MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta...

176
Bil. 91 Rabu 13 Disember 2006 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA

Transcript of MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta...

Page 1: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

Bil. 91 Rabu 13 Disember 2006

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KETIGA

MESYUARAT KETIGA

Page 2: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan
Page 3: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2006 (Halaman 21)

Rang Undang-undang Hak milik Strata (Pindaan) 2006 (Halaman 49) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2006 (Halaman 78)

Rang Undang-undang Kumpulan Wang Persaraan 2006 (Halaman 127)

USUL-USUL:

Menarik Balik dan Menangguhkan

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang (Halaman 1) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 39)

Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138)

Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan Pertanian 1992 (Halaman 142)

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Etika Ahli Parlimen (Halaman 144)

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara (Halaman 156)

Page 4: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan
Page 5: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib, PSM., SPCM., AMN., JP. (Pasir Salak) - UMNO

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, PJN., PIS. (Kulai) - MCA

3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Yusof bin Yacob, PGDK., ADK. (Sipitang) - UMNO

MENTERI

1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) - UMNO

2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) - UMNO

3. Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, S.P.M.P., D.P.M.P. (Tanjong Piai) - MCA

4. “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput) - MIC

5. “ Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N., D.P.C.M. (Beruas) - GERAKAN

6. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, P.S.M., S.P.D.K. (Ranau) - UPKO

7. ” Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Effendi bin Norwawi - Senator

8. “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah binti Abd. Aziz, S.P.M.T., S.P.M.P., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) - UMNO

9. “ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) - UMNO

10. “ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) - UMNO

11. ” Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin bin Maidin (Merbok) - UMNO

12. “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, D.C.S.M., D.M.S.M. (Alor Gajah) - MCA

13. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, S.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Padang Rengas) - UMNO

14. “ Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad (Kangar) - UMNO

15. “ Menteri Pelajaran, Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.J. (Sembrong) - UMNO

16. “ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, S.J.M.K., S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu) - UMNO

Page 6: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

ii DR 13.12.2006

17. Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri

Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.G.P.N., D.I.M.P. (Lembah Pantai) - UMNO

18. “ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P., S.A.P. (Rompin) - UMNO

19. “ Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Chan Kong Choy, P.N.B.S.,S.S.A.P., D.S.A.P., D.P.M.S.(Selayang) - MCA.

20. “ Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Senator

21. “ Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Zulhasnan Rafique, D.I.M.P., A.M.N., (Setiawangsa) - UMNO

22. “ Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) - UMNO

23. “ Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K., P.B.S., A.B.S. (Miri) - SUPP

24. “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M. (Semporna) - UMNO

25. ” Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed (Jeli) - UMNO

26. “ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.P.M.S., D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M.,D.P.M.P., D.S.D.K. (Shah Alam) - UMNO

27. “ Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, D.S.P.N., S.M.J., P.I.S. (Pasir Gudang) - UMNO

28. “ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) - UMNO

29. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Kota Marudu) - PBS

30. “ Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Labis) - MCA

31. “ Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina binti Othman Said (Pengerang) - UMNO

32. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin (Besut) - UMNO

TIMBALAN MENTERI

1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong (Telok Intan) - GERAKAN

2. “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Uggah Embas (Betong) - PBB

3. “ Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak) - MCA

4. “ Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor) - MIC

5. “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Liow Tiong Lai (Bentong) - MCA

6. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor) - UMNO

Page 7: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 iii

7. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P.,

P.M.P. (Bagan Serai) - UMNO

8. “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) - UMNO

9. “ Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Anifah bin Haji Aman (Kimanis) - UMNO

10. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading) - SPDP

11. “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen, D.I.M.P., D.S.A.P. (Raub) - MCA

12. “ Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) - UMNO

13. “ Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Hon Choon Kim (Seremban) - MCA

14. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas, P.J.N. (Taiping) - PPP

15. “ Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) - UMNO

16. “ Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Pandan) - MCA

17. “ Timbalan Menteri Penerangan, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera) - GERAKAN

18. “ Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow (Kuantan) - MCA

19. “ Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Lenggong) - UMNO

20. “ Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Mohd. Johari bin Baharum (Kubang Pasu) - UMNO

21. “ Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ S. G. Sothinathan (Telok Kemang) - MIC

22. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah) - MIC

23. “ Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru) - MCA

24. “ Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) - UMNO

25. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) - UMNO

26. “ Timbalan Menteri Pelancongan, Dato’ Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan) - MCA

27. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Robert Lau Hoi Chew, J.B.S. (Sibu) - SUPP

28. “ Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Joseph Salang Gandum (Julau) - PBDS

29. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Kong Cho Ha (Lumut) - MCA

Page 8: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

iv DR 13.12.2006

30. Yang Berhormat Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tuan Ng

Lip Yong (Batu) - GERAKAN

31. “ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Sepang) - UMNO

32. ” Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin) - UMNO

33. “ Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Abu Seman Yusop (Masjid Tanah) - UMNO

34. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah binti Mohd. Dun (Beaufort) - UMNO

35. “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Marang) - UMNO

36. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Zainal Abidin bin Osman (Nibong Tebal) - UMNO

37. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Joseph Entulu anak Belaun (Selangau) - PBDS

38. “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin (Bachok) - UMNO

39. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman - Senator

SETIAUSAHA PARLIMEN

1. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Baling) - UMNO

2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO

3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr S. Subramaniam (Segamat) - MIC

4. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Dato’ Yong Khoon Seng (Stampin) - SUPP

5. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Klang) - MCA

6. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri, Tuan Ahmad Shabery Cheek (Kemaman) - UMNO

7. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim (Batang Lupar) - PBB

8. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Puan Noriah binti Kasnon (Sungai Besar) - UMNO

9. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim (Pokok Sena) - UMNO

10. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Puan Komala Devi (Kapar) - MIC

11. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara) - MCA

12. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani (Bukit Katil) - UMNO

Page 9: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 v

13. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna, Tuan Hoo Seong Chang (Kluang) - MCA

14. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Tuan Yew Teong Look (Wangsa Maju) - MCA

15. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Senator Dato' Dr. S. Vijayarantnam - Senator

16. ” Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham bin Baba (Tenggara) - UMNO

17. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman (Silam) - UMNO

18. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tuan Sazmi bin Miah (Machang) - UMNO

19. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Dato’ Lee Kah Choon (Jelutong) - GERAKAN

20. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Tuan Sa. Vigneswaran (Kota Raja) - MIC

AHLI-AHLI

1. Yang Berhormat Tuan Aaron Ago Dagang (Kanowit) - PBDS

2. “ Brig. Jen. (B) Dato’ Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Parit Buntar) - UMNO

3. “ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron (Rantau Panjang) - PAS

4. “ Datuk Abdul Ghapur bin Salleh (Kalabakan) - UMNO

5. “ Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman (Pengkalan Chepa) - PAS

6. “ Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baharu) - UMNO

7. “ Datuk Abdul Rahim bin Bakri (Kudat) - UMNO

8. “ Dato’ Abdul Rahman bin Ariffin (Jerlun) - UMNO

9. “ Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud (Kota Samarahan) - PBB

10. “ Dato’ Abu Bakar bin Taib (Langkawi) - UMNO

11. “ Dato’ Seri Adenan bin Satem (Batang Sadong) - PBB

12. “ Tuan Alexander Nanta Linggi (Kapit) - PBB

13. “ Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz (Titiwangsa) - UMNO

14. “ Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin (Jerai) - UMNO

15. “ Datuk Baharum bin Mohamed (Sekijang) - UMNO

16. “ Tuan Bernard S. Maraat @ Ben (Pensiangan) - PBRS

17. “ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) - PBDS

18. “ Datuk Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) - UMNO

19. “ Tuan Che Azmi bin Hj. A. Rahman (Kuala Nerus) - UMNO

20. “ Dato Haji Che Min bin Che Ahmad (Pasir Puteh) - UMNO

21. “ Tuan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) - DAP

Page 10: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

vi DR 13.12.2006

22. Yang Berhormat Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) - DAP

23. “ Tuan Chong Hon Min (Sandakan) - BEBAS

24. “ Dato’ Chor Chee Heung (Alor Star) - MCA

25. “ Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) - DAP

26. “ Dato’ Chua Jui Meng (Bakri) - MCA

27. “ Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy (Cameron Highlands) - MIC

28. “ Tuan Donald Peter Mojuntin (Penampang) - UPKO

29. “ Ir. Edmund Chong Ket Wah (Batu Sapi) - PBS

30. “ Tuan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - SAPP

31. “ Tuan Haji Fadillah bin Yusof (Petra Jaya) - PBB

32. “ Dato’ Firdaus bin Harun (Rembau) - UMNO

33. “ Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) - DAP

34. “ Cik Fong Po Kuan (Batu Gajah) - DAP

35. “ Dato’ Ghazali bin Ibrahim (Padang Terap) - UMNO

36. “ Dato’ Goh Siow Huat (Rasah) - MCA

37. “ Ir. Haji Hamim bin Samuri (Ledang) - UMNO

38. “ Dato’ Haji Hasan bin Malek (Kuala Pilah) - UMNO

39. “ Tuan Hashim bin Jahaya (Kuala Kedah) - UMNO

40. “ Datuk Ir. Hasni bin Haji Mohammad (Pontian) - UMNO

41. “ Tuan Henry Sum Agong (Bukit Mas) - PBB

42. “ Tan Sri Dato’ Hew See Tong (Kampar) - MCA

43. “ Tuan Huan Cheng Guan (Batu Kawan) - GERAKAN

44. “ Datuk Haji Idris bin Haji Haron (Tangga Batu) - UMNO

45. “ Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib (Maran) - UMNO

46. “ Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) - UMNO

47. “ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) - PAS

48. “ Datuk Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) - UMNO

49. “ Dato’ Jacob Dungau Sagan (Baram) - SPDP

50. “ Datuk Dr. James Dawos Mamit (Mambong) - PBB

51. “ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu) - PBDS

52. “ Tuan Jelaing anak Mersat (Saratok) - SPDP

53. “ Tuan Jimmy Donald (Sri Aman) - PBDS

54. “ Datu Seri Joseph Pairin Kitingan (Keningau) - PBS

55. “ Dr. Junaidy bin Abdul Wahab (Batu Pahat) - UMNO

56. “ Datuk Juslie Ajirol (Libaran) - UMNO

57. “ Tan Sri Dato’ Dr. K.S. Nijhar (Subang) - MIC

58. “ Dato’ Kamarudin bin Jaffar (Tumpat) - PAS

59. “ Tuan R. Karpal Singh (Bukit Gelugor) - DAP

Page 11: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 vii

60. Yang Berhormat Dato’ Seri Kerk Choo Ting (Simpang Renggam) - GERAKAN

61. “ Tuan Lau Yeng Peng (Puchong) - GERAKAN

62. “ Tan Sri Law Hieng Ding (Sarikei) - SUPP

63. “ Datuk Seri Dr. Leo Michael Toyad (Mukah) - PBB

64. “ Dato’ Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K., J.P. (Padang Serai) - MCA

65. “ Tuan Lim Hock Seng (Bagan) - DAP

66. “ Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timor) - DAP

67. “ Tuan Loh Seng Kok (Kelana Jaya) - MCA

68. “ Dato’ Loke Yuen Yow (Tanjong Malim) - MCA

69. “ Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani) - UMNO

70. “ Tuan M. Kula Segaran (Ipoh Barat) - DAP

71. “ Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh (Putatan) - UPKO

72. “ Dato’ Markiman bin Kobiran (Hulu Langat) - UMNO

73. “ Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan (Sabak Bernam) - UMNO

74. “ Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad (Ketereh) - UMNO

75. “ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (Sri Gading) - UMNO

76. “ Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman (Lipis) - UMNO

77. “ Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat, J. P. (Kuala Krai) - UMNO

78. “ Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim (Kota Bharu) - UMNO

79. “ Tuan Mohd. Daud bin Tarihep (Kuala Selangor) - UMNO

80. “ Dr. Mohd. Hayati bin Othman (Pendang) - PAS

81. “ Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof (Jasin) - UMNO

82. “ Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) - UMNO

83. “ Tuan Mohd. Yusop bin Majid (Setiu) - UMNO

84. “ Tuan Nasaruddin bin Hashim (Parit) - UMNO

85. “ Datuk Nur Jazlan bin Mohamed (Pulai) - UMNO

86. “ Datuk Dr. Rahman bin Ismail (Gombak) - UMNO

87. “ Tuan Raimi Unggi (Tenom) – UMNO

88. “ Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (Larut) - UMNO

89. “ Tuan Razali bin Ibrahim (Muar) - UMNO

90. “ Dato’ Razali bin Ismail (Kuala Terengganu) - UMNO

91. “ Datuk Richard Riot anak Jaem (Serian) - SUPP

92. “ Datuk Ronald Kiandee (Beluran) - UMNO

93. “ Datuk Rosli bin Mat Hassan (Dungun) - UMNO

94. “ Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin (Papar) - UMNO

95. “ Dr. Rozaidah binti Talib (Ampang) - UMNO

96. “ Tuan Salahuddin bin Ayub (Kubang Kerian) - PAS

Page 12: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

viii DR 13.12.2006

97. Yang Berhormat Datuk Salleh bin Tun Said (Kota Belud) - UMNO

98. “ Ir. Shaari bin Hassan (Tanah Merah) - UMNO

99. “ Dato’ Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru) - UMNO

100. “ Datuk Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S, S.S.A., K.M.N, S.S.A.P, (Kuala Langat) - UMNO

101. “ Tuan Shim Paw Fatt (Tawau) - SAPP

102. “ Datuk Seri Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman (Paya Besar) - UMNO

103. “ Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman (Labuan) - UMNO

104. “ Tuan Syed Hood bin Syed Edros (Parit Sulong) - UMNO

105. “ Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail (Arau) - UMNO

106. “ Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) - MCA

107. “ Dato’ Dr. Tan Kee Kwong (Segambut) - GERAKAN

108. “ Tuan Tan Kok Wai (Cheras) - DAP

109. “ Dato’ Tan Lian Hoe (Bukit Gantang) - GERAKAN

110. “ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) - DAP

111. “ Tuan Teng Boon Soon (Tebrau) - MCA

112. “ Datuk Tengku Putera bin Tengku Awang (Hulu Terengganu) - UMNO

113. “ Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah, (Gua Musang) - UMNO

114. “ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) - DAP

115. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ting Chew Peh (Gopeng) - MCA

116. “ Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) - SPDP

117. “ Tuan Tiong Thai King (Lanang) - SUPP

118. “ Datuk Wahab bin Haji Dollah (Kuala Rajang) - PBB

119. “ Dato’ Wan Adnan bin Wan Mamat (Indera Mahkota) - UMNO

120. “ Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Permatang Pauh) - KEADILAN

121. “ Dato’ Dr. Wan Azmi bin Wan Ariffin (Sik) - UMNO

122. “ Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh (Gerik) -UMNO

123. “ Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) - PBB

124. “ Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) - MCA

125. “ Datuk Wilfred Madius Tangau (Tuaran) - UPKO

126. “ Tuan Wong Nai Chee (Kota Melaka) - MCA

127. “ Dato’ Yap Pian Hon (Serdang) - MCA

128. “ Datuk Dr. Yee Moh Chai (Kota Kinabalu) - PBS

Page 13: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 ix

DEWAN RAKYAT

Ketua Pentadbir Parlimen

Haji Kamaruddin bin Mohamed Baria

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mahmood bin Adam

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Roosme binti Hamzah

PETUGAS-PETUGAS PENERBITAN PENYATA RASMI (HANSARD)

Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd Hassan

Hajah Supiah binti Dewak Kamisah binti Sayuti

Sarimah binti Haji Amran Ab. Talip bin Hasim

Hadzirah binti Ibrahim Jamilah Intan binti Haji Bohari

Hairan bin Mohtar Nurziana binti Ismail

Suriyani binti Mohd. Noh Habibunisah binti Mohd. Azir

Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Nurul Asma binti Zulkepli

Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah binti Haji Hassan Zaida Zuriani binti Mohd Zamli

Azmir bin Mohd Salleh Norhasani binti Yaacob

Page 14: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan
Page 15: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Rabu, 13 Disember 2006

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]

USUL

MENARIK BALIK DAN MENANGGUHKAN BACAAN KALI KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, untuk menarik balik Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2006 yang tertera di nombor 9. Manakala rang undang-undang berikut:

• Rang Undang-undang Pusat Jagaan (Pindaan) 2006;

• Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2006;

• Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2006;

• Rang Undang-undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (Pindaan) 2006;

• Rang Undang-undang Hakmilik Anak Negeri Labuan 2006;

• Rang Undang-undang Koperasi (Pindaan) 2006;

• Rang Undang-undang Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2006;

• Rang Undang-undang Persatuan Nelayan (Pindaan) 2006; dan

• Rang Undang-undang Biokeselamatan 2006.

yang dijadualkan dalam Aturan Mesyuarat pada hari ini sebagai nombor 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13 dan 14 masing-masing ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga, dibawa ke mesyuarat yang akan datang.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) mengapa Bursa Saham Kuala Lumpur tidak bergerak aktif sedangkan kebanyakan bursa saham regional menunjukkan prestasi lebih baik; dan

(b) apakah kesan positif yang dibuktikan berikutan pemberian lesen operasi kepada lima pengurus dana asing kepada pasaran modal negara.

Page 16: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

2 DR 13.12.2006

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat,

(a) Prestasi pasaran tempatan adalah dipengaruhi oleh prestasi pasaran global termasuk pasaran-pasaran serantau. Sebagai contoh pada pertengahan bulan Mei tahun ini, pasaran saham antarabangsa mengalami kejatuhan yang mendadak di mana Wall Street mendahului pasaran yang lain. Bursa Malaysia juga tidak terkecuali dari kejatuhan pasaran saham itu. Indeks KLCI telah jatuh ke paras 886.48 pada 15 Jun 2006.

Walau bagaimanapun mulai bulan Oktober 2006, KLCI telah mendapat momentum selepas berjaya memecah paras tahap ketahanan 970 pada 6 Oktober 2006. Peningkatan penanda aras atau benchmark KLCI berterusan sehingga pada 30 November 2006. Penanda aras KLCI tutup pada paras 1,080.66 mata iaitu paras tertinggi pada tempoh sembilan bulan.

Tuan Yang di-Pertua, pada 6 Disember 2006 telah mencecah 1,101. Pada 6 Disember ia turun sedikit dan pada 11 Disember naik semula pada lebih daripada 1,101. Fakta-fakta utama yang menyebabkan peningkatan aktiviti bursa tempatan adalah seperti berikut:

� Limpahan sentimen daripada prestasi yang kukuh di pasaran serantau dan juga di pasaran Amerika.

� Jangkaan bahawa lebih banyak dana untuk projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan akan disediakan pada bulan-bulan yang akan datang.

� Jangkaan peningkatan aktiviti penggabungan dan pengambilalihan ataupun merger and acquisition berikutan kelonggaran peraturan terhadap merger and acquisition oleh Bank Negara Malaysia.

� Jangkaan pendapatan korporat pada suku ketiga akan bertambah baik berasaskan persekitaran mikro ekonomi yang baik.

� Rating semula saham-saham GLC utama yang tertentu. Saham GLC tertentu yang bermodal besar sedang dikadarkan ataupun dibuat rating semula oleh pasaran berikutan kemajuan ketara dalam proses penstrukturan semula. Contoh yang ketara termasuk MAS, Maybank dan Proton.

� Harga minyak mentah yang menurun mengurangkan kerisauan bahawa kos tenaga yang tinggi akan mengurangkan keuntungan syarikat.

� Peningkatan harga minyak sawit mentah merangsang harga stok perladangan berlandaskan prospek pulangan syarikat perladangan yang lebih baik.

Page 17: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 3

Tuan Yang di-Pertua,

(b) Berhubung dengan pengurusan dana asing, setakat ini hanya tiga syarikat diberikan lesen operasi iaitu Aberdeen Asset Management, BNP Paribas Asset Management dan Nomura Asset Management. Pemberian lesen operasi kepada pengurus dana asing dapat memberi kesan positif dalam mempertingkatkan tahap operasi dan kepakaran pengurusan dana. Pengurusan dana asing ini turut dijangka akan dapat membawa amalan yang terbaik, produktif dan inovatif yang secara langsung dapat mengembangkan pasaran modal negara. Penglibatan mereka dalam industri pengurusan dan dana tempatan adalah sebagai pelengkap yang akan memberikan khidmat pengurusan dana kepada institusi-institusi simpanan wang swasta dan awam. Ini akan membantu institusi-institusi tersebut meningkatkan prestasi pelaburan mereka dan dapat menambahkan kepelbagaian pelaburan bagi pelabur tempatan.

Di samping itu, penyertaan pengurus dana asing juga akan dapat mempertingkatkan persaingan di kalangan peserta pasaran dan secara langsung mengukuhkan aktiviti dan kecekapan di dalam industri ini. Kesan yang ketara akan dapat dilihat dalam jangka masa pertengahan kerana proses pembangunan modal perniagaan pengurusan dana ini akan mengambil masa.

Sehubungan dengan ini, pihak SC amat teliti dalam pemberian lesen operasi kepada pengurus dana asing bagi memastikan pengurus dana asing yang dibenarkan beroperasi di Malaysia dan menguruskan dana tempatan terdiri daripada pengurus dana yang berkualiti yang dapat memperkembangkan industri pengurusan dana tempatan dan secara langsung mengembangkan pasaran modal negara.

Terima kasih.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di atas jawapan yang komprehensif tadi. Soalan tambahan saya ialah, kalau kita melihat prestasi pasaran saham di negara kita berbanding dengan pasaran-pasaran yang lain, misalnya selepas 1997 kita dapat melihat bahawa pasaran-pasaran modal serantau seperti Indonesia yang telah meningkat sebanyak 331%, Korea 154%, Thailand 107% berbanding dengan Malaysia yang hanya meningkat kepada 84.4% bagi tempoh 31 Disember hingga November 2006.

Manakala Second Board counter di negara kita masih lagi negatif kepada 42.2%. Jadi ini menunjukkan bahawa kita masih lagi ketinggalan di dalam perkembangan pasaran modal di rantau ini. Beberapa usaha telah dibuat, misalnya untuk meningkatkan transparency dan juga good governance di dalam syarikat-syarikat yang disenaraikan. Saya ingin bertanya kepada Setiausaha Parlimen, mengapakah setelah semua langkah-langkah yang telah diambil, penggabungan syarikat-syarikat dan bermacam-macam usaha telah dibuat, kita masih lagi tidak dapat menyaingi pasaran negara-negara jiran kita? Jadi, apakah lagi langkah-langkah drastik perlu diambil untuk merancakkan pasaran saham kita kerana ini sedikit sebanyak menggambarkan tentang kekuatan ekonomi di negara kita? Terima kasih.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, perkara utama ialah pasaran di Malaysia adalah sedikit berbeza dengan pasaran di negara-negara jiran kita. Kita di Malaysia lebih stabil dan kebanyakan yang memegang saham di pasaran Malaysia adalah institutions yang pegang dan ia tidak dijual dengan mudah ataupun dibeli dengan mudah. Ia dikaji dahulu, dipegang dahulu dan kalau perlu sangat baru dijual. Maknanya, institutions yang besar ini adalah satu sektor yang besar yang memegang saham di pasaran Malaysia.

Page 18: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

4 DR 13.12.2006

Satu lagi, dalam keadaan stability kita, satu lagi ialah tentang nature kita iaitu dana luar iaitu foreign fund kita ada lebih kurang 15% sahaja kalau dibandingkan dengan dana foreign fund yang berada di Thailand iaitu lebih kurang 50% dan di Indonesia 30% hingga 40%. Maknanya foreign fund can go out, boleh keluar, boleh masuk dengan cepat, maka ada volatility yang lebih kalau dibandingkan dengan di Malaysia ini. Maknanya Malaysia lebih stabil dan nampaknya peningkatan kita berbanding dengan ‘the haze days’ dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sebelum 1997 sehingga 1300 mata, hari sudah mula meningkat hingga 1100 lebih dan kita yakin ia akan terus meningkat slow and steady tetapi ini adalah baik untuk kita Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sememangnya kalau kita lihat bursa saham kita sejak kebelakangan ini begitu aktif dan melebihi 1000 mata tetapi peningkatan indeks komposit ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga saham yang berkaitan dengan harga indeks sahaja. Manakala saham-saham yang kecil atau sederhana, tidak berkaitan dengan indeks ini tidak bergerak langsung. Jadi ini seolah-olah menggambarkan kepada pelabur dan juga orang awam bahawa ia seolah-olah dibuat-buat atau direka sahaja. Apa pandangan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen dalam perkara ini. Terima kasih.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat saiz pasaran kita lebih RM834 bilion pada masa ini. Maknanya satu saiz yang besar. Apa yang saya faham daripada soalan Yang Berhormat bagi Sekijang tadi ialah bahawa mungkin market, pasarannya di manipulate, mungkin itu yang dimaksudkan tetapi, saya yakin market yang begitu besar tidak mudah untuk di manipulate. Maknanya memang natural lah bahawa kenaikan itu adalah natural dan tidak boleh dipusing atau di control oleh mana-mana pihak, Tuan Yang di-Pertua. Makna, itu adalah sebagai satu perniagaan biasa, Tuan Yang di-Pertua.

2. Datuk Ir. Hasni bin Haji Mohammad [Pontian] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada hospital dan pusat-pusat perubatan dalam negara boleh disenaraikan dalam bentuk sepuluh hospital atau pusat perubatan terbaik. Apakah asas kementerian untuk menjadikan sesebuah hospital dan pusat perubatan yang dianggap baik.

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Kementerian Kesihatan tidak ada rancangan untuk menyenaraikan hospital atau pusat perubatan, baik di sektor awam mahupun di sektor swasta dalam bentuk sepuluh hospital atau pusat perubatan terbaik. Pada pendapat kementerian, bukanlah mudah untuk menentukan secara objektif dan menyeluruh mana-mana hospital yang terbaik di Malaysia. Ini kerana tahap piawaian kualiti sesebuah hospital perlu diukur dengan cara yang teliti, menyeluruh serta saintifik berdasarkan jenis hospital tersebut.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan hospital terbaik adalah begitu meluas seperti ada hospital tersebut umpamanya hospital di sektor awam menyediakan rawatan akut atau kronik, rawatan kecemasan, pesakit dalam atau pesakit luar dan lain-lain lagi. Harus diingat juga, bahawa terdapat hospital negeri dengan izin, tertiary dan juga terdapat hospital daerah dengan pakar sekunder dan ada juga terdapat hospital daerah tanpa pakar. Mereka perlu dikategorikan mengikut kategori yang berlainan sebelum sebarang usaha dilakukan untuk menanda araskan mereka. Tambahan pula perkhidmatan yang diberikan oleh hospital-hospital adalah berbeza kerana, dengan izin, case mixed. Pesakit-pesakit di hospital adalah berbeza serta risk management perlu dikendalikan apabila kita hendak melakukan perbandingan di antara sesebuah hospital dengan hospital yang lain.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan sentiasa memberikan penekanan yang serius dan komited kepada isu kualiti penjagaan perubatan dan kesihatan dan yang diberikan baik sektor awam mahupun sektor swasta memandangkan pencapaian status kualiti yang tinggi yang dapat memberikan kelebihan strategik atau dengan izin, strategic advantage kepada mana-mana organisasi penjagaan kesihatan.

Page 19: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 5

Datuk Ir. Hasni bin Haji Mohammad [Pontian]: Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun kementerian tidak mengambil pendekatan untuk menyenaraikan hospital-hospital dan pusat perubatan di negara kita, dan apa yang telah diperjelaskan oleh Yang Berhormat bahawa kerajaan atau Kementerian Kesihatan juga komited dan serius dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik. Kita tidak boleh lari dalam masa yang sama melihat persepsi bahawa hospital di negara kita seperti Hospital Gleneagles atau SJMC, ataupun Ampang Puteri, Pantai Medical mendapat sambutan ataupun mendapat satu keyakinan yang agak tinggi.

Jauh lagi kalau kita bandingkan seperti negara yang maju mempunyai hospital yang ternama seperti John Hopkins Hospital, US ataupun London Hospital. Mengapa tidak? Apakah yang menjadi kekangan kepada negara kita untuk memiliki hospital yang sedemikian, lebih-lebih lagi kerajaan yang dikatakan serius dan komited untuk mewujudkan satu pusat perubatan dan hospital yang mempunyai satu mutu dan standard yang sedemikian. Apa pandangan dan komen Yang Berhormat Timbalan Menteri Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Soalan tambahan daripada Yang Berhormat bagi Pontian. Betullah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pontian. Sebenarnya kalau kita hendak kategorikan sesebuah hospital mengikut carta umpamanya penyanyi popular, itu mudah tetapi bila kita hendak rangkumkan segala kualiti yang ada dalam hospital, sebab sesuatu servis itu ia banyak bergantung kepada infrastruktur hospital tersebut. Kedua, ia juga bergantung kepada kekuatan sumber manusia. Kekuatan bukan sahaja kepakaran yang ada di miliki oleh hospital tersebut dengan mempunyai pakar-pakar yang mahir, yang terampil tetapi juga mempunyai kakitangan sokongan yang boleh menjalankan sesuatu pendekatan atau operasi. Ketiga, hospital juga dibantu oleh teknologi, umpamanya teknologi yang terbaharu yang ada equipments yang boleh membantu dalam perawatan pesakit. Tidak kurang penting juga pengurusan hospital itu sendiri.

Dalam setting hospital awam ataupun hospital kerajaan, berbanding dengan hospital swasta walaupun ada kekangan, umpamanya profesion tidak boleh mengiklan. Jadi, pandangan Yang Berhormat bagi Pontian menyatakan sesuatu hospital itu lebih popular, itu hanya persepsi. Sebab itu kita perlu tekankan bahawa sebuah hospital mesti mempunyai garis panduan yang boleh diterima di peringkat antarabangsa. Sebab itu satu benchmarking telah pun dibuat oleh persatuan, dengan izin, Malaysian Society for Quality In Health atau MSQH, yang mengiktiraf keberkesanan sesebuah organisasi dalam hospital tersebut.

Hanya 65 hospital yang diakreditasikan oleh MSQH, yang mempunyai taraf antarabangsa. Jumlah 65 ini semua di hospital awam. Tidak ada satu hospital swasta. Sekarang ini kita pujuk mereka untuk diiktiraf. Mereka lambat hendak respons kepada panggilan ini kerana mereka takut jika mereka tidak diiktiraf ini akan menjejaskan periuk nasi mereka, sedangkan kerajaan kita terbuka, sama ada siapa hendak masuk atau mendapatkan rawatan.

Ekoran daripada itu, isu mengenai kualiti ini adalah suatu benda yang dinamik dan kita di Kementerian Kesihatan sentiasa membuat pelbagai konvensyen untuk memastikan bukan sahaja struktur hospital dan kualiti servis dapat diberikan kepada pelanggan, prosesnya mesti juga betul dan outcome juga betul. Saya beri contoh, kalau seorang datang ke hospital didiagnosis dia mempunyai apendiks, surgeon atau pakar bedah buat keputusan untuk buat appendisectomy.

Berapa banyak kes yang betul-betul didapati bahawa betul-betul apendiks itu inflame, berapa peratus? Jadi, benda ini, proses ini adalah proses yang berkaitan dengan sama ada kualiti yang diberikan oleh surgeon itu betul atau tidak. Ini dilakukan di hospital awam tetapi tidak dilakukan di hospital swasta. Mungkin diagnosis appendisectomy betul, tetapi bila buka is not an acute appendice. Tuan Yang di-Pertua, boleh faham, ya. Jadi, perkara-perkara ini adalah kompleks dan tidak mudah kita hendak senaraikan kualiti sesuatu hospital. Terima kasih.

Page 20: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

6 DR 13.12.2006

Dato’ Chor Chee Heung [Alor Star]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. memang saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu human resources adalah merupakan satu faktor yang cukup penting jika kita hendak menilai sama ada sebuah hospital ataupun pusat perubatan baik atau tidak. Buat masa ini di negara kita, di setiap negeri memang ada sebuah hospital besar. Seperti di Alor Star, Hospital Besar Alor Star. Negeri-negeri lain sama juga. Tambah lagi ada juga hospital-hospital di daerah-daerah.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, jika Yang Berhormat kata human resources cukup penting. Human resources itu termasuk kakitangan sokongan, termasuk juga doktor-doktor, yang terpenting itu doktor-doktor pakar, yang mempunyai kepakaran. So, saya ingin tahu bilakah kerajaan ataupun sama ada kerajaan mempunyai satu perancangan supaya di semua hospital besar di setiap negeri mempunyai bukan sahaja hardware yang cukup bernas bahkan software dan kepakaran. Saya percaya setakat ini hardware no problem, semua hospital mempunyai bangunan besar, dengan segala kemudahan tetapi kekurangan dari segi doktor dan doktor pakar.

Bilakah kerajaan akan, dengan izin, equip, supaya hospital-hospital besar di setiap negeri mempunyai doktor-doktor pakar untuk semua bidang. Satu contoh, Tuan Yang di-Pertua, di Hospital Besar Alor Star, kita tidak mempunyai seorang pakar oncology ataupun surgeon untuk membedah kanser, pesakit penyakit barah harus tunggu. Surgeon itu datang daripada Pulau Pinang, dia cover Pulau Pinang, cover Perlis. So, bila kita akan mempunyai kita punya sendiri? Pakar-pakar sendiri yang base di Alor Star misalnya. Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Alor Star, soalan tambahan. Seperti yang saya katakan tadi, kementerian akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti dan akan terus memberi jaminan bahawa sistem penyampaian kepada rakyat dalam hal-hal kesihatan dan perubatan ini akan sampai tetapi saya mengaku bahawa pada waktu yang sama kita berhadapan dengan kekangan.

Umpamanya, alhamdulillah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan tambahan kepada pembangunan sumber manusia bukan sahaja dalam doktor dan doktor pakar ditambah, kali pertamanya, jadi sekarang kita sudah mula melatih ramai doktor pakar. Pada waktu yang sama untuk meningkatkan kualiti ini, kualiti adalah sesuatu yang dinamik, yang sentiasa bergerak. Pada waktu yang sama, rakyat pun sudah celik dan pandai, jadi harapan mereka kepada kerajaan dalam memastikan sistem penyampaian ini juga amat luas pandangan mereka. Mereka juga tahu hak-hak mereka.

Jadi, kedua-dua kekangan dan juga faktor inilah yang menjadikan perancangan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kalau boleh, umpamanya dalam oncologist kita hendak latih semua, kalau boleh semua hospital ada kepakaran tersebut, tetapi kita juga ada kekangan. Sebab itu, umpamanya saya beri contoh, dahulu kita hanya ada HKL, antara hospital yang terbesar di dunia, ada 6,000 katil tetapi sekarang kita pecah, ia ada Ampang, Sungai Buluh, Serdang dan masing-masing mempunyai kepakaran yang tertentu.

Jadi, itu kita mulakan dengan diversify, kita punya kepakaran dan untuk memenuhi semua keperluan ini, bukan sahaja keperluan kepakaran tetapi sekarang ini sub kepakaran. Kalau dahulu dia pakar tulang, rakyat hendak dia hanya mahir dalam lutut sahaja. Maknanya dia pakar tulang mahir dalam lutut sahaja. Jadi, apa-apa hal pasal lutut dia lebih mahir. Ini menjadi kekangan kita. Bermakna kalau seorang pegawai perubatan dia habis belajar lima atau enam tahun, dia habis compulsory base empat tahun, dia sambung jadi pakar empat tahun, habis itu dia gazet dua tahun, menjadi pakar, kemudian dia hendak buat lagi sub kepakaran, jadi dia memerlukan satu komitmen dan jati diri yang mendalam kepada mereka.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat tidak payah cerita semualah Yang Berhormat ya.

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya Gombak.

Page 21: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 7

Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut tentang “case mixed”. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri “case mixed” ini juga boleh membawa ke arah benchmarking menentu penanda aras. Bilakah “case mixed” ini ingin diimplementasikan di Malaysia walhal telah banyak diimplementasikan di luar negara. Kita tahu bahawa penanda aras hospital ini begitu penting kerana pada saya kalau kita tidak mahu ikut kriteria yang kompleks yang pertama ialah bilangan kepakaran ataupun jumlah human resource yang ada. Yang kedua, mobility dan mortality supaya orang ramai tidak tersilap persepsi. Kalau bangunan hospital itu indah itu tidak bermakna hospital itu letaknya di kelas lima bintang ataupun kelas ‘A’. Silakan.

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat bagi Gombak. Dengan Yang Berhormat bagi Gombak ini tidak boleh temberanglah, tidak boleh goreng... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain pun jangan goreng juga Yang Berhormat. [Ketawa]

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Pertama sekali fasal “case mixed” Yang Berhormat Menteri telah pun membuat arahan supaya kita akan menjalankan “case mixed” ini secepat mungkin. Satu paper telah pun dibentang kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri sudah pun bersetuju supaya “case mixed” ini dilaksanakan di semua fraternity dengan izin Kementerian Kesihatan, itu satu. Kedua kita memang tahu bahawa “case mixed” ini adalah perkara yang asas memang menjadi satu benchmarking di negara-negara maju tetapi pada waktu yang sama kita juga berhadapan fenomena di mana bila ada standard dia akan mengurangkan apa yang didefinisikan oleh clinician, the clinical liberty. Jadi kalau pakar ini kata perkara ini mesti dirawat mengikut ini, berdasarkan pada pengalaman dia merawat berpuluh pesakit maka bila ada “case mixed” dia perlu ada standard yang perlu diikut dan orang lain tidak boleh guna dia punya pengalaman kena ikut yang standard ini. Ekoran daripada itulah yang menjadikan dia bertentangan dengan pandangan doktor yang merasakan ia lebih mempunyai authority untuk merawat pesakit ini kerana dia sudah lama dalam kepakaran ini dan mesti ikut cara dia. Sedangkan mengikut “case mixed” dia mesti mengikut standard-standard minimum best practices, minimum standard sampai kepada best practices. Ini yang menjadi kekangan kepada implementasi “case mixed” ini. Terima kasih. [Soalan No. 3 – Dato' Wan Adnan bin Wan Mamat (Indera Mahkota) tidak hadir] 4. Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, langkah-langkah yang berkesan untuk menaik taraf tahap keselamatan khasnya bahagian kargo di KLIA.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Douglas Uggah Embas]: Tuan Yang di-Pertua ke arah meningkatkan keselamatan di Kompleks Kargo MAS dan kelas di KLIA pihak Malaysian Airport, Airfreight Forwarding Agent (AFAM) dan juga pihak Polis Diraja Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di kawasan zon perdagangan bebas di KLIA:

(i) anggota-anggota polis bantuan MASB yang bersenjata berkawal di semua laluan masuk ke kawasan FTZ dan memeriksa setiap kenderaan dan kakitangan serta pelawat yang masuk dan keluar ke kawasan FTZ;

(ii) anggota-anggota polis bantuan MASB menguatkuasakan peraturan pemakaian pas-pas keselamatan dan pelekat-pelekat kenderaan yang memasuki kawasan FTZ;

Page 22: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

8 DR 13.12.2006

(iii) kakitangan-kakitangan Kastam pula bertanggungjawab memeriksa setiap lori-lori komersial yang masuk dan keluar kawasan FTZ dan memansuhkan green lane; dan

(iv) agen-agen penghantaran hendaklah menempatkan pegawai keselamatan persendirian untuk mengawasi consignment kargo masing-masing yang disimpan di gudang atau premis milik mereka. Akhirnya setiap pekerja di dalam kawasan FTZ sekarang diwajibkan menjalani proses tapisan keselamatan yang dilakukan oleh pihak PDRM.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya Gelang Patah.

Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita juga sering menerima aduan dari ramai penumpang kapal terbang mengenai kehilangan luggage mereka semasa dalam perjalanan apabila menggunakan khidmat penerbangan antarabangsa. Soalan tambahan saya ialah apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi atau mengelakkan insiden seperti ini berulang lagi. Minta penjelasan.

Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih Yang Berhormat walaupun soalan itu terkeluar tetapi memang orang ramai banyak mengadu bahawa...

Beberapa Ahli: Ada kaitan.

Datuk Douglas Uggah Embas: ...Ada kaitan ya? Okey. Memang kementerian menerima banyak aduan mengenai kehilangan luggage mereka. Perkara ini kita telah pun teliti dan tindakan akan diambil oleh kementerian untuk membaiki sistem baggage di KLIA. Kita berharap dengan pelaksanaan sistem itu nanti masalah-masalah ini dapat kita kurangkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Tanah Merah.

Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran rombongan imam-imam masjid bagi Parlimen Tanah Merah... [Tepuk] Selain daripada kargo lapangan terbang untuk penumpang juga penting untuk keselamatan. Banyak berlaku kecurian, penyeludupan senjata, penyeludupan dadah dan sebagainya. Jadi sebagaimana soalan tahun lepas, saya telah mengemukakan penyeludupan senjata dan juga dadah melalui penerbangan antarabangsa ke Malaysia. Di sini setelah kementerian memberi jaminan untuk mempertingkatkan lagi tahap keselamatan pengimbas dan sebagainya di lapangan terbang antarabangsa, apakah masih ada lagi penyeludupan senjata dan dadah bagi tahun 2006 ini? Sekian terima kasih.

Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak ada angka mengenai penyeludupan senjata dan dadah tetapi mengikut difahamkan oleh kementerian bahawa angkanya kecil. Bagaimanapun kerajaan telah membuat keputusan untuk mengarahkan bahawa MAB memperketatkan tahap keselamatan di KLIA. Jadi langkah-langkah ini akan dilaksanakan tidak lama lagi kerana segala cadangan yang dibuat oleh MAB untuk meningkatkan keselamatan di KLIA telah pun dipersetujui oleh kerajaan.

Cadangan-cadangan ini adalah timbul apabila lepas mendengar cadangan-cadangan dari Ahli Parlimen juga dan juga pandangan-pandangan dari PDRM dan semua pihak-pihak yang tertentu. Oleh yang demikian maka MAB telah pun mengemukakan satu cadangan. Ini telah diluluskan oleh kerajaan,cadangan ini akan dilaksanakan tidak lama lagi. Kita berharap dengan peningkatannya tahap keselamatan di KLIA segala masalah-masalah penyeludupan dan masalah-masalah yang lain dapat kita kurangkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Tanah Merah tadi tidak sebut imam itu datang naik kapal terbang ke naik bas... [Ketawa]

Page 23: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 9

5. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani] minta Menteri Pelajaran menyatakan, adakah pihak kementerian bercadang untuk menaik taraf makmal sains di sekolah-sekolah kita selaras dengan hasrat menjadikan sekolah bertaraf dunia.

Timbalan Menteri Pelajaran [Dato’ Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga tahun 2006 terdapat 1,639 buah sekolah rendah yang tidak mempunyai bilik sains dan 25 buah sekolah menengah yang tidak mempunyai makmal sains di seluruh negara. Bagi mengatasi kekurangan tersebut, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ini Kementerian Pelajaran akan menyediakan makmal sains yang berkualiti dan mencukupi melalui pembinaan baru dan naik taraf bilik makmal yang sedia ada. Terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Sungai Petani.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebenarnya soalan ini banyak kali saya bangkit dengan pihak kementerian tetapi, jawapan masih sama sahaja, iaitu ‘mereka sedang menjalankan, mereka sedang menjalankan’. Di sini secara serius, saya perlu dapat jawapan, adakah penaikan taraf tadi hanya dari segi kerusi meja dan sebagainya. Pada pandangan saya yang paling penting sekali, apabila kita katakan makmal sains yang bertaraf antarabangsa, ialah kita hendak mendidik anak-anak daripada bangku sekolah untuk menghasilkan seberapa ramai saintis yang kita boleh, yang mana bagi saya iaitu makmal hendaklah dilengkapi dengan komputer.

Makmal juga dengan syllabus yang baru, misalnya kita bercakap hari ini bio-tech kita bercakap nano-tech dan macam-macam lagi perkara-perkara yang baru, dan ini perlu dan mesti dimasukkan dalam syllabus kita terutama sekali bagi sekolah menengah atas. Begitu juga dengan kelengkapan-kelengkapan yang lain seperti yang saya tahu kebanyakan daripada makmal ini masih kebelakangan daripada mendapat pembantu makmal, pada hal kita tahu ramai daripada mereka hari ini yang berkelayakan yang boleh diserap dalam kementerian untuk menjadi pembantu makmal.

Jadi, soalan saya apakah pihak kementerian pada tahun hadapan dan selanjutnya akan mengambil tindakan yang drastik sesuai dengan kita kata baru-baru ini dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. Jadi, saya pohon jawapan.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat, mungkin juga Yang Berhormat banyak bangkit semasa jadi Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran barangkali. Saya sudah nyatakan tadi bahawa kajian kita sudah buat, sebab itu kita dapat jumlah seperti yang saya nyatakan tadi. Untuk Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pelajaran telah pun merancang untuk menjadikan kualiti pendidikan kita bertaraf dunia. Sebab itu kita ada cluster school, di mana makmal ini dia bagi dua, satu makmal yang sedia ada, kita akan terus pertingkatkan supaya sampai ke tahap cemerlang, gemilang dan terbilang seperti mana Yang Berhormat cadangkan.

Namun demikian, dalam masa yang sama kita juga tidak boleh abaikan sekolah-sekolah yang mempunyai makmal-makmal yang kurang lengkap. Jadi, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini kita akan berikan keseimbangan meningkatkan yang sedia ada dan juga yang kekurangan ini kita akan pertingkatkan.

Mengenai pembantu makmal, setiap makmal mesti ada sekurang-kurangnya pembantu makmal yang terlatih melainkan hanya sekolah itu ada bilik makmal sahaja. Dalam kita mengajar sains, kaedah P&P kita pengajaran dan juga pembelajaran, kita pelbagaikan, bukan sahaja kita tumpu kepada makmal, kerana kita akan menggalakkan pelajar-pelajar kita menjalankan lebih banyak eksperimen, perbincangan, simulasi, lawatan, penyelesaian masalah, penggunaan sumber luar bilik darjah dan juga penggunaan teknologi dalam IST.

Page 24: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

10 DR 13.12.2006

Di samping itu, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pelajaran juga akan memperkenalkan berapa pendekatan P&P yang baru supaya dapat menarik minat pelajar seperti melalui pelaksanaan program F1 Technology Challenge dan robotik. Terima kasih.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada satu tangan, saya sangat setuju dengan Yang Berhormat bagi Sungai Petani bahawa kita perlulah ke arah menjadikan sekolah bertaraf dunia. Namun, pada satu tangan yang lain saya juga sangat khuatir bahawa di kawasan Sipitang, Tuaran, Kinabatangan, Baram, di pedalaman masih banyak sekolah yang tidak mempunyai air, tidak mempunyai electricity masih ada banyak bangunan sekolah yang tidak selamat. Jadi, macam mana kita hendak balancekan bahawa jangan ada jurang yang sangat besar di antara sekolah yang sangat mundur, seperti di negara yang belum membangun, tetapi ada juga sekolah yang sangat maju macam, mana kita hendak balancekan supaya jurang perbezaan itu tidak begitu jauh bezanya.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam memberikan begitu perhatian mengenai perkembangan pendidikan. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, bahawa dalam perancangan Kementerian Pelajaran, kita telah pun merancang untuk menaikkan taraf pendidikan kita bertaraf dunia, sebab itu kita telah pun merancang untuk memilih 300 buah sekolah. Sekolah yang sudah cemerlang ini kita terus hendak jadikan gemilang dan terbilang. Kalau sekolah sudah cemerlang, kita tidak memberikan perhatian, kita bimbang lama-kelamaan yang cemerlang ini dia akan turun ke tahap yang lebih bawah.

Jadi, yang sudah cemerlang ini kita akan terus pertingkatkan, dalam masa yang sama sekolah-sekolah yang di luar bandar yang serba kekurangan ini kita memberikan penumpuan, kerana dasar kita yang kedua selain daripada naikkan taraf peringkat dunia, kita juga hendak berikan persamaan taraf sama ada sekolah luar bandar atau dalam bandar, mestilah mempunyai kemudahan-kemudahan pembelajaran yang sama. Jadi, saya yakin dengan perancangan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, masalah-masalah Yang Berhormat bangkitkan tadi, akan kita dapat atasi dan juga luar bandar masalah air, masalah api seperti Yang Berhormat nyatakan tadi telah pun kita umumkan bahawa kita sudah membuat pelbagai tindakan.

Sebagai contoh, mana-mana sekolah luar bandar yang generatornya kuasa kudanya kurang, kita telah tukar untuk digantikan dengan generator yang mempunyai kuasa yang lebih tinggi, kerana dahulu mungkin sistem elektrik di sekolah itu hanya 12 jam, tetapi apabila ada komputer kita gunakan 24 jam bekalan elektrik. Ini semua kita telah pun buat ubah suai dan sekarang ini kita telah pun mula memasang terutamanya di Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

6. Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera] minta Perdana Menteri menyatakan, berapakah jumlah syarikat yang terlibat di dalam penswastaan yang mengalami kerugian dan diambil alih oleh kerajaan dan senaraikan syarikat-syarikat tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Abdul Rahman bin Suliman]: Tuan Yang di-Pertua, semenjak Dasar Penswastaan dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 1983, sejumlah 490 projek telah berjaya diswastakan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian kecilnya menghadapi masalah yang memerlukan kerajaan mengambil balik pengawasannya. Projek-projek tersebut ialah Sistem Pengangkutan Laju Ringan-STAR LRT, Aliran Laju Ringan PUTRA, Sistem Penerbangan Malaysia, Sistem Pembetungan Negara, Penjara Baru Kuching dan Unit Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam yang telah diambil alih oleh kerajaan. Manakala Lebuhraya Seremban-Port Dickson telah diserahkan kepada PLUS.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Kita tahu syarikat-syarikat tersebut diambil alih oleh kerajaan kerana mengalami kerugian, mengalami masalah kecairan dan juga beban-beban hutang dan lain-lain masalah. Jadi, pengambilalihan syarikat ini tentunya akan melibatkan jumlah kewangan yang besar.

Page 25: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 11

Jadi, soalannya ialah yang pertama, berapakah jumlah hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan selepas pengambilalihan syarikat-syarikat yang mengalami kerugian tersebut.

Yang kedua, berapakah kos pengambilalihan dan juga suntikan modal baru yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan bagaimanakah selepas pengambilalihan, bagaimana kedudukan dari segi struktur dan ekuitinya dan juga dari segi kedudukan kewangannya selepas pengambilalihan. Terima kasih.

Dato' Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat itu agak terperinci mengenai maklumat-maklumat yang dapat saya beri pada hari ini adalah barangkali sebahagian sahaja daripada pertanyaan Yang Berhormat.

Seperti mana yang saya maklumkan tadi iaitu ada beberapa projek yang menghadapi masalah ini, umpamanya saya bagi contoh, Projek Sistem Pengangkutan Laju Ringan STAR LRT dan projek Aliran Laju Ringan PUTRA. Ini diambil alih oleh pihak Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) dan bagi syarikat yang lain umpamanya Sistem Pembetungan Negara ianya diambil oleh kerajaan melalui MKD iaitu Menteri Kewangan Diperbadankan dan keseluruhan ekuiti ini diambil daripada syarikat yang dapat konsesi pada waktu itu iaitu Indah Water Konsortium Sendirian Berhad dan itulah di antaranya. Daripada Seremban-Port Dickson seperti mana yang saya maklumkan telah diambil oleh PLUS.

Di samping itu, pertanyaan Yang Berhormat mengenai berapakah kos pengambilan ataupun kos yang melibatkan pengambilalihan syarikat-syarikat yang menghadapi masalah ini. Untuk maklumat Dewan iaitu sebanyak RM11 bilion. Jadi kalau saya dapat perkecilkan lagi atau jurus kepada tiap-tiap syarikat yang saya sebutkan tadi iaitu Sistem Pengangkutan Laju Ringan, kos pengambilalihan sebanyak RM3,256 juta. Kemudian Lebuhraya Seremban-Port Dickson ini diambil oleh PLUS. Kos pengambilalihannya sebanyak RM142 juta, Aliran Ringan Putra sebanyak RM4,486 juta, Penjara Baru Kuching RM135 juta, Malaysia Airlines Berhad sebanyak RM2,802.2 juta, Sistem Pembetungan Negara sebanyak RM193 juta, Unit Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyak RM8.3 juta.

Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat mengenai kedudukan syarikat ini setelah diambil alih sudah pasti apa yang dilihat daripada kajian yang dibuat bahawa syarikat ini sama ada menghadapi masalah kewangan ataupun masalah pengurusan. Yang mana menghadapi masalah pengurusan sudah tentulah kerajaan mengambil alih kesemua sekali ekuiti dan dari segi pengurusan ditentukan oleh jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk meneliti perkara ini.

Namun, bagi sebahagiannya yang melibatkan hanya umpamanya seperti saya ambil contoh Penjara Baru Kuching ini diambil alih terus oleh pihak JKR. Jadi maknanya 100% kerajaan dan bagi Unit Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam ianya merupakan pengurusan. Ia diambil alih oleh pihak JAKIM. Jadi bagi IWK tadi Sistem Pembetungan Negara walaupun diambil alih oleh MKD tapi pengurusannya masih diuruskan oleh pihak IWK.

Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat telah menyebut tentang projek-projek yang akan diambil alih oleh syarikat-syarikat tertentu. Ini saya hendak tanya syarikat yang akan diambil alih oleh syarikat tertentu juga iaitu syarikat Media Prima Berhad yang nampaknya akan semakin kukuh dengan pengambilalihan gabungan mendominasi syarikat-syarikat media elektronik dan cetak. Sekarang ini ada TV3, NTV7, 8TV, Channel 9 dan NST.

Saya hendak tanya tentang penggabungan NSTP ini dan Kumpulan Utusan. Apakah rasionalnya, dan apakah sudah tercapai kata sepakat dengan Utusan Malaysia ini...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Belum! Tidak bolehlah.

Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Bagi saya tanya dahulu, bagi saya tanya dahulu.

Page 26: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

12 DR 13.12.2006

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Belum lagi...

Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Kalau tidak ada kata sepakat atau sudah ada kata sepakat kenapa perjanjian ini masih tertangguh yang sepatutnya penggabungan ini.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Gabungan ditolak, mana hendak gabung.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Tolak sahaja.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tolak.

Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Tak apalah saya bertanya. Bagi saya peluang tanya dahulu.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kita tidak setuju. Kenapa tanya gabung?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Larut, ini ada kaitan dengan syarikat untung rugikah? Itu hal lain.

Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Hendak bertanya dahulu ada untung rugi kalau bergabung ini.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Rugi.

Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Jadi tentang masa depan, adakah hilangnya entiti Utusan Malaysia itu sekiranya bergabung dengan Kumpulan New Straits Times ini.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Pasti hilanglah.

Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Jadi kita hendak tahu daripada pihak Yang Berhormat atau pihak berkenaan akan mendengar terlebih dahulu pandangan-pandangan daripada semua peringkat termasuk daripada peringkat akar umbi ini sebelum keputusan muktamad dibuat. Terima kasih.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tak payah dengarlah. Semua orang tolaklah.

Dato' Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin menjawab bahawa apa yang ditanya tadi mengenai penswastaan syarikat-syarikat tetapi yang ini memang syarikat swasta. Jadi sudah tentu dalam perniagaan semua syarikat akan melihat di mana keuntungan sahaja lainlah kalau syarikat kerajaan kita bukan sahaja melihat dari segi keuntungan sahaja tetapi kita melihat social obligation, dengan izin, iaitu khidmat kita kepada masyarakat sebab kita lihat dari segi itu. Jadi apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat saya tidak dapat memberi pandangan kerana ini adalah syarikat swasta yang bukan penswastaan.

Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya mengenai penswastaan ialah daripada penjelasan dan juga jawapan Yang Berhormat tadi kita ada banyak pengalaman kegagalan untuk penswastaan di negara kita seperti juga MAS, IWK dan sebagainya.

Saya hendak tanya soalan tambahan saya ialah mengenai adakah kerajaan ini membuat satu dasar yang baru bagaimana kita boleh memberi syarat-syarat tertentu supaya proses penswastaan di masa depan tidak mengalami kegagalan seperti yang sedang berlaku. Sebagai contoh, adakah kerajaan bersedia bahawa kita mengenakan lebih ketat lagi mengenai Corporate Governance ataupun penanda aras yang lebih berkesan lagi mengikut apa yang sedang berlaku dalam dunia korporat sekarang ini. Adakah kerajaan bersedia untuk mengambil satu langkah yang lebih drastik ataupun satu anjakan paradigma yang lebih kukuh lagi supaya penswastaan kita ini yang menghadapi pengalaman yang pahit ini tidak dapat berulang lagi.

Page 27: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 13

Lagi satu, adakah prosedur untuk melantik Ahli-ahli Parlimen ini untuk menjadi ahli-ahli korporat di dalam syarikat-syarikat yang diswastakan ini. Minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Haji Abdul Rahman bin Suliman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat bertanya tadi. Seperti mana yang telah saya jawab tadi, daripada 450 projek penswastaan yang menghadapi masalah hanya beberapa sebahagian kecil yang telah saya sebutkan tadi. Sudah tentulah walaupun ianya merupakan sebahagian kecil ini memberi pengalaman yang banyak kepada kita. Sebab itu kalau Yang Berhormat lihat termasuk dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang kita semua tahu bahawa ada satu bahagian baru di mana sebarang projek di bawah PFI pun yang mana kita tahu bahawa ini adalah merupakan sumber kewangan daripada swasta, itu pun mereka terpaksa mengemukakan suatu projek itu kalau mereka hendak laksanakan mestilah sama ada projek itu viable ataupun tidak.

Jadi ini sudah tentu dengan sistem yang ada sekarang termasuk sistem yang kita kata hendak menentukan di bawah badan pemantau ini kita pastikan daripada awal lagi sama ada ia akan berjaya ataupun tidak. Sebab itu seperti mana yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat itu kerajaan sekarang memang memberi penekanan fokus yang teliti untuk pastikan bahawa sesuatu projek itu bukan sahaja akan gagal tetapi ia berjaya dan memberi impak kepada rakyat dan masyarakat.

Perkara kedua yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tentang Ahli-ahli Lembaga Pengarah. Memang perkara ini sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan dan perkara ini akan terus kita memperbaiki lagi, menambahkan lagi sekiranya boleh Ahli-Ahli Parlimen mengadakan. Saya faham bahawa Ahli-Ahli Parlimen sekarang bukan, minta maaflah Tuan Yang di-Pertua, bukan macam yang lepas-lepas. Sekarang ini semua mempunyai kebolehan belaka dan mereka layak belaka. Jadi sebab itu, kita harap perkara ini bukan sahaja boleh diambil perhatian oleh kerajaan tetapi oleh agensi-agensi lain termasuk swasta pun Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat dari Kuala Selangor.

7. Tuan Mohd. Daud bin Tarihep [Kuala Selangor] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, adakah kementerian meluluskan permohonan pembinaan Kolej Komuniti di atas tanah kerajaan di Batu 7, Ijok, Kuala Selangor. Jika diluluskan, berapakah jumlah kos yang terlibat dan bila ia akan dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi [Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan sesebuah Kolej Komuniti adalah berasaskan kepada beberapa faktor. Antaranya ialah keperluan pembangunan sosioekonomi setempat di luar bandar, kesesuaian lokasi dan ketiadaan institusi latihan setempat yang lain seperti Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Perindustrian atau pun ILP dan sebagainya.

Berdasarkan kriteria-kriteria di atas, daerah Kuala Selangor tidak termasuk dalam senarai Kolej Komuniti di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Walaupun demikian, kerajaan telah pun membina lima buah Kolej Komuniti di negeri Selangor. Iaitu Kolej Komuniti Sabak Bernam, Kolej Komuniti Hulu Selangor, Kolej Komuniti Kuala Langat, Kolej Komuniti Hulu Langat dan Kolej Komuniti Selayang. Dengan adanya kelima-lima buah Kolej Komuniti tersebut, kerajaan merasakan ia nya akan dapat menampung keperluan rakyat terhadap peningkatan tahap kemahiran dan pendidikan di negeri Selangor khususnya.

Kerajaan juga amat berharap segala prasarana pendidikan atau pun kemahiran khususnya yang disediakan kepada rakyat akan dapat diambil berat dan dimaksimumkan penggunaannya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Kuala Selangor.

Page 28: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

14 DR 13.12.2006

Tuan Mohd. Daud bin Tarihep [Kuala Selangor]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kolej komuniti merupakan institusi yang cukup penting di peringkat akar umbi khususnya dalam proses membangunkan modal insan di kalangan belia, wanita, pemimpin-pemimpin masyarakat, golongan usahawan, termasuk petani, penternak dan nelayan dan matlamat kolej komuniti yang saya cukup faham dan seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi, lima daerah kesemuanya telah wujud kolej komuniti dan satu daerah di luar bandar Kuala Selangor sahaja tidak wujud. Cuma saya merayu, kalau dapat diberi pertimbangan semula.

Soalan yang kedua, setakat mana kajian keberkesanan atau penilaian telah dijalankan kepada lepasan dan lulusan kolej komuniti dalam proses mencapai matlamat kementerian. Terima kasih.

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas keprihatinan beliau di dalam perkara ini dan saya janji saya akan berikhtiar supaya kita dapat mengambil kira apa yang dimohon oleh Yang Berhormat yang berkenaan. Beralih kepada soalan yang dibangkitkan, suka saya maklumkan Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini bahawa setakat ini, pelajar-pelajar lepasan kolej komuniti kita banyaknya berdaya untuk digaji dalam alam kerjaya dan kalau secara kasar dari anggaran yang saya peroleh, sebanyak 60% daripada mereka dapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan sesudah mereka ini tamat pengajiannya.

Sedangkan yang lain, ada yang melanjutkan lagi pengajiannya ke tahap yang lebih tinggi dan ada di kalangan pelajar-pelajar kolej komuniti kita, sebenarnya mereka ini memang bekerja. Mereka ambil kursus semata-mata untuk meningkatkan daya persaingan dalam alam kerjaya. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Ketereh.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita semua tahu kolej komuniti ini sebagaimana yang Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab, adalah sangat baik. Dia lifelong education, skill enhancement, dengan izin, tetapi masalahnya kita tak tunai janji yang kita cakap. Itu problem nya. Kata dulu kerajaan berjanji nak membuka satu kawasan Parlimen, satu kolej komuniti. Itu yang dikatakan oleh bekas menteri dahulu tapi itu bukan soal bekas menteri atau tak menteri, itu adalah janji kerajaan dan janji ini sampai sekarang tidak tertunai.

Kawasan saya, Yang Berhormat Menteri datang janji. Menteri itu kerajaanlah. Tak usah kira dia dah ada bertukar atau tak bertukar. Itu soal lain. Kerajaan datang, kerajaan janji kepada rakyat nak buka satu kolej komuniti di kawasan Parlimen Ketereh. Akhirnya buka, satu kolej komuniti cawangan daripada Terengganu, satu lecturer, satu pensyarah sahaja dan saya yakin, banyak di bahagian-bahagian Ahli Parlimen ini, janji tersebut tidak tertunai...

Beberapa Ahli: Betul!

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Timbalan Menteri bagi tahu tadi bahawa ianya bagus, dia boleh bagi pekerjaan. Betullah, kita memang setuju sebab itu kita hendak.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Bagi kawasan miskin dahulu.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: ...Soalnya sekarang ialah, apakah janji ini akan ditunaikan dan bila benda ini akan dibuat? Itu yang mustahak sekali. Saya nak minta komitmen daripada kerajaan, supaya memastikan sebelum pilihan raya akan datang, pedulilah dengan pembangkang ini, yang kita dahululah. Yang dia itu nak buat macam mana. Janji ini mesti dibuat, tetapi kalau ada lebih, kalau ada lebih apa salahnya, teruskan. Sebab kita pun nak ambil alih kawasan Parlimen dia. Yang penting janji mesti ditunaikan...

Seorang Ahli: [Menyampuk].

Page 29: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 15

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Tak boleh..., lulus satu. Terima kasih.

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ya. Sila diam Yang Berhormat. Dengar jawapan Menteri ya.

Datuk Ong Tee Keat: Ya, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Timbalan Menteri teruskan.

Datuk Ong Tee Keat: ...Saya, memang nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Ketereh tapi saya kurang setuju bahawa, apa Yang Berhormat mendakwa tadi itu adalah benar 100%. Ada yang benar, ada yang tidak.

Sebenarnya mengikut apa yang kita sedia maklum, konsep kolej komuniti ini mula diilhamkan pada tahun 1999 dan ianya memang mempunyai satu wawasan atau pun satu visi yang agak menyeluruh dan mengikut perancangan peringkat awal, sememangnya setiap kawasan Parlimen diberikan atau pun dijangka akan dapat sebuah kolej komuniti. Itu sekadar perancangan tetapi kita sedia maklum juga, disebabkan oleh adanya kekangan bajet atau pun belanjawan dan juga seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi, kekurangan kemudahan, kadangkala ini juga kita hadapi serta kekurangan dari segi tenaga pengajar.

Inilah satu-satunya yang perlu diambil kira dalam peringkat pelaksanaan projek-projek kerajaan dan itulah sebabnya, kiranya terdapat kekurangan sedemikian rupa sehingga kita tak dapat memenuhi apa yang dihasratkan iaitu setiap kawasan Parlimen diberi satu kolej komuniti. Saya kira ini bukan mungkir janji namanya. Sebaliknya untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, setakat ini di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, 25 buah kolej komuniti baru dijangka akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Di samping itu, terdapat sepuluh buah lagi kolej komuniti yang dijangka akan dibina di bawah Skim PFI. Jadi, jumlahnya 35. Selain daripada itu, terdapat lagi 20 buah kolej komuniti cawangan yang akan beroperasi dengan sepenuhnya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Dalam erti kata lain, kerajaan tak lupa tentang apa yang dirancang, apa yang kita nak bawa kepada rakyat. Itulah sebabnya kita berikhtiar untuk menambahkan lagi bilangan kolej komuniti yang dimaksudkan dan bukannya kita bulat-bulat nak bagi setiap kawasan Parlimen satu kolej komuniti, tanpa menghiraukan sama ada dapat atau tidak tenaga pengajar yang memadai. Itu sahaja.

8. Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, mengapakah perlu kita membelanjakan wang tiap-tiap dua tahun sekali untuk membangunkan dan meningkatkan keupayaan lokasi pertandingan untuk Sukan Malaysia (SUKMA) sedangkan kita boleh memanfaatkan lokasi-lokasi pertandingan dan infrastruktur yang terdapat di Lembah Klang secara tetap.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan [Tuan Sa. Vigneswaran]: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Sukan Malaysia telah berjaya secara tidak langsung mempertingkatkan lagi prestasi sukan negara sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa. Pada keseluruhannya, Sukan Malaysia berjaya mencapai objektifnya yang mana ianya dikelolakan bertujuan untuk mencungkil serta mengenal pasti bakat-bakat muda dalam bidang sukan di seluruh negara. Ini dapat dilihat pada setiap kali Sukan Malaysia diadakan, kita dapat melahirkan jaguh-jaguh remaja di peringkat kebangsaan.

Tuan Yang di-Pertua, pada keseluruhannya Sukan Malaysia telah berjaya menggerakkan pembangunan sukan khususnya di peringkat negeri-negeri.

Page 30: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

16 DR 13.12.2006

Melalui Sukan Malaysia, didapati pada masa ini setiap negeri mempunyai program pembangunan sukan masing-masing secara tersusun sama ada melalui program jangka pendek atau jangka panjang. Kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan tahunan kepada Majlis Sukan Negeri bagi menggerakkan program pembangunan sukan masing-masing.

Kementerian Belia dan Sukan menyedari tentang pandangan mengatakan bahawa mengadakan Sukan Malaysia di negeri-negeri telah menggalakkan pewujudan kemudahan-kemudahan pertandingan yang akhirnya tidak dapat digunakan secara optimum khususnya selepas Sukan Malaysia. Walau bagaimanapun, kementerian berpendapat bahawa sekiranya pembinaan kemudahan-kemudahan baru ini dapat dipantau dengan lebih berkesan dan ianya tidak diguna secara mewah, maka keperluan kemudahan-kemudahan ini akan dapat digunakan dalam menggalakkan lagi program pembangunan sukan di negeri-negeri tersebut.

Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada SUP Kementerian. Jadi, soalan saya ialah boleh atau tidak kita ubah cara menjalankan SUKMA ini? Oleh sebab saya nampak sekarang ini kolam renang Tuan Yang di-Pertua, kolam renang di tengah bendang orang tidak guna dah. Hendak guna untuk itik pun terlalu mahal. Jadi, saya rasalah lebih baik kemudahan-kemudahan yang kita sudah ada digunakan oleh sebab hendak menjalankan dan hendak maintain stadium-stadium ini bukannya murah. Yang Berhormat sendiri tahu.

Jadi, soalan saya boleh atau tidak kementerian cari satu jalan hendak reduce kan ataupun kurangkan perbelanjaan untuk membina infrastruktur-infrastruktur yang perlu di maintain kemudian hari yang begitu mahal? Terima kasih.

Tuan Sa. Vigneswaran: Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan infrastruktur-infrastruktur seperti yang diberitahu oleh Yang Berhormat bagi Arau yang dibina oleh negeri-negeri di mana sukan SUKMA diadakan, memang ada banyak masalah dari segi dengan izin, maintenance. Pada masa ini, Kementerian Belia dan Sukan sedang meneliti dan mengemas kini satu program di mana kesemua infrastruktur ini diperbaiki dan bajet mengikut kekangan yang dihadapi oleh Kementerian Belia dan Sukan sentiasa adalah kekangan kewangan. Saya berharap pada tahun akan datang, apabila Kementerian Belia dan Sukan mengemukakan bajet yang besar, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat ini akan tolong meluluskan. Terima kasih.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya hendak bertanya sebab tidak silap saya, kita ada beberapa buah negeri yang telah melaksanakan SUKMA ini dan setiap negeri membina kompleks-kompleks dan kemudahan sukan. Saya perhatikan umpamanya Pahang sudah pernah melaksanakan SUKMA ini. Saya perhatikan banyak kompleks-kompleks ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Arau tadi tidak digunakan.

Saya hendak tahu, berapakah sebenarnya kompleks-kompleks dan kemudahan sukan SUKMA ini telah dibina oleh kerajaan negeri dan tidak digunakan? Berapakah kerugian yang dialami oleh kerajaan negeri? Kerana saya rasa agak kecewa, Tuan Yang di-Pertua. Di peringkat daerah, Majlis Sukan Daerah tidak ada peruntukan yang mencukupi bagi mereka menjalankan aktiviti yang lebih luas kepada persatuan-persatuan belia ini umpamanya. Terima kasih.

Tuan Sa. Vigneswaran: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Soalan yang dibangkitkan mengenai infrastruktur-infrastruktur yang dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan dan tidak digunakan adalah satu masalah yang sering dibangkitkan bukan sahaja di Dewan yang mulia ini tetapi oleh persatuan-persatuan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk meningkatkan sukan di negara ini secara konsisten di seluruh negara, kita terpaksa mengadakan infrastruktur-infrastruktur di semua negeri. Sepertimana yang diberitahu oleh Yang Berhormat, kalau persatuan-persatuan sukan dan persatuan-persatuan belia bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan atau Jabatan Belia dan Sukan di peringkat negeri, sudah pasti kita dapat menggunakan infrastruktur-infrastruktur ini dengan lebih baik.

Page 31: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 17

Saya berharaplah Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini akan menolong kementerian dalam aspek ini. Terima kasih.

9. Tuan Raimi Unggi [Tenom] minta Menteri Pelajaran menyatakan, apakah mekanisme yang digunakan oleh kementerian dalam mengurus elaun guru-guru Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak dan guru-guru dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung dan adakah pihak kementerian bercadang untuk menyelarasnya kerana terdapat sedikit perbezaan.

Timbalan Menteri Pelajaran [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, mekanisme yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran dalam mengurus elaun guru-guru Semenanjung yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak serta guru-guru Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung adalah dengan membayar elaun atau kemudahan kepada guru-guru tersebut sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam,

� Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 tahun 1980.

� Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 1988.

� Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 tahun 2001.

� Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 tahun 2001.

� Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 2004.

� Pekeliling Perbandaran Bil. 4 tahun 1995.

Walau bagaimanapun, kemudahan yang diperuntukkan ini adalah tertakluk kepada syarat dan kadar yang telah ditetapkan. Antara faedah-faedah elaun dan kemudahan yang boleh dinikmati oleh guru-guru tersebut adalah Elaun Perumahan Wilayah sekiranya tidak diperuntukkan rumah khas jabatan atau rumah khas jawatan. Kadar Elaun Perumahan Wilayah sebulan adalah berbeza mengikut negeri atau kawasan bandar serta gred pegawai. Bayaran Insentif Wilayah dibayar berdasarkan kadar peratusan mengikut lingkungan gaji pegawai seperti di Lampiran ‘G’, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12, tahun 2001.

Elaun Gangguan atas kadar sebulan gaji hakiki pegawai dibayar sekali sahaja sebelum atau selepas bertukar. Tambang percuma mengunjungi wilayah asal untuk dua tahun sekali atau selepas sembilan bulan penempatan dan Elaun Perpindahan dan Pertukaran. Terima kasih.

Tuan Raimi Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Peranan dan pengorbanan guru-guru cukup besar ertinya. Jadi, soalan tambahan saya ialah adakah pihak kementerian mempunyai perancangan dan juga menyediakan elaun ataupun insentif khas kepada guru-guru yang pakar dalam pembelajaran peringkat awal Tahun 1 hingga Tahun 3 ataupun pakar pendidikan khas termasuk pelajar buta ataupun pekak, pakar subjek khusus seperti bagi tujuan pengukuhan penerapan ilmu dan juga guru-guru di pedalaman dengan elaun khas kepada mereka yang memang pakar dalam membangunkan pendidikan dalam kawasan terpinggir dan mesti sama taraf dengan elaun guru pakar lain bagi satu tempoh tertentu serta dapat menambah Skim Guru Pakar Bahasa di sekolah rendah peringkat 5 dan 6. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tenom. Mengenai peluang kepada guru-guru pakar ini, sememangnya kita telah pun wujudkan satu jawatan dipanggil Guru Cemerlang. Guru Cemerlang ini ialah guru yang diberikan peluang kenaikan pangkat mengikut kepakaran masing-masing dan guru ini dia berkhidmat ataupun terus bertugas di sekolah yang asal mengajar mata pelajaran kepakaran mereka. Baru-baru ini kita telah pun mendapat tambahan untuk jawatan ini iaitu sebanyak 8000 jawatan Guru Cemerlang telah dapat kita wujudkan dan setakat ini kita baru berjaya mengisi lebih kurang 1,280.

Page 32: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

18 DR 13.12.2006

Guru-guru Cemerlang ini yang telah berkhidmat tujuh tahun, mereka boleh memohon terus kepada Kementerian Pelajaran dan pihak nazir akan membuat pemantauan sewaktu mereka mengajar dan jika mereka ini layak, mereka akan diangkat ke Bahagian Sumber Manusia untuk dipertimbangkan sebagai Guru Cemerlang. Bila mendapat Guru Cemerlang, mereka akan mendapat kenaikan gaji kepada tahap yang lebih tinggi.

Mengenai elaun guru yang tinggal di kawasan pedalaman seperti Yang Berhormat bangkitkan, memang kita ada wujudkan dipanggil bayaran insentif pedalaman iaitu sebanyak 10% daripada gaji pokok di mana elaun pedalaman ini ataupun elaun hidup susah kadang-kadang dipanggil oleh guru-guru, hanya diberi kepada guru-guru yang telah dipastikan bahawa sekolah mereka ini memang ditakrifkan sebagai sekolah luar bandar dan mereka ini selalunya menghadapi masalah-masalah infrastruktur asas seperti elektrik tak ada, air tak ada, komunikasinya kurang, jalannya kurang. Ini kita telah wujudkan. Begitu juga elaun-elaun bot, elaun kenderaan atau untuk pergi pertukaran dengan menggunakan bot, itu juga kita telah pun sediakan. Ini semua elaun-elaun yang kita berikan untuk memberi kemudahan dan juga menjaga kebajikan guru-guru terutamanya mereka yang telah memberikan khidmat yang cemerlang di kawasan-kawasan luar bandar. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua, [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Sekijang.

10. Datuk Haji Baharum bin Mohamed [Sekijang] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan, sejauh mana kementerian boleh mengesan penyebar poison letter melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang begitu berleluasa di negara ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi [Dato’ Shaziman bin Abu Mansor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memandang serius akan gejala-gejala negatif yang mempengaruhi kehidupan masyarakat seperti penyebaran dengan izin, poison letter melalui khidmat pesanan ringkas sms.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyalahgunaan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi dengan menghantar apa-apa komen ataupun komunikasi yang sumbang, lucah, palsu, mengancam, atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain merupakan kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika disabitkan kesalahan pesalah boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya sekali. Selain daripada itu kesalahan di atas juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan seksyen 292 dan seksyen 293.

Sehubungan ini jika ada aduan dari mana-mana pihak yang terlibat, pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan bekerjasama dengan pihak syarikat pemberi perkhidmatan dan pihak polis untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab menghantar dengan izin, poison letter tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pengesanan mereka yang menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas adalah agak sukar bagi pengguna perkhidmatan telefon selular prabayar yang belum berdaftar. Walau bagaimanapun kemusykilan ini akan diatasi dengan pendaftaran pengguna perkhidmatan telefon selular prabayar yang kini giat dilaksanakan di seluruh negara buat masa ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua, [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Sekijang. Sila.

Datuk Haji Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara ini telah berlaku begitu berleluasa dalam masyarakat kita pada hari ini, yang mana mereka memburukkan dari pemimpin atasan sampai kepada bawahan. Ada kalanya perkara yang begitu sensitif tentang bangsa dan agama disebarkan dengan begitu meluas. Semua perkara ini akan meruntuhkan negara kita pada masa ini dan pada masa akan datang. Jadi soalan saya, berapa lamakah masa yang diambil oleh kementerian untuk bertindak, untuk mengesan poison letter ini kerana kadang-kadang kita dapat ia begitu lambat. Telah tersebar begitu luas, telah menarik perhatian orang ramai baru tindakan hendak dibuat.

Page 33: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 19

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kata kita mendaftarkan kepada kad prabayar ini. Namun, kita harus ingat kad prabayar yang didaftarkan ini kemudian mungkin akan diambil oleh orang lain yang penggunanya kita tidak tahu. Kemudian akan ditambah dari semasa ke semasa dan banyak kecurian-kecurian mungkin akan berlaku. Kalau kita tidak membuat penelitian dengan lebih rapi lagi perkara ini, tidak akan memberi kesan kepada kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Yang Berhormat bagi Sekijang. Sebagaimana yang kita maklumi, sistem pesanan ringkas ataupun sms ini merupakan satu kemudahan kepada pengguna-pengguna telefon mudah alih untuk menyampaikan pesanan-pesanan ringkas. Sebenarnya tujuannya banyak kepada kebaikan tetapi di dalam perkara kebaikan ini kadang-kadang ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka menggunakan perkara-perkara ini untuk menghantar perkara-perkara dalam bentuk fitnah, hasutan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang saya nyatakan tadi dalam akta yang mana Akta Suruhanjaya AKM 1998, 211 dan juga 233 menyatakan sekiranya dapat ditangkap, ditahan, mereka ini boleh didenda RM50,000 atau tidak lebih satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali ataupun didenda dalam Akta Fitnah 1957.

Walau bagaimanapun masih lagi berlaku perkara ini kerana ada pihak menggunakan telefon prabayar. Dengan setelah mendengar segala pandangan Ahli Yang Berhormat pada sesi perbahasan tahun lepas dan sebagainya maka kerajaan memutuskan supaya semua telefon prabayar dibuat pendaftaran dan ini telah dilakukan yang mana tarikh tempoh mendaftarnya juga telah hampir tiba iaitu dua hari yang akan datang. Kita yakin dengan adanya orang ramai iaitu pengguna-pengguna telefon prabayar ini mendaftar telefon mereka ini akan memudahkan lagi pihak kementerian khasnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengenal pasti mana-mana pihak ataupun individu-individu yang tidak bertanggung jawab yang menggunakan kemudahan telefon mudah alih yang tujuan asalnya untuk kebaikan, tetapi menjadi untuk keburukan malah boleh memusnahkan keamanan dan kestabilan politik negara ini. Terima kasih.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita lihat daripada laporan akhbar pada hari ini masih terdapat lebih kurang tiga juta lagi pemilik prabayar yang belum mendaftar. Alasan yang diberikan oleh mereka adalah mereka telah mendaftar dengan agen-agen tetapi sebenarnya agen itu tidak mendaftar dengan SKMM. Ada di antara agen-agen ini yang menggunakan bayaran sehingga RM4 untuk pendaftaran yang sepatutnya percuma bagi mereka yang mendaftar pada last minute ini. Apakah tindakan kementerian sebenarnya terhadap agen-agen yang melambat-lambatkan pendaftaran ataupun menghantar pendaftaran ini kepada SKMM? Terima kasih.

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Yang Berhormat bagi Pendang. Sebagaimana yang telah saya jawab dalam sesi ini juga, sebenarnya tidak perlu untuk membuat sebarang pembayaran untuk mendaftar telefon prabayar ini tetapi kadang-kadang ada pihak-pihak tertentu, agen-agen mengambil kesempatan apabila saat-saat terakhir. Seperti hari ini, sudah tinggal dua hari lagi hendak berdaftar. Maka ramai orang berebut-rebut. Agen kata dia boleh bantu dengan mengenakan sedikit caj.

Sekiranya terdapat makluman yang terperinci ada pihak-pihak mengambil upah ataupun mengenakan caj, maka boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya dan Komunikasi Multimedia dan pihak cellco ataupun pengusaha telefon itu sendiri, kalau CELCOM, CELCOMlah, kalau MAXIS, MAXISlah, akan mengambil tindakan kepada wakil-wakil ataupun agen ini dan mungkin mereka akan diberhentikan daripada menjadi agen-agen kepada cellco yang ada pada hari ini. Terima kasih.

11. Dato' Markiman bin Kobiran [Hulu Langat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan mengenai integriti Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd. (PUSPAKOM) yang semakin dipersoalkan apabila pemeriksaan kenderaan mudah diluluskan untuk digunakan di jalan raya.

Page 34: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

20 DR 13.12.2006

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Douglas Uggah Embas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan laporan yang diterima daripada Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu hasil daripada pemantauan yang dibuat ke atas PUSPAKOM dari semasa ke semasa, adalah didapati bahawa PUSPAKOM telah mematuhi prosedur dan standard pemeriksaan yang ditentukan oleh kerajaan. Justeru itu, adalah tidak benar bahawa standard serta integriti PUSPAKOM sebagai agensi yang menjalankan pemeriksaan kenderaan di negara ini telah menurun. Bagi memastikan PUSPAKOM sentiasa mematuhi peraturan dan standard yang ditetapkan serta mengawal mutu pemeriksaannya, unit kawal selia JPJ sentiasa membuat pemeriksaan berkala dan menjalankan penyiasatan serta pemantauan ke atas semua aduan yang diterima berhubung dengan tahap pemeriksaan yang dijalankan oleh PUSPAKOM.

Selain daripada tindakan yang diambil oleh JPJ dari masa ke semasa bagi memastikan PUSPAKOM memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya. Pihak PUSPAKOM juga sedang dalam usaha untuk menambah baik proses pemeriksaan dengan menggunakan sistem berkomputer bersepadu yang boleh mengurangkan penglibatan manusia atau human intervention dengan izin, dalam pemeriksaannya bagi membanteraskan penyelewengan serta mengurangkan tempoh pemeriksaan. PUSPAKOM juga telah menambah sepuluh buah pusat pemeriksaan baru dan 12 kaunter pandu lalu di seluruh negara dalam usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan perkhidmatannya.

Dato' Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat, kita sering dihidangkan dengan pelbagai alasan dalam media cetak atau media elektronik. Alasan-alasan kemalangan-kemalangan kenderaan berat yang berlaku ialah selalunya diakibatkan mechanical failure, dengan izin. Pertama sekali berkenaan dengan kegagalan sistem brek dan sebagainya dan kita juga sering dihidangkan dengan laporan serta maklumat berkenaan dengan kenderaan-kenderaan perdagangan komersial dan pengangkutan awam yang tidak berada dalam keadaan yang baik ketika menjalankan perkhidmatan mereka.

Dua atau tiga perkara ini adalah gambaran yang dapat dikumpulkan oleh ahli masyarakat kita menunjukkan bahawa terdapat sedikit pertikaian integriti oleh badan ini, badan yang membuat pemeriksaan dua kali setahun ini. Ada ketikanya, pengusaha-pengusaha ini pun juga ada membuat aduan, kalau pemeriksaan dikenakan bayaran RM40, selepas itu jika pemeriksaan itu gagal, bayaran kedua pula dikenakan RM15. Kita tidak ada satu pun sekatan atau bilangan pemeriksaan semula yang dihadkan oleh PUSPAKOM ini. Adakah ini juga boleh dikenal pasti sebagai satu keadaan di mana integriti PUSPAKOM ini dipersoalkan oleh ahli masyarakat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih Yang Berhormat. Memang kementerian sedar mengenai pelbagai aduan, pelbagai pandangan dan persepsi masyarakat mengenai PUSPAKOM. Namun, setelah beberapa lama PUSPAKOM berkhidmat kepada masyarakat, mereka juga telah menambah baik segala cara pemeriksaan termasuk yang seperti saya sebut tadi untuk menambahkan pusat berkomputer mereka dan pusat pandu laju yang dibuat oleh PUSPAKOM. PUSPAKOM juga sedar bahawa banyak masalah kerana mereka terpaksa memeriksa 2.5 juta kenderaan setahun dan juga mereka ada 66 cawangan di seluruh negara.

Jadi mereka sedar bahawa mungkin ada beberapa masalah berlaku, oleh yang demikian beberapa tindakan diambil oleh PUSPAKOM untuk menentukan bahawa integriti pegawai mereka dipertahankan, dipertingkatkan. Di antara usaha-usaha yang telah diambil ialah mereka telah menamatkan 42 pegawai mereka yang telah didapati tidak mengikut piawaian ataupun tidak membuat pemeriksaan dengan betul. Inilah satu bukti bahawa PUSPAKOM bahawa mereka juga begitu prihatin mengenai prestasi dan integriti mereka sendiri. Begitu juga sekarang, satu perkara yang jadi masalah adalah penglibatan orang tengah kerana di sinilah pelbagai andaian, pelbagai tuduhan yang dibuat.

Maka mulai 1 Oktober 2006 ini, PUSPAKOM tidak membenarkan orang persendirian menggunakan orang tengah untuk menghantar kenderaan mereka kepada pusat pemeriksaan PUSPAKOM.

Page 35: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 21

Dengan cara ini, PUSPAKOM mengharapkan segala tuduhan yang dibuat di mana orang tengah ini ada berurusan dengan pegawai-pegawai PUSPAKOM dapat dielakkan. Bagi syarikat-syarikat yang tidak dapat mengelakkan menggunakan orang tengah, PUSPAKOM memohon syarikat-syarikat ini memohon kepada PUSPAKOM untuk melantik wakil-wakil yang sah supaya dengan cara ini PUSPAKOM tahu wakil-wakil ini adalah sah dilantik oleh syarikat. Maka kita berharap dengan cara-cara ini, dan dengan pengawal selia daripada JPJ dari masa ke semasa, persepsi mengenai PUSPAKOM dan masalah yang timbul dapat kita kurangkan.

12. Dato' Tan Lian Hoe [Bukit Gantang] minta Menteri Pelajaran menyatakan, apakah kriteria dan garis panduan yang diambil oleh pihak kementerian dalam penempatan guru-guru di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran [Dato’ Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai prosedur dan kriteria untuk penempatan guru di seluruh negara. Antaranya ialah berdasarkan keperluan perkhidmatan, berdasarkan kepada kekosongan opsyen mata pelajaran di sesebuah negara berasaskan lokasi sekolah iaitu sekolah pedalaman, sekolah luar bandar dan sekolah di bandar. Mengimbangkan bilangan guru terlatih, siswazah dan bukan siswazah di sesebuah negeri. Mengambil kira segala tukar ganti guru yang bertukar masuk keluar dari negeri tersebut. Dan penempatan ke sekolah-sekolah menengah berasrama penuh, sekolah menengah teknik vokasional, sekolah sukan, sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah pendidikan khas dan juga sekolah-sekolah seni yang akan diwujudkan. Terima kasih.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab Lisan telah tamat]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA

(PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2006

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [12 Disember 2006]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Seputeh, sambung ucapan.

11.36 pg.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan juga mengalu-alukan rang undang-undang yang baru ini dibahaskan dalam Dewan ini kerana ini memang merupakan satu rang undang-undang dan juga akta yang telah lama ditunggu oleh ramai pembeli rumah di seluruh negeri.

Tuan Yang di-Pertua, selalunya pembeli unit pangsapuri merasa terperanjat apabila mereka dikehendaki untuk memohon hak milik strata dan mereka diminta untuk bayar semua bayaran maintenance yang di hutang oleh mereka semasa pemaju penyelenggara pangsapuri mereka. Dan juga konflik selalunya berlaku dalam tempoh pengalihan pengurusan daripada syarikat pemaju kepada pembeli rumah. Jadi adalah penting bagi para pembeli rumah pangsapuri ini faham tentang status kewangan pada setiap tahap dan juga tanggungjawab mereka sebagai penghuni atau pembeli unit dalam skim strata.

Page 36: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

22 DR 13.12.2006

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat] Selain itu memanglah penting bagi pengurusan bersama ditubuhkan pada tahap

awal iaitu apabila vacant possession diperolehi dan apabila pemaju mula menerima sumbangan ataupun fee pengurusan daripada pembeli rumah. Supaya badan pengurusan bersama boleh menjalankan inspection terhadap kerosakan ataupun defect dalam bangunan mereka. Oleh itu, belanjawan tahunan haruslah dijadikan sebagai asas untuk memastikan aset skim strata diperlindungkan untuk memastikan keberkesanan, keselamatan dan operasi skim strata.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkitkan dengan masalah penglibatan kerajaan negeri yang mana termaktub dalam rang undang-undang ini di mana seksyen 3 Bahagian I, dalam rang undang-undang ini mengatakan akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di setiap negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh menteri selepas berunding dengan pihak berkuasa negeri. Jadi fasal ini merupakan fasal yang mungkin mencetuskan masalah. Contohnya lembah hak milik strata yang termaktub dalam Akta Hak Milik Strata pada beberapa tahun yang mana diluluskan dalam Dewan ini pada beberapa tahun yang lepas. Ia gagal dilaksanakan di semua negeri kerana pejabat tanah yang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri enggan bekerjasama.

Jadi sehingga sekarang, kita hanya baca hanya pejabat tanah di negeri Pulau Pinang sahaja yang menubuhkan Lembaga Hak Milik Strata. Pejabat Tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malah belum menubuhkan Lembaga Hak Milik Strata sehingga hari ini. Persoalannya bagaimanakah pihak kementerian akan memastikan ...

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Penjelasan, boleh Yang Berhormat bagi Seputeh?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Mengenai Lembaga Hak Milik Strata ini, saya hendak tanya mana maklumat Yang Berhormat dapat, Pulau Pinang sahaja yang ada ini? Kalau dilihat dari segi pengurusan hak milik strata ini di Melaka kita telah mempunyai satu jawatankuasa khas yang melihat tentang permasalahan yang timbul dalam hak milik strata dan 80% daripada masalah hak milik strata selama ini telah diselesaikan oleh kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri pada hari ini. Jadi kenapa Yang Berhormat hanya sebut Pulau Pinang sahaja? Terima kasih.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Yang di-Pertua, memang ada bezanya di antara lembaga dan juga jawatankuasa. Jadi apa yang kita baca dalam surat khabar ialah hanya Pejabat Tanah di Pulau Pinang yang berjaya menubuhkan Strata Title Board ataupun Lembaga Hak Milik Strata, bukannya jawatankuasa kerana apa yang termaktub dalam Akta Hak Milik Strata itu adalah Lembaga Strata Title Board. Jadi saya menyerulah mungkin Yang Berhormat bagi Tangga Batu boleh balik minta ketua menteri yang mungkin sudah sihat sekarang, minta dia tubuhkan Perlembagaan Hak Milik Strata, di Pejabat Tanah Negeri Melaka.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Saya sendiri berada di dalam Jawatankuasa tersebut, dan permasalahannya ialah bagaimana kita menyelesaikan kemelut hak milik strata. Hasilnya sama, sama ada lembaga atau jawatankuasa. Yang penting adalah service delivery itu sampai ke pelanggan-pelanggan. Itu yang pentingnya. Jadi jangan kata hanya Pulau Pinang sahaja. Banyak lagi negeri yang sudah buat. Terima kasih.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat bagi Tangga Batu nampaknya cemburu pada kerajaan Pulau Pinang. Jadi saya cadangkan kalau jawatankuasa itu sudah begitu berkesan lebih baik tukar nama. Tukar nama ikut apa yang termaktub dalam Akta Hak Milik Strata tukar kepada lembaga. Jadi saya mungkin minta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar boleh follow-up dengan Yang Berhormat bagi Tangga Batu supaya untuk memastikan Lembaga hak Milik Strata ditubuhkan di Pejabat Tanah di negeri Melaka.

Page 37: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 23

Tuan Yang di-Pertua, biar saya teruskan. Mengenai pengurusan bersama di projek pembangunan campuran. Tuan Yang di-Pertua, sekarang semakin banyak projek pembangunan campuran ataupun mix development diadakan. Iaitu maksudnya satu projek pembangunan yang merangkumi perumahan dan juga bangunan komersial dan juga yang lain. Selain itu dalam satu projek pembangunan campuran seperti kompleks yang mempunyai kedai, pejabat dan juga kediaman.

Kumpulan tuan punya unit yang berlainan jenis mungkin mempunyai masalah dan juga kepentingan yang berlainan. Jadi adalah penting bagi kumpulan yang berlainan untuk menubuhkan badan pengurusan bersama ataupun MC yang berlainan untuk mempertahankan kepentingan mereka yang berlainan. Dalam sistem sekarang hanya satu badan pengurusan bersama diadakan bagi setiap projek pembangunan strata. Jadi saya menyeru kementerian boleh mengadakan peraturan untuk membenarkan penubuhan badan pengurusan bersama yang berlainan bagi dalam satu projek mix development yang berlainan untuk mengatasi masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkitkan tentang isu yang badan mana yang bertanggungjawab apabila konflik berlaku dalam badan pengurusan bersama strata. Oleh kerana badan pengurusan bersama ini ditubuhkan selepas vacant possession, sebelum hak milik strata dikeluarkan dan kita tahu konflik yang berkaitan dengan perumahan adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala isu yang berkaitan dengan hak milik strata adalah di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Jadi sekiranya berlaku konflik di antara pemaju dan juga penghuni ataupun pembeli unit pangsapuri, jadi misalnya mengenai bayaran fee pengurusan ataupun maintenance fees yang dikenakan mengikut unit share pangsapuri. Jadi kementerian manakah yang mereka harus membentangkan aduan mereka. Apakah pembeli rumah ini akan dijadikan seperti bola ditendang dari jabatan ke jabatan, dari kementerian ke kementerian.

Jadi memandangkan banyak Pejabat Tanah di negeri-negeri yang berlainan masih belum menubuhkan Lembaga Hak Milik Strata ataupun Strata Title Board untuk menyelesaikan konflik dalam pangsapuri ataupun skim strata, apakah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menambah lebih pegawai untuk menangani masalah dan juga konflik yang mungkin akan wujud dalam badan pengurusan bersama.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan rang undang-undang ini dilaksanakan pada semua projek skim strata termasuk bangunan skim strata yang lama, jadi saya mencadangkan supaya pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Pejabat Tanah di setiap negeri untuk mengadakan kursus dan seminar kepada pemaju dan persatuan penduduk projek skim strata supaya mereka faham fungsi badan pengurusan bersama dan cara menangani, cara menguruskan badan pengurusan bersama dan juga menangani isu supaya mereka juga boleh faham tentang fee pengurusan, fungsi special account ataupun sinking fund dan sebagainya. Saya rasa pendidikan seperti ini adalah penting kerana sekarang ramai pembeli unit pangsapuri, mereka jahil tentang tanggungjawab mereka sebagai penghuni skim strata.

Ramai di antara mereka enggan membayar fee pengurusan pangsapuri malah enggan mengambil hak milik strata kerana mereka dikehendaki untuk membayar bayaran kepada peguam dan juga hutang fee pengurusan kepada pihak pemaju. Demi mengelakkan masalah berlaku, jadi adalah penting bagi kementerian untuk menjalankan road show. Mengadakan road show dalam pelbagai bahasa kepada para pembeli rumah supaya mereka faham tentang hak, kuasa dan tanggungjawab mereka.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya juga ingin minta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga mungkin bersama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya menyamakan semua istilah yang diguna pakai dalam undang-undang perumahan mereka. Misalnya kita lihat dalam Akta Hak Milik Strata, dalam seksyen 44 dan juga Jadual Ketiga, kita baca istilah seperti “bylaws” tetapi kalau kita lihat rang undang-undang ini istilah yang kita gunakan ialah “house rules”.

Page 38: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

24 DR 13.12.2006

Jadi adalah penting bagi pembeli rumah di bawah skim projek strata memahami bylaws dalam skim strata dari awal dan bukannya pada akhirnya. Jadi saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan yang kesemua controlling document yang saya sebutkan ini, diberi nama yang sama supaya para pembeli rumah tidak akan keliru tentang istilah macam bylaws dan juga house rules.

Selain itu di bawah seksyen 24 dalam rang undang-undang ini kita akan lihat istilah macam sinking fund. Manakala di bawah seksyen 46 Akta Hak Milik Strata, istilah yang diguna itu adalah special account. Jadi kita tahu yang kedua-dua ini maksudnya sebenarnya sama iaitu satu dana rizab yang fungsinya adalah untuk pembaikan yang penting dalam satu bangunan macam pengecatan seluruh bangunan, bila lif sudah rosak. Ini digunakan untuk membaiki lif yang rosak dan sebagainya. Oleh itu, sebenarnya adalah penting bagi kedua-dua istilah ini disamakan.

Jadi saya juga cadangkan supaya mungkin pihak kementerian akan membantu para pengurusan bersama yang baru yang akan ditubuhkan di sana sini ini untuk merangka satu rancangan ataupun belanjawan sepanjang sepuluh tahun untuk membantu mereka untuk mengadakan belanjawan ataupun bajet. Supaya mereka boleh membuat rancangan dan juga belanjawan tentang sumbangan yang dibayar oleh penghuni. Mereka juga akan faham tentang peranan yang harus dimainkan oleh pihak pemaju supaya kesemua projek penghuni pembeli rumah pangsapuri ini boleh mengadakan, membuat pengurusan dalam projek pangsapuri mereka secara baik dan juga mengekalkan keharmonian di antara kedua-dua pihak. Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ramai, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8..., sebenarnya saya semalam lanjutkan ini supaya membolehkan lebih ramai tetapi saya ingin mencadangkan supaya pembahasan dapat ditutup pada jam 1 petang. Maka saya minta kerjasama, saya akan beri peluang. Alor Star.

11.49 pg.

Dato' Chor Chee Heung [Alor Star]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ucapan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas Rang Undang-undang Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) Tahun 2006. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah pun membawa rang undang-undang yang telah lama ditunggu-tunggu supaya kita semua dapat berbahas dan selepas itu kelulusan diberikan.

Setakat ini saya percaya bangunan-bangunan seperti kondo mewah, pangsapuri-pangsapuri dan juga lot-lot komersial, kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan ini memang berpandu terutama kepada surat perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli, dan yang kedua juga berpandu kepada Strata Titles Act atau Akta Hakmilik Strata. Dalam surat perjanjian dan dalam Akta Hakmilik Strata kita tahulah memang ada proviso-proviso mengenai penubuhan sebuah badan bagi maksud penyelenggaraan dan juga pengurusan bangunan iaitu MC ataupun Management Corporation. Walaupun demikian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga sekali lagi menyentuh tentang isu pengeluaran hak milik strata. Setakat ini saya percaya masih banyak lagi skim-skim perumahan berbentuk kondo ataupun pangsapuri ataupun lot-lot komersial di bangunan-bangunan besar di seluruh negara masih tidak dapat lagi hak milik strata yang kian menjadi satu masalah kepada pemilik-pemilik pangsapuri dan lot-lot komersial tersebut.

Saya menerima begitu banyak aduan iaitu dalam kawasan saya, dalam negeri saya di negeri Kedah terdapat begitu banyak lagi masalah pengeluaran hak milik strata. Saya tidak tahu sama ada ini adalah masalah di peringkat negeri ataupun di peringkat Persekutuan. Walau bagaimanapun, saya boleh terimalah kalau masalah ini adalah berkait dengan pentadbiran tanah negeri. Maka saya ingin bertanya pada Yang Berhormat Menteri macam mana beliau boleh bantu atau macam mana kementerian boleh bantu supaya hak milik strata dikeluarkan dengan secepat mungkin? Mungkin kebanyakan masalah adalah di tangan pemaju.

Page 39: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 25

Pemaju lepas habis satu-satu skim, sudah terima semua duit bila hendak bayar untuk membuat proses hak milik strata mungkin kena bayar lagi, dan lepas itu mereka tidak begitu rela hendak mengambil duit keluar untuk menjelaskan untuk proses-proses ini semua.

Yang kedua masalah yang sentiasa kita dapat melihat ialah caj perkhidmatan. Ini menjadi satu isu. Bagi sesebuah kondo mewah, isu ini tidak begitu ketara sekali sebab pemilik-pemilik yang mendiami kondo-kondo mewah adalah golongan yang berada. Namun, bagi pangsapuri sederhana, bagi low cost flat jika ada MC, Management Corporation masalahnya ialah caj perkhidmatan kadangkala terlalu tinggi. Saya diberitahu oleh seorang kawan dia mempunyai sebuah pangsapuri sederhana. Mengikut beliau caj pada setiap bulan ialah RM150 sedangkan service, kemudahan yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran ataupun caj yang ditetapkan, dan pada masa yang sama walaupun beliau tidak duduk di pangsapuri beliau hanya boleh sewa pangsapurinya RM300. So, macam manakah kita hendak mengatasi masalah ini. Jika pemilik tidak mampu bayar apakah akan terjadi? Kita tahulah dalam Strata Titles Act, dalam kuasa Management Corporation boleh mengambil tindakan saman, tuntut balik tetapi ini telah menjadi satu masalah.

Walaupun dalam rang undang-undang ini juga ada proviso-proviso, peruntukan-peruntukan mengenai bayaran caj perkhidmatan oleh pemilik-pemilik pangsapuri atau pemilik-pemilik kondo tetapi:

(i) kalau caj itu tidak begitu patut, sama ada mereka dapat membuat rayuan kepada kerajaan atau pihak kementerian kalau mereka tidak setuju;

(ii) kalau caj itu berpatutan tetapi pemilik tidak mampu bayar lagi macam mana kita hendak mengatasi masalah ini? Mungkin Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan sama ada dalam rang undang-undang bila ianya diluluskan kelak masalah ini tidak menjadi masalah yang lebih besar; dan

(iii) selepas rang undang-undang ini diluluskan, saya ingin bertanya sama ada keadaan pengawal selia masalah-masalah yang sentiasa dibangkit di pangsapuri, di flat-flat atau di lot-lot komersial ini akan kurang.

Kita tahu dalam rang undang-undang ini ada satu badan pengurusan bersama. Ini tidak begitu menjadi satu masalah dan niat peruntukan-peruntukan dalam rang undang-undang ini cukup baik tetapi dari segi pelaksanaan saya khuatir sebab mengikut peruntukan fasal 3(1) pelantikan seorang Pesuruhjaya Bangunan oleh pihak berkuasa negeri. Apakah kelayakan Pesuruhjaya Bangunan ini? Sama ada calon yang dilantik mampu menjalankan tugas. Siapa akan menentukan? Adakah calon ini dicalonkan oleh pihak berkuasa tempatan? Nama-nama yang diberikan kepada pihak berkuasa negeri selepas itu pihak berkuasa negeri membuat keputusan. Sama ada calon yang dibawa adalah orang yang berwibawa.

Pada pendapat saya jika kita serah kepada PBT untuk membuat pencalonan mengenai Pesuruhjaya Bangunan, maka ini akan menjadi satu masalah sebab kita tahu buat masa ini kita tengok begitu banyak PBT. Masalah begitu banyak telah pun dibangkit oleh penduduk-penduduk di kawasan-kawasan tertentu. Kita tidak mahu apabila dia dilantik masalah bukan sahaja tidak dapat diselesaikan. Masih wujud masih bertambah lagi. Masalah rasuah pula, kalau Pesuruhjaya Bangunan dia ini memihak kepada pemaju selepas itu pemilik-pemilik akan merayu kepada siapa? Merayu mengikut seksyen 41, kalau mereka terkilan merayu kepada pihak berkusa negeri. Kalau begitu banyak rayuan dirayu kepada pihak berkuasa negeri sama ada pihak berkuasa negeri ini mampu untuk mendengar rayuan-rayuan ini sama ada delay akan berlaku dan akhirnya mangsa ialah pemilik-pemilik hak strata ini.

Page 40: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

26 DR 13.12.2006

Tuan Yang di-Pertua, saya telah membangkit beberapa point dan harap Dewan ini akan dapat satu jawapan dari kementerian sama ada dari menteri ataupun timbalan menteri ataupun setiausaha Parlimen tetapi sebelum kita meluluskan rang undang-undang ini, kita hendak memastikan apa yang disebut dalam rang undang-undang ini memang cukup murni, baik, tetapi dari segi pelaksanaan sama ada kita boleh melaksanakan segala proviso-proviso dalam rang undang-undang ini dengan licin dengan sempurna. Tidak usahlah kita ada rang undang-undang, susah payah kita berbahas di sini selepas diluluskan masalah juga wujud lagi di kalangan pemilik-pemilik harta. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor sila.

11.59 pg.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang ada di hadapan kita pada pagi ini ada satu peruntukan iaitu peruntukan fasal 41 yang sama dengan peruntukan baru dalam Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2006 yang dibentangkan dan diluluskan kelmarin.

Dalam seksyen 3A khasnya Bahagian II:

“In the event of any doubt as to whether a housing accomodation falls within the meaning of this Act, the Minister’s decision shall be final and not be questioned in any court”

Peruntukan 41 dalam rang undang-undang di hadapan kita pada pagi ini. Isi kandungan seksyen 41 adalah seperti berikut:

“Any person or body agreed by any act to the tradition of the commissioner under this Act may within 14 days after having been notified of the action or decision appealed against the action or decision the state.authority and the decision of the state authority...”

dan ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah penting:

“...shall be final and shall not be questioned in any court”

Apa yang penting adalah apa yang ada dalam peruntukan 41, “Any person or body agreed....” Any person bermakna sesiapa pun, bukan seorang peguam. Bolehkah seorang yang tidak fasih dalam undang-undang mengetahui maksud perkataan-perkataan “...shall be final and shall not be questioned in any court”

Apabila seorang peguam meneliti perkataan-perkataan ini dan mengikut lunas undang-undang boleh dikatakan itu jadi undang-undang yang sah. Walaupun ada peruntukan seperti ini “..shall be final and shall not be questioned in any court” judicial review boleh diadakan menyebabkan oleh mahkamah.

Untuk mendapatkan satu perintah judicial review ada beberapa peruntukan dalam peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980. Di bawah undang-undang itu, apa yang harus diadakan adalah apabila sesuatu keputusan diberi oleh state authority dalam tempoh 40 hari satu permohonan untuk mendapat kebenaran untuk judicial review harus dibuat. Ada dua peringkat, kebenaran jadi prasyarat dan selepas itu judicial review on the merits boleh diadakan.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun ada dipersetujui oleh Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kelmarin, walaupun ada peruntukan ini, boleh juga ada judicial review. Jika ada judicial review di Mahkamah Tinggi itu bermakna boleh dirayu kepada Mahkamah Rayuan dan selepas itu kepada Mahkamah Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting adalah apabila seorang menteri membentangkan satu rang undang-undang dalam Dewan yang mulia ini, tidak boleh menyatakan, “Saya bukan seorang lawyer dan oleh itu jangan tanya saya mengenai undang-undang”. Itu jadi sesuatu yang asas apabila saya menyoal menteri yang berkenaan kelmarin.

Page 41: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 27

Adalah penting untuk semua menteri untuk mengadakan satu taklimat oleh Peguam Negara atau wakilnya untuk menentukan apabila seorang menteri ada di dalam Dewan yang mulia ini, dia boleh menjawab dengan tepat apa yang ditanya walaupun satu isu undang-undang berbangkit.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini dalam kes Rayapan, mengenai isu mayatnya sama ada harus diberikan kepada keluarganya yang bukan Islam atau dikebumikan oleh pihak Islam. Apa yang terjadi dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua. Walaupun isu ini melibatkan perkara 121(1A) dan perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Apabila Kabinet membuat satu keputusan dan keputusan itu begini, “Peguam negara akan membuat keputusan siapakah yang berhak ke atas mayat itu”. Tuan Yang di-Pertua, Kabinet ada menentukan apakah yang diputuskan oleh Peguam Negara akan diterima.

Walaupun pada masa itu dalam Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil isu ini dikatakan pending. Walaupun dalam Kabinet, Yang Berhormat dari..., saya pun tidak berapa pasti dari mana, tetapi..., Dato’ Nazri dia seorang peguam, tidakkah dia tahu apa undang-undang? Bolehkah seorang Peguam Negara apabila kes ada dalam mahkamah diwakilkan untuk membuat keputusan? Ini menjadi apa yang dikatakan menghina mahkamah dan semua ahli-ahli Kabinet harus dipenjarakan oleh kerana...

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: ...Menghina mahkamah. Oleh itu saya merayu kepada semua menteri dalam Dewan ini, yang datang ke Dewan ini, menteri, timbalan menteri dan setiausaha Parlimen untuk menentukan dengan izin, “That they have the law on their fingertips” walaupun dia bukan seorang lawyer. Itu adalah satu keperluan untuk menentukan apa yang diluluskan dalam Dewan yang mulia ini adalah tepat. Jangan beritahu kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, “Oh, ini adalah mahkamah untuk memberi keputusan”.

Dalam cadangan yang saya cadangkan kelmarin, saya menerima perkataan-perkataan “shall be final and shall not be questioned in any court” bukan bermakna mahkamah tidak ada kuasa. Ada kuasanya iaitu apa yang dikatakan judicial review. Untuk menggunakan apa yang mudah dan boleh difahami oleh semua, “any personal body agreed by any Act shall be final and shall not be questioned in any court” dalam peruntukan 46 dimansuhkan dan apa yang digantikan adalah ini, “....in the decision of the state authority shall be subject for judicial review” bagi menentukan semua orang faham makna “shall be final and shall not be questioned by any court”

Untuk seseorang yang tidak faham undang-undang, yang tidak fasih dalam undang-undang, makna “shall be final and shall not be questioned by any court” adalah terus terang. Tidak boleh dirujuk kepada mahkamah. Oleh kerana itu apa yang dikatakan adalah ini, “In law is an asks” kerana “shall be final and shall not be questioned by any court” untuk mahkamah itu bermakna adalah ini, boleh di question by court by the judicial of review.

Tuan Yang di-Pertua, dengan datang ke sini tidak mengetahui undang-undang dan apa yang nampaknya sekarang Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak ada di sini. Saya harap dia datang.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dia ada beritahu Dewan bahawa dia ada majlis di Istana dan akan cuba balik ke Dewan.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Baiklah, Tuan Yang di-Pertua. Saya harap dia balik kerana saya mahu mendapat tahu daripadanya adakah dia bersetuju dengan saya supaya perkataan-perkataan ini dimansuhkan iaitu apa yang saya cadangkan tadi dan dimasukkan dengan, “in the decision of the state authority shall be amenable to judicial review”. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Tangga Batu.

Page 42: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

28 DR 13.12.2006

12.10 tgh.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut sama terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2006 ini.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam sebuah pentadbiran majlis tempatan, kita akan bertanggungjawab di dalam memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat yang hidup dalam sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu dapat menikmati cara hidup yang berkualiti. Ini adalah hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya rakyat akan hidup dari satu kekuatan kepada kekuatan yang lain pada masa hadapan.

Apabila kita mengurus dan mentadbir projek-projek perumahan, terutamanya perumahan yang berbentuk rumah bertingkat atau rumah pangsa, sama ada rumah kos rendah ataupun sederhana dan mewah, perkara yang penting ialah bagaimana kita boleh mewujudkan satu keadaan yang harmoni di antara jiran-jiran. Jiran-jiran di rumah pangsa ini berada dalam kedudukan yang vertical dan horizontal. Kalau di taman-taman perumahan biasa, jirannya sebelah menyebelah tetapi apabila di rumah pangsa, lantai rumah kita adalah bumbung kepada jiran yang lain dan dinding kita adalah bersebelahan dengan jiran lain.

Jadi di sini kita dapat melihat bahawa, di dalam proses pembinaan rumah bertingkat ini, kita mempunyai berbagai-bagai-bagai fasa. Fasa yang pertama ialah di peringkat perancangan, fasa kedua di peringkat pembinaan dan fasa ketiga adalah apabila penghuni-penghuni mula mendiami rumah masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, di peringkat perancangan, kita sedia maklum bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa negeri dan juga PBT telah meletakkan berbagai-bagai garis panduan. Umpamanya sebelum sesebuah pelan susun atur itu diluluskan, pihak berkuasa negeri, di sesetengah negeri, negeri Melaka umpamanya, dipengerusikan oleh Ketua Menteri sendiri untuk melihat bagaimana pelan susun atur itu menepati cita rasa, hasrat kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan supaya kualiti hidup penghuni-penghuni rumah itu nanti akan ditingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, setelah lulus pelan susun atur, maka akan sampai pula ke peringkat kelulusan pelan bangunan. Di sini, PBT, majlis-majlis perbandaran, dewan bandar raya, juga majlis daerah akan melihat secara terperinci sama ada pembinaan atau perancangan rumah-rumah pangsa itu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh akta ataupun tidak. Jadi, di sini peranan majlis-majlis tempatan adalah amat penting di dalam memastikan pembinaan rumah-rumah bertingkat ini menepati cita rasa pelanggan serta menepati hasrat kerajaan negeri untuk kualiti hidup yang sempurna.

Kemudian akan sampai ke satu peringkat, iaitu apabila pemaju serta kontraktor kepada pemaju, membina rumah-rumah tersebut, maka di sini kita akan melihat satu pemantauan yang rapat dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan untuk memantau pelaksanaan kerja-kerja oleh pihak kontraktor tadi, menepati pelan yang telah diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, perwujudan Jawatankuasa-jawatankuasa Pengurusan Bersama ini bukannya dibentuk hanya setelah sempurna pembinaan rumah tersebut. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya di peringkat susun atur lagi, jawatankuasa ini telah dibentuk bagi memastikan jawatankuasa ini, sama ada diwakili oleh pihak berkuasa tempatan, diwakili pihak pemaju, pihak kontraktor dan juga pihak bakal-bakal pembeli rumah, mestilah berada di dalam jawatankuasa untuk memastikan supaya perjalanan ini dapat menepati apa yang dihasratkan oleh kerajaan.

Jadi, di sini Tuan Yang di-Pertua, kenapa saya katakan demikian? Kerana masalah timbul selalunya bermula daripada titik perancangan. Kalau kita membiarkan pemaju dan pihak berkuasa tempatan menjalankan pembinaan projek ini tanpa penglibatan daripada bakal-bakal pembeli rumah, maka saya percaya masalah yang selama ini timbul yang disebabkan oleh pemilik-pemilik tidak dapat bekerjasama di antara satu sama lain, akan terus berlaku.

Page 43: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 29

Saya ingin menyarankan kepada pihak kementerian supaya melihat bagaimana pembentukan jawatankuasa ini sama ada di peringkat sementara ataupun pro tem supaya ia dapat diteruskan sebagai pembentukan sebuah jawatankuasa badan pengurusan bersama selepas projek perumahan ini disempurnakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga dapat melihat bahawa hari ini kita mempunyai berbagai-bagai-bagai jawatankuasa di peringkat PBT. Umpamanya mereka mempunyai tujuh jawatankuasa sekurang-kurangnya, Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Landskap, Jawatankuasa Infrastruktur Jalan Raya dan sebagainya. Saya juga ingin mencadangkan supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menetapkan satu agenda tetap di dalam mesyuarat penuh pihak berkuasa tempatan membincangkan tentang rumah-rumah bertingkat ini, membincangkan tentang perkembangan pembangunan rumah-rumah bertingkat di kawasan-kawasan PBT.

Jawatankuasa tetap ini mestilah diwakili oleh wakil-wakil daripada badan pengurusan bersama bagi setiap rumah bertingkat, rumah pangsa, pangsapuri yang terdapat di dalam kawasan PBT supaya masalah mereka dapat didengari oleh PBT oleh sesebuah majlis dan masalah ini juga dapat ditangani secara cekap dan berkesan. Agenda ini mestilah dijadikan satu agenda tetap, di mana laporan mestilah setiap bulan. Jawatankuasa kecil rumah-rumah bertingkat ataupun rumah-rumah pangsa ini mestilah bermesyuarat dan melaporkan kepada mesyuarat penuh sesebuah majlis PBT.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya jika ada mekanisme mesyuarat tetap secara bulanan ini, masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pemilik-pemilik rumah pangsa ini akan dapat diselesaikan oleh PBT sekali gus membantu rang undang-undang ini dapat direalisasikan.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang saya kira amat penting dalam pengurusan rumah pangsa ini, selain kita dapat melihat mereka menikmati hidup yang lebih sempurna ialah hubungan di antara masyarakat di dalam rumah pangsa ini perlulah diberi perhatian. Umpamanya, kita dapat melihat rumah-rumah pangsa, sama ada ia dibina oleh kerajaan negeri, sama ada ia dibina oleh badan-badan berkanun dan juga pihak swasta, ia amat memberikan perhatian yang begitu ringan kepada kegiatan-kegiatan masyarakat. Umpamanya balai raya, tapak permainan dan juga ruang-ruang untuk anak-anak bersekolah tadika ataupun di pra sekolah.

Jadi di sini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya di samping kita memberikan perhatian kepada rang undang-undang ini, kita juga perlu mengemaskinikan, apakah sebenarnya syarat-syarat yang akan menjurus kepada pembinaan masyarakat sihat yang hidup di rumah-rumah pangsa ini. Saya ingin mencadangkan, supaya apabila dibina rumah-rumah pangsa, tempat-tempat pembangunan perkembangan sosial ini perlulah diberikan perhatian oleh pihak kementerian supaya ia menjadi pusat-pusat perkembangan masyarakat yang sihat di rumah-rumah pangsa.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila gulung Yang Berhormat.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Sudah boleh gulung? Saya minta tadi tiga minit. Sudah lebih tiga minit?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah lebih.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Oh, sudah lebih? Tuan Yang di-Pertua, satu masalah yang timbul hari ini, yang perlu diselesaikan ialah masalah strata title ini...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada satu bill lagi Yang Berhormat.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Okey. Apabila terdapatnya...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Petang boleh bahas.

Page 44: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

30 DR 13.12.2006

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: ...Pusat-pusat pembangunan masyarakat di bahagian bawah. Kementerian perlu melihat, di ground floor ini, di aras tanah ini title nya bagaimana perlu diuruskan supaya pemilik-pemilik di tingkat atas, di pangsa atas ini, dapat jelas dengan keadaan bahawa yang bawah ini adalah milik badan pengurusan, mungkin dan tingkat satu, milik mereka secara peribadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga minta supaya kementerian menyiasat ataupun membuat kajian tentang jika berlakunya wakaf, jika ada pemilik-pemilik yang ingin mewakafkan rumah-rumah pangsa yang telah dimiliki oleh mereka. Ini mungkin akan menimbulkan satu lagi masalah apabila pemilik mewakafkan tetapi dalam keadaan ini lantainya adalah merupakan bumbung kepada pemilik strata yang lain dan bumbung kita pula adalah milik strata kepada orang yang lain. Jadi, proses wakaf ini mungkin menghadapi masalah tetapi ia perlu dilihat secara terperinci oleh pihak kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam.

12.21 tgh.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengalu-alukan rang undang-undang ini kerana ia sudah lama ditunggu. Khasnya kalau saya lihat keadaan rumah pangsa kos rendah di Pulau Pinang seperti Taman Pelangi di Bukit Minyak, Taman Indah di Perai dan juga ‘Raflorin Flat’ di Pulau Pinang.

Rumah-rumah pangsa ini tidak mampu maintain. Ia sudah menjadi sebagai urban slump, di mana harga propertynya pun telah turun. Sekiranya ia tidak diselamatkan oleh pihak kerajaan, saya rasa tidak ada individu yang boleh menyelamatkan keadaan itu. Jadi, saya sangat sokong rang undang-undang ini.

Saya hendak fokus kepada maintenance and management of the low cost flat. Ini kerana saya bimbang kepada seksyen 34 – failure or refusal to pay charges dengan izin, yang dia kata dia boleh didenda;

“Any person who, without any reasonable excuse, fails or refuses to pay maintenance and management charges commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit and shall also be liable to a further fine not exceeding fifty ringgit for every day during which the offence is continued after the conviction.”

Saya khuatir ini tidak praktikal untuk low cost housing. Ini kerana saya tidak tahu ada berapa di antaranya boleh membayar five thousand ringgit dan sekiranya mereka tidak dapat membayar, pihak penguat kuasa yang patut membayar, akan membayar, adakah ini praktikal? Ini kerana begitu banyak masalah yang timbul di negeri Pulau Pinang. Jadi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menimbangkan cara yang lain. Mereka mencadangkan supaya elektrik dan air diasingkan untuk common area dan untuk setiap unit.

Jadi untuk unit-unit yang tidak membayar maintenance fees itu, boleh potong air atau potong elektriknya. Pihak kerajaan negeri berfikir ia lebih praktikal. Jadi, sesiapa yang tidak bayar maintenance fees, dia tidak dapat air dan elektrik. Saya tidak nampak bahawa ini telah di masuk...

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kota Melaka.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Di dalam akta ini.

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam, ini berkenaan dengan pemotongan air dan juga elektrik. Saya sebenarnya pernah cuba berbincang dengan pihak berkuasa iaitu Perbadanan Air Melaka. Saya telah pun difahamkan apa yang tidak bayar itu merupakan maintenance tetapi bukan air.

Page 45: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 31

Jika dia bayar air, memang tidak ada alasan bagi Perbadanan Air Melaka itu dalam kawasan saya untuk memotong air itu. Apakah pandangan daripada Yang Berhormat?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini adalah masalah undang-undang yang kita telah timbang. Saya tidak tahu sama ada kita boleh melalui dan membuat ketetapan dalam akta ini to overcome this. Ini kerana ia menjadikan satu masalah yang sangat besar. Di satu blok pangsapuri, ia ada tiga buah lif tetapi hanya satu yang boleh pakai. Pada hari raya dan juga Deepavali, sepuluh hari lif itu tidak boleh pakai. Satu lif pun tidak ada dan ia 21 tingkat. Ada orang tua, ada budak kecil dan ada wanita yang mengandung. Macam mana mereka hendak naik ke atas?

Ini bukan di satu blok sahaja, semua empat blok begitu dan bukan di satu pangsapuri sahaja, hampir semua pangsapuri mempunyai masalah seperti ini. Mereka dikatakan hanya lebih kurang 30% penghuni yang bayar, oleh kerana orang tidak bayar jadi management kata mereka tidak ada duit untuk maintain. Tidak maintain, penghuni yang sudah bayar pun tidak mahu bayar. Akhirnya ia menjadi masalah dan bagi yang mampu, mereka sudah berpindah keluar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Akhirnya, cari Yang Berhormat, cari wakil rakyat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Mereka cari Yang Berhormat bagi Batu Kawan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cari Yang Berhormatlah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Jadi, kami tidak tahu macam mana hendak tolong juga. Kami tidak dapat membayar semua maintenance. Jadi, saya rasa masalah ini kalau tidak ada campur tangan daripada kerajaan saya rasa tidak dapat selesai. Pangsapuri-pangsapuri ini sewanya sudah turun daripada RM300 menjadi RM200, menjadi RM150 dan mereka menjadi seperti pendatang asing yang menyewa. Ia menjadi satu tempat untuk pendatang asing. Sama ada mereka dengan permit atau tidak ada permit dan ia menjadi satu tempat yang disegani oleh penduduk tempatan.

Saya rasa ia akan menjadi satu masalah sosial yang sangat besar. Saya harap akta ini dapat mengatasi walaupun bukan semua masalah, tetapi sekurang-kurangnya sebilangan besar masalahnya...

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kota Melaka.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih. Ya, okey.

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya berkongsi sentimen dengan Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam. Ini kerana asal-usul bagi masalah itu ialah disebabkan oleh kegagalan pemilik-pemilik rumah sendiri untuk mencarum setiap bulan dan mereka gagal membayar maintenance fees. Kadangkala apabila saya berdepan dengan masalah macam ini, saya pun tidak dapat membantu mereka. Ini kerana asal-usul masalah itu sebenarnya kegagalan daripada pemilik rumah sendiri untuk mencarum dalam satu tabung yang dikatakan Kumpulan Wang Maintenance.

Jadi, dalam kawasan saya pernah ada percubaan daripada pihak kerajaan tempatan iaitu MBMB yang cuba mengambil alih maintenance, selenggaraan bagi unit-unit bangunan-bangunan ini tetapi masalah itu, apa yang kita buat, kita dapati kita hanya memindah milikan masalah itu daripada management corporation kepada PBT pula. Jadi sekarang, apa yang kena ditanggung itu risiko dan juga kerugian besar bukan lagi pengurusan perbadanan tetapi sekarang kerajaan tempatan iaitu MBMB pula.

Saya difahamkan sehingga hari ini, apa yang mereka tanggung sekarang ini lebih kurang...

Page 46: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

32 DR 13.12.2006

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak minta penjelasan atau hendak berucap.

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Ya, lebih kurang RM1 juta dan belum dijelaskan lagi oleh pemilik-pemilik rumah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat bagi Kota Melaka tetapi saya juga menyalahkan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya hendak nyatakan jugalah. Ini kerana saya tidak boleh cakap. Kalau boleh, memang saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat. Cukuplah, Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya rasa ramai Ahli Yang Berhormat juga menghadapi masalah yang sama, khasnya mereka yang di kawasan bandar. Ini kerana di kawasan bandar ada banyak pangsapuri seperti ini. Saya salahkan kerajaan juga kerana apabila kerajaan mengadakan pembangunan pangsapuri seperti ini, tetapi pada masa yang sama tidak menggubal undang-undang seperti ini. Undang-undang ini sudah sangat lambat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat tadi sudah cakap sekian terima kasih sudah duduk sudah cukuplah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya teringat kerana penjelasan Yang Berhormat bagi Kota Melaka. Saya teringat bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah kawan Yang Berhormat akan bawalah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Masalah ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bukit Bintang akan bawa cukuplah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Masalah ini sebenarnya di akibatkan sebahagiannya kerana kerajaan tidak mengadakan undang-undang untuk memastikan mereka membayar maintenance.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah undang-undang sudah dibubar hari ini cukuplah Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Jadi dia menjadi masalah yang besar dan sekarang kita hendak mengatasi masalah ini saya rasa adalah amat bukan senang. Jadi saya ingin menyeru supaya pendidikan yang sangat penting. Pendidikan mesti diberi khasnya kepada mereka penghuni-penghuni di pangsapuri kos rendah. Terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bukit Bintang. Mengapa Yang Berhormat bagi Tanjong? Yang Berhormat bagi Bagan, Yang Berhormat bagi Tanjong sebenarnya mula-mula tidak bangun. Jadi baiklah saya akan tegur masa lima minit lepas itu saya akan tegurlah.

12.31 tgh.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya hendak mengucapkan terima kasih kerana pada akhirnya kerajaan bersetuju menubuhkan satu Rang Undang-undang Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2006. Tuan Yang di-Pertua setelah lama dibangkitkan dan dikemukakan berbagai-bagai aduan oleh para pembeli rumah berbilang tingkat seperti pangsapuri, kondominium dan rumah pangsa mengenai berbagai-bagai masalah di kediaman mereka melibatkan pemaju dan pembeli-pembeli petak yang tidak bekerjasama. Maka ramai penghuni kediaman berbilang tingkat berasa lega dengan membentangkan rang undang-undang yang boleh membela mereka.

Page 47: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 33

Tuan Yang di-Pertua saya bersetuju dengan peruntukan rang undang-undang ini. Pada keseluruhannya tetapi terdapat beberapa perkara yang bakal menjadi kontroversi di kalangan pembeli pada kemudian hari. Saya bersetuju penubuhan badan pengurusan bersama yang mana sebuah Jawatankuasa Pengurusan Bersama akan dipilih yang melibatkan pemaju dan pembeli-pembeli antara lima hingga dua belas orang bagi tempoh tiga tahun atau sebelum Perbadanan Pengurusan ditubuhkan dan sebelum sijil hak milik strata dikeluarkan.

Tuan Yang di-Pertua selama ini sebelum Perbadanan Pengurusan terbentuk dan sijil hak milik diterima oleh para pembeli. Walaupun pembeli-pembeli telah menjelaskan bayaran lebih awal pada pemaju mereka menghadapi pelbagai masalah seperti kelewatan mendapatkan sijil hak milik strata, kediaman tidak disenggara dengan baik, pembayaran dan kutipan caj perkhidmatan yang tidak teratur pada kadar yang ditetapkan sesuka hati oleh pemaju, kurang kemudahan dan sebagainya. Kini pemaju tidak boleh bertindak sesuka hati lagi. Kesemua terserah kepada Badan Pengurusan Bersama yang berkuasa membuat keputusan dalam Mesyuarat Agung dan jawatankuasa.

Selain itu, selama ini jika sesuatu Badan Pengurusan Pangsapuri tidak aktif dan hanya segelintir jawatankuasa atau pembeli yang aktif terutama dalam soal kutipan cukai pintu dan cukai tanah di mana mereka terpaksa membayar secara kolektif. Jika mana-mana pembeli yang enggan bekerjasama dan enggan membayar cukai menyebabkan penyewa-penyewa terpaksa menanggung bersama penalti lewat membayar cukai. Bagaimana pula fees penyenggaraan bangunan ada pemilik tetap yang membayar dan ada yang tidak. Akibatnya blok kediaman itu tidak disenggara dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua saya berasa musykil dengan seksyen 23 yang menghendak pembeli membayar caj penyenggaraan yang akan ditetap oleh jawatankuasa. Yang mana jika ia tidak dibayar dalam tempoh 14 hari faedah atas kelewatan tidak lebih 10% akan dikenakan. Jika masih tidak membayar selama enam bulan maka badan melalui kelulusan Suruhanjaya Pembangunan menahan mana-mana harta alih memberi untuk lelongan awam. Bukan setakat ini sahaja. Keengganan seorang pembeli membayar caj penyenggaraan boleh menyebabkan mereka didakwa sebagai satu kesalahan di bawah seksyen 34 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5000 dan denda harian RM50 dan setiap hari kesalahan berterusan selepas sabit.

Dalam masa yang sama, seseorang pembeli tidak melunaskan cukai pintu bagi unit, boleh juga menyebabkan unit itu disita dan lelong awam dibuat oleh PBT ke atas hartanya. Nampaknya seseorang pemilik tetap terpaksa memikul dua hukuman berjalan serentak bagi kesalahan itu di petaknya. Apakah hukuman ini dianggap adil kepada pemilik tetap yang tidak kemampuan terpaksa menjalankan dua hukuman. Satu ialah tidak bayar cukai pintu dan cukai tanah dan satu lagi tidak bayar caj penyenggaraan. Saya minta kajian semula dibuat ke atas peruntukan ini kerana ia ada satu impak besar ke atas pembeli.

Tuan Yang di-Pertua saya pasti bahawa jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama akan menjadikan satu liputan dan akan berlaku berikutan kuasa sesama para pembeli. Kerana jawatan itu dibayar elaun dan perbelanjaan. Ini bukan jawatan sukarela ia jawatan bergaji. Apa pun tindakan kerja dan perbuatan Jawatankuasa Pengurusan Bersama maka perlu ada ketelusan yang mana para pembeli hendak mengetahui caj mana kumpulan wang itu dibelanjakan dan digunakan dan para...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulunglah.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Sudah gulung.., dan pembeli hendak menggunakan. Jika selama ini pemaju sembunyikan maklumat akaun pendapatan dan perbelanjaan maka akaun penyenggaraan bangunan dan kumpulan menjelas akan ditadbirkan oleh Badan Pengurusan Bersama ini wajar boleh access kepada pembeli-pembeli. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kota Melaka.

Page 48: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

34 DR 13.12.2006

12.37 tgh.

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan melibatkan Rang Undang-undang Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2006. Tuan Yang di-Pertua apabila saya lihat ini Rang Undang-undang saya dapati dalam preamble yang menyatakan bahawa “NOW, THEREFORE, pursuant to Clause (4) of Article 76 of the Federal Constitution, IT IS ENACTED by the Parliament of Malaysia as follows”. Saya rasa ini merupakan satu berkat usaha daripada Kerajaan Persekutuan yang mempunyai satu niat yang baik serta hasrat yang mana kita menyeragamkan undang-undang berkenaan dengan senggaraan bangunan ini iaitu bagi satu tempoh apabila pemberian milikan kosong telah pun diberikan sehinggalah tiga bulan maksudnya apabila pengurusan perbadanan itu dilahirkan.

Dan saya ini merupakan satu percubaan satu usaha yang cukup baik kerana selama ini dalam negara kita memang tidak ada undang-undang langsung yang boleh mengawal selia keadaan dalam tempoh itu. Saya rasa daripada jawatan pesuruhjaya bangunan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini saya rasa ini adalah satu mekanisme, satu sistem pentadbiran yang mana walaupun undang-undang itu dikawal seliakan dari segi pengawalan dasar tetapi sebenarnya pelaksanaan undang-undang ini dia jatuh dalam tangan kerajaan negeri.

Saya juga dapati dalam seksyen yang berkenaan apabila kita menggunakan perkataan “‘WHEREAS’ preamble lagi Tuan Yang di-Pertua, it is expedient for the purposes only of ensuring uniformity of the law and policy which respect to local government to make laws relating to the maintenance and management of buildings and common property within Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan”.

Jadi saya ingin tanya mengapa undang-undang keseragaman ini yang begitu baik kita hanya diguna pakai sahaja di Semenanjung Malaysia dan Labuan dan kita mengecualikan Sabah dan Sarawak. Jadi saya ingin dapat tahu daripada pihak kementerian apakah sebabnya kita hanya mengguna pakai di semenanjung dan juga di Labuan sahaja. Kerana Labuan dia termasuk sebagai salah satu Wilayah Persekutuan dan kita mengecualikan pula Sabah dan Sarawak. Ini saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Apabila saya meneliti Jadual Kesembilan bagi Perlembagaan Persekutuan memang tidak ada apa-apa kekangan dari segi undang-undang yang mengecualikan Sabah dan Sarawak dalam kes ini.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya saya ingin rujuk kepada cadangan kemasukan seksyen 4 bagi rang undang-undang ini yang menyatakan bahawa perlunya wujud satu badan joint management body iaitu badan pengurusan bersama dan dalam seluruh rang undang-undang ini, ia telah pun mewajibkan satu tanggungjawab bagi pemaju yang menyatakan bahawa pemaju-pemaju itu mereka haruslah mengadakan mesyuarat dan mereka haruslah menyediakan satu daftar pembeli-pembeli dan mereka juga haruslah membekalkan dan juga membuka satu akuan di dalam bank, satu akaun yang diberikan nama akaun penyelenggaraan bangunan tetapi, dalam realitinya Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya, wujudnya beberapa kondominium ataupun rumah-rumah pangsa yang mana pemaju itu sudah lari.

Kita tidak dapat jumpa dia, kita tidak tahu ke mana dia sudah pergi, pejabat hitam putih ada, tetapi apabila pergi ke sana, pejabat berdaftar kosong dan pada masa yang sama, apabila kita buat carian dengan CCM iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat itu masih ada lagi, tetapi dia dormant, dia belum lagi digulungkan. Tidak ada penerima. Jadi, kita tidak tahu siapa yang kita kena cari supaya dia boleh bersama-sama seperti mana yang dihasratkan oleh rang undang-undang ini bersama-sama dengan pembeli supaya mereka boleh menggabungkan dan menjadikan satu badan pengurusan bersama itu seperti mana yang dihasratkan.

Jadi, saya ingin dapat tahu daripada pihak kementerian, dalam keadaan ini apakah yang sepatutnya dilakukan oleh pembeli-pembeli. Di bawah seksyen 25 yang dicadangkan di bawah rang undang-undang ini, saya boleh jumpa satu peruntukan yang menyatakan wujudnya satu agen pengurusan.

Page 49: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 35

Saya tidak pasti selama ini agen pengurusan ini boleh menggantikan satu keadaan, jika tidak dapat wujudnya ataupun lahirnya badan pengurusan bersama yang dimaksudkan oleh rang undang-undang ini. Jika tidak ada satu penggantian yang boleh menggantikan badan pengurusan bersama ini, saya rasa ini merupakan satu kelemahan dalam rang undang-undang ini, ia merupakan satu loophole, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian atas isu ini.

Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, dari segi pelaksanaan saya rasa itu adalah cukup penting kerana recovery of arrears ataupun recovery of charges dengan izin, seperti mana yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini, sebenarnya kita sudah ada satu peruntukan undang-undang yang serupa dalam Akta Hak Milik Strata, tetapi cuma MC iaitu Management Cooperation yang telah pun diberikan tanggungjawab untuk menuntut balik semula tetapi, dalam rang undang-undang ini ialah pesuruh bangunan.

Namun, masalahnya ialah dari segi pelaksanaan, seperti mana yang saya kongsi fikiran saya dengan Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam tadi, sebenarnya dalam negara kita, masalah yang terbesar dalam selenggaraan bangunan ini ialah kegagalan sendiri daripada pemilik-pemilik rumah untuk mencarum dan di kawasan saya apabila saya lawat kawasan-kawasan, saya dapati bahawa dari segi purata, yang terbaik sekali dalam penyelenggaraan sesuatu bangunan kondominium ataupun rumah pangsa, yang membayar itu merupakan 80% sahaja.

Ini bermaksud dalam keadaan terbaik pun ada 20% daripada pembeli-pembeli rumah yang tidak langsung mencarum kepada maintenance. Itu dalam keadaan yang terbaik dan dalam keadaan yang paling teruk dalam kawasan saya pun ada 70% yang tidak bayar langsung dan hanya mereka bergantung kepada pemilik-pemilik 30% untuk menanggung kos maintenance dan sebagainya. Bagaimana, it is no longer sustainable dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya rasa dari segi pelaksanaan itu baik Perbadanan Pengurusan di bawah Akta Hak Milik Strata yang asal, ataupun di bawah rang undang-undang ini jika diluluskan iaitu jawatan Pesuruhjaya Bangunan ini dia mestilah betul-betul melaksanakan tugas dia.

Selama ini baik pun di bawah Akta Hak Milik Strata, saya tidak pernah dengar ada management cooperation yang boleh dapat bantuan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan negeri di bawah Akta Hak Milik Strata itu yang boleh memastikan bahawa mereka boleh menuntut balik wang-wang itu kerana kita tidak boleh mengharapkan perbadanan pengurusan itu management co-operation untuk membelanjakan beribu-ribu ringgit dalam bentuk kewangan kepada peguam.

Kadang-kadang arrears dia dengan izin, hanya mungkin beberapa ratus ringgit sahaja, tetapi jika kita bayangkan dalam satu kawasan bangunan yang besar, banyak arrears dengan izin, yang management cooperation itu kena tanggung. Jadi, saya berharaplah supaya masalah pelaksanaan ataupun in action dengan izin selama ini yang berlaku di bawah Akta Hak Milik Strata itu tidak akan berlaku dalam rang undang-undang ini, tidak akan berlaku dalam bentuk jawatan Pesuruhjaya Bangunan bagi rang undang-undang ini. Kalau tidak hasrat kita hilang dengan tujuan...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam bangun.

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Ya, silakan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, salah satu kebimbangan ialah cara pelaksanaan sama ada kementerian mempunyai kapasiti, mempunyai kakitangan untuk melaksanakan, kerana dia akan merangkumi satu juta sampai 1.5 juta unit dalam seluruh negara sama ada kita perlu menanya kepada kementerian sama ada kementerian telah bersedia dalam semua sumber untuk melaksanakan akta ini.

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Sebenarnya saya rasa dari segi mekanisme dalam kementerian saya rasa kementerian bersedia kerana soal pelaksanaan bukan atas bahu kementerian mengikut rang undang-undang ini.

Page 50: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

36 DR 13.12.2006

Sebenarnya ini soal pentadbiran pelaksanaan atas bahu kementerian kerajaan negeri. itulah sebab saya katakan undang-undang ini dia menyeragamkan undang-undang selenggaraan bangunan, tetapi dari segi pelaksanaan, ia jatuh ke atas bahu Pesuruhjaya Bangunan yang dilantik oleh kerajaan negeri, state authority. Itulah yang saya khuatirkan supaya kita dapat betul-betul memastikan bahawa bukan kita wujudkan ataupun lahirkan satu rang undang-undang yang begitu cantik, tetapi dari segi pelaksanaan itu merupakan satu kegagalan semata-mata. Satu lagi seksyen 41...

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kelana Jaya.

Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Sebentar tadi Yang Berhormat telah menyentuh tentang penyertaan pemilik unit, pemilik harta dan juga adakah mereka ini dapat memainkan peranan yang berkesan dalam badan pengurusan bersama itu. Walaupun Yang Berhormat telah mengatakan bahawa di kawasan Yang Berhormat peratusan yang baik 80% penduduk atau penghuni melibatkan diri dalam pengurusan. Di kawasan saya, saya nampak 60% pun sudah baik, di kawasan saya banyak pangsapuri-pangsapuri kos rendah, kebanyakannya tidak bayar langsung, yang bayar mungkin hanya 10% dan walaupun di dalam kawasan kita ini kita nampak bahawa ada tertubuhnya Persatuan Penduduk Pangsapuri blok satu blok dua, setiap pangsapuri ada.

Walaupun, adanya persatuan Penduduk, tetapi penglibatan penduduk untuk menjaga dan mempertahankan kebajikan dan kebaikan mereka itu tidak nampak berkesan, yang hadir pun hanya lima orang sepuluh orang ataupun 20 orang sahaja. Oleh itu, apabila tertubuhnya Badan Pengurusan Bersama ini, di dalam akta ini kita nampak bahawa adanya liabiliti mereka yang diberikan jawatan dalam Badan Pengurusan Bersama. Apakah ini akan menghindar penduduk ataupun pemilik daripada melibatkan diri dalam Badan Pengurusan Bersama.

Maka dengan itu saya cadangkan, apakah pendapat Yang Berhormat apabila undang-undang diluluskan, apakah kita boleh meminta pihak kerajaan supaya mengadakan satu road show ataupun memberi pendidikan kepada penduduk sama ada semua rang undang-undang ini diterjemahkan dalam semua bahasa supaya ramai yang tahu tentang tugas mereka dan peranan yang boleh mereka mainkan dalam hal ini supaya apa yang dihasratkan oleh pihak kementerian dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, minta penjelasan Yang Berhormat.

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kelana Jaya. Sebenarnya peratusan yang saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, peratusan itu merupakan peratusan orang yang mencarum kepada maintenance, bukan peratusan orang yang mengambil bahagian dalam perbadanan pengurusan.

Satu lagi soal liabiliti. Saya rasa niat bagi...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya ingin cadangkan Yang Berhormat boleh gulung untuk membolehkan saya membenarkan lagi dua Ahli Yang Berhormat berucap.

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Boleh Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan yang kedua yang menyatakan liabiliti. Saya rasa liabiliti seperti mana yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini saya dapati liabiliti itu bukan liabiliti peribadi. Liabiliti itu sebagai satu badan pengurusan bersama iaitu Joint Management Body. Jadi Joint Management Body itu dia boleh can sue and be sue. Jadi tidak ada masalah liabiliti peribadi. Jadi bagi ahli-ahli yang mengambil bahagian dalam badan ini mereka tidak perlulah khuatir bahawa mereka akan personally liable. Itu untuk menjawab soalan.

Untuk menggulung Tuan Yang di-Pertua, cuma satu point sahaja yang pendek seksyen 41 yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor. Saya rasa penggunaan klausa itu walaupun yang sama shall be final and shall not be question in any court.

Page 51: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 37

Penggunaan klausa itu pada hari ini saya rasa ia tidak menjaga kepentingan hak peribadi rakyat kerana saya rasa dengan wujudnya klausa macam ini ia seolah-olah menidakkan hak bagi pemilik rumah itu untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh pesuruhjaya bangunan itu dan saya rasa kita haruslah memastikan bahawa janganlah kita begitu ketagih menggunakan klausa-klausa seperti seksyen 41. Yang kita gunakan semalam Akta housing and accommodation saya boleh terima kerana ia mempunyai tujuan perlindungan kepada pembeli-pembeli rumah kerana tujuan itu memberikan perlindungan atas soal ataupun definisi housing accommodation.

Di sini apa yang kita ada sebenarnya satu keputusan yang mungkin menggugat hak harta peribadi seseorang iaitu private property right. Jadi saya tidak nampak apakah kegunaannya apabila kita memberikan satu blanket protection, dengan izin. Kepada kerajaan negeri, state authority yang mungkin keputusan itu tidak adil kepada pemilik rumah itu kerana harta benda dalam rumah ini akan disita. Jadi saya rasa tidak sewajarnya kita menggunakan klausa ini sembarangan dalam proses perundangan dalam negara kita dan ini merupakan kekhuatiran saya kerana baru-baru ini saya lihat rang undang-undang ini banyak peruntukan telah pun digunakan dan menggunakan penggunaan klausa sebegini.

Saya rasa kita harus berhati-hati dan berfikir betul-betul bilakah dan bagaimanakah kita boleh menggunakan klausa sebegini. Saya memberi peluang kepada dua orang rakan lagi. Saya menggulung ucapan saya. terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Yang Berhormat bagi Tanjong selepas itu Yang Berhormat bagi Bagan.

12.53 tgh.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa pembentangan rang undang-undang ini amatlah dialu-alukan dan sebenarnya ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak yang sering menghadapi masalah berhubung dengan hidup dalam rumah pangsa bertingkat. Saya rasa pada masa depan lebih ramai warga Malaysia akan menjadi warga yang memanggil rumah pangsa sebagai rumah mereka dan lebih ramai akan perlu menghadapi budaya dan masalah hidup dalam ruang yang terhad dan berkongsi ruang dengan begitu ramai orang dalam satu projek perumahan seperti saya menghadapi sebagai penghuni projek sedemikian.

Saya rasa kerajaan walaupun sudah mengambil masa yang begitu panjang untuk menggubal rang undang-undang ini tetapi saya rasa dengan tergubalnya dan lulus rang undang-undang ini kerajaan telah memainkan peranannya untuk campur tangan dalam sebenarnya urusan peribadi penghuni-penghuni rumah pangsa sebab selama ini kita mempunyai satu pandangan bahawa penghuni-penghuni ataupun rakyat perlu bertanggungjawab atas urusan sendiri tapi nampaknya tanpa dengan adanya undang-undang yang jelas manusia ataupun rakyat nampaknya tidak mampu untuk menguruskan hal ehwal sendiri tanpa campur tangan kerajaan dan terpaksalah kerajaan mengambil langkah untuk menggubal undang-undang ini tetapi tanpa partisipasi awam dan kesedaran saya rasa apa juga undang-undang yang baik sekali tidak akan berhasil. Jadi saya rasa kesedaran awam haruslah dipertingkatkan lagi tentang budaya corak hidup dan juga tanggungjawab sebagai warga yang duduk dalam rumah pangsa bertingkat ini.

Saya berharap seksyen 32, 33, dan 34 yang menggariskan proses-proses untuk menuntut tunggakan hanya akan menjadi satu deterrent sahaja dan juga di samping deterrent juga menjadi satu galakan kepada warga rumah pangsa ini untuk lebih bertanggungjawab atas urusan diri sendiri dengan membayar charges perkhidmatan seperti menjadi satu warganegara yang membayar cukai apabila diperlukan. Saya juga berharaplah seksyen-seksyen ini tidak perlu dipakai dan memadai menjadi satu deterrent dan galakan kepada penghuni untuk menjalankan tanggungjawab yang sebaik-baiknya untuk menjadi rumah mereka yang menjadi syurga mereka dan tak perlu seksa hidup dalam satu keadaan yang mempunyai pelbagai masalah.

Jadi saya rasa tanggungjawab seseorang amatlah penting untuk menjayakan kehidupan dalam rumah pangsa bertingkat. Sekian.

Page 52: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

38 DR 13.12.2006

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bagan.

12.57 tgh.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih. Singkat sahaja. Tuan Yang di-Pertua, apabila seseorang pembeli rumah pangsa beliau hendak pergi mengambil alih vacant possession atau hand over unit yang beliau beli selalunya pemaju akan meminta mereka membayar tiga bulan caj penyelenggaraan atau service charge tiga bulan sebagai deposit baik, sebagai satu bulan permulaan baik iaitu semua sekali tiga bulan dan juga meminta mereka membayar satu jumlah RM1,000 untuk sinking fund. Kegagalan membayar kedua-dua ini maka pemaju tidak mahu menyerahkan kunci kepada mereka ini. Saya meminta pihak kementerian memberitahu sama dari praktis ini boleh dibenarkan kerana saya baca dalam rang undang-undang ini tak ada peruntukan ini dan ini mungkin satu artifisial atau satu kerja-kerja yang dilakukan oleh manusia.

Tuan Yang di-Pertua, juga pada masa sekarang bukan semua rumah pangsa boleh dijual habis dalam satu projek itu. Mungkin ada 60% hingga 70% dijual tetapi masih tinggal lagi 30% hingga 40% belum dijual dan ini dikira sebagai milikan pemaju dan pemaju juga sebagai satu badan penyelenggaraan maka pemaju selalu akan kata tak cukup wang untuk penyelenggaraan. Jadi pemaju hendak menaikkan caj penyelenggaraan.

Walaupun begitu, apabila diminta oleh penghuni-penghuni katalah kalau dalam projek ini semua orang bayar termasuk yang tidak jual pun bayar sekali maka mesti cukup untuk menyelenggara tetapi pemaju kata unitnya belum jual jadi tidak ada pemilik, tidak ada tuan punya itu. Saya ingat ini sebagai common knowledge juga, pemaju perlu bertanggungjawab untuk membayar untuk diri sendiri maintenance fee untuk ini. jadi saya ingin cuma memberitahu kepada kementerian supaya kementerian boleh waspada dengan masalah ini.

Lagi satu ialah timbulnya kemusykilan dalam pelan dengan apa-apa yang telah dibina sebenarnya ditapak.Katalah arkitek akan tulis kawasan ini dia buat satu petak sahaja dia kata tempat letak motosikal dan basikal tetapi apabila penghuni-penghuni masuk ke projek itu mereka mendapati mereka kena meletakkan motosikal dan basikal mereka di open air, tanpa bumbung dan apabila pembeli-pembeli unit meminta pemaju membuat bumbung, pemaju kata dalam pelan saya diluluskan oleh pihak kerajaan tempatan tak ada bumbung. Jadi kalau mahu buat bumbung boleh, ambil wang dari sinking fund untuk membina bumbung.

Jadi ini saya rasa tak adil kepada penghuni-penghuni kerana tempat letak motosikal dan basikal perlu ada bumbung. Kalau kereta memang tak ada bumbung bolehlah tapi motosikal dan basikal tak ada bumbung tak boleh. Jadi saya berharap ini juga diambil perhatian oleh kerajaan supaya pada masa hadapan ia boleh dikawal selia dengan teliti. Baik, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, masa cukup. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan akan bersidang semula pada jam 2.30 petang dan menteri boleh jawablah.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Sebelum itu kita ada usul.

Page 53: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 39

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

2.32 ptg.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Seri Ong Ka Ting]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan,

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan Rang Undang-undang Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2006, Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2006, Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2006, Rang Undang-undang Kumpulan Wang Persaraan 2006, serta usul-usul di nombor 15,16,17 dan 18 yang dijadualkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dibahas dan diputuskan, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan.”

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Siapa menyokong?

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Hoo Seong Chang]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri mulakan jawapan.

2.34 ptg.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Seri Ong Ka Ting]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih pada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas. Walaupun saya pada sebelah pagi telah pun menghadiri Majlis Upacara Angkat Sumpah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan tetapi saya telah pun dapat catatan daripada wakil saya di Parlimen, Setiausaha Parlimen. Saya cuba akan jawab apa yang berkaitan dengan rang undang-undang yang kita cuba nak gubal ini, kalau apa yang tidak termasuk, kita boleh, perkara-perkara yang berkaitan dengan akta lain yang kebetulan juga akan dibahas di sini, boleh juga Yang Berhormat dapatkan penjelasan pada masa itu.

Yang Berhormat bagi Sungai Petani telah membangkitkan beberapa soalan. Apakah jenis pemajuan-pemajuan yang diliputi oleh rang undang-undang yang kita gubal ini, iaitu rang undang-undang ini meliputi semua bangunan yang akan dipecah bahagi termasuk kondominium, rumah pangsa, gated community, pangsapuri, bangunan komersial seperti pejabat, kompleks membeli belah, service apartment, mix development dan bangunan-bangunan industri.

Jadi semua jenis harta inilah dirangkumi oleh rang undang-undang ini. Mengenai apakah Commissioner of Building, adakah Pesuruhjaya Bangunan ini jatuh di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan atau kementerian. Siapa akan menguatkuasakan rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini di jatuh di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri. Justeru itu, Pesuruhjaya Bangunan dan rang undang-undang ini adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab pihak berkuasa negeri.

Page 54: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

40 DR 13.12.2006

Menurut seksyen 3 rang undang-undang pelantikan Pesuruhjaya Bangunan adalah dibuat oleh pihak berkuasa negeri. Tambahan pula di bawah seksyen 41, pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan terhadap apa-apa tindakan atau keputusan Commissioner of Building dan di antara bidang tugas dan tanggungjawab badan pengurusan bersama ataupun joint management body bagi mengurus dan menyenggara adalah mengurus, penyenggaraan bangunan dan harta bersama dengan berkesan, mengurus akaun penyenggaraan bangunan, menentu dan mengenakan caj yang perlu bagi pembaikan, penyenggaraan harta bersama dengan sempurna, menginsuranskan bangunan sebanyak nilai gantian bangunan terhadap kebakaran atau risiko lain, mematuhi apa-apa notis atau perintah oleh pihak berkuasa tempatan, melakukan apa-apa perkara lain yang sesuai, manfaat atau perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan itu dengan sempurna.

Dan apakah peranan pihak Kerajaan Persekutuan. Peranan Kerajaan Persekutuan dan kementerian adalah untuk menyelaraskan dan menyeragamkan undang-undang berkaitan COB seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan. Ini bagi membolehkan undang-undang yang seragam diguna pakai oleh tiap-tiap negeri dalam Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Perkara yang sama juga bagi akta-akta terdahulu berhubung dengan kerajaan tempatan seperti Akta Kerajaan Tempatan, Akta Jalan Parit dan Bangunan.

Amaun caj penyenggaraan memang tidak dinyatakan dalam rang undang-undang ini. Walau bagaimanapun, di bawah rang undang-undang, amaun, caj penyenggaraan akan ditentukan oleh joint management body bergantung pada jenis bangunan dan tahap perkhidmatan yang diperlukan. Jenis perkhidmatan di bawah caj penyenggaraan antara lain termasuk perkhidmatan pembersihan, mendapatkan perlindungan insurans terhadap kerosakan yang disebabkan kebakaran dan risiko lain. Menjalankan pemeriksaan berkala ke atas keselamatan bangunan, pembersihan premis, pemeriksaan dan penggantian segala sistem pendawaian elektrik harta bersama, menyenggara kelengkapan CCTV, perkhidmatan kawalan keselamatan dan membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan akta ini.

Yang Berhormat bagi Seputeh ada soal tentang seksyen 31 dan juga perkara mengenai masalah yang timbul dipenubuhan Lembaga Hakmilik Strata di negeri-negeri. Perkara berkaitan dengan kerajaan tempatan adalah memang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri iaitu pihak berkuasa negeri.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: [Bangun]

Dato Seri Ong Ka Ting: Walau bagaimanapun, bagi mengatasi masalah ini...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Sungai Petani Yang Berhormat.

Dato Seri Ong Ka Ting: Bagi memastikan keseragaman, nanti ya? Masalah ini boleh dirujuk kepada Majlis Negara bagi kerajaan tempatan di Perkara 95A., Perlembagaan Persekutuan. Ini bagi memastikan penguatkuasaan yang seragam di seluruh negeri.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Sungai Petani.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih Yang Berhormat, saya faham mengenai dengan caj, mengenai dengan COB dan sebagainya. Soalan saya tambahan kepada itu ialah sekiranya berlaku permasalahan, kepada siapakah yang kita akan pertanggungjawabkan macam saya katakan tadi memang kementerian mungkin tidak ada apa-apa dia cuma menyelaras tentang perkara ini tetapi yang bertanggungjawab ialah pihak berkuasa negeri dan khususnya PBT maksud saya di sini. Mengenai dengan macam saya katakan sampah, keadaan bangunan dan sebagainya, jadi adakah CAP tadi akan mengambil alih mengenai penyelenggaraan ini terutama sekali rumah pangsapuri, kos rendah bukan kondominium memang mereka begitu teratur.

Page 55: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 41

Bagi pangsapuri maksudnya rumah ini kos rendah tetapi penyelenggaraan itu misalnya macam tadi disebut oleh Yang Berhormat mengenai pendawaian misalnya electrical for and then kemudian soal keruntuhan keretakan yang berlaku siapa yang bertanggungjawab ini semua adakah pihak jawatankuasa tadi ataupun COB tadi bertanggungjawab ke atas itu semua. Perkara kedua Yang Berhormat tidak menjawab soalan saya mengenai dengan keselamatan adakah pihak ini juga bertanggungjawab atas keselamatan pangsapuri ataupun rumah bertingkat tadi. Terima kasih.

Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, saya ada sebut tadi menyelenggarakan kelengkapan CCTV dan juga perkhidmatan kawalan keselamatan, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan akta ini. Maka keselamatan itu memang dalam kawasan harta bersama itu juga boleh diuruskan oleh COB

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Maksud saya ini berkenaan dengan keselamatan misalnya ada orang yang seperti mengawal selia kawasan itu berjalan sana sini. Kalau pangsapuri sudah tentu dia tiak ada CCTV, ini kos rendah yang maksud saya lebih kepada kos rendah. Yang mahal apartment itu sudah tentu keselamatan mereka terjamin, lebih kurang. Terima kasih.

Dato' Seri Ong Ka Ting: Kalau sekiranya kawasan itu adalah kawasan awam maka penguat kuasa kerajaan seperti polis tetap pada bila-bila perlu bertanggungjawab. Dalam kawasan katakan pangsapuri atau low cost flat kalau sekiranya dia Joint Management Body ini dengan persetujuan semua wakil-wakil penghuni rasa mereka perlu adakan katalah rondaan keselamatan buat sesuatu yang lebih menjamin. Maka Joint Management Body ini boleh buat keputusan dan mereka boleh cadangkan caj itu kena kutip bagaimana. Mengenai Yang Berhormat kata kalau ada masalah dia hendak rayu itulah sebabnya COB ataupun pesuruhjaya bangunan itu perlu adalah dilantik daripada mereka yang mempunyai kuasa di pihak berkuasa tempatan.

Sebagai satu persetujuan apabila perkara ini dibawa kepada perbincangan Majlis Negara Kerajaan Tempatan, boleh dikatakan Menteri-menteri Besar rasa elok kita mula dengan Yang di-Pertua PBT. Kalau Yang di-Pertua PBT adalah pesuruhjaya bangunan, beliau boleh memberi arahan kepada semua kakitangan yang mana sesuai di bawah PBT untuk menguruskan sesuatu perkara untuk mengawal selia, menyelaras dan menjadikan fungsi itu lebih berkesan. Itulah salah satu sebab mengapa pihak berkuasa negeri dan PBT sepatutnya diberi tanggungjawab untuk membantu untuk menyelesaikan dan melicinkan pentadbiran dan pengurusan harta bersama ini.

Dato' Chor Chee Heung [Alor Star]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Alor Star Yang Berhormat, hendak bagi jalan?

Dato' Chor Chee Heung [Alor Star]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri kata selepas Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan, semua Menteri-menteri Besar telah bersetuju supaya Yang di-Pertua PBT dilantik sebagai pesuruhjaya bangunan. Jika Yang di-Pertua dilantik, dia sebagai seorang dalam kawasan PBT yang begitu luas. Macam di bandar raya Kuala Lumpur terlalu banyak kondominium, pangsapuri-pangsapuri dan juga lot-lot komersial, sama ada seorang Yang di-Pertua bolehkah mampu menjalankan tugas? Saya khuatir nanti dia kalau tidak mampu tidak ada masa dia delegate semua kepada siapa-siapa dia suka. Ini pula tidak mencapai hasrat kerajaan juga. Terima kasih.

Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, ingin saya jelaskan bahawa fungsi ini adalah di bawah JMB iaitu Joint Management Body. Sebenarnya segala kerja urusan apa masalah sepatutnya diselesaikan di JMB. Cuma apabila berlakunya sesuatu pertikaian atau sesuatu yang tidak dapat mereka tangani di antara pemaju, pemilik dan penghuni barulah perkara itu boleh dirujuk kepada COB dan COB bukan orang yang kena turun pergi tengok apa jadi.

Page 56: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

42 DR 13.12.2006

Pesuruhjaya ini dia berkuasa melantik orang yang dia rasa mempunyai sesuatu peranan yang boleh memainkan peranan berkesan untuk mengatasi pertikaian ataupun menguatkuasakan undang-undang akta ini dari segi hukuman katakan kalau enam bulan dia tidak bayar terus, dia tidak mahu bayar jadi tentu kena ada seorang yang berkuasa apabila dia bagi arahan sign iaitu arahan itu jalan. Kalau kita tidak bagi kuasa kepada orang yang nombor satu di PBT maka susah untuk pihak authority ini menggunakan kuasa dengan baik.

Sebagai permulaan kita perlu meninjau sejauh mana cara ini berkesan dan memang pada satu ketika dia perlu kerja-kerja yang straight forward, COB Pesuruhjaya boleh turunkan kuasa untuk menjalankan sesuatu. Sebagai contoh Setiausaha Majlis Timbalan YDP ataupun Pegawai Teknikal ataupun Pegawai Perancang dan sebagainya dia boleh bagi kuasa untuk satu fungsi tertentu. Jadi perlulah orang yang nombor satu ini baru dalam kedudukan yang mempunyai kuasa itu. Inilah salah satu cara, walau bagaimanapun banyak perkara akan ditimbulkan kerana dia punya detail itu banyak.

Selepas undang-undang ini digubal kementerian akan panggil mesyuarat lagi seterusnya bersama-sama pihak berkuasa negeri dan juga beberapa pihak berkaitan untuk menyediakan satu garis panduan yang lebih menyeluruh yang lebih detail dengan mengambil kira pandangan, cadangan Dewan ini yang telah dibahaskan dan juga pada masa yang sama kita akan rujuk kepada apakah masalah yang kerap berlaku. Jadi garis panduan itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Oleh sebab bila kita mula dengan satu undang-undang baru ia tentu ada sesuatu yang mungkin tidak cukup lengkap tetapi pada masa akan datang boleh sentiasa dibaiki.

Tuan Yang di-Pertua, ada banyak perkara mengenai isu yang berkaitan dengan hak milik strata dan management corporation. Perkara-perkara dibangkit itu boleh dijawab dengan lebih baik oleh Kementerian Sumber Asli yang kebetulan akta selepas ini akan dibentangkan untuk dipinda. Maka saya rasa pada masa itulah perkara-perkara itu boleh dapatkan jawapan. Skop peranan rang undang-undang ini adalah jelas, ada sedikit perbezaannya dengan Akta Hak Milik Strata.

Rang undang-undang ini hanya untuk aspek penyelenggaraan dan pengurusan harta bersama sahaja. Isu hak milik strata title adalah memang di bawah Akta Strata Title termasuklah juga sempadan tempat letak kereta dan sebagainya itu adalah di bawah Akta Strata Title. Pengurusan dan penyelenggaraan harta bersama adalah atas kawasan pembangunan di atas satu lot kerana banyak perkara adalah harta bersama termasuk cukai tanah. Oleh itu sesuai Joint Management Body meliputi segala harta dalam lot yang sama. Ini untuk menjawab soalan yang kata bagi jenis bangunan projek campuran kerana dia di bawah lot yang sama.

Kementerian sedang merangka road show serta mengubah garis panduan, telah pun saya jawab tadi, supaya pandangan-pandangan Yang Berhormat itu akan diambil kira. Telah disebut, mengapa rang undang-undang ini hanya bagi Semenanjung, Wilayah Persekutuan. Mengikut Perkara 95(d), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa fasal 4, Perkara 76 tidak terpakai dan perenggan fasal 1, perkara ini tidak membolehkan Parlimen membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang tersebut dalam fasal 4, perkara itu bagi negeri Sabah dan Sarawak yang antara lain meliputi Kerajaan Tempatan.

Jadi, walau bagaimanapun Kerajaan Sarawak dan juga Kerajaan Sabah, mereka juga turut hadir di Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan. Biasanya apabila sesuatu pengubahsuaian atau penggubalan undang-undang diadakan, kedua-dua Kerajaan Negeri pun mereka akan juga melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat di negerinya supaya seboleh-bolehnya ada keseragaman.

Yang Berhormat bagi Kota Melaka ada juga membangkitkan hal-hal yang lain. Di antara kewajipan pemaju adalah untuk mengadakan mesyuarat pertama, kesemua pembeli untuk menubuhkan Joint Management Body. Sekiranya pemaju gagal, maka Pesuruhjaya bangunan boleh melantik seseorang untuk mengadakan mesyuarat pertama Joint Management Body dalam masa yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya Bangunan.

Page 57: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 43

Yang Berhormat bagi Alor Star juga membangkitkan, terdapat peruntukan berhubung bayaran caj perkhidmatan tetapi sekiranya pembeli dikenakan caj yang tidak berpatutan, sama ada rayuan boleh dibuat kepada Kerajaan Persekutuan. Menurut seksyen 41, saya telah jawab tadi. Apa-apa pun, kalau sekiranya masih terdapat sesuatu yang tidak kena, Kerajaan Persekutuan tetap sanggup membawanya untuk dibincangkan di Majlis Negara Kerajaan Tempatan dan untuk dapatkan perhatian Kerajaan Negeri yang berkenaan.

Yang Berhormat bagi Tangga Batu juga cadangkan Joint Management Body dilihat dalam peringkat perancangan dan dalam satu skim pembangunan. Joint Management Body yang terdiri dari pemaju dan pembeli belum dikenal pasti semasa perancangan. Oleh itu, Joint Management Body memang masih tidak dapat melibatkan diri dalam proses perancangan itu adalah peringkat lebih awal lagi. Ini adalah apabila pangsapuri itu sudah siap, sudah serah kunci, tetapi belum dapat Akta Strata Title, hanya tempoh ini sahaja akta ini berkuat kuasa...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan saya tadi, saya ada bangkit dengan isu mix development. Project mix development. Macam satu kawasan yang mana ada beberapa jenis projek perumahan ataupun mungkin dalam satu shopping complex, ia ada kedai, ada kediaman. Jadi, bagi badan pengurusan bersama ini, MC atau management cooperation ini, bolehkah dia dalam satu projek, ada dua MC atau tiga MC untuk menjaga kepentingan yang berlainan ini? Jadi saya masih tunggu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Ong Ka Ting: Tadi saya ada jawab bahawa kerana mix development ini, dia adalah satu harta bersama atas satu lot dan banyak perkara adalah harta bersama termasuk sebagai contoh, Cukai Tanah. Kalau kita asing-asingkan dia, akan ada masalah koordinasi. Setakat ini Joint Management Body ini adalah untuk semua harta dalam lot yang sama. Inilah kesan undang-undang ini akan...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, masalahnya sekarang ialah mungkin dalam satu kompleks, atas service apartment, bawah adalah kedai. Kalau maintenance fees yang mereka bayar itu adalah berlainan. Jadi kalau hanya di bawah satu MC, mungkin ada masalah kerana masalah yang dihadapi bagi penduduk atas dan juga bawah itu berlainan. Jadi, saya ingin cadangkan mungkin kita boleh adakan sub MC. Kerana kalau semua dirangkumi dalam satu badan pengurusan bersama, mungkin MC itu akan gagal menjaga kepentingan masing-masing ini.

Satu lagi soalan yang saya masih tunggu jawapan ialah, kalau badan pengurusan bersama ini, kalau pemaju dan pembeli rumah itu bergaduh lagi, dan ada masalah tentang macam maintenance fees, tentang gaji yang dibayar kepada staf dalam MC itu, jadi dahulu mereka akan pergi ke Bahagian Pengaduan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi, sekarang macam mana? Adakah mereka masih pergi ke Bahagian Pengaduan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan?

Dato’ Seri Ong Ka Ting: Yang pertama mengenai mix development yang disebut oleh Yang Berhormat itu. Apa yang saya dapat faham tadi ialah kalau dia di bawah satu lot tanah, di bawahnya kompleks, di atas service apartment katakan. Maka Joint Management Body ini, bila dia menubuhkan Joint Management Committee, dia boleh merangkumi wakil daripada kompleks dan wakil daripada apartment. Dia boleh ada sampai 12 wakil daripada pemilik petak. Dari situ dia pastikan ada wakil dari service apartment, wakil dari kompleks dan di situ mereka bincang.

Kalau di situ Joint Management Committee rasa dari segi fungsi dia boleh pecah di antara mereka tetapi dia masih di bawah satu JMC. JMB ditubuh atas JMC. Maka JMC boleh buat keputusan, bagaimana dia boleh lebih khusus untuk menjaga jenis harta yang sama. Ini boleh dibincangkan oleh mereka. Kalau ada apa-apa, dia masih kena balik kepada JMB. Saya rasa, masa kita buat garis panduan ini, perkara ini akan diteliti. Kita akan cari satu penyelesaian yang lebih jelas.

Page 58: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

44 DR 13.12.2006

Dahulunya, kementerian saya telah pun cuba membantu menyelaras pertikaian antara developer dengan pembeli ialah pada tempoh selepas serah kunci sehingga strata title sebab masa itu tidak ada undang-undang. Maka kementerian, dengan izin out of the way, cuba bantu mereka.

Sekarang sudah ada undang-undang ini, so ada law. Ada undang-undang boleh mengikat semua pihak. So, kita rasa, kita bagi undang-undang ini dijalankan, diamalkan dengan berkesan dahulu. Kementerian sentiasa memantau, tengok apa terjadi? Ini terutamanya bagi tempoh permulaan. Tentu ada banyak perkara boleh di find tune. Kementerian punya peranan akan bawa perkara ini kepada MNKT, Majlis Negara Kerajaan Tempatan untuk membaiki lagi. Kalau tidak, hanya dengan secara administrative, secara pentadbiran, kementerian cuba selesai masalah itu, dia tidak akan berkesan sebab pemaju dia mahu dengar boleh. Kalau dia tak dengar pun tidak ada undang-undang hendak menghukumkan mereka. Ini akan jadi satu masalah. Itu sebabnya kita menggubal undang-undang ini di Dewan hari ini.

Tuan Yang di-Pertua...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya masih tidak jelas, adakah bila mereka ada masalah..

Timbalan Yang di-Pertua, [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: ...Mereka pergi ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kah?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Menteri belum bagi lagi peluang.

Dato’ Seri Ong Ka Ting: Saya belum bagi ...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Dalam proses transition ini, mereka, pemaju juga pernah memohon strata title kepada Pejabat Tanah. Jadi dalam transition ini, siapa yang mereka pergi? Mungkin kalau pembeli rumah itu mereka mahu walkout developer, mereka mahu ambil alih semua pengurusan. Jadi, kalau keadaan macam ini berlaku, kementerian mana yang bertanggung jawab, yang boleh menolong?

Dato’ Seri Ong Ka Ting: Itulah tujuan undang-undang ini. Sebelum itu, apabila pembeli rumah memulakan sign S&P dengan developer, jadi Akta Pemajuan Perumahan ambil peranan. Sampai vacant possession iaitu serah kunci, Akta Pemajuan Perumahan masih berkesan. Apabila ada sesuatu tidak kena kerana S&P, mereka masih boleh menuntut di tribunal. Akta itu masih berjalan untuk sampai setakat itu.

Akan tetapi selepas vacant possession keluar, kalau bukan hal mengenai kecacatan atau lewat serah rumah, ia berkaitan dengan pengurusan dan penyelenggaraan. Maka Akta Perumahan sudah tidak boleh lagi merangkumi masalah ini dan dari situlah kita buat undang-undang ini. Undang-undang ini berkaitan dengan pengurusan dan penyelenggaraan. Kalau ada pertikaian antara pemilik dan pemaju, maka akta ini, Pesuruhjaya Bangunan lah orang yang akan menguatkuasakan mengikut semua seksyen akta ini. Kita rasa inilah amat tepat pada masa untuk kita mengenakan undang-undang ini. Maka tidak ada lagi pada bila-bila masa kata tiada undang-undang yang sesuai.

Tuan Wong Nai Chee [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya sedikit Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan badan pengurusan bersama. Kerana bila saya baca rang undang-undang, saya dapati bahawa susun lapis bagi rang undang-undang ini berasaskan kepada satu andaian iaitu kita dapat kerjasama setiap masa daripada pemaju perumahan, padahal pada realitinya dalam kawasan saya wujudnya kawasan yang mana pemaju itu dia lari, tidak tahu mana dia pergi, jadi tidak dapat cari dia. Wakil pun tidak ada, sesiapa pun tidak ada. Pejabat berdaftar, kita pergi tempat dia, tidak ada orang, kosong.

Page 59: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 45

Namun, pada masa yang sama, search dibuat dengan Suruhanjaya Syarikat, kita dapati syarikat itu masih dormant lagi. Jadi dia belum tergulung lagi. Jadi dalam keadaan ini, bagaimanakah kita dapat melahirkan badan pengurusan bersama itu? Kerana mengikut seksyen yang diberikan, badan pengurusan bersama itu haruslah terdiri daripada pemaju dan juga pembeli. Jadi, apakah cara penyelesaian dalam kes ini?

Dato’ Seri Ong Ka Ting: Ya, Yang Berhormat merupakan wakil rakyat yang banyak hands-on tentang masalah pemilik. Memang baik juga untuk bagi maklum balas ini. Memang undang-undang ini memastikan semua pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka, kalau tidak mereka akan dikenakan tindakan undang-undang. Kalau sekiranya pemaju sudah menghilangkan diri dan tidak dapat cari lagi, maka Pesuruhjaya Bangunan kena ambil tindakan untuk membaiki situasi. Dia kena teruskan juga JMB dan JMC. Inilah salah satu perkara yang kami akan teliti dalam garis panduan supaya bagaimana Commissioner of Building dapat jalankan tugas dengan lebih jelas. Itulah banyak masalah praktikal kita akan rujuk untuk membentuk garis panduan itu. Ini adalah satu pandangan yang amat berguna untuk kementerian saya apabila kita membuat garis panduan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Tangga Batu ada sebut mengenai cadangan agenda tetap dalam mesyuarat penuh PBT untuk memantau masalah yang dibangkitkan oleh pemilik. Tanggungjawab bagi mengawal selia dan mentadbir akta ini dalam memastikan bangunan dan harta bersama diurus dan di selenggara dengan sempurna adalah di bawah Pesuruhjaya Bangunan. Nampaknya kalau kita jadikan agenda penuh, maka PBT nampak ia sudah campur dalam bidang kuasa Pesuruhjaya Bangunan. Dengan adanya YDP ataupun orang yang betul-betul berkuasa jadi pesuruhjaya, saya nampak ia ada satu kesan di situ. Maka kalau ada orang katakan ahli majlis bawa perkara ini dalam mesyuarat PBT, maka Yang di-Pertua itu faham dan Yang di-Pertua itu boleh jalankan tugasnya sebagai pesuruhjaya kemudian untuk mengatasi masalah.

Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam ada bertanya sama ada kementerian bersedia melaksanakan rang undang-undang ini. Kita boleh laksana kalau banyak sangat bangunan. Oleh kerana masalah ini adalah satu perkara yang mesti kita hadapi dan tangani, maka Pesuruhjaya Bangunan kenalah melaksanakan melalui kerajaan negeri dan juga melibatkan mereka yang sesuai. Di pihak berkuasa tempatan, kita memang bersedia melalui mekanisme ini untuk melaksanakan undang-undang ini. Dikatakan seksyen 34 kalau gagal untuk bayar caj, boleh didenda RM5,000 dan RM50 setiap hari. Apakah ini akan membebankan mereka yang di flat kos rendah. Ingin saya sebutkan oleh kerana mereka tahu sekarang ini, ada orang tahu kalau tidak bayar pun tidak ada undang-undang. Maka sebahagian daripada mereka yang tidak bayar itu, mereka ingat tiada siapa boleh buat apa-apa.

Dengan adanya undang-undang ini, kebanyakan orang akan bayar kalau dia memang boleh bayar. Kalau terdapat mereka yang miskin katakan poverty group, kerajaan memang sedang buat sesuatu untuk membantu orang yang betul-betul di bawah poverty line. Ini memang Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri, kita ada pelbagai program membantu mereka tetapi kita tidak mahu orang ambil kesempatan, dia boleh bayar tetapi dia tidak mahu bayar. Padahal ada sebahagian orang bayar dan sebahagian lagi tidak bayar. Jadi tidak adil pada orang yang bayar kerana dia tidak dapat servis pengurusan yang baik. Semasa menguatkuasakan undang-undang ini, kita akan tengok apa yang akan timbul kemudian supaya ianya boleh diperbaiki.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang kami di sini pun sokong rang undang-undang ini kerana sudah lama ditunggu. Yang khuatir ialah pelaksanaannya. Kalau pihak kerajaan negeri, saya rasa pada waktu sekarang ia tidak ada mekanisme pun walaupun mereka ada Exco yang menjaga perumahan. Namun saya rasa structurenya amat minima dan kalau kita lihat di kerajaan tempatan, kita pun sangat khuatir kerana kerja-kerja atau tanggungjawabnya yang basic itu pun tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Page 60: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

46 DR 13.12.2006

Jadi bolehkah kita dapat penjelasan, adakah ia akan mempunyai mekanisme yang spesifik untuk melaksanakan rang undang-undang ini? Selepas Parlimen luluskan rang undang-undang ini, ia akan ambil berapa lama untuk kerajaan negeri juga bersedia untuk melaksanakan? Apakah mekanismenya? Macam mana kementerian Yang Berhormat dapat menyelaraskan perkara-perkara seperti ini?

Dato’ Seri Ong Ka Ting: Saya ada sentuh sebahagian jawapan tadi. Selepas rang undang-undang ini diluluskan, kementerian saya akan mengadakan road show. Kita akan bincang dengan semua pihak kerajaan negeri dan semua pandangan yang sesuai itu kita ambil kira. Kemudian kita buat satu garis panduan yang menyeluruh. Apabila garis panduan itu telah pun mengambil kira semua pandangan, kita mulakan pelaksanaan dan seragamkan mekanisme itu melalui garis panduan supaya semua kerajaan negeri mengikutinya. Apabila berlakunya sesuatu yang perlu dibaiki, kementerian akan bawa kepada Majlis Negara Kerajaan Tempatan. Di situlah dapat kita memperbaiki lagi pada masa akan datang.

Saya kata ini rang undang-undang baru. Pada mulanya, kalau ada apa-apa yang tidak lengkap, kita perlu sedikit masa untuk memperbetulkan dan untuk menjadikannya lebih lengkap. Untuk berapa lama..., sebaik sahaja rang undang-undang ini di gazette untuk dikuatkuasakan ataupun sebelum digazette kita akan sediakan garis panduan bukan sahaja berbincang dengan pihak kerajaan, kita akan bincang dengan..., apabila kita menggubal undang-undang ini, banyak perbincangan telah dibuat dengan mereka the management corporation yang ada pengalaman. Ini adalah betul-betul pemilik petak yang kita sebut mereka sebenarnya telah pun bagi banyak feedback dan pandangan. Garis panduan itulah yang akan mengambil kira dan dapat menjaga pandangan-pandangan yang disuarakan di sini.

Tuan Yang di-Pertua, ada juga Yang Berhormat bagi Bagan dan Bukit Bintang juga dibahaskan untuk jawapan yang dapat saya jawab ialah kutipan pendahuluan yang disebutkan adalah dibenarkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan. Walau bagaimanapun, di bawah rang undang-undang ini segala caj penyelenggaraan yang dikutip diwajibkan untuk masuk dalam penyelenggaraan bangunan. Jadi tidak ada pemaju boleh gunakan wang ini untuk tujuan mereka. Apabila akaun penyelenggaraan ini dibuka ia akan dipantau dengan ketat melalui undang-undang ini.

Dalam rang undang-undang ini juga telah ditetapkan agar pemaju juga membayar penyelenggaraan bagi unit yang tidak jual. Kalau dalam satu projek 100 unit sudah dijual 80 unit, ada 20 unit lagi belum jual, 20 unit itu pun dikenakan bayar caj macam orang lain dan pemaju bertanggungjawab itu, dia punya harta, dia pun pemilik. Bagi pemilik petak yang gagal membayar caj ini saya telah sentuh. Kami masih yakin dengan ada undang-undang ini, lebih ramai pemilik petak akan bayar caj. Oleh kerana sudah ada sesuatu yang boleh menghukum mereka.

Fasal 23 memperuntukkan kewajipan pembeli membayar caj penyelenggaraan harta bersama. Fasal 32 membolehkan badan pengurusan bersama mendapatkan caj penyelenggaraan dan semua Fasal 32, 33, 34 itu Yang Berhormat bagi Bukit Bintang sebut mengenai fasal 34 mengenakan penalti kerana kegagalan atau keengganan membayar caj, adakah ini adil. Ini apabila menjalankan, menguatkuasakan undang-undang ini kita kena tengok apa yang sepatutnya kewajipannya dia kena buat. Kalau kewajipan dia tidak buat maka dia tidak adil untuk orang lain yang bayar. Kita perlu bagi sedikit masa untuk kita tengok bagaimana perkara ini dapat dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor, dia timbulkan isu seksyen 41 rang undang-undang ini. Ingin saya menjelaskan bahawa kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa negeri di bawah seksyen 41 adalah perlu bagi melicinkan pelaksanaan rang undang-undang ini. Keputusan ini tidak akan dibuat sewenang-wenangnya. Hak untuk memohon bagi semakan kehakiman adalah merupakan suatu prinsip undang-undang pentadbiran yang mantap. Mana-mana orang yang dimudaratkan oleh keputusan mana-mana pihak berkuasa awam, berhak untuk membuat sesuatu permohonan bagi semakan kehakiman.

Page 61: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 47

Walaupun terdapat peruntukkan nyata yang tidak membenarkan keputusan pihak berkuasa negeri dipersoalkan, mahkamah boleh membenarkan semakan kehakiman sekiranya terdapat kecacatan dalam membuat keputusan berkenaan. Sekiranya keputusan pihak berkuasa negeri dirujuk untuk semakan kehakiman, pihak-pihak boleh mengemukakan permohonan kepada pihak mahkamah di bawah kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi penggantungan keputusan pelaksanaan itu sehingga semakan kehakiman tersebut selesai. Terpulang kepada mahkamah sama ada membenarkan permohonan tersebut atau sebaliknya.

Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi isu yang berkaitan di luar daripada bidang akta ini kita tetap akan mengambil kira.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan. Itu ialah mengenai ouster clause ialah mahu perkara sama ada ultravires terserah kepada mahkamah tetapi kenapa tidak buat satu keputusan dasar di peringkat di sini bahawa semua keputusan ada dibuat sama ada kerajaan negeri atau badan-badan yang berkenaan boleh di subject to judicial review.

Dato' Seri Ong Ka Ting: Saya ingin menegaskan sekali lagi, untuk akta ini licin dan berkesan supaya dia tidak dilambatkan oleh mana-mana pihak dengan mengambil kesempatan untuk menggunakan peluang untuk pergi ke mahkamah. Maka untuk kepentingan orang ramai kita rasa clause ini adalah penting untuk menjadikan rang undang-undang ini berkesan untuk dilaksanakan. Ini memang satu pendirian kerajaan dan kementerian saya untuk rang undang-undang ini.

Saya rasa Ahli-ahli Dewan Rakyat pun tahu bahawa kalau kita tidak jalankan tugas ini dengan tegas dan juga dengan sangat berkesan maka dia akan subjek kepada pelbagai tactical delay dan sebagainya. Itu yang dapat saya jawablah.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya sudah bagi jawapan kepada kebanyakan soalan. Apa-apa yang lain dapat kita catit. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang rndang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal 1 hingga 46 -

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Kepong

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Fasal 4, 5, dan 6 mengenakan peruntukkan bagi penubuhan badan pengurusan bersama kewajipan pemaju untuk mengadakan mesyuarat pertama dan agenda bagi mesyuarat pertamanya. Tuan Pengerusi, fasal 7 untuk mengenakan ke atas badan pengurusan bersama tujuan untuk memberitahu Pesuruhjaya Bangunan tentang penubuhannya.

Di sini terutamanya mengenai fasal 8 memperketatkan tugas dan kuasa badan pengurusan bersama. Pengalaman saya dalam beberapa tahun ini saya dapati yang pertama bukan sahaja pengurusan tidak begitu cekap, bahkan juga ada para penduduk, penghuni yang tidak bayar, memang ada yang degil dan ada juga yang menuntut dengan tidak munasabah. Walau bagaimanapun, bolehkah Yang Berhormat dengan kelulusan rang undang-undang ini memastikan tidak ada pihak yang lain yang di luar yang terlibat dengan pengurusan ini.

Page 62: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

48 DR 13.12.2006

Misalnya kongsi gelap. Sebab dari masa ke masa saya diberitahu apabila pihak penghuni hendak menuntut sesuatu, kadangkala ada orang luar yang buat ugutan dan sebagainya. Saya berharaplah kita boleh elakkan daripada berlakunya pihak-pihak yang lain yang terlibat dengan pengurusan. Memang satu perkara yang berlaku dan saya berharap Yang Berhormat dapat mengkaji setakat mana perkara ini berlaku di seluruh negara.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Untuk seksyen 32, 33, 34 dan 40 dengan izin, recovery of the service charges dengan services charges is only recover again the purchase whereas the Strata Title Act, service charge is recoverable again the purchaser and tenant. Jadi ada dua standard macam ini adakah Yang Berhormat Menteri sedar dia mungkin akan mengelirukan dan juga sekiranya akta ini dilaksanakan adakah kementerian telah mengambil perhatian tentang rumah pangsa yang sudah ada sekarang yang memang dalam masalah yang serius. Saya rasa kalau dia bermula dengan akta ini kita akan lebih senang. Untuk pangsapuri-pangsapuri yang bermasalah adakah kementerian telah mengadakan satu pendekatan yang lain supaya dia lebih senang dilaksanakan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Menteri, sila.

Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Pengerusi, ini masalah orang luar. Apabila undang-undang ini telah memberi tanggungjawab kepada JMB dan JMC maka orang yang tidak berkaitan kalau hendak campur masuk dia sudah melanggar akta ini. Kalau sesuatu telah berlaku sebagai contoh dikatakan kongsi gelap maka dia sudah jadi masalah jenayah dan akta lain akan diguna pakai. JMC telah disokong oleh satu akta yang begitu jelas dan telah pun mempunyai pesuruhjaya bangunan yang dilantik oleh pihak kerajaan. Saya ingat ini akan lebih menjamin mereka kalau bandingkan dengan sekarang mereka apa yang dia tubuh itu dia tidak ada apa-apa undang-undang untuk mereka pegang. Saya nampak orang luar ini akan lagi senang campur tangan kalau ada campur tangan dari orang luar lebih-lebih lagi kalau dia berkaitan dengan undang-undang yang melanggar mana-mana satu undang-undang.

Akta ini memang berlainan dengan Akta Strata Title kerana Akta Strata Title ialah MC ditubuhkan oleh pemilik petak sahaja dan pemaju punya peranan sudah lepas. Ini adalah untuk memastikan kerjasama antara developer dengan pemilik petak dan juga transition period itu licin. Maka seperti mana saya kata kita akan pastikan garis panduan itu boleh mengambil kira take care of semua kelemahan yang akan jadi. Walau bagaimanapun Yang Berhormat memang prihatin saya memang tahu. Perkara-perkara itu akan kita ambil perhatian semasa kita gubalkan dan pemantauan kementerian akan tetap ada untuk satu tempoh sampai akta ini benar-benar difahami telah pun dijalankan dengan licin. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Fasal-fasal 1 hingga 46 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Page 63: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 49

RANG UNDANG-UNDANG HAKMILIK STRATA (PINDAAN) 2006

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

3.19 ptg.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' Seri Azmi bin Khalid]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Hakmilik Strata 1985 adalah merupakan undang-undang utama yang memperuntukkan pendaftaran dokumen hak milik yang berasingan ke atas petak-petak di dalam sesebuah bangunan berbilang tingkat. Akta ini juga antara lainnya turut memperuntukkan peraturan dan tatacara bagi menguruskan bangunan-bangunan tersebut serta harta bersama yang ada di samping hak-hak dan tanggungjawab para pemaju serta pembeli atau pemilik-pemilik petak.

Akta Hakmilik Strata 1985 ini telah melalui tiga pindaan sebelum ini iaitu pada tahun 1990, 1996 dan terakhir sekali pada 1 Disember 2001. Semua pindaan-pindaan yang telah dilakukan ini adalah bertujuan untuk memastikan peruntukkan perundangan dan sistem pengurusan bangunan-bangunan berbilang tingkat dapat memenuhi keperluan dasar dan pembangunan sosioekonomi semasa. Hakikat ini membuktikan bahawa kerajaan sememangnya sentiasa peka ke atas sebarang aduan atau rungutan rakyat dan sentiasa berusaha untuk mengatasinya.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan-cadangan pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-undang Akta Hakmilik Strata kandungan Pindaan 2006 ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 8 November tahun 2006. Rang undang-undang ini seterusnya dibentangkan pada Mesyuarat Ke-62 Majlis Tanah Negara pada 5 Disember 2006 untuk persetujuan. Dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara tersebut beberapa fasal dalam rang undang-undang ini telah diminta dikaji semula. Secara keseluruhannya rang undang-undang ini melibatkan pindaan kepada 51 seksyen di dalam Akta Hakmilik Strata melibatkan 21 tafsiran dan pindaan pada empat jadual yang meliputi Jadual-jadual Pertama hingga Keempat serta Jadual Kelima, baru.

Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan tanah di negara ini sedang berkembang dengan pesatnya dari sehari ke sehari. Telah timbul beberapa persoalan berkenaan tafsiran kepada beberapa perkara penting di dalam Akta Hakmilik Strata 1985 yang memerlukan pengemaskinian kesesuaian dengan keperluan tersebut. Justeru adalah dicadangkan seksyen 4 dipinda dengan memperkemaskan tafsiran tertentu dan memperkenalkan beberapa tafsiran baru. Pindaan-pindaan kepada tafsiran-tafsiran sedia ada dan tafsiran baru yang dimasukkan adalah seperti berikut:

(i) tafsiran baru bagi “by-laws” yang sebelum ini hanya merujuk kepada bangunan yang dipecah bahagi sahaja diperluaskan kepada pecah bahagi tanah untuk gated community scheme;

(ii) tafsiran baru bagi certificate of completion and compliance mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kandungan Akta 133;

(iii) tafsiran baru “by commissioner” bagi pesuruhjaya yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Bangunan dan Harta Bersama kandungan penyelenggaraan dan pengurusan. Akta ini merupakan akta baru digubal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana melalui akta ini tugas-tugas Pengarah Tanah dan Galian Negeri berkaitan dengan perbadanan pengurusan diambil alih oleh Pesuruhjaya Bangunan;

Page 64: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

50 DR 13.12.2006

(iv) tafsiran baru bagi delineation plan sebagai pelan tandaan bagi petak-petak tanah. Pelan tandaan ini merupakan kedudukan dan sempadan petak-petak tanah dan bangunan di atasnya untuk pengeluaran hak milik strata;

(v) meluaskan lagi tafsiran direktor yang merangkumi bukan sahaja Pengarah Tanah dan Galian Negeri tetapi termasuk juga Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan;

(vi) meluaskan lagi takrif Federal Territory bagi merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya;

(vii) meminda takrif initial period untuk menyegerakan tamatnya tempoh permulaan bagi sesuatu skim iaitu dengan mengurangkan syarat pindah milik daripada satu pertiga aggregate unit share kepada satu perempat;

(viii) tafsiran baru bagi land parcel iaitu satu unit mengandungi sekeping tanah yang dipecahbahagi di mana terdiri di atasnya sebuah bangunan siap yang tidak melebihi empat tingkat;

(ix) tafsiran baru bagi low cost building dengan merujukkannya kepada seksyen baru 10B mengenai hal-hal berkaitan dengan bangunan kos rendah kerana Bahagian IX dicadangkan dimansuhkan;

(x) takrif baru bagi managing agent ialah merujuk kepada mana-mana orang atau badan yang dilantik oleh pesuruhjaya bangunan untuk menjalankan kuasa-kuasa dan menunaikan tugas-tugas serta fungsi-fungsi perbadanan pengurusan;

(xi) tafsiran baru bagi management corporation sebagai pindaan susulan kepada pengenalan konsep gated community scheme dan kerana cadangan memansuhkan Bahagian IX yang berkaitan dengan bangunan kos rendah;

(xii) tafsiran baru bagi “management fund” yang juga merupakan pindaan susulan akibat cadangan memansuhkan Bahagian IX;

(xiii) tafsiran baru ”Minister” yang membawa maksud menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal tanah;

(xiv) memperluaskan lagi tafsiran ”parcel” bagi merangkumi petak tanah yang di pecah bahagi dalam gated community scheme;

(xv) memperluaskan lagi tafsiran ”proprietor” bagi merangkumi bukan sahaja pemilik berdaftar tetapi juga pembeli-pembeli yang belum didaftarkan;

(xvi) tafsiran baru bagi “provisional block” bagi merangkumi blok sementara dalam gated community scheme;

(xvii) tafsiran baru bagi ‘purchaser’ yang membawa maksud mana-mana orang atau badan yang membeli petak atau mempunyai apa-apa urus niaga dengan pemaju bagi memiliki sesuatu petak;

(xviii) tafsiran baru bagi ”special building” iaitu bagi bangunan-bangunan yang diduduki sebelum Jun 1966. Ini bertujuan membolehkan dikeluarkan hak milik strata ke atas bangunan-bangunan yang tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (CFO) atau pelan bangunannya telah hilang;

Page 65: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 51

(xix) tafsiran baru bagi ”special resolution” bagi membolehkan juga perbadanan pengurusan mengemukakan ketetapan khas di samping pemilik petak;

(xx) meluaskan lagi tafsiran ”strata plan” bagi merangkumi delineation plan dalam gated community scheme; dan

(xxi) memperluaskan tafsiran ”strata roll” bagi merangkumi petak-petak tanah di bawah gated community scheme.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini sistem pendaftaran tanah berkomputer telah pun dikuatkuasakan ke semua negeri di Semenanjung. Walau bagaimanapun, sistem ini hanya terpakai dalam dokumen-dokumen hak milik tanah sahaja tidak termasuk hak milik strata yang masih diuruskan secara manual. Selaras dengan keperluan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT, ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, seksyen baru 4A diwujudkan bagi membolehkan pelaksanaan sistem pendaftaran hak milik strata berkomputer di pejabat-pejabat tanah.

Peruntukan baru ini turut diwujudkan Jadual Kelima yang mengandungi prosedur dan tatacara pengurusan sistem pendaftaran hak milik strata berkomputer. Untuk melaksanakan sistem baru ini, menteri dengan kelulusan Majlis Tanah Negara boleh menetapkan tarikh berkuatkuasanya sistem ini melalui pemberitahuan dalam Warta Persekutuan. Seterusnya, bagi memudahkan pelaksanaan sistem ini, menteri juga dengan kelulusan Majlis Tanah Negara boleh meminda atau mengganti mana-mana borang dalam Jadual Kelima melalui pemberitahuan dalam Warta Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, gated community scheme adalah merupakan trend pembangunan hartanah masa kini. Konsep ini memperkenalkan bentuk pembangunan bercampur melibatkan skim perumahan berpagar merangkumi rumah-rumah banglo, rumah berkembar atau teres yang berkongsi kemudahan rekreasi, perkhidmatan keselamatan dan sebagainya di bawah satu pengurusan. Peruntukan yang sedia ada adalah terbatas untuk memenuhi keperluan konsep tersebut di mana ia hanya membenarkan skim yang mengandungi bangunan-bangunan berbilang tingkat sahaja atau bangunan-bangunan berbilang tingkat berserta bangunan-bangunan satu tingkat sahaja.

Bagi memenuhi keperluan tersebut, seksyen 6 dicadangkan dipinda untuk memperluaskan pemakaiannya kepada gated community scheme. Dengan pindaan ini hak milik strata boleh dikeluarkan ke atas lot-lot tanah yang terdiri di atasnya sebuah bangunan siap yang tidak melebihi empat tingkat. Dengan pengeluaran hak milik strata ke atas lot-lot tanah tersebut, skim-skim perumahan ini juga akan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Hak Milik Strata di mana pemaju dan pemilik diwajibkan mewujudkan perbadanan pengurusan. Dengan tertubuhnya perbadanan pengurusan ini wujudlah sebuah legal entity, dengan izin, yang bertanggungjawab menguruskan semua harta bersama dalam skim-skim berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini tempoh wajib mengemukakan permohonan memecah bahagi bangunan untuk pengeluaran hak milik strata ialah enam bulan selepas pengeluaran sijil layak menduduki Certificate of Fitness for Occupation, dengan izin. Bagi mengatasi kelewatan ini, seksyen 8 dicadangkan dipinda bagi menyatakan bahawa permohonan hak milik strata perlu dibuat dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja ataupun dengan izin, Certificate of Completion and Compliance (CCC). Pindaan ini juga adalah selaras dengan pengenalan konsep CCC dalam pindaan yang dibuat ke atas Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, sebagai satu usaha untuk mengemaskinikan peruntukan

berkaitan permohonan memecah bahagi dan pengurusan bangunan-bangunan kos rendah Bahagian IX, Akta Hak Milik Strata 1985 dicadangkan dimansuhkan dan seksyen baru 10B diwujudkan.

Page 66: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

52 DR 13.12.2006

Pada masa ini terdapat masalah pemindahan milik petak daripada pemaju kepada pembeli-pembeli. Terdapat kalangan pembeli yang enggan menyempurnakan pindah milik petak-petak kepada mereka kerana ingin mengelak dari membayar yuran penyelenggaraan bangunan sebagaimana termaktub dalam perjanjian jual beli. Pemaju juga tidak akan meneruskan pindah milik petak selagi pembeli-pembeli belum menjelaskan hutang yuran penyelenggaraan itu. Tanpa adanya pindah milik perbadanan pengurusan tidak dapat ditubuhkan yang mengakibatkan skim-skim perumahan kos rendah ini tidak di selenggara dan diuruskan dengan baik.

Melalui seksyen baru ini, pemaju boleh memohon mengklasifikasikan bangunan yang akan dibina sebagai bangunan kos rendah. Pihak berkuasa negeri juga boleh membuat demikian menggunakan budi bicaranya berdasarkan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 81. Di bawah seksyen baru ini perbadanan pengurusan boleh mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa negeri untuk melantik sebuah agen pengurusan. Sebagai sebuah bangunan kos rendah, pihak berkuasa negeri boleh di atas permohonan perbadanan pengurusan atau dengan kehendaknya sendiri melantik sebuah agen pengurusan untuk menjalankan fungsi perbadanan pengurusan yang mana perbelanjaannya boleh dikenakan ke atas kumpulan wang pengurusan perbadanan berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Hakmilik Strata 1985 juga dicadangkan dipinda dengan meningkatkan penalti ke atas kesalahan-kesalahan tertentu sebagai satu langkah pencegahan. Ini adalah kerana peruntukan denda yang ada sekarang nampaknya kurang memberi kesan ke atas pihak-pihak tertentu. Di samping itu, terdapat juga salah laku tertentu yang belum mempunyai peruntukan penalti.

Seksyen baru 40A dicadangkan bagi memperuntukkan supaya pemaju yang tidak melaksanakan pindah milik kepada pemilik-pemilik petak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran hakmilik strata berkenaan dikenakan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM10,000 bagi setiap petak yang terlibat. Denda yang sama juga akan dikenakan ke atas pembeli yang enggan menyempurnakan penerimaan milik dalam tempoh 12 bulan dari notis pindah milik atau dari tarikh pembelian.

Di samping itu, seksyen 41 juga dipinda bagi menaikkan denda ke atas pemaju yang gagal memanggil mesyuarat agung yang pertama dalam tempoh yang ditetapkan. Denda asal sebanyak RM1,000 dicadangkan dinaikkan kepada RM25,000 di samping boleh dikenakan denda tambahan yang tidak melebihi RM2,000 sehari sehingga kesalahan itu diperbetulkan. Denda yang begitu tinggi perlu diperuntukkan memandangkan kesalahan ini adalah agak serius, di mana kegagalan pemaju memanggil mesyuarat agung yang pertama akan mengakibatkan kelewatan dalam penubuhan perbadanan pengurusan yang boleh menafikan hak pemilik-pemilik petak.

Bagi melindungi kepentingan penghuni-penghuni sesebuah skim strata, pindaan juga dicadangkan kepada seksyen 55, sebagai usaha memastikan perbadanan pengurusan berfungsi sewajarnya. Perbadanan pengurusan yang mengingkari ataupun melakukan apa-apa pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Bahagian VII, boleh dikenakan penalti bagi memastikan keberkesanannya. Peruntukan denda maksimum dicadangkan dinaikkan dari RM2,000 kepada RM10,000.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang prihatin dengan kesejahteraan hidup rakyat. Dalam konteks ini, kesejahteraan hidup penghuni-penghuni bangunan berbilang tingkat atau skim-skim strata, hak-hak dan kepentingan mereka sentiasa diberi perhatian dan ingin dilindungi melalui undang-undang dan peraturan. Menyedari akan kelemahan-kelemahan yang wujud dalam aspek pengurusan yang ada, seksyen 40 dicadangkan dipinda bagi mewajibkan perbadanan pengurusan menyediakan penyata kira-kira berkaitan dengan semua pendapatan dan perbelanjaan wang perbadanan semasa tempoh permulaan. Seterusnya penyata ini hendaklah diaudit oleh seorang juruaudit berdaftar yang dilantik oleh pemaju dan dikemukakan kepada suruhanjaya. Penyata kira-kira ini boleh diperiksa pada bila-bila masa yang munasabah atas permintaan pemilik-pemilik petak.

Page 67: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 53

Di samping itu, seksyen 41A juga dicadangkan dipinda untuk mewajibkan pemaju untuk mendapatkan perkhidmatan pengurus harta berdaftar bagi menentukan caruman yang perlu dibayar oleh pemilik-pemilik petak.

Pada masa ini dalam tempoh permulaan, dengan izin, initial period iaitu sebelum mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan pengurusan diadakan, pemilik-pemilik petak dikehendaki membayar apa-apa amaun yang ditentukan oleh pemaju sebagai caruman yang perlu dibayar oleh pemilik-pemilik petak kepada kumpulan wang pengurusan. Melalui pindaan ini juga mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan amaun yang ditetapkan oleh pemaju boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk menyemak semula kadar yang dikenakan itu. Pesuruhjaya boleh menentukan amaun atau mengarahkan pemaju melantik pengurus harta berdaftar untuk menentukan amaun caruman yang perlu dibayar dan melaporkannya kepada Pesuruhjaya. Setelah diluluskan amaunnya oleh Pesuruhjaya, amaun ini hendaklah dianggap sebagai amaun yang telah ditetapkan oleh perbadanan pengurusan sebagai caruman yang perlu dibayar oleh pemilik-pemilik petak kepada perbadanan pengurusan.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 45, Akta Hakmilik Strata juga dicadangkan dipinda bagi memperluaskan tafsiran pemilik meliputi seorang pembeli petak yang masih belum lagi didaftarkan sebagai pemilik. Keperluan ini timbul dalam keadaan di mana pembeli-pembeli petak yang belum lagi didaftarkan sebagai pemilik petak, enggan membayar wang caruman atas alasan mereka bukan pemilik, dan dengan itu tidak tertakluk dengan peruntukan Akta Hakmilik Strata khususnya berkaitan dengan keperluan membayar caruman kepada kumpulan wang pengurusan.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Hakmilik Strata 1985 memang telah memperuntukkan mengenai penubuhan Lembaga Hakmilik Strata di mana Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan anggota-anggota lembaganya dilantik oleh pihak berkuasa negeri. Penubuhan lembaga ini adalah perlu disegerakan supaya tindakan mendengar dan memutuskan pertikaian-pertikaian yang ada boleh ditangani segera. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, hanya Pulau Pinang sahaja yang telah menubuhkan lembaga ini, yang mana kementerian dimaklumkan ia ada kaitan dengan keperluan peruntukan kewangan.

Bagi mengatasi masalah ini, pindaan dicadangkan kepada seksyen 67A dengan memberi kuasa kepada menteri supaya melantik Lembaga Hakmilik Strata ini dibuat di peringkat Persekutuan. Pindaan ini juga turut menambahkan kuasa kepada lembaga bagi mengeluarkan perintah-perintah umum selain dari perintah-perintah yang sedia termaktub di dalam akta. Perintah-perintah yang sedia ada di dalam akta adalah agak khusus dan terhad. Justeru itu kuasa membuat perintah-perintah umum ini amat diperlukan oleh lembaga dalam menghadapi situasi-situasi tertentu semasa menangani pertikaian, sama ada di kalangan pemilik-pemilik petak mahupun di antara perbadanan pengurusan dengan pemilik-pemilik petak.

Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi saya telah membentangkan cadangan-cadangan pindaan utama ke atas Akta Hakmilik Strata 1985. Pindaan-pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus adalah merupakan pindaan-pindaan kecil atau pindaan-pindaan susulan dengan izin, consequential seperti pindaan yang dibuat ke atas borang-borang dalam Jadual Pertama, Kedua dan Ketiga akta tersebut.

Saya yakin pindaan-pindaan yang dicadangkan ini akan dapat menangani banyak permasalahan yang sering dibangkitkan selama ini berhubung dengan urusan pemecah bahagi bangunan, pendaftaran hakmilik strata dan pengurusan bangunan-bangunan tersebut. Pindaan kali ini juga diharapkan dapat memenuhi tuntutan trend pembangunan hartanah semasa dan aspirasi pembangunan negara secara keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, yang mohon dengan hormatnya mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang menyokong?

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' S.G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Page 68: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

54 DR 13.12.2006

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang yang bernama suatu akta untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat bagi Ketereh.

3.40 ptg.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana telah membentangkan akta ini. Saya ingin turut berbahas dalam jangka masa yang terhad dan pendek ini mengenai akta yang sangat penting kepada negara ini.

Akta Hakmilik Strata yang telah dikatakan tiga kali dipinda ini sebenarnya akta yang sangat detail. Pertama saya hendak mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah mengambil kira banyak perkara-perkara yang telah ditimbulkan oleh pemilik hak milik yang duduk di bangunan-bangunan yang mempunyai petak-petak kecil ini dan juga feedback daripada pelbagai pihak. Cuma saya sempat bertanya dengan pihak Lembaga Juruukur Tanah apakah mereka was consulted dalam hal ini, mereka diberitahu kecuali untuk gated community’ yang lainnya ia tidak dimaklumkan. Begitu juga dengan Persatuan Juruukur Tanah, sedangkan hakmilik strata ini adalah merupakan ’bread and butter’ kepada juruukur tanah, orang lain tidak boleh buat tetapi mereka tidak mengambil bahagian yang cergas ataupun tidak dipanggil oleh penggubal undang-undang ini. Walau bagaimanapun, saya melihat secara detail akta ini satu persatu dan ianya cukup panjang sebenarnya kalau hendak dibahaskan dalam masa dua jam adalah tidak memadai. Jadi, memadailah untuk saya bercakap beberapa perkara yang saya rasa menguntungkan.

Yang pertama mengenai fasal 7. Dahulu Akta Strata Title ini tanah hanya boleh dipecahbahagikan bersama-sama dengan bangunan. Maknanya dahulu kalau satu lot ada satu bangunan tetapi sekarang ini, dengan pindaan akta ini membolehkan kalau bangunan itu duduk atas satu lot pun ianya boleh dipecahbahagikan. Ini adalah merupakan satu perkara yang sangat-sangat baik kerana dahulu banyak strata title tidak boleh dapat dibuat kerana masalah yang tadi.

Satu perkara yang sangat bagus juga ialah klausa 27, iaitu cukai tanah tahunan sekarang ini boleh dibayar berdasarkan atas petak atau tanah. Dahulu cukai tanah bayar satu lot tetapi pemilik strata tidak payah bayar cukai tanah tetapi dengan pindaan klausa 27 ini ertinya cukai tanah boleh dikutip ke atas pemilik strata. Jadi, persoalan yang saya hendak tanya di sini sebenarnya apakah kerajaan negeri yang mengutip cukai ini atau siapa yang mengutip cukai ini?

Apakah kerajaan negeri perlu mengubah akta tanah mereka untuk membolehkan mereka mengutip cukai tanah di atas strata title? Sebab dahulu tidak pernah ada. Saya ingat ini tidak dinyatakan di dalam akta ini. Sebenarnya kepada siapa pembayaran cukai. Cuma disebut boleh dibayar. Pada fahaman saya bermakna kerajaan negeri mesti mengambil pindaan ini kemudiannya meminda di dalam undang-undang negerinya supaya membolehkan cukai itu dibayar kepada kerajaan negeri. Ini akan menambahkan hasil kepada kerajaan negeri tetapi dalam waktu yang sama tuan-tuan pemilik ini akan terpaksa bayar dua cukai.

Satu dia bayar cukai pintu kerana servis apartmen itu, yang kedua dia kena bayar cukai tanah, sedangkan cukai tanah telah dibayar oleh tuan tanah asal. Saya tidak tahu sama ada pindaan ini bertujuan untuk mendapat pendapatan yang lebih atau sebenarnya hendak memberi hak yang sama kepada tuan petak yang berada di tingkat 12. Dia sudah tidak ada tanah, dia hanya ada petak, tetapi petaknya juga berdiri di atas tanah. Jadi, dia kena bayar dua cukai sekarang ini. Persoalan yang saya sebut tadi kepada siapa?

Begitu juga fasal yang paling menarik yang dibuat dalam akta ini ialah mengenai Gated Community, disebut di sini fasal 6 dan fasal 8. Memang kita menuju ke arah itu dan perkara ini dibincangkan dengan secara detail. Kebetulan saya dilantik dalam Lembaga Juruukur Tanah dan dibincangkan di dalam bab ini tetapi hanya bab ini sahaja. Bab-bab lain tidak dibincangkan dan saya hairan kenapa tidak diextent perbincangan ini kepada bab-bab yang lain, kecuali hanya gated community.

Page 69: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 55

Isu, kalau saya ulas satu-satu pun sebenarnya Yang Berhormat Menteri telah pun memberikan gambaran kepada kita apa yang berlaku tetapi isu yang timbul ialah soal pelaksanaan. Sekarang ini, akta ini duduk di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tetapi yang akan melaksanakan atau yang akan mengimplemennya ialah kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sekarang ini kita tengok banyak flat yang ada strata, yang telah dinaikkan atas tanah tetapi sampai sekarang tidak keluar title. Bukan sepuluh tahun, ada yang dua belas tahun yang tidak dikeluarkan. Sedangkan dalam akta sudah menyatakan bahawa kita boleh dan sekarang ini kita tambah lagi, bahawasanya denda dinaikkan. Sekali lagi saya hendak tanya di sini ialah, saya sudah tanya banyak kali di Dewan ini, ialah pelaksanaannya. Apakah benar kita mahu mendenda pemaju ini?

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun]

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: You are asking for...

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Yang Berhormat Ketereh hari ini dia bincang dengan bernas. Kali yang pertamalah itu... [Ketawa] Ini kerana profesionnya. Untuk fasal 8 yang disebutkan dengan Yang Berhormat Menteri yang membentangkan rang undang-undang ini apabila diluluskan atau pemilik petak yang menghadapi masalah lain kali siapakah dia pergi, kepada Menteri ini ataupun kepada Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya pun bingung juga.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Yang Berhormat boleh terus bingunglah sebab Yang Berhormat doktor kulit. Dia bingunglah pasal inikan? And also for the fist time Yang Berhormat bercakap tidak merapu. Biasanya merapu... [Ketawa] Disebut tadi oleh Yang Berhormat Menteri bahawa ia akan Pesuruhjaya. Itulah dia pergi kepada....

Saya ingat Yang Berhormat bagi Kepong tidak dengar apa yang Yang Berhormat Menteri terangkan tadi. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri telah terangkan bersama-sama dengan Yang Berhormat daripada Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, saya rasa itu sebabnya akta ini, yang itu dahulu lulus, yang ini masuk kemudian. Sudah ada ditubuhkan satu Lembaga, satu Suruhanjaya. Ia tidak payah pergi kepada Menteri. Pentadbiran itu sendiri.

Walau bagaimanapun, Menteri akan menjawab lebih daripada saya. Bolehlah ambil soalan itu. Saya sudah jawab tetapi saya ingat kalau Menteri hendak tambah lagi baguslah. Saya hendak sebut pasal pelaksanaan tadi. Pelaksanaan ini maksud saya begini, katakanlah pemaju ini dia sudah majukan bangunan, dia sudah jual petak-petaknya kepada pemilik. Dia sudah ada perjanjian jual beli kepada pemilik itu sudah cukup, kemudian QT tanah besar sudah dapat, jadi dia tidak fikir sangat soal strata title kecuali apabila dia sudah meninggal atau dia hendak jual, baru dia mencari strata title.

Akta kita yang dahulu sudah memaksa supaya pemaju dalam masa enam bulan, sekarang sebut dua belas bulan, hendaklah mengeluarkan strata title, tetapi dia tidak buat dan kita tidak ambil tindakan. Ini yang saya hendak tanya. Kali ini dendanya sudah naik. Dia tidak diberi juga strata title. Bagaimana dengan yang dahulu, dalam salah satu pindaan ini yang sebelum 1996 juga diambil kira. Apakah kementerian bercadang selepas daripada akta ini diluluskan dengan segeranya mengeluarkan surat pekeliling ke pemaju untuk mengeluarkan strata title secara terus.

Yang menjadi masalahnya ialah bila dia buat bangunan, dia menggunakan pelan daripada arkitek tetapi yang mengeluarkan strata title ini adakah juruukur tanah. Jadi, juruukur tanah tidak diambil kira dalam hendak membuat bangunan tersebut. Bahkan kalau kita tengok, pergi mana-mana bangunan yang tinggi yang ada QS, engineer, arkitek, pemaju tetapi tidak ada juruukur tanah. Jadi, seolah-olah juruukur tanah ini tidak penting tetapi apabila sampai hendak pergi kepada title, hakmilik itulah yang terpenting. Jadi, saya tidak tahu di mana dalam akta ini. Pada saya pelantikan juruukur tanah mestilah dibuat untuk strata title ini awal-awal lagi supaya ia tidak jadi masalah dan, ini tidak dilaksanakan.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Ketereh. Saya tanya dua perkara sahaja berkaitan dengan ini.

Page 70: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

56 DR 13.12.2006

Sekarang banyak PBT dan juga badan berkanun atau badan induk yang menjadi pemaju dengan JV ataupun secara persendirian, dengan diri mereka sendiri. Apakah implikasi, secara tidak langsung badan-badan ini juga terlibat dalam kelulusan projek-projek ini? Bagaimanakah pemilik-pemilik bangunan-bangunan ini akan dapat dilindungi apabila berlakunya keadaan conflict of interest? Ini soalan pertama saya.

Keduanya, ada kes-kes di mana pemaju itu telah pun mengadakan projek tertentu lepas itu dia jual projek itu kepada syarikat lain. Maka, pembeli-pembeli itu tertangkap kerana SMP itu ditandatangani dengan syarikat ‘A’, tetapi syarikat ‘A’ sudah jual dengan syarikat ‘B’. Maka apakah yang akan berlaku nasib pembeli-pembeli ini sekiranya mereka tidak terikat dengan SMP asal, bagaimanakah mereka akan dilindungi? Saya minta penjelasan.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Cameron Highlands. Tentang yang pertama tadi PBT menjadi pemaju juga. Dalam undang-undang ini jelas bahawasanya tidak kira siapa dia pemaju, tidak kira siapa, sama ada dia PBT atau dia pemaju, dia mesti mengeluarkan strata title dalam masa dua belas bulan, ini terjamin dalam hal ini. Soalnya, macam saya kata tadilah. Soal pelaksanaan. Adakah kita hendak denda mereka atau tidak, itu persoalan.

Saya ingat Yang Berhormat Menteri mungkin boleh ulas yang ini. Soalnya ialah, adakah kita betul-betul hendak implement sebab kalau kita implement akta ini esok, kita akan dapati seluruh pemaju yang buat flat di Kuala Lumpur, di Johor Bahru, di Pulau Pinang akan kena denda dan saya ingat pendapatan yang bagus untuk kerajaan, pada sayalah tetapi saya ingat, dia orang larilah.

Soalan yang kedua, mengenai ke mana dia hendak tuju? Ini saya pun tidak boleh jawab sebab saya pun tidak tahu perjanjian yang dibuat itu bagaimana. Adakah boleh pemaju itu menjual begitu sahaja dan menyebabkan pemaju terkapai-kapai? Saya ingat ini penjelasan saya hendak ambil pertanyaan dari Cameron Highlands ini hendak tujukan kepada Menteri tetapi dalam akta ini tidak disebut perkara yang sedemikian bahawasanya..., dan itulah sebenarnya masalah yang saya hendak sebut. Masalah yang ketiga ialah mengenai pemaju. Pemaju yang sudah dapat untung. Dia dapat untung daripada membina bangunan tersebut. Dia tidak peduli sama ada orang dapat title, tidak dapat title, pada dia tidak penting. Pada dia, dia sudah jual bangunan itu orang ini sudah beli. Kemudian title sepatut..., saya ingat ada orang tanya, sepatutnya title ini, untuk title ini termasuk dalam cost of development dengan pemaju, sepatutnya begitu tetapi tidak berlaku demikian.

Apabila dia hendak minta strata title akhirnya pemilik terpaksa membayar extra cost dan kos ekstra ini adalah sangat mahal. Bukan RM1000, RM2000. Kalau satu flat kecil, juruukur caj fee dia berdasarkan jumlah kerja yang dia buat, berapa square meter, berapa kaki, berapa tinggi. Dia tidak seperti profesion lain minta by percentage, juruukur tidak by percentage. Jumlah kerja yang dia buat, kalau ukur tiga kilometer harganya sekian, kalau ukur dua kaki harganya sekian, kalau satu petak harganya sekian because juruukur melalui Lembaga Juruukur tidak membenarkan pembayaran fee adalah melalui percentage. Itu adalah satu advantage kepada pemilik tetapi yang menjadi masalahnya pemaju ini, pemaju ini tidak bertanggungjawab. Saya tidak jumpa, mungkin saya tidak jumpa sebab saya hanya baru baca semalam, dalam Akta Strata Title ini tanggungjawab pemaju yang dikata tadi hanya sekadar mesti dalam masa 12 bulan, kemudian didenda itu sahaja. Maknanya kalau dia bayar denda pemilik tidak akan juga dapat title.

Isu yang ketiga yang harus diambil kira oleh kementerian ialah kesedaran pengguna. Sebenarnya orang kampung, rakyat biasa kalau soal hak milik tanah mereka akan bersungguh-sungguh sebab ini adalah hak milik dia, hak milik tanah manakala mengenai strata title ini tidak ramai pengguna yang faham. Ini adalah kertas hak milik, pada mereka kertas perjanjian itulah hak milik tetapi itu hanya perjanjian. Kadang-kadang sudah jual tiga kali daripada ‘A’ kepada ‘B’, ‘B’ kepada ‘C’, tiga kali itu adalah perjanjian by perjanjian by perjanjian sedangkan strata sudah boleh dikeluarkan. Itu yang jadi masalah besar pada masa ini sekarang. Saya ingat ini juga harus di address oleh kementerian.

Page 71: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 57

Ada juga tadi disebut mengenai commissioner, commissioner kepada bangunan yang akan menyelesaikan masalah sekiranya satu fee diletakkan oleh pemaju kemudian pemilik tidak bersetuju dengan jumlah tersebut. Akhirnya dia boleh mengadu dalam Akta Strata Title. Ini bagus. Dahulu tidak ada, dahulu dia boleh tetapkan berapa-berapa sahaja dia hendak letak lepas itu kalau tidak hendak bayar akhirnya dia akan jadi hutang. Bila jadi hutang terlalu tinggi dia minta strata title, macam Menteri kata tadi strata title tidak hendak boleh dikeluarkan selagi hutang tidak dibayar. Jadi sekarang ini dia sudah ada tempat untuk mengadu, commissioner.

Soalnya siapa commissioner ini? Seperti Yang Berhormat bagi Alor Star tanya kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tadi, dia kata tadi PTG pergi kepada PBT, Pihak Berkuasa Tempatan. Saya fikir, ini perlu diselaraskan betul-betul. Siapakah commissioner bangunan ini, yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kebajikan kepada pemilik-pemilik ini dapat dijaga.

Akhir sekali, penalti - Klausa 25. Klausa 25 yang menyebut bahawasanya..., oh, saya sudah sebut tadi iaitu denda Cukai Tanah yang harus dibayar adalah dua kali sahaja.

Ya, yang kesembilan ya, fasal 9. Saya tidak teratur, saya minta maaf Yang Berhormat Menteri. Fasal 9 ialah mengenai pecah bahagi tanah. Dahulu kita tidak boleh pecah bahagi tanah sebab katakan dahulu, tanah itu ada tiga ekar buat satu flat maka tanah itu pergi bersekali dengan bangunannya tetapi dengan pindaan fasal 9 ini, tanah itu boleh dipohon untuk dipecahkan bahagi terlebih dahulu barulah bangunan itu naik. Cara ini ada juga masalah yang mungkin timbul. Masalah ini saya dapati berlaku di Melaka iaitu biasanya petak-petak kecil ini dibahagi kepada tuan punya tanah tetapi ada juga common facilities, misalnya seperti surau atau facilities lain yang ada dalam bangunan tersebut. Kepada siapakah sebenarnya title ini harus diberikan, sebab dia tidak ada pemilik. Adakah kepada pemaju atau kepada penyelia bangunan atau kepada siapa? Yang ini juga kita ditanya hendak bagi kepada siapa.

Akhirnya flat yang di atas bangunan petak-petak itu dibahagi kepada tuan punya tetapi yang common ini, hak miliknya kepada siapa. Adakah kepada corporation yang menjaga itu atau bagaimana? Dalam akta ini juga tidak di specified. Akta ini hanya mengatakan mengenai petak-petak bangunan, hak-hak individu. Sekian saya mohon menyokong.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya Tumpat.

4.06 ptg.

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bercakap ringkas sahaja di perbahasan mengenai rang undang-undang meminda Akta Hak Milik Strata 1985 ini.

Pertamanya saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh kerana telah memberi pandangan-pandangan sebagai seorang profesional dalam bidang ini dan salah satu perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, yang boleh saya ulangi secara ringkas sekali lagi ialah bagaimana penglibatan kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini memandangkan urusan tanah adalah urusan negeri. Dan sama ada dari segi pelaksanaannya mengikut undang-undang dan dari segi isu-isu seperti pungutan hasil, sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Ketereh tadi telah diambil kira dalam perumusan rang undang-undang ini. Selain daripada itu, apa yang saya ingin sebutkan Tuan Yang di-Pertua ialah apa yang disebutkan beberapa kali juga oleh Yang Berhormat Menteri tentang konsep Gated Community Scheme yang beliau juga beberapa kali mengisytiharkan bahawa ini adalah trend komuniti hari ini, trend perumahan hari ini, trend masyarakat hari ini.

Tuan Yang di-Pertua gated community adalah memang saya akui satu fenomena yang ada di kebanyakan tempat dan masih menjadi perkara yang amat trendy di kalangan masyarakat kita khususnya di bandar-bandar besar.

Page 72: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

58 DR 13.12.2006

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai sikap yang tersendiri tentang hal ini. Gated community Tuan Yang di-Pertua pernah berlaku dalam negara kita. Dalam Zaman Penjajahan dahulu, dalam tahun 1948 apabila negara kita mengisytiharkan darurat salah satu strategi penjajah British melalui apa yang dipanggil Brick Plan ialah untuk mewujudkan satu bentuk gated community. Gated community itu dikhususkan secara umumnya kepada masyarakat Cina di kampung-kampung, di luar-luar bandar yang dibimbangkan akan ditekan oleh Parti Komunis Malaya, diugut oleh Parti Komunis Malaya, dipaksa oleh Parti Komunis Malaya untuk memberikan sumbangan-sumbangan, derma-derma, bantuan-bantuan untuk menghidupkan Parti Komunis Malaya dalam keadaan darurat pada tahun-tahun 1948 sehingga 1960.

Itu Tuan Yang di-Pertua mungkin dapat kita terima sebagai suatu cara kaedah untuk mengatasi suatu ancaman besar kepada negara ketika itu. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua gated community ialah fenomena di mana orang-orang yang kaya, orang-orang yang berkemampuan lebih daripada kebanyakan rakyat, mampu untuk membeli rumah-rumah dalam kawasan-kawasan yang agak eksklusif, yang mana salah satu tarikannya ialah ada pagar yang besar, yang mengelilingi perumahan itu dan ada bukan sahaja kolam renang, bukan sahaja rumah-rumah kelab tetapi keselamatan yang akan dijamin kepada penghuni dan tuan punya dalam gated community itu.

Ini saya tidak kata benda yang tidak baik tetapi yang saya ingin timbulkan di sini ialah ini membuktikan bahawa fenomena perasaan tidak selamat. Keadaan-keadaan di mana rumah-rumah dicerobohi, dicuri, dirompak sebagaimana yang berlaku kepada Wakil-Wakil Rakyat kita juga dan pembesar-pembesar lain dan sebagainya, berlaku dengan amat berleluasa dalam negara ini. Gated community ini saya kira bukan sahaja membayangkan masalah antara yang kaya dengan yang miskin dalam masyarakat kita, yang itu pun tidak baik tetapi ia juga membayangkan keadaan tidak selamatnya kita dengan rumah kita, dengan harta kita dan dengan keluarga kita yang tinggal di negara Malaysia ini. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri walaupun saya faham bahawa sekitar tugas sebagai menteri di kementerian ini, ini tanggungjawab. Itu saya tidak nafikan dan saya tidak tolak.

Namun begitu, saya ingin pihak kerajaan supaya memikirkan bagaimana kita harus bukan sahaja meraikan yang layak dan mampu untuk tinggal di gated community boleh berasa selamat dalam kehidupannya 24 jam sehari di waktu siang dan malam, saya ingin juga kerajaan mengambil perasaan bertanggungjawab memastikan bahawa seluruh rakyat Malaysia dan seluruh penghuni rumah sama ada dalam kawasan yang di pagar dan ada keselamatannya atau kawasan-kawasan yang tidak di pagar dan tidak ada keselamatannya mampu berasa selamat.

Kalau tidak apa yang berlaku antara lainnya ialah pergilah di Kuala Lumpur ini yang bukan gated community tiba-tiba ada pagar, tiba-tiba ada pondok sementara, tiba-tiba ada pengawal-pengawal keselamatan seorang dua yang berdiri menunggu dan menanya kita hendak ke rumah siapa serta ada motosikal pula yang kononnya meronda kepada penghuni-penghuni yang mempunyai perkiraan-perkiraan dengan izin, private arrangement dengan sesama mereka untuk mewujudkan suatu bentuk gated community yang Hadhari... Kalau Yang Berhormat bagi Pasir Puteh ada di sini. Untuk menjaga keselamatan kami yang seperti itu, yang tinggal di rumah bukan dalam kawasan gated community.

Jadi saya ingin menyeru kepada Yang Berhormat Menteri dan seluruh kerajaan supaya memikirkan fenomena ini walaupun Yang Berhormat Menteri sebut gated community scheme, satu trend dan satu fenomena hari ini, anggaplah ini juga satu implikasi bahawa keadaan yang tidak begitu baik wujud dalam negara kita hari ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Bukit Bintang.

4.12 ptg.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang bernama Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2006.

Page 73: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 59

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana pada akhirnya kerajaan bersetuju mengadakan pindaan ke atas Akta Hakmilik Strata 1985 ke arah pengemaskinian yang sesuai dengan keperluan semasa tetapi mengapa Kanun Tanah Negara tidak dipindah sekali dengan akta ini bagi mengimbangi kehendak pindaan?

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini kerana selama menjadi wakil rakyat di Kuala Lumpur, saya sering menerima aduan tentang masalah hakmilik strata bagi bangunan berbilang tingkat seperti di kawasan saya, Kompleks Ruby di Pudu, pangsapuri di Jalan Imbi, Palm Court di Brickfields, Kondominium ‘DeShadow’ di Ampang Park, Kompleks Campbell dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, kesemua ini berkisah tentang kelewatan mendapat surat hakmilik strata. Masalah ragam pembeli yang enggan bekerjasama, masalah denda, lewat membayar cukai taksiran secara berkumpulan, fees penyelenggaraan yang tinggi dan pemaju melengah-lengahkan permohonan CFO dan hakmilik strata.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan fasal 6 yang mengadakan seksyen baru 4A iaitu, “Permulaan kuat kuasa Sistem Pengkomputeran Hakmilik Strata di mana-mana Pejabat Pendaftaran Tanah”. Berasaskan Jadual Kelima, saya mahu pejabat tanah berhati-hati dengan kemasukan data kerana butir-butir boleh diubah dan maklumat boleh dipalsukan berbanding dengan kaedah manual. Sungguhpun saya memerhatikan bahawa selama ini pejabat tanah menghadapi kesukaran untuk menyediakan pendaftaran dan dokumen hakmilik strata secara manual. Dengan bantuan komputer, kerja menjadi lebih cepat tetapi saya bimbang akan wujud kemasukan maklumat palsu dan penipuan yang melibatkan pihak dalaman. Selama ini kita tahu bahawa amalan...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan!

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sepueth.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: ...Pemalsuan geran tanah pernah dilaporkan wujud di pejabat tanah. Silakan.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat Bukit Bintang, sebenarnya satu kes pertukaran nama satu lot tanah telah pun berlaku di kawasan saya. Kami mendapati dari segi kes yang mana nama tuan tanah asal yang ditukar itu selalunya mereka terdiri daripada orang tua iaitu orang yang umurnya 70 tahun ke atas. Apabila kami pergi ke pejabat tanah dan semak geran yang asal itu, selalunya mereka kata selepas mereka masukkan semua data dalam komputer, dokumen yang asal itu semua sudah hilang atau sudah dibakar.

Jadi, saya rasa ini adalah satu sikap yang amat tidak bertanggungjawab kerana ini melibatkan ramai tuan tanah yang mana mereka gunakan simpanan seumur hidup mereka untuk membeli sebidang tanah yang mereka ingat boleh turunkan kepada anak cucu mereka, tetapi nama tanah itu telah pun ditukar kerana sistem pengkomputeran di pejabat tanah. Setujukah Yang Berhormat di mana pejabat tanah dikehendaki simpan dokumen asal dan simpan semua geran tanah asal supaya perkara seperti ini tidak diulangi lagi.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Yang Berhormat Yang Berhormat bagi Seputeh. Memang saya bersetuju dengan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat bagi Seputeh. Inilah satu kelemahan pejabat tanah. Oleh kerana pindah milik ini kadang-kadang dipalsukan, ini merugikan hakmilik orang yang sebenarnya itu. Saya berharap kementerian boleh meningkatkan keselamatan tentang pindah hakmilik dan ia haruslah benar-benar dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, tindakan hendak mengeluarkan hakmilik tetap tanah memang baik kerana ia satu kaedah menindas kesukaran pendaftaran blok-blok bangunan yang mempunyai hakmilik tunggal tetapi saya agak pelik apabila berlaku kes yang mana bangunan kediaman dan komersial yang terletak atas tanah yang belum ditukar syarat dari pertanian kepada bangunan. Apatah lagi hakmilik strata belum dikeluarkan, boleh mendapatkan Sijil Kelayakan Menduduki yang dikeluarkan oleh PBT seperti DBKL dan para

Page 74: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

60 DR 13.12.2006

pembeli menduduki unit rumah dalam keadaan tanpa hakmilik. Contohnya Taman Sri Petaling di Sungai Besi, satu flat di Kuala Lumpur ini.

Saya mendapati hukuman seperti fasal 10 bagi kelewatan memohon pendaftaran hakmilik melebihi enam bulan dikenakan denda sebanyak RM10 ribu adalah terlalu kecil. Ia tidak menjadi pengajaran kepada pemaju. Selama ini kita mendapati amat jarang pemaju yang dibawa ke muka pengadilan kerana melanggar peruntukan ini walaupun kita ada Akta Hakmilik Strata 1985. Saya dapati bahawa walaupun ada kuasa yang diberikan kepada Yang Berhormat Menteri dalam Akta Hakmilik Strata 1985 seksyen 22(a), pemaju boleh didenda sebanyak RM5000 jika salah laku yang tidak memohon hakmilik strata bagi pemilik. Saya amat kecewa kerana sepanjang tahun ini, 20 tahun lebih, saya ingin menanya kepada Yang Berhormat, berapa jumlah pemaju didakwa di mahkamah? Ini satu soalan pokok oleh kerana pemilik-pemilik boleh dilindungi.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan fasal 23 yang dikehendaki, perbadanan pengurusan melaporkan akaun kepada suruhanjaya yang menyebabkan ia diperiksa setelah diaudit pada bila-bila masa. Saya mahu pihak suruhanjaya bertegas dalam melaksanakan fasal ini kerana kita tidak mahu pemaju dan perbadanan urusan bersikap acuh tidak acuh dalam mematuhi arahan ini.

Saya juga rasa musykil tentang fasal 26 yang menghendaki pemilik petak membayar caruman kepada perbadanan pengurusan yang akan ditentukan sendiri oleh pemilik asal pemaju kepada Kumpulan Wang Perbadanan Pengurusan walaupun perbadanan pengurusan belum mengadakan mesyuarat agung pertama. Sedangkan dalam peruntukan 8(1)(b) Rang Undang-undang Bangunan dan Harta Bersama 2006 iaitu Badan Pengurusan Bersama yang ditubuhkan sebelum perbadanan pengurusan wujud berkuasa menentukan dan mengenakan caj yang perlu bagi pembaikan dan penyelenggaraan harta bersama. Tidakkah ini satu bebanan kepada para pembeli atau pemilik petak.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Lembaga Hakmilik Strata yang ditubuhkan di bawah fasal 36 bagi menyelesaikan pertikaian atas aduan bila memohon dibuat oleh pemilik atau perbadanan pengurusan atau mana-mana pihak. Apakah Lembaga Hakmilik Strata berkuasa memutuskan bahawa pertikaian yang diputuskan oleh Pesuruhjaya bangunan atas aduan yang dibuat oleh pemilik atau perbadanan pengurusan yang mana hasil keputusan itu tidak memuaskan hati. Apakah tidak berlaku pertindihan tugas dan satu pihak mempunyai kuasa mengatasi pihak satu lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap rang undang-undang ini melegakan banyak pihak terutama pemilik petak yang kian lama menderita atas perbuatan pemaju yang kurang bertanggungjawab. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Batu Gajah.

4.22 ptg.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk terus kepada kenaikan denda ke atas pemaju yang gagal memohon strata title. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat akta ini yang sebelum pindaan dibentangkan hari ini sudah ada seksyen-seksyen yang memperuntukkan denda-denda ke atas pemaju yang gagal memecah belah tanah atau memohon hak strata. Sejauh manakah ia ada dikuatkuasakan. Itu persoalan yang sangat penting. Kalau atas kertas ia begitu sempurna tetapi isu penguatkuasaan dan pelaksanaannya yang perlu diambil tindakan oleh kementerian dan pegawai. Sebab setakat ini Tuan Yang di-Pertua saya sebelum ini pernah bangkitkan isu kompleks perniagaan Central Square Sungai Petani, Kedah. Perjanjian telah dibuat, strata title sekarang sudah tunggu 11 tahun tapi masih pembeli-pembeli komersial lot ini tidak dapat strata title.

Kalau kita lihat Akta ibu ini ia ada kata mengemukakan pelan dan jika permohonan itu mempunyai kecacatan material ia akan dianggap tidak mengemukakan permohonan dan akan dikenakan denda tapi kes yang saya kemukakan iaitu melibatkan pemaju bagi kompleks perniagaan itu mereka hanya membuat kesilapan dengan sengaja. Saya dengan terus-terang dengan tidak mengikut yang paling asas, mengikut pelan yang sepatutnya

Page 75: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 61

dikemukakan. Mereka telah menambah petak-petak aksesori tambahan ke atas pelan untuk memohon dikemukakan untuk memohon strata title.

Dalam kes sedemikian saya sangat kecewa walaupun ada peruntukan di dalam Akta ibu yang sedia ada pihak kementerian, pihak jabatan ukur tak ambil tindakan langsung. Ucapan penangguhan saya bangkitkan, soalan saya bangkitkan bulan September yang lalu, Setiausaha Parlimen kata akan pergi sendiri melihat tapi tidak ada tindakan. Saya pun perlu mengemukakan...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Penjelasan Yang Berhormat.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Maaf saya tak ada masa. Saya perlu mengemukakan surat peringatan. Jadi yang kami risau ialah kebiasaannya apabila...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Tak sporting langsung.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ...Ingin menangani sesuatu masalah jalan singkat yang sentiasa diambil ialah meningkatkan hukuman, meningkatkan denda, meningkatkan penalti. Soalnya ialah pelaksanaan. Jadi saya ingin memohon satu jawapan penerangan. Apakah pihak kementerian mempunyai kakitangan dan pegawai yang sedia ada yang mencukupi sebab pindaan undang-undang untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pembeli-pembeli yang ada. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Sabak Bernam.

4.25 ptg.

Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak khusus kepada perkara berkaitan dengan fasal 8 yang bertujuan untuk meminda seksyen 6, Akta 318 iaitu kewujudan skim komuniti berpagar. Saya setuju dengan Yang Berhormat bagi Tumpat. Kita boleh mempunyai pandangan yang berbeza tetapi akhirnya apa juga pandangan dalam konteks apa yang hendak dilaksanakan ialah untuk manfaat kepada komuniti ataupun kepada masyarakat.

Saya memandang Gated Community Scheme, dengan izin, ini sebagai sesuatu perkara yang cukup baik dan sangat positif kerana di dalam SKB (Skim Komuniti Berpagar) ini kita difahamkan bahawa kalau mereka itu pemilik rumah banglo berkembar, teres ataupun flat, kondominium, mereka akan diletakkan dalam satu komuniti yang khusus di mana akan terungkai antara masyarakat itu sama ada yang dianggap kaya dan tak kaya ataupun yang biasa itu akan berinteraksi.

Jadi yang penting sekali di situ ialah supaya dapat di dalam kawasan SKB ini diwujudkan satu jawatankuasa penduduk yang khusus supaya mereka sesama mereka bukan sahaja boleh berinteraksi tetapi boleh menyelesaikan masalah-masalah komuniti yang wujud di kalangan mereka. Ini akan menjadikan bagi saya satu lagi agenda yang penting yang khusus di mana komuniti itu boleh menyelesaikan masalah-masalah masa kini yang semakin bertambah besar iaitu masalah jenayah sosial di kalangan ahli-ahli komuniti itu boleh diselesaikan melalui persatuan ataupun jawatankuasa penduduk ini.

Oleh kerana itulah Sabak Bernam berharap dengan kewujudan SKB ini bukan setakat isu keselamatan di mana kawasan itu mungkin perlu ada pengawal ataupun seumpamanya tetapi yang penting sekali ialah supaya ia dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan satu kerjasama di luar peringkat. Umpamanya persatuan penduduk ataupun jawatankuasa persatuan penduduk itu akan mengadakan kerjasama dengan pihak polis, dengan pihak AADK, begitu juga dengan PEMADAM dalam konteks dadah dan begitu juga dengan lain-lain. Jadi Sabak Bernam menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Serdang.

4.28 ptg.

Dato' Yap Pian Hon [Serdang]: Tuan Yang di-Pertua, hanya satu perkara hendak penjelasan daripada pihak kementerian iaitu seksyen 67A untuk menubuhkan satu Lembaga Hakmilik Strata. Saya difahamkan bahawa Lembaga Hakmilik Strata tidak ada

Page 76: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

62 DR 13.12.2006

ditubuhkan di Penang dan dua tiga tempat lagi. Apa sebabnya dengan adanya Lembaga Hakmilik Strata ditubuhkan di beberapa kawasan tapi mengapa lambat dibuat di Selangor yang begitu penting kawasannya.

Dengan adanya permintaan Lembaga Hakmilik Strata yang akan diwujudkan akan datang mesti setiap negeri akan wujudkan Lembaga Hakmilik Strata untuk menerima atau mendengar sesuatu berkaitan dengan di bawah Akta ini. Ini saya minta penjelasan.

Satu lagi masalah permohonan hakmilik strata iaitu di mana pemaju di satu-satu kawasan syarikat perumahan telah gulung tikar tanpa pengurusan syarikat lagi. Cara mana untuk pemilik-pemilik dapat hakmilik strata title, siapa boleh mengemukakan permohonan untuk mendapat surat hakmilik strata itu kerana tidak ada lagi pengurusan syarikat. Syarikat sudah tak ada lagi. Ada juga syarikat itu masih belum ditutup tetapi tak ada langsung pengurusan. Di mana perumahan bertingkat itu dibiarkan menjadi satu masalah yang sedang dihadapi oleh beberapa tempat di kawasan saya juga. Jadi mintalah penjelasan cara mana untuk mengemukakan permohonan strata title itu. Jadi makna siapa yang layak untuk buat demikian? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Seputeh.

4.30 ptg.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana membentangkan rang undang-undang ini yang telah lama dinanti-nantikan oleh para pembeli rumah. Seperti apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Bintang dan juga Batu Gajah dan juga yang lain tentang sikap atau pun keberkesanan pejabat tanah di negeri-negeri yang berlainan untuk enforce, melaksanakan pindaan yang terkandung dalam Akta Hakmilik Strata ini, ini adalah satu perkara yang mana kita semua prihatin.

Kita lihat dalam Akta Hakmilik Strata, seseorang pemaju enam bulan selepas dia memperoleh CFO, di haruslah memohon atas hak milik strata tetapi ini selalu tidak berlaku dan kita lihat dalam akta ini, Akta Hakmilik Strata ini seksyen 22A(2) yang mana menyatakan penalti yang dikenakan terhadap pemaju yang tidak memohon hak milik strata ialah dengan izin, “fine not acceding RM5,000 and two a further fine not acceding RM1,000 for each days they offence continues to be committed. Namun, apa yang dinyatakan dalam undang-undang yang sedia ada ini yang mana diluluskan dalam Dewan yang mulia ini pada beberapa tahun yang lepas yang mana kami juga menyertai dalam perbahasan, tidak dilaksanakan sehingga hari ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat] Kita lihat kalau kita nak membandingkan di antara Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kalau buat satu perbandingan, saya boleh menganggap yang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan lebih berkesan. Sekurang-kurangnya tribunal yang diluluskan, yang termaktub dalam Akta Kemajuan, Housing Developers Act beberapa tahun yang lepas itu telah pun dilaksanakan dan kita lihat banyak kes telah pun didengari dalam tribunal tetapi ini bukan dilakukan dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kita tadi juga dengar ucapan daripada Yang Berhormat Menteri, hanya negeri Pulau Pinang sahaja yang telah menubuhkan Lembaga Hak Milik Strata.

Kalau kesemua pejabat tanah di negeri-negeri yang lain itu tidak mampu untuk menubuhkan Lembaga Hak Milik Strata, jadi kenapakah kita pinda undang-undang Hak Milik Strata pada beberapa tahun yang lepas? Sudah pinda, sudah termaktub dalam undang-undang tapi banyak kerajaan negeri tidak buat, banyak pejabat tanah tidak buat. kita juga lihat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mereka sudah adakan satu laman web dan memasukkan semua syarikat pemaju buruk itu dalam laman web mereka. Jadi boleh saya juga mencadangkan supaya perkara yang sama juga dilakukan oleh kementerian untuk memasukkan semua pemaju buruk yang tidak memohon hak milik strata itu, masukkan nama mereka ke dalam laman web Kementerian Sumber Asli supaya para pembeli rumah tahu siapakah pemaju buruk.

Page 77: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 63

Tuan Yang di-Pertua, dengan pelaksanaan sistem CCC yang mana membenarkan arkitek dan profesional meluluskan pelan mereka itu, jadi saya berpendapat pejabat tanah seharusnya menghendaki semua arkitek menghantar CCC mereka itu ke pejabat tanah. Pejabat tanah seharusnya track down dan mencari pemaju yang tidak memohon hak milik strata daripada pejabat tanah. Saya rasa yang pejabat tanah kita sekarang ini memang tidak cukup proaktif. Mereka tidak mengambil inisiatif untuk mencari siapakah pemaju yang tidak memohon hak milik strata, malah sampai pembeli rumah membentangkan aduan kepada mereka, banyak pejabat tanah ini masih tidak mengambil perkara ini dengan serius.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, boleh gulunglah.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ada beberapa isu lagi Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah, kasi rakan lainlah. Yang Berhormat bagi Kepong pun nak..

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tiada orang nak berucap lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tiada. Selain dari..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau tak ada pun, kalau tak ada tak apalah. Lepas Yang Berhormat, saya boleh minta Menteri jawab.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua selalu gesa-gesalah. Mungkin ini pentinglah.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, ini satu rang undang-undang yang agak penting. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat piagam pejabat tanah untuk meluluskan permohonan hak milik strata ialah sembilan bulan tapi kalau kita lihat pada realitinya, pada hakikatnya kebanyakan pejabat tanah mengambil sekurang-kurangnya tiga tahun untuk meluluskan permohonan hak milik strata yang dibentangkan oleh pihak pemaju. Jadi, ini adalah langsung bercanggah dengan piagam pejabat tanah ini. Jadi, ini adalah satu masalah yang kita lihat pada pejabat tanah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam rang undang-undang ini kita lihat terdapatnya satu peruntukkan bagi bangunan khas iaitu kalau kita lihat definisi bagi bangunan khas dalam rang undang-undang ini, iaitu ialah bangunan yang diduduki sebelum Jun 1996. Jadi soalan saya ialah, kenapakah sebelum Jun 1996, jadi apakah significant tarikh ini? Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri boleh memberi satu penjelasan dan juga bagi bangunan khas iaitu maksudnya bangunan lama, mungkin bangunan yang pemaju sudah hilang diri dan tidak memohon hak milik strata, jadi saya ingin tanya, saya mengalu-alukan sebenarnya peruntukkan dalam rang undang-undang ini, tapi saya nak tanya siapakah yang berhak untuk memohon hak milik strata bagi bangunan khas yang dimaktubkan dalam rang undang-undang ini.

Nombor dua, siapakah yang akan membayar fee kepada surveyor dan juga semasa membentangkan permohonan kepada pejabat tanah. Kesemua maklumat ini tidak termasuk dalam rang undang-undang ini dan bagi saya, saya ingin cadangkan supaya kerajaan yang membuat permohonan dalam kes seperti ini, fee boleh diambil, bayaran atau pun kos ini boleh diambil daripada stamping fees yang kita bayar untuk memorandum of transfers (MOT) untuk hartanah kita supaya bangunan khas seperti bangunan lama ini, pembeli unit seperti ini boleh diberi hak milik strata.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga setuju dengan pandangan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat bagi Serdang tentang syarikat pemaju yang telah bankrap. Di kawasan saya, Kondominium Bukit OUG di kawasan saya juga menghadapi masalah yang sama.

Page 78: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

64 DR 13.12.2006

Dan kita lihat selalunya Jabatan Insovensi memakan masa yang sangat panjang untuk proses, untuk membuat semua pengiraan itu dan ini telah pun melambatkan permohonan hak milik strata bagi pembeli rumah dan ini adalah amat tidak adil bagi mereka. Jadi saya ingin mencadangkan supaya kementerian mungkin boleh mengadakan satu unit khas untuk menangani kes-kes seperti ini supaya untuk menghulurkan bantuan kepada pembeli yang mana syarikat pemaju telah bankrap atau pun pemaju telah pun hilangkan diri.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin rujuk kepada satu isu yang termaktub dalam Akta Hakmilik Strata ini ialah di bawah Strata Title Federal Territory of Putrajaya Rules 2003 yang mana Perkara 13, mengenai proksi 13(2) yang mana ia berbunyi “any instrument of pointing a proxy who need not be a proprietor, should be in writing, inform as under the hand of the person making the appointment or his attorney”.

Apa yang saya lihat, apa yang berlaku dalam satu kondominium di kawasan saya, OUG Height. Apa yang mencetuskan pergaduhan yang mana OUG Height itu mereka sudah pun mendapat hak milik strata dan penduduk yang menguruskan MC. Apa yang mencetuskan pergaduhan adalah isu proksi. Yang mana kita mendapati selalunya tuan punya atau pun operator mini market atau pun mungkin unit yang cuci baju atau yang sebagainya dalam satu kondominium itu, mereka selalunya mempunyai maklumat daripada ramai penduduk atau pun pembeli rumah. Khususnya pembeli rumah yang telah pun tidak duduk di sana dan juga telah berpindah. Selalunya mereka yang jadi king maker, jadi mereka memutuskan kerana nombor proksi, undi proksi yang dipegang oleh mereka, mereka boleh memutuskan siapa akan masuk menjadi pengerusi MC atau pun yang masuk dalam committee dalam management corporation. Jadi ini adalah satu keadaan yang sangat tidak sihat dan mencetuskan banyak pergaduhan di kalangan penduduk dalam satu kondominium. Saya berharap pihak kementerian mungkin boleh mengadakan peraturan dari segi ini.

Tuan Yang di-Pertua juga satu lagi adalah tentang masalah unit syer. Kalau kita baca seksyen 36 Akta Hak Milik Strata yang mana ia berbunyi, ‘The value of each parcel accept in the case of an accessory parcel where no share value shall be allotted bla,bla,bla’ dan juga yang lain. Okey, apa yang kita lihat dalam satu risalah yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian yang mana di bawah formula for allocating share units if any parcel have an accessory parcel, the value of the accessory parcel has to be taken into account.

Minta maaf saya baca ayat yang penuh dalam akta ini dulu. ”The value each parcel accept in the case of an accessory parcel where no share value shall be allotted shown in the schedule of share units shall be taken as a share unit entitlement”..., tetapi apa yang tertulis dalam risalah ini ialah, ‘If any parcel has an accessory parcel the value of the accessory parcel has to be taken into account’. Jadi ini dua kenyataan yang langsung berlainan. Apa yang dinyatakan dalam risalah ini adalah berlainan dengan apa yang termaktub dalam rang undang-undang ini. Jadi saya berharap pihak kementerian boleh memberitahu kepada Dewan ini yang manakah versi yang betul? Adakah risalah ini ataupun apa yang termaktub dalam Hak Milik Strata seksyen 36 ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga sebagaimana apa yang saya telah cadangkan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, saya juga ingin cadangkan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar supaya standard istilah yang digunakan dalam undang-undang, dua kementerian ini haruslah diselaraskan. Kita lihat Akta Hak Milik Strata tidak ada perkataan ”pemaju” ataupun ”pemaju berlesen”, “developer” ataupun ”licensed developer”. Hanya pemaju yang menjalankan pembangunan perumahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan diperlukan untuk diberi lesen tetapi strata tidak terhad kepada pemaju yang berlesen sahaja dan juga pemaju yang membuat skim strata yang bukan kediaman. Saya cadangkan supaya definisi pemaju, developer itu dimasukkan dalam Akta Hak Milik Strata dan juga kita lihat kalau dalam Akta Hak Milik Strata, istilah pembeli ataupun purchaser bermaksud sesiapa yang membeli satu petak ataupun mempunyai apa-apa urus niaga dengan pemaju yang berlesen dari segi pembelian petak seperti ini.

Page 79: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 65

Dalam Jadual H dalam Rang Undang-undang Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2006 yang mana kita bahas pagi tadi, pembeli sebenarnya istilah pembeli termasuk anaknya pewaris dan juga wakil peribadinya di mana dua ataupun tiga orang boleh dimasukkan dalam istilah pembeli, purchaser dan liabiliti mereka dalam persetujuan juga adalah sama.

Jadi saya cadangkan supaya definisi purchaser dalam Akta Hak Milik Strata dan Rang Undang-undang Bangunan dan Harta Bersama haruslah disamakan. Begitu juga dengan istilah by laws, dalam seksyen 44.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat banyak lagilah?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tidak banyak lagi, bagi saya tiga minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Istilah ”by laws”, dalam seksyen 44 dan Jadual Ketiga dalam Akta Hak Milik Strata dan juga ”house rules” dalam Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2006. Jadi kedua-dua ini sebenarnya bermaksud perkara yang samalah. Jadi saya minta yang kedua-dua ini haruslah diselaraskan dijadikan standardize supaya para pembeli rumah tidak akan menjadi keliru dari segi istilah yang berlainan ini. Juga istilah ”sinking fund” dalam seksyen 24 Rang Undang-undang Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) dan juga ”special account” dalam seksyen 46 Akta Hak Milik Strata. Sebenarnya kedua-dua istilah ini adalah merujuk kepada perkara yang sama iaitu rizab untuk pangsapuri untuk membuat major repair pengecatan pangsapuri dan sebagainya, kedua-dua istilah ini haruslah juga diselaraskan.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya sistem jual selepas bina ataupun built then sell telah pun semalam kita dengar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, beliau juga kata kerajaan menyokong konsep ini menyokong sistem 10-90 ini. Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Menteri supaya boleh membantu kesemua pembeli rumah di negara kita ini untuk menuju ke arah satu keadaan di mana pembeli rumah skim strata ini selepas mereka dapat bekalan air, bekalan elektrik dan juga setelah mengambil kunci, mereka juga boleh terima hak milik strata pada waktu yang sama.

Jadi sekiranya kita boleh capai ke tahap ini jadi semua masalah perumahan ini pun boleh dibereskan dan jika kita tidak akan menghadapi sangat kurang masalah daripada para pembeli rumah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bagan, pembahas terakhir. Selepas Yang Berhormat, menteri jawab.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Ini sudah kontrak.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Harap kontrak selama-lama.

4.46 ptg.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Ya saya pergi ke soalan terus. Kita telah mendengar banyak rungutan berkenaan dengan kelewatan pengeluaran strata title ada yang sehingga 10 tahun atau lebih. Okey, dari sekarang selepas penguatkuasaan akta ini nanti diluluskan, apa kerajaan akan buat kepada projek-projek yang disebutkan tadi iaitu kelewatan untuk mengeluarkan strata title. Kalau pemaju belum memohon strata maka mereka perlu didenda, adakah itu dan kalau sudah membuat permohonan tetapi masih belum mendapat bukankah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah kata ada satu flying squad untuk menyelesaikan masalah-masalah tanah.

Saya mohon satu penjelasan. Developer meminta konsesi untuk reassignment satu-satu petak yang dijual oleh pembeli asal kepada pembeli kedua, developer selalunya meminta mungkin RM500 hingga RM1,000 untuk caj consent for reassignment, bolehkah ia dibenarkan?

Page 80: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

66 DR 13.12.2006

Yang ketiga selalunya masalah yang rumit dihadapi oleh penduduk-penduduk flat adalah pembocoran dari tingkat atas iaitu dari bilik mandi dia bocor ke tingkat yang kita duduk itu. Mungkin itu kalau dalam maintenance period maka pemaju perlu membaikinya kalau selepas maintenance period maka susah sebab kalau rumah saya dibocori oleh tingkat atas, walaupun saya rela membayar untuk repair tempat mandi di atas tetapi pemilik di tingkat atas saya itu dia enggan memberi.

Ini selalunya berlaku, siapa saya kena pergi kepada pesuruhjaya bangunan yang akan dilantik itu atau kepada siapa-siapa? Ini satu soalan yang perlu diselesaikan kerana bukan saya seorang yang menghadapi masalah ini saya yakin ramai wakil rakyat-wakil rakyat dalam Dewan ini pun menghadapi masalah yang serupa. Yang akhir satu soalan, pemilik petak mengubahsuai pintu masuk dari tepi bangunan dan monopolikan petak letak kereta di pintu depan yang baru dibuka itu. Pada asalnya pintu masuk ke bangunan mereka atau unit mereka ialah melalui lorong-lorong di tengah-tengah bangunan tetapi selepas ambil alih petak mereka, mereka menembusi satu pintu dari dinding iaitu di tepi car park dan car park di depan pintu dia jadi kepunyaan dia. Ada yang teruk lagi dia terus membina owning di depan pintu yang baru dibuka itu atau menyambungkan bumbung di depan pintu yang beliau buka tadi dan ini jadi satu masalah.

Saya memang ada baca dalam komen Kaufman di mana beliau ada kata, tidak boleh mengubahsuai apa-apa yang boleh menjejaskan wajah luar iaitu, external appearance of the building, dia tak boleh ubahsuai. Namun begitu ini memang banyak telah berlaku dan pemaju selalu berkata dengan pembeli-pembeli, sebelum dapat strata title, jangan ubah. Selepas dapat title, you suka buat apa pun boleh. Ini satu nasihat oleh pemaju kepada pembeli-pembeli. Baik, kalau ada berlakunya sedemikian iaitu sebelum strata title, saya berharaplah kakitangan-kakitangan dari kementerian Yang Berhormat, khasnya di pejabat tanah tempatan janganlah lulus strata title seperti ini. Sebab dia sudah melanggar syarat-syarat dan dia perlu tutup pintu yang sepatutnya tidak boleh dibuka itu tetapi kalau sudah dapat strata title dan dia membuka pintu itu kepada sesiapa yang hendak diadukan. Kepada PBT, pihak berkuasa tempatan atau kepada Pesuruhjaya Bangunan yang akan dilantik nanti. Terima kasih.

Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, sila. Tadi, Yang Berhormat ada bangunkah?

Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah]: [Menggelengkan kepala sambil tersenyum]

4.51 ptg.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato’ Seri Azmi bin Khalid]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada lapan orang Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara dalam membahaskan bil ataupun rang undang-undang berkaitan dengan hakmilik strata.

Yang Berhormat Ketereh saya ucapkan terima kasih. Beliau adalah seorang yang memang dalam profesion yang terlibat iaitu bidang ukur tanah dan beliau membawakan perkara-perkara yang relevan.

Pertamanya dia menyoalkan tentang cukai pintu. Cukai pintu dengan cukai tanah, memang kedua-duanya berlainan. Satu dibayar kepada pihak berkuasa tempatan dan satu lagi dibayar kepada pejabat tanah tetapi soal cukai tanah dibayar hanya oleh setiap satu title yang dimiliki sebagai satu title, tidak lagi dibayar di bawah master title. Ini dalam peruntukan baru.

Yang keduanya mengenai gated community. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, timbulnya pindaan-pindaan yang dibuat oleh dua kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan serentak. Iaitu banyak perkara yang berkaitan dengan tanah, banyak perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan dan urusan-urusan bangunan ada bertindih-tindih. Ada yang ada perundangan dan ada yang tiada perundangan. Maka pelaksanaan undang-undang lama dahulu sukar untuk dilaksanakan dan tindakan-tindakan undang-undang sukar diambil ke atas mana-mana pemaju.

Page 81: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 67

Oleh itu berlaku kelambatan-kelambatan tertentu. Jadi pindaan kali ini, ialah untuk mengatasi semua masalah memandangkan isu yang amat serius hari ini ialah mereka yang tinggal digated community hari ini menghadapi masalah. Bank-bank juga enggan memberi pinjaman kepada pembeli dan juga pemaju. Begitu juga masalah-masalah yang timbul yang juga ada kaitan dengan pertumbuhan ekonomi. Maka kerajaan membuat keputusan membuat pindaan yang begitu menyeluruh yang melibatkan dua kementerian dan akta-akta yang terlibat termasuk akta selain daripada Strata Titles Act ini ialah Akta Bangunan dan Harta Bersama yang disebutkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi apa-apa kelambatan yang dahulunya berlaku yang kalau dibangkitkan oleh Yang Berhormat, saya hanya boleh menjawab bahawa dengan adanya pindaan-pindaan ini maka kelewatan-kelewatan itu tidak lagi timbul.

Kenapakah kita hendak mengungkit perkara lama? Memang kita kata mereka yang kelewatan sepuluh tahun itu diberi tempoh untuk melaksanakan sekarang di bawah akta baru. Jadi saya tidak mahu menjawab kenapa itu lambat, kenapa ini lambat? Kita lihat di bawah akta baru ini, di manakah kekuatannya? Adakah ini akan membantu mempercepatkan? Kenapakah, dari segi syarikat-syarikat yang telah dijual, sebenarnya mana-mana syarikat yang membeli syarikat perumahan, memang pembeli itu tertakluk kepada apa sahaja perjanjian yang telah ditandatangani antara pembeli dan penjual. Ini sememangnya sudah ada di dalam undang-undang kita dan tidak lagi perlu disebutkan di bawah Strata Titles Act ataupun Akta Hakmilik Strata.

Memang saya bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Ketereh bahawa kita perlu memberi kesedaran kepada pembeli-pembeli kerana banyak pembeli yang pada hari ini yang tidak begitu peka. Oleh sebab rakyat sudah banyak hari ini terpaksa tinggal di rumah-rumah yang bertingkat-tingkat dan ada juga dalam komuniti sekarang yang dikatakan gated community. Di antara bidang kuasa Pesuruhjaya Bangunan dengan Lembaga Hakmilik Strata ini adalah dua perkara yang berbeza. Satu, ialah mengenai pengurusan bangunan yang mana di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan satu lagi ialah berkaitan dengan hak milik. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan bangunan, sama ada pindaan-pindaan dan sebagainya, harus dirujuk kepada Pesuruhjaya Bangunan dan bukan kepada Lembaga Hakmilik Strata.

Saya bersetuju dengan wakil Tumpat. Yang Berhormat tadi yang menegur tentang bagaimanakah kita terpaksa tinggal hari ini dalam kawasan-kawasan yang dikatakan gated community? Sebenarnya gated community hari ini telah diwujudkan sebagai satu konsep baru, konsep yang kononnya memberi satu prestij yang tinggi kepada mereka yang tinggal di kawasannya. Maka ini merupakan satu status simbol. Kemungkinan ada kewajaran dan kebenaran bahawa ia akan membezakan masyarakat ini daripada masyarakat yang tinggal di rumah-rumah murah.

Bagaimanapun dalam pindaan Strata Titles Act ini, kelemahan-kelemahan yang ada berkaitan dengan pembinaan rumah-rumah kos rendah ada kaitan juga dengan kelewatan mengeluarkan hakmilik strata kepada rumah-rumah kos rendah, yang disebabkan oleh penghuni-penghuni atau pembeli-pembeli yang enggan menyelesaikannya kerana untuk mengurangkan belanja. Maka juga dalam pindaan ini diberi satu penekanan supaya mereka tidak lagi melanggari bahawa walaupun perumahan itu dibuat secara rumah murah, tetapi oleh sebab dia tinggal, diletaknya di dalam kawasan-kawasan yang dikatakan memerlukan Akta Hakmilik Strata, maka tanggung jawab penghuni dan tanggung jawab pemaju adalah diperjelaskan dan juga denda-denda diperkenakan.

Yang Berhormat bagi Bukit Bintang membawa perkara-perkara yang terlalu spesifik untuk saya menjawab tetapi saya rasa ini dapat saya tinjau dengan lebih teliti apabila Yang Berhormat sendiri dapat memberi secara bertulis kepada saya kerana dia menamakan projek-projek tertentu. Mengenai masalah yang kononnya ditimbulkan daripada sistem berkomputer dan sebagainya dan wujudnya pemalsuan pindah milik tanah dan sebagainya ini pun sudah disedari dan diketahui oleh kerajaan. Maka semua pejabat tanah telah diarahkan untuk mengemas kini sistem kawalan supaya pindah milik secara palsu dapat dikurangkan dan juga diharapkan dengan adanya sistem berkomputer ini, semua maklumat tanah akan dapat dikenal pasti, akan dapat diperolehi dengan secepat mungkin.

Page 82: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

68 DR 13.12.2006

Pelanggan berkenaan tidak perlu pergi ke pejabat tanah yang berkenaan, menunggu berjam-jam. Bahkan mereka boleh ke pejabat tanah di tempat lain dalam negeri yang sama untuk mendapat maklumat kerana maklumat ini akan boleh diakseskan bukan sahaja di satu tempat bahkan di tempat-tempat lain.

Maklumat berkaitan dengan pindah milik, maklumat berkaitan dengan status tanah dan sebagainya sama ada telah tukar syarat ataupun tidak? Memang saya ketahui bahawa ada sebuah projek di Kuala Lumpur yang dahulunya dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Cheras dan ini memang sedang dilihat dan dipantau oleh kerajaan. Berapa banyak pemaju yang telah didakwa, saya ada maklumat di sini tetapi di mana saya letak pun, tidak tahu. Banyak kertas yang telah dikemukakan kepada saya. Saya akan buat jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Sememangnya ada banyak juga yang telah diambil tindakan cuma oleh kerana kelemahan-kelemahan yang ada dalam peruntukan-peruntukan undang-undang yang sebelum dipinda ini. Oleh kerana itu, pindaan-pindaan ini adalah untuk mengatasi apa sahaja kelemahan yang ada.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, saya memang bersetuju dengan rang undang-undang ini kerana kita perlu satu rang undang-undang yang lebih ketat. Tadi Yang Berhormat sebut mengenai pemaju-pemaju yang cuai, macam mana Yang Berhormat dapat mengatasi kerana bilangannya banyak? Hanya di Kepong sahaja kalau kita masuk ke Kepong, tiap-tiap bangunan yang tinggi itu, hampir semua tidak ada geran strata. Saya percaya bukan sahaja di kawasan Kepong, di seluruh negara pun macam itu juga. Ini beribu-ribu, macam mana Yang Berhormat dapat mengatasinya? Saya pun hendak tahu, walaupun ini bukan kesalahan Yang Berhormat.

Dato’ Seri Azmi bin Khalid: Yang Berhormat hendak bercakap kah hendak beri soalan?

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Soalanlah.

Dato’ Seri Azmi bin Khalid: Ya, saya sedar apa yang dimaksudkan ialah Yang Berhormat bertanya kepada saya mengenai jenayah dan juga sama ada kerajaan mempunyai jentera yang cukup untuk memantau pemaju-pemaju yang begitu banyak. Oleh kerana ini tidak boleh kita salahkan sesiapa oleh kerana dalam negara, kita rakyat bertambah dalam 2% setahun. Permintaan perumahan begitu tinggi khasnya di kawasan-kawasan yang pesat membangun seperti Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan. Jumlah penduduk negara meningkat sebanyak 2% setahun tetapi di Wilayah Persekutuan dan negeri Selangor, peningkatan ataupun rate of increase of population per year dengan izin ialah dalam lingkungan 4% setahun. Jadi permintaan di kawasan-kawasan ini adalah tinggi dan banyak pemaju yang timbul.

Oleh kerana itu, undang-undang sentiasa menghambat apa yang dikatakan development, kemajuan. Jadi oleh kerana ada kelompong-kelompong kelemahan inilah maka kita cari jalan mengatasinya. Adalah diharapkan dengan wujudnya pindaan ini, kita akan dapat menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan perumahan-perumahan yang selama ini menjadi masalah dalam perkara yang dikatakan hak milik strata dan sebagainya dan saya tidak mahu mengaitkan ini dengan soal jenayah.

Yang Berhormat bagi Sabak Bernam, ada menyebutkan soal jenayah sosial dan sebagainya dan Yang Berhormat bagi Sabak Bernam mencadangkan supaya diwujudkan Jawatankuasa Penduduk. Memang saya bersetuju dengan Yang Berhormat tentang perkara ini tetapi dalam kompleks yang didiami oleh pembeli-pembeli, ada pula dalam kompleks itu banyak pembeli tidak tinggal di rumah-rumah yang mereka beli khasnya perumahan yang berharga sederhana dan atas. Kebanyakan pembelinya membeli untuk sebagai investment ataupun pelaburan. Bahagian peratusan yang besar tidak tinggal di situ, jadi yang tinggal di situ adalah mereka yang hanya menyewa dan mereka tidak bertanggungjawab dalam menguruskan apa yang dikatakan Lembaga Pengurusannyaanagement Corporation. Maka oleh kerana itu, kerajaan membuat satu syarat bahawa Lembaga Pengurusan ini harus berfungsi dengan sewajarnya sama ada yang tinggal di situ ialah pembelinya sendiri ataupun penyewa.

Page 83: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 69

Jika yang tinggal di situ hendak mewujudkan Jawatankuasa Penduduk ataupun Jawatankuasa Pengurusannya atau Management Corporation hendak mewujudkan satu lagi bidang kerja iaitu untuk menjaga perkara-perkara sosial, itu adalah memang digalakkan oleh kerajaan.

Yang Berhormat bagi Serdang mengatakan Lembaga Hakmilik Strata ada tetapi tidak wujud. Memang itu juga kelemahan yang saya sebut dulu, tapi dengan pindaan ini kita akan pastikan ianya ada. Pemaju telah gulung tikar, ini juga kalau ada kaitan dengan urusan Hakmilik Strata, Lembaga Hakmilik Strata ini juga akan diminta melihat perkara ini dengan lebih mendalam.

Yang Berhormat bagi Seputeh memang sudah lama membangkitkan soal-soal ini. Mana Yang Berhormat Seputeh?...

Dato’ Yap Pian Hon [Serdang]: Yang Berhormat, bolehkah minta penjelasan?

Dato’ Seri Azmi bin Khalid: Tidak ada masa ini.

Dato’ Yap Pian Hon [Serdang]: Sikit sahaja. Kalau syarikat telah gulung tikar, siapa boleh kemukakan kepada lembaga untuk buat permohonan strata itu?

Dato’ Seri Azmi bin Khalid: Pembeli atau pemilik adalah bertanggungjawab dan dia mempunyai locus standi untuk membuat permohonan dan ini kita akan wujudkan satu saluran untuk yang berkenaan bagi mereka membuat aduan ataupun permintaan sesuatu.

Yang Berhormat Seputeh mempersoalkan kenapa kita mengizinkan sepuluh tahun mereka bangunan yang sebelum ini belum ada strata title, kenapa terlalu panjang dan sebagainya. Saya tidak mahu menjawab itu semua oleh kerana dengan adanya pindaan ini, saya percaya semua masalah ini akan dapat diatasi.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Penjelasan. Saya hendak tanya kenapa Jun 1996 sebagai cut of point? Adakah apa-apa berlaku pada tahun itu? Adakah semua dokumen hilang kah, bakar kah, atau dimakan oleh anai-anai atau apa? Jadi kenapa Jun 1996? Ini soalan saya.

Dato’ Seri Azmi bin Khalid: Itu sebagai satu jangka masa sepuluh tahun daripada sekarang. Maka kita andaikan banyak pemaju yang bermasalah bermula dalam sepuluh tahun yang lalu. Jadi apa-apa bangunan, special bangunan ataupun bangunan khas yang tidak ada pelan dan sebagainya, yang tidak ada peruntukan untuk diwujudkan hak milik dan sebagainya. Bagi bangunan-bangunan milik bersama akan diwujudkan satu hak milik dan akan diletakkan di bawah Management Corporation. Jadi itu sebagai satu petanda aras, tidak semestinya kesemua bangunan-bangunan dalam tahun 1996. Kebanyakan bangunan yang ada masalah ialah apabila timbul krisis kewangan dalam tahun 1998. Dalam tempoh itu sampai hari ini banyak lagi bangunan yang bermasalah.

Bagaimana dengan pemaju bankrap? Ini juga akan perlu diatasi di peringkat Lembaga Hakmilik Strata. Yang Berhormat bagi Bagan telah membangkitkan tentang flying squad dan sama ada reassignment atau assignment kepada orang lain wajar dikenakan RM1000 oleh pemaju. Soal RM1000 atau berapa ribu ringgit ialah soal business proposal dan selepas ini untuk memindahkan dari satu assignment ke satu assignment, saya rasa setelah diwujudkan akta ini maka lebih jelas bahawa tiap pemaju yang ada assignment pada peringkat awalnya apabila sudah ada hakmilik strata dalam tempoh yang enam bulan perlu membuat permohonan. Dalam soal reassignment dan sebagainya sebelum itu, kalau pembeli baru hendak membayar itu terpulang kerana itu soal the buyer and seller ataupun penjual dan pembeli.

Mengenai soal bocor dan sebagainya, saya rasa ini dapat diatasi di bawah Pesuruhjaya Bangunan. Ini tidak dapat di bawah bidang Lembaga Strata. Begitu juga dengan ubah suai dan sebagainya, itu berkaitan dengan bangunan. Segala apa masalah wajar di bawa ke Pesuruhjaya Bangunan.

Page 84: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

70 DR 13.12.2006

Ahli Yang Berhormat sekalian, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara yang relevan. Terima kasih banyak-banyak kerana ini adalah satu akta yang amat penting untuk menjanakan pertumbuhan ekonomi khususnya dalam bidang pembangunan hartanah. Berkaitan dengan soalan yang tidak dapat saya jawab hari ini, kemungkinan saya terlepas pandang saya akan jawab kerana Yang Berhormat bagi Seputeh membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan akta-akta atau bahagian-bahagian tertentu.

Saya minta izin, Yang Berhormat bagi Seputeh untuk saya lihat satu persatu oleh kerana Yang Berhormat bagi Seputeh membawa banyak peringkat satu per satu, saya akan buat jawapan secara bertulis. Saya minta izin kerana ini adalah daripada satu seksyen kepada satu seksyen. Saya perlu melihat. Dalam waktu ini saya tidak sempat melihatnya secara detail. Saya ucapkan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal 1 hingga 35 -

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Ketereh sila.

5.11 ptg.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Terima kasih Tuan Pengerusi saya ada satu perkara kecil, pendek iaitu di bawah fasal baru 4(a)6 permulaan kuat kuasa pengkomputeran Hakmilik Strata di mana-mana Pejabat Pendaftaran Tanah.

Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah realiti yang berlaku pada masa sekarang ialah sistem pemprosesan data, Kadaster yang ada di Jabatan Ukur dan Pemetaan dengan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer di Pejabat Tanah, that’s not compatible. Dia tidak boleh masuk, permohonan digital strata tidak boleh dibawa ke Pejabat Tanah.

Jadi apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah saya memohon supaya pihak kementerian memastikan perkara ini boleh dibuat tetapi menjadi masalah kepada kita ialah Pejabat Tanah tidak berada di bawah Kementerian Sumber Asli. Pejabat Tanah adalah di bawah kerajaan negeri. Kemudian mereka juga ada hubungan dengan KPTG. Sekiranya sistem antara JUPEN yang di bawah kementerian sekarang ini adalah sangat up-date, e-Kadaster sekarang ini sudah sampai ke peringkat yang hampir sama dengan negara-negara maju, kita boleh daftar title tanah kita dengan cara yang begitu cepat, begitu juga dengan digital data dalam ukuran.

Walaupun begitu, bila sampai kepada soal pendaftaran ini, pergi ke Pejabat Tanah yang mendaftarkan title, sebab title tidak didaftar di Pejabat Ukur dan Pemetaan tetapi di Pejabat Tanah, itulah berlaku masalah. Saya pohon perkara ini dapat diambil kira dan mungkin ini boleh diselesaikan dalam Majlis Tanah Negara sebab tidak ada mekanisme lain yang boleh membetulkan perkara ini kerana Pejabat Tanah masih dengan sikap yang lama.

Yang kedua yang saya hendak sebut ialah mengenai Akta Strata Title ini sebenarnya dari segi teknikalnya, kita tidak ada masalah, yang ada masalah kepada kita ialah soal pengurusan bangunan yang ada common interest, misalnya lif dan lain-lain. Itu yang harus diambil perhatian. Dari segi teknikal akta ini saya rasa sudah lengkap kecuali ada perkara-perkara yang berlaku. Terima kasih, saya mohon menyokong.

Page 85: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 71

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Seputeh, kemudian Menteri boleh jawab.

5.13 ptg.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi, saya hendak minta Tuan Pengerusi rujuk kepada versi bahasa Inggeris dan minta Tuan Pengerusi, mungkin boleh baca muka surat kedua dalam versi bahasa Malaysia di bawah Pindaan seksyen 4, fasal 5. kita boleh lihat (a) dengan memasukkan selepas takrif “bangunan” takrif yang berikut, “bangunan khas” dan sebagainya tetapi kalau Tuan Pengerusi baca yang bahasa Inggeris di bawah 5(a) by substituting for the definition of “by-laws” the following definition “by-laws dan sebagainya. Sebenarnya, ia tidak sama langsung.

Jadi apa yang muncul dalam versi bahasa Inggeris, 5(a) ini sebenarnya ia muncul dalam 5(d) dalam bahasa Malaysia. Seksyen 5(b) dalam bahasa Inggeris iaitu “certificate of completion and compliance” keluar dalam (n) dalam versi bahasa Malaysia. Begitu juga dengan 5(c) dalam bahasa Inggeris “Commissioner…” dan sebagainya ia muncul dalam 5(p) iaitu Pesuruhjaya dalam bahasa Malaysia. Jadi sekarang dua versi yang langsung berlainan, yang mana perlu kita ikut. Saya ada masalah lagi, perlu saya teruskan atau apa?...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sekarang sampai fasal-fasal 1 hingga 35.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Fasal 1 hingga 35. Okay. Jadi saya teruskan. Selain daripada yang definisi itu, ada masalah yang langsung berlainan.

Kita lihat fasal 20..., minta maaf. Kita lihat fasal 16, muka surat 15. Saya rujuk kepada bahasa Inggeris. Subsection 14A(1). Saya hendak rujuk 16(b), “by substituting for the words “one thousand” and “fifty thousand” the words “five thousand” and “five hundred thousand” respectively. Sebenarnya yang ini juga sama diulangi dalam fasal 20, muka surat 17 bahasa Inggeris. “Subsection 22B(1) of the Principal Act is amended by substituting for the words “one thousand” and “fifty thousand” the words “five thousand” and “five hundred thousand” respectively”.

Namun, kalau kita baca explanatory statement kalau kita rujuk kepada 15, clause 16, ia sebenarnya bermaksud, “the proposed increase is from one thousand ringgit to five thousand ringgit whilst for a continuing offence, the fine is increased from fifty ringgit to five hundred ringgit for each day” Ini adalah explanatory note muka surat 53, 15.

Kalau kita lihat 18, yang saya ulangi clause 20, “seeks to amend section 22B of Act 318 to increase the fine for failure…” Dan sebagainya, ia “the proposed increase is from one thousand ringgit to five thousand ringgit whilst for a continuing offence, the fine is increased from fifty ringgit to five hundred ringgit for each day”. Jadi apa yang salah di sini dalam rang undang-undang ini Tuan Pengerusi, sebenarnya kalau macam kita rujuk kepada 16(b), yang perkataan fifty thousand itu sebenarnya fifty ringgit, lima puluh ringgit. Yang perkataan five hundred thousand itu sebenarnya adalah five hundred ringgit. Begitu juga sama dengan fasal 20. Jadi ini adalah satu kesilapan yang sangat serius kerana kita akan luluskan rang undang-undang ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sebelum ini Yang Berhormat tidak nampak?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya baru nampak ini, dan...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sebab angka-angka ini saya sendiri pun tidak dapat mengikuti, saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Menteri boleh mengikuti atau tidak.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Yang Berhormat kena tengok Akta Ibu dahulu five hundred thousand is the maximum penalty.

Page 86: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

72 DR 13.12.2006

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Nombor, you tengok explanatory statement yang langsung berlainan. Bukan, minta maaf Tuan Pengerusi kerana semua rang undang-undang perumahan ini semua perlu bahas dalam tiga hari, saya pun sangat sibuk untuk buat rujukan...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tapi rang undang-undang ini telah dibentangkan sebelum ini.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya lah, tapi nanti Pejabat Tanah akan ada masalah. Developer akan mencari fasal kerana kita luluskan ini dan juga Tuan Pengerusi, selain daripada typo mistake ini, saya juga hendak rujuk kepada...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak apa, sebelum ini saya ingat tanya Menteri ada apa-apa tentang angka-angka, ada apa-apa hendak terangkan sebelum saya membenarkan Yang Berhormat bagi Seputeh melanjutkan pembahasan dia. Sebab apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Seputeh, saya sendiri pun tidak dapat mengikuti sebab banyak. Saya sama ada Menteri sendiri hendak tambah sebelum saya membenarkan Yang Berhormat bagi Seputeh melanjutkan perbahasaan beliau.

Dato' Seri Azmi bin Khalid: Tuan Pengerusi saya tengok di sini, kalau betul kata Seputeh tadi bahawa Explanatory note dalam bahasa Inggeris muka 53 mengatakan clause 16, “the proposed increase is from one thousand ringgit to five thousand ringgit whilst for a continuing offence, the fine is increased from fifty ringgit to five hundred ringgit for each day”. Jadi saya rasa ini adalah kesilapan percetakan di bawah seksyen 16. Naik sampai RM500,000...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Yang Berhormat adakah tidak mungkin that RM500,000 itu adalah maksimum penalti dalam akta ibu. Saya ingat kementerian...

Dato' Seri Azmi bin Khalid: Saya minta izin hendak rujuk sebentar tetapi sebelum itu saya hendak bentangkan beberapa pindaan yang relevan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Adakah Yang Berhormat sendiri perlu merujuk balik untuk sedikit masa, untuk bincang.

Dato' Seri Azmi bin Khalid: Saya minta izin untuk rujuk.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau luluskan baru bincang sudah lewat. Saya boleh benarkan kita tangguh beberapa minit untuk....

Dato' Seri Azmi bin Khalid: Sepuluh minit.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sepuluh minitlah.

Dato' Seri Azmi bin Khalid: Terima kasih

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah..

Majlis Mesyuarat bersidang semula

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya tempohkan mesyuarat ini selama 10 minitlah.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 5.20 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 5.40 petang]

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Page 87: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 73

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli Yang Berhormat kita boleh sambung. Yang Berhormat kita boleh sambung.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' Seri Azmi bin Khalid]: Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kerana telah mengizinkan penangguhan selama lebih kurang 10 minit.

Sebenarnya kertas disemak dalam pindaan-pindaan yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris telah disemak semula dengan akta ibu, didapati apa yang disebutkan dalam pindaan ini muka 16 dalam bahasa Melayunya, perlu dipinda dan sebenarnya penjelas yang dibuat di belakang iaitu explanatory note adalah benar.

Biar saya baca Tuan Pengerusi. Pindaan subseksyen 14A(1) Akta Ibu dipinda:

(a) dengan menggantikan perkataan “pemilik” dengan perkataan “pemilik asal”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dan “lima puluh ringgit” masing-masing dengan perkataan “lima ribu” dan “lima ratus ringgit”.

Itu yang benar.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Jadi, ini adalah berkaitan dengan fasal 16.

Dato' Seri Azmi bin Khalid: Fasal 16. Berkaitan dengan, saya teruskan. Adakah hendak dibahaskan dahulu?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Jadi, bererti kita kena buat pindaan. Jadi Yang Berhormat telah kemukakan pindaan untuk fasal 16. Jadi sekarang fasal 16 pindaan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Kita boleh teruskan kepada fasal 20. Lagi ada 17. Biar Setiausaha ...

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, mesti ada satu pindaan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, itu sebab saya minta Setiausaha sebutkan perkara ini untuk Yang Berhormat Menteri kemukakan.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Kemukakan satulah.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Menteri akan kemukakan,

Fasal 16 [Pindaan) -

Dato' Seri Azmi bin Khalid: Fasal 16, subseksyen 14A(1) Akta Ibu dipinda:

(a) dengan menggantikan perkataan “pemilik” dengan perkataan “pemilik asal”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dan “lima puluh ringgit” masing-masing dengan perkataan “lima ribu” dan “lima ratus ringgit”.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah pindaan sebagaimana yang ...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Peraturan mesyuarat. Tuan Pengerusi, saya minta nasihat. Ini di bawah peraturan mana yang membenarkan menteri mengeluarkan oral amendment sebegini. Sebelum ini kita juga terima cadangan pindaan tetapi kami ada diberi notis secara bertulis. Saya hendak tahu di bawah peraturan mana yang membenarkan menteri...

Page 88: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

74 DR 13.12.2006

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Peraturan Mesyuarat 57(2). Pengerusi boleh membenarkan dikemukakan. Baik, baik. Tak apalah. Saya benarkan Yang Berhormat Menteri mengemukakan cadangan itu mengikut Peraturan 57(2). Jadi, Yang Berhormat Menteri telah kemukakan. Masalah ialah pindaan sebagaimana yang dikemukakan itu terbuka untuk dibahas. Fasal 16 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi.

[Tiada perbahasan]

Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Diputuskan,

Fasal 16, subseksyen 14A(1) Akta Ibu dipinda:

(a) dengan menggantikan perkataan “pemilik” dengan perkataan “pemilik asal”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dan “lima puluh ringgit” masing-masing dengan perkataan “lima ribu” dan “lima ratus ringgit”.

Fasal 16 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal 17 hingga 19 -

Dato' Seri Azmi bin Khalid: Tuan Pengerusi, saya ingin mengemukakan pindaan fasal 20...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak apa Yang Berhormat Menteri. Tidak ada perbahasan jadi fasal-fasal 17 hingga 19, menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal 17 hingga 20 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal 20 [Pindaan) -

Dato' Seri Azmi bin Khalid: Tuan Pengerusi, saya ingin mengemukakan pindaan ini iaitu:

Fasal 20, subseksyen 22B(1) Akta Ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dan “lima puluh ringgit” masing-masing dengan perkataan “lima ribu” dan “lima ratus ringgit”.

Saya kemukakan pindaan ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri itu terbuka untuk dibahas. Tidak ada ya.

[Tiada perbahasan]

Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Diputuskan,

Fasal 20, subseksyen 22B(1) Akta Ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dan “lima puluh ringgit” masing-masing dengan perkataan “lima ribu” dan “lima ratus ringgit”.

Fasal 20 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal 21 hingga 35 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Page 89: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 75

Fasal 36 [Pindaan) -

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, silakan.

Dato' Seri Azmi bin Khalid: Tuan Pengerusi saya kemukakan pindaan.

Rang undang-undang ini dipinda dalam f”asal 36 setakat mana ia berhubung dengan subseksyen 67A(3), dengan memasukkan selepas perkataan “Menteri” perkataan “dan Menteri boleh berunding dengan mana-mana Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan sebelum membuat apa-apa pelantikan”.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Masalahnya ialah pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.

Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Diputuskan,

Rang undang-undang ini dipinda dalam fasal 36 setakat mana ia berhubung dengan subseksyen 67A(3), dengan memasukkan selepas perkataan “Menteri” perkataan “dan Menteri boleh berunding dengan mana-mana Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan sebelum membuat apa-apa pelantikan”.

The English translation is as follows:

This Bill is amended in clause 36 in so far as it relates to subsection 67A(3), by inserting after the words “the Minister” the words “and the Minister may consult any relevant State Authority before making such appointment.”

Fasal 36 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal 37 hingga 48 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal 49 [Pindaan) -

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, silakan.

Dato' Seri Azmi bin Khalid: Tuan Pengerusi,

Rang undang-undang ini dipinda dalam fasal 49 dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(ba) dalam subperenggan 14(2) dengan menggantikan perkataan “(tidak semestinya seorang pemilik)” dengan perkataan “(tidak semestinya seorang pemilik tetapi tidak termasuk pemilik asal atau ejennya atau pekhidmatnya)”.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Masalahnya ialah pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah pindaan yang dicadangkan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.

Page 90: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

76 DR 13.12.2006

Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Rang undang-undang ini dipinda dalam fasal 49 dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(ba) dalam subperenggan 14(2) dengan menggantikan perkataan “(tidak semestinya seorang pemilik)” dengan perkataan “(tidak semestinya seorang pemilik tetapi tidak termasuk pemilik asal atau ejennya atau pekhidmatnya)”.

The English translation is as follows:

This Bill is amended in clause 49, by inserting after paragraph (b), the following paragraph:

(ba) in subparagraph 14(2), by substituting for the words “(who need not be a proprietor)” the words “(who need not be a proprietor but does not include the original proprietor or his agent or servant).

Fasal 49 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal 50 hingga 51 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, tadi saya ada satu isu yang saya hendak bangkitkan, tetapi bukan berkaitan dengan pindaan yang saya bangkitkan tadi. Tuan Pengerusi, minta saya tunggu dulu, lepas itu baru bangkit semula. Boleh saya teruskan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tentang fasal?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Fasal 24.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tadi Yang Berhormat, kita sudah lama luluskan fasal....

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Bukan..., saya tunggu semua pindaan dilakukan supaya saya tidak kelirukan. Saya hendak sebutkan satu....

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tak boleh, sudah lulus.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini serius. Ini serius.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ini serius. Ini adalah kerana saya ikut perintah daripada .....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tadi saya sudah kemukakan fasal 21 hingga 35 untuk ...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, tetapi saya tidak mahu kelirukan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bukan, masa itu memang untuk tujuan Yang Berhormat boleh kemukakan.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Bukan, saya ingat, yang semua pindaan yang saya bangkitkan tadi. Saya tidak mahu kelirulah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: You sudah lambatlah Yang Berhormat bagi Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Akan tetapi saya hendak minta satu minit sahaja, hendak bangkit satu isu sahaja.

Page 91: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 77

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau prosedur memang sudah lepas Yang Berhormat.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tidak boleh. Tidak boleh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ini adalah untuk kebaikan pihak kementerian.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Nanti dicabar di mahkamah, susah.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Nanti dicabar di mahkamah lagi susah.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: [Menyampuk]

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya hendak minta kebenaran satu minit sahaja, Tuan Pengerusi. Saya hendak rujuk kepada fasal 24 tentang, transfer of ownership of strata titles, 40A(1) yang mana di sini sebut, ”...ia makan masa dua belas bulan bagi pemaju untuk memindah hak milik itu, title itu kepada pembeli unit”

Kalau sekiranya ini maksudnya dua belas bulan, to transfer a title, tetapi kalau kita lihat, Housing Development (Control and Licensing) Act 1966, Jadual H(11)(2), saya ingin membaca di sini, ”The vendor shall within twenty one (21) days execute a valid and registrable memorandum of transfer of the state parcel to the purchaser his heir or nominee or lawful assign as the case maybe”

Jadi, saya hanya hendak bangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri apa yang muncul dalam Akta Hakmilik Strata ini adalah dua belas bulan tetapi kalau kita lihat undang-undang lain, juga mengenai Housing Developers Act, ia sebenarnya sebut dua puluh satu hari sahaja. Jadi, saya hendak tunjukkan ini adalah satu lagi masalah di antara undang-undang perumahan kita selain daripada apa yang saya bangkitkan tadi. Kita harus selaraskan semua berkenaan dengan istilah dan juga hari tentang pemindahan hak milik ini, semua haruslah diselaraskan. Ini adalah cadangan saya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri apa hendak tambah tentang cadangan Yang Berhormat bagi Seputeh.

Dato’ Seri Azmi bin Khalid: Tuan Pengerusi, kita akan lihat tentang cadangan ini tetapi saya percaya apa yang ada dalam akta di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu ialah mengenai instrumen transfer, maknanya ia boleh mentransfer assignment dan sebagainya. Namun, dari segi strata title ataupun hak milik strata memang dalam cara praktiknya untuk dua puluh hari tidak mungkin, saya percaya ada tujuan-tujuannya. Jadi, untuk menguruskan bangunan memang di bawah pengurusan tetapi dari segi strata title memang dua belas bulan itu adalah satu jangka masa yang berpatutan.

Fasal 50 hingga 51 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat Menteri boleh teruskan. Kemukakan untuk dimaklumkan kepada majlis, Yang Berhormat.

Dato’ Seri Azmi bin Khalid: Tuan Pengerusi, sebenarnya saya sudah habis menggulung tentang apa yang telah pun dibangkitkan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Jadi, Yang Berhormat hendak maklumkan kepada majlis.

Dato’ Seri Azmi bin Khalid: Saya ada maklumat sedikit mengenai penterjemahan tadi, penterjemahan antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Memang dalam Parlimen dipakai bahasa Melayu, sebenarnya apa-apa perbezaan antara seksyen-seksyen dalam penterjemahan itu adalah mengikut akta asal. Dalam akta asal itu memang tempat-tempatnya berlainan. Jadi, pindaan-pindaan yang dibuat adalah mengikut akta asal.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Page 92: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

78 DR 13.12.2006

Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA WILAYAH

PEMBANGUNAN ISKANDAR 2006

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga 5.56 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Mohd. Effendi bin Norwawi]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk memperbadankan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar untuk mengadakan peruntukan mengenai arah dan strategi yang wajar berhubung dengan pembangunan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar untuk mengadakan peruntukan bagi penyelarasan antara agensi kerajaan untuk menggalakkan perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik, Yang Berhormat.

Sila teruskan.

Dato’ Sri Mohd. Effendi bin Norwawi: Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesembilan telah mengenal pasti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang dahulunya dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Johor Selatan ataupun, dengan izin, South Johor Economic Region, sebagai salah satu pusat pertumbuhan utama dan kawasan tumpuan untuk pembangunan di wilayah selatan. Wilayah ini merangkumi kawasan seluruh kawasan Johor Bahru termasuk semua pulau di daerah Johor dan mukim-mukim Jeram Batu, Sungai Karang dan Serkat di Pontian dan juga Pulau Kukup di mukim Air Masin, Pontian. Segi tiga ini merangkumi hub logistik Johor yang terdiri daripada dua pelabuhan antarabangsa dan sebuah lapangan terbang antarabangsa.

Untuk mencapai potensi sepenuhnya dan bagi memastikan pembangunan yang berkoordinasi, satu badan penyelaras antara agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta yang beroperasi di WPI perlu ditubuhkan. Badan ini dirujuk sebagai Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar ataupun, dengan izin, Iskandar Regional Development Authority (IRDA).

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor perlu bekerjasama untuk memaju dan merangsang pembangunan di WPI bagi merealisasikan visi untuk membangunkan WPI sebagai sebuah metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan mapan, koordinasi dan kerjasama di antara pelbagai agensi dan Pihak Berkuasa peringkat Persekutuan, negeri dan tempatan adalah amat diperlukan.

Bagi mencapai tujuan di atas adalah wajar diwujudkan satu badan berkanun bernama Pihak Berkuasa WPI ataupun IRDA. IRDA akan menentukan arah tuju, dasar dan strategi pembangunan WPI. IRDA juga akan bertindak sebagai ejen penyelaras utama dalam pengeluaran pelbagai jenis lesen, permit dan lain-lain kelulusan yang dikehendaki berkenaan dengan perdagangan, pelaburan dan pembangunan di WPI. Di samping itu, IRDA juga akan memberi perkhidmatan pentadbiran dan bantuan kepada Pihak Berkuasa negeri Johor berkaitan dengan perkara yang berhubung dengan tanah di WPI.

Rang undang-undang ini dicadangkan kerana ia dapat memberikan ketetapan yang jelas berkenaan dengan bidang kuasa IRDA bagi jangka masa panjang. Ia akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur terhadap komitmen Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor untuk memajukan WPI.

Page 93: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 79

Kemajuan WPI sebagai sebuah metropolis yang bertaraf antarabangsa merupakan satu kepentingan strategik negara dan aktiviti-aktiviti di WPI mungkin memberi kesan di atas obligasi-obligasi dan strategi antarabangsa Kerajaan Persekutuan. IRDA akan berperanan untuk menggalakkan dan memudahkan perdagangan, pelaburan dan industri yang termasuk dalam senarai Perlembagaan Persekutuan.

Rang undang-undang ini mengandungi peruntukan yang memastikan bahawa bidang kuasa dan fungsi Kerajaan Negeri Johor berhubung dengan perkara-perkara tanah dan kerajaan tempatan adalah tidak tergugat. Kerajaan Negeri Johor juga mempunyai wakil yang menganggotai IRDA. Walaupun sistem perancangan yang sedia ada akan terus terpakai di WPI kajian ke atas kawasan-kawasan pembangunan di luar negara telah menunjukkan bahawa perancangan fizikal seharusnya dilakukan berdasarkan dasar dan strategi pembangunan ekonomi. Oleh yang demikian perancangan di peringkat tempatan WPI akan diperbaiki dengan mengambil kira dasar dan strategi pembangunan ekonomi. IRDA akan membantu Jawatankuasa Perancangan Negeri Johor (JPNJ) dan pihak berkuasa perancangan tempatan yang berkaitan untuk menyelaras pembangunan.

Bagi tujuan ini IRDA akan menyediakan satu rancangan pembangunan komprehensif. Rancangan pembangunan komprehensif ini memperuntukkan rangka keseluruhan, wawasan dan objektif pembangunan WPI termasuk strategi-strategi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial serta inisiatif-inisiatif perancangan dan pelaksanaan. Rancangan pembangunan komprehensif akan memberi perhatian kepada dasar-dasar negara negeri Johor dan serantau serta di rumus dengan perundingan bersama Majlis Perancangan Fizikal Negara, JPNJ dan pihak berkuasa perancangan tempatan dalam WPI. Ini akan membolehkan perancangan dan pembangunan di WPI dikendalikan secara sistematik, komprehensif dan holistik.

Tuan Yang di-Pertua peruntukan-peruntukan utama dalam Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2006 adalah seperti berikut:

Bahagian I melibatkan perkara seperti tafsiran bagi takrif-takrif yang berkaitan yang digunakan dalam rang undang-undang ini.

Bahagian II ia memberikan penerangan mengenai IRDA termasuk objektif, fungsi, kuasa dan keanggotaannya. Objektif IRDA sebagaimana dinyatakan dalam fasal 4 adalah untuk membangunkan WPI sebagai sebuah metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan mampan. Fungsi statutory IRDA telah dibentuk bagi memenuhi objektif ini. Fungsi IRDA dinyatakan dalam fasal 5. IRDA mempunyai tiga fungsi teras:

(i) ia akan melibatkan arah tuju dasar dan strategi negara yang berhubung dengan pembangunan di WPI;

(ii) IRDA dicadangkan untuk menjadi satu badan penyelaras utama bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan entiti-entiti kerajaan di WPI; dan

(iii) adalah untuk memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan di WPI termasuk pembangunan dari segi ekonomi, sosial, pelancongan, infrastruktur, tempat tinggal, pertanian, perindustrian, komersial, kesenian, kebudayaan, sukan, rekreasi, pendidikan awam termasuk pembangunan kemudahan pendidikan dan kesihatan umum termasuk pembangunan kemudahan perubatan dan kesihatan.

Fungsi-fungsi lain IRDA termasuk membuat pertanyaan dan kaji selidik, mengumpul semak menganalisis dan menyiarkan maklumat, statistik dan faktor-faktor yang mempengaruhi atau relevan kepada pembangunan, perniagaan atau pelaburan dan menyebarkan maklumat statistik dan faktor-faktor tersebut kepada para pelabur atau pelabur berpotensi sama ada tempatan atau asing di WPI dan entiti-entiti kerajaan yang relevan dan mengesyorkan dasar undang-undang dan tindakan untuk dipakai kepada WPI untuk meningkatkan daya saing antarabangsa industri dan perdagangan di WPI kepada entiti-entiti kerajaan yang berkaitan.

Page 94: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

80 DR 13.12.2006

Rang undang-undang ini memberi beberapa kuasa kepada IRDA bagi menjalankan fungsi-fungsinya. Kuasa-kuasa ini disenaraikan dalam fasal 6.

Tuan Yang di-Pertua keanggotaan IRDA yang dicadangkan di dalam fasal 8 rang undang-undang ini adalah seperti berikut:

(i) pengerusi bersama iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebagai anggota silih ganti bagi Perdana Menteri;

(ii) dua wakil Kerajaan Persekutuan iaitu Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri;

(iii) dua wakil Kerajaan Negeri Johor iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor; dan

(iv) dua orang ahli lain yang dilantik oleh Menteri yang bagi maksud rang undang-undang ini adalah Ahli Yang Berhormat Perdana Menteri dengan persetujuan Ahli Yang Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli berkenaan hendaklah pada pendapat Menteri terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan telah menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam bidang perbankan, kewangan, perancangan kerajaan tempatan, perdagangan perniagaan ataupun pentadbiran atau sesuatu untuk dilantik kerana pengetahuan, pengalaman atau kelayakan akademik mereka yang khas seseorang daripadanya hendaklah daripada sektor swasta perbankan, kewangan atau perdagangan.

Jadual Pertama memperuntukkan antara lain hal-hal yang berkaitan dengan prosedur mesyuarat IRDA. Pengerusi bersama dan empat ahli IRDA yang lain hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat IRDA. Undi pengerusi bersama akan dikira sebagai satu undi jika terdapat bilangan undi yang sama banyak mengenai apa-apa persoalan pengerusi bersama mempunyai undi pemutus.

Di bawah fasal 15, Menteri dengan persetujuan pihak berkuasa negeri Johor boleh menentukan sempadan WPI dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan melalui warta.

Bahagian III, fasal 18 hingga 21 memperuntukkan hal-hal yang berkaitan dengan Ketua Eksekutif dan pegawai-pegawai IRDA. Pentadbiran dan pengurusan am bagi fungsi aktiviti dan hal-hal harian IRDA adalah di bawah tanggungjawab Ketua Eksekutif yang dilantik oleh Pihak Berkuasa. Ketua Eksekutif juga merupakan Setiausaha kepada IRDA.

Arah dasar dan strategi pembangunan di WPI dinyatakan dalam Bahagian IV, Fasal 22 hingga 27 dalam menjalankan fungsi-fungsinya di bawah rang undang-undang ini. IRDA dipertanggungjawabkan untuk memastikan bahawa fungsinya dilaksanakan mengikut cara dan cara yang dapat menjayakan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta memberi perhatian kepada dan bertindak dalam rangka am dasar negara dan pihak berkuasa negeri Johor.

Tuan Yang di-Pertua dalam memenuhi tanggungjawab ini IRDA hendaklah antara lain membantu JPNJ dan pihak berkuasa perancangan tempatan yang berkaitan untuk menyelaraskan pembangunan di WPI. Bagi tujuan ini IRDA akan menyediakan satu draf rancangan pembangunan komprehensif yang antara lain akan:

(i) merumuskan cadangan rangka keseluruhan wawasan dan objektif-objektif pembangunan WPI termasuk strategi-strategi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial;

Page 95: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 81

(ii) merumuskan cadangan inisiatif-inisiatif perancangan dan pelaksanaan untuk merealisasikan strategi-strategi yang tersebut di atas termasuk inisiatif-inisiatif yang berkaitan dengan penyelarasan aktiviti entiti-entiti kerajaan, persekitaran kualiti hidup, pembangunan sosial, pengurusan kegunaan tanah, pembandaran, sumber alam semula jadi, kawasan pantai, penggiatan semula pusat bandar raya Johor Bahru, infrastruktur bandar dan perkhidmatan kemudahan awam, perhubungan bandar, pembangunan berorientasikan pengangkutan dan pembangunan komersial yang disasarkan; dan

(iii) merumuskan cadangan dasar dan strategi yang terpakai kepada kawasan yang mengelilingi WPI.

Dalam merumuskan cadangan-cadangan dalam draf rancangan pembangunan komprehensif ini, IRDA dikehendaki berunding dengan Majlis Perancangan Fizikal Negara, JPNJ dan pihak berkuasa perancangan tempatan dalam WPI serta memastikan bahawa cadangan-cadangannya pada amnya menurut rancangan struktur negeri Johor.

Setelah siap disediakan oleh IRDA draf rancangan pembangunan komprehensif akan dikemukakan kepada JPNJ untuk kelulusan. Kelulusan JPNJ akan diumumkan di laman web IRDA serta di akbar tempatan. Setelah Rancangan Pembangunan Komprehensif diluluskan oleh JPNJ untuk kawasan di mana rancangan tempatan belum lagi mendapat persetujuan pihak berkuasa Negeri Johor, JPNJ akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan yang terlibat untuk memasukkan ke dalam draf rancangan tempatan bagi kawasan itu apa-apa kandungan rancangan pembangunan komprehensif seperti mana dianggapkan JPNJ sesuai dan berkaitan.

Manakala untuk kawasan di mana rancangan tempatan telah mendapat persetujuan, pihak berkuasa Negeri Johor, JPNJ akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan yang terlibat untuk meminda rancangan tempatan dengan memasukkan kandungan rancangan pembangunan komprehensif seperti mana JPNJ anggapkan sesuai dan berkaitan. Pindaan kepada rancangan ini boleh dibuat secara bersama oleh JPNJ dan IRDA pada mana-mana masa dengan mengikut prosedur yang serupa.

Fasal 26 memperuntukkan tanggungjawab setiap entiti kerajaan dan orang lain sama ada tempatan atau asing untuk memberi perhatian kepada dan bertindak dengan cara yang selaras dengan kandungan Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskan dalam pelaksanaan fungsi kewajipan dan aktiviti mereka di dalam dan di sekeliling WPI.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 27 membuat peruntukan mengenai pembangunan atau kawasan yang mungkin mempunyai kesan ekonomi yang signifikan kepada WPI. Pihak berkuasa dengan persetujuan JPNJ boleh menetapkan sesuatu jenis bangunan sebagai pembangunan strategik yang ditetapkan atau sesuatu kawasan sebagai kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan.

Mana-mana entiti kerajaan atau orang yang ingin melaksanakan sesuatu pembangunan strategik yang ditetapkan atau apa-apa bentuk pembangunan di sesuatu kawasan strategik yang ditetapkan, perlu merujuk kepada IRDA untuk arahannya bagi memastikan pematuhan dan keselarasan dengan kandungan rancangan pembangunan komprehensif yang diluluskan tetapi tidak dimasukkan di dalam rancangan tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, keselarasan di antara entiti kerajaan dinyatakan di dalam Bahagian V, fasal 28 hingga 32. Di bawah fasal 28, IRDA akan bertindak sebagai agen penyelaras utama bagi pihak entiti kerajaan yang terlibat untuk menerima, memproses dan mempercepatkan kelulusan dan tindakan pentadbiran untuk pelbagai lesen, permit dan lain-lain kelulusan yang dikehendaki berkenaan dengan perdagangan, pelaburan dan pembangunan.

Page 96: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

82 DR 13.12.2006

IRDA juga memberi perkhidmatan pentadbiran dan bantuan kepada pihak berkuasa Negeri Johor berkaitan dengan perkara-perkara yang berhubung dengan tanah di dalam WPI. Dalam menjalankan peranan di atas IRDA boleh mengenakan fi dan caj lain ke atas pemohon kelulusan tersebut bagi perkhidmatan yang diberi oleh IRDA dan memungut bagi pihak entiti kerajaan terlibat. Fi atau caj permohonan kelulusan sebagaimana yang dikehendaki dengan sah oleh entiti kerajaan tersebut.

Fasal 29 menyatakan bahawa bagi tujuan di atas, IRDA akan dibantu oleh dua atau lebih pesuruhjaya atau dengan izin, commissioner yang masing-masing akan diberi kuasa oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor untuk berhubung dengan dan menyelaraskan semua entiti Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor.

Fasal 30 memperuntukkan Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau dengan izin, Approvals and Implementation Committee yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan dianggotai oleh Ketua Eksekutif IRDA, pesuruhjaya-pesuruhjaya yang dinyatakan di atas dan wakil-wakil kanan dari Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi hal-hal imigresen dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ini juga dianggotai oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Johor dan semua Yang di-Pertua pihak berkuasa tempatan di dalam WPI. IRDA boleh melantik anggota-anggota lain. Jawatankuasa ini bertanggungjawab antara lain untuk:

(i) mengenal pasti cadangan-cadangan pembangunan atau pelaburan yang penting atau strategik di WPI;

(ii) memantau status kelulusan-kelulusan yang berhubung dengan cadangan pembangunan atau pelaburan tersebut; dan

(iii) menyelaras fungsi dan aktiviti-aktiviti entiti-entiti kerajaan yang relevan untuk mempercepatkan pelaksanaan cadangan pembangunan atau pelaburan tersebut.

Di bawah Fasal 30 ini juga, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan dikehendaki menjalankan tugasnya menurut arahan yang diberi oleh IRDA.

Tuan Yang di-Pertua, IRDA dibenarkan di bawah fasal 31 untuk membuat perjanjian atau perkiraan dengan mana-mana entiti kerajaan berkaitan dengan perjalanan fungsi, kuasa, kerja-kerja ataupun perkhidmatan masing-masing atas pemungutan fi atau caj permohonan kelulusan oleh IRDA bagi pihak entiti kerajaan tersebut. Sebarang perjanjian atau perkiraan tersebut adalah tertakluk kepada:

(i) persetujuan Menteri di mana ia melibatkan entiti Kerajaan Persekutuan;

(ii) persetujuan Pihak Berkuasa Negeri Johor di mana ia melibatkan entiti Kerajaan Negeri Johor; dan

(iii) undang-undang yang mengurus tadbir kuasa dan fungsi entiti kerajaan yang berkaitan.

Di bawah fasal 32, adalah menjadi tanggungjawab setiap entiti kerajaan untuk bekerjasama membantu IRDA dalam melaksanakan fungsinya di bawah akta dan jika berkaitan merujuk dan menggunakan maklumat dan statistik yang diedarkan oleh IRDA dan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada cadangan dasar, undang-undang dan tindakan yang disyorkan oleh IRDA dalam menjalankan kuasa, fungsi dan aktivitinya dalam WPI.

Bahagian VI, fasal 33 hingga 43 memberikan penerangan mengenai hal-hal kewangan IRDA. Menurut fasal 33 - Kumpulan Wang IRDA yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh IRDA terdiri daripada antara lain:

(i) wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;

Page 97: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 83

(ii) wang didapati daripada pengendalian apa-apa projek skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;

(iii) wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan atau kumpulan wang pelaburan yang diperoleh atau terletak hak kepada IRDA;

(iv) wang yang dipinjam oleh IRDA;

(v) fi, kos, levi sumbang lain-lain caj yang dikenakan oleh IRDA; dan

(vi) wang yang diterima daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat yang diberikan oleh IRDA.

Pada amnya kumpulan wang ini hendaklah dibelanjakan untuk membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan akta. Ini diperuntukkan dalam fasal 34.

Selain daripada itu, fasal 37 menubuhkan Kumpulan Wang Projek Sosial atau dengan izin, Social Projects Fund (SPF) terdiri daripada wang yang dipinjam oleh IRDA dari semasa ke semasa dan sumbangan daripada mana-mana orang, perbadanan atau entiti lain. SPF hendaklah dibelanjakan untuk projek skim dan perusahaan yang pada pendapat IRDA dapat memberikan manfaat am kepada komuniti WPI dan selaras dengan strategi dan inisiatif rancangan pembangunan komprehensif yang berkaitan dengan pembangunan sosial termasuk kemajuan kesenian dan kebudayaan.

Bahagian VII membincangkan peruntukan am di bawah fasal 46 seseorang melakukan satu kesalahan jika dia menzahirkan atau memberi maklumat kepada IRDA yang diketahui atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan. Seterusnya di bawah fasal 47 seseorang melakukan satu kesalahan jika dia melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa apa-apa maklumat, statistik atau data dalam bentuk elektronik atau selainnya yang dalam milikan jagaan atau kawalan IRDA.

Fasal 56 menyatakan bahawa menteri selepas berunding dengan pihak berkuasa Negeri Johor boleh membuat pindaan kepada peruntukan akta ini yang didapati perlu atau sesuai bagi menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh pembuatan akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, penubuhan IRDA adalah satu langkah yang berkesan dan wajar bagi memajukan, merangsang dan membangunkan WPI secara terancang dan holistik serta membolehkan keselarasan dan kerjasama di antara pelbagai agensi dan pihak berkuasa di peringkat Persekutuan, negeri dan tempatan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik. Ada sesiapa menyokong?

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato' S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memperbadankan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar untuk mengadakan peruntukan mengenai arah, dasar dan strategi yang wajar berhubung dengan pembangunan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar. Untuk mengadakan peruntukan bagi penyelarasan antara agensi kerajaan, untuk menggalakkan perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya, dibacakan kali yang kedua sekarang; dan terbuka untuk dibahaskan.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Page 98: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

84 DR 13.12.2006

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Johor Bahru.

6.21 ptg.

Dato' Shahrir Abdul Samad [Johor Bahru]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada pihak Yang Berhormat Menteri yang telah berjaya membentangkan satu rang undang-undang yang memang telah ditunggu beberapa lama dan juga yang lahir daripada suasana berbagai-bagai andaian yang telah dibuat terhadap Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar ini.

Yang pertamanya, pada awal dahulu kita mendengar seolah-olah bahawa tujuan untuk membangunkan selatan Johor ialah dengan tujuan untuk menjadikannya seolah-olah sebagai satu halaman belakang kepada sebuah metropolis iaitu sebagai dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, backyard kepada bandar raya atau metropolis yang lebih membangun dengan pesat. Alhamdulillah, pada hari ini kita lihat bahawa dari segi objektif pihak berkuasa, ia jelas menyatakan dengan berani bahawa ia bertujuan untuk membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar untuk menjadi satu metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan mapan, iaitu dengan menjadi sebuah kawasan dan wilayah di selatan Semenanjung Malaysia sebagai pintu atau tingkap untuk digalakkan pembangunan kepada kawasan itu, sehingga ia menjadi sebuah metropolis yang bertaraf antarabangsa.

Dengan itu, di sinilah kita meletakkan satu tanggungan yang begitu berat kepada pihak berkuasa ini agar ia tidak pula tersimpang daripada matlamat yang begitu berat dan begitu berani kepada mencari jalan yang terlalu mudah atau shortcut, jalan pintas dan benar-benar melihat kepada pembangunan dan perancangan yang boleh membangunkan kawasan ini dengan kukuh dan mapan. Tentulah, kalau dari segi pembangunan, ianya satu usaha yang berani kerana ia mengambil pendekatan pembangunan wilayah kepada satu wilayah yang sudah pun mempunyai berbagai-bagai pihak berkuasa dan bukan lagi dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah kawasan green field yang biasanya dilaksanakan pendekatan pembangunan wilayah dan membolehkan pihak berkuasa kepada wilayah yang berkenaan untuk merancang dan melaksanakan dengan begitu mudah tanpa gangguan daripada pihak-pihak tertentu.

Sudah pasti ia memerlukan koordinasi yang lebih. Ia memerlukan daya politik atau political will yang lebih dan sudah pasti ia menjanjikan satu perubahan yang boleh kita banggakan. Yang utama untuk kita perhatikan dalam mana-mana perancangan yang dilakukan oleh manusia termasuklah kawasan seperti Wilayah Pembangunan Iskandar ini dengan pihak berkuasanya ianya semuanya bergantung kepada manusia, dengan izin Allah tapi ia bergantung sangat kepada faktor manusia atau human factor dan dari segi faktor manusia ini ada dua bahagian.

Pertamanya, yang biasa disebut-sebutkan ialah tentang kumpulan manusia yang berkuasa pada hari ini atau mempunyai jawatan dan mempunyai tanggungjawab dan memang saya rasa dari segi pengalaman kita, dan pengalaman negara kita, sesuatu dasar, sesuatu objektif, sesuatu strategi itu biasanya boleh dihafal dengan mudah. Ia menjadi satu sebutan yang mudah, semuanya memahaminya dan lebih-lebih lagi ialah di kalangan golongan manusia yang mempunyai jawatan dan kuasa di dalam melaksanakan perkara ini.

Walaupun begitu, sebenarnya faktor manusia yang terpenting ialah manusia yang harus menerima manfaat daripada apa yang hendak dirancang, apa yang hendak dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar ini dan dalam kita membicarakan dan menimbangkan rang undang-undang ini, tentulah kita melihat hanya kepada golongan manusia dari segi yang mempunyai kedudukan mereka, yang mempunyai tanggungjawab mereka dan jawatan-jawatan yang akan bakal diwujudkan untuk menghidupkan hasrat yang terkandung di sebalik penubuhan Wilayah Pembangunan Iskandar ini.

Page 99: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 85

Saya ingin menegaskan bahawa kita harus meletakkan satu keperluan yang tegas terhadap golongan manusia yang sepatutnya menerima manfaat dan dari segi ini tentulah yang patut menerima manfaat juga bukan mereka yang mempunyai kekuatan kewangan, yang mempunyai kepakaran, yang mempunyai segala kemampuan dari segi perniagaan dan perusahaan tetapi harus kita lihat kepada golongan yang lemah dan berpendapatan rendah.

Di sinilah yang sentiasa menjadi satu kebimbangan daripada pengundi-pengundi saya di Johor Bahru umpamanya, di dalam kawasan Wilayah Pembinaan Iskandar ini bahawa dari segi pengalaman kita ialah apabila pemerintah dan kerajaan menyatakan tentang pembangunan, terdapat pula rasa kebimbangan bahawa pembangunan itu akhirnya akan mengusir atau meminggirkan golongan yang lemah dan berpendapatan rendah ini iaitu golongan miskin bandar yang mana memerlukan pembelaan agar mereka juga menerima manfaat. Lebih-lebih lagi kalau dibentangkan satu-satu rancangan pembangunan yang kita akan lihat dalam rancangan pembangunan itu ialah bangunan-bangunan pencakar langit dan kompleks-kompleks yang besar, projek-projek yang mega dan dalam keadaan itu, tentunya kita memahami golongan berpendapatan rendah dan golongan yang lemah merasa bahawa mungkin mereka akan terpinggir.

Oleh sebab itulah saya selaku Ahli Parlimen Johor Bahru mengharapkan bahawa dalam pelaksanaan pembangunan di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar ini, bukan sahaja kita lihat kepada golongan manusia yang merancang, yang duduk di kerusi empuk, yang duduk di pejabat yang berhawa dingin tetapi golongan mereka yang menunggu-nunggu untuk mendapat manfaat daripada pembangunan.

Saya memberi satu contoh Tuan Yang di-Pertua, bahawa apabila kita merujuk kepada soal pembangunan strategik umpamanya disebutkan di sini dalam fasal 27, pembangunan strategik yang ditetapkan. Saya begitu bimbang apabila timbulnya perkataan strategik. Yang menjadi masalahnya ialah apabila disebutkan strategik, yang biasa dikaitkan dengan sesuatu itu menjadi strategik ialah harta atau aset dan sudah pastilah apabila aset itu strategik, harta itu strategik akan timbullah cadangan untuk membawa pembangunan strategik, lebih-lebih lagi kalau dia terkeluar daripada rancangan pembangunan komprehensif yang dibuatkan oleh pihak berkuasa.

Jadi dalam soal ini, saya biasa mendengar penggunaan perkataan strategik itu kepada harta di bandar raya. Dikatakan tanah bandar raya ini begitu mahal harganya dan begitu strategik, maka perlu dibangunkan sesuatu sedangkan yang strategik juga bukan aset atau harta, tetapi manusia itu sendiri. Kalaulah pembangunan strategik yang hendak dilakukan kepada satu aset yang strategik, akhirnya mengakibatkan meminggirkan golongan manusia daripada kawasan yang berkenaan, saya rasa akhirnya kesan daripada pembangunan yang strategik itu tidak strategik kepada kumpulan ramai, kepada kumpulan berpendapatan rendah dan kepada kumpulan yang memerlukan pembelaan.

Namun, ia strategik kepada peniaga yang kaya, syarikat yang kaya dan kumpulan korporat yang mewah. Inilah yang menimbulkan kebimbangan dari segi kita menggunakan perkataan ataupun fahaman pembangunan strategik lebih-lebih lagi kalau ia sudah terkeluar daripada rancangan pembangunan komprehensif. Saya terima maksudnya bahawa ianya mungkin ada kalanya pihak swasta datang membawa satu idea yang tak terfikir oleh pihak berkuasa dan tak terfikir oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri tetapi kadangkala Tuan Yang di-Pertua, cadangan yang datangnya daripada swasta ini dikatakan sebagai strategik dan tak boleh pula di bantah oleh golongan yang menjadi mangsa daripada pembangunan ini.

Jadi, saya berharap Tuan Yang di-Pertua bahawa dari segi Wilayah Pembangunan Iskandar ini, amalan seperti ini di mana adanya perkongsian secara sulit...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Penjelasan.

Dato' Shahrir Abdul Samad [Johor Bahru]: Yang Berhormat bagi Jerai ada strategik?

Page 100: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

86 DR 13.12.2006

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kita pun ada Northern Corridor.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Jerai.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat cakap pasal penglibatan rakyat tempatan dan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia supaya mereka ini mendapat manfaat dan kita spread kan dia punya peluang itu. Saya tertarik tentang statement Yang Berhormat dalam akhbar bahawa monorel yang hendak dibuat di Johor pun hendak dikongsi bersama dengan syarikat Singapura. Sedangkan di Singapura tidak ada benda itu. Jadi, adakah benda-benda macam ini akan berlaku juga di dalam pembangunan yang begitu raksasa bagi saya? Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Shahrir Abdul Samad [Johor Bahru]: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau apa berita dalam surat khabar tidak boleh kita jadikan bahan untuk perbahasan tetapi kalau Yang Berhormat dalam perbualan dengan saya, mungkin sudah faham maksud saya. Untuk menjawab pandangan Ahli Yang Berhormat bagi Jerai, bahawa sudah pastilah bukan Wilayah Pembangunan Iskandar ini tidak menolak pelaburan daripada luar negara. Ia tidak khusus kepada Singapura dan bukan keutamaannya atau right of first refusal diberikan kepada Singapura. Sebab itu, tidak ada sebab untuk Singapura berasa terkilan.

Walaupun begitu, dalam projek-projek pembangunan di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar ini dan kiranya bila dilaksanakan juga di Koridor Utara, saya berharap bahawa peluang pelaburan seperti itu harus diberikan juga kepada kepentingan-kepentingan tempatan dahulu atau kepentingan-kepentingan negara dahulu dan bukan hanya didedahkan kepada pihak-pihak daripada luar. Namun, kita tidak harus menolak pelabur asing dan tidak juga saya bertujuan dalam pendekatan saya menolak pelaburan pihak Singapura kerana mereka jiran kita. Lebih-lebih lagilah apabila disebutkan bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar ini hendak menjadi metropolis bertaraf antarabangsa, ianya bukan metropolis bertaraf jiran sama jiran atau rantau semata-mata. Saya harap pendekatan ini akan menunjukkan dan akan membolehkan kita mencapai objektif pihak berkuasa itu sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Panjang lagikah Yang Berhormat?

Dato' Shahrir Abdul Samad [Johor Bahru]: Ada sikit lagi. Dua point sahaja lagi.

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Penjelasan. Kuala Terengganu.

Dato' Shahrir Abdul Samad [Johor Bahru]: Ini memang injury time Yang Berhormat.

Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Ya, ya. Saya sungguh tertarik tadi sebab ini adalah merupakan satu perkara yang penting tentang masa depan terutamanya Wilayah Pembangunan Iskandar ini. Tadi Yang Berhormat bagi Johor Bahru sebut tentang pembangunan komprehensif. Saya kira ini merupakan satu kata kunci yang harus difikirkan bersungguh-sungguh sebab daripada koridor-koridor yang sedang membangun sekarang ini termasuk juga Koridor Pantai Timur, satu perkara yang harus kita ambil perhatian. Apakah satu kegusaran Yang Berhormat bahawa pembangunan ini akan meminggirkan masyarakat marhaen ataupun seperti yang pernah disebut dalam perbendaharaan Melayu, “Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekornya”. Ertinya kekayaan yang besar melimpah itu akan tidak membawa sebarang perubahan dalam masyarakat.

Dato' Shahrir Abdul Samad [Johor Bahru]: Tuan Yang di-Pertua, saya sangat dengan pandangan daripada Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu. Memanglah itu tekanannya bahawa harus kita melihat kepada fakta manusia. Iaitu bukan hanya kepada golongan yang mentadbir, tetapi juga golongan yang harus mendapat manfaat. Saya sebenarnya menyokong sangat kepada konsep pembangunan wilayah yang dibawa oleh Wilayah Pembangunan Iskandar ini kerana ia sebenarnya merapatkan lagi agensi-agensi Kerajaan Pusat dengan pentadbiran di peringkat negeri.

Page 101: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 87

Kalau dahulu di pihak kerajaan negeri umpamanya menghadapi masalah dengan pihak polis, kuasa kerajaan negeri terhadap pihak polis masih tertakluk kepada pihak polis di Johor Bahru bertanya kepada Ketua Polis di Kuala Lumpur ataupun Menteri Keselamatan Dalam Negeri di Kuala Lumpur tetapi dalam keadaan ini, apa yang telah berlaku dan saya melihat sebagai satu yang baiknya dari segi konsep pembangunan wilayah, ia membawa turun kuasa-kuasa Persekutuan ke peringkat Wilayah Pembangunan Iskandar iaitu di peringkat Kerajaan Negeri Johor itu sendiri.

Saya berharaplah dengan keadaan itu, kita boleh lagi melihat kepada soal kesejahteraan penduduk dan kesejahteraan penduduk harus menjadi keutamaan dari segi perancangan pembangunan ekonomi ataupun apa-apa pembangunan yang hendak dilihatkan berlaku di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar. Tak guna kita ada segala pembangunan kalau kita tak bermula dengan kesejahteraan rakyat. Tambahan lagi daerah Johor Bahru terkenal dari segi jumlah jenayah yang berlaku di kawasan itu dan juga masalah-masalah sosial seperti penagihan dadah yang berlaku di daerah Johor Baru.

Jadi dengan adanya Wilayah Pembangunan Iskandar, kalau ditekankan tentang soal kesejahteraan rakyat, ditekankan tentang keselamatan, ditekankan tentang meningkatkan keamanan, soal pembangunan, soal ekonomi, soal business, soal perniagaan dengan senang akan ikut dan ikut bersama menyokong kerana bergantung pada kesejahteraan rakyat dan penduduk dalam wilayah itu. Oleh itu saya berharap bahawa pihak polis diberikan perhatian.

Saya tahu sudah hendak diberikan kereta yang banyak, hendak diberikan duit yang lebih dan anggota yang lebih tetapi saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru pergi ke sebuah balai polis di Larkin umpamanya melihat berpuluh kereta polis tersadai bukan kerana tidak ada minyak. Kalau dulu pasal tidak ada minyak, tetapi hari ini kerana tidak ada pemandu. Jadi kalau kita tambah pun beratus kereta peronda polis dengan tanpa menambahkan pemandu, ia juga akan menimbulkan masalah dari segi untuk meningkatkan kesejahteraan dan keamanan di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar.

Oleh itu, pihak polis kena lihat kembali kepada cara kepolisian yang baru. Kita mungkin tidak bolehlah pakai sangat kereta peronda, kita harus mengendalikan kaedah-kaedah baru dan teknologi baru. Umpamanya WiMAX, saya difahamkan digunakan di sesetengah bandar di Amerika Syarikat dan Eropah dengan jayanya yang membolehkan penyampaian bukan sahaja penyampaian dari segi komunikasi secara suara, tetapi juga komunikasi secara data. Komunikasi secara data juga memerlukan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain yang kerja hanya sampai pukul lima petang. Macam umpamanya JPJ. Kalau benda itu berlaku selepas waktu pejabat, Pejabat JPJ ditutup, komputer ditutup, pihak polis tidak dapat mendapat data dan maklumat daripada JPJ.

Jadi haruslah ada juga pengumpulan maklumat yang boleh digunakan oleh semua agensi-agensi kerajaan, bermakna kita tukar, kita gunakan Pembangunan Wilayah Iskandar ini sebagai cara untuk menukarkan cara kita bekerja dan cara kita menyampaikan khidmat kerajaan. Kalau tidak kita tidak akan sampai tahap metropolis antarabangsa. Kita tahap sama juga dan tidak guna kita mempunyai Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar yang baru untuk buat kerja cara yang dulu. Kita kena gunakan peluang ini untuk melaksanakan kerja cara baru.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Habiskan Yang Berhormat.

Dato' Shahrir Abdul Samad [Johor Bahru]: Hendak habiskan ini Tuan Yang di-Pertua? Saya ingat ada orang hendak menegur. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara dari segi ini saya memberi satu contoh kalaulah dari segi jenayah memanglah saya sebutkan tadi bahawa perlulah ditingkatkan kemampuan pihak polis dan cara baru. Saya memberi satu contoh di mana umpamanya laluan KTM di Bandar Raya Johor Bahru. Agensi yang mengendalikannya ialah sebuah Agensi Persekutuan, Agensi Pusat iaitu KTMB. Percayalah saya Tuan Yang di-Pertua bahawa laluan KTM itu sebenarnya menjadi kawasan no men’s land dan ia digunakan oleh penagih-penagih dadah sebagai sarang penagihan mereka.

Page 102: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

88 DR 13.12.2006

Hari Sabtu yang lepas Jawatankuasa Keselamatan Kampung Melayu Majidee telah mengadakan kerja gotong-royong untuk membersihkan sarang penagih dadah di laluan KTM sepanjang Jalan Setia, Kampung Melayu Majidee. Tepat, tetapi kalau ditimbulkan dalam surat khabar pihak KTM menafikan dengan keras-kerasnya. Dia kata sebenarnya tidak boleh dengan izin, ‘we have not and never will allowed our property to become drug nest’. Ini cakap managing director, ini PR kah? Tidak payah buat PR dengan rakyat, tidak payah buat PR dengan surat khabar. Yang kita hendak sebagai agensi pusat buat kerja dan dengar suara rakyat.

Yang paling menyakitkan hati Tuan Yang di-Pertua, laluan KTM di sebelah Singapura bersih sebersih-bersihnya mungkin kerana menghormati pihak berkuasa tempatan Singapura tetapi di sebelah Johor Bahru tidak sebersih mana di Singapura. Maknanya di tanah orang lain di negara orang lain dia boleh menunjukkan disiplin, boleh melaksanakan dengan baik, tetapi di negara sendiri ianya jadi sarang penagih dadah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Shahrir Abdul Samad [Johor Bahru]: Jadi penggulungannya Tuan Yang di-Pertua ianya menjadi satu peluang keemasan untuk kita membawa penyampaian khidmat yang lebih berkesan. Membawa kepada kesejahteraan rakyat dan penduduk sehingga kita mencapai taraf metropolis peringkat antarabangsa. Tidak guna antarabangsa kalau rakyat sendiri tidak untung. Sekian, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ayer Hitam.

6.43 ptg.

Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian, walaupun kawasan saya tidak termasuk dalam WPI tetapi sebagai warga Johor Bahru dan kebetulan bermula aktif politik dalam bahagian Johor Bahru saya rasa terpanggil untuk memberi beberapa pandangan. Yang pertama, kalau kita melihat rang undang-undang yang dibentangkan ini saya setuju apa yang dikatakan oleh menteri bahawa kita perlukan satu peruntukan mengenai arah, dasar, strategi untuk membangunkan WPI dan pada waktu yang sama Pihak Berkuasa ini bertujuan menjadi penyelaras antara agensi kerajaan. Itu dalam mukadimah rang undang-undang ini.

Walaubagaimana pun, apabila saya membaca rang undang-undang ini sampai ke Perenggan 5(g) di mana nyata sekali menulis, ”untuk memaju, merangsang, memudahkan mengusahakan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar termasuk pembangunan ekonomi, sosial, pelancongan, kebudayaan, sukan, pendidikan dan perubatan”. Persoalan saya, kalau itu sebagai pihak berkuasa, saya tidak faham kenapa dalam konteks ini kita perlu mengambil alih peranan yang dimainkan oleh sektor swasta. Saya boleh terima sekiranya sektor swasta tidak mampu atau tidak mahu membangunkan.

Saya melihat sektor-sektor yang saya nyatakan tadi seperti perubatan, kesihatan, pendidikan kesemuanya termasuk hartanah saya rasa kalaulah ini berfungsi untuk semata-mata sebagai entiti perniagaan mungkin dari segi konsep dan hala tujunya mungkin berlainan daripada apa yang kita idam-idamkan. Yang kedua oleh sebab Khazanah terlibat dalam pembangunan ini, saya ingin bertanya kepada menteri adakah Khazanah akan memainkan satu peranan sebagai pemangkin, fasilitator ataupun mereka sendiri akan menggunakan wang yang dikumpulkan dari rakyat untuk membangun. Saya rasa untuk mencapai satu pembangunan yang boleh dinikmati oleh rakyat dan juga kita mahu sektor swasta terlibat dalam pembangunan, ianya perlu difikir dari segi perlaksanaannya. Kalau tidak, saya khuatir ianya semata-mata dimajukan oleh Khazanah iaitu wang yang dikutip daripada rakyat jelata.

Kita tidak mahu Khazanah itu dilihat sebagai satu competitor kepada sektor swasta. Itu yang pertama yang ingin saya bangkitkan dan kedua kalau saya merujuk kepada tafsiran, saya pun berasa pelik sedikitlah.

Page 103: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 89

Saya memang faham kenapa perkataan menteri itu dirujuk ertinya Perdana Menteri dan saya juga mendapati keseluruhan teks atau rang undang-undang ini ada dinyatakan kadangkala Perdana Menteri kadangkala ditulis menteri. Jadi kalau ianya bermaksud Perdana Menteri dan saya rasa wajar Perdana Menteri yang menjadi pengerusi kerana tidak ada orang yang mempunyai protokol lebih tinggi daripada Menteri Besar.

Jadi kalau kita hendak merancakkan pembangunan saya rasa dari segi definisinya menteri itu terus tukar tidak payah tulis menteri, tulislah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri boleh menjadi alternate kepada wakil Perdana Menteri. Saya rasa itu perlu ditulis dan ditafsir dengan jelas.

Berbalik kepada satu perkara lagi yang saya lihat, subseksyen 2(2). Saya rasa ini adalah untuk melindungi kepentingan Kerajaan Negeri Johor dan saya setuju bahawa kalau kita hendak buat penggubalan akta ini undang-undang ini semata-mata kita hendak merancakkan pembangunan. Kita tidak mempunyai satu motif atau niat mengambil alih kerajaan negeri ataupun tidak mahu pihak berkuasa tempatan itu dijadikan sebagai boneka.

Itu saya setuju ini atas kepentingan rakyat Johor Kerajaan Johor, tetapi saya juga mendapati bahawa kadangkala dalam penulisan rang undang-undang ini perkataan yang diwujud tidak konsisten. Saya mengambil satu contoh, kadangkala dia tulis menteri mendapat persetujuan, itu okey. Ada dia buat secara concurrent ada yang mengata berbincang. Saya rasa kalau dalam konteks ini kita kalau tidak berniat untuk mengambil alih kuasa kerajaan negeri ianya perlu ditulis dengan baik. Kalau kita buat consultation dengan concurrent berlainan, consultation kita boleh bertanya tetapi tidak semestinya saya menyerap pandangan itu.

Jadi dari soal itulah saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Satu perkara lagi Yang Berhormat, saya dapati dari segi keanggotaan pihak berkuasa. Saya beranggapan bahawa lapan anggota yang dikatakan duduk dalam pihak berkuasa ini tidak mencukupi. Saya mengambil satu contoh di sini, pengerusi bersama adalah Perdana Menteri dan Menteri Besar dan empat pegawai masing-masing dua daripada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dan hanya ada dua wakil dari sektor swasta. Mungkin dari segi keanggotaan itu ianya tidak seimbang.

Saya mengharapkan supaya kalau kita hendak menggerakkan sektor swasta untuk merancakkan pembangunan, mungkin wakil-wakil daripada sektor swasta perlu ditambah kepada empat atau enam dan ini akan memberi satu keseimbangan dari segi keanggotaan. Saya juga seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa co-chairman, pengerusi bersama ini kedua-duanya mempunyai satu undi. Saya hendak bertanya kepada menteri walaupun pada ketika ini tidak mungkin berlaku. Apa kata kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Besar satu hari mempunyai pandangan berlainan untuk satu perkara, mungkin undi itu dikira kosong atau macam mana?

Saya rasa itu mungkin dari segi implikasinya kena fikir. Kalau di Kelantan saya rasa perkara ini akan berlaku dan di Johor pun saya rasa tidak akan berlaku tetapi dari segi undang-undang saya rasa ianya patut ditulis dengan jelas dan saya juga rasa khuatirlah kerana undang-undang ini mungkin digunakan untuk puluhan tahun dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku.

Satu perkara lagi, kalau kita melihat Timbalan Perdana Menteri itu merupakan anggota sahih ataupun mewakili Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri tidak boleh hadir. Apa kata, saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Menteri besar juga pengerusi bersama. Kalau menteri besar tidak hadir, adakah Exco Kanan, ataupun sekarang kita tak ada timbalan menteri besar adakah mereka juga mahu wakil kalau kita mencapai keseimbangan dari segi keanggotaan pihak berkuasa.

Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat satu perkara lagi tentang pihak berkuasa. Saya perhatikan dari segi fasal-fasal ini selalu bertulis pihak berkuasa hendaklah memberikan laporan kepada menteri. Menteri dalam maksud ini adalah Perdana Menteri sedangkan menteri atau Perdana Menteri adalah orang yang duduk dalam pihak berkuasa. Saya tidak tahu kenapa dia perlu ditulis dengan wording begitu?

Page 104: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

90 DR 13.12.2006

Kerana nampaknya pihak berkuasa perlu melaporkan kepada Perdana Menteri ataupun menteri dalam kes ini. Saya rasa itu mungkin satu kekeliruan yang ingin saya mendapatkan penjelasan.

Seperkara lagi saya rasa, ini amat penting dari segi pesuruhjaya persekutuan dan negeri. Saya ingin bertanya kepada menteri sekiranya terdapat konflik antara pesuruhjaya persekutuan dan negeri, apa yang akan berlaku dan bagaimanakah kita menyelesaikan konflik ini? Saya juga ingin bertanya oleh sebab pesuruhjaya ini masing-masing mempunyai peranan untuk menyelaraskan agensi entiti kerajaan di peringkat pusat atau negeri, saya hendak bertanya dari segi bayaran seperti mana yang dikatakan. Bayaran agensi pusat mereka boleh dituntut melalui pihak berkuasa. Barangkali saya rasa pesuruhjaya inginlah mengambil peranan untuk bertindak sebagai satu penyelaras.

Saya juga faham dari segi dana yang akan diwujudkan ataupun kumpulan wang yang akan diwujudkan seperti mana ternyata dan termaktub dalam 33(2)(g), fi dan cost, levi sumbangan dan caj lain yang dikenakan pihak berkuasa. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Kita tidak mahu perkara ini berulang lagi, kerana segala kutipan yang diterima oleh pusat kalau dibangunkan di kawasan WPI, saya rasa wajarlah duit-duit ini, levi ini sebarang sumbangan yang dikutip ini digunakan sepenuhnya dalam kawasan ini. Saya rasa itulah yang menjadi kekhuatiran. Saya khuatir satu hari nanti, pihak berkuasa tempatan mereka tidak dapat membangunkan kawasan itu kerana mereka kekurangan pendapatan. Saya juga ingin mendapatkan jawapan daripada Yang Berhormat tentang perkara ini.

Saya juga merasa pelik Kumpulan Wang Projek Sosial yang dinyatakan dalam fasal 37(1) dan (3) di mana dikata iaitu semata-mata untuk memajukan kesenian dan kebudayaan. Saya bersetuju bahawa kumpulan wang projek sosial ini merupakan satu konsep yang baik tetapi kenapa ia terbatas kepada kesenian dan kebudayaan? Bukankah bidang-bidang lain yang difikirkan perlu atau perubatan, kebajikan saya rasa mungkin dari segi itu kita tidak patut mengehadkan kegunaannya. Itu yang saya minta pihak menteri memberi satu penjelasan.

Saya juga merasa khuatir sedikitlah tentang fasal 45 kuasa untuk menubuhkan sebuah syarikat. Saya rasa kalau kita kata pihak berkuasa ini hendak menubuhkan satu syarikat sekiranya perlu. Kalau matlamatnya semata-mata untuk menubuhkan syarikat menjalankan perniagaan, apa yang saya katakan dahulu ini mungkin saya khuatir ia telah memainkan peranan sektor swasta dalam merancakkan pembangunan. Saya rasa itu satu perkara yang dikhuatiri.Saya sebagai warga Johor saya memang mengalu-alukan pembangunan ini.

Akan tetapi saya rasa dari segi pelaksanaan, kita masih ada banyak wang yang perlu dipertingkatkan. Kita tidak mahu negeri Johor itu akhirnya menjadi satu agen pelaksana dan kita tidak dapat menikmati apa-apa faedah. Kita mahu pihak Kerajaan Pusat hanya berperanan sebagai penyelaras dan kita memberi motivasi kepada kerajaan negeri. Kita kedua-dua pihak membentuk synergy alliance dan kita mahu kerajaan negeri kita bukan gunakan rotan untuk sebat, tetapi kita minta mereka merancakkan pembangunan demi kebaikan bersama. Kita hendak kerenah birokrasi itu dapat kita banteras dan akhirnya manfaat itu akan dinikmati oleh rakyat jelata. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua, [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Sri Gading.

6.55 ptg.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di petang-petang, di senja-senja ini, saya turut bangun untuk memperkatakan sesuatu...

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Maghrib sembahyang tak lagi?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: ...Dalam usaha menyokong Rang Undang-undang Wilayah Pembangunan Iskandar, satu nama yang cantik. Nama diambil sempena dengan Sultan Iskandar dan saya berharap nama yang cantik, rujukan yang cantik ini jangan dipersia-siakan. Jangan kita gagalkan tujuan-tujuan murni ini.

Page 105: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 91

Saya menyokong rang undang-undang yang mempunyai tujuh bahagian, 56 fasal ini. Yang saya hendak saya sentuh ialah perkara Bahagian V, dari fasal 28 hingga 32, secara umum. Bersetuju sangat dengan segala pandangan-pandangan Johor Bahru tadi.

Apa yang saya perkatakan ini sebagai tokok tambah kepada yang disuarakan oleh Johor Bahru. Bandar Raya Johor Bahru diwakili oleh Yang Berhormat Dato’ Shahrir Abdul Samad, Ketua UMNO Bahagian. Di atas bahunya terletak harapan rakyat Johor baru, terpikul harapan ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional Johor Bahru. Saya berharap Khazanah yang dipertanggungjawabkan memajukan, membangunkan WPI ini, tidak akan mengetepikan kuasa-kuasa yang telah sedia ada. Kuasa-kuasa, perancangan perancangan yang telah disediakan, oleh pihak majlis bandar raya, majlis perbandaran, majlis daerah, mukim-mukim dan kampung-kampung yang terlibat di dalam kawasan yang sebegini besar. Daerah Johor Bahru dan sebahagian daripada Pontian. Saya tidak iri hati sebagai orang Batu Pahat yang terletak di Johor Tengah.

Walau bagaimanapun, sebagai anak Johor saya juga bertanggungjawab untuk pemerhatian secara dekat, secara teliti supaya pembangunan ini nanti benar-benar akan menggunakan 3K, bukan Datuk K. ‘K’ yang pertama, Ketelusan. Khazanah harus telus, yang mengendalikan, yang membangunkan, yang diberi amanah untuk membangunkan WPI ini harus telus, harus ada Keadilan, harus ada ‘K’ yang ketiga, Keikhlasan.

Saya tidak mahu pembangunan ini hanya untuk mengayakan orang yang telah kaya. Pembangunan ini nanti akan bersifat terpilih-pilih untuk memilih rakan taulan dan sahabat untuk menjadi kaya. Keutamaan kepada rakyat dan pembangunan ini harus tepat supaya tidak ada orang yang mengambil kesempatan dengan alasan-alasan yang tertentu yang sengaja ditimbulkan.

Yang akhirnya, rakyat yang menjadi hakim kepada pembangunan ini akan kecewa. Kekecewaan rakyat ini tidak boleh dipandang sepi. Rakyat, kepentingan rakyat harus diberikan keutamaan. Saya tidak mahu di dalam kawasan ini ada berbagai-bagai lapisan masyarakat. Ada orang kampung, ada orang di tepi bandar, ada orang bandar seperti Yang Berhormat bagi Johor Bahru perkatakan ada orang kaya, ada orang sedang kaya, ada orang pertengahan kaya, ada orang miskin, fakir miskin. Kita tidak mahu yang marhaen, yang miskin ini yang di kampung ini akan tertolak ke tepi lebih kampung lebih miskin. Apa guna bandar raya pencakar langit tetapi rakyat ramai lebih banyak jadi penonton bukan jadi penyertaan dalam pembangunan yang makan berbilion-bilion ini.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Sabar Yang Berhormat, sabar, sabar.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya tidak boleh sabar dengan kepentingan rakyat. Saya datang di sini untuk menyuarakan kepentingan rakyat kerana rakyat lebih utama daripada kepentingan mana-mana pihak.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Boh Yang Berhormat, boh.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan kawasan ini meliputi kawasan bandaraya, majlis daerah, mukim kampung maknanya sosioekonomi mereka berlapis-lapis, berbagai-bagai.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Termasuk Kulai.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Termasuk Kulai kerana sebahagian daripada Johor.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, undang-undang langsung tidak bangkit?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya bangkit tadi, saya dah sebut Tuan Yang di-Pertua. Fasal Bahagian V, fasal 28 sehingga 32. Tuan Yang di-Pertua bacalah apa yang saya maksudkan terangkum dalam 28 hingga 32. Tuan Yang di-Pertua, esok orang kampung, orang Melayu khususnya, soal pengambilan tanah akan diambil, orang Melayu akan pergi lagi ke hutan.

Page 106: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

92 DR 13.12.2006

Orang miskin akan tersingkir dengan kuasa yang ada di tangan kita, kita kata kita boleh buat apa yang kita suka. Kita ambil dengan penuh kekuasaan, rakyat menderita Tuan Yang di-Pertua, rakyat yang telah susah lebih susah. Apa guna bandar raya yang pencakar langit?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Sri Gading, ada banyak lagi?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tidak tahu saya Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak tahu kah?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya tidak tahu kerana fasal 28 hingga 32, hendak cakap sampai pagi esok pun banyak modalnya Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Astaghfirullah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya dah dengar cakap tepi-tepi ini tapi macam mana kata Johor Bahru, cakap tepi-tepi tak boleh pakai hendak bawa di Parlimen. Dia dah faraid Tuan Yang di-Pertua, ini kau punya, ini kau punya, ini si polan punya. Tuan Yang di-Pertua, manusia sama sahaja, biar kita di dalam Dewan ini, biar orang di luar Dewan ini, nafsunya sama Tuan Yang di-Pertua. Jaga Tuan Yang di-Pertua. Kuasa akan menghilangkan pandangan yang adil dan saksama. Saya tidak mahu. Pembangunan Iskandar ini mengambil nama Sultan Iskandar, Sultan Iskandar itu sultan bagi negeri dan jajahan takluk Johor. Jangan sampai pembangunan Iskandar ini mengetepikan sebahagian rakyat negeri Johor itu sendiri. Jangan main-main.

Yang Berhormat Menteri, saya menyokong rang undang-undang ini. Perdana Menteri kadang-kadang betul, dia memang menjadi pengerusi bersama dengan menteri besar tapi kadang-kadang CEO boleh buat laporan yang lain. Perdana Menteri sibuk dengan tugas dan kerja harian yang begini berat. Tuan Yang di-Pertua, ini kebimbangan seperti yang disuarakan oleh Johor Bahru, kebimbangan saya anak Johor Tuan Yang di-Pertua. Kalau kami anak Johor pun esok Tuan Yang di-Pertua, hanya untuk bangun bersuara menentang, menghentam tetapi orang yang berkuasa tetap buat, “peduli apa sama kau”, kata dia. Dia akan cakap “peduli apa sama kau, peduli apa sama Sri Gading, peduli apa dengan Johor Bahru, kita buat apa yang kita suka”. Tuan Yang di-Pertua, jahanam Pembangunan Wilayah Iskandar ini.

Tuan Yang di-Pertua, “di mana ada gula, di situ ada semut”....

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Di situ ada Kepong.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ya, saya bukan hendak menuduh mana-mana pihak, minta maaf. Saya bukan orang sejahat itu, saya bukan orang jahat, saya anak orang tua-tua, belajar di makatul mukarramah bukan anak orang-orang macam saya hendak menuduh sembarangan. Saya berhati mulia tapi kerana kecintaan saya kepada negeri saya Johor Darul Takzim, Johor ini digelar Darul Takzim bermula 1895. 1895 negeri lain masih hutan Tuan Yang di-Pertua, lebih-lebih lagi di Kuching Sarawak, lebih hutan lagi Tuan Yang di-Pertua, Johor dah moden.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Termasuk Kedah, termasuk Kedah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, bolehkah kita...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Darul besar, negeri besar kalau dalam bahasa Arab, Darul Takzim itu maknanya negeri besar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Sri Gading, bolehkah kita beri peluang kepada rakan kita.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, apakah tidak boleh Tuan Yang di-Pertua memberi saya keistimewaan?

Page 107: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 93

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Mereka akan menyokong Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya menyokong Tuan Yang di-Pertua. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jadi saya minta Yang Berhormat tolonglah ...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Hari ini dalam sejarah di akhir persidangan kita, Yang Berhormat Menteri membentangkan, syabas dan tahniah. Dia membentangkan dengan penuh confident. Apa yang saya perkatakan tidak menyentuh dia tapi saya hendak memberi ingatan kepada orang yang mengendalikan Khazanah, yang mengendalikan WPI ini, saya tidak mahu WPI meminggirkan orang Melayu yang lebih miskin. Orang Melayu dipinggirkan, orang Melayu pindah macam pembangunan PTP, kampung orang Melayu sudah menjadi pelabuhan. Kita tidak tolak pelabuhan tapi nasib bangsa saya Tuan Yang di-Pertua, dan bangsa lain jugalah termasuk pengundi Tuan Yang di-Pertua yang miskin-miskin, saya pun harus memperjuangkan. Ini masalahnya, jangan kita kejar pencakar langit, kita hendak jadi suatu bandar raya yang hebat menandingi salah sebuah pembangunan di negeri China, betul!

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Cakar rakyat pula.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kufur...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Terima kasih, saya terpanggil untuk membantu. Saya tengok semangat orang Johor ini memang tinggi, sebab memang Johor ini daripada dulu pun mempertahankan soal bangsa dan tanah air. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat bila Yang Berhormat kata bahawa kebimbangan kita ialah kita bangunkan satu wilayah dengan bangganya, kita naikkan bangunan pencakar langit, kita pun buat segala-galanya besar dan hebat tapi benda di hulu kita punya, benda di hilir siapa punya, siapa yang dapat nikmat? Itu persoalannya, boleh beritahu saya?

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Macam Hang Tuah ni.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Ketawa] Allahuakbar. Sejarah orang Melayu Tuan Yang di-Pertua, buka bandar, pergi tepi bandar, buka bandar raya, tepi bandar raya, buka tepi, buka tepi, buka tepi. Sampai bila? Sampai bila penghijrahan yang terpaksa ini berlaku kepada orang Melayu yang miskin? Yang kaya pun orang Cina, yang kaya, yang miskin. Esok disoal bayaran cukai pintu, berapa bayaran cukai pintu? Dulu kalau di Jeram Batu, orang di Jeram Batu tidak ada cukai pintu, tidak ada cukai itu, cukai ini. Tiba-tiba masuk dalam Wilayah Iskandar ini, bayaran macam-macam.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, ucapan memang cukup hebatlah. Cukup Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Cantik Tuan Yang di-Pertua, saya tahniah Yang Berhormat Menteri, cantik dan saya sekali lagi hendak memberi amaran kepada Khazanah yang menjadi tonggak bagi membangunkan kawasan ini. Dia diberikan amanah dan amanah ini harus disempurnakan secara menyeluruh mengambil kira kepentingan-kepentingan pihak-pihak tertentu, mengambil kepentingan-kepentingan politik semasa. Tuan Yang di-Pertua, dengan sukacita saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Kota Bharu.

7.09 mlm.

Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim [Kota Bharu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar.

Page 108: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

94 DR 13.12.2006

Saya bukan dari Johor dan sudah tentunya tidak mempunyai kebimbangan yang disuarakan oleh orang-orang Johor. Saya yakin hasrat kerajaan ialah untuk membangunkan negeri Johor. Saya yakin jika perancangan yang digubalkan ini berjaya, saya percaya Johor akan menjadi negeri dan metropolis yang disebut tadi setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Saya katakan demikian kerana walaupun saya bukan orang Johor, saya bersekolah di sana. Saya masih ingat dalam tahun 60-an saya ke Singapura dan Johor dan saya melihat pembangunannya agak sama, sleepy town kata orang Inggeris. Johor dengan pembangunan di Jalan Ah Fooknya, dan Singapura pun mungkin lebih kurang pada masa itu tetapi 40 tahun kemudian kita melihat Singapura membangun dengan jayanya.

Jadi ini adalah satu hakikat yang kita kena terima. Jadi usaha baru perlu dilaksanakan. Kita tidak boleh senantiasa mencurigai kejayaan orang lain. Kita tidak boleh sentiasa melihat kejayaan orang lain itu kerana sebab-sebab tertentu, sedangkan kita sendiri tidak melakukan sesuatu. Saya melihat perancangan pusat untuk membangunkan Johor menyeragamkan pentadbiran pengurusan, menyediakan one-stop-centre untuk menarik pelabur-pelabur besar adalah sesuatu yang positif, yang unik.

Kita lihat pembangunan di Langkawi, sedikit sebanyak berjaya kerana adanya autoriti ataupun perbadanan yang ditubuhkan khusus. Walaupun kita tahu kerana ada kelemahan tertentu, masih ada masalah di antara kerajaan negeri dengan Perbadanan Langkawi. Kita melihat Putrajaya sendiri berjaya dan kita mengkhususkan cara pembangunannya yang agak berbeza dengan tempat-tempat yang lain.

Jadi saya mengharapkan Pembangunan Iskandar ini juga akan berjaya jika hasrat Kerajaan Pusat untuk melaksanakan perancangan yang digubalkan ini berjaya. Saya melihat negeri Arab sebagai contoh. Kita tahu banyak perkara...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Beri laluan bolehkah? Minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kota Bharu, saya tidak ingin menyertai perbahasan tapi kerana Yang Berhormat adalah seorang peguam, jadi saya hendak minta pandanganlah daripada Yang Berhormat. Di dalam rang undang-undang ini definisi “Menteri” ertinya “Perdana Menteri”, dan bila kita lihat keanggotaan Pihak Berkuasa, ia terdiri daripada dua pengerusi bersama seorang Perdana Menteri, seorang lagi Menteri Besar tetapi bila kita lihat fasal 17, tentang penyata laporan akaun dan maklumat, sini ia berbunyi:

“17 (1) Pihak berkuasa hendaklah memberikan kepada Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti-aktiviti Pihak Berkuasa sebagai mana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari masa ke masa.”

Sebenarnya soalan saya ialah kalau Perdana Menteri sudah menjadi anggota kepada Pihak Berkuasa, macam mana Pihak Berkuasa memberi laporan akaun, maklumat semua kepada menteri. Saya hanya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Kota Bharu adakah definisi “Menteri” ertinya “Perdana Menteri”, adakah ini yang merupakan satu kesilapan atau tidak begitu sesuai diletakkan macam itu kerana ia mengelirukan. Kerana yang Perdana Menteri sendiri berada dalam Pihak Berkuasa. Terima kasih.

Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim [Kota Bharu]: Saya percaya menteri akan menjawab soalan ini kerana dia juga adalah peguam tetapi pada pembacaan saya, takrif menteri telah pun dijelaskan. Saya tidak nampak kekeliruan di situ, kerana menteri di bawah akta ini bererti Perdana Menteri dan keperluan untuk memberi laporan itu adalah sesuatu yang saya percaya menteri akan menjawabnya. Walau pun begitu saya tidak nampak permasalahan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Seputeh.

Berbalik kepada negeri Arab, negeri Arab juga macam kita lebih kurang. Kita bergantung kepada Petronas, Arab juga bergantung kepada minyak tetapi orang-orang Arab, United Arab Emirates dan semua negara Arab telah pun bersedia 10 tahun dahulu, 15 tahun dahulu merangkakan pembangunan seperti ini.

Page 109: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 95

Pembangunan yang dapat penerimaan pelabur antarabangsa, pembangunannya yang dapat menarik minat seluruh dunia ke negara Arab. Inilah insurans mereka kalau minyak habis kerana orang Arab tidak ada lagi kebolehan yang lain.

Jadi saya percaya kita juga perlu membuat persediaan dan persediaan gagasan besar ini perlu diteruskan oleh kerajaan, kerana kita juga akan suatu hari kehabisan minyak dan gas dan perkara-perkara bahan lain. Jadi saya percaya kejayaan United Arab Emirates, kejayaan Dubai, kejayaan Doha, kejayaan Oman, Abu Dhabi sudah tentunya perlu kita teladani. Mereka juga mempunyai perancangan seperti Pembangunan Wilayah Iskandar ini.

Kebimbangan saya bukan kalaulah pembangunan itu menjadi songsang ataupun ketepikan orang-orang yang miskin, sudah tentunya itu bukan sesuatu yang kita harapkan dan kita tidak mahu perkara ini berlaku. Saya bersimpati dengan kebimbangan sesetengah pihak bila ada pembangunan. Takut-takut pembangunan itu hanya menguntungkan sesuatu pihak tetapi kita tidak boleh takut kepada pembangunan itu sendiri. Kalau kita takut untuk membangun, negara kita tidak boleh menjadi global player.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Penjelasan sedikit. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bagi Kota Bharu tetapi adakah Yang Berhormat sedar kadang-kadang pembangunan itu juga akan meminggirkan orang-orang dan rakyat. Apa ertinya pembangunan yang begitu besar tetapi rakyat tidak dapat menikmati pembangunan itu. Apa pandangan Yang Berhormat?

Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim [Kota Bharu]: Saya setuju kalau kita membangunkan, dan dalam masa kita pinggirkan orang-orang yang miskin. Saya setuju itu tidak patut tetapi itu sesuatu perkara yang lain, kita boleh membangun tetapi tidak mesti dengan pembangunan itu bererti kita menolak ataupun mengetepikan mereka ini. Kita harus merancang bagaimana untuk membela orang-orang yang kurang upaya ini. Kita harus merancang bagaimana untuk membantu orang-orang yang terpinggir ini. Saya percaya di negara-negara lain juga, saya percaya di Singapura juga membangun dan ada juga kumpulan-kumpulan tertentu yang perlu dibela oleh Kerajaan Singapura tetapi hari ini saya melihat negara itu maju.

Jadi berbalik kepada keperluan kita untuk membangun. Saya harap Kerajaan Pusat tegas dalam perkara ini. Saya lihat baru-baru ini bila soal pelaburan di sana, kita kata kita open economy, kita kata kita mahu global, kita mahu menarik pelaburan besar, kita juga mahu melabur di tempat lain tetapi bila ada rungutan dan kenyataan-kenyataan daripada pihak tertentu tentang pelaburan Khazanah membenarkan Temasek Holdings membeli saham-saham di Malaysia, kita panik, kita jual. Kita takut orang kata, mengapa kita benarkan syarikat luar membeli saham-saham di negara kita, mengambil bahagian dalam pembangunan negara kita.

Kita tidak perlu takut, yang perlu kita jaga ialah kepastian bahawa pelaburan itu adalah menguntungkan kita, itu yang penting. Kalau Singapura sanggup membenarkan Genting, syarikat Malaysia 13 bilion investment. Apa kita takut kalau Singapura melabur di negara kita. Kalau Maxis sanggup atau dibenarkan oleh Kerajaan Indonesia untuk melabur, berbilion ringgit di Jakarta dan di Indonesia, apa perlu kita takut kalau syarikat Indonesia ke mari. Ini perkara yang penting. Kalau kita mahu membangun sebagai sebuah negara yang maju, kita harus berani menerima hakikat ini. Dia mesti ada kesanggupan daripada pihak kerajaan untuk membuka metropolis Iskandar ke ataupun mana-mana pembangunan di negara ini.

Yang penting Tuan Yang di-Pertua ialah kita perlu menukar sikap ini. Saya harap kerjasama akan diberi oleh Kerajaan Johor dan sudah tentu diberi kerana akta ini sudah tentu tidak akan digubal kalau tidak ada persetujuan dan sokongan Kerajaan Johor tetapi sokongan ini perlulah berterusan. Kerajaan atau pun kuasa-kuasa kerajaan tempatan, rakyat Johor, Ahli Parlimen Johor perlu memberi sokongan kerana dengan cara itu sahajalah rancangan mega ini dapat berjaya.

Page 110: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

96 DR 13.12.2006

Satu perkara yang akhir Tuan Yang di-Pertua ialah soal dasar kita. Saya minta maaf saya terbalik kepada dasar Kerajaan Pusat. Kita kadang-kadang terlalu emosional dalam membuat keputusan. Saya ingat satu masa dahulu, “Buy British last”, kerana kita marah kepada sesuatu tindakan Margaret Thatcher tetapi pada suatu masa kita harus terima, Britain is a big trading country. Kadang kala kita ada rungutan daripada badan-badan politik, ”Boycott American goods”, ‘Jangan ambil pekerja dari Indonesia’ dan mungkin suatu hari nanti cara ini berterusan.

Saya harap kita berhati-hati dalam hal ini kalau kita mahu menjadi negara maju. Kita harus bertindak secara rasional dengan secara terbuka dengan negara-negara lain. Kita memerlukan pelaburan mereka. Kita memerlukan kepakaran mereka. Kita tidak perlu malu dan takut ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Cameron Highlands.

Tuan Devamany a/l S.Krishnasamy [Cameron Highlands]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kota Bharu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baik, saya tertarik dan terpanggil untuk bersama dalam perbahasan ini. Saya mengalu-alukan sikap keterbukaan dan liberal Yang Berhormat bahawa kita kena mempunyai satu paradigma global, bukan lagi local.

Baru-baru ini saya bersama dengan Timbalan Perdana Menteri ke negara India. Infosis Company telah membuat satu taklimat dan CEOnya saudara Narayanan Morthy kata pada tahun 2000 mereka bercadang untuk mengadakan satu relief disaster centre di sini di mana segala operasi dan juga out sourcing mereka ingin mereka letakkan di Malaysia kerana Malaysia merupakan negara yang paling baik sekali di rantau Asia kerana prasarana, perkakasan dan perisian begitu cantik.

Walaubagaimana pun, apabila mereka datang sini mereka tunggu beberapa bulan oleh kerana kerenah birokrasi kita. Mereka telah menempatkan diri mereka, saya ingat dekat RM15 bilion diri mereka di Mauritius. Walaupun keterbukaan seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Kota Bharu yang diilhamkan, dialu-alukan tetapi kita mempunyai satu sistem birokrasi yang boleh meranapkan ilham dan juga sikap keterbukaan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Kota Bharu itu. Di manakah dan bagaimanakah kita boleh mengatasi perkara ini yang telah menjadi semakin hebat, semakin bermasalah kepada negara kita.

Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim [Kota Bharu]: Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat bagi Cameron Highlands dapat bersama-sama Timbalan Perdana Menteri ke India. Saya percaya soal birokrasi ini soal yang rumit dan serius. Saya akui.

Tuan Devamany a/l S.Krishnasamy [Cameron Highlands]: Akan tetapi tidak boleh kita abaikan. Kita buka syarikat tetapi mereka datang sini..., tidak boleh.

Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim [Kota Bharu]: Saya setuju dan saya percaya hasrat ataupun pandangan Yang Berhormat akan diambil kira oleh kerajaan dalam perkara ini. Cuma saya hendak akhirkan, dalam soal kita menyediakan rakyat kita, kerajaan kita dan syarikat kita menerima globalisasi, saya harap kita harus dan kita wajar menyediakan diri kita sudah tentunya kita harus memperkemaskan efficiency pentadbiran kita seperti yang diperlukan di bawah akta kita. Perkataan “koordinasi” yang digunakan itu elok tetapi dari segi melaksanakannya saya percaya boleh menjadi rumit jika Kerajaan Pusat tidak mempunyai political will untuk menjayakan projek ini. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kepong. Saya bagi peluang tetapi Yang Berhormat selalu tidak mahu pandang sini. Lima minitlah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua sebenarnya...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Belum baca lagi macam mana hendak bahas.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Memang baca Bajet 2007.

Page 111: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 97

Tuan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat satu minit sudah lepas. Lagi ada empat minit sahaja lagi.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya ada baca bajet masa dahulu dengan peruntukkan RM2.3 bilion sebahagian besarnya digunakan untuk projek WPI dan juga untuk dana itu RM200 juta. Di sini saya berharap walaupun kita mengalu-alukan pembangunan dan bagi saya sekarang sudah lewat. Dahulu lagi kita mesti bangunkan Johor Selatan tetapi terlewat. Walau bagaimanapun...

Tuan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Lebih baik daripada tidak buatlah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ini memang lewat dah. Walaupun lewat saya berharap yang pertama, tiap-tiap hari saya buka media kita, surat khabar kita dan saya sendiri ada pergi ke Johor Bahru dan masalah kita tengok projek-projek gagal terbengkalai. Kita tengok di situ kedai-kedai, kompleks-kompleks tidak digunakan dan masalah security itu jenayah tinggi di Johor. Saya pun tidak faham mengapa dia tinggi di situ. Pelbagai jenayah berlaku di situ.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Di Kepong bagaimana?

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Kepong pun ada tetapi kalau berbanding dengan Johor Bahru, Johor Bahru lebih hebat. Dan masalah itu traffic juga di Johor masalah birokrasi, kekurangan ketelusan ini semua berlaku di Johor Bahru dan saya tengok kalau kita hendak menjayakan WPI kita mestilah mengatasi semua masalah yang saya sebutkan tadi. Semua masalah mesti di atasi dan di sini memandangkan Khazanah Negara menjadi tonggak untuk pembangunan WPI, saya berharap Khazanah Negara dapat membentangkan tiap-tiap tahun di sini - laporan audit di bentangkan bagi kita lihat macam mana dia gunakan wang rakyat ini.

Ini memang penting dan dari segi itu, saya tidak mahu mempertikai kerana Yang Berhormat Sri gading, Yang Berhormat bagi Jerai mengenai itu kelompok-kelompok diketepikan. Mesti kita jaga orang-orang kampung yang terlibat dan sebagainya kita mesti jaga itu saya setuju tidak boleh kita pinggirkan orang-orang terutamanya Johor Bahru ada disebutkan orang-orang miskin di bandar, orang-orang kurang upaya, lemah dan sebagainya mesti jaga. Kita mesti jaga. Semua kaum pun mesti jaga.

Namun yang penting sekalinya kalau kita hendak menarik itu pelaburan daripada negara-negara lain saya nampak Perdana Menteri Singapura ada mendakwa bahawa ahli perniagaan Singapura menurut isyarat yang pelbagai dari Johor berhubung pelaburan WPI dan sebagainya. Saya pun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi walau bagaimanapun sama ada Singapura ataupun Indonesia ataupun negara-negara lain saya berharap kita alu-alukan semua pelabur hendak datang dari mana-mana pun Kota Bharu pun betul juga. Daripada mana-mana kita mengalu-alukan kerana kalau kita lihat banyak kawasan tempat di dunia membangun secara seperti WPI. Bukan sahaja di Dubai. Banyak kawasan. Khazakhstan pun. Ia banyak wang daripada petroleum, dia akan membangunkan banyak tempat seperti di Singapura dan Dubai dan Johor sekarang. Saya berharap bukan sahaja, banyak lagi. Bukan saja, Ledang itu kecuali Kota Tinggi dan Pontian itu, sedikit ada...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulunglah Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Eh! Jangan, jangan! Saya banyak lagi..!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat hendak pergi ke Kota Tinggi, hendak pergi ke Tangkak lagi.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Betul, betul, betul, betul..., saya kata...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tadi baru cerita Johor Bahru.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ...Saya kata. Kecuali Kota Tinggi sedikit dan Pontian sedikit, ada terlibat tetapi Ledang macam mana? Mana ada!

Page 112: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

98 DR 13.12.2006

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kepong langsung tak ada Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tak ada langsung tetapi ini sebahagian daripada Malaysia, ada. Kita gerbang strategi untuk Malaysia kita perlu membahaskan satu gerbang yang penting, perlu bahas. Selain daripada Khazanah Nasional, mesti membentangkan akaun di sini, saya berharap kita dapat mempertingkatkan seperti Lapangan Terbang Senai. Kadang kala saya nampak perkhidmatan pun tak begitu baik. Kalau kita hendak jadikan satu metropolis, lapangan terbang penting dipertingkatkan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Itu saya sokonglah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Hah, dipertingkatkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Itu saya sokong. Itu kawasan saya Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Di sini saya memanglah berpuas hati juga dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas. PTP kita ini saya nampak ada perkembangan yang baik, prestasi pun bukan 100% boleh terima juga dalam lima tahun ini ada meningkat. Ada meningkat menjadi satu pelabuhan antarabangsa yang membangun dengan pesat dan saya berharap PTP kita boleh meningkatkan lagi prestasinya dan Pelabuhan Pasir Gudang, saya nampak ada lemah sedikit...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Banyak lagi. Bagilah saya peluang sedikit untuk terus membincangkan masalah ini dan dari segi pelabuhan kita, lapangan terbang kita, semuanya tingkatkan dan seterusnya...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Kepong tidak ada idea itu Tuan Yang di-Pertua. Dia tak ada idea, dia merewang rata.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Bukan, bukan! Banyak, idea banyak! Idea banyak. Idea banyak lagi. Banyak lagi...

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sungai Petani bangun Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Banyak lagi dan di sini ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sungai Petani, Sungai Petani Yang Berhormat. Kepong, Sungai Petani bangun.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Giliran dia? Tunggu sekejap berapa minit sahajalah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ini utara jauh sangat daripada Johor, Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Kepong sudah habis ya?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat. Banyak lagi Yang Berhormat. Tak boleh habis Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Bagi peluang orang utara pula bercakap.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Satu perkara saya hendak bincangkan di sini ialah mengenai, saya ada dengar suara, ekuiti. Saya tidak mahu mempertikaikan di sini, cuma saya hendak sebutkan untuk kita semua melihat. Ada orang yang sebutkan ekuiti sekarang ini. Ekuiti ini, ekuiti itu.

Page 113: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 99

Jadi kita hendak bangunkan WPI, kita gunakan kriteria antarabangsa. Jangan kita sebut, ”Oh! Kita hendak ekuiti. Kita hendak 30% sekarang, hendak 50% sekurang kurangnya...” Dan sebagainya. Kalau macam itu siapa hendak buat pelaburan? Hah!

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Yang Berhormat, kalau macam itu baik kita jual negara kita ini, senang.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Bukan hendak jual negara kita.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Habis?

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Bukan ...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Pembangunan ...

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya daripada awal, dia hendak mempertikaikan sekarang. Sebelum saya habis, hendak pertikai dah. Mula-mula lagi kita kata kita jaga semua kelompok. Kita jaga semua tetapi apabila kita menguruskan semua ini, menguruskan mengikut kriteria antarabangsa. Jangan hendak ikut kriteria Jerai, matilah semua. Ya? Kriteria antarabangsa...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Penjelasan. Adakah Yang Berhormat bagi Kepong bermaksud bahawa biarlah negara kita ini dijajah semula dengan cara ekonomi, dengan cara pembangunan?

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya, bukan jajah semua. Kita, kitalah yang membuat perancangan. Kita ada IRDA..., apa dia panggil?

Seorang Ahli: IRDA.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: IRDA, kita ada IRDA. Kitalah buat perancangan bukan penjajah yang lain. Kita buat perancangan sendiri. We are the boss. What’s the problem?... [Dewan riuh]

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Dia tidak minta izin Tuan Yang di-Pertua. Dia tidak minta izin.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Hah!....

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tidak minta izin kepada Tuan Yang di-Pertua bercakap Bahasa Inggeris.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya, ya, ya.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: You must get permission dengan izin, Tuan Yang di-Pertua....[Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya, kita jadi perancangan. Bukan siapa lagi penjajah. Kita jadi penjajah sendiri, ehh? Kita jadi perancangan. Apa kita takut? Cuma kita tidak mengetepikan mana-mana golongan pun, kita tidak hendak mengetepikan tetapi jangan Arau sentiasa kata 30%, 50% macam itu habislah, bukan? Siapa hendak melabur, siapa hendak melabur? Janganlah ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Habis dah?

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya hendak gulung dah, saya hendak gulung dah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ramai tunggulah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ramai tunggu.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ramai, saya tahu. Saya berharaplah. Saya cakap yang betul tadi. Yang Berhormat pun tahu apa maksud saya. Jangan kita buat macam itu lagi Yang Berhormat bagi Jerai ya?

Page 114: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

100 DR 13.12.2006

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya tidak tahu.

Puan Teresa Kok Suh Sim[Seputeh]: [Menyampuk]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Untuk WPI,......

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Point of Order. Yang Berhormat bagi Kepong ini, dalam lembut dia hendak jual negara kita Tuan Yang di-Pertua.... [Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tak ada! Tak ada jual. Jual apa, jual? Kita jadi perancangan, jual apa? Kalau ERDA tahu itu tidak betul, dia boleh menolak...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukup, cukuplah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Cuma satu lagi akhir sekali mengenai itu ...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Seputeh apa hendak tanya?

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Mengapa kita perlu dua pesuruhjaya? Kita perlu dua pesuruhjaya. Ini kali pertama saya dengar. Pesuruhjaya biasanya satu orang sahaja tetapi dia hendak dua di sini. Saya pun pening kepala macam mana boleh dua kepala itu. Susahlah seperti Yang Berhormat bagi Jerai, sekarang dia dua macam ini..... [Menunjukkan gaya kepada Yang Berhormat bagi Jerai] Tak bolehlah itu. Satu kepala cukup. Kereta api pun satu enjin sahaja. Bukan dua enjin...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, baiklah cukup Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah cukup Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Sekian. Terima kasih. .

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Mohon penjelasan.... [Ketawa]

7.37 mlm.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga bangun menyokong kerana namanya besar, WPI iaitu Wilayah Pembangunan Iskandar. Tarafnya metropolis di peringkat antarabangsa. Satu gagasan besar.

Sebenarnya ini adalah salah satu Tuan Yang di-Pertua, fokus utama Rancangan Malaysia Kesembilan seperti yang diumumkan yang menguji lima teras RMK-9 tersebut yang merangkumi rangkaian ekonomi, inovasi, sosioekonomi, kualiti hidup dan integriti agensi pelaksana. Sekali gus Tuan Yang di-Pertua, saya yakin akan menjadi rujukan utama kepada pembangunan wilayah lain umpamanya utara dan timur serta Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua...

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta laluan.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Minta maaf kerana masa kecederaan. Oleh kerana itulah perlunya ada satu penyelarasan yang ada political will, yang ada kekuatan untuk menyelaraskan semua pembangunan yang dirancang. Cuma persoalan sedikit, ada beberapa persoalan, pertamanya dengan approach yang proper dengan izin, saya yakin social impact study telah pun dibuat sebab yang merangkumi soal kejutan budaya, taraf hidup, kawalan keselamatan sebab saya yakin, apabila perkara-perkara itu diambil kira, dengan izin, contingent action pasti telah pun disediakan di peringkat awal, maknanya perlu ada suatu kaedah mekanisme, bagaimana untuk mengatasi perkara-perkara yang mungkin berbangkit daripada kajian tersebut.

Page 115: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 101

Sebab bila sebut, Tuan Yang di-Pertua, apabila sebut metropolis ini, dia sangat besar. Soal keselamatan misalnya disebut FAZ atau free assess zone, tetapi saya tidak bimbang sangat free assess zone ini sebab Measat3 baru sahaja dilancarkan. Insya-Allah kalau segala-galanya berjalan lancar, bolehlah disediakan CCTV yang boleh mengawasi segala pergerakan di muka bumi tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal perancangan ini saya juga yakin dengan izin, PDCA iaitu plan, do, check and action, telah pun dan akan sentiasa menjadi asas perancangan. Sebab itulah saya yakin juga, jawatan Pengerusi Bersama ini diletakkan Perdana Menteri dan juga Menteri Besar Johor supaya wujud satu political will di mana pihak berkuasa mempunyai kuasa yang benar-benar kukuh di dalam mengawasi, menyelaraskan segala projek-projek pembangunan yang akan dirancang.

Namun begitu, saya juga ingin menyarankan Tuan Yang di-Pertua, supaya semua anggota PBT yang terlibat iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Kulai termasuklah Pontian, Kota Tinggi dan lain-lain yang terlibat dengan sebahagian daripada itu mesti diberikan kefahaman yang sedalam-dalamnya. Kita tidak mahu nanti ahli majlis, pegawai-pegawai berkenaan tidak faham, mereka tidak memahami, tidak menghayati, mereka sukar pula untuk meluluskan dan mereka sukar pula untuk bekerjasama dalam segala aspek pembangunan yang dirancang.

Tuan Yang di-Pertua, WPI ini akan menjadi penyelaras kepada semua pembangunan sekiranya tidak mendapat kerjasama yang kuat daripada semua pihak terutamanya PBT, saya yakin pembangunan tersebut gagal dirancang kerana mengikut pengalaman saya, berbeza PBT, misalnya Majlis Bandaraya Johor baru atau Majlis Daerah Kulai ada tafsiran sendiri dalam sesuatu undang-undang dan dalam sesuatu peraturan. Jadi perlu ada penyelarasan tetapi kalau mereka betul-betul faham, maknanya segala pegawai kanan, pegawai rendah diberikan kefahaman, kursus dan sebagainya oleh pihak yang berkenaan, perkara ini tidak akan timbul.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan soal EIA. EIA akan hanya tinggal EIA. Ada dua perkara: pertama, EIA mestilah mengambil kira beberapa pendapat, jangan hanya bergantung kepada satu pendapat. Misalnya kita tidak boleh bergantung kepada satu perunding EIA. Mesti ada beberapa pandangan EIA. Macamlah kes MRR2 baru-baru ini, bila kajian dibuat ke atas kecacatan, ada pendapat lain. Begitu juga EIA, kajian ke atas kesan alam sekitar supaya EIA ini tidak hanya tinggal laporan tetapi ia benar-benar dipatuhi oleh semua pihak yang berkaitan, terutamanya pihak berkuasa ini.

Soal tender. Oleh kerana ini adalah satu projek besar Tuan Yang di-Pertua, biarlah dibuat secara telus. Pelaksanaan projek biarlah dibuat secara di mana semua dapat mengambil bahagian. Kalaupun hendak buat, contohnya baru-baru ini JKR buat tender design and build - reka dan bina secara tender tetapi maklumat tidak cukup dalam reka dan bina tender tidak ada butiran kajian tanah, tidak ada butiran muka bumi. Saya pun kali pertama saya jumpa kes ini. Ramai yang mengadu pada saya, seolah-olah macam ada sesuatu yang tidak kena tetapi saya gunakan majlis ini untuk bercakaplah, Tuan Yang di-Pertua. Jadi perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, ini juga akan menguji. Saya sebut Tuan Yang di-Pertua, ini akan menguji semua rang undang-undang yang baru kita luluskan hari ini dan semalam, dengan izin, soal Certificate of Completion and Compliance (CCC), soal pengurusan bangunan dan soal strata hakmilik yang tadi kita bincang dengan panjang lebar sampai kena tangguh sepuluh minit. Ini semua akan menguji dan secara kebetulan pula segala rang undang-undang itu diluluskan, kemudian barulah rang undang-undang ini dibentangkan. Saya fikir ini adalah satu strategi yang baik, yang kepada saya kesemuanya akan saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain.

Yang penting Tuan Yang di-Pertua, falsafahnya ialah biarlah perancangan yang baik itu apabila dirancang dengan baik akan menghasilkan sesuatu yang baik daripada pelaksanaan. Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua...

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: [Bangun]

Page 116: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

102 DR 13.12.2006

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: ...Akan tetapi sebelum itu minta izin bagi Yang Berhormat bagi Pasir Puteh bercakap.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat bagi Ledang yang saya kasihi dan amat disayangi kerana hendak wujudkan sebuah Wilayah Iskandar Metropolis ini. Islam tidak bercanggah. Islam galak... [Menyebut pepatah Arab] Boleh kita buat pembaharuan atau perubahan dengan syaratnya apakah peranan kita dan apakah kita boleh mencapai yang dikatakan hasil pelaksanaan nanti menepati dengan firman Allah, dengan izin Tuan Yang di-Pertua... [Menyebut sepotong ayat Al-Quran] Selalu orang PAS yang baca tetapi mereka belum implement. Kita baca, kita implement. Ertinya sebuah negara yang aman makmur dari segi ekonomi, social stability nya dan political stability nya tetapi dengan syarat mendapat keampunan Allah. Boleh atau tidak capai dengan hasrat kita hendak wujud ini? Terima kasih.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih sahabat jiran sebelah, Yang Berhormat bagi Pasir Puteh kerana menyokong. Walaupun dia Pasir Puteh tetapi dia sentiasa menyokong dan ini kepada saya satu galakan dan mudah-mudahan pembangunan akan sampai di sana.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, boleh gulung.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Kesimpulan dan penggulungan saya ialah pertamanya, pihak berkuasa diharapkan akan mampu mengurus semua projek pembangunank... Kalau boleh dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Johor hendak ucap terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan mudah-mudahan ia akan berjalan dengan baik dan ini adalah satu hadiah kepada Barisan Nasional yang kuat di dalam negeri Johor. Agensi pelaksana ini jagalah nama baik Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar kerana menggunakan nama baginda, mudah-mudahan ia akan menjadi pendorong kerana mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Jangan lupa juga Dato’ Menteri, biarlah pembangunan ini juga memberi limpahan kepada kawasan-kawasan yang berhampiran sebab kawasan berhampiran yang tidak masuk dalam pelan rancangan ini juga akan menjadi pelengkap. Kalau jalannya tidak sempurna, ia tidak akan masuk ke sana. Kalau kereta api tidak sempurna, tidak akan masuk ke sana. Tuan Yang di-Pertua, ini saya sebut. Tuan Yang di-Pertua mungkin suka ini. Kalau Jalan Segamat-Tangkak yang menjadi senarai nombor satu atau nombor wahid yang disenaraikan oleh kerajaan negeri ditolak, tetapi kalau boleh dikaji balik ini, ia juga akan mendorong kepada kemajuan di sebelah utara. Saya sebut ini Dato’ Menteri, Jalan Segamat-Tangkak yang EPU tolak baru-baru ini iaitu membina empat lorong. Ia boleh menjadi pendorong sebab di situ ada pelabuhan kering... [Ketawa] Dry port, pelabuhan darat. Saya sebut, saya translate begitu. Jalan ini menjadi penting. Kalau utara baik, bawah pun baik. Sekian, saya sokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ramai lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ada beberapa perundangan dan usul untuk kita selesaikan pada malam ini. Jadi saya nasihatlah kalau boleh berikan...

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Ringkas sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: ...Berikan kerjasama, ringkas dan supaya saya dapat benarkan semua berucap.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jadi, lima minit bolehlah ya?

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Tebrau, sila.

Page 117: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 103

7.47 ptg.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Eh, kenapa orang Johor sahaja, orang Kedah tidak bolehkah?

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Di kawasan Tebrau, kesemuanya hanya di...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat hendak berucap, kena tunggulah. Akan diberi peluang.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: ...Wilayah Pembangunan Iskandar. Saya bersetuju dengan hujah-hujah rakan saya dari Johor tadi iaitu sesuatu rancangan seperti ini, kita hendak tahu apakah nilainya rancangan ini dibawa kepada rakyat? Apakah manfaat yang akan membawa kepada rakyat jelata? Jadi di Tebrau, rakyat bertanya dua soalan. Apabila mereka membincangkan adakah rancangan Wilayah Pembangunan Iskandar ini akan berjaya atau tidak, mereka lebih mementingkan jentera pentadbiran dan juga soal keselamatan. Soal keselamatan adalah masih merupakan satu soal yang benar di daerah Johor Bahru, khususnya.

Jadi saya harap IRDA akan mengambil perhatian tentang perkara ini untuk memastikan kita akan menyediakan satu keadaan keselamatan yang baik untuk kawasan ini. Ini adalah penting untuk menarik FDI dan kita memerlukan FDI dan kepakaran untuk menjayakan rancangan Wilayah Pembangunan Iskandar. Jadi dari segi pentadbiran, mereka lebih risau tentang kerenah birokrasi yang biasanya dianggap sebagai satu faktor yang menjejaskan pelaksanaan projek-projek pembangunan. Jadi delivery system merupakan salah satu faktor yang begitu penting di dalam hati rakyat.

Jadi dua perkara iaitu jentera pentadbiran dan juga soal keselamatan. Jika kita rujuk kepada fasal-fasal dalam rang undang-undang ini, saya sendiri tidak nampak dengan jelas apakah peranan yang dimainkan oleh IRDA dan saya juga ada keraguan tentang tindihan pentadbiran. Jadi kalau kita rujuk kepada fasal 15(2) dan fasal 2, subseksyen 15(2) dan subseksyen 2(2), saya ragu adakah terwujud percanggahan maksud peruntukan dalam kedua-dua fasal itu.

Adakah frasa ataupun ungkapan yang berbunyi iaitu “Apa-apa undang-undang bertulis selain dalam subseksyen 15(2) ini boleh menimbulkan kekeliruan dan membawa maksud yang bercanggah dengan maksud fasal 2(2) yang jelas menyatakan iaitu tiada apa-apa jua dalam akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan atau mengehadkan bidang kuasa, kuasa dan fungsi pihak berkuasa negeri Johor berhubung perkara-perkara tanah dan kerajaan tempatan.

Kedua, jika kita rujuk berkenaan dengan jentera pentadbiran, kita merujuk kepada fasal 5, 6 dan 7 berkaitan fungsi kuasa dan fungsi tambahan pihak Berkuasa. Saya ingin meminta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri, adakah kuasa yang diberi kepada Pihak Berkuasa mengatasi atau superseding, dengan izin, kuasa PBT yang sedia ada seperti MBJB, MPJBT dan Majlis-majlis Daerah yang lain di dalam kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar.

Jika membaca fasal 5, 6, dan 7 secara keseluruhannya memang terbentuk tanggapan bahawa Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar akan mengatasi kuasa pentadbiran PBT-PBT yang lain di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar. Adakah IRDA, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar setaraf dengan Wilayah Persekutuan Labuan dari segi hierarki pentadbiran. Adakah IRDA menjadi penyelaras kepada semua PBT yang sedia ada sekarang.

Soalan yang berikut ialah berkaitan dengan fasal 20 di bawah bantuan kewangan kepada anggota, pegawai pekhidmat dan orang lain. Subseksyen 20(b) dan (c) yang memperuntukkan tentang subsidi, pemberian dan kemudahan pembiayaan kepada anggota, pegawai, pekhidmat phak berkuasa. Soalan saya, bagaimana cara penyelesaiannya jika anggota dan pegawai yang berkenaan sudah pun diberi kemudahan atau faedah sampingan yang sama di bawah skim gaji kakitangan kerajaan.

Page 118: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

104 DR 13.12.2006

Dalam keadaan seperti ini, tindihan ganjaran dan faedah khidmat akan berlaku. Apakah penyelesaiannya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Soalan yang berikut tentang fasal 27(1) istilah “Pembangunan strategik dan kawasan pembangunan strategik” telah digunakan. Oleh kerana istilah-istilah ini membawa erti kata dan maksud yang agak luas, ia perlu diberi definisi yang jelas dan contoh-contoh tertentu supaya tanggapan yang berbeza tidak timbul.

Bagi fasal 28(2)(a) dan 28(2)(b) istilah sumbangan telah digunakan. Erti kata “sumbangan” dalam konteks peruntukan fasal 28(2)(a) dan 28(2)(b) kurang jelas dan boleh disalah guna. Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kalau ada satu, dua perkara nanti boleh bertanya semasa Jawatankuasa.

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Ya, satu lagi. Sikit saja. Fasal 32(c) tentang tanggungjawab dan entiti kerajaan. Frasa atau ungkapan “..memberikan pertimbangan yang sewajarnya” telah digunakan. Maksud ungkapan ini kurang jelas dan boleh mengelirukan kerana ungkapan ini boleh membawa konotasi iaitu entiti kerajaan boleh menolak dasar undang-undang dan tindakan yang dicadangkan atau disyorkan oleh pihak berkuasa di bawah perenggan 5(d). Minta penjelasan.

Akhir sekali fasal 49(1) tentang obligasi kerahsiaan yang diwajibkan kepada anggota, pegawai atau pekhidmat pihak berkuasa dan anggota jawatankuasa kelulusan dan pelaksanaan. Mengikut kefahaman saya, peruntukan dalam fasal ini tidak menghalang anggota Pegawai Pekhidmat atau anggota jawatankuasa kelulusan dan pelaksanaan daripada menggunakan maklumat yang telah diperoleh untuk kepentingan diri sungguhpun maklumat yang diperolehinya tidak dibongkar kepada orang lain. Minta penjelasan. Terima kasih.

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: [Bangun]

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Permatang Pauh. Yang Berhormat bagi Sungai Petani jangan bimbang, akan diberi peluang. Sabar.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Sabar, Yang Berhormat bagi Sungai Petani. Jangan naik angin... [Ketawa]

7.55 mlm.

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang mendebat Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2006.

Izinkan saya bertanyakan beberapa soalan pokok mengenai rang undang-undang yang didebat pada petang ini dan izinkan saya menggunakan istilah singkat iaitu Projek Iskandar untuk merujuk Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2006 ini.

Pertama, siapakah pihak yang sebenarnya bertanggungjawab atas Projek Iskandar, adakah pihak dari Kerajaan Persekutuan ataupun pihak dari Kerajaan Negeri Johor. Kelihatan dari rang undang-undang yang dikemukakan secara tergesa-gesa pada minggu lepas oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, jawapan kepada soalan ini tidak begitu jelas. Mengikut muka surat 14, keanggotaan pihak berkuasa, kelihatan kedua-dua pihak dari Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mempunyai hak dan kuasa yang dibahagikan secara saksama.

Namun pada masa yang sama, kelihatan kuasa Perdana Menteri melebihi kuasa Menteri Besar negeri Johor. Seperti dalam seksyen 8(1)(d) di mana; ”Dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Besar....”

Page 119: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 105

Kita seharusnya memahami sistem pentadbiran dalam negara kita. Perdana Menteri merupakan pihak yang mempunyai kuasa yang berleluasa. Walaupun dalam beberapa akta, seperti contohnya, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 1999, pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM dikatakan mesti dipersetujui oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, tetapi secara praktiknya persetujuan hanyalah, dengan izin, ceremonial.

Adakah keadaan ini sama dengan apa yang dikatakan memerlukan persetujuan Menteri Besar? Adakah persetujuan ini hanya ceremonial atau persetujuan yang sebenarnya? Saya mengemukakan soalan ini kerana Projek Iskandar membabitkan isu tanah yang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Kalau kuasa ini dialihkan walaupun secara tidak langsung pada pihak Kerajaan Persekutuan, ini akan menjejaskan konsep negara Persekutuan yang diamalkan sejak 1957.

Soalan kedua saya melibatkan pihak manakah yang akan bertanggungjawab jikalau terdapat masalah semasa pelaksanaan Projek Iskandar? Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar akan diberi kuasa yang luar biasa seperti dalam bidang polisi, pelaburan, termasuk dalam urusan pinjaman dana dari pihak bank dan kewangan dalam dan luar negara dan sebagainya.

Kalau kita merujuk kepada seksyen 50 - Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang yang menyatakan berikut;

“Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap:

(a) menteri;

(b) pihak berkuasa;

(c) mana-mana anggota pihak berkuasa, mana-mana anggota jawatankuasa kelulusan dan pelaksanaan, mana anggota jawatankuasa atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen pihak berkuasa; atau

(d) mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak berkuasa.

Berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.”

Saya ingin penjelasan. Isu ini kelihatan seperti pihak yang berkuasa dan pelaksana Projek Iskandar mempunyai imuniti dari tindakan mahkamah.

Seksyen yang seterusnya iaitu seksyen 51 yang merujuk kepada Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, juga memberi imuniti yang sama. Gabungan seksyen 50 dan 51 dengan seksyen 49, obligasi kerahsiaan amat membimbangkan.

Saya ingin satu penjelasan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri dan menteri terbabit, bagaimana kita dapat memastikan bahawa terdapat ketelusan dan transparency dalam Projek Iskandar? Tidakkah pelabur-pelabur khasnya dari luar negara merasa risau, kalau pelaburan mereka menghadapi apa-apa masalah dan mereka tidak mempunyai alternatif di mahkamah untuk membuat pengaduan? Bagaimana pelaburan asing hendak percaya terhadap pihak berkuasa yang kelihatan tidak begitu bertanggungjawab kepada sesiapa?

Soalan saya yang terakhir Tuan Yang di-Pertua. Apakah peranan yang akan dimainkan oleh Parlimen dan wakil rakyat sebagai contohnya dalam Akta SUHAKAM. Laporan tahunannya diserahkan kepada Parlimen tetapi jaminan ini tidak wujud dalam Projek Iskandar.

Page 120: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

106 DR 13.12.2006

Kalau kita merujuk kepada seksyen 17, penyata laporan akaun dan maklumat yang menyatakan berikut 17(1) yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Ayer Hitam dan teman-teman di sana. “Pihak berkuasa hendaklah memberikan kepada Menteri dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa”.

Ini merupakan satu praktis yang tidak telus dan amat tidak memuaskan. Projek Iskandar dikatakan satu projek yang akan dengan izin, ‘may cooperate’ untuk keekonomian Malaysia. Maka Parlimen harus diberi hak dan kuasa untuk memantau projek ini dengan terperinci supaya wang rakyat tidak akan dibelanjakan secara sia-sia. Selain dari itu, Parlimen akan memperuntukkan perbelanjaan secara besar-besaran sampai berbilion ringgit bagi menjayakan projek ini. Kalau merujuk kepada seksyen 33, subseksyen 2(a), muka surat 35, saya berpendapat adalah lebih wajar dan wajib bagi Pihak Berkuasa Projek Iskandar untuk melaporkan kepada Parlimen. Sebagai wakil rakyat kita harus dan wajib bertanggungjawab secara langsung, jika wang dan pelaburan dari rakyat, dan pihak kerajaan masing-masing dibelanjakan oleh pihak yang lain.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]

Kesimpulan saya adalah berikut, rang undang-undang ini harus diberi lebih masa untuk di debat dan dipertikaikan merujuk kepada pendapat dan cadangan yang dikemukakan dalam Dewan Rakyat ini. Kita tidak seharusnya dipaksa meluluskan rang undang-undang ini secara tergesa-gesa. Saya mencadangkan supaya rang undang-undang ini diberi tempoh masa yang cukup supaya Parlimen dapat mengkaji butir-butirnya secara terperinci. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Jerai.

8.06 mlm.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, walaupun Wilayah Pembangunan Iskandar ini tidak termasuk dalam kawasan Parlimen Jerai, mahupun negeri Kedah...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tidak payah cakap panjanglah Yang Berhormat.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ya, pasal itu saya tidak mahu bercakap panjang. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita harus mengambil kira. Yang saya hendak pada hari ini, jaminan daripada Yang Berhormat Menteri dan kerajaan ialah ketelusan dan bukan ketirisan. Ini yang saya hendak. Sudah banyak sangat, Tuan Yang di-Pertua. Sudah banyak saya lihat, dengar dan mengalami. Kadang-kadang agensi kerajaan itu ditubuhkan menjadi broker, ambil tanah rakyat dan diberi kepada seseorang atas alasan pembangunan. Sedangkan rakyat hendak dapatkan serelung dua tanah ini pun bergolok bergadai. Datuk, nenek kita dahulu, “buka tanah” orang Kedah kata dengan tidak memakai jentera, dengan tangan! tetapi apabila pembangunan datang, rakyat mengalu-alukan tetapi janganlah rakyat ini dipinggirkan, dianiaya, kerana doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah SWT, tak begitu Yang Berhormat bagi Sri Gading?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Betul. Betul.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ha! Itu dia. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak, pertamanya pihak kerajaan memaklumkan dengan terperinci kepada rakyat yang kawasannya terlibat. Mendengar sama rintihan mereka. Memastikan rakyat faham. Dia akan jadi cultural shock, dengan izin. Terkejut! Orang terkejut Tuan Yang di-Pertua, boleh buat macam-macam. Kita tengok keadaan terkejut...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bukan latah Yang Berhormat?

Page 121: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 107

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tidak...tidak. Latah lain. Latah bila kita cucuk kita usik perut dia ka, dia melatah. Kita tepuk dia, dia melata tetapi ini kes terkejut Tuan Yang di-Pertua, pagar enam kaki dia lompat, lepas. Ya, sungguh! Jadi cuma Yang Berhormat bagi Kepong, dia tidak berani lompat... [Ketawa].

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mahu pihak kerajaan perjelaskan kepada rakyat apa yang rakyat akan dapat nikmati daripada pembangunan ini. Saya mahu Tuan Yang di-Pertua, jangan kita asyik kejar pembangunan, akhirnya anak cucu kita tidak ada bumbung untuk berteduh daripada panas dan hujan... [Dewan riuh] [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua. Satu, dua? Yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, seandainya projek ini sudah sampai, lihatlah Yang Berhormat Menteri, wajah-wajah syarikat-syarikat bumiputera lain, jangan yang muka itu sahaja Yang Berhormat Menteri. Pelabuhan dia, kilang gula dia, kereta pun dia, Proton dia, semua dia! Beras pun dia, gula pun dia, yang lain macam mana Yang Berhormat Menteri? Yang lain pun ada mulut, ada anak isteri hendak bela, orang lain pun hendak makan.Ini graduates yang keluar jadi consultant itu, consultant ini. Soru miss Yang Berhormat Menteri! Kadang-kadang itu Tuan Yang di-Pertua, kami wakil rakyat melihat dengan linangan air mata. Rintihan rakyat kepada kami untuk kami suarakan. Inilah suara kami. Yang Berhormat Menteri, berapa banyak syarikat kita sudah “gulung tikar”?...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Sri Gading bangun.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Jerai.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Beri semangat. Beri semangat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: P. Ramlee telah menunjukkan contoh 40 tahun yang lalu. Dalam filem, dia sudah tunjukkan. “Ini engkau tengok, ini aku ambil. Ini engkau tengok, ini aku ambil. Ini engkau tengok, ini aku ambil. Engkau tengok ini, ini aku ambil”. P. Ramlee telah tunjuk 40 tahun dahulu. Kita bersetuju dengan Jerai. Jangan lepas ‘a’, ‘b’, lepas ‘b’, ‘a’. Lepas ‘a’, ‘b’, lepas ‘b’, ‘a’. Yang ‘c’ sampai ‘z’ ini macam mana? Teruskan Yang Berhormat bagi Jerai.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Sri Gading. Memberi idea tambahan kepada saya. P. Ramlee sudah pesan, tetapi kadang-kadang orang tidak sedar kerana dia bergurau. Kadang-kadang saya bergurau tetapi input saya itu, cukup serius. Hanya sekadar tidak mahu melukakan hati orang yang mendengar tetapi kita kena ambil Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri kena jaga pasal hendak pergi Northern Corridor, hendak mai juga belah Yan itu. Terima kasih, hendak mai belah Yan.

Namun, kalau mai pembangunan di Yan, orang kampung terkejut! Hendak buat apa Yang Berhormat Menteri, dia hendak pergi mana? Contoh, jalan daripada Gurun ke Jeniang. Ini saya baru pagi tadi, semalam tidur elok sudah, mimpi pun baik-baik semalam, tahu-tahu pagi tadi, selepas sembahyang Subuh, telefon mai sudah, “Dato’ kami ini sudah, depa hendak roboh rumah, hendak pergi ke mana Dato’?” Kerana pembesaran jalan dari Gurun ke Jeniang, kerana tidak ada perancangan, rundingan dengan wakil rakyat, hamba-hamba yang miskin yang menumpang di atas tanah kerajaan ini, yang PPRT ini, yang seorang itu menjadi home guard semasa darurat dulu, menangis Tuan Yang di-Pertua, kerana rumah mereka akan dirobohkan. Ke mana mereka hendak di bawa Tuan Yang di- Pertua? Rumah mereka pun kalau dah roboh, tidak boleh pasang balik. Hendak pergi mana? Hendak hantar ke Kepong kah? Apa Yang Berhormat bagi Kepong? Ini fasal 5, 28, 32.

Yang Berhormat Kepong tidak baca. Perasaan ini, perasaan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat!

Page 122: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

108 DR 13.12.2006

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Pukul 8.10, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, masa sudah habis, sila gulung.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tuan Yang di-Pertua, buat pembangunan, cuma saya hendak jangan dipinggirkan orang Melayu kita. Ini dosa besar, Yang Berhormat Menteri. Janji kena tepati, Yang Berhormat Menteri. Ini kerana apabila Yang Berhormat Menteri, kerajaan janji pun berjanji kepada rakyat, “Hampa sabar, pembangunan nak mai”. Akhirnya, bangunan naik, depa hilang tempat.

Macam Yang Berhormat tadi, pegawai Yang Berhormat janji hendak jumpa Pengerusi BBC, tunggu-tunggu Yang Berhormat tidak datang. Dia makan tadi dengan saya kelam-kabut, dia kata Menteri hendak jumpa dia. Tinggal! Tunggu-tunggu Yang Berhormat tidak datang jumpa dia. Tidak apalah Yang Berhormat, dia cuma pengerusi BBC, Yang Berhormat ini Menteri. Tidak apalah tetapi penghormatan kepada Pengerusi BBC itu harus ada, Yang Berhormat.

Kalau yang itu kecil pun kita tidak boleh tunaikan, yang besar ini wallahualam, Yang Berhormat. Lagi satu Yang Berhormat, saya mengharapkan apa jenis pembangunan yang hendak dilakukan pastikan perancangan itu ada, fasa demi fasa. Kita kena baca, kerana apa, apabila rakyat mengharapkan sesuatu tetapi kalau akhirnya, saya bukan tidak bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Kepong, saya bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Kota Bharu, ekuiti ini dalam Perlembagaan Negara, hak istimewa orang Melayu dan juga kita hendak minta 30% ekuiti itu adalah untuk mempertahankan ekonomi orang Melayu.

Kita bukan hendak ambil hak orang lain. Yang Berhormat bagi Kepong berniaga, niagalah, bukan kita hendak kacau. Yang kita hendak ini hak kita. Apabila digunakan hak istimewa orang-orang Melayu ia terbuka, maknanya itu hak. Dan, hak ini harus dipertahankan Yang Berhormat, jangan kita mengejar pembangunan, kita mengejar wang ringgit, tergadai hak dan tergadai bangsa Melayu. Ini tidak adil.

Tumbang kerajaan Thailand kerana Temasek beli 100% Telekom di Thailand. Tumbang Perdana Menterinya, kerana kuasa rakyat lebih besar. Jadi, kita mahu Johor yang hari ini dikuasai oleh Barisan Nasional, terus mempertahankan kerusi Barisan Nasional dengan pembangunan ini, mudah-mudahan pembangunan ini akan Barisan Nasional Johor menang tidak bertanding semua kerusi... [Disorak]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukup.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya tidak mahu pembangunan ini, majoriti keputusan Barisan Nasional merosot. Tuan Yang di-Pertua, sikit sahaja, bukan banyak sangat. Agensi kerajaan yang hendak ditubuhkan ini IRDA, tidak IRDA, saya faham, hak ini saya pun sudah baca sekali gus. Saya baca ambil pointnya. Hak ini dalam kertas, yang kita mahu benda yang akan jadi. Di atas lain, di bawah lain, Tuan Yang di-Pertua.

Saya tidak mahu kerana mengejar keuntungan, contohnya surat khabar Utusan Melayu, hendak dijual, hendak digabungkan dan sebagainya, itu adalah identiti bangsa Melayu... [Tepuk] Itu ialah suara Melayu. Yang Berhormat bagi Kepong ada Nan Yang Siang Pau, ada Sin Chew Jit Poh, dia ada macam-macam, yang tinggal terkonteng-konteng suara Melayu adalah Utusan Melayu tetapi yang mendukacitakan kerajaan sendiri tidak mahu menolong Utusan Melayu. Tidak diberi peluang untuk Utusan Melayu. Projek-projek kerajaan tidak bagi kepada Utusan Melayu untuk menambah pendapatan untuk mereka, maka suatu hari nanti Utusan Melayu akan lenyap. Jangan main-main Yang Berhormat bagi Kepong, saya sudah hot...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Jerai, cukuplah.

Page 123: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 109

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Utusan Melayu akan hilang, Tuan Yang di-Pertua. Inilah yang saya takut, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri duduk di situ, you have a lot of power there, Sir, dengan izin. Tolong, Tuan Yang di-Pertua, tolong. Pastikan bahawa, saya kadang-kadang melihat, pasal kita ini wakil rakyat kampung, dan kawasan yang terlibat ini kawasan kampung. Sebak kita, Tuan Yang di-Pertua, apabila melihat orang yang tua menangis. Dia kata, “Tanah aku sekangkang kera ini pun kerajaan hendak ambil. Aku hendak pergi mana? Ini dialog orang kampung, Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, tadi sudah cakap macam itu.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Jadi, hak ini biar lambat sikit, tidak apa. ‘Biar lambat asalkan selamat’, biar lambat jangan Melayu terpinggir, Tuan Yang di-Pertua. Saya tengok Pulau Pinang, Melayu sudah terpinggir, sedangkan Pulau Pinang hak Kedah. Kalau beginilah keadaannya... [Disampuk] kita akan tuntut balik kerana di dalam perjanjian, walaupun Mat Saleh dahulu menipu kita, selagi ada matahari dan bulan, itu lop sided agreement is not fair at all, dengan izin.

Kalau macam itu kita boleh tuntut balik Pulau Pinang. Ini kerana di bawah jajahan takluk Sultan Kedah Darul Aman. Jangan dipinggirkan, Tuan Yang di-Pertua. Saya harap Johor, negeri base Melayu, dan di situlah wujudnya UMNO. Janganlah di situlah juga lenyapnya UMNO. Itulah harapan saya, biar puas malam ini, saya tidur lena, walaupun di Johor saya mendoakan, alhamdulillahlah berjaya dan Yang Berhormat selepas ini tengok di Kedah pula. Tidak larat sudah kami buat bendang, duit tidak cukup negeri Kedah. Kami buat bendang bagi orang makan beras, kami sendiri susah, mana ada jalan. Where got road? dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, kami susah Kedah. Walaupun...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya kena cerita pasal ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah. Yang Berhormat cerita di kantin yang lain-lain itu.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat jarang datang, hendak cerita di kantin macam mana. Sikit sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Sikit sahaja, hendak tutup. Saya hendak tutup, saya hendak gulung.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Orang lain pun hendak bercakap.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Semua hendak gulung, kalau saya tidak gulung, saya balik terbuka, mana boleh... [Ketawa] Sikit, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat. Cukuplah. Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tuan Yang di-Pertua, kedekut juga... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Sedikit pun tidak boleh?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya sudah beri banyak.

Page 124: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

110 DR 13.12.2006

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf, Yang Berhormat Menteri.

8.17 mlm.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersetuju suara yang dibangkitkan oleh saudara saya, Yang Berhormat bagi Jerai iaitu benda-benda macam ini perlu diberikan satu perhatian yang serius. Saya amat bersetuju apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading dan Yang Berhormat bagi Johor Bahru. Itu memang saya bersetuju kerana harus kita ambil kira tentang soal partisipasi. Partisipasi orang tempatan dan orang Malaysia. Itu yang harus kita ambil kira. Itu sebagai mukadimah saya.

Seperkara lagi ingin saya jelaskan di sini, jangan kita anggap ini adalah soal Johor affairs, dengan izin, ini bukan Johor affairs. Jangan anggap ini, kita anak Johor, kita mesti pertahankan Johor, tidak. Saya, walaupun daripada wakil Kedah, saya tetap menyatakan Johor adalah sebahagian Malaysia, saya anak Malaysia, saya harus pertahankan ini.... [Tepuk] Dengan itu saya ingin menyokong segala ini dengan beberapa persoalan.

Pertama sekali saya minta lain kali kalau hendak buat macam ini, dia kata pasal Wilayah Pembangunan Iskandar atau WPI, jadi ia tidak masuk peta. Peta dalam ini. Saya hendak tahu juga, daripada mana sampai mana, sebab Johor adalah sebuah negeri yang begitu besar dalam Malaysia. Jadi, saya hendak tahu dari mana sampai ke mana. Itu satu.

Keduanya ialah mengenai dengan kita sekarang ini sudah ada dua pendekatan dari segi pembangunan wilayah. Pertama sekali pendekatan kita mengenai pengambilan Putrajaya daripada negeri Selangor. Kita ambil terus dan dikuasai oleh Kerajaan Pusat. Dan, satu lagi ialah tadi dibangkitkan oleh saudara saya, Yang Berhormat dari Kedah, iaitu pendekatan kita seperti LADA, iaitu di Langkawi, pembangunan Langkawi, di mana juga terdapat sebuah perbadanan yang mengambil alih semua tanah-tanah dan dibawa dalam perbankan tanah, land bank. Jadi, ia boleh gunakan ini untuk pembangunan.

Soal dia sekarang ialah di LADA, dia ada beberapa kelemahan yang kita lihat di mana Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, dalam kes Putrajaya soalnya ialah Kerajaan Pusat. Dalam hal WPI tadi saya lihat ialah seperti kes LADA, seperti kes LADA saya katakan. Jadi saya amat mengalu-alukan dari segi untuk membangunkan kerajaan negeri itu. Cuma apa yang saya hendak pertikaikan di sini ialah hubungan antara Pusat atau Federal dan negeri. Yang mana kalau kita lihat fasal 18, iaitu mengenai dengan kuasa-kuasa tadi, yang mana saya rasa apakah peruntukan tadi yang datang secara besar-besaran, saya sudah tahu daripada Pusat dan kita mesti ingat pihak Johor.

Saya bukan hendak men underrate, dengan izin Kerajaan Johor yang mana segala peruntukan yang dibawa dari Pusat kepada kawasan ini ialah semata-mata wang daripada Pusat. Oleh yang demikian persoalan saya, apakah ini akan dibawa ke Parlimen ataupun dibawa ke Dewan Undangan Negeri Johor? Ini persoalan saya. Kalau kita hendak menghantar lagi perbelanjaan apakah kita mesti dapat kelulusan dari Kerajaan Negeri Johor. Kerana tanah di kawasan itu adalah kepunyaan Kerajaan Negeri Johor dan pihak Pusat tidak ada kuasa ke atasnya. Namun dalam masa yang sama Kerajaan Pusat hendak membelanjakan itu dalam hal ini.

Kemudian fasal 32 ialah soal kewangan iaitu kumpulan kewangan membiayai segala projek. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, apakah peruntukan awal yang hendak dibelanjakan secara besar-besaran dari segi infrastruktur, dari segi apa sekalipun untuk memulakan segala macam kerja ataupun membaik keadaan yang sudah sedia ada itu yang saya perlu dapat daripada Yang Berhormat.

Perkara satu lagi ialah fasal 31 mengenai dengan entiti. Adakah entiti ini entiti negeri ataupun Pusat? Sebab kita mesti ingat dan harus kita ingat iaitu Kerajaan Negeri Johor dia mempunyai state civil servant sendiri seperti di negeri Kedah. Oleh yang demikian, ingin saya bertanya kepada Yang Berhormat apakah pertubuhan ataupun perbadanan ini akan dipenuhi dengan pegawai-pegawai dari Kerajaan Pusat atau dari kerajaan negeri dan apakah mereka ini akan mendapat segala bayaran gaji dan sebagainya dari Kerajaan Pusat bukan kerajaan negeri.

Page 125: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 111

Begitu juga segala macam keuntungan dan sebagainya apakah ia akan dibahagikan antara Pusat dan negeri. Yang mana kita tahu Kerajaan Pusat yang akan mengendalikan projek secara besar-besaran dan sudah tentu segala macam bentuk percukaian akan diambil alih oleh pihak Pusat, dan di sini bagaimanakah kedudukan negeri pula. Jadi kerana kebimbangan saya ialah hubungan negeri dan Pusat akhirnya saya tahu di Johor memang kuat dia punya state sentiment dia dalam hal ini. Dan ini akan menjadi satu tarik tali ataupun tussle antara Pusat dan negeri. Perkara yang saya akan bangkitkan juga ialah mengenai dengan yang disebut dalam ini, maaf saya.

“Fasal 26 - Menjadi kewajipan tiap-tiap Entiti Kerajaan dan orang, sama ada tempatan atau asing, untuk mengambil tahu tentang, dan bertindak mengikut cara yang selaras dengan...”

Maksud saya di sini saya mahu tanya sedikit ialah mengenai dengan asing. Ada dalam perbahasan tadi, ada dibangkit jangan kita rasa takut, gerun, gentar dengan pelaburan dari Singapura.

Di sini saya kata saya bukan takut, saya gentar walaupun kita kata kita terbuka kepada semua pedagang dari luar negara tetapi dalam kes WPI ini kita kena berhati-hati iaitu kita bersempadan dengan pihak Singapura. Bimbang saya ialah apakah tidak mungkin kawasan tadi akan hanya menjadi backyard kepada metropolis Singapura? Saya bukan kata hendak pertikaikan pelaburan dari Singapura. Kita sudah perhati banyak perkara dari Singapura, misalnya kalaulah penguasaan sebahagian besar daripada pelaburan tadi dikuasai oleh pihak Singapura, apakah ini akan jadi sebahagian yang boleh dalam “part of Singapore” , dengan izin. Ini kebimbangan kita. Jadi apakah dalam hal ini kita ada sebagai macam kita kata pendinding dengan kuasa dari Singapura secara terselindung untuk menguasai selatan Johor.

Saya sebagai anak Malaysia, ini yang saya ingin tahu kebimbangan saya iaitu penguasaan Singapura yang akan jadi kita kata sekali lagi penguasaan antarabangsa ialah menguasai sebahagian dari Johor, dan mereka yang akan menguasai melalui syarikat-syarikat Singapura. Contoh yang kita lihat hari ini, contoh.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Gulung Yang Berhormat ya.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Contoh yang kita lihat di sini, misalnya macam tanaman orkid di Johor sudah pun dibawa ke Singapura dan dilabelkan sebagai the product of Singapore, jadi kita di mana? Begitu juga yang akhir sekali ialah kedudukan Tanjong Pelepas ini yang mana dia akan ada kaitan dengan izin, Causeway Johor Bahru dan Singapore. Dan yang mana Tanjong Pelepas terletak sedikit di belakang Singapura, yang mana perkapalan masih menggunakan pelabuhan Singapura. Apakah jaminan Yang Berhormat mengenai dengan kedudukan Tanjong Pelepas dan mungkin atau tidak Tanjong Pelepas akan juga menjadi seperti Pelabuhan Kelang. Dan dengan kata-kata itu saya pohon menyokong akta ini. Terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kubang Kerian.

8.27 mlm.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun bagi mewakili rakyat Parlimen Tanjong Piai kerana saya lahir di sana dan wilayah ini sebenarnya termasuk keseluruhan kampung yang saya diami. Dan beberapa pertemuan telah diadakan, saya dijemput semasa saya balik berhari raya termasuk daripada pimpinan masyarakat setempat, dan saya mendengar segala taklimat yang mereka berikan kepada saya secara objektif yang saya bawa dalam Dewan yang mulia ini.

Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, saya mempersoalkan tentang bagaimanakah prosedur dan semangat federalism yang seiring dan sejalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negara.

Page 126: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

112 DR 13.12.2006

Di mana suara-suara yang lahir dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini seperti mana yang dilaporkan oleh Bernama lahir juga suara-suara yang mempersoalkan, kenapakah Projek Wilayah Pembangunan Iskandar yang melibatkan peruntukan sebanyak RM47 bilion dalam tempoh 20 tahun atau RM2.35 bilion setahun ini tidak terlebih dahulu dibincang, dibahas dan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor.

Ini sudah tentu kita melihat satu jawapan yang diperlukan dan projek ini besar sebenarnya dan melibatkan perbelanjaan yang mega. Projek mega yang menelan belanja RM47 bilion. Ini saya minta satu penjelasan bagaimanakah semangat federalisme ini diaplikasikan dalam bentuk kita mengadakan satu hubungan yang baik, apatah lagi tahun hadapan kita akan menyambut kemerdekaan kali yang ke-50. Dan saya menyuarakan bagaimana ketelusan dalam sidang DUN Johor baru-baru ini di mana dokumen WPI ini enggan diberikan kepada wakil PAS yang tunggal. Apa masalahnya?

Apa yang perlu dirahsiakan, apa yang perlu dibimbangkan dan kalau benar perkara ini perlu diluluskan mengikut atur cara ataupun prosedur dan DUN Johor...

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Hendak bagi jalan kepada Yang Berhormat bagi Kepong?

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Sekejap. ...Mereka hari ini mempunyai 51 Kerusi daripada 52 buah Kerusi, apa yang bimbangnya? Jadi saya mengharapkan semangat dan perbuatan seperti ini tidak lagi berulang di mana WPI ini dokumen yang diserahkan oleh semua ahli wakil rakyat BN tetapi tidak diserahkan kepada wakil daripada PAS yang tunggal dalam DUN Negeri Johor.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Penjelasan. Saya bersimpati, dan saya berharap wakil tunggal PAS itu dilayan dengan adil. Walau bagaimanapun, tadi Yang Berhormat sebutkan RM47 bilion itu untuk lima tahun yang pertama. Kemudian daripada 2011 ke 2025 ia memerlukan RM335 bilion. Jadi, pembangunan WPI ini adalah sangat raksasa, bukan saja besar, tetapi raksasa.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Ya, terima kasih sahabat saya dari Kepong kerana memberikan info tambahan. Saya pergi terus kerana masa tidak mengizinkan. Kita sebut tentang yang fasal menyebut tentang fungsi pihak berkuasa dan juga tentang fasal 3 - Pihak Berkuasa ini, saya telah diberikan beberapa maklumat, sebagai contoh tidakkah ada suatu fiasibility study yang komprehensif sebelum diadakan ataupun sebelum dikemukakan rancangan yang mega ini. Kenapakah Pelan Pembangunan Komprehensif WPI yang telah dilancarkan pada 4 November yang lalu, tidak melalui proses kelulusan dan pembangunan seperti yang dilalui oleh pelan struktur dan pelan tempatan khususnya proses semakan awam yakni public inquiry.

Proses ini sangat penting bagi menilai impak alam sekitar dan impak sosial yang akan timbul kesan dari pembangunan yang akan dilaksanakan. Apakah laporan penilaian kesan ke atas alam sekitar - EIA Report seperti yang diperuntukkan oleh Akta Kualiti Alam Sekitar telah dibuat sebelum pelan WPI ini diluluskan. Apakan pelan pembangunan WPI selari dengan pelan struktur dan pelan tempatan yang telah disediakan oleh setiap kerajaan tempatan dalam WPI.

Yang ketiga, apabila melibatkan kawasan yang luas dari Air Port Senai daerah Johor Bahru sudah sampai ke Tanjong Piai, di mana di sinilah terletaknya suatu kawasan a agro-tourism, kawasan wetland yang kedua besar di Asia Tenggara dan kampung-kampung yang melibatkan penduduk-penduduk.

Saya tidak hanya menjurus kepada satu kaum, orang Melayu tinggal di Selatan Johor, orang Cina majoriti tinggal di Pekan Nanas sebagai contoh sudah tentu ada di kalangan mereka yang memiliki tanah secara tradisi dan apabila akta tanah diaplikasikan, maka apakah kesannya. Di sini saya ingin melihat sebagai contoh, sudahkah kajian dibuat untuk mengenal pasti berapa banyakkah tanah dan perkampungan milik rakyat yang akan diambil alih oleh kerajaan bagi memberikan laluan kepada WPI ini.

Page 127: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 113

Kekhuatiran diutarakan kerana pada kebiasaannya tanah milik orang Melayu atau tanah rizab Melayu adalah di antara kawasan utama yang menjadi sasaran. Tambahan pula 84.65% iaitu 173,512.57 hektar daripada keluasan WPI ini adalah kawasan yang belum dibangunkan di mana 58.2% tanah pertanian manakala 8.28% adalah tanah yang kosong. Jika banyak tanah rizab Melayu yang diambil alih, bagaimanakah matlamat penyertaan rakyat dalam pembangunan WPI boleh dicapai.

Ini juga termasuklah tanah-tanah kerajaan yang didiami oleh majoriti orang Cina di Kampung Kukup Laut, di Kampung Air Masin dan bagaimanakah mereka ini masa hadapan mereka apabila wilayah yang besar ini pembangunan yang luas ini di manakah mereka ditempatkan pada akhirnya. Status tanah adalah status tanah pertanian. Sekarang kerajaan telah membekukan proses jual beli tanah kononnya untuk mengelakkan spekulasi tetapi, adakah kerajaan boleh memberikan jaminan sekiranya tanah ini diambil besok adakah penduduk akan dibayar dengan harga yang setimpal sebagaimana tanah itu diconvert kepada tanah industri ataupun tanah perusahaan.

Sebagaimana yang pernah berlaku pada kes-kes yang kita rujuk seperti FELDA LB Johnson, FELDA Sungai Buaya yang akhirnya kita melihat rakyat tidak dapat hasil yang diharapkan pulangan yang sewajarnya. Jadi, saya mengharapkan Tuan Yang di-Pertua, supaya wilayah ini yang sebagaimana diberikan kuasa fasal 4 mengenai fungsi Pihak Berkuasa ini iaitu IRDA dan juga Khazanah Holding, mereka ini tidak menjadi monsters tidak menjadi raksasa berwajah baru yang akan terus menelan menggunakan kuasa mereka yang akhirnya kita melihat apa yang ingin ditunjukkan oleh WPI ini adalah tidak ubah seperti bagaimana Kerajaan Negeri Selangor yang mengisytiharkan Selangor Maju, tetapi akhirnya kita melihat setinggan-setinggan dirobohkan, rumah-rumah orang kampung dirobohkan, yang paling baru di Kampung Berembang, di Kampung Chubadak yang akhirnya mereka tetap terpinggir daripada tanah air mereka sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik, gulung Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Benarkan esok akan menjadi seperti mana kata-kata hikmat daripada Aminnuddin Baki yang akhirnya besok kita melihat orang-orang kampung ini macam seperti, “ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air yang akan mati kehausan”. Jadi, Tuan Yang di-Pertua akhir sekali, apa yang saya hendak sebut adalah tentang bagaimana kita melihat Wilayah Pembangunan Iskandar ini akan menjadi satu free access zone ataupun FSZ di mana kita meminta pada hari ini satu definisi yang jelas.

Apakah sebenarnya dimaksudkan dengan free access zone ini? Apakah matlamatnya, bagaimanakah atur caranya dan bagaimanakah aplikasinya dan bagaimanakah impak dan kesannya terhadap ekonomi, sosial dan politik setempat yang kita harus mengambil satu sikap di mana kita akan menjadikan Singapura sebagai rakan kongsi dalam aspek ini walaupun kita tidak boleh menolak akan berlakunya pelaburan yang asing yang datang dalam negara kita, tetapi bottom line nya pada saya ialah tetap rakyat yang berbilang kaum sama ada mereka orang Melayu, mereka orang Cina mereka orang India yang tinggal di estet-estet di Selatan Johor ini, adakah nasib mereka akan terbela akibat daripada arus besar yang melanda di bawah WPI ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Ipoh Timor, selepas itu Yang Berhormat bagi Pasir Puteh selepas kementerian menjawab.

8.37 mlm.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ringkaskan sahaja. Yang pertama, dalam usaha untuk mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), saya rasa suara yang ada dilahirkan daripada semua pihak bahawa rakyat jelata tidak menjadi mangsa pembangunan khasnya mereka yang di golongan pendapatan rendah macam apa yang berlaku baru-baru ini, di Kampung Beramban dan Kampung Chubadak di mana orang Melayu pun wanita dan kanak-kanak dipukul dalam usaha untuk merobohkan rumah-rumah mereka. Ini yang mustahak bahawa rakyat tidak kira apa-apa kaum boleh menikmati pembangunan yang akan dapat daripada usaha WPI.

Page 128: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

114 DR 13.12.2006

Yang kedua kita dapati bawah dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Menteri Besar Johor, bahawa WPI akan menjadi ikon pembangunan di rantau ini serta mampu bersaing dengan China dan India dalam menarik pelaburan asing. Adakah kita serius dalam perkara ini? Adakah kita serius mahu bersaing dengan negara China dan Negara India apabila kita sekarang begitu di belakang. Kita sebenarnya dalam fasa 3 pembangunan, pertama dalam lima belas tahun yang pertama negara merdeka, di mana kita antara termaju di negara Asia selepas Jepun.

Namun kita tidak boleh mempertahankan kedudukan dan dalam fasa kedua di mana kita bersaing dengan Singapura, dengan South Korea dengan Hong Kong untuk pembangunan, tetapi kita pun tidak boleh berjaya sekarang kita di dalam fasa yang ketiga kita bersaing dengan Indonesia, Vietnam, dan Thailand. Sekarang kita kata tujuan ini ialah untuk bersaing dengan negara China dan India.

Kita perlulah realistik dan bukan buat cadangan-cadangan seperti ini yang tidak boleh dipercayai. Apa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata bahawa kita mahu menjadi contoh model of development for the world over for the next five to ten years. Bagaimana? Tadi kita dengar ucapan-ucapan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen. Satu realiti yang kita hadapi ialah Yang Berhormat tentu tahu bahawa the world is flat, the world is flat. Kalau kita mahu meningkatkan competitiveness, kita perlu mansuhkan segala rintangan dan segala obstacle yang menghalang competitiveness kita tetapi kita dengar ucapan dari Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional mereka tidak tahu the world is flat. Mereka menolak the world is flat. Kalau begitu, bagaimana Wilayah Pembangunan Iskandar boleh berjaya? Tidak mungkin.

Sebenarnya masa WPI diumumkan, ada satu ucapan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor menolak bangsa Malaysia dan menolak meritokrasi. Kalau inilah dua aspek dasar untuk WPI, bagaimana WPI boleh berjaya? Sebab itu saya haraplah bahawa kita boleh menerima kalau kita mahu WPI yang berjaya, kita perlu menerima bahawa satu, the world is flat dan mengambil semua keputusan yang perlu untuk mansuhkan segala dasar-dasar yang menghalang tujuan ini.

Saya sangat berasa kesal apabila dengar ucapan-ucapan tadi yang nampaknya begitu racist, begitu perkauman dan begitu ekstremis. Apabila Yang Berhormat Kepong ada membangkitkan mengenai masalah ekuiti, ada tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat bagi Jerai bahawa ini adalah mencabar Malay special rights. Bila masalah mengenai ekuiti di bawah NEP menjadi Malay special rights di bawah Perlembagaan, Perkara 153. Bukan, ini bukan. Apabila kita bincang mengenai ekuiti 30% atau ada orang kata mahu 70% dan mahu selama-lamanya, ini bukan menyoalkan Malay special rights yang termaktub dalam Perkara 153. Sebab itulah jangan rewrite constitution, janganlah rewrite social contract. Kalau itulah semangatnya, bagaimana WPI boleh berjaya untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dalam semua lapisan, semua kaum supaya kita boleh ada satu world class metropolis.

Nampaknya kita hanya dengar conflicting voices, mahu tolak pelabur-pelabur capital dari luar negara. Tidak mahu Singapura, tidak mahu luar negara. Kalau begitu, bagaimana kita boleh compete dengan China dan India untuk FDI? Kita mahu tetapi itulah dilema yang kita hadapi. Sebab itu we have to remove this complexes denial syndrome dan tidak mahu mengakui bahawa kita dalam satu zaman yang sangat mencabar.

Kalau Wilayah Pembangunan Iskandar mahu berjaya, itulah menjadi satu test case the world is flat. Adakah kita berjaya? Rela ambil semua keputusan termasuk memansuhkan dasar-dasar ekonomi baru yang menjadi penghalang kepada usaha ini dan saya harap bahawa tadi kita ada dengar mengenai orang Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan. Mengapa isu ini timbul? Ini racist! Ini sempit! Ini tidak menunjukkan bahawa kita menerima the world is flat. Kita kena menunjukkan yang kita mahu menjayakan WPI. Akhirnya, saya harap juga bahawa WPI ini di bawah tanggungjawab Yang Berhormat Menteri akan berjaya. Don’t go to way of MUST atau Malaysia University of Science and Technology. Sepuluh tahun kata bahawa sekarang mungkin first five years 500 pelajar. Sepuluh tahun 5000 pelajar tapi sekarang sepuluh orang pelajar sahaja dan mungkin MUST perlu ditutup bahawa adalah political will untuk menentukan kejayaan WPI. Sekian, terima kasih.

Page 129: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 115

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Pasir Puteh. Selepas itu kementerian menjawab.

8.44 mlm.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya amat bersyukur kepada Allah, kepada tuhan kerana dapat peluang untuk bersama-sama walaupun saya daripada Kelantan Darul Naim, daripada Pasir Puteh tidak bermakna saya tidak mencampuri apa yang kita hendak wujudkan iaitu satu rang undang-undang yang cukup baik Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2006 ini.

Saya tengok ada tujuh bab, saya baca tidak sempat habis. Ada tujuh bab, dalam huraiannya ada 23 fasal yang cukup menarik cuma saya hendak menyebut di sini apakah kita boleh capai atau tidak boleh capai itu kita mesti cuba, kerana dalam Islam pun kita mesti cuba. Kalau kita cuba untuk melaksanakannya mestilah menggunakan garis-garis panduan lunas-lunas yang betul. Kalau katakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menggariskan kepada kita, bagaimana kita hendak berjaya? Mesti dengan delivery system yang baik, modal insan, globalisasi kita mengambil kira, progresif, dinamik, kreatif, inovatif tapi satu lagi di hujungnya ditambah fatanah iaitu bijaksana dalam melaksanakan dan menguruskan undang-undang ini kerana kita tidak mahu apabila kata pepatah... [Menyebut dalam bahasa Arab] Benda yang baik, benda yang elok tetapi tidak dilaksanakan dengan secara strategic planning, maka kita dikalahkan oleh benda yang buruk dan benda yang jahat kerana ia buat secara strategik.

Di sini kita hendak supaya benar-benar bandar yang digelar Wilayah Pembangunan Iskandar ini akan melahirkan sebagaimana firman Allah dengan izin Tuan Yang di-Pertua... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Siapa yang masuk dalam bandar ini, rasa aman”. Maksiat pun boleh dikatakan tidak banyak tetapi ada juga. Hendak hapus 100% maksiat ini mustahil tetapi tidak ada maksiat yang menjolok mata, tidak ada rumah-rumah urut yang menjolok mata, tidak ada tempat-tempat judi yang haram, ada juga judi halalkah? Jangan silap faham, maksudnya judi yang berlesen.

Akan tetapi apabila kita masuk dan rasa aman kerana kita melihat orang-orang Melayu tidak terpinggir, orang-orang bangsa Cina dan bangsa India juga bersama-sama berganding bahu dalam membina ekonomi dan membina politik walaupun kita kata Ketua Pembangkang tadi menyentuh, saya terima sentuhannya tetapi saya merasakan bahawa apabila pembangkang cakap memang sedap. Kita boleh terima yang baik, yang tidak baik itu jangan terima sebab kalau kita katakan gelas ini besi dia kata plastik. Dia tetap kata plastik sampai kiamat. Dia tidak kata besi tetapi yang baik itu kita terima. Bagi saya, saya tidak hendak menyentuh soal pembangkang tetapi bagi saya Koridor Pantai Timur kalau kita balik kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang, kita juga hendak maju sama dengan ini juga. Kalau boleh esok kita tidak namakan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar pun, biarlah pembangunan Koridor Pantai Timur ini boleh maju setanding dengan apa yang kita buat.

Yang Berhormat Menteri, kalau kita melihat banyak disebut dalam bandar-bandar ini, kalau kita sebut bandar ialah contohnya Langkawi Island. Kita sudah tengok. Saya puji sebab kita tengok pembangunan hebat, tanah pun sudah naik harga. Jual setengah ekar, sekelamin pergi Mekah pun tidak habis. Boleh simpan saham, boleh melabur lagi. Itu pembangunan tetapi kita harus ambil kira apakah maksiat-maksiat yang berlaku itu, pihak berkuasa yang bertanggungjawab boleh mengambil tindakan? Barulah kita kata pembangunan fizikal dan pembangunan spiritual selari.

Ini hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membina sebuah masyarakat Islam Hadhari. Kalau kita faham betul-betul, itulah kita hendak supaya seimbang. Maka saya yakin di Johor sama juga di Kelantan. Di Kelantan kurang sedikit maksiat kerana sebelah Siam. Kedah kurang sedikit maksiat kerana ada sebelah sempadan. Perlis kurang maksiat kerana ada sebelah sempadan.

Page 130: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

116 DR 13.12.2006

Semua sebelah sempadan kurang maksiat. Kalau yang tidak ada sempadan, banyak sedikit maksiat. Sebab maksiat ini dijadikan Allah. Maka kita yang berkuasa, maka saya hendak baca sepotong ayat lagi Tuan Yang di-Pertua dengan izin... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Terjemah secara lajunya. Allah menyerahkan amanah, segala-galanya bumi Allah Malaysia ini diserah kepada kita. Kita ada Agong, kita ada Raja-Raja berkuasa, berdaulat di atas takhta singgahsana yang begitu hebat, kita ada Perdana Menteri, kita ada Timbalan Perdana Menteri, kita ada Menteri-menteri. Ini diberi amanah. Kita ada Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen sama ada Islam tidak Islam memikul amanah Allah. God only one. Sorry. Kita kena menerima amanah ini, kita kena buat undang-undang. Kalau tidak ada, kita kena buat. Sebab itu saya menyokong undang-undang ini, rang undang-undang ini kerana kita nak wujudkan satu Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, adalah saya menyokong kerana sebelum ini kita tidak ada.

Kita nak supaya dia benar-benar menjadi metropolitan, hah itu dia. Tambah sikit, metropolis, metropolitan tapi mengikut acuan kita sendiri Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak mahu ikut acuan orang lain kerana kita boleh buat Putrajaya, kita boleh buat KLCC, kita boleh buat Twin Tower, kita boleh majukan Labuan, kita boleh majukan Langkawi, kita buat macam-macam. Kenapa kita nak ikut acuan orang lain? Kita ikut acuan kita sendiri. Kalau kita nak supaya menjawab soalan kita, apa peranan kita, bagaimana kita, di mana kita, boleh tak kita mencapai hasil kebanggaan apabila kita wujudkan undang-undang ini.

Ini peranan kita bersama. Saya menyeru marilah parti-parti pembangkang, marilah kita bersama memikir kerana soal wujud undang-undang ini bukan untuk kita, UMNO Barisan Nasional sahaja, kerana kita nak supaya negara kita aman, negara kita maju. Saya Yang Berhormat bagi Pasir Puteh, si putih mesti menyokong yang baik, yang tak baik kita tak akan sokong. Dengan ini saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk memulakan jawapan.

8.51 mlm.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Sri Mohd. Effendi bin Norwawi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada ramai Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan juga menimbulkan isu-isu dan soalan mengenai undang-undang yang dibentangkan ini. Saya akan cuba memberi penjelasan seberapa yang saya boleh. Saya ingin mengucapkan khususnya terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat bagi Johor Bahru, Jerai, Hulu Terengganu, Ayer Hitam, Sri Gading, Kota Bharu, Kepong, Ledang, Tebrau, Permatang Pauh, Sungai Petani, Kubang Kerian dan Ipoh Timor dan baru ini dari Pasir Puteh.

Pada keseluruhannya, saya mengambil kesimpulan dua perkara yang penting. Pertama sekali ialah kita soal mengenai perancangan pembangunan yang komprehensif. Iaitu melibatkan soal sama ada pelan ini akan sebahagian kumpulan rakyat khususnya kumpulan-kumpulan miskin. Di sini saya ingin menekankan yang rancangan pembangunan komprehensif yang telah disediakan ini telah mengambil kira bukan sahaja pembangunan dari segi fizikal, perancangan ekonomi, tetapi juga dari segi perancangan sosial yang menyeluruh dan ini akan memastikan tiada pihak atau golongan di dalam kawasan ini yang akan terpinggir.

Sebenarnya ada teras-teras sosial WPI yang tertentu yang memastikan yang kumpulan miskin dan juga menyentuh kumpulan peniaga bumiputera akan diberi perhatian yang khusus. Keduanya, saya ingin menerangkan sekali lagi yang tidak pertindihan yang rang undang-undang ini telah digubal dengan mengambil kira supaya tiada kuasa negeri Johor khususnya kuasa yang berkaitan dengan hal tanah dan kerajaan tempatan yang tergugat dengan rang undang-undang ini dan ia juga telah digubal supaya tiada pertindihan. Ini ialah kerana rancangan pembangunan komprehensif yang digubal ini, ianya akan melalui proses pertama sekali ia perlu diselaraskan dan dirumuskan oleh Jawatankuasa Perancangan Fizikal Negara untuk mengambil kira perancangan fizikal negara.

Dan keduanya, ia nya hanya boleh diterima kalau ia dirujukkan kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri...

Page 131: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 117

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun].

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kepong.

Dato' Sri Mohd. Effendi bin Norwawi: ...Di mana perancangan-perancangan fizikal negeri dan juga kawasan perancangan-perancangan pihak berkuasa tempatan diambil kira dan dimasukkan dalam perancangan pembangunan komprehensif ini. Dari segi ini, rang undang-undang ini telah memastikan supaya pembangunan WPI ini pertama sekali, menghormati kuasa-kuasa negeri dan ianya tidak akan mengatasi kuasa-kuasa pihak berkuasa tempatan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat nak bagi jalan? Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan Yang Berhormat. Sebenarnya saya ada beberapa perkara yang saya akan bangkitkan di dalam peringkat Jawatankuasa. Setakat ini, adakah rang undang-undang ini Constitutional, adakah ia Constitutional? Kalau Constitutional, apakah perkara Perlembagaan yang dipatuhi? Misalnya Tuan Yang di-Pertua, Labuan dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan melalui undang-undang yang diluluskan di sini. Begitu juga dengan Putrajaya dijadikan Wilayah Persekutuan melalui undang-undang yang diluluskan di sini mengikut Perlembagaan tapi di WPI, kita tak buatkan wilayah itu sebagai Wilayah Persekutuan.

Dia tetap jadi Wilayah Negeri Johor dan kita adakan satu rang undang-undang seumpama ini, adakah ini Constitutional? Saya berharap Yang Berhormat dapat meneliti. Saya sokong nak bangun bukan membantah. Cuma kita nak buat mengikut Perlembagaan kita dan mematuhi kepada segala undang-undang negara ini. Adakah ini mengikut undang-undang?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Adakah ini Constitutional?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Boleh baliklah Yang Berhormat. Banyak kali dah Yang Berhormat cakap.

Dato' Sri Mohd. Effendi bin Norwawi: Sudah tentulah yang kita bentangkan di sini ialah mengikut proses rang undang-undang Constitutional kita dan kita akan menubuhkan WPI ini sebenarnya sebagai satu badan penyelaras bukan satu pihak berkuasa tempatan negeri Johor. Ia ialah Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dan tujuannya ialah untuk menyelaras segala pembangunan di dalam kawasan tersebut. Saya ingin terus memberikan jawapan kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi di mana saya akan cuba seberapa yang saya boleh untuk...

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, yang penting kita mestilah ikut Perlembagaan kita dan apakah perkara Perlembagaan yang digunakan untuk membentangkan rang undang-undang ini. Jawapan itu tidak merujuk kepada Perlembagaan kita. Kita nak tahu sama ada Constitutional ataupun tidak.

Dato' Sri Mohd. Effendi bin Norwawi: Saya pasti ini Constitutional. Kalau Yang Berhormat ingin mencabar, saya ingat kita boleh bahaskan tapi rang undang-undang ini telah dibawa di sini mengikut kita punya Perlembagaan. Yang Berhormat, apakah pembangunan yang dirancang di WPI ini akan meminggirkan golongan yang berpendapatan rendah? Khususnya pembangunan strategik dalam fasal 27 yang mempunyai konotasi aset atau harta yang ada di luar kemampuan golongan yang lemah. Ini ialah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Johor Bahru.

Page 132: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

118 DR 13.12.2006

Salah satu fungsi dan tanggungjawab utama IRDA adalah untuk memastikan perancangan dan pembangunan WPI dijalankan secara holistik dan tidak meminggirkan golongan berpendapatan rendah dan kita akan memastikan ini, saya mengambil perhatian atas pandangan ini. Ini dilakukan dengan memastikan bahawa rancangan pembangunan komprehensif, memasukkan program dan aktiviti dan mengadakan peluang-peluang ekonomi, perniagaan dan pekerjaan untuk semua lapisan masyarakat WPI termasuk yang berpendapatan rendah. Sebenarnya WPI akan membuka peluang pekerjaan untuk 800,000 orang mengikut perancangan di sini sampai ke tahun 2025. Kumpulan yang berpendapatan rendah tidak akan disisihkan daripada perancangan ekonomi dan pembangunan WPI. Kejatuhan rakyat tetap menjadi antara tunggak utama matlamat IRDA ini

Soalan yang telah ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Ayer Hitam, kenapa perlunya IRDA ambil alih peranan sektor swasta yang disebut dalam fasal 5(g). IRDA tidak semestinya mengambil alih peranan sektor swasta dalam menjalankan pembangunan. Fungsi atau peranan IRDA di bawah fasal 5 Perenggan (g) adalah termasuk untuk merangsangkan dan memudahkan pembangunan oleh sektor swasta.

Juga Ahli Yang Berhormat bagi Ayer Hitam bertanya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah seorang daripada pengerusi bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar. Perkataan menteri dalam fasal 2 ditakrifkan sebagai Perdana Menteri.

Adakah beliau berkeliruan di sini. Mengikut Perenggan 8(1)(a) Perdana Menteri merupakan salah seorang daripada pengerusi bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar di samping Menteri Besar Johor. Perkataan menteri dalam fasal 2 ditakrifkan sebagai Perdana Menteri. Ini adalah sebenarnya daripada permintaan dan cadangan Kerajaan Negeri Johor. Perkataan ‘Menteri’ terdapat dalam beberapa peruntukan dalam rang undang-undang ini seperti dalam fasal 1, fasal 7, fasal 8, fasal 9, fasal 12, fasal 15, fasal 17, fasal 19, fasal 31, fasal 40, fasal 41, fasal 54 dan fasal 56.

Dalam rang undang-undang ini kerajaan begitu berhati-hati untuk memastikan bahawa tidak timbul kekeliruan tentang peranan Perdana Menteri dalam pihak berkuasa dan peranannya dengan menteri di peringkat Persekutuan. Kewujudan menunjukkan menteri di peringkat Persekutuan adalah perlu bagi beberapa perkara tertentu memandangkan rang undang-undang ini ialah rang undang-undang Kerajaan Persekutuan. Jika diperhatikan sebutan mengenai atau rujukan Perdana Menteri dalam rang undang-undang ini lebih cenderung kepada perkara-perkara formal bersikap pentadbiran dan bukannya substantif umpamanya dalam fasal 7.

Pihak berkuasa boleh mengusahakan apa-apa fungsi tambahan menjalankan apa-apa kuasa atau membelanjakan apa-apa wang bagi apa-apa maksud yang diserahkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau oleh Kerajaan Negeri Johor setelah mendapat kelulusan menteri. Kelulusan menteri dalam konteks ini berbentuk kawalan yang formal sahaja memandangkan pihak berkuasa ialah satu pertubuhan perbadanan Persekutuan dan arahan datangnya daripada kerajaan negeri. Fasal 8, fasal 9, fasal 17 dan fasal 19 semuanya merupakan penjalanan kuasa bagi perkara pentadbiran yang melibatkan kuasa melantik, pembatalan, pelantikan tentang penyata laporan dan akaun pihak berkuasa.

Fasal 15 merupakan penjalanan kuasa oleh menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dalam menetapkan kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar dan (c) dalam fasal 31(2), keizinan menteri jika pihak berkuasa hendak membuat perjanjian atau perkiraan dengan entiti Kerajaan Persekutuan adalah sesuatu yang wajar dan munasabah. Ini isu pelaburan dalam fasal 40 perbelanjaan serta penyediaan anggaran dalam fasal 41 dan kuasa membuat peraturan-peraturan dalam fasal 54 juga wajar dan munasabah memandangkan pihak berkuasa ialah suatu pertubuhan perbadanan Kerajaan Persekutuan. Dengan itu saya berharap tidak timbul kekeliruan di kalangan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini mengenai peranan Perdana Menteri yang kita kasihi dalam beliau menjalankan fungsi dan kuasa yang diberikan kepadanya oleh rang undang-undang ini.

Page 133: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 119

Apakah peranan Khazanah dalam membangunkan WPI ini? Khazanah Nasional Berhad akan terus memainkan peranan dalam WPI melalui kerjasama dengan lain-lain agensi pelabur di peringkat persekutuan seperti KWSP dan agensi-agensi pelabur, di peringkat negeri Johor seperti Perbadanan Negeri Johor.

Saya mengucapkan terima kasih juga kepada soalan Yang Berhormat bagi Ayer Hitam juga sekali lagi yang bertanya pengerusi bersama mempunyai satu undi. Apakah implikasi sekiranya pengerusi bersama mempunyai pandangan yang berbeza? Di bawah rang undang-undang pengerusi bersama mempunyai satu undi termasuk dalam menjalankan undi pemutusan, pemutusnya. Apa jua pandangan pengerusi bersama hendaklah disuarakan dalam satu suara sahaja. Tidak ada pilihan lain dalam pengerusi bersama dalam perkara ini melainkan mencapai kata sepakat.

Mengapa pula anggota silih ganti hanya diadakan bagi Perdana Menteri sahaja dan tidak bagi menteri besar. Mengapa ketidakseimbangan ini, soalan daripada Yang Berhormat bagi Ayer Hitam juga. Berhubung dengan anggota silih ganti memang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor bahawa tidak dibuat peruntukan mengenai anggota silih ganti bagi menteri besar. Menteri Besar akan menghadiri setiap mesyuarat bersama Perdana Menteri ataupun bersama Timbalan Perdana Menteri.

Yang Berhormat bagi Ayer Hitam berucap panjang lebar saya terpaksa menjawab semua ini dia ada lagi. Adakah Khazanah sebagai pemangkin atau fasilitator atau akan menggunakan wang yang dikutip daripada rakyat jelata. Khazanah adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan diperbadankan. Oleh yang demikian segala pelaburan yang dibuat oleh Khazanah mestilah selaras dengan dasar kerajaan. Pelaburan Khazanah di WPI juga melibatkan institusi-institusi awam seperti Kumpulan Wang, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor dan dimiliki oleh Kerajaan Johor dan lain-lain pelabur. Dengan cara ini kerajaan dan WPI akan memastikan projek-projek pemangkin tidak akan mengetepikan kepentingan rakyat jelata dan dibuat dengan penuh teliti.

Mengapakah hanya satu atau dua anggota IRDA dari sektor swasta? Kerajaan berpendapat bahawa adalah tidak perlu ramai keanggotaan daripada sektor swasta dalam IRDA yang merupakan satu badan induk penyertaan pihak swasta yang lebih luas boleh diperuntukkan dalam keanggotaan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh IRDA dalam fasal 14.

Mengapa IRDA perlu kuasa untuk menubuhkan syarikat di bawah fasal 45? Kuasa untuk menubuhkan syarikat adalah perlu bagi membantu IRDA bagi mengelolakan atau menguruskan projek atau perusahaannya. Kewujudan anak syarikat IRDA akan membantu IRDA menguruskan projek-projeknya dengan lebih berkesan.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri saya ingin minta penjelasan. Keseluruhan pembangunan Bandar Iskandar ini menelan belanja berapa bilion Yang Berhormat Menteri keseluruhannya apabila siap kelak. Terima kasih. Kos pembangunan maksud saya.

Dato’ Sri Mohd. Effendi bin Norwawi: Oh, ia sebenarnya dari segi peruntukan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, wilayah ini peruntukan yang kita adakan ialah dalam lingkungan RM4.7 bilion tetapi angka-angka yang kita dengar tadi misalnya RM47 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, ini sebenarnya ialah anggaran pelaburan yang datang dari pihak swasta kebanyakannya. Begitu juga angka RM300 ribu juta tadi hingga 20, 25. Yes, RM335 bilion, ialah anggaran pelaburan pihak swasta. Jadi sebenarnya rancangan ini ialah bila disediakan bila digubal rancangan pembangunan komprehensif ini sebenarnya ialah untuk memudahkan facilitate private sector investment kebanyakannya. Jadi maknanya WPI ini akan melebihkan ianya akan bersifat very private sector driven.

Dengan itulah saya ingin menjelaskan di sini betapa pentingnya yang WPI ini mempunyai satu pengurusan yang bertaraf antarabangsa dan di sini saya suka mengambil kesempatan ini ingin menjawab masa ini, it is a good time mengenai apakah kita serius bersaing dengan India, dengan China ini?

Page 134: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

120 DR 13.12.2006

Jawabnya kita serius dan saya kira daya saing ini ialah datangnya daripada satu perancangan yang baik dan kita telah rancang ini. Kita telah membuat perancangan ini melalui perancangan komprehensif yang sedang disediakan.

Yang pentingnya ialah dengan memastikan kita ada satu institusi yang world class iaitu dengan penubuhan IRDA ini, dengan kakitangan-kakitangan yang berkualiti yang akan dipilih dengan teliti dengan proses yang terbaik dan juga dengan transparency dan ketelusan. Saya kira inilah matlamat IRDA dan memang hasratnya IRDA ialah bersaing dengan wilayah-wilayah terkemuka di dunia ini seperti di Shen Zhen dan di Dubai.

Saya kira dan saya telah meneliti rancangan ini kita boleh mencapai dan kita boleh bersaing. Apakah kesannya jika berlaku konflik di antara Suruhanjaya Persekutuan dan Suruhanjaya Negeri? Ini tidak akan berlaku konflik di antara perjalanan fungsi Pesuruhjaya Persekutuan dan Pesuruhjaya Negeri. Tugas dan kewajipan masing-masing akan digariskan dengan jelas. Sebenarnya Pesuruhjaya-Pesuruhjaya ini, Commissioner ini ialah mereka-mereka yang dilantik untuk menyusuli semua isu kelulusan, permit, licensing yang satu akan bertanggungjawab menyusuli kerajaan negeri, satu bertanggungjawab menyusuli Kerajaan Persekutuan.

Saya ingin menjawab perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat bagi Kepong mengapa perlu ada dua Pesuruhjaya? Kita sudah jawab itu. Daripada Yang Berhormat bagi Sri Gading saya sungguh, I am very inspired dengan ucapan tadi. Terima kasih banyak-banyak dengan segala pandangan tetapi beliau saya ingat betul, menimbulkan kebimbangan tersisihnya rakyat daripada pembangunan yang dirancang. Kebimbangan yang sama disuarakan oleh Yang Berhormat bagi Johor Bahru. Saya ingin memastikan perkara-perkara ini akan diberi perhatian serius oleh IRDA dan Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri sendiri.

Isu keselamatan telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Johor Bahru, Kepong, Ledang dan Tebrau. Kerajaan memandang berat atas isu-isu jenayah terutamanya dalam membentuk suatu persekitaran yang sejahtera dan selamat. WPI tidak terkecuali lebih-lebih lagi untuk membawa ke persada antarabangsa. Sejumlah RM330 juta telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk pembangunan keselamatan. Ini melibatkan penambahan keanggotaan, kenderaan dan keupayaan pengawasan dan saya mengambil kira pandangan Yang Berhormat bagi Johor Bahru tadi yang banyak lagi perkara-perkara yang perlu diperhalusi untuk memastikan meningkatkan isu keselamatan kerana ia penting dari segi menarik pelabur-pelabur.

Yang Berhormat bagi Kepong menimbulkan isu penglibatan Khazanah dalam IRDA. Saya ingin menjelaskan bahawa rang undang-undang ini akan mewujudkan IRDA yang mempunyai autonominya dan Khazanah tidak terlibat dalam pentadbirannya. Khazanah hanya akan terlibat sebagai badan pelabur yang akan bekerjasama dengan agensi pelaburan lain dari dalam dan luar negara untuk merancakkan lagi pembangunan ekonomi di wilayah ini.

Yang Berhormat bagi Ledang, tender ditawar secara betul. Saya ingat urusan perolehan termasuk tender akan dilaksanakan dengan telus berdasarkan kepada amalan kewangan yang teratur. Saya ingin menjawab soalan daripada isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat bagi Ledang minta diambil perhatian kepada kawasan berjiran dan bersebelahan. Memanglah perancangan yang dijalankan akan meliputi kawasan yang lebih luas daripada kawasan WPI. Termasuk kawasan berjiran dan kawasan bersebelahan. Ini adalah kerana kerajaan sedar bahawa pembangunan wilayah ini serta kawasan-kawasan di sekelilingnya saling memerlukan satu sama lain untuk mendapatkan manfaat bersama yang sepenuhnya.

Yang Berhormat bagi Tebrau, istilah pembangunan strategik tidak jelas. Istilah pembangunan strategik akan diberi penjelasan melalui peraturan-peraturan yang akan diperbuat di bawah fasal 54, rang undang-undang ini. Ahli bagi Permatang Pauh, fasal 50 dan 51, seolah-olah memberi imuniti kepada menteri dan yang lain oleh itu tidak ada ketelusan dan pelabur-pelabur mungkin tidak dapat perlindungan di mahkamah. Perlindungan di bawah fasal 50 adalah atas asas bahawa perbuatan keaiban atau keingkaran yang dilakukan ini adalah dengan suci hati.

Page 135: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 121

Mereka tidak akan mendapat perlindungan jika perbuatan ini dilakukan dengan niat yang selainnya. Kepentingan pelabur tidak akan terjejas dalam hal ini.

Yang Berhormat bagi Tebrau adakah kuasa IRDA mengatasi kuasa pihak berkuasa tempatan, ini telah saya jawabkan. Juga Yang Berhormat bagi Tebrau bertanya walaupun ada peruntukan tentang obligasi kerahsiaan tetapi itu tidak menghalang anggota itu menggunakan maklumat rahsia untuk kepentingan dirinya sendiri. Anggota yang mempunyai apa-apa kepentingan dikehendaki mendedahkan kepentingannya itu di bawah fasal 13 dan tidak boleh hadir di dalam mana-mana perbincangan atau keputusan mengenai perkara itu. Oleh itu dia tidak akan dapat memperoleh apa-apa maklumat yang bersangkut paut dengan kepentingannya.

Ahli Tebrau juga mempersoalkan mengenai fasal 15(2) dan 2(2). Nampaknya tidak jelas, walau apa pun undang-undang bertulis lain dalam fasal 15(2) dan fasal 2(2) itu yang menyatakan tidak berlaku pengurangan kuasa, Pihak Berkuasa Negeri Johor kelihatan bercanggah antara satu sama lain. Fasal 2(2) dengan jelas memperuntukkan bahawa akta ini tidak akan menggunakan bidang kuasa dan fungsi Pihak Berkuasa Negeri Johor berhubung dengan perkara tanah dan kerajaan tempatan.

Jika dikaji peruntukan rang undang-undang ini, sememangnya tidak berlaku pengambilan fungsi dan kuasa tersebut. Berkenaan dengan fasal 15(2) IRDA hendaklah melaksanakan fungsinya di Wilayah Pembangunan Iskandar walau apa pun peruntukan undang-undang bertulis yang lain, tidak ada kekaburan ataupun pertindihan fungsi di sini kerana fungsi yang dimaksudkan dalam fasal 15(2), adalah fungsi yang disebut dalam 15(5) dan 7 atau diperuntukkan dalam fasal lain. Fungsi-fungsi itu tidak menyentuh bidang kuasa dan kuasa pihak berkuasa tempatan. Fasal 2(2) dan 15(2) adalah selaras antara satu sama lain.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Yang Berhormat Sungai Petani, saya mengucapkan terima kasih atas pandangan Yang Berhormat bagaimana pengisian jawatan IRDA dilaksanakan. IRDA ialah satu badan berkanun yang bebas membuat pengambilan bagi perjawatannya. Ia boleh didatangkan dari pegawai kerajaan, didatangkan dari Pentadbiran Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Menteri. Saya hendak penjelasan sedikit terutamanya kalau boleh tentang pelantikan Ketua Eksekutif dan Ahli Lembaga kerana Tuan Yang di-Pertua, kita tidak nampak kalau boleh apa salahnya tokoh-tokoh politik negeri itu harus diletakkan juga kerana kita boleh memberi pandangan, teguran. Kerana mungkin kita ini lebih dekat pada rakyat dan bukan setakat rakyat, dari segi orang meniaga dan sebagainya. Jadi banyak yang boleh kita memberi pandangan dan nasihat supaya kehendak rakyat pun diwakili dalam pembangunan ini.

Di samping itu juga, adakah Yang Berhormat boleh beri jaminan bahawa Ketua Eksekutif ini adalah seorang yang bertanggungjawab? Kerana kita dapat lihat kadang-kadang ialah mengejar keuntungan itu satu hal, projek ini adalah untuk pembangunan sosial dan kemasyarakatan, tetapi kadang-kadang pandangan wakil-wakil rakyat ini juga tidak diambil endah langsung.

Contoh kita melantik CEO Penerbangan Malaysia, saya faham kerana syarikat mengalami kerugian, dan dikatakan mendapat keuntungan setelah CEO baru diambil dengan hanya menjual segala aset syarikat, memberhentikan orang kerja. Jadi ini juga menimbulkan masalah balik kepada kerajaan. Kadang-kadang kita lihat ketua-ketua eksekutif ini dia tidak mengendahkan langsung sama ada pegawai kerajaan ataupun orang-orang politik. Sedangkan dia duduk di situ atas perjuangan politik dan juga di atas kepercayaan pihak kerajaan. Jadi ini harus diambil kira Tuan Yang di-Pertua, kerana....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik Yang Berhormat, cukuplah.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih.

Page 136: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

122 DR 13.12.2006

Dato’ Sri Mohd. Effendi bin Norwawi: Terima kasih Yang Berhormat bagi Jerai. Saya kira pertama sekali untuk memastikan WPI ini ataupun IRDA ini berjaya, kita memastikan yang ahli-ahli anggota pentadbiran, eksekutif-eksekutif khususnya dan kakitangan senior ini haruslah mereka yang benar-benar berkebolehan, profesional dan mempunyai track record yang cemerlang.

Saya kira dalam perjalanan, dalam proses pentadbiran kita perlu adakan proses-proses consultation, perundingan dengan pihak-pihak tertentu, stakeholders yang lainnya penting termasuklah wakil-wakil kerajaan negeri, ADUN dan juga Ahli-ahli Parlimen di kawasan-kawasan tertentu. Kita tahu yang rancangan ini tidak akan berjaya dan tidak akan mendapat impak dan sambutan rakyat yang kita perlukan kalau rakyat tidak dibabitkan dan mekanisme yang terbaik dengan membawa sama peranan-peranan Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya di kawasan-kawasan tersebut.

Saya ingin menyambung perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Sungai Petani tadi. Peta tidak dimasukkan sebagai sebahagian daripada rang undang-undang. Jadi sempadan WPI tidak ditentukan sedangkan Johor sebuah negeri yang besar. Penentuan sempadan kawasan akan dibuat melalui pemberitahuan dalam warta kerajaan seperti yang disebut dalam fasal 15. Ini akan dibuat apabila akta ini dikuatkuasakan. Seperti yang dinyatakan dalam ucapan pembentangan saya tadi, pada amnya WPI akan meliputi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi. Ia akan melibatkan kawasan seluas 2,217 kilometer persegi merangkumi keseluruhan Johor Bahru dan Mukim Serkat, Jeram Batu, Sungai Karang dan Pulau Kukup di daerah Air Masin.

Mengenai soalan daripada Yang Berhormat bagi Kubang Kerian tadi, mengapa wakil tunggal PAS di Johor tidak diberi maklumat mengenai WPI. Saya diberitahu yang sebenarnya satu majlis penerangan WPI kepada semua ADUN Johor termasuk dari PAS telah pun berlangsung pada 22 November 2006.

Ahli Kubang Kerian juga bertanya kenapa rancangan pembangunan komprehensif tidak melalui proses kelulusan dan proses semakan awam seperti yang terdapat dalam rancangan struktur dan rancangan tempatan. Draf rancangan pembangunan komprehensif akan disediakan oleh pihak berkuasa WPI di bawah fasal 23.

Draf Rancangan Pembangunan Komprehensif hendaklah disediakan mengikut keperluan yang digariskan dalam subfasal 23(4), iaitu hendaklah ada perundingan dengan Majlis Perancangan Fizikal Negara, Jawatankuasa Perancangan Negeri dan pihak berkuasa perancangan tempatan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar.

Draf Perancangan Pembangunan Komprehensif hendaklah dikemukakan untuk kelulusan oleh pihak Jawatankuasa Perancangan Negeri. Jawatankuasa ini berhak untuk menahan kelulusannya jika didapati Draf Rancangan Pembangunan Komprehensif tidak mematuhi kehendak rundingan yang disebut tadi. Jika diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri, Jawatankuasa ini hendaklah bagi rancangan tempatan yang belum menerima kelulusan pihak berkuasa negeri, mengeluarkan arahan di bawah perenggan 12(3)(b) dan 12(8) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1979 supaya pihak berkuasa perancangan tempatan memasukkan ke dalam rancangan tempatan itu, kandungan rancangan pembangunan komprehensif yang difikirkan sesuai.

Kerajaan ingin memberi jaminan bahawa orang ramai masih mempunyai hak untuk didengar arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri di bawah perenggan 12(3)(d) dan 12(8) Akta 172, masih tertakluk kepada peruntukan seksyen 13 mengenai publisiti draf rancangan tempatan dan seksyen 14 mengenai siasatan dan pendengaran berkenaan dengan draf rancangan tempatan.

Berbangkit daripada bantahan terhadap representation tentang sesuatu draf rancangan tempatan. Begitu juga dengan arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri di bawah subseksyen 16(2) dan Akta 172. Bagi satu rancangan tempatan yang sudah menerima persetujuan pihak berkuasa negeri, apa-apa perubahan kepada rancangan tempatan itu juga akan melalui proses publisiti di bawah seksyen 13, dan siasatan dan pendengaran di bawah seksyen 14 seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen 16(3) Akta 172.

Page 137: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 123

Izinkan saya merumuskan di sini bahawa walaupun ada rancangan pembangunan komprehensif ini, mana-mana kandungan akan tetap melalui proses yang diperihalkan dalam Akta 172 yang terpakai bagi penyediaan suatu rancangan tempatan. Jadi tiada pihak perlu merasa gusar bahawa kepentingan mereka akan terjejas kerana daripada peruntukan yang terkandung dalam rang undang-undang ini, rancangan pembangunan komprehensif tidak akan mengatasi, tidak akan prevail over, dengan izin rancangan tempatan sesuatu kawasan di Wilayah Pembangunan Iskandar.

Saya pun telah menjawab dan saya mengambil perhatian mengenai pandangan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timor tadi supaya kita tidak mengabaikan rakyat biasa khususnya yang miskin dan tidak menjadi mangsa. Saya mengalu-alukan semangat Ahli Yang Berhormat bagi Pasir Puteh tadi, setuju sangat, dan kita mesti cuba pembangunan fizikal dan spiritual selari. Dengan yang demikian Tuan Yang di-Pertua, ...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan. Tadi Yang Berhormat kata dalam jawapan, jawab kepada pertanyaan saya sama ada Malaysia serius bahawa mahu bersaing dengan China dan India dengan pewujudan WPI. Adakah ini serius bahawa, dah jawab ialah serius. Dan seandainya, assuming bahawa WPI berjaya dan kita tidak tahu sama ada boleh berjaya atau tidak berjaya oleh kerana nampaknya tidak ada political will untuk menerima hakikat bahawa the world is flat, memansuhkan semua rintangan dan sekatan-sekatan. Assuming that WPI berjaya, adakah bererti bahawa Malaysia sudah boleh bersaing dengan negeri China di mana nampaknya negeri China mungkin ada beratus-ratus WPI dan lebih besar daripada WPI berpuluh-puluh kali.

Dato’ Sri Mohd. Effendi bin Norwawi: Saya ingin mengulang, saya ingat yang saya dengar tadi beberapa ahli mengatakan kita jangan takut bersaing, kita jangan takut mencuba. Saya ingat seperti saya katakan tadi, saya sendiri telah meneliti yang rancangan WPI ini serta proses-proses yang telah dijalankan oleh pihak penganjur khazanah di mana mereka akan memastikan IRDA akan menubuhkan satu organisasi, institusi yang cukup mantap untuk bersaing dengan mana-mana juga wilayah di dunia ini.

Saya juga ingin menekankan di sini, satu daripada saya kira faktor yang terpenting yang menentukan kejayaan WPI ini ialah adanya satu political will yang kuat di sini ia melalui proses yang panjang dengan perundingan dengan Kerajaan Negeri Johor dengan Kerajaan Pusat untuk memastikan kepentingan kedua-dua pihak ini telah diambil kira. Saya telah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan juga telah mengadakan perbincangan dengan Ahli-ahli EXCO dan ADUN mereka baru-baru ini dalam road show saya ke negeri Johor, mereka semua telah menunjukkan yang mereka adalah 100% mahu melihat WPI ini berjaya.

Sudah tentu bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri inilah satu daripada rancangan besar dalam Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu tiga pembangunan wilayah iaitu di Johor, di Timur dan juga di Utara ialah satu daripada teras yang strategik pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan yang kita tahu dan saya tahu sendiri yang beliau akan memastikan secara hands on yang WPI ini akan berjaya seperti yang kita hasratkan.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli yang telah mengambil bahagian dan memberi saya pandangan dan nasihat serta menimbulkan isu-isu yang berkaitan yang saya kira releven kepada akta ini. Semuanya itu telah kita ambil nota dan di mana yang saya tidak boleh jawab, saya akan pastikan ia diberi perhatian. Khususnya kepada pandangan-pandangan yang telah saya lihat di sini dari segi memastikan pembangunan ini ialah suatu pembangunan yang yang seimbang di mana semua lapisan masyarakat diberi peluang untuk maju. Saya akan pastikan perancangan kita ini akan menitik beratkan isu ini.

Segala pandangan yang tidak sempat untuk saya jawab akan diambil kira dan akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di bawah rang undang-undang ini supaya rang undang-undang ini mencapai matlamatnya. Sekian, terima kasih.

Page 138: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

124 DR 13.12.2006

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal 1 hingga 56 -

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kepong.

9.33 mlm.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, setakat ini saya belum pasti lagi sama rang undang-undang ini adalah constitutional. Walau bagaimanapun, itu muka surat 7, Menteri ertinya Perdana Menteri. Saya rasalah ini tidak tepat. Perdana Menteri tetap Perdana Menteri, dia lantik menteri dan kita terbalik sekarang. Menteri menjadi Perdana Menteri. Dari segi bahasa, saya tidak begitu setuju dengan ini. Dari segi bahasa terbalik, songsang.

Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Dewan riuh]

Datuk Ir. Hasni bin Haji Mohammad [Pontian]: [Menyampuk]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Yang Berhormat bagi Pontian kerana dia dapat habuan sedikit, dia tak kacaulah itu... [Ketawa] Sedikit sahaja dapat itu, sempadan itu. Pentakrifan itu menjadi masalah. Kemudian fasal 7 kita baca macam ini. Ya, ini ya!

“Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan dan kuasa yang terletak hak pada Pihak Berkuasa oleh Akta ini. Pihak Berkuasa boleh mengusahakan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud dan diserahkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan, atau Kerajaan Negeri Johor dengan kelulusan Menteri“.

Ini memang kita susah lah. Ini menteri ini...

Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Dewan riuh]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Susahlah, kita tanya peguam-peguam ini, susah, dia ada co-chairman pula. Co-chairman itu macam mana menteri ini dimaksudkan sebagai Menteri Besar atau Perdana Menteri. Baik kita catatkan di sini kelulusan Perdana Menteri, susah...habis. Ini menteri..., Menteri Besar mana itu. Perdana Menteri atau pun Menteri Besar.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tadi sudah kata menteri (Perdana Menteri), Menteri Besar (Menteri Besar Johor) jadi lupa...

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tak apa lagi. Dalam ...

Seorang Ahli: Mahu jelas.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Jelaskan di sini di dalam undang-undang tidak boleh kita kabur-kabur. Tidak boleh..., is neither here no there? Terima kasih boleh. Sri Gading ini tidak boleh macam mana tidak boleh dari segi bahasa tidak boleh.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Sri Gading bukan menterilah.

Page 139: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 125

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya, Yang Berhormat bukan menteri, saya tahulah itu dan kemudian fasal 8, dua orang Pengerusi Bersama ...

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Tuan Pengerusi, ini buang masa. Di sini penjelasan sudah ada dah. Bacalah muka surat 6 dan 7. Sudah ada dah. Buang masa lah Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sungai Petani..., cukup Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Penjelasan itu tidak cukup.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Tak, kita..., sudah ada dalam ini, bacalah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya tahu, saya tahu penjelasan tidak cukup. Saya ada baca juga.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Tak baca?

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ini, ini..., mana yang betul...? Sekarang ya, fasal 8 kita boleh tengok, dua orang Pengerusi Bersama, jadi masalah juga seorang daripadanya ialah..., ini dia terang..., Perdana Menteri dan seorang lagi ialah Menteri Besar. Ini memang mesti terang tetapi ini fasal 9. Yang Berhormat bagi Sungai Petani bukan peguam.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya sudah baca. Penjelasan..., tak boleh baca macam penjelasan. Tidak boleh. Di dalam undang-undang, kita mesti jelas.

Seorang Ahli: Merapulah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Macam mana merapu pulak. Siapa? Saya nampak Ahli dari Johor semua senyap sekarang.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Merapu!

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ini Yang Berhormat bagi Ketereh bukan dari Johor. Dia tidak kisah.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Isteri saya orang Johor.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Fasal 9 (2) –

“Pelantikan mana-mana anggota menurut perenggan 8 (1(d) boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Besar tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu”.

Bagi saya kita letakkan di situ Perdana Menteri. Kalau macam ini...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Takrif Perdana Menteri itu?

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tidak boleh baca macam itu. Perdana Menteri, Perdana Menteri takkan dia terbalik menjadi menteri pula? Tidak boleh, itu tidak boleh.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Yang Berhormat, ini tengok, menteri ertinya Perdana Menteri, muka surat 7, tak bacakah, apalah! Ini merapulah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya ada baca juga.

Datuk Seri Mohd. Effendi bin Norwawi: Yang Berhormat, untuk menjimatkan masa... Yang Berhormat bagi Kepong. Untuk menjimatkan masa, perkara ini kita telah ambil...

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Sekejap, sekejap, sekejap. Setuju lagi, saya hendak jimat. Hendak jimat masa ini. Saya hendak ulang itu sebenarnya.

Page 140: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

126 DR 13.12.2006

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Mana ada jimat, dia boros.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Mana boros. Mujurnya semua dari Johor itu senyap. Dia memang mengambil perhatian.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Cakaplah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Fasal 17, ini memang satu yang memeningkan kepala saya. Fasal 17(1), pihak berkuasa hendaklah memberikan kepada menteri dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh menteri, ini memang kadangkala pening kepala. Apa-apa penyata...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ...Laporan akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh menteri dari masa ke semasa. Jadi ini bermakna menteri kalau di sini Perdana Menteri ini mengarahkan laporan itu diserahkan kepada dia dari masa ke semasa. Dia buat laporan, dia baca sendirilah... [Ketawa] Jadi macam mana satu rang undang-undang dapat ditulis sedemikian? Tidak boleh lulus di sini. Menteri itu sebagai Perdana Menteri tulis laporan kemudian diserah kepada diri sendiri. Janganlah buat undang-undang macam itu, tidak boleh lulus. Jangan luluskan, kita ubahkan kepada bahasa yang lebih elok, kemudian kita luluskan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat bagi Kepong, cukuplah. Menteri boleh jawablah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tidak boleh. Saya tidak setuju dengan fasal 17. Kita terangkan, kita tuliskan dengan baik. Pengerusi tulis laporan, serah kepada diri, tidak boleh. Saya tidak setuju.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, cukup ya. Biar menteri jawab.

Dato’ Sri Mohd. Effendi bin Norwawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menjawab mengenai isu ini. Sebenarnya kita harus melihat dari segi spiritnya. Spiritnya ialah kita mahu satu WPI IRDA ini yang mempunyai penuh kuasa berautonomi dan mempunyai pihak berkuasa yang tertinggi seperti kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Seperti yang saya katakan tadi, Perdana Menteri sebagai Joint Chairman IRDA ini adalah atas permintaan Kerajaan Negeri Johor untuk memastikan komitmen Kerajaan Persekutuan. Kalau Yang Berhormat baca, rujuk perenggan 18(1)(a) dan perkataan menteri terdapat dalam beberapa peruntukan dalam rang undang-undang ini – fasal 1, 7, 8, 9, 12, 15, 17, 19, 31, 40, 41, 54 dan 55 – perkataan menteri ditakrifkan sebagai Perdana Menteri, memang jelas dan sebenarnya ini bukanlah satu perkara yang luar biasa.

Kita tahu yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai peranan yang berbagai-bagai peranan, misalnya dalam Khazanah, beliau ialah juga Pengerusi Khazanah. Sebagai Pengerusi Khazanah berbeza peranan beliau sebagai Perdana Menteri dan inilah di mana beliau memainkan beberapa peranan tetapi Yang Berhormat mungkin bimbang ataupun tidak lafazkan, mungkin Yang Berhormat ragu-ragu kalau ada berlaku percanggahan kepentingan atau ketidaktelusan kerana menteri menjawab kepada Perdana Menteri, dia menjawab kepada dia – itu yang Yang Berhormat maksudkan.

Sebenarnya ini soal percanggahan kepentingan atau ketidaktelusan tidak timbul dalam perkara ini sekiranya kita sedia memahami hakikat bahawa seseorang itu boleh bertindak dengan adil, jujur, wajar, rasional, berwibawa dan berintegrasi atas dua peranan rasmi yang berlainan, maka tidak seharusnya timbul apa-apa kesangsian tentang keupayaannya melaksanakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya oleh undang-undang ini khususnya yang dipertanggungjawabkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita harus percayai.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, saya mencadangkan kita kaji semula istilah-istilah ini. Tidak boleh terima macam ini. Cuba baca fasal 17 sekali lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat sudah bagi jawapan, sudah baca.

Page 141: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 127

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya faham, dia baca macam itu tetapi ini tidak boleh diterima.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Yang Berhormat bagi Kepong tidak faham. Yang Berhormat bagi Kepong, sini. Pihak berkuasa itu, you baca ini.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Itu bukan dari Johor.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Muka surat 8 – takrifan “pihak berkuasa”...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, cukuplah, cukuplah.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Yang Berhormat bagi Kepong, baca ini.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Bukan daripada Johor itu.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah. Sebab perkara ini pun sudah dijawab oleh menteri.

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Baca fasal 3 ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, Yang Berhormat.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Muka surat 8 itu – takrifan mengenai kuasa itu.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup.

Fasal-fasal 1 hingga 56 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG

KUMPULAN WANG PERSARAAN 2006

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, sila.

9.48 mlm.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk memperbadankan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) untuk menubuhkan Kumpulan Wang Persaraan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berbangkit dan bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah.

Page 142: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

128 DR 13.12.2006

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Dalam ucapan Bajet 2006, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) akan dijadikan badan berkanun dan diberi fleksibiliti yang sama seperti lima badan berkanun yang bersumber kewangan sendiri iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, SOCSO dan Bank Simpanan Nasional.

Fleksibiliti ini membolehkan KWAP merancang dan mengurus tenaga kerjanya untuk meningkatkan produktiviti organisasi. KWAP ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 (Akta 454) setelah menerima persetujuan Diraja pada 28 Mac 1991. Objektif KWAP adalah memperkukuhkan dana agar dapat membantu kerajaan membiayai liabiliti pencen melalui pelaburan dananya untuk mencapai pulangan yang optimum. Pada masa kini dana KWAP diurus oleh Bahagian Pengurusan KWAP di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Melalui Rang Undang-undang Kumpulan Wang Persaraan 2006, Bahagian Pengurusan KWAP akan dijadikan sebuah badan berkanun yang akan mengambil alih pengurusan dana KWAP. Walaupun KWAP dijadikan sebuah badan berkanun, namun objektif asal penubuhan KWAP masih dikekalkan.

Secara keseluruhannya KWAP mempunyai dua fungsi utama seperti berikut:

(i) mengutip caruman dari badan-badan berkanun pihak berkuasa tempatan dan agensi di mana pegawai kerajaan dipinjamkan dan lain-lain caruman di bawah skim pencen yang ditetapkan oleh kerajaan; dan

(ii) melaburkan dana kumpulan wang dalam pelaburan seperti pasaran wang, ekuiti, bon dan pinjaman sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 (Akta 454).

Tuan Yang di-Pertua, mengenai penubuhan badan berkanun melalui Rang Undang-undang Kumpulan Wang Persaraan 2006, sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) ataupun Retirement Fund Incorporated yang akan mengambil alih pengurusan dana KWAP daripada Bahagian Pengurusan KWAP, Jabatan Akauntan Negara. Penamaan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) bertujuan memberi pengertian yang lebih meluas berhubung skim persaraan dan objektif penubuhan dananya.

Faktor asas yang menyokong perubahan entiti KWAP kepada entiti sebuah badan berkanun adalah seperti berikut:

(i) keupayaan mengurangkan beban kewangan kerajaan bagi pembiayaan liabiliti pencen. Perubahan entiti kepada badan berkanun membolehkan ia mempunyai ciri-ciri organisasi yang lebih fleksibel untuk membolehkan aktiviti trust pengurusan dana dapat dilaksanakan dengan lebih efisien. Langkah ini dapat meningkatkan pulangan pelaburan pada tahap risiko yang dapat diterima. Peningkatan pulangan pelaburan akan memperkukuhkan dana Kumpulan Wang Persaraan dan secara langsung akan dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam membiayai liabiliti pencen selaras dengan objektif penubuhannya;

(ii) tentang keupayaan membiayai sendiri perbelanjaan operasi. Pada masa kini perbelanjaan operasi KWAP dibiayai melalui peruntukan kerajaan berdasarkan kepada prestasi pendapatan pelaburan yang meningkat semenjak tahun 1991. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dijangka berupaya untuk membiayai sendiri perbelanjaan operasinya.

Page 143: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 129

Ini memandangkan pertumbuhan dan kedudukan dananya yang kukuh di mana dengan dana permulaannya sebanyak RM500 juta pada tahun 1991 kini telah menjangkau kepada RM41.176 bilion dengan pendapatan berkumpul keuntungan pelaburan sebanyak RM11.393 bilion pada 30 November 2006. Keupayaan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), membiayai sendiri perbelanjaan operasinya dapat mengurangkan beban kewangan perbelanjaan mengurus tahunan kerajaan;

(iii) keberkesanan pengurusan sumber manusia. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) yang boleh menentukan skim perkhidmatan dan tenaga kerjanya sendiri akan dapat menghasilkan pengurusan sumber manusia yang lebih cekap, berkesan dan kompetitif setanding dengan organisasi-organisasi di dalam sektor industrinya. Ini membolehkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) berupaya mengambil sumber manusia yang mahir, terlatih, berpengalaman, berwibawa dan mampu meningkatkan produktiviti serta menambah baik sistem penyampaian kerajaan; dan

(iv) keupayaan meningkatkan pengurusan organisasi. Sebagai sebuah badan berkanun Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) akan dapat mempertingkatkan keupayaan pengurusan organisasinya melalui proses membuat keputusan yang lebih efektif dan efisien. Ini membolehkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) menjadi sebuah organisasi yang sentiasa terkini menghadapi persekitaran semasa dengan mengamalkan amalan terbaik ataupun best practice supaya dapat menghasilkan prestasi yang setanding dengan organisasi yang setara mengikut penanda aras industrinya.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Persaraan 2006 yang dicadangkan mengandungi peruntukan bagi penubuhan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) satu badan berkanun untuk mentadbir kumpulan wang itu dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Rang undang-undang ini mengandungi 29 fasal yang dibahagikan kepada lima bahagian seperti berikut:

Bahagian I

Bahagian II

Bahagian III

Bahagian IV

Bahagian V

Permulaan

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Kewangan

Am

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Fasal 1 - 2

Fasal 3 - 12

Fasal 13 - 17

Fasal 18 - 32

Fasal 23 - 29

Bahagian I rang undang-undang ini mengandungi perkara permulaan seperti berikut:

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas. Ia bertujuan memberi menteri kuasa untuk meletakkan suatu tarikh permulaan berkuat kuasa akta.

Fasal 2 mengandungi takrif ungkapan tertentu yang digunakan dalam rang undang-undang ini.

Page 144: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

130 DR 13.12.2006

Bahagian II rang undang-undang ini adalah seperti berikut:

Fasal 3 memperuntukkan bagi penubuhan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) sebagai badan korporat yang turun temurun dan boleh membawa guaman dan di bawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) bertindak sebagai agen bagi pihak kerajaan untuk mentadbir kumpulan wang itu bagi pihaknya. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) sebagai sebuah entiti berasingan mempunyai kuasa untuk menyaman atas namanya dan kuasa untuk membuat kontrak.

Fasal 4 memperuntukkan fungsi serta kuasa Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dalam urusan pentadbiran kumpulan wang. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) mempunyai kuasa untuk melaksanakan fungsinya di dalam atau di luar Malaysia. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) boleh menyertai usaha sama membentuk perbadanan dan memiliki syarikat. Peraturan berkaitan dengan penubuhan perbadanan terkandung seperti di Jadual Pertama, rang undang-undang ini.

Fasal 5 memperuntukkan bagi penggunaan meterai perbadanan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan). Meterai perbadanan hendaklah disimpan di bawah penjagaan Ketua Pegawai Eksekutif untuk penggunaan mana-mana dokumen.

Fasal 6 mengandungi peruntukan tentang penubuhan Lembaga dan keanggotaan Lembaga. Ia memberi kuasa kepada Lembaga untuk melantik pakar untuk membantu kedua-dua Lembaga dan Panel Pelaburan dalam melaksanakan kewajipannya. Menteri boleh mengeluarkan garis panduan am yang selaras dengan peruntukan akta ini berkenaan dengan perjalanan fungsi Lembaga dan Lembaga hendaklah melaksanakan garis panduan itu. Peruntukan Jadual Kedua hendaklah dipakai bagi anggota Lembaga.

Fasal 7 memperuntukkan penubuhan Panel Pelaburan yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara mengenai pelaburan kumpulan wang. Panel Pelaburan hendaklah tertakluk kepada apa-apa arahan mengenai dasar am yang dikeluarkan dan diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri dari semasa ke semasa. Peruntukan Jadual Kedua hendak terpakai bagi anggota Panel Pelaburan.

Fasal 8 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Lembaga Kumpulan Wang Persaraan Pencen (Diperbadankan) untuk menubuhkan jawatankuasa untuk membantu pelaksanaan fungsinya.

Fasal 9 memberi kuasa kepada Lembaga Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) untuk melantik Ketua Pegawai Eksekutif dengan persetujuan Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab dalam pentadbiran dan urusan hari ke hari Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) serta melaksanakan keputusan yang dibuat oleh Lembaga dan Panel Pelaburan.

Fasal 10 bertujuan membenarkan Lembaga Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) untuk melantik dan mengambil khidmat pegawai, pekhidmat, wakil, agen dan sebagainya bagi melaksanakan fungsi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) di bawah akta yang dicadangkan dan menjalankan kawalan tatatertib terhadap mereka.

Fasal 11 mengehendaki anggota Lembaga kerana pelaburan atau jawatankuasa untuk mengisytiharkan kepentingan mereka dalam apa-apa transaksi yang ada kaitan dengan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan tatacara yang perlu dipatuhi bagi pengisytiharan itu.

Fasal 12 memberi kuasa kepada Lembaga dengan kelulusan Menteri untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatacara kewangan dan perakaunan, syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya dan perkara lain bagi melaksanakan maksud akta ini.

Bahagian III rang undang-undang mengandungi peruntukan mengenai aspek kewangan seperti berikut:

Fasal 13 mengadakan peruntukan bagi penubuhan Kumpulan Wang Persaraan dan pemakaian Kumpulan Wang bagi maksud untuk menjelaskan segala pembayaran yang

Page 145: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 131

dikehendaki dibuat di bawah akta ini, kos dan belanja yang dilakukan bagi penubuhan, pemerbadanan dan pengambilan perbadanan atau syarikat dan kos pengurusan yang lain.

Fasal 14 menyatakan pelaburan Kumpulan Wang Persaraan yang dibenarkan oleh Panel Pelaburan tertakluk kepada sekatan atau batasan yang boleh dikenakan oleh Lembaga dan diluluskan oleh Menteri.

Fasal 15 menyatakan bahawa Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dikecualikan daripada pemakaian Akta Wang Tak Dituntut 1965, untuk memegang segala wang tidak dituntut dalam daftar yang disimpan oleh Ketua Pegawai Eksekutif sehingga wang itu boleh dibayar kepada orang yang berkenaan.

Fasal 16 bertujuan untuk mengehendaki Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) menyediakan Akaun dan Penyata Tahunan selaras dengan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 dan

Fasal 17 bertujuan untuk menghendaki Ketua Pegawai Eksekutif menyediakan sesuatu anggaran perbelanjaan tahunan untuk pertimbangan Lembaga tidak lewat daripada satu bulan sebelum bermulanya setiap tahun kewangan.

Bahagian IV rang undang-undang mengandungi peruntukan am seperti berikut:

Fasal 18 mengadakan peruntukan bagi jaminan kerajaan bagi pembayaran daripada Kumpulan Wang Disatukan jika Kumpulan Wang Persaraan tidak boleh membayar hutang atau liabilitinya dan pembayaran itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada kerajaan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).

Fasal 19 memperuntukkan mana-mana orang boleh dihukum sebagai melakukan kesalahan sekiranya membuat percubaan untuk melakukan kesalahan, melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melaksanakan perlakuan apa-apa kesalahan atau bersubahat atau terlibat dalam satu komplot jenayah untuk melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini bila disabitkan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Fasal 20 memperuntukkan bahawa seseorang pengurus juga melakukan suatu kesalahan yang dilakukan oleh prinsipalnya melainkan jika kesalahan itu dilakukan tanpa keizinan pengurus itu dan fasal ini juga mengadakan peruntukan bagi prinsipal itu dihukum bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan oleh pekhidmatnya.

Fasal 21 memperuntukkan semua anggota Lembaga, Panel Pelaburan, Jawatankuasa, semua pegawai dan pekhidmat Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan Akta 574 semasa menunaikan kewajipannya dan Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap mereka.

Fasal 22 membenarkan Menteri untuk meminda, membatalkan, menambah kepada atau mengubah Jadual.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]

Bahagian V rang undang-undang ini mengandungi peruntukan pemansuhan, kecualian dan peralihan seperti berikut:

Fasal 23 memperuntukkan pemansuhan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 Akta 454 dan Kumpulan Wang Amanah Pencen Majlis Kegunaan Wang Amanah Pencen dan Majlis Pelaburan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 kepada suatu tarikh yang ditetapkan.

Fasal 24 memperuntukkan penerusan semua undang-undang yang berkaitan dengan Kumpulan Wang Amanah Pencen dan dianggap masih terpakai melainkan ia dipinda atau dibatalkan.

Page 146: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

132 DR 13.12.2006

Fasal 25 memperuntukkan pemindahan semua hak dan liabiliti daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) memandangkan Majlis Kegunaan Wang Amanah Pencen akan terhenti wujudnya.

Fasal 26 memperuntukkan pemindahan tanah dan harta daripada Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen kepada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (Diperbadankan) pada suatu tarikh yang ditetapkan.

Fasal 27 memperuntukkan semua kontrak sedia ada yang dibuat atau dimasuki oleh Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen hendaklah dipindahkan dan berkuat kuasa sepenuhnya seolah-olah kontrak tersebut dibuat oleh Kumpulan Wang Amanah Persaraan (Diperbadankan).

Fasal 28 memperuntukkan pemansuhan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen tidak menghalang atau memberi kesan kepada apa-apa prosiding yang belum selesai.

Fasal 29 memperuntukkan pemindahan semua wang yang berada dalam dana yang ditadbir oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen hendaklah dipindahkan kepada dana yang ditadbir oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).

Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti organisasi dan menambah baik sistem penyampaian kerajaan. Usaha ini akan memperkukuhkan dana melalui penggemblengan seluruh sumbernya kepada aktiviti pelaburan yang berhemah, fleksibel, selamat dan pulangan pelaburan dana yang optimum dengan memberi tumpuan serta penerokaan terhadap instrumen pelaburan baru yang lebih menarik dan kompetitif yang semakin meluas dan berkembang di pasaran.

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) berupaya membiayai sendiri perjalanan operasinya dan meningkatkan pengurusan organisasi agar dapat menghasilkan prestasi setanding dengan organisasi yang setara mengikut penanda aras industrinya. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) adalah berupaya membiayai sendiri perbelanjaan operasinya berdasarkan kepada pertumbuhan dan kedudukan dananya yang kukuh di mana dengan permulaan sebanyak RM500 juta pada 1991, kini telah menjangkau kepada RM41.176 bilion dengan pendapatan terkumpul keuntungan pelaburan berjumlah RM11.393 bilion seperti pada 30 November 2006.

Rang Undang-undang Kumpulan Wang Persaraan 2006 adalah suatu rangka perundangan menyeluruh yang meliputi penubuhan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan memperuntukkan fungsi dan kuasa Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dalam mentadbir Kumpulan Wang.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Hoo Seong Chang]: Tuan Yang di-Pertua, dengan sukacitanya saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang yang bernama suatu akta untuk memperbadankan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) untuk menubuhkan Kumpulan Wang Persaraan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berbangkit dan bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat bagi Rembau.

10.07 mlm.

Dato' Firdaus bin Harun [Rembau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk menyokong penuh Rang Undang-undang Kumpulan Wang Persaraan 2006 sebab saya yakin perbadanan yang akan ditubuhkan nanti akan ditadbirkan seperti EPF di mana badan ini akan bebas membuat pelaburan untuk kepentingan pelabur-pelaburnya dan apa yang lebih penting lagi ialah sekarang ini Skim Pencen yang sedia ada, kerajaan diberi beban yang besar dan saya difahamkan ini lebih kurang kerajaan terpaksa membelanjakan RM3.5 bilion pada setiap tahun untuk membayar pencen bagi kakitangan kerajaan .

Page 147: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 133

Namun, dengan adanya rang undang-undang ini saya percaya para pencarum iaitu kakitangan kerajaan sendiri akan memberikan sumbangan selain daripada sumbangan daripada pihak kerajaan seperti yang ada di EPF.

Kelebihannya yang saya nampak ialah kakitangan kerajaan apabila dia bersara akan dapat imbuhan yang lebih baik daripada yang ada sekarang ini. Dalam masa yang sama juga saya harap pihak kerajaan akan dapat menyeimbangkan supaya keanggotaan lembaga ini akan ditimbangkan semula sebab saya lihat pada fasal 6 pengerusi ialah Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan tetapi pada masa yang sama ada juga seorang dari wakil Kementerian Kewangan.

Mungkin boleh dipertimbangkan supaya wakil ini diambil daripada mereka yang pakar dalam bidang-bidang yang berkenaan tetapi tidak semestinya dari sektor kerajaan, daripada Ahli Parlimen yang berkelayakan umpamanya. Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Minta penjelasan Yang Berhormat, boleh tidak?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, silakan.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Saya tak nak berucap. Dalam fasal 6 itu disebut bahawa fasal 6(4) Ahli Lembaga dilantik oleh Yang Berhormat Menteri, Pengerusi oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, kemudian wakil Bank Negara dan wakil Kementerian Kewangan. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat, Pengerusinya sudah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, kalau wakilnya daripada Kementerian Kewangan adalah pegawai yang subservient dengan izin, kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Ertinya pegawai itu hendak kata wakil Kementerian Kewangan pun, bos dia ada di depan dia. So, macam tidak relevan pelantikan sedemikian. Boleh Yang Berhormat ulas?

Dato' Firdaus bin Harun [Rembau]: Ya, terima kasih sahabat saya dari Ketereh. Jadi seperti yang saya cadangkan tadi mungkin boleh ditimbangkan pada kalangan Ahli Parlimen yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu supaya dengan itu akan ada kepelbagaian dalam keanggotaan Lembaga yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, ...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Yang Berhormat bagi Rembau...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, silakan.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya hendak cadangkan boleh atau tidak kita letak Pengerusi Persatuan Pencen. Kita ada persatuan pencen di negeri-negeri dan sebagainya dan di peringkat Persekutuan pun kita ada. Jadi, kita letak Pengerusi Persatuan Pencen itu duduk dalam Lembaga ini kerana...

Dato’ Firdaus bin Harun [Rembau]: [Menyelak dokumen]

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ada dalam itu?

Dato’ Firdaus bin Harun [Rembau]: Wakil.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Wakil! Kita letakkan sebagai Lembaga.

Dato’ Firdaus bin Harun [Rembau]: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Jerai. Dalam bab (g), ada disebutkan di situ,

“Seorang yang, pada pendapat Menteri, hendaklah secara adil mewakili pencarum kepada Kumpulan Wang itu selain wakil Kerajaan Malaysia”.

Peruntukan itu ada. Jadi, saya ingat itu cadangan yang baik, supaya dengan itu kepentingan pencarum akan dapat dipelihara.

Page 148: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

134 DR 13.12.2006

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa penubuhan elok disegerakan sebab seperti yang saya sebutkan tadi, kalau tidak nanti akan memberikan bebanan kewangan yang besar kepada kerajaan.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: [Berdiri] [Mengetuk-ngetuk pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, hendak beri jalan, Yang Berhormat?

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tuan Yang di-Pertua, ada kaitan dengan Ahli Lembaga tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat bagi Rembau. Saya hendak tanya ada dua cadangan yang begitu saya rasa bernas, iaitu wakil daripada orang yang, persatuan yang bersara itu tetapi bolehkah bill ini diubah kerana keperluan dan juga cadangan yang dikemukakan.

Dato’ Firdaus bin Harun [Rembau]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Cameron Highlands. Saya ingat sama ada bill ini patut diubah, terpulanglah kepada pihak kerajaan untuk menentukan tetapi saya ingat elok dipertimbangkan sebab seperti yang saya sebutkan tadi kita hendak perwakilan yang lebih representatif dalam Lembaga ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap pihak kakitangan kerajaan akan memberi sokongan kepada perbadanan ini memandangkan, seperti yang diterangkan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi, manfaatnya sangat besar kepada kakitangan kerajaan dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan untuk masa jangka masa panjang. Dengan itu saya menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Hulu Langat.

10.12 mlm.

Dato’ Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kerana saya diberi peluang untuk membahaskan sedikit berkenaan dengan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Persaraan 2006 ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada keseluruhannya rang undang-undang ini yang bertujuan untuk menubuhkan sebuah perbadanan yang bebas serta mempunyai legal entity yang tersendiri. Mempunyai bidang kuasa mendakwa dan didakwa adalah satu langkah yang baik bagi memastikan bahawa pelaburan yang dibuat oleh perbadanan ini dapat dibuat dengan baik dan teratur.

Walau bagaimanapun, saya agak bimbang kerana terdapat beberapa peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam bill ini yang membimbangkan saya. Antara lain, adakah perbadanan ini mempunyai status atau kuasa atau hak yang hampir sama dengan peruntukan KWSP, yang suatu ketika dahulu pernah dipertikaikan oleh banyak pihak akibat pelaburan-pelaburan yang salah dan tidak menepati matlamat untuk mencapai keuntungan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mempunyai pandangan yang meragukan, terutama sekali tentang wujudnya pelbagai badan dalam bill ini. Yang pertama, rang undang-undang ini membenarkan penubuhan Lembaga, kemudiannya juga membenarkan penubuhan yang dipanggil panel pelaburan. Selepas daripada itu, Lembaga juga boleh atau berkuasa untuk melantik wakil atau ejen atau penasihat teknikal, peguam bela, peguamcara, jurubank dan sebagainya bagi tujuan nasihat profesional dan kepakaran. Ini menyebabkan dilute, pupusnya kuasa yang terdapat kepada Lembaga dan panel pelaburan.

Saya juga mempunyai sedikit kebimbangan tentang peruntukan Ahli Panel Pelaburan ini kerana ia memasukkan tiga orang lain daripada sektor swasta yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan atau kewangan. Kebimbangan saya adalah disebabkan oleh sama ada lantikan tiga orang wakil sektor swasta ini nanti tidak menyebabkan berlakunya pertindihan kepentingan di antara kepentingan peribadi dengan kepentingan pelaburan yang mewakili perbadanan ini.

Page 149: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 135

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mempunyai sedikit kebimbangan berkenaan dengan perlindungan yang diberi oleh undang-undang ini terhadap Lembaga, terhadap panel pelaburan, terhadap jawatankuasa pegawai dan pengkhidmat KWAP ini, seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 21, iaitu semua anggota Lembaga Panel Pelaburan Jawatankuasa Pegawai Pengkhidmat Kumpulan Wang Persaraan ini terlindung di bawah sebagai seorang pengkhidmat awam. Iaitu termasuk juga tiga orang ahli panel pelaburan swasta yang dilantik di bawah Kanun Keseksaan. Ianya juga terlindung mengikut peruntukan Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam Tahun 1948. Adakah pihak...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Point of Order, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat bagi Kepong tidur, Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

Dato’ Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Potong steamlah, abang!... [Ketawa] Adakah pihak kementerian memastikan keadaan ini supaya tidak disalah gunakan? Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, sila jawab.

10.17 mlm.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian. Saya bimbang juga, takut, kalau ramai macam tadi memang perbahasan kita akan berlanjutan, alhamdulillah.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya hendak terangkan sedikit lagi tentang Tabung KWAP. Hari ini seperti yang disebut sudah ada ditadbirkan dengan baik dan setakat ini sudah mendapat keuntungan yang banyak. Sebenarnya kalau kita lihat keuntungan yang telah dibuat oleh KWAP, ia lebih tinggi daripada yang dibuat oleh badan-badan yang lain, macam KWSP ataupun Lembaga Tabung Haji. Contohnya, pada tahun 2005, 5.36% berbanding dengan KWSP 4.50% dan pada 2006, 5.34% sehingga November ini, bermakna kemampuan yang ada di kalangan pegawai-pegawai yang diwakili memang cukup baik. Sebab itu mereka telah membuat keuntungan yang banyak.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini dana yang ada RM41 bilion. Memang apabila dipindahkan kepada tabung diperbadankan ini, kita berharap bahawa tabung ini akan menjadi self-sufficient, maknanya dia boleh membayar pencen kepada anggota yang pencen.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, berapa kos yang ditanggung oleh kerajaan pada masa sekarang dalam menguruskan atau mentadbir pencen yang telah dikenakan?

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, untuk pentadbiran sahaja, kalau ikut angka yang dipohon oleh hendak tubuhkan perbadanan ini dan gajinya sekali, launching grant ialah RM33 million. Maknanya perbelanjaan lebih kurang banyak itu, it is one off sahaja. Bermakna selepas ini, kumpulan wang ini tidak akan pohon lagi kepada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau ikut pendapatan yang disebut tadi 5.34%, lebih kurang 5% daripada dana yang ada sekarang RM41 bilion, maka pendapatan setahun tidak mencukupi untuk hendak bayar wang pencen yang sebanyak yang disebut RM5.3 bilion tiap-tiap tahun. Maknanya, Tuan Yang di-Pertua, apabila ditubuhkan kumpulan wang ini masih lagi tidak mampu hendak bayar sepenuhnya pencen yang terpaksa dikeluarkan kepada para pesara.

Sebab itu kita tidak menjangka bahawa badan ini akan terus dapat menjalankan tugasnya seperti yang disebut. Oleh itu kerajaan akan terus mengeluarkan peruntukan

Page 150: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

136 DR 13.12.2006

daripada peruntukan kerajaan sehingga tabung ini mampu membayar dana yang secukupnya. Maknanya mungkin makan masa sedikitlah Tuan Yang di-Pertua sebelum dana ini boleh bergerak dengan sendiri.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat Cameron Highlands.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Minta penjelasan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Dalam semua negara luar kebanyakannya wang pencen ini selalunya adalah tanggungan kerajaan kerana golongan ini telah memberi sumbangan yang begitu banyak sejak mereka kerja tetapi memandangkan pesara-pesara di Malaysia yang di bawah tabung ini saya rasa bantuan yang diberi masih berkurangan. Khususnya dari segi perubatan, dari segi pendidikan lifelong learning yang dikatakan tadi dan juga dari segi pemerolehan hartanah dan sebagainya. Maka 55, 56 tahun sangat muda dalam zaman tafsiran sekarang. Maka saya rasa diri kita tidak boleh mengatakan bahawa kerajaan akan terus atau kerajaan satu hari nanti akan melepaskan tanggungjawab dan biarkan tabung itu sendiri akan menjaga nasib mereka. Kerana ini adalah tanggungjawab negara kepada masyarakat kerana 25 atau 35 tahun mereka kerja. Maka saya rasa kalau inilah matlamat akhirnya, mungkin satu hari nanti perbadanan ini akan jadi satu badan di mana kebajikan mereka mungkin terabai. Apakah pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini?

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, sejak ditubuhkan kemudahan wang pencen tahun 1991 dahulu kerajaan memang memberi satu peruntukan 5% daripada gaji. Makna kalau gaji seluruh anggota kerajaan yang ada itu katakan RM20 bilion satu tahun, maka kerajaan bagi 5% daripada RM20 bilion itu kepada tabung, ini contribution dari kerajaan.

Jadi selain daripada peruntukan untuk pencen, itu lain pula yang sumbangan kepada tabung ini 5% daripada gaji, jumlah gaji yang dibayar pada tahun itu 5% akan diberi kepada tabung ini. Selain daripada peruntukan pencen yang lebih kurang RM5 bilion satu tahun, ini lain pula. Maknanya kerajaan bagi sumbangan begitu banyak sekali dan kerajaan akan teruskan sehingga tabung ini akan mampu berdiri sendiri, akan bagi semangat sehingga mampu. Jadi ini mungkin makan masa sedikitlah dalam masa mungkin sepuluh tahun akan datang mungkin barulah dia boleh berdiri sendiri. Saya jangkakan kalau pendapatan 5% maka dana ini mestilah lebih kurang RM100 bilion barulah dia boleh berdiri sendiri. Setakat ini memang kerajaan terpaksa bantu seterusnya Tuan Yang di-Pertua.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Rembau tadi beliau menegur tentang anggota Lembaga kenapa sampai dua orang, satu Pengerusi KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) dan ada seorang lagi anggota daripada Kementerian Kewangan. Sebenarnya kalau kita lihat jumlah anggota semua sekali ada 11 orang dikira termasuk daripada swasta cuma dua sahaja dari Kementerian Kewangan.

Yang Berhormat bagi Hulu Langat menyentuh tentang status, adakah ia akan jadi sama macam KWSP. Saya sudah sebut awal tadi bahawa memang kemudahan wang pencen ini dikendalikan dengan cukup baik dan keuntungannya lebih daripada yang diperolehi oleh badan-badan yang lain. Saya sudah buat comparison, perbandingan tadi Tuan Yang di-Pertua. Panel-panel yang ditubuhkan adalah sebenarnya untuk melicinkan lagi pentadbiran Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya Maran.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Sila.

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak kaitkan dengan KWSP sebab kita pernah menyuarakan faedah yang dikeluarkan oleh KWSP pada ahli-ahli pencarum. KWSP ini terdiri daripada pencarum-

Page 151: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 137

pencarum yang pegawai kerajaan yang masih muda dan sebagainya, manakala pencen ini terdiri daripada orang yang tua, sudah pencen.

Saya hendak kaitkan dengan pandangan dari Cameron Highlands. Sejauh mana faedah ataupun sumbangan yang diberikan oleh tabung ini kepada pesara-pesara? Umpamanya dahulu kita pernah menyuarakan, saya pernah menyuarakan peluang ataupun faedah yang boleh diambil oleh pencarum KWSP untuk menunaikan haji, tetapi tidak dibenarkan setakat ini. Apakah tentang tabung ini, apakah juga tabung ini boleh memberi peluang kepada pesara-pesara yang sebahagian daripada mereka sudah tua, kadang-kadang sudah tidak kisah sangat tentang duit dan sebagainya untuk memberi peluang kepada mereka ini, mengeluarkan duit ini ataupun faedah-faedah lain seperti termasuklah menunaikan haji dan sebagainya.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua tabung pencen kita ada dua sebenarnya. Pegawai kerajaan diberi pilihan iaitu mereka boleh meneruskan dengan EPFnya contribution kepada EPF ataupun opsyen kepada pencen. Selain itu, tabung ini kebanyakannya contribution nya oleh badan-badan berkanun. Pegawai-pegawai daripada badan berkanun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ataupun mana-mana badan yang ada anggota-anggota kerajaan, yang dipinjamkan kepada badan-badan yang terpakai. Mereka membayar dan mereka memberi sumbangan kepada pencen ini, kepada kumpulan ini dan bermakna bukan semua yang terlibat Tuan Yang di-Pertua, sebahagian kecillah.

Kalau dilihat sini pesara pegawai kerajaan lebih kurang 1.3 billion dan pesara lebih kurang 530,000. Jadi setakat ini contribution daripada kerajaan sebenarnya Tuan Yang di-Pertua bukan yang saya sebut tadi pegawai-pegawai daripada badan berkanun ataupun pegawai-pegawai daripada pihak berkuasa tempatan, pihak majikan sebenarnya yang beri contribution kepada tabung ini bukan pegawai yang berkenaan, mereka tidak ada contribution.

Jadi maknanya apa juga yang disimpan adalah daripada kerajaan Tuan Yang di-Pertua. Ini semuanya terpulang kepada pihak yang akan mengurus perbadanan ini sama ada hendak bagi apa-apa imbuhan kepada para pesara yang di bawah skim ini Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak boleh hendak bagi jaminan di sini kecuali terpulang kepada pentadbir-pentadbir yang akan mentadbir kumpulan wang pencen ini Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Setiausaha Parlimen. Dua kali sebenarnya Persatuan Pesara orang-orang pencen ini datang ke Sabak Bernam mengadakan mesyuarat agung, mengadakan perbincangan. Salah satu daripada perkara yang disuarakan oleh orang-orang lama ini ialah kebajikan tambahan kepada mereka yang kerajaan boleh berikan. Saya rasa apa yang kita bicarakan ini merupakan salah satu daripada agenda penting yang perlu kita sokong. Hanya yang selalu kita bimbangkan ialah tentang jentera pelaksanaan khususnya dari segi anggota eksekutif dan juga seperti yang disebutkan tadi jawatankuasa pelaburnya. Apakah jaminan bahawa mereka ini umpamanya dapat memastikan kejayaan dalam konteks KWAP ini sekarang ini dalam mendapat keuntungan. Malah dalam masa akan datang takut perkara ini sebaliknya akan berlaku, itu perkara yang pertama.

Perkara yang keduanya ialah siapa sebenarnya yang akan dilantik ini, mereka yang mempunyai wibawa dan integriti untuk menjamin bahawa pelaburan yang akan diberikan ini akan mendatangkan keuntungan. Terima kasih.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua seperti yang disebut dalam ucapan saya tadi, dalam pembentangan seluruh kumpulan wang pencen ini akan diperbadankan. Maknanya seluruh anggotanya yang sedia ada yang bekerja cukup baik akan diserapkan kepada perbadanan ini dan hari ini bila diperbadankan maka mereka boleh menjadi lebih efisien lagi dengan melantik berbagai-bagai badan yang boleh membantu pentadbiran mereka. Saya yakin mereka akan menjadi lebih efisien lagi daripada sekarang ini. Bermakna pelantikan kakitangan tentulah akan diteliti dengan betul dan mengikut peraturan yang baik. Dari segi pentadbirannya itulah saya sebut tadi nampaknya dalam 16 tahun yang lepas ini mereka telah mendapat keuntungan yang begitu banyak dan saya

Page 152: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

138 DR 13.12.2006

yakin usaha ini akan diteruskan dan segala peraturan mestilah diikuti supaya tidak rugi. Pelaburan pun hendaklah dalam pelaburan yang selamat.

Dato' Firdaus bin Harun [Rembau]: Penjelasan, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Setiausaha Parlimen, cuma satu soalan saya lihat sudah ada panel pelaburan akan diwujudkan, tetapi bagaimanakah akan dipastikan supaya peristiwa di mana Tabung Haji tempoh hari, wangnya dilaburkan ataupun diuruskan oleh mereka yang tidak begitu pakar dalam bidang pelaburan dan Tabung Haji mengalami kerugian...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tabung Haji tidak pernah rugi Yang Berhormat, sudah recover balik...

Dato' Firdaus bin Harun [Rembau]: ...Tidak soalnya, hari itu ada, dua tiga tahun yang dahulu berlaku dan kita tahu saya tidak sebut personaliti yang menguruskan itu dan kita tahu pun syarikatnya, cuma kita hendak kepastian bagaimana peristiwa yang berlaku di Tabung Haji itu tidak akan berlaku kepada perbadanan lain, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Setiausaha Parlimen.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Gulung Yang Berhormat, gulung.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Hendak gulung. Setakat ini rekod KWSP amat baik sekali dan tidak ada terdengar ada masalah penyelewengan yang berlaku dan kita sekarang sudah bincang peraturan-peraturan yang disebut tadi, saya yakin kalau lulus mestilah pentadbiran perbadanan ini mestilah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam undang-undang Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat tidak akan berlaku apa yang berlaku di badan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang, hendaklah disetujukan.

Masalahnya dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai jawatankuasa.

Majlis bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal 1 hingga 29 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

USUL-USUL MENTERI

AKTA PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA 1960

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu:

“Mengikut seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, Dewan ini membuat ketetapan bawah sumbangan

Page 153: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 139

Malaysia RM424,845.00 kepada Multilateral Debt Relief Initiative ataupun (MDRI) bagi Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA) diluluskan. “

Tujuan ketetapan ini adalah untuk mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat bagi Malaysia membuat sumbangan berjumlah RM424,845.00 kepada MDRI bagi IDA. IDA ialah sebuah Institusi Gabungan Bank Dunia yang ditubuhkan pada tahun 1960 untuk membantu negara-negara ahli yang miskin dengan memberi pinjaman berasaskan syarat-syarat yang longgar dan tanpa faedah.

IDA membiayai program dan aktivitinya melalui caruman tambahan modal pindahan sebahagian pendapatan International Bank of Reconstruction and Development (IBRD) dan pendapatan bersih IDA dan sumbangan khas yang dibuat oleh negara-negara penderma. Sehingga bulan Mei tahun 2005, IDA dianggotai oleh 164 buah negara ahli yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu bahagian satu meliputi negara-negara maju dan bahagian dua meliputi negara-negara yang membangun dan kurang membangun. Malaysia tergolong di dalam bahagian kedua dan biasanya terlibat di dalam tambahan modal IDA bagi tujuan mengekalkan peratusan kuasa undi di dalam IDA. Peratusan pegangan undi Malaysia di dalam IDA sekarang ialah 0.32%.

Tuan Yang di-Pertua, program MDRI akan membantu negara-negara miskin untuk bebas dari belenggu hutang negara-negara G8, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa IMF dan dana Pembangunan Afrika (IFDF) yang telah ditanggung sekian lama. Melalui penghapusan stok hutang, komuniti antarabangsa memberi peluang baru kepada negara-negara miskin ini untuk menggunakan sumber kewangan mereka untuk program-program pembangunan yang akan mengurangkan kadar kemiskinan dan menjana kembali ekonomi negara mereka.

Malaysia dicadangkan menyertai program MDRI dengan sumbangan berjumlah RM424,845.00 dan penyertaan Malaysia di dalam program MDRI sebagai bukti komitmen negara kepada usaha-usaha membantu negara-negara miskin mencapai pembangunan ekonomi yang seimbang. Sokongan Malaysia kepada MDRI adalah wajar dan selaras dengan objektif pembangunan negara dan semangat kerjasama antarabangsa dalam membantu antara satu sama lain. Selain daripada itu, penyertaan Malaysia juga bertujuan mengekalkan peratusan pegangan undi di dalam IDA.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini disyorkan supaya Malaysia menyumbang sebanyak RM424,845.00 kepada Multilateral Debt Relief Initiative bagi Persatuan Pembangunan Antarabangsa IDA. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan [Tuan Sa. Vigneswaran]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Kepong... [Dewan riuh]

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Soalan.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Bercakap dalam Bahasa Mandarin]

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat bagi Kepong.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tadi Yang Berhormat bagi Jerai kacau saya, sekarang kacau lagi, macam mana...

Tuan Sa. Vigneswaran: Soalan.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ...Kita minta Dewan ini meluluskan...

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ...Meluluskan lebih RM424,845.00...

Page 154: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

140 DR 13.12.2006

Tuan Sa. Vigneswaran: Soalan.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ...Dan kita mesti tahulah apa wang ini digunakan...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Itu dermalah...

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Derma saya...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Itu kebajikan...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Bercakap dalam Bahasa Mandarin]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya setuju, tetapi kita mesti...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Yang Berhormat bagi kepong kedekutlah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ...Mesti tepat pada sasarnya

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]:Yang Berhormat bagi Kepong, you punya..., sudah berapa tahun?

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]:Siapa yang menerima, wang amal ini siapa yang menerima?

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Orang miskinlah.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Rakyat negara miskin.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Siapa, Multilateral Debt Relief Initiative (MDRI), siapa yang menerima? Kita hendak tahu juga.

Tuan Yang di-Pertua: Menteri akan jawab.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ini semua kacau. Saya tahu, saya pun hendak balik juga.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Yang Berhormat Kepong ini tidak apalah, puasa malam, kami lapar.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya, kita hendak tahu berapa tahun...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat bagi Kepong tidur, dia charge balik, sekarang dia cakap.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tumpukan kepada apa yang Yang Berhormat hendak cakap.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Apa masalah itu?... [Ketawa] Dia hendak balik, dia kacau lebih lewat.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Lagi rugi masa, cepat sedikit.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Sejak Jun 2005, pihak IMF sudah membuat cadangan negara G8, setakat ini berapa negara yang sudah pun mendapat manfaat daripada Multilateral Debt Relief Initiative (MDRI). Kita mesti tahu semua. Yang Berhormat bagi Jerai tidak mahu tahu, hendak buang wang sahaja.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Ulang benda samalah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Mana sama pula, tahun ini berapa buah negara yang akan menerima?

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Tadi sudah tanya.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Dengan keputusan...

Page 155: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 141

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ketua you pun balik, you mahu tunggu lagi?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ketua Pembangkang pun sudah balik, apa lagi Yang Berhormat Kepong?

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya tidak balik, memang tidak balik. Saya ada sini.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ikut dialah balik.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Bos sudah balik berhenti cakaplah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ikut boslah, ikut bos.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Bos sudah balik, ikut boslah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kalau tidak ada hendak berucap, sila duduklah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya hendak berucap. Mereka kacau saya, macam mana hendak berucap?

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Merapulah.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan sahaja, teruskan berucap.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Mereka kacau saya.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bos sudah balik, ikut sahaja bos.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Ketawa] Multilateral Debt Relief ini memang merupakan satu langkah yang penting... [Dewan riuh] Selepas dua tahun kita memberi debt relief kepada beberapa negara, bolehkah Yang Berhormat menerangkan kepada kita semua setakat ini bilangan...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Ulang lagi. Berapa kali hendak tanya?

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ...Bilangan negara yang melibatkan berapa juta orang yang mendapat manfaat daripada sumbangan bukan sahaja Malaysia...

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tuan Yang di-Pertua, soalan yang sama sudah tiga kali diminta. Kita sudah faham sudah.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Point of Order Tuan Yang di-Pertua, 36(12). Seorang Ahli tidak boleh membuang masa Dewan Rakyat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya tidak buang masa...

Tuan Yang di-Pertua: Dan tidak boleh cakap berulang-ulang... [Dewan riuh] [Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya tidak ulang... [Ketawa]

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Dia sudah terkepung, dia sudah terkepung.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Akhirnya, adakah ini bermakna tahun depan kita mesti memberi sumbangan lagi untuk maksud...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Ada duit kita bagilah.

Tuan Yang di-Pertua: Baik.

Page 156: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

142 DR 13.12.2006

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, ada 164 anggota dalam IDA ini dan 38 daripadanya adalah yang miskin yang disebut sebagai HIPC (Heavily Indebted Poor Countries) ada 38 dan hutang mereka USD37 bilion.

Dan Malaysia hanya beri sumbangan 0.32% maknanya RM424,445. Negara-negara yang miskin ini seperti ada yang di Afrika, ada yang di central Asia dan sebagainya. Sebenarnya Malaysia akan mengeluarkan RM141,615 dahulu selepas sepuluh tahun kemudian baru bayar pula RM141,615. Maknanya pada tahun 2016 bayar sekali, kemudian 2026 bayar sekali lagi. Jadi RM424,445 ini over 30 years Tuan Yang di-Pertua. Jadi satu jumlah yang amat kecil kalau bandingkan dengan hutang yang begitu banyak Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan itu tadi hendaklah diputuskan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Diputuskan;

“Mengikut seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, Dewan ini membuat ketetapan bawah sumbangan Malaysia RM424,845.00 kepada Multilateral Debt Relief Initiative ataupun (MDRI) bagi Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA) diluluskan. “

AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992

10.42 mlm.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu;

“Mengikut seksyen 5 Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan Pertanian 1992, Dewan ini membuat ketetapan bahawa sumbangan Malaysia sebanyak USD125,000 sebagai sumbangan tambahan Dana Ketujuh bagi International Fund for Agricultural Development (IFAD) diluluskan.”

Tujuan ketetapan ini adalah untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat bagi Malaysia membuat sumbangan berjumlah USD125,000 sebagai sumbangan tambahan Dana Ketujuh bagi International Fund for Agricultural Development (IFAD). IFAD ialah sebuah agensi khas di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1977 untuk memberi bantuan kewangan dan kepakaran teknikal kepada negara-negara miskin yang sedang membangun bagi melaksanakan projek-projek pertanian khususnya pengeluaran makanan. IFAD memperoleh sumber kewangannya melalui sumbangan daripada negara-negara ahli menerusi dana IFAD untuk pembiayaan bagi tempoh setiap tiga tahun.

Tuan Yang di-Pertua, keahlian IFAD adalah terbuka kepada semua negara ahli PBB dan ianya dianggotai oleh 164 buah negara yang dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan ‘A’ ialah negara-negara Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), kumpulan ‘B’ terdiri daripada negara-negara OPEC dan kumpulan C dianggotai oleh negara-negara sedang membangun. Lanjutan daripada perundangan bagi Program Tambahan Dana Ketujuh IFAD, satu keputusan telah dicapai di Mesyuarat Governing Council IFAD ke-29 yang telah berlangsung di Rome Italy pada 15 hingga 16 Februari 2006 untuk menetapkan sasaran dana berjumlah USD800 million bagi tempoh 2007 hingga 2009. Dana ini akan digunakan untuk membiayai aktiviti IFAD seperti Program Bantuan Teknikal dan geran pembangunan untuk negara-negara ahli.

Page 157: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 143

Malaysia telah membuat sumbangan kepada IFAD sejak Program Tambahan Dana Keempat IFAD. Setakat ini penyertaan Malaysia di dalam tambahan modal IFAD adalah berjumlah USD1 juta. Penyertaan Malaysia di dalam Program Tambahan Dana Ketujuh IFAD adalah sebagai bukti komitmen negara kepada usaha-usaha membantu negara-negara miskin mencapai pembangunan ekonomi yang seimbang.

Sokongan berterusan Malaysia kepada IFAD adalah wajar dan selaras dengan objektif pembangunan negara dan semangat kerjasama antarabangsa di dalam membantu antara satu sama lain.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini disyorkan supaya Malaysia mencarumkan sebanyak USD125,000 kepada tambahan dana ketujuh bagi International Fund for Agricultural Development. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan [Tuan Sa. Vigneswaran]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Kepong... [Dewan riuh]

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Yang Berhormat, you punya isteri tunggu di luar itu mahu balik... [Ketawa]

10.47 mlm.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, bising sangat. Kita hendak beri sumbangan kepada ‘development associated’ untuk Agricultural Development (IDA). Saya nampak sejak tahun 1960, IDA sudah belanja USD170 bilion kepada 108 negara tetapi Tuan Yang di-Pertua, dia bukan beri semuanya kepada pertanian. Untuk pertanian tidak sampai 10%. Misalnya beri bantuan kepada India. Kepada India, kepada siapa? Bukan kepada pertanian. National AIDS Control Project untuk melatih 52,500 doktor. Itu bukan untuk pertanian. Tahukah Yang Berhormat bagi Ketereh? Kacau sahaja.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Macam kaset buruklah. Ulang-ulang.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Dan memberi kepada Yemen, Thai’s Flood and Disaster Prevention untuk banjir, bukan agricultural.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Banjir itu airlah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Di Afrika untuk lima juta buku teks bukan agricultural.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Buku daripada kertas, kertas dari pokok. Pokok agricultural lah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Ketereh jadi menteri sekarang. Kita memberi sumbangan untuk pertanian dan bantuan diberi untuk AIDS, HIV, untuk buku teks, untuk banjir. Jadi apakah sumbangan kita sekarang. Diminta untuk pertanian.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Banjir pertanianlah.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Banjir pertanian itulah masalah. Tuan Yang di-Pertua, kita mesti memberi perhatian kepada apa wang Malaysia yang digunakan di antarabangsa walaupun kita murah hati kita hendak bantu orang dan saya berharap Yang Berhormat dapat menjawab mengapa daripada sumbangan kita hanya 8% diberi kepada pertanian, walhal kita minta wang untuk bantuan pertanian industry loan.

Tuan Yang di-Pertua: Baik, Setiausaha Parlimen jawab.

Page 158: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

144 DR 13.12.2006

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Kepong dia ini dia splitting hair Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Kalau flood disaster, kalau flood, kalau kawasan itu kena banjir, tak boleh buat pertanian. Jadi kita selesai masalah banjir. Baru bab pertanian... [Ketawa] Buku teks, kita nak keluarkan orang yang miskin daripada belenggu kemiskinan, kena bagi pelajaran pada mereka.

Jadi, begitulah maknanya tapi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sumbangan Malaysia dia makin lama makin kurang. Kalau peringkat awal dulu dia USD500 ribu kemudian turun kepada USD250 ribu dan sekarang USD150 ribu dalam masa tiga tahun 2007 hingga 2009. Jadi, sumbangan yang amat kecil sekali kalau banding dengan masalah yang dihadapi oleh manusia di sana. Saya ingat itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan itu tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Diputuskan;

“Mengikut seksyen 5 Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan Pertanian 1992, Dewan ini membuat ketetapan bahawa sumbangan Malaysia sebanyak USD125,000 sebagai sumbangan tambahan Dana Ketujuh bagi International Fund for Agricultural Development (IFAD) diluluskan.”

JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENGENAI

ETIKA AHLI PARLIMEN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan;

“Bahawa mengikut Peraturan 81(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat mengambil ketetapan seperti berikut:

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan bahawa :

(a) Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Etika Ahli Parlimen ditubuhkan bagi membincangkan isu-isu etika dan integriti di kalangan Ahli Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

(b) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah terdiri daripada anggota-anggota seperti berikut:

(i) Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Pengerusi) (Pekan);

(ii) Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai (Timbalan Pengerusi) (Padang Rengas);

(iii) Yang Berhormat Dato’ Sri Chan Kong Choy (Selayang);

(iv) Yang Berhormat Datuk Peter Chin Fah Kui (Miri);

Page 159: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 145

(v) Yang Berhormat Dato’ S. Veerasingam (Tapah);

(vi) Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timor);

(vii) Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (Keningau);

(viii) Yang Berhormat Dato’ Shahrir bin Abdul Samad (Johor Bahru);

(ix) Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong);

(x) Yang Berhormat Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (Larut);

(xi) Yang Berhormat Tuan Lau Yeng Peng (Puchong); dan

(xii) Yang Berhormat Dato’ Kamaruddin bin Jaafar (Tumpat)

Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak dapat hadir dalam sesuatu Mesyuarat, Jawatankuasa itu boleh memilih seorang Pengerusi dari kalangan anggota-anggota Jawatankuasa yang hadir yang akan memegang jawatannya hanya pada hari ia dipilih itu sahaja.

(c) Tempoh masa pelantikan Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah selama dua tahun.

(d) Jawatankuasa Pilihan tersebut hendaklah mengkaji perkara-perkara berikut.

(i) meneliti dan membincangkan isu-isu etika dan integriti di kalangan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat;

(ii) meneliti dan mengkaji peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan undang-undang berkaitan;

(iii) meneliti dan mengkaji perkara-perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi menjaga tata kelakuan yang beretika dan berintegriti; dan

(iv) mencadangkan dan memperakukan apa-apa peraturan untuk menjadi garis panduan kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat semasa menjalankan tugasnya untuk memenuhi tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara.

(e) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah menyiapkan dan membentangkan laporan itu serta syor-syor berkaitan diserahkan kepada Majlis untuk dipersetujui atau mengikut apa cara yang diperintahkan oleh Majlis.”

Page 160: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

146 DR 13.12.2006

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Hoo Seong Chang]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor.

10.56 mlm.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Etika Ahli Parlimen. Apa makna etika? Dalam Bahasa Inggeris, ethic is a set of moral principles. Di mahkamah Tuan Yang di-Pertua, ada dikatakan hakim-hakim ada kerap kali menyuarakan “this is a code of law, it’s not a code of moral”. Tetapi dalam tahun 1994, code etika bagi hakim-hakim ada dibuat dan berkuat kuasa semenjak 3 Disember 1994.

Tuan Yang di-Pertua, dalam board ini dan saya baca apa yang ada dalam Bahasa Inggeris, asas-asas board etika ini adalah ini; seksyen 2. “The breach of any prohibition on this code of ethic makes constitute of ground for the removal of judge from office” dan seksyen 31D relevan. “The judge shall not conduct himself dishonestly in such manner as to bring the judiciary into this repute or to bring this credit at to” dan adakah tujuan untuk mengadakan Jawatankuasa Pilihan Khas ini untuk menentukan seorang Ahli Parlimen does not dengan izin conduct himself dishonestly or in such manner and to bring Parliament to this repute or to bring this credit at”.

Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa ini terdiri daripada personaliti-personaliti yang ada disenaraikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Adakah Jawatankuasa Pemilih apabila melantik ahli-ahli bagi Jawatankuasa ini meneliti dengan baik latar belakang personaliti-personaliti ini yang ada dilantik. Khasnya Tuan Yang di-Pertua, apa yang disenaraikan dalam perenggan (vii). Siapa yang ada dilantik bagi parti PBS adalah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dari Keningau.

Tuan Yang di-Pertua, Datuk Pairin Kitingan pada 18 Januari 1994, dia ada dihukum denda RM1,800 atau penjara enam bulan ke atas satu pertuduhan rasuah. Adakah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan layak untuk dilantik walaupun hukuman denda RM1,800 tidak menjejas keahlian dia dalam Dewan Rakyat ini tetapi dari segi moral bolehkah orang ini menjadi satu hakim untuk menjatuhkan hukuman ke atas Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini jika ada ahli-ahli yang tidak ikut etika yang dicadangkan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam fikiran saya lebih baik untuk melantik seorang Ahli Yang Berhormat lain untuk parti PBS dalam Jawatankuasa Pilihan Khas ini. Tuan Yang di-Pertua, apa jadi motif semenjak kemerdekaan dalam negara ini untuk mengadakan satu etika Ahli Parlimen sekarang?

Minta sepuluh minit dan adakah sekarang Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bermoral dalam Dewan yang mulia ini dan oleh itu adalah satu keperluan untuk mengadakan etika Ahli Parlimen. Dalam parti MIC ada dikatakan pemimpin atasan dalam parti ini ada simpan perempuan.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tuan Yang di-Pertua, 36(12) berniat jahat, memesongkan Dewan. Ini adalah suatu yang lari daripada landasan perbahasan kita pada hari ini. Yang Berhormat tidak harus menggunakan pentas ini untuk sandiwara politiknya sendiri.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: No dari segi...

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Dia mesti ikhlas berbahas mengenai perkara yang dibentangkan ini.

Tuan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat, duduk.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tuan Yang di-Pertua kenapa personaliti Tan Sri dikenakan begini? Adakah ini seorang berwibawa

Page 161: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 147

seorang Ahli Parlimen yang lama berada di sini untuk menyentuh peribadi seseorang tanpa beliau di sini untuk mempertahankan diri.

Tuan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat sila duduk.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Siapa orangnya?

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Sesiapalah, saya rasa inilah mungkin saya.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, bukan dia.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Mungkin orang tidak tahu, macam mana ini tohmahan-tohmahan tidak betul. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Tuan Yang di-Pertua kena 36(12), memesongkan Dewan 36(6), niat jahat. Maka saya mintalah Tuan Yang di-Pertua supaya Yang Berhormat ikut kepada apa yang sedia ada di depan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ya sila duduk. Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor sila teruskan perbahasan.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak namakan sesiapa. Satu orang yang ...

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tuan Yang di-Pertua dia menamakan parti MIC, dia menjatuhkan maruah MIC.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Parti MIC betul.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Bolehkah saya cakap mengenai DAP macam itu? Saya tidak kata, kita tidak kata di sini, kita membahaskan satu jawatankuasa yang berniat baik untuk memperkasa Dewan yang mulia ini, fokus kepada benda itu.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat baik sila duduk.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Kita perlu fokus.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua adakah etika yang baik untuk seorang pemimpin dalam satu parti untuk mengadakan perempuan simpanan? Saya tahu moral principal, adakah itu moral principal? Saya tidak namakan sesiapa tadi tetapi jika the head fit put it on, barangkali dia boleh tanya Pengerusi MIC siapa dia.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Lagi sekali Tuan Yang di-Pertua, ini sengaja hendak membuang masa hendak gaduh, tidak perlu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan [Tuan Sa. Vigneswaran]: Tuan Yang di-Pertua ini tidak ada kena mengena dengan landasan.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tidak perlu, saya sudah ceritakan kepada dia 36(6) dan 36(12). Saya ingat ini adalah cara tidak betul.

Tuan Sa. Vigneswaran: Ini memang sangkaan jahat, ini tidak ada kena mengena itu nama kena cakap bila Tuan Yang di-Pertua bilang saya tidak apa ini tidak benar dia cakap apa MIC, MIC buat apa?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila duduk.

Tuan Sa. Vigneswaran: Sudah tua sudah nyanyuk lah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor kalau dapat kurangkan segala perkataan-perkataan yang sedemikian.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ini adalah etika, kalau dapat kurangkan segala perkataan-perkataan yang sedemikian.

Tuan Yang di-Pertua: Itu saya tahu, tapi kalau boleh cuba kurangkan perkataan sedemikian.

Page 162: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

148 DR 13.12.2006

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ini adalah etika, sense of moral principal.

Tuan Yang di-Pertua: Saya tahu tetapi cuba kurangkan tuduhan seperti itu.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Kurangkan apa?

Tuan Yang di-Pertua: Tuduhan-tuduhan seperti itulah.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Bukan tuduhan ini jadi ...

Tuan Sa. Vigneswaran: Ala DAP pun ada perempuan simpanan.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Dia tuduhan Tuan Yang di-Pertua dia tuduh-menuduh.

Tuan Sa. Vigneswaran: Ini DAP pun ada tuduh perempuan simpanan pelacur pun ada boleh cakap kah ini macam? Jangan kurang ajar.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ini merupakan satu menyakitkan hatilah saya nampak daripada respons yang ada.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Baik, untuk teruskan satu curious sebagai seorang gila.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan yang lain.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tuan Yang di-Pertua saya tidak curious sebagai seorang gila. Saya mendepan hujah saya dengan bernas tetapi suara yang lantang. Itu bukan seorang yang gila. Orang yang kurang siuman sahaja menceritakan perkara-perkara yang tidak diingini mengikut keperluan yang sedia ada.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jangan lari daripada kenyataan adakah benar?

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Siapa yang lari Tuan Yang di-Pertua, siapa yang lari?

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Bolehkah saya dapat...

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Saya simpati Ahli Parlimen bagi Bukit Gelugor ini.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Bolehkah nafikan Presiden MIC tidak ada perempuan simpanan?

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Ini cari pasal ini.

Tuan Sa. Vigneswaran: Ini betul-betul lah.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tuan Yang di-Pertua tidak boleh benarkan benda ini berlanjutan.

Tuan Sa. Vigneswaran: Nanti kalau Tuan Yang di-Pertua hendak benarkan nanti kita cakap perkataan-perkataan yang kesat.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Kita cakap macam-macam Tuan Yang di-Pertua jangan...

Tuan Sa. Vigneswaran: Kita pun boleh cakap ini DAP pun ada perempuan simpanan ada pelacur semua. Mahu kita cakap dalam dewan yang mulia ini? Bodohlah ini orang mahu cakap, tua pun sudah tidak tahu cakap. Kurang ajar betul.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: DAP pun ada perempuan simpanan saya cerita teruk Tuan Yang di-Pertua, jangan buat benda ini. Kita mesti berniat ikhlas untuk...

Tuan Sa. Vigneswaran: Tuan Yang di-Pertua, you panggil dia tarik balik.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Kalau tidak ada modal jangan cerita.

Page 163: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 149

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila duduk.

Tuan Sa. Vigneswaran: Sudah tua pun engkau, ayoo bodohlah engkau.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor sila halakan ke lainlah.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Bolehkah nafikan itu? Ada...

Tuan Yang di-Pertua: Sila halakan ke lain ucapan.

Tuan Sa. Vigneswaran: Ini bukan pasal parti Presiden MIC dia pun tidak tahu apa dia orang bahas ini. Yang Berhormat cakap pasal Bapa MIC buat apa? Tarik balik panggil dia tarik baliklah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila buat haluan lainlah, tajuk lain.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Berani nafikan?

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tuan Yang di-Pertua saya ingat Yang Berhormat ini tidak berapa dengar dia kena tarik balik dia punya kenyataan tadi.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Berani nafikan jika tidak tuduh?

Tuan Yang di-Pertua: Baik. Yang Berhormat beralih kepada perkara yang lain Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua ini adalah bagi etika.

Tuan Yang di-Pertua: Itu sudah tahu beralih perkara yang lain.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Pada 20 Ogos 1998, dalam satu kes D. P. Vijendran lawan pendakwa raya.

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ini ada dilaporkan dalam 1999 dengan izin..., page 385, di mana ‘Gopal Sri Ram’ hakim yang bijaksana, hakim yang tau apa yang dia menyuarakan. Dalam kes itu apa yang dikatakan oleh hakim ini adalah, “a prosecution has establish beyond a reasonable doubt at the mail actor appearing in XBP 12, ...”

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tuan Yang di-Pertua, saya point of order.

Tuan Sa. Vigneswaran: Tuan Yang di-Pertua dia ...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat itu perkara yang sudah establish sudah lama. Jadi tidak payahlah diulang-ulang.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Walaupun lama?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sudah lama.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Walaupun lama Tuan Yang di-Pertua ini adalah...

Tuan Yang di-Pertua: Dan banyak yang sudah mengerti mengetahui.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: No ini adalah untuk kawal orang yang tidak bermoral.

Tuan Yang di-Pertua: Ya itu sudah lama dan orang semua sudah tahu.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ini sebagai satu contoh.

Tuan Yang di-Pertua: Ya sudah diketahui.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Sudah diketahui itu?

Page 164: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

150 DR 13.12.2006

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jika ini berulang apa pendirian jawatankuasa ini? Apa tindakan harus diambil ke atas seorang yang jadi satu actor dalam a pornography video? Tuan Yang di-Pertua saya mahu dapat garis panduan daripada jawatankuasa ini untuk menentukan apa-apa yang menjadi kesalahan-kesalahan yang akan dicadang oleh jawatankuasa.

Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tuan Yang di-Pertua, belum bermesyuarat lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila diam, Yang Berhormat bagi Cameron Highlands sila duduk. Beri peluang beliau berucap dan saya harap...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Saya harap Tuan Yang di-Pertua dalam perkara seperti ini jawatankuasa ini akan beri garis panduan yang tepat untuk menentukan Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat adalah orang-orang yang bermoral. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, saya berminat untuk berbahas.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Batu Gajah.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan usul ini, saya ingin bertanya mengapakah jawatankuasa ini tiada seorang wakil wanita di dalam menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan meneliti undang-undang yang sedia ada? Kami wakil rakyat wanita sebahagian dari sistem ini. Daripada 12 komposisi ini, tiada seorang pun wanita. Mengapa pelantikan sedemikian oleh Yang Berhormat Menteri di dalam kes ini atau jawatankuasa seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan Mesyuarat. Tujuan, kita boleh baca dengan jelas. Tujuan mengadakan jawatankuasa ini adalah untuk meneliti dan mengemukakan garis panduan berkenaan isu etika dan integriti. Ini jelas ialah untuk memastikan bahawa wakil rakyat yang dipilih rakyat menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh integriti di dalam dan juga di luar Dewan.

Tuan Yang di-Pertua, kita buat masa ini sudah ada peraturan mesyuarat berkenaan kelakuan seseorang ahli di dalam Dewan tetapi kesalnya walaupun ada peraturan mesyuarat, kita boleh dengar dalam perbahasaan di dalam Dewan berkenaan kenyataan-kenyataan berunsur seksis dan juga menghina golongan OKU, menghina golongan wanita dan juga menyakitkan hati antara kaum. Kita sudah ada peraturan mesyuarat mengawal kita di dalam Dewan tetapi masih gagal menghentikan kenyataan-kenyataan sedemikian. Sebelum ini kita boleh dengar Yang Berhormat Jerai, “Ini negara kami. Kalau you tak suka, you keluar dari Malaysia”.

Kenyataan ini sudah ada peraturan mesyuarat tetapi bagaimanakah dengan penubuhan jawatankuasa ini dan bakal mengemukakan garis panduan berkenaan dengan apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan? Ini boleh mengelakkan berulangnya sikap-sikap atau kelakuan sedemikian daripada berulang. Saya juga berharap garis panduan atau isu-isu yang akan dibincangkan, ia bukan berat sebelah. Maksud saya ialah meletakkan pemikiran konservatif atau gaya hidup segolongan tertentu. Kalau saya baca Tuan Yang di-Pertua, umur-umur golongan wakil dalam jawatankuasa ini, saya kalau tak silap sudah melebihi 40 tahun. Jadi saya hendak pastikan dan ingin memperingati agar tidak ada pemakaian pemikiran gaya hidup yang lama, konservatif ke atas cadangan garis panduan yang akan dikemukakan pada masa kelak. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Baik. Saya menjemput pihak Menteri untuk menjawab. Yang Berhormat Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor dan juga Batu Gajah yang telah membangkitkan perkara yang telah dibangkit sebentar tadi.

Page 165: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 151

Pertamanya memang betullah apabila disebut sebagai etika, ialah merupakan set of morale principles. Kita akan membincangkan tentang perkara etika apa yang kita boleh lakukan di luar Dewan. Soal kita melanggar undang-undang itu telah pun dikawal oleh akta-akta. Jadi set of morale principles ini sudah tentulah oleh sebab kita dengan judiciary merupakan dua cabang yang berbeza. Tidak semestinya apa yang dikenakan untuk hakim perlu dikenakan juga untuk Dewan Rakyat. Jadi, kita tidak boleh ikut dia kerana kita independent. Jadi, oleh sebab itu kita akan membincangkanlah apa yang boleh kita lakukan dan apa yang tidak boleh kita lakukan di luar Dewan ini.

Yang Berhormat bangkit berkenaan dengan Keningau. Pertamanya, soal moral ini kalau dalam kata politiklah, oleh sebab kita ini merupakan orang yang dipilih, soal apakah moral itu adalah ditentukan oleh rakyat. Kerana mereka yang memilih kita untuk menjadi wakil. Jadi bagi saya apabila Yang Berhormat bangkitkan berkenaan dengan Keningau, terutamanya kita kena ingat yang kita hendak bincang Yang Berhormat ialah Jawatankuasa Select Committee, Jawatankuasa ‘Pemilih’ Parlimen. Untuk menjadi Jawatankuasa ‘Pemilih’ Parlimen ini terlebih dahulu kita kena menjadi Ahli Parlimen. Jadi Ahli Parlimen itu emak, Ahli Jawatankuasa Pemilih itu, anak. Kalau kita telah lepas boleh menjadi Ahli Parlimen, kenapa tidak boleh jadi ahli kepada jawatankuasa yang kecil daripada Dewan Rakyat? Sebab ini Ahli Parlimen. Yang satu lagi ialah Ahli Jawatankuasa ‘Pemilih’. Sebelum kita boleh jadi Ahli Jawatankuasa ‘Pemilih’ ini, kita kena jadi Ahli Parlimen. Daripada segi menjadi Ahli Parlimen, Keningau tidak menjadi masalah...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Penjelasan!

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Kesalahan Ahli daripada Keningau adalah mengenai rasuah. Bukan kesalahan lain. Bukan road traffic offence, rasuah! Tidakkah rasuah satu jenis kesalahan yang tidak boleh dipertahankan? Tidakkah boleh diperkatakan rasuah adalah tidak bermoral, bolehkah saya mendapat penjelasan?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya telah sebut sebentar tadi, iaitu bahawa bukan bagi kita untuk menentukan tentang moral seseorang daripada sudut pandangan kita. Kalau rakyat telah memilih Ahli Parlimen Keningau untuk menjadi Ahli Parlimen dan rakyat tahu, bahawa Ahli Parlimen Keningau ini telah pun dikenakan hukum kerana perbuatan yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Kalau rakyat, walaupun tahu dan masih lagi memilih beliau untuk menjadi Ahli Parlimen dan menang dengan majoriti yang besar, siapa kita untuk hendak menidakkan hak rakyat? Untuk pengundi untuk menentukan tentang siapa yang mereka mahu sebagai wakil rakyat mereka? Saya rasa kita tidak berhak untuk menidakkan kehendak mereka.

Soalan Yang Berhormat tadi jangan tanya kepada saya? Tanya kepada pengundi Keningau. Calon ini kena hukum dahulu. Dia sudah kena hukum, mahu kah? Kalau rakyat mahu, itu bukan hak kita untuk mengatakan bahawa dia tidak berhak untuk menjadi ahli jawatankuasa kepada satu badan yang lebih kecil daripada Ahli Parlimen Dewan Rakyat. Sebab itu kita kena hormati kehendak rakyat.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Penjelasan. Ini jadi satu jawatankuasa etika di Parlimen. Bukan jawatankuasa yang kecil. Satu jawatankuasa yang penting untuk menentukan siapa yang jadi Ahli Dewan Rakyat adalah orang yang bermoral.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jawatankuasa kecil, maksud saya adalah dalam konteks apabila dibandingkan dengan jawatan Ahli Dewan Rakyat. Itu dia. Tak boleh menjadi Ahli Jawatankuasa Select Committee kalau tidak menjadi Ahli Dewan Rakyat. Kena menjadi Ahli Dewan Rakyat dahulu baru boleh menjadi Ahli Jawatankuasa Select Committee. Jadi, kalau yang besar kita boleh jadi, yang kecil takkan tak boleh jadi? Ini rakyat sudah pilih dia. Betul, Yang Berhormat tak setuju tetapi macam mana? Rakyat di Keningau tahu bahawa dia pernah kena hukuman tetapi dia telah melalui satu proses pemilihan dan rakyat kata dia mahu juga. Jadi siapa kita untuk menidakkan hak orang-orang pengundi Keningau untuk memasukkan ahli parlimen mereka ke dalam Dewan

Page 166: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

152 DR 13.12.2006

Rakyat, dan seterusnya sudah tentu layak untuk menjadi Select Committee. Kita jangan jadi Tuhan. Tuhan pun maaf kepada umat dia.

Jangan kita jadi lebih daripada Tuhan. Sampaikan kita tak boleh maaf. Dia telah melalui satu masa cleansing period sepuluh tahun. Dia sudah kena. Sekarang dia menjadi wakil rakyat, maka itu membolehkanlah dia untuk kita pilih sebagai Ahli Jawatankuasa Select Committee.

Oleh sebab itu Yang Berhormat, saya rasa dan kita di sini, saya juga hendak menjawab soalan daripada Batu Gajah. Kita memilih ahli-ahli ini terdiri daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat. Kita tidak lihat sama ada dia perempuan ke, lelaki ke, kita gender blind. Dan kita pilih, kita minta parti menamakan. Oleh kerana mereka melihatkan iaitu bahawa seperti mana Yang Berhormat sebut bahawa Select Committee ini adalah penting, mereka menamakan semuanya pemimpin-pemimpin tinggi parti masing-masing dan ahli parti PBS walaupun kita tidak suka, Bukit Gelugor tidak suka tapi mereka mahu presiden mereka...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Penjelasan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti dulu. Jadi setiap mereka yang dilantik ini parti-parti masing-masing telah pun mahukan supaya pemimpin tertinggi mereka mewakili parti-parti ini dalam Jawatankuasa Etika. Maka itulah juga sebab keduanya mengapa Yang Berhormat bagi Keningau ini telah pun dilantik kerana parti dia mahu dia. Kemudian, dan sudah tentu pemimpin yang tertinggi dalam parti ini secara kebetulannya semua lelaki. Jadi kita jangan mengatakan bahawa mesti ada perempuan, kalau tidak ada perempuan tidak adil. Tidak kiralah lelaki, perempuan ke, apa ke, kita buat. Apa kesalahan juga merupakan kesalahan kedua-duanya.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Penjelasan, penjelasan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti, nanti. Jadi oleh kerana itu saya hendak beritahu mengapa Yang Berhormat bagi Keningau itu dipilih, pertamanya dia telah pun dimaafkan oleh pengundi yang telah memilih dia. Nombor dua, bukan itu sahaja, parti dia juga mencalonkan dia. Maka oleh kerana itulah dia duduk sebagai ahli Jawatankuasa, Select Committee.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jika D. P. Vijendran ada di sini dan ada duduk di sini sebagai Ahli Parlimen. Dia didapati ada satu keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan iaitu dia berlakon dalam satu video lucah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, perkara-perkara yang dianggapkan atau hypothetical case tidak boleh dikemukakan.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: No, ini ada ...

Tuan Yang di-Pertua: Tidak perlu dikemukakan kerana Yang Berhormat kata tadi “jika”. Jadi tidak perlulah ya, tidak sesuai.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Baik Yang Berhormat, bendanya pun sama jugalah. Kalau kes D. P. Vijendran telah melalui idah, dia didakwa kena hukum, melalui idah lima tahun, maka dia berhak menjadi Ahli Parlimen dan dia dicalonkan oleh parti dia, dan rakyat pilih dia, sama juga. Sebab soalnya ialah rakyat dia yang menentukan, bukan kita menentukan. Kalau dia dicalonkan, rakyat tahu dia ada kes, rakyat tolak dia, rakyat tolak dia, tidak bolehlah tapi kalau rakyat dia pilih dia, bukan untuk kita mengatakan dia tidak boleh, itu rakyat yang menentukan. Takkan Yang Berhormat tidak menghormati hak keramat rakyat untuk mengundi wakil mereka. Jadi itu terpulanglah kepada rakyat. Jadi sebab itu saya hendak sebut dalam hal ini ...

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Penjelasan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kita menjadi ahli ini berdasarkan kita adalah Ahli Parlimen dan kalau kita layak untuk menjadi Ahli Parlimen, maka saya rasa layak untuk kita menjadi ahli Select Committee.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri, bolehkah Yang Berhormat menyatakan, apakah niat atau punca atau faktor yang

Page 167: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 153

menyebabkan bahawa Jawatankuasa ini perlu ditubuhkan? Apakah sebab utamanya? Tadi Yang Berhormat kata bahawa kalau mereka telah melepasi orang ramai, pengundinya telah menerimanya, maknya telah menerimanya.

Jadi telah mengakui bahawa Ahli-Ahli telah mempunyai kedudukan moral yang tinggi dan menjadi teladan kepada ramai, kenapa pula kena tubuhkan Jawatankuasa ini pula? Tadi Yang Berhormat kata sudah melepasi mak, jadi oleh itu sekarang ini jadi anak tidak ada masalah. Kalau sedemikian mengapa adakan Jawatankuasa ini untuk mengadakan garis panduan berkenaan integriti Ahli-Ahli?...

Tuan Yang di-Pertua: Baik, Yang Berhormat.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Dan perkara kedua ialah kalau kita tengok senarai ini, 12 orang Ahli, empat dari UMNO, tidak seorang pun boleh dicalon atau dilantik menduduki Jawatankuasa ini kah? Kalau kata lantikan parti, parti pembangkang kita ada seorang sahaja tapi UMNO empat. Dan sebelum ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melaungkan Perdana Menteri menduduki Jawatankuasa kepada hak saksama gender, tapi di sini Yang Berhormat kata, we are gender blind. UMNO ada empat wakil, mengapa tidak boleh ada wanita berkenaan isu, boleh dan tidak boleh, kelakuan baik, tidak baik di dalam menentukan garis panduan ini...

Tuan Yang di-Pertua: Baik, cukup Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya jawab yang kedua dulu. Yang UMNO ini, Select Committee ini penting, jadi pengerusi dia ialah whip, whip itu maknanya Timbalan Perdana Menterilah, Pekan. Kemudian kalau dalam Select Committee ini ditubuhkan, Menteri yang bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat tidak duduk pun tidak kena. Jadi Ahli Padang Rengas, Menteri jaga Parlimen, duduk sebagai ahli. Kemudian benda ini telah dibangkitkan hasil daripada masalah yang dihadapi waktu Yang Berhormat bagi Johor Bahru dulu menjadi back bencher dan bangkit soal etika. Jadi tidak adillah hasil cadangan daripada beliau sebagai bekas BNBBC, Pengerusi, dia pun kena duduklah juga sebab dia yang mencetuskan supaya Jawatankuasa ini ditubuhkan, jadi kita bubuhlah dia. Dan Yang Berhormat Larut, dia sekarang ini Pemangku Pengerusi BNBBC, kena letak dia. Sebenarnya wakil dia, dia punya penyokong lebih banyak daripada DAP sebab BBC ini lebih besar daripada DAP lagi... [Tepuk] Sebab itu kita bubuh dia empat orang, bukan berdasarkan kepada UMNO.

Saya duduk sebagai Menteri jaga Dewan Rakyat, Dato’ Sri Mohd. Najib duduk sebagai whip, wakil UMNO nya itu Yang Berhormat Johor Bahru. Larut BNBBC, adillah itu. Jadi saya hendak menyatakan di sini iaitu bahawa saya tidak mahu di zaman ini kita hendak bercakap tentang wanita, perempuan, we must go above that. Tidak semestinya kalau Jawatankuasa ini tidak ada perempuan, maka kita sudah menghina perempuan. We must grow beyond that, kita kena fikir diri kita sebagai Ahli Parlimen. Sekarang ini bukan Ahli Parlimen wanita, Ahli Parlimen lelaki, tidak kira Ahli Parlimen. Jadi sebab itulah kita tidak mengambil kira tentang gender kerana kita merasakan iaitu bahawa we must, Ahli Parlimen must go beyond that, tidak perlu setiap Jawatankuasa hendak mempertikaikan. Itu yang saya hendak beritahu.

Kemudian Yang Berhormat cakap tentang mengapa perlu ada etika, dulu tidak ada, kita perlu ada etika ini. Saya berterus terang hasil daripada perkara yang dibangkitkan berkenaan dengan Yang Berhormat bagi Jasin. Apabila dia menceritakan bahawa dia membawa seorang pengundi dalam kawasan dia kerana pengundi ini kapalnya telah ditahan dan sebagai wakil rakyat dengan izin, it is expected of us at anytime of the day, kalau masalah dihadapi oleh rakyat, maka kita kena pergi tolong dia juga. Saya hendak, I want to be frank, dengan izin, saya pun terlibat dalam hal ini juga. Ada orang kena tangkap, pengundi anak dia kena tangkap oleh polis. Pengundi jumpa saya, Yang Berhormat tolong anak saya kena tangkap. Maka saya pun contact polis, saya kata ini ada kena tangkap ini, tolong tengok sikitlah kes dia. Kalau tengok siasat, janganlah tahan lama-lama sangat.

Jadi ini kerja biasa kepada kita, adakah ini merupakan satu interference dengan izin, in the affairs of the government servant in discharging their duty, kita menghalang dia. Jadi kita confuse, apa yang kita boleh buat yang dianggapkan sebagai tidak beretika yang

Page 168: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

154 DR 13.12.2006

mungkin kepada kita merasakan perkara biasa. Semua orang confuse, ramai Ahli Parlimen sini confused sebab kita semua wakil rakyat termasuk pembangkang.

Ada rakyat pergi jumpa dengan dia, tolong ini Yang Berhormat lepaskan saman, tolong kompaun kah, apa kah, kita semua buat. Namun hasil daripada perkara yang dibangkit isu Yang Berhormat Jasin, apabila dilaporkan, maka rakyat ada uproar, sebenarnya apa yang kita buat ialah dalam kebiasaan kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat tetapi public mengatakan ini menghalang pegawai kerajaan daripada menjalankan tugas mereka, jadi confusion inilah yang menyebabkan kita harus duduk dan supaya kita fikirkan apa sebenarnya yang kita boleh buat sebagai Wakil Rakyat di luar Dewan yang tidak dianggap sebagai melanggar etika.

Kerana kalau rakyat jumpa dengan kita, dia minta tolong seperti yang telah saya sebutkan sebentar tadi, kalau kita ada etika, kita boleh tunjuk..,. saya minta maaf pak cik, kata bukan saya tidak mahu tolong tetapi etika Ahli Parlimen tidak membenarkan kami menulis surat ataupun menghubungi pegawai kerajaan untuk membantu mereka yang ditahan. Tidak boleh, saya minta maaf, jadi bolehlah kita tunjuk tetapi kalau tidak ada etika, apa yang kita buat rakyat rasa tidak baik, macam mana kita beritahu kepada orang itu sebenarnya kami tidak boleh buat benda ini. Siapa hendak percaya kalau tidak ada etika. Maka ekoran daripada perkara seperti inilah yang menyebabkan kita fikir sekarang ini apakah yang do’s and don’t yang perlu diakuri oleh Ahli Parlimen dalam mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka di luar dari Dewan. Itu sahaja.

Saya percaya ini telah pun disambut baik oleh semua Ahli Parlimen dan kita ingin tahu sebenarnya apa kita boleh buat dan apa yang kita tidak boleh buat dan kita harapkan iaitu apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak boleh mendahului Select Committee ini apa yang sama ada saya terima ataupun tidak apa yang dicadangkan sebentar tadi. Biar kita tubuhkan, kita bincang dan kita putuskan dan kita adakan kod etika ini.

Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor dan Yang Berhormat bagi Batu Gajah.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengikut Peraturan Mesyuarat 81(1) hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Diputuskan;

“Bahawa mengikut Peraturan 81(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat mengambil ketetapan seperti berikut :

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan bahawa :

(a) Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Etika Ahli Parlimen ditubuhkan bagi membincangkan isu-isu etika dan integriti di kalangan Ahli Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

(b) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah terdiri daripada anggota-anggota seperti berikut :

(i) Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Pengerusi) (Pekan);

(ii) Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz ,Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai (Timbalan Pengerusi) (Padang Rengas);

(iii) Yang Berhormat Dato’ Sri Chan Kong Choy (Selayang);

Page 169: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 155

(iv) Yang Berhormat Datuk Peter Chin Fah Kui (Miri);

(v) Yang Berhormat Dato’ S. Veerasingam (Tapah);

(vi) Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timor);

(vii) Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (Keningau);

(viii) Yang Berhormat Dato’ Shahrir bin Abdul Samad (Johor Bahru);

(ix) Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong);

(x) Yang Berhormat Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (Larut);

(xi) Yang Berhormat Tuan Lau Yeng Peng (Puchong); dan

(xii) Yang Berhormat Dato’ Kamaruddin bin Jaafar (Tumpat).

Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak dapat hadir dalam sesuatu Mesyuarat, Jawatankuasa itu boleh memilih seorang Pengerusi dari kalangan anggota-anggota Jawatankuasa yang hadir yang akan memegang jawatannya hanya pada hari ia dipilih itu sahaja.

(c) Tempoh masa pelantikan Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah selama dua tahun.

(d) Jawatankuasa Pilihan tersebut hendaklah mengkaji perkara-perkara berikut:

(i) meneliti dan membincangkan isu-isu etika dan integriti di kalangan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat; Meneliti dan mengkaji peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan undang-undang berkaitan;

(ii) meneliti dan mengkaji perkara-perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi menjaga tata kelakuan yang beretika dan berintegriti; dan

(iii) mencadangkan dan memperakukan apa-apa peraturan untuk menjadi garis panduan kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat semasa menjalankan tugasnya untuk memenuhi tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara.

(e) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah menyiapkan dan membentangkan laporan itu serta syor-syor berkaitan diserahkan kepada Majlis untuk dipersetujui atau mengikut apa cara yang diperintahkan oleh Majlis.”

Page 170: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

156 DR 13.12.2006

JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENGENAI PERPADUAN DAN KHIDMAT NEGARA

11.32 mlm.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat:

(a) bahawa Majlis ini mengambil ketetapan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara melalui ketetapan yang dibuat oleh Majlis pada 14 Disember 2004 untuk menyiapkan dan membentangkan laporan jawatankuasa serta syor-syor kepada Majlis dalam tempoh masa pelantikan selama dua tahun memerlukan masa yang lebih panjang bagi menyiapkan laporan untuk membolehkan dibuat sesi pendengaran awam kali kedua dan membuat susulan ke atas isu-isu utama yang dibangkitkan antaranya ketidaksamarataan sosioekonomi, pembangunan tidak seimbang antara wilayah dan dialog antara agama; dan

(b) bahawa Majlis membuat ketetapan melanjutkan tempoh masa pelantikan Jawatankuasa Pilihan Khas ini selama satu tahun dan laporan hendaklah dibentangkan kepada Majlis dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Kesebelas akan datang atau lebih awal daripada itu.”

Saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia Dan Sukan [Tuan S. Vigneswaran]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat bagi Kepong.

11.34 mlm.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Menyampuk] [Bercakap bahasa Mandarin] [Dewan riuh]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ...Mengenai perpaduan, memang penting kalau kacau macam ini macam mana wujud perpaduan?

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Sebab perpaduanlah itu kita kacau... [Dewan semakin riuh] [Disorak]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ...[Ketawa] terutama Yang Berhormat bagi Jerai. Tiap-tiap kali ada masalah, ada yang dia tidak puas hati, dia hendak keluarkan keris pula. Jadi, macam mana dapat perpaduan?

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Point of order, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak pernah bawa keris macam mana hendak keluar?... [Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Oh!

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tumpukan kepada subjek.

Page 171: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 157

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Okey, saya serius.Saya berpendapat bahawa mengapa perlu kita lebih daripada dua tahun untuk menyiapkan satu laporan bagi masalah perpaduan di negara ini. Kalau tidak silap saya dia hendak minta dua tahun lagi baharu boleh siapkan satu laporan. Ini memang terlalu panjanglah masanya... [Disampuk].

Kita tidak perlu empat tahun untuk menyiapkan satu laporan, sekurang-kurangnya boleh interim report, sekurang-kurangnya. Kalau dia hendak masa lima tahun untuk menyiapkan satu laporan yang begitu tebal, saya fikir itu satu keputusan..., tetapi kalau hendak buat macam itu, kita kemukakan satu interim report.

Yang penting sekali kalau kita hendak wujudkan satu masyarakat yang lebih bersatupadu, perpaduan, memang penting di negara kita. Memang suatu perkara penting mujurnya kita tidak ada rusuhan dan sebagainya, mujurnyalah tapi tiap-tiap kali, saya diberitahu ada masalah sahaja sama ada agama, sama ada ekuiti pula dan sebagainya. Oh! Macam mana di dalam Dewan ini kucar kacir kerana dia hendak mempertahankan satu bangsa dan sebagainya...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Ini kebebasan bersuara!

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Kebebasan bersuara? Kebebasan, satu perpaduan jugalah?

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Ya!

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Kalau hendak kebebasan macam itu, jadi media kita lebih bebas lagilah.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Bukakan semua media kita untuk mewujudkan perpaduan tetapi ada masalah kita tidak boleh timbul kerana toleransi, kerana persefahaman. Tidak boleh kita hendak timbul semua masalah. Yang penting sekali itu .. di sini saya bangkitkan satu kali lagi.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: [Menyampuk]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Jangan Yang Berhormat bagi Ketereh kacau pula.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Sudah lari dari tajuk.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tidak lari tajuk, ini mengenai perpaduan kerana kita hendak membahaskan, hendak meluluskan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perpaduan.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Sambung masa, kalau hendak sambung masa mesti ada alasan dan kalau hendak sambung pula, lain kali kalau kita wujudkan masalah, jangan balik ke konvensyen UMNO, tunjukkan keris dan sebagainya. Tak payah!... [Dewan riuh] [Disorak] Tak payah dan Yang Berhormat Menteri pun tidak memberi nasihat yang betul kepada ahli-ahli UMNO...

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: Apa pula UMNO?

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Nasihat ...

Seorang Ahli: Siapa pula hendak bertanggungjawab.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Kemudian dia keluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung orang dan dia balik ke Kabinet kata oh, ya!... Sekian, sekian, Yang Berhormat Ketereh, itu tidak betul.

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Ini mana betul.

Page 172: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

158 DR 13.12.2006

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ini mana betul...! Hah, eluarkan kenyataan yang terlalu panas!... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat ini untuk melanjutkan masa Jawatankuasa ini bersidang ya?... [Dewan riuh]

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya, ya, ya, ya. Saya ...

Tuan Yang di-Pertua: Perkara lain patut tidak adalah, ya?

Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Macam kaset buruklah, ulang, ulang, ulang.

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Dia hendak lanjutkan mungkin kerana perkara-perkara yang berlaku di dalam konvensyen UMNO..., hendak lanjutkan kerana tidak boleh menyiapkan laporan kerana ada orang-orang yang buat yang tidak betul. Ini mungkin.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, cukup.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya, cukuplah dah.

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya berharaplah...

Seorang Ahli: Sabah, Sarawak sudah marah oh!

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya berharap dengan kita lanjutkan Jawatankuasa Pilihan Khas ini, semua orang jangan kacau lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, baiklah Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Sekian, terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ipoh Timor?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Sedikit, sedikit sahaja, tidak banyak.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tuan Yang di-Pertua, inilah cadangan untuk melanjutkan masa tidak ada apa-apa objection tetapi timing mustahak, khasnya oleh kerana tahun hadapan ialah ulang tahun kemerdekaan yang ke-50. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini ada buat satu pengakuan bahawa race relations not good, sangat brittle dan fragile. Timing mustahak oleh kerana kita menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara supaya boleh memberi sumbangan mengenai membentuk perpaduan di negara kita dan kita patutlah ada satu outcome daripada jawatankuasa ini sungguhpun bukan laporan akhir, tetapi laporan interim.

Oleh kerana timing mustahak, kalau tidak nampaknya Parlimen dan Select Committee ‘missed the book so to say’ dalam satu masa yang begitu penting mengenai sama ada kenapa race relations mengikut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak baik? Saya bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Kepong dan baru-baru ini sebab utama yang tidak baik oleh kerana Perhimpunan Agung UMNO sendiri dan kita perlu untuk menangani ini kenapa berlaku. Begitu juga dengan Ahli-ahli Parlimen dalam perbahasan tadi pun mengenai WPI yang begitu perkauman.

Saya harap bahawa dalam pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Khas bukan sahaja, yang pertama apa yang Yang Berhormat bagi Kepong ada cakap aspek media dalam nation building atau perpaduan, aspek atau peranan yang patut dimainkan oleh mass media dan yang kedua, tetapi juga fahaman mengenai asas pembinaan negara. Social contract yang disebut begitu banyak kali tetapi tidak banyak orang nampaknya faham apa itu social contract. Ahli-ahli Parlimen sendiri pun tidak faham apa itu social contract. Social

Page 173: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 159

contract mengikut Perdana Menteri pertama, kedua dan ketiga ialah sebuah negara yang berbilang kaum, demokratik, sekular, Islam agama rasmi tetapi bukan Islamic state. Itulah social contract.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Yang kedua, tadi kita dengar dalam Dewan yang mulia ini bahawa apabila Yang Berhormat bagi Kepong sebut mengenai masalah ekuiti bumiputera, ada Ahli Parlimen bagi Jerai kata inilah mengeluarkan special rights. Itu tidak benar. Ini bukan dalam Artikel 153. Itu kedudukan khas, bukan mengenai ekuiti. NEP bukan special rights yang termaktub, yang lebih bererti dalam Perlembagaan 153 sebab itu kita perlu faham apa itu social contract dan apa itu asasnya...

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Saya harap bahawa ini boleh menjadi terma kajian bukan sahaja Select Committee tetapi juga selain daripada itu, interim report mustahak...

Tuan Yang di-Pertua: Baik.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Saya harap satu interim report boleh dikemukakan, di bentang dalam Parlimen ini apabila kita bermesyuarat pada bulan Mac oleh kerana sebelum 50th Anniversary supaya kita boleh ada satu perbahasan kenapa race relations not good mengikut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa ada satu interim report untuk bulan Mac dan adalah satu perbahasan khas mengenai laporan itu.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah, Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.

11.44 mlm.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat bagi Kepong dan Yang Berhormat bagi Ipoh Timor. Pertamanya Yang Berhormat bagi Kepong, saya jawab ini dengarlah. Yang Berhormat bagi Kepong dengar atau tidak?

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Menyampuk]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ha, dengarlah. Sebenarnya kacau-mengacau dalam Dewan ini jangan dipandang hina. Kacau-mengacau ini maknanya hubungan kita ada perpaduanlah itu. Itu yang penting. Kalau tidak ada perpaduan, keluar tadi sudah bertumbuklah. Jadi kematangan kita itu diuji daripada hakikat bahawa apa yang kita bincang dalam Dewan ini walaupun sensitif, naik darah dan macam-macam tetapi dengan izin, no malice. Itu yang penting. Jadi jangan pandang rendah tentang kacau-mengacau kerana bila kita kenal baik dengan orang, barulah kita boleh kacau. Kalau kita baru kenal satu minit, kita kacau dia, bertumbuklah. Jadi sebab itu perpaduan itu wujud apabila kita boleh kacau-mengacau dalam Dewan. Itu pertama.

Keduanya, Yang Berhormat silap. Jawatankuasa Perpaduan tidak pernah minta dua tahun. Mereka tidak pernah minta dua tahun. Saya telah menentukan supaya satu tahun dan ini saya telah maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri itu, dia ada di New Zealand tengah cuti, saya kata satu tahun sahaja dan tidak ada masalah. Dia tidak pernah minta dua tahun. Itu tidak betul ya.

Yang ketiga Yang Berhormat, kita tidak mahu interim report walaupun tahun depan 50 tahun, kita hendak buat full report supaya kita jangan buat kerja dua kali, duplication in our work. Interim report berbahas juga, kemudian mari full report, bahas lagi, tidak habis-habis. Kita just ada satu report dan kita bahas yang itu sahaja.

Saya hendak sebut tadi iaitu bahawa kita jangan berasa dukacita, Yang Berhormat. Sebenarnya kita kena mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri untuk sebenarnya menelan hakikat bahawa dengan izin, race relation is not good. Itu hakikat. Ini

Page 174: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

160 DR 13.12.2006

bukan bermakna di masa lepas bagus. Di masa lepas pun tidak bagus tetapi semua pengap, tidak boleh bercakap.

Sekarang Perdana Menteri cukup liberal dan boleh bincang perkara ini. Sebab itu perkara ini bangkit sekarang. Secara terbuka boleh dilapor dalam surat khabar. Dahulu mana ada? Oleh sebab itu, kita sedang dalam keadaan kita melalui satu suasana di mana kita liberal dan kita boleh berbincang secara terbuka.

Jadi yang penting di sini ialah kita bincang secara terbuka, kemudian masing-masing mengeluarkan kenyataan tetapi yang penting tidak berlaku rusuhan. Itu bermakna kita matang.

Saya tidak suka satu keadaan di mana pada atasnya nampak tidak ada masalah tetapi di bawah menggelegak. Sebab itu pada saya dalam kita mengamalkan liberalisasi, sudah tentu perkara ini akan berbangkit. Kita jangan marah dengan soal UMNO berbincang diketahui orang ramai. Kita cuba dan uji, try tengok, test, direct telecast dan perkara ini berbangkit dan ada yang mendengar berasa tidak gembira. Jadi walaupun masalah dibincang itu berapi-api tetapi yang penting tidak ada rusuhan.

Apa yang penting di sini ialah kita kena tahu bahawa kita matang untuk bincang perkara-perkara seperti ini dan kita bagi direct telecast. Apabila kita berasakan itu tidak menguntungkan, lepas ini mungkin UMNO sudah tidak akan buat lagi. Saya ingin sebut di sini iaitu bahawa tidak semestinya apabila bincang perkara seperti ini, Yang Berhormat jangan fikir rakyat di bawah sokong apa yang diucapkan dalam Dewan itu. Majoriti besar rakyat Melayu atau bukan Melayu banyak yang tidak bersetuju apa yang diucapkan... [Disampuk] Yes. Kalau setuju, sudah berperanglah. Kalau menghasut, sudah ramai yang ikut.

Saya rasa satu hari selepas ucapan itu dibaca, sudah tentu berlaku rusuhan tetapi kita kena matang. Kemudian apabila kita liberal, Yang Berhormat jangan rasa risau kalau Yang Berhormat bagi Jerai kata iaitu bahawa apa yang Yang Berhormat sebut sebentar tadi berkenaan dengan pandangan beliau tentang apa tadi entah, saya pun tidak dengar... [Disampuk] Ha, ekuiti. Itu pandangan Yang Berhormat bagi Jerai.

Bukankah kita sekarang ini mengamalkan liberalisasi? Dia berhak untuk menyatakan pandangan dia. Pandangan dia tidak semestinya merupakan pandangan dan pendirian kerajaan. Saya dalam kerajaan dan saya tahu apa yang kita bincang tentang hak-hak ini semua. Tidak semestinya apa yang dia cakap itu merupakan pendirian kita tetapi kita liberal, biarlah dia cakap apa yang dia hendak cakap pun.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Minta penjelasan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat pun cakap perkara yang orang sakit hati juga, tetapi tidak mengapa. Kita bahas dalam Dewan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jangan waktu Yang Berhormat bangkit, kita boleh tidak rasa apa-apa tetapi kalau dia bangkit, maka kita hendak marah pula. Apa special status Yang Berhormat sebagai Ketua Pembangkang tidak boleh dibangkang pula, macam mana?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Bangun]

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti, saya hormat wanita.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Okey, okey.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya minta Yang Berhormat bagi Seputeh.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat cepat sedikit.

Page 175: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

DR 13.12.2006 161

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Cepat sedikit ya.

Tuan Yang di-Pertua: Jam sudah hampir pukul 12.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tidak apalah, sampai pukul 12 pun tidak apa.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya. Yang Berhormat Menteri saya hanya hendak bertanya satu soalan. Pada pandangan Yang Berhormat, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat bagi jerai dan semua yang dibahaskan itu tidak penting dan dapat sokongan rakyat, kenapakah sidang Parlimen itu tidak live telecast - tidak diadakan secara langsung dan kenapakah perhimpunan UMNO diadakan secara langsung? Minta penjelasan.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bila kita buat live telecast, yang marah bos dia, Yang Berhormat bagi Ipoh Timor. Sebab itu daripada awal lagi saya tidak mahu ada live telecast sebab mungkin ia boleh menghasut orang di bawah. Kita jangan tunggu sampai berbunuh-bunuhan baru kita hendak mengambil satu tindakan yang proaktif. Jadi, kita sudah jangka. UMNO baru sahaja buat live telecast sudah bising. Ketua Pembangkang bising. Oleh kerana itu saya hendak menggunakan alasan yang sama itulah sebabnya kita tidak boleh mengadakan live telecast dalam Dewan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua: Cepat sikit, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Putar belitlah. Saya tidak ada masa. Perkara yang saya bangkit ialah mengenai isu Yang Berhormat bagi Jerai yang mengatakan bahawa mengenai isu ekuiti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kepong isu yang tidak boleh dipersoalkan kerana sensitif - Artikel 153 tetapi itu bukan jatuh dalam Perkara 153. Saya tidak pernah meminta kedudukan khas tetapi apa yang dikatakan betul dan bukan menyeleweng daripada apa yang sebenarnya dalam social contract. Adakah Yang Berhormat bersetuju?

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tanya Yang Berhormat bagi Bukit Gelugorlah. Kita boleh ikut. Dia two sides of the coin. Sebelah ini ada, sebelah ini pun ada. Jadi kita boleh bagi pandangan, Yang Berhormat mungkin betul. Dia punya pandangan pun mungkin betul. Tidak ada kata yang muktamad. Sebab itu kita ada mahkamah. Oleh sebab itu saya harap kita jangan panik. Ini satu ruang untuk kita bahas secara terbuka dan bila kita terbuka jangan kita panik pula. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) itu tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat:

(c) bahawa Majlis ini mengambil ketetapan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara melalui ketetapan yang dibuat oleh Majlis pada 14 Disember 2004 untuk menyiapkan dan membentangkan laporan jawatankuasa serta syor-syor kepada Majlis dalam tempoh masa pelantikan selama dua tahun memerlukan masa yang lebih panjang bagi menyiapkan laporan untuk membolehkan dibuat sesi pendengaran awam kali kedua dan membuat susulan ke atas isu-isu utama yang dibangkitkan antaranya ketidaksamarataan sosioekonomi, pembangunan tidak seimbang antara wilayah dan dialog antara agama; dan

Page 176: MALAYSIA - ParlimenCAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2006 K A N D U N G A N ... Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 (Halaman 138) Akta Tabung Antarabangsa Bagi Pembangunan

162 DR 13.12.2006

(d) bahawa Majlis membuat ketetapan melanjutkan tempoh masa pelantikan Jawatankuasa Pilihan Khas ini selama satu tahun dan laporan hendaklah dibentangkan kepada Majlis dalam mesyuarat ketiga penggal keempat Parlimen yang kesebelas akan datang atau lebih awal daripada itu.”

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita telah pun bermesyuarat sejak dari 21 Ogos tahun ini selama lebih daripada dua bulan kecuali kita bercuti pada bulan puasa dan hari raya. Kebanyakan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengemukakan pendapat masing-masing mengikut fahaman persepsi dan juga pengetahuan masing-masing untuk membahaskan perkara-perkara seperti hampir 12 rang undang-undang dan juga meluluskan belanjawan atau bajet untuk tahun 2007 dan juga usul-usul.

Dalam membahaskan usul-usul belanjawan dan juga rang undang-undang, Yang Berhormat telah dapat mengemukakan pendapat-pendapat yang begitu bernas bagi kepentingan kita bersama yang akan dicerminkan dan digambarkan oleh akta - rang undang-undang yang diluluskan itu akan menjadi akta Parlimen, insya-Allah.

Selama itu juga saya dan juga timbalan-timbalan saya telah, alhamdulillah dapat mengendalikan Majlis mesyuarat ini. Saya harap ia berjalan dengan sempurnanya dengan kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama yang telah diberi di mana Majlis kita telah dapat berjalan dengan sempurnanya... [Tepuk]

Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pegawai-pegawai yang terlibat dalam mengendalikan mesyuarat kita sama ada daripada kementerian mahupun pegawai-pegawai dan kakitangan Parlimen yang mengendalikan mesyuarat ini. Saya juga ingin mengucapkan di sini selamat tahun baru dan selamat merentasi tahun 2007. Maka saya dengan kata-kata itu ingin menangguhkan mesyuarat Dewan ini hingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 11.55 malam.