tadi berkenaan dengan race-based dengan needs-based approach, kenapa pada saya. Saya secara peribadi menyokong approach untuk needs-based tetapi kalau kita kaitkan ini dengan race-based, kalau kita kaitkan needs-based approach dengan Theory of Relative Deprivation.

Saya ambil contohnya masyarakat kaum Melayu. Kalau kita tengok relative deprivation, dia mungkin dalam sesuatu masyarakat itu, bila mana sebahagian daripada masyarakat itu, dia banding diri dia dengan bukan masyarakat lain tetapi dengan masyarakat part of the same community. Then dia ingin untuk mendapatkan apa yang rakan dia itu ada. To me, that creates deprivation. So pada saya, saya rasa kalau kita ambil pendekatan needs-based, mungkin dia akan menyelesaikan masalah tetapi ini cuma pendapat. Saya rasa kita perlu perbincangan yang lebih luas.

Balik kepada rising expectation, kalau kita tengok- kalau tidak salah, I think those James Davis kalau kita tengok dan dalam Rising Expectation Theory pun, dia punya arguement bukan actual dissatisfaction tetapi daripada segi perception yang main peranan.

So pada saya, Kerajaan Pakatan Harapan- ini cadangan saya- satu kegagalan kerajaan sebelum ini ialah to address the issue of perception di mana reality of the ground lain, persepsi orang lain. So kalau pada saya, saya rasa kerajaan yang baharu ini pun kena address isu perception, bukan realiti, issue of perception. Terima kasih.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Silakan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim. Ini tolak masa kecemasan ini.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Senator Chandra Mohan. Saya memang setuju. Saya setuju. Memang pada hari ini kita lihat bahkan pada kerajaan yang lepas pun menghadapi masalah perception.

■1640

Akan tetapi penekanan saya yang saya hendak terangkan tadi, saya hendak membezakan expectation itu berbeza dengan expectation dahulu. Macam saya terangkan pada sesi yang lepas, expectation dahulu 60 tahun, 20 tahun yang lepas, janji asalkan anak kita dapat makan kita sudah senang hati. Pada hari ini, expectation kita lebih tinggi kerana kedudukan negara kita telah berada di tahap yang cukup tinggi. Kita bahkan dianggap sebagai negara maju pada hari ini.

Page 75: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

68 DN 3.12.2018

Bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya- buku ini satu lagi. Oleh sebab saya

menggalakkan rakan-rakan kita baca buku-buku sejarah, bagaimana billionaire berjaya, dia naik ke atas dan menjadi seorang yang cukup kaya, From Poor Migrant to Millionaire. Perkataan migran ini ada kala kita salah faham, kita menjadi begitu sensitif.

Apa yang dimaksudkan di sini, yang tulis anaknya ya, anak dia sendiri. Apa yang dimaksudkan migran di sini adalah pendatang pada masa itu. Kita di sini rakyat Malaysia, tuan-puan bukan pendatang. You are 100 percent Malaysian citizen. Apa yang dimaksudkan imigran di sini adalah dulu punya cerita, bukan sekarang punya cerita. Ini yang hendak saya jelaskan.

Maka Tuan Yang di-Pertua, yang saya katakan tadi itu British, masa British. Akan tetapi pada hari ini kita telah merdeka melebihi 60 tahun. Apakah kita masih menganggap diri kita sebagai seorang rakyat yang tulen, yang betul-betul ikhlas dan jujur, kalau kita masih berkiblat kepada budaya-budaya daripada negara asal datuk nenek moyang kita? We are Malaysian. Kita hendak melihat satu negara yang bersatu padu dengan jati diri Malaysia kerana ini merupakan satu perkara yang cukup penting.

Kedua yang saya hendak jelaskan, dalam Perlembagaan tidak ada klausa yang membenarkan sekolah-sekolah vernakular di negara ini, tidak ada klausa. Kalau saya bacakan- saya bawa Perlembagaan di sini, Perlembagaan dalam bahasa Inggerisnya- “National Language- The National Language shall be the Malay Language and shall be in such script as Parliament may by law, provided that no person shall be prohibited or prevented from using otherwise than for official purposes or from teaching or learning any other languages”.

Dalam Bahasa Melayu, “Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang Parlimen dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan selain bagi maksud rasmi atau daripada mengajarkan atau belajar apa-apa bahasa lain”.

Maksud di sini, kita boleh belajar dan mengajar bahasa itu, bukan kita menggunakan bahasa itu untuk mengajar dan belajar subjek matematik kah dan lain-lain subjek. You can learn the language but not learn subject in that language. Ini yang saya hendak jelaskan. Ini termaktub dalam Perlembagaan.

Maka penubuhan sekolah SJK atau sekolah lain yang menggunakan bahasa lain selain Bahasa Melayu adalah unconstitutional, bercanggah dengan Perlembagaan. Ini fakta. Ini hakikat yang perlu kita faham. Jika kita meneruskan sistem sekolah pelbagai aliran yang kita tahu tidak membantu kepada konsep perpaduan dan harmoni, saya mengharapkan Kerajaan Pakatan Harapan kena duduk, kena review sistem ini.

Apatah lagi kalau kita bercakap tentang 50 tahun daripada sekarang. Apa akan jadi pada anak-anak kita ini? Kalau semasa merdeka dahulu rakyat Malaysia yang asal daripada China dan India telah menerima kerakyatan dan memohon supaya penubuhan sekolah Cina dan Tamil vernakular diteruskan, dan government pada masa itu bersetuju dengan ihsan.

Persoalan, hari ini Tuan Yang di-Pertua kita mempunyai melebihi tiga juta pekerja-pekerja dari luar, melebihi tiga juta. Apatah lagi kalau mereka sudah duduk lama di sini, beranak-pinak. Mereka juga boleh memohon menubuhkan sekolah mereka dan mereka juga mempunyai hak yang sama kerana mereka juga telah membantu membangunkan negara kita. Apakah kita hendak melihat sekolah vernakular Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam, Afrika, Pakistan, Myanmar, Thailand, Filipina dan lain-lain? Apakah ini yang kita hendak lihat? Maksud saya kita kena fikir long term.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Panjang lagi Yang Berhormat?

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Sikit lagi. Tuan Yang di-Pertua, masa menyambut kemerdekaan ketiga-tiga pemimpin yang mewakili tiga kaum telah bersetuju dan bersepakat melalui social contract.

Page 76: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 69

Social contract ini diterjemahkan melalui Perlembagaan yang juga kita panggil

sebagai quid pro quo iaitu kerakyatan yang dia dapat melalui kewarganegaraan hak lahir, jus soli iaitu mereka mendapat kerakyatan, dan mereka juga telah bersetuju kedudukan istimewa orang-orang Melayu, bumiputera Sabah, dan Sarawak diteruskan.

Kaum imigran pada masa itu mendapat kerakyatan melalui konsep jus soli telah bersetuju empat perkara penting dalam social contract kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera lain Perkara 153, kedudukan Raja-Raja Melayu, Perkara 181, agama Islam sebagai agama rasmi Perkara 3, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Perkara 152. Social contract termaktub dan tidak boleh diubahsuai atau dipinda. Jangan lari daripada social contract, jangan lari daripada Perlembagaan.

Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata- saya quote apa yang beliau cakap, “Rakyat Malaysia daripada mana-mana kaum yang mempersoalkan dan mempertikaikan Perkara 153, Perlembagaan Negara yang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera adalah buta sejarah”. Ini saya quote... “ dan tidak memahami Perlembagaan”. Beliau berkata lagi bahawa, “Malaysia adalah Tanah Melayu, bukan tanah Cina ataupun tanah India”. Saya quote dan saya rasa mungkin cikgu-cikgu yang mengajar sejarah beritahu murid-murid yang tidak faham sejarah diminta ketuk kepala murid-murid ini sendiri kerana mereka bercakap sesuka hati adalah tidak sesuai kepada negara kita yang majmuk ini.

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah pihak kerajaan berhasrat untuk memberi kursus berkaitan dengan Perlembagaan dan sejarah kepada pemimpin-pemimpin PH? Saya berkata demikian kerana pemimpin PH merupakan pemimpin yang baharu dan kita tidak mahu melihat lagi pemimpin-pemimpin PH mengeluarkan perkataan-perkataan yang bercanggah dengan sejarah dan Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta semua Yang Berhormat Menteri, pemimpin-pemimpin belajar dan memahami sejarah negara sebelum kita meminta rakyat jelata memahami dan menghormati sejarah Malaysia. Para pemimpin jangan sesuka hati bercakap sedap mulut kerana ia akan menyebabkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Setiap provokasi tidak baik, setiap action ada reaction. Contoh, bacalah buku sejarah yang berkaitan dengan asal usul rakyat di Malaysia ini. Orang Melayu bukan pendatang.

Tuan Yang di-Pertua, candi-candi di Sungai Batu itu adalah khazanah orang Melayu dan rangka tulang di Merbok itu DNA-nya adalah DNA Melayu. Sri Vijaya dan Majapahit itu adalah Melayu walaupun pada masa itu mereka beragama Hindu tetapi mereka bukan orang India. Orang Bali adalah rumpun Melayu, agama Hindu tetapi bukan orang India.

Orang Melayu adalah penduduk asal di seluruh kawasan alam Melayu. Kerajaan yang sah dan berperlembagaan adalah Kerajaan Melayu yang bermula sebelum kedatangan Portugis. Bahkan pada tahun 1409 semasa Sultan Melaka melawat China, sejarah China menegaskan Sultan itu adalah orang Melayu dan orang Islam.

Hari ini kita biasa mendengar kumpulan orang Melayu di Cocos Islands ataupun di Cape- di Southern Africa. Kita panggil Cape Malay ataupun Cocos Malay.

■1650

Cocos Malays ataupun Cape Malays, they are not all from Malaya atau Tanah Melayu. Kebanyakan mereka daripada Indonesia, daripada Aceh tetapi telah lama dahulu mereka dianggap sebagai Melayu kerana mereka datang daripada rumpun Melayu dan alam Melayu.

Bahkan semasa zaman penjajah Tuan Yang di-Pertua, satu cadangan- ini masa zaman penjajah. Satu cadangan untuk mendirikan satu negara yang dipanggil Melayu Raya iaitu gabungan negara-negara di alam Melayu terdiri daripada Indonesia, Tanah Melayu, Borneo, Singapore, Filipina dan Gugusan Kepulauan Melayu yang lain berteraskan kekuatan rumpun Melayu sebagai kuasa agung melalui Empayar Srivijaya, Majapahit dan Melaka yang telah wujud sebelum kedatangan kuasa Barat.

Page 77: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

70 DN 3.12.2018

Tegasnya sebelum alam Melayu dipecahkan oleh kuasa-kuasa kolonial, semasa

mereka semua itu di negara-negara yang saya sebut tadi termasuk Selatan Thailand bergerak secara terbuka di dalam negara-negara alam Melayu ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan saya hanya hendak menerangkan kalau boleh saya memang mengharapkan sangatlah kerajaan baharu ini memainkan peranan apatah lagi di dalam kumpulan-kumpulan pemimpin yang berbagai yang dibahagikan sama rata, di dalam pihak kerajaan, duduk betul-betul buktikan we are the best government, you are the best government tanpa mengira apa kaum kita sekali pun. Jangan ambil sifat-sifat yang saya katakan chauvinist, yang racist. Itu bukan perangai kita sebagai rakyat yang tulen, yang betul-betul asli di negara kita ini.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana telah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya untuk menjadi kerajaan pada hari ini. Saya berharap sangat melihat dengan lebih baik kebajikan keperluan rakyat tanpa menggangu-gugat Perlembagaan negara yang telah diamalkan sejak negara kita ini merdeka lagi. Saya ingin melihat perpaduan dapat diteruskan dan diperkukuhkan lagi. Saya ingin melihat pendidikan di Malaysia ini dijadikan untuk menyatupadukan anak-anak kita di bawah satu bumbung.

Saya mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih, Yang Berhormat Senator.

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Sabani binti Mat.

4.52 ptg.

Puan Hajah Sabani binti Mat: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertama kali berdiri saya seperti Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain ingin mengambil bahagian untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana telah berjaya memenangi Pilihanraya Umum Keempat Belas yang lalu. Sebagai kerajaan yang telah mendapat kepercayaan rakyat Kerajaan Pakatan Harapan perlulah memastikan supaya politik terus stabil, ekonomi terus berkembang di samping keharmonian rakyat terus terpelihara. Kalau kita melihat empat bulan pertama tahun ini KDNK kita mencapai 5.6 peratus. Kita berharap kerajaan yang ada pada hari ini akan terus memastikan supaya pertumbuhan ini akan terus kekal.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga kalau kita lihat pada awal Mei yang lalu di mana nilai ringgit untuk USD1 sebanyak RM3.85 dan sekarang nilai ringgit terus menjunam. Apa yang saya lihat angkanya untuk USD1 sebanyak RM4.13. Untuk itu saya ingin bertanya kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Kewangan. Apakah langkah-langkah yang dilakukan bagi memastikan bahawa nilai ringgit tidak jatuh ke paras yang rendah?

Tuan Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini izinkan saya merangkapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada kerajaan terdahulu iaitu Kerajaan Barisan Nasional yang telah berjaya membangunkan negara ini dan rakyat dalam segala sudut seperti pembangunan fizikal dan spiritual. Taraf hidup rakyat juga telah meningkat selepas kita mencapai kemerdekaan. Ini adalah hakikat dan sejarah yang tidak dapat kita nafikan.

Kita sedar bahawa untuk membina sebuah negara bukan mengambil masa yang singkat tetapi kita juga jangan lupa untuk memusnahkan sesuatu yang dicapai boleh berlaku dalam sekelip mata. Justeru itu, kita berharap kerajaan yang baharu ini akan lebih bijaksana dan berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan yang boleh membantut pembangunan dan kemajuan negara. Yang paling kita khuatir ialah langkah-langkah drastik yang boleh mencerminkan dan meletakkan negara dalam satu keadaan yang tidak kondusif bagi iklim pelaburan.

Page 78: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 71

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin juga membahaskan mengenai Rukun Negara

yang ketiga dan keempat iaitu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran dan kemuliaan Perlembagaan negara. Perlembagaan negara adalah sumber perundangan yang tinggi. Perlembagaan juga menjadi asas yang penting untuk menjamin keadilan dan kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Manakala undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan negara.

Oleh itu, kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini juga mengenai Perkara 71(4) dengan jelas menyatakan bahawa jika mana-mana Perlembagaan negeri tidak mempunyai peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian I, Jadual Kelapan? maka ia boleh dimasukkan sendiri oleh Parlimen. Bahagian I, Jadual Kelapan adalah wajib dimasukkan ke dalam semua Perlembagaan negeri. Negeri Perlis memaktubkan Bahagian I, Jadual Kelapan, Perlembagaan Persekutuan ke dalam Perkara 39, Perlembagaan negeri Perlis yang mempunyai persamaan dengan Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 39, fasal (2), Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah dilantik seperti yang tersebut di bawah ini iaitu Raja hendaklah mula-mula sekali melantik- ini Tuan Yang di-Pertua ada kaitan dengan negeri Perlis. Raja hendaklah mula-mula sekali melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri pada timbangan boleh mendapat kepercayaan bilangan Ahli-ahli Dewan Negeri, menjadi Menteri Besar bagi mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Perkara 39, fasal (4), pada masa melantik seorang Menteri Besar maka Raja dengan sesuka hatinya sendiri meninggalkan apa-apa syarat dalam undang-undang tubuh ini yang mengehadkan haknya memilih seorang Menteri Besar. Jika pada pendapatnya mustahak berbuat demikian untuk memenuhi syarat-syarat dalam perkara ini.

Perkataan, “Raja boleh dengan sesuka hatinya sendiri...” pada pendapat saya merupakan satu interpretasi yang perlu dijelaskan lagi tentang maksud sebenar dan tahap bidang kuasa yang perlu diambil kira supaya apabila perkataan, “Raja boleh dengan sesuka hatinya sendiri...” digunakan dalam membuat keputusan, ia adalah seiring dengan matlamat dan maksud yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang terkandung di dalam Bahagian 1, Jadual kelapan, Raja boleh bertindak menurut budi bicara pada melaksanakan fungsi yang berikut sebagai tambahan kepada fungsi yang pada melaksanakannya Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu melantik seorang Menteri Besar. Berikut dengan itu Raja mempunyai budi bicara untuk melantik Menteri Besar.

■1700

Namun budi bicara ini tidaklah boleh diguna pakai dengan keseluruhan. Budi bicara Raja adalah diguna pakai dengan mengikut prinsip Perlembagaan. Bagaimana budi bicara Raja diguna pakai? Budi bicara Raja di dalam melantik Menteri Besar dan juga Ahli Mesyuarat Kerajaan diguna pakai fasal (2)(a). Raja hendaklah melantik suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan. Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah dilantik seperti yang berikut.

Kerajaan hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Menteri Besar untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan, seorang Ahli Dewan Undangan yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan dan batas nasihat Menteri Besar, Raja hendaklah melantik tidak lebih daripada 10 orang tetapi tidak kurang dari empat orang ahli lain daripada Ahli Dewan Undangan untuk menjadi EXCO.

Berikutan dengan fasal 2, ia adalah jelas bahawa Raja hanya boleh melantik Menteri Besar yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti-majoriti Ahli Dewan Undangan. Jelas sekali bahawa di Perlis, pelantikan Menteri Besar tidak memperoleh kepercayaan majoriti ADUN.

Page 79: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

72 DN 3.12.2018

Ini adalah kerana lapan daripada 15 ADUN tidak mempunyai keyakinan terhadap

Menteri Besar yang telah dilantik dan mereka telah membuat laporan polis serta akuan bersumpah yang menyatakan mereka tidak menyokong pelantikan Menteri Besar. Namun walau pun, telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga negeri tetapi keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang telah tidak diambil kira.

Merujuk kepada kes yang berlaku di Perlis pada tahun 2008, Barisan Nasional telah menang dua per tiga, tetapi Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim yang ketika itu tidak mendapat majoriti ataupun undi daripada ADUN dengan itu beliau telah mengundur diri secara terhormat kerana menghormati serta memahami bahawa kehendak Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan dipatuhi.

Dalam perkara 39, fasal (6) nyatakan seperti berikut. Jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri maka dia hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua saya juga merujuk kemelut yang pernah berlaku di Perak di mana Sultan Perak pada ketika itu Yang Amat Mulia, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah membuat keputusan yang bijak dan mendahulukan kehendak ataupun kepentingan rakyat dalam membuat keputusan berhubung kemelut yang berlaku.

Kuasa dan perlembagaan yang diguna pakai adalah logik dan berdasarkan kepada keadaan yang berlaku di mana Sultan Perak melucutkan jawatan Menteri Besar kerana tidak mendapat kepercayaan daripada majoriti ADUN yang bertindak keluar daripada parti yang menang bertanding dan beralih kepada parti lain. Menteri Besar yang baharu kemudian dilantik di kalangan ADUN yang memegang majoriti Kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang baharu.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulan perkara 39, fasal (4) hendaklah dibaca bersama-sama dengan perkara 39 fasal (2)(a) di mana kepimpinan tertinggi hendaklah akur bahawa sebarang pelantikan Menteri Besar hanya boleh dibuat sekiranya mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Oleh itu pada pendapat saya, demi untuk memastikan keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang, Rukun Negara Malaysia haruslah dijunjung dan dihormati.

Perkara 39, fasal (2)(a), perkara 39, fasal (4) hendaklah juga dibaca bersama-sama dengan perkara 39, fasal (6) demi menghormati proses pilihan raya yang telah dijalankan secara adil dan saksama dan rakyat telah memilih wakil-wakil mereka sama ada di peringkat DUN dan juga Parlimen. Oleh itu, suara majoriti wakil-wakil ini adalah sangat diutamakan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri.

Namun begitu, pada pandangan saya masih terdapat kelemahan yang amat ketara dalam Perlembagaan Negeri Perlis terutama tentang interpretasi perkara 39 fasal (4) di mana Raja boleh dengan sesuka hatinya sepatutnya diolah serta dimaktubkan dengan lebih terperinci bahawa sebelum perkara 39, fasal (4) diambil kira, matlamat sebenar dalam perkara, 39 fasal (2)(a) wajib diguna pakai terlebih dahulu iaitu pemilihan seorang Menteri Besar ataupun seperti dalam perkara 43, fasal (2)(a) Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Perdana Menteri mestilah mendapat sokongan Ahli Dewan sebelum apa-apa keputusan lanjut diteruskan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri walaupun parti yang diwakilinya memenangi 13 Kerusi, tetapi atas sokongan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan beliau.

Ini adalah bersesuaian dengan apa yang termaktub dalam undang-undang Perlembagaan yang tiada siapa pun yang terkecuali daripada undang-undang Perlembagaan yang telah digubal.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Page 80: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 73

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya sebagai rakyat Malaysia, kita menjunjung prinsip

Rukun Negara yang kedua iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kita letakkan Raja-Raja Melayu sebagai payung yang sentiasa menjaga kepentingan agama dan kesejahteraan rakyat jelata. Kita tidak mahu institusi Raja ditohmah, dicemuh dan diperlekehkan oleh rakyat. Kemuliaan institusi ini kita pelihara dan kita pertahankan sejak berzaman. Kita tidak mahu dengar kata-kata seperti, “Raja adil Raja disembah, Raja zalim, Raja disanggah.”

Kita amat berharap agar Raja-Raja Melayu agar lebih adil dalam membuat sebarang keputusan ataupun pertimbangan khususnya dalam pelantikan Menteri Besar selaras dengan peruntukan Perlembagaan. Biarlah keputusan yang baik itu tidak double standard, dengan izin, dahulu lain, sekarang lain pula atas sebab yang belum pasti.

Dalam konteks ini, negeri Kedah tidak bimbang pun keadaan bayang membayangi dan kerajaan boneka berlaku. Jadi saya amat berharap agar Raja-Raja juga memainkan peranan yang positif dalam menjamin rakyat terus menghormati dan menjaga institusi yang mulia ini.

Saya tidak bersuara atas dasar menderhaka kepada Raja. Saya seperti juga yang lain, sayangkan Raja dan ingin menzahirkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Namun saya takut dan bimbang rakyat akan hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Raja-Raja Melayu dan akhirnya kita kehilangan sesuatu yang berharga yang tidak ternilai bagi orang-orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menyokong usul ini, saya juga melahirkan ataupun menzahirkan sokongan kepada kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah dan juga Dato’ Sri Khairudin serta kawan-kawan demi untuk memastikan Dewan Negara kita terus cemerlang dan terus gagah di persada dunia. Dengan kata-kata ini saya menyokong. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum, warahmatullahi wabaraktuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Senator Puan Hajah Sabani binti Mat.

Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad.

5.09 ptg.

Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan salam Malaysia baharu, salam reformasi dan terutama sekali saya merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan juga Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden Keadilan kerana memilih saya salah seorang Ahli di dalam Dewan yang mulia ini iaitu Dewan Negara.

Saya sebenarnya adalah orang yang pertama dalam sejarah Malaysia kerana Orang Asli pertama sekali dilantik sebagai Senator di dalam Dewan Negara ini.

■1710

Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada rakan-rakan saya yang telah mengangkat sumpah pada 27 Ogos 2018 yang baru ini sebagai Senator di dalam Dewan Negara ini. Terutama sekali saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana telah membentuk kerajaan yang baharu selepas PRU Ke-14. Ini sebenarnya kehendak rakyat yang luar biasa, di mana rakyat telah memilih kerajaan yang baharu dan kita mahu kerajaan yang baharu ini, supaya mereka lebih prihatin dan peduli rakyat. Tahniah juga kepada Menteri-menteri dan juga Timbalan Menteri yang telah dilantik dan kita berharap supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam Perkara 5 iaitu Yang di-Pertuan Agong telah bertitah bahawa kerajaan dan pihak swasta dan rakyat hendaklah terus bekerjasama dalam usaha menyusun masyarakat, terutama membaiki ekonomi rakyat yang masih terpinggir.

Page 81: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

74 DN 3.12.2018

Pembelaan terhadap ekonomi rakyat yang terpinggir dan tidak harus dilihat sebagai

dasar diskriminasi perkauman, tetapi sebagai usaha menebus ketidakadilan sosial yang telah diwarisi sejak sekian lama.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu Orang Asli di Gua Musang iaitu isu tanah adat mereka yang telah di ceroboh oleh pihak kerajaan negeri dan juga pihak syarikat tertentu, di mana Orang Asli di Gua Musang sekarang ini mereka telah berhadapan dengan satu situasi yang tidak menyenangkan mereka. Ini di mana tanah adat mereka telah dicerobohi dan akan diambil. Makan mereka telah mengadakan blockade, dengan izin, dan sekatan jalan ke arah tanah adat mereka. Pada masa sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, mereka telah mengadakan blockade dan blockade mereka telah dimusnahkan oleh pihak pemaju dan juga kerajaan negeri iaitu yang diketuai oleh Jabatan Perhutanan.

Saya juga merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Menteri Wilayah, Yang Berhormat Sivarasa. Beliau telah mengadakan lawatan pada 3 Ogos 2018 ke Gua Musang. Dalam tinjauan tersebut, beliau telah cuba untuk berjumpa dan juga bertemu dengan pemimpin masyarakat Orang Asli Gua Musang dan saya juga turut serta di dalam rombongan tersebut untuk melihat apakah ada penyelesaian di antara Kerajaan Negeri dan juga Orang Asli di Gua Musang ini. Ini kerana perkara ini sudah berlarutan agak sekian lama dan kita mengharapkan satu penyelesaian daripada kerajaan negeri.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan tanah adat di Gua Musang ini? Seperti yang kita sedia maklum, pihak kerajaan negeri mengatakan, bahawa Orang Asli di Kelantan ini tidak ada hak terhadap tanah adat.

Akan tetapi, kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua, dalam Pos Belatim iaitu di Gua Musang Kelantan, di mana pihak Orang Asli telah memfailkan kes pada tahun 2011 dan mereka telah mendapat kemenangan iaitu Mahkamah Tinggi Kota Baharu telah menganugerahkan mereka kemenangan, di mana Mahkamah Tinggi Kota Baharu telah mengiktiraf seluas 9,361.5 hektar tanah kepada Orang Asli Temiar, Gua Musang ini di mana mahkamah telah mengiktiraf bahawa tanah tersebut adalah tanah adat Orang Asli Temiar. Di mana mahkamah juga pada masa itu telah membatalkan ladang rakyat yang akan dibina oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Akhirnya, mereka menang pada 23 April 2017.

Jadi saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, berapakah jumlah tanah yang diwartakan di negeri Kelantan dan juga tanah yang telah diluluskan untuk diwartakan. Begitu juga berapakah jumlah tanah dalam proses permohonan di negeri Kelantan ini? Oleh sebab kalau kita tengok rekod yang terbaru daripada JAKOA, di negeri Kelantan ini tidak ada perizaban tanah Orang Asli.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan maklumat daripada kementerian, berapakah jumlah kos yang telah dibelanjakan untuk pengukuran tanah-tanah Orang Asli di seluruh Malaysia dan khususnya di Kelantan? Oleh sebab kerajaan yang terdahulu, saya mendapat maklum, mereka telah menyediakan bajet untuk proses pengukuran tanah dan tanah kemudian yang akan diwartakan.

Tuan Yang di-Pertua, seterunya saya menyentuh berkenaan dengan Pusat Intelek Pelajar Orang Asli di Rompin. Ini saya tujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kita tahu pendidikan ini satu yang penting di kalangan masyarakat, khususnya Orang Asli di mana kita dapat tahu, kadar keciciran di kalangan pelajar-pelajar Orang Asli ini sangat tinggi. Kalau kita tengok data tahun 2016 yang terkini, kadar keciciran pelajar-pelajar sekolah menengah di kalangan Orang Asli, tahun 2006 jumlah yang masuk sekolah adalah seramai 2,586 orang dan yang tamat pembelajaran adalah seramai 1,403 orang, iaitu keciciran sebanyak 45.75 peratus.

Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan kadar keciciran pelajar-pelajar Orang Asli ini? Saya juga mencadangkan kepada kementerian supaya Pusat Intelek Pelajar Orang Asli di Rompin ini ataupun singkatannya PIPOA dapat ditambah kepada negeri-negeri yang lain.

Page 82: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 75

Oleh sebab setakat ini hanya ada satu sahaja di Malaysia dan ia tidak dapat

menampung pelajar-pelajar Orang Asli yang lain untuk meneruskan pelajaran. PIPOA ini mengambil pelajar-pelajar yang cemerlang dan separuh cemerlang untuk belajar di PIPOA Rompin ini. Akan tetapi, tempatnya terhad. Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya dapat ditambah.

■1720

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya menyentuh berkenaan dengan kesihatan Orang Asli. Orang Asli ini, kanak-kanak Orang Asli terutamanya sekali, adalah antara masyarakat yang kekurangan nutrisi sejak daripada mereka kecil lagi, start daripada bayi lagi. Maka itu, saya mencadangkan supaya Hospital Orang Asli Gombak ini boleh kita perkasakan.

Oleh sebab, apabila kementerian mengambil alih pada tahun 2012 Hospital Orang Asli Gombak ini, saya melihat, memperkasakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Orang Asli itu agak terhad dan terbatas. Ini mungkin disebabkan oleh kekangan kewangan. Akan tetapi, dalam isu kesihatan ini, kita tidak boleh berkompromi sebab faktor-faktor masyarakat dan juga geografi Orang Asli ini, penempatan mereka jauh ke pedalaman.

Ramai pesakit Orang Asli ini Tuan Yang di-Pertua, biasanya dibawa oleh JAKOA dan dihantar ke Hospital Orang Asli Gombak ini. Ada sesetengah tempat itu tidak dapat dilalui oleh kenderaan darat dan terpaksa dihantar dan diambil menggunakan helikopter.

Jadi saya mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan supaya diperbanyakkan klinik-klinik bergerak di perkampungan-perkampungan Orang Asli ini. Ini adalah sebab kesihatan ini sangat penting, di mana sekiranya tidak sihat, khususnya kepada pelajar-pelajar, bagaimana untuk mereka belajar dengan baik? Badan tidak sihat, demam dan sakit. Maka ini menyebabkan kadar keciciran pelajar dan juga boleh mengganggu pembelajaran mereka.

Jadi soalan saya, kita mahu hospital ini sebagai satu institusi yang khusus untuk Orang Asli yang banyak berjasa sebenarnya sejak darurat lagi. Kita mahu aktiviti memperkasakan hospital ini mestilah dibuat secara holistic, emphatic dan menjimatkan kos rawatan Orang Asli.

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Yang Berhormat Senator, mohon mencelah?

Tuan Manolan bin Mohamad: Silakan.

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Senator Tuan Manolan. Saya melihat untuk memperkasakan tentang Hospital Orang Asli Gombak ini, perlulah kepada suatu makna yang sangat bermanfaat kepada Orang Asli. Apa yang saya lihat ialah isu terdapat sebahagian pelajar yang membuat medical check-up perlu membayar RM100 lebih. Adakah ini memberikan makna kepada peranan Hospital Orang Asli Gombak itu untuk masyarakat Orang Asli? Minta mohon pandangan Yang Berhormat Senator.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, sila.

Tuan Manolan bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, memang kita sedia maklum bahawa medical check-up biasanya akan diambil oleh pelajar-pelajar Orang Asli yang akan memasuki IPT ataupun IPTA. Mereka dikenakan bayaran dan kita mohon supaya bayaran ini dikecualikan.

Saya sambung Tuan Yang di-Pertua. Kita mahu Hospital Orang Asli Gombak ini setanding dengan negara-negara maju seperti di Indiana health service di USA dan juga Maori health di New Zealand, Institute of Aboriginal Peoples' Health di Canada. Jadi kita mahu hospital ini mesti menempatkan doktor-doktor pakar dan juga nurse yang berwibawa. Kita juga mahu hospital ini mesti dinaiktarafkan, khususnya berkenaan dengan equipment di Hospital Orang Asli Gombak ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada PTPTN. Ramai mungkin yang tidak menyentuh berkenaan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini. Kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan telah menunaikan janji mereka di mana mereka akan membatalkan ataupun melepaskan peminjam-peminjam PTPTN ini yang telah blacklist, dengan izin, ke luar negara. Jumlah yang diputihkan adalah seramai 429,945 orang.

Page 83: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

76 DN 3.12.2018

Akan tetapi dalam masa yang sama, saya mencadangkan pihak Kementerian

Pendidikan juga harus melihat di mana ramai peminjam PTPTN ini yang tidak boleh membuat pinjaman bank kerana terdapat tunggakan dalam pinjaman PTPTN ini.

Kita sedia maklum bahawa peminjam PTPTN ini ramai yang sudah graduate dan ramai juga yang sudah bekerja. Bekerja bukannya dengan gaji yang besar, mungkin di bawah RM4,000. Jadi, kita melihat di sini bagaimana para peminjam ini untuk membuat bayaran sekiranya mereka disekat untuk membuat pinjaman. Bagaimanakah untuk mereka membeli rumah ataupun membeli kenderaan dan mungkin juga akan melakukan pinjaman perniagaan?

Dengan pelepasan CCRIS ini, saya yakin para peminjam boleh melakukan perniagaan dan mereka mampu untuk membayar balik pinjaman PTPTN ini. Jadi soalan saya, adakah pihak Kementerian Pendidikan bercadang untuk mengeluarkan peminjam PTPTN ini daripada Central Credit Reference Information System (CCRIS)?

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu pendidikan Orang Asli yang lambat mendapat yuran pelajaran. Di mana sekarang ini ramai pelajar yang merungut lambat mendapat bayaran daripada JAKOA dan ini amat menyukarkan mereka. Ini adalah sebab mereka bergantung 100 peratus daripada bayaran yang diberikan oleh JAKOA ini kepada mereka. Jadi, saya mohon pihak kementerian untuk mempercepatkan proses pinjaman itu diberikan kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Jadi, akhir kata, saya menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Senator Datuk Teo Eng Tee.

5.29 ptg.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee: Selamat sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon untuk menyokong Usul Titah Diraja. Terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk menyertai perbahasan ke atas Titah Diraja sempena pembukaan rasmi Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas ruang perbahasan ini untuk mengutarakan pandangan serta beberapa isu yang penting yang perlu saya berikan perhatian demi kepentingan rakyat dan negara.

■1730

Saya amat bangga dan bersetuju dengan inti pati Titah Diraja yang merangkumi semua aspek penting masyarakat dan negara dengan secara menyeluruh dan prihatin. Semoga saranan Titah Yang di-Pertuan Agong diterima baik dan difahami oleh semua pihak dan berusaha secara bersama untuk membawa perkembangan dan kemajuan yang diharapkan oleh rakyat dan negara.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita Malaysia baru sahaja menjalankan Pilihanraya Umum Keempat Belas pada 9 Mei 2018. Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dan Ahli-ahli Dewan Negara yang baru dilantik. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Barisan Kabinet yang baru diwujudkan.

Rakyat telah membuat keputusan mereka dalam Pilihanraya Umum Keempat Belas. Kita terima sahaja keputusan rakyat. Bagi mereka yang berjaya dipilih oleh mewakili rakyat bersidang di Parlimen, janganlah lupa tanggungjawab dan janji kamu terhadap rakyat. Jangan suka-suka mengeluarkan cek yang tidak boleh ditunaikan. Pastikan tunaikan janji kamu dalam masa yang terdekat.

Page 84: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 77

Bagi mereka yang gagal pula, janganlah emosional, berfikiran sempit dan tertutup.

Terima sahaja dan menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat. Tidak kira menang atau kalah, kedua-dua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing iaitu mesti memastikan kepentingan rakyat, pembangunan negara dan kestabilan ekonomi terjamin. Kepentingan rakyat dan pembangunan negara mesti diutamakan. Segala perasaan tidak suka mestilah diketepikan dan marilah bersama-sama mewujudkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk dijadikan satu institusi Parlimen yang dihormati dan dipandang tinggi oleh negara dan dunia luar.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini di Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk mengganti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 September 2018. Saya berpendapat bahawa kedua-dua Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah terbukti bahawa ialah satu sistem cukai yang adil dan digunakan oleh 160 buah negara di dunia ini.

Dukacitanya kerajaan sebelum ini melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar yang terlalu tinggi iaitu enam peratus. Kadar yang tinggi ini telah membebankan rakyat jelata. Kerajaan patut melaksanakan GST pada kadar lebih rendah di mana ia dapat meringankan beban rakyat di samping mampu memberikan pendapatan seperti SST kepada kerajaan.

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pula merupakan cukai seperingkat sahaja. Ini dikenakan kepada pegilang dan akhirnya pihak pegilang pula memindahkan cukai tersebut secara berlebih kepada pengguna. Jika gejala ini berleluasa tanpa kawalan yang baik akan mengakibatkan inflasi yang tinggi di negara Malaysia.

Sekiranya kerajaan tetap melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), saya menyeru agar pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggalakkan pihak pengilang mengambil kesempatan memindahkan cukai yang berlebihan kepada pengguna dan seterusnya mengakibatkan harga-harga barangan dan perkhidmatan naik. Kepentingan rakyat mesti sentiasa diutamakan. Jangan biar kos hidup yang tinggi membebankan rakyat jelata.

Tuan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan ini harga komoditi pertanian negara kita seperti minyak kelapa sawit dan getah telah makin menurun. Sebelum ini kedua-dua komoditi ini telah memberi sumbangan yang banyak dalam ekonomi Malaysia. Negara kita juga merupakan pengeksport yang kedua besar di dunia selepas Indonesia. Kini negara China yang sebelum ini yang merupakan pengimport kedua terbesar terhadap minyak kelapa sawit negara kita juga telah mengurangkan permintaannya kepada komoditi ini.

Masalah kemerosotan harga minyak kelapa sawit dan getah telah membebankan pekebun-pekebun kecil dan ekonomi negara kita. Mereka bukan sahaja menghadapi masalah penurunan harga komoditi tetapi juga perlu menghadapi masalah kenaikan harga baja dan racun rumput.

Saya mencadangkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan buat sementara mengantung cukai 5 peratus terhadap eksport minyak kelapa sawit sehingga harga minyak kelapa sawit dan permintaan pasaran minyak kelapa sawit pulih. Gantung cukai 5 peratus terhadap eksport minyak kelapa sawit akan membolehkan minyak kelapa sawit negara kita bersaing dengan pasaran dunia yang hebat.

Tuan Yang di-Pertua, menurut laporan Bank Negara Malaysia, negara kita menghadapi kekurangan rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan pasaran. Kos hidup yang semakin meningkat membebankan rakyat. Kebanyakan mereka tidak mampu membeli rumah. Kos perumahan sememangnya merupakan isu utama bagi masalah kita.

Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Barisan Nasional pada sebelum ini telah melancarkan Dasar Perumahan Negara pada 10 Februari 2011 bagi menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu milik bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Namun begitu, rumah mampu milik masih tidak cukup untuk menampung permintaan terutamanya bagi orang muda yang tinggal di bandar-bandar.

Page 85: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

78 DN 3.12.2018

Dengan itu, saya mengalu-alukan tindakan kerajaan agar mengkaji semula Dasar

Perumahan Negara supaya dapat menyelesaikan masalah rakyat tidak mampu memiliki rumah. Harga rumah yang kekal berada pada paras tinggi merupakan sebab utama rakyat tidak mampu membeli rumah.

Oleh itu, saya menyeru kerajaan supaya meneliti dasar-dasar perumahan dengan memantau harga rumah di pasaran. Kerajaan boleh menubuhkan satu jawatankuasa khas dengan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, persatuan pemajuan hartanah dan perumahan Malaysia untuk memantau harga rumah, pasaran dan pemaju rumah.

■1740

Jawatankuasa khas ini perlu ditingkatkan sebagai pusat yang mengumpul serta membina pangkalan data harga rumah. Ia juga boleh berfungsi sebagai badan penasihat kepada kerajaan untuk mengawal harga rumah sekiranya mendapati harga rumah di pasaran terlalu tinggi sehingga rakyat tidak mampu memiliki rumah.

Selain itu, kerajaan juga boleh menubuhkan satu agensi pusat untuk menguruskan hal-hal berkenaan rumah mampu milik. Sebagai contoh, negara Singapura mempunyai Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) yang membina dan menguruskan perumahan untuk rakyat Singapura. Memberi pemberian insentif kepada pemaju swasta merupakan satu langkah efektif untuk menggalakkan pembinaan rumah mampu milik dan memenuhi permintaan terhadap rumah di pasaran.

Insentif ini boleh diberikan melalui pemberian wang subsidi atau potongan cukai. Selain itu, insentif itu juga termasuk menawarkan kadar kelulusan segera untuk semua projek perumahan mampu milik serta menyelesaikan tanah khusus bagi membina rumah mampu milik. Saya yakin bahawa ini akan menarik lebih ramai pemaju swasta dalam pembinaan rumah mampu milik. Ini secara langsung akan meningkatkan pemilikan rumah.

Kerajaan juga boleh bekerjasama dengan pemaju swasta. Di bandar-bandar utama terdapat banyak tanah kerajaan yang terbiar. Pembinaan rumah mampu milik boleh ditingkatkan jika diberi peluang membangunkan tanah-tanah terbiar tersebut. Masih terdapat banyak tanah terbiar dan tidak mendatangkan hasil. Kerajaan harus membuka lebih banyak ruang kepada pemaju untuk membangunkan tanah milik kerajaan. Kerajaan boleh menjual tanah tersebut dengan harga modal atau percuma kepada pemaju swasta untuk membina rumah mampu milik. Akhir kata, saya setuju dan mohon menyokong sepenuhnya Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Datuk Teo Eng Tee dan sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris.

5.44 ptg.

Datuk Razali bin Idris: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah, alladziarsala rosulahubilhuda wadinilhaq. Liyuzhhirohu 'alad dinikullihi. Wakafabillahi syahida.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya turut sama membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada sesi Dewan yang mulia kali ini selepas pilihan raya yang ke-14. Mudah-mudahan setiap perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini sentiasa dalam barakah Allah SWT.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya rakamkan jutaan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta semua yang terlibat dengan pelantikan saya sebagai Ahli Dewan Negara. Insya-Allah saya akan laksanakan amanah sebaik mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, setelah perubahan kerajaan pada PRU14 yang lalu maka sudah pasti berubahlah dasar dan etika urus tadbir. Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ketujuh dan yang keempat adalah dari susuk tubuh yang sama akan tetapi cara dan dasar pemikiran agak berlainan daripada dahulu dan sekarang.

Page 86: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 79

Tuan Yang di-Pertua, kita melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak lagi

ghairah atau bangga dengan jawatan Perdana Menteri sekarang tetapi beliau gagah berdiri semata-mata untuk membina kembali negara yang telah dirosakkan landasannya supaya dapat bangkit kembali sebagai Singa Asia, insya-Allah. Tempoh 61 tahun bukan satu jangka masa yang singkat tetapi lebih tua daripada usia saya.

Justeru itu agak kekok di sebelah sana sebagai pembangkang dan agak kekok di sebelah sini sebagai pemerintah. Ingatan saya sebagai rakyat Malaysia agar kita semua tidak tergelincir walau seinci pun dari lima Rukun Negara iaitu “Kepercayaan Kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan”.

Tuan Yang di-Pertua, pembahas-pembahas kita yang terdiri daripada pelbagai etnik. Rata-rata bercakap mengenai hak bangsa dan agama masing-masing dan kita tidak mempertikaikan. Begitu juga saya mewakili etnik Melayu yang beragama Islam. Jangan pula apabila saya mempertahankan hak Melayu dituduh racist dan apabila saya mempertahankan hak agama Islam dituduh terrorist sedangkan sepatutnya kita perlu kerjasama dan berganding bahu dalam menjaga keharmonian negara kita.

Melayu dan Islam adalah tiang seri negara manakala di negeri saya Terengganu, Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam kecuali murtad. Islam juga sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Hak keistimewaan orang Melayu jangan dipertikaikan manakala hak bangsa lain tidak diabaikan dan diberi layanan yang adil dan saksama.

Oleh kerana akhir-akhir ini kita lihat ada sedikit keretakan hubungan kaum kerana kedangkalan pemain politik yang cetek. Jadi soalan saya pada Menteri perpaduan nasional, apakah tindakan dan langkah serta akta yang harus diambil dan diwujudkan oleh kerajaan bagi mengelakkan perpecahan berterusan sehingga mengakibatkan perbalahan kaum dan ketegangan serta permusuhan di negara kita?

Tuan Yang di-Pertua, di Pantai Timur Terengganu agak ketinggalan dari arus pembangunan tetapi ianya kaya dengan alam semula jadi seperti mempunyai pantai dan pulau yang indah. Hutan hujan, rainforest yang kaya dengan flora dan fauna yang tercantik di dunia serta mempunyai sumber asli dan petroleum dan banyak lagi tetapi kami masih dalam keadaan ke terbelakang. Hendak salahkan siapa?

Di sini rata-rata ramai yang membahaskan isu ECRL. Saya terlebih dahulu ingin menyentuh beberapa projek mega yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang terdahulu yang juga melibatkan bajet yang begitu besar tetapi terbengkalai sekerat jalan. Sebagai contoh, pertama ECER, atau East-Coast Economic Region, dengan izin, yang mendapat dukungan daripada Petronas yang melibatkan Terengganu, Kelantan, Pahang dan Mersing, Johor. Seluas 66 ribu kilometer persegi bersamaan 51 peratus Semenanjung Malaysia yang bermula pada tahun 2008 dan akan berakhir pada tahun 2020.

■1750

Dikatakan lima kunci utama iaitu pertanian, pelancongan, pembangunan modal insan, pembuatan dan industri minyak gas petrokimia sebagai pandu arah kepada Government Transformation Programme (GTP) dan Economic Transformation Programme (ETP). Akan tetapi sehingga ke hari ini berita tentang perkara ini sunyi sepi seolah-olah projek itu tidak diteruskan lagi. Soalan saya apakah status ECER sekarang? Adakah masih diteruskan ataupun sudah terbengkalai?

Kedua, Lebuh raya Pantai Timur sepanjang 184 kilometer yang menghubungkan di antara Jabor dengan Gemuruh yang juga merupakan projek mega dalam rangkuman Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk negeri Terengganu. Ianya dibina pada tahun 2006 dan siap sepenuhnya pada tahun 2015 dan dengan kos pembinaan dijangka mencecah RM3.7 bilion. Namun selepas pembinaan sepenuhnya peningkatan kos yang sangat ketara iaitu kepada RM4.5 bilion.

Projek ini juga dinilai sebagai pemacu ekonomi negeri dan mewujudkan kawasan perindustrian dan perumahan yang baru untuk meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat sekitar.

Page 87: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

80 DN 3.12.2018

Namun selepas pembinaan, ianya juga tidak mencapai 100 peratus seperti yang

dijanjikan. Adalah difikirkan sebenarnya keperluan yang sangat mendesak pada masa ini adalah menyiapkan LPT3 sepanjang 165 kilometer yang menghubungkan iaitu sambungan daripada LPT2 daripada Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

Soalan saya bagi pihak kerajaan yang akan meneruskan LPT3 yang sudah barang pasti memberi manfaat kepada rakyat Terengganu dan Kelantan dan apakah projek ini akan diberhenti di sini sahaja ataupun diteruskan supaya rakyat negeri Terengganu dan Kelantan dapat hasil nikmat daripada pembangunan tersebut.

Kita juga mempunyai satu lagi highway iaitu Simpang Pulai ke Kuala Berang yang juga merupakan salah satu kawasan yang terlibat masih belum sempurna dan ini pun sama bila akan disempurnakan. Kita juga mempunyai satu lagi laluan ke Pantai Timur yang begitu cantik iaitu laluan pantai pun masih dalam pembinaan yang tidak berkesudahan. Justeru itu apakah perlu ECRL diteruskan?

ECRL bukan satu keperluan mendesak pada ketika ini dan tindakan kerajaan untuk menangguhkan pembinaan tersebut yang disebabkan oleh perbelanjaan yang sangat besar adalah tepat sekali dan kepada sahabat-sahabat kita daripada negeri-negeri lain yang bercakap, yang berbahas tentang ECRL mungkin mereka fikir hanya memerlukan untuk tindakan sementara iaitu menjadikan ia suatu projek untuk dapat sebagai kontraktor.

Akan tetapi kami sebenarnya di Pantai Timur merasakan ECRL tidak, bukan satu keperluan yang mendesak. Yang kita terdesak, yang kita mendesak adalah sekarang ialah jaringan yang sedia ada seperti mana yang saya sebutkan tadi. Contoh di Terengganu, penerbangan di negeri Terengganu yang paling kurang sekali kalau hendak dibandingkan di negeri-negeri lain. Kalau kita bandingkan negeri Kelantan, penerbangan dia yang saya dimaklumkan 90 penerbangan sehari. Di Terengganu tidak sampai 30 penerbangan.

Akan tetapi pemimpin negeri Terengganu bercakap tentang ECRL yang kos perbelanjaannya berlipat kali ganda kalau dibandingkan dengan pembetulan atau penambahbaikan lebuh raya yang sedia ada. Justeru itu, saya sekali lagi mendesak pihak kerajaan supaya mempercepatkan pembinaan-pembinaan jaringan jalan raya yang sedia ada di negeri kami, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai sahabat daripada Karyawan dan Seniman. Beliau mengharapkan kepada saya supaya membawa isu ke Dewan yang mulia ini di mana Malaysia mempunyai ramai seniman dan karyawan yang hebat-hebat yang boleh ditakrifkan sebagai duta yang memperkenalkan negara di mata dunia.

Akan tetapi di penghujung hayat dia, ramai yang sengsara dan tidak diambil peduli. Pada zaman mereka gah, mereka ini disanjung tinggi, namun selepas bintang semakin malap, mereka terus dilupakan. Pendapatan mereka diperoleh daripada royalti hasil gubahan atau ciptaan. Akan tetapi penerimaan royalti tidak sempurna menyebabkan mereka tidak mampu untuk menyara hidup di hari tua. Soalan saya apakah kerajaan dalam membela nasib seniman dan karyawan Malaysia, adakah langkah dan struktur seperti KWSP daripada pendapatan mereka sebagai simpanan tetap diwujudkan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok sektor selain daripada seniman, mereka mempunyai syarikat-syarikat untuk memberi ataupun mencarumkan KWSP. Akan tetapi pihak Seniman atau penggubah ataupun Karyawan negara kita tidak mempunyai syarikat-syarikat yang tetap tetapi beliau mempunyai pendapatan daripada royalti yang dikutip dari syarikat-syarikat yang tertentu dan pandangan mereka, mereka mengharap pihak kerajaan yang baru pada hari ini, mereka cipta supaya setiap royalti yang diperoleh dapat dicarumkan sebagai bersamaan dengan KWSP dan simpanan inilah yang akan dibawa ke hari tua, insya-Allah.

Jadi, dalam suasana sekarang alhamdulillah, suasana politik di Pantai Timur agak unik. Seperti di Pahang, Barisan Nasional yang memerintah manakala di Terengganu dan Kelantan daripada PAS. Di Terengganu negeri saya, tidak ada satu kerusi pun Pakatan Harapan dalam Dewan Negeri.

Page 88: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 81

Akan tetapi kita harap itu bukan satu penghalang untuk memberi khidmat dan

kerjasama dalam membangunkan negeri bagi kepentingan rakyat jelata. Kerajaan terdahulu memang hendak teruskan semua projek yang dirancang oleh mereka walaupun negara terbeban. Akan tetapi kita akan buat pilihan, jika baik dan menguntungkan kepada rakyat, maka kita desak supaya kerajaan teruskan.

Tuan Yang di-Pertua, kita pohon supaya rakyat bersabar melihat hasil pembaharuan yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Kami berharap kita semua bertenang dan menerima serta memikul tanggungjawab sebagai ahli politik. Saya dengan ini saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Saya menyokong Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris.

Dan sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Puan Siti Fatimah binti Yahya.

5.59 ptg.

Puan Siti Fatimah binti Yahya: Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Mendahului ucapan saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya turut serta membahaskan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam sesi persidangan Dewan Negara kali pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 pada kali ini.

Saya merupakan Ahli Dewan Negara yang baru mewakili negeri Pahang Darul Makmur dan ini merupakan kali pertama saya berucap di Dewan yang mulia ini. Justeru saya mohon tunjuk ajar dan bimbingan daripada Tuan Yang di-Pertua serta rakan-rakan ahli Dewan Negara yang dikasihi sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, menjunjung tinggi amanah yang telah diberi oleh Dewan Undangan Negeri Pahang, saya juga akan sedaya upaya menjalankan tugas dengan penuh hemah dan tanggungjawab demi untuk memastikan kerajaan yang ada pada hari ini dapat menunaikan kewajipan untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta membangunkan negara, insya-Allah.

■1800

Di kesempatan ini, izinkan saya untuk mengingatkan pihak kerajaan bahawa pilihan raya umum telah pun berlalu. Sudah termaktub dalam lipatan sejarah bahawa zaman pemerintahan Barisan Nasional telah pun tamat kini tampuk kepimpinan negara terpikul di bahu Pakatan Harapan. Justeru, masa untuk berpolitik sudah tamat. Kini tibalah masa untuk menjalankan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat itu dengan sebaik-baiknya. Saya berharap pihak kerajaan berhentilah meletakkan segala kesalahan atas setiap permasalahan yang berlaku hari ini kepada kerajaan yang lama. Usahlah juga menafikan kejayaan-kejayaan kerajaan yang lama.

Janganlah kita kira Barisan Nasional dijadikan kambing hitam untuk menutup kegagalan kerajaan menunaikan janji-janji pilihan raya. Sebaliknya adalah lebih elok jika pihak kerajaan terus menumpukan usaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan apa juga dasar dan polisi yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan terdahulu. Tidakkanlah langsung tidak ada yang baik yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional.

Sebagai contoh, saya menyambut baik pengumuman Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk meneruskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2025 seperti yang telah dirancang sebelum ini. Penegasan dan pencerahan dari pihak kerajaan bahawa dasar-dasar yang baik untuk negara sama ada di bidang sosial mahupun ekonomi tetap akan diteruskan dan ditambah baik pelaksanaannya. Sudah tentu akan memberi kelegaan kepada rakyat serta memberi isyarat yang positif kepada pelabur-pelabur asing.

Page 89: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

82 DN 3.12.2018

Tuan Yang di-Pertua, menyorot kembali Titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, Baginda telah merakamkan penghargaan yang setinggi-tinggi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, pasukan keselamatan dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam memastikan proses Pilihanraya Umum Keempat Belas yang lalu berjalan dengan lancar dan tertib. Baginda juga telah mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang telah mendapat mandat daripada rakyat serta menyeru semua pihak agar berlapang dada dan akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

Justeru, menjunjung tinggi apa yang dizahirkan oleh Baginda itu, saya dengan rendah dirinya menyarankan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar menyembahkan nasihat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar Baginda menimbangkan semula keputusan Baginda untuk mengurniakan sebarang Darjah Kebesaran semasa sambutan Hari Keputeraan rasmi Baginda pada tahun ini. Saya memahami jika Baginda dan pihak kerajaan tidak mahu mengurniakan sebarang Darjah Kebesaran kepada mana-mana ahli politik khususnya di kalangan Barisan Nasional.

Akan tetapi terdapat ramai penjawat awam, anggota pasukan keselamatan dan daripada polis dan tentera, golongan pendidik, ahli-ahli sukan, penggiat dan karyawan seni serta sukarelawan yang telah menyumbang jasa dan bakti kepada negara selama ini. Jasa dan sumbangan mereka ini tidak harus dilupakan oleh negara semata-mata kerana arus perubahan politik semasa.

Saya yakin sudah tentu ada dalam kalangan yang saya sebutkan tadi telah dicalonkan untuk menerima Darjah Kebesaran daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun ini. Penghargaan yang diberi ini walaupun tidak seberapa nilainya dari segi material tetapi amatlah bermakna dan besar ertinya dalam pengiktirafan sumbangan mereka kepada negara. Penghargaan yang datang daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi negara sudah tentu akan memberi motivasi kepada mereka ini untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan kesungguhan demi negara tercinta.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya ingin saya mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada pihak kerajaan agar meneruskan projek dan dasar berorientasikan rakyat yang telah dirangka dan diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebagai contohnya di Parlimen Cameron Highlands, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang keenam telah pun meluluskan peruntukan sejumlah RM15 juta untuk memperbaiki jalan dari Pos Betau ke Pos Lenjang. Saya difahamkan projek ini telah pun bermula dan telah digerakkan oleh Angkatan Tentera Malaysia secara jiwa murni.

Projek ini akan memberi kemudahan kepada ribuan masyarakat Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom serta guru-guru dan petugas kesihatan untuk berulang alik ke Bandar Lipis. Saya berharap agar pihak kerajaan dapat meneruskan projek seumpama ini. Begitu juga dengan projek-projek pemulihan dan menaik taraf prasarana bekalan air di Parlimen Lipis seperti loji rawatan air di FELDA Kecau, Benta dan Bandar Kuala Lipis. Projek-projek ini haruslah diteruskan kerana ia adalah kemudahan asas yang penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

Saya juga menyedari bahawa Pahang kini merupakan sebuah negeri pembangkang. Namun, saya berharap agar Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan akan dapat memberi layanan yang adil dan saksama sesuai dengan semangat kerjasama yang menjadi teras dalam pembentukan Persekutuan Malaysia. Layanan yang sama juga haruslah diberi kepada negeri-negeri lain yang berada di bawah pemerintahan parti-parti pembangkang.

Dalam soal mengatasi masalah ketidakseimbangan pembangunan negara di negeri Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung dan juga di antara Semenanjung dan Malaysia Timur pendekatan yang diambil haruslah bersifat rasional, jujur dan ikhlas dengan mengetepikan perbezaan fahaman politik sesama kita. Utamakanlah kepentingan rakyat dan jadikanlah ini sebagai asas pertimbangan dalam membentuk sebuah Malaysia baharu seperti yang dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan.

Page 90: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 83

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua

kerana mengizinkan saya sebagai seorang ahli yang baru untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja. Patik juga menjunjung kasih di atas limpah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan persidangan. Saya mohon untuk menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik terima kasih Yang Berhormat Senator Puan Siti Fatimah binti Yahaya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Senator Datuk John Ambrose, ada? Tidak ada, baik tidak ada.

Dan sambung kepada Yang Berhormat Senator Datuk Haji Husain bin Awang. Mana? Sila.

6.07 ptg.

Datuk Haji Husain bin Awang: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Walaikummusalam.

Datuk Haji Husain bin Awang: [Membaca sepotong doa] Yang berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi dan dihormati sekalian. Pertama saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, pilihan raya yang ke-14 telah pun selesai. Rakyat telah membuat pilihan dan telah membuat keputusan masing-masing. Keputusan pilihan raya yang ke-14 tersebut memberikan satu indicator bahawa tiada sebuah kerajaan pun yang akan kekal kecuali kerajaan Allah SWT.

Sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran Nul Karim, Allah SWT menegaskan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Katakanlah (wahai Muhammad), “Ya Allah Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang-orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas segala sesuatu”.” Ali Imran, ayat 26.

■1810

Kuasa Kerajaan Barisan Nasional selama lebih 60 tahun telah ditarik balik oleh Allah dan Allah telah berikan kuasa memerintah negara tercinta ini kepada Pakatan Harapan. Ini adalah pilihan rakyat, dengan harapan yang menggunung agar ia lebih baik daripada yang terdahulu. Allah ‘Azza Wa Jalla telah menegaskan bahawa kebaikan dan juga kebajikan itu yang mutlak hanya wujud pada dasar prinsip dan juga konsep yang telah ditentukan oleh Allah SWT, Tuhan yang mencipta manusia dan yang mencipta alam ini.

Firman Allah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran], “Bukanlah kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka kamu ke timur dan ke barat, kebajikan itu bukan ada di barat ataupun di timur tetapi kebajikan itu ialah beriman kepada Allah dan hari Akhirat, kepada Malaikat dan kepada segala kitab dan sekalian Nabi dan menderma seseorang akan hartanya dalam keadaan ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, orang-orang yang terlantar di dalam perjalanan, kepada orang-orang yang meminta dan juga untuk memerdekakan hamba serta mengerjakan seseorang akan sembahyang, menunaikan zakat, menyempurnakan janji apabila mereka berjanji dan ketabahan orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam peperangan menegakkan Islam. Mereka yang bersifat demikianlah yang benar beriman dan mengerjakan kebajikan dan merekalah orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT”.

Ayat ini secara ringkasnya memberikan gambaran, memberikan satu petunjuk kepada kita bahawa kebaikan dan kebajikan mutlak terletak kepada keimanan kepada Allah SWT, Tuhan yang Maha Mencipta.

Page 91: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

84 DN 3.12.2018

Keduanya ialah terletak kepada pengagihan, kekayaan secara adil kepada

golongan sasar.

Ketiganya ialah menunaikan janji apabila berjanji.

Keempatnya, tidak panik berhadapan dengan suasana meleset dan juga genting. Itu di antara inti pati kepada ayat yang saya bacakan tadi.

Maka saya dalam kesempatan ini mengambil peluang untuk menyatakan, untuk memberikan pandangan bahawa selepas daripada Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, didapati beberapa isu sensitif berkaitan dengan agama, bahasa, bangsa dan kesultanan Melayu, seolah-olah telah sedia diberikan kebebasan tanpa had untuk dipersoalkan, dihasut dan dibincangkan oleh sebahagian rakyat sama ada ia Muslim ataupun bukan Muslim.

Persoalannya, apakah ini satu perkembangan yang sihat di era Malaysia Baharu 2.0 atau ia bakal mencambahkan ketegangan, salah faham dan tidak mustahil pergaduhan kaum jika tidak dibendung atau dikawal dengan apa-apa jua undang-undang yang sedia ada seperti POTA, SOSMA, Akta Hasutan dan lain-lain lagi.

Tuan Yang di-Pertua, isu utama adalah yang saya hendak bincangkan pada petang ini ialah berkaitan dengan isu agama. Perkara 3(1) menyebut dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa, Islam adalah agama bagi Persekutuan. Bererti Islam adalah prinsip falsafah dan akidah pegangan dan denyut nadi negara, yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat.

Maka sebarang usaha mengganggu gugat ketetapan ini, pihak berwajib wajiblah mengambil tindakan wajar. Islam mengajar kita menasihati, bukan tumpang sekaki. Mengawal, bukan membiarkan. Bertindak, bukan menidakkan sehingga banyak isu agama Islam sudah tidak terkawal lagi. Sebagai contoh, di dalam Facebook, apa yang ditulis oleh Tuan ‘Andrew Ng Koon’ dalam Kluang Fans Club, meminta kerajaan mengkaji semula kepentingan Jabatan Agama dan kalau tidak perlu, wajiblah dimansuhkan. Ini satu cabaran dan kalau boleh saya sebutkan juga ialah satu ancaman terhadap umat Islam dan satu cabaran untuk mencabul keluhuran Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua, isu pelaksanaan hukum sebat, takzir kepada atas pesalah Lesbian. Isu ini mendapat perhatian umum apabila Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu pada 12 Ogos 2018 telah mensabitkan hukuman enam kali sebatan dan denda sebanyak RM3,300 di bawah seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 akibat daripada pengakuan bersalah oleh dua orang pelaku perempuan bagi kesalahan musahaqah.

Ekoran daripada keputusan ini, beberapa kenyataan dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk Pengerusi SUHAKAM bertarikh 15 Ogos 2018, sebagaimana dilaporkan dalam Astro Awani. Saya quote kan kenyataan itu, “Hukuman sebegitu adalah menghina, merendahkan dan seolah-olah suatu usaha tindakan memalukan wanita-wanita itu dan keluarga mereka. Hukuman sebat dalam keadaan apa pun melanggar larangan mutlak, penyeksaan dan juga hukuman kejam tidak berperikemanusiaan atau menghina di bawah undang-undang antarabangsa”. Itu kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SUHAKAM.

Manakala badan Majlis Peguam Malaysia, dilaporkan dalam www.themalaysianinsight.com bertarikh pada 29 Ogos 2018, menyifatkan hukuman itu keras dan kejam yang menyebabkan kesan psikologi berbahaya dan berlanjutan serta tidak mempunyai tempat dalam masyarakat moden dan ihsan seperti kita.

■1820

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran hujah tersebut seperti yang dihujahkan oleh pihak SUHAKAM dan Majlis Peguam Malaysia dalam konteks perundangan Islam. Suasana masyarakat kita hari ini menghadapi cabaran dengan berbagai-bagai penyakit akhlak dan keruntuhan moral di kalangan anak muda. Laporan Utusan Malaysia bertarikh 2 Ogos 2018, golongan LGBT merupakan kelompok tertinggi yang dijangkiti HIV yang mewakili 50 peratus kes baru dilaporkan sepanjang tahun 2017.

Page 92: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 85

Berdasarkan laporan sektor HIV, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian

Kesihatan sebanyak 1697 individu yang mengamalkan tabiat seks songsang seperti homoseksual dan biseksual adalah sebahagian daripada 3347 kes HIV baru dicatatkan pada tahun 2017.

Oleh sebab itu, penyakit dalam masyarakat mesti diubati dengan pendidikan dan dicegah dengan perundangan. Islam membawa nilai-nilai murni dan akhlak. Oleh sebab itu setiap nilai murni, mempunyai harga yang mahal dan sudah tentu setiap pencerobohan ke atas nilai murni itu mesti dibayar dengan harga yang mahal juga.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ulasan lanjut berkenaan perkara ini, adalah penting untuk kita fahami bahawa Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan dua bidang kuasa utama iaitu bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Bagi bidang kuasa Kerajaan Negeri, selain dalam perkara tanah, sebagaimana yang termaktub dalam senarai negeri, Jadual 2, ia juga melibatkan perkara agama Islam dan pentadbiran hal ehwal agama Islam termasuk institusi Mahkamah Syariah.

Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2001 telah meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Ta’azir, Tahun 2001 dalam perkara kesalahan yang dikategorikan sebagai kesalahan syarie termasuk perbuatan musahaqah atau persetubuhan secara sesama sejenis. Manakala hukuman yang ditetapkan adalah punca kuasanya daripada Akta 355 atau Akta Bidang Kuasa Mahkamah Syariah yang menetapkan hukuman bagi kesalahan syarie tidak melebihi denda sebanyak RM5000, penjara tidak lebih daripada tiga tahun dan sebatan tidak lebih daripada enam sebatan.

Negeri-negeri lain juga telah mengkanunkan hukuman bagi kesalahan yang sama, seumpamanya dalam seksyen 27, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 menetapkan hukuman denda tidak melebihi RM2000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Tiada hukuman sebat diperuntukkan dalam enakmen di Selangor.

Oleh itu, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ini telah dikanunkan dan telah diwartakan menurut bidang kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Malaysia dan kesahihannya tidak perlu dipertikaikan.

Seterusnya, kita perlu memahami sejauh manakah nilai keadilan apabila hukuman sebat dilaksanakan dan cara pelaksanaannya bagaimana. Objektif hukuman sebat dalam Islam ialah untuk mencegah dan mendidik pesalah khususnya dan masyarakat amnya. Dalam seksyen 125 dan seksyen 126, Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, yakni Akta 560 diperuntukkan kaedah dan masa pelaksanaan hukuman di antaranya ialah:

(i) alat sebatan tidak termasuk pemegangnya hendaklah jenis yang sama dan dibuat sama ada dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya dan melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 meter;

(ii) sebelum pelaksanaan, pesalah mesti diperiksa oleh pegawai perubatan kerajaan untuk diperakui bahawa kesihatannya dalam keadaan baik untuk menjalankan hukuman; dan

(iii) orang yang hendak menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit. Bagi pesalah perempuan, hukuman hendaklah dilakukan dalam keadaan duduk dan berpakaian mengikut hukum syarak.

Hukuman sebat bukan bertujuan untuk mencederakan pesalah, tetapi mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya. Sayidina Umar Al-Khatab r.a. pernah menghukum sebat seorang pesalah di zamannya. Beliau berkata kepada tukang sebat, sebatlah dia dan jangan diangkat tangan mu sehingga ternampak ketiak.

Page 93: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

86 DN 3.12.2018

Menurut laporan Borneo Post bertarikh 15 Julai 2017, bahawa tiga kes sebatan di

khalayak ramai telah berlaku di Mahkamah Syariah Tawau pada tahun 2014 dan 2016. Tiada laporan yang menunjukkan ada kecederaan pada fizikal badan pesalah setelah menjalankan hukuman sebat tersebut jika dibandingkan cara hukuman rotan mengikut Kanun Acara Jenayah dan Akta Penjara.

Dalam perundangan sivil, penyebat hendaklah melakukan sebatan berdasarkan kepada kekuatan badannya dan bukan semata-mata kekuatan tangannya. Kesannya, pesalah boleh cedera sehingga kulitnya ternganga dan selepas tiga kali sebatan, punggungnya akan berlumuran dengan darah. Hukuman sebat menurut acuan Kanun Acara- cara Jenayah lebih memberi kesakitan tetapi tidak di dalam hukuman sebat cara Islam. Itulah keindahan Islam. Ia bertujuan untuk mendidik dan mengajar, bukan hukuman bertujuan untuk menghukum.

Sebagai perbandingan, terdapat hukuman sebat dalam Kanun Acara Jenayah tetapi ia tidak boleh dilaksanakan kepada pesalah wanita dalam seksyen 289A. Hanya pesalah lelaki sahaja ia dibenarkan untuk menjalankan hukuman sebat. Ini contoh satu hukuman berbentuk menindas dan prejudis kepada kaum lelaki sedangkan prinsip kesaksamaan dan anti diskriminasi jantina adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Kenapa perkara ini tidak diperjuangkan oleh puak tertentu atas nama hak asasi manusia? Kenapa golongan ini apabila melibatkan Islam, mereka melihat dengan penuh prejudis dan berniat jahat terhadap Islam. Ini suatu perkara yang cukup mendukacitakan kerana negara ini berbilang agama dan bangsa. Umat Islam berhak untuk hidup cara Islam dan beramal dengan cara Islam. Perlembagaan telah memperincikan secara spesifik kedudukan Islam dan perundangan Islam hanya terpakai kepada orang-orang Islam sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, umat Islam amat kesal terhadap kenyataan-kenyataan yang saya sebutkan tadi. Ini kerana umat Islam bertanggungjawab untuk melaksanakan ajaran dan tuntutan agama mereka. Melaksanakan hukum Islam dalam apa jua bidang bererti menghayati semangat, roh dan kehendak Perlembagaan negara.

■1830

Menentang, menghina ataupun memperlekeh mana-mana hukum yang diajar oleh Islam bererti bukan sahaja menghina Islam tetapi memperlekeh pada Perlembagaan negara. Islam tidak pernah mengajar umatnya supaya menghina agama lain seperti mana firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan janganlah kamu memaki ataupun mencerca, menghina ataupun memperlekeh benda-benda yang mereka sembah selain Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah kami memperelok pada pandangan tiap-tiap umat akan amal dan perbuatan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali lalu ia menerangkan kepada mereka apa-apa yang mereka telah lakukan.”

Sedarilah bahawa Islam adalah agama yang diturunkan Allah yang maha pencipta, maha bijaksana dan maha mengetahui. Dia yang menentukan urusan perjalanan isi alam ini termasuk manusia. Itulah keyakinan yang di pegang umat Islam, apa jua hukum dan ketetapan tertakluk kepada hukum dan ketetapan Allah. Dia yang hukum kita hidup, maka hiduplah kita. Apabila dia hukumkan kita mati, maka matilah kita. Tidak ada seorang doktor pakar boleh menghalang hukuman Allah untuk menghidupkan dan mematikan seseorang.

Maka hukuman sebat, hukuman rotan, sebagaimana yang diputuskan Mahkamah Syariah Terengganu, bukannya hukum yang diputuskan oleh akal manusia tetapi dihukum oleh Allah Tuhan yang maha bijaksana. Oleh itu, kita jangan ukur status sesuatu itu secara akal semata-mata. Kalau kita hendak hukumkan secara akal, ini sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak hukumkan secara akal semata-mata maka apa yang dilakukan penganut agama Hindu semasa perayaan Thaipusam yang membawa kavadi kelihatan semacam menzalimi dan menyeksa diri.

Upacara memecahkan puluhan malahan ratusan ribu buah kelapa dan dibiarkan begitu sahaja mengikut ukuran akal begitu juga mengikut ukuran penilaian ekonomi ia membazir tetapi kami umat Islam...

Page 94: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 87

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya beri lagi dua minit ya.

Datuk Haji Husain bin Awang: Contoh. Akan tetapi kami umat Islam tidak pernah menganggapnya sebegitu dan tidak pernah menghina dan memperlekehkan nya kerana itu adalah urusan dan ajaran agama mereka. Oleh itu hormatilah agama masing-masing. Apa lagi ia telah termaktub dan termeterai di dalam Perlembagaan negara.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya, sebagai rumusannya saya mencadangkan institusi Mahkamah Syariah mesti diperkasakan dalam acuan semasa tetapi masih dalam orbit syariat bermatlamat menjaga agama dan akhlak penganutnya.

Tuntutan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah perlu mendapat perhatian kerajaan selain daripada memperbaiki dan menaik taraf Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil secara holistik. Tiada maknanya jika kemudahan dan peruntukkan serta latihan kepada institusi kehakiman syariah dimartabatkan tetapi mempunyai bidang kuasa amat terhad dan kecil berbanding bidang kuasa Mahkamah Sivil.

Sekian ucapan saya dan saya memohon untuk menyokong terhadap Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Haji Husain bin Awang.

Sekarang saya panggil semula Yang Berhormat Senator Datuk John Ambrose. Silakan.

6.35 ptg.

Datuk John Ambrose: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih dan penghargaan di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas pada 17 Julai 2018 yang lalu.

Sesungguhnya Parlimen Keempat Belas ini mencipta sejarah untuk negara kita kerana inilah pertama kalinya sebuah parti yang dahulunya parti Perikatan atau parti Barisan Nasional yang telah memerintah negara lebih daripada 60 tahun telah kehilangan mandat dari rakyat pada PRU Ke-14 yang lalu. Maka sebuah kerajaan baharu yang dinamakan Kerajaan Pakatan Harapan telah ditubuhkan setelah memenangi PRU Ke-14 baru-baru ini.

Kita rasa amat bersyukur kerana peralihan kuasa ini berlaku dengan begitu aman berlandaskan prinsip demokrasi berparlimen dan kedaulatan undang-undang. Oleh itu kita menjunjung Titah Tuanku kerana rakyat telah membuat keputusan, justeru itu semua pihak hendaklah akur dan berlapang dada, tidak emosional, tidak mewarnai pemikiran bermodalkan fitnah, sentimen melulu, sempit dan demi meraih kepentingan politik semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan tahniah kepada 12 Ahli baharu yang telah mengangkat sumpah baru-baru ini sebagai Ahli Dewan Negara. Kita akan terus bekerja keras menyuarakan hasrat keluhan rakyat di akar umbi demi memastikan kelangsungan pembangunan negara kita terus berjalan dengan baik dan tersusun.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa masalah serta cadangan yang ingin dikemukakan terutama isu-isu yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat di negeri Sabah. Seperti yang kita sedia maklum peruntukkan pendidikan RM61.6 bilion yang telah diumumkan Perdana Menteri sebelum ini iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2018 telah disambut baik oleh golongan pendidik.

Page 95: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

88 DN 3.12.2018

Dalam bajet tersebut kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1 bilion untuk

menambah baik dan penyelenggaraan sekolah daif di Sabah. Peruntukkan yang diumumkan sekurang-kurangnya dapat meringankan prasarana pendidikan di Sabah demi membantu meningkatkan lagi mutu pendidikan. Walau bagaimanapun, peruntukkan RM1 bilion itu masih tidak mencukupi kerana terlalu banyak sekolah daif di negeri ini. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan pihak kerajaan hari ini dapat memberi peruntukkan yang lebih besar dalam bidang pendidikan kerana ini bukan sahaja fokus kepada isu sekolah daif maka juga kekurangan kemudahan lain seperti rumah guru, bilik darjah, asrama dan sebagainya untuk rekod.

■1840

Pada masa ini terdapat 1,293 sekolah di Sabah termasuk 169 buah sekolah rendah dengan lebih 400 ribu orang pelajar. Kedua-duanya berkenaan isu kemudahan infrastruktur jalan raya luar bandar.

Sebelum ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan sebelum ini juga yang telah meluluskan Lebuhraya Pan Borneo pada Mac 2015 merupakan pemangkin kepada kemajuan ekonomi lebih pantas dan menyeluruh di negeri Sabah. Selain merapatkan jaringan perhubungan darat di Sabah yang akan memudahkan mobiliti rakyat, Pan Borneo juga merangsang untuk melonjakkan aktiviti ekonomi yang lain seperti pemasaran hasil produk pertanian serta menggalakkan pembangunan produk pelancongan. Ini juga sekali gus dapat merancang pembangunan dan pertumbuhan kawasan-kawasan ekonomi seperti perumahan komersial dengan adanya akses perhubungan darat yang cekap, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan kemahiran serta pengalaman kepada anak-anak tempatan.

Namun begitu, saya ingin menyuarakan di sini agar pihak kerajaan hari ini di bawah Pakatan Harapan agar dapat meneruskan projek ini kerana ada manifesto yang lebih- yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini dan saya ingin meminta kerajaan juga memfokuskan kepada jalan raya di kawasan luar bandar yang masih memerlukan peruntukan besar bagi melaksanakan projek-projek penambahbaikan demi keselesaan pengguna jalan raya sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.

Isu yang ketiga, saya ingin mencadangkan di Dewan yang mulia ini agar kerajaan dapat mewujudkan skim insurans perumahan khas khusus untuk buat rumah kos PPRT ini. Ini kerana kita tahu bahawa di Sabah ini banyak kali kebakaran. Apabila kebakaran, orang yang mendapat kelulusan PPRT ini tidak dapat lagi- kementerian tidak boleh bagi lagi kerana dia sudah dapat. Jadi kalau ada skim insurans seperti ini, tentu sekali kita boleh membantu mangsa yang terlibat dalam kebakaran atau bencana alam.

Itulah dahulu saya ada bercakap sama Menteri Luar Bandar dan Wilayah yang dahulu dan dia cakap, tetapi malang sekali saya bercakap sama dia bulan Mac, bulan Mei kita sudah kalah pilihan raya. Saya harap kementerian yang- Menteri yang baharu ini harap-harap dia akan dengar suara ini kerana kalau kita tengok di surat khabar di Sabah, I think banyak Senator-Senator dari Sabah ini tahu bahawa apabila kebakaran kebanyakan ini orang-orang miskin, rumah dia.

Jadi kalau kita ada insurans seperti ini tentu sekali dia tidak dapat peruntukan atau membina rumah balik- buat rumah balik daripada kementerian kerana dia sudah dapat kelulusan yang lebih awal. Jadi kalau boleh, kalau ada insurans tentu sekali insurans ini boleh cover supaya boleh buat rumah dia balik. Ini kerana di Penampang ada contoh satu di mana seorang bernama dia dapat kelulusan rumah then terbakar. Apabila dia jumpa saya balik, saya bawa pergi kementerian, kementerian kata tidak boleh, dia sudah dapat. Itulah sebab saya kemukakan cadangan ini di Dewan ini.

Keempat Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Anak Negeri Sabah. Kita berterima kasih juga kepada mantan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib kerana meluluskan peruntukan jumlah RM60 juta kepada mahkamah anak negeri khasnya kepada orang-orang KDM kerana selama ini sudah lima Perdana Menteri sebelum Perdana Menteri keenam tidak memberi peruntukan kepada mahkamah anak negeri ini.

Page 96: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 89

Ini kerana di Malaysia ini ada tiga buah mahkamah yang diiktiraf sebagai Mahkamah

Sivil, mahkamah jurisdiksi dan mahkamah- Native Court. Akan tetapi mahkamah- Native Court ini selalu pinjam atau berganding sama pejabat daerah dari dahulu. Apabila saya berjumpa sama mantan Perdana Menteri, dia terus meluluskan RM60 juta dan kita bangsa KDM di Sabah ini berterima kasih kepada mantan Perdana Menteri.

Saya harap kerajaan baharu ini akan terus menambah lagi peruntukan kerana ia tidak mencukupi. Ini kerana banyak daerah di Sabah ini di mana penduduk-penduduknya atau ramai penduduk berketurunan KDM ini masih lagi belum dapat native court di masing-masing punya daerah. Saya harap kerajaan yang baharu ini akan terus memberi peruntukan yang lebih.

Kelima, saya telah menjemput mantan Perdana Menteri ke Penampang dahulu di mana dia umum RM8.5 juta kepada Tamu Donggongon tetapi sekarang projek ini kena gantung. Saya kira mahu tanya Menteri Kewangan bagaimanalah projek ini kerana Tamu Donggongon ini terkenal sebagai tamu yang setiap minggu kita ada Tamu Donggongon dan Donggongon itu tempat saya dan sama juga tempat Yang Berhormat Adrian ini, dia pun orang Penampang. Biar pun kita berbeza politik tetapi saya bercerita sama dia, dia pun setuju kerana apabila kita- kerana Tamu Donggongon sudah 30 tahun tidak dibaiki dan saya harap kerajaan sekarang ini akan terus membantu- terus lulus, don’t put the project on hold-lah, dengan izin, supaya kontraktor boleh melaksanakan projek tersebut.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan isu Perjanjian Malaysia- Malaysia Agreement 1963. Mungkin ada di kalangan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini tidak tahu apakah itu MA63. Menimbul sejarah lalu, perisytiharan Penubuhan Malaysia sebenarnya adalah hasil daripada satu perjanjian iaitu Malaysia Agreement 1963 antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Sabah, Sarawak dan Singapore yang telah bersetuju untuk membentuk negara baharu yang bersatu dinamakan Persekutuan Malaysia.

Persetujuan untuk bergabung telah di rencana secara teliti dengan mengambil kira laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah ditugaskan membuat tinjauan pendapat di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah berkaitan dengan hak dan kepentingan rakyat Sabah di bawah perjanjian ini seperti dua dokumen yang sentiasa dijadikan sandaran untuk rujukan hak Sabah dan Sarawak iaitu Perkara 20 Sabah dan Perkara 18 Sarawak, yang merupakan tuntutan-tuntutan untuk menjaga kepentingan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan. Antaranya ialah hal berkaitan dengan kuasa imigresen atau perkhidmatan awam, kewarganegaraan, bahasa dan perwakilan di Persekutuan.

■1850

Bagaimanapun, beberapa perkara masih lagi berbangkit sehingga kini berikutan terdapat kandungan perjanjian bersejarah itu dikatakan tidak dilaksanakan sepenuhnya. Paling kontroversi ialah mengenai hasil bumi terutama hak Sabah dan Sarawak terhadap hasil semula jadi negeri serta hasil minyak dan gas yang didakwa tidak selaras semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Selain itu, kedua-dua negeri ini juga menuntut lebih banyak kuasa autonomi dengan penurunan kuasa kepada Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri dalam perkara melibatkan hak tadbir urus negeri, pembangunan prasarana dan industri serta pembangunan pendidikan dan sumber manusia. Dalam hal ini banyak suara yang menuntut Sarawak dan Sabah sepatutnya mendapat minyak yang lebih tinggi sehingga 20 peratus berbanding lima peratus yang diterima ketika ini.

Walau bagaimanapun, segala pendebatan mengenai isu hangat ini memasuki fasa perundingan dengan syarikat minyak dan gas nasional Petronas dalam memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pengisytiharan mengenai Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) undang-undang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia. Petronas mendakwa syarikat ini merupakan pemilik eksklusif sumber petroleum serta mengawal selia industri di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak dan percaya penentuan oleh Mahkamah Persekutuan akan membantu memberikan kejelasan mengenai hak dan kedudukan di bawah PDA.

Page 97: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

90 DN 3.12.2018

Tuan Yang di-Pertua, pada Pilihanraya Umum Keempat Belas, Pakatan Harapan

dalam manifestonya bertekad untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak berterusan Malaysia Agreement. Malah satu janji daripada salah satunya ialah pentadbiran Pakatan Harapan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet secara menyemak dan melaksanakan perjanjian tersebut yang berusia 50 tahun.

Saya rasa ini sudah Pakatan Harapan buat kerana diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong. Saya minta kalau boleh Datuk Liew Vui Keong ini bagi masuklah parti-parti dari pembangkang kerana memang daripada dahulu parti pembangkang pun mahu sama juga ini. Jadi saya rasa memang database ia sudah ada. Kalau boleh Datuk Liew Vui Keong ketuai dari parti Pakatan Harapan ini berilah peluang kepada- melibatkanlah parti-parit politik seperti parti-parti pembangkang di Sabah ini.

Status MA63 dalam perundingan sekarang ialah hak Sabah dan Sarawak terhadap hasil sumber semula jadi negara serta hasil minyak dan gas. Perkara-perkara pentadbiran yang sewajarnya diturunkan untuk kuasa negeri termasuk jumlah peruntukan yang seharusnya menjadi hak Sabah dan Sarawak.

Oleh hal demikian, di sebalik hak-hak yang dipertikaikan dan menjadi pendebatan hangat sejak sekian lama ini perlu ditingkatkan di bawah matlamat perjanjian berkenaan adalah untuk mewujudkan kesejahteraan dan perpaduan rakyat antara setiap negeri. Saya ingin menyuarakan di sini jangan pula ini dijadikan senjata dan beban mengugut untuk mana-mana pihak membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, sekian perbahasan saya. Saya ingin sekali lagi dengan menyokong penuh Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Datuk John Ambrose. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah Sulaiman.

6.55 ptg.

Datuk Jamilah Sulaiman: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera khususnya kepada Tuan Yang di-Pertua dan pada keseluruhan Ahli-ahli Dewan Negara yang masih sempat bersama-sama dalam Dewan yang mulia ini.

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia dan izin-Nya jua dapat kita bersama-sama membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Penggal kali ini.

Alhamdulillah, negara kita baru sahaja selesai menempuh proses pilihan raya yang ke-14. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana pilihan raya yang telah dijalankan dapat dilaksanakan secara telus dan adil tanpa ada sebarang kejadian buruk yang tidak diingini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan kerana telah diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara. Saya berharap di bawah kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih makmur dan sejahtera serta pembangunan negara yang berterusan.

Saya ingin menyentuh tiga perkara. Pertama ialah isu pendatang asing tanpa izin. Seterusnya saya ingin beralih kepada masalah PATI di Sabah. Isu PATI ini telah lama diperkatakan dan Suruhanjaya Pendatang Asing Tanpa Izin Sabah juga telah menyerahkan laporan dan syor bagi mengatasi masalah ini.

Namun begitu, sampai hari ini masalah ini masih belum juga dapat diatasi dengan baiknya. Malah keadaan nampaknya semakin rumit apabila kerajaan Sabah yang baharu yang diterajui oleh Parti Warisan Sabah ataupun WARISAN telah memperkenalkan beberapa dasar baharu berhubung orang asing yang menimbulkan pelbagai keraguan dan persoalan di kalangan rakyat.

Page 98: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 91

Pengenalan dasar baru ini telah mendatangkan kemarahan dan ketidakselesaan

rakyat tempatan Sabah kerana tindakan kerajaan boleh menyebabkan berlaku lambakan PATI di Sabah. Salah satu rancangan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan ialah untuk menyediakan dokumentasi sah sebagai langkah pemutihan pekerja-pekerja asing di Sabah. Dianggarkan seramai satu juta pekerja asing akan diberi permit kerja yang sah.

Langkah ini pastinya akan memberi kesan yang buruk kepada rakyat tempatan Sabah baik dari segi ekonomi ataupun sosial. Pastinya rancangan ini adalah menyalahi undang-undang kerana undang-undang imigresen menyatakan mana-mana orang yang tinggal tempoh visa dianggap pendatang haram.

Apa yang lebih membimbangkan PATI yang berada di Sabah akan mengambil kesempatan ini untuk mendaftar diri dan seterusnya mendapat kerakyatan Malaysia. Dianggarkan terdapat seramai 500 ribu orang PATI di Sabah seperti mana yang dilaporkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing Tanpa Izin. Manakala laporan oleh Tabung Kanak-kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada tahun 2015 terdapat lebih separuh daripada 2.6 juta bukan warganegara Malaysia termasuk orang-orang pelarian yang tidak ada dokumen, tidak bernegara- stateless, dan pekerja-pekerja pendatang asing yang tinggal di Sabah.

■1900

Selain pemutihan pekerja asing, Ketua Menteri juga mencadangkan untuk membenarkan pekerja asing ini membawa keluarga mereka bersama. Ini bermakna, bilangan orang asing akan bertambah ramai di Sabah dan pastinya kerajaan terpaksa memikirkan untuk menyediakan rumah, rawatan kesihatan, pendidikan dan pelbagai keperluan lain. Jika diambil kira pelbagai faktor-faktor ini, pastinya kerajaan Sabah perlu menanggung peruntukan belanjawan yang tinggi, yang akhirnya menyulitkan kerajaan.

Manakala rakyat pula akan terkesan kerana hak-hak mereka akan diambil oleh rakyat asing ini. Selain itu, bagaimana pula nasib rakyat tempatan Sabah yang ramai memerlukan pekerjaan? Dengan keistimewaan diberikan kepada rakyat asing, akan menjejaskan peluang rakyat tempatan untuk mendapat pekerjaan.

Satu lagi perkara yang saya perlu bangkitkan di Dewan yang mulia ini adalah berhubung dengan usaha kerajaan untuk memberi kewarganegaraan kepada warga asing. Perkara ini dapat dibuktikan dengan tularnya dalam media sosial, surat kelulusan taraf kewarganegaraan, contoh Puan ‘Emmang binti Maddah Rung’ yang ditandatangani oleh Dato' Mohammad Razin bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia bertarikh 4 Julai 2018. Oleh itu, mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan dakwaan ini. Kami ini Tuan Yang di-Pertua, amat beruntung kerana kita punyai Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri adalah daripada negeri Sabah.

Selain itu lebih membimbangkan, sudah tujuh kali kebakaran perkampungan setinggan berlaku di Sabah. Pada tahun 2018 sahaja, senarai kampung yang terlibat adalah seperti berikut:

(i) 27 Jun 2018 – Kampung Gas, Sandakan;

(ii) 9 Julai 2018 – Kampung Sarip, Lahad Datu;

(iii) 24 Julai 2018 – Kampung Cenderamata 2, Likas;

(iv) 31 Julai 2018 – Kampung Air, Semporna;

(v) 4 Ogos 2018 – Kampung Lingkudau, Keningau,

(vi) 7 Ogos 2018 – Kampung Delima, Sepanggar; dan,

(vii) 8 Ogos 2018 – Kampung Doruk, Keningau.

Kalau ditafsirkan pada kejadian-kejadian kebakaran yang telah berlaku, seolah-olah ia macam dirancang dengan sengaja. Paling tidak menyenangkan rakyat tempatan ialah apabila kerajaan serta-merta berusaha untuk memberikan tanah dan rumah kepada mangsa kebakaran seperti di Kampung Darau, Sepanggar yang mencetuskan demonstrasi dan protes terhadap Ahli Parlimen Sepanggar yang kebetulan Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Page 99: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

92 DN 3.12.2018

Kehadiran bas Jabatan Pendaftaran Negara ke lokasi pendaftaran mangsa

kebakaran setinggan turut mendapat reaksi negatif rakyat kerana mereka menganggap seperti ada satu usaha untuk memberikan dokumen baharu kepada PATI. Sekiranya 1.3 juta warga asing mendapat taraf kewarganegaraan, saya amat bimbang, kedudukan demografi di negeri Sabah akan berubah dengan drastik dan mengancam keistimewaan rakyat Sabah. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, apakah langkah tegas dan berkesan bagi mengatasi masalah kebanjiran PATI yang semakin meruncing di Sabah?

Susulan daripada keikhlasan hati Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad meluluskan pada 18 Ogos 2018, 3,407 bangsa India untuk mendapat taraf kewarganegaraan, kini telah wujud tuntutan daripada NGO Sultan Sulu, yang mahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meluluskan 800 ribu kewarganegaraan bangsa Sulu. Jika tuntutan mereka ini diluluskan, saya bimbang tindakan ini akan mengancam keselamatan Sabah kerana kita semua tahu bahawa Kesultanan Sulu yang disokong oleh Kerajaan Pusat Filipina masih menuntut Sabah kembali kepada pemerintahan mereka.

Oleh itu saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sekali lagi, adakah benar kerajaan akan meluluskan taraf kewarganegaraan kepada PATI yang majoritinya berasal dari Filipina?

Saya juga ingin tahu, sejauh mana kerajaan melaksanakan syor-syor dalam Laporan RCI mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.

Saya akan teruskan untuk yang kedua Tuan Yang di-Pertua tetapi saya mohon rancangan tergendala sebentar... [Meneguk sedikit air]

Timbalan Yang di-Pertua: Sila, sila.

Datuk Jamilah Sulaiman: Isu yang kedua walaupun banyak kawan telah memperkatakan tetapi saya ingin menyentuh sedikit, tidak banyak Tuan Yang di-Pertua iaitu isu Malaysia Agreement 1963 (MA63) yang menyentuh tentang hak Sabah dan Sarawak ke atas hasil bumi iaitu minyak dan gas.

Saya juga ingin menyentuh akan beberapa isu yang melibatkan perjanjian dalam Malaysia Agreement 1963. Perkara berhubung MA63 hebat diperkatakan semasa kempen PRU Ke-14 dan sehingga sekarang topik ini masih kuat dibahaskan. Perlu diimbas kembali, MA63 merupakan dokumen penting yang terkandung perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Sabah, Sarawak dan Singapura, sebelum persetujuan dicapai bila penubuhan negara Malaysia. Namun begitu, setelah sekian lama Sabah dan Sarawak berada dalam Malaysia, masih terdapat beberapa perkara yang masih berbangkit sehingga kini berikutan terdapat kandungan MA63 yang tidak tercapai aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang gagal dilaksanakan. Ini bukan kita cakap kerajaan yang ada pada hari ini sahaja tetapi termasuk kerajaan yang terdahulu.

Paling kontroversi adalah mengenai hasil bumi terutamanya hak Sabah dan Sarawak terhadap hasil minyak dan gas. Dalam hal ini, rakyat Sabah dan Sarawak menuntut supaya Kerajaan Persekutuan menunaikan janji seperti mana yang termaktub dalam Manifesto Pakatan Harapan supaya royalti minyak sebanyak 20 peratus diserahkan kepada kedua-dua negeri tersebut. Namun begitu, perkembangan terkini menyaksikan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu melaksanakan janji itu.

Dalam jawapan yang diberikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam sidang Dewan Rakyat yang baru lepas, telah menyatakan bahawa pembayaran royalti akan dilaksanakan berdasarkan keuntungan selepas cukai dan bukan keluaran dalam kasar hasil minyak dan gas. Berikutnya lagi, perkataan ‘royalti’ bermaksud pembayaran tunai, walaupun ia bercanggah dengan definisi kamus.

Mengikut kenyataan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi lagi, sekiranya PETRONAS dikehendaki memberi 20 peratus royalti daripada jumlah hasil pengeluaran kasar kepada negeri-negeri pengeluar minyak, ia akan memberi implikasi yang serius kepada kedudukan kewangan syarikat dan juga kerajaan. Ini bermaksud bahawa janji itu tidak dapat ditunaikan.

Page 100: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 93

Persoalannya, berapa lama rakyat Sabah, Sarawak, Terengganu dan juga

Kelantan harus menunggu bagi membolehkan janji ini ditunaikan? Lima, sepuluh atau lima belas tahun? Sekiranya masa untuk menunaikan janji ini begitu lama, dengan simpanan minyak dan gas yang semakin terhad, saya percaya negeri-negeri yang sepatutnya mendapat imbuhan dari janji ini tidak akan menikmati apa yang diharapkan. Oleh itu, saya mencadangkan sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan tidak mampu untuk menunaikan janji ini, maka berilah royalti minyak antara 10 ke 15 peratus.

■1910

Selain daripada itu, saya juga ingin memohon agar satu pindaan yang komprehensif dan adil dilakukan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974. Ini adalah kerana, pada awal lagi kelulusan akta ini telah dimuktamadkan dengan mengambil kira Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 serta Ordinan Darurat Perintah Penting Nombor 7, 1969, di mana semua sempadan perairan di Malaysia termasuk Sabah dan Serawak dikurangkan kepada tiga batu nautika.

Akta Pembangunan Petroleum 1974 sekarang mempunyai klausa, untuk memindahkan apa sahaja hasil laut di luar tiga batu nautika perairan negeri kepada Kerajaan Persekutuan dan juga PETRONAS. Namun apabila Akta Pelantar Benua 1966, Akta Perlombongan 1966 dan Ordinan Nombor 7, 1969 tidak lagi berkuat kuasa di perairan Sabah dan Sarawak. Parlimen Malaysia telah bergegas meluluskan Akta Wilayah Laut 2012 atau Akta 750. Akan tetapi Akta 750 tidak boleh dikuatkuasakan di perairan Sabah dan Sarawak kerana Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan 1966 telah dimansuhkan selepas November 2011.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Oleh itu saya mohon supaya Akta Petroleum 1974 dikaji semula dan diputuskan secara adil dan saksama tanpa menafikan hak Sabah dan Sarawak mengikut Perlembagaan dan memasukkan klausa memberi royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus mengikut Akta pengeluaran kasar kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Isu yang terakhir ialah tentang integriti. Tuan Yang di-Pertua, saya amat menghargai usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk memerangi rasuah. Ini sejajar dengan slogan diilhamkan oleh Ahli Yang Berhormat Perdana Menteri yang keempat yang dilancarkan pada pertengahan April 1982 dan kepimpinan melalui teladan yang dilancarkan pada 19 Mei 1983.

Namun apa yang membimbangkan saya ialah usaha-usaha kerajaan untuk memerangi rasuah, untuk memenuhi slogan ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ dan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ tidak akan dapat meyakinkan rakyat. Ini kerana sebaik sahaja Pakatan Harapan memenangi PRU Ke-14, beberapa pemimpin yang menjawat jawatan penting dan amanah dalam kerajaan, sebagai Menteri atau Timbalan Menteri mempunyai kes rasuah yang sedang disiasat, ditangguhkan atau dilepas tanpa justifikasi yang kukuh.

Mereka yang memegang jawatan penting dalam kerajaan sudah pasti diragui keintegritian mereka, walaupun ada beberapa kes yang di cadang untuk ditutup, dengan alasan bukti tidak mencukupi, ini keterlibatan mereka dalam kes tersebut kerana semasa mereka dibebaskan daripada tahanan, mereka telah dibebaskan atas ikat jamin.

Ini menunjukkan bahawa ada kes yang memerlukan penyiasatan lanjut, tetapi apa yang berlaku, selepas bertukar kerajaan, kes di cadangkan untuk ditutup. Apakah ini menunjukkan SPRM dan AG bersekongkol. Rakyat perlu penjelasan, ini bukan saya buat tohmahan Tuan Yang di-Pertua, ini tersebar, viral dan boleh nampak, “Tutup kes rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM” dengan tarikh dan juga penulis... [Menunjukkan dokumen berkaitan]

Jadi ini bukan tohmahan sama ada daripada saya ataupun mana-mana di dalam Dewan ini. Tetapi mintalah mereka yang berkenaan, Menteri yang ada kuasa, cari mereka ini. Jikalau ini tohmahan dan bawa, heret mereka ke mahkamah. Ini jelas viral di dalam Sabah Kini, ada penulis, bertarikh 28 Ogos 2018, jam 9:08 pagi.

Page 101: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

94 DN 3.12.2018

Mengenai kes Tan Seri Musa Aman juga, Yang Berhormat Menteri Undang-undang

ada menyebut di sini, “Whether we like it or not, someone have to answer for it, you said this in the Senat and... about 1.5 billion scandal... development”. Itu daripada kita punya Yang Berhormat Menteri.

Ia berbeza dengan apa yang dikatakannya tentang kes Tan Sri Musa Aman. Dia sendiri mengatakan dia hairan, kenapa kes ini boleh dilepaskan, “And you said the public was demanding answers from the police and immigration chief”.

Jadi apa bezanya kepada yang semua, sedangkan saya rasa Yang Berhormat Menteri Undang-undang boleh menggunakan kuasa, dia tidak perlu tanya orang lain, dia boleh menggunakan kuasa dia. Akan tetapi macam kita, kita perlu bertanya, tidak ada guna saya bercakap di luar, siapa yang mahu jawab saya? Saya inginkan jawapan dari sini, supaya jawapan itu sahih dan justifikasi yang saya boleh bagi tahu orang kampung. Oh! Ini tidak betul, di Dewan Negara Yang Berhormat Menteri Undang-undang telah menjelaskan kepada saya, ini yang betul. Supaya tidak ada orang yang kejar saya di belakang.

Apa yang ada di dalam fikiran rakyat ketika ini, adakah- ini soalan saya, soalan tambahan saya yang tidak dijawab. Adakah SPRM sebuah badan bebas? Itulah soalan tambahan saya pada 28 Ogos 2018 yang tidak diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Malah Yang Berhormat Menteri mencabar saya, ini ada di dalam kita punya Hansard, “Sekiranya Yang Berhormat Senator berani ulangi tohmahan ini, di luar Dewan ini, jangan gunakan Dewan ini untuk melindungi beliau” iaitu melindungi saya.

Saya minta Yang Berhormat Menteri wajib menjawab kata-kata beliau itu, apakah motif Yang Berhormat Menteri agar saya berbuat demikian, bererti mengulanginya untuk kali yang kedua. Dua kali ada di dalam sini sambil... [Menunjukkan dokumen berkaitan] Adakah ini merupakan taktik untuk mengugut Ahli-ahli yang lain untuk tidak bertanya soalan yang berkepentingan untuk rakyat untuk mengetahuinya tentang perkembangan dengan kes yang demikian.

Ini kerana ia melibatkan wang pembayar cukai yang begitu banyak RM1.5 bilion. Ingin saya jelaskan di sini bahawa, saya bukan membuat tuduhan, sebaliknya ingin meminta penjelasan kepada perkara yang menjadi perbualan di kalangan rakyat. Akan tetapi malangnya apabila saya mengemukakan pertanyaan kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri bukan sahaja tidak menjawab soalan tambahan saya, tetapi menunjukkan emosi yang tidak dikawal. Mungkin Yang Berhormat Menteri sebenarnya telah terlupa peraturan Dewan, walaupun sudah beberapa penggal menjadi Ahli Dewan Rakyat ataupun MP, saya telah mengemukakan 20 soalan, cukup cantik kali ini, 20 soalan penuh pada sesi ini.

■1920

Soalan saya pada 28 Ogos itu, telah diangkat menjadi soalan nombor dua. Jadi saya berhak untuk mengemukakan soalan. Tidak ada orang yang boleh mempertikaikan. Sebagai Yang Berhormat Menteri undang-undang, Yang Berhormat Menteri sepatutnya faham yang setiap Ahli Dewan ini mempunyai immunity yang tidak boleh dipertikaikan dalam peraturan dan undang-undang yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.

Sebagai Menteri yang menjaga kedaulatan undang-undang, ini saya ingin tegaskan kerana saya mengharapkan dan saya mendoakan kerana hujung tahun saya habis term. Supaya tidak ada lagi Yang Berhormat Menteri akan menunjukkan reaksi yang begitu negatif terutama kepada Ahli-ahli Dewan Negara. Kita hanya ‘timun’, dia ‘durian’. Apa-apa pun yang kita buat, kita memang terluka. Yang Berhormat Menteri wajib mempertahankan undang-undang yang telah lama diamalkan selama ini. Bukan meruntuhkan kepercayaan Ahli-ahli Dewan.

Sejajar dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ingin menekankan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri- syabas dan tahniah kerana beliau telah menekankan pemerintahan rule of law. Dengan slogan “Bersih, Cekap dan Amanah”, dan dasar “Kepimpinan Melalui Teladan.” Semoga ini akan menaikkan nama dan imej serta martabat Malaysia di persada antarabangsa.

Page 102: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 95

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan terus disanjung sebagai ketua negara

yang tegas dan adil. Dengan kata-kata demikian, saya mohon menyokong sepenuhnya Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Senator.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa, silakan.

7.22 mlm.

Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahirobbil alamin, washolatu wassalamu 'ala asrofil ambiyaa iwal mursalin. Wa'ala alihi wasohbihiajma'in. Rabbiishrahli sadri, wayassirli amri, waahluluqdatan minlisani, yafqahuqawli.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam Sidang Pembukaan Penggal Pertama bagi Parlimen Keempat Belas pada 17 Julai 2018 yang lalu.

Pertama, sekali marilah kita sama-sama mengucapkan syukur yang tidak terhingga banyaknya kepada Allah yang maha agung dan maha berkuasa, tuan dan Tuhan pada seluruh alam di atas segala nikmat dan rahmatnya yang berterusan kepada negara kita Malaysia terutama sekali nikmat dan rahmat keamanan, keselamatan, perpaduan dan kesejahteraan. Khususnya apabila berlaku satu peristiwa besar yang sangat bersejarah iaitu peristiwa pertukaran kerajaan yang berjalan dengan tenang dan aman tanpa sebarang huru-hara dan pertumpahan darah.

Peristiwa yang bersejarah ini berlaku dengan takdir dan penentuan Allah yang maha agung dan maha berkuasa yang mempunyai hikmah dan ibrah nya yang tersendiri. Semua pihak hendaklah menerima kenyataan ini dengan penuh redha dan berlapang dada serta menyedari bahawa ini semua adalah ujian Allah untuk diketahui siapa yang terbaik tindakannya. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang lalu di atas segala kebaikan, jasa-jasa mereka kepada negara dan rakyat. Kepada kerajaan baharu, kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas kejayaan mendapat mandat yang baru daripada rakyat. Dengan harapan, semoga menjadi sebuah kerajaan yang berjaya, memenuhi harapan rakyat dan berjaya membina Malaysia baharu dan maju menurut acuan yang diredai oleh Allah dan disenangi oleh rakyat.

Saya juga ingin merafakkan setinggi-tinggi tahniah dan Menjunjung Kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah amanatnya yang sarat dengan pandangan dan saranan yang berhikmah dan boleh dijadikan prinsip dan dasar utama dan penting dalam membina Malaysia baharu di bawah pimpinan kerajaan yang baru.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dan mencadangkan semua pihak kerajaan baharu berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan segala amanat yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui Titah Baginda ini. Demikian juga, pandangan dan cadangan yang bernas yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat Senator semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini.

Saya juga berharap, agar kerajaan baharu Pakatan Harapan komited dengan janjinya serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mengotakan janjinya supaya harapan rakyat tidak dihampakan dan disia-siakan.

Walaupun manifesto pilihan raya bukanlah bertaraf kitab suci, tetapi kita mesti faham bahawa hukum berjanji menurut Islam adalah harus, menunaikan janji adalah wajib dan memungkiri janji adalah suatu kesalahan yang besar di sisi-sisi Islam.

Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah, ayat 1... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman, sempurnakanlah janji-janji yang dibuat”. Dalam rangka membina Malaysia baharu, kita mestilah melakukan beberapa perkara yang penting.

Page 103: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

96 DN 3.12.2018

Pertama, mengekalkan kebaikan yang sedia ada di negara ini. Terutama apa yang

termaktub di dalam Perlembagaan negara dan juga perkara yang menjadi Rukun Negara.

Kedua, mengembangkan dan meningkatkan lagi kebaikan yang sedia ada itu dengan sebaik-baiknya.

Ketiga, membuang segala keburukan dan kelemahan-kelemahan yang berlaku yang merosakkan negara dan rakyat.

Keempat, mencetuskan dan menjana idea-idea baru yang kreatif dan inovatif. Kelima, mengembangkan dan memajukan lagi idea-idea baru ini.

Saya percaya semua kementerian dalam kerajaan baharu ini telah merancang dan bertindak berdasarkan lima landasan tersebut. Apa yang tinggal lagi ialah rakyat ingin tahu, apakah keutamaan-keutamaan yang diberikan dalam perancangan dan tindakan yang diambil bagi menjamin kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat.

Di antara kebaikan utama yang sedia ada yang mesti dikekalkan dan dipertahankan serta dikembangkan, dimajukan dari semasa ke semasa ialah perpaduan nasional dan kesepakatan antara kaum sedia ada berdasarkan Perlembagaan negara dan juga Rukun Negara:

(i) Kepercayaan Kepada Tuhan;

(ii) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara;

(iii) Keluhuran Perlembagaan;

(iv) Kedaulatan Undang-undang; dan

(v) Kesopanan dan Kesusilaan.

Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah Perlembagaan negara dan juga Rukun Negara ini dikupas dan diterangkan dengan sebaik-baiknya dan berkesan daripada pihak kerajaan kepada rakyat? Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara biasanya dibaca tetapi tidak diberikan kefahaman yang sebaik-baiknya kepada rakyat melalui pelbagai pendekatan. Tidak seperti Pancasila di Indonesia, di mana dasar ini dikursuskan kepada rakyat dan diadakan pelbagai pendekatan pendidikan dan penerangan sehingga dasar Pancasila ini dapat dimasyarakatkan di kalangan rakyat.

■1930

Kita harap perkara ini juga berlaku di negara kita. Sebenarnya Rukun Negara dan Perlembagaan Negara mempunyai kekuatan yang tersendiri. Jika ia diolah dan difahami dan dihayati dengan baik oleh para pemimpin, kakitangan kerajaan dan rakyat jelata. Sebagai contoh, Rukun Negara yang pertama, “Kepercayaan Kepada Tuhan”, tidak pernah dikupas dan diolah dengan baik dan berkesan, apa maknanya dan apa aplikasinya dan implikasinya.

Rukun Negara ini jika difahami dan dihayati dengan baik oleh pemimpin dan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini akan melahirkan masyarakat religious, masyarakat beragama, masyarakat yang bertuhan. Masyarakat yang bertuhan ialah masyarakat yang bermoral, berintegriti dan berdisiplin.

Masyarakat bermoral dan berintegriti adalah masyarakat yang beramanah, yang menjauhi rasuah, penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan manusia dan berbagai-bagai lagi penyalahgunaan. Peranan agama terutama agama Islam sebagai agama negara dan juga agama-agama yang lain sangat-sangat penting untuk membina kualiti kehidupan rakyat demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Begitulah seterusnya dengan rukun-rukun negara yang lain yang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Saya harap kerajaan baharu ini berusaha bersungguh-sungguh memperkasakan peranan agama dalam mendidik dan membangun kehidupan pemimpin negara di semua peringkat dan juga rakyat. Semoga kita dapat melahirkan rakyat yang berkualiti dan juga rakyat yang senantiasa peka terhadap kemajuan negara.

Memandangkan negara kita diancam oleh berbagai-bagai ancaman jenayah sama ada jenayah fizikal dan juga jenayah ekonomi, maka saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi segala jenayah-jenayah ini. Sebagai contoh.

Page 104: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 97

Laporan Jenayah Ekonomi di Malaysia Tahun 2016.

JENIS-JENIS JENAYAH TAHUN 2014 (% / peratus)

TAHUN 2016 (% / peratus)

Penyalahgunaan aset 65 57

Rasuah 16 30

Siber 31 30

Pemalsuan perolehan 16 17

Penipuan perakaunan 23 17

Penipuan gadai janji 23 9

Penipuan sumber manusia 12 9

Pengubahan wang haram 12 9

Ini merupakan satu contoh laporan jenayah di Malaysia, jenayah ekonomi pada tahun 2016.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, bagaimana rancangan dan pelan induk kerajaan baru untuk mengatasi masalah keruntuhan moral dan keruntuhan hidup beragama di kalangan rakyat yang mengancam kestabilan dan keselamatan negara. Kedua, bagaimana kedudukan indeks kualiti hidup beragama di negara kita sekarang terutama agama Islam sebagai agama rasmi negara dan juga agama-agama yang lain. Ketiga, berapakah jumlah orang yang telah keluar daripada agama Islam dan juga orang yang keluar daripada agama lain setakat ini. Saya juga ingin tahu tentang kedudukan statistik jenayah di negara kita setakat ini.

Tuan Yang di-Pertua, bersama kesempatan ini saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan baru agar memperkasakan Dasar Federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Negara untuk mengembalikan kesihatan hubungan Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri khususnya Kerajaan Negeri Kelantan dan juga kerajaan di bawah pembangkang supaya hubungan yang negatif yang berlaku pada masa-masa yang lampau dapat diatasi dan cubalah kita bina sejarah yang baru dalam hubungan ini di mana dalam Perlembagaan telah menyenaraikan senarai tugas Kerajaan Pusat, senarai tugas kerajaan negeri dan senarai tugas bersama di antara Kerajaan Pusat dan negeri.

Senarai tugas ini hendaklah dilaksanakan dengan sempurna demi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dan negeri-negeri adalah merupakan sebahagian daripada negara. Mengabaikan negeri bererti mengabaikan sebahagian daripada negara. Oleh hal yang demikian, soal diskriminasi kepada negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang tidak perlu lagi diulangi sebagaimana yang berlaku dalam sejarah yang silam.

Untuk mengeratkan hubungan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, saya ingin mencadangkan supaya wakil kerajaan negeri mesti diberi tempat dalam agensi-agensi pusat supaya mereka juga boleh membantu Kerajaan Pusat di peringkat negeri dan di waktu yang sama mereka dapat menjaga kepentingan negeri dalam hubungan dengan Kerajaan Pusat seperti wakil kerajaan negeri dalam Jabatan Pendidikan Negeri, FELCRA, RISDA, FELDA, KESEDAR dan lain-lain di mana sebelum ini agensi-agensi pusat ini langsung tidak memberi ruang kepada wakil daripada kerajaan negeri seolah-olah mereka berada di satu dunia yang asing sedangkan mereka berada di negeri sebagaimana kita sedia maklum di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.

Kerajaan Pusat mestilah menghormati kerajaan negeri kerana agensi-agensi pusat beroperasi di negeri.

Tuan Yang di-Pertua, demikian juga saya ingin mengingatkan tentang peruntukan-peruntukan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri perlulah disegerakan supaya kerajaan negeri dapat berperanan dan beroperasi dengan baik dengan menjalankan pentadbiran dan pembangunan dengan baik. Saya juga ingin bertanya berapakah sebenarnya peruntukan yang berhak diterima oleh negeri Kelantan yang termaktub dalam Perlembagaan dan apakah peruntukan-peruntukan tambahan yang sepatut diterima oleh negeri Kelantan seperti negeri-negeri yang lain. Saya ingin meminta penjelasan daripada pihak berwajib tentang perkara ini. Demikian juga isu royalti yang dibincangkan di Dewan ini dengan begitu banyak sekali.

Page 105: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

98 DN 3.12.2018

■1940

Kerajaan Kelantan adalah satu-satunya negeri yang tidak pernah menerima royalti sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian kerajaan negeri dengan PETRONAS. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan supaya isu royalti ini diselesaikan dengan segera dan dengan cara yang baik mengikut semangat Islam dan juga semangat federalism supaya negeri Kelantan dapat membangun dengan baik sama seperti negeri-negeri yang lain.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk bertanya tentang perkembangan perancangan untuk membesar dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu dan sebagaimana yang diberitahu dalam sidang yang lalu bahawa perancangan untuk membesar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ini sudah mendapat persetujuan daripada kerajaan yang lalu. Jadi saya ingin bertanya kepada kerajaan yang baru, apakah projek ini dapat diteruskan atau bagaimana statusnya setakat ini. Demikian juga dengan status terakhir kedudukan projek Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan juga lebuh raya-lebuh raya yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi yang menghubungkan Kelantan dengan negeri lain dan juga ibu negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan yang baharu supaya memperkasakan institusi masyarakat dalam rangka membina Malaysia Baharu seperti institusi masjid yang mempunyai peranan yang besar dalam mendidik rakyat dan juga memajukan kehidupan masyarakat. Badan-badan kebajikan, NGO dan pertubuhan-pertubuhan berdaftar agar berdaya maju serta memberi manfaat kepada masyarakat dan memajukan negara.

Memandangkan kelemahan kehidupan rakyat dalam beragama, saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Pendidikan agar mempertingkatkan kualiti hidup beragama di kalangan rakyat dengan memperkasakan pendidikan Al-Quran, tahfiz Al-Quran dan juga penghayatan fardu ain. Saya juga ingin mencadangkan supaya tahfiz Al-Quran dijadikan sebagai satu aliran pilihan di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan di waktu yang sama diadakan Fakulti Tahfiz Al-Quran dan Sains di pusat-pusat pengajian tinggi awam.

Kementerian Pendidikan mestilah berusaha bersungguh-sungguh ke arah menghayati kunci tamadun ataupun kunci kemajuan manusia yang menjadi wahyu yang pertama iaitu... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Bacalah dengan nama TuhanMu”. Sebagaimana kita sedia maklum, di dalam perintah ini Allah SWT menggunakan dua kali perkataan iqra’... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Dan... [Membaca sepotong ayat al-Quran]

Menurut Profesor Dr. Taha Jabir Al-Alwani, perintah Allah SWT yang terdapat dalam dua iqra’ ini adalah berbeza. Iqra’ yang pertama memerintah supaya manusia membaca ayat-ayat Allah yang dapat dibaca iaitu Al-Quran Nul Karim, dan iqra’ yang kedua ialah supaya manusia membaca kitab alam sejagat di samping membaca Al-Quran Nul Karim. Ini menunjukkan bahawa Al-Quran dan Sains tidak boleh dipisahkan sama sekali dalam pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran Nul Karim... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah lah yang Maha Berkuasa dan Maha Perkasa. Orang-orang yang menolong agama Allah itu ialah orang yang apabila diberi kekuasaan kepada mereka, mereka itu menjalinkan hubungan dengan Allah melalui solat dan menunaikan zakat dan menyuruh makruf dalam melarang mungkar.

Adalah menjadi satu tanggungjawab kerajaan menjaga rakyatnya supaya jangan memutuskan hubungan dengan Allah melalui solat. Sekarang ini kita dapati gejala meninggalkan solat ini sudah menjadikan satu perkara biasa sahaja. Jika kita pergi ke pasar-pasar di bandar-bandar kita dapati ramai orang meninggalkan solat dengan sewenang-wenangnya.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya membuat kajian tentang indeks orang-orang yang meninggalkan agama, meninggalkan solat fardu dan juga orang yang meninggalkan solat Jumaat supaya gejala ini dapat dibendung demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara.

Page 106: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 99

Tuan Yang di-Pertua, bantuan kepada negeri Kelantan untuk membangun pusat-

pusat dan produk pelancongan negeri Kelantan serta membantu mempromosikan Kelantan sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan menawan adalah sangat diperlukan. Kelantan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan produk-produk pelancongan. Walau bagaimanapun, negeri Kelantan sangat memerlukan bantuan daripada Kerajaan Pusat untuk membangunkan produk-produk pelancongan yang baru di samping produk-produk pelancongan yang lama.

Satu lagi yang saya ingin sebut di sini ialah tentang hutang negara yang melebihi RM1 trilion. Hutang negara ini merupakan hutang yang berjadual. Jangan dijadikan hutang ini sebagai satu alasan untuk mengurangkan tuntutan-tuntutan rakyat yang lain. Jadi saya ingin tahu bilakah hutang ini mesti diselesaikan? Berapakah jumlah interest atau faedah yang mesti dibayar setiap tahun? Berapa jumlah yang mesti dibayar?

Tuan Yang di-Pertua, tentang ketidakcukupan doktor di hospital-hospital yang menyebabkan pesakit terpaksa menunggu begitu lama untuk mendapat rawatan terutama di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bharu di mana pesakit-pesakit terpaksa menunggu daripada pagi sampai tengah hari atau sampai ke petang untuk mendapat rawatan. Hal ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Oleh hal yang demikian, pihak Kementerian Kesihatan mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini supaya pesakit tidak lagi menderita dengan menunggu begitu lama untuk mendapat rawatan. Saya mencadangkan supaya pihak Kementerian Kesihatan segera merancang mengambil para doktor daripada luar negara. Kalau kita boleh mengambil buruh daripada luar negara maka kenapa tidak para doktor ini kita manfaatkan para doktor dari luar demi untuk memenuhi keperluan rakyat di dalam bidang kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, penyalahgunaan dadah sebagaimana yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi adalah sangat mengancam keselamatan negara. Oleh hal yang demikian, saya ingin bertanya kepada kerajaan yang baru ini, apakah perancangan yang dicadangkan ataupun yang dirancang oleh kerajaan baru untuk mengatasi masalah dadah ini? Bagaimana peranan kekuatan keselamatan negara kita, adakah ia digunakan sepenuhnya untuk mengatasi masalah ini.

■1950

Masalah dadah sudah begitu merebak, bukan saja dari rumah ke rumah tetapi kepada sekolah-sekolah rendah dan pusat-pusat pendidikan tinggi. Gerakan pengedaran dadah ini telah dirancang begitu hebat dilakukan oleh tauke-taukenya yang bersembunyi di mana biasa yang ditangkap ialah pengedar-pengedarnya sahaja tetapi taukenya itu biasanya selamat. Inilah yang menjadi tanda tanya dalam masalah ini. Apakah rasuah juga boleh melindungi mereka ini? Oleh yang demikian, tidak ada pilihan lagi untuk menyelamatkan anak bangsa kita kepada bahaya dadah ini selain dari kerajaan mestilah berusaha bersungguh-sungguh memerangi dadah dengan menggunakan segala kekuatan yang ada.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah hak asasi manusia di penjara-penjara di seluruh negara. Saya mendapat banyak rungutan daripada orang-orang yang pernah memasuki penjara atau banduan-banduan di mana hak asasi manusia di penjara-penjara ini begitu menyedihkan sekali sehingga menghalang dari menunaikan tuntutan agama, mereka itu ditahan dalam satu bilik yang sempit disumbat dengan kapasiti yang berlebihan.

Jadi saya tidak perlu sebutlah di mana-mana penjara. Akan tetapi saya harap agar pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini supaya manusia tidak diazab atau diseksa dengan sebegitu rupa dengan menafikan hak asasi mereka terutamanya hak menunaikan solat dan menjalankan tuntutan agama.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah tentang akidah umat Islam di negara kita, yakni akidah Ahli Sunah Wal Jamaah. Jadi saya harap pihak JAKIM atau pihak yang berkenaan supaya menyelesaikan masalah perpecahan dan perbalahan atau permusuhan mengenai akidah Ahli Sunah Wal Jamaah di negara kita sekarang.

Page 107: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

100 DN 3.12.2018

Di mana sebagaimana kita sedia maklum, akidah Ahli Sunah Wal Jamaah ini

mempunyai dua aliran iaitu aliran as salaf dan aliran khalaf. JAKIM perlu memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan umat Islam yang berselisih mengenai akidah Ahli Sunah Wal Jamaah menurut dua aliran ini. Semua ulama perlu disatukan atau diadakan suatu perbincangan supaya akidah Ahli Sunah dua aliran ini dapat di kompromi ataupun dapat diperbaiki. Dua aliran ini dapat difahami dengan baik supaya tidak menimbulkan apa-apa perselisihan di kalangan ulama dan juga para pengikut kedua-dua aliran ini.

Saya rasa itulah saja Tuan Yang di-Pertua apa yang saya ingin sampaikan dan saya menyokong Usul Menjunjung Kasih kepada Duli Tuanku. Sekian. Wabilahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Silakan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah.

7.53 mlm.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Alhamdulillah... [Membaca sepotong doa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut serta membahas perbahasan Titah Diraja pada petang ini. Saya mendengar dengan teliti ucapan-ucapan yang telah pun disampaikan oleh rakan-rakan dan saya ingin menyentuh negeri saya iaitu negeri Kedah Darul Aman kerana saya mewakili negeri dan dilantik oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mukhriz yang mana kini beliau juga menjadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar di penggal kedua saya.

Saya ingin mengambil sedikit sejarah negeri Kedah mulai dari tahun 1786, di mana pada ketika itu Sultan Kedah, Sultan Abdullah telah pun berjumpa dengan East India Company yang mana pada ketika itu, Siam hendak menyerang Kedah. Kedah pada ketika itu melalui Lembah Bujang dan juga Sungai Emas adalah pelabuhan yang termasyhur pada ketika itu. Beliau berjumpa dengan East India Company dan meminta pertolongan daripada East India Company supaya membantu sekiranya Siam menyerang negeri Kedah.

Dengan perjanjian tersebut, beliau telah menyatakan kepada East India Company bahawa orang-orang East India Company boleh menduduki Pulau Pinang, dan East India Company pula berjanji akan membayar 30 ribu Spanish Dollar pada ketika itu. Dan bila Siam menyerang, East India Company tidak membantu. Maka Sultan Abdullah berjumpa sekali lagi dengan Francis Light pada ketika itu dan Francis Light membuat satu agreement yang sama dan menyuruh East India Company duduk di Penang, dan kemudian East India Company membayar 6 ribu Spanish kepada Sultan Kedah pada ketika itu.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengira daripada tahun 1786 sehingga sekarang Tuan Yang di-Pertua, saya congak-congak, saya kira, orang Kedah kata “congak”, saya kira 6 ribu Dolar Sepanyol. Kalau kita ambil Dolar sekarang, lebih kurang 1 Euro Dollar iaitu RM4.70 dan kita tukarkan kepada 6 ribu ini kepada Ringgit Malaysia, ia RM28,200 pada ketika itu. RM28,200 setahun yang Kerajaan Pulau Pinang terpaksa bayar.

Saya juga difahamkan, sekarang ini pun masih bayar tetapi bukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tetapi oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kedah, RM10 ribu setahun. Kalau dikira dari tahun 1786, 227 tahun daripada sekarang, kita kali dengan RM28,200, maka jumlah yang telah dibayar ialah RM6,401,400. Selama 227 tahun negeri Kedah dapat RM6 juta, RM6.4, RM6.5, dengan izin.

Saya hendak memohon kepada Kerajaan Persekutuan kerana baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Lim Guan Eng telah pun memberi RM10 juta kepada negeri Kedah, Wang Ihsan yang dikatakan diberikan khusus kepada negeri Kedah sebanyak RM10 juta. Terima kasih rakyat negeri Kedah kepada Yang Berhormat. Akan tetapi tidak mencukupi, RM10 juta dengan 227 tahun itu. Kalau hendak dikira dengan rakyat Kedah dan Pulau Pinang lebih-lebih lagi sekarang fahaman politik yang sama, saya mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan yang baharu ini supaya memberi lebih daripada RM10 juta. Kalau boleh RM100 juta kerana sejarah telah berlaku di negeri Kedah ini.

Page 108: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 101

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Almarhum, dua kali menjadi Agong dan

sekarang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga dua kali. Ini satu sejarah yang tidak akan dapat di dunia mana pun. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan, kerajaan baharu ini menghadiahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah, bukan bagi kepada individu, Kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM100 juta kerana menghargai kedua-dua makhluk Allah ini yang cukup special yang saya rasakan pada ketika ini Tuan Yang di-Pertua.

■2000

Baru-baru ini juga saya melihat Yang Berhormat Dato’ Seri Mukhriz dalam perjumpaan telah memaklumkan, keluar dalam surat khabar pun. Beliau menyatakan bahawa Kerajaan Kedah memohon Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan projek berkepentingan yang status kemajuan pelaksanaannya kurang, 15 peratus dapat diteruskan dan dilaksanakan untuk manfaat rakyat negeri Kedah. Beliau berkata, ‘’

Saya telah bangkitkan perkara ini dalam Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk meminta dipertimbangkan semula beberapa projek yang dirasakan penting seperti Hospital Pendang, loji rawatan air, jalan dan masjid, walaupun tidak ada projek yang besar-besar ‘’.

Jadi saya nak memohon kepada kerajaan yang baharu supaya permohonan yang diminta oleh Yang Berhormat Menteri Besar Kedah ini dimasukkan dalam RM100 juta yang memberi penghormatan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri yang menjaga urusan hal-hal yang saya sebutkan tadi, apakah pandangan beliau berhubung dengan permohonan saya itu. Saya juga hendak meminta Kedah negeri Jelapang Padi, harga padi dari dulu sampai sekarang sama.

Tuan Yang di-Pertua, harga yang sama tidak berubah, harga beras turun dan naik, harga padi sama, buatlah banyak mana pun sama. Subsidi naik tinggi mana pun, harga padi sama dan orang kampung menangis teriak macam mana pun, harga padi yang sama it’s a control items. Baru-baru ini saya mendengar Yang Berhormat Menteri Pertanian menyatakan hendak liberalize-kan beras, nak dibuka. AP akan diberi kepada banyak pembekal-pembekal beras. Saya mengucapkan tahniah dan dibuat secepat mungkin supaya harga beras ini menjadi satu perkara yang kompetitif di antara supplier, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga nak bertanya adakah Kementerian Pertanian akan mengkaji harga beras ini untuk kepentingan negeri Kedah dan juga negeri-negeri yang mempunyai padi? Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya juga nak bertanya apakah Kerajaan Persekutuan akan mengkaji semula Lapangan Kapal Terbang Kulim yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dahulu Dato’ Seri Mukhriz dan kini beliau menjawat semula sebagai Menteri Besar Kedah.

Isu kedua adalah isu sukan Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Indonesia yang telah pun tamat ASEAN Games semalam dengan jayanya. Akan tetapi apa yang menyedihkan kita, sukan sepatutnya mengeratkan negara-negara yang mengambil bahagian. Akan tetapi yang kita lihat, yang kita tengok, yang kita perhati, Malaysia dengan Indonesia ini tidak pernah aman bila datang bab sukan. Sehinggakan Setiausaha Persatuan Silat sendiri menyatakan bahawa Indonesia merampas pingat emas daripada kita. Mana mungkin daripada 16 yang dipertandingkan, 14 dimenangi oleh mereka. Sehingga ahli sukan kita keluar tidak mahu bertanding kerana mempersoalkan..

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat minta laluan sikit.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Referee pada ketika itu. Terima kasih.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat minta laluan sikit. Tuan Yang di-Pertua, saya nak buat pembetulan sikit. Sukan kalau ada di Malaysia, aman. Cuma kalau ada di Indonesia yang tidak aman dari segi rampasan pingat ini sebab saya Bendahari Agung, Persatuan Silat Kebangsaan. Apa yang berlaku ialah kita dinafikan...

Page 109: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

102 DN 3.12.2018

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Walaupun...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, dia tujukan kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Ya saya nak buat pembetulan fasal..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat nak jawab bagi pihak..

Dato’ Sri Khairudin Samad: Bukan, bukan di Malaysia ini kalau berlaku Tuan Yang di-Pertua, bukan nak jawab bagi pihak Menteri kalau ada sukan di Malaysia tidak ada masalah.

Tuan Yang di-Pertua: Ok.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Fasal kita bagi sama ikut. Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri di atas penjelasan tersebut. Apa yang saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, bila dengan Indonesia saja berlaku perkara-perkara begini. Macam mana kita nak main bola kalau kita pergi main bola dengan tank, cuba bayangkan. Kalau saya tidak main sudah, tidak main sudah no thank you, dengan izin, balik. Beri kemenangan kepada mereka. Mana mungkin kita pergi melihat diletakkan di satu tempat yang dikawal dengan polis. This is not a sport, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, this is not a sport.

Saya nak bertanya kepada Menteri Belia dan Sukan apakah kita akan terus bersukan dengan Indonesia atau negara-negara lain yang mempunyai fiil yang sama. Tuan Yang di-Pertua, kalau ada pertandingan bola di Malaysia, stadium kita dipenuhi dengan penuh rakan-rakan daripada Indonesia. Apakah Menteri Belia dan Sukan hendak limit kan. Walaupun kita menjaga tidak berlaku kekacauan tetapi adakah Menteri hendak limit-kan supaya stadium itu tiga sukunya adalah daripada penyokong-penyokong kita.

Ketiga, saya mendapat makluman, tadi pun di kafeteria ramai rakan-rakan baru, pegawai-pegawai Menteri dan pegawai-pegawai Timbalan Menteri, bukan kompelin tetapi merungut menyatakan bahawa mereka sudah tiga bulan tidak ada gaji, mereka sudah tiga bulan tidak mendapat elaun. Saya bertanya kepada pegawai-pegawai Menteri yang lepas, betul kah perkara ini berlaku? Mereka kata, “Betul Dato’, betul. Kami bila dilantik menjadi pegawai Menteri sekurang-kurangnya tiga bulan itu tidak dapat gaji dan tidak dapat elaun.” Sehingga ada yang kata sehingga enam bulan tidak dapat gaji kerana mereka terpaksa melalui National Security Vetting oleh PDRM, MIO dan JPA katanya.

Jadi saya nak meminta kepada tiga agensi ini supaya jangan kita melewatkan mereka ini kerana mereka ini bekerja dengan Menteri. Bila bekerja dengan Menteri ramai penyangak, penyamun ini akan berjumpa dengan pegawai-pegawai ini maka rasuah akan bermula di situ.

Tiga bulan Tuan Yang di-Pertua, tiga bulan tidak ada gaji, tidak ada elaun mereka juga manusia macam kita. Lebih-lebih Menteri baru daripada PH ini belum ada duit lagi, hat lama dulu tidak usah kira sudah, hat sekarang ini tidak ada duit lagi ini. Macam mana dia nak belanja pegawai dia? Macam mana dia nak belanja pegawai dia?.

Timbalan Menteri ada, sorry tidak nampak saya... [Dewan ketawa] Timbalan Menteri ini pun saya tengok dekat kantin pun jarang nak belanja kita, tidak cukup... [Dewan ketawa] Tidak cukup nak belanja kita ini. Kalau tiga bulan mereka ini tidak dapat gaji kerana kerenah birokrasi ini, saya cadangkan supaya diluluskan segera. Kasihan Tuan Yang di-Pertua, kasihan.

Keempat soal dadah ini saya tidak boleh tinggal kerana saya selaku Timbalan Yang di-Pertua PEMADAM, saya nak kena bercakap juga. Baru-baru ini saya pergi cerita dalam Dewan bahawa saya telah pergi ke satu flat, saya tidak nak maklumkan flat mana dan di antara pukul 8 sampai 11.30 saya maklumkan dalam Dewan tempoh hari bahawa pada ketika ini anak-anak kecil disuruh turun ke bawah kerana bapa dengan mak, nak buat projek.

Page 110: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 103

■2010

Saya kata begitu tetapi Tuan Yang di-Pertua kata tidak payah jawab, tidak ada kena mengena. Saya hendak bertanya Menteri pada ketika itu, apakah Menteri akan buka kelas KEMAS di situ pada waktu itu? Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua kata kita tidak payah ceritalah ini bab kisah rumah tangga bapak hendak buat projek dengan mak.

Bukan itu soalnya, apakah di antara 8.30 malam hingga pukul 11 malam ini anak-anaknya akan dibiarkan berkeliaran? Menunggu bapak mereka habis projek. Saya tengok dengan mata kepala saya sendiri tiga keluarga pada ketika itu yang saya jumpa yang menyatakan ayah suruh turun ke bawah. Pukul 8.30 malam hingga ke pukul 11 malam dan mereka duduk di tepi-tepi parit, tepi-tepi longkang. Tadi Yang Berhormat Ustaz sebut dadah, di sana tadi pun sebut dadah. Apa pendekatan kerajaan? Apa pendekatan kerajaan hendak buat kepada perkara yang begini?

Jangan sampai berlaku di Kedah baru-baru ini, yang berlaku kepada Puteri Nurul Akma, 3 tahun, Nur Izzati Husna binti Rusdi, 12 tahun, Noor Syafiqah Nadia, 14 tahun.

Tahu apa jadi Tuan Yang di-Pertua? Noor Syafiqah dibawa oleh seorang budak drug addict syabu. Dibawa ke bendang. Umurnya lebih kurang 16 tahun, dok berkawan sekali, main masak-masak sekali. Ambil syabu bawa Noor Syafiqah pergi ke bendang rogolnya, dirogolnya Noor Syafiqah. Lepas rogol terfikir apa hendak buat kalau budak ini kalau beritahu polis, ditikamnya, dibunuhnya Noor Syafiqah. Bila teringat Noor Syafiqah masih ada dua beradik lagi, Nurul Akma dengan Izzati Husna, bila teringat ada dua lagi, apa akan jadi kepada dua adiknya itu? Pergi ambil adiknya bawa ke situ dan ditikamnya dua-dua adik, tiga beranak sekali. This is what happen when you take syabu. This is what happen.

Ya lah, kita kata bila anak-anak kita masuk sekolah, guru jaga. Dari pintu rumah ke pintu sekolah siapa jaga? Siapa jaga Tuan Yang di-Pertua? Siapa jaga Tuan Yang di-Pertua? Polis? Polis kata, “Budak ini belum cukup umur! Saya tidak boleh ambil tindakan, belum cukup umur”. AADK tidak cukup kakitangan, bajet tahun lepas pun kurang, kompelin dia orang. AADK kata kami tidak cukup kakitangan.

JPAM kata kami tangkap ular sawa sahaja. JPAM kata bukan kerja kami, habis kerja siapa? Itu yang ambil dadah itu, apa jadi kepada anak-anak yang sudah pun dibuang sekolah kerana ambil dadah? Apa jadi kepada askar-askar yang dibuang kerana dadah? Siapa jaga mereka?

Kita hendak tunggu sampai jadi macam Noor Syafiqah tadi? Saya berceramah di TUDM, Tentera Udara di tiga kem. Saya beritahu hari itu bukannya pangkat rendah, pangkat tinggi Tuan Yang di-Pertua, pangkat tinggi dan bila ditanya kenapa mengambil dadah? “Kerja jaga radar. Malam tidak cukup tidur, saya perlu syabu, saya perlu pil kuda, saya perlu methamphetamine, saya perlu amphetamine”.

Habis kalau sudah askar ambil dadah, siapa hendak jaga negara kita? Saya pernah cadang dalam Dewan ini dulu, empat tahun dulu bahawa hospital yang ada tempat kosong ambil sedikit tanah, pagarkan kawasan itu, kadang-kadang ada bangunan yang tidak diguna pun, gunakanlah untuk rehabilitasi anak-anak kita ini. Jangan diharap kepada Cure and Care Centre AADK sahaja. Saya pergi melawat di Johor Bahru, sepatutnya 500 orang ada dalam itu, 1,200 orang disumbat dalam Cure and Care. Masya-Allah dengan bilik airnya kotor, dengan tempat tidurnya yang tidak selesa. Terbuka kepada dadah yang lebih merbahaya.

Hendak harap kepada NGO, NGO tidak ada duit, tidak ada wang. Tidak ada wang. Jadi, saya minta kepada kerajaan, Kementerian Kesihatan tolong jawab soalan saya. Boleh atau tidak bukakan tempat-tempat ini? Kerana kita ada hospital di daerah, hospital di negeri, sudah cukup kalau kita buka perkara ini.

AADK dengan AADK nya, dengan Cure and Care Centre nya, Pengasih dengan Pengasih nya, NGO lain dengan NGO-NGO nya yang juga mengadakan rehab centre. Kalau kita campur ini insya-Allah tetapi dengan syarat kita kena sama-sama. Ini tidak ada, hendak bercakap bab dadah pun tidak mahu, hendak bercakap bab dadah pun tidak mahu. Dulu saya kata dalam mesyuarat UMNO, kita kena cakap bab dadah. Tidak ada seorang pun bercakap bab dadah.

Page 111: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

104 DN 3.12.2018

Saya pergi berkempen di Kelantan, berjumpa dengan anak-anak dadah, saya kata

orang-orang PAS bercakap lah soal dadah sepatah dua sebelum bercakap soal politik, sepatah haram pun tidak ada. Sekarang Kerajaan Pakatan Harapan, saya minta sangat-sangat kepada Menteri-Menterinya, ini adalah penyakit masyarakat yang 99 peratus adalah orang-orang Melayu. With due respect kepada orang-orang Melayu, dengan izin. Pergi tengok dalam penjara, statistik ada, 68 peratus daripada orang-orang dalam penjara itu adalah drug base. Drug base! Kita masih hendak tunggu lagi? Saya pergi di Pulau Pinang sama juga. Saya ingat Pulau Pinang negerinya maju, sama sahaja bila mai dadah.

Lebih kasihan lagi orang-orang di sebelah Kedah. Terdedah dengan ketumnya, dengar sahaja ketum Yang Berhormat, rasa macam biasa daun biak, tidak ada apa-apa tidak ada kesan. Akan tetapi Yang Berhormat, daun ketum itu boleh membuat anak-anak kita menjadi gila. Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, bersembahyang dengan anak yang ambil daun ketum, umur 17 tahun, 5 tahun ambil daun ketum, matanya terkeluar.

Jadi, saya minta kepada Kementerian Perumahan kalau kita buat rumah untuk rakyat miskin, adakah kita hendak menyediakan tempat rekreasi untuk anak-anak ini? Kalau anak-anak ini yang sedang ambil dadah, apa yang kita hendak lakukan kepada mereka kerana AADK tidak mampu lagi untuk mengambil mereka ini, kerana terlalu banyak Yang Berhormat. Terlalu banyak. Tidak usah saya baca statistik, saya kata kan banyak sudah cukup sebab askar ada dadah, polis pun ada dadah, anak murid ada dadah, yang tidak bekerja pun ada dadah, saya tengok dalam statistik.

Kalau kita tengok dalam bidang binaan 10 peratus, pengurusan 1.5 peratus, jualan 12.6 peratus, teknikal 5.6 peratus, pengangkutan 7.3 peratus, kerani 0.8 peratus, perkhidmatan 11 peratus, pertanian 12 peratus dan penganggur kita tok sah kira lah. Segala sektor! Semua sektor.

■2020

Cumanya dalam Dewan ini yang saya rasa belum terlibat dengan dadah yang saya nyatakan. Saya hendak pergi kepada tajuk seterusnya. Saya diminta oleh kawan saya ...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sudah setengah jam.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Sekejap, pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Dua minit Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Saya berasa sekejap. Kota Bharu keluar Star Online, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Lawyer groups called for the resignation of Attorney-General Tommy Thomas for dropping corruption charges against Finance Minister. Young Professionals (CP) Chief Executive Faidhur Rahman Abdul Hadi and International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) Law and Human Rights Bureau Head, Fatihah Jamhari said they have lost confidence in Thomas for failing to uphold the rules of the law…”

Saya hendak baca kenyataan dia. “At the very least, proffer an explanation why the charges were dropped. Especially considering it has become a glaring trend where cases against Pakatan Harapan politicians are being dropped.

Saya tidak mahu hendak bias. Saya sayang kepada Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng. Saya kata, “saya sayang” Bukan saya suka, tetapi “saya sayang.” I think he is one of the brilliant Yang Berhormat yang ada. Saya tengok macam mana dia jawab soalan. Salah tak salah itu lain. But he is a polished politician.

Saya teringat waktu kita tanya dahulu GST, “Yang Berhormat boleh tak yakinkan kepada rakyat bahawa SST ini boleh turunkan harga barang?” Saya terkejut apabila dia jawab, “Saya bukan Tuhan.” I mean that is- orang Islam pun tidak teringat hendak jawab begitu.

Page 112: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 105

Oleh sebab itu saya sayang orang yang macam ini, orang yang pandai. Tidak

mengapalah dia menyokong pembangkang. Kita jangan kira tetapi saya minta supaya kerajaan, Yang Berhormat Menteri Undang-undang jawab hal ini supaya kita clear perkara-perkara yang begini. Ini sudah tular. Macam-macam saya tengok dengan- keluar potong kepala, bubuh badan. Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng pegang Yang Berhormat Tuan Mohamad bin Sabu, macam-macam.

Oleh sebab itu kita tidak setuju dengan fake news itu. Hendak tangkap siapa sekarang ini kalau ‘fake news’ ini buang habis. Alah, semua boleh buat.

Tuan Yang di-Pertua, sudah marah dekat saya. Saya diminta oleh rakan untuk ...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat sayang kepada Menteri Kewangan tidak mengapalah. Saya tambah dua minit lagi kerana sayang Menteri Kewangan.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua tak dan habis. Saya diminta oleh sahabat saya untuk bertanya kepada Kementerian Pendidikan, apakah langkah-langkah kementerian dalam mengangkat dan menghargai tokoh-tokoh seni yang masih ada di Malaysia ini agar mereka tidak ditelan zaman dan dilupakan oleh generasi sekarang. Malah adakah terdapat sebarang usaha untuk mengangkat tokoh-tokoh tempatan sebelum mereka meninggalkan kita dengan begitu sahaja.

Ini dikaitkan dengan baru-baru ini kematian Mohd Razi Mahmud atau lebih dikenali dengan Tamar Jalis. Tamar Jalis ini dia mengeluarkan- saya pun tidak sangka Tuan Yang di-Pertua, Siri Bercakap Dengan Jin. Buku dia- Siri Bercakap Dengan Jin. Rupa-rupanya dia di sekitar tahun 1990-an buku Bercakap Dengan Jin ini dijual dengan harga RM2.50 senaskhah tetapi telah terjual kira-kira sejuta naskhah.

Baru-baru ini dia meninggal dunia, dan kita bertanya kepada Kementerian Pendidikan, apakah orang-orang ini akan dilupakan begitu sahaja? Tak kan tidak ada langsung supaya kita encourage, dengan izin penulis-penulis yang baharu, yang berkemungkinan dapat mengeluarkan buku begini.

Dikatakan malangnya beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 26 Ogos baru-baru ini, 9.30 pagi di rumahnya berumur 78 tahun. Beliau menulis siri buku Bercakap Dengan Jin ini selama 23 tahun tanpa henti, dan sirinya tersiar di Majalah Variasari mulai April 1981 hingga tahun 2005. Satu siri yang terpanjang bersiaran di majalah dan tidak dinafikan mencapai rekod dunia mengalahkan siri TV- Dallas di Amerika Syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Aqulu kawlihaza, astaghfirullahalazim liwalakum. Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah.

Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff. Silakan.

8.25 mlm.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat tempoh hari. Saya telah mendengar perbahasan daripada rakan-rakan saya dan saya cuba tidak mengulangi apa yang telah dibahaskan.

Pada pengamatan saya, antara isu yang mungkin belum diberi perhatian dan saya rasa agak baik agar Yang Berhormat Menteri dapat jawab ialah mengenai isu dasar luar.

Page 113: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

106 DN 3.12.2018

Saya melihat teks Titah Yang di-Pertuan Agong ini pada pandangan saya satu teks

yang ringkas tetapi lengkap. Isu yang disantuni sehinggalah isu kepimpinan baru, isu mengenai galakan mencari titik persamaan sehinggalah ke isu rantau ASEAN dan sehinggalah isu-isu yang bagi saya strategik. Isu golongan wanita sangat penting dan juga yang paling penting pasca pemodenan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya Malaysia Baharu ini mestilah Malaysia yang betul-betul baru. Bukanlah satu Malaysia yang hanya berbeza pimpinan, berbeza menteri, berbeza parti tetapi saya mengharapkan ia adalah satu Malaysia Baharu yang cuba memberi satu asas pembangunan ataupun dasar-dasar yang baru. Apa yang saya maksudkan di sini ialah begini Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada presiden yang dipilih Parti Keadilan iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana mencadangkan nama saya untuk dipertimbangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan sehinggalah diangkat di sini dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya angkat sumpah dengan Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin katakan di sini Tuan Yang di-Pertua, apakah asas dasar pembangunan negara pada hari ini? Saya yakin keresahan rakan-rakan yang berbilang bangsa di sini kononnya asas pembangunan itu mungkin ada berlaku sedikit diskriminasi, mungkin kepada mereka yang terpinggir. Contohnya hari itu kita berbahas mengenai mereka yang kurang upaya atau kelainan upaya, hak mereka mungkin dinafikan.

Malah yang paling saya ingin cuba bahas dalam masa yang pendek ini ialah hak-hak mereka yang minoriti. Akan tetapi yang saya maksudkan minoriti di sini Tuan Yang di-Pertua ialah bukan minoriti dari segi jumlah. Dalam keadaan tertentu, yang majoriti itu menjadi minoriti. Contoh di Sabah dan Sarawak, yang majoriti menjadi minoriti. Dalam keadaan tertentu di dalam ruang politik kadang-kadang yang majoriti itu menjadi minoriti iaitu anak muda.

Dalam keadaan tertentu di ruang-ruang lain seperti dikatakan di pusat pengajian tinggi, rata-rata wanita yang mencapai pencapaian yang baik. Akan tetapi saya yakin sebab jiran saya angguk betullah itu bahawa hak wanita di Malaysia atau di negara ini belum cukup berada di tahap yang sewajarnya. Akan tetapi kalau kita cuba melihat Tuan Yang di-Pertua, potensi ekonomi hawa ataupun potensi, dengan izin, female economy dikatakan sehingga digabungkan mempunyai potensi lebih besar saiz ekonomi India dan Cina digabung sekali.

Itu yang kadang-kadang kita tengok potensinya itu bukan sahaja dari segi manusiawi tetapi potensinya juga dari segi ekonomi. Saya maksudkan di sini ialah begini. Malaysia Baru pada saya mestilah Malaysia yang adil.

■2030

Malaysia yang adil bermaksud- pertama sekali, asasnya tidak boleh ada dasar-dasar yang diskriminasi apatah lagi asas kaum Tuan Yang di-Pertua.

Kedua, Malaysia yang adil itu juga Malaysia yang demokratik. Bukan saya cakap, sekurang-kurangnya di dalam pemasyhuran kemerdekaan ketika mana dibaca oleh Tunku Abdul Rahman itu ada Malaysia ini mesti dibina di atas demokrasi, mesti dibina di atas keadilan, mesti dibina di atas prinsip liberal. Oleh sebab itu bila orang berbicara tentang liberal saya terkejut.

Sebenarnya sudah ada dalam pemasyhuran kemerdekaan tetapi konteks yang dimaksudkan itu apa? Ini kerana kita banyak pakai istilah “liberal”. Bila saya tanya, “liberal” itu Bahasa Melayu apa dia? Kita kurang bercakap tetapi konteks yang dibangunkan Malaysia, liberal ini bagaimana? Mungkin “liberal” maksudnya apa? Hak kemanusiaan itu dipertahankan, hak golongan minoriti dipertahankan.

Seterusnya saya maksudkan tadi dia mesti adil, demokratik dan juga inclusive. Inclusive itu bermaksud pada saya ialah mesti dasar ekonomi, dasar pendidikan itu mesti mengambil kira semua orang tidak boleh di kala kita mencapai kemerdekaan selama 61 tahun ini ada lagi semalam saya kebetulan di Program Anak Syurga iaitu Orang Kelainan Upaya.

Page 114: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 107

Seorang ibu bangun tanya soalan kepada saya, “Yang Berhormat, kenapa saya

yang membawa anak saya yang kurang upaya tidak boleh berjalan dan sebagainya saya tidak boleh parking di tempat bahagian orang kurang upaya?” Contohnya di hospital ataupun di pusat-pusat membeli belah. Saya kata, “betulkah ini?” Saya kata, “Ada Kerajaan Selangor semua ada hendak buat parking untuk ibu yang mengandung. Saya tengok di tengah pasar-pasar raya tempat parking untuk golongan wanita.”

Ini ibu baru semalam program di Desa Mentari dengan dia bawa anak dia panggil cerebral palsy tidak boleh berjalan. Dia kata tidak boleh parking. Jadi saya rasa amat terkilan.

Jadi yang maksudkan ini inclusive itu mesti mengambil kira. Kalau contohnya dasar ekonomi saya amat berharap mungkin Menteri boleh menjawab Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Paradigma yang ingin saya katakan di sini- semalam saya kata hal itu mestilah sekurang-kurangnya, “Apa yang bagus untuk orang biasa tidak semestinya bagus untuk Orang Kelainan Upaya.” Akan tetapi andaian saya, “Apa yang bagus untuk orang kelainan upaya mesti bagus untuk orang biasa.”

Kenapa saya cakap begitu? Saya masih lagi ingat hatta di Dewan Rakyat di mana kita sudah bersidang beberapa kali sehingga apabila kita ada seseorang pemimpin kanan yang menjadi kelainan upaya akibat accident iaitu Yang Berhormat Karpal Singh baru di sana kita terfikir di mana laluan untuk Orang Kelainan Upaya hendak naik, di mana meja-meja yang sesuai.

Jadi saya memikirkan sekiranya dasar-dasar ekonomi yang dirancang oleh Menteri, yang dirancang oleh Perdana Menteri tidak mengambil kira aspek ini, apa yang akan wujudkan yang kita panggil paradigma tokenism- token lah. Maksudnya kita buat dahulu nanti kita fikir apa yang sesuai untuk orang kelainan upaya. Selepas itu, kita buat prasarana katakan pendidikan, tengok apa lagi yang sesuai untuk orang kelainan upaya.

Akhir sekali yang saya katakan tadi, dia mesti adil, demokratik, inclusive dan akhir sekali saya kata mesti lestari. Dasar pembangunan Malaysia Baharu ini, Malaysia adil ini mesti lestari, dengan izin Tuan Yang di-Pertua nama dia sustainable.

Kenapa saya cakap begitu? Saya khuatir Malaysia telah melalui pelbagai era pembangunan, generasi. Pertama sekali kita ada generasi yang menuntut kemerdekaan, selesai. Kemudian generasi yang mencapai kemerdekaan Tunku Abdul Rahman dan sebagainya. Kemudian generasi yang membangunkan Malaysia iaitu generasi Tun Abdul Razak dan sebagainya. Kemudian ada lagi generasi yang mengindustrikan negara ini. Oleh sebab itu di Pulau Pinang ada free trade zone, zon bebas dan sebagainya.

Akan tetapi sekarang, kita berada di dalam generasi pasca pemodenan negara. Pemodenan negara akibat penswastaan, akibat pelbagai agenda-agenda kerajaan telah mewujudkan masalah baharu. Ini bukan salah kita, bukan salah pemimpin. Ini salah- bukan salah. Ini fenomena merata.

Pertama, kesenjangan di antara kaya dan miskin. Itu ada di bandar apatah lagi di desa.

Kedua, masalah perubahan cuaca, climate change. Isu itu bukan kita kata kita tidak mahu wujudkan isu, ia wujud kerana kita masih lagi terperangkap dalam kerangka ekonomi consumption, ekonomi kepenggunaan, kita masih lagi pengguna.

Oleh sebab itu semalam saya kagum dengan jawapan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohammad ketika orang mana kenapa sebenarnya agenda Proton ketiga ini? Tiba-tiba dalam jawapannya itu dia kata, “Saya tidak mahu menjadi negara yang hanya menjadi negara pengguna.” Kita hanya pakai brand orang sahaja dan ini termasuklah dalam perkara-perkara lain.

Agenda kelestarian ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bercakap dalam konteks sekecil-kecil contohnya di Balik Pulau. Di atas nama pembangunan- kita menyebabkan orang menangis.

Page 115: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

108 DN 3.12.2018

Saya kebetulan dahulu pernah menjadi peguam untuk kes Kampung Buah Pala, kes

Kampung Tanjong Tokong sehinggalah kes-kes di Balik Pulau. Sehinggakan ada seorang wanita berbangsa India namanya “Arumugam Anak Perempuan Amoda.” Pertama kali saya mendengar “Arumugam anak perempuan”? Selalu “Arumugam anak lelaki”, bukan?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, betul.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Ini nama dia “Arumugam Anak Perempuan Amoda.” Kes di Balik Pulau.

Tiba-tiba di atas bidang kuasa, atas sebab undang-undang kita yang buat, kes itu terpaksa dibicarakan di Georgetown. Jadi saya cakap, saya kata, “Aci, saya minta maaf, kes ini kita terpaksa ke Georgetown.” Dia kata, “Yang Berhormat, saya seumur hidup tidak pernah keluar daripada Balik Pulau. Kalau saya keluar saya takut sesuatu yang tidak baik berlaku.” Saya kata, “Apa benda ini?” Saya tidak faham, saya tidak boleh faham. Dia kata dahulu ada sekali itu bila saya keluar saya balik saya demam.

Jadi saya tidak boleh faham benda ini Tuan Yang di-Pertua tetapi ada orang tertentu perkara-perkara setempat itu menjadi sebati dengan mereka. Betul apabila kita ke Georgetown balik selepas itu anak dia beritahu, dia demam. Saya rasa bersalah.

Itu dari aspek bagaimana pembangunan setempat telah menjadi sebati dengan seseorang itu. Oleh sebab itu kita apabila hendak mengadili Orang Asal, orang OKU kita perlu faham mereka. Kita tidak boleh kata mereka kita boleh melihat dari sisi pandangan mereka. Satu.

Kedua, yang saya tengok di atas nama pembangunan kita membuat orang menangis. Ini saya lihat sendiri ketika saya membela kes mereka yang dikatakan setinggan. Saya tidak mahu panggil mereka “setinggan” Tuan Yang di-Pertua. Mana boleh setinggan. Mereka ini di negara kita, undang-undang kita buat, mana boleh rakan yang ke sekolah dengan kita sama, jiran ke sekolah kita sama, within the split second, dengan izin, di mahkamah mengisytiharkan mereka ialah penceroboh. Sebabnya apa? Ini mungkin Menteri Ekonomi tolong bantu saya, Malaysia telah mewarisi undang-undang tanah Torrens System. Undang-undang Torrens ini mungkin Tuan Yang di-Pertua faham, dia kata, “pendaftaran adalah segala-galanya". Kalau tidak daftar, kamu adalah penceroboh.

Tuan Yang di-Pertua, bayangkan kalau kita tidak melakukan reformasi undang-undang ini saya tidak mahu exaggerate atau berlebihan. Mungkin separuh, mungkin suku kampung-kampung warisan, kampung-kampung yang wujud secara sah, secara tradisi akan tidak akan diiktiraf di bawah undang-undang.

Kenapa saya cakap begitu? Ini kerana saya tahu sukar kes-kes yang mana kita sebagai peguam ataupun sebagai pengamal dasar kerajaan tempatan boleh membela mereka ini selagi mana undang-undang hari ini ialah berdasarkan pendaftaran adalah segala-galanya. Akan tetapi yang ingin saya cadangkan di sini Tuan Yang di-Pertua, bukanlah kata orang yang tidak berdaftar pun kita hendak iktiraf. Tidak. Sekurang-kurangnya undang-undang- common law mengiktiraf di India dan juga di England dipanggil “adverse possession”...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sebentar.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Boleh saya sambung?

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 116: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 109

Apa yang saya maksudkan tadi ialah, adverse possession ini maksudnya undang-

undang yang mengiktiraf mereka yang tinggal di suatu tempat itu untuk masa-masa tertentu mungkin 20 tahun, mungkin 50 tahun. Sekiranya tuan tanah itu tidak mengambil hirau langsung tanah tersebut, maka dia memberi hak-hak kepada mereka yang tinggal itu untuk hak mereka diiktiraf.

■2040

Kenapa saya bercakap begitu Tuan Yang di-Pertua? Ini kerana di kampung-kampung, pengalaman saya, kita duduk dahulu tanah ini atas kebenaran nenek. Kemudian, anak kepada tuan tanah tetapi kadang-kadang apabila sampai kepada cucunya, dia hendak jual tanah itu. Jadi apabila dia hendak jual, dia jual kepada pemaju ataupun mereka yang punya agenda pembangunan. Tidak salah buat pembangunan tetapi yang kita hendak ini pembangunan yang manusiawi, yang tidak membuat atas nama pembangunan, mereka yang membesar dengan kita, jiran kita- menangis.

Apa yang saya maksudkan di situ ialah biarlah hak-hak yang mana mereka itu tinggal di situ boleh diiktiraf dalam keadaan tertentu. Saya cadangkan mungkin Dewan yang mulia ini, mungkin Yang Berhormat Menteri- saya katakan di sini Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang tanah, boleh mencadangkan mereka yang tinggal mungkin 20 tahun, 50 tahun, hak mereka boleh diiktiraf. Oleh sebab saya tahu, kalau perkara ini tidak dibuat, apa yang akan berlaku, mereka ini secara automatik akan menjadi penceroboh di kampung mereka sendiri ataupun di kampung halaman mereka sendiri.

Poin seterusnya yang ingin saya bahas pada petang yang mulia ini ialah mengenai aspek dasar luar iaitu- Tuan Yang di-Pertua, Malaysia ialah sebuah negara kecil. Kita ada hanyalah dalam 32 juta. Rantau ASEAN ada kurang lebih 600 ke 700 juta penduduk. Malaysia satu ketika telah berjaya memposisikan diri Malaysia sebagai sebuah negara kecil tetapi bebas, malah aktif daripada segi diplomasinya sehinggalah Malaysia itu menjadi tempat yang disenangi oleh kuasa-kuasa besar dunia.

Sekarang, kita berada di era 2018 ini di mana suatu ketika, hubungan Malaysia dengan Kerajaan Amerika agak baik. Ya, Presiden Obama datang ke Malaysia dua kali, jarang hendak berlaku dua kali yang saya tahu. Kemudian, Presiden China datang ke sini dengan lawatan dan juga bantuan-bantuan ekonomi dan sebagainya.

Sekarang di bawah pentadbiran baharu, saya ingin bertanya kepada Menteri Luar Negeri, apakah strategi dasar luar kerajaan pada hari ini bagi memastikan segala keistimewaan Malaysia ini bermula seawal Tunku Abdul Rahman buat dahulu ZOPFAN. Di mana ZOPFAN itu kebanggaan rantau, sebenarnya ciptaan Malaysia, yang saya tahu dan dicadangkan di peringkat ASEAN dan sekarang dipersetujui semua. Sehinggakan tidak ada satu pun kuasa-kuasa besar mengatakan mereka boleh mendominasi kuasa mereka di rantau ini.

Itu ialah agenda ketika mana pimpinan Tun Abdul Razak, kalau saya ingat. Bayangkan hari ini, di kala Malaysia keadaan ekonominya agak bagi saya mendatar, tidak bagus sangat, tidak rendah sangat tetapi mendatar. Akan tetapi bebanan ekonomi kita sangat tinggi. Malaysia hanya ada sumber minyak dan sumber kelapa sawit.

Tuan Yang di-Pertua, negara yang bergantung kepada minyak ini akan mudah digoyang kestabilan ekonominya kerana ia bergantung kepada pasaran. Oleh sebab itu hari ini, saya ingin mengatakan bahawa hubungan minyak dan demokrasi itu sangat dekat. Jadi saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri yang mana cuba menguruskan hasil mahsul minyak ini, jangan hanya melihat daripada sisi ekonomi. Sebenarnya minyak ini dalam kajian, mempunyai hubung kait dengan isu demokrasi.

Oleh sebab itu ada satu kajian mengatakan bahawa negara-negara seperti negara Afrika yang mana kebergantungannya juga kepada minyak, boleh digoyang kestabilannya sekiranya mereka tidak mempunyai strategi yang betul. Apa yang saya maksudkan di sini, kepentingannya itu bukan sahaja di peringkat itu sehinggalah ke peringkat domestik.

Page 117: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

110 DN 3.12.2018

Pada pandangan saya, dalam menguruskan hasil mahsul minyak ini, tolonglah

berlaku adil walaupun tadi saya dengar rakan-rakan saya dari Kelantan, dari Terengganu menyuarakan tetapi yang saya maksudkan itu mungkin sesederhana contohnya. Kalau di Semenanjung ini kita boleh ada Hospital Prince Court, hospital hebat dibuat oleh PETRONAS.

Apa salahnya hospital sehebat itu mungkin ada di Sabah dan Sarawak. Kalau Universiti Petronas yang bagus itu ada di Perak, apa salahnya universiti yang sehebat itu juga ada di Sabah dan Sarawak.

Jadi bagi saya, perkara sesederhana itu tetapi yang saya maksudkan itu lebih lagi daripada itu kerana minyak itu ada kaitannya dengan amalan demokrasi sesebuah negara itu dan sehingga sekiranya hasil minyak itu tidak diadili dengan telus, tidak diadili dengan wajar, ia akan memberi implikasi kepada indeks demokrasi sesebuah negara itu. Apatah lagi kalau ia disalahgunakan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, daripada segi aspek dasar luar juga, pagi tadi Menteri Pendidikan telah mengatakan bahawa cadangan beliau untuk mengangkat Dewan Bahasa dan Pustaka sehebat British Council, sehebat ‘Gateau Institute’, sehebat ‘Alfonse’, sehebat- kalau yang terbaru di China ini namanya Confucius Institute.

Tuan Yang di-Pertua, setahu saya, sehingga hari ini, agenda ataupun dasar diplomasi budaya ini ataupun cultural diplomacy ini belum dibentangkan dengan secara strategiknya untuk Malaysia menjadikan ia sebagai satu hala tuju Dasar Luar Negara. Apa yang saya maksudkan di situ ialah contohnya, negara seperti Korea Selatan, cultural diplomacynya itu, dengan izin, diplomasi budayanya itu ialah merupakan komponen utama di dalam rancangan dasar luarnya. Oleh sebab itu kita di Malaysia pun duk terikut-ikut. Mereka K-pop, kita pun K-pop sebab itu cara dia menjual budaya dia.

Tadi rakan saya bercakap mengenai sukan. Sukan juga ialah salah satu produk diplomasi budaya. Oleh sebab itu Sukan Olimpik, Sukan Asia- sebab itu tadi saya risau. Kalau kata Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi tadi atas nama sukan, hubungan Malaysia dan Indonesia itu tergugat, jadi itu kita gagal mencapai salah satu tujuan, sukan sebagai wadah diplomasi budaya sehinggalah perkara-perkara yang lain lagi.

Jadi kalau perkara yang sepatutnya kita angkat sebagai wadah untuk memantapkan kefahaman antara negara, sesama kaum, tiba-tiba menjadi satu perkara yang menempelak ataupun perkara yang counterproductive. Saya rasa perkara itu perlu diperjelaskan. Ia bukan sahaja soalan yang perlu dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Kalau sukan kita ke Asian Games hanya tujuan untuk bersukan, hanya untuk berpeluh, saya rasa kita tidak perlu berbelanja besar.

Akan tetapi saya yakin tujuan Sukan Olimpik, tujuan Sukan Asia, sukan dunia, bola dan sebagainya, mempunyai sisi-sisi untuk memantapkan kefahaman di antara negara dan sehinggakan boleh mewujudkan perkara-perkara baharu. Contohnya peluang-peluang di dalam aspek pelancongan, peluang-peluang di dalam aspek ekonomi.

Sehinggakan diplomasi budaya ini telah dibuktikan boleh juga digunakan untuk perbincangan isu-isu keselamatan. Contohnya, bagaimana kita ingin menyelesaikan permasalahan di Selatan Thailand? Saya bukan tidak bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Rahim Noor itu semata-mata kerana beliau pernah menumbuk mata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Oleh sebab itu saya tidak boleh terima, dia kata Yang Berhormat Nurul Izzah tidak bersetuju sebab Yang Berhormat Nurul Izzah itu anak Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya rasa bukan itu. Yang Berhormat Nurul Izzah itu dia Masters dalam International Relations daripada School of Advanced International Studies (SAIS).

Tujuan yang kita bangkitkan kenapa kita tidak bersetuju, saya sendiri tidak bersetuju ialah pertama sekali dia tidak layak, incompetence. Kenapa tidak incompetence? Pertama sekali kerana dia tidak mempunyai integriti. Salah satu prasyarat untuk melakukan conflict resolution, mereka yang dilantik itu mesti dipercayai, mempunyai integriti dan sebagainya, satu.

Page 118: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 111

■2050

Alasan yang diberikan kononnya beliau juga layak kerana beliau telah menyelesaikan masalah di antara pihak komunis dengan pihak Malaysia pada satu ketika.

Tuan Yang di-Pertua, itu era Perang Dingin, era Cold War. Saya mahu pemimpin yang sekarang yang menjadi wakil Malaysia ialah mereka yang melihat perkara-perkara lain contohnya yang kita bangkitkan tadi- smart diplomacy, soft diplomacy. Itulah kekuatan Malaysia, dan saya rasa ramai lagi tokoh-tokoh lain.

Sebab itu saya beranggapan, tokoh-tokoh yang banyak melakukan kerja-kerja pendidikan, kerja-kerja pembangunan di Selatan Thailand. Saya boleh sebut nama contohnya Dato' Seri Nazri Aziz. Beliau banyak buat sekolah, beliau banyak buat universiti. Saya tahu saya pergi ke sana dengan dia. Sehinggakan beliau dapat Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan Thailand. Ketika kita ke sana ada Syaikhul Islam, ada mantan Menteri Luar Thailand, Dr. Surin Pitsuwan. Jadi kita perlukan mereka yang dipercayai oleh kelompok di Selatan Thailand itu.

Sebab itu tadi dibahaskan kononnya, ada NGO daripada Selatan Thailand itu cuba membantah. Sebab itu kita perlu melihat perkara ini dan perkara itu perlu dibanggakan kerana saya tahu Malaysia ketika mana Maldives mengalami satu konflik politik, Tun Musa Hitam juga dipanggil, dijemput ke sana.

Ketika saya menjadi pemantau pilihan raya pihak Commonwealth di Maldives, antara pihak NGO mengatakan kepada saya, kenapa Malaysia menghantar orang yang pernah terpalit dengan isu Memali. Mereka tahu semua ini.

Jadi apa maksudnya. Maksudnya ialah mereka mengiktiraf Malaysia ini sebagai satu negara yang punya tokoh kepimpinan yang mana disenangi oleh semua orang. Akan tetapi, janganlah kita pula tidak memanfaatkan itu.

Di peringkat negara pula saya yakin Tuan Yang di-Pertua, Malaysia satu-satunya negara di dunia- sekurang-kurangnya pada pengalaman saya yang mana semua ketamadunan utama dunia yang Islam, yang Hindu, yang Cina, yang Eropah berinteraksi. Kuncinya ialah bukan berinteraksi di pinggiran tapi berinteraksi di arus perdana. Penggemblengan interaksi ini ialah mewujudkan Malaysia selama 61 tahun ini, Malaysia yang sangat istimewa yang mana orang Cinanya, orang Melayunya, yang orang Indianya, yang orang Iban, Kadazannya- ini saya katakan saya pun kurang memahami di Sabah dan Sarawak- minta maaf Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah. Saya mahu belajar lagi walaupun nama saya Yusmadi, ayah saya tentera di sana sebab itu nama saya Yusmadi. Saya rasa saya punya tanggungjawab untuk memahami lagi.

Ini kerana bagi saya, kalaulah kehebatan interaksi budaya yang berlaku di Malaysia ini, kita hanya, masih selepas 61 tahun bercakap secara zero sum. Melayu hanya cakap Bahasa Melayu, yang rakan-rakan Tamil saya-bukan salah, lebih baik hanya bercakap mengenai isu mereka sahaja.

Sehinggakan saya boleh katakan di sini, Dato’ Ananthan, rakan saya- ketika saya mendapat peluang untuk bercakap di Chennai mengenai isu Tamil Eelam- saya satu-satunya bukan orang Tamil, mereka pun terkejut.

Akan tetapi, apabila saya kata Tamil Eelam isu, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, as important as Palestine issue, Tamil Eelam issue as Rohingya issue. Saya kata kenapa begitu sebab asasnya sama-asasnya ialah pencerobohan hak asasi manusia. Atas nama apa sekali pun atas nama orang India, atas nama orang Cina, atas orang nama orang Melayu, benda itu salah.

Page 119: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

112 DN 3.12.2018

Akan tetapi, kalau kita sendiri melihat isu itu hanyalah isu kelompok kita sahaja. Itu

isu akan menjadi mengecil. Akan tetapi, bayangkan hari ini, saya melihat potensi Malaysia Baharu ini sekiranya dipimpin dengan pimpinan yang bagi saya meyakinkan, dengan pimpinan, dengan izin, mencerahkan, enlighten leadership, saya rasa apa yang akan berlaku di Dewan yang mulia ini seperti disarankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Baginda menyatakan di sini dengan izin, saya baca... [Membaca petikan] “Mencari titik persamaan bukan perbezaan dengan kerjasama untuk kesejahteraan rakyat dan survival negara.”

Saya yakin apa yang disarankan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu- kita di sini berbeza parti politik, berbeza bangsa, berbeza pandangan- kawan saya baru kenal, ramai kawan baru. Bayangan tiba-tiba hari ini titik persamaannya ialah, apa dia, kepentingan kemajuan ekonomi bersama, titik pertemuannya ialah keselamatan negara kerana Laut China Selatan hari ini bukan Laut China Selatan dahulu. Dominasi kuasa akan mengganggu kestabilan kita.

Akan tetapi, kita tahu cakap, apa sekali pun orang Eropah, cakap apa sekali pun oleh orang Timur Tengah, cakap apa sekali pun oleh orang di China dan sebagainya, ini adalah rantau yang paling stabil sekali di dunia. Jadi saya yakin dan percaya banyak perkara-perkara yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan terdahulu ialah satu perkara yang betul.

Jadi pada pandangan saya memandangkan Tun Dr. Mahathir pada hari ini satu-satunya pemimpin senior Asean yang masih lagi ada. Suharto sudah tidak ada, Lee Kuan Yew sudah tidak ada, pimpinan-pimpinan daripada Filipina yang telah membina ASEAN ini pun sudah tidak ada. Saya yakin Malaysia sekarang satu-satunya di rantau ini punya potensi untuk diangkat menjadi sebuah negara yang hebat dan saya menawarkan satu pendekatan yang dipanggil Malaysia, dengan izin, as a middle power.

Maksudnya Malaysia ini negara kecil tetapi Malaysia ini sebagai kuasa pertengahan. Maksudnya datanglah negara China yang hebat itu, datanglah negara Amerika yang hebat itu, datanglah negara Rusia yang hebat itu tapi di sini mari kita berkolaborasi, mari kita bermuafakat, mari kita mencari jawapan dunia. Saya rasa perkara itu boleh dilakukan kerana Malaysia insya-Allah, dengan izin, bakal akan melihat sekali lagi kolaborasi, kombinasi dua insan yang telah berjaya membawa Malaysia menjadi kebanggaan negara. Insan tersebut bernama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Insya-Allah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu saya katakan kerana saya dilahirkan 1974 di mana Tun Dr. Mahathir mula masuk ke Kabinet. Kemudian saya masuk ke sekolah tahun 1981 beliau mula menjadi Menteri Pendidikan. Akan tetapi, yang menariknya, selepas saya belajar sekolah rendah sampai saya keluar universiti tahun 1998, saya berlawan dengan Tun Dr. Mahathir.

Akan tetapi, bayangkan sekarang mereka mahu bekerjasama, bermuafakat di atas kepentingan negara. Jadi saya yakin walaupun ramai yang mengatakan pada saya Dewan Negara kali ini ialah satu tempat yang mencabar. Itulah pertama kali Tuan Yang di-Pertua orang kata pada saya. Saya daripada Pakatan Harapan masuk ke Dewan Negara ini mencabar katanya dari segi jumlahnya Pakatan Harapan kecil.

Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, seminggu saya duduk di sini- ini hari pertama, minggu kedua, saya lihat perkara itu semua meleset. Sebaliknya saya melihat satu muafakat, satu kerjasama, satu persefahaman yang hebat di kalangan Dewan Negara demi kepentingan Malaysia untuk ke depan. Itu yang saya lihat. Sebagai orang muda- mungkin muda lagi, daripada Dewan Rakyat datang ke sini.

Saya ingin menyarankan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di sini daripada Barisan Nasional, daripada Pakatan Harapan yang mewakili pelbagai kepentingan, apa yang saya maksudkan, “bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.”

Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, Dewan Negara itu ialah nama yang diberikan kepada kita, akan tetapi, kita boleh cipta Dewan Negara ini menjadi Dewan muafakat rakyat untuk membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih hebat. Kita muafakat, insya-Allah rakyat hebat. Kita muafakat, insya-Allah Malaysia hebat.

Page 120: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 113

Jadi saya yakin apa yang disarankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa Baginda katakan di sini di dalam paragraph yang selanjutnya, Baginda katakan di sini... [Membaca petikan] “Mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang, dapat merangsang dinamik berfikir, bukan untuk mencari pihak yang benar tetapi untuk menemukan apa yang baik lagi benar. Memberi cadangan, teguran dengan penuh hemah dan bijaksana, penuh kesopanan, bertatasusila supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat dan dunia luar.” Cita-citanya Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong ini bukan sahaja kita dipandang hebat oleh rakyat kita, tetapi akan dipandang hebat oleh dunia.

Jadi saya yakin dengan potensi Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tengok Tuan Yang di-Pertua dan saya rasa kelainan dan saya yakin, insya-Allah Dewan Negara ini akan jadi Dewan muafakat rakyat yang akan membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih hebat lagi.

Dalam erti kata lain, saya cakap, dengan izin, the collaboration of the core competent yang mana wakil-wakil Sabah, wakil-wakil Johor, wakil-wakil negeri, dan saya di sini dengan bangga, Tuan Yang di-Pertua wakil daripada Pulau Pinang, ingin bercita-cita melihat Dewan ini di bawah pimpinan Datuk Seri dan Tan Sri, menjadikan Dewan ini satu perkara yang dihormati seperti yang diimpikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih Yang Berhormat Senator, bercakap panjang lebar dan ada isinya ya.

Sekarang saya menjemput pula Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang, sila.

Tadi saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff, panjang sikit sebab kita hendak dengar orang muda punya pandangan. Sila.

■2100

9.00 mlm.

Tuan Adrian Banie Lasimbang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya berterima kasih kerana memberikan laluan untuk saya terlibat sama dalam perbahasan menjunjung kasih ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Memandangkan masa kita ini sudah suntuk dan lewat, saya akan ringkaskan perbahasan saya pada kali ini kerana banyak point yang saya ingin bawa di sini sebenarnya telah dibawa oleh rakan-rakan saya di sini.

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana dalam Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyatakan penerusan pelaksanaan pelbagai program dan projek bagi memastikan semua rakyat mendapat manfaat pembangunan termasuklah Sabah dan Sarawak. Jadi daripada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini saya ingin membawa empat perkara.

Pertama, dari segi aspek kemiskinan kerana saya sebenarnya datang daripada satu tempat di pedalaman Sabah, Daerah Pensiangan dan kawasan Pensiangan ini Tuan Yang di-Pertua, adalah satu kawasan yang merangkumi lebih 8,000 kilometer persegi iaitu keluasan yang lebih luas daripada negeri Selangor berbanding tempat ini.

Akan tetapi apa yang menyedihkan, kawasan ini adalah kawasan yang bukan sahaja terpencil tetapi dari segi kemiskinan adalah tertinggi di Sabah dan malah di negara kita Malaysia.

Jadi kalau kita rujuk beberapa laporan yang telah dikeluarkan oleh UNDP dan juga kajian-kajian menunjukkan bahawa kadar kemiskinan khasnya di kalangan masyarakat Orang Asal, di Sabah dan Sarawak juga masih sangat tinggi. Ini menjadikan saya rasa program-program pembasmian kemiskinan sebelum ini, saya rasa tidak menepati matlamat dia kerana setelah beberapa dekat kita menjalankan program-program ini, masih banyak masyarakat di kalangan luar bandar ini mengalami kemiskinan, apatah lagi kemiskinan tegar.

Page 121: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

114 DN 3.12.2018

Oleh itu saya ingin bertanya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar,

apakah tindakan drastik yang akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan kadar kemiskinan khasnya kemiskinan tegar ini dapat diatasi dan dihapuskan selama-lamanya di negara ini. Sebab kalau pendekatan yang ada sekarang tidak dapat menyelesaikan masalah itu, kenapa tidak kita mencari satu lagi jalan untuk memastikan bahawa kadar kemiskinan ini dapat ditangani? Ini membawa kepada isu kedua yang saya ingin bawa, kerana ini berkait rapat dengan keadaan infrastruktur, akses kepada infrastruktur, contohnya jalan raya, air dan bekalan elektrik di kawasan ini.

Kawasan yang saya bekerja sekarang di kawasan pedalaman ini, masih majoritinya belum ada bekalan air yang terawat dan juga tidak ada bekalan elektrik 24 jam. Mereka hanya bergantung pada diesel ataupun petrol generators, dengan izin. Jadi, kenapakah kerajaan sekarang ini walaupun pelbagai program daripada bekalan elektrik luar bandar ke bekalan air luar bandar telah dilaksanakan selama beberapa Rancangan Malaysia sebelum ini masih gagal menangani permasalahan ini?

Jadi saya ingin berkongsi sedikitlah sebab selama ini, selama 20 tahun saya bekerja sebagai ahli NGO yang bekerja khusus untuk membantu masyarakat di luar bandar. Saya dapati bahawa alternatif-alternatif teknologi yang ada pada sekarang ini tidak diberi perhatian oleh program-program sebelum ini. Contohnya penggunaan sistem mikro hidro, sistem solar dan juga beberapa sistem yang sekarang ini sudah dibangunkan dan sekarang ini terdapat di dalam pasaran. Akan tetapi pendekatan yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar masih lagi mahu melihat sistem yang centralized, dengan izin, menggunakan penarikan atau pemasangan jajaran grid ke kawasan-kawasan yang terpencil ini, yang memberikan kos yang sangat tinggi.

Oleh itu saya berpendapat bahawa pihak kementerian harus juga bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk melihat apakah teknologi alternatif yang kita boleh majukan di Malaysia ini untuk menangani dan juga menyelesaikan selama-lamanya permasalahan tentang akses kepada bekalan air bersih dan juga elektrik. Jadi apakah tindakan yang boleh kita buat? Saya berharap dua kementerian ini dapat juga berganding bahu untuk mencari penyelesaian yang lebih berpanjangan untuk memastikan bahawa selepas lima tahun atau sepuluh tahun, isu tentang bekalan air ini ataupun bekalan elektrik tidak wujud lagi.

Kemudian, perkara ketiga yang saya ingin bawa adalah berkenaan dengan isu alam sekitar. Tuan Yang di-Pertua, alam sekitar ini adalah khazanah yang amat penting ataupun satu aset yang amat penting bagi negara kita. Ia adalah satu warisan yang harus kita jaga dengan baik dan sambil kita mengejar pembangunan itu, seharusnya tidak dikorbankan kerana kita mahu membangun. Jadi itu sebabnya saya berpendapat bahawa negara kita harus mengambil pendekatan prinsip pembangunan lestari ataupun pembangunan yang mampan ataupun the sustainable development principle dengan izin.

Kita harus ambil pendekatan ini kerana dalam membawa pembangunan kita tidak harus terjerumus dalam bencana alam yang banyak berlaku kebelakangan ini kerana kelalaian kita dalam membuat perancangan yang lebih baik. Oleh itu saya rasa kita mesti melihat setiap aspek pembangunan itu dari segi sudut pandang pembangunan yang mampan.

Jadi saya berasa juga kita punya negara mempunyai komitmen diperingkatkan antarabangsa, salah satu daripada komitmen antarabangsa ini adalah untuk kita membawa Sustainable Development Goals ataupun target 2030.

Jadi apa yang saya ingin tanya dan persoalan saya ialah apakah tindakan negara kita untuk memastikan bahawa komitmen-komitmen antarabangsa yang telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia itu dapat ditepati?

Kita tidak mahu kerajaan kita atau wakil negara kita itu pergi ke United Nations, pergi ke forum-forum antarabangsa ini, kita buat komitmen tetapi kita tidak laksanakannya. Apa yang menghairankan saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila saya terlibat dalam pertemuan di peringkat antarabangsa khasnya dalam sustainable development Goals, kita banyak buat komitmen tetapi apa yang berlaku di peringkat lokal, prinsip-prinsip ini tidak dibangunkan ataupun kita tidak promosi.

Page 122: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 115

Jadi saya risau bahawa apabila kita sudah commit terhadap mengurangkan

emission contohnya tetapi kita tidak ada pelan tindakan yang cukup jelas untuk memberikan kita punya negara ini dapat mengurangkan kita punya pelepasan gas CO2 ataupun karbon dioksida ini. Jadi saya ingin bertanyalah, apakah tindakan khasnya Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ini untuk memastikan Malaysia dapat memenuhi komitmen-komitmen ini?

■2110

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, adalah berkaitan dengan isu hak Sabah. Walaupun rakan-rakan saya dari Sabah telah menyuarakan ini, tetapi saya rasa satu aspek yang saya rasa penting juga saya ingin katakan di sini adalah berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963. Antara inti pati yang terdapat dalam MS63 ini adalah peranan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan dalam menentukan Federal List dan juga State List, dengan izin.

Akan tetapi apa yang saya nampak kebelakangan ini, kebanyakan daripada state list ini, banyak yang telah diambil alih oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

Jadi saya mahu bertanya, khasnya Menteri Undang-undang, apakah tindakan kerajaan untuk mengembalikan powers-nya ataupun, dengan izin, devolution of powers ini kepada Kerajaan Negeri Sabah. Contohnya berkenaan dengan kesihatan dan juga pendidikan. Sebab dalam State List, ini adalah antara kuasa-kuasa yang seharusnya dipegang oleh Kerajaan Negeri Sabah. Jadi saya ingin bertanyalah, apakah proses dan saya dapat tahu bahawa Jabatan Perdana Menteri melalui Menteri Undang-undang sedang dalam merangka untuk menubuhkan sebuah, satu Jawatankuasa Khas untuk meneliti perkara ini.

Akan tetapi apa yang mahu tahu adalah sejauh manakah proses penubuhan jawatankuasa khas ini dan bagaimanakah komposisi jawatankuasa khas ini untuk memastikan bahawa suara yang cukup daripada Sabah dan Sarawak ini terlibat sama dalam merangka, apakah jalan penyelesaian ini?

Jadi saya rasa itu sahaja perbahasan saya pada kali ini. Dengan ini saya mohon menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Adrian Banie Lasimbang dan ada lagi seorang. Pagi tadi saya mendengar Menteri Kesihatan memberi nasihat antara lain suruh menjaga kesihatan kita. “Jaga kesihatan” dia kata. Apa guna kaya tetapi tiada kesihatan. Kesihatan itu sangat penting kepada diri kita. Kenapa kita punya Yang Berhormat-Yang Berhormat ini sihat, sebab dia jaga kesihatan. Jadi saya hendak beritahu.

Salam hormat kepada semua; Pemegang kata pemegang bicara; Agar terus sihat sentiasa; Jagalah kesihatan setiap masa... [Dewan tepuk]

Itu dia. Jadi sekarang kita- ya Yang Berhormat apa guna kaya, tetapi tidak sihat ya.

Akhir sekali saya minta orang muda kita, Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal. Dipersilakan.

9.12 mlm.

Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya bukanlah muda, 55 tahun sudah.

Timbalan Yang di-Pertua: Muda lagi.

Page 123: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

116 DN 3.12.2018

Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada sidang Parlimen yang baharu selepas PRU Ke-14 ini. Saya mengambil peluang ini untuk menyampaikan hasrat yang disampaikan melalui Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, yang penting bagi saya ialah tentang perpaduan. Perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, semua pihak seperti mana Titah Baginda haruslah berusaha melakukan penjernihan yang ikhlas dan sungguh-sungguh bagi mewujudkan perpaduan yang tulen dan murni. Elemen-elemen negatif dan tindak tanduk yang mengganggu gugat kesepaduan dan keharmonian perlu dibanteras, hentikan ungkitan-ungkitan terhadap isu-isu sensitif antara kaum. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana institusi Parlimen terus dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat dalam negara ini dan juga daripada masyarakat di luar negara.

Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya di malam ini sebagai pembahas yang terakhir, saya ingin hendak bertanya di dalam Dewan yang mulia ini, kerana saya terbaca satu artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 29 Ogos 2018, jam 8.25 pagi, yang mengatakan bahawa ada Yang Berhormat Menteri mengatakan Dewan Negara ini adalah rubber stamp. Saya hendak tanya kepada semua Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini, adakah Dewan Negara ini rubber stamp, seperti yang selalu diperjuangkan oleh Presiden, Timbalan Presiden, Bendahari kita tentang Dewan yang mulia ini. Adakah Speaker kita ini rubber stamp?

Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan ini kerana saya hendak jaga kemuliaan Dewan dan juga saya hendak tahu adakah ini satu kenyataan yang lahir daripada mulut Yang Berhormat Menteri ataupun ia satu artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Saya mengambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib, selaku pemimpin Perdana Menteri yang lepas, kepada Timbalan Perdana Menteri yang lepas, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih dan juga kepada rakan-rakan saya yang menjadi pemimpin di peringkat kerajaan yang lepas. Jasa mereka memang tidak dapat dinafikan.

Saya tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Menteri Agama, bahawa janganlah melihat satu titik hitam di atas sehelai kertas yang putih dan untuk mempertikaikan titik hitam itu, sentiasa seolah-olah yang putih itu tidak nampak langsung. Saya juga hendak lahirkan di sini Tuan Yang di-Pertua, ada sesetengah Menteri yang memberikan jawapan seperti menuding kesalahan, tidak memberi jawapan yang betul, ataupun jawapan yang sengaja hendak mencari-cari kesilapan yang lepas. Padahal Yang Berhormat Menteri Agama memberi tahu, jangan kita lihat titik yang hitam di atas sehelai kertas yang putih. Saya agak kecewa kenyataan-kenyataan yang disampaikan seolah-olah kerajaan yang lepas itu tidak pernah berjasa.

Tuan Yang di-Pertua, kita sudah merdeka selama 61 tahun. Beberapa hari yang lepas, umur saya Tuan Yang di-Pertua, semalam 55 tahun...

Timbalan Yang di-Pertua: Muda lagi... [Dewan ketawa]

Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff: Rambut tidak ada... [Dewan ketawa] Rambut tidak ada.

Apa yang saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, kita sudah merdeka selama 61 tahun, kita hidup dalam keadaan yang aman damai, cukup harmoni, berbilang kaum daripada yang ada di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak.

Keamanan yang diwujudkan oleh kepimpinan yang lepas terbukti selama 61 tahun. Akan tetapi saya hendak minta kerajaan hari ini memberi satu kaedah dan jaminan supaya anak, cucu, cicit kita selamat dari segala macam ancaman.

Page 124: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 117

■2120

Tadi Tuan Yang di-Pertua beritahu, tentang tidak guna kita banyak duit tetapi kita tidak mempunyai kesihatan. Akan tetapi, lebih penting lagi keamanan itu sendiri Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tidak ada keamanan yang menjamin masa depan, ke mana kita mahu pergi kerana sama ada Melayu, India, Cina, Kadazan siapa pun mereka adalah rakyat Malaysia, inilah negara kita. Keamanan ibarat seperti menjaga kesihatan. Selagi boleh dijaga maka jaga. Selagi boleh dicegah, cegah. Jangan sekali kita sudah kena penyakit, ia akan merebak, merebak, merebak dan akhirnya kita akan meninggal daripada dunia disebabkan tidak mencegah penyakit itu daripada awal.

Saya mohon dalam Dewan ini, sesiapa sahaja tidak kira sama ada kerajaan ataupun pembangkang sesiapa sahaja jangan sesekali mengungkit perkara-perkara yang memberikan kesan yang sangat menusuk kalbu. Ini kerana hal ini tidak baik untuk masa depan negara.

Saya mengambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sampaikan, semalam saya pergi kenduri kahwin saya didatangi oleh dua orang wanita yang tua, yang tinggal di PPR kerana di dalam Parlimen saya ada hampir tiga ke empat kawasan yang ada PPR, perumahan rakyat termiskin. Mereka mengatakan kepada saya untuk saya sampaikan di dalam Dewan ini, dia kata, “Makcik menerima BR1M, tetapi makcik bukan orang- kerana BR1M itu rasuah”. Mereka beritahu mereka menyokong kerajaan yang ada hari ini. Akan tetapi dituduh BR1M itu sebagai satu rasuah dan berunsur rasuah. Saya hendak beritahu, dalam Dewan ini BR1M diwujudkan hasil perbincangan dengan kerajaan yang lepas yang dibawa cadangan ini oleh Bank Negara Malaysia.

Jadi, desas desus kenyataan yang disampaikan tentang BR1M ini satu rasuah, BR1M ini berunsur rasuah, saya hendak beritahu, kalau ianya berunsur rasuah, tidakkan Barisan Nasional boleh kalah dalam pilihan raya yang lepas? Jadi saya amat kecewa dan terguris kerana kenyataan-kenyataan yang sepatutnya tidak perlu dikeluarkan. Ini kerana yang menerima BR1M rata-rata di tempat saya adalah orang-orang yang susah, yang duit itu kadang-kadang digunakan untuk berbelanja dan membayar sewa rumah PPR.

Tuan Yang di-Pertua, saya cukup khuatir peralihan kuasa Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Harapan dilihat mula dimanfaatkan oleh kelompok-kelompok tertentu. Saya beritahu dalam Dewan ini kerana saya amat terkejut apabila membaca anjuran satu forum yang cuba mengubah sejarah dan mengiktiraf komunis yang dibuat di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur-Selangor baru-baru ini.

Saya ingin nyatakan, apakah kita benarkan forum-forum seperti ini? Ini kerana kita sudah tahu bahawa pengganas, komunis, telah membunuh dan menzalimi rakyat dan juga anggota-anggota keselamatan kita sejak sebelum merdeka, selepas merdeka. Hari ini kita berada dalam keadaan aman damai dia bawa cerita untuk mengiktiraf komunis ini dan mahu dimasukkan di dalam buku sejarah.

Saya susah hati dan khuatir kerana kelompok-kelompok ini sekarang sudah mula bersuara dan menuntut pelbagai. Apakah kerajaan mahu melayani tuntutan mereka atau – kejap Tuan Yang di-Pertua saya mahu- apakah kerajaan yang ada pada hari ini, pendirian kerajaan hari ini, sama ada mahu bersama dengan pendapat kelompok-kelompok ini dalam mengubah sejarah ataupun memberikan kelonggaran kepada kelompok-kelompok ini untuk mengadakan seminar-seminar dan ini boleh menyebabkan kelompok-kelompok dan puak-puak lain juga akan turut sama untuk mengadakan seminar-seminar. Ini kerana, seminar ini yang saya hairan, macam mana boleh dapat permit? Macam mana boleh diluluskan?

Saya tidak faham. Saya mahu tanya kepada PDRM, seminar komunis yang dibenarkan ini padahal peristiwa-peristiwa pembunuhan, penyeksaan, anak-anak menjadi yatim piatu, isteri menjadi balu akibat perbuatan komunis boleh diluluskan dan dibuat seminar ini. Saya lihat perkara ini sebagai satu ancaman kepada kita dan juga kepada generasi-generasi yang akan datang.

Saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi. Dewan ini dia agak pelik dengan keharmonian padahal ada pelbagai parti. Di atas keharmonian ini, tadi Yang Berhormat Senator beritahu, saya juga mengatakan kepada Yang Berhormat Senator masa Yang Berhormat keluar, Menteri kata, Dewan ini “rubber stamp”.

Page 125: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

118 DN 3.12.2018

Jadi, saya mahu beritahu kepada Dewan yang mulia ini, kalaulah itu pandangan

Yang Berhormat Senator berkaitan dengan Dewan ini, keharmonian yang Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi sendiri tidak percaya ia boleh berlaku, seronok seperti ini, tidak ada hentam menghentam macam Dewan Rakyat, kata mengata, jangan kita amalkan perkara itu di dalam Dewan dengan menyinggung perasaan. Ini kerana, yang bercakap tadi itu adalah Menteri kepada Dewannya sendiri.

Saya ingin membawa satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua. Kelompok yang kedua yang saya nyatakan, yang saya susah hati ini adalah LGBT. Isu LGBT, Menteri agama jawab. Dia minta kita sampaikan perkara ke bawah, kita boleh lakukan. Tidak ada masalah. Apa yang saya pelik, kenapa baru sekarang datang tuntutan-tuntutan? Apa yang saya tahu, tandas Tuan Yang di-Pertua, sejak saya kenal tandaslah hanya ada dua sahaja, tandas lelaki dan tandas perempuan. Selepas itu buat tandas OKU. Pada hari ini mahu tandas apa lagi? Mahu masuk tandas.

Saya baca di dalam kita mengurus tuntutan-tuntutan itu, secara tidak langsung kita sudah berikan peluang kepada mereka untuk minta bermacam-macam. Kalau dia khunsa, hendaklah dipilih mana yang aktif untuk diaktifkan. Akan tetapi, tentang tandas, tentang tempat bersembahyang, saya rasa perkara ini tidak perlu kita hendak bagi perhatian yang lebih. Kalau mahu tahu tandas lelaki atau tandas perempuan, macam Mufti Perlis beritahu, check lubang mana air kencing itu keluar. Kalau ia keluar melalui burung, hang muka cantik, licin, body bagus atau cantik macam mana pun, kalau dia burunglah tempat kencing itu, tandas engkau laki-lakilah. Ini mahu masuk toilet wanita, wanita marah. Menteri cadang pergi tandas OKU, orang OKU marah.

■2130

Kalau perempuan, di mana dia keluar tak kiralah kau garang kah, rambut pendek kah, apa kah, kau gunalah tandas perempuan, habis cerita. Kita hendak fikir tandas, hendak itu, lastly jadi satu perkara yang menimbulkan syak wasangka. Menteri kata dia sudah bagi penjelasan, okey tidak apa tetapi dia kata masih ada fitnah berlaku. Fitnah inilah juga berlaku semasa kerajaan yang dulu, difitnah macam-macam, sampai kita kata benda betul pun orang kata salah tetapi tidak apa ia berlaku sekarang.

Sebagai pembangkang, kita akan tolong perjelaskan kerana bila jadi tempatnya, baru tahu macam mana tohmahan-tohmahan yang dihadapi oleh Barisan Nasional yang lepas, begitulah juga yang kena kepada kerajaan pada hari ini.

Jadi saya mohon kepada kerajaan, hendak tahu pendirian mereka ini dalam isu LGBT dan juga hendak tubuhkan kembali PKM ini- Parti Komunis Malaya. Jadi tolong mohon kepada kementerian untuk beri penjelasan kepada kita supaya kita tahu. Ini kerana kita tidak mahu sejarah ini diubah-ubah mengikut apa yang mereka cuba lakukan, mengambil di atas komitmen mereka semasa sebelum menjadi kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ada beberapa soalan kepada Kementerian Wilayah. Pertamanya saya hendak ucapkan terima kasih kepada mantan Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan yang telah pun menjalankan tugas sebagai Menteri Wilayah. Bagi saya, dengan berjaya dan melihat banyak perkara yang perlu ditolong oleh warga-warga Kuala Lumpur ini kerana duduk di Kuala Lumpur dengan pendapatan yang rendah, lebih susah lagi daripada duduk di kampung-kampung.

Antara yang dibuat oleh mantan Menteri Wilayah seperti RUMAWIP, parking bertingkat di kawasan perumahan. Perumahan PPR hari ini kalau kita tengok, bukannya tempat rakyat termiskin. Kereta pun tidak cukup hendak parking, buat tempat bertingkat-tingkat. Banyak yang sudah siap, yang sedang siap dan juga ia memberi manfaat kepada penduduk-penduduk dalam kawasan PPR yang tidak ada tempat untuk parking.

Saya juga hendak ucapkan terima kasih kepada- saya dikhabarkan bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur juga akan menamatkan perkhidmatan. Kalau tidak salah saya pada penghujung September. Saya sampaikan ini kerana saya juga adalah mantan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya. Walaupun tempoh kita tamat tahun depan tetapi kita mengambil keputusan untuk keluar sebagai Ahli Lembaga Penasihat dan memberikan sepenuhnya mandat ataupun tugasan itu kepada orang lain, dan kita akur tentang Menteri yang hadir pada ketika ini, yang menjadi Menteri semasa peralihan kuasa pada PRU yang lepas.

Page 126: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

DN 3.12.2018 119

Saya hendak ucapkan tahniah juga kepada Menteri Wilayah yang baharu ini dan

juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta kementerian dan beberapa agensi yang lain kerana telah buat serbuan dalam seminggu, dua minggu yang lepas di kelab gay di Jalan Sultan Ismail. Saya difahamkan dalam kenyataan itu adalah tempat jumpanya kumpulan LGBT ini. Di situlah mereka ada team-team nya, mereka punya geng-geng.

Saya minta hendak tanya dengan Menteri Wilayah, apakah serbuan-serbuan ini dibuat mengikut apa yang bersama dengan JAWI ataupun ia dibuat antara agensi-agensi dalam kementerian itu sahaja?

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini hendak tanya kepada Menteri Wilayah, apakah perancangan ataupun pihak Kementerian Wilayah akan meneruskan RUMAWIP, program-program bas percuma? Ini kerana ia amat berkaitan dengan warga Kuala Lumpur yang mana mereka contohnya hendak beli rumah, bukan senang hendak beli rumah dengan harga RM200 ribu di dalam ibu kota dengan harga tanah yang mahal. Saya juga mohon kepada Menteri Wilayah supaya ia boleh ditambah banyakkan lagi ataupun dimurahkan lagi harganya supaya orang-orang lain yang berpendapatan agak rendah pun boleh membeli sebuah hartanah di dalam Bandaraya Kuala Lumpur..

Saya ingin bertanya kepada Menteri Wilayah tentang tunggakan-tunggakan saman. Saya baca artikel ini, hampir RM1 bilion tunggakan-tunggakan saman yang ada di dalam Bandaraya Kuala Lumpur yang meliputi banyak kategori. Saya baca ada offer yang diberi oleh Kementerian Wilayah dengan harapan dapat mengutip saman-saman ini. Saya tahu sebagai Lembaga Penasihat, saya faham, saman-saman di Kuala Lumpur kadang-kadang orang tidak endah pun. Banyak. Saya pernah mengikuti operasi saman, satu orang pernah ada sampai hampir RM25 ribu kos saman tertunggak antara pengguna-pengguna yang memiliki kereta. Ada yang RM3,000, ada yang RM4,000, pasti ada. Tidak ada satu yang tidak ada.

Jadi saya hendak tanya dengan Menteri Wilayah, adakah pihak kementerian dengan Dewan Bandaraya untuk mendapatkan kutipan-kutipan ini, adakah perancangan pihak kementerian, Dewan Bandaraya ataupun dengan agensi-agensi kerajaan lain contohnya JPJ ataupun TNB ataupun Telekom dan sebagainya, supaya mereka ini bila mereka hendak renew lesen kah ataupun pelbagai apa lagi, ia kena bayar dulu saman-saman Dewan Bandaraya seperti mana yang kita bila hendak renew road tax, kita kena pastikan saman kita dibayar sepenuhnya?

Jadi saya tidak berhasrat bercakap panjang Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan ini hendak tanya dalam soalan saya sebelum saya akhiri ucapan ini. Saya selalu guna highway- Lebuhraya KESAS, kadang-kadang Lebuhraya Persekutuan. Apa yang saya hairan, ada laluan motor tetapi sekarang ini motor boleh lalu di tengah-tengah kita bawa kereta ini, di depan polis, di depan peronda tetapi tidak ada apa tindakan. Saya tidak tahu sama ada dibolehkan kah ataupun sudah ada undang-undang baharu yang membenarkan ataupun sebagainya, saya minta penjelasan daripada pihak kementerian, sebab dulu saya pernah tanya.

Jawapan yang diberi, “Itu bukan bidang kuasa saya. Itu bidang kuasa agensi lain”. Jadi saya haraplah pada kerajaan hari ini dapat menjelaskan perkara-perkara yang sedemikian supaya kita boleh tahu apakah ini sebagai satu perkara yang dibenarkan ataupun tidak kerana apa-apa sahaja berlaku kepada penunggang motosikal yang menggunakan laluan itu, saya risau keselamatannya. Mungkin dia tidak boleh claim kah apa, kalau dia mati, mati katak. Jadi saya haraplah penjelasan daripada pihak-pihak kementerian.

■2140

Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya mohon ampun dan maaf kalau apa yang saya kata ini menyinggung ataupun mengguris perasaan. Saya tidak berhasrat untuk bercakap kerana kepentingan saya tetapi saya bercakap ini adalah kerana kepentingan semua rakyat Malaysia di dalam negara ini dan juga dalam Bandaraya Kuala Lumpur terutamanya di dalam Parlimen saya.

Page 127: MALAYSIAAHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 3. “ Timbalan Yang di-Pertua,

120 DN 3.12.2018

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Titah Ke Bawah Duli Yang Mulia

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal yang telah banyak memberi pandangan terbaik. Ahli-ahli Yang Berhormat pagi tadi kita ada Majlis Angkat Sumpah dan di sini saya ingin rakamkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Tuan Haji Husam bin Musa yang telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negara kita, tahniah.

Pagi esok Ahli-ahli Yang Berhormat diminta pakai cantik-cantik untuk kita bergambar pukul 1 tengah hari, sesi bergambar. Ahli-ahli Yang Berhormat kita bergambar sebagai kenangan.

Tadi saya ingat lagi apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa, dia ingatkan kita tadi sebagai pemimpin jangan lupa bersyukur dan berterima kasih pada orang yang berbudi, itu yang diingatkan kita. Bak kata pantun orang Melayu.

Di atas bukit tanamnya ubi; Burung tempua buat sarang; Bukan budi sebarang budi;

Budi baik dikenang orang... [Tepuk]

Itu dia Yang Berhormat-Yang Berhormat, jangan lupa esok. Inilah saya berpendapat tadi kita kenalah banyak bertolak ansur, kita sebagai pemimpin yang baik. Jadi pada saya, saya maafkan sesiapa sahaja. Jadi bak kata pantun orang Melayu.

Kapal api dari seberang; Sarat bermuat dengan barangan; Maafkan saya lebih dan kurang; Diumpat boleh dicaci jangan... [Tepuk]

Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih banyak kepada keluarga saya, orang pejuang-pejuang dari pagi, petang ada ini.

Petang daripada pagi ini, sampai petang termasuk kita punya tokoh itu, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Suhaimi. Terima kasih banyaklah. Dia menampakkan seorang pejuang tadi. Terima kasih banyak.

Jadi ini tidak boleh saya lupakan. Jadi saya rasa bersemangat ini walaupun saya belum lagi muda tetapi semangat itu yang muda. Jangan lupa Yang Berhormat-Yang Berhormat terima kasih banyak dan budi baik anda sekalian dikenang. Mudah-mudahan perjuangan kita ini dirahmati Allah Taala.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 4 September 2018.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.43 malam]