MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk...

19
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 18 DISEMBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 20 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1313-L18042 Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah Kerajaan bagi membendung lambakan barangan tiruan yang dijual secara meluas dan nyatakan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil bagi tempoh 2012 dan 2013. 2. PN-1313-L17603 Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah tarikh anggaran yang baru bagi Kementerian untuk menyiapkan Lebuh Raya Pan Borneo oleh kerana peruntukkan yang disediakan bagi meneruskan projek lebuhraya ini pada Bajet 2014 dilihat agak sedikit daripada jumlah kos kesuluruhan jalan yang belum siap. 3. PN-1313-L17688 Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilakah 'cagaran Harta Intelek' boleh digunakan untuk memohon Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek (SDPHI) dan jelaskan bagaimanakah prosedur yang perlu dipenuhi oleh pengusaha IKS untuk mendapat pembiayaan ini. 4. PN-1313-L17833 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha- usaha Kementerian menyediakan kemudahan infrastruktur sekolah-sekolah daif luar bandar di Negeri Sabah dan bagaimana menangani masalah kekurangan kelas sehinggakan rumah guru terpaksa dijadikan kelas. Bagaimana Kementerian membuat pemantauan pada setiap projek sekolah yang dilaksanakan di luar bandar agar benar-benar menepati speksifikasi dan kualiti.

Transcript of MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk...

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 18 DISEMBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 20

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1313-L18042 Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah Kerajaan bagi membendung lambakan barangan tiruan yang dijual secara meluas dan nyatakan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil bagi tempoh 2012 dan 2013.

2. PN-1313-L17603

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah tarikh anggaran yang baru bagi Kementerian untuk menyiapkan Lebuh Raya Pan Borneo oleh kerana peruntukkan yang disediakan bagi meneruskan projek lebuhraya ini pada Bajet 2014 dilihat agak sedikit daripada jumlah kos kesuluruhan jalan yang belum siap.

3. PN-1313-L17688

Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilakah 'cagaran Harta Intelek' boleh digunakan untuk memohon Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek (SDPHI) dan jelaskan bagaimanakah prosedur yang perlu dipenuhi oleh pengusaha IKS untuk mendapat pembiayaan ini.

4. PN-1313-L17833 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha-usaha Kementerian menyediakan kemudahan infrastruktur sekolah-sekolah daif luar bandar di Negeri Sabah dan bagaimana menangani masalah kekurangan kelas sehinggakan rumah guru terpaksa dijadikan kelas. Bagaimana Kementerian membuat pemantauan pada setiap projek sekolah yang dilaksanakan di luar bandar agar benar-benar menepati speksifikasi dan kualiti.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

2

5. PN-1313-L18439 Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan sama ada audit akses dibuat untuk bangunan-bangunan baru yang dibina sejak Pindaan Undang-Undang Kecil Seragam Bangunan (yang memerlukan kemudahan disediakan bagi OKU) diwartakan oleh DBKL pada 1991, dan berapakah bangunan di Bandaraya Kuala Lumpur yang mematuhi Undang-Undang Kecil tersebut sehingga hari ini.

6. PN-1313-L18269

Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan adakah Kementerian telah menyemak dan melakukan perubahan ke atas SOP, polisi dan proses kelayakan sedia ada bagi mempercepatkan pembinaan dan pengkomersialan sesuatu inovasi.

7. PN-1313-L17669

Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar-pelajar asing yang masuk ke negara ini betul-betul datang untuk belajar dan bukannya untuk tujuan-tujuan yang lain.

8. PN-1313-L18285

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh manakah Kerajaan menggalakkan perniagaan dalam kalangan belia sebagai satu peluang pekerjaan, meningkatkan pelaburan dan inovasi baru untuk negara ini.

9. PN-1313-L18347 Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dalam usaha meningkatkan ekonomi ummah, sejauh manakah pendekatan konsep kewangan Islam yang merujuk kepada prinsip-prinsip syariah diamalkan oleh institusi kewangan di negara ini.

10. PN-1313-L18307 Dato' Maznah binti Mazlan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah usaha-usaha dan dorongan Kerajaan untuk meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam pasaran pekerjaan terutamanya golongan ibu tunggal dan suri rumah. Adakah Kerajaan bercadang untuk memberi sebarang insentif seperti pengurangan cukai atau rebat bayaran elektrik kepada majikan yang mengajikan golongan ibu tunggal dan orang kurang upaya.

11. PN-1313-L18423 Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa ramai usahawan desa yang akan dapat dilahirkan pada tahun 2020 dan apakah bidang-bidang perusahaan baru selain yang sedia ada yang boleh diceburi oleh mereka.

12. PN-1313-L18387

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI KESIHATAN menyatakan solusi yang telah diambil bagi mengatasi kebanjiran graduan dalam bidang kejururawatan.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

3

13. PN-1313-L18054

Datuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada tindakan dan hukuman yang ada sekarang ini berkesan untuk membasmi penyeludupan barang-barang bersubsidi Malaysia ke luar negara.

14. PN-1313-L18012

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berlakunya pemalsuan MyKad membabitkan warga asing di negara ini. Apakah tiada pemantauan dilakukan oleh Kementerian kepada kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang disyaki menyalahgunakan peralatan membuat MyKad untuk kepentingan pihak tertentu.

15. PN-1313-L17719 Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa juta Ringgit Malaysia Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) telah berbelanja dengan membekal 350 buah bas Rapid di Pulau Pinang dan berapakah keuntungan serta kerugian semenjak beroperasi di negeri berkenaan. Berapakah pula keuntungan dan kerugian apabila ditambah sehingga 470 buah hingga tahun 2015.

16. PN-1313-L18091 Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah penyelidikan saintifik yang telah dijalankan oleh angkasawan Malaysia di ISS, dan di persidangan saintifik manakah kertas berkenaan penyelidikan itu dan hasil penyelidikan yang akan dibentangkan.

17. PN-1313-L17650

Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) jumlah pelajar masyarakat Orang Asli dan jumlah keciciran

pelajar mengikut semua peringkat pendidikan; dan (b) jumlah guru-guru di kalangan masyarakat Orang Asli dan

bilangan guru pra sekolah Masyarakat Orang Asli. 18. PN-1313-L17885

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mekanisme Outcome-Based Budgeting (OBB) yang akan dilaksanakan dalam sistem pengurusan kewangan Kerajaan pada tahun hadapan dan proses bagaimana tahap keberkesanan sesebuah Kementerian itu berbelanja ditentukan.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

4

19. PN-1313-L18152 Dato' Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kesedaran masyarakat terhadap program kitar semula kini semakin meningkat. Adakah terdapat di kalangan usahawan tempatan mengusahakan produk-produk tertentu dengan menggunakan bahan kitar semula itu untuk dikomersialkan.

20. PN-1313-L18408

Datuk Jamilah Sulaiman minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah UNHCR telah melaksanakan proses saringan pelarian dengan menggunakan sistem biometrik untuk mengekang kemasukan pelarian palsu ke Malaysia. Apakah langkah dan tindakan Kementerian untuk menghalang gejala pelarian palsu ini dan sejauh mana pencapaian usaha tersebut.

21. PN-1313-L17580

Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkan kebergantungan terhadap petrol dan diesel, khususnya bagi kenderaan-kenderaan bermotor petrol dan diesel.

22. PN-1313-L17872

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah isu-isu utama dalam penjagaan dan hal-ehwal yang berkaitan dengan kebajikan warga emas di negara ini memandangkan jangka hayat yang terus meningkat untuk penduduk di negara ini.

23. PN-1313-L18180

Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan perbandingan penonton bagi program perbahasan Dewan Negara dan Dewan Rakyat secara langsung di Parlimen Malaysia selama 30 minit pada tahun 2008 hingga 2013 dan program perbahasan Dewan Negara dan Dewan Rakyat secara langsung di Parlimen Malaysia selama satu jam dan kemudiannya kepada satu setengah jam bermula pada Jun 2013 hingga Disember 2013.

24. PN-1313-L17972

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) status kajian teknikal pembinaan projek kereta api berkelajuan

tinggi yang menghubungkan Singapura dengan Kuala Lumpur yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD); dan

(b) cara pembahagian kos pembinaan dalam projek ini.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

5

25. PN-1313-L17994 Tuan Lihan Jok minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah kesan buruk yang signifikan akibat penurunan harga minyak kelapa sawit dunia kepada pekebun-pekebun kecil di Sarawak. Apakah langkah segera yang diambil oleh Kerajaan untuk membantu pekebun-pekebun yang terjejas sehingga mereka meninggalkan kebun-kebun mereka.

26. PN-1313-L17654

Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan peraturan khusus bagi mengurangkan kerugian kepada negara akibat daripada tindakan pengaliran keluar wang negara oleh pekerja asing di negara ini yang semakin tinggi iaitu sebanyak RM50 bilion bagi tempoh 2010 hingga 2012.

27. PN-1313-L17765 Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mempelihara ciri-ciri budaya Melayu seperti Mak Yong, Menora, Bangsawan, Wayang kulit dan lain lain supaya tidak hilang dari warisan budaya Melayu.

28. PN-1313-L17892 Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta PERDANA MENTERI menyatakan tidakkah Kerajaan berhasrat untuk menggunakan Talent Corp sebagai headhunters untuk mengesan bakat-bakat yang ada di sektor perkhidmatan awam. Ini adalah kerana banyak bakat di kalangan penjawat awam mungkin tidak begitu menyerlah kerana sistem sedia ada yang tidak berupaya menonjolkan bakat-bakat sedemikian.

29. PN-1313-L17980

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah status TPPA kini dan apakah pemerintah bersedia untuk menarik diri daripada meneruskan TPPA berdasarkan kepada pandangan, saranan, kritikan dan kepedulian rakyat di semua peringkat mengenai dampaknya kepada Malaysia.

30. PN-1313-L18160 Dato' Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan industri pelancongan berperanan untuk mempromosikan produk IKS usahawan Bumiputera tempatan. Apakah Kementerian dapat mencadangkan supaya pihak Syarikat Penerbangan Nasional kita (MAS) melakukan promosi untuk makanan ringan keluaran IKS contohnya Kek Lapis Sarawak dan Kerepek Pisang dalam menu mereka.

31. PN-1313-L17825 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah usaha-usaha dan perancangan yang dijalankan oleh Kementerian bagi mengurangkan kecuraman Jalan Keningau-Kimanis yang terletak di Banjaran Crocker di Sabah yang menjadi punca utama kekerapan kemalangan kenderaan kepada para pengguna.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

6

32. PN-1313-L18134 Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan perangkaan terperinci jumlah pelancong luar negara yang melawat negara ini mengikut negeri sejak tahun 2010 sehingga kini serta langkah-langkah Kerajaan bagi menggalakkan industri pelancongan domestik negara ini.

33. PN-1313-L18333

Dato' Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan rakyat Malaysia keturunan Siam yang mendaftar dengan e-Kasih serta langkah-langkah yang telah, sedang dan akan dilakukan untuk membantu mereka keluar daripada lingkaran ganas kemiskinan.

34. PN-1313-L17697

Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan yang diambil berhubung gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) memansuhkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang didakwa amat membebankan empat ratus ribu warga guru.

35. PN-1313-L17661

Dato' Lim Nget Yoon minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah terdapat 'pengundi hantu' dalam Pilihanraya Kecil Sungai Limau baru-baru ini.

36. PN-1313-L17789

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk mengadakan akta khas mewajibkan anak-anak untuk menanggung kos sara hidup ibu bapa mereka yang telah mencapai usia warga emas.

37. PN-1313-L18219

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah syarikat perjudian perlesenan seperti Toto, Da Ma Cai, Magnum yang menjalankan perniagaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Berapakah jumlah cawangan yang dipunyai oleh syarikat-syarikat ini.

38. PN-1313-L17853

Tuan Chiew Lian Keng minta PERDANA MENTERI menyatakan bidang kuasa dan fungsi Unit Pengurusan Intergriti (Integrity Management Unit) di setiap Kementerian dan adakah mereka akan dipertanggungjawabkan untuk memantau semua projek Kerajaan dan pembekalan Kerajaan.

39. PN-1313-L18294

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah Kerajaan Pusat boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada jika gagal mendapat persetujuan Kerajaan Selangor untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat Dua.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

7

40. PN-1313-L18242 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) apakah objektif penswastaan Education Malaysia Global

Services (EMGS) yang telah pun beroperasi sejak bulan Februari 2013 bagi memberi perkhidmatan kepada pelajar asing & IPTS dan apakah kebaikan & kelemahan EMGS jika dibandingkan dengan sistem integrasi pengeluaran visa pelajar terdahulu di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Jabatan Imigresen melalui atas talian; dan

(b) adakah Kementerian menyedari bahawa selepas EMGS

diswastakan, pengeluaran visa pelajar kini telah mengambil masa selama 3 hingga 5 bulan jika dibandingkan sebelum ini dan jika dibiarkan Malaysia akan sukar untuk menjadi “an international education hub”.

41. PN-1313-L17986

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah ada usaha untuk lebih memperbanyakkan program-program yang disiarkan oleh radio dan televisyen dalam bentuk pendidikan sivik dan sosial berbanding dengan program hiburan.

42. PN-1313-L17598

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah Kementerian dalam menangani masalah jenayah di kalangan pelajar sekolah, mengapakah kadar jenayah ini meningkat hampir 3 kali ganda 6 bulan pertama tahun ini berbanding tahun lepas dan adakah bentuk kerjasama yang dijalinkan oleh pihak Kementerian dengan pihak polis sebelum ini tidak berjaya.

43. PN-1313-L18217

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan memberi statistik mengenai kes-kes yang melibatkan senjata pemilikan haram atau memegang senjata tanpa lesen pada tahun ini. Antaranya, berapakah yang telah dibicarakan dan dihukum.

44. PN-1313-L18090

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah Kerajaan bagi meningkatkan keupayaan dan teknologi media arus perdana supaya setiap maklumat dapat disebarkan dengan cepat dan tepat serta lebih dipercayai.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

8

45. PN-1313-L17908 Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta PERDANA MENTERI menyatakan pelarian Rohingya telah lama berada di negara kita. Mereka ini dibenarkan untuk tinggal di negara ini tetapi tidak dibenarkan untuk bekerja. Keadaan ini menimbulkan banyak masalah sosial kepada rakyat Malaysia di mana pelarian Rohingya menjadi pengemis dan ada juga yang terlibat dalam jenayah untuk menyara kehidupan mereka. Adakah Kerajaan bercadang untuk membenarkan pelarian Rohingya ini semuanya beragama Islam untuk bekerja dan hidup seperti pekerja asing lain di negara kita di mana Malaysia sememangnya menghadapi kekurangan tenaga buruh dalam sektor-sektor tertentu.

46. PN-1313-L18386

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilangan Taman Halal yang diwujudkan di seluruh negara dan nyatakan bilangan Taman Halal yang telah beroperasi serta sejauh manakah Taman Halal ini telah menyumbang bagi pembangunan industri halal negara.

47. PN-1313-L18326

Dato' Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan syarikat dan bilangan teksi di Lembah Kelang. Berapa ramaikah pemandu teksi yang dikenakan tindakan undang-undang, terutama yang mengancam keselamatan penumpang, punca dan bentuk tindakan yang dikenakan terhadap mereka serta langkah menangani masalah berkenaan.

48. PN-1313-L17935

Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan beberapa tahun yang lepas pihak Kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan projek Arab Village dari Kuala Lumpur ke negeri Melaka. Apakah status projek Arab Village setakat ini memandangkan sektor pelancongan daripada Timur Tengah amat penting di negara ini.

49. PN-1313-L18029

Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang melaksanakan hukum jenayah Islam seperti hudud, qisas, takzir di negara ini memandangkan negara jiran Brunei bercadang melaksanakannya dan sejauh manakah kewajaran pelaksaan hukum jenayah Islam di negara ini pada masa kini.

50. PN-1313-L18385

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan Kerajaan bagi mengatasi masalah pembekalan data peminjam yang tidak kemas kini dan menyusahkan orang ramai oleh Credit Tip Off Sdn. Bhd (CTOS) selain menimbulkan ketidakadilan dan penganiayaan kepada orang ramai.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

9

51. PN-1313-L18427 Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan penggunaan nama Inggeris yang berleluasa mencemarkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Apakah tindakan Kerajaan dan jabatan tertentu dalam menangani isu ini dan satu garis panduan juga perlu diwujudkan untuk memartabatkan kembali Bahasa Malaysia di negara ini.

52. PN-1313-L18304

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pesara-pesara tentera terutamanya pegawai kanan yang berkhidmat semasa era darurat/konfrantasi mendapat pembelaan sewajarnya. Ada atau tidak pegawai hari ini diberi latihan, program khas atau di mana-mana agensi Kerajaan supaya sumbangan dan bakti mereka ini diberi penghormatan.

53. PN-1313-L18118

Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang pernyataan YAB Perdana Menteri sendiri yang mengumumkan untuk mencapai sasaran Belanjawan Berimbang (Balanced Budget) pada tahun 2020, iaitu tujuh tahun lagi dari sekarang, sedangkan Kerajaan melaksanakan dasar Belanjawan Defisit sejak 1998 selama 15 tahun berturut-turut. Sekiranya dasar Belanjawan Defisit ini dilanjutkan sehingga 2019, maka dasar ini disasarkan pelaksanaannya selama 21 tahun barulah menjadi Belanjawan Berimbang. Bagaimanakah Kerajaan akan mencapai sasaran ini serta apakah strategi-strateginya.

54. PN-1313-L17616

Dato' Nalla K. S. minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah peruntukan pinjaman yang pernah diberi kepada kaum India oleh pihak Kementerian dan juga adakah permohonan yang sedang diproses sekarang ini yang dimohon oleh kaum India bagi mereka menjalankan aktiviti pertanian.

55. PN-1313-L17747

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai urusan kawalan dan seliaan terhadap pengeluar dan pembekal Cip MyKad, Pasport dan Dokumen Imigresen yang mempunyai Kontrak dalam membekal dan menyenggara Sistem Aplikasi MyKad, Pasport dan Permit Pekerja Asing agar risiko penyelewengan dan sindiket pemalsuan dokumen-dokumen keselamatan ini dapat ditangani dengan efektif dan bersepadu.

56. PN-1313-L17767

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilangan kedai makanan segera (fast food outlets) di negara ini mengikut negeri dan adakah Kementerian mempunyai kuasa untuk mengekang bilangan kedai makanan segera ini memandangkan ia berkemungkinan memberi impak peningkatan kos sosial seperti masalah kesihatan yang disebabkan oleh obesiti, kencing manis dan sebagainya.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

10

57. PN-1313-L17952

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk menjadikan cuti Jumaat dan Sabtu sebagai cuti umum menggantikan cuti Sabtu dan Ahad.

58. PN-1313-L17858 Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapa bantuan yang telah diluluskan perlu diperbaharui setiap tahun dan sekiranya tidak diperbaharui bantuan akan ditamatkan, adakah ini tidak membebankan golongan miskin dan apakah tindakan yang dapat membantu golongan miskin agar tidak rasa terbeban untuk memperbaharui bantuan bulanan setiap tahun.

59. PN-1313-L17924

Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan Perniagaan Atas Talian (Online) ialah fenomena baru di mana seluruh dunia adalah pasaran kita. Setakat ini berapakah jumlah perkhidmatan tahunan perniagaan jenis ini dan apakah sistem kawalan dan undang-undang untuk membanteras penipuan serta kualiti dan harga barang tersebut berpatutan.

60. PN-1313-L18037

Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan penerima anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi 2012 dan nyatakan mengapakah banyak jabatan/agensi Kerajaan gagal untuk mencapai standard atau kriteria yang ditetapkan.

61. PN-1313-L18253

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-

(a) sejauh manakah penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi

telah berlaku (melalui laut dan darat) di di Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak; dan

(b) sejauh manakah keberkesanan Operasi Diesel Petrol 1 North

(OD1N) di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Cukai Pendapatan, Akta Kastam, Akta Perkhidmatan Perniagaan Wang 2011 dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan MACC Act 2009.

62. PN-1313-L17944

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dasar Kerajaan berhubung peraturan pilihanraya kampus dan pemilihan atau pelantikan pimpinan tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Kampus seperti Presiden, Timbalan Presiden dan para exco khususnya pemilihan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia oleh Rektor dan bukannya oleh perwakilan pelajar sendiri.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

11

63. PN-1313-L18363 Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kementerian akan meneliti kembali program dan pembelajaran sekolah memandu yang lebih komprehensif yang mengutamakan sikap pemanduan serta pendendalian sesuatu kenderaan kerana kebanyakan kemalangan berpunca kerana kelemahan kefahaman skill pemanduan yang berhemah.

64. PN-1313-L18181

Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan statistik drama import yang ditayangkan mengikut negara asal dan apakah mekanisme yang digunakan bagi mengawal kemasukan drama yang memberi pengaruh negatif kepada masyarakat.

65. PN-1313-L17932

Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Kerajaan telah mewujudkan beberapa UTC (Urban Transformation Centre) dan RTC (Rural Transformation Centre) untuk memberi perkhidmatan dan peluang perniagaan kepada kawasan-kawasan yang dikenalpasti. Sila jelaskan tentang penglibatan kaum wanita, penglibatan orang-orang muda dan berapakah jumlah peluang perniagaan bagi setiap UTC (Urban Transformation Centre) dan RTC (Rural Transformation Centre).

66. PN-1313-L18092

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan ke atas pemilik pasar raya besar yang menciplak produk keluaran usahawan perusahaan kecil sederhana (PKS) yang dipasarkan di premis mereka.

67. PN-1313-L18277

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah penonton siaran langsung perbahasan Parlimen Malaysia yang disiarkan menerusi TV1 pada tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 serta berapa kos melibatkan siaran langsung itu sejak diperkenalkan pada tahun 2008.

68. PN-1313-L17781

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah masalah integrasi kaum masih ada di negara kita dan apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan keharmonian hubungan antara kaum agar ia boleh melahirkan perpaduan nasional yang lebih utuh di masa hadapan.

69. PN-1313-L18246

Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tahap pemahaman mengenai GST yang diperlukan sebelum pelaksanaannya yang diperlukan sehingga ke peringkat pedalaman dan apakah agensi yang bertanggungjawab mengawal selia dan berapa ramai keperluan dari segi tenaga IT sepanjang tempoh pelaksanaan.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

12

70. PN-1313-L17900 Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian masih membenarkan pendaftaran parti politik yang berasaskan agama dan kaum.

71. PN-1313-L18094

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilangan syarikat multinasional, pusat data Kerajaan dan swasta serta pusat penyelidikan dan pembangunan (R & D) serta syarikat-syarikat perniagaan dan nyatakan perancangan bagi terus memajukan Cyberjaya sebagai bandar pintar pertama negara termasuk dari segi prasarana dan tenaga kerja berpengetahuan serta membangunkan Cyberjaya sebagai katalis pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC).

72. PN-1313-L17573

Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana pindaan kepada Seksyen 203A(1) Kanun Keseksaan akan mempengaruhi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711).

73. PN-1313-L18071

Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ada atau tidak penyelarasan dibuat dengan Kementerian Belia dan Sukan atau agensi-agensi sukan yang lain tentang atlet-atlet sukan yang berpotensi yang akan meninggalkan bangku sekolah. Jika ada, sejauh mana penyelarasan ini berkesan dalam meningkatkan mutu sukan negara.

74. PN-1313-L17627

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) langkah dan tindakan bagi menyekat aktiviti penyeludupan

terutamanya beras, diesel, petrol, tepung, ubat-ubatan dan rokok yang semakin berleluasa kini; dan

(b) sila nyatakan jumlah tangkapan yang dibuat terhadap barangan

di atas semenjak tahun lepas sehingga sekarang. 75. PN-1313-L17703

Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah puncanya keputusan UPSR 2013 menunjukkan murid yang lulus semua A bagi negeri Sabah (5%) dan Sarawak (4.46%) jauh lebih rendah dibandingkan negeri-negeri Semenanjung yang mencapai antara 8.49% dan 14.41% dan apakah usaha untuk meningkatkan taraf pendidikan di Sabah dan Sarawak setaraf negeri-negeri di semenanjung.

76. PN-1313-L18218

Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan memperketatkan lagi usaha untuk membendung kenaikan harga rumah yang tidak terkawal dengan memperkenalkan sistem duti setem tambahan seperti di Singapura dan Hong Kong bagi pembelian rumah ketiga dan ke atas.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

13

77. PN-1313-L18228 Datuk Hj Saat bin Hj Abu minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk melantik wakil-wakil rakyat Barisan Nasional untuk menduduki ahli jawatankuasa TERAJU supaya kegiatan TERAJU dapat di pantau hingga ke akar umbi dan kekayaan negara di bawah TERAJU dapat dinikmati oleh semua pihak.

78. PN-1313-L18315

Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan telah mendapatkan maklum balas orang ramai terhadap keputusan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil bagi meningkatkan meningkatkan kefahaman orang ramai berhubung langkah itu.

79. PN-1313-L17728 Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes-kes keganasan rumah tangga yang telah dilaporkan dari 2011 hingga 2013 mengikut pecahan kaum dan jantina dan sama ada Akta Keganasan Rumah Tangga, 1994 akan dipinda untuk membendung kejadian sedemikian.

80. PN-1313-L18120

Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jenis pinjaman yang sedia ada untuk pelajar di luar negara, dan apakah jangka masa yang diambil untuk member pinjaman tersebut, dari permohonan hingga pemberian pinjaman tersebut.

81. PN-1313-L18004

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah taska berdaftar di bawah JKM dan taska swasta di negara ini. Adakah Kementerian membuat pemantauan kepada taska swasta yang mengenakan yuran tinggi pendaftaran hingga RM500 dan yuran bulanan sehingga RM200-RM400 sebulan.

82. PN-1313-L17782

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengenai satu laporan tentang runtuhnya siling sebuah hospital di Serdang, apa sebabnya masalah keruntuhan siling berlaku berulang kali dan bolehkah Kementerian Kesihatan beri jaminan bahawa pembinaan hospital serta pengubahsuaian hospital-hospital di pantau dengan lebih prihatin dan kontraktor-kontraktor yang cuai tidak diberi kontrak membina ataupun memperbaiki hospital-hospital awam.

83. PN-1313-L17635

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Malaysia sudah bersedia dan mampu menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. Sekiranya demikian, mohon nyatakan kriteria atau petunjuk yang menyakinkan, sebagai sebuah negara yang akan maju menjelang 2020, apakah tahap kemiskinan rakyat dapat dihapuskan sepenuhnya.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

14

84. PN-1313-L18213 Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI KESIHATAN menyatakan masalah berhubungkait dengan lebihan graduan kedoktoran yang mungkin tidak akan mendapat pekerjaan dan kekurangan hospital-hospital latihan di Malaysia.

85. PN-1313-L18412

Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah kos misi perdagangan dan pelaburan ke luar negara bagi tahun 2011, 2012 dan 2013 yang diketuai oleh YB Menteri dan ketua-ketua agensi di bawah Kementerian.

86. PN-1313-L18339

Dato' Dr. Johari bin Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah penubuhan EKUINAS (Ekuiti Nasional Berhad) telah mencapai objektif terutamanya dalam mendorong penyertaan bumiputera memiliki dana ekuiti dalam bidang yang mempunyai pertumbuhan tinggi.

87. PN-1313-L18172

Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk memperkasakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sama ada dari segi urus tadbirnya mahupun proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

88. PN-1313-L18232

Datuk Hj Saat bin Hj Abu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah Kerajaan bercadang bagi mengenakan cukai GST kepada operator-operator air di seluruh negara memandangkan operator-operator ini telah membayar apa-apa juga keperluan seperti paip dan alat-alat lain bagi tujuan mempertingkatkan keperluan asas bagi membekalkan air bersih ke seluruh negara untuk mencapai matlamat negara maju menjelang tahun 2020; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mengecualikan cukai GST

kepada operator-operator air kerana bekalan air bersih adalah merupakan satu kemudahan asas kepada rakyat di negara ini.

89. PN-1313-L18139

Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan perangkaan jumlah koperasi berdaftar di negara ini, dan dari jumlah tersebut berapa peratuskah yang bergerak aktif, serta apakah pakej ransangan atau galakan bagi menggalakkan aktiviti koperasi di negara ini sekaligus menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi dalaman melalui pemerkasaan koperasi.

90. PN-1313-L17845

Tuan Chiew Lian Keng minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan pendaftaran untuk memiliki rumah mampu milik PRIMA dan bagaimanakah Kementerian memastikan semua orang yang mendaftarkan dapat memiliki rumah tersebut.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

15

91. PN-1313-L17590 Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah antara barang asas yang penting tidak dikenakan pengecualian GST seperti susu bayi, dan buah-buahan.

92. PN-1313-L17734

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan mengarahkan semua Kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan untuk berhenti menggunakan "Sistem Jawapan Telefon Automatik" yang tidak "mesra pelanggan" terutama sekali kepada warga tua.

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

16

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 9/2013)

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]

3. (D.R. 11/2013)

Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R. 14/2013)

Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

5. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]

6. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

7. PN-1313-U17641 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Kami menyokong sepenuhnya hasrat Malaysia untuk bertanding menduduki kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk Penggal 2015 hingga 2019 buat kali ke 6 sebagaimana yang disuarakan oleh Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malaysia pernah menduduki kerusi lembaga ini 5 kali iaitu pada tahun 1978-1983, 1987-1991, 1993-1997, 1999-2003 dan akhir sekali pada 2007-20011. Melalui lembaga ini Malaysia akan terbabit secara aktif dalam menggubal dasar dan mengkaji keberkesanan program serta aktiviti UNESCO dalam pelbagai bidang pendidikan sains teknologi, sains sosial, kebudayaan, komunikasi dan informasi di samping dapat berkongsi pendapat dan amalan terbaik dengan lain-lain anggota UNESCO serta menyatakan pendirian Malaysia dalam bidang Pendidikan dan Kebudayaan di peringkat antarabangsa.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

17

Oleh itu kita menyokong sepenuhnya agar Malaysia terus aktif dan lebih banyak menganjurkan persidangan di peringkat antarabangsa dengan kerjasama UNESCO seperti Persidangan Pendidikan Teknikal Sains dan Vokasional. Kami juga menggesa agar Kementerian Pendidikan mengadakan kempen bersama dengan lain-lain Kementerian terutamanya Kem Pelancongan dan Kebudayaan seperti mengadakan Pameran, Simposium, Konvensyen serta Persembahan di samping turut melobi beberapa negara lain. Mudah-mudahan Malaysia mampu dipersadakan di peringkat dunia sebagai pilihan utama dalam bidang Pendidikan, Sains dan Kebudayaan."

[ Menteri Pendidikan ] 8. PN-1313-U17642

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Menggesa Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas akan lambakan dan penguasaan peniaga warga asing di pasar-pasar borang yang menjejaskan punca rezeki peniaga tempatan."

[ Menteri Dalam Negeri ] 9. PN-1313-U17643

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Menggesa Kementerian Dalam Negeri menutup semua ‘lubang-lubang tikus’ yang menjadi laluan keluar masuk pendatang asing terutama yang bersempadan dengan Indonesia, Filipina dan Thailand."

[ Menteri Dalam Negeri ]

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

18

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

(DEWAN NEGARA)

TAHUN 2013

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST.121 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah dan Sarawak Bagi Tahun 2012.

18 Disember 2013

ST.133 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Bagi Tahun 2012.

18 Disember 2013

ST.134 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Bagi Tahun 2012.

18 Disember 2013

ST.136 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2012.

18 Disember 2013

ST.137 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) Bagi Tahun 2012.

18 Disember 2013

ST.142 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Bagi Tahun 2012.

18 Disember 2013

ST.143 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bagi Tahun 2012

18 Disember 2013

ST.144 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Bagi Tahun 2012.

18 Disember 2013

ST.145 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Aset Keretapi Bagi Tahun 2012

18 Disember 2013

ST.147 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Bagi Tahun 2012.

18 Disember 2013

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filelangkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pelajar ... kesedaran masyarakat terhadap program ... sosial berbanding dengan

AUM DN 18/12/2013

19

TAHUN

2013 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.148 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Bagi Tahun 2012.

18 Disember 2013