malaysia dan penubuhan

download malaysia dan penubuhan

of 16

Transcript of malaysia dan penubuhan

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    1/16

    PERTUBUHAN MALAYSIA DAN KESAN-KESANNYA

    ABSTRAK

    Selama 400 tahun lamanya Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa luar. Keadaan ini

    telah mendorong rakyat pada masa itu untuk muncul dengan semangat nasionalisme demi

    memperjuangkan Kemerdekaan. Akhirnya Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31

    Ogos 1957.

    Ekoran daripada itu, usul penubuhan Persekutuan Malaysia iaitu penggabungan atau

    penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei telah dilahirkan

    oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu

    dalam satu ucapan penting beliau pada 27 Mei 1961 di Singapura. Walaupun usul ini telah

    menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam memperjuangkan matlamat Gagasan

    Malaysia. Namun akhirnya, semangat nasionalisme yang ditunjukkan oleh rakyat dari pelbagai

    suku-kaum, kepercayaan, agama dan budaya telah menjadi pemangkin kepada Kemerdekaan

    Malaysia.

    PENGENALAN

    Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan.

    Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada pihak British

    agar Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan dengan persekutuan Tanah Melayu untuk

    membentuk kerajaaan Malaysia. Namun, kerajaan British menolak cadangan tersebut kerana

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 1

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    2/16

    Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu

    juga menyarankan penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan

    Lee Kuan Yew telah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang

    berlaku di Singapura telah mengubah fikirannya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei

    1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri

    di Asia Tenggara di Singapura, beliau telah menyuarakan hasrat beliau untuk menyatukan

    Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei untuk membentuk Malaysia.

    Cadangan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi.

    Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

    ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen. JPPM memberi peluang kepada

    pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia,

    memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya, Sabah dan Sarawak menerima

    gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold.

    Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan

    Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru.

    Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) telah ditubuhkan

    yang dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul Razak. JAK

    ditubuhkan adalah bertujuan untuk merangka perlembagaan Malaysia. Ekoran daripada itu,

    satu laporan telah dikeluarkan pada 27 Februari 1963. Laporan ini mengandungi 20 perkara

    yang telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia

    1963. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai

    1963. Pada masa yang sama, Brunei mengambil kesempatan untuk menarik diri secara

    rasminya.

    Sehubungan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia juga memberi

    tentangan yang kuat terhadap gagasan Malaysia. Beberapa rundingan telah diadakan antara

    kedua-dua negara tersebut dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan pada

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 2

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    3/16

    April 1963 untuk mencapai satu penyelesaian terhadap persengketaan tiga buah negara ini.

    Pemimpin ketiga-tiga negara bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa

    Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai

    penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence Michealmore

    menjalankan tugasnya dari 16 Ogos 5 September 1963. Oleh itu, tarikh penubuhan yang

    ditetapkan iaitu 31 Ogos 1963 terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat

    Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan

    Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya.

    FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

    Terdapat beberapa faktor penting yang membawa kepada tertubuhnya Persekutuan

    Malaysia pada 16 September 1963. Faktor-faktornya adalah seperti berikut: -

    1. FAKTOR POLITIK

    i) SENARIO POLITIK DI SINGAPURA

    Pada tahun 1950an, pengaruh Komunis semakin kuat di Singapura. Ejen-ejen

    Komunis telah meresap masuk ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja

    di Singapura. Pucuk pimpinan Lee Kuan Yew melalui Parti Tindakan Rakyat (PETIR)

    semakin merosot apabila mula dikuasai oleh pihak berhaluan kiri. Pengaruh Komunis

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 3

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    4/16

    semakin kuat apabila Lim Chin Siong telah menubuhkan parti Barisan Sosialis yang

    berhaluan Komunis.

    Tunku Abdul Rahman yang risau akan perkembangan ini daripada masuk ke

    Tanah Melayu telah pun mencadangkan gagasan Malaysia dengan bekerjasama

    dengan Lee Kuan Yew agar hasrat Komunis dapat dibendung.

    ii) SENARIO POLITIK DI SARAWAK

    Pada tahun 1951, pengaruh Komunis juga telah berkembang ke negeri Sarawak

    melalui Liga Belia Demokratik Cina namun telah dibubarkan semasa Darurat.

    Persatuan Belia Maju Sarawak yang berhaluan Komunis seterusnya ditubuhkan yang

    berkembang melalui kesatuan sekerja, para pelajar dan juga petani. Mereka menghasut

    golongan-golongan ini yang terutamanya berbangsa Cina untuk menentang British yang

    dianggap penindas dan penjajah.

    Sebuah parti politik lain yang telah wujud di Sarawak pada ketika itu juga telah

    dipengaruhi oleh pihak Komunis iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Pihak

    British telah cuba untuk menentang ancaman Komunis tersebut tetapi gagal. Adalah

    diharapkan bahawa dengan pembentukan bersama di dalam Malaysia ini, pengaruh

    Komunis dapat dihapuskan dengan wujudnya kestabilan politik di Sarawak.

    iii) KESEIMBANGAN KAUM DAN MENGUKUHKAN PERPADUAN

    Penubuhan Malaysia juga bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk.

    Tunku Abdul Rahman menjangkakan bahawa kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei

    dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Disamping itu, ia juga

    bertujuan untuk memupuk perpaduan bangsa Malaysia yang berbilang kaum

    berteraskan perkongsian kekayaan warisan budaya. Penggabungan ini akan

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 4

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    5/16

    mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah

    bumiputera. Manakala Singapura pula mempunyai 80% penduduk cina.

    iv) MENYEGERAKAN PROSES KEMERDEKAAN

    Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan

    Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan

    dengan lebih awal jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan

    Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan

    penjajahan British di negara ini dan dapat menjamin kedaulatan dan keselamatan

    wilayah-wilayah itu dari ancaman kuasa luar.

    2. FAKTOR EKONOMI

    i) MEMAJUKAN EKONOMI SERANTAU

    Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati

    kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai

    kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri

    yang masih mundur. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan

    Sarawak dimajukan. Hal ini dimaksudkan kekayaan dari kawasan maju akan

    dipindahkan ke kawasan yang mundur untuk membiayai projek pembangunan.

    3. FAKTOR SOSIAL

    i) MEMUPUK PERPADUAN BANGSA MALAYSIA YANG MAJMUK.

    Soal memupuk persefahaman serantau dan melahirkan satu bangsa yang kaya

    dengan warisan kebudayaannya. Pihak British juga menekankan bahawa melalui

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 5

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    6/16

    penyatuan negeri sebagai satu wilayah besar akan dapat memupuk persefahaman dan

    identiti sendiri.

    KESAN-KESAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

    Dalam beberapa tahun pertama wujudnya Persekutuan Malaysia, Malaysia telah

    menghadapi cabaran-cabaran yang serius. Berikut adalah cabaran-cabaran yang telah

    dihadapi, kesan daripada pembentukan Malaysia: -

    1. DASAR KONFRONTASI INDONESIA

    Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik

    dengan Tanah Melayu pada 16 September 1963 kerana pembentukan Malaysia telah

    menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk

    Sabah, Sarawak dan Tanah melayu. Selain itu, beliau terasa tersinggung kerana tidak

    diajak dalam perundingan mengenai penubuhan Malaysia.

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 6

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    7/16

    Pada bulan September 1963, serangan gerila dilancarkan oleh Indonesia.

    Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-

    pengintip juga dihantar. Akibatnya: -

    i) Dato Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat

    bantahan terhadap serangan Indonesia.

    ii) Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.

    iii) Britain memberi bantuan ketenteraan.

    iv) Australia, New Zealand dan Canada memberi bantuan senjata.

    v) Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.

    vi) Dato Abdul Razak melawat ke Negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis

    propaganda Indonesia yang memburuk-burukan nama Malaysia.

    Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal.

    Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha

    menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat

    menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantikan Sukarno. Hasilnya,

    perjanjian damai telah ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas rundingan

    Tun Abdul Razak dengan Adam Malik di Bangkok.

    2. PENGIKTIRAFAN FILIPINA KE ATAS SABAH

    Apabila Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan

    Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun

    1962. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan

    Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak.

    Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting pada ketika itu. Walau

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 7

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    8/16

    bagaimanapun, atas usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan,

    akhirnya Filipina telah mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

    3. SINGAPURA KELUAR DARI PERSEKUTUAN MALAYSIA

    Pada tahun 1965, Singapura mengambil keputusan keluar dari persekutuan

    Malaysia dan menjadi sebuah Negara Republik.

    4. TERCETUSNYA RUSUHAN KAUM

    Selepas kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957, telah berlaku beberapa rusuhan

    kaum akibat dari masalah pengagihan ekonomi yang tidak sekata di antara kaum-kaum

    utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan juga India. Sebenarnya masalah ini telah

    pun bermula sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1956 di Pulau Pinang ketika

    perayaan pemberian taraf bandaraya kepada Pulau Pinang. Selanjutnya wujud lagi

    beberapa rusuhan yang lain seperti di Pulau Pangkor (1960), Bukit Mertajam (1966) dan

    sekali lagi di Pulau Pinang pada tahun 1967.

    Usaha yang serius telah diambil oleh kerajaan untuk membendung rusuhan

    kaum selepas berlakunya rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969 dengan menubuhkan

    Majlis Perundingan Negara (MAGERAN) di bawah Undang-undang Darurat dan telah

    diwartakan pada 29 Januari 1970.

    5. PENUBUHAN RUKUN NEGARA

    Ekoran dari penubuhan MAGERAN tersebut, mesyuaratnya yang pertama telah

    memutuskan untuk menubuhkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sempena ulang

    tahun kemerdekaan negara yang ke-13.

    Prinsip Rukun Negara adalah penting untuk diamalkan oleh setiap rakyat

    Malaysia bagi mewujudkan perpaduan nasional, demokrasi dan keadilan. Terdapat lima

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 8

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    9/16

    prinsip Rukun Negara yang bertujuan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai

    keagamaan iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,

    Keluhuran Kepada Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta membentuk

    masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dan Kesusilaan.

    Prinsip-prinsip yang terdapat dalam Rukun Negara menjadi pedoman agar rakyat

    yang berbilang kaum dapat bersatu-padu dan menjamin kesejahteraan masyarakat

    secara demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.

    6. PENUBUHAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN MALAYSIA.

    Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh kerajaan selepas Kemerdekaan negara

    dicapai dalam mengatasi masalah seperti ekonomi dan sosial yang dialami ketika itu.

    Dasar-dasar tersebut bolehlah dibahagikan kepada berikut: -

    i) DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI

    Faktor-faktor asas kepada Pengenalan dasar ini adalah kedudukan ekonomi

    yang terbuka, sistem ekonomi campuran, masyarakat berbilang kaum dan kerajaan

    persekutuan. Urutan dasar ini memakan masa 5 tahun setiap satunya seperti

    Rancangan Malaya pertama (1956-1960) hinggalah kepada Rancangan Malaysia

    Keenam (1991-1995).

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) pula telah diperkenalkan pada 17 Jun 1991 dengan

    strategi asasnya adalah untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula

    masyarakat untuk membaiki ketidak-seimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan

    dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan Negara.

    Dasar-dasar lainnya adalah seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Wawasan

    Negara, Pelan Induk Perindustrian dan lain-lain lagi.

    ii) DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 9

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    10/16

    a) Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan telah dilaksanakan pada tahun 1970 dan Bahasa

    Malaysia menjadi bahasa pengantar utama di semua sekolah dan di pusat-pusat

    pengajian tinggi. Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Kurikulum Baru

    Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi

    melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang

    dapat memenuhi keperluan Negara dan mampu menghadapi sebarang persaingan serta

    cabaran masa hadapan. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat

    untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia dan memberikan penekanan kepada usaha

    melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh

    mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan

    kemakmuran masyarakat dan Negara.

    b) Dasar Wanita Negara

    Peranan yang dimainkan oleh wanita di dalam setiap bidang seperti ekonomi,

    pembangunan keluarga dan masyarakat, sosial an politik negara adalah penting.

    Penggubalan Dasar Wanita Negara merupakan pengiktirafan Kerajaan terhadadap

    sumbangan wanita di dalam pembangunan Negara, dan menempatkan wanita sebagai

    rakan yang sama penting dalam usaha membina Negara. Objektif Dasar Wanita Negara

    adalah untuk menjamin perkongsian saksama di antara lelaki dan perempuan di dalam

    menikmati peluang dan faedah dari pembangunan; dan mengintegrasikan sumbangan

    wanita dalam proses pembangunan Negara selaras dengan kemampuan dan keperluan

    wanita. Dasar Wanita Negara menggariskan pelbagai strategi pelaksanaan bagi

    menjamin kecekapan, keberkesanan, keselarasan dan keseragaman dasar dan

    tindakan-tindakan yang telah dikenalpasti.

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 10

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    11/16

    Oleh itu, Dasar ini mengulangi pendirian yang menekankan penglibatan wanita

    yang aktif dan bererti dalam politik. Dasar ini mengambil kira minat, usaha dan

    penglibatan kerajaan, kehendak-kehendak pertubuhan bagi menyokong beberapa

    resolusi di peringkat antarabangsa, kehendak-kehendak pertubuhan wanita Malaysia

    serta penubuhan jentera penggerak di peringkat Kerajaan Pusat, iaitu Urusetia Hal

    Ehwal Wanita (HAWA).

    c) Dasar Belia Negara

    Dasar Belia Negara ini mensasarkan kepada belia yang berumur 18-25 tahun

    yang berteraskan kepada 6 strategi iaitu:

    Meningkatkan usaha untuk meluaskan pengetahuan.

    Menanam nilai-nilai murni dan sikap positif.

    Melengkapkan belia dengan kemahiran vokasional dan kemahiran.

    Meningkatkan kemudahan yang sesuai untuk menggalakkan interaksi sosial

    yang sihat.

    Menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

    Membina semangat bekerjasama dan perkongsian antara agensi kerajaan,

    sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

    iii) PENUBUHAN DASAR LUAR NEGARA SELEPAS MERDEKA

    Objektif-objektif dasar luar Negara secara ringkas adalah:

    Menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena

    antarabangsa.

    Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan

    Malaysia.

    Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah

    melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara lain.

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 11

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    12/16

    Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial

    di peringkat antarabangsa.

    Mempertahankan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam

    semua bidang.

    Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara

    lain.

    Kementerian Luar Negara yang bertanggungjawab dalam mengendalikan

    hubungan luar Negara. Kementerian ini menguruskan perkara-perkara berhubung

    dengan hubungan politik, hal ehwal, eknomi, keselamatan dan promosi sosial dan

    kebudayaan. Misi kementerian ini adalah melindungi dan memajukan kepentingan

    Malaysia dan menyumbang kearah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama

    melalui amalan diplomasi proaktif.

    a) Kerjasama Serantau

    Kerjasama serantau banyak ditumpukan kearah memajukan ASEAN.

    Keutamaan dikenalpasti kearah meningkatkan daya saing dan pembangunan sektor

    kewangan serantau termasuk membangunkan ASEAN sebagai satu kelas asset,

    memperkasakan liberalisasi perkhidmatan kewangan, mengukuhkan bina upaya dan

    mempertingkatkan pembiayaan prasarana. Tahun 2004-2005, Asean terus

    mempromosikan rantau ini sebagai destinasi pelaburan utama dengan mengambil kira

    integrasi ekonomi serantau lebih erat.

    b) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

    ASEAN (Association of South East Asian Nations) ditubuhkan pada 8 Ogos

    1967, apabila beberapa buah Negara termasuk Malaysia menandatangai deklarasi

    penubuhan ASEAN di Bangkok. Kini, ASEAN dianggotai 10 buah Negara termasuk

    Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Kemboja, Filipina, Vietnam, Laos dan

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 12

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    13/16

    Myanmar. Menerusi ASEAN, Malaysia telah banyak mengadakan perhubungan

    perdagangan dan perindustrian, kerjasama ekonomi, kerjasama politik, kerjasama sosial

    dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan, kepentingan sosial dan

    sebagainya dengan Negara anggota lain.

    c) Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC)

    OIC telah ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia. Tunku Abdul

    Rahman merupakan Setiausaha Agung OIC yang pertama. Pejabat OIC terletak di

    Jeddah, Arab Saudi. Pertubuhan Persidangan dianggotai oleh 57 negara Islam

    daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika dimana jumlah

    penduduknya merupakan satu perlima daripada penduduk dunia. OIC merupakan fokus

    khusus untuk menyatu-padukan kesemua negara-negara Islam di dunia demi kebaikan

    semua pihak.

    d) Malaysia dalam Komanwel

    Komanwel merupakan pertubuhan Negara-negara bekas tanah jajahan British

    termasuklah Malaysia. Penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja mencapai

    kemerdekaan pada tahun 1957.

    Matlamat penubuhan ini adalah untuk mewujudkan persahabatan dan

    perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan dan perundangan yang

    baik antara semua Negara bekas jajahan British.

    Dalam persidangan ketua-ketua Negara komanwel (CHOGM) di Bahamas

    (1985) dan di Vancouver (1987), Malaysia telah ,menyaran badan dunia ini memainkan

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 13

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    14/16

    peranan dalam menangani isu-isu ketidak adilan perdagangan dunia , penjajahan politik

    dan ekonomi serta masalah Apartheid.

    e) Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Malaysia juga telah menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 17

    September 1957 selepas merdeka. Dengan penyertaan Malaysia dalam PBB maka

    salah satu amalan utama yang dasar luar Negara ini adalah menyokong PBB dalam

    semua aktivitinya. Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua

    Negara anggota serta tidak ada Negara yang boleh campur tangan dalam hal-ehwal

    Negara lain. Selain itu. PBB bermatlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat dunia

    yang aman. Oleh itu, kerjasama dalam pelbagai bidang adalah diperlukan. PBB

    memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia iaitu:

    Perhimpunan Agung PBB

    Majlis Keselamatan

    f) Pertubuhan Negara-nagara Berkecuali (NAM)

    NAM (The Non-Aligned Movement) telah diasaskan pada tahun 1961.

    Bersempena sidang kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yogoslavia. Asas

    penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata olej dua

    kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang mendominasi dunia pada

    ketika itu. Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak

    kepada Blok Barat atau Blok Timur. Dalam hal ini, NAM berpegang kepada prinsip

    menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta

    mengambil sikap tidak campur tangan dalam hal-ehwal Negara lain.

    g) Kumpulan G-15 dan Kerjasama Selatan-selatan

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 14

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    15/16

    Kumpulan G-15 telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan berfungsi sebagai

    pemangkin ke arah kerjasama Selatan-selatan. Tiga buah projek G-15 telah dirintis oleh

    Malaysia, iaitu Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Negara-

    negara Selatan (SITTDEC), Peraturan Pembayaran Dua Hala (BPA) dan Mesyuarat

    Kumpulan Pakar Bagi Pertukaran Maklumat mengenai Dasar Ekonomi Negara (EINEP)

    telah mencapai kemajuan yang cemerlang. Penubuhan SITTDEC di Malaysia

    merupakan pencapaian penting G-15 dalam usaha menjadikan Negara-negara Selatan

    lebih maklum dalam hal ehwal perdagangan, pelaburan dan aktiviti ekonomi yang lain.

    PENUTUP DAN RUMUSAN

    Kerajaan Malaysia setapak demi setapak telah maju ke hadapan sepertimana yang kita

    dapat lihat dan dinikmati pada hari ini, berbandingkan dengan keadaan semasa era pra-

    Kemerdekaan yang memecah-belahkan rakyat menurut pemecahan ekonomi seperti yang

    dipraktikkan oleh kerajaan Inggeris sebelum merdeka. Hasil daripada jajahan Inggeris, reaksi

    negatif rakyat dan Negara jiran serantau terhadap penubuhan Malaysia, menyebabkan

    pemimpin-pemimpin kita berikhtibar untuk mencari jalan penyelesaian demi memantapkan lagi

    perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan politik serta mengekalkan keselamatan Negara.

    Oleh yang demikian, banyak dasar-dasar telah diwujudkan bagi mencapai objektif Dasar

    Pembangunan Negara dan salah satunya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan

    untuk menyatu-padukan rakyat yang berbilang suku-kaum, kepercayaan, agama dan

    memajukan ekonomi serta menjamin keamanan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

    RUJUKAN

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 15

  • 7/29/2019 malaysia dan penubuhan

    16/16

    1. Malaysia history to 1963 [article]. (2008). In TheHutchinson Unabridged Encyclopedia

    with Atlas and Weather guide. Abington: Helicon. In Credo Reference (OUM Digital

    Collection).

    2. Hasnah Hussin., & Dr. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani. (2008). Malaysian Studies

    MPW1133/2133. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia (OUM).

    3. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (2003). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut

    Tadbiran Awam Negara.

    4. Ruslan Zainuddin (2004). Sejarah Malaysia (Edisi Ketiga). Selangor: Fajar Bakti Sdn.

    Bhd.

    5. Hasnah Hussin, & Mardiana Nordin (2002). Pengajian Malaysia(Edisi Kedua). Selangor:

    Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Sus.LHP/Bns/Oum/08 Page 16