MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDidapati ramai pelajar mengikuti program ijazah...

download MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDidapati ramai pelajar mengikuti program ijazah di luar ... etnik yang wujud di media sosial sebenarnya sebahagian ... kesedaran dan

If you can't read please download the document

Transcript of MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDidapati ramai pelajar mengikuti program ijazah...

  • MALAYSIA

    DEWAN NEGARA

    ATURAN URUSAN MESYUARAT

    NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

    http://www.parlimen.gov.my

    HARI SELASA, 14 APRIL 2015, PUKUL 10.00 PAGI

    Bil. 3

    PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

    1. PN-1331-L21832 Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI KEWANGAN menyatakan nama semua syarikat-syarikat yang mana 1MDB telah melabur menggunakan dana yang dianggarkan USD$2.3 bilion yang disimpan di Pulau Cayman bagi tempoh kewangan 1 Januari 2010 hingga 30 September 2014. Apakah jaminan Kerajaan ia bakal memulangkan hasil kepada negara.

    2. PN-1331-L21724 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah penambahbaikan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri bersama-sama Kerajaan-Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi atau Jabatan Kerajaan bagi mengurus secara efektif Pengurusan Bencana dan Mala Petaka yang melibatkan pemindahan mangsa bencana, pengurusan bekalan makanan di pusat penempatan sementara dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan agar modul pengurusan Bencana Negara lebih cekap dan teratur.

    3. PN-1331-L21338

    Tuan Koh Chin Han minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dengan perlaksanaan GST, apakah Kerajaan mempertimbangkan untuk mengkaji semula lain-lain bentuk cukai, duti dan yuran perlesenan untuk mengurangkan beban kepada rakyat.

    4. PN-1331-L21310

    Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bahawa sejak 12 bulan lepas berapakah jumlah majikan yang telah didakwa di Mahkamah kerana kegagalan melaksanakan perintah Gaji Minimum.

  • 2 AUM DN 14/4/2015

    5. PN-1331-L21162 To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan penguatkuasaan-penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh Penguatkuasa KPDNKK sepanjang 2014 dan pencapaiannya serta nyatakan keberkesanan Operasi Antipencatutan (Ops Catut) Fasa Kedua.

    6. PN-1331-L21986

    Dato' Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan hasil audit yang dijalankan oleh Ketua Audit Negara ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    7. PN-1331-L21773 Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah statistik banduan wanita mengikut kaum serta kesalahan mereka dan berapa orang dari kalangan mereka adalah repeat offenders dan hard core criminals".

    8. PN-1331-L21498

    Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah barangan produk kesihatan yang dijual secara jualan langsung "direct-selling" di dalam pasaran yang telah disenarai hitamkan serta menyenaraikan produk-produk tersebut untuk dijadikan panduan kepada para pembeli.

    9. PN-1331-L22014

    Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan insiden penyamaran menggunakan pakaian seragam dan logo pasukan keselamatan seperti PDRM dan tentera adalah disebabkan penjualan terbuka yang merupakan kesalahan serius. Adakah Kementerian bercadang supaya pakaian seragam pasukan keselamatan berkenaan diwartakan untuk bezakan dengan jabatan atau agensi lain.

    10. PN-1331-L21573 Dato' Goonasakaran A/L Raman minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan "Non Objection Certificate" (NOC) merupakan syarat yang dikenakan bagi menentukan sama ada pelajar memenuhi syarat kelayakan minimum mengikut program pengajian di luar negara. Didapati ramai pelajar mengikuti program ijazah di luar negara tanpa NOC. Kenapa ini boleh berlaku dan apakah jalan penyelesaian atau alternatif bagi pelajar-pelajar sedemikian.

    11. PN-1331-L21672

    Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapakah identiti serta butiran penjenayah-penjenayah dan suspek-suspek yang sedang diburu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak didedahkan kepada pihak awam melalui media untuk bantuan dan sokongan, serta pada masa yang sama tindakan pihak PDRM mengumumkan penjenayah dan suspek yang telah ditembak mati membawa reputasi yang buruk kepada pihak PDRM.

  • AUM DN 14/4/2015 3

    12. PN-1331-L21388 Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan keselamatan wanita di tempat-tempat kerja.

    13. PN-1331-L21857

    Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapakah penyakit denggi tidak dapat dikawal malah telah meningkat, terutamanya di Negeri Selangor. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian kesihatan untuk memastikan penyakit ini dapat dikawal.

    14. PN-1331-L21662 Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana keberkesanan pengambilan pekerja tempatan Sarawak yang berkelayakan untuk menjawat jawatan bertaraf eksekutif, pengurusan teknikal dan bukan teknikal di syarikat-syarikat milik PETRONAS di Bintulu, Sarawak.

    15. PN-1331-L21268 Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejak kebelakangan ini kita dapat lihat ada beberapa pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang jelas boleh menyebabkan ketegangan kaum di negara kita. Ada juga pihak yang berani mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu serta kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan :-

    (a) apakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula

    pemansuhan ISA atau membuat pindaan pada akta yang sedia ada bagi membendung gejala seperti itu; dan

    (b) apakah tindakan Kerajaan terhadap mereka yang sedang

    dibicarakan atau telah disabit kesalahan yang melarikan diri ke luar negara untuk mendapatkan suaka politik.

    16. PN-1331-L21427

    Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan usaha bagi mengatasi kekangan kelewatan proses pemberian tanah hakmilik individu kepada Orang Asli walaupun tanah-tanah ini telah diwartakan dan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri.

    17. PN-1331-L22009 Puan Bathmavathi Krishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan mengagihkan sejumlah peruntukan kewangan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 kepada setiap Kementerian yang mempunyai tanggungjawab di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bagi golongan OKU.

    18. PN-1331-L21891 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah kiraan sebenar harga petrol dan diesel mengikut sistem apungan di negara kita bagi mengelakkan salah faham oleh masyarakat.

  • 4 AUM DN 14/4/2015

    19. PN-1331-L21104 Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah warga asing (termasuk pekerja asing) yang dirawat di hospital atau klinik Kerajaan pada 2013 dan 2014 dengan pecahan pesakit luar dan pesakit dalaman, jumlah subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan dan tindakan yang akan diambil untuk memastikan warga asing tidak menggunakan peruntukan yang khas untuk rakyat Malaysia, sebagaimana yang dilaporkan kini iaitu 30% - 40%.

    20. PN-1331-L21652

    Tuan Chong Sin Woon minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan proses laporan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk Projek Forest City bernilai RM600 billion.

    21. PN-1331-L21403

    Dato' Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah pencapaian peperiksaan PT3 yang telah diperkenalkan mulai tahun 2014 bagi menggantikan PMR dan adakah ia mencapai sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

    22. PN-1331-L21538 Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

    (a) adakah Kementerian menyedari bahawa kajian yang dibuat

    menunjukkan pendapatan purata petani MADA hanya RM800 sebulan; dan

    (b) apakah langkah-langkah Kementerian bagi meningkat

    pendapatan 45,000 isi rumah dalam kawasan MADA supaya mereka boleh dikategorikan dalam kelompok berpendapatan sederhana dan tinggi.

    23. PN-1331-L21333

    Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kesungguhan pasar raya besar yang mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh negara dalam memastikan lebih 82,000 produk terlibat dalam kempen turun harga barang.

    24. PN-1331-L21276

    Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

    (a) adakah Kerajaan melihat salah laku dan ketirisan di kalangan

    penjawat awam sebagai satu wabak yang pelu diberi perhatian segera; dan

    (b) jika ya, apakah cadangan Kerajaan dalam menangani isu ini.

  • AUM DN 14/4/2015 5

    25. PN-1331-L21885 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai mekanisme bagi mengukur keharmonian, ramalan konflik antara kaum dan adakah benar bahawa persepsi ketegangan etnik yang wujud di media sosial sebenarnya sebahagian besarnya dihasilkan oleh ahli politik dan pelampau yang menyemarakkan api perkauman, sedangkan rakyat biasa tidak banyak masalah dalam hubungan seharian.

    26. PN-1331-L21945

    Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan Standard Operating Procedure (SOP) bagi pengurusan liabiliti Kerajaan dan kakitangan Kerajaan sewaktu pengendalian aktiviti atau program di luar sekolah atau pusat pengajian dan adakah ditetapkan keperluan untuk mengambil sebarang perlindungan insuran berkelompok sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

    27. PN-1331-L21614

    Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan hasil pertemuan beliau bersama-sama dengan pihak