MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan...

28
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 11 JULAI 2011, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 14 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1242-L12827 Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :- (a) bilangan Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang beroperasi dan kadar setiap unit watt yang dibayar oleh TNB mengikut perjanjian Power Purchase Agreement (PPA); dan (b) bilakah tamat tempoh setiap perjanjian PPA tersebut. 2. PN-1242-L12490 Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan rancangan dan hasrat Kementerian untuk mewujudkan "1 Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti sukan. 3. PN-1242-L12702 Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kenapa jalan raya standard di Sabah dan Sarawak dibina dengan kualiti kerja dan bahan binaan yang sub-standard. Banyak jalan raya yang rosak teruk setelah siap dibina dalam masa setahun. 4. PN-1242-L12400 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh manakah kejayaan penggunaan Program Penjualan Biodiesel Sawit Adunan B5 (Program B5) bagi meningkatkan penggunaan dan penjualan minyak B5 di seluruh negara. 5. PN-1242-L12824 Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian bakal dilonggarkan memandangkan peningkatan suhu serta kes jenayah di mana cermin kenderaan dipecahkan semakin meningkat.

Transcript of MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan...

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIAhttp://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 11 JULAI 2011, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 14

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1242-L12827Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI TENAGA,TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) bilangan Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yangberoperasi dan kadar setiap unit watt yang dibayar olehTNB mengikut perjanjian Power Purchase Agreement(PPA); dan

(b) bilakah tamat tempoh setiap perjanjian PPA tersebut.

2. PN-1242-L12490Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI BELIA DAN SUKANmenyatakan rancangan dan hasrat Kementerian untuk mewujudkan "1Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dandilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankanaktiviti-aktiviti sukan.

3. PN-1242-L12702Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan kenapa jalan raya standard di Sabah dan Sarawak dibinadengan kualiti kerja dan bahan binaan yang sub-standard. Banyakjalan raya yang rosak teruk setelah siap dibina dalam masa setahun.

4. PN-1242-L12400Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PERUSAHAANPERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh manakahkejayaan penggunaan Program Penjualan Biodiesel Sawit Adunan B5(Program B5) bagi meningkatkan penggunaan dan penjualan minyakB5 di seluruh negara.

5. PN-1242-L12824Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn mintaMENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah syarat penggunaancermin gelap pada kenderaan persendirian bakal dilonggarkanmemandangkan peningkatan suhu serta kes jenayah di mana cerminkenderaan dipecahkan semakin meningkat.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/20112

6. PN-1242-L12857Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI DALAM NEGERImenyatakan langkah-langkah Kementerian dalam menangani masalahkesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahrudan Laluan Kedua Malaysia-Singapura baru-baru ini supaya tidakmenjejaskan industri pelancongan negara.

7. PN-1242-L12996Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI LUARNEGERI menyatakan :-

(a) semua tuntutan bertindih yang aktif yang melibatkanMalaysia; dan

(b) status setiap tuntutan bertindih tersebut.

8. PN-1242-L12853Tuan Boon Som a/l Inong minta MENTERI KESIHATAN menyatakanadakah benar suntikan pelalian Human Papilloma Virus (HPV) bagimencegah kejadian kanser serviks boleh memberi kesan sampinganyang memudaratkan, termasuk maut seperti yang didakwa olehsesetengah media di barat. Malah beberapa Pertubuhan BukanKerajaan (NGO) tempatan pernah membantah pelaksanaan pelalianini. Adakah Kementerian telah melakukan penyelidikan terperincisebelum keputusan melaksanakannya dibuat.

9. PN-1242-L12250Puan Doris Brodie minta MENTERI PERDAGANGAN DALAMNEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah-langkah Kementerian memberi keutamaan penduduk luar bandar danpedalaman di Sarawak dan Sabah yang terpaksa berbelanja lebih bagimembeli barang asas keperluan harian selaras dengan KempenPenurunan Harga yang dilancarkan oleh Kementerian baru-baru ini.

10. PN-1242-L12960Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PEMBANGUNANWANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlahwarga tua yang menginap di rumah seri kenangan di seluruh negaradan apakah langkah-langkah bagi memastikan warga emas di seluruhnegara dapat memberi sumbangan kepada negara dalam menujunegara maju berpendapatan tinggi.

11. PN-1242-L12351Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAUDAN AIR menyatakan :-

(a) sama ada wujudnya perbezaan kadar kenaikan tarif airdalam perjanjian konsesi air berbanding kadar kenaikantarif air selepas berlakunya pengambilan aset-aset air dibawah Pengurusan Aset Air Berhad; dan

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/20113

(b) sama ada kenaikan tarif tersebut seragam di antaranegeri-negeri memandangkan permasalahan berkaitanindustri air di kalangan negeri-negeri berkenaan berbezaantara satu sama lain.

12. PN-1242-L12298Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI KEWANGANmenyatakan jumlah dan peratus pembayar cukai yang masihmenggunakan kaedah manual dan berapa ramai yang telah berubahke sistem e-Filing serta berapa pula kes lebihan bayaran balik cukaipendapatan individu dan bagaimana pula kes ini diselesaikan.

13. PN-1242-L12618Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan kesesakan lebuh raya semasa waktu puncakmenyukarkan para pengguna lebuh raya yang membayar tol untukmenikmati perjalanan lancar. Apakah tindakan Kementerian danpemegang konsesi dalam mengatasi masalah tersebut terutamanya diNKVE dan Lebuh Raya Persekutuan.

14. PN-1242-L12921Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI WILAYAHPERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakanapakah langkah Kementerian sejajar dengan aspirasi Kerajaanmenjadikan Kuala Lumpur sebagai 20 bandar utama dunia yang sesuaididiami pada tahun 2020.

15. PN-1242-L12585Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERDAGANGANDALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakanbentuk mekanisme bagi memantau operasi dan harga yang digunapakai di kedai-kedai runcit tempatan dan apakah status terkini ProgramTransformasi Kedai Runcit (TUKAR).

16. PN-1242-L12465Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sebab-sebabkemerosotan etika sosial di kalangan remaja dan anak muda, apakahtindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk menanganikeadaan ini.

17. PN-1242-L12789Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDARDAN WILAYAH menyatakan silibus Tadika KEMAS, khususnya dikawasan-kawasan pedalaman Sarawak dan adakah kebenaran paraibu bapa diperolehi sebelum mata pelajaran Agama Islam diberikankepada mereka.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/20114

18. PN-1242-L12714Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARANmenyatakan langkah-langkah konkrit untuk ukuran yang digunakanbagi memantau kejayaan pelaksanaan Pelan Induk PembangunanPendidikan (PIPP) terutama merujuk kepada Teras Pertama (MembinaNegara Bangsa), Teras Ketiga (Memperkasa Sekolah Kebangsaan)dan Teras Keempat (Merapatkan Jurang Pendidikan). Sejauhmanakah kejayaan tiap-tiap satu daripada enam teras PIPP itu.Adakah prestasi pegawai (Pengarah) yang bertanggungjawab secaralangsung terhadap pelaksanaan PIPP itu dinilai mengikut kaedah KPI.Apakah nilai (KPI) yang diperolehnya pada tahun lalu.

19. PN-1242-L12647Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERIKEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah rasionalnya Petronas mengumumkan akanmembayar dividen pada Kerajaan berdasarkan kepada30 peratus keuntungan bersihnya; dan

(b) adakah ini akan menjejaskan pendapatan Kerajaan.

20. PN-1242-L12497Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PERDAGANGANANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan susulan daripadakenaikan harga minyak kenderaan, beban kehidupan rakyat semakinmeningkat. Apakah rancangan pihak Kementerian untuk membawamasuk dan mempromosikan penggunaan kenderaan jenis 'hybrid' yangmesra kepada alam sekitar dan jimat bahan bakar seperti apa yangdilaksanakan di negara-negara jiran kita.

21. PN-1242-L12895Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI KESIHATANmenyatakan apakah usaha-usaha Kementerian dalam meningkatkaninfrastruktur hospital-hospital negeri yang kini dilihat jauh ketinggalandalam menyediakan ruang serta kemudahan yang selesa selarasdengan pembangunan negara.

22. PN-1242-L12433Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KERJA RAYA menyatakanadakah Kementerian bercadang untuk membina lebih banyak lebuhraya dan menaik taraf jalan raya yang menghubungkan daerah-daerahdi Sabah memandangkan dengan adanya lebuh raya dan kenaikantaraf jalan raya sudah pasti ia akan menjadi pemangkin ekonomikepada negeri.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/20115

23. PN-1242-L12562Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PELANCONGAN menyatakanapakah langkah yang telah dan akan diambil untuk mempromosikandestinasi tempatan yang baru seperti di Sungai Lembing kepadapelancong luar negeri. Adakah Kementerian akan berusaha mencaridestinasi pelancongan tempatan yang baru atau pun membiarkantempat-tempat baru ini diperkenalkan secara semula jadi.

24. PN-1242-L12399Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PENGAJIANTINGGI menyatakan sejauh manakah pencapaian pelajar InstitusiPengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam ujian Skala Kemahiran InsaniahMalaysia (My3s) dalam penguasaan komunikasi serta pemikiran kritisdan penyelesaian masalah serta lima kemahiran lain seperti kerjaberpasukan, moral dan etika, kemahiran kepimpinan, pembelajaranberterusan dan pengurusan maklumat serta kemahiran keusahawananbagi memudahkan graduan memperoleh pekerjaan selepasmenamatkan pengajian.

25. PN-1242-L12573Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KEWANGANmenyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambiluntuk memastikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) komitedmelaksanakan inisiatif membendung kegiatan rasuah di kalanganpegawai dan kakitangan KDRM yang kini berjumlah lebih daripada13,000 orang.

26. PN-1242-L12598Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI PERTANIANDAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilangan Orang Asli yangtelah mendapat kemudahan pinjaman daripada Agro Bank danterdapat aduan daripada masyarakat ini berkenaan kesukaran untukmendapatkan pinjaman kerana syarat-syarat yang ketat, oleh ituapakah cadangan untuk membantu mereka dalam melaksanakanpertanian moden.

27. PN-1242-L12376Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERIKEWANGAN menyatakan strategi dan langkah-langkah yang akandiambil jika krisis kewangan global berlaku lagi pada akhir tahun ini.

28. PN-1242-L12286Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta PERDANA MENTERImenyatakan bagaimanakah konsep pelaksanaan penilaian 360 darjahuntuk menggantikan PTK terhadap prestasi semua kakitangan awamyang dijangka akan dilaksanakan mulai Julai tahun ini.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/20116

29. PN-1242-L12427Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PELAJARAN menyatakanpendidikan dan pembelajaran khususnya di kalangan anak-anak di luarbandar adalah amat penting terutamanya untuk masa depan mereka.Apakah langkah-langkah dan strategi Kementerian untuk memastikananak-anak di luar bandar mendapat pendidikan yang sempurna sepertianak-anak di bandar.

30. PN-1242-L12883Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta PERDANA MENTERImenyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam memastikan komposisisemua kaum dilihat seimbang dalam menjawat jawatan tertinggi disemua Kementerian yang kini jelas mencerminkan konsep 1Malaysiadikaburi.

31. PN-1242-L12817Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn mintaMENTERI PELANCONGAN menyatakan tindakan yang bakal diambilterhadap kes penipuan oleh syarikat pelancongan terhadap jemaahyang berhasrat mengerjakan umrah dengan menawarkan pakej umrahyang murah serta promosi yang mengelirukan yang jelasmencemarkan kemuliaan ibadat umrah ini.

32. PN-1242-L12612Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI KEWANGANmenyatakan penyeludupan barang dari luar negara ke dalam negaratanpa membayar cukai semakin meningkat. Apa yang lebihmenghairankan tangkapan hanya dibuat di jalan raya walhalkemasukan barang penyeludupan ini adalah melalui jalan laut.Mengapa gejala ini masih berlaku dan apakah langkah-langkahpencegahan yang diambil oleh Kementerian melalui agensi berkaitan.

33. PN-1242-L12850Tuan Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakanbenarkah Kerajaan mengiktiraf rakyat Malaysia berketurunan Siamsebagai Bumiputera memandangkan ketika ini mereka diberi beberapakemudahan yang diperoleh masyarakat Bumiputera lain sepertimelabur dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah SahamBumiputera (ASB) serta memiliki tanah rizab Melayu. Adakah Kerajaantelah mengeluarkan surat pekeliling memaklumkan perkara ini kepadasemua jabatan dan agensi Kerajaan memandangkan ketika ini masihramai pegawai dan kakitangan Kerajaan yang keliru danmempertikaikan mengenai kedudukan berkenaan.

34. PN-1242-L12911Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI KESIHATANmenyatakan secara terperinci mengenai 1Care dan bilakah ia akandilaksanakan di negara kita.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/20117

35. PN-1242-L12861Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI KEWANGANmenyatakan langkah-langkah yang diambil untuk membantu pemaju-pemaju perumahan dalam memenangi penurunan permintaan rumahyang diramalkan akan berlaku apabila faedah-faedah pinjaman seluruhdunia termasuk Malaysia meningkat.

36. PN-1242-L12273Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI WILAYAHPERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakanadakah Kementerian bercadang menjadikan Sungai Klang dan SungaiGombak sebagai laluan pengangkutan air sebagaimana di Bangkokdan Amsterdam bagi mengurangkan kesesakan jalan raya dan usahauntuk menarik lebih ramai pelancong.

37. PN-1242-L12555Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERIKEWANGAN menyatakan:-

(a) jumlah pinjaman yang diagihkan oleh PerbadananUsahawan Nasional Berhad (PUNB) kepada usahawanBumiputera dalam pelbagai sektor sejak 10 tahun lalu;dan

(b) berapa ramai usahawan Bumiputera yang telah berjayamengikut skim yang ditawarkan PUNB sepertipemborong Prosper, Prosper Runcit dan ProsperSiswazah.

38. PN-1242-L12484Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta PERDANA MENTERI menyatakanisi kandungan rancangan pemindahan Pangkalan Udara Kuala Lumpurdi Sungai Besi ke Sendayan, Negeri Sembilan.

39. PN-1242-L12379Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERIPELAJARAN menyatakan jumlah pelajar yang berjayamenyempurnakan pendidikan peringkat rendah sehingga UPSR tetapitidak menyempurnakan pendidikan peringkat menengah sehinggaSPM.

40. PN-1242-L12579Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan adakah Kementerian bercadang meneruskan projekpelebaran Lebuh Raya Utara Selatan menjadi tiga lorong seperti yangdilakukan di laluan Kuala Lumpur hingga ke selatan negeri Perakdalam usaha memberi keselesaan pengguna dan mengelakkankemalangan.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/20118

41. PN-1242-L12440Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI KEWANGAN menyatakansama ada ideologi ekonomi 'neo-liberalism' yang diamalkan olehMalaysia memandangkan ideologi ekonomi 'Asian Values' yangdiamalkan oleh Malaysia telah gagal menangkis krisis kewangan diAsia pada tahun 1997-98 dan 2008.

42. PN-1242-L12453Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PELAJARAN menyatakanjumlah kes buli dan penderaan di sekolah bagi 10 tahun yang lepasmengikut jenis sekolah seperti Sekolah Kebangsaan, SJK(C), danSJK(T) dan nyatakan sebab-sebab dan cara-cara mengatasi untuk kesbuli dan penderaan yang semakin menjadi-jadi di sekolah.

43. PN-1242-L12699Datuk Paul Kong Sing Chu minta PERDANA MENTERI menyatakanrancangan Kerajaan untuk membangunkan dan melaksanakan tenaganuklear di Malaysia.

44. PN-1242-L12292Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI SUMBERMANUSIA menyatakan berapa ramai pelatih lepasan Institut LatihanKemahiran Awam Kementerian (ILKA) setiap tahun dan dari jumlahtersebut berapa ramai mereka yang telah mendapat pekerjaan.

45. PN-1242-L12409Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI TENAGA,TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan keperluan negara untukmenaikkan tarif elektrik dan bagaimana kepentingan rakyat dapat terusdijaga oleh Kerajaan tanpa implikasi sampingan yang bolehmenimbulkan beban rakyat.

46. PN-1242-L12744Tuan Khoo Soo Seang minta PERDANA MENTERI menyatakanjangka hayat loji tenaga nuklear yang dirancang dan kaedah yang akandigunakan untuk melucutkan teras reaktor yang haus kelak.

47. PN-1242-L12807Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn mintaPERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah Kerajaanmenangani aktiviti golongan Syiah yang semakin aktif di negara inidengan menjadikan agenda skim kahwin kontrak dan pernikahanmutaah sebagai daya tarikan memujuk umat Islam menjadi pengikutmereka.

48. PN-1242-L12528Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERUMAHANDAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah projek-projekperumahan terkini yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian.Nyatakan juga projek-projek perumahan yang terbengkalai dan apakahtindakan yang diambil.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/20119

49. PN-1242-L12782Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PELAJARANmenyatakan bagaimanakah dasar pengajaran dan pembelajaran Sainsdan Matematik dalam Bahasa Malaysia dapat menyokong usaha untukmencapai kejayaan dalam penyelidikan dan pembangunan negara dibidang sains dan teknologi.

50. PN-1242-L12515Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI PERDAGANGAN DALAMNEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauhmanakah kejayaan langkah-langkah Kementerian mewajibkan semuakenderaan bermotor terpakai, di baik pulih dan diubah suai termasukmotosikal menjalani pemeriksaan menyeluruh di Pusat PemeriksaanKenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi melindungi penggunadaripada membeli kenderaan curi dan dipotong atau disambung.

51. PN-1242-L12738Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PERTANIAN DANINDUSTRI ASAS TANI menyatakan kesan penggunaan drug 3-Nitroatau Roxarnone dalam makanan haiwan dan pendirian Kementerianterhadapnya.

52. PN-1242-L12311Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI DALAMNEGERI menyatakan jumlah kemasukan warga asing buat kalipertama yang menggunakan pas lawatan melalui pintu masuk RantauPanjang dan Pengkalan Kubur, Kelantan dari bulan Januari sehinggaJun 2011 serta kewarganegaraan mereka dan jumlah yang pulangkembali ke negara asal dalam tempoh tersebut berbanding tempohyang sama pada tahun 2009 dan 2010.

53. PN-1242-L12950Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg mintaMENTERI PELANCONGAN menyatakan berapakah jumlah pelancongdomestik dari Semenanjung ke Sarawak dalam 5 tahun lepas danapakah langkah-langkah untuk terus menggalakkan pelancongandomestik.

54. PN-1242-L12414Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta PERDANAMENTERI menyatakan keputusan Kerajaan memberikan 2,000biasiswa (1,500 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan 500 oleh1Malaysia Development Bhd.) kepada pelajar-pelajar yang mendapat8A dalam SPM tahun ini:-

(a) apakah taraf pendapatan ibu bapa pelajar-pelajarpenerima biasiswa tersebut dari segi peratus kelasatasan, menengah dan bawahan; dan

(b) jumlah pelajar-pelajar penerima dari kawasan bandar danjuga luar bandar.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201110

55. PN-1242-L12990Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan status pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

56. PN-1242-L12521Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta PERDANA MENTERImenyatakan pekerjaan yang telah diisi oleh Suruhanjaya PerkhidmatanAwam (SPA) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semenjak tiga tahunlepas berbanding jumlah permohonan yang ditolak. Apakah usaha-usaha Kerajaan bagi mengekalkan kadar pengangguran agar sentiasaberada di bawah 4 peratus.

57. PN-1242-L12420Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI PERUMAHAN DANKERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah bilangan rumahpangsapuri/apartmen yang telah layak diserahkan kepada badanpengurusan tetapi belum diserahkan.

58. PN-1242-L12973Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERImenyatakan :-

(a) jumlah pelarian yang berada di Malaysia mengikutnegara asal untuk setiap tahun sejak 1980; dan

(b) jumlah pelarian yang sudah dipindahkan ke negara-negara lain untuk setiap tahun sejak 1980. Nyatakannama negara-negara destinasi tersebut.

59. PN-1242-L12329Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI KEWANGANmenyatakan apakah jenis 'subsidi super' yang telah dimansuhkan danapakah kesannya terhadap ekonomi negara. Adakah rakyatmemahaminya dan apakah langkah-langkah yang diambil untukmemberi penerangan kepada rakyat mengenainya agar ia tidakdipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

60. PN-1242-L12653Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERIPENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah tindakan yang dilaksanakanKerajaan bagi menyelaraskan kadar yuran pengajian di IPTS yangberbeza-beza serta membebankan pelajar.

61. PN-1242-L12829Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta PERDANA MENTERImenyatakan apakah persediaan dan kemampuan AgensiPenguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai agensi tunggalyang akan mengawal dan mempertahankan kawasan perairan negaramenjelang Ogos 2011.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201111

62. PN-1242-L12828Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERIKEWANGAN menyatakan dasar dividen baru tidak melebihi 30peratus yang dicadangkan oleh PETRONAS. Sekiranya dilaksanakanapakah usaha-usaha Kerajaan untuk menampung defisit yang amatketara di dalam belanjawan negara bermula tahun 2013.

63. PN-1242-L12908Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) apakah pelan tindakan kerajaan bagi menambahkanbilangan hakim di Malaysia supaya bebanan kes yangterpaksa ditanggung oleh setiap hakim dapatdikurangkan daripada kes-kes dapat diselesaikan dengancepat. Ini kerana bilangan hakim di negara ini sangatsedikit berbanding dengan negara Komanwel yang lainseperti India, Australia, England dan Kanada; dan

(b) adakah hakim-hakim di negara ini dibahagikan mengikutkelas-kelas tertentu seperti hakim yang menunjukkanprestasi yang tinggi atau tidak dan pakar atau tidakpakar.

64. PN-1242-L12667Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGIHIJAU DAN AIR menyatakan mengapakah Kerajaan Negeri Selangormasih melengahkan projek pembinaan loji Rawatan Air Langat 2walaupun telah berkali-kali mesyuarat diadakan dengan KerajaanPersekutuan sedangkan manfaat perlaksanaan projek tersebut sepertidiketahui umum adalah untuk memastikan sumber keperluan airpenduduk Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mencukupisepanjang masa dan tidak berlaku krisis air seperti jangkaan pakar air.

65. PN-1242-L12271Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PERDAGANGANDALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakanjumlah minyak diesel subsidi yang diselewengkan sepanjang tahun2010 dan 2011 dan nyatakan langkah-langkah Kementerian bagimembendung kegiatan penjualan minyak diesel subsidi yangdiselewengkan ini kepada pengguna industri.

66. PN-1242-L12280Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI WILAYAHPERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakanpelaksanaan projek-projek dalam rangka pelan induk ‘Greater’ KualaLumpur/Lembah Klang. Bilakah projek-projek di Sungai Besi, SungaiBuloh, pusat kewangan di Jalan Imbi dan projek pembersihan sungaiakan bermula dan dijangka siap.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201112

67. PN-1242-L12661Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI KEWANGAN menyatakanapakah tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil terhadapKementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan dan Badan-BadanBerkanun yang telah gagal mematuhi Arahan Perbendaharaan,Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan.

68. PN-1242-L12952Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI TENAGA,TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) insentif-insentif yang diberi kepada syarikat atau pemajubagi menggalakkan lagi pembinaan bangunan cekaptenaga; dan

(b) jumlah dan senarai pemaju hartanah yang mendapat sijilGreen Building Index (GBI).

69. PN-1242-L12720Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERIPENGANGKUTAN menyatakan jumlah hutang tertunggak SyarikatAirAsia kepada pihak berkuasa Lower Cost Carrier Terminal (LCCT) diSepang dan sekiranya ada ura-ura untuk melupuskan sebahagiandaripada hutang itu, sekiranya ada apakah sebab dan alasannya.

70. PN-1242-L12230Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI DALAM NEGERImenyatakan apakah usaha-usaha pihak Kementerian dalam mengawalkemasukan pendatang asing tanpa izin di negara ini.

71. PN-1242-L12634Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PERDAGANGAN DALAMNEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan pihakKementerian seharusnya mengambil perhatian serius terhadap syaratuntuk mengawal dan memastikan setiap pekedai runcit untuk membuatcatatan terhadap barangan serta harga barangan yang dijual. Ini akanmenyebabkan mereka tidak dapat bersaing dengan pasaraya-pasaraya besar di negara ini yang dibenarkan untuk mengadakanjualan murah pada musim-musim tertentu.

72. PN-1242-L12784Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DANINOVASI menyatakan mengapakah sisa thorium beradioaktif hasildaripada proses kilang Asian Rare Earth Sdn. Bhd. yang disimpandalam 80,000 tong besi berhampiran Keledang Hill di Mengelembutidak diuruskan dengan sewajarnya kerana tidak ditanam.

73. PN-1242-L12244Puan Doris Brodie minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) kategori serta jenis-jenis dadah yang sering diseludupmasuk ke negara ini; dan

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201113

(b) warga asing dari negara manakah yang kerap disabitkandengan aktiviti tidak bermoral ini.

74. PN-1242-L12549Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERIPERTAHANAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan untukmenyelesaikan masalah pembinaan Kem Tentera Darat Skudai yangbernilai RM239 juta yang terbengkalai sejak lebih 10 tahun dan seringkali menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan berkenaan.

75. PN-1242-L12259Dato' Azian bin Osman minta PERDANA MENTERI menyatakanbagaimana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh terlepaspandang mengenai penjualan minuman ‘bir halal’ yang berleluasasekarang.

76. PN-1242-L12774Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI KESIHATAN menyatakananggaran bilangan kes dyslexia di kalangan kanak-kanak danberapakah jumlah pusat atau sekolah bagi kanak-kanak tersebut.

77. PN-1242-L12446Datuk Maijol bin Mahap minta PERDANA MENTERI menyatakanadakah negara kita sudah terperangkap dalam 'middle-income trap'dan bagaimanakah Kerajaan boleh mengelak atau keluar daripadaperangkap tersebut.

78. PN-1242-L12606Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PEMBANGUNANWANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peristiwatanah runtuh yang mengorbankan 14 orang pada bulan Mei yang lepasbenar-benar menyayat hati. Apakah langkah-langkah yang diambil olehKementerian dalam usaha mengawal premis yang menguruskanrumah anak yatim dalam memastikan hanya mereka yangberkelayakan sahaja yang menjalankan urusan tersebut dan mematuhisegala garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

79. PN-1242-L12270Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGAJIANTINGGI menyatakan sejauh manakah penubuhan universitipenyelidikan berasaskan sains sosial mampu melengkapkan usahamewujudkan keseimbangan dalam pembangunan negara dan menjanamodal insan.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201114

80. PN-1242-L12982Tuan Saiful Izham bin Ramli minta PERDANA MENTERImenyatakan rasional Kerajaan hari ini terus menggunakan OrdinanDarurat dalam menahan individu-individu yang disyaki melakukankesalahan jenayah tanpa bicara dan tanpa membawa mereka ke mukapengadilan sedangkan banyak peruntukan di bawah KanunKeseksaan, Kanun Acara Jenayah dan Akta Polis yang membolehkanmereka didakwa dan dibicarakan serta diberikan hak untuk membeladiri.

81. PN-1242-L12536Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI TENAGA,TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah bentuk tenagayang negara bergantung sekarang dan nyatakan pecahan jenistenaga-tenaganya. Apakah rancangan Kementerian untukmenggantikan sumber-sumber negara yang semakin pupus danberkurangan itu.

82. PN-1242-L12944Puan Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERImenyatakan :-

(a) berapakah jumlah tenaga kerja profesional berkelayakandan berkepakaran tinggi di negara kita pada masa ini;dan

(b) apakah usaha Kementerian bagi memastikan Malaysiamencapai jumlah 1.2 juta tenaga kerja profesional dalammencapai negara maju dan berpendapatan tinggi.

83. PN-1242-L12317Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI SUMBERMANUSIA menyatakan bilangan pembantu rumah tempatan yangtelah dilahirkan daripada program yang dianjurkan oleh Kementeriandan agensi manakah yang bertanggungjawab menyelia keberkesanankecekapan pembantu rumah asing dan menjaga kebajikan majikan danpembantu rumah.

84. PN-1242-L12238Puan Doris Brodie minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kesanke atas tahap kesihatan rakyat ekoran cuaca panas melampau yangsedang melanda negara sejak kebelakangan ini.

85. PN-1242-L13021Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERImenyatakan:-

(a) adakah pintu masuk ke negara kita dikenal pasti danadakah pintu masuk ini disekat memandangkan terdapatkira-kira 2 juta pendatang asing ketika ini; dan

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201115

(b) siapakah yang akan menanggung kos pelaksanaan“Program Pemutihan dan Pengampunan” untukpendatang haram. Kebanjiran pendatang haram inimenunjukkan kegagalan Kerajaan dalam mengawal pintumasuk dan sempadan negara.

86. PN-1242-L12478Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta PERDANA MENTERI menyatakankriteria dan cara pemilihan pelajar biasiswa tajaan JabatanPerkhidmatan Awam (JPA) untuk mengikuti program ijazah dalam danluar negara pada tahun ini.

87. PN-1242-L12628Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PERDAGANGAN DALAMNEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan masalahinflasi akan menyebabkan harga barangan semakin menaik. Apakahtindakan Kementerian untuk mengatasi masalah ini daripada terusberlaku kerana pihak peniaga yang tidak bertanggungjawab akanmengambil peluang untuk menaikkan harga barangan.

88. PN-1242-L12927Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) berapakah bilangan pelajar yang mendapat biasiswa JPAtelah pulang dari luar negara setiap tahun bagi tempohlima tahun yang lepas; dan

(b) apakah tindakan yang diambil terhadap mereka supayapulang dan berkhidmat di negara ini bagi menyelesaikankekurangan pekerja berkemahiran tinggi dan profesional(brain drain) yang Malaysia hadapi ketika ini. AdakahTalent Corporation yang ditubuhkan berhasil menarikmereka pulang.

89. PN-1242-L12640Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PERDAGANGAN DALAMNEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakahsubsidi untuk makanan lain akan dikurangkan dalam tahun ini.

90. PN-1242-L12722Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI SUMBERMANUSIA menyatakan kenapa kenaikan gaji pengawal-pengawalkeselamatan yang telah diumumkan itu, tiba-tiba ditangguhkan.Adakah pengumuman itu dibuat tanpa kajian yang menyeluruh, danadakah Kementerian sedar tindakan berdolak-dalik seperti ini akanmemberi kesan negatif terhadap kredibilitinya.

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201116

91. PN-1242-L12732Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PERUMAHAN DANKERAJAAN TEMPATAN menyatakan betapa serius kenaikan kadarbunga pinjaman bank dan kenaikan harga bahan-bahan binaan ke atasharga binaan dan kemampuan para pembeli rumah. Adakah itu akanmenjejas usaha Kerajaan untuk menggalakkan rakyat jelata memilikirumah sendiri.

92. PN-1242-L12345Datuk Akbar bin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) jumlah bilangan pelajar cemerlang di peringkat SijilPelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang mendapat biasiswapada tahun 2011 mengikut jenis biasiswa, kumpulansosioekonomi isi rumah (20 peratus atas, 40 peratustengah dan 40 peratus bawah), kaum serta jantina; dan

(b) jumlah nilai biasiswa yang diterima serta nyatakan syarat-syarat yang ditetapkan.

93. PN-1242-L12459Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tentang kes-kespembuangan bayi yang semakin berleluasa, akibat isu seks bebasyang tidak terkawal, selain daripada kesedaran diri dan bimbingan ibubapa, Kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untukmembendung perbuatan ini. Apakah langkah-langkah pendidikan untukmembanteras isu-isu seks bebas ini.

94. PN-1242-L12903Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERIPENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakanbilangan pengunjung ke muzium negara sepanjang tahun 2010 hinggakini serta langkah-langkah bagi menarik minat lebih ramai pengunjung(domestik & luar negara) dan juga generasi muda.

95. PN-1242-L12493Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PERDAGANGANDALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakanusaha-usaha Kementerian untuk menyeragam dan memperluaskankempen "Tak Nak Beg Plastik" di seluruh negara.

96. PN-1242-L12767Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakanmengapa pihaknya mahu menghalang Perhimpunan Bersih 2.0,sedangkan hak untuk berhimpun secara aman termaktub dalamPerlembagaan.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201117

97. PN-1242-L12520Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI KESIHATAN menyatakanrakyat Malaysia yang sudah meninggal dunia mendermakan organ dantisu mereka untuk digunakan oleh pesakit yang memerlukan organgantian sejak 1975 hingga kini dan nyatakan langkah-langkahKementerian bagi menarik lebih ramai orang mendermakan organ dantisu.

98. PN-1242-L12754Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI DALAM NEGERImenyatakan sejauh manakah siasatan dijalankan bagi memastikankebenaran sekumpulan paderi Kristian ingin menjadikan agamaKristian sebagai agama rasmi negara berdasarkan seorang saksi yangberada di gereja tersebut. Apakah tindakan yang boleh diambil jikadidapati ada kebenarannya.

99. PN-1242-L12401Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PELAJARANmenyatakan langkah-langkah Kementerian bagi membantu pelajardalam penulisan karangan Bahasa Malaysia ekoran penggunaansingkatan bahasa SMS untuk mengelakkan pelajar membuat kesilapandalam penulisan termasuk tatabahasa dan kosa kata terutama dalampeperiksaan yang boleh menjejaskan markah mereka.

100. PN-1242-L12868Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan minta MENTERIPENGANGKUTAN menyatakan jumlah pegawai MAS yangberpangkat pengurus dan ke atas sehingga ke Lembaga Pengarah danberikan pecahan mengikut kaum dan jawatan berbanding denganAirAsia dan FireFly sehingga kini.

101. PN-1242-L12526Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakanlangkah-langkah Kerajaan bagi mengatasi masalah kekuranganperuntukan subsidi langsung hampir RM8 bilion tahun ini berikutankenaikan harga minyak global yang mencecah RM110 setong dansejauh manakah tindakan Kerajaan merasionalisasikan subsidi mampudiberikan kepada kumpulan sasar dan sektor yang benar-benar layak.

102. PN-1242-L12567Tuan Ng Fook Heng minta PERDANA MENTERI menyatakanbenarkah tanggapan bahawa jurang perkauman di negara kita semakinjauh. Sekiranya benar, apakah yang seharusnya dilakukan untukmengatasi masalah ini.

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201118

103. PN-1242-L12325Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERIPENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakankenapakah Kerajaan dilihat kurang berkesan dalam memantaumekanisme dan sistem pemantauan pakej dan pelan penggunaantelefon mudah alih dan Internet yang banyak mempunyai kostersembunyi, mengelirukan dan membebankan pengguna danberapakah aduan seperti ini diterima dan disiasat serta diselesaikandari tahun 2007-2010.

104. PN-1242-L12884Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan apakah kedudukan dan perkembangan pembinaanJambatan Kedua Pulau Pinang pada masa kini dan nyatakan berapabanyak kontraktor tempatan khasnya dari Pulau Pinang yangmenyertai projek tersebut dan berikan pecahan ini mengikut kaum dankelas kerja.

105. PN-1242-L12761Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI WILAYAHPERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakanapakah pihak DBKL bercadang untuk menyediakan parkir bertingkat dikawasan PPR memandangkan ruang yang sedia ada tidak mencukupisehingga kenderaan diletakkan berlapis-lapis.

106. PN-1242-L12370Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERIKEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kemajuanpembukaan 1,000 tabika KEMAS yang diperuntukkan RM140 juta dibawah Jabatan Kemajuan Masyarakat.

107. PN-1242-L12693Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI KEWANGANmenyatakan apakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk menarikbalik status bebas cukai bagi Labuan kerana Labuan telah dituduhsebagai syurga penyeludup yang berjaya menyeludup bir, alkohol danrokok.

108. PN-1242-L12875Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan minta PERDANA MENTERImenyatakan bagaimanakah Model Baru Ekonomi dapat menjamin agarkedudukan ekonomi dan peluang perniagaan kaum India di negara initerpelihara dalam arus pemodenan yang kian pesat menuju wawasannegara maju dan berpendapatan tinggi.

109. PN-1242-L12674Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI SUMBER MANUSIAmenyatakan adakah Kementerian akan mengenakan levi yang tinggikepada majikan yang menggaji pekerja asing kurang mahir danmengurangkan levi bagi menggalakkan majikan menggaji pekerjamahir selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) iaituseperti yang telah berjaya dilaksanakan di Singapura.

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201119

110. PN-1242-L12687Datuk Paul Kong Sing Chu minta PERDANA MENTERI menyatakanadakah sebarang rancangan untuk mengurangkan jumlah kakitanganKerajaan yang sedang berkhidmat memandangkan jumlah merekabersamaan dengan 4.68 peratus atau 1.2 juta daripada keseluruhanpenduduk Malaysia. Negara Jepun, walaupun mempunyai saizpopulasi beberapa kali ganda Malaysia mempunyai jumlah anggotaperkhidmatan awam yang sama dengan Malaysia.

111. PN-1242-L12840Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERIPELAJARAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untukmenjadikan subjek Gagasan 1Malaysia, Perlembagaan Persekutuandan Rukun Negara sebagai satu mata pelajaran wajib di peringkatsekolah rendah lagi dan jika tidak, mengapa.

112. PN-1242-L12707Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI DALAMNEGERI menyatakan statistik bulanan semenjak satu tahun yang lalumengenai pengembara-pengembara asing yang tidak dibenarkanmasuk ke Malaysia dan dihantar kembali dengan segera ke negeri asalmereka oleh syarikat penerbangan yang membawa mereka ke sini.Kenapakah syarikat penerbangan berkenaan tidak melakukanpemeriksaan yang ketat mengenai kelayakan pengembara-pengembara berkenaan.

113. PN-1242-L12364Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI DALAMNEGERI menyatakan langkah-langkah Kementerian untukmeningkatkan kesedaran anggota polis mengenai hak asasi manusia.

114. PN-1242-L12846Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta PERDANAMENTERI menyatakan jumlah syarikat bas ekspres yang telahdigantung lesen operasi kerana terlibat dalam kemalangan dankenapakah Kementerian masih membenarkan syarikat bas beroperasiwalaupun berulang kali terlibat dengan kemalangan.

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201120

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 16/2011) Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2011 –Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “BahawaRang Undang-undang ini dibacakan kali yang keduasekarang” (7 Julai, 2011)

[ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi danKepenggunaan ]

2. (D.R. 14/2011) Rang Undang-undang Petroleum (CukaiPendapatan) (Pindaan) 2011

[ Kementerian Kewangan ]

Bacaan KaliYang Kedua

3. (D.R. 18/2011) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti(Pindaan) 2011.

[ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 19/2011) Rang Undang-undang Pasaran Modal danPerkhidmatan (Pindaan) 2011.

[ Kementerian Kewangan ]

5. (D.R. 20/2011) Rang Undang-undang PerniagaanPerkhidmatan Wang 2011

[ Kementerian Kewangan ]

6. (D.R. 8/2011) Rang Undang-undang OrganisasiAntarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan)(Pindaan) 2011

[ Kementerian Luar Negeri ]

7. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir DanEjen Harta Tanah (Pindaan) 2010

[ Kementerian Kewangan ]

8. (D.R. 10/2011) Rang Undang-undang LembagaPembangunan Industri Pembinaan Malaysia(Pindaan) 2011

[ Kementerian Kerja Raya ]

9. (D.R. 17/2011) Rang Undang-undang Majlis PerundinganGaji Negara 2011

[ Kementerian Sumber Manusia ]

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201121

10. PN-1242-U12541Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabaskepada Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang danrombongannya yang telah melawat Parlimen Indonesia pada 23hingga 26 Mei 2011. Tan Sri YDPDN dan rombongan dan Ahli-AhliDewan Negara telah berjaya mengadakan pertemuan danperbincangan dengan Persatuan Media Indonesia atau ISWAMI,Speaker Dewan Perwakilan Daerah (DPD) dan Anggota-anggotaSenat DPD, Speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan ahli-ahlinyaserta Speaker Gabungan Dewan Musyawarah DPR/DPD sertaanggotanya lawatan yang berpaksikan bagi mengeratkan hubungandua hala antara Malaysia-Indonesia berhasil di perkasa dan dieratkan.Ianya juga dapat menjelaskan serta menjernihkan beberapa isu dansalah tanggapan. Di atas semangat serumpun, setia kawan dankerjasama secara tradisi maka beberapa isu yang sengaja dandihangatkan oleh segelintir rakyat Indonesia satu ketika dahulu melalui'tangan-tangan ketiga' seperti isu tenaga kerja Indonesia yang bekerjadi Malaysia, kebudayaan, persempadanan, peranan media sertakerjasama yang telah lama terjalin antara para pemimpin utama keduanegara menjadi sentuhan dalam pertemuan-pertemuan tersebut. Isi-isiperbincangan dan pertukaran pandangan dan pendapat ternyatasebenarnya bukanlah perkara besar dan rumit yang boleh meretakkanhubungan malah dianggap sengaja diada-adakan oleh pihak yangberkepentingan. Semua pertemuan berjalan dalam suasana yang amatmesra, santai, saling memahami dan memerlukan antara satu samalain. Sebagai kesimpulannya, Dewan Negara berperanan danberkebolehan dalam mengeratkan hubungan antara Malaysia danIndonesia atau lain-lain negara. Pertemuan-pertemuan danperbincangan sebegini wajar diteruskan dan dipupuk dari masa kesemasa. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Negara dan rombongannya."

[ Perdana Menteri ]

11. PN-1242-U12542Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincangkan mengenai kemalangan jalan rayadi Malaysia yang dianggap sebagai satu malapetaka besar kepadarakyat dan negara ini. Ianya merupakan kecacatan dan pembunuhnombor satu di Malaysia.Mengikut rekod angka kemalangan dankematian adalah sangat tinggi malah Malaysia adalah negara yangtertinggi mendapat kemalangan dan kematian di dunia (Sila rujuk data-data dan statistik di bawah). Angka ini lebih besar dari segala rekodkematian akibat penyakit dan kemalangan-kemalangan yang lain.Hanya meletakkan Malaysia berada di tempat pertama dari 32 negaradi seluruh dunia.

Page 22: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201122

Statistik kadar kematian jalan raya yang baru dikeluarkan melaluiForum Pengangkutan Antarabangsa, menyenaraikan Malaysia sebagaijaguh dan juara daripada nisbah bilangan kematian bersandarkankepada setiap 100,000 bilangan penduduk. Sekaligus meletakkanMalaysia sebagai negara paling banyak mencatatkan bilangan kadarkematian jalan raya paling tinggi untuk setiap 100,000 penduduk bagitahun 2009.Kadar kematian di jalan raya untuk setiap 100,000 bilanganpenduduk bagi 2009 :-1. Malaysia - 23.81. Argentina - 18.42. Kadarkematian di jalanraya untuk setiap 100,000 bilangan penduduk bagi2009 :

1. Malaysia - 23.82. Argentina - 18.43. Greece - 13.84. Kemboja - 12.65. Korea - 12.06. Poland - 12.07. Amerika Syarikat - 11.18. Lithuania - 11.09. New Zealand - 8.910. Belgium - 8.911. Czech Rep - 8.612. Slovenia - 8.413. Hungary - 8.214. Portugal - 7.915. Itali - 7.916. Austria - 7.617. Luxembourg - 7.2

18. Australia - 6.919. Perancis - 6.920. Kanada - 6.321. Sepanyol - 5.922. Denmark - 5.523. Ireland - 5.424. Iceland - 5.325. Finland - 5.326. Jerman - 5.127. Jepun - 4.528. Switzerland - 4.529. Norway - 4.430. Israel - 4.231. Sweden - 3.932. Belanda - 3.933. UK - 3.8

Page 23: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201123

PERANGKAAN KEMALANGAN JALAN RAYA BAGI TAHUN 2001-2010

TAHUN 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

KemalanganMaut

5,230 5,378 5,634 5,674 5,604 5,711 5,672 5,952 6,218 6,260

KemalanganParah

6,942 6,696 7,163 7,444 7,600 7,375 7,384 7,020 6,978 6,002

JENISKEMALANGAN

INJURI

KemalanganRingan

30,684 30,259 31,357 33,413 25,928 15,596 13,979 12,893 12,072 10,408

JUMLAH KEMALANGANINJURI

42,856 42,333 44,154 46,531 39,132 28,682 27,035 25,865 25,268 22,670

JUMLAH KEMALANGANTANPA INJURI (ROSAK

SAHAJA)

222,319 237,378 254,499 280,283 289,136 312,550 336,284 347,182 372,062 391,751

JUMLAH KEMALANGAN 265,175 279,711 298,653 326,814 328,268 341,232 363,319 373,047 397,330 414,421

Mati 5,854 5,891 6,286 6,228 6,188 6,287 6,282 6,527 6,745 6,872

Cedera Parah 8,689 8,425 9,040 9,229 9,397 9,254 9,273 8,866 8,849 7,781

JENIS INJURI

Cedera Ringan 35,974 35,236 37,415 38,631 31,429 19,884 18,444 16,901 15,823 13,616

JUMLAH INJURI 50,517 49,552 52,741 54,088 47,014 35,425 33,999 32,294 31,417 28,269

Setiap 100 ribupenduduk

24.60 24.10 25.10 24.30 23.70 23.60 23.10 23.60 23.80 24.20

Setiap 10 ribukenderaanberdaftar

5.17 4.88 4.88 4.51 4.18 3.98 3.73 3.63 3.55 3.40

INDEKSKEMATIAN

JALAN RAYA

Setiap 1 BilionVKT

23.93 22.71 22.77 21.1 19.58 18.69 17.6 17.2 17.28 17.28

Sumber : PDRM / MIROS

Banyak faktor yang menyumbang kepada perkara yang tidak diundangini. Justeru itu, saya mengesyorkan kajian dan tindakan menyeluruhperlu diambil dan disegerakan. Ini termasuklah peranan semuaKementerian dan agensi yang terlibat. Reka bentuk dan bahan binaanjalan raya wajar dikaji semula. Selekoh dan tempat-tempat yang seringberlaku kemalangan harus diperbaiki dan diperbetulkan. Sistem dankaedah latihan, peperiksaan, ujian dan pemberian lessen perludisemak. Sikap pemandu dan cara memandu wajar dinilai semula. Hadpemanduan perlu dilihat kembali. Usia kenderaan dan keadaan badankenderaan perlu disemak semula. Samseng/penjahat jalanan jugamesti dilumpuhkan. Denda dan hukuman serta penguatkuasaan jugaharus dinilai semula. Motivasi serta kaunseling juga hendaklahdiperhebatkan.

Page 24: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201124

Tempat-tempat istirahat dan papan tanda diperbanyakkan danditempatkan di kawasan yang lebih sesuai.Pendek kata, bedah siasatsecara menyeluruh dan mengemukakan saranan-saranan yang lebihtepat dan terperinci bagi mengurangkan jumlah kematian dankemalangan jalan raya perlu disegerakan. Sayangilah rakyat negaraini. Hargailah nyawa keluarga dan masyarakat serta negara. Jadikannegara ini tercorot dalam mengeluarkan data kemalangan jalan raya. "[ Menteri Pengangkutan ]

12. PN-1242-U13032Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan membatalkan PerhimpunanBersih. Saya mengesyorkan kepada YB. Tan Sri Speaker DewanNegara supaya Dewan Negara membahaskan agar isu PerhimpunanBersih oleh Pihak Pembangkang yang dirancang akan diadakan pada9 Julai 2011 demi kepentingan rakyat. Saya mendesak pihak berkuasamengambil tindakan tegas dan segera menyekat perhimpunan haramitu demi kepentingan awam, keselamatan, ekonomi dan kesejahteraanrakyat dan negara. Strategi dan tujuan perhimpunan itu akanmenimbulkan kacau bilau, mengundang kekecohan dan bersifatpenghasut serta bersifat membela Ketua Pembangkang yang sedangmenghadapi pelbagai kes mahkamah. Apa yang berlaku di negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara dahulu dan kini tidak bolehdijadikan model untuk menimbulkan huru-hara di Malaysia. Senariopolitik, ekonomi, agama, sosial dan lain-lain faktor amat jauh berbeza.Oleh itu, saya mengesyorkan supaya Ahli-ahli Dewan Negara diberipeluang untuk berbahas agar Perhimpunan Bersih itu segeradiharamkan. Pendapat majoriti Ahli-ahli Dewan perlu diambil kira demikesejahteraan, keselamatan dan keamanan rakyat serta negaraMalaysia tercinta."

[ Menteri Dalam Negeri ]

13. PN-1242-U13030Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubalUndang-undang Kebebasan Maklumat bagi membolehkan rakyatMalaysia menikmati hak untuk mendapatkan maklumat selaras dengankehendak prinsip-prinsip demokrasi. Hak rakyat untuk mendapatkanmaklumat adalah penting bagi membolehkan rakyat untuk memeriksadan membendung penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan Kerajaandalam hal-hal pentadbiran Kerajaan terutamanya keputusan-keputusanKerajaan yang mempunyai implikasi secara langsung dan tidaklangsung terhadap rakyat jelata.

Page 25: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201125

Oleh itu, saya mengambil kesempatan melalui mesyuarat DewanNegara ini untuk menampilkan usul penggubalan undang-undang bagitujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagiandalam pentadbiran dan hal-hal Kerajaan terutamanya dalam prosesmembuat keputusan-keputusan sejajar dengan prinsip demokrasi(participatory democracy) dan kepentingan awam (public interest).Rakyat Malaysia mengalu-alukan satu Kerajaan yang telus danbertanggungjawab maka penggubalan undang-undang ini adalahmustahak. Undang-undang ini akan membenarkan akses kepadadokumen-dokumen sesebuah agensi Kerajaan dan dokumen-dokumenrasmi Kerajaan. Maka disarankan supaya Kerajaan mengambil seriuspenggubalan undang-undang ini dan mengambil segala langkah-langkah untuk merealisasikan undang-undang di Malaysia yang manaundang-undang begini telah pun diperkenalkan di negara-negaraKomanwel yang lain."

[ Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]

14. PN-1242-U13031Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubalundang-undang Perhubungan Kaum (Race Relations Act) bagimenyingkirkan diskriminasi perkauman di sektor awam, di sektorswasta, di dalam bidang pelajaran di peringkat universiti danmatrikulasi, di dalam proses pengambilan “tender” KerajaanPersekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Tujuan utamaundang-undang ini adalah untuk mempromosi perhubunganperkauman yang baik dan sihat di antara semua kaum di Malaysiadengan menyingkirkan ketidak seimbangan perkauman dandiskriminasi. Oleh itu, disarankan supaya Kerajaan prihatin danmemandang serius terhadap gejala diskriminasi dan ketidakseimbangan perkauman di sektor-sektor ini. Undang-undang ini bolehdikuasakan dan diberi mandat untuk memastikan bahawa agensi-agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Tempatan,syarikat-syarikat swasta, syarikat-syarikat GLC Kerajaan dan institutpengajian tinggi tempatan (IPT) memperkenalkan program raceequality yang berdasarkan merit di dalam semua aspek pekerjaan didalam aspek pengambilan tenaga kerja dan pengambilan pelajar,promosi, latihan dan peluang pembelajaran di dalam negara dan di luarnegara. Dalam masa yang sama Kerajaan perlu menubuhkan satuSuruhanjaya Perhubungan Perkauman di bawah undang-undang inibagi memastikan penguatkuasaan dan implementasi undang-undangperhubungan perkauman."

[ Perdana Menteri ]

Page 26: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201126

15. PN-1242-U12622Dato' Syed Ibrahim bin Kader akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memaklumkan, Kongres India Muslim Malaysia(KIMMA) melalui Yayasan Kemajuan Islam Nasional (YAKIN) sediabekerjasama dengan Kementerian Pertahanan dan Jabatan Hal EhwalVeteran ATM untuk menyediakan latihan dan kursus serta khidmatnasihat kepada veteran ATM yang ingin menceburi perniagaanrestoran atau gerai makanan dan minuman serta lain-lain bidangperniagaan yang dipelopori oleh kaum India Muslim."

[ Menteri Pertahanan ]

16. PN-1242-U12623Dato' Syed Ibrahim bin Kader akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memaklumkan, Kongres India Muslim Malaysia(KIMMA) sedia bekerjasama dengan Kementerian PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menyediakan kemudahantempat berniaga secara kecil-kecilan dalam premis perniagaan yangdijalankan oleh kaum India Muslim. Contoh: ruang menjual kad tambahnilai prabayar di restoran mamak."

[ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

Page 27: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201127

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT(DEWAN NEGARA)

TAHUN2011

RISALAT/DOKUMEN TARIKHDIBENTANGKAN

ST.19 Laporan Tahunan dan Penyata KewanganInstitut Akauntan Malaysia Bagi Tahun2010

11 Julai 2011

ST.24 Laporan Tahunan dan Penyata KewanganLembaga Kumpulan Wang SimpananPekerja Bagi Tahun 2010

11 Julai 2011

ST.27 Laporan Tahunan dan Penyata KewanganBank Negara Malaysia Bagi Tahun 2010

11 Julai 2011

ST.28 AKTA FI 1951Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan)2011

11 Julai 2011

ST.29 Laporan Kestabilan Kewangan dan SistemPembayaran Bagi Tahun 2010

11 Julai 2011

ST.36 Laporan Tahunan dan Penyata KewanganKumpulan Wang Persaraan(Diperbadankan) Bagi Tahun 2010

11 Julai 2011

ST.37 AKTA PILIHAN RAYA 1958Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2011

11 Julai 2011

CMD.5 Laporan Tahunan SuruhanjayaPerkhidmatan Kehakiman danPerundangan Malaysia 2010

11 Julai 2011

Page 28: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Taman 1 Padang Sukan" dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti-aktiviti

AUM DN 11/7/201128

UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh Ucapan Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri yangBertanggungjawab

1. 11.7.2011(Isnin)

1. YB. Sen. PuanHajah Mumtazbinti Md. Nawi

1. Klinik 1Malaysia 1. Menteri Kesihatan

2. 11.7.2011(Isnin)

2. YB. Sen. Dato’Mustafa KamalMohd Yusoff

2. PerkhidmatanKesihatan UntukKesejahteraan Rakyat

2. Menteri Kesihatan