MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan...

31
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov. HARI ISNIN, 23 MEI 2016, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 25 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1342-L74199 Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membuat semakan semula terhadap hukuman terhadap individu yang melanggar Akta Kualiti Alam Sekitar. 2. PR-1342-L74131 Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan tahunan pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Sejak ditubuhkan, berapakah tangkapan militan/pengganas yang telah berjaya ditumpaskan. Apakah perkembangan terkini empat mangsa yang diculik di Perairan Semporna pada 3 April 2016. 3. PR-1342-L74512 Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kita dapati banyak persatuan-persatuan belia yang berdaftar mengeluh kerana kebanyakan mereka tidak dapat bantuan daripada Kementerian, justeru apakah langkah proaktif Kementerian untuk mengatasi perkara tersebut. 4. PR-1342-L74031 Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan jenis-jenis bantuan dan program yang sedang dan akan dijalankan atau dalam perancangan bagi membantu pekerja, pengusaha, perniagaan dan sebagainya dalam memajukan sektor pelancongan di Sabah. 5. PR-1342-L73912 Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status terkini Program Penggajian dan Penempatan Semula Pekerja Asing serta jumlah pekerja asing tanpa izin yang telah mendapat kebenaran bagi penempatan semula mengikut jantina, jenis pekerjaan dan negara asal.

Transcript of MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan...

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.

HARI ISNIN, 23 MEI 2016, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 25

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1342-L74199

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membuat semakan semula terhadap hukuman terhadap individu yang melanggar Akta Kualiti Alam Sekitar.

2. PR-1342-L74131

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan tahunan pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Sejak ditubuhkan, berapakah tangkapan militan/pengganas yang telah berjaya ditumpaskan. Apakah perkembangan terkini empat mangsa yang diculik di Perairan Semporna pada 3 April 2016.

3. PR-1342-L74512

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kita dapati banyak persatuan-persatuan belia yang berdaftar mengeluh kerana kebanyakan mereka tidak dapat bantuan daripada Kementerian, justeru apakah langkah proaktif Kementerian untuk mengatasi perkara tersebut.

4. PR-1342-L74031

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan jenis-jenis bantuan dan program yang sedang dan akan dijalankan atau dalam perancangan bagi membantu pekerja, pengusaha, perniagaan dan sebagainya dalam memajukan sektor pelancongan di Sabah.

5. PR-1342-L73912

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status terkini Program Penggajian dan Penempatan Semula Pekerja Asing serta jumlah pekerja asing tanpa izin yang telah mendapat kebenaran bagi penempatan semula mengikut jantina, jenis pekerjaan dan negara asal.

2 AUM DR 23/5/2016

6. PR-1342-L73746 Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :- (a) apakah bentuk-bentuk galakan Kerajaan terhadap

pembeli-pembeli kenderaan supaya dapat menarik minat mereka untuk membeli kenderaan “energy efficient” atau EEV dan Hybrid memandangkan permintaan terhadap kenderaan mesra alam sekitar ini masih lagi tidak memberangsangkan; dan

(b) mengapakah kenderaan EEV dan Hybrid tidak mendapat

sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pembeli kereta. 7. PR-1342-L73678

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan perancangan strategik bagi menyediakan agenda Malaysia bagi melahirkan rakyat berkemahiran tinggi dan setakat mana Tabung Latihan Kemahiran memberi eksan bagi memastikan Malaysia sebuah negara maju berkemahiran tinggi dalam rantau ASEAN.

8. PR-1342-L74754

Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan lanjutan daripada ramainya pendeposit Tabung Haji yang terpaksa menunggu giliran selama 77 tahun untuk mengerjakan haji. Apakah usaha Kerajaan untuk menyelesaikan harapan para pendeposit yang meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Tabung Haji untuk menguruskan penunaian haji mereka sebelum umur meningkat tua.

9. PR-1342-L74501

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kementerian akan merombak semula pemberian bantuan kematian daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP kepada waris pencarum yang telah meninggal dunia kepada penjaga atau waris ahli KWSP.

10. PR-1342-L75054

Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan skala gaji terendah sehingga tertinggi mengikut jawatan bagi kakitangan polis, tentera dan bomba.

11. PR-1342-L75282

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian dalam meluaskan lagi liputan rangkaian telefon di kawasan luar bandar serta bilakah liputan rangkaian 4G dapat dilaksanakan secara menyeluruh yang mampu setanding dengan negara-negara maju.

12. PR-1342-L74162

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pembayaran kepada pihak swasta untuk perkhidmatan pembersihan (house-keeping) sekolah, pejabat dan institusi pendidikan bagi tahun 2014 dan 2015. Berapakah bilangan pekerja yang diupah oleh pihak kontraktor dalam membekal perkhidmatan ini.

AUM DR 23/5/2016 3

13. PR-1342-L74359 Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian mempertimbangkan untuk menukar kaedah bantuan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada bentuk tunai bagi mengelak gejala menebus baucer kepada tunai dan apakah Kerajaan mahu menimbangkan cadangan untuk melanjutkan tempoh BB1M yang sedia ada selaras dengan sesi kemasukan pelajar universiti.

14. PR-1342-L75174

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan penggubalan rang undang-undang supaya Kerajaan mengimplementasikan dasar “plain-packaging” untuk kotak-kotak rokok.

15. PR-1342-L74903

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah terdapat sebarang cadangan untuk memperkasakan lagi SMA-MAIWP Labuan sebagai memenuhi permintaan masyarakat setempat untuk membantu anak-anak golongan asnaf dan berpendapatan rendah dan apakah kriteria yang dikenakan dari segi pengambilan pelajar luar daripada Wilayah Persekutuan.

16. PR-1342-L74865

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Majlis Tanah Negara dan Majlis Hutan Negara yang kedua-duanya dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri masih wujud dan berfungsi atau sebaliknya. Jika masih wujud dan berfungsi, nyatakan kekerapan mesyuarat dari awal 2014 hingga kini dan nyatakan keputusan-keputusan yang signifikan yang telah diputuskan oleh setiap Majlis ini.

17. PR-1342-L74553

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan bagaimana usaha Kementerian untuk memastikan kemasukan pelajar antarabangsa yang berkualiti ke IPT bagi mencapai tahap pendidikan tinggi negara terunggul di dunia memandangkan jika tidak terkawal dengan baik akan menyumbangkan kepada masalah gejala sosial.

18. PR-1342-L75278

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan maklumat terperinci usaha dan tindakan terkini Kementerian dalam menghadapi jerebu, dan apakah Kerajaan bersedia untuk memberikan topeng N95 kepada rakyat yang memerlukan secara percuma apabila bacaan IPU mencecah 100.

19. PR-1342-L73770

Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan pendirian Kementerian berkaitan isu penggunaan aditif dalam ternakan haiwan untuk dipasarkan dan apakah bentuk kerjasama Kementerian dengan agensi penyelidikan bagi membangunkan teknologi bagi mengekalkan kualiti daging tanpa penggunaan antibiotik.

4 AUM DR 23/5/2016

20. PR-1342-L74573 Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk menimbang semula kadar GST memandangkan peningkatan kos berterusan dan kuasa beli rakyat semakin berkurangan dalam keadaan pendapatan rakyat masih berada di takuk yang sama.

21. PR-1342-L73737

Datuk Dr. Ewon Ebin [ Ranau ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan pelan tindakan yang telah dirangka oleh pihak Kementerian untuk menurunkan harga barangan keperluan harian di negeri Sabah yang dikatakan terlalu tinggi walau pun pelbagai jenis dana disediakan dalam bajet-bajet negara sebelum ini.

22. PR-1342-L73926

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan masih berhasrat untuk membina insinerator bagi pelupusan sisa bandaran walaupun amalan kitar semula diwajibkan.

23. PR-1342-L74050

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan Feed in tariff diperkenalkan 2011 bertujuan menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu seperti solar. Berapakah dana yang berjaya dikumpulkan, berapa rumah yang telah diberikan kuota untuk feed in tariff dan berapakah jumlah syarikat tempatan yang berjaya dilahirkan menggunakan teknologi tempatan terutamanya solar.

24. PR-1342-L74795

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan bagi membantu golongan petani yang begitu terkesan akibat fenomena El-Nino yang telah menjejaskan pengeluaran produk pertanian.

25. PR-1342-L73999

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada betul laporan bahawa Kerajaan mempunyai perancangan untuk menempatkan satu pasukan Platun Gerakan Am di Keningau yang merupakan Pusat Pentadbiran Pedalaman.

26. PR-1342-L74067

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status terkini perbelanjaan aset dan peralatan seperti radar, sistem Sea Basing yang telah diperuntukkan dalam belanjawan Bajet 2015 kepada ESSCOM sebanyak RM660 Juta.

AUM DR 23/5/2016 5

27. PR-1342-L74485 Datuk Joseph Salang anak Gandum [ Julau ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian merancang untuk membekalkan sistem pemadam api dan mengajar penduduk di pedalaman cara mencegah kebakaran kediaman mereka.

28. PR-1342-L74674

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) jumlah rumah kos rendah dan sederhana yang telah dan akan

dibina sejak tahun 2008 - 2016 berdasarkan negeri; dan (b) bagaimanakah Kementerian membantu rakyat untuk mendapat

pinjaman dengan lebih mudah untuk memiliki rumah. 29. PR-1342-L75370

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :- (a) berapakah jumlah kenderaan yang telah diberikan AP pada tahun

2015 dan tahun ini dan berapakah syarikat yang terlibat; dan (b) adakah Kementerian akan memberi kelonggaran kepada rakyat

untuk mendapatkan AP sendirian. 30. PR-1342-L74560

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional di sebalik pengenalan duit syiling baru, serta mengapa syiling 5 sen dan 10 sen adalah hampir sama saiz.

31. PR-1342-L74966

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pengundi baru yang didaftar pada tahun 2014 dan 2015 masing-masing.

32. PR-1342-L75344

Dato' Sri Hasan bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi menghadapi keadaan cuaca panas yang melampau pada masa kini, dengan penyusutan pasar air di empangan-empangan utama negara serta banyak sungai yang kering atau mengalami penyusutan yang amat kritikal, apakah usaha yang diambil untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi kegunaan domestik dan industri.

33. PR-1342-L73968

Dato' Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk memperbanyakkan pusat internet 1Malaysia di kawasan luar bandar bagi menggantikan Kampung Tanpa Wayar yang nampaknya mahu dihentikan oleh Kementerian.

6 AUM DR 23/5/2016

34. PR-1342-L74223 Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan unjuran tahunan penawaran dan keperluan hartanah mengikut nilai, unit dan negeri antara 2016 hingga 2025 serta perincian maklumat mengikut segmen kediaman, komersial dan industri.

35. PR-1342-L74819

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan memandangkan banyak persengketaan tuntutan kawasan di Laut China Selatan, apakah perancangan Kerajaan untuk menambah kekuatan ketenteraan negara keseluruhannya dan apakah peratusan komposisi mengikut bangsa Melayu, Cina dan India dalam angkatan tentera Malaysia hari ini.

36. PR-1342-L75332

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk menaiktaraf penjawat awam yang bergred 11 ke bawah.

37. PR-1342-L74489

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian untuk mengelakkan kejadian penjualan sejenis dadah baharu, "kopi" yang dipercayai sudah dipasarkan ke negeri-negeri lain.

38. PR-1342-L73952

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian berhubung penipuan atau 'scam' rawatan perubatan yang dilakukan oleh perubatan alternatif terhadap pesakit.

39. PR-1342-L74855

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Pusat sedia untuk memberi balik hak Kerajaan Sabah untuk mendaftar dan mengeluarkan Kad-Pengenalan Sabah dan Sijil Lahir kepada warga Sabah.

40. PR-1342-L74534

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan 1MDB yang telah gagal untuk membayar wang isu bon yang berjumlah USD1.75 bilion. Apakah implikasi dan pendedahan risiko kedudukan kewangan negara kita akibat kegagalan 1MDB untuk membayar balik wang isu bon tersebut.

41. PR-1342-L75135

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan secara terperinci berapakah jumlah kos pembelian dan kos kontrak penyelenggaraan 2 kapal selam yang dibeli dari negara Perancis dan apakah sumbangan kedua-dua kapal selam tersebut dalam menjaga keselamatan negara setakat ini.

AUM DR 23/5/2016 7

42. PR-1342-L73992 Datuk Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa syarikat-syarikat penerbangan dikenakan bayaran dan yuran yang sangat tinggi iaitu sehingga sepuluh kali lebih tinggi daripada sebelum itu oleh Jabatan Penerbangan Awam berkuatkuasa pada 15 April 2016.

43. PR-1342-L75175

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah wang yang telah dipinjam dari EPF dan SOCSO oleh 1MDB. Apakah terma pembayaran semula dan berapakah jumlah wang yang telah dibayar balik.

44. PR-1342-L73843

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan bantuan teksi atau pengangkutan percuma untuk ibu bersalin di seluruh negara terutama untuk golongan yang berpendapatan rendah.

45. PR-1342-L74180

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mekanisme yang digunakan bagi penguatkuasaan dan pemantauan terhadap tadika-tadika swasta berkenaan dengan sukatan dan kaedah pembelajaran serta kelayakan tenaga pengajar yang digunakan bagi memastikan pendidikan awal kanak-kanak terjamin.

46. PR-1342-L73797

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana kemajuan mengenai cabaran melaksanakan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) untuk menangani kes-kes kemalangan jalan raya.

47. PR-1342-L73951

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah terkini premis makanan yang telah ditarik balik lesen halal sehingga kini.

48. PR-1342-L74459

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status naik taraf kawasan R&R (PLUS) dari segi jumlah kawasan yang telah dan yang belum diselenggara.

49. PR-1342-L75434

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dan menjelaskan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan penyelenggaraan rumah pangsa adalah tanggungjawab pusat atau Kerajaan Negeri. Sekiranya di bawah Pusat, senaraikan projek-projek berkaitan, lokasi serta kos berkaitan sejak 2008. Kenapa Pulau Pinang menerima bilangan unit PPR terendah iaitu hanya 999 unit (kurang 0.98%) berbanding 102,118 unit daripada jumlah keseluruhan seluruh negara.

8 AUM DR 23/5/2016

50. PR-1342-L75241 Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) sama ada beliau berpuas hati 100% dengan laporan 1MDB oleh

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan sama ada beliau bersedia untuk mengelaskan semula sebagai bukan rahsia Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang dibentangkan kepada PAC sebagai dokumen rahsia mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972; dan

(b) sama ada beliau sekarang bersedia menjawab secara peribadi

semua soalan berhubung 1MDB di dalam satu sesi khas di Parlimen dan sama ada beliau sekarang bersedia berdepan media Malaysia dan antarabangsa di dalam suatu sidang soal jawab khas untuk menjawab segala pertanyaan dan keraguan berhubung 1MDB berdasarkan penemuan oleh PAC dan Ketua Audit Negara.

51. PR-1342-L74163

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapa Kementerian Pendidikan (KPM) masih belum membayar gaji bekas pekerja Time Medi Enterprise dari bulan Jun 2015 hingga Disember 2015 memandangkan Time Medi telah ditamatkan kontrak pada Mei 2015.

52. PR-1342-L73809

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) berapa ramaikah jumlah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)

yang bersara setiap tahun; dan (b) berapa banyakkah Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di negara ini

serta jumlah pelatih yang dikeluarkan setiap tahun dan langkah-langkah yang diambil bagi mengisi kekosongan hasil daripada persaraan anggota serta perjawatan baru.

53. PR-1342-L74725

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berkenaan sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tahfiz swasta yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat dan usaha-usaha yang dilaksanakan bagi membantu perkembangannya.

54. PR-1342-L73750

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan rancangan Kementerian bagi mewujudkan jajaran Lebuh Raya Pantai Barat hingga ke Johor yang boleh mencetuskan pembangunan infrastruktur yang akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi kepada negeri-negeri tersebut.

AUM DR 23/5/2016 9

55. PR-1342-L74525 Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berikutan nilai saham Felda Global Venture (FGV) semakin hari semakin merosot, bolehkah Kerajaan dapat menjamin supaya nilai saham-saham yang dimaksudkan boleh menunjukkan prestasi yang membanggakan dan apakah penyebab utama kemerosotan nilai saham tersebut.

56. PR-1342-L73976

Dato' Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh manakah Program Friends of KPDNKK telah berjaya membantu peranan Kementerian melalui program Friends of KPDNKK, apakah kejayaan yang significant yang boleh dikongsikan sejak ia mula diperkenalkan sehingga kini.

57. PR-1342-L73780

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perancangan Kementerian dalam pembinaan upaya di dalam memelihara dan memulihara biodiversiti di Malaysia khususnya dalam memenuhi komitmen Kementerian dalam COP21 ke atas isu pemanasan global.

58. PR-1342-L74637

Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak ditubuhkan apakah kejayaan yang dicapai oleh Pasukan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara dan sejauh manakah pasukan ini berkesan dalam usaha membanteras ketirisan dan penyelewengan wang Kerajaan.

59. PR-1342-L74177

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah pihak Kementerian bercadang untuk menaik taraf prasarana dan kelengkapan Klinik Kesihatan Pasir Gudang berikutan keadaan sedia ada klinik yang tidak kondusif bagi menyediakan rawatan untuk lebih 800 orang pesakit setiap hari.

60. PR-1342-L74766

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan memberi jaminan bahawa Kerajaan tidak akan memberi suntikan dana kepada 1MDB sebagai “bailout” negara bersabit kejadian ingkar bayar (default) berpunca daripada tidak membayar faedah US$50.3 juta ke atas Nota Langat lalu telah mencetuskan ingkar bayar silang (cross default) ke atas Sukuk 1MDB bernilai RM5 bilion dan Sukuk BMSB bernilai RM2.4 bilion.

61. PR-1342-L74629

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh Kementerian bagi memastikan hasrat mengurangkan Air Tak Berhasil (Non-revenue Water) daripada kadar sekarang kepada 25% menjelang tahun 2020 tercapai.

10 AUM DR 23/5/2016

62. PR-1342-L74013 Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah inisiatif untuk mewujudkan „one stop centre‟ bagi semua geran dan dana serta „one stop centre‟ bagi semua jenis bantuan / subsidi untuk memudahkan golongan sasar memohon dan mendapatkannya.

63. PR-1342-L74622

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) bagaimana proses rasionalisasi dilaksanakan dan kenapa pula

kegagalan terus berlaku dalam urus tadbir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga dilaporkan menanggung hutang mencecah RM50 bilion ; dan

(b) dengan berpandukan kepada Laporan Jawatankuasa Kira-kira

Wang Negara, apakah tindakan yang sedang dan akan diambil terhadap mereka yang bertanggung jawab yang mengakibatkan kehancuran ini.

64. PR-1342-L74986

Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah untuk menaiktaraf pembangunan fizikal Muzium Dungun dan koleksi bahan-bahan yang berkaitan serta langkah-langkah yang telah diambil untuk menjadikan Muzium Dungun sebagai satu destinasi pelancongan.

65. PR-1342-L75193

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapa ramai pekebun kecil yang mendapat manfaat daripada "Skim Tanaman Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK)" di Sarawak setakat ini. Skim ini akan berterusan sehingga tahun berapa.

66. PR-1342-L75418

Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan cadangan menawarkan bakal pesara tentera yang berkelayakan mengambil Diploma Kaunseling seterusnya menjawatkan mereka di sekolah-sekolah bagi mengatasi masalah disiplin pelajar sejurus bersara.

67. PR-1342-L74430 Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan mengatasi bahaya reptilia yang mengancam nyawa pelajar di persekitaran premis persekolahan.

AUM DR 23/5/2016 11

68. PR-1342-L74231 Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan kriteria spesifik mewajarkan mana-mana individu terutama rakyat Malaysia dilarang menjadi panelis undangan di institusi pengajian tinggi serta bekerja dengan atau membida projek jabatan/agensi Kerajaan dan GLC di samping senarai lengkap mereka yang telah di senarai hitamkan.

69. PR-1342-L75108

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan hasil kaji selidik Tahap Kefahaman GST di kalangan pengguna di dalam negara.

70. PR-1342-L74704

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah penyelesaian terhadap 50 unit kuarters guru Jalan Matang Taiping yang telah siap hampir 10 tahun tetapi tidak diguna sehingga sekarang dan mengapa ia tidak disewakan kepada siapa yang berminat.

71. PR-1342-L75363

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah pendekatan yang diambil Kementerian untuk memperluaskan tanaman nanas jenis MD2 ke seluruh negara untuk pasaran luar negara serta berapakah jumlah eksport nanas yang direkodkan mengikut negara iaitu China, Jepun dan Korea.

72. PR-1342-L73915

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan dengan kekayaan flora, fauna dan kesan peninggalan sejarah di daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak :- (a) adakah Kementerian bercadang menubuhkan Lembaga

Pelancongan melibatkan Parlimen iaitu Sungai Siput, Kuala Kangsar, Padang Rengas, Lenggong serta Gerik bagi memperkasa bidang pelancongan di kedua-dua daerah ini; dan

(b) sekiranya ditubuhkan Lembaga Pelancongan kedua-dua daerah

ini, apakah usaha yang dijalankan oleh pihak Kementerian. 73. PR-1342-L74103

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapa gagal pihak Malaysia mengekstradisi anggota Abu Sayyaf yang telah ditahan oleh pihak Filipina. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut.

74. PR-1342-L75138

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status usaha pemulihan perniagaan Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS dan bilakah ia dijangka akan dapat memperlihatkan kejayaannya.

12 AUM DR 23/5/2016

75. PR-1342-L74401 Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada perletakan jawatan Christoph Mueller sebagai CEO Malaysian Airline Bhd. telah dilakukan atas permintaan pihak berkuasa ataupun secara sukarela. Berapakah jumlah pampasan yang telah dibayar kepada Christoph Mueller untuk perletakan jawatan awalnya.

76. PR-1342-L74259

Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berikutan adanya pentadbir sekolah mewajibkan guru sekolah untuk menggunakan WhatsApp group dalam berurusan antara guru sekolah, pelajar dan ibu bapanya, justeru perkara ini sebenarnya boleh mengugat privasi guru sekolah, nyatakan langkah dan pendirian Kementerian.

77. PR-1342-L74765

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian akan melaksanakan pembaharuan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada 17 Mac di Parlimen termasuk memasukkan hak perumahan ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

78. PR-1342-L74642

Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejak Program 6P dijalankan berapa ramai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) didaftarkan dan berapa ramai majikan yang didakwa kerana melindungi PATI.

79. PR-1342-L73709

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sejauh manakah Kerajaan bercadang untuk menggunakan alat terkini dalam pembinaan iaitu Building Information Modeling (BIM) di Malaysia termasuk pembinaan empat hospital awam dan nyatakan sejauh manakah BIM ini dapat menambah baik kecekapan kos dan perlaksanaan projek pembinaan.

80. PR-1342-L75217

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah OKU yang berdaftar dengan JKM (mengikut kategori umur) dan berapa peratus dari OKU yang telah berkeluarga memiliki rumah sendiri, dan apakah insentif atau bantuan yang diberikan oleh Kementerian kepada golongan ini untuk mereka membeli dan memiliki rumah sendiri.

81. PR-1342-L74151

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sejauh manakah Suruhanjaya Pengurusan Air Nasional (SPAN) mampu melaksanakan Pelan Pengurusan Air yang lebih sistematik dan berkesan bagi memastikan bekalan air bersih sentiasa cukup dibekalkan kepada rakyat Malaysia.

AUM DR 23/5/2016 13

82. PR-1342-L75033 Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Limbang akan membina bangunan baru sendiri dan bukannya menyewa bangunan komersial seperti sekarang.

83. PR-1342-L75210

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara spesifik ciri-ciri kesalahan yang boleh tertakluk di bawah 'Not To Land (NTL)' agar ia tidak terus disalahgunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu seperti yang diamalkan Kerajaan Negeri Sarawak.

84. PR-1342-L75238

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) sama ada beliau membaca dokumen-dokumen 1MDB yang

memerlukan tandatangan beliau untuk kelulusan dan sama ada beliau memahami kandungan dokumen 1MDB sebelum menurunkan tanda tangan beliau ; dan

(b) sama ada beliau telah diperdaya oleh Pegawai Eksekutif 1MDB

dan pegawai-pegawai beliau untuk menandatangani dokumen yang membenarkan pemindahan berbilion ringgit.

85. PR-1342-L74922

Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah banduan mengikut penjara di negara kita. Perincikan jenis makanan yang diberikan serta perbelanjaan purata untuk makanan bagi seorang banduan setiap hari.

86. PR-1342-L74074

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah keberkesanan Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011- 2020 dalam mengiatkan penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi bernilai tinggi.

87. PR-1342-L74480

Dato' Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah bidang yang kurang mendapat permintaan industri yang ditawarkan di institut pengajian tinggi dan apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan para graduan kompetitif untuk bersaing dalam memenuhi kehendak pasaran.

88. PR-1342-L74244

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kes melibatkan pengikut al-Dawla al-Islamiya al-Iraq al-Sham (DAESH) telah didakwa di mahkamah di negara ini dan berapa ramaikah yang telah disabitkan.

14 AUM DR 23/5/2016

89. PR-1342-L74036 Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan senarai nama projek, kos projek, nama syarikat kontraktor, status terkini, tarikh projek mula dan siap bagi projek pembinaan dan naik taraf jalan raya di seluruh Sabah.

90. PR-1342-L74463

Dato' Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan secara terperinci statistik jumlah warga asing yang menjalankan perniagaan kecil yang didaftarkan dari tahun 2014 hingga 2016 dan apakah tindakan bagi mengatasi lambakan perniagaan warga asing ini terutamanya Indonesia dan Myanmar.

91. PR-1342-L75330

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program yang diwujudkan bagi memastikan golongan sasaran mampu keluar daripada kepompong kemiskinan dan sejauh manakah keberkesanan program tersebut.

92. PR-1342-L75412

Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan untuk menaikkan Gred Pegawai Pendidikan Daerah Manjung ke Gred 54 memandangkan terdapat Pengetua Sekolah di dalam sesebuah daerah itu menyandang Gred 54. Ini akan memudahkan urus tadbir sekolah-sekolah di sesebuah daerah.

93. PR-1342-L75078

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan lokasi lokap di seluruh negara yang telah dilengkapi sistem Teknologi Pelaporan Analisis Pemantauan Sendiri (SMART) serta kos yang telah digunakan. Mengapa kes serangan seksual masih berlaku di Pusat Tahanan Berpusat Jinjang pada April lalu.

94. PR-1342-L74241

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah kriteria yang digunakan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi pengeluaran Sijil Operator Udara kepada sesebuah syarikat penerbangan.

95. PR-1342-L74950

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tentang kawalan dan penguatkuasaan Kementerian terhadap penjualan ubat-ubatan melalui internet:- (a) sehingga hari ini berapa aduan telah diterima oleh pihak

Kementerian dan nyatakan tindakan yang telah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab ; dan

(b) nyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak yang

menjalankan kegiatan ini.

AUM DR 23/5/2016 15

96. PR-1342-L73835

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan undang-undang yang spesifik untuk memberi definisi kepada perkauman (racism) dan juga untuk mengharamkan masalah perkauman yang kini semakin berleluasa.

97. PR-1342-L75196

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil-hasil penting sidang kemuncak Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) di Istanbul.

98. PR-1342-L74381

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kelemahan proses membuat keputusan yang menyebabkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan Lesen Penerbangan Udara (ASL) dan Sijil Operator Udara (AOC) kepada Rayani Air pada permulaannya.

99. PR-1342-L74310

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah proaktif yang telah diambil bagi mengurangkan kebergantungan import makanan daripada negara luar, dan cukupkah bekalan makanan, ekoran keadaan cuaca negara ketika ini.

100. PR-1342-L75306

Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang meningkatkan kemudahan sukan di daerah-daerah yang begitu daif sekarang. Apakah sukan yang diutamakan oleh Kementerian untuk mengasah bakat belia-belia luar bandar.

101. PR-1342-L73793

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa banyak pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sudah mengambil langkah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan masing-masing bagi memantau kegiatan jenayah dan seumpamanya.

102. PR-1342-L73655

Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :- (a) pada tahun 2016, berapakah jumlah kelulusan rumah PPRT di

Parlimen Sepanggar dan apa status permohonan 100 buah rumah PPRT yang dikemukakan sejak tahun 2014 lagi di kawasan Sepanggar; dan

16 AUM DR 23/5/2016

(b) apakah reaksi Kementerian ke atas cadangan menaikkan harga pembinaan rumah PPRT daripada RM50,000 kepada RM80,000 setiap buah dan menambah saiz rumah kepada 3 buah bilik.

103. PR-1342-L74454

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menyemak semula Enakmen Keluarga Islam bagi meningkatkan usia minimum pasangan Islam.

104. PR-1342-L74012

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai database pelajar-pelajar cemerlang dalam akademik yang datang daripada latar belakang keluarga miskin supaya mereka ini dapat diberi keutamaan untuk mendapat biasiswa dan adakah Kementerian bercadang untuk memberi keutamaan kepada pelajar miskin yang cemerlang ini untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM dan kepada mereka yang mampu, perlu membiayai sendiri untuk memasuki sekolah ini sepertimana yang dilakukan oleh Kolej Yayasan Saad.

105. PR-1342-L74272

Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah bentuk kerjasama ketenteraan antara pihak Angkatan Tentera Malaysia dengan tentera Filipina bagi menyelesaikan dan membendung kes-kes penculikan membabitkan pengganas-pengganas rakyat Filipina yang masih berlaku ketika ini.

106. PR-1342-L74818

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan implikasi kenyataan dari I.P.I.C (International Petroleum Investment Company) Abu Dhabi yang mereka tidak bertanggung jawab membayar hutang 1MDB kerana tidak menepati perjanjian asal.

107. PR-1342-L73841

Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah ada perancangan Kementerian bagi mewujudkan satu lagi acara antarabangsa contohnya seperti pameran LIMA di Langkawi agar lebih ramai lagi pelancong akan mengunjungi Langkawi.

108. PR-1342-L74701

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bercadang untuk membuka kelas pengajian turath yang sistematik di setiap negeri sebagai usaha untuk melahirkan ulama yang mampu meneroka sumber asal ilmu dan sijilnya pula diiktiraf oleh pihak Kerajaan.

109. PR-1342-L75290

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Perdana Menteri telah memberikan kelulusan bertulis di bawah klausa 117 untuk membenarkan 1MDB secara langsung, atau tidak langsung untuk membayar sebanyak US$3.5 bilion kepada Aabar Investment PJS Limited.

AUM DR 23/5/2016 17

110. PR-1342-L75448 Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :- (a) tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah nombor telefon bimbit yang diceroboh (hacked and/or spoofed) oleh seseorang untuk menghantar mesej (sms) kepada orang ramai ; dan (b) langkah Kerajaan akan memastikan prinsip-prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dipatuhi.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

111. PR-1342-L75449 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) bilakah kontrak pembekalan senjata api diberikan kepada Nilai Arms and Ammunitions milik Juwiza Khalid bermula ;dan (b) adakah senjata api yang dibekalkan oleh syarikat tersebut dijual kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Angkatan

Tentera Malaysia (ATM).

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

112. PR-1342-L75450 Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana peruntukan wang di kawasan Parlimen Stampin (P196) digunakan sejak PRU13. Senaraikan secara terperinci setiap projek serta garis panduan dan peraturan semasa yang ditetapkan.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

113. PR-1342-L75451 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peruntukan Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti pada tahun 2016:- (a) pecahan mengikut setiap negeri, program Mybas, nama dan bilangan syarikat bas henti-henti ; dan (b) mengapa peruntukan kepada Johor diberhentikan.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

114. PR-1342-L75452 Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-11 dan kos mesyuarat kabinet persekutuan di Petrajaya awal bulan ini termasuk kos pengangkutan (udara, air dan darat).

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

18 AUM DR 23/5/2016

115. PR-1342-L75453 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci mengenai perancangan penutupan 1MDB terutamanya daripada segi pemindahan aset, bebanan hutang dan lain-lain. Serta isu menangani posibiliti 1MDB gagal untuk membayar hutang sedia ada yang boleh menjejaskan Kerajaan dan 1MDB kerana "cross default" bagi hutang sedia ada yang lain juga boleh menejejaskan kondisi ekonomi terutama mata wang negara.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

116. PR-1342-L75454 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) secara terperinci Prosedur Operasi Standard (SOP) yang

digunapakai oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) daripada terputusnya hubungan dengan menara kawalan udara (ATC) sehingga amaran mencari dan menyelamat dikeluarkan; dan

(b) mengapa wujudnya kelewatan selama 3 jam untuk mencari

dan menyelamat Helikopter AS350, di mana helikopter tersebut terputus hubungan dengan menara kawalan udara (ATC) pada jam 4.28 petang dan amaran mencari dan menyelamat hanya dikeluarkan pada jam 7.26 petang. Adakah ini mengikut SOP yang sedia ada.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

117. PR-1342-L75455 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) punca–punca yang menyebabkan berlakunya insiden

pelanggaran di antara Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dengan Kereta Api Ekspres Rakyat di Stesen Komuter Batang Kali, di kilometer 322 pada 7 Mei 2016 yang mengakibatkan 3 penumpang mengalami kecederaan; dan

(b) apakah langkah–langkah keselamatan yang akan diambil

oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengelakkan situasi seperti ini daripada berulang. Adakah langkah–langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan ini setimpal dengan peningkatan kos pengangkutan di Malaysia.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

118. PR-1342-L75456 Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan atas apa undang-undang dan prosedur menghantar 32 suspek kes penipuan telefon berwarga Taiwan dihantar ke China, manakala 20 suspek dihantar ke Taiwan, mengapa semua tidak dihantar ke Taiwan.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

AUM DR 23/5/2016 19

119. PR-1342-L75457

Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa dalam PRN Sarawak pada 28 Mei 2016, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kehadiran pengundi (voter turnout) 52% pada 4 petang dan tidak umum apa-apa jumlah secepat mungkin selepas pengundian ditutup pada jam 5 petang dan hanya beberapa jam selepas tiba-tiba mengumumkan jumlah pengundi yang membuang undi sebagai 70%.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

120. PR-1342-L75458 Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) perkembangan terkini mengenai kerja-kerja persiapan untu

mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate/UEC) ; dan

(b) adakah UEC akan diiktiraf tidak lama lagi seperti yang

dikatakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan YB. Chong Sin Woon pada 8 Mei 2016.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ] 121. PR-1342-L75459 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan :- (a) apakah prosedur operasi piawai (S.O.P.) penghantaran

pulang suspek warga asing yang terlibat dengan sindiket penipuan melalui telefon yang ditangkap di Malaysia; dan

(b) apakah asas dan sebab pihak Kementerian menghantar

pulang 32 suspek warga Taiwan ke China pada 29 April 2016.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

122. PR-1342-L75460 Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERImenyatakan butiran projek-projek dan jumlah peruntukan bagi setiap pengumuman oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan setiap anggota Kabinet Kerajaan Persekutuan semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke-11.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

123. PR-1342-L73984 Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah dan program yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi mencungkil bakat-bakat sukan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

20 AUM DR 23/5/2016

124. PR-1342-L75144 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah konkrit yang bakal dilakukan untuk meningkatkan kebajikan dan emolumen anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

125. PR-1342-L75022

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status terkini dan perancangan untuk menaik taraf dan membangunkan Terminal Swettenham Pier di Georgetown sebagai hub utama “cruise tourism” di Malaysia.

126. PR-1342-L75426

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apa yang berlaku kepada tanah Tabung Haji yang dibeli dari 1MDB, adakah ia telah dijual dan siapa pembelinya.

127. PR-1342-L74349

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan yang telah diambil ke atas Datuk Shahrol Helmi, mantan CEO IMDB setelah PAC mendapati beliau bertanggunjawab atas penyelewengan dan kecelaruan dalam akaun dan urus tadbir 1MDB.

128. PR-1342-L73686

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan rasional penubuhan Kementerian bagi mewujudkan unit bergerak yang akan bergerak dari pasar ke pasar di seluruh negara untuk memantau dan memeriksa harga barangan.

129. PR-1342-L74057

Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keadaan semasa dan statistik kes demam denggi untuk tempoh masa tiga tahun yang lalu serta langkah-langkah yang diambil bagi membanteras nyamuk aedes.

130. PR-1342-L74801

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah „standard of procedure‟ yang perlu dipatuhi oleh pengusaha makanan di kantin sekolah dan asrama memandangkan berlakunya peningkatan kes keracunan makanan dalam kalangan pelajar.

131. PR-1342-L74471

Tuan N. Surendran [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditahan di Penjara Sungai Buloh akan dibenarkan akses kepada buku, printer, kertas, journal undang-undang, komputer, internet dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan memandangkan beliau mewakili diri dalam beberapa kes-kes mahkamah dan perlu membuat persiapan bagi tujuan tersebut.

AUM DR 23/5/2016 21

132. PR-1342-L73829 Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengenai Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan dan apakah perancangan dan usahasama yang boleh dijalankan bagi menambah baik kawasan perbandaran Kota Samarahan.

133. PR-1342-L74020

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah penerima bantuan Program Bantuan Pembeli Rumah PR1MA yang melalui tiga komponen utamanya iaitu, “pinjaman akhir”, “menyewa untuk memiliki” (RTO) dan “PR1MA Care” serta berapakah jumlah penerima yang akan menerima bantuan ini untuk tahun ini dan keberkesanan program ini kepada golongan belia.

134. PR-1342-L73886

Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah Kerajaan mempunyai alternatif dan peruntukan bagi mendapatkan sumber air bersih seperti sumber air bawah tanah dan sumber air laut bagi mengatasi kekurangan sumber air yang semakin kritikal sejak kebelakangan ini. ini adalah kerana mengikut kajian paras air di setiap empangan akan menghadapi kekurangan yang berterusan disebabkan musim kemarau yang semakin kerap dan panjang.

135. PR-1342-L75257

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Low Taek Jho (atau Jho Low) tidak dipanggil untuk memberi keterangan di prosiding PAC mengenai 1MDB walaupun beliau diakui sebagai penasihat kepada 1MDB dalam laporan PAC.

136. PR-1342-L74006

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) jumlah kos membina MRT 1 dan MRT 2; dan (b) kos sekilometer berbanding dengan kos projek yang sama di

Singapura, Indonesia, India, China dan Brazil dan tahap kemampanan (sustainability) projek ini.

137. PR-1342-L73649 Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan perkembangan terkini rancangan WiFi komuniti dan sejauh manakah penglibatan Syarikat Telekomunikasi bagi menjayakan program ke kawasan luar bandar melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).

138. PR-1342-L75110

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada pihak Kementerian mempunyai dasar dan insentif menggalakkan rakyat menjana tenaga elektrik sendiri atau mencari sumber tenaga elektrik sendiri, supaya mengurangkan kebergantungan mereka terhadap Tenaga Nasional Berhad.

22 AUM DR 23/5/2016

139. PR-1342-L73781

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah anggaran peratus penurunan jumlah eksport beras negara akibat fenomena el nino dan apakah status skim insurans pertanian yang dijanjikan bagi membantu para petani yang terjejas.

140. PR-1342-L75160

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan secara terperinci langkah terkini yang telah diambil oleh Kerajaan dalam kemungkinan wujudnya ketegangan yang bakal wujud di sekitar perairan Laut China Selatan sekitar perairan pantai Sarawak dengan negara China.

141. PR-1342-L73648

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pemohonan yang berjaya ditawarkan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) bagi merealisasikan harsat mereka yang mahu memiliki rumah pertama.

142. PR-1342-L74053

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan negara Malaysia yang maju pada 2020 mestilah mempunyai ramai saintis yang cemerlang. Apakah pencapaian semasa di sekolah dari segi nisbah pelajar sains dan sastera, bilangan guru dan kemahiran guru sains dan teknologi dan apakah persediaan serta tindakan yang diambil dari segi infrastruktur, pengajaran dan pembelajaran.

143. PR-1342-L74382

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada terdapat kemungkinan untuk menaikkan pencen bagi para bekas anggota tentera, seperti yang digesa oleh Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (PAHLAWAN).

144. PR-1342-L75240

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) apakah peranan Lembaga Penasihat 1MDB dan sama ada

Perdana Menteri dan panel penasihat lain pernah dirujuk untuk nasihat mereka dalam merangka strategi pembiayaan, pembelian dan penjualan aset ; dan

(b) sama ada Perdana Menteri dan panel penasihat lain telah

diberikan taklimat sepenuhnya mengenai urusan-urusan berbilion dolar 1MDB.

145. PR-1342-L74092

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perkembangan perlaksanaan Akta Kebajikan Haiwan setakat ini. Berapa ramaikah Pegawai Kebajikan Haiwan yang telah dilantik.

AUM DR 23/5/2016 23

146. PR-1342-L74418 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bahawa memandangkan terdapat kecenderungan ke arah perkauman dikalangan rakyat Malaysia masa kini, sejauh manakah Kerajaan telah mengusahakan supaya diwujudkan suatu Akta Jenayah Kebencian Kaum dan Agama dan suatu Akta Keharmonian dan Pemuafakatan Nasional untuk menyekat ucapan dan aktiviti berbaur kebencian kaum/agama dan diskriminasi seperti yang dicadangkan oleh SUHAKAM.

147. PR-1342-L75246

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapa pihak Kementerian meneruskan kontrak YTL dalam 1BestariNet sedangkan Laporan Audit Negara 2014 melaporkan kegagalan YTL dalam fasa pertama 1BestariNet yang merugikan RM4.1 bilion.

148. PR-1342-L74747

Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia membuat kajian semula terhadap polisi moniteri negara supaya wang dikawal sepenuhnya oleh negara dengan menyekat pengembangan wang melalui pemberian pinjaman/pembiayaan melalui sistem perbankan.

149. PR-1342-L74443

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sekiranya pihak Kementerian ada cadangan untuk: (a) membina jalan dari Nanga Mujong ke Nanga Gaat; dan (b) membaiki jalan yang telah rosak di kawasan Murum.

150. PR-1342-L73704

Datuk Dr. Ewon Ebin [ Ranau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kementerian

susulan daripada pendedahan YAB Timbalan Perdana Menteri bahawa pengganas Sulu telah melantik "Panglima" di setiap kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri Sabah) bagi membentuk semula kesultanan Sulu di negeri Sabah; dan

(b) pelan jangka panjang Kerajaan bagi menghapuskan ancaman ini.

151. PR-1342-L73838

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan mempertimbangkan untuk menggubal perundangan untuk mengharamkan perkahwinan kanak-kanak (child marriage). Sekiranya ya, bilakah ia akan digubal dan sekiranya tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

24 AUM DR 23/5/2016

152. PR-1342-L73908 Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kejayaan Cemerlang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam penyelidikan Perkayuan dan Perhutanan yang mengharumkan nama Malaysia.

153. PR-1342-L74412

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan persepsi ibu bapa dan masyarakat pada hari ini yang enggan mengambil program vaksin atau suntikan imunisasi seperti yang disyorkan oleh Kementerian untuk anak-anak serta kesan daripada tindakan mereka terhadap masa depan anak-anak yang tidak mengambil suntikan tersebut.

154. PR-1342-L75385

Datuk Seri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan telah memuktamadkan pembatalan pembinaan Lebuh Raya KIDEX dan sekiranya telah dibatalkan, berapakah jumlah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan.

155. PR-1342-L74893 Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan ke Negeri Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) pada tahun 2015, serta senarai projek yang telah dibuat.

156. PR-1342-L74697

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI KEWANGAN SUKAN menyatakan jumlah golongan belia dan hutang yang ditanggung golongan ini sejak 2008 hingga sekarang.

AUM DR 23/5/2016 25

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar * Rang Undang-Undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2016

2. Menteri Pengangkutan

* Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2016

3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri

* Rang Undang-Undang Pertahanan Awam (Pindaan) 2016

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

26 AUM DR 23/5/2016

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R.1/2016) Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016 – Menyambung semula perbahasan atas masalah, “ Bahawa Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang, “ ( 19 Mei 2016 ) [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

2. (D.R.7/2016) Rang Undang-Undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 [Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R.8/2016) Rang Undang-Undang Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016 [Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar]

4. (D.R.5/2016) Rang Undang-Undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

5. PR-1342-U74146

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kebelakangan ini pencerobohan kuil kerap berlaku di kawasan Ipoh iaitu di Om Sri Muniswarar Kaliamman, Kuil Sri Muniswarar Amman, dan Kuil Dewa Sri Sakti Buntong. Penyiasatan telus serta pengawalan sekuriti yang ketat, efektif serta rapi perlu diambil dengan serta merta untuk menjaga keharmonian dan kebudayaan negara kita." [ Menteri Dalam Negeri ]

6. PR-1342-U74237

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini akan membahas kemampuan Malaysia untuk

menghadapi jenayah penggodaman. "

[ Menteri Komunikasi dan Multimedia ]

AUM DR 23/5/2016 27

7. PR-1342-U71852

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat

berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar

meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 58

tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan

dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara

secara bersama dan merealisasikan impian Malaysia."

[ Perdana Menteri ]

8. PR-1342-U74367

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Kerajaan memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seluruh

negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan

bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan

melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

9. PR-1342-U75443 Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum pada 7 April 2016 Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah membawa suatu risalat DR.3 Tahun 2016 ke dalam Mesyuarat Dewan Rakyat mengenai Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum Laporan PAC tersebut telah mengemukakan rumusan dan cadangan serta pendapatnya mengenai kekangan dan kelemahan dalam 1MDB. Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum pihak-pihak berkuasa di beberapa negara khasnya Switzerland, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Luxembourg, Hong Kong dan Australia sedang menjalankan penyiasatan masing-masing berkaitan dakwaan rasuah dan gubahan wang haram yang berkaitan 1MDB. Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum pendapat Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 7 April 2016 bahawa Laporan PAC itu boleh dibawa dan dibahaskan di dalam Mesyuarat Dewan Rakyat akan datang. Justeru Dewan Rakyat yang bersidang mengambil ketetapan supaya Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan pada 7 April 2016 dibahaskan di dalam Majlis Dewan Rakyat." [ Menteri Kewangan ]

28 AUM DR 23/5/2016

10. PR-1342-U75316

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gejala pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai-kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama."

[ Menteri Kewangan ]

11. PR-1342-U75318

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan" [ Menteri Dalam Negeri ]

12. PR-1342-U75319

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia." [ Menteri Pendidikan ]

AUM DR 23/5/2016 29

13. PR-1342-U73955 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan:- "Bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB telah mendedahkan kelemahan ketara dalam tadbir urus 1MDB. Bahawa maklumat baru muncul selepas pembentangan Laporan tersebut dimana IPIC (Dana Berdaulat Abu Dhabi) serta Aabar Investment PJS (Aabar) (Anak Syarikat IPIC) keluar kenyataan di London Stock Exchange bahawa kedua-dua syarikat tersebut bukan pemilik Aabar Investment PJS Ltd (BVI), sebuah syarikat yang berdaftar di British Virgin Island. 1MDB telah memberi Aabar Investment PJS Ltd (BVI) asset bernilai berbillion-billion Ringgit yang sepatutnya diberi kepada IPIC. Asset tersebut adalah sebahagian dari jumlah USD 3.5 billion yang dituju untuk “Asset Swab” dalam perjanjian “Binding Sheet Agreement” antara 1MDB dan IPIC yang harus dilaksanakan menjelang 30Hb Jun 2016. Aabar Investment PJS Ltd (BVI) telah pun digulung dan dibubarkan sejak bulan Jun 2015. Perkembangan terbaru ini akan menjejaskan usaha 1MDB membayar hutang dan melaksanakan pelan rasionalisasi. MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Dewan ini menetapkan sidang khas untuk membahaskan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB." [ Menteri Kewangan ]

30 AUM DR 23/5/2016

**UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 23.5.2016 (Isnin)

1. YB. Puan Zuraida binti Kamaruddin

(Ampang)

1. Masalah yang dihadapi pekebun kecil getah dan penyelesaiannya

1. YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

2. 23.5.2016 (Isnin)

2. YB. Puan Teo Nie Ching

(Kulai)

2. Masalah selekoh maut yang perlu diluruskan di Batu 24, Kulai

2. YB Menteri Kerja Raya

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu)

AUM DR 23/5/2016 31

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2016 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.45 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Bagi Tahun 2014

23 Mei 2016

ST.46 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Institut Akauntan Malaysia Bagi Tahun 2015

23 Mei 2016

ST.57 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Bagi Tahun 2011

23 Mei 2016

ST.58 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Bagi Tahun 2012

23 Mei 2016

ST.60 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Bagi Tahun 2015

23 Mei 2016