MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing....

78
Bil. 2 Isnin 26 Mac 2018 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEENAM MESYUARAT PERTAMA

Transcript of MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing....

Page 1: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

Bil. 2 Isnin 26 Mac 2018

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEENAM

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan
Page 3: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

________________________________________________________________________________________________________

Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018

K A N D U N G A N

PEMSYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: Ahli-ahli Yang Mengangkat Sumpah di Luar Dewan (Halaman 1) Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (Halaman 2) Memperkenankan Akta-akta (Halaman 2) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) USUL-USUL: Jalan-jalan Masuk ke Parlimen (Halaman 21) Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

- YB Senator Dato’ Sri Khairudin Samad (Halaman 22)

Page 4: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik)(LS)

2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin

3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik)

4. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu)

5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan (Perlis)

6. “ Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim (Dilantik)

7. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Dilantik)

8. “ Tuan Aknan A/L Ehtook (Dilantik)

9. “ Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram

10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

11. “ Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

12. “ Puan Hajah Azizah binti Haji Harun (Dilantik)

13. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (Dilantik)

14. “ Puan Bathmavathi Krishnan (Dilantik)

15. “ Dato’ Chai Kim Sen (LS)

16. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor)

17. “ Datuk Chong Sin Woon (Negeri Sembilan) - Timbalan Menteri Pendidikan

18. “ Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

19. “ YBM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu)

20. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin (Dilantik)

21. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak)

22. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik)

23. “ Dato’ Indera Hoh Khai Mun (Pahang)

24. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (LS)

25. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (LS)

26. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid (Dilantik)

27. “ Datuk Jamilah Sulaiman (Dilantik)

28. “ Datuk John Ambrose [Dilantik]

29. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

30. “ Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik)

31. “ Tuan Khairul Azwan Harun (Dilantik)

32. “ Dato’ Lee Chee Leong (Perak) - Timbalan Menteri Kewangan

33. “ Datuk Lee Tian Sing (Lantikan baru)

Page 5: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

ii DN 26.3.2018

34. Yang Berhormat Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Dilantik) - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

35. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah)

36. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin (Dilantik)

37. “ Datuk Mohan A/L Thangarasu (Dilantik)

38. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B)

39. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor)

40. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan)

41. “ Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak (Dilantik) - Menteri Komunikasi dan Multimedia

42. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah

43. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa

44. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (Dilantik)

45. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik)

46 “ Dato’Ong Chong Swen [Dilantik]

47. “ Dr. Nuing Jeluing (Lantikan baru)

48. “ Datuk Paul Igai (Lantikan baru)

49. “ Datuk Lim Pay Hen (Lantikan baru)

50. “ Datuk Paul Low Seng Kuan (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

51. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik)

52. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik)

53. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)

54. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis)

55. “ Datuk Sambathan A/L Manickam

56. “ Dato' Shahanim binti Mohamad Yusoff (Dilantik)

57. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik)

58. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang)

59. “ Puan Sopiah binti Sharif (Dilantik)

60. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (Dilantik)

61. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik)

62. “ Datuk Ir. Yong Wui Chong

63. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik)

64. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor)

65. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak)

Page 6: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara

Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan

Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain

Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin

Siti Norlina binti Ahmad

Noraidah binti Manaf Nor Hamizah binti Haji Hassan

Sherliza Maya binti Talkah

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Tengku Sofia Dora binti Tengku Mohamad

Noor Afiza binti Mohd Fadzi Herdawati binti Mohd Amir Abbu

Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid

Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim

Mohd Salleh bin Ak Atoh

Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya

Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed

Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim

Hizamihatim Maggisa bin Juarah

Page 7: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan
Page 8: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEENAM

MESYUARAT PERTAMA

Isnin, 26 Mac 2018

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

AHLI-AHLI YANG MENGANGKAT SUMPAH DI LUAR DEWAN

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut peruntukan Peraturan Majlis Mesyuarat 4(3), saya dengan ini memberitahu Majlis ini iaitu Ahli-ahli Yang Berhormat yang berikut telah mengangkat sumpah di luar Majlis Mesyuarat Dewan mengikut Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan pada tarikh yang dinyatakan seperti berikut:

5 Januari 2018

(i) YB Senator Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Lantikan baharu/ Lantikan Negeri Sabah).

16 Januari 2018

(i) YB Senator Datuk John Ambrose (Lantikan baharu/ Lantikan Agong)

(ii) YB Senator Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (Lantikan baharu/ Lantikan Agong)

19 Februari 2018

(i) YB Senator Dato’ Ong Chong Swen @ Ong Chong Siew (Lantikan baharu/ Lantikan Agong)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga mengambil kesempatan ini menyampaikan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa kerana dengan izinnya dapatlah kita bersidang semula pada hari ini setelah lebih kurang tiga bulan Dewan ditangguhkan. Persidangan pada kali ini mencatatkan satu lembaran sejarah di mana buat pertama kalinya Parlimen bersidang sehingga penggal keenam. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang membuktikan kesungguhan dan mempamerkan kepimpinan yang tinggi dengan kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat pada sesi kali ini.

Saya yakin usaha dan sikap kebertanggungjawaban ini dapat diteruskan dan akan memberi makna kepada mutu perdebatan di Dewan yang mulia ini.

Page 9: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

2 DN 26.3.2018

TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan kepada Majlis ini iaitu pada 5 Mac 2018, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Diraja dalam Majlis Parlimen. Saya telah menerima salinan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu, dan seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan Titah itu dibentangkan ke atas meja mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam Penyata Rasmi.

[Teks Titah Diraja boleh didapati dalam Penyata Rasmi Bil. 1/ DN-05032018]

MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat ,saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat Penggal yang lalu seperti berikut:

(i) Akta Pembekalan 2018;

(ii) Akta Kewangan (No.2) 2017;

(iii) Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017;

(iv) Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) (2017);

(v) Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017;

(vi) Akta Timbang Tara (Pindaan) 2017;

(vii) Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2017;

(viii) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017;

(ix) Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017;

(x) Akta Industri Pelancongan (Pindaan) 2017; dan

(xi) Akta Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 2017.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Sri Khairudin Samad minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, perancangan kerajaan dalam menangani isu berkaitan penyebaran maklumat dan berita palsu yang semakin berleluasa di Malaysia ketika ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia [Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersekali dengan empat pertanyaan lain daripada Ahli Yang Berhormat Senator seperti berikut kerana ia menyentuh isu yang sama dan berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Page 10: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 3

Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak: Soalan-soalan pada

26 Mac 2018 daripada Yang Berhormat Senator Puan Hajah Azizah binti Haji Harun, dan Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen; pada 27 Mac 2018, soalan Yang Berhormat Senator Dato' Shahanim binti Mohamad Yusoff, dan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak: Tuan Yang di-Pertua, penyebaran berita palsu ini merupakan isu global ekoran revolusi teknologi komunikasi yang berkembang pantas dan berterusan. Justeru, usaha mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan penyebaran maklumat adalah menjadi fokus kerajaan.

■1010

Bagi menjawab pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang bertanyakan mengenai tindakan pekerjaan ke atas golongan tertentu yang membuat tohmahan dan fitnah adalah ditekankan di sini bahawa tindakan-tindakan yang diambil pada waktu ini adalah strictly, dengan izin, berlandaskan kepada peruntukan undang-undang sedia ada. Tindakan-tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak SKMM adalah berasaskan aduan daripada masyarakat awam serta pihak yang terkesan dan berlandaskan lunas-lunas perundangan sedia ada. Sekiranya terdapat mana-mana pihak atau individu yang menyediakan dan memuat naik kandungan yang melanggar peruntukan undang-undang sedia ada, tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap pihak atau individu tersebut.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui SKMM akan terus memperkasa tindakan penguatkuasaan. Siasatan dan pendakwaan terhadap sebarang salah laku di media sosial dan internet amnya melalui Jawatankuasa Khas Jenayah Siber yang dianggotai pelbagai kementerian dan agensi. Berdasarkan analisa yang dijalankan oleh pihak SKMM, majoriti masyarakat Malaysia memperoleh berita tidak ditentu sah atau palsu daripada sumber WhatsApp 84 peratus, diikuti oleh Facebook 8 peratus, blog 4 peratus, dan lain-lain 4 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, penularan berita dan maklumat palsu juga berkait rapat dengan penggunaan akaun-akaun palsu. Sejak tahun 2017 hingga Februari 2018, sejumlah 45 Kertas Siasatan telah dibuka oleh SKMM. Bagi kes berkenaan dengan penyebaran berita palsu di pelbagai platform media sosial telah disiasat. Di mana empat kes telah dihadapkan ke mahkamah. Selain tindakan siasatan dan pendakwaan, SKMM juga telah mengambil tindakan terhadap 4,358 akaun palsu, dan 80 peratus daripada jumlah tersebut telah dipadam oleh penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana melanggar terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan terhadap 40 laman sesawang portal dan blog yang menyebarkan kandungan maklumat serta berita berunsur palsu.

Tuan Yang di-Pertua, pihak SKMM juga telah melancarkan portal sebenarnya.my bagi membolehkan orang awam menyemak berita dalam talian yang diragui kesahihannya. Portal tersebut mendapat tindak balas positif daripada masyarakat umum berdasarkan jumlah layaran sehingga kini telah mencapai lebih 25 juta layaran dengan purata hampir 2 juta layaran setiap bulan sejak pelancarannya pada 14 Mac 2017. Aplikasi portal sebenarnya.my di Android dan IOS di telefon pintar juga telah dilancarkan pada 23 Mac 2018 khusus untuk pengguna-pengguna yang cenderung menggunakan aplikasi laman sosial untuk menyemak kesahihan sebelum menyebarkan apa-apa maklumat.

Usaha akan terus digerakkan dengan penganjuran 28 siri jelajah kempen sebenarnya.my yang dirancang di seluruh negara bertujuan untuk mendekati masyarakat dalam memberi fahaman terhadap bahayanya penularan berita palsu selain memberi penjelasan mengenai fungsi portal sebenarnya.my. Analisis yang dijalankan melalui portal sebenarnya.my mendapati wujudnya peningkatan purata 10 peratus setiap suku tahun terhadap jumlah layaran portal. Peningkatan ini memberi indikasi positif wujudnya peningkatan kadar kesedaran di kalangan masyarakat awam Malaysia dalam membudayakan amalan menyemak, menganalisis dan menentu sahkan berita yang mereka terima khususnya melalui saluran-saluran yang credible. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Dato’ Sri Khairudin Samad.

Page 11: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

4 DN 26.3.2018

Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dengar satu jawapan yang panjang lebar. Cuma untuk tidak kami yang Ahli-ahli Dewan ini keliru dan apatah lagi rakyat di luar sana keliru, boleh tidak Yang Berhormat Menteri berikan contoh-contoh bagaimana sebenarnya berita-berita palsu ini supaya kita lebih memahami ataupun rakyat di luar sana lebih mengetahui supaya kita tidak membanjiri penjara dengan ditangkap kerana menyebarkan berita palsu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sudah tentulah nanti kerajaan juga akan membentangkan Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018 yang akan dibentangkan di peringkat Parlimen ini dan ia akan menjelaskan tentang soal berita tidak benar dan juga berita palsu selanjutnya.

Bagaimanapun, saya ingin memberi beberapa contoh berita palsu sebagai panduan kepada kita semua. Palsu contohnya, pemberian Kad Pengenalan kepada warga asing, warga Bangladesh untuk mengundi. Wujud pelbagai versi yang di kitar semula. Di viral semula dan tersebar sejak tahun 2017. Berita palsu ini tersebar semula ketika ini bagi mengelirukan masyarakat.

Kedua palsu, analisis ekonomi negara yang kononnya dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ini adalah berita palsu yang dikitar semula hampir setiap tahun dan muncul tersebar semula sekitar pembentangan bajet tahunan negara.

Palsu, berita kanak-kanan diculik, diseludup, dibunuh dan dicuri organ-organ. Berita palsu ini telah ditular sejak tahun 2014 dan ia telah ditokok tambah dan diolah kepada pelbagai versi penceritaan. Terbaru kononnya kes yang sama telah berlaku di Kudat, Sabah yang telah disahkan palsu oleh PDRM. Berita sebegini telah mengakibatkan suasana panik, kegusaran dan ketakutan di kalangan masyarakat khususnya ibu bapa.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat sama ada di WhatsApp ataupun di platform yang lain, kita lihat banyak hal yang seperti ini ditular dan sudah tentulah kita kena hati-hati. Tindakan boleh diambil kepada kita untuk menyebar maklumat-maklumat yang palsu seperti ini. Itulah sebabnya kerajaan mengambil serius hal seperti ini dan di mana ada kekangan di bawah bidang kuasa SKMM maka sudah tentu memerlukan kuasa undang-undang yang baru. Oleh sebab itu kerajaan telah mengambil keputusan untuk Membentangkan Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi kita sudah dengar sedikit insiden-insiden dan soalan tadi berkenaan dengan kriteria berita palsu. Soalan saya sedikit berbeza. Mungkin telah diputuskan. Kalau belum, saya cuma hendak tahu dari segi keanggotaan jawatankuasa yang akan menentukan mana satu palsu dan bukan palsu. Sama ada sudah ditetapkan keahlian jawatankuasa itu atau belum lagi.

Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak: Tuan Yang di-Pertua, kita tidak ada jawatankuasa untuk tujuan sedemikian. Biasanya jika kita ada mendapat maklumat-maklumat, kita ada jawatankuasa cyber-criminal. Di mana kita ada satu jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil-wakil kementerian yang berkenaan. Sudah tentulah kita semua maklum bahawa banyak undang-undang yang sedia ada. Undang-undang yang di bawah kementerian saya, begitu juga ada undang-undang anti fitnah dan juga Akta Hasutan. Undang-undang yang terbaru iaitu undang-undang yang berkaitan dengan Anti Berita Tidak Benar 2018.

Jadi kita kena melihat di mana satu undang-undang yang sesuai dan akhirnya juga ia terserah kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan mana seharusnya undang-undang yang akan diguna pakai dalam menjalankan tindakan ke atas sesiapa pun yang difikirkan telah menyebarkan berita-berita palsu.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Menteri, apakah tindakan yang mana setelah pelaku yang menyiarkan berita palsu muat turun dalam internet dan sebagainya, media sosial.

Page 12: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 5

Kemudian ditarik balik kerana bukti yang tidak cukup kukuh, adakah pihak

kementerian menyimpan data-data tertentu bagi memberi bukti yang kukuh untuk tindakan undang-undang selanjutnya?

Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak: Tuan Yang di-Pertua, sudah tentulah apabila kita mendapati ada sesuatu yang kita rasakan tindakan seharusnya diambil kita akan minta mereka berbuat demikian. Tindakan-tindakan susulan akan dikaji kesesuaiannya.

Kadangkala banyak masalah yang timbul Tuan Yang di-Pertua kerana di antara berita-berita ini dimulakan di platform di luar negara dan ditularkan oleh kita di peringkat negara kita di Malaysia. Ini menimbulkan kadangkala banyak masalah. Itulah sebabnya kita kena bekerjasama dengan pengendali platform di luar negara seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya untuk memaklumkan mereka tentang berita-berita yang telah dikemukakan, yang kita rasa adalah salah di segi undang-undang.

■1020

Akan tetapi kadangkala ia juga berbeza pendapat Tuan Yang di-Pertua, kerana kadangkala mereka melihat itu daripada perspektif yang berbeza pihak mereka dan pihak kita pula melihat daripada perspektif berbeza. Jika ini berlaku dan kadangkala ada di antara perkara ini tidak diturunkan oleh pihak yang berkenaan, tetapi kita alhamdulillah mempunyai kerjasama dengan baik dengan pihak-pihak ini untuk menentukan agar mereka menghormati undang-undang yang ada di negara kita Malaysia ini. Apa yang penting pada kita akhirnya ialah kesedaran rakyat Malaysia itu sendiri tentang bahayanya untuk menyebar maklumat-maklumat seperti ini kerana maklumat-maklumat ini mengakibatkan bukan sahaja kerajaan ia juga kepada rakyat biasa.

Banyak individu yang menjadi mangsa kepada berita palsu begitu juga kepada syarikat-syarikat perniagaan mereka juga telah menghadapi soal-soal seperti ini. Ada satu ketika di mana restorannya, seorang pengendali restoran telah diberitakan konon makanannya di situ ada masalah. Akhirnya ia mempunyai kerugian yang besar tetapi dibuktikan berita itu tidak betul ia telah menjejaskan perniagaannya. Apabila kita berbicara soal berita maklumat berita palsu ini, kadangkala kita jangan melihat daripada perspektif politik semata-mata sebabnya berita palsu ini yang mengakibatkan rakyat Malaysia keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim: [Bangun].

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Haji Abdullah, ini Yang Berhormat Menteri sudah beritahu bahawa sebarang undang-undang akan dikemukakan dan dalam perbahasan tersebut boleh bangkitkan banyak masalah. Tahniah kepada kementerian kerana akan mengemukakan rang undang-undang berkenaan dengan berita palsu. Yang Berhormat Dr. Zaiedi Haji Suhaili. Silakan.

2. Dr. Zaiedi Haji Suhaili minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sejauh mana persiapan dan kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras kegiatan perjudian dan pertaruhan wang yang melibatkan keputusan-keputusan pengundian menjelang Pilihanraya Umum Keempat Belas (PRU Ke-14) nanti.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Masir Kujat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam menangani kegiatan pertaruhan haram yang mungkin wujud melibatkan keputusan-keputusan pengundian menjelang Pilihanraya Umum Keempat Belas (PRU Ke-14) nanti, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dengan bantuan pihak Cawangan Khas akan memantau secara berterusan dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengekang kegiatan perjudian haram ini.

Polis Diraja Malaysia secara umumnya telah mengambil langkah pencegahan mengenai perkara ini dengan mengumpul maklumat-maklumat pertaruhan serta mengesan pihak-pihak tertentu yang mungkin disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian serta pertaruhan melibatkan keputusan-keputusan Pilihanraya Umum Keempat Belas (PRU Ke-14) yang akan diadakan tidak lama lagi. Pada pilihan raya umum yang lalu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah PDRM telah mewujudkan 40 team task force secara khusus dalam menangani isu gengsterisme dan juga perjudian haram dan akan mengambil pendekatan yang sama dalam Pilihanraya Umum Keempat Belas (PRU Ke-14) nanti.

Page 13: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

6 DN 26.3.2018

Sekiranya wujud aktiviti ini dalam Pilihanraya Umum Keempat Belas (PRU Ke-14),

pihak PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas dalam menangani isu kegiatan perjudian ini dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada di bawah Akta Pertaruhan 1953, dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Di samping itu tindakan POCA atau Akta Pencegahan Jenayah 1959 juga akan dilaksanakan sewajarnya sebagai alternatif dalam mengambil tindakan terhadap individu-individu, mahupun kumpulan serta penganjur yang terlibat dalam aktiviti negatif ini.

Selain itu daripada pihak PDRM juga telah menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan dan menyekat laman sesawang yang disyaki berunsurkan pertaruhan melibatkan keputusan pengundian Pilihanraya Umum Keempat Belas (PRU Ke-14) pada kali ini.

Kementerian juga menyeru masyarakat supaya menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis jika terdapat aktiviti perjudian melibatkan keputusan pilihan raya ini atau aktiviti perjudian yang lain. Kementerian juga menasihatkan supaya orang ramai menghindari aktiviti yang tidak sihat ini kerana aktiviti perjudian akan terus wujud jika ada pemainnya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Yang Berhormat soalan tambahan.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana kita ketahui bahawa kegiatan perjudian ini boleh melibatkan pihak-pihak di dalam negara kita sendiri mahupun mereka mempunyai kaitan dengan anasir-anasir dari luar negara yang juga terlibat dalam aktiviti perjudian haram yang mana mereka tujuannya adalah untuk mempengaruhi keputusan sesuatu pilihan raya sama ada di sesuatu kawasan ataupun beberapa kawasan dengan pertaruhannya saluran ini boleh berapa undi, siapa yang boleh menang dan sebagainya, berapa majoriti dan sebagainya.

Ini semua melibatkan pertaruhan sama ada dalam negara mahupun di luar negara. Soalan saya sejauh manakah kalau PDRM ada kerjasama dengan SKMM, sejauh manakah kerjasama Polis Diraja Malaysia dengan agensi-agensi kepolisian di peringkat antarabangsa bagi mengekang kegiatan-kegiatan seperti ini kerana kita tidak mahu kalau mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti perjudian akan berlakunya pengaliran wang masuk dari luar negara dan sejauh mana PDRM dapat mengekang barang ini dengan kerjasama pihak Bank Negara Malaysia kerana kita tidak mahu keputusan pilihan raya kita dipengaruhi dan dicemari oleh pertaruhan melalui perjudian seperti ini. Mohon penjelasan.

Dato’ Masir Kujat: Terima kasih Yang Berhormat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa unsur-unsur itu berlaku dan kita pun telah bersedia. Kita pun akan bekerjasama dengan SKMM seperti yang saya sebutkan tadi dan kita akan memantau semua gejala sosial atau media sosial yang terlibat seperti Facebook, Twitter, Instagram, WeChat dan lain-lain.

Selain itu juga kita memantau semua kegiatan ataupun mereka yang ada menggunakan online gambling misal kata. Jadi sudah tentu kita pun pihak KDN akan mencadangkan pindaan akta-akta yang telah lama wujud seperti Akta Rumah Terbuka, Akta Pertaruhan dan juga Akta Pertaruhan Pool untuk membanteras sekiranya berlaku unsur-unsur pertaruhan menjelang PRU Ke-14 nanti dan sekiranya Yang Berhormat ada mengesyaki ataupun ada kumpulan sindiket yang tertentu yang wujud di kawasan Yang Berhormat, bolehlah memberitahu polis yang berdekatan. Terima kasih.

Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail: [Bangun].

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada kementerian lari sedikit daripada soal perjudian tapi masih lagi dalam kerangka pilihan raya dan juga anggota polis.

Saya nak tanya kepada pihak kementerian menjelang pilihan raya ini, adakah kementerian bercadang ataupun telah ada satu mekanisme yang disebut sebagai insentif kepada anggota-anggota polis yang akan bertugas sepanjang pilihan raya terutamanya kepada anggota-anggota polis pasangan suami isteri yang saya nak spesific kan ini kepada child care.

Page 14: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 7

Maknanya apabila kedua ayah dan ibu dia terpaksa bekerja dalam kempen pilihan

raya sepanjang kempen itu, adakah KDN bercadang untuk memberikan insentif kepada mereka supaya sebab jiran saya berkongsi dengan saya dia terpaksa menabung untuk pilihan raya ini sebab dia nak hantar dua orang anak dia ke child care swasta ini kos dia terlalu tinggi.

Jadi, adakah Kementerian Dalam Negeri bercadang untuk memberikan insentif khas kepada anggota-anggota polis pasangan suami isteri yang terpaksa bekerja dalam kempen pilihan raya nanti. Jadi saya minta bantuan penjelasan daripada KDN.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri itu luar daripada soalan pokok terpulang kepada Yang Berhormat Menteri kalau nak jawab ataupun Yang Berhormat Senator boleh bangkitkan dalam Usul Titah Diraja.

Dato’ Masir Kujat: Tuan Yang di-Pertua, memang kita sudah ada cadangan untuk membayar allowance separuh daripada yang sepatutnya diterima selepas menjalankan tugas dan ini akan diberi sebagai allowance advance kepada polis yang bertugas di luar kawasan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas Umbul. Silakan.

3. Datuk Dr. Lucas Umbul minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah kerajaan dalam menangani isu peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat saban hari; dan

(b) bagaimana faktor penguatkuasaan yang lemah daripada agensi-agensi yang terlibat dapat dipertingkatkan supaya harga barangan runcit tidak terus meningkat.

■1030

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Henry Sum Agong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas Umbul di atas soalan.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersekali dengan lapan pertanyaan lain yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan pada hari ini; Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen, Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah, Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin, dan Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid pada 27 Mac 2018; dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rahemah binti Idris dan Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin pada 28 Mac 2018; dan yang terakhir Yang Berhormat Senator YBM. Engku Naimah binti Engku Taib pada 5 April 2018, kerana kesemua pertanyaan ini menyentuh perkara yang sama iaitu berkenaan kos sara hidup dan harga barang serta langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam menanganinya.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya peka dan prihatin terhadap isu-isu melibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat pada masa kini. Justeru pelbagai inisiatif dan program telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan isu peningkatan kos sara hidup rakyat ini dapat dikawal dan membantu meringankan beban rakyat. Seperti sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi pasaran terbuka di mana kuasa pasaran, atau market forces, memainkan peranan penting dalam penentuan harga barangan di samping pengaruh faktor-faktor dalaman dan luaran yang lain seperti kadar tukaran wang asing dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, bagi barangan keperluan asas seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras dan gas memasak LPG, kerajaan masih mengawal harganya supaya barang-barang tersebut dapat dijual di pasaran pada harga yang ditetapkan. Jumlah subsidi yang ditampung oleh kerajaan bagi tujuan ini sudah pun melebihi RM2 bilion setahun.

Page 15: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

8 DN 26.3.2018

Kementerian juga sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di

bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi memastikan peniaga tidak mengambil keuntungan secara berlebihan dan membekalkan barangan dengan harga yang berpatutan kepada pengguna.

Pada tahun ini penguatkuasaan dipertingkatkan melalui OPS Catut 3.0 serta Operasi Jaring yang dilaksanakan secara N-BOS bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang menyasarkan industri pemasaran ikan.

Pada masa yang sama, pelbagai inisiatif dan mekanisme lain dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada rakyat untuk berbelanja antaranya ialah:

(i) melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan pada musim-musim perayaan utama;

(ii) meneruskan program penyeragaman harga barang perlu bagi membolehkan rakyat di kawasan pedalaman memperoleh barang-barang keperluan pengguna seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, LPG, petrol RON95 dan diesel pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan;

(iii) menambah baik pelaksanaan Kedai Rakyat 1Malaysia melalui KR1M 2.0 yang lebih terbuka dan meluas di seluruh Malaysia;

(iv) mengehadkan kadar faedah maksimum bagi transaksi jualan kredit pada 15 peratus setahun berbanding sebelumnya yang mencecah sehingga 40 peratus setahun;

(v) mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi meningkatkan bekalan makanan melalui program-program seperti Program Stok Bekalan Makanan Negara , Program Jualan Ikan Segar Beku- Q'Fish dan sebagainya;

(vi) mewujudkan MyFarm Outlet dengan kerjasama MOA serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi membolehkan rakyat memperoleh barangan keperluan makanan pada harga yang berpatutan; dan

(vii) pelbagai lagi inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat.

KPDNKK juga melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sentiasa memastikan persaingan yang sihat di kalangan pemain industri melalui akta dan perundangan sedia ada bagi memastikan tidak berlaku kegiatan monopoli dan kartel yang memanipulasikan harga bagi menjaga kepentingan para pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, isu taraf hidup rakyat sememangnya menjadi perhatian dan agenda utama kerajaan. Justeru kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara untuk memberi tumpuan kepada pelaksanaan strategi dan pelan tindakan yang proaktif bagi membantu rakyat dengan lebih berkesan. Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ini melibatkan kerjasama strategik merentasi sektor awam dan swasta termasuk golongan ahli akademik, wakil-wakil industri serta pertubuhan bukan kerajaan NGO agar segala inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara holistik dan bersepadu. Struktur Majlis Tindakan Sara Hidup Negara akan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:

(i) Majlis Tertinggi;

(ii) Jawatankuasa Peringkat Eksekutif; dan

(iii) Jawatankuasa Kumpulan Kerja Kluster yang ditubuhkan berdasarkan isu dan keperluan untuk melancarkan pelaksanaan strategi serta pelan tindakan yang diputuskan di kedua-dua peringkat utama.

Buat peringkat awal ini, fokus diberikan kepada enam Jawatankuasa Kumpulan Kerja Kluster utama iaitu kluster makanan, perumahan, pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan utiliti.

Page 16: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 9

Setiap Jawatankuasa Kumpulan Kerja Kluster ini akan melibatkan pihak NGO, ahli

akademik serta wakil-wakil industri mengikut kepakaran, kemahiran dan kompetensi dalam menangani isu dan cabaran secara spesifik. Hasil serta outcome daripada perbincangan setiap enam Jawatankuasa Kumpulan Kerja Kluster akan dibentangkan di Mesyuarat Majlis Tindakan Peringkat Tertinggi dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan.

Selaras dengan matlamat sebagai caring Ministry, kementerian yakin usaha-usaha yang telah dinyatakan ini akan memberikan hasil yang baik seterusnya membolehkan rakyat menjalani kehidupan dengan baik dan selesa. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Saya ingat jawapan dia terlalu panjang lebar dan cukuplah. Yang Berhormat Dato' Shahanim binti Mohamad Yusoff.

■ 1040

4. Dato' Shahanim binti Mohamad Yusoff minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah pendekatan yang paling efektif diambil oleh kerajaan dalam menangani kes-kes kematian bayi akibat tertinggal di dalam kereta diberikan perhatian khusus, dan bagaimana kemalangan ini dapat dielakkan pada masa akan datang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian, Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin dan memandang serius mengenai isu kecuaian ibu bapa sehingga menyebabkan berlakunya kecederaan dan kemalangan malah lebih menyedihkan ada yang membawa kepada kehilangan nyawa kanak-kanak. Bagi kes ibu bapa terhadap kanak-kanak antara pendekatan yang diambil ialah seperti berikut:

(i) Pencegahan: Kementerian telah mengusahakan pendekatan pencegahan melalui pelaksanaan program advokasi bagi memantapkan lagi kesedaran awam khususnya, ibu bap atau penjaga mengenai isu ini. Adalah menjadi tanggungjawab utama ibu bapa dan penjaga dalam memastikan keselamatan anak-anak dan kerajaan akan terus meningkatkan kesedaran kepada masyarakat berkaitan perkara tersebut.

Oleh yang demikian, kementerian dengan kerjasama beberapa agensi lain, kita juga buat ala-ala N-BOS telah menjalankan beberapa program kesedaran awam termasuk mengenai isu ini. Antara program advokasi yang dijalankan serta memberi penekanan kepada isu ini adalah:

(i) kempen keselamatan kanak-kanak atau kita nama Sahabat Bijak, Safe and Protect

(ii) program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA).

(iii) kursus bagi ibu bapa, sekali skala kena buat kursus ini, Tuan Yang di-Pertua. Satu daripada kursus kita namakan Parenting @Work di mana kita hendak membalancekan tanggungjawab kita bekerja, berkerjaya. Akan tetapi juga tanggungjawab sangat penting sebagai keluarga atau ibu atau ayah. Ini kita banyak Insya-Allah akan membuat kerjasama bersama Kementerian Pendidikan sebab kes-kes ini kadang-kadang di persekitaran sesuatu tempat kerja.

(ii) Perundangan: Kementerian berpandangan bahawa dalam melaksanakan undang-undang berkaitan kes kecuaian terhadap kanak-kanak tindakan yang sesuai tetapi berperikemanusiaan perlu diambil ke atas ibu bapa atau penjaga yang cuai dan mengakibatkan kecederaan atau kematian kanak-kanak, walaupun ibu bapa ini telah dihukum dengan kecederaan atau kematian anak mereka.

Page 17: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

10 DN 26.3.2018

Ini bagi menekankan kepada masyarakat tentang tanggungjawab ibu bapa dan penjaga dalam memastikan keselamatan kanak-kanan sentiasa menjadi keutamaan dan mengurangkan alasan kelalaian. Kerajaan telah membuat pindaan terhadap perenggan sub seksyen 17(1)(C) Akta Kanak-kanak tahun 2001 dengan memasukkan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu telah bertindak secara cuai dalam menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak.

Ada beberapa yang ditanya apa agaknya saranan yang kita hendak buat. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa, ini sarana tetapi saranan saya juga mengalu-alukan mungkin lebih banyak lagi idea untuk kita fikirkan bersama. Kementerian berpendapat bahawa bagi menggelakkan kanak-kanak lemas atau meninggal dalam kenderaan beberapa perkongsian atau saranan boleh diambil oleh ibu bapa atau penjaga serta masyarakat:

(i) meletakkan kanak-kanak di kerusi khas dalam kenderaan. Meletakkan di atas kerusi khas khusus untuk bayi atau kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah;

(ii) letakkan di atas tempat duduk dan memakaikan tali pinggan keledar dengan kemas bagi anak-anak yang berumur sedikit.

Kanak-kanak tidak boleh diletakkan di bahagian tempat duduk belakang khususnya di belakang kerusi pemandu kerana ia adalah titik buta. Jadi jangan bubuh directly di belakang kita tetapi di belakang passenger. Menjadikan amalan untuk memeriksa semua ruang tempat duduk sebelum mengunci dan meninggalkan kenderaan. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua, sebut ini mudah, tetapi hendak melaksanakan dalam masa kita bergegas itu susah;

(iii) meletakkan barang-barang penting ibu bapa atau penjaga di bahagian belakang mengikut kesesuaian sama ada di atas kerusi atau diruang kaki penumpang seperti beg tangan beg kerja atau kunci pejabat sebab yang ini mesti kita ingat mesti kita akan kembali kepada kereta khususnya beg tangan, handphone dan sama juga sama bayi, kita bubuh dekat dengan barang penting. Meletakkan beg keperluan anak di tempat duduk bahagian hadapan bagi mengingatkan bahawa anak-anak ada di belakang, sebab tengok ini beg susu dia, beg lampin semua. Makna adalah baby di belakang;

(iv) menghantar pesanan kepada pasangan, pengasuh atau pihak sekolah bahawa kanak-kanak bersama anda dan minta untuk menelefon, mengingatkan semula khususnya apabila kanak-kanak tidak sampai pada waktunya.

Ini secara kebetulan Tuan Yang di-Pertua, semua kes-kes ini pengasuh yang call ibu bapa dan barulah mereka teringat bahawa bayi itu ada dalam kereta dan itu setelah empat jam, enam jam dan bila balik kepada kereta itu sudah lain dijumpa, badan yang kaku. Ini sedih sangat Tuan Yang di-Pertua; dan

(v) meletakkan tag atau label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar mengingatkan bahawa kanak-kanak berada bersama kita dalam kereta. Apa hendak buat Tuan Yang di-Pertua, kita kena bubuh tag kuning itu, bayi di belakang. I mean step macam ini, macam redundant macam ini, akan tetapi sangat penting. Jadi bagi kami di kementerian, insya-Allah kita akan uar-uar kan melalui televisyen, melalui media massa untuk sentiasa untuk mengingatkan jangan berlaku selalu sangat freak accident ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan saya saranannya juga di sini Tuan Yang di-Pertua, penglibatan PIBG, majikan, sama-samalah kita menyarankan supaya kita mengingatkan satu sama lain bahawa begitu pentingnya juga kita pastikan tidak ada kecuaian berlaku dan sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 18: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 11

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

mendengar dengan teliti Yang Berhormat Menteri menerangkan cara-cara anak-anak ini perlu diikat dan sebagainya. Forgotten baby syndrome ini, dengan izin, memang banyak berlaku di negara-negara khususnya di negara-negara barat juga berlaku. Saya mendapat maklumat dan juga membaca bahawa ada gajet-gajet tertentu yang direka khas kepada bayi-bayi yang ditinggalkan dalam kereta. Di Amerika contohnya ada satu gajet yang diletakkan di dalam kereta, every five minutes, gajet itu akan berbunyi “mummy mummy.”

Jadi maknanya, ia mengingatkan ibu yang membawa kereta tersebut. Apakah kerajaan bercadang untuk engage syarikat-syarikat seperti Eventflow dan sebagainya yang mengeluarkan gajet-gajet ini supaya dibawa ataupun kementerian sendiri membawa sendiri teknologi ini ke Malaysia supaya diedarkan dan diberi subsidi kepada ibu-ibu dan bapa-bapa, khsusnya hendak dekat pilihan raya ini terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah di mana betul namanya memang betul forgotten baby syndrome. Jadi terima kasih. Ini adalah juga yang kita usahakan di mana kita minta juga, kita minta syarikat-syarikat untuk sama-sama come on board, dengan izin, untuk memastikan bahawa perkara-perkara macam ini tidak berlaku, termasuk yang apa Yang Berhormat katakan dengan mengadakan apps, mengadakan gajet-gajet lain untuk kita mengingatkan.

Oleh sebab apa-apa pun Yang Berhormat, yang pentingnya kita ini menjadi begitu pelupa sangat ini. So macam mana hendak mengatasi? Sebab itulah saya sering menyatakan bahawa kita ada kursus-kursus, satu daripada kursus yang kita adakan adalah Parenting @Work, di mana kita cuba hendak mengimbangi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan juga selaku berkerjaya. Jadi ini juga macam mana kita nak balance supaya, kadang-kadang yang berlaku ini Yang Berhormat adalah keterlupaan yang sangat sehingga dia switch off, lupa ada anak dalam kereta.

■1050

Kadang-kadang yang berlaku ini Yang Berhormat adalah keterlupaan yang sangat- sehingga dia switch off, dia lupa ada anak dalam kereta, dia terus pergi kerja, selepas itu dia terlupa sehingga pengasuh itu yang call, ini yang berlaku kepada semua kes.

Statistik setelah menunjukkan Yang Berhormat tahun 2016, tetapi sebenarnya tidak banyak kes-kes ini, tetapi yang ada itu kita hendak uar-uarkan supaya jangan berlaku lagi. Pada tahun 2016 ada dua kes sahaja, tahun 2017 ada dua kes dan tahun 2018 ada satu kes dan saya harap hanya satu. Jadi, terima kasih Yang Berhormat kami akan- selepas itu kita akan memikirkan apa yang terbaik, subsidi atau apakah, nanti kita bincangkan bersama, khususnya dalam majlis-majlis yang diwujudkan di kementerian saya, terima kasih.

Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang saya kira agak detail tentang persoalan ini. Akan tetapi saya ingin bertanya tadi, Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa ada tindakan perundangan yang akan dikenakan kepada ibu dan bapa. Kita tahu bahawa, apabila insiden ini berlaku, ianya memberi kesan yang sangat stress kepada ibu dan bapa kerana ia satu musibah, sebab tidak ada ibu dan bapa yang hendak meninggalkan anak mereka dalam kereta.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kepada kementerian, pertama apakah tindakan memang akan diambil, maknanya Akta Kanak-kanak, seksyen 31 ini memang akan tetap dikenakan kepada ibu bapa yang memang sudah mengalami musibah dan berada di dalam keadaan tertekan dan sejauh manakah akta dan juga pendedahan juga sejauh manakah awareness among the parents yang mereka akan terikat dengan akta ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Fahariyah atas soalan ini sebab saya juga suka soalan ini bila ditanya macam ini Yang Berhormat. Sebab apa, kadang-kadang kami di dalam satu keadaan Tuan Yang di-Pertua, bila musibah berlaku, baru pula kehilangan pula anak yang disayangi, bukan sengaja tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya selaku wanita Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Menterinya juga ditanya, apa tindakan kementerian?

Page 19: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

12 DN 26.3.2018

Jadi oleh yang demikian, sambil kita mengucap takziah, sambil saya hantar

kaunselor untuk menenteramkan ibu atau ayah yang telah kehilangan seorang anak yang disayangi, saya Tuan Yang di-Pertua, dengan hati yang berat, kena juga mengingatkan bahawa kita ada undang-undang. Kita tidak boleh tidak berlaku adil kepada bayi yang telah meninggal itu. Jadi oleh yang demikian, saya membuat sesi kaunseling, emak memang trauma, beberapa siri kaunseling diperlukan, tindakan undang-undang tetap berjalan, polis menyiasat, dia masing-masing ini ada kategori. Peguam Negara akan mengambil tindakan di dalam proses pendakwaan. Itu kita tidak masuk campur, Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi undang-undang ada, undang-undang yang baru kami pinda ini pula sebenarnya berat. Pindaan yang kita buat terhadap seksyen 31, Akta Kanak-kanak tahun 2001, kita menaikkan penalti, bukan suka hendak menaikkan penalti Tuan Yang di-Pertua, tetapi ini supaya kita hendak mencegah jangan lagi berlaku, bermakna ada undang-undang yang serius, kita takut. Jadi, jikalau berlaku kecuaian oleh ibu bapa atau penjaga, akan disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM50,000 atau pemenjaraan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-dua dan sebagai tambahan kepada hukuman yang dinyatakan menjalankan perintah khidmat masyarakat tidak kurang daripada 36 jam dan tidak lebih daripada 240 jam, bermakna berat.

Jadi harapan kami macam ini, bila berat ini tidak terjadilah. Macam kita kata hukuman mati dan sebagainya, jadi itu kita akan semua takut. Jadi ini harapan Tuan Yang di-Pertua, bukanlah kami suka-suka hendak mengenakan hukuman yang berat, tetapi harapan kami tidak ada lagi kes berlaku. Jadi terima kasih, ini adalah yang dilakukan dan harapan kita bila kita uar-uarkan ini, harapan kita ia tidak akan berlaku. Itu saya katakan tadi tahun 2018, harapan saya hanya satu sahaja kes macam ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

5. Datuk Lim Pay Hen minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah statistik penyertaan masyarakat Malaysia dalam Kemudahan Caruman Pilihan Sendiri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut pecahan kaum dan umur terutamanya negeri Johor; dan

(b) langkah KWSP untuk mempromosikan Kemudahan Caruman Pilihan Sendiri sebagai satu alternatif pelaburan kepada masyarakat untuk dipertimbangkan apabila agihan dividen KWSP adalah tinggi dan lebih stabil berbanding pelaburan produk lain.

10.55 pg.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, bagi rakyat Malaysia yang bekerja sendiri atau di dalam sektor tidak formal dan yang tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap, mereka boleh membuat caruman kepada simpanan persaraan di KWSP secara sukarela di bawah Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia (SP1M).

Di bawah SP1M, pencarum atau ahli boleh mendapat sumbangan insentif daripada kerajaan dalam bentuk caruman padanan atau matching contributions, dengan izin, sebanyak 15 peratus setahun tertakluk kepada jumlah maksimum RM252 setahun yang dikreditkan ke dalam akaun satu kadar insentif ini adalah sehingga tahun 2022.

Setakat 31 Disember 2017, daripada seramai 93,227 ahli yang mendaftar di bawah SP1M, negeri Johor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 18,066 orang atau 19 peratus daripada jumlah ahli SP1M, diikuti oleh negeri Selangor seramai 13,541 orang dan negeri Pulau Pinang seramai 9,751 orang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pelbagai langkah dan inisiatif telah diambil oleh KWSP dalam meningkatkan kesedaran ahli khususnya dan rakyat Malaysia amnya berhubung kepentingan menyimpan untuk masa hadapan dan pengetahuan pengurusan kewangan.

Mulai tahun 2014, KWSP telah memperkenalkan khidmat nasihat persaraan atau Retirement Advisory Service (RAS) di mana ahli boleh mendapatkan nasihat dan bantuan berhubung simpanan KWSP dan perancangan persaraan secara percuma. Buat masa kini, perkhidmatan RAS boleh didapati di 18 buah cawangan KWSP di seluruh negara.

Page 20: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 13

KWSP juga telah mengambil pendekatan turun padang melalui program outreach di

mana anggota KWSP terlibat secara langsung dalam menyampaikan taklimat dan ceramah berhubung simpanan persaraan dan pengurusan kewangan di dalam program atau acara yang dianjurkan oleh KWSP sendiri dan juga oleh agensi dan jabatan kerajaan yang lain.

Melalui perkhidmatan RAS dan Program Outreach ini, bukan sahaja ahli KWSP malah rakyat Malaysia boleh berinteraksi secara terus dan bersemuka dengan anggota KWSP yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagi menerangkan kemudahan dan manfaat menyimpan di KWSP selain meningkatkan kesedaran dalam pengurusan kewangan. Terima kasih.

Datuk Lim Pay Hen: Terima kasih kepada jawapan kementerian yang menyeluruh tentang perkembangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah dimandatkan untuk melindungi dan menjaga hasil simpanan pencarum KWSP merupakan simpanan persaraan mereka nanti.

Bagi memenuhi mandat tersebut, KWSP telah mewujudkan Retirement Advisory Service (RAS) untuk membimbing semua pencarum KWSP mengenai hal-hal pengurusan dan pelaburan mereka.

■1100

Namun, terdapat sesetengah pencarum KWSP masih menjadi easy target, dengan izin, oleh sindiket penipuan atau skim cepat kaya atau Macau Scam. Maka soalan tambahan saya kepada kementerian ialah apakah program cerdik kewangan yang boleh saya lakukan bersama dengan masyarakat atau pemimpin tempatan untuk meluaskan mesej sindiket penipuan kepada komuniti setempat agar lebih berhati-hati mengenai sindiket penipuan atau pinjaman pelaburan? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua,

Tuan Yang di-Pertua: Rancangan kementerian.

Dato’ Lee Chee Leong: Ya. KWSP sememangnya bergiat aktif dalam program-program cerdik kewangan melalui jemputan-jemputan oleh jabatan atau organisasi di seluruh negara. Penglibatan KWSP di dalam program sebegini adalah melalui ceramah, taklimat ataupun penerangan kepada umum dan juga pembukaan booth. Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat boleh mengemukakan permintaan atau permohonan kepada pejabat dan cawangan KWSP yang berdekatan bagi menjemput anggota KWSP dalam memberikan taklimat dan penerangan berhubung dengan cerdik kewangan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan.

Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali kalau kita tengok dari segi skim ini memang satu skim yang baik. Walaupun dari segi penyertaan dan dari segi kesedaran masih belum ke tahap yang diingini. Soalan saya lebih fokus kepada rungutan daripada orang yang mencarum. Isunya kalau kita lihat sistem sekarang, kerajaan mengamalkan sistem accumulated credit iaitu dari Januari ke Jun, kemudian Julai ke Disember. Walaupun pencarum itu masuk tiap-tiap bulan, caruman kerajaan itu pula masuk setiap enam bulan sekali. Banyak rungutan yang kita terima ini, that caruman kerajaan itu lambat dibayar.

Contoh, I rasa- mungkin ini maklumat tidak betul, caruman dari Julai ke Disember tahun lepas sehingga sekarang belum lagi di carum. At least, sehingga last week lah. I tidak tahu. So, I mahu tahu kenapa. Satu, bolehkah kita tukar accumulated credit system kepada caruman setiap bulan? Kenapa lewat dari segi banking? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat.

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, saya memang tidak ada maklumat tentang ini. Saya akan jawab secara bertulis.

Page 21: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

14 DN 26.3.2018

6. Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta Perdana Menteri menyatakan, sama ada kerajaan telah mengenal pasti sebab-sebab penarafan Malaysia dalam Skor Indeks Persepsi Rasuah telah menurun ke tahap 62, tahap yang terendah sekali dalam 23 tahun, dan sama ada ia disebabkan oleh kegagalan untuk menyelesaikan skandal-skandal rasuah dan pendakwaan terpilih, seperti yang didakwa oleh Transparency International Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Wira Razali bin Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin yang bertarikh 2 April 2018 kerana ia berkaitan dengan hal yang sama.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat.

Datuk Wira Razali bin Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mengambil serius soal indicator yang dikeluarkan oleh Transparency International bagi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) ini sebagai garis panduan untuk memperbaiki kedudukan usaha kerajaan dalam mempertingkatkan tadbir urus pentadbiran negara. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia menduduki tangga ke-62 daripada 180 buah negara dalam CPI 2017 dengan skor sebanyak 47. Saya nyatakan jumlah skor ini kerana, skor merupakan indicator yang lebih utama berbanding hanya melihat kepada kedudukan ataupun ranking. Ia disebabkan jumlah negara yang dinilai dalam sesuatu tahun sentiasa berubah-ubah.

Sebagai contoh, pada tahun 2016 sebanyak 176 negara dinilai manakala tahun 2017 pula sebanyak 180 buah negara dinilai. Kalau kita lihat, dalam tahun 1997, hanya 52 buah negara sahaja yang dinilai.

Kedua, oleh sebab Indeks Persepsi Rasuah ini bukan indeks, dengan izin, time series, maka adalah tidak wajar untuk kita mengatakan bahawa kedudukan kita adalah pada tahap yang paling teruk kerana sebenarnya Malaysia pernah mencatatkan pencapaian CPI terendah pada tahun 2011 dengan skor 4.3 ataupun menyamai 43 dengan skala yang digunakan sekarang. Berbanding dengan laporan terkini bagi tahun 2017, yang menunjukkan pencapaian negara dalam CPI dengan skor 47 atau 4.7 jika kita menggunakan skala yang lama.

Ketiga, perolehan skor CPI juga berbeza mengikut negara bagi badan ataupun agensi penilai. Sebagai contoh, badan atau agensi penilai bagi negara kita berbanding negara lain tidak semestinya sama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarat dan kriteria bagi sesebuah negara untuk dinilai hendaklah dibuat oleh sekurang-kurangnya tiga badan atau agensi penilai antarabangsa. Bagi Malaysia, skor CPI bagi tahun 2017, diukur berdasarkan sembilan kajian antarabangsa yang lain seperti berikut:

(i) World Justice Project, (WJP) Rule of Law Index;

(ii) Institute for Management Development, World Competitiveness Yearbook;

(iii) Bertelsmann Stiftung's Transformation Index;

(iv) Political and Economic Risk Consultancy, Asian Intelligence;

(v) Political Risk Services International Country Risk Guide (ICRG);

(vi) Economist Intelligence Unit, Country Risk Ratings;

(vii) World Economic Forum, Executive Opinion Survey;

(viii) Global Insight, Country Risk Rating; and

(ix) Varieties of Democracy Project.

Berbanding bagi tahun 2016, badan penilai bagi Malaysia adalah sebanyak lapan badan. Justeru, suka saya tekankan bahawa, kemerosotan skor CPI tidak seharusnya dilihat berdasarkan aspek siasatan atau dakwaan kes rasuah semata-mata. CPI merangkumi aspek yang lebih meluas yang meliputi pelaksanaan sistem pentadbiran kerajaan berdasarkan prinsip dan amalan integriti serta tadbir urus yang baik bagi menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah.

Page 22: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 15

Justeru pemerkasaan integriti di kalangan sektor awam, swasta dan semua lapisan

masyarakat amatlah penting kerana maklumat tersebut dapat mempengaruhi persepsi masyarakat dalam dan di luar negara serta memberi impak terhadap prestasi dan kedudukan negara dalam indeks antarabangsa seperti Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transperancy International ini.

Tuan Yang di-Pertua, negara meletakkan sasaran skor 55 bagi CPI menjelang tahun 2020. Berikutan daripada prestasi ini, kerajaan akan meneruskan dan mempertingkatkan lagi usaha-usaha bagi menangani isu-isu utama yang telah dikenal pasti yang meliputi aspek integriti tadbir urus, accountability dan ketelusan dalam sistem pentadbiran kerajaan, sektor swasta dan institusi politik. Hal ini kerana masalah yang dikenal pasti dalam CPI perlu ditangani secara holistik meliputi pemberi, penerima dan ekosistem keseluruhan dalam sesebuah negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Saya akui kalau dari segi skor, 47 itu bukan yang paling terendah sekali dari segi sejarah. Walaupun tahap, 62 itu paling terendah dalam 23 tahun kebelakangan ini sejak dimulakan. Akan tetapi kalau kita tengok dari segi skor pun, kalau tidak salah dari tahun 2014 sehingga sekarang tiap-tiap tahun dia menurun 52, 50, 49 dan sekarang 47. Akan tetapi itu bukan isu saya. Isu saya ialah explanation yang diberikan oleh Presiden TI Malaysia, Dato' Akhbar Satar, di mana di dalam kenyataan itu dia mengakui dari segi tindakan SPRM, banyak agresif kalau kita tengok tangkapan SPRM dari tahun 2014 sehingga sekarang. Sudah meningkat lebih kurang 500 peratus.

Akan tetapi penjelasan yang diberikan oleh TI International yang saya mahu pendapat dari kementerian ada dua, sebab yang diberikan untuk low rating Malaysia. Satu, dia cakap kegagalan Malaysia untuk menyelesaikan dia pakai perkataan major scandal. Satu, kegagalan untuk menyelesaikan major scandal. Sebab yang kedua ialah, Jabatan Peguam Negara mengamalkan pendakwaan terpilih atau selective prosecution. Saya mahu tahu apakah pendirian kementerian? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Wira Razali bin Ibrahim: Terima kasih perlu saya respons begini ya. Nombor satu, kita kena ingat responden ataupun agensi yang diambil pandangan oleh badan penilai ini semua masyarakat antarabangsa. Itu yang pertama, kita kena ingat ya. Dalam pandangan TI Malaysia juga mengatakan bahawa kes yang dirujuk itu sebagai contoh FELDA.

■1110

Ini adalah pandangan beliau kerana masa survey dibuat, kes FELDA belum- tanah Semarak itu belum keluar. Jadi persepsi ini perlu kita faham contoh katakan orang kata CPI dia menurun kerana kes Pulau Pinang. Kes Pulau Pinang pun belum ada waktu itu- mungkin pernah dengar.

Jadi pandangan dia ini kita kena ambil sebagai persepsi yang mungkin boleh menyumbang Yang Berhormat, itu yang pertama. Ini sebab kalau kita tengok dalam survey yang dibuat ini saya percaya kita semua akan bersetuju. World Economic Forum tidak akan melihat tentang siasatan kes rasuah, World Economic Forum juga tidak akan melihat tentang pendakwaan kes rasuah. Oleh sebab itu dalam menentukan tahap ini syarikat-syarikat luar, responden-responden luar akan memberi pandangan untuk melihat bahawa sesebuah negara itu berpotensi berlaku rasuah yang tinggi atau tidak, itu yang mustahak kita dengar.

Akan tetapi Yang Berhormat- ini yang mustahak untuk kita kongsi di luar juga, jangan cerita fasal itu sahaja. Saya hendak beri pandangan begini- dalam laporan yang sama tahun 2017, negara kita berjaya memperbaiki kedudukan doing business, meningkat daripada- kita duduk nombor 25 kepada 23- Global Competitiveness Index, daya saing Malaysia meningkat.

Maknanya orang luar memberi pengiktirafan kepada kita daripada kedudukan 25 naik 23. Laporan Doing Business, Malaysia menduduki nombor 24. Kita lebih baik daripada Jepun yang duduk nombor 34. Walaupun Jepun CPI lebih tinggi dari kita. Termasuk juga satu statistik yang perlu kita kongsi, foreign direct investment kita duduk lebih baik daripada New Zealand dan Denmark. New Zealand nombor 1 dalam CPI, Denmark nombor 2 tetapi foreign direct investment kita lebih baik daripada dua negara tersebut.

Page 23: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

16 DN 26.3.2018

Apa maksudnya? Maksudnya negara luar masih lagi berlumba-lumba untuk datang

melabur ke negara kita. Itu sebab bila saya jawab tadi, kerajaan serius melihat kepada indeks yang keluar untuk memperbaiki kedudukan. Namun begitu kita juga kena berlaku adil dengan pencapaian-pencapaian baik negara di samping cuba menyelesaikan masalah corruption ataupun siasatan dan dakwaan.

Dia ada dua Yang Berhormat, satu kita cerita fasal persepsi indeks rasuah. Kedua, perlakuan rasuah yang SRPM merupakan agensi pelaksana kepada kes-kes yang dinyatakan. Saya bagi itu dahulu Yang Berhormat, ya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan.

7. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) sejauh manakah Malaysia masih menjadi pilihan pelabur asing untuk melabur di negara ini; dan

(b) cara untuk meningkatkan produktiviti negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Seri Ahmad bin Haji Maslan]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Negaraku 1Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka. Ini dapat dilihat melalui polisi keterbukaan dan usaha berterusan kerajaan dalam meraih pelaburan asing yang berkualiti di mana ia akan dapat memberi manfaat kepada rakyat melalui limpahan ekonomi dan juga pewujudan peluang perniagaan serta pekerjaan bernilai tinggi.

Pelaburan asing yang sudah diluluskan oleh kerajaan adalah sebanyak RM460.3 bilion dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh tahun 2009 hingga tahun 2017. Dalam tempoh tersebut, sektor perkilangan menyumbang jumlah kelulusan pelaburan asing yang tertinggi sebanyak RM247.3 bilion merangkumi 53.7 peratus dari jumlah pelaburan asing yang diluluskan berbanding sektor perkhidmatan iaitu RM143.9 bilion dan sektor utama iaitu RM69.1 bilion.

Malaysia diiktiraf di tempat keempat sebagai destinasi pilihan pelaburan bagi tahun 2018 oleh US News mendahului negara-negara lain seperti Singapura, Thailand, Australia, India dan Belanda dalam senarai 20 negara, dengan izin, Best Countries to Invest In.

US News merupakan majalah mingguan yang diterbitkan sejak tahun 1993 dan kini adalah penerbitan berasaskan web. US News adalah berpandukan kepada empat faktor yang telah dikenal pasti dalam laporan Bank Dunia untuk menjadi negara pilihan pelaburan yang layak iaitu penduduk, persekitaran, hubungan dan rangka kerja negara yang mendorong individu dan syarikat untuk melabur dalam sumber asli, pasaran, teknologi atau jenama berasal dari negara tersebut.

Strategi pelaburan yang pragmatik juga diamalkan oleh kerajaan di mana sumber-sumber pelaburan asing baharu diterokai sementara sumber-sumber pelaburan asing tradisi terus dikekalkan. Usaha berterusan kerajaan ini telah menjadikan Malaysia sebagai lokasi kepada hampir 3,000 syarikat asing daripada lebih 40 buah negara.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan produktiviti negara. Usaha ini terserlah apabila laporan World Competitiveness Yearbook 2017 mendapati produktiviti pekerja Malaysia berada di kedudukan keenam di kalangan negara Asia di hadapan Thailand, China, Indonesia, dan Filipina dengan mencatatkan peningkatan dalam produktiviti sebanyak RM227,217 kepada RM238,297.

Dalam memastikan momentum peningkatan produktiviti negara, kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut:

(i) melancarkan serta melaksanakan blueprint produktiviti Malaysia;

Page 24: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 17

(ii) mengguna pakai pendekatan baharu iaitu Nexus Productivity;

(iii) penekanan kepada struktur tenaga kerja supaya pekerja lebih berkemahiran dan berpendapatan tinggi;

(iv) pengukuhan dan kesiapsiagaan industri untuk mengguna pakai Industri 4.0;

(v) program perkongsian amalan terbaik dijalankan supaya dapat mengukuhkan kedudukan nilai tambah industri dalam rantaian nilai dan menjimatkan kos operasi;

(vi) amalan baik peraturan, dengan izin, Good Regulatory Practices; dan

(vii) program intervensi peningkatan produktiviti dijalankan bersama organisasi bagi membantu organisasi meningkatkan kecekapan, pembangunan, pengetahuan dan kemahiran.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat.

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Jawapan cukup precise, tidak ada apa hendak tanya.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah, silakan.

8. Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan, berapa banyak kerajaan memperuntukkan geran kepada MARDI bagi menjalankan penyelidikan berhubung dengan kesuburan tanah pertanian khususnya tanaman padi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Bagi menjawab soalan yang dikemukakan berhubung dengan berapa peruntukan yang telah diberi oleh kerajaan kepada MARDI bagi menjalankan penyelidikan berhubung dengan kesuburan tanah pertanian khususnya kawasan sawah padi.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, MARDI telah diperuntukkan sebanyak RM3.82 juta bagi membangunkan dan penyelidikan berkaitan dengan kesuburan tanah. Daripada RM3.82 juta ini, Tuan Yang di-Pertua sebanyak RM2.8 juta diperuntukkan bagi aktiviti kajian nutrient specific dan sebanyak RM960,000 untuk kajian di bawah projek soil profiling. Soil profiling ini untuk pengesyoran baja kawasan tanaman padi. Terakhir, yang ketiga ialah kajian berhubung dengan baja pintar- membangunkan jenis baja pintar sebanyak 90,000. Inilah tiga aktiviti yang butirannya panjang kalau saya hendak cerita. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri, silakan Yang Berhormat.

Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya kampung saya di dalam kawasan MADA, dan saya sendiri mempunyai bendang dan bila saya pulang ke kampung Yang Berhormat Menteri, terdapat baja-baja di bawah rumah yang tidak dipakai dan baja ini daripada saya sekolah dulu sampai sekarang baja yang sama.

Soalan saya berhubung dengan tanah ini, apakah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ada perancangan untuk mengkaji semula baja-baja yang diberikan. Contoh di bawah SIPP dan sebagainya. Ini kerana tanah di MADA dan tanah di Sekinchan contohnya berbeza Yang Berhormat Menteri. Jadi apakah baja yang akan diberikan ini baja yang sama ataupun baja yang berbeza yang dibuat kajian oleh MARDI?

Page 25: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

18 DN 26.3.2018

■1120

Sekiranya MARDI membuat kajian begini, apakah syarikat-syarikat yang akan supply baja ini juga syarikat yang berbeza? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya sudah sebutkan tiga perkara tadi. Sebenarnya itu sudah menjawab pertanyaan Yang Berhormat iaitu kita membuat kajian soil profiling ini untuk menentukan keadaan tanah, mendapat data-data berhubung dengan tanah itu dan juga membangunkan baja melalui formulasi baja pintar sebagaimana saya sebutkan tadi dan baja-baja yang sesuai dengan tanah di kawasan persawahan itulah yang akan dibekalkan.

Tadi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat yang berlaku sudah-sudah itu pengalaman kitalah. Sebenarnya saya pun bersetuju. Jadi masa ke hadapan ini, kita hendak menambah baik lagi tanah-tanah sawah kita ini supaya dapat menghasilkan hasil yang lebih tinggi dan dengan itu meningkatkan pendapatan petani. Sekian, terima kasih.

9. Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta Perdana Menteri menyatakan, apakah perlunya sistem e-Lelong di negara ini sedangkan semua juru lelong bertauliah sedang melaksanakan tanggungjawab mereka secara efisien. Adakah sistem e-Lelong ini akan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat yang dilantik oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan. Tidak ada? Soalan Nombor 9, tidak ada Menteri hendak jawab?

[Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Wira Razali bin Ibrahim) memasuki Dewan Negara]

Yang Berhormat Menteri pergi bathroom?

Datuk Wira Razali bin Ibrahim: Ya. Tadi Yang Berhormat Chandra kejutkan saya sampai terkeluar pergi bilik air... [Ketawa]

Tidak ada. Saya pergi minta maklumat jawapan nombor 9 ya.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Wira Razali bin Ibrahim: Minta maaf saya.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa kini proses lelong awam harta tak alih di Mahkamah Tinggi dijalankan secara manual melibatkan pelbagai pihak iaitu pegawai mahkamah, pembida, pelelong berlesen dan institusi kewangan yang diwakili oleh peguam masing-masing. Berdasarkan kajian yang dijalankan dan maklum balas yang diterima oleh pihak mahkamah, proses lelong awam secara manual ini mempunyai kelemahan, antaranya:

(i) keperluan pembida untuk hadir sendiri ke mahkamah untuk membida akan membuka ruang dan peluang bagi campur tangan dan gangguan daripada pihak ketiga;

(ii) kurangnya maklumat berkaitan prosiding lelongan awam menyebabkan kurangnya penyertaan pembida dalam sesi lelongan. Ini kerana disebabkan hebahan yang terhad dan medium pengiklanan secara konvensional; dan

(iii) perbezaan Enakmen Negeri berkaitan jumlah komisen yang layak diterima oleh pelelong turut menimbulkan banyak rungutan daripada pelelong.

Justeru, salah satu objektif pembangunan sistem e-Lelong adalah untuk meningkatkan ketelusan dan efficiency proses bidaan lelong awam di Mahkamah Tinggi. Sistem e-Lelong adalah merupakan inisiatif transformasi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan ia merupakan kesinambungan perkhidmatan secara dalam talian yang diperkenalkan oleh mahkamah sejak tahun 2011. Ia adalah selaras dengan pelan ke arah kerajaan digital bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada segenap lapisan masyarakat.

Page 26: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 19

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, projek perintis sistem e-Lelong telah

dimulakan di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 1 Jun 2017. Pusat Operasi e-Lelong (POeL) juga telah ditubuhkan pada 1 Jun 2017 di Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang bertujuan untuk menyeragamkan, memusatkan dan menyelia segala aktiviti dan proses bidaan secara e-Lelong bagi kesemua lelongan awam hak harta tak alih di Semenanjung Malaysia. Segala transaksi lelong awam secara dalam talian ini akan dikendalikan dan dipantau sepenuhnya oleh pegawai mahkamah yang bertugas di POeL dan bukannya diuruskan oleh syarikat yang dilantik oleh kerajaan.

Antara tugas-tugas yang dilaksanakan oleh pegawai mahkamah di POeL merangkumi urusan pra, semasa dan pasca lelong awam seperti mana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Bagi urusan pra lelong, pegawai mahkamah di POeL akan menerbitkan kes-kes lelong di dalam sistem e-Lelong, meluluskan pendaftar pembida serta menentukan pembida yang layak yakni yang telah membayar deposit untuk menyertai sesi lelong awam di dalam sistem e-Lelong tersebut.

Bagi urusan semasa lelong awam, pegawai mahkamah POeL akan memantau dan memastikan proses lelongan awam di setiap lokasi berjalan lancar. Manakala bagi tugas pasca lelong, pegawai mahkamah di POeL akan memastikan memorandum jualan dijana terus selesai sesi lelongan awam, mengendalikan urusan pemulangan dan penyerahan deposit pembida serta memproses Sijil Perakuan Jualan yakni Borang 16F Kanun Tanah Negara.

Tuan Yang di-Pertua, PKNP pada setiap masa sentiasa mengiktiraf bantuan pelelong berlesen yang telah banyak membantu mahkamah sebelum ini. Namun sejajar dengan pemodenan teknologi digital, maka pelaksanaan sistem e-Lelong adalah satu keperluan demi kepentingan rakyat dan negara keseluruhannya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelelong berlesen masih boleh memainkan peranan dan membantu untuk mengendalikan kes lelong awam harta tak alih di mahkamah bagi kes-kes yang tidak tertakluk di Bahagian 16 seksyen 256 hingga 269 Kanun Tanah Negara dan Aturan 83 (Kaedah-kaedah Mahkamah) 2012. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan soalan tambahan.

Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram: Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, kenapa kerajaan tidak memperkenalkan sistem lelongan secara hibrid di mana pembida yang terlibat dalam aktiviti- pembida mempunyai pilihan sama ada menggunakan sistem e-Lelong atau perkhidmatan jurulelong yang bertauliah? Terima kasih.

Datuk Wira Razali bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya nyatakan tadi, apa yang dijalankan buat masa ini hanya dibuat di Mahkamah Tinggi Kuantan, sebagai perintis bagi kita melihat apa yang lebih baik. Oleh sebab itu kalau boleh saya kongsi perkara yang dilelong, ataupun barang yang dilelong di Mahkamah Tinggi Kuantan turut mendapat respons daripada pembida di Selangor, Johor- kalau ada statistik saya boleh baca di sini. Kita dapat jumlah pendaftaran, sebelum membida, pendaftaran:

Negeri (Pembida) Jumlah (Orang)

Selangor 75

Pahang 68

Wilayah Persekutuan 40

Johor 23

Pulau Pinang 14

Perak 10

Negeri Sembilan 7

Wilayah Persekutuan Putrajaya 6

Melaka 5

Kedah 5

Terengganu 2

Kelantan 2

Sabah 1

Page 27: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

20 DN 26.3.2018

Berdasarkan jadual- maksudnya, walaupun lelongan dibuat di Pahang, ia dapat capaian yang lebih luas.

Saya percaya pandangan Yang Berhormat itu mungkin boleh kita ambil pertimbangan tetapi buat masa ini, kita berhasrat untuk mengembangkan e-Lelong ini kepada semua Mahkamah Tinggi di seluruh negara. Akan tetapi daripada penemuan-penemuan awal program perintis di Mahkamah Tinggi Kuantan ini menunjukkan bahawa ia dapat memberi pelbagai bentuk kesan baik kepada e-Lelong ini.

Namun begitu, ia masih dalam peringkat perintis dan mungkin pandangan Yang Berhormat itu boleh kita tengok terutama daripada segi perundangan. Kalau ada pilihan seperti yang dicadangkan, sudah tentu ada perundangan yang perlu kita lihat Yang Berhormat. Terima kasih.

10. Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi menggalakkan golongan muda menjadi tenaga aktif dalam pembangunan luar bandar sekali gus mengurangkan penghijrahan mereka ke bandar.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hamzah yang mengemukakan soalan. Terima kasihlah sempat soal yang kesepuluh, yang terakhir.

Tuan Yang di-Pertua, kita memang menyedari hakikat bahawasanya masalah penghijrahan belia-belia luar bandar ke kawasan bandar ini adalah suatu perkara yang perlu dilihat dan diambil tanggungjawab bersama.

■1130

Menyedari hakikat ini pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengambil beberapa langkah untuk turut sama membendung dalam usaha memberi peluang kepada belia-belia luar bandar, agar mereka dapat terus berada di kawasan luar bandar menjalankan usaha-usaha bagi memastikan mereka juga mendapat peluang yang sewajarnya sesuai dengan perkembangan ekonomi negara yang ada pada hari ini. Antara langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian ialah seperti mewujudkan program Mobileprenuer yang mana untuk makluman Yang Berhormat pada tahun 2017 seramai 3 ribu orang peserta terlibat dengan program ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta. Manakala pada awal tahun 2018 kita telah melipat gandakan usaha untuk memastikan lebih ramai belia yang terlibat di dalam program ini.

Untuk 2018, setakat ini kita telah menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta yang akan melibatkan 1,000 peserta. Kalau kita berjaya mewujudkan 1,000 peserta, bererti daripada mula pelancaran kita, kita akan dapat mensasarkan 3,500 orang peserta yang terlibat dengan Mobilepreneur ini.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, Program RBC- Rural Business Challenge yang kita anjurkan seperti program realiti TV, Mencari CEO. Seramai 27 peserta telah berjaya kita hasilkan setakat ini yang mana peruntukan berjumlah RM4.5 juta telah disediakan dan pemenang utama bagi program ini ialah geran perniagaan sehingga RM1 juta. Manakala peruntukan untuk tahun 2018 ialah sebanyak RM15 juta. Makna kita akan pertingkatkan lagi program ini.

Selain daripada itu, bagi usahawan-usahawan luar bandar yang mendapat kemudahan pinjaman daripada pihak kementerian yang kita wujudkan di bawah agensi-agensi kita seperti contoh Tuan Yang di-Pertua, program-program penambahan pendapatan di bawah agensi seperti RISDA dan juga FELCRA. Ia tidak juga tertakluk kepada pekebun-pekebun kecil sahaja tetapi anak-anak kepada pekebun kecil juga boleh kita bantu di bawah program ini. Seperti kemudahan perniagaan dalam talian, DesaMall@OnlineKKLW. Program ini sebanyak 230 usahawan luar bandar telah dipilih untuk mengikuti latihan secara percuma yang telah dikendalikan oleh 11th Street. Kementerian mensasarkan sebanyak 500 hingga 1,000 usahawan luar bandar yang mula berniaga secara dalam talian ini sehingga tahun 2018.

Page 28: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 21

Seperti yang sebut Tuan Yang di-Pertua, pinjaman kepada usahawan luar bandar bermula daripada RM20 ribu sehingga RM500 ribu, kita menyediakan kemudahan di bawah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa kita panggil ataupun SPED. Sepanjang tempoh pelaksanaan SPED daripada tahun 2001 sehingga sekarang, seramai 3,796 orang usahawan bumiputera luar bandar telah diluluskan dengan nilai berjumlah RM382.4 juta.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pelbagai program yang telah kita laksanakan ini adalah ia salah satu daripada tujuan kita untuk memastikan bahawasanya usahawan-usahawan tergolong daripada golongan belia kawasan luar bandar ini mampu untuk berdaya saing dan memenuhi pasaran setempat dan kita yakin bahawasanya sekiranya kerajaan yang memerintah pada hari ini, Barisan Nasional terus diberi mandat, saya yakin program-program ini dapat dipertingkatkan lagi, sekali gus kita dapat memberi peluang kepada belia luar bandar untuk merapatkan kembali jurang antara belia bandar dengan belia luar bandar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk soalan jawapan lisan tamat.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

JALAN-JALAN MASUK KE PARLIMEN

11.35 pagi

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Masir Kujat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan suatu usul seperti berikut:

“Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Negara yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini. Jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan dan supaya jangan ada huru-hara di bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini dan Setiausaha Dewan Negara hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu.”

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang menyokong.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub]: Saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah satu Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri seperti yang telah dibacakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Page 29: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

22 DN 26.3.2018

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Tuan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat Dato’ Sri Khairudin Samad mencadangkan, Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

11.37 pagi

Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong doa]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera dan salam negaraku, Malaysia pada hadirin, hadirat sekalian. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, demikian bunyinya,

“Ampun tuanku,

Patik Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Keenam, Parlimen Yang Ketiga Belas.”

Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sewaktu pembukaan Penggal Keenam, Mesyuarat Ketiga Belas. Saya memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT dan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut sama dalam perbahasan Usul Titah Tuanku pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan Yang Berhormat.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan merujuk kepada Para 5, Titah Tuanku bahawa kerajaan telah pun menubuhkan satu Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi merangka program bersesuaian yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban rakyat. Yang pertama saya ingin bertanya kepada kementerian terutama sekali Kementerian Kewangan, apakah ada arahan-arahan tertentu kepada pegawai-pegawai di Lembaga Hasil Dalam Negeri ataupun mana-mana sekalipun kerana akhir-akhir ini kita melihat pemberian BR1M ini ada masalah daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

■1140

Ada rakyat yang di luar sana memberitahu kita bahawa sekarang ini setelah beberapa tahun mereka menerima bantuan BR1M, sekarang ini, pada tahun ini, waktu hendak masukkan duit ke dalam akaun, ada pula soalan pengesahan surat nikah. Anak sudah lima, anak sudah sepuluh. Baru sekarang hendak tanya surat nikah. Adakah perkara ini berlaku oleh kerana satu sabotaj ataupun satu perkara yang tidak diduga ataupun sebelum ini tidak ada arahan-arahan itu, baru sekarang ada arahan daripada kementerian supaya pegawai kena ambil data-data yang lain.

Saya difahamkan bukan setakat anak saja. Macam-macam lagi soalan. Seolah-olah hendak menyekat daripada pemberian BR1M ini kepada orang yang perlu. Jadi kalau kita mempunyai satu majlis tindakan untuk membantu rakyat, dalam masa yang sama yang sedang diberikan ini pun kita hendak...

Dr. Ariffin bin S. M. Omar: Minta laluan, Yang Berhormat.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Ya.

Page 30: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 23

Dr. Ariffin bin S. M. Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya

sokong BR1M kerana pada masa sekarang rakyat memang menghadapi bebanan. Akan tetapi saya hendak tahu siapa pula yang hendak sabotaj pemberian BR1M? Bolehkah sedikit keterangan diberi tentang perkara ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, tadi yang cakap jikalau ada, bukan ada.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Saya pun tidak tahu. Itu yang saya tanya. Saya menuju ini kepada Menteri daripada Kementerian Kewangan supaya menyatakan apa dia yang sebenarnya yang berlaku sama ada, ada perkara-perkara yang tidak diingini ataupun disengajakan ataupun memang arahan. Saya hendak tahu juga. Sebab perkara ini berlaku. Saya difahamkan banyak yang bising di luar sana kerana tahun ini ada sahaja masalah dan mereka tidak terima. Kita bercakap ini kerana membela rakyat tetapi dalam masa yang sama kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Jadi saya minta Menteri jawab nanti, boleh Yang Berhormat pun bantu saya untuk tanya Menteri apa dia sebenarnya yang berlaku.

BR1M ini memanglah kita pun tahu, semua orang dapat. Semua dapat tidak kira golongan mana sekalipun bangsa, agama, semua menerimanya. Kebanyakannyalah termasuklah rakan-rakan kita, mantan Ahli Dewan Negara yang dapat pencen RM2,000 sebulan. Mereka pun beratur ambil BR1M. Akan tetapi kalau sekarang kalau ada sekatan supaya mereka ini tidak boleh diterima, saya pun kesian juga kepada rakan-rakan kita terutama sekali mantan-mantan Ahli Dewan Negara ini yang juga menjadi Ahli Majlis Senator Malaysia. Saya pun kesian kepada mereka. Jadi kita bercakap soal penerimaan ini. Jadi yang ini saya ingat Yang Berhormat bersetujulah.

Kemudian...

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Mohon mencelah Yang Berhormat.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Ya.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, semasa Yang Berhormat bercakap rupanya ada orang kampung yang mendengar dan mereka terus WhatsApp kepada saya menyatakan bahawa masih ramai lagi yang tidak mendapat bayaran BR1M ini. BR1M ini bagi orang kampung satu perkara yang amat-amat mereka memerlukan. Ada yang bagi tahu bil air, bil yang tertunggak memang menunggu bayaran daripada BR1M. Jadi kalau inilah. Tadi Yang Berhormat kata kemungkinan ada sabotaj, saya pun hendak cakap juga kemungkinan ada sabotaj kerana lambat bayar ini. Mungkin namanya tidak dimasukkan, namanya dikeluarkan. Kita pun tidak tahu. Maklumlah dekat hendak pilihan raya ini. Banyak elemen-elemen sabotaj yang boleh berlaku.

Jadi saya juga hendak tumpang bertanya dengan Yang Berhormat Dato’ Sri, apakah yang melambatkan pembayaran sedangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata bayar, bayar, bayar segera. Jadi itu soalan saya kepada Yang Berhormat Dato’ Sri. Bukan Dato’ Sri ini, Dato’ Sri Yang Amat Berhormat. Terima kasih.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Memang saya pun tidak ada jawapan, Tuan Yang di-Pertua. Saya pun memberi soalan juga. Memang saya bersetuju. Bukan nama terkeluar sahaja. Ada yang data-data yang diperlukan sekarang. Orang sudah terima misalnya, Tan Sri Rahim, mantan Presiden kita beratur terima BR1M sekarang. Dia sudah terima beberapa tahun tetapi tahun ini tidak boleh sebab daftar pernikahan walaupun isteri telah Almarhum, hendak minta daftar pernikahan. Apa dia yang sebenarnya yang menjadi masalah. Kita hendak tanya yang ini kepada Yang Amat Berhormat Menteri kewangan supaya kita mendapat penjelasan yang sepenuhnya kerana kita tahu arahan diberikan tetapi ada perkara-perkara yang menjadi masalah.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh tentang pengangkutan awam dan berkali-kali juga saya sebut dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan kenderaan-kenderaan berat yang mengganggu lalu lintas pada waktu pagi ataupun waktu petang.

Page 31: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

24 DN 26.3.2018

Pertama, pengangkutan awam ini. Soal kenderaan berat ini. Saya tinggal di Kajang,

tidak jauh. Lebih kurang 35 hingga 40 kilometer ke Dewan Parlimen ini. Oleh kerana saya tinggal 40 kilometer tidak jauh mana, Tuan Yang di-Pertua, setengah jam sahaja boleh sampai, tetapi pagi ini satu jam setengah. Saya minta supaya Parlimen memberikan saya tempat penginapan di Kuala Lumpur agar saya senang datang.

Akan tetapi kali ini saya dapat bilik mulai hari ini. Jadi pagi tadi saya tidak akan hendak bayar duit hotel sendiri. Jadi saya tidur di rumah. Pagi ini saya hendak datang satu jam setengah baru sampai. Kementerian Wilayah Persekutuan sudah sering kali jawab dengan saya ada tanda-tanda di jalan ini supaya kenderaan berat ini tidak boleh masuk sebelum jam 10.

Saya pernah ambil gambar saya tunjuk tetapi perkara yang sama berlaku. Pagi ini saya tengok kenderaan berat cukup banyak. Termasuklah kren-kren yang hendak angkat barang, lori-lori yang bawa batu, mengganggu kenderaan-kenderaan di atas jalan. Bila kita kata pukul sepuluh pagi, pukul sepuluhlah. Kenapa ada kelonggaran ataupun sehari sahaja bila kita jerit di dalam Dewan esok, adalah sekatan. Saya tengok trafiklah, penguat kuasa pun sibuk bekerja tetapi selepas dua hari, semua hilang. Lori masuk juga. Ini kadang-kadang penguatkuasaan ini perlu tegas, tidak boleh main-main benda ini.

Selepas itu bila kita bercakap soal lori kenderaan berat ini fasal kereta banyak di atas jalan, kita disuruh naik pengangkutan awam. Saya bersetuju. Akan tetapi pengangkutan awam pun kadang-kadang kita kena fikir juga, Tuan Yang di-Pertua. Pengangkutan awam pun kalau terlalu mahal orang tidak naik. Lebih baik kita- saya cuba untuk naik pengangkutan awam dari hujung Kajang ini saya naik, saya bawa kereta dari rumah ke stesen, naik parking dahulu, kena park kereta di situ, bawa kami tujuh beranak. Naik MRT ke Serian- bukan Serian, Sarawak, Serian dekat Kota Damansara, sebab di situ ada nasi beriani Hameediyah yang dibawa daripada Pulau Pinang di Jalan Campbell, Pulau Pinang. Sedap Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua kena pergi try. Dia kalau Pulau Pinang ini memang sedap- 07. Ia memang sedap, kalau Pulau Pinang.

■1150

Saya datang ke sana kerana nak pergi, nak makan itu sebab nak cuba pengangkutan awam, nak cuba MRT baru siap. Kita pun try tujuh beranak naik kereta api tidak termasuklah cucu-cucu yang kecil ini. Kena bayar hampir RM6, RM5.70 untuk tujuh orang bermakna sudah dekat RM40 di situ sahaja. Pergi-balik RM80, parking RM5, petrol lagi. Dulu waktu nak implement nak laksanakan MRT ini saya pernah tanya kepada Yang Berhormat Menteri dalam Dewan ini, berapa kita nak charge sebab dulu sewaktu saya tanya ERL, ada jawapan daripada kementerian yang menyatakan bahawa tidak akan lebih daripada teksi fare, macam itu Tuan Yang di-Pertua.

Tidak akan lebih daripada taxi fare, ya lah kalau empat orang you kiralah taxi fare, janganlah kira satu orang. Kalau kita kata kita charge orang itu macam saya naik, kalau saya naik van, yang kita ada van ini kalau kita naik tujuh beranak kita pergi sana, saya ingat saya belanja tidak sampai RM30. Akan tetapi saya naik MRT pergi balik sudah RM80, belum lagi bayar parking, belum lagi duit minyak, ini yang saya maksudkan. Bila kita bercakap soal pengangkutan awam Tuan Yang di-Pertua, it is a public transport. It is meant for public, dengan izin, bila untuk public ini kita kena cari jalan macam mana kita nak kurangkan supaya orang minat naik.

Kalau orang minat naik kereta api penuh, gerabak pun kita tambah bermakna kereta api tidak akan jalan bawa tempat duduk saja. Sekarang ini kereta api jalan dengan tempat duduk tanpa orang. Kita nak orang duduk di tempat duduk. Kalau nak orang duduk di tempat duduk, nak penuhkan kita kurangkan, orang ramai naik maka keuntungan baru nampak. Kalau tidak kita rugi hari-hari bawa seat. Itu maksud saya. Jadi, apa yang kita maksudkan, saya kadang-kadang kita memikirkan macam mana yang susah ini untuk mereka ini. Kalau tidak mereka akan naik ataupun mereka naik motosikal, yang ini menjadi satu masalah kepada kita sekarang dalam soal pengangkutan ini di jalan raya.

Motosikal ini ia terlalu banyak sekarang ini sebab hendak menjimatkan perbelanjaan, dia beli motosikal dia naik motosikal kemudian dia mengganggu kita yang bawa kereta pula.

Page 32: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 25

Dia akan lalu tengah-tengah jalan dia tidak peduli, sekejap lagi kanan, sekejap lagi

kiri, sekejap kanan, sekejap kiri, yang ini pun saya sudah tegur beberapa kali supaya ada satu kaedah kita buat sama ada lorong motosikal atau jangan benarkan motosikal masuk ke dalam jalan-jalan besar ini sebab akhirnya mereka ini yang kita kata yang hampir 70 peratus kematian jalan raya adalah pembonceng ataupun penunggang motosikal, 70 peratus daripada kematian.

Dulu semua orang heboh kita nak kurangkan orang kita daripada mati ada statement daripada Ketua Pengarah JPJ dulu, yang semua orang heboh viral kan benda itu, yang ini. Maksudnya ialah kita tidak mahu banyak kematian berlaku di atas jalan, maka kita kena ada satu jalan macam mana kita nak selesaikan. Sama ada kita siapkan cepat lorong motosikal ini untuk motosikal lalu dan tidak membenarkan mereka menggunakan jalan besar atau menggunakan jalan alternatif, selesai masalah. Sekarang ini yang menjadi masalah ialah mereka ini masuk ke jalan di mana lorong-lorong motokar yang sekarang tiga lanes ini, lorong-lorong ini mereka masuk dan mereka yang mengganggu kereta-kereta sewaktu dalam perjalanan pagi-pagilah terutama sekali kerana dia pun nak pergi kerja.

Apa dia yang saya lihat yang berlaku di dalam Kuala Lumpur ini? Ada lane bas, lorong bas. Kadang-kadang bas tidak lalu pun tapi lorong itu kena kosongkan kerana yang itu dia tangkap. Jalan sudah menjadi sempit sekarang ini ada pula lorong biru, lorong biru untuk basikal. Saya nak tahu daripada kementerian, berapakah perbelanjaan sebab viral banyak sangat. Jadi tolong bagi satu figure ataupun angka yang betul berapa perbelanjaan untuk buat lorong biru itu yang orang tidak guna. Nak guna macam mana panas macam ini, keadaan panas yang macam ini siapa nak guna naik basikal?

Negara kita bukan satu negara yang boleh kita naik basikal dalam cuaca yang macam ini. Kalau tidak panas macam ini pun hujan ribut. Jadi untuk apa, sudahlah jalan itu sempit, sekarang ini menjadi sempit dengan lorong bas, sudah sempit pula dengan lorong basikal. Last sekali motokar tidak boleh lalu.

Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail: Nak bangun mencelah boleh?

Dato’ Sri Khairudin Samad: Ya, silakan.

Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail: Bila bercakap soal lorong basikal ini, saya juga nak selit sebenarnya soal kepada kementerian sebab sebelum ini viral dengan kos RM4 juta itu enam kilometer. Akan tetapi semalam bila saya sampai ia lebih daripada enam kilometer sebenarnya.

Jadi kita nak tahu kos sebenarnya dan kalau nak share juga dengan Dato’ Khairudin, semalam banyak juga saya lalu sampai di KL hujan. Laluan biru ini berlopak-lopak, maknanya ia bukan satu jalan yang selamat untuk penunggang basikal sekalipun walaupun ia dibuat khas untuk penunggang basikal. Jadi, saya minta juga jawapan daripada pihak kementerian, asas apa yang mereka gunakan sehingga terbina dan teradanya laluan basikal ini di Kuala Lumpur?

Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun bersetuju juga, apa salahnya ada lorong yang orang pejalan kaki itu. Kalau kita pergi negara-negara lain tempat pejalan kaki itu dijadikan tempat basikal juga. Fasal tambah lagi dalam negara kita ini, aduh! Saya pun pelik juga. Dulu Gabenor pernah kata dia nak buat di Perlis untuk orang naik basikal pergi kerja.

Bayangkanlah kalau Ahli-ahli Dewan hari ini nak masuk Dewan pagi-pagi datang dengan basikal. Semua orang kena siapkan mask, tutup hidung. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, kita semua datang sini, kita kena tutup hidung ini. Semua berbau odor ini, bukan wangi pun. Kalau dia tambah dengan minyak wangi lagi teruk bau. Peluh campur dengan minyak wangi, cuba bayangkan. Kalau tidak percaya pergi duduk masa berlakonnya filem Hindustan. Duduk sebelah dia tengok, dia tukar baju 15 kali satu lagu. Dia tukar baju, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salim tengok ketiak dia pun berpeluh basah pun kita sudah tahu macam mana baunya.

Jadi takkan kita nak suruh Ahli-ahli Dewan sekarang datang ke Dewan ini naik basikal. Cuba kita bayangkan dalam negara kita dengan iklim yang macam ini, kan. Jadi tidak masuk akal, lebih baik kita jangan adalah lane. Kalau nak buat juga boleh suruh ini- jadi kegunaan dia ada dua- satu pejalan kaki, satu naik basikal. Kalau nak buat, buat lorong motosikal, itu baru betul dan jangan benarkan mereka ini masuk ke jalan yang kita lalu dengan kereta, itu baru betul.

Page 33: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

26 DN 26.3.2018

Saya kena sentuh ini Tuan Yang di-Pertua sebab lama sangat kita bercakap. Saya

tahun depan nak pencen sudah. Kalau kita dok bercakap-cakap, lepas itu tidak ada apa tindakan bermakna rakyat marahlah di bawah sebab rakyat cerita dekat kita, kita pergi tengok, ini betul.

Perkara yang betul baru kita bercakap, baru kita minta supaya satu tindakan diambil. Kalau tidak, tidak guna kita bercakap dalam Dewan ini. Buang masa saya saja, saya diberi masa satu jam hari ini. Rakan-rakan semua 10 minit, penyokong Usul setengah jam tapi dia ada bisik dekat saya 20 minit. Saya pun kata don’t worry saya pun akan kurangkan, tidak akan cakap lebih, sebab...

Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Jadi kawan-kawan kacau, kita kena cakap lebih.

Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Nampak dia ayat sudah mula hilang itu saya bantu sikit [Ketawa] Yang Berhormat Dato’ Sri, ada sebut tadi lorong motosikal. Saya bersimpati dengan mereka yang menaiki motosikal ke pejabat ataupun ke mana-mana menggunakan lorong yang sedia ada contohnya di highway.

Akan tetapi apa yang berlaku lorong tersebut digunakan kenderaan untuk memintas ataupun berlaku kesesakan. Adakah kenderaan kereta ini mengganggu motosikal maka ia masuk ke lorong lain. Adakah Yang Berhormat Dato’ Sri nampak perkara ini berlaku? Kalau kita menyoalkan soal motosikal, adakah kita simpati juga dengan keadaan mereka ini yang dihalang oleh kenderaan lain melainkan ambulans ataupun kereta yang perlu laluan kecemasan, ini yang tidak cemas pun menggunakan lorong tersebut. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Dato’ Sri dalam isu ini? Terima kasih.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Bagus-bagus saya setuju sangat. Pertama, emergency lane. Saya masih ingat lagi Mantan Menteri Kerja Raya, dia buat statement, “Emergency lane ini hanya untuk emergency”. Emergency maksudnya ialah kalau kereta itu rosak baru ia boleh park di situ.

■1200

Jadi emergency lane ini pun tidak guna, tidak dipakai. Ini sebab yang kita faham, emergency lane ini untuk ambulans, polis, bomba. Percayalah Tuan Yang di-Pertua saya lalu atas jalan raya ini, terutama sekali waktu Dewan. Masa dahulu kita bekerja, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad, tetapi kadang hari Sabtu dan Ahad kita keluar shopping juga. Kita lalu atas jalan raya ini, kita tidak menggunakan emergency lane dan tidak pernah bomba kah, polis kah, ambulans kah menggunakan emergency lane, dengan izin, tidak pernah! Dia lebih ganggu kita lagi, dia ganggu dengan bunyi siren. Kita pun cari-cari, apa benda ini? Tengok-tengok- cuma baru-baru ini saya waktu hendak datang perasmian Parlimen, saya bernasib baik, saya selawat Nabi sebab jammed. Selawat Nabi sepanjang jalan, sampai sahaja dekat Sungai Besi, TPM lalu dengan entourage lalu. Apabila lalu, saya pun, sadaqallah hulazim ikut kut belakang... [Dewan ketawa] Tidak adalah jammed lagi dah. Saya ikut belakang TPM.

Itulah pertama kali saya pakai emergency lane dalam hidup, dan saya tengok itulah pertama kali TPM kita punya baik hati pakai emergency lane tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Jadi sepatutnya kalau boleh, motosikal masuk situ. Dia masuk emergency lane tidak ada masalah. Akan tetapi jangan benarkan dia ganggu kita, kita dahulu kata yang Morris Minor yang 40 kilometer sejam duduk sebelah kanan, tangkap. Jangan ganggu, itu lorong laju, kita pernah sebut. Saya masih ingat lagi, kalau tidak percaya buka Hansard. Saya kata Morris Minor di lorong kanan yang 40 kilometer sejam ataupun Bentley Dato’ Suhaimi yang lalu di situ 40 kilometer sejam, tangkap juga... [Dewan ketawa] Jangan kita kata, biar Kancil lari 140 kilometer di lorong kanan, kita jangan tangkap. Ini yang laju kita tangkap. Mana yang perlahan ganggu lalu lintas kita tidak tangkap, macam mana? So, kita kena ada benda-benda yang begitu, baru kita laksanakan benda dengan baik. Baru orang pun boleh terima apa yang kita buat.

Ini kadang-kadang kita sendiri pun berbelah bahagi. Hendak buat, tidak buat, yang kita tahu letak kamera dekat tempat turun bukit, itu yang saya namakan booby trap, itu bukan speed trap- tapi booby trap. Apabila turun sahaja tangkap. Time naik dia tidak mahu tangkap, dia tangkap masa turun.

Page 34: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 27

Turun Tuan Yang di-Pertua, saya angkat kaki daripada paddle minyak, kereta lari

120 kilometer juga, time itu kena. Ini polis pun kadang-kadang dia pandai, dia hendak cari makan lebih... [Dewan ketawa] Dia hendak jawab dekat boss, dia hendak cari makan lebih, maka dia akan tunggu time kita turun bukit, time itu dia tunggu dengan kamera.

Janganlah menipu rakyat, rakyat bising ini, saya bercakap kerana rakyat bising. Bukan fasal diri saya, saya tidak lari laju, saya ikut peraturan. Penggubal undang-undang tidak akan kita hendak langgar undang-undang. Kadang-kadang itu, bila kita sudah ter-jammed sangat itu, kita pun sakit hati. Akan tetapi hendak mengelakkan jammed ini yang sama sebutkan tadi supaya kita dapat selesaikan sesuatu perkara itu dengan cara yang baik agar rakyat menerimanya juga dengan baik. Ini tidak boleh.

Kemudian saya hendak sentuh juga tentang hospital, Tuan Yang di-Pertua. Hospital kerajaan kita, hospital ini memanglah bayar RM1, bayar RM1 selepas itu adalah plus apa sedikit. Tadi masa soalan lisan ada yang sebut fasal kad pengenalan palsu. Kad Pengenalan palsu ini, memang banyak kita diam, tetapi kita tahu benda ini ada, benda ini wujud. Kalau kita lihat dalam surat khabar yang dilakukan oleh JPN menangkap di sana-sini, tangkap pengenalan palsu ini. Kad pengenalan palsu ini, dia paling banyak digunakan di hospital kerajaan.

Oleh sebab hospital kerajaan bukan macam bank ataupun macam tempat-tempat lain yang canggih. Apabila kita put your thumb print, dengan izin, hospital dia tidak pakai reader itu. Dia ambil Kad Pengenalan, dia bagi, selepas itu kita pun queue jumpa doktor. Sekali tengah dok queue itu ada Bangla di situ, ada Rohingya di situ, ada Indonesia, beratur bersama-sama dengan kita dan mereka ini dapat free dan saya difahamkan setahun Tuan Yang di-Pertua, berjuta Ringgit habis kepada mereka ini. Ini kerana dia ada kad pengenalan palsu, apa yang susah. Dia pergi ke hospital, dia tidak ada reader yang hendak baca- oh dia ini warganegara, ini warganegara. Oleh sebab kad pengenalan palsu ini, dia boleh buat suka-suka, dia ditahan polis pun dia ada Kad Pengenalan, kalau polis tidak pakai reader lah. Jadi yang ini susah hendak tangkap, tetapi kita kena buat- kena ada satu kaedah.

Letak card reader di situ, jadi bila orang datang, masuk di situ dahulu. Biar dia panjang queue sedikit, tidak mengapa lah, janji tidak menipu duit kita. Duit pembayar cukai, duit rakyat yang bagi kepada pendatang-pendatang ini, terutama sekali PATI-PATI ini. Jadi kita kena ada satu kaedah macam mana kita boleh selesaikan masalah di hospital kerajaan.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga tentang di dalam Dewan kita ini. Ini pun saya sebut beberapa kali sudah. Apabila kita masuk sahaja, kadang-kadang depa timbun buku ini, Bentara ini kesian juga. Dia timbun buku ini, saya nanti tidak nampak sahabat saya sebelah sana, sahabat sebelah sana tidak nampak kita sebelah sini. Buku ini, kita sudah kata beberapa kali, tidak payah lah. Tak akan zaman macam sekarang ini kita menghabiskan duit dengan mencetak buku ini, selepas itu kadang-kadang kita tidak pakai pun.

Kenapa tidak buat dalam bentuk CD- saya sudah kata beberapa kali di dalam Dewan dan hendak- kertas ini dia hendak buat kertas ini, kalau tidak salah saya siapa yang pandai berceritalah. Hendak kena ambil daripada pokok dan sebagainya. Hendak kena tebang pokok, selepas itu kita bercakap soal green tech, pokok kita yang tolong tebang, kita yang dok buat, buku kita buang. Bukan kita- selama enam tahun jadi Ahli Dewan, saya hendak tanya kepada sahabat-sahabat saya Ahli-ahli Yang Berhormat semua, berapa banyak yang balik rumah simpan buku dalam library? Bubuh dalam apa- berapa ramai? Daripada mula kita berkhidmat dahulu sampai sekarang, berapa banyak yang kita simpan? Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita kena jujur dalam soal ini.

Senator Dr. Ariffin bin S.M. Omar: Boleh celah? Sebenarnya Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, buku-buku yang diserah kepada kami haruslah dihadiahkan kepada perpustakaan, supaya boleh digunakan untuk kajian. Ini sebaik sahaja saya dapat buku itu, saya serahkan kepada institusi- Perpustakaan USM dan juga Perpustakaan Negeri Pulau Pinang. Maka dapat digunakan, bukan membazir sebenarnya, ini amat penting.

Saya setuju kalau boleh tukar daripada buku kepada CD, tetapi yang menjadi masalah, CD itu tidak tahan lama, tidak sampai lima tahun semua hilang. Akan tetapi buku itu akan kekal. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat boleh buat macam itu, yang lain-lain boleh ikut alhamdulillah saya bersyukur. Cuma maksud saya daripada awal ini, saya tengok di Dewan rakan kita sebelah ini tidak ada sampai macam itu sekali.

Page 35: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

28 DN 26.3.2018

Kita ini sampai melindung badan, tidak nampak muka, itu maksud saya tadi. Kalau

boleh buat hantar kepada perpustakaan kita selesaikan satu masalah, tetapi kita tidak bolehlah selalu terlalu banyak- kadang-kadang benda yang tidak ada faedah. Benda yang ada faedah kita cetak okey, sebab orang hendak baca.

Jadi jangan kita membazir dalam soal ini. Saya memikirkan soal- sebab apabila kita bercakap soal climate change, hendak jaga keadaan iklim dunia ini apa itu semua, di salah satu secara untuk membuat kertas ini adalah daripada pokok dan you kena tebang pokok. Jadi kita bercakap soal hendak- macam saya cakap hari itulah soal plastik dengan beg kertas. Sekarang ini sudah tukar ke beg kertas pula.

■1210

Bila kita tegur pasal plastik, plastik dekat 7Eleven kena beli, plastik dekat SpeedMart kena beli, plastik dekat supermarket kena beli. Plastik beg. Akan tetapi plastik di kedai-kedai runcit tidak payah beli, free. Pegawai tunggu dekat kedai runcit, siapa dapat plastik free dia tangkap, yang jual boleh. Jadi bukan kita hendak mengurangkan orang pakai plastik tetapi kita hendak cari makan jual plastik. Kalau macam itu saya ‘pi’ duduk di depan 7Eleven saya tolong jual plastik yang merah itu. Saya boleh buat duit kalau 7Eleven jual 20 sen saya jual 10 sen atau lima sen sebab bukanlah mahal sangat pun. Sekarang ini sudah tukar pula sudah pakai kertas pula.

So masa bila kita hendak katakan kita hendak selamatkan keadaan dunia ini? Tiada. Saya dan rakan-rakan yang mana yang menghadiri persidangan antarabangsa kita bincang soal climate change. Kita buang masa kadang-kadang 70 buah negara, 80 negara, Tuan Yang di-Pertua menghadiri forum bincang fasal climate change, dengan izin. Kita bincang apa yang patut kita buat balik semua cerita benda yang sama balik ke negara asal, tiada negara yang menguatkuasakan apa yang kita bincang di dalam itu.

Yang pergi semuanya Ahli-ahli Parlimen. Balik ‘mai’ bising dalam Parlimen buat kerja ini tetapi tiada satu pun yang implement apa yang kita bincangkan. Saya bercakap ini sebab saya hendak menyentuh contohnya tentang hutan di Taman Negara. Betul-betul di sebelah Taman Negara itu habis kena tebang. Betul-betul sebelah Taman Negara. Ini apa hendak jadi? Akhirnya bukan kita, anak cucu kita yang akan menderita kalau kita tidak memelihara keadaan sekarang ini. ini yang kita bincangkan dalam forum-forum antarabangsa ini yang kita bincangkan.

Saya hendak bercerita tentang batu karang the coral dalam negara kita pun cukup. Coral ini makan masa berpuluh tahun ini untuk nak naik satu inci tetapi dengan senangnya nelayan-nelayan kita dibiarkan, dia pergi bawa pukat dia lepas pukat dia tarik hendak tarik ikan kerana kita tidak jaga di mana tempat yang ada ikan di mana tempat yang ada batu karang kita biar. Habis hancur batu karang oleh pukat nelayan tadi. Jadi, bukan saya hendak kata nelayan kalau nelayan tidak turun kita pun makan ikan. Banyak orang tidak makan daging hendak makan ikan tetapi kalau hendak jaga kita kena jagalah nelayan kita. Kena beritahu dia di mana tempat hendak tangkap ikan. Bukan main tangkap main sauk sahaja pukat.

Akhirnya, pukat-pukat ini akan menghancurkan coral ini dan coral ini adalah satu benda yang dipelihara. Saya sampai teringat Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya dan rakan-rakan kita buka yayasan untuk mempertahankan benda-benda ini. Kita hendak pertahankan. Kalau tidak akhirnya apa yang akan jadi pada negara kita? Kita kena ada satu yayasan atau persatuan untuk membela semua pokok, sungai, laut kerana saya pernah lihat dokumentari di mana ada orang yang sauk semua plastik dalam laut dan dia dapat biaya kerana dia tolong memelihara dia hendak clearkan ini. Kalau tidak bayangkanlah ikan salah makan ia makan plastik kerana orang buang dalam laut orang tidak peduli. Orang buang dalam sungai orang tidak peduli.

Saya kalau buaya makan plastik okeylah biar dia tersangkut biar dia mati tidak apa sebab kalau tidak dia makan orang. Akan tetapi macam ikan kita dok makan ikan. Jadi kenapa kita biarkan benda-benda ini dan kita tidak pelihara? Kalau boleh nanti kita cari jalan macam mana satu kaedah- saya minta kementerian beri perhatian yang serius soal ini. Kalau tidak buang masa kami sahaja pergi ke forum antarabangsa, belajar itu, bincang yang ini, bawa balik tidak dilaksanakan. Begitu jugalah di negara kita ini bangunan-bangunan heritage. Bangunan-bangunan heritage yang ada di dalam negara kita juga tidak dipelihara.

Page 36: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 29

Kalau kita pergi di Barat, dia hendak robohkan rumah itu boleh. Dia hendak buat

baharu boleh tetapi dia mesti kekalkan bentuk asal itu. Dalam dia hendak buat apa dia buat lah. Bentuk asal itu dia kena kekalkan. Kita ini seronok-seronok kita robohkan bangunan. Habis tidak ada lagi bangunan-bangunan heritage ini dan kalau kita tidak mulai daripada sekarang sampai bila pun kita tidak akan dapat menyelamatkan keadaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya mohonlah kepada Kementerian Komunikasi tadi saya dengar dalam jawapan lisan pun ada, soalan lisan dan begitu juga di luar sana rakan-rakan kita ataupun seperti yang saya sebut tadi macam mana jalan raya digunakan. Yang ini semua tatasusila kita- civic mindedness, dengan izin. Apa salahnya kalau Kementerian Komunikasi ini- dulu saya sebut, Yang Berhormat Menteri jawab dekat saya kata tiada orang hendak taja. Untuk pengajaran sivik ini tidak perlu ada orang taja pun tidak apa, buat sahaja lah.

Bagaimana cara menggunakan tandas? Sampai hari ini orang tidak reti guna tandas- ramai. Bagaimana hendak gunakan jalan? Daripada satu lane sudah dua lane. Dua lane sudah tiga lane, tiga lane sudah empat lane. Orang tidak tahu hendak guna, Tuan Yang di-Pertua. Kadang-kadang lori pun ada yang sebelah kanan, Morris Minor ada sebelah kanan.

Jadi yang ini semua kita kena beri perhatian dan kita kena guna untuk sebarkan ini, mengajar kita bagaimana hendak guna. Saya ingat zaman saya muda-muda dahulu- kecil-kecil dahulu bukan muda. Muda ini sampai sekarang pun muda, Tuan Yang di-Pertua. Masa kecil-kecil dahulu. Masa kecil-kecil dahulu saya dok tengok dalam TV dia mengajar kita macam mana hendak guna jalan, macam mana hendak guna lane ini tetapi sekarang tiada. Itu yang jadi masalah yang jadi kusut, yang jadi keliru kepada orang ramai ini dia tidak tahu dia sudah macam culture shock, dengan izin.

Empat lane dia tidak tahu apa yang dia hendak buat. Itu yang kadang-kadang dia ke kiri ke kanan kejap ini. So, saya mintalah Kementerian Komunikasi berilah perhatian dalam soal-soal ini supaya jangan kita tangkap fasal fake news sahaja- yang ini bukan fake news. Ini betul yang salah guna jalan ini perkara yang betul bukan lagi fake news. Saya cerita ini semua tidak fake. Cerita yang betul. Jadi itulah, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak-banyak di atas peluang yang diberikan kepada saya dan dengan ini saya mohon untuk mencadangkan. Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad yang telah diberi peluang bercakap 47 minit. Ada isi bahan baik dan ada point yang baik. Terima kasih. Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam sehati sejiwa dan salam sayangkan kepada negaraku.

Dan saya hendak sambung. Jadi saya minta pula sekarang untuk menyokong iaitu saya minta pula Yang Berhormat Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram menyokong dan terus berucap.

Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa, salam negaraku Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan laluan kepada saya untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Menjunjung kasih Tuanku kerana telah merangkumkan isu-isu yang berkaitan dengan pembinaan negara dan bangsa yang progresif berpaksikan Perlembagaan dan kedaulatan negara.

Sebagai langkah untuk menyokong Usul yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad, saya ingin meneruskan Usul Perbahasan Titah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

■1220

Tuan Yang di-Pertua, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga kerana tanah air kita mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang, baik di dalam negara mahupun di persada antarabangsa kerana kerajaan hari ini sentiasa mengimbangi setiap langkah yang diambil dalam merangka hala tuju Malaysia demi masa depan yang lebih cerah untuk generasi pewaris negara ini.

Page 37: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

30 DN 26.3.2018

Dalam usaha untuk mempersiapkan sebuah negara yang berdaya saing serta

menghadapi Revolusi Perindustrian ke-empat, dasar-dasar negara yang digubal adalah berpaksikan kemakmuran, material, kesejahteraan sosial dan juga kekuatan keperibadian dalam kalangan masyarakat.

Setiap langkah diambil oleh kerajaan secara langsung akan memastikan impak yang optimistik kepada rakyat ataupun dalam erti kata lain, kemakmuran negara ini dapat dinikmati terus oleh semua lapisan masyarakat dan bukannya golongan tertentu. Baru-baru ini tiga buah badan antarabangsa telah pun mengiktiraf keupayaan pentadbiran negara kita dan meletakkan negara kita di bawah kategori A. Pada masa yang sama, kita juga menerima pengiktirafan yang positif daripada dana kewangan antarabangsa IMF, Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) terhadap ekonomi negara yang ditadbir kerajaan semasa.

Pada tahun 2017, kita telah mencatat pertumbuhan ekonomi 5.9 peratus antara yang tertinggi sejak tahun 2009 dan lebih tinggi daripada sasaran 5.2 peratus hingga 5.7 peratus. Ini merupakan antara yang tertinggi di dunia. Banyak lagi kemajuan serta pengiktirafan yang boleh dibanggakan terhadap prestasi tadbir urus negara kita. Ini semua hanya akan menjadi kenyataan di bawah kepimpinan kerajaan semasa yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.

Persoalan yang ingin saya timbulkan di Dewan yang mulia ini adalah, bagaimanakah pihak-pihak tertentu menuduh bahawa negara kita boleh bankrap sedangkan fakta dan angka yang dikeluarkan oleh badan-badan penarafan antarabangsa membuktikan sebaliknya.

Tuan Yang di-Pertua, bermula dari bayi yang baru lahir hinggalah warga emas yang tiada berpendapatan, berhak menerima dan menikmati pelbagai inisiatif daripada kerajaan semasa. Terdapat lebih daripada 26 produk 1Malaysia yang disediakan bagi membantu rakyat dari pelbagai lapisan untuk menghadapi kos sara hidup yang tidak menentu. Bantuan untuk meringankan beban rakyat seperti pelajar sekolah, pelajar IPT, generasi muda, peniaga kecil, pesakit, golongan wanita, pemandu teksi dan berbagai-bagai lagi kategori yang disediakan oleh kerajaan semasa.

Ini jelas menunjukkan bahawa hasil kerajaan melalui pendapatan negara serta sistem cukai yang lebih telus dipulangkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk. Bantuan-bantuan ini disalurkan kepada semua rakyat jelata tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik. Kita perlu sedar bahawa kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan GST merupakan langkah kerajaan yang kena pada tempat dan masanya. Walaupun pada awalnya kedengaran rungutan dan sungutan, akan tetapi kini masyarakat secara umunya lebih memahami tentang hasrat kerajaan dalam memperkenalkan sistem kutipan cukai GST.

Tuan Yang di-Pertua, menurut seorang ahli falsafah Tamil dari India- Thiruvalluvar dalam sastera etika beliau yang berjudul ‘Thirukkural’ telah menyatakan dalam ayatnya yang ke-423 bahawa, dengan izin... [Bercakap dalam bahasa Tamil] Membawa maksud, apa pun berita atau pendapat yang disebarkan oleh seseorang adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kebenarannya. Kebelakangan ini peranan media sosial telah melencong daripada matlamat asalnya sebagai platform untuk berkomunikasi.

Pada awalnya peranti serta aplikasi teknologi digital telah membantu masyarakat zaman sekarang untuk berkomunikasi serta membina dan meneroka ilmu tanpa batasan. Akan tetapi apabila kemudahan ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, maka ia memberikan kesan yang negatif dan boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara. Tanpa usul periksa, sebaran berita palsu, fitnah dan tohmahan sudah menjadi budaya masyarakat sekarang.

Tidak kira tua atau muda bermula daripada awal pagi hingga larut malam, taksub dengan aktiviti berkongsi maklumat yang tidak sahih kebenarannya atas dasar, dengan izin, sharing is caring. Menyemak kesahihan berita adalah sangat penting sebelum menyebarkannya. Akan tetapi secara sedar atau tidak sedar, individu seumpama ini sudah melanggar undang-undang negara di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia serta perlu dibawa ke muka pengadilan.

Maka saya ingin mencadangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia supaya bertindak dengan lebih agresif lagi terhadap pesalah-pesalah yang menyebarkan berita palsu di media sosial. Barangkali aktiviti penyebaran berita palsu akan menemui jalan buntu sekiranya penyedia perkhidmatan media sosial mengenakan bayaran untuk setiap berita yang dihantar seperti mana berlaku sebelum ini.

Page 38: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 31

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha menjamin kesejahteraan masyarakat India di

negara ini, Kerajaan Barisan Nasional, pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah melancarkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan sosioekonomi kaum India melalui Malaysian Indian Blueprint (MIB), dengan izin, pada 23 April 2017.

MIB adalah satu pelan pembangunan 10 tahun yang memperincikan hala tuju masyarakat India di negara ini dalam bidang sosial, politik, pendidikan dan ekonomi. Buat pertama kali dalam sejarah kerajaan Malaysia telah menerbitkan satu dokumen bertulis untuk membantu masyarakat India bagi menikmati arus pembangunan negara ini. Untuk itu, saya bagi pihak seluruh masyarakat Indian negara ini ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pelancaran Malaysian Indian Blueprint ini. Pelan tindakan ini akan menjadi tunjang kepada kemakmuran masyarakat India di negara ini. Pendekatan yang lebih realistik ini akan memperkasakan masyarakat India untuk terus menikmati setiap aspek dalam pembangunan negara.

Dalam pada itu beberapa dasar dan mekanisme sudah dilaksanakan di bawah naungan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi mengenal pasti dan memantau penyertaan masyarakat India di dalam program, projek-projek kerajaan, dengan izin, CCIC. Jabatan Perdana Menteri juga telah menubuhkan Pasukan Tugas Khas Pelaksanaan (SITF), Unit Pelan Tindakan yang akan bertindak terhadap masa depan sekolah-sekolah Tamil dan Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED) masing-masing untuk menangani cabaran dihadapi oleh masyarakat India Malaysia.

Berkaitan kewarganegaraan dan dokumentasi sekolah Tamil dan keusahawanan, Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) pula ditubuhkan untuk membiayai program-program yang membawa impak positif secara langsung kepada masyarakat India Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan percaya bahawa Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak merupakan sebuah kerajaan yang mantap dan mempunyai integriti yang tinggi. Pelbagai usaha dan dasar sedang diambil untuk memastikan Malaysia mencapai status negara maju di rantau ini.

■1230

Marilah kita bersama-sama memberikan sumbangan dan memastikan negara terus makmur dan rakyat terbela. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya memohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Usul berbunyi:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Keenam Majlis Parlimen Yang Ketiga Belas dikemukakan kepada Majlis sekarang dan terbuka untuk dibahas.”

Ada seramai hampir 20 orang yang hendak berbahas. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad. Dipersilakan.

12.31 tgh.

Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin untuk saya menyampaikan ucapan menjunjung kasih Titah Diraja yang dipersembahkan oleh Duli Tuanku Sultan Muhammad V pada 5 Mac 2018 yang lalu.

Page 39: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

32 DN 26.3.2018

Harapan saya semoga dengan limpah perkenan Duli Tuanku dan Rahmat

keberkatan Ilahi negara Malaysia terus makmur di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua, saya selaku Ahli Dewan Negara mewakili negeri Kelantan Darul Naim ingin memanjatkan kesyukuran dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri Kabinet di atas usaha cemerlang memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencatat pertumbuhan 5.9 peratus KDNK dalam tahun 2017. Harapan saya, semoga dengan momentum pengukuhan ekonomi global dan pertumbuhan harga pasaran komoditi petroleum dan harga komoditi kelapa sawit, Malaysia akan mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi semasa 2018 pada kadar yang memberangsangkan.

Alhamdulillah, saya mewakili rakyat Kelantan amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana beliau amat prihatin terhadap pembangunan ekonomi di Kelantan. Keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meluluskan projek pembinaan baru Hospital Kuala Krai yang telah siap dan bakal beroperasi pada 31 Mac 2018 dan juga pembinaan Hospital Bachok menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mengabaikan rakyat Kelantan. Begitu juga dengan pembangunan infrastruktur seperti lebuh raya tanpa tol Kota Bharu-Kuala Krai, Lebuhraya CSR Merapoh ke Pelangi, Pahang, projek ECRL dan pengukuhan landasan kereta api wilayah Pantai Timur akan mengukuhkan rangkaian perhubungan awam di antara Lembah Klang dan Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua, pada 17 Mac 2018 yang lalu, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan membelanjakan sejumlah RM483 juta untuk projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra menjadi lapangan terbang antarabangsa dengan kapasiti pengendalian penumpang sehingga empat juta orang. Justeru, ingin saya mendapatkan penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan berhubung dengan perkara berikut:

(i) apakah kerajaan tidak berhasrat untuk menjadikan lapangan terbang ini sebagai hab penerbangan terus ke Jeddah bagi ibadah haji dan umrah terus agar ia dapat membantu rakyat Kelantan, penduduk selatan Thailand dan rakyat utara Terengganu menggunakan kemudahan Lapangan Terbang Kota Bharu yang menjimatkan kos penerbangan?;

(ii) bilakah tender-tender pakej kerja-kerja naik taraf akan mula dikeluarkan dan bagaimanakah kaedah terbaik bagi mengagihkan tender kerja ini agar usahawan dan kontraktor setempat mendapat manfaat serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan?; dan

(iii) bagaimanakah kerajaan merancang agar perkhidmatan kargo udara di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra lebih cekap dan momentum pertumbuhan kargo udara lebih signifikan dalam pembangunan ekonomi setempat?

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Diraja, Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap isu penyalahgunaan dadah di kalangan rakyat dan betapa perlu anggota penguat kuasa seperti PDRM, Agensi Kawalan Sempadan, APMM, Pasukan Polis Marin dan AADK berusaha lebih bersepadu menangani ancaman penyeludupan dadah di Malaysia. Saya mendapat makluman daripada pihak berkuasa AADK, masalah penagihan pil kuda di negeri saya di Kelantan mencatatkan kedudukan paling atas dalam senarai AADK di seluruh negara. Trend sebegini amat membimbangkan masyarakat kerana kebanyakan kes-kes jenayah yang berlaku, hampir 70 peratus melibatkan pesalah yang ada kaitan dengan gejala dadah.

Saya juga mendapat maklum balas daripada Jabatan Penjara Malaysia bahawa hampir 70 peratus tahanan yang disabitkan kesalahan merupakan individu yang mempunyai rekod penagihan dadah. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri tentang beberapa perkara berikut:

(i) bagaimanakah kerjasama yang dirancang dan dilaksanakan oleh Agensi Kawalan Sempadan serta AADK dengan pihak berkuasa Thailand agar aktiviti penyeludupan pil kuda di sempadan Malaysia-Thailand-Kelantan diperkukuh dan dibasmi secara sifar?;

Page 40: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 33

(ii) bagaimanakah perkembangan rancangan kerajaan untuk

membina tembok pemisah di sempadan Malaysia-Thailand, agar aktiviti penyeludupan tidak lagi bolos?; dan

(iii) apakah opsyen kawalan secara pemantauan secara CCTV dan unmanned aerial vehicle, dengan izin, bagi membasmi aktiviti penyeludupan di kawasan yang sukar dipantau melalui kehadiran fizikal anggota Agensi Kawalan Sempadan dan penguasa?

Tuan Yang di-Pertua, semenjak seminggu dua ini cuaca di Semenanjung Malaysia dan terutama di negeri Kelantan mengalami kemarau yang amat teruk dan suhu mencecah antara 34°C hingga 36°C. Justeru, saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Pendidikan tentang bagaimana kementerian mengurus kendalian aktiviti kokurikulum agar risiko heat stress, dengan izin, dan penyakit berkaitan dengan suhu yang tinggi dapat dielakkan? Ekoran cuaca panas kini, saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Meteorologi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bilakah fenomena ini akan berakhir? Apakah ramalan dan serta nasihat kepada orang awam dan agensi kerajaan terutama pengendali bekalan air mentah terawat atau margin simpanan sumber air mentah pada tahap selamat dan pelan tindakan krisis bekalan air dapat dirancang dengan sebaiknya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan Program Jualan Sentuhan Rakyat ataupun PJSR.

■1240

Saya mengucapkan syabas kepada semua agensi yang terlibat seperti FAMA, LKIM dan pasar raya-pasar raya yang menyertai dan membekalkan barangan keperluan harian kerana semua harga barangan dijual di bawah harga pasaran.

Soalan yang ingin saya kemukakan kepada KPDNKK, berapakah bilangan penyertaan kedai runcit dan pasar raya yang menyertai Program Kedai Rakyat 1Malaysia? Berapakah sasaran untuk menjadikan koperasi sebagai kedai harga patut untuk mengedarkan barangan pengguna dan bagaimanakah peruntukan RM200 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 Mac lalu sempena sambutan Hari Koperasi Kebangsaan di Melaka akan disalurkan kepada koperasi yang terlibat dengan jualan runcit harga patut barangan pengguna di seluruh negara.

Bagaimanakah momentum dan prestasi penguatkuasaan KPDNKK serta bantuan ahli friends of KPDNKK dalam menyalurkan maklumat pencatutan harga dan manipulasi pengedar barangan pengguna yang menekan rakyat melalui kenaikan harga yang tidak munasabah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pemerhatian saya sejak tempoh 2017, kemalangan maut melibatkan kenderaan berat komersial dengan kereta penumpang atau motosikal terus mendominasi statistik kemalangan jalan raya dan lebuh raya di Malaysia. Oleh itu, saya ingin mendapat penjelasan dari Kementerian Pengangkutan berhubung dengan bagaimanakah kaedah dan penguatkuasaan terbaik agar pemandu kenderaan berat lebih cermat, berhemah dan tidak memandu secara berbahaya dan melulu agar dapat meminimumkan kadar kecuaian mereka semasa memandu kenderaan berat di jalan raya.

Bagaimanakah kaedah mata demerit pemandu-pemandu kenderaan berat dilaksanakan agar apabila lesen vokasional hendak diperbaharui, JPJ dan SPAD membuat tinjauan dan pemeriksaan lebih teliti bagi memastikan pemandu-pemandu yang tegar melakukan kesalahan lalu lintas diambil tindakan pemulihan dan kaunseling latihan semula serta sekatan lesen?

Bagaimanakah menangani penguatkuasaan agar had laju dan had muatan dipatuhi serta bagaimana kita memastikan setiap kenderaan berat yang diperiksa oleh PUSPAKOM telah menjalani selenggaraan berjadual dan memastikan kenderaan berat bebas dari risiko kegagalan semasa beroperasi?

Tuan Yang di-Pertua, ancaman keselamatan siber dan penularan berita-berita palsu, dakwaan-dakwaan negatif terhadap pimpinan utama negara serta penyalahgunaan media sosial bagi tujuan jenayah memerlukan sokongan padu dan penguatkuasaan agar trend jenayah siber ini dapat ditangani dengan baik dan tidak memudaratkan negara.

Page 41: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

34 DN 26.3.2018

Justeru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, PDRM, Suruhanjaya Sekuriti,

Bank Negara dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan perlu memantau penggunaan media sosial dan keselamatan dokumen sulit kerajaan.

Soalan-soalan yang ingin saya kemukakan saya rasa telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dalam soalan nombor satu tadi. Cuma saya ingin berkongsi mengenai penipuan dalam media sosial ini yang berlaku pada diri saya sendiri, Tuan Yang di-Pertua.

Sebulan lepas saya dihubungi kononnya oleh seorang Pegawai Kastam dari negeri kedah. Dia bertanya kepada saya, Dia minta pengesahan kad pengenalan saya betullah, di hujungnya 5488. Jadi dia kata saya ini seorang Pegawai Kastam dari negeri Kedah, puan tidak menjelaskan bayaran GST sebanyak RM16,000.

Jadi saya soal balik, saya kata apa yang saya berniaga, saya tidak berniaga apa-apa. Dia kata puan berniaga telefon, banyak telefon yang puan berniaga di Bukit Kayu Hitam. Maka puan kena berhubung dengan Pejabat Kastam Negeri Kedah, kalau tidak akan dikenakan tindakan mahkamah.

Saya kata tidak apa, saya akan buat laporan polis. Saya pun terus menghubungi adik saya, adik saya ini DSP di Bachok, Kelantan. Saya kata macam mana ini, jadi adik saya kata, tidak apa saya akan siasat. Rupa-rupanya modus operandi yang digunakan oleh penipuan ini memang tidak betul. Mereka menyamar sebagai Pegawai GST.

Jadi, akhirnya Tuan Yang di-Pertua, selepas tamat majlis mesyuarat Dewan Negara ini, negara kita mengadakan Pilihanraya Umum Keempat Belas. Apa yang saya perhatikan terdapat usaha-usaha negatif beberapa pihak yang ingin memenangi Pilihanraya Umum Keempat Belas ini sanggup menggadaikan keselamatan negara kepada negara asing untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negara.

Saya amat kecewa dan terkilan kerana terdapat beberapa usaha oleh segelintir pemimpin pembangkang melibatkan beberapa perwakilan kedutaan asing dalam kempen PRU Ke-14. Justeru, saya mohon penjelasan daripada Kementerian Luar Negara tentang bagaimana kerajaan isu campur tangan asing dalam pentadbiran negara serta bagaimanakah nota bantahan diplomatik dikeluarkan kepada negara-negara yang mana perwakilan kedutaan mereka terlibat secara langsung dalam kempen Pilihanraya Umum Keempat Belas diberikan bantahan agar tidak mencampuri urusan hal ehwal Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dan dengan rendah hati mohon menyokong Titah Diraja pada 5 Mac 2018. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad, bagus dan baik. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan. Silakan.

12.47 tgh.

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Pertama sekali, marilah kita mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana telah diberikan kesihatan badan, kekuatan fikiran dan kelapangan masa untuk kita menghadiri sidang Dewan Negara yang mulia bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ketiga Belas ini yang saya yakin merupakan sidang terakhir sebelum kita menghadapi Pilihan Raya Keempat Belas.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk sama berbahas demi menjunjung kasih Titah Diraja Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sempena Mesyuarat Penggal Keenam Parlimen Ketiga Belas pada tanggal 5 Mac 2018, bersamaan 17 Jamadilakhir 1438 Hijrah.

Tuan Yang di-Pertua, Titah Perasmian Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyentuh pelbagai perkara dan isu-isu semasa yang saya kira perlu diberikan perhatian serius pada semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.

Page 42: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 35

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan perbahasan saya dengan menyentuh beberapa

isu. Pertama, berita palsu di alam maya. Tuan Yang di-Pertua, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ada menyentuh isu berkaitan berita alam maya termasuk berita palsu dan tidak sahih. Baginda menyatakan mengambil berat apa yang berlaku hari ini di mana begitu banyak berita palsu dan tidak sahih disebarkan secara berleluasa di alam maya.

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, segala-galanya bermula di hujung jari. Sekelip mata bertebaran berita di seluruh pelosok dunia tanpa tapisan dan tanpa sekatan.

■1250

Tuan Yang di-Pertua, berita palsu ini pada pandangan saya boleh dikategorikan sebagai berita fitnah. Fitnah ini lebih dahsyat daripada membunuh. Mangsa fitnah akan menderita sepanjang zaman. Sekiranya mangsa ini dibunuh bermakna dia hanya menderita sekelip mata sahaja. Mereka yang terkena fitnah hidupnya pula bukan sahaja sengsara tetapi dianggap oleh khalayak sebagai manusia jahat dan mesti dipulaukan oleh masyarakat. Oleh itu, dosa pembuat fitnah telah dikategorikan sebagai dosa paling besar di sisi Allah.

Bagaimana kejadian fitnah ini boleh terjadi dengan mudah sekali khususnya dalam kehidupan dunia mutakhir akhir zaman ini? Bagaimana rupa bentuk fitnah akhir zaman? Adakah gosip-gosip liar juga dikatakan sebagai fitnah? Gosip yang dibuat-buat oleh pihak tertentu sehingga menjadi panas dan ditularkan seluruh media termasuk media cetak. Kejadian fitnah ini berlaku secara berleluasa dalam dunia mutakhir ini apabila munculnya media bebas tanpa sempadan. Dunia yang komunitinya adalah netizen, mereka yang sentiasa bermain di alam maya dan sangat terdedah kepada perbuatan fitnah dan memfitnah di antara satu dengan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, dalam dunia Facebook, Instagram dan Twitter misalnya, kita selalu disuapkan dengan berita-berita fitnah tentang pemimpin negara. Malah mereka berani memburuk-burukkan Yang di-Pertuan Agong, mengedit foto-foto Perdana Menteri dengan mengadaptasi yang tidak senonoh dan disebarkan melalui YouTube. Pihak ini mereka cipta berita-berita fitnah dan berhasrat untuk menjatuhkan imej pemimpin-pemimpin negara. Dalam usaha mengawal dan memberikan kesedaran izinkan saya memberikan beberapa pandangan.

Pertama, pihak Kementerian Pendidikan boleh menambah satu sukatan khusus tentang peranan media maya kini untuk disampaikan kepada golongan pelajar seluruh negara. Kita sedar bahawa peranan media sosial ini sangat baik dan berguna kepada pembangunan manusia. Ini adalah alat komunikasi yang sangat pantas tetapi kepentingan itu hendaklah dan melebihi daripada keburukan. Semua pihak hendaklah segera memahami betapa bahayanya jika kerja-kerja memfitnah dan segolongan orang melalui Facebook, Instagram, Wechat, Whatsapp dan sebagainya. Pelbagai media baharu yang muncul melalui agenda maya.

Tuan Yang di-Pertua, pandangan kedua saya, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga harus segera menangani perkara ini dengan mendapatkan kerjasama daripada pihak keselamatan yang lain. Hal ini supaya keselamatan dan keharmonian negara terjamin dan boleh memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur luar negara untuk terus datang menanam modal di sini sekali gus untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara aman dan makmur.

Tuan Yang di-Pertua, daripada dua pandangan di atas, izinkan saya memberikan pendekatan kepada golongan cyber trooper ini, ada yang dinamakan “Red Bean” tidak kisahlah nama apa sekalipun, motif dan agenda mereka sama. Golongan ini merasakan perbuatan berdosa ini tidak menjadi apa-apa kepada mereka. Mereka khususnya yang anti-kerajaan mahu menjadikan agenda fitnah ini sebagai suatu kaedah untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Golongan ini sanggup menghabiskan wang Ringgit, bersekongkol dengan pihak luar, malah ada kemungkinan mereka ini mendapat bantuan dana dari luar. Tidak mustahil jika serangan bertubi-tubi ke atas pemimpin negara kerana golongan ini sudah dirasuah oleh pihak luar.

Mereka mahu kerajaan sekarang menjadi tumbang dan diisytiharkan muflis melalui sebaran dan maklumat tidak sahih yang mereka peroleh daripada sumber-sumber yang kontra dengan Kerajaan Malaysia. Mereka tidak mahu melihat Malaysia terus tegak berdiri sebagai sebuah kuasa pembangunan ekonomi yang disegani dirantau ini. Walaupun golongan ini nampak berjaya dan mengelirukan masyarakat awam, ingatlah keadaan akan tertegak juga. Mungkin tidak hari ini tetapi mungkin di masa hadapan.

Page 43: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

36 DN 26.3.2018

Maka sebagai rakyat yang cintakan keamanan untuk sebuah negara merdeka,

marilah kita jauhi sifat dan tabiat buruk rakyat berwarganegara Malaysia yang suka kepada fitnah akhir zaman. Jauh daripada perbuatan dosa besar yang semakin merebak dalam kalangan anak muda kita khususnya. Sebelum saya mengakhiri isu ini, izinkan saya mengajukan beberapa soalan.

Pertama, menjelang PRU Ke-14 ini sejauh manakah persiapan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) menghadapi fitnah dan tohmahan di alam maya ini dengan jumlah pengundi muda berdaftar yang meningkat? Kementerian Komunikasi Multimedia perlu mempunyai satu pelan operasi operational yang mantap.

Tuan Yang di-Pertua, isu kesepadanan negara. Kebawah Duli Tuanku juga turut menyentuh isu berkaitan keselamatan negara. Kedudukan negara ini yang strategik terutamanya dalam konteks Selat Melaka serta kawasan tiga sempadan Laut Sulu ke Laut Sulawesi menjadikan negara ini terdedah kepada pelaku-pelaku yang berpotensi mengancam keselamatan sempadan dari masa ke semasa. Hal ini termasuklah aktiviti-aktiviti melibatkan elemen keganasan bersifat tradisional, penggubahan wang haram, pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan senjata. Di utara dan pantai timur tanah air, isu-isu sempadan umumnya lebih melibatkan hal-hal penyeludupan dadah dan barang-barang lain serta konflik antara puak pemisah dengan kerajaan sebuah sempadan negara jiran terutamanya wilayah Satun, Yala, Pattani dan Narathiwat.

Tentu sekali isu-isu ini berpotensi mencabar kecekapan dan kebijaksanaan strategik keselamatan kerajaan. Saya terpanggil untuk menyentuh beberapa- mengajukan soalan isu Sempadan Malaysia-Thailand yang terdekat di hati saya.

Pertama, apakah perkembangan cadangan dari rejimen sempadan di bawah ATM untuk diberikan kuasa untuk bekerjasama dengan tugasan menjaga sempadan kawalan jajaran sempadan Malaysia-Thailand antara Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Padang Besar yang ketika ini dipertanggungjawabkan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA). Hal ini kerana ketika ini, kawalan pagar sempadan oleh RS membimbangkan. Jajaran Bukit Kayu Hitam di Kedah sehingga Tumpat di Kelantan dan ia tidak termasuk Perlis iaitu sepanjang laluan keselamatan pembangunan KASBAN di antara Bukit Kayu Hitam hingga ke Padang Besar yang ketika ini di bawah pengawasan PGA.

Soalan kedua, sejauh mana manakah aktiviti penyeludupan daun ketum berleluasa? Adakah tindakan pihak penguasa dan pengawal sempadan?

Soalan ketiga, status pembinaan tembok di sempadan ini kerana dikhabarkan oleh Kerajaan Thailand sudah pun bersetuju untuk dibina tembok ini. Soalan keempat, pencerobohan bot nelayan yang semakin berani menceroboh perairan kita malah turut mengancam nelayan tempatan dan agensi penguat kuasa kita sehingga ke tahap membawa senjata api.

Tuan Yang di-Pertua, isu membasmi kemiskinan bandar. Dalam keghairahan kita menuju negara maju 2020 dan Transformasi Nasional (TN50), masih ada golongan rakyat yang tercicir daripada arus pemodenan. Malah kelompok M40 dan B40 kebanyakan di bandar-bandar besar.

Sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil alih tampuk pemerintahan negara 2009, sudah ternampak perubahan terutamanya kemiskinan di bandar-bandar besar walaupun masih ada golongan M40 dan B40 di bandar-bandar besar. Jika berpandukan kepada Strategi Lautan Biru-Kebangsaan iaitu N-BOS, antara lain isu kenaikan harga barang keperluan harian yang perlu ditangani segera. Isu lain yang perlu ditangani termasuk menyediakan tempat tinggal kepada kumpulan miskin bandar melalui pembinaan rumah mampu milik menggunakan teknologi dan menjimatkan masa.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh ucapan baru-baru ini yang disuarakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis pada 22 Mac yang lalu, berhubung dengan Baginda merayu kepada Kementerian Dalam Negeri- Tajuk yang dikeluarkan surat khabar, Utusan Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, “Raja Perlis cadang kerajaan buka semula zon aliran bebas di Wang Kelian”. Di Wang Kelian ini untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, dulunya sebelum tahun 2015, dibuka Wang Kelian ini 10 kilometer dari Malaysia dan 1 kilometer daripada Thailand. Kita boleh lalu, seminggu dua kali iaitu di antara hari Sabtu dan Ahad. Tanpa menggunakan boarder pass ataupun passport. Kita boleh membeli-belah di kedua-dua belah.

Page 44: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 37

Akan tetapi, pada tahun 2015, kerajaan telah membuat satu keputusan untuk

menutup. Apabila kita tutup tak benar lagi peniaga di situ kedua-dua belah pihak- pada ketika itu, seorang peniaga boleh buat jualan atau keuntungan sehari sebanyak RM2000. Sekarang Tuan Yang di-Pertua, kosong.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi?

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan: Saya ingat tak panjang lah, tetapi satu...

Tuan Yang di-Pertua: Kita sambung tengah hari ya.

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan: Boleh.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

■1430

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat, syukur kita dapat jumpa lagi petang ini, dan saya hendak sambung lagi ucapan daripada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan. Dipersilakan.

2.32 ptg.

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyambungkan ucapan saya di belah pagi tadi Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin membaca ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis pada 22 Mac yang lalu. Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mencadangkan, Kerajaan Persekutuan supaya membuka semula zon aliran bebas di Pos Imigresen Wang Kelian, Padang Besar dekat sini. Baginda bertitah perkara itu telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak semasa mengadakan lawatan kerja ke negeri ini baru-baru ini.

Pada masa dahulu, setiap hari Sabtu dan Ahad, hampir 40 hingga 50 buah bas akan berkunjung di Wang Kelian. Akan tetapi hari ini ia menjadi pekan berhantu. Biarlah Wang Kelian diberi nyawa semula supaya rakyat di situ dapat mencari pekerjaan halal kerana banyak tuduhan dilemparkan kepada mereka, “Beta berharap pemberita dapat tolong sampaikan ataupun menulis berita ini.”

Jika mengatakan bahawa banyak penyeludupan manusia di pintu masuk Wang Kelian sebagai punca ia ditutup, adalah tidak betul kerana mereka warga asing masuk melalui hutan, Titah Baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian ketika berkenan berangkat mencemar duli merasmikan Majlis Pecah Tanah Jeti Bersepadu Sanglang di Kuala Perlis dekat sini pada hari tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya bawa benda ini untuk dihighlight di Dewan Negara ini, Tuan Yang di-Pertua. Perkara ini saya telah bangkit pada tahun-tahun yang lalu. Isu yang ditutup pada 2015, kita pun tidak tahu apa punca yang dia orang tutup. Tidak ada sebab. Katanya kerana keselamatan. Jadi apa yang keselamatan pun saya tidak tahu. Jadi saya yang membawa benda ini bila Tuanku bertitah, Tuanku merayu. Tuanku sudah maklum kepada rakyat pada hari tersebut yang mana beliau telah berjumpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Perdana Menteri buat lawatan ke Perlis baru-baru ini dan Tuanku telah maklum kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minta jasa baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Jadi saya harap kalau pegawai daripada KDN yang ada di sekitar Dewan ini, tolong buat laporan. Itu saja yang saya minta Tuan Yang di-Pertua.

Page 45: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

38 DN 26.3.2018

Untuk saya mengakhiri ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh

berkenaan dengan anak-anak yatim. Saya telah berjuang untuk anak-anak yatim daripada yang mendapat wang ransom RM8 kepada RM16. Selama 6 tahun saya duduk di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, saya nampak pihak JKM, MOF, semua macam orang pekak. Tidak ada pertimbangan langsung. Saya jumpa Yang Berhormat Menteri hari pre council di rumah Perdana Menteri iaitu kalau tidak silap saya pada 4 Mac. Saya tanya Yang Berhormat Menteri, saya ada- gambar saya dengan Yang Berhormat Menteri, saya simpan bahan bukti. Saya kata Yang Berhormat Datuk, tidak terkilaskah di hati Yang Berhormat Datuk, anak-anak yatim ini Yang Berhormat Datuk bagi RM8, yang kami bagi makan 5 kali.

Ini tidak apa Yang Berhormat, kami dah dok kira sudah. Hendak jadikan RM16. Saya pun kata saya akan mesyuarat PEYATIM, saya akan sampaikan benda ini. Dalam mesyuarat PEYATIM yang lepas, saya maklum kata Yang Berhormat Menteri kata benda ini lebih kurang macam sudah luluslah, hendak tunggu duit saja. Bila Jawatankuasa PEYATIM jumpa Yang Berhormat Menteri, dia kata tidak lulus lagi. Jadi benda ini confused Tuan Yang di-Pertua.

Jadi saya mintalah. Saya ini- ucapan saya ini mungkin ucapan terakhir yang mana saya akan habis khidmat saya sebagai Ahli Dewan Negara bulan April tahun ini. Jadi saya haraplah kawan-kawan saya yang ada di Dewan yang mulia ini tolong bangkitlah untuk perjuangan kepada anak-anak yatim.

Saya juga hendak mengambil kesempatan ini hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka. Baru-baru ini iaitu minggu yang lepas kita bawa 2,800 anak-anak yatim bersukan di Melaka. Kerajaan Negeri Melaka telah menjadi sebagai tuan rumah, melayan anak-anak yatim. Hebat tidak Melaka? Yang Berhormat Datuk terima kasih, Yang Berhormat Datuk- Yang Berhormat Lah pun tidak ada, saya hendak ucapkan terima kasih. Macam mana kita bawa anak-anak yatim ini, kita tanpa caj dia orang apa-apa, Tuan Yang di-Pertua. Kita PEYATIM menguruskan- kerajaan negeri saya difahamkan kerajaan negeri jadi tuan rumah yang membelanjakan lebih kurang RM500 ribu untuk anak yatim.

Jadi saya ingat mungkin Tuan Yang di-Pertua boleh bisik-bisik kot dekat Perdana Menteri, masin sikit kot mulut Tuan Yang di-Pertua. Kalau yang lain ini saya dok bercakap- dekat MOF pun saya bercakap. Di Dewan yang mulia ini juga Yang Berhormat Menteri, “Tidak apa, saya akan siasat.” Siasat- sampai hari ini tidak timbul-timbul Tuan Yang di-Pertua.

Jadi saya dok haraplah Tuan Yang di-Pertua tolong bisik dekat Datuk Sri Presiden ataupun Perdana Menteri tolong tengoklah sat untuk anak yatim. Itu saja permohonan saya Tuan Yang di-Pertua.

Jadi penutupnya Tuan Yang di-Pertua, disebabkan masa pun sudah terhad, banyak yang hendak berucap Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong akan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ingat siapa juga yang menolong anak yatim, Allah memberi rezeki lebih dan itu malaikat akan lindung dia dari mara bahaya. Jadi siapa yang ada lebih, jangan lupa pada anak yatim ya. Terima kasih ya Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Dr. Ariffin bin S. M. Omar.

■1440

2.40 ptg.

Dr. Ariffin bin S. M. Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan dalam Dewan yang mulia ini untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah disampaikan pada Majlis Pembukaan Sidang Parlimen penggal ini.

Walaupun Titah Baginda ringkas- sebenarnya yang paling ringkas dalam sejarah Malaysia. Namun DYMM telah menyebut dan menyentuh beberapa perkara, tidak kurang daripada dua belas perkara penting. Untuk membahaskan Titah ini saya hanya akan menumpu kepada hanya dua perkara- kebajikan rakyat, hubungan kaum dan pendidikan.

Page 46: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 39

Tuan Yang di-Pertua, walaupun dari segi keseluruhannya kita difahamkan bahawa

negara ini menghadapi kemajuan ekonomi yang menarik. Statistik yang diberi jelas membuktikan ekonomi sedang berkembang. Tidak boleh dinafikan. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, rakyat khususnya yang berpendapatan rendah termasuk juga mereka daripada lapisan pertengahan sedang menghadapi masalah dalam taraf hidup mereka. Ini tidak dapat dinafikan. Ini disebabkan khususnya oleh sebab kenaikan harga barangan. Khususnya barang-barang keperluan dapur dan juga keperluan harian yang lain.

Misalnya susu tepung Fernleaf yang dulu berharga RM45 telah meningkat kepada RM53. Kadangkala dijual sampai ke RM60. Ini satu paket 1.5 kilogram. Satu tin sardin Ayam Brand yang dulu berharga RM4.50, sekarang berharga RM7.50. Bayangkanlah kenaikan harga barang-barang yang lain. Walaupun sebahagian daripada pemimpin-pemimpin negara ini tidak terima GST membebankan rakyat. Kita mendapati bahawa beban hidup ke atas rakyat sekarang menjadi bertambah berat akibat cukai GST. GST telah mengakibatkan kenaikan harga beberapa jenis barang bukan saja dengan 6 peratus bahkan kadangkala lebih dari itu. Ada juga di sesetengah tempat SST atau Sales and Services Tax 10 peratus juga dikenakan.

Bebanan GST yang paling teruk ditanggung oleh golongan miskin dan berpendapatan rendah dan sebab itu GST merupakan cukai yang regresif, sebab 6 peratus yang ditetapkan adalah dikenakan sama rata kepada semua individu atau golongan. Tidak ambil kira mereka dari bandar ataupun kampung, kaya ataupun miskin. SST dulu lebih ditanggung oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan tidak terkena kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Mungkin penyokong GST mengatakan GST mendatangkan hasil yang boleh digunakan untuk kebaikan rakyat ataupun mengurangkan atau mengatasi masalah defisit belanjawan.

Tuan Yang di-Pertua, jikalau ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sebagaimana yang dilaporkan setiap tahun oleh Ketua Audit dapat diatasi, perbelanjaan itu mudah ditampung. Baiklah, jika kerajaan ingin kekalkan GST. Mungkin sekarang tidak ada pilihan lah. Ada beberapa syarat yang harus dipatuhi. Pertama, rakyat harus mencapai taraf pendapatan lebih tinggi lagi. Kedua, korupsi, pembaziran dan penipuan harus dikurangkan.

Beralih kepada hubungan kaum dan pendidikan. Kedua-dua perkara ini berkait rapat. Penyata Razak tahun 1956 bertujuan untuk mengembangkan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama. Akan tetapi sampai sekarang ini masih tidak tercapai. Apa silapnya? Kedudukan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Malaysia kelihatan semakin terancam. Peluang pelajar-pelajar dari aliran Bahasa Malaysia mendapat pekerjaan baik kian terbatas. Kenapa? Sebab nilai ekonomi bahasa Inggeris bahkan bahasa Cina lebih tinggi di sektor swasta. Macam mana pula kita hendak mengatasi masalah ini. Kedudukan taraf BM kelihatan semakin merosot.

Jelas dalam banyak majlis rasmi dan tidak rasmi. Pemimpin-pemimpin lebih banyak berucap dan berbincang dalam bahasa Inggeris. Walaupun peserta-peserta yang ramai warga Malaysia sebenarnya boleh berbahasa Malaysia. Oleh sebab itu pendidikan aliran Bahasa Malaysia menjadi kurang menarik dan tambahan pula mutu pendidikan sekolah kebangsaan terus merosot. Bukan saja sekolah bahkan universiti juga sudah merosot mutunya. Mengikut pusat-pusat yang mengkaji taraf universiti-universiti di dunia. Universiti-universiti kita jarang-jarang benar masuk dalam senarai 200 universiti yang terbaik. Kalau masuk pun sementara saja. Tidak dapat kekalkan kedudukan. Dulu Universiti Malaya misalnya sering muncul dalam senarai 100 yang teratas. Macam mana sekarang ini?

Pendidikan seharusnya menjadi satu ejen penting untuk memupuk dan mencapai perpaduan bangsa tetapi sekarang pendidikan sudah menjadi sebagai alat perpecahan. Jelas dalam sistem pendidikan yang wujud masa kini. Ini telah membawa kepada pemisahan kaum. Menurut statistik kerajaan hampir 93 peratus murid Cina adalah di sekolah aliran bahasa Cina dan hampir sebanyak peratus itu juga anak-anak Melayu pergi ke sekolah kebangsaan.

Keadaan ini memang tidak memuaskan kerana interaksi di antara dua golongan kaum yang terpenting di negara ini tidak dapat diadakan. Apa lagi jika kita rujuk kepada kelompok-kelompok yang berjuang untuk mendirikan sekolah-sekolah bahasa Inggeris bagi mereka yang mampu bayar. Macam mana perpecahan ini dapat dikawal? Sebab itulah sistem pendidikan kebangsaan yang berasaskan Bahasa Malaysia harus dinaikkan mutu. Di peringkat universiti pula keadaan hampir sama. Ada perpisahan kaum berdasarkan jumlah mahasiswa yang masuk IPTA dan IPTS. Majoriti mahasiswa IPTA terdiri daripada anak-anak Melayu yang telah mengikuti sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Malaysia.

Page 47: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

40 DN 26.3.2018

Sebaliknya anak Cina serta segelintir anak Melayu yang terdiri daripada kelompok

yang kaya raya didapati di IPTS yang menggunakan bahasa Inggeris. Inilah bagi saya perkara yang penting yang harus diambil perhatian. Jadi Tuan Yang di-Pertua, jika keadaan ini berterusan sudah pastilah pada suatu masa nanti ketegangan dan konflik yang berdasarkan kepada kaum ataupun kelas akan muncul. Kelompok Marxist ini selalu mengatakan all history is a history of class struggles, dengan izin.

■1450

Jika masalah mutu pelajaran dalam BM tidak ditingkatkan malangnya nampak perjuangan kelas ini akan didapati di negara ini. Itu sebabnya bagi saya kerajaan haruslah bertindak supaya masa depan negara ini terjamin dan keamanan negara ini dapat kekal. Ini sahaja yang saya nak sentuh Tuan Yang di-Pertua kerana mengikut teladan Duli Yang Maha Mulia saya pun bagi ucapan yang ringkas.

Akan tetapi sebelum saya mengakhiri, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan Negara Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran; yang kedua Timbalan Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad yang saya hormati, dengan izin, a Malay gentleman of the first order; Setiausaha Dewan Negara, Tuan Riduan bin Rahmat; kepada Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Yang Berhormat Datuk Awang Alik bin Jeman; pegawai-pegawai Pengurusan Dewan Negara; Mantan Setiausaha Dewan Negara, Yang Berbahagia Datuk Zamani bin Haji Sulaiman; Bentara-bentara Parlimen Malaysia; pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia.

Ini sesi yang terakhir bagi saya dan saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat berpisah. Terima kasih.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr. Ariffin bin S.M. Omar dan diucapkan tahniah juga sumbangan dia kepada Dewan Negara kita sepanjang penggal ini. Syabas dan tahniah, dan jasa mu dikenang.

Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Engku Naimah binti Engku Taib. Silakan.

2.52 ptg.

YBM. Engku Naimah binti Engku Taib: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam.

YBM. Engku Naimah binti Engku Taib: Salam sejahtera, salam sehati sejiwa dan salam Negaraku Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan dan ruang kepada saya untuk turut sama berucap atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V kerana sudi berangkat menyampaikan Titah di Istiadat Pembukaan Persidangan Parlimen, Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas pada 5 Mac 2018 yang baru lalu.

Satar akok lemang pun ada; Nasi dagang jadi pilihan; Ketar ada teruja pun ada; Berucap pula di dalam Dewan.

Itu pantun untuk Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

YBM. Engku Naimah binti Engku Taib: Saya merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah Rahmat-Nya, saya dapat turut serta berucap hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian kerana sesungguhnya di dalam diri Rasulullah SAW itu terdapat teladan yang baik, iaitu sebaik-baik ikutan dalam amalan kehidupan kita sebagai mana yang dinyatakan dalam surah Al-Ahzab, ayat ke-21, “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”.

Page 48: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 41

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Titah Baginda Tuanku telah menyatakan kesyukuran

serta memuji di atas kemampuan kerajaan menguruskan ekonomi dan kewangan negara secara berhemah. Walaupun terpaksa mengharungi ketidaktentuan ekonomi global, rizab antarabangsa negara terus kekal kukuh dan hutang Kerajaan Persekutuan terurus dan terkawal dengan baik. Sekali gus menyangkal dakwaan bahawa negara ini akan menjadi muflis, sehubungan dengan itu saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, jangkaan kutipan hasil rizab antarabangsa dan hutang Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2018, dan apakah langkah kerajaan bagi memperkukuhkan lagi ekonomi dan kewangan negara termasuk mengawal inflasi, meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran.

Tuanku dalam Titah Baginda telah menyentuh pelbagai aspek negara antaranya perdagangan luar Malaysia, kos sara hidup, program dan projek pembangunan berpaksikan rakyat, perpaduan indeks syariah Malaysia, dan nilai kesederhanaan, perkhidmatan kesihatan berkualiti, ancaman keselamatan dan keamanan negara, serta ancaman media sosial pendidikan, memperkasakan wanita dan seterusnya sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan memodenkan sektor pertanian serta menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh tentang pendidikan. Dalam bidang pendidikan, Tuanku telah menyentuh berhubung dengan bidang pendidikan sebagai nadi pembangunan khususnya bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta keperluan meningkatkan lagi prasarana sekolah. Bidang pendidikan ini terlalu hampir di jiwa saya kerana saya telah menjadi pendidik selama 35 tahun.

Berhubung dengan pendidikan ini, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, semua guru, ibu bapa dan pelajar di atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017, yang telah diumumkan baru lalu. Keputusan STPM 2017 amat membanggakan dengan menunjukkan peningkatan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan atau PNGK Nasional meningkat kepada 2.76 berbanding 2.71 pada tahun 2016. Begitu juga dengan bilangan calon yang memperoleh PNGK 3.50 ke atas, bertambah kepada 6,408 orang iaitu 14.89 peratus berbanding 6,137 calon atau 14.20 peratus pada tahun 2016.

Bagaimanapun, peratusan calon mendapat PNGK 4.0 menurun kepada 1.13 peratus atau 485 calon berbanding 1.31 peratus atau 565 calon pada tahun 2016. Sehubungan dengan itu, saya menjangka peluang lepasan STPM 2017 untuk diterima masuk ke universiti awam adalah besar kerana peningkatan dan bilangan calon mendapat PNGK 2.75 ke atas adalah tinggi iaitu 55.19 peratus berbanding 51.83 peratus pada tahun 2016. Peningkatan ini juga memberi gambaran bahawa pencapaian calon Tingkatan 6 di sekolah kerajaan kini semakin baik. Saya turut berbangga dengan pencapaian SMA Maarif Besut Terengganu yang menduduki tangga kelapan keputusan terbaik seluruh negara bagi STPM 2017.

Bagaimanapun, saya ingin mendapat penjelasan kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia, apakah punca pencapaian pelajar PNGK 4.0 bagi STPM 2017 kali ini merosot. Apakah inisiatif yang diambil bagi memperkasakan lagi tingkatan enam dan seterusnya merapatkan jurang pencapaian sekolah luar bandar dan sekolah bandar dalam STPM di masa hadapan. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia di atas kejayaan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah diumumkan pada 15 Mac 2018 lalu.

Keputusan SPM 2017 sudah mencatatkan Gred Purata Nasional atau GPN 4.90 yang merupakan pencapaian yang lebih baik berbanding 5.05 pada tahun 2016. Pencapaian calon di bandar dan luar bandar menunjukkan prestasi memberangsangkan iaitu GPN 4.75 berbanding 4.89 pada tahun 2016 bagi bandar, dan 5.22 berbanding 5.36 pada tahun 2016 bagi luar bandar. Saya berharap jurang pencapaian pelajar luar bandar dan bandar akan terus diperkecil. Laporan KPM menyatakan sebanyak 66 peratus menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi iaitu KBAT dengan baik iaitu berdasarkan kualiti jawapan calon. Sebanyak 27 peratus calon menguasai KBAT tahap tinggi, 39 peratus tahap sederhana, dan 34 peratus tahap rendah.

Laporan juga menyatakan pelajar juga menguasai kemahiran mengaplikasikan pada tahap yang tinggi. Namun kemahiran menganalisis, menilai dan mencipta masih pada tahap sederhana.

Page 49: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

42 DN 26.3.2018

Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan khususnya KPM, apakah langkah

untuk meningkatkan lagi keupayaan pelajar menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terutamanya KBAT Tahap Tinggi. Apakah langkah kementerian untuk meningkatkan lagi kemahiran menganalisis, menilai dan mencipta di kalangan pelajar termasuk meningkatkan profesionalisme guru dalam pelbagai bidang pengajaran dan soft skill.

■1500

Tuan Yang di-Pertua, tidak lengkap rasanya apabila kita menyebut pendidikan ini jika tidak menyebut Pendidikan Ulul Albab. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut tempat, saya yang merupakan sebuah sekolah yang melaksanakan modul Ulul Albab kerana telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2017 baru-baru ini dengan seramai 22 orang pelajar memperoleh 11A termasuk seorang pelajar mendapat 11A+ dan muncul sebagai pelajar terbaik negeri Terengganu untuk SPM 2017.

SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut juga telah muncul sebagai sekolah terbaik SPM 2017 bagi negeri Terengganu dengan gred purata 1.64, dan sekolah terbaik untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan atau SABK peringkat nasional. Pencapaian yang sungguh hebat. Tahniah Pengetua Cemerlang, guru-guru, ibu bapa dan pelajar serta semua warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut.

Pencapaian cemerlang SM Imtiaz YT, Besut ini jelas membuktikan usaha untuk melahirkan generasi Ulul Albab telah menunjukkan hasil yang amat membanggakan. Sesungguhnya tidak sia-sia gerakan untuk mengangkat generasi Ulul Albab ini yang telah bermula di Besut, Terengganu dengan dipelopori oleh Yang Berhormat Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh yang ketika itu merupakan Pengerusi MARA. Atas kesedaran bahawa kemajuan sesebuah negara pada era ini bergantung kepada kemajuan pemikiran serta keupayaan modal insan yang mampu dijana oleh sistem pendidikan, maka tercetuslah idea untuk melaksanakan program Ulul Albab dalam sistem pendidikan MRSM.

Pendidikan Ulul Albab juga telah berkembang pesat di negeri Terengganu apabila tertubuhnya Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. SM Imtiaz YT Besut pula telah mencipta sejarah tersendiri kerana dipilih untuk melaksanakan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 6 Julai 2015 dan seterusnya Majlis Pelancaran Program oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu pada 2 April 2016.

Seramai 50 orang pelajar perintis telah mendaftar dalam program berkenaan pada 4 Februari 2016 yang lalu. Hasilnya mereka telah menjulang kejayaan cemerlang dalam SPM 2017 baru lalu. Kita mengharapkan pelajar-pelajar ini akan muncul sebagai ilmuwan Islam yang bukan sahaja mahir dalam bidang Sains dan Teknologi tetapi juga bidang keagamaan, malah akan muncul sebagai ulama rabbani dan pewaris generasi Ulul Albab, pakar dalam bidang ilmu duniawi dan ukhrawi seperti Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, Dr Mohammad Said Ramadan Al-Buti, Dr. Mohamed Al-Mukhtar Al-Sayakiti dan ramai lagi yang menjadi bintang dan pelita kepada ummah pada masa kini.

Namun sayangnya Program Asasi Ijazah Berkembar, Pengajian Islam dan Sains belum dapat dilaksanakan. Berhubung dengan Program Pendidikan Ulul Albab khususnya Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab ini, saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan sekolah menengah khusus untuk program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab di Terengganu? Adakah kerajaan bercadang modul pendidikan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab dikaji dan dimantapkan lagi bagi memastikan setiap pelajarnya cemerlang dalam akademik, SPM dan pengajian Islam termasuk pengajian Kitab Turath serta bahasa Arab?

Adakah kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu JAKIM, menyediakan modul khas untuk pendidikan tahfiz di Institusi Tahfiz termasuk di semua SM Imtiaz Yayasan Terengganu bagi memastikan pengiktirafan pengajian tahfiz yang dijalankan di sekolah-sekolah kerajaan? Adakah kerajaan bercadang untuk mengembangkan pendidikan Ulul Albab ini ke sekolah menengah harian? Adakah kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi bercadang mengembangkan Pendidikan Ulul Albab ini di peringkat pendidikan tinggi terutama di universiti awam?

Page 50: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 43

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pendidikan ini juga saya ingin menyentuh

berhubung dengan Pembelajaran Abad Ke-21 yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2018 yang lalu. Kelas Pembelajaran Abad Ke-21 akan dilaksanakan sepenuhnya di 2,000 bilik darjah di sekolah-sekolah terpilih melibat kawasan bandar dan luar bandar. Kemudahan yang diberikan nanti akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita menyedari bahawa teknologi merupakan komponen yang penting dalam Pembelajaran Abad Ke-21 ini dalam usaha untuk membuka minda dan perspektif murid kepada dunia luar yang sungguh mencabar. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, berapa buah sekolah dan murid yang akan mendapat manfaat Pembelajaran Abad Ke-21 ini di bandar dan luar bandar, khususnya di Terengganu?

Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah berjaya meningkatkan kedudukan universiti tempatan, QS World University Ranking 2018, menyatakan bahawa kedudukan global Universiti Malaysia meningkat dari tangga ke-114 pada tahun 2018, berbanding ke-167 pada tahun 2013. Sementara itu lima universiti tempatan disenaraikan dalam lapan universiti terbaik ASEAN. Lebih membanggakan 10 disiplin akademik universiti tempatan disenaraikan dalam 50 terbaik di dunia. Saya ingin mendapatkan penjelasan KPT, apakah langkah untuk terus memperkasakan universiti tempatan terutamanya universiti awam supaya terus meningkat dari segi kedudukannya di Global University Ranking?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berhubung dengan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tahun 2018 telah diisytiharkan sebagai Tahun Memperkasakan Wanita oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2018 lalu. Dalam konteks memperkasakan Wanita pertamanya ialah memperkasakan wanita khususnya sasaran penyertaan wanita di peringkat membuat keputusan sama ada di sektor awam atau di sektor swasta atau korporat. Saya ingin mendapatkan penjelasan setakat manakah sasaran ini boleh tercapai, dan apakah langkah yang telah diambil bagi meningkatkan penyertaan wanita di peringkat membuat dasar dan keputusan sama ada di sektor awam mahupun swasta dan korporat?

Kedua, wanita juga sewajarnya diperkasakan dalam bidang politik, pendidikan dan perundangan. Penyertaan wanita dalam politik masih perlu dipertingkatkan khususnya sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara. Begitu juga dalam sektor pekerjaan, walaupun bilangan pelajar wanita di IPT dan IPTS dianggarkan lebih 65 peratus, tetapi yang menyertai alam pekerjaan hanya 50 peratus sahaja daripada graduan. Saya ingin penjelasan, apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang politik dan pekerjaan melalui Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita supaya wanita mendapat peluang yang lebih luas?

Ketiga, wanita sewajarnya diperkasakan sebagai usahawan. Penyertaan wanita dalam bidang perniagaan adalah membanggakan tetapi sokongan dari segi modal, latihan dan pembangunan usahawan masih terbatas. Saya ingin mendapatkan penjelasan apakah langkah dan inisiatif yang diambil bagi membantu golongan usahawan wanita untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan seterusnya memajukannya termasuk dari segi untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan perniagaan?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berhubung dengan wanita ini saya ingin menyentuh berhubung isu keganasan terhadap wanita di negara ini. Sering kali kita mendengar berita dan laporan mengenai kes keganasan terhadap wanita seperti dipukul dan didera termasuk diperdagangkan. Kesan keganasan ini amat mendalam dari segi emosi, sehubungan dengan itu sokongan dari kerajaan, awam dan NGO amat diperlukan bagi menangani kes keganasan terhadap wanita ini. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan berapakah jumlah kes keganasan wanita yang dilaporkan bagi tempoh tahun 2015 sehingga tahun 2018 terkini dan nyatakan jenis keganasan yang telah dilakukan. Apakah langkah dan inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan awam dan NGO dalam menangani dan membanteras kes keganasan terhadap wanita ini?

Saya juga turut menyentuh berhubung dengan Warga Emas. Malaysia dijangka akan menjadi negara penuaan menjelang tahun 2035, apabila lebih 15 peratus rakyat negara ini berumur 60 tahun. Warga emas ini perlu mendapat perhatian masyarakat dan kerajaan dari segi kesihatan, ekonomi dan sosial.

Page 51: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

44 DN 26.3.2018

■1510

Tambahan pula terdapat ahli keluarga seperti anak atau adik-beradik yang tidak bersedia menjaga ibu atau bapa atau ahli keluarga yang suda tua, warga emas ini juga sepatutnya mendapat pelbagai kemudahan dan diskaun dari segi perkhidmatan, pengangkutan, hotel dan penginapan makan minum dan lain-lain. Saya ingin mendapat penjelasan apakah langkah kerajaan dalam membela warga emas dari segi kesihatan, sosial dan ekonomi. Berapa banyakkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan rumah warga emas yang telah diwujudkan serta setakat manakah PAWE memberi manfaat kepada warga emas? Apakah pelan tindakan yang lebih menyeluruh untuk menjadikan warga emas termasuk peluang pendidikan sepanjang hayat dan peluang untuk menjalankan kerja amal dan kebajikan?

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tamatkan. Akhirnya saya menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengakhiri dengan doa semoga negara terus diberkati diberi taufik hidayah serta aman bersatu padu.

Akhir kalam, saya belanja pantun untuk semua sahabat Ahli Dewan Negara sesuai dengan demam yang sedang melanda negara pada masa ini.

Gendang PRU sudah dipalu;

Senarai calon sudah diserahkan; Pilihan raya utamakan dahulu;

Calon wanita jangan dilupakan.

Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Engku Naimah kerana telah menyampaikan berita-berita baik. Ayat pertama, akhirnya dia kata, gendang pilihan raya akan dibunyikan dan dia ceritakan juga tentang masalah manusia yang menjadi haiwan, dia kata. Itu akibat daripada ilmu ada, iman tiada. Telah punahnya manusia ini, ilmu banyak, iman tiada supaya kita ini berilmu dan beriman untuk melaksanakan ilmu dan iman itu. Terima kasih, Yang Berhormat.

Sekarang kita menjemput Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, silakan.

3.12 ptg

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam membahaskan Titah Menjunjung Kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Baginda semasa perasmian Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas, yang telah diadakan pada 5 Mac yang lalu.

Banyak perkara yang telah disentuh oleh Yang di-Pertuan Agong walaupun ucapannya ringkas tetapi begitu padat sekali dengan ingatan-ingatan yang diberi untuk tindakan-tindakan kerajaan bagi semata-mata untuk kepentingan dan manfaat rakyat jelata. Saya suka hendak melihat beberapa perkara yang kita fikir perlu kita beri perhatian daripada titah ucapan tersebut.

Pertama sekali ialah tentang usaha untuk mengurangkan bebanan rakyat hasil daripada peningkatan kos sara hidup. Satu perkara yang saya lihat yang telah diambil tindakan oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi ialah apa yang dilakukan di merata tempat di negara kita ini iaitu Program Jualan Mesra Rakyat. Program di mana rakyat pergi membeli keperluan-keperluan dapur dan mendapat harga yang agak istimewa.

Page 52: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 45

Program ini nampaknya mendapat sambutan yang baik dan rata-rata rakyat yang

berkunjung ke jualan-jualan ini mahu supaya program ini diteruskan, diperbanyakkan dan juga ditambah lagi agensi-agensi kerajaan yang mengambil bahagian di dalam program ini seperti FAMA iaitu di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, LKIM dan sebagainya. Begitu jugalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Jadi dalam hubungan ini, saya ingin hendak tahu untuk pengetahuan rakyat semua, daripada jualan-jualan yang ada setakat ini, berapakah nilai jualan yang telah diperoleh nilai jualan dan daripada nilai jualan ini berapakah penjimatan yang telah dimanfaatkan oleh rakyat ataupun mereka yang membeli di pasar-pasar ini? Misalnya satu pasaran yang dibuat di Kuching. Kata seorang pembeli itu kalau dia pergi ke pasar biasa, kalau dia membeli barangan apa yang dia beli pada pagi itu, kosnya ialah dalam RM350 tetapi bila dia membeli di Program Jualan Mesra Rakyat, dia hanya berbelanja RM250. Ini bermaknanya dia boleh menjimatkan belanja dapur untuk minggu itu ataupun untuk bulan itu sebanyak RM100.

Ini bererti bahawa ianya memberi pulangan yang baik ataupun satu pertolongan secara langsung kepada rakyat kalau kita membanyakkan Program Jualan Mesra Rakyat seperti ini. Jadi saya mencadangkan supaya program ini diteruskan dan diperbanyakkan lagi kerana ini cara yang paling baik dan berkesan untuk kita membantu rakyat bagi meringankan bebanan rakyat yang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup pada masa ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan apa yang ada di- program yang dari kerajaan iaitu Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0. Ini merupakan satu penjenamaan semula, rebranding daripada Kedai Rakyat 1Malaysia 1.0. Saya mengharapkan selain daripada syarikat-syarikat yang besar yang menjadi rantaian untuk mengendalikan KR1M 2.0 ini berilah juga peluang kepada koperasi-koperasi yang besar ataupun koperasi yang ada di daerah-daerah di negara kita untuk sama-sama diberi peluang untuk ikut serta di dalam Program Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 ini.

Satu perkara yang saya lihat kalau ada penglibatan koperasi saya ingin supaya koperasi-koperasi di negara kita mencebur diri di dalam satu bidang baru iaitu mana-mana koperasi yang berkemampuan yang mempunyai modal yang besar, mempunyai harta tanah dan sebagainya, koperasi-koperasi itu mulalah mengorak langkah untuk mencebur diri di dalam bidang perhotelan seperti mana yang buat oleh...

Dato' Shahanim binti Mohamad Yusoff: Mohon mencelah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat. Hari ini kita dengar rata-rata semua orang kata, rakyat marah pada kerajaan sebab kos sara hidup, barang naik.

■1520

Jadi apa pendapat Yang Berhormat, semua orang cakap, rakyat cakap barang naik, barang naik, barang naik. Kalau kerajaan melalui koperasi, saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat, kita buka kedai-kedai runcit ini melalui koperasi. Kita bagi jual barang-barang dengan harga yang murah itu boleh mencetuskan satu fenomena yang rakyat tidak marah dekat kerajaan. Jadi apakah pendapat Yang Berhormat kalau kerajaan hari ini memperkasakan koperasi, bagi koperasi buka Kedai Rakyat 1Malaysia di seluruh negara dan kita tidak akan dengar sudah keluhan, rakyat marah dekat kerajaan, rakyat marah dekat kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato' Shahanim. Satu pandangan yang baik. Oleh sebab kita melibatkan, meluaskan penglibatan koperasi di dalam bidang peruncitan, ertinya kita memberi peluang kepada rakyat ataupun ahli-ahli koperasi untuk mengendalikan kedai itu. Bila dia mengendalikan kedai itu bermakna dia ada suara untuk menentukan harga-harga barangan yang hendak ditetapkan. Kalau dia kata harga itu terlalu mahal, maka dia yang control pengurusan kedai itu, jadi oleh yang demikian, mereka yang sebahagian daripada pembuat keputusan, decision making.

Jadi kalau mereka kata mahal, mereka sendiri yang membuatkan barangan itu menjadi mahal berdasarkan kepada keadaan pasaran semasa. Lagipun kalau berdagang menerusi koperasi, sekiranya ada keuntungan, keuntungan itu akan balik kepada ahli-ahli koperasi, balik kepada pengguna-pengguna, mereka membeli dan mendapat keuntungan juga. Jadi ini satu pendekatan yang saya fikir perlu diperkasakan oleh kerajaan, gerakan koperasi.

Page 53: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

46 DN 26.3.2018

Saya juga melihat bahawa kalau kita hendak memperkasakan gerakan koperasi

bermakna kita meluaskan pergerakan ini ke satu tahap yang begitu luas. Akan tetapi hendaklah koperasi ini kita buat kelas. Ada koperasi yang besar, modal yang banyak, ahli yang banyak, kita bagi dia kelas ‘A’ misalannya, yang ada modal sederhana kita bagi kelas ‘B’ dan seterusnya, kelas ‘C’ dan sebagainya ,supaya koperasi ini boleh bergerak.

Ada kalanya koperasi yang ahlinya hanya 10 orang, 20 orang pun dengan modal yang kecil pun mereka tertakluk kepada sistem perundangan yang sama. Kalau boleh, kalau adanya kelas seperti ini maka mungkin kita boleh ada jadual-jadual perundangan koperasi yang tertentu yang mengikat koperasi kelas ‘A’, koperasi kelas ‘B’ dan koperasi kelas ‘C’ dan sebagainya. Ini saya rasa perlu diberikan pertimbangan oleh kerajaan kerana ini mungkin undang-undang yang ketat boleh mengetatkan atau membantu sedikit pergerakan koperasi di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin hendak menyentuh tentang Program Bandar Selamat. Ini juga ada kaitan dengan kesejahteraan hidup rakyat yang ada kaitannya juga dengan alam sekitar. Ada satu perkara yang saya hendak sentuh di sini ialah tentang kehijauan bandar raya, kehijauan bandar ataupun taman-taman rekreasi kita. Kita melihat bahawa kita selalunya menanam pokok. Akan tetapi ada kalanya adakah apabila kita menanam pokok itu, kita mengikut cara penanaman yang betul. Itulah sebabnya apabila kita lihat- saya rasa sewaktu perasmian Parlimen ada satu kes pada 5 Mac yang lalu, ada kes pokok tumbang dekat KLCC dan saya difahamkan bahawa mangsanya selepas dimasukkan ke hospital beberapa minggu dilaporkan telah meninggal dunia.

Ada juga kes-kes yang lain pernah berlaku di Bandaraya Kuching dan sebagainya, berlaku kemalangan- apabila pokok tumbang, dia menjadi mangsa kepada insiden itu. Jadi saya harap sebelum mana-mana pokok di negara kita ini yang hendak ditanam oleh pihak berkuasa tempatan, oleh pihak NGO, saya harap kita menggunakan kaedah penanaman yang betul, cara penanaman yang betul, cari pokok yang betul dan sebagainya. Jadi saya mencadangkan di sini supaya kerajaan, kementerian ataupun pihak berkuasa tempatan wujudkan jawatan arborist, ertinya orang yang pakar di dalam bidang penanaman pokok. Ini kerana kita perlu perkara seperti ini.

Kalau kita menanamnya dengan betul, memilih pokok yang betul, kos maintenance pokok tidaklah begitu tinggi bahkan di Singapura kita lihat ada pokok usianya hingga 200 tahun lebih. Jadi ini perkara yang harus diambil perhatian juga oleh kerajaan, oleh KPKT ataupun mana-mana badan berkuasa tempatan yang lain.

Satu perkara yang saya hendak sentuh di sini juga ialah berkaitan dengan Program Bandar Selamat ialah kita selalu melihat di bandar raya ataupun di bandar-bandar kita, kita mempunyai sistem lampu isyarat, traffic light system. Sekarang ini di Bandaraya Kuching banyak telah dipasang dengan traffic light yang dikatakan smart traffic light system.

Akan tetapi saya berpendapat bahawa smart traffic light system kalau boleh ditambah lagi dengan satu sistem di mana kita- saya mencadangkan supaya traffic light system ini menjadi unlimited power system. Kita melihat bahawa kalau di bandar ataupun di bandar raya ataupun mana-mana tempat, ada traffic light tetapi apabila bekalan elektrik terputus, berlakunya gangguan bekalan elektrik. Maka traffic light system itu pun terganggu juga. Akhirnya sistem lalu lintas di jalan raya kita berada dalam satu keadaan yang kita katakan kelam kabut, chaos kerana traffic light yang ada tidak berfungsi.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya dicarikan kaedah macam mana kita boleh memasang the unlimited power system ke atas lampu isyarat di bandar-bandar kita supaya walaupun kita berlakunya gangguan bekalan elektrik tetapi sistem jalan raya kita masih lagi terkawal. Maka Program Bandar Selamat haruslah memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh satu perkara lagi ialah tentang pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi yang dibuat di Dewan Rakyat iaitu kelulusan oleh kerajaan untuk memasukkan sebuah hospital pengajar, teaching hospital dalam Rolling Plan Malaysia Kesebelas untuk Universiti Malaysia Sarawak atau UNIMAS, kerana UNIMAS telah wujud sejak dari tahun 1992. Sekarang sudah berusia mungkin lebih 25 tahun tetapi UNIMAS tidak ada mempunyai hospital sendiri, the teaching hospital. Maka dengan pengumuman ini, pertamanya, sudah tentulah akan menggembirakan warga UNIMAS terutamanya dan juga pelajar-pelajar fakulti perubatan dan juga rakyat Sarawak dan masyarakat setempat.

Page 54: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 47

■1530

Ini kerana kalau hospital ini dapat di bina maka sudah tentulah ia akan memberikan banyak manfaat kepada masyarakat setempat. Akan tetapi saya ingin memaklumkan juga sebagai ingatan, kalau hendak bina hospital di Sarawak dan sebagainya carilah, lantik lah kontraktor yang benar-benar berkemampuan. Kontraktor yang benar-benar bagus dari segi pengurusan dan sebagainya. Hal ini kerana kalau tidak hospital ini akan tergendala. Kita lihat contoh terdekat bagi saya ialah Hospital Petrajaya, Kuching yang sudah sekian lama tergendala. Kalau tidak, ia sudah boleh digunakan untuk beberapa tahun yang lepas. Jika kita katakan hospital itu, kalau orang tua dulu dia kata ‘rumah sakit’ tetapi ini projek yang sudah sakit.

Jadi, kita haraplah kalau kita hendak bina teaching hospital di UNIMAS ini, saya berharap supaya kerajaan melantik kontraktor yang benar-benar berkeupayaan. Selain daripada itu, bila kita bercakap tentang hospital ini, projek menaik taraf Hospital Besar Kuching. Projek ini sudah pun bermula setelah beberapa kali tertangguh. Akan tetapi apa yang menyedihkan ialah dalam perundingan kontrak itu, saya tidak pasti sama ada elemen-elemen kemanusiaan dimasukkan sama di dalam kontrak dalam menaik taraf Hospital Besar Kuching. Hal ini kerana, kalau kita membuat projek yang melibatkan kawasan yang sedia ada dan kawasan yang sedia ada itu masih dipakai, masih lagi digunakan, ia akan melibatkan masyarakat ataupun pelawat-pelawat yang pergi ke hospital.

Bayangkanlah dalam projek pembesaran Hospital Besar Kuching dengan pembinaan kompleks bangunan, tempat letak kereta yang bertingkat dan sebagainya tetapi bila hendak meletakkan kereta sementara, ia lebih kurang 200 meter jauh daripada bangunan hospital yang ada. Apa yang berlaku ialah mereka yang pergi ke hospital daripada parking space, mereka berjalan kaki 200 meter tetapi tanpa ada kemudahan seperti bumbung tertutup sementara. Kalau mereka parking kereta waktu malam, tidak ada lampu limpah yang ada menerangi padang tempat letak kereta.

Oleh itu, parking kononnya parking at your own risk. Akan tetapi, itu bukanlah jalan penyelesaian. Saya harap bila perundingan balik kontrak seperti ini, bukan sahaja elemen kejuruteraan, elemen pembinaan yang perlu diambil kira. Namun, hendaklah mengambil kira elemen-elemen perikemanusiaan. Hal ini mungkin tidak ada di dalam kontrak tetapi hendaklah diambil kira perkara-perkara seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh sedikit tentang Program MyHome yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan saya ingin tahu berapa banyak pegawai-pegawai kerajaan di Sarawak sama ada di dalam perkhidmatan kerajaan negeri mahupun perkhidmatan awam persekutuan yang mendapat faedah daripada Program MyHome ini kerana saya fikir bahawa bila bajet itu diluluskan ia adalah untuk seluruh negara.

Jadi, saya minta supaya pegawai-pegawai kerajaan di Sarawak, pegawai perkhidmatan awam di Sarawak atau negeri, atau persekutuan juga menerima manfaat daripada Program MyHome ini. Jadi, saya minta kementerian ini kalau boleh, kalau penglibatan pegawai-pegawai kerajaan dari negeri Sarawak tidak begitu banyak, maka mungkin bukalah pejabat wilayah di Kuching, Sarawak supaya pegawai-pegawai kerajaan di Sarawak boleh mendapatkan lebih banyak pengetahuan mengenai Projek MyHome ini.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya rasa saya mahu menyentuh one last point, iaitu berkenaan dengan Malaysia Agreement 1963 (MA63). Pertama, sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak kerana telah memberikan jaminan berulang kali bahawa apa-apa hak negeri Sarawak yang terjamin di bawah Malaysia Agreement 1963 yang terhakis ataupun terambil secara sengaja ataupun tidak sengaja oleh Kerajaan Persekutuan akan diserah balik kepada negeri Sarawak.

Sudah tentu pengumuman ini, jaminan ini adalah sesuatu yang amat menggembirakan kita di negeri Sarawak. Saya menyokong segala usaha menerusi rundingan tindakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg untuk terus berunding dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang telah terambil secara sengaja ataupun tidak sengaja di sepanjang penubuhan Malaysia ini.

Page 55: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

48 DN 26.3.2018

Ini kerana kita mahukan Malaysia ini sebagai sebuah negara yang makmur, sejahtera dan kita mahu perundingan ini dibuat dengan Sarawak dan juga negeri Sabah, sudah tentulah berasaskan kepada within the framework Perlembagaan Malaysia, within the framework of the Malaysian Constitution. Kita faham bahawa proses devolution of power ini pada masa ini kita berada kepada stage kedua, devolution of power. Dulu, stage pertama iaitu administration. Sekarang ini kita sampai kepada stage kedua iaitu devolution of power iaitu berkaitan dengan Perlembagaan. Ini adalah satu proses yang agak rumit dan sudah tentulah akan memakan masa yang agak lama, perlu diteliti dan perlu diperhalusi dengan sebaik-baiknya.

Kita tidak mahu Malaysia ini dikatakan seperti mengambil kata Mendiang Apai Tun Jugah, “Kita tidak mahu Malaysia ini seperti tebu.” Kata Apai Tun Jugah, “Manis di pun.” Maksudnya manis di pangkal tetapi pahit di hujung. Jadi dengan adanya, mengembalikan balik hak-hak Sarawak yang terhakis maka sama ada sengaja atau tidak sengaja diambil oleh Kerajaan Persekutuan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjamin bahawa beliau akan mengembalikan hak kepada kita. Maka kita bergantung penuh kepada jaminan dan janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita yakin bahawa janji-janji ini akan ditepati. Oleh itu, kita memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Najib untuk terus memimpin Malaysia selepas Pilihanraya Umum Keempat Belas yang akan datang.

■1540

Insya-Allah, kita yakin bahawa Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib akan terus memimpin negara ini dan insya-Allah Sarawak akan memberi sokongan yang sepenuh-penuhnya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak untuk meletakkan Barisan Nasional sebagai kerajaan yang bakal mentadbir Malaysia selepas PRU Ke-14 nanti. Sekian, Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih atas Titah Tuanku. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili. Kita dengar bahawa beliau telah banyak berceritakan tentang pembaharuan, pentingnya koperasi dan lain-lain lagi dan yang paling penting sekali dikatakan serahkan balik yang hak seberhak.

Di situlah dia tahu bahawa dia dapat nilaikan siapa dia Perdana Menteri Malaysia kita ini. Seorang pemimpin yang berhati mulia dan bijak pelaksanaannya. Terima kasih, Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili.

Saya minta pula Yang Berhormat Senator Datuk Sambathan A/PL Manickam.

3.41 ptg.

Datuk Sambathan A/PL Manickam: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, dalam memberikan peluang untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja- Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membentangkan pelbagai aspek mengikut cabaran pada masa kini. Melihat kepada situasi global masa kini negara kita perlu lebih bersedia menerima cabaran tersebut termasuk ekonomi, keselamatan dan sosial pembangunan di saat ini.

Pertama sekali, Akta Penyebaran Berita Palsu yang amat diperlukan kerana berita ini palsu ini mampu merosakkan pembangunan negara dengan pelbagai global. Antara berita palsu yang pernah kita dengar mengenai 1MDB, kita sedia maklum bahawa PAC, PDRM dan juga Peguam Negara sudah pun melaksanakan siasatan terperinci dan isu 1MDB tetapi masih ada pihak yang cuba menyangkal laporan. Kenapakah mereka berbuat demikian? Adakah mereka sedar bahawa tindakan mereka boleh membawa padah termasuk negara ini.

Saya juga menyokong tindakan undang-undang yang telah diambil terhadap beberapa Ahli Parlimen cuba mewujudkan budaya fitnah di dalam negara. Baik, satu lagi berita palsu yang wujud dengan usaha untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak. Untuk membantu negara kita beliau satu-satunya Perdana Menteri yang memberikan peruntukan sehingga RM400 juta kepada pembangunan masyarakat India. Tidak ada seorang Perdana Menteri pun sebelum ini membantu kaum India.

Page 56: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 49

Jikalau negara ini di bawah pembangkang terutamanya negeri Selangor banyak

masyarakat India hidup dalam kemiskinan dan tiada bantuan daripada wakil rakyat sendiri. Saya sebagai Presiden IPF Malaysia terpaksa turun padang dan membantu mereka.

Perkara kedua yang saya ingin berbahas ialah kita perlu mempunyai satu pendekatan yang bijak dengan meneruskan nilai perpaduan tetapi melaksanakannya kita masih belum ada satu titik pendekatan dengan mewujudkan nilai perpaduan yang kukuh. Contohnya, jikalau kita ke kedai kopi untuk menonton bola sepak kaum Cina duduk dengan kaum Cina, komuniti Melayu duduk dengan komuniti Melayu, masyarakat India akan duduk dengan masyarakat India. Perkara seperti ini harus dikesan dengan melaksanakan masyarakat kita slogan 1Malaysia yang telah dilaksanakan bukan sekadar hanya kata tetapi juga perlu menjadi amalan rakyat Malaysia.

Isu ketiga Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu bahasa ibunda negara kita, masih ada ramai masyarakat Malaysia yang tidak faham atau mahir dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dilihat sebagai masalah kecil. Akan tetapi perkara ini boleh membawa imej dan menafikan kepada pembangunan negara kita- dinilai bahawa ada masyarakat bukan Melayu yang fasih dalam Bahasa Melayu. Perkara ini dapat dilihat melalui sistem TV seperti Karam Singh Walia, Charles Mohan, Pang Chinn Fei, dan TV3- NTV7 dan juga Mohan Chinnasamy dari saluran RTM. Namun demikian, jumlah ini masih kecil.

Seperti yang ditekankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pendidikan merupakan sektor penting dalam negara. Begitu juga dengan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional yang diberi perhatian serius oleh kerajaan. Bidang kemahiran adalah penting dalam memastikan seorang pekerja yang profesional dan mahu dibayar gaji yang tinggi- juga boleh mengurangkan kebergantungan tenaga mahir dari luar negara. Akan tetapi, golongan belia India yang perlukan dari GiatMARA, vokasional, pusat kemahiran negara dan telah berjaya dengan menubuhkan syarikat persendirian seperti automobil dan sebagainya. Ini merupakan pelan tindakan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahupun memberikan impak dan proaktif kepada pembangunan negara.

Saya juga menyokong soal keselamatan yang ditekankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong- tentang ancaman luar negara. Kita perlu sentiasa bersedia dan meningkatkan keupayaan pertahanan negara. Saya juga melihat Menteri Pertahanan Yang Berhormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertungkus-lumus untuk memastikan pertahanan negara, termasuk kebajikan sosial anggota tentera. Dalam pada itu- mohon dapat juga mengambil- khas TUDM dan TLDM bagi belia India. Sekali gus memberikan peluang kepada kaum India untuk berkhidmat dalam barisan pertahanan negara.

Begitu juga dengan peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras isu jenayah negara. Dengan mengurangkan keadaan peratusan jenayah negara seperti tahun ini harus mencapai- syabas dan tahniah kepada PDRM. Walau bagaimanapun, terdapat pihak mula mengeluarkan kenyataan yang buruk mengenai kes kematian dalam lokap ini. Perkara ini perlu sekali tindakan dalam menjaga imej PDRM.

Di sini saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis dalam usaha membanteras kumpulan kongsi gelap yang selalu melaksanakan golongan belia terutamanya belia India. Perkara ini perlu dibanteras sehabis-habis supaya gejala sosial dalam kalangan masyarakat India dan juga masyarakat berada pada tahap sifar.

Kita mempunyai barisan kepimpinan yang terbaik di bawah Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dan kerajaan terbaik antara semua parti komponen Barisan Nasional- kaum-kaum tidak tinggal dalam kemiskinan ataupun penindasan di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, semuanya diberikan perhatian adil dan saksama. Jikalau perkara ini tidak teruskan bahawa Pakatan Pembangkang jika mereka memerintah negara sebagai wakil India tidak ada dalam komponen itu.

Sehubungan dengan itu, saya menyokong saranan Yang di-Pertuan Agong dan menubuhkan Majlis Tindakan Saraan Hidup dengan merangka program bersesuaian yang boleh melaksanakan negara, meringankan beban rakyat. Saya juga percaya kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak terus menyediakan peruntukan bagi melaksanakan lebih banyak program dan projek berjiwa rakyat demi kesejahteraan.

Page 57: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

50 DN 26.3.2018

■1550

Mereka sedia dengan- sesuai dengan ekonomi global yang tidak menentu, harga pasaran minyak dunia yang tidak stabil dan menjatuhkan nilai Ringgit pasti memberi impak dalam kos sara hidup rakyat. Akan tetapi kerajaan masih prihatin dengan memberi subsidi dan bantuan pasaran kepada golongan yang memerlukan. Juga saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Kerja Raya kerana membina satu jambatan baharu di kawasan Semenyih untuk mengurangkan beban penduduk-penduduk di Semenyih.

Dengan perbahasan ini, saya menyokong penuh Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Sambathan dan telah banyak membawa isu yang baik. Apa yang paling penting sekali saya nampak Senator ini manusia yang menghormati orang punya budi, mengenang budi itu. Apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri kepada kaum India itu dia ceritakan. Jadi maknanya seorang pemimpin yang berwibawa dan bagus iaitu dia kenang budi iaitu yang dihadiahkan oleh Perdana Menteri itu. Bak kata pantun orang Melayu.

Di atas bukit tanamnya ubi, Burung tempua buat sarang, Bukan budi sebarang budi, Budi baik dikenang orang... [Tepuk]

Terima kasih ya. Baik sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen. Silakan.

3.51 ptg.

Datuk Lim Pay Hen: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam sehati sejiwa dan salam Negaraku Malaysia.

Saya ingin ucapkan terima kasih dan amat berbesar hati kerana diberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Usul Menjunjung Kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Dengan itu saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan beberapa perkara bagi mendapatkan tumpuan pihak kementerian dan kerajaan termasuk kawasan perwakilan saya di Johor Utara.

Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang ingin saya bangkitkan ialah mengenai liputan internet mudah alih 4G yang masih lemah dan tidak stabil. Menurut statistik daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC, pada suku pertama tahun 2017, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia bagi setiap 100 isi rumah hanya 77.9 peratus berbanding 72.5 peratus untuk tahun 2016. Ia hanya meningkat sebanyak 5.4 peratus manakala liputan penaiktarafan daripada 3G ke 4G, hanya kira-kira 74.9 peratus di seluruh negara pada tahun 2018 dengan kelajuan hanya pada 14.83 megabits per second, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Secara jelasnya, pencapaian ini masih jauh daripada sasaran yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu kadar penembusan liputan internet perlu mencapai kepada 95 peratus pada tahun 2020. Penembusan 4G di seluruh negara yang hanya 74.9 peratus menunjukkan kementerian perlu berusaha kuat lagi sekiranya ingin meningkatkan penembusan sehingga ke tahap 5G di Malaysia. Satu perkara yang kerap berbangkit daripada pihak berkepentingan atau stakeholders, dengan izin, kepada saya dan MCA ialah kelajuan internet yang tidak memuaskan termasuk kawasan perwakilan saya di pinggir bandar seperti Muar, Tangkak, Pagoh dan luar bandar. Keadaan ini menyebabkan pihak berkepentingan seperti peniaga komersial, usahawan e-commerce kekecewaan, urusan perdagangan menjadi lambat serta menjatuhkan tahap produktiviti perniagaan. Ini juga akan menjadi satu daripada kekangan kepada Malaysia yang sedang menuju Revolusi Industri 4.0.

Page 58: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 51

Bagi memperkasakan usaha kementerian yang sedia ada, saya di sini ingin

mengemukakan cadangan saya kepada kementerian supaya mempertimbangkan agar kawal selia liputan internet 4G atau 5G serta pembinaan infrastruktur diperluaskan kepada pasaran telco antarabangsa selain dibolosi oleh Telekom Malaysia agar penawaran liputan internet 4G atau 5G menjadi lebih kompetitif, perkhidmatan yang lebih baik dan pelbagai.

Kedua, kementerian boleh meningkatkan liputan infrastruktur digital dengan merangkumkan peranan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Ini adalah untuk memastikan tugasan pemantauan kestabilan keupayaan perkhidmatan dan penembusan internet 4G atau 5G sentiasa pada tahap maksimum.

Ketiga, dicadangkan juga kementerian memberikan pelepasan cukai yang lebih menarik ke atas langganan internet 4G atau 5G kepada individu merangkumi pihak industri. Pelepasan cukai ini akan menggalakkan lebih banyak langganan jalur lebar termasuk PKS untuk mentransformasikan model perniagaan kepada digital tetapi masih dapat mengawal kos operasi perniagaan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adalah memohon pertimbangan daripada pihak kementerian supaya melebarkan dan menambah lorong atau jalan baharu sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan daripada dua lorong kepada tiga lorong atau jalan selepas Ayer Keroh, Melaka sehingga ke Johor Bahru. Sebagai perwakilan daripada kawasan Pagoh, Johor saya berpendapat bahawa permohonan ini amat perlu dan penting dipertimbangkan oleh kementerian kerana Pagoh berkembang menjadi tumpuan hab pendidikan iaitu Bandar Baru Universiti Pagoh.

Maka projek penaiktarafan lorong atau jalan baharu selepas Ayer Keroh, Melaka ke Johor Bahru juga satu perancangan masa depan seperti menyelesaikan masalah kesesakan trafik dan menjimatkan masa perjalanan daripada Melaka sehingga bahagian Johor terutamanya Muar, Tangkak dan Pagoh. Pelebaran lorong atau jalan tambahan mampu meningkatkan rangkaian jalan lebuh raya yang lebih sempurna dan juga sebagai sokongan kapasiti aliran trafik kepada jalan negeri yang sedia ada. Cadangan ini juga akan merangsang pembangunan baharu seperti kediaman, perniagaan komersial termasuk pusat membeli-belah serta kegiatan perhotelan di sepanjang laluan dan pertambahan pusat pertumbuhan yang baharu akibat Bandar Baru Universiti Pagoh serta projek High Speed Rail, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, berikutnya isu yang mendapat perhatian saya ialah ancaman pelumba jalan haram atau masalah mat rempit dan mat lajak yang semakin berleluasa dan mencerminkan kelemahan tingkah laku sosial di kalangan remaja serta budak-budak Malaysia. Masalah mat rempit atau mat lajak juga telah membangkitkan perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Masalah mat rempit dan mat lajak ini sebenarnya satu masalah sosial kemasyarakatan yang sukar dibendung atau diselesaikan kerana individu yang terlibat dalam perlumbaan haram adalah golongan belia serta remaja di bawah umur 18 tahun.

Keadaan lebih menyedihkan apabila Ringkasan Penyelidikan Tahun 2007 daripada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia menunjukkan 50 peratus jumlah mat rempit yang ditahan terdiri daripada lingkungan umur 14 hingga 20 tahun. Kesan aktiviti perlumbaan motosikal dan basikal secara haram ini telah membahayakan bukan sahaja diri mereka tetapi juga pengguna jalan lain serta mengganggu ketenteraman awam.

Satu kenyataan terbuka oleh Kementerian Dalam Negeri, kementerian telah mencadangkan agar satu penggubalan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Antisosial. Namun pada masa kini, sebenarnya kementerian mempunyai akta atau undang-undang yang sedia ada bagi menangani masalah mat rempit atau mat lajak ini. Sebagai contohnya, seksyen 42(i), seksyen 44, seksyen 45(i), seksyen 81(i) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah memperjelaskan secara terperinci bahawa pihak penguat kuasa boleh mengambil tindakan ke atas individu yang dipercayai terlibat dalam mengambil tindakan dalam perlumbaan haram di jalan.

■1600

Ini tidak termasuk langkah penguatkuasaan di bawah perundangan lain seperti Akta Kanak-kanak dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang meluaskan kuasa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mat rempit dan mat lajak.

Page 59: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

52 DN 26.3.2018

Maka persoalan saya kepada kementerian ialah apakah Tatacara Piawaian Operasi

(SOP), dengan izin, selain daripada operasi dan perundangan yang diguna pakai oleh pihak penguat kuasa berhubung mat rempit dan mat lajak yang semakin berleluasa menjalankan aktiviti perlumbaan motosikal atau basikal secara haram di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

Kedua, apakah kelemahan yang telah dikenal pasti oleh kementerian dalam akta atau perundangan yang sedia ada dikatakan tidak mampu mengatasi masalah mat rempit dan mat lajak yang merupakan satu penyakit sosial serta bagaimana dengan Akta Antisosial baru ini mampu memperbetulkan tingkah laku sosial yang mudarat ini.

Ketiga, sehingga kini, apakah statistik rasmi yang telah direkodkan oleh PDRM ke atas isu mat rempit dan mat lajak terutamanya lingkungan umur yang terlibat. Negeri yang mencatatkan perangkaan yang paling tinggi serta berapa ramai yang telah disabitkan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kanun Keseksaan. Persoalan yang dikemukakan amat penting kerana untuk memastikan, adakah dengan pengubahan akta baru ini mengizinkan pihak PDRM lebih telus dalam menangani mat rempit dan mat lajak yang terdiri daripada golongan belia serta remaja di bawah umur 18 tahun. Pada masa yang sama memastikan keselamatan pengguna lain dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Di samping itu, penggubalan akta baru bagi mengatasi masalah tidak seharusnya dilihat sebagai langkah yang utama dan muktamad. Ini adalah disebabkan gejala mat rempit dan mat lajak melibatkan masa depan golongan belia serta remaja di bawah umur 18 tahun. Apabila golongan ini sebenarnya memerlukan didikan dan memperbetulkan tingkah laku sosial mereka.

Sebagai contohnya, sekiranya seseorang mat rempit berumur 18 tahun di sabitkan kesalahan mengikut seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan (RTA), dengan izin, 1987, remaja tersebut akan mempunyai rekod jenayah sepanjang umur. Kita perlu mempersoalkan dahulu sama ada terdapat atau tidak sebarang program pemulihan yang sedia ada untuk membantu dan mendidik belia atau remaja ini yang terbabit dengan kegiatan seperti ini. Program pemulihan sedia ada ini perlu dirombak semula agar terapi tingkah laku kognitif dan kemahiran psikologi yang membantu mereka menjadi semula seorang anggota masyarakat yang baik.

Bagi memperkemaskan jurang yang terdapat dalam akta sedia ada atau perundangan baru, saya menyarankan agar pihak penguat kuasa, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat serta agensi kerajaan perlu menjalankan temu bual atau penyelidikan yang lebih mendalam mengenai masalah mat rempit dan mat lajak. Penyelidikan tersebut seharusnya melibatkan sudut pandangan PDRM yang menguatkuasakan undang-undang dan mengambil kira latar belakang keluarga serta ini akan membantu kementerian membentuk satu dasar yang lebih menyeluruh terutamanya yang berkaitan dengan penyakit sosial masyarakat.

Dengan ini saya mengakhiri ucapan saya dan juga berharap agar huraian dan pencerahan saya kemukakan ini boleh dipertimbangkan semula oleh kementerian secara mendalam bagi memastikan kerajaan sentiasa mendahului rakyat. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong Titah Baginda Tuanku. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen yang banyak juga perkara-perkara dan isu baik ditimbulkan, ya.

Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin. Dipersilakan.

4.05 ptg.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin: Salam sejahtera, salam sehati sejiwa dan salam Negaraku Malaysia... [Membaca sepotong doa].

Page 60: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 53

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi kesempatan dan peluang

kepada saya untuk turut sama berucap Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-15, Sultan Muhamad V kerana sudi berangkat menyampaikan titah ucapan di Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen, Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas pada 5 Mac yang lalu.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Allah SWT kerana dengan izin dan Rahmatnya telah memberikan kekuatan dan kesihatan untuk saya turut serta berucap pada hari ini.

Tuanku di dalam Titah Baginda telah menyatakan kesyukuran serta menguji di atas kemampuan kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak menguruskan ekonomi dan kewangan negara. Dalam Titah Baginda juga telah menyentuh pelbagai aspek antaranya perdagangan luar Malaysia, kos sara hidup, konsep pembangunan berpaksikan rakyat, perpaduan rakyat, indeks syariah Malaysia dan nilai kesederhanaan perkhidmatan kesihatan berkualiti, ancaman keselamatan dan keamanan negara serta ancaman media sosial, pendidikan, memperkasakan wanita dan seterusnya sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan memodenkan sektor pertanian serta menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa pembinaan Lebuhraya Pantai Timur atau ECRL, adalah projek yang berteraskan rakyat yang mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi sehingga 1.5 peratus bagi negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu dan seterusnya menawarkan perkhidmatan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Sebagaimana maklum, ECRL telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu membabitkan pembinaan laluan rel kereta api sepanjang 600.3 kilometer merentasi Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek mega yang bernilai RM55 bilion ini dijangka siap pada tahun 2024 adalah pengangkutan awam berpenumpang dan kargo yang berupaya memendekkan tempoh perjalanan dari Tumpat, Kelantan ke Gombak, Selangor kira-kira lima jam dan saya ingin mendapatkan penjelasan bilakah kerja-kerja sivil yang diperuntukkan kepada kontraktor tempatan akan dimulakan dan bilakah kerja-kerja utama akan dimulakan oleh China Communication Construction Company dan setakat manakah kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dalam pelaksanaan projek ECRL ini khususnya yang melibatkan pengambilan tanah dari Gombak ke Pelabuhan Klang.

Ini kerana apa yang kita lihat dalam isu ini setakat ini Kerajaan Negeri Selangor belum membuat apa-apa keputusan mengenai kebenaran pengambilan balik tanah dan sekiranya usaha ini tidak dapat kerjasama daripada kerajaan negeri adalah sulit projek ini mencapai matlamatnya.

Tuan Yang di-Pertua, konsep wasatiyyah yang diperkenalkan juga oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak mengambil pendekatan keadilan dan keseimbangan dalam memacu keamanan dan berjaya menyatukan rakyat yang berbeza agama, etnik dan bangsa.

Sehubungan dengan itu, berdasarkan indeks syariah Malaysia, negara kini berada pada tahap selesa dalam aspek pelaksanaan prinsip maqasid syariah dan wasatiyyah. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan setakat manakah kejayaan konsep kesederhanaan atau konsep wasatiyyah ini telah dapat dilaksanakan di negara kita ini khususnya dari segi hubungan antara agama dan membanteras ekstremisme di negara kita ini.

■1610

Apakah pencapaian indeks syariah Malaysia ISM dari tahun 2015 hingga 2018 kini khususnya dalam bidang kesihatan, prasarana, persekitaran ekonomi, sosial, pendidikan, politik, perundangan dan budaya? Sejauh manakah pelbagai insiden kontroversi baru-baru ini menjejaskan pelaksanaan konsep wasatiyyah di negara kita ini?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berhubung dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani khususnya berhubung dengan tanah terbiar terutamanya di negeri Kelantan dan Terengganu, termasuklah bekas kawasan tanaman padi dari kampung yang tidak diusahakan.

Page 61: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

54 DN 26.3.2018

Terdapat juga kawasan pertanian seperti kebun kelapa dan sebagainya yang tidak

diusahakan secara optimum dan ekonomik, walaupun dasar pertanian negara menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran pemakanan negara dan mengurangkan import.

Apakah langkah dan inisiatif yang diambil oleh kerajaan bagi memajukan kawasan pertanian seperti tanaman jagung dan sebagainya, terutamanya di kawasan-kawasan tanah terbiar ini. Adakah kerajaan bercadang untuk menggerakkan semula Program Bumi Hijau. Pada zaman dahulu dipanggil Bumi Hijau ataupun Buku Hijau bagi menggalakkan penyertaan rakyat dalam bidang pertanian secara kecil-kecilan bagi tanaman sayur-sayuran dan lain-lainnya. Ini dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan juga mengurangkan kos sara hidup.

Seterusnya bidang pertanian ini juga saya ingin menyentuh tentang ternakan ikan di dalam sangkar yang pada masa kini terdapat 80 peratus daripada bekalan ikan merupakan sumbangan daripada nelayan, terutamanya yang menangkap ikan di laut dalam. Ikan di dalam sangkar adalah penting bagi menampung permintaan bekalan yang tidak menentu terutamanya ketika berlaku perubahan monsun.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, berapa ramai kah pengusaha ikan dalam sangkar ini di seluruh negara khususnya di Terengganu dan nyatakan jenis ikan yang diternak di dalam sangkar ini serta hasil ikan yang dikeluarkan. Berapakah jumlah sumbangan pendapatan kepada negara melalui aktiviti penternakan ikan dalam sangkar ini dan apakah langkah bagi meningkatkan penyertaan golongan muda khususnya di luar bandar dalam penternakan ikan dalam sangkar ini terutamanya di negeri Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang pencerobohan nelayan asing di perairan kita. Setakat ini, baru-baru ini, antaranya seramai 12 nelayan asing telah ditahan oleh APMM selepas menceroboh di perairan negara kita dengan mencuri hasil di laut kita dan mereka didapati menangkap ikan dengan pukat tunda di zon yang tidak dibenarkan, berhampiran pantai di negeri Terengganu. APMM merampas bot dan peralatan-peralatan bernilai kira-kira RM1 juta dan menahan lapan nelayan warga Vietnam dan warga Thailand.

Tindakan nelayan asing yang menceroboh perairan Terengganu dan mencuri hasil di laut kita ini merugikan nelayan tempatan. Antaranya kerugian yang dialami oleh nelayan di Marang dan Besut dan di seluruh negeri Terengganu akibat kerosakan unjam mencecah hampir lima ratus ribu Ringgit, akibat daripada tindakan tersebut. Banyak aduan daripada nelayan tempatan khususnya nelayan tradisional seperti kerosakan peralatan dan unjam yang menyebabkan kerugian kepada mereka.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, bilangan kes tangkapan dan penguatkuasaan terhadap nelayan asing yang telah berjaya diambil oleh APMM sepanjang tempoh 2015 hingga 2018 terkini dan nyatakan nilai rampasannya. Apakah langkah kerajaan seterusnya bagi menyekat nelayan asing dari menceroboh perairan negara dan seterusnya menjejaskan pendapatan nelayan dan juga ekonomi negara?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berhubung dengan Program Rumah Baru di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT di bawah Kementerian KKLW. Sebagaimana maklum, kebanyakan rumah di kampung tradisi berusia lebih dua puluh tahun dan dalam keadaan yang daif, terutama di pedalaman Terengganu. Oleh itu adalah begitu mendesak sama ada membaik pulih ataupun membina rumah baru luar bandar bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Adakah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mempunyai data berhubung dengan rumah daif luar bandar yang memerlukan pembinaan rumah baru ataupun baik pulih. Berapakah jumlah rumah baru yang telah dibina di bawah program PPRT? Dan rumah yang di baik pulih bagi tahun 2015 hingga 2017 dan sasaran bagi tahun 2018 mengikut negeri terutamanya di negeri Terengganu. Apakah langkah kerajaan bagi memastikan setiap rakyat miskin mendapat rumah sendiri bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Seterusnya berkenaan Tuan Yang di-Pertua, KKLW juga saya sekali lagi ingin menyebut di Dewan yang mulia ini berkenaan dengan jalan dari Kampung Pecah Rotan ke Lingai di Kuala Nerus, Parlimen Setiu dan seterusnya ke Kampung Gemuruh, dan sambung terus ke LPT2. Saya mohon KKLW meneruskan projek ini kerana sudah lama diluluskan, pada masa itu oleh Yang Amat Berhormat Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menjadi Menteri Luar Bandar pada masa itu.

Page 62: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 55

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya juga memohon kerajaan terutamanya

Kementerian Kerja Raya menaik taraf jalan daripada dua lorong sekarang ini kepada empat lorong dari Bulatan Batu Enam Kuala Nerus ke Kampung Raja Besut, laluan pantai kerana ini adalah jalan yang sangat penting. Buat masa sekarang ini, jalan ini selalunya sesak dan ramai digunakan oleh penduduk tempatan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, ialah menaikkan taraf jalan Kuala Terengganu ke Kelantan dari bulatan Batu Enam juga di Kuala Nerus ke Jerteh, Besut daripada dua lorong kepada empat lorong. Oleh sebab ini juga boleh kalau, bila saya tanya di dalam Dewan yang mulia ini, Kementerian Kerja Raya menjawab projek LPT3 sukar sedikit untuk diteruskan kerana masalah tidak ada konsesi ataupun syarikat yang sanggup mengendalikan lebuh raya tersebut.

Saya suka mencadangkan sebagai alternatifnya, kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya membina ataupun menaik taraf kedua-dua jalan ini sebagai mengganti lebuh raya di kawasan tersebut. Ini memudahkan urusan khususnya daripada Parlimen Besut dan Parlimen Setiu kerana untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bahawa kedua-dua parlimen ini adalah kawasan fixed deposit kepada UMNO dan Barisan Nasional di negeri Terengganu.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon Kementerian Kesihatan menaik taraf Klinik Kesihatan Batu Rakit di daerah Kuala Nerus sekarang ini dan juga di dalam Parlimen Setiu kerana penggunaan yang ramai. Pada setiap hari pesakit-pesakitnya daripada 300 hingga 500 orang setiap hari dan klinik ini sudah pun berusia 50 tahun lebih dan perlu diubahsuai dan di naik taraf sebagai klinik yang lebih besar dan lebih berdaya maju.

Seterusnya saya mohon Kerajaan Pusat kerana di Kuala Nerus ini adalah satu daerah baru yang baru saja ditubuhkan beberapa tahun lalu diwujudkan dan saya mohon Kerajaan Pusat, kementerian dan agensi mempercepatkan pembinaan pejabat-pejabat di daerah Kuala Nerus. Sekarang ini di daerah Kuala Nerus ini sudah ada Pejabat Daerah dan Tanah, Kuala Nerus di bawah kerajaan negeri dan beberapa agensi kerajaan negeri sudah pun beroperasi.

■1620

Akan tetapi yang menjadi masalahnya daerah ini kerana agensi dan pejabat-pejabat yang di bawah kementerian ataupun Kerajaan Persekutuan banyak yang masih lagi belum ada, belum dapat beroperasi. Saya harap kerajaan-kerajaan ataupun kementerian-kementerian dan agensi persekutuan ini mempercepatkan penubuhan pejabat-pejabat mereka di daerah ini khususnya seperti MARA, IPD, JPJ dan sebagainya ataupun kerajaan buat satu bangunan persekutuan seperti mana di daerah-daerah lain di mana guna sama dengan jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi persekutuan.

Saya harap perkara ini dapat diambil perjalanan oleh agensi ataupun kementerian-kementerian persekutuan kerana sambutan kurang memberangsangkan dipihak kementerian-kementerian. Mungkin kerana masalah kekangan bajet dan sebagainya.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut Baginda Tuanku mendoakan negara dan rakyat akan terus diberkati, diberi taufik dan hidayah serta iman dan bersatu padu. Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jelas membuktikan kejayaan Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

Malah Baginda memuji pelbagai inisiatif kerajaan bagi meringankan beban rakyat ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan keprihatinan kerajaan dalam melaksanakan program dan projek berpaksikan rakyat, bersendikan perpaduan. Negara terus di atas landasan yang tepat untuk menuju negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, malah melangkaui 2050 dengan Dasar TN50. Kemajuan dan kejayaan Malaysia adalah ibarat seperti negeri Saba’ yang diceritakan di dalam Al-Quran seperti mana surah Saba’ ayat ke-15 yang menyebut, “Negara Saba’ ini adalah negeri baldatun thayyibatun warabbun ghafur.” Yakni negeri yang baik, aman, makmur. Yakni negeri yang sejahtera dan mendapat keampunan Allah SWT.

Inilah sebenarnya negara kita, negara kita negara Malaysia yang tercinta dan sekian terima kasih. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan saya mohon menyokong.

Page 63: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

56 DN 26.3.2018

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin... [Disampuk] Sorry.

Yang Berhormat Senator Dato' Shahanim binti Mohamad Yusoff. Silakan.

4.23 ptg.

Dato' Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera... [Membaca sepotong doa daripada ayat Al-Quran].

Sekali lagi terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kebenaran kepada saya untuk turut sama memberikan ucapan menjunjung kasih Titah Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, pada Majlis Pembukaan Sidang Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas, 5 Mac lalu. Ampun Tuanku, patik menjunjung kasih dan setinggi penghargaan di atas perkara-perkara yang telah disentuh oleh Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini juga saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas segala perhatian dan usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara yang paling bermakna dan terus menyokong negeri Kedah dengan memberikan peruntukan sehingga RM1.3 bilion bagi membangunkan infrastruktur Hospital Langkawi, jalan raya dan air di Langkawi. Harapan saya dengan peruntukan besar itu Langkawi akan terus menjadi tumpuan kepada pelancong dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini bilik hotel di Langkawi satu malam saja ada sudah yang mencecah RM60 ribu satu malam. Kadang-kadang kita pun tidak terfikir tapi disebabkan kepesatan Langkawi, produk pelancongan yang terbaik, pelancong-pelancong dari luar negara yang millionaire, dia orang datang dengan private jet, datang ke Langkawi menikmati keindahan Pulau Langkawi sehingga sanggup bayar satu hotel, satu malam, satu bilik. Satu bilik RM60 ribu dan baru-baru ini pelancong daripada Arab membawa private jet, membawa ahli keluarga, duduk tiga hari dan telah melakukan satu majlis pertunangan anak mereka.

Dia bawa semualah, keluarga kaum kerabat duduk tiga hari dan kos mencecah RM2 juta, sebab itulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dia bagi Langkawi ini sebab pelancong-pelancong ini sebelum dia orang datang ke Langkawi dia akan Google dulu tentang hospital yang ada di Langkawi. Dia orang nak tengok apa kepakaran perubatan yang ada di Langkawi barulah dia orang nak datang melancong ke Langkawi.

Tuan Yang di-Pertua, pada awal tahun ini prestasi tukaran mata wang asing berbanding US Dollar telah menunjukkan pengukuhan yang signifikan dan pastinya ia membuktikan bahawa asas ekonomi negara terus mapan. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Kewangan tentang prospek pengukuhan Ringgit pada tahun 2018, pengurusan hutang Kerajaan Persekutuan dan prestasi bayaran balik hutang domestik penduduk Malaysia serta bagaimanakah kawalan inflasi agar kos sara hidup terus dibela dengan sewajarnya.

Bersesuaian dengan penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Kebangsaan, saya ingin mendapatkan penjelasan tentang bagaimanakah bantuan subsidi barangan keperluan isi rumah yang mengalami kenaikan harga dapat ditangani dan apakah persediaan kerajaan bagi memastikan pasaran setempat tidak dimanipulasikan oleh segelintir pembekal atau pengimport yang tamak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Tuan Yang di-Pertua, dalam persekitaran moden perbankan dan sistem pembayaran point of sales di Malaysia dan pembaharuan dasar dalam, dengan izin, Payment Card Reform Framework (PCRF) Bank Negara Malaysia terdapat sedikit kepincangan kerana adanya aduan daripada pengguna bahawa pemilik perniagaan mengenakan surcaj penggunaan kad debit. Begitu juga sebuah syarikat penerbangan tambang murah mengenakan caj yuran pemprosesan pembelian tiket menggunakan pembayaran melalui perbankan internet dengan kadar RM4.24.

Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan dari Bank Negara Malaysia, bagaimanakah seseorang pemilik perniagaan dibenarkan membuat caj terhadap urus niaga menggunakan perbankan internet?

Page 64: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 57

Bagaimanakah punca kuasa perundangan bagi kawalan-kawalan caj ini serta

bagaimana pula penentuan yang dibuat oleh peniaga tentang kos tersembunyi dan terbitan nilai caj yang dikenakan kepada pengguna serta bagaimana Bank Negara Malaysia melihat perkembangan isu ini yang pastinya kos sebegini membebankan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan penjelasan dari Bank Negara tentang pandangan dan ketetapan Bank Negara mengenai isu Bitcoin ataupun mata wang digital. Apa yang ingin saya tekankan bagaimanakah kawalan dan tindakan affirmative yang boleh diambil oleh Bank Negara agar satu dasar dan penguatkuasaan yang jelas dilakukan segera. Ini memastikan urus niaga menggunakan Bitcoin atau mata wang digital ini dikawal dan risiko pengguna dapat dikenal pasti untuk mengelakkan jejas pasaran kewangan negara dan ekonomi Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, prestasi cemerlang penjawat awam sebagai jentera utama kerajaan amat saya hargai. Penubuhan UTC dan RTC memang benar-benar memanfaatkan rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan kerajaan. Oleh itu, seharusnya ganjaran dan kebajikan penjawat awam perlu diberi keutamaan bagi menjamin penyampaian kerajaan terus utuh. Satu perkara yang saya ingin utarakan kepada JPA adalah mengenai bagaimanakah seseorang penjawat awam menggabungkan jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira bagi perkiraan tempoh perkhidmatan untuk tujuan persaraan.

Ini terdapat kes-kes seperti pertama, bekas-bekas polis dan tentera yang menamatkan tempoh perkhidmatan pendek terus menyambung kerja di badan berkanun atau perkhidmatan awam sehingga umur bersara wajib 60 tahun.

■1630

Kedua, guru-guru sandaran tidak terlatih Gred DA41 atau DC41 yang berkhidmat di sekolah-sekolah atau MRSM atau sekolah agama dan telah pun diterima sebagai jawatan tetap dan berpencen Gred DG41, 44, 48 dan 52 di semua cabang perkhidmatan awam dan badan berkanun. Ketiga, pekerja-pekerja kontrak singkat atau kontrak yang melalui tempoh kontrak dan telah diserap secara tetap dalam semua perkhidmatan kontrak. Justeru saya ingin mendapatkan penjelasan JPA bagaimana tempoh perkhidmatan kategori di atas boleh mendapat kelulusan untuk menggabungkan tempoh kerja bagi tujuan perkiraan pencen penjawat awam.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Diraja, Baginda menyentuh mengenai masalah dadah yang menjadi masalah sosial utama dalam masyarakat kini. Di tempat saya masih lagi saya hendak katakan di Sungai Petani dan mungkin daerah-daerah lain ancaman najis dadah menjadi musuh utama yang perlu diberikan penekanan. Justeru, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, kita tengok penguatkuasaan lagi hebat tetapi dadah masuk ke Malaysia pun lagi banyak dan lagi hebat.

Hari ini saya tertarik dengan satu keratan daripada Sinar yang saya hendak baca dekat sini, ‘Jumlah Penagih Baru Meningkat’, Sinar dalam Bahagian Utara yang saya tersentuh di sini adalah kata-kata daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam usaha polis kita akan fokus kepada budak sekolah kerana penglibatan budak penagih baru semuda usia 13 tahun. Tajuk keratan akhbar ini adalah ‘Jumlah Penagih Baru Meningkat’.

Jadi kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, persoalan saya bagaimanakah Agensi Kawalan Sempadan dan AADK di perairan negara menangani masalah pengedaran dadah dan menjamin pengedaran dadah melalui jalan laut ditangani segera.

Kedua, bagaimanakah cara kita sebagai masyarakat dapat membantu PDRM dan AADK untuk secara bersama menangani masalah dadah agar kita perangi ia secara berkesan. Ketiga, bagaimanakah saranan kerajaan untuk memastikan Malaysia bukan lagi menjadi hab pengedaran dadah dan jenayah narkotik ini ditangani secara total.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa amat sedih dan terkilan kerana di tempat saya pelajar-pelajar sekolah seusia Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 telah terlibat dengan dadah. Saya mengharapkan Yang Berhormat Menteri KDN, kita sudah usaha, penguatkuasaan kita pun hebat tetapi saya tidak nampak keberkesanan, yang saya nampak anak-anak remaja terutama di tempat saya yang berdekatan dengan perumahan-perumahan nelayan ini kebanyakannya seusia 13 tahun memang terlibat dengan dadah dan mereka ini cuba mempengaruhi kawan-kawan yang lain dengan dadah. Jadi saya mengharapkan satu N-BOS antara kementerian-kementerian untuk sama-sama membantu untuk memperhebatkan tentang penyalahgunaan dadah ini.

Page 65: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

58 DN 26.3.2018

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang saya hendak menyokong sahabat-sahabat

Yang Berhormat saya yang menyentuh tentang Jualan Sentuhan Rakyat yang dibuat sebulan dua kali. Akan tetapi hari ini- katanya rakyat marah dekat kerajaan ini bukan ada benda apa kerana harga barang naik, kos sara hidup tinggi. Semua pergi mana-mana merata di kampung, di taman bila tanya marah sebab barang naik, kos sara hidup tinggi. Jadi kalau benda itu elok, rakyat suka kenapa kita hendak buat sebulan dua kali? Kenapa kita tidak ada satu mekanisme yang kita buat tiap-tiap hari supaya rakyat tidak marah lagi kepada kerajaan- yang saya dok cari-cari ini adalah punca kenapa kerajaan sudah buat yang terbaik tetapi rakyat masih lagi marah kerajaan. Tanya sana, tanya sini semuanya kerana katanya harga barang naik.

Jadi saya menyokong usul-usul oleh sahabat Yang Berhormat supaya Jualan Sentuhan Rakyat ini kalau boleh kita tidak payah buat sebulan dua kali. Kalau boleh kita buat tetapkan tiap-tiap hari kita buat, bagi rakyat seronok, bagi rakyat tidak marah kepada kerajaan. Sebab kita sudah buat banyak benda yang elok tetapi kerana perkara ini sahaja, rakyat masih terasa hati dengan kerajaan. Jadi saya harap pihak kementerian tolong ambil isu ini, kalau boleh Jualan Sentuhan Rakyat, jualan murah ini dapat dibuat selalu untuk rakyat.

Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V pada Majlis Pembukaan Parlimen Penggal Keenam. Saya doakan semoga Malaysia terus kekal cemerlang dan mengalami pertumbuhan pesat di bawah naungan payung Tuanku dan mamanda Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah.

4.35 ptg.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Bismillahi Rahmani Rahim. Yang saya hormati Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya juga ingin dan patut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak kerana sentiasa komited dalam memastikan kebajikan dan keperluan rakyat sentiasa diberi keutamaan selain memacu negara Malaysia ke arah yang lebih baik melalui wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita sedia maklum Malaysia sudah berada di landasan yang betul jika dilihat daripada sudut ekonomi negara pada hari ini. Apabila Program Transformasi Ekonomi dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 25 Oktober 2010, kerajaan secara jelas memainkan peranan untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia untuk berada setanding dengan negara maju yang lain.

Pertumbuhan ekonomi ini kebiasaannya akan didorong oleh inovasi dan anjakan kepada aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dengan tumpuan ini harus diberikan kepada kualiti dan penambahbaikan standard. Melalui 12 National Key Economic Areas atau NKEA, pertumbuhan akan ditumpukan kepada subsektor di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing yang mampan. Sebagai contoh bagi perkhidmatan kewangan, bidang pertumbuhan utama adalah perkhidmatan kewangan Islam di mana Malaysia mempunyai rekod prestasi yang sangat cemerlang.

Jika kita lihat pada hari ini, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia berkenaan Keluaran Dalam Negara Kasar iaitu KDNK, pada tahun 2017 ialah pada 5.8 peratus iaitu RM287.2 bilion berbanding 4.1 peratus pada tahun 2016. Hal ini menunjukkan bahawa peningkatan telah berlaku secara konsisten sejak tahun 2016 melalui KDNK ini. Kalau kita lihat dari sudut kadar kemiskinan di negara kita juga berkurangan daripada 0.6 peratus pada tahun 2014 kepada 0.4 peratus pada tahun 2016.

Page 66: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 59

Tuan Yang di-Pertua, bahkan mengikut CIA World Factbook 2017, kadar kemiskinan

Malaysia adalah paling rendah dibandingkan dengan mana-mana negara di Asia Tenggara yang lain. Contohnya nilai kemiskinan negara kita adalah 3.8 peratus walhal Vietnam dan Indonesia 11.3 peratus; Thailand 12.6 peratus; Laos 22 peratus; Filipina 25.2 peratus; Myanmar 3.7 peratus; iaitu di kalangan negara-negara Asia Tenggara kita cukup hebat jika dibandingkan dengan mereka.

■1640

Bahkan di peringkat global kita melihat beberapa negara seperti Syria cukup tinggi 82.5 peratus; Madagascar 75.39 peratus; Zimbabwe 72.3 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia saya katakan tadi kadar ataupun nilai kemiskinan negara hanya 3.8 peratus sahaja. Ini merupakan angka yang cukup rendah.

Akan tetapi seperti yang kita ketahui disebabkan ramalan songsang ekonomi negara yang mengatakan kononnya negara bakal berdepan krisis ekonomi yang teruk bahkan boleh bankrap namun kita telah memacu ekonomi kita di bawah selenggaraan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita lihat memacu tahun 2018 dengan cemerlang. Ini kita boleh lihat bukan melalui persepsi ataupun dongengan. Kita kena melihat kekuatan ekonomi kita melalui economic indicators iaitu melalui angka-angka yang menunjukkan keadaan ekonomi dan prospek ekonomi contohnya seperti kita sedia maklum dalam satu ketika Ringgit kita diperlekehkan. Ringgit kita seolah-olah pada tahun lepas negara ini akan hancur.

Kita akan menjadi lebih teruk daripada Greece, lebih teruk daripada negara-negara yang miskin tetapi alhamdulillah Ringgit kita terus mengukuh bahkan ke paras bawah RM4 satu Dolar. Bahkan pada hari ini kalau tidak silap saya Ringgit kita 3.9 something. Maksudnya less than, dengan izin, kurang daripada RM4 satu dolar. Perkara ini tidak boleh dipermainkan- itu satu realiti. Itu kita kena melihat pada realiti. Kita tidak boleh menuduh sewenang-wenangnya terutama rakyat Malaysia kita telah berada dalam satu keadaan negara maju. Rata-rata rakyat kita mempunyai pendidikan yang baik. Kita tidak boleh berhujah melalui persepsi dan dongengan-dongengan. Ini menunjukkan cara kita berfikir seolah-olah terlampau keanak-anakan.

Kita mesti melihat kepada facts and figures. Juga kalau kita lihat saham Tuan Yang di-Pertua, di pasaran saham pula indeks utama besar Malaysia pula telah melonjak 14.2 peratus, 14.52 mata pada penutup dagangan minggu pertama 2018 iaitu pada 1,817.97 mata. Paras tertinggi sejak Mei 2015 dan bahkan ia akan terus mengukuh minggu berikutnya iaitu pada paras 1,822.67 mata. Penekanan saya di sini kalau kita lihat faktor ini, satu; economic indicator yang dapat mengukuhkan argument kita kepada rakyat. Rakyat tidak ada sebab untuk menuduh kerajaan di bawah kepimpinan Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak bahawa negara kita ini tidak guna.

Rakyat tidak ada sebab yang kukuh untuk menjatuhkan kerajaan dan untuk memilih kerajaan baharu kerana kita tidak pasti apakah kerajaan baharu nasib anak cucu cicit kita lebih baik atau lebih teruk. Saya akan tunjukkan bukti kalau kita silap pilih. Bukan sahaja ekonomi teruk bahkan kita akan menggadai bukan sahaja menggadai harta bahkan menggadai nyawa anak dan cucu cicit kita di masa-masa hadapan. Itu faktor utama kita lihat yang saya katakan tadi iaitu pengukuhan Ringgit dan saham. Kerana apa? Faktornya kerana jangkaan positif ekonomi dan kedudukan kewangan negara cukup baik dan jangkaan ini adalah dibuat di peringat global bukan kita sahaja pandai-pandai membuat jangkaan sendiri dan jangkaan ini bukan merupakan persepsi ataupun congak-congakan sahaja tetapi berdasarkan kepada fakta.

Kita lihat pula faktor-faktor atau indikator yang lain seperti prestasi perdagangan. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang 11 bulan tahun 2017, jumlah perdagangan negara perkembangan 20.8 peratus kepada RM1.622 trilion dengan eksport melonjak 2.4 peratus kepada RM856.05 bilion manakala import naik 21.2 peratus kepada RM766.07 bilion. Bahkan pada November tahun 2017 nilai perdagangan terus meningkat pada kadar dua angka. Ini diperkukuhkan lagi oleh tinjauan positif ekonomi dunia pada tahun 2018.

Indeks keyakinan perniagaan oleh firma penarafan RAM Holdings Berhad sebagai contoh telah menunjukkan pelaburan swasta tahun ini akan terus berkembang. Indeks pengambilan pekerja korporat firma itu pula telah menunjukkan lebih banyak syarikat akan membuat pengambilan pekerja baharu.

Page 67: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

60 DN 26.3.2018

Tuan Yang di-Pertua, rata-rata firma penganalisis menjangkakan tahun 2018

menjanjikan tahun yang cukup positif bagi ekonomi negara termasuklah AmBank Group Research umpamanya telah mengunjurkan bahawa ekonomi negara mampu berkembang dengan lebih baik pada tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, bahkan kita lihat taraf elektrik di negara kita bahkan salah satu yang terendah bahkan yang keempat terendah di dunia selepas Sweden, China, dan Taiwan. Bagaimanapun saya katakan tadi yang cukup merisaukan kita, rakyat seolah-olah diracuni pemikiran mereka ditipu, diperkotak-katikkan pemikiran mereka dengan berbagai-bagai fitnah yang dilontarkan kepada kerajaan seolah-olah kita ini pada hari ini hidup menderita, kita cukup miskin, Malaysia sebuah negara gagal, pemimpin kita zalim, pemimpin kita korup, kita bankrap Malaysia tidak guna, Malaysia lebih teruk daripada negara-negara lain maka dengan itu kita konon-kononnya sama-sama jatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya cukup bimbang kerana pengalaman kita di peringkat global banyak. Saya masih ingat contohnya Iraq. Apa yang berlaku di Iraq Tuan Yang di-Pertua merupakan satu fitnah terhadap Saddam Hussein. Fitnah ini bukan sahaja diterima bulat-bulat oleh kuasa besar tetapi telah juga diterima...

Tuan Ramli bin Shariff: Mohon mencelah, Tuan Yang di-Pertua

Tuan Yang di-Pertua: Tan Sri?

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: ...Oleh rakyat di negara Iraq.

Tuan Ramli bin Shariff: Boleh mencelah?

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Sila

Tuan Ramli bin Shariff: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tadi yang disebut oleh Yang Berhormat, adakah dalam konteks di Malaysia pada hari ini pihak pembangkang melaksanakan suatu revolusi mental kepada rakyat iaitu dengan mewujudkan ataupun mencetuskan suatu persepsi negatif ataupun buruk bagi meracuni pemikiran rakyat? Ini kerja-kerja pembangkang. Adakah ini sedang berlaku di dalam Malaysia ini? Revolusi mental seperti mana yang Yang Berhormat sebut apa yang berlaku di negara-negara Timur Tengah. Sekian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Tuan Yang di-Pertua sebenarnya inilah yang berlaku. Apa yang berlaku di negara kita sama telah dilakukan oleh negara-negara yang lain yang telah hancur pada hari ini dan apa yang berlaku di negara-negara lain itu juga ada kaitan dengan kuasa-kuasa luar. Kuasa luar ini masuk juga dijemput oleh rakyat dari dalam negara dan kita tidak sedar. Ini amat membimbangkan saya. Saya di kala sebagai penganalisis politik saya cukup risau sebab kalau kita lihat keliling kita, susah kah kita ini? Macam saya katakan tadi kemiskinan memang ada kemiskinan. Di Amerika Syarikat pun ada orang miskin. Akan tetapi kita kena melihat secara keseluruhan.

■1650

Tuan Yang di-Pertua, semasa cuti sekolah inilah pergi duduk dekat airport KLIA kah atau dekat Subang, KLIA1 dan KLIA2. Tuan Yang di-Pertua, cukup ramai rakyat kita yang akan melancong ke luar negara. Rakyat kita pada hari ini tidak main lagi Cameron Highlands, tidak cukup sejuk. Mereka ada duit untuk pergi South Korea, ke Jepun, ke European countries, mereka ada duit.

Baru-baru ini pada Chinese New Year, pergilah dekat Sogo, saya bawa isteri ke Sogo. Beratur sepanjang-panjang queue sebab ada cheap sale yang meraikan Chinese New Year ini, minta maaf cakap, perempuan Melayu ramai. Dia ada duit, dia bukan beli satu handbag tetapi sepuluh handbag. Sampai isteri saya give up, tidak mahu queue, dia cabut lari, balik lagi bagus kata dia. Sudahlah Hari Raya Aidilfitri pun dia shopping, Deepavali pun dia shopping, Chinese New Year pun dia shopping juga. Maksudnya Tuan Yang di-Pertua pada hari ini, lihatlah di shopping-shopping complex, termasuk di negeri-negeri lain, termasuk di negeri Terengganu dan negeri Kelantan, apakah kita miskin?

Kalau hendak betul-betul tahu miskin, tahun lepas saya pergi ke Cambodia semasa Hari Raya Haji. Kita pergi ke Cambodia kita melawat orang-orang Islam di Kampong Cham, itu betul-betul miskin.

Page 68: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 61

Saya ada gambar Tuan Yang di-Pertua, kehidupan mereka seolah-olah- saya rasa

rumah mereka, saya lahir pun kita tidak pakai lagi rumah itu dah. Rumah seketul kecil, bocor-bocor tidak ada tingkap, berlubang-lubang itu lubang rupanya air-cond. Mereka tidak ada air-cond, mereka tidak ada kipas angin. Keadaan cukup-cukup daif, saya pun terperanjat, tidak ada air-cond, tidak ada kipas, tidak ada perigi. Kita orang Malaysia sponsor USD3,000 satu perigi. Mereka makan daging pun ihsan daripada orang-orang Malaysia. Kalau tidak mereka tidak akan rasa daging sekali pun. Itu betul miskin dan miskin-miskin mereka pun, mereka cukup bahagia.

Tuan Yang di-Pertua, rumah kecil besar itu pun anak enam orang. Saya pun tidak tahu bila masa dia buat anak, tidak ada bilik pun. Akan tetapi mereka bahagia, sebab mereka bahagia, saya ingat malam itu semasa Prime Minister Cambodia semasa merasmikan masjid di Kampong Cham, masjid itu disponsor oleh orang Malaysia. Prime Minister buat statement, Prime Minister mengatakan, “Kamu orang minoriti...” Iaitu orang Islam, “...Kamu patut bersyukur dan berterima kasih jangan jatuhkan saya, regime change konon hendak jatuhkan saya, sebab saya sudah baik dengan kamu, enam kali Ramadhan yang lepas saya makan bersama-sama dengan kamu. Sebagai pemimpin saya baik dengan minoriti enam kali turun makan Ramadhan, berbuka puasa, malam ini saya merasmikan masjid, saya sudah baik dengan kamu, kenapa kamu hendak topple kan saya. Kamu kena fikir, jikalau kamu topple saya, hidup kamu lebih baik kah atau lebih tidak baik.”

Pada saya kalau tengok daifnya mereka, memang tidak baik, memang hidup untuk makan. Janji hidup, tidak macam kita orang Malaysia Ya Allah Ya Rabbi, seribu kali lebih baik. Saya quote Perdana Menteri cakap apa, “Kamu tukar saya, belum tentu...” Sebab pernah berlaku anak-anak muda Cambodia ini telah menukar- regime change, tukar kerajaan yang baru, melalui Pol Pot The Khmer Rouge tahun 1975 kah, tahun 1979, PM kata, “Kamu 400,000 kamu minoriti, orang Islam telah dibunuh oleh Pol Pot, 400 ribu.”

Tuan Yang di-Pertua, ini dalam buku ada. Saya beli buku dia. Maksudnya PM tanya, “Kamu jatuhkan saya, saya sudah baik dengan kamu ini,” Padahal perasaan tidak baik ini, orang Islam cukup teruk hidup di sana, tetapi dia hidup. Walaupun rumah teruk, tetapi dia dapat kahwin, alhamdulillah, syukur. Jadi kamu tukar, apakah kamu lebih baik.

Persoalan pun sama di Malaysia ini. Apakah kita pasti kita jatuhkan kerajaan yang ada, nasib kita lebih baik? Apakah kita pasti pada hari ini kita Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat anak bini kita ada makan, baju kita smart, kita handsome, isteri kita comel belaka. Cuma saya pada hari ini baju koyak, ini baju koyak nampak ini. Koyak bukan fasal saya miskin, saya kena tepi bucu ini, saya hendak kompelin dengan Tuan Yang di-Pertua... [Dewan ketawa]

Maksudnya, baju koyak ini semasa saya kecil, abang saya pergi sekolah, naik basikal 16 kilometer daripada kampung saya ke High School Melaka, memang seluar dia koyak. Badan gempal sedikit, kejap koyak, kejap koyak. Apabila koyak emak saya jahit, jahit tampal dengan kain, jahit, jahit, jahit. Benang lebih banyak daripada kain, itu miskin. Saya masih ingat masa makan ikan kembung seekor, saya share sembilan orang adik-beradik, itu miskin. Hendak makan ayam, kita sembilan adik-beradik kejar satu ekor ayam, masuk semak kena duri, dapat tangkap seekor pula, pass dekat Pak Haji tolong sembelih, Pak Haji dapat semangkuk ayam, kami pun dapat semangkuk, share sembilan orang. Daging pula setahun sekali. Ha, itu miskin.

Tuan Ramli bin Shariff: Mohon mencelah lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila.

Tuan Ramli bin Shariff: Terima kasih, Yang Berhormat Profesor. Tadi Yang Berhormat menyebut soal- menyentuh banyak soal kemiskinan. Adakah dengan program kerajaan kita sekarang ini iaitu NTP ataupun Program Transformasi Nasional ini telah banyak- ada suatu indikator yang mengeluarkan rakyat negara ini daripada kemiskinan dan disebutkan juga tadi, rakyat kita banyak sekarang melancong di luar negara, bukan dalam negeri lagi. Itu jelas, itu realiti dalam kehidupan hari ini dan dalam NTP kita, oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyarankan rakyat negara ini mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada semasa. Maka itulah, program-program yang dibuat oleh kerajaan ini yang melonjakkan kita lebih baik daripada masa lalu dan juga masa sekarang.

Page 69: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

62 DN 26.3.2018

Adakah Yang Berhormat Profesor boleh ulas kan sedikit, apakah NTP kita ini

berjaya mengeluarkan kita dari kemiskinan dan sesungguhnya lah kalau soal kemiskinan, di mana pekerjaan kita hampir kosong- jobless, dengan izin, hampir tidak ada pengangguran berlaku di Malaysia kecuali seseorang itu memilih untuk menceburi bidang-bidang yang dia suka. Boleh Prof. Dato’ Seri sendiri mengulas sedikit soal kaitan dia dengan soal kemiskinan dengan soal pengangguran ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Tuan Yang di-Pertua, ialah saya tidak menidakkan. Memang ada orang miskin, saya pun tidak menidakkan ada yang rakyat kita yang bermasalah di kampung-kampung. Akan tetapi saya katakan tadi tidak adapun dalam dunia ini, yang semua 100 percent kaya dan tidak ada miskin.

Saya duduk di luar negara lapan tahun, ada kala Mat Saleh lebih miskin daripada kita. Kita tidak terfikir Orang Putih miskin kan? Yang sebenarnya dia lebih teruk daripada kita. Kita tidak semiskin Orang Putih pada hari ini. Mungkin 20 tahun lepas memang kita miskin. Saya mengakui di kampung saya, ya orang Melayu, orang Cina, orang India semua miskin pada masa itu. Akan tetapi datanglah ke kampung saya pada hari ini, Melayu pun alhamdulillah, sudah hidup senang. Orang India pun sudah hidup senang, orang Cina lagi senang.

Dua hari lepas saya bagi ceramah di kampung YBM. Engku Naimah di Besut. Saya bagi ceramah, selepas bagi ceramah, saya balik duduk di hotel. Hotel Demong. Saya hendak masuk punyalah susah, kereta parking- hundreds of cars, banyak betul kereta, berderet-deret. So saya tanya pihak hotel, kereta siapa ini banyak sangat ini, apa program? Apa dia kata Yang Berhormat Engku ya, “Ada seminar nelayan.”... [Ketawa] Seminar nelayan. Tiap-tiap nelayan ada kereta, ini zaman sekarang, bukan zaman dahulu. Sekarang nelayan ada kereta, bukan nelayan naik basikal. Zaman dahulu kita naik basikal, sekarang ada kereta. Pergi sekolah-sekolah pada masa ini budak-budak Form 4 naik motorbike, hundreds of motorbike. So, apakah dengan keadaan ini membenarkan kita menumbangkan kerajaan?

■1700

Itu saya katakan, usaha kerajaan terutamanya di bawah Dato' Sri Najib, kalau Yang Berhormat lihat satu usaha yang tidak pernah di lakukan oleh mana-mana Perdana Menteri yang lepas. Termasuklah usaha kepada rakan-rakan kita, macam sahabat saya katakan ini kaum India, termasuklah kaum Cina. Teliti betul-betul. Faktanya baca betul-betul. Jangan nak pakai tuduh. Niat Dato' Sri Najib hendak membantu semua rakyat, yang mana miskin tadi, dia cuba membetulkan dengan pelbagai bantuan. Apa bantuan yang dia tidak bagi? Kalau kompelin GST, dia top-up dengan bantuan-bantuan BR1M dan lain-lain. Betul, saya tahu GST memang ada masalah, tetapi mana negara di dalam dunia ini yang telah melucutkan GST? Menghapuskan GST? Yang menambah GST ada. Jiran-jiran kita semua ada GST.

Masalahnya pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya tidak menidakkan ada yang miskin, kita tidak miskin. Masalah kita bukan masalah kos sara hidup, masalah kita adalah kos gaya hidup. Kos gaya hidup is not kos sara hidup. Kalau kos sara hidup cukup untuk makan. Saya jadi Vice Canselor, saya tahu. Budak-budak kita dapat PTPTN Tuan Yang di-Pertua, kerajaan- sebelum PTPTN, selepas PTPTN? Saya hendak beritahu, pengalaman saya sendiri. Sebelum PTPTN saya pernah interview seorang parent daripada Sabah. Dia kata, “Anak saya mahu ambil degree”, “Pakcik berapa anak?”, Dia kata, “Enam”. “Berapa orang anak masuk Universiti?” “Satu cukup!”, “Yang lima orang mana?”, “Tidak boleh. Sebab saya tidak ada wang. Ini pun satu orang sudah masuk, saya sudah jual satu ekor lembu dan sebidang tanah. Mana hendak cari lagi lembu dengan tanah lagi untuk lima orang anak?”.

Akan tetapi Ahli Yang Berhormat, selepas ada PTPTN, Tuan Yang di-Pertua, kalau enam orang anak, enam-enam orang masuk universiti. Ini saya cakap melalui pengalaman. Dapat sahaja offer di universiti, automatik PTPTN beri duit. Akan tetapi sekarang digunakan isu PTPTN untuk menumbangkan kerajaan. Tidak berterima kasih, tidak bersyukur, mencucuk rakyat. Akan tetapi yang saya minta tadi rakyat kena fikir balik, kena tengok fakta kah, tidak fakta kah, tipu kah, fitnah? Ini kerana apa yang mereka buat- macam Yang Berhormat kata, yang sebenarnya saya akan cerita sikit- oleh sebab itu saya minta yang last, sebab apa, Tuan Yang di-Pertua bagi chance saya untuk bercakap.

Page 70: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 63

Saya mahu kaitkan apa yang berlaku di peringkat global. Jatuhnya kerajaan di peringkat global juga termasuklah Dato' Sri Najib, you are one of the persons to be toppled. Dia punya strategi bukan sahaja berbentuk militan seperti di Syria. Dalam buku ini kata, cukup banyak strategi. Nasib baik Dato' Sri Najib tidak termasuk strategi militan. Dia masuk strategi lain. Everything in the book. Ini kita kena faham. Itu sebab Dato' Sri Najib, kita kesian. Tiap-tiap hari dia dihentam, dihina. Saya tidak pernah bayangkan seorang Prime Minister boleh kita hentam, boleh kita hina serendah-rendahnya.

Tuan Yang di-Pertua, kita ini bukan Perdana Menteri sekalipun, kalau kita kena hina di Facebook, 10 hari tidak tidurlah! Orang kutuk kita macam-macam. Saya rasa muka- saya punya BP memang naik punya. Memang susah hati, kurang ajar betul dia tuduh aku macam-macam. Aku baik macam ini dia tuduh- bayangkan Perdana Menteri kita seorang yang tidak berdosa yang bekerja keras untuk membantu negara, membangunkan negara, menjaga kebajikan rakyat, difitnah, difitnah, difitnah.

Tidak ada perasaan hormat, tidak ada akhlak. Yang saya katakan fitnah-fitnah ini pun yang sebenarnya merupakan satu strategi di peringkat global yang dirancang dengan teliti. Yang dirancang. Contoh, saya katakan Iraq tadi. Iraq Yang Berhormat sekalian, Iraq-Saddam Hussein, dituduh kerana Saddam Hussein mempunyai weapons of mass destruction. Saddam Hussein dituduh mempunyai senjata musnah besar-besaran. Maka Saddam Hussein harus dibunuh, wajib dibunuh.

Ada pula rakyat yang bodoh daripada Iraq setuju dan menyokong kuasa besar masuk dan sama-sama mencekik Saddam Hussein. Di atas tuduhan itu, hingga ke hari ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Orang Putih pun marah. Orang Barat pun question, mana bukti mengatakan Saddam Hussein terlibat mempunyai senjata weapons of mass destruction, dengan izin? Sampailah tidak ada bukti, Saddam Hussein sudah mati dan Iraq hancur hingga ke hari ini. Kanak-kanak mati, orang lelaki mati, isteri menjadi janda, anak gadis dirogol. What do you get? Apa yang kita dapat?

Artifak-artifak Islam di Baghdad hancur. Semua hancur. Apa yang you dapat? Saddam. Tuan Yang di-Pertua, Syria? Saya bercakap Tuan Yang di-Pertua, saya bernasib baik, saya telah pergi ke negara-negara ini. Mungkin Tuan Yang di-Pertua biasa pergi ke Egypt kah, pergi ke Jordan. But, saya pergi ke tempat yang Yang Berhormat tidak pergi. Bukan sebagai kapasiti saya sebagai Naib Canselor, akan tetapi kapasiti saya sebagai satu badan peringkat dunia- IFDO. Saya Presiden IFDO iaitu International Federation of Data Organizations iaitu IFDO, di peringkat global. So, saya berkesempatan masuk ke tempat-tempat ini sebelum tahun 2010. So, saya hanya bercakap pengalaman saya sendiri melihat negara-negara Arab ini sebelum tahun 2010, dengan izin, they were very peaceful countries.

Tuan Yang di-Pertua, lebih peaceful, lebih baik daripada kita sebelum tahun 2010. Tidak kira Syria, tidak kira Lybia. Saya duduk di Syria,dua malam. Duduk di hotel saya tengok keadaan cukup cantik, macam kita makan di hotel, ada wedding. Lelakinya hensem. Saya lelaki, saya tengok lelaki buat apa? Saya tengok perempuan lah. Comel. Comel sungguh. Pada hari ini, what happened to Syria, apa jadi? Anak-anak Syria mati terkubur, ribuan di Lautan Mediterranean.

Budak-budak umur satu tahun, dua tahun mati tenggelam, terkubur kerana untuk berhijrah daripada negara yang telah hancurkan ke negara-negara Eropah. Orang lelaki, ribuan-ribuan mati, isteri ratusan- tiga ratus menjadi janda setiap hari. Anak-anak gadis. Apa yang berlaku di Syria, Tuan Yang di-Pertua? Bila mereka bergaduh, askar yang menyokong kerajaan, askar yang menyokong pembangkang yang menentang, dia clash dan dia menganggap darahnya halal. Satu bangsa, satu agama itu. Yang menyokong kerajaan akan menganggap yang menentang kerajaan, boleh bunuh, boleh sembelih, anak boleh rogol.

Saya pergi ke Jordan dua tahun lepas. Seorang kawan dari Jordan tanya saya, “Ibrahim ada tak orang Malaysia yang sanggup kahwin dengan gadis-gadis Jordan?”...

Seorang Ahli: Bagusnya.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Cepat dia jawab. Banyak dia kata. Oleh sebab saya kata kenapa? Sebab dia kata dia lebih rela kahwinkan anak dia dengan orang Malaysia daripada anak dia kena rogol. Anak dia jadi sex slave. Saya tanya, kenapa you tidak tanya orang Pakistan kah, Afghanistan kah? “Sorry. Pakistan, Afghanistan no way.” Oleh sebab kita tahu, Malaysia is a very peaceful country. Malaysian are good people. Tuan Yang di-Pertua tahu berapa dia harga hendak kahwinkan anak? RM3,000.

Page 71: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

64 DN 26.3.2018

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Tuan Yang di-Pertua...

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Bayangkan kalau saya bawa RM30,000 dalam poket, saya bawa balik 10 orang bini.

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila. Sila. Silakan.

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih. Saya enjoy mendengar syarahan Prof. Emeritus...

Tuan Yang di-Pertua: Berkenaan dengan RM3,000 kah?

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Saya di Timur Tengah ini mahu komen sikitlah sebab saya tidaklah jauh dari Timur Tengah sebab saya pernah belajar di Lebanon tahun 1976. Tahun 1974-1975 dan saya juga banyak pergi ke negara-negara Arab dan saya pernah ke Iraq tahun 1978 dan Syria oleh sebab saya duduk di Beirut, boleh dikatakan saban minggu saya akan ke sana lah. Dua jam sahaja perjalanan teksi.

Cuma, saya ingin berkongsi pandangan dengan Senator, memang betullah dalam beberapa perkara Malaysia memang lebih ke hadapan, dari segi kedamaian, isu kemiskinan rakyat yang relatif, walaupun ada masalah-masalah tertentu. Akan tetapi saya mahu sebut bahawa pandangan ulama mutakhir seperti Sheikh Yusuf al-Qardawi, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia bahawa memang betul ada perancangan jahat Amerika dan kuasa Barat dalam konteks Iraq terutamanya.

■1710

Akan tetapi, kena ingat sejarah pemerintahan kuku besi di dunia Arab, salah sebuah negara tersebut ialah Iraq dan Syria. Syria bermula dengan Hafez al-Assad dan rakyat memang tidak ada langsung ruang untuk kebebasan. Itu diakui oleh ulama-ulama Islam yang muktabar.

Saya tidak nafikan bahawa memang Saddam menjadi mangsa perancangan jahat politik jahat. Akan tetapi, saya melihat yang merosakkan dunia Islam sendiri ialah oleh kerana adanya pemerintahan yang bersifat kuku besi, dictatorship yang tidak beri ruang kepada rakyat. Jadi inilah sebabnya hari ini negara-negara Islam terutamanya di Timur Tengah dalam keadaan yang chaotic di Mesir, Iraq, Syria, Yaman dan sebagainya. Terima kasih.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih, Yang Berhormat saya setuju. Akan tetapi, saya hendak nyatakan sikit kalau kita hendak argue Saddam itu elok kah, tidak elok, Assad elok kah atau tidak elok, it is a long argument. Apa yang saya hendak katakan bahawa negara dia sebelum 2010, rakyat dia okey, maksudnya ada makan, minum. Tidak ada kena bunuh, tidak ada kena sembelih, bini tidak jadi janda, anak tidak kena rogol. Maksud saya before 2010.

Saddam Hussein cukup sesuai walaupun kata dia jahat sekali pun tapi faktor Saddam Hussein digugurkan dibunuh, nombor one ialah faktor minyak, you like it or not. Kuasa besar memang minyak, negara Arab menjadi mangsa, faktor utama adalah minyak.

Kedua, Saddam Hussien cukup vokal terhadap kuasa besar termasuk vokal against Israel. Israel tidak suka. Ahli-ahli Yang Berhormat, apa yang berlaku di dunia ini mesti ada kaitan dengan Zionism dan Zionism menggunakan kita semua. Saya akan ceritakan dan yang peliknya Arab Spring exactly saya hendak jawab apa soalan yang disuarakan oleh Yang Berhormat tadi, Arab Spring. Arab Spring pun sama, bermula di Tunisia. Semua anak-anak muda di negara-negara Arab yang berkenaan telah sepakat mengatakan semua pemimpin Arab tidak guna, semua jahat, semua diktator, semua corrupt, semua zalim, semua itu, semua ini, sepatutnya ditumbangkan semua dan kita ganti pemimpin baru dengan harapan wujudnya spring, musim bunga. Mana musim bunga dia, yang ada adalah musim- fall, gugur berguguran mati satu persatu. Mana bunganya?

Pada hari ini, mana dia di Arab Spring countries yang betul-betul mempunyai pemimpin yang baik yang boleh membangunkan negara Arab ini. Tidak ada, yang kita lihat hanyalah kehancuran. Personal experience Tuan Yang di-Pertua, saya ke Libya pada tahun 2009. Sebelum saya pergi Libya saya memang benci Gaddafi sebab kita baca banyak, baca daripada yang ditulis oleh negara barat. Benci sangat saya kepada Gaddafi. Saya ke Libya, saya masuk Libya saya kata, this is a beautiful country. Saya pergi ke universiti, kita bincang punya bincang, saya cukup impressed dengan Gaddafi.

Page 72: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 65

Di Libya hendak beli kereta kita pinjam duit bank with no interest, hendak beli rumah,

bank no interest, hendak kahwin ada subsidi. Bahkan Libya juga ada satu green revolution, something like that, di mana dia membantu bahkan negara-negara lain seperti Filipina dan India dalam proses pembangunan agriculture. I am so impressed, saya pergi Libya, saya pergi ke Benghazi, walaupun Libya di bawah economic sanctions di Benghazi sebab epal pun tidak boleh import, makanan tidak boleh import. Mereka create their own agriculture area. Benghazi tepi laut, dia convert the whole of Benghazi, sebuah desert jadi agricultural.

So, what wrong with Libya? Apa salah Libya? Apa salah Gaddafi? Saya so impressed, saya balik I submit a letter to Prime Minister pada 2010, pada UIA masa itu Chairmannya Tan Sri Sidek. Saya mencadangkan nama Saif al-Islam, anak kepada Gaddafi supaya dianugerahkan Honorary Doctorate by UIA, Tuan Yang di-Pertua. UIA lulus, PM lulus. Walaupun saya bukan PM, saya bukan Menteri tapi saya so impressed. Saya kata apa pasallah kamu kutuk Libya ini? Ya, kalau hendak argue lebih panjang banyaklah but saya impressed kerana negara Libya semua dapat makan. Rakyat mereka seronok, tidak ada hal. Apa salah? Saya hendak buktikan tidak salah saya balik saya minta PM, saya minta Tan Sri Sidek Hassan, Chairman of UIA dan diluluskan. Saif al-Islam telah diluluskan Honorary Doctorate by UIA.

Sepatutnya diberikan Jun 2011 tetapi Feb 2011, Gaddafi dibunuh dan Saif al-Islam, anak dia pun saya tidak tahu apa jadi. This is my own experience. Saya bercakap melalui fakta. Saya orang akademik, I am not a politician. Sebagai seorang akademik, profesor emeritus dalam bidang politik dan kerajaan, saya tidak faham kenapa rakyat Malaysia hendak menjatuhkan kerajaan sedia ada. Bukan itu sahaja, mencucuk kita antara Islam dan bukan Islam, mencucuk Melayu dengan orang bukan Melayu...

Tuan Ramli bin Shariff: Mohon mencelah lagi Tuan Yang di-Pertua.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Mencucuk orang Islam dan orang Kristian. Apa faedahnya, apa hasilnya? Ini satu perkara yang saya harap-harapkan sangat. Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dan berterima kasih dan sepatutnya kita bersama-sama. Kalau betul kerajaan sedia ada mempunyai masalah...

Tuan Yang di-Pertua: Tan Sri, ada Yang Berhormat hendak mencelah.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Tuan Yang di-Pertua, kalau bagi saya tempoh lebih boleh, sikit ?

Tuan Yang di-Pertua: Boleh, boleh.

Beberapa Ahli: [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Ramli bin Shariff: Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Yang Berhormat Senator Profesor kerana kembali balik ke Malaysia dalam konteks realiti politik pada hari ini di Malaysia. Jadi saya hendak tanya bolehkah Yang Berhormat Senator...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat tadi Yang Berhormat Senator Profesor kata dia bukan politician.

Tuan Ramli bin Shariff: Bukan politician, itulah dia bercakap soal politik Tuan Yang di-Pertua, itu saya hendak bawa sebagai orang yang memerhati soal politik dalam konteks Malaysia ini daripada pandangan Yang Berhormat Senator Profesor, puak-puak mana yang menjadi kacau, hendak jatuhkan kerajaan hari ini. Boleh tidak kita ulas kan walaupun kita sedar parti-parti pembangkang ini, puak-puak ini adakah mereka ini gila kuasa untuk mengganti kerajaan yang terbaik pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Minta laluan.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Sila,sila.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, suasana hari ini suasana untuk menghadapi pilihan raya dalam masa terdekat. Saya hendak tanya apa pendapat Yang Berhormat Senator iaitu ada di kalangan kita sesetengah pemimpin pembangkang yang pergi menjaja ke luar negara, minta pertolongan negara asing sedangkan kita tahu Iraq hancur kerana campur tangan asing, Libya hancur kerana campur tangan asing. Ini orang kita, pemimpin di kalangan dalam negara kita pergi ke negara asing minta campur tangan. Apa pandangan Yang Berhormat?

Page 73: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

66 DN 26.3.2018

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih,

Yang Berhormat Senator. Saya akan menjawab dua-dua soalan. Saya ini belum masuk the real, the crux of the problem. Saya baru masuk mukadimah.

Seorang Ahli: Oh! baru mukadimah. Sampai pukul 10 [Ketawa]

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Sebab the crux of the problem, macam saya setuju pada Yang Berhormat, kita menghadapi pilihan raya. Saya tidak boleh bayangkan kita jatuhkan kerajaan dan saya tidak mahu sebab kalau kerajaan pada hari ini jatuh bukan Melayu sahaja mampus, Melayu mampus, Cina mampus, India mampus [Ketawa]

Minta maaf cakap, I have to be very straight forward to you. Again, I am not a politician. Saya dilantik bukan berdasarkan politik. Saya tidak pernah jadi ketua bahagian kah atau bertanding, tidak! Saya dilantik sebagai Senator, dilantik sebagai Majlis Tertinggi UMNO dan dilantik sebagai Pengerusi Biro Pendidikan UMNO. Saya tidak pernah bertanding. I am not a politician. So, when I talk, I talk through fact and figures. Hari ini saya bawa buku dan buku ini akan menceritakan apa Yang Berhormat Senator hendak. Siapa yang buat macam ini? Kenapa kita dicucuk? Kita sudah harmonis, sudah 60 tahun kita memerintah bersama-sama bermula dengan Parti Perikatan bersama-sama dengan orang Melayu, orang Cina, orang India dan termasuk Sabah dan Sarawak.

■1720

Dulu kita miskin, alhamdulillah kita pada hari ini, kita senang. Itu realiti. Beritahu saya kalau mengatakan sehari ini kita susah macam 60 tahun yang lepas. Beritahu saya kalau betul. No. Itu realitinya. Akan tetapi mengapa walaupun kita hebat pada hari ini walaupun kita dianggap sebagai sebuah negara membangun untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita tidak diterima dan tidak diiktiraf sebagai negara membangun sebab kita dianggap sebagai negara maju. Itu realiti. Kita bukan diletakkan setaraf dengan Indonesia ataupun Thailand, tidak. Apa yang kita hendak? Sedikit punya fasal, kita sudah memerintah enam tahun, kita sudah jaga kebajikan semua rakyat, sedikit punya hal mahu bunuh generasi kita kah? Ini bukan fasal nyamuk hendak bakar rumah, tidak. Kita bakar generasi kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu, saya alhamdulillah baru-baru ini saya telah diminta oleh satu pertubuhan, kita panggil Pertubuhan Graduan Muda Cina seluruh Malaysia. I am the only non Chinese. Saya dilantik sebagai Penasihat Strategik Pertubuhan Graduan Muda Cina Malaysia, and they are intellectual, they are graduates. Peranan saya mereka serius iaitu anak-anak muda Cina pada hari ini telah sedar, mereka tahu sebab saya beritahu mereka the future is your future. Saya beritahu mereka 30 years from now anything happen to you, you don’t put the blame on Dato’ Sri Najib. You don’t put the blame on us. We’ll go much earlier than you but put the blame on youself. Therefore, you orang Cina, orang India, orang Melayu, Sabah dan Sarawak, you sit down together and discuss about your future.

So alhamdulillah, budak-budak muda Cina ini menerima saya sebagai Penasihat Strategik dan mereka ingin membantu supaya rakyat berbalik ke pangkal jalan dan menyokong Barisan Nasional sebab mereka mengatakan mereka telah sedar iaitu saya katakan kalau anak-anak muda Cina boleh berfikiran waras, boleh tahu apa akan jadi implikasi kalau kita menjatuhkan kerajaan dan berjanji untuk membantu, apakah kita yang telah berumur ini tidak boleh berfikir dengan lebih waras. Bahkan lebih mudah dicucuk untuk menghancurkan kerajaan yang sedia ada. Waima kalau betul Dato’ Najib buat kesalahan, apakah kesalahan yang kecil itu boleh membenarkan kita membakar seluruh negara. Ini kerana saya berani mengatakan kita hancurkan kerajaan sedia ada, PRU Ke-14 kalau BN kalah, put it down. I give you two years only, this country will be destroyed, sebagai seorang penganalisis politik.

Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap ini pun stress. Let me tell you, setiap kali saya beri ceramah saya stress...

Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin: Boleh? Saya kurangkan stress.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Kena minum air sedikit.

Page 74: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 67

Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin: Ya, okey. Tuan Yang di-

Pertua, minta izin.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin: Saya rasa apa Yang Berhormat Senator sebut ini, dengan izin, it is a very important subject sebab ia melibatkan masa depan negara. Walaupun kita berbincang ada ketawa dan sebagainya tetapi tajuk ini adalah tajuk yang cukup penting. Ini disebabkan di dalam 30 years from now ini ada juga anak saya, ada juga cucu saya yang belum lagi lahir. Masa depan mereka akan ditentukan nanti. With due respect, dengan izin, saya amat menghormati pandangan Yang Berhormat Senator tadi sebab sudah melihat 30 tahun yang akan datang.

Saya juga tertarik bila Yang Berhormat Senator kata within two years, dengan izin, kalau sekiranya berlaku nauzubillahiminzaaliq, berlaku apa-apa dalam PRU Ke-14, that will be the result yang akan berlaku dalam masa dua tahun. Jadi, kenapa Yang Berhormat Senator begitu yakin sekali bahawasanya kenyataan Yang Berhormat Senator sebut itu akan menjadi realiti adakah disebabkan pembangkang yang ada hari ini yang hendak mengambil alih kuasa ini adalah mereka yang hanya berkehendakkan kuasa semata-mata tanpa memikirkan soal kepentingan negara dan rakyat ataupun mereka ini jenis yang macam kita, yang hendak service oriented, ada memberi perkhidmatan, jaga negara dan rakyat.

Jadi apakah yang membuatkan Yang Berhormat Senator amat yakin itu boleh berlaku dalam masa Yang Berhormat Senator sebutkan tadi? Mohon penjelasan Yang Berhormat Senator.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Yang Berhormat. Saya katakan tadi saya ini seorang penganalisis politik. Apabila saya buat PhD, saya ambil kesempatan mengambil satu kursus yang dipanggil The Polity of Israel. Saya ambil kursus. Saya juga ambil kursus The Polity of Middle East. So lebih kurang kita study benda itu. Itu sebab Tuan Yang di-Pertua apabila saya pencen tahun 2010, empat tahun Tuan Yang di-Pertua, empat tahun I was totally on my own. No salary a single cent though I was offered a job. Freelance. I’ll be around the country, membawa mesej yang sama, perpaduan. Empat tahun.

Selepas empat tahun barulah saya dipanggil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, barulah saya dapat jadi Senator. Empat tahun, satu sen tidak ada salary dan saya bergerak using my own pocket. Duit pencen saya, saya pakai untuk memberitahu orang Malaysia, jangan bergaduh. Kita mesti bersatu, kita mesti mengukuhkan kekuatan negara kita untuk anak cucu cicit kita. That’s what I have done.

Maksudnya, saya boleh menganalisis, saya boleh bayangkan kalau BN kalah PRU14, mengapa saya berani mengatakan I’ll give you two years after PRU14. Faktornya banyak. Untuk bagi itu sahaja, saya kena menganalisis mengikut Perlembagaan. The exact answer saya menganalisis mengikut Perlembagaan what will happen next tetapi faktor banyak, faktor utama memang. Kita lihat pada hari ini parti pembangkang tengok manifesto cukup.

Baru-baru ini saya bagi ceramah di Jerantut dua malam yang lepas. Salah seorang penceramah, Ibrahim Ali. Dia bukan orang UMNO. Dia pegang buku manifesto ini, sampai dia kata, “Aku hendak tendang buku ini”, walaupun dia bukan UMNO. Tidak guna punya manifesto. Sebab dia kata manifesto ini bukan menekankan kepada vision negara, bukan menekankan hendak membawa negara ke arah yang lebih baik tetapi banyak benda yang bercanggah, bahkan banyak berkaitan dengan personal.

Saya hendak tanya, apa tujuan hendak jatuhkan Dato’ Sri Najib? Personal, dendam, marah. Saya tidak mahu sebut, panjang sangat nanti macam saya mengutuk pemimpin, saya tidak mahu. Banyak benda juga dalam manifesto mengetepikan kepentingan Tuanku Agong bahkan dalam manifesto juga, saya dapat baca alirannya adalah untuk memastikan negara ini akan menjadi republik. Apakah ini akan menimbulkan keadaan yang baik ataupun huru-hara kepada negara? Cuba fikir betul-betul.

Itu sebab kalau kita tidak berhati-hati, saya memang minta sangat Tuan Yang di-Pertua, ucapan saya ini saya hendak semua rakyat Malaysia faham, kita sudah hebat macam ini menjadi one of the best countries in the world, mengapa patut kita hancurkan kebahagiaan kita. Kita sudah mendapat kebahagiaan. Mengapa kita hendak hancurkan kebahagiaan anak cucu cicit kita. Ini yang paling saya takut.

Page 75: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

68 DN 26.3.2018

Kalau ada salah sekali pun, kita betulkan kesilapan itu, kita perkukuhkan balik.

Bukan kita hancurkan future of our generation. Kita sudah dapat kesenangan, alhamdulillah. Tidak terfikir kah kita, kita patut memberikan kesenangan yang lebih banyak kepada anak cucu cicit. Itu tugas sebagai seorang bapa, sebagai seorang ibu. Macam saya tugas sebagai seorang atuk, I am a grandfather. So saya bercakap melalui perasaan saya yang ikhlas supaya rakyat Malaysia sedar. Di kalangan semua kaum jangan dipergunakan.

Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya masuk ke bab kedua, kalau diizinkan. Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini, kita mendengar perkataan ‘Tukar Kerajaan’, ‘Ubah!’, ‘Ini kalilah’, ‘ABU’. Nama bapa saya pun dia pakai. Abu Shah, A-B-U. ‘ABU’ ini ‘Asal Bukan UMNO’. Apa maksud, “Asal Bukan UMNO?” Lain boleh, ‘Asal Bukan UMNO’ Itu menunjukkan UMNO is the best, maksudnya. UMNO dengan kerjasama dengan parti-parti komponen telah berjaya membawa negara ini ke tahap yang paling terbaik, yang tidak pernah kita duga.

Bahkan kalau Yang Berhormat baca Lim Kit Siang punya buku itu Time Bombs, dia pun tidak terfikir negara kita jadi hebat macam ini. Dia kalau boleh prediction dia, kita bergaduh setiap tahun. It never happened...

■1730

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tan Sri, esok Yang Berhormat Tan Sri tidak dapat hadir kan?

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Esok saya tidak dapat hadir. Saya minta-minta sangat.

Tuan Yang di-Pertua: Rumuskan dalam masa 10 minit.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Masa 10 minit?

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Aduh, mang aih. Okey saya akan cepat. Okey.

Tuan Yang di-Pertua: Maksimum saya boleh bagi 15 minit.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Okey, terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Itu bidang kuasa saya ya.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Itu Bahasa Melayu, pertukaran kerajaan, “Ubah ini kalilah!” ABU, dan kita pun ikut. Dalam bahasa Orang Putih, “Regime change!”. Akan tetapi tiba-tiba saya nampak satu lagi bahasa yang saya hendak kupas pada petang ini. Dalam buku. Saya pun tidak menyangka saya jumpa bahasa ini. Bahasa digunakan Kingdom Transformation. Ya dalam agama Kristian pun kita biasa jumpa. Akan tetapi saya hendak katakan sini alhamdulillah di Malaysia ini kita biasa dengar Islam extremist tapi alhamdulillah tidak pernah dengar Hindu extremist, tidak pernah dengar Buddhist extremist, tidak pernah dengar Christian extremist. Akan tetapi ada satu ekstremis tapi menggunakan nama Kristian yang kita panggil Christian Zionism.

Di Amerika orang marah, orang Kristian Amerika marah kepada Yahudi apabila World Trade Center roboh 911. Seorang penulis yang bernama Jerry D. Gray, Orang Putih, tajuk buku The Art of Deception. Mat Saleh ini merupakan naval officer Amerika Syarikat melihat bagaimana orang Islam dianiayai di Guantanamo, cabut lari ke Jakarta dan masuk Islam. Dia menulis buku.

Dia mengatakan World Trade Center dirobohkan pada pagi itu sewajarnya 4,000 pekerja-pekerja berketurunan Yahudi datang bekerja, tidak seorang pun datang bekerja. Apa maksudnya? Kalau rajin Senator Amerika Syarikat pun ada explain benda ini what had happened. Kena rajin buka lah. Saya hendak cerita masa tidak ada. Maksudnya apa yang berlaku di Amerika Syarikat, orang Yahudi telah berjaya mencucuk orang-orang Kristian supaya benci kepada Islam. Ini saya hendak kata. This Christian is not Christian. Dia gunakan nama Kristian, they are Zionism. But they mengatakan Christian Zionism.

Page 76: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 69

Sebab Christianity Yang Berhormat, di kampung saya pun ada dua church, di

Merlimau, Melaka. Berpuluh- ratus tahun tidak ada hal, tidak pernah gaduh. Di Sabah, Sarawak cukup banyak church bersama-sama dengan orang Islam, tidak ada hal. Why only now? Why only after 2008 dalam buku, why? Regime change, kingdom transformation. Saya buka apa makna kingdom tranformation. Dia tulis sini, Malaysia is one of the most technologically sophisticated Muslim countries in the world. Mana-mana buku Orang Putih dia tidak pernah kata Malaysia tidak guna. Sophisticated Muslim country in the world and one of the most prosperous countries in the world. Prosperous, Tuan Yang di-Pertua. “Prosperous”, dia tidak kata bankrap. Akan tetapi dia kata apa? “Nevertheless, Malaysia struggles to exist as a single, diverse nation, one in which religious differences create the greatest divisions and threaten, at times, to pull apart the modern state.”

Kerana dalam buku ini mengatakan “There is pressure of religious extremism.” Tadi ada Islam extremism. Untuk pengetahuan di Malaysia, ada satu ekstremis, dalam buku kata ada ekstremisme. Saya beritahu siapa dia? Dan jawapannya cukup clear, cukup terang. Buku ini pula yang kedua, Malaysia is prosperous. Prosperous lagi, tidak kata miskin. Malaysia is prosperous. Multicultural, ini lebih penting. “Multicultural, multilingual, multireligious and” Dengar betul-betul “Small enough that it can serve as a laboratory for kingdom transformation and what works here can spread to all of Asia.” Saya hendak define apa itu kingdom transformation.

Mula-mula saya keliru, saya takut silap- orang marah. Baca punya baca, itulah dia. Sebab dikatakan Malaysia ini sebuah negara yang prosperous, yang kaya, multicultural bla bla bla, tapi kecil yang cukup mudah untuk kita menjadikan sebagai laboratory for kingdom transformation dan Malaysia akan menjadi asas untuk mengembangkan agama ini di seluruh Asia.

Apa maksud kingdom transformation? Ini bukan kerja, ini kerja ekstremis. Ini bukan Kristian, ini Zionism kerana di buku ini semua kaitkan dengan Israel. Dia tidak kaitkan dengan Vatican. Dia kaitkan dengan Israel, dan dia katakan di sini disebabkan yang lepas saya pernah pegang buku ini, saya quote nama si polan. Si polan kata dia bersyukur jadi CM sebab dengan jawatan itu lebih mudah dia memurtadkan- supaya menjadikan city transformation dan saya dilawan. Tuan Yang di-Pertua, kalau saya salah, saya quote daripada buku. Kalau buku ini salah, kita pun akan buat RUU yang baharu, you sue this book. Kalau salah, kalau buku- ini buku all the academic books. Written by Mat Salleh, bukan written by Datuk Sri Najib. Orang Putih tulis, dia buat research.

So, Tuan Yang di-Pertua, city transformation, kingdom transformation bahkan saya terjumpa juga satu nama di sini, saya tidak mahu sebut nama, pemimpin DAP mengatakan memerlukan 10 group missional ministry enough to transform a city in the process of- the majority race to be converted to Christianity. This Christianity is Christianity Zionism. Bukan Kristian, Kristian. Itu kena jelas. Semua dalam buku sebab masa singkat dan buku yang saya agak terkilan, Hannah Yeoh.

Cuba baca betul-betul apa dia maksud, walaupun dia tidak mengaku. “God wants to reclaim politics and public service in Malaysia for righteousness’ sake.” Politics and public service is their God. Reclaim, what do you mean by reclaim? What do you mean by kingdom transformation? Sama dengan to topple government, sama dengan pertukaran kerajaan tapi pertukaran kerajaan ini bukan sahaja menjatuhkan Dato’ Sri Najib. Pertukaran kerajaan, kingdom transformation jatuhkan Dato’ Sri Najib, kerajaan yang ada dan juga jadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara Kristian Yahudi.

Sebab buku ini mengatakan “For over three decades, Malaysia has been targeted by Christian Zionist groups,” Semenjak 2008, “...and the effort has gained momentum in the past five years,” itu lebih kurang 2008 dia panggil, “by Christian Zionist group for which Israel,” Perkataan Israel situ, “both ancient and modern” juga “dedicated to moulding the country’s Christians (especially the Chinese) into an effective Trojan horse.” Menggunakan orang-orang Cina sebagai alat untuk mendapatkan matlamat mereka.

Tuan Yang di-Pertua, majority of the Chinese are Buddhists. Daripada kebanyakan tadi, only nine percent are Christians. Daripada nine percent only two percent are Kristian Yahudi. So buku ini mengatakan orang Cina digunakan sebagai alat, dan buku ini juga mengatakan orang Kristian you have a good soul, you are being betrayed by this group.

Page 77: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

70 DN 26.3.2018

Orang Kristian Sabah dan Sarawak, dia kata you have a good soul but you have

been betrayed. Kerana group ini juga mencucuk Kerajaan Pusat, ia mencucuk rakyat-rakyat di Sabah dan Sarawak seolah Kerajaan Pusat menganiaya orang-orang Kristian di Sabah dan Sarawak.

Itu salah satu yang mereka buat pada hari ini. Bahkan bukan buku ini saja Tuan Yang di-Pertua, orang Cina sendiri pun mengatakan- Helen Ang, seorang blogger PKR tidak silap saya mengatakan bahawa, DAP is under the thumb of an evangelical Christian-inclined leadership dan di bawah itu, “Most of the provocations against Islam comes from the Christian extremist.” Ini orang Cina, orang Cina juga ya, Naib Presiden Parti, Cina Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan mengatakan “Fanatik Kristian dalam DAP”. The word ‘extremism’, ‘fanatik’, orang Cina pun cakap iaitu rakan-rakan kita orang Cina yang tidak mahu cari masalah, hendak hidup harmoni, they don’t like DAP. You like it or not? I’ve collected lot of articles written by Chinese against DAP. Akan tetapi group parti DAP dia cukup berjaya menghancurkan pemikiran kita, menghancurkan kewarasan kita. They are doing it now. Strongly supported by Melayu, Melayu dalam parti pembangkang. Itu yang membuatkan mereka lebih kuat.

■1740

Group ini dikatakan tadi kalau saya bacakan balik, intrinsically dishonest menggunakan high degree of deception, notoriously surreptitious enterprise. Menggunakan proxy, subterfuges, multiple camouflage. Iaitu mereka mengatakan they are party politics only. So kalau kita tuduh you are religious movement, no, we are not. Dishonest deception. That’s why buku ini mengatakan puak-puak ini menggunakan the politics, art of deception. Fitnah, menghina orang, menuduh, itu satu art. Itu seni. Digunakan oleh groups ini. Masalah ini dikatakan groups ini are largely concealed, little understood, potentially disastrous for Malaysia. Disastrous for Malaysia politically, ethnically, socially and economically. A number of this relate to the pressure of religious extremism. Group ini dikatakan juga may turn out to be more decisive, more destructive for Malaysia, than the presence of extremist Islam.

Tuan Yang di-Pertua, lebih bahaya daripada IS. Kalau ikut Orang Putih ini. Lebih bahaya daripada IS. Group ini adalah extremist. Kita kena berhati-hati terutama rakan-rakan kita orang bukan Melayu. Kena berhati-hati sebab kita sudah baik berkawan, bersaudara, hidup bersama dan membangunkan negara bersama. Jangan terpengaruh dengan dakyah mereka.

Keseluruhannya, buku ini mengatakan apa yang berlaku, The American engagement in politics today is a new invention of American foreign policy and some evangelical groups who want to convert Muslims, itu dia. The new American foreign policy semenjak 911 adalah dia kata, “Invention of American foreign policy and some evangelical groups who want to convert Muslims. This is a world trend. Mereka telah berjaya di kebanyakan negara Arab, menghancurkan negara Arab dan mereka hendak menghancurkan negara kita. Walaupun pada mulanya target adalah orang Islam kerana the invisible hand, like it or not hundred percent are by the Zionist Groups. Musuh dia Islam tetapi di Malaysia kita bukan orang Islam sahaja yang ada, Melayu ada, Cina ada, India ada, Sabah Sarawak ada. Itu saya katakan tadi, kalau Melayu mampus, yang lain pun mampus sama. So kita tidak mahu hidup sama, kita mampus sama lagi bagus. Itu yang kita hendak. Apakah itu yang kita hendak? Itu yang saya hendak katakan tadi.

Ini merupakan satu polisi Amerika Syarikat. Akan tetapi polisinya dikaitkan dengan satu group yang ingin memurtadkan kerana ianya kaitan dengan Zionism- kalau Tuan Yang di-Pertua biasa baca, daripada Edward Norton. Dia kata apa yang berlaku dalam dunia ini, mestilah dia kata, “The only solution to protect the Jewish state, it is created to protect the Zionist entity of Israel”. So, Israel ini Yang Berhormat, merupakan the new world order. The hero of the new world order, controlled by Israel by Yahudi and by pelobi-pelobi di America Syarikat. Sedikit lagi.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sini dia kata, “World evangelization was brought firmly into US political and economic power which gives it access to virtually unlimited funding. They are filthy rich”. So, group ini di Malaysia sebagai proxy. They are being funded by many countries, termasuk this group. So kalau kita hendak detail, banyak negara. The Zionist connection is strongly identified with Zionist cause, Christian Zionism. They are talking about Christian Zionism, Israel Zionist cause. Dia tidak kata Vatican. Dia tidak kata Christian. Dia mesti kata Christian Zionism.

Page 78: MALAYSIA - parlimen.gov.my · dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Dalam tempoh Dalam tempoh yang sama, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan

DN 26.3.2018 71

Maka Tuan Yang di-Perua last sekali, satu minit lagi iaitu Tuan Yang di-Pertua,

ngam-ngam, insya-Allah.

Buku ini Orang Putih dia tulis buku translate into Bahasa Melayu. Dia mengatakan puak ini “the new world order”. Mereka akan menentukan siapa yang layak menjadi pemimpin sebuah negara. Pemimpin yang harus di singkirkan. Siapa yang layak bertahan hidup dan siapa yang harus mati. Kelompok ini sebut the new world order. Pemerintahan dunia baru. Heronya ialah Zionism. Ni all from the books, iaitu kalau mereka mengatakan Saddam mati, Saddam pun mati. Si Gaddafi mati, Gaddafi mati dan Najib kamu akan dijatuhkan. Tiap-tiap hari difitnahnya Najib dengan apa cara di peringkat dunia, di peringkat semualah dan kita terpengaruh.

Hingga ke hari ini saya hendak tanya, apakah tuduhan-tuduhan itu betul kah tidak betul? Saya hendak tanya. Prove to us. But yet we believe it hundred percent. Kita benci Datuk Najib for nothing. Kalau itu betul saya boleh terima. Kalau betul-betul kita terima. Segala tuduhan GSTlah, kita miskin, semua tidak betul. Realiti saya sudah tunjukkan fakta-fakta tadi, we are one of the richest countries in the world, we are prosperous. Itu hakikatnya. So Yang Berhormat, kita jangan terpengaruh.

Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan sangat kita sama-sama membantu pihak kerajaan sedia ada. Perkukuhkan lagi. Pastikan negara kita lebih maju- national integration penting. Perpaduan penting. Kita telah jadi rakyat Malaysia. Kita bukan rakyat negara lain. Kita hendak melihat 100 tahun daripada sekarang semua anak kita hidup aman tenteram, cukup makan, cukup kain baju. Kita tidak mahu pergi keluar ditembak. Kita tidak mahu anak kita dipukul. Kita tidak mahu anak kita dirogol. Hanya Barisan Nasional boleh menentukan keadaan ini berlaku di negara tersebut.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 27 Mac 2018.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.46 petang]