MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha...

27
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 17 MEI 2016, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 22 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1342-L74548 Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan asas bagi menaikkan caj perkhidmatan penumpang seperti yang dicadangkan oleh Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB). 2. PR-1342-L75187 Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkah-langkah yang diambil dan penyelarasannya dengan negeri-negeri bagi menangani krisis bekalan air secara menyeluruh yang melibatkan negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor sekarang berikutan fenomena cuaca yang berubah. 3. PR-1342-L74498 Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah kes yang telah direkodkan berkaitan penyalahgunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sejak ia mula diperkenalkan dan apakah Kerajaan bercadang untuk tingkatkan tahap keselamatan BB1M supaya tidak dijual beli dengan wang ringgit. 4. PR-1342-L74760 Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik penerima BRIM ikut pecahan, jumlah diterima setahun, kaum, gender, umur dan negeri dari permulaan program sehingga tahun 2015. 5. PR-1342-L75329 Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan secara terperinci berapakah peruntukan yang disediakan bagi Program MyDeposit dan sejauh manakah sambutan terhadap program tersebut.

Transcript of MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha...

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 17 MEI 2016, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 22

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1342-L74548 Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan asas bagi menaikkan caj perkhidmatan penumpang seperti yang dicadangkan oleh Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB).

2. PR-1342-L75187

Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkah-langkah yang diambil dan penyelarasannya dengan negeri-negeri bagi menangani krisis bekalan air secara menyeluruh yang melibatkan negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor sekarang berikutan fenomena cuaca yang berubah.

3. PR-1342-L74498 Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PENDIDIKAN

TINGGI menyatakan berapakah jumlah kes yang telah direkodkan berkaitan penyalahgunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sejak ia mula diperkenalkan dan apakah Kerajaan bercadang untuk tingkatkan tahap keselamatan BB1M supaya tidak dijual beli dengan wang ringgit.

4. PR-1342-L74760

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik penerima BRIM ikut pecahan, jumlah diterima setahun, kaum, gender, umur dan negeri dari permulaan program sehingga tahun 2015.

5. PR-1342-L75329

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan secara terperinci berapakah peruntukan yang disediakan bagi Program MyDeposit dan sejauh manakah sambutan terhadap program tersebut.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

2 AUM DR 17/5/2016

6. PR-1342-L74689 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kajian berkenaan dengan faedah-faedah pemberhentian kerja sementara di dalam Akta Kerja 1955.

7. PR-1342-L74371

Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada pihak Kementerian ada membuat kajian terhadap masalah jenayah/kes ragut rompak (street crime) yang berlaku setiap hari di negara kita ini. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras jenayah ini.

8. PR-1342-L74426

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah penghuni di Rumah Perlindungan Wanita, apakah keberkesanan dan cabarannya sejak penubuhan dari tahun 2008 hingga kini di seluruh negara.

9. PR-1342-L74086

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah kemajuan siasatan mengenai tumpahan minyak setiap tahun, minyak dari laut akan terdampar di pantai-pantai Malaysia agar isu seperti Perhentian Besar di Terengganu tidak berlaku dan mengurangkan ancaman kepada kehidupan laut serta menjaga keindahan pantai kepada sektor pelancongan.

10. PR-1342-L74962

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan rancangan untuk menaiktaraf Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

11. PR-1342-L73807

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Cyber Security Malaysia bagi melindungi maklumat Kerajaan daripada penceroboh siber dengan tujuan untuk mencuri atau menjualnya kepada pihak ketiga dengan menggunakan "Secret Encryption" sebagaimana berlaku dalam kes "Panama Papers".

12. PR-1342-L74165

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan siapakah pihak yang memilih kontraktor untuk perkhidmatan pembersihan (house keeping) di sekolah-sekolah Kerajaan.

13. PR-1342-L73692

Datuk Dr. Ewon Ebin [ Ranau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :- (a) bila pihak Kerajaan bercadang untuk menaiktaraf jalan

perhubungan desa bagi jalan-jalan berikut :- i. Jalan Tompios - Tinanom ii. Jalan Miruru – Mangkadait iii. Jalan Gana- Gana - Nampasan iv. Jalan Longut

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

AUM DR 17/5/2016 3

v. Jalan Pinawantai - Tibabar vi. Jalan Lobou Timbua - Kawiyan ; dan

(b) sekiranya jalan - jalan tersebut belum disenaraikan untuk

dinaiktaraf, bolehkah cadangan menaiktaraf jalan-jalan tersebut dapat dimasukkan dalam semakan separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

14. PR-1342-L74798

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah terkini doktor perempuan di hospital kerajaan dan apakah langkah yang diambil bagi menyelesaikan masalah kekurangan doktor pakar sakit puan.

15. PR-1342-L74549

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah pihak Kementerian akan bertindak terhadap pengusaha makanan yang menggunakan dadah sebagai salah satu ramuan dalam makanan yang dijual kepada orang ramai.

16. PR-1342-L74229

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan punca graduan bidang perubatan dan pergigian di dalam dan luar negara terpaksa menunggu enam bulan sehingga setahun untuk mendapat tempat latihan siswazah di Hospital Kerajaan serta pelan tindakan untuk mengatasi masalah tersebut sedangkan nisbah doktor gigi-pesakit masih rendah.

17. PR-1342-L73994 Datuk Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan bagaimana untuk mengatasi masalah kerosakan sembilan buah mesin hemodialisis di Hospital Duchness of Kent di Sandakan.

18. PR-1342-L75067 Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kenapa Kerajaan terlewat sangat memberi laporan-laporan yang diwajibkan di bawah Konvensyen Hak Kanak-kanak dan Konvensyen untuk Menghapuskan Diskriminasi terhadap wanita kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di 2012 dan 2008 masing dan bilakah Kerajaan akan menghantar laporan-laporan tersebut.

19. PR-1342-L73695

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan setakat mana cadangan Kerajaan mewujudkan aplikasi Infodesa (i-Desa) bagi menyediakan maklumat asas kampung.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

4 AUM DR 17/5/2016

20. PR-1342-L74737 Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan Diploma lepasan kolej vokasional adakah setaraf dengan Diploma lepasan IPTA dan IPTS. Adakah statusnya sebagaimana memenuhi MQA pendidikan tinggi yang lain. Bagaimana pula peluang untuk melanjutkan pelajaran seterusnya kepada lepasan Diploma Kolej Vokasional ini.

21. PR-1342-L74806

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan Kerajaan Persekutuan untuk menangani saman-saman AES (Automatic Enforcement System) yang dikeluarkan tetapi belum dibayar sehingga hari ini.

22. PR-1342-L73834

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kekangan serta perancangan jangka panjang dan pendek Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai atlet berwibawa peringkat antarabangsa.

23. PR-1342-L73823

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menghapuskan hukuman mati mandatori bagi semua jenayah yang melibatkan hukuman tersebut dan bukan sahaja dalam kes-kes dadah untuk memastikan kesamarataan di sisi undang-undang bagi semua yang terlibat.

24. PR-1342-L73799

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah jangka panjang dilaksanakan bagi pemantauan keselamatan di kawasan Laut Sulu dan perairan pantai timur Sabah bersama-sama pasukan keselamatan negara-negara jiran Filipina, Brunei, Indonesia dan Singapura.

25. PR-1342-L75039 Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Menteri Dalam Negeri telah melanggar undang-undang apabila beliau memberi kebenaran kepada majikan-majikan untuk mengaji pekerja-pekerja asing tanpa izin (illegal foreign workers) yang berada di negara kita.

26. PR-1342-L73872

Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rentetan daripada pertempuran sengit tentera Filipina dengan militan Abu Sayyaf baru-baru ini dan tindakan tentera Filipina meningkatkan serangan terhadap kumpulan tersebut adakah kemungkinan kumpulan militan Abu Sayaf akan melarikan diri ke Malaysia dan apakah langkah-langkah pencegahan Kerajaan bagi melumpuhkan gerakan mereka di Malaysia.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

AUM DR 17/5/2016 5

27. PR-1342-L74060 Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan langkah-langkah proaktif serta program khusus yang dijalankan Kementerian dalam mengatasi masalah kelemahan softskills dalam kalangan pelajar lepasan universiti dan institusi kemahiran.

28. PR-1342-L74727 Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berkenaan masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat di negara ini termasuk bilangan kes mengikut kategori usia dan jenis penyakit, faktor-faktor dan langkah-langkah mengatasinya.

29. PR-1342-L754445 Dato' Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah mahasiswa mengikut IPTA yang masih menganggur yang disebabkan kelulusan mereka yang tidak sesuai dengan permintaan sektor ekonomi dan nyatakan bidang bidang pengajian tersebut.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

30. PR-1342-L75087 Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan sama ada Low Taek Jho atau Jho Low berada di Malaysia atau sejak bila dia tidak balik ke Malaysia. Adakah beliau telah berjumpa dengan polis berkenaan dengan siasatan kes 1MDB dan bila dan di mana ia berlaku.

31. PR-1342-L74005

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan dan langkah terkini Kementerian dalam menangani isu peminta sedekah sama ada warga Malaysia mahupun warga asing yang semakin berleluasa sehingga mencemarkan imej negara sebagai sebuah negara membangun dan menuju ke arah negara maju.

32. PR-1342-L73824

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan pindaan-pindaan kepada kuasa-kuasa Peguam Negara di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan Peguam Negara tersebut tidak menyalahgunakan kuasanya dalam mendakwa secara terpilih (prosecute selectively) dan untuk memastikan ketelusan dalam proses keputusan pendakwaan.

33. PR-1342-L75374

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kementerian dapat memberi diskaun atau subsidi kepada pengguna TNB bagi kawasan yang mengalami panas melampau di masa yang panjang.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

6 AUM DR 17/5/2016

34. PR-1342-L73928 Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan objektif serta kos keseluruhan penganjuran program Siri Berbasikal Remaja Malaysia (JCM) dan bagaimanakah penganjurannya mampu melahirkan lebih ramai bakat baru sukan berbasikal negara.

35. PR-1342-L75390

Datuk Seri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah keberkesanan Pusat Latihan MAS yang telah dibina dan adakah pusat latihan tersebut memberi latihan kepada 6000 orang pekerja yang telah diberhentikan.

36. PR-1342-L74289 Datuk Abd Rahim bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai salah satu destinasi pelancongan baru di Malaysia.

37. PR-1342-L73853

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) apakah usaha Kerajaan untuk memastikan tarif elektrik tidak

terus naik; dan (b) apakah pencapaian Kerajaan telah memberikan tiga kali rebat

kepada pengguna tahun lalu dan tahun ini melalui mekanisme penjimatan hasil Perjanjian Jual Beli Tenaga (PPA) dan mekanisme semakan pelepasan kos bahan api dan penjanaan (ICPT).

38. PR-1342-L73918

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah serta bentuk tindakan undang-undang yang telah dijalankan oleh Bank Negara Malaysia terhadap perniagaan perkhidmatan wang (MSB) yang beroperasi secara haram dan tidak sah.

39. PR-1342-L74164

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pembayaran kepada pihak swasta untuk perkhidmatan keselamatan (security) di sekolah, pejabat dan institusi pendidikan bagi tahun 2014 dan 2015. Berapakah bilangan pekerja yang diupah oleh pihak kontraktor dalam membekal perkhidmatan ini.

40. PR-1342-L75286

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apa sebabnya 1MDB telah membayar pampasan berbentuk “refundable deposit” sebanyak US$993 juta telah dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited walaupun “settlement agreement” untuk penamatan opsyen yang ditandatangani pada 30 September 2014 hanya menyatakan US$300 juta.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

AUM DR 17/5/2016 7

41. PR-1342-L74059 Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia terhadap pelaburan asing dalam negara dan langkah-langkah yang diambil Kementerian dalam memastikan pelaburan asing terus kukuh.

42. PR-1342-L73776

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah pendaftaran anak tidak sah taraf sejak lima tahun kebelakangan ini dan adakah trend tersebut semakin meningkat.

43. PR-1342-L75223

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah kerja-kerja menaiktaraf jalan persekutuan FR5 dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam akan dimulakan dan berapakah kos kontrak tersebut.

44. PR-1342-L74460

Dato' Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pada keseluruhannya keadaan sekolah-sekolah di luar bandar termasuk di Rompin, memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan kerana sebahagian daripada sekolah tidak pernah mendapat kerja-kerja penyelenggaraan, justeru itu berapakah peruntukan Kementerian pada tahun ini untuk disalurkan kepada kerja-kerja penyelenggaraan ini dan berapa tambahan bajet kerja-kerja penyelenggaraan.

45. PR-1342-L73885

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan belanjawan negara daripada hasil dari minyak dan gas.

46. PR-1342-L74909

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah dan berapakah jumlah kumpulan kedua pelarian Syria bakal diterima oleh kerajaan dan apakah jenis keselamatan yang terkandung dalam ikad yang merupakan identiti pengenalan diri buat Syria.

47. PR-1342-L73792

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah bayaran disalurkan untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) pada tahun ini dan apakah ada sebarang kes cubaan penipuan dikesan.

48. PR-1342-L74600

Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) PAC merujuk kepada Laporan Audit Negara, mengapakah

rujukan induk ini tidak diberi kepada Ahli Parlimen; dan

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

8 AUM DR 17/5/2016

(b) apakah asas untuk mengklasifikasikan Laporan Audit Negara di bawah Akta Rahsia Rasmi.

49. PR-1342-L74739

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam melarang perkahwinan bawah umur memandangkan Malaysia telah menerima satu resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak pada Oktober 2013.

50. PR-1342-L74847

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan menaikkan elaun-elaun termasuk elaun perumahan pegawai polis di seluruh Sabah memandangkan bahawa kos sewa rumah di Sabah agak tinggi.

51. PR-1342-L74569

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berikutan kejatuhan harga minyak yang mendadak bagi tempoh 2015 dan 2016, berapakah nilai kemerosotan pendapatan Petronas, pengurangan cukai Petronas kepada Kerajaan dan kesan pembayaran royalti kepada Terengganu dan Sarawak dan nyatakan jumlah pemberhentian pekerja oleh Petronas terkini.

52. PR-1342-L75327

Dato' Sri Hasan bin Malek [ Kuala Pilah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan SPAD dalam meningkatkan mutu bas henti-henti terutama di kawasan luar bandar dari aspek keselesaan penumpang serta keselamatan pengguna. Adakah SPAD berhasrat untuk mengeluarkan lesen kepada kereta-kereta sewa haram yang berleluasa di bandar-bandar kecil.

53. PR-1342-L74709

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah jumlah penerima Insentif Pengeluaran Getah (IPG) telah diperuntukkan sebanyak RM100 juta pada tahun 2015 dan penerima IPG bagi tahun 2016 dan adakah Kerajaan tidak berhasrat menetapkan harga lantai getah pada RM 4.00.

54. PR-1342-L73970

Dato' Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh mana fenomena El Nino telah mmberi kesan kepada hasil pertanian negara dan apakah sudah ada langkah-langkah yang diambil Kementerian bagi meminimakan kesan tersebut jika ada dan sekaligus membantu petani-petani terlibat.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

AUM DR 17/5/2016 9

55. PR-1342-L74134 Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada perlu atau semestinya pihak-pihak tertentu untuk menjemput seorang pendakwah kontroversi seperti Zakir Naik ke Malaysia yang mana ucapannya boleh memudaratkan keharmonian agama di negara yang berbilang kaum seperti di Malaysia.

56. PR-1342-L74585

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) alasan untuk meluluskan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada

Proton sungguhpun Proton bukan lagi syarikat milik Kerajaan; dan

(b) rancangan Proton untuk meningkatkan jualan dalam negara dan

masalah eksport ke pasaran dunia. 57. PR-1342-L75355

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah bidang kuasa bagi penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi dan aktiviti yang dijalankan untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada sektor komoditi.

58. PR-1342-L75250

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana pihak Kementerian menyelesaikan obligasi hutang kepada IPC sebanyak USD1.1 bilion dan apakah status pemindahan transaksi sebanyak USD3.5 bilion kepada Aabar Invesment PJS yang tidak dimiliki oleh IPIC.

59. PR-1342-L75186

Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dan menyenaraikan jumlah dan lokasi rumah mampu milik yang disediakan oleh Kerajaan berbanding dengan sektor swasta mengikut harga rumah dan sasaran golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B 40) bagi tempoh sepanjang tahun 2011-2015 dan 2016-2020.

60. PR-1342-L73925

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh pihak Kementerian dalam memerangi serta mencegah kesan 'EL NINO' berikutan peningkatan suhu yang mendadak telah melanda negara kita pada masa kini.

61. PR-1342-L74261

Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) langkah-langkah yang telah dan sedang diambil dalam

mempromosikan perpaduan, toleransi dan konsep Bangsa Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia; dan

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

10 AUM DR 17/5/2016

(b) sejauh manakah penekanan konsep rukun negara diterima pakai oleh rakyat jelata.

62. PR-1342-L74530

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan status rancangan Tenaga Nasional Berhad untuk melaksanakan Insfrastruktur Pemeteran Canggih (AMI) di seluruh Malaysia. Berapa kos yang diperuntukkan dan jumlah meter yang akan terlibat.

63. PR-1342-L73722

Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan dasar-dasar dan program-program pembangunan pertanian bagi menangani isu import bahan serta produk-produk makanan yang bernilai berbilion ringgit setiap tahun supaya keselamatan makanan negara terjamin.

64. PR-1342-L74452

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dijalankan dalam memperbaiki mutu indeks syariah dari semasa ke semasa.

65. PR-1342-L75256

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah pekebun kecil getah yang menerima Insentif

Pengeluaran Getah mengikut negeri dari tahun 2015 hingga April 2016; dan

(b) senarai syarikat yang menawarkan harga getah SMR20 yang

akan menentukan harga getah harian. 66. PR-1342-L73847

Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha yang dijalankan oleh pihak Kementerian dalam membantu peminjam yang telah meminjam wang dari institusi pinjaman wang berlesen selain daripada bank perdagangan mendapat pembelaan sewajarnya.

67. PR-1342-L74028

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan purata harga rumah di Kota Kinabalu berbanding dengan pendapatan median individu warga Kota Kinabalu. Nyatakan statistik tersebut berbanding negeri lain untuk tiap-tiap tahun sejak 2010.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

AUM DR 17/5/2016 11

68. PR-1342-L74353 Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah mayat yang tidak dituntut sepanjang tempoh 2013-2016 di hospital seluruh negara mengikut pecahan agama dan jantina. Berapa kos yang ditanggung oleh Hospital Kerajaan bagi mengurus mayat yang tidak dituntut ini.

69. PR-1342-L74121

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peranan Whistleblower Act (Akta Perlindungan Pemberi Maklumat) di Malaysia. Kenapa Ahli Parlimen Pandan (yang ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972) tidak dilindungi di bawah Akta ini ekoran penahanannya pada 5 April 2016.

70. PR-1342-L75157

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hotel yang akan dibina bersamaan dengan tempat meletak kereta bertingkat bagi Hospital Umum Sarawak. Nyatakan cara-cara caj bayaran yang dianggarkan yang akan dibayar oleh pengguna serta sumbangan hotel tersebut dalam bayaran balik dalam Public Private Partnership BLMT.

71. PR-1342-L74398

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jawatan-jawatan sensitif dalam perkhidmatan awam dan berapa ramaikah pemegang jawatan sensitif itu yang ditukar pada tahun ini serts apakah bentuk pembaharuan yang diperkenalkan untuk memastikan perkhidmatan awam kita bertambah cekap, bertanggungjawab dan bersih.

72. PR-1342-L75251

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jelaskan kelayakan Penilaian Arms and Ammunition Sdn Bhd yang membolehkan syarikat ini untuk mendapatkan lesen penjualan senjata api.

73. PR-1342-L74279

Datuk Abd Rahim bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah kemungkinan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dibubarkan sekiranya berlaku peralihan pucuk pimpinan di Amerika Syarikat.

74. PR-1342-L74082

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk membaikpulih gelanggang futsal di setiap parlimen yang sudah banyak mengalami kerosakan khasnya gelanggang dan pagar yang boleh mengakibatkan kecederaan.

75. PR-1342-L74303

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan saman dan jumlah hukuman kesalahan trafik yang masih belum dibayar.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

12 AUM DR 17/5/2016

76. PR-1342-L75171 Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan syarikat manakah yang akan menguruskan “Bangladesh Workers Management System” serta bilakah proses ini akan dimulakan. Adakah perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan firma yang dipilih akan dimaklumkan kepada umum dalam masa yang terdekat.

77. PR-1342-L74705

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes tangkapan dadah yang ditangkap melibatkan anggota polis kerana membekalkan dadah di dalam lokap sejak tahun 2000 hingga 2015.

78. PR-1342-L75051

Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kes kematian dalam tahanan polis (mengikut balai), imigresen dan pusat pemulihan di seluruh negara mengikut pecahan etnik dan negeri.

79. PR-1342-L75003

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jumlah jalan kampung yang telah dinaiktaraf dan dibaiki dalam kawasan Parlimen Pokok Sena bagi tahun 2013-2015 dan namakan jalan tersebut serta jumlah yang telah dikenalpasti akan dinaiktaraf dalam tahun 2016 dan nyatakan jalan tersebut.

80. PR-1342-L75170

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status perundingan FTA Malaysia, EU dan RCEP. Berapakah jumlah bab yang terlibat dalam perjanjian tersebut dan apakah bab yang masih belum lagi dipersetujui.

81. PR-1342-L74302

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana 1MDB akan menunaikan janji dalam “Binding Term Sheet Agreement” dengan IPIC (sebuah syarikat Kerajaan Abu Dhabi) menjelang 30 Jun 2016 memandangkan IPIC telah menafikan penerimaan bayaran asset sebanyak USD3.5 bilion dari 1MDB.

82. PR-1342-L73953

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilakah kawasan padi FASA 2 di luar jelapang di Daerah Setiu akan dibangunkan bagi meningkatkan pendapatan petani serta pertumbuhan di Daerah Setiu.

83. PR-1342-L73877

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian dapat menyediakan peruntukan menaik taraf atau membina baru sekolah-sekolah rendah dan asrama yang masih berkeadaan uzur di kawasan Parlimen Tanjung Manis.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

AUM DR 17/5/2016 13

84. PR-1342-L74340 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kedudukan projek perumahan terbengkalai, sepanjang 3 tahun lalu, di bawah dasar bina dahulu jual kemudian dan apakah insentif yang disediakan kepada pemaju-pemaju yang melaksanakan Projek Bina Dahulu Jual Kemudian.

85. PR-1342-L74206

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan status terkini dan pencapaian pembangunan Bank Benih (Seed Bank) melalui penubuhan D8 Seed Bank pada tahun 2009 bagi menangani kekurangan bekalan biji benih yang disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu.

86. PR-1342-L74075

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) sejauh manakah peningkatan kualiti pengajian tinggi di Universiti tempatan bagi program peringkat ijazah sarjana dan apakah impaknya terhadap graduan.

87. PR-1342-L75269

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang untuk membantu 846,914 ahlinya berdepan dengan masalah kejatuhan harga komoditi, kenaikan kos barang pertanian dan penurunan hasil akibat kesan fenomena El-Nino yang menjejaskan pendapatan peladang kecil

88. PR-1342-L75333

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perancangan bagi menstruktur semula Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas hasil siasatan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah membuktikan bahawa tiada penglibatan Perdana Menteri seperti mana dakwaan daripada pihak-pihak tertentu.

89. PR-1342-L74946

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) apakah tindakan yang akan diambil terhadap operator-operator

"tow truck" yang tidak bertanggungjawab dan yang mengenakan fi tunda yang tinggi; dan

(b) berapa aduan telah diterima pada tahun 2015 dan 2016 dan

bagaimanakah syarikat insurans dapat memberi perkhidmatan ini.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

14 AUM DR 17/5/2016

90. PR-1342-L74564 Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah terdapat sebarang tindakan yang akan diambil oleh Peguam Negara berikutan tindakan Jho Low sebagai Penasihat Khas Terengganu Investment Authority (kemudiannya 1MDB) yang telah memberikan arahan kepada pengurusan 1MDB untuk melanggar arahan Lembaga Pengarah dengan terus menerbitkan bon hutang sebanyak RM5 bilion.

91. PR-1342-L73700

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan bagi menggalakkan keharmonian antara agama dan nyatakan langkah dan tindakan Kerajaan bagi memastikan ceramah pendakwah terkemuka, Dr. Zakir Naik di negara ini tidak dihalang dan disekat pada masa hadapan bagi meraikan perbincangan ilmiah dalam dimensi perbezaan agama dan meningkatkan kefahaman umat Islam dalam isu-isu semasa seperti jihad, perpaduan ummah dan sebagainya.

92. PR-1342-L73748

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

(a) tumpuan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang

mempunyai matlamat membentuk Sustainable Digital Economy dengan Merakyatkan Ekonomi Digital melalui eRezeki dan eUsahawan; dan

(b) apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk mencapai

keberkesanan inisiatif-inisiatif tersebut serta kejayaan yang telah dicapai.

93. PR-1342-L75406

Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan pencapaian akademik Orang Asli sehingga kini dan di manakah mereka diperjawatkan selain daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

94. PR-1342-L74304

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan kes kesalahan pengubahan wang haram yang diambil tindakan oleh Bank Negara Malaysia setiap tahun sejak tahun 2011.

95. PR-1342-L74325

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan syarikat yang disenarai pendek untuk projek insinerator di Taman Beringin, Kepong dan bila kontrak ini akan diberikan.

96. PR-1342-L74556

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah 'cukai minyak' iaitu lebihan antara harga pam petrol dan diesel dengan harga sebenar, yang dikutip sejak sistem apungan terkawal ataupun 'managed float system' diperkenalkan.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

AUM DR 17/5/2016 15

97. PR-1342-L74671 Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) jumlah kos untuk memasang 1200 unit kamera penguatkuasaan

elektronik (AES) dan di seluruh negara; dan (b) bagaimanakah pembahagian kutipan saman di antara kerajaan

dan syarikat pengendalian AES. 98. PR-1342-L74429

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan terhadap media antarabangsa yang menyiarkan berita memburukkan nama dan menjatuhkan imej Perdana Menteri Malaysia.

99. PR-1342-L74947

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) jumlah penerbangan (charted flight) yang diaturkan oleh

Kementerian ke negeri Melaka melalui Lapangan Terbang Batu Berendam di Melaka dengan menberikan butir-butir tentang penerbangan-penerbangan ini dan adakah ia membawa pelancong-pelancong atau ahli peniagaan; dan

(b) jika masih tiada penerbangan (charted flight) diaturkan oleh

Kementerian, berikan sebab-sebabnya. 100. PR-1342-L73851

Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan program-program yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian terutamanya program bersama peminat-peminat sukan bermotor di negara kita agar dapat menghindarkan daripada berlakunya perlanggaran undang-undang.

101. PR-1342-L74073

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah peruntukan yang telah dilaksanakan dan akan digunakan untuk pemasangan dan menaik taraf kemudahan jalur lebar di negeri Sabah bagi tahun 2013 hingga 2020.

102. PR-1342-L73882

Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan untuk penempatan ke gred yang lebih tinggi bagi jururawat terlatih yang telah lulus di peringkat ijazah, memandangkan semakin ramai jururawat terlatih yang telah mempunyai ijazah tetapi masih berkhidmat pada Gred U29 (peringkat Diploma).

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

16 AUM DR 17/5/2016

103. PR-1342-L74148 Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah penubuhan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dapat membudayakan pengurusan kewangan peribadi yang lebih baik dan sistematik kepada rakyat Malaysia terutama kepada generasi muda.

104. PR-1342-L74392

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenyataan yang telah dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan semasa sesi Parlimen yang lepas bahawa sekiranya harga semasa minyak kekal, kurangan hasil Kerajaan adalah sebanyak RM30 bilion pada tahun 2017.

105. PR-1342-L74323 Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sebab kelewatan pembukaan tempat letak kereta bertingkat di KTM Serdang dan bila tarikh pembukaan yang baru.

106. PR-1342-L74135

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) bilakah dan dalam apakah syaratnya Kerajaan akan membuat

pertimbangan agar menubuhkan IPCMC supaya kes kematian tahanan dapat dielakkan; dan

(b) apakah cara pengendalian Kerajaan seandainya penubuhan

IPCMC ditentang dan tidak dipatuhi oleh pihak polis. 107. PR-1342-L74476

Datuk William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk membekalkan bekalan elektrik alternatif yang menggunakan tenaga micro hydro kepada penduduk yang tinggal jauh di ulu-ulu sungai seluruh negeri Sarawak yang tidak dapat disalurkan melalui grid.

108. PR-1342-L74495

Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah pendekatan diambil oleh Kementerian melalui perjanjian Trans-Pasifik (TPPA) untuk memperluaskan lagi pasaran industri buah Harumanis yang mampu merangsang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

109. PR-1342-L74686

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah 300 hari diperuntukkan kepada penjawat awam cuti bersalin akan dikaji semula.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

AUM DR 17/5/2016 17

110. PR-1342-L74885 Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah wang Ihsan yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) untuk tahun 2016 dan apakah projek-projek yang akan dilaksanakan menggunakan wang tersebut.

111. PR-1342-L74650

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang dilaporkan menjual tanah awam dengan harga rendah sehingga kerugian RM15.2 juta. Mengapakah urusan tanah ini dibenarkan kerana menyalahi urus tadbir korporat baik.

112. PR-1342-L74047

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kanser payudara adalah kanser yang paling banyak membunuh wanita Malaysia.LPPKN telah memulakan program subsidi mamogram pada tahun 2007 dan promosi secara agresif dibuat pada 2012. Adakah program ini berjaya dan akan diteruskan memandangkan kes kanser payudara makin meningkat ketika ini.

113. PR-1342-L74568

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk memperkenalkan garis pendapatan minima bagi bayaran balik pinjaman PTPTN, seperti di Australia yang mana hanya graduan dengan pendapatan lebih AUD54,126 setahun diwajibkan membayar balik bayaran balik pinjaman pendidikan.

114. PR-1342-L74405

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab Kerajaan memotong peruntukan kepada SUHAKAM secara drastik daripada RM13 juta kepada RM5 juta. Apakah program yang akan dilaksanakan oleh SUHAKAM pada tahun 2016 dengan bajet yang begitu kurang tersebut.

115. PR-1342-L75211

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan peranan yang telah dimainkan kementerian bersama FAM dalam menangani polemik penajaan pasukan bola sepak negeri-negeri.

116. PR-1342-L73814

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) bilakah Malaysia akan menyertai konvensyen antarabangsa

mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum (ICERD) seperti yang telah diterima pakai dan dibuka untuk ditandatangani dan diratifikasi oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tahun 1965; dan

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

18 AUM DR 17/5/2016

(b) sekiranya Kerajaan bercadang untuk menyertai ICERD, bilakah

ia berlaku. 117. PR-1342-L75335

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci apakah pembangunan yang telah atau pun sedang dilakukan oleh Kerajaan hasil daripada kutipan GST.

118. PR-1342-L74089

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah susulan pihak Kerajaan selepas laporan PAC tentang isu 1MDB. Bilakah laporan lengkap Ketua Audit Negara tentang 1MDB akan dibentangkan.

119. PR-1342-L73967

Dato' Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar tentang wujud semacam ada kecenderungan di kalangan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan yang sepanjang khidmat mereka mempunyai capaian kepada rahsia negara/Kerajaan sering dikatakan akan menyertai parti pembangkang dan menentang Kerajaan bila kehendak dan pandangan mereka tidak mendapat layanan seperti yang mereka kehendaki. Ada yang memilih bersara awal. Lebih teruk lagi kalau mereka tidak sambung kontrak mereka. Apakah tindakan Kerajaan terhadap mereka yang sedemikian.

120. PR-1342-L74355

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapa ramaikah belia Malaysia dihantar ke luar negara untuk program pertukaran belia di seluruh dunia dan berapa ramaikah penglibatan belia Malaysia ke program sukarelawan berbentuk kemanusiaan di luar negara.

121. PR-1342-L75113

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan program-program untuk memberi kemahiran kepada golongan "transgender" supaya boleh melakukan ''career change" ke arah pembaikan.

122. PR-1342-L74813

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian kepada syarikat-syarikat yang tidak menepati indeks syariah dan berapa syarikat yang telah dikenakan tindakan.

123. PR-1342-L75074

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan keuntungan dan kerugian yang dicatat oleh Proton Holdings Bhd. (PROTON) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) bermula daripada syarikat tersebut ditubuhkan sehingga kini. Adakah PROTON dan PERODUA wajar diteruskan atau pun tidak.

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

AUM DR 17/5/2016 19

124. PR-1342-L73987 Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah usaha Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan sains dan teknologi di Sarawak dan menyokong pembangunan penyelidikan berkaitan di Sarawak.

125. PR-1342-L74271

Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah bilangan terkini pusat pelupusan sampah yang ada di seluruh negara dan pada tahun berapakah dijangka pusat-pusat pelupusan sampah ini sudah tidak mampu menampung sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia.

126. PR-1342-L74758

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan butiran lanjut peruntukan pembangunan Parlimen kepada kawasan Parlimen Bukit Mertajam dari 2008-2016, ikut pecahan tahun, jenis projek dan kos.

127. PR-1342-L74612

Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kebaikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 8% dengan 11% yang lama dan nyatakan usaha untuk menggalakkan para pekerja supaya menerima caruman 8% yang baru ini.

128. PR-1342-L74924

Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan pengiktirafan dan penghormatan yang diberikan oleh Kementerian kepada artis, seniman, karyawan, sasterawan dari kalangan kaum India di negara ini. Berapakah perbelanjaan Kementerian ke arah mencapai matlamat itu dalam tempoh 5 tahun yang lalu.

129. PR-1342-L74916

Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah-langkah jangka masa pendek dan panjang yang akan diambil Kementerian, termasuk pembinaan empangan baru sekiranya ada, untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air yang kini dihadapi di Kedah.

130. PR-1342-L75035

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah Jalan Bawang Obor/Ukong/Mendamit/Mentawai Fasa 2 akan dilaksanakan dan dapatkah penyelenggaraan Jalan Bawang Obor/Ukong/Mendamit/Mentawai Fasa 1 dilaksanakan untuk di “rehabilitate” semula kerana keadaan jalan yang sudah rosak teruk.

131. PR-1342-L75381

Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk melaksanakan pengagihan pendapatan negara secara adil dan saksama.

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

20 AUM DR 17/5/2016

132. PR-1342-L74046 Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan Kominiti Ekonomi Asean (AEC) mensasarkan Asean sebagai satu rantau ekonomi yang berdaya saing,berintegrasi dan inklusif. Sejauh manakah wawasan ini mungkin tercapai dan adakah tahap pembangunan yang amat berbeza antara negara-negara Asean akan mampu duduk semeja atas semangat Asean.

133. PR-1342-L73861

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) statistik perangkaan bilangan pemandu teksi berdaftar di

Malaysia dan bilangan pemandu perkhidmatan kereta “UBER”; dan

(b) langkah Kementerian bagi memberi solusi kepada status terkini

perkhidmatan kereta "UBER" di Malaysia supaya tidak berlaku lagi krisis yang dihadapi pemandu teksi di negara ini.

134. PR-1342-L75128

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil berkenaan laporan polis no: SG RENGIT/001036/14 bertarikh 4 November 2014 dan kenapa tiada tindakan yang diambil sehingga kini.

135. PR-1342-L75280

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah kejayaan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) dalam membantu Kerajaan mengatasi kekurangan perumahan mampu milik dalam bandar dan apakah perancangan pihak Kementerian pada masa akan datang.

136. PR-1342-L74820

Ust. Datuk Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah bilangan graduan pendidikan sejak 2008 hingga sekarang serta bilangan pengambilan dan penempatan guru baharu bagi tempoh yang sama.

137. PR-1342-L74974

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap cadangan yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam Laporan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bilakah Laporan Jabatan Audit Negara berkaitan isu 1MDB akan didedahkan kepada umum.

138. PR-1342-L74889

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah peruntukan wang yang telah dibelanjakan untuk membina rumah-rumah sementara dan kekal untuk mangsa-mangsa banjir besar, yang berlaku pada tahun 2014 di Negeri Kelantan.

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

AUM DR 17/5/2016 21

139. PR-1342-L73684

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) terhadap perangkaan kemalangan jalan raya di 14 lokasi yang dipasang kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di lebuh raya dan jalan Persekutuan di negara ini.

140. PR-1342-L75013 Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah 744 pelajar cemerlang SPM 2013 yang menerima bursari JPA untuk kursus pra-universiti dan sepatutnya ditawarkan biasiswa penuh untuk program ijazah pertama telah ditukar menjadi pinjaman boleh ubah.

141. PR-1342-L74963

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri yang dilahirkan di Malaysia dan rancangan Kerajaan untuk membantu golongan kurang nasib baik ini supaya kanak-kanak tidak ditindas sebab kecuaian ibu bapa mereka.

142. PR-1342-L73998

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramaikah belia dan beliawanis dari Sabah yang telah diterima dan berkhidmat dalam Pasukan Keselamatan khususnya dalam PDRM.

143. PR-1342-L74416

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan nilai kerugian yang dialami oleh petani dan penternak akibat daripada cuaca panas melanda negara sekarang. Apakah pelan tindakan Kementerian serta skim bantuan yang disediakan untuk membantu gulungan petani dan penternak sekiranya cuaca panas ini berterusan.

144. PR-1342-L75425

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan memendangkan sekarang latihan ketenteraan Northern Star telah berakhir, bilakah tentera Malaysia kita akan kembali dari Arab.

145. PR-1342-L75014

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah permohonan guru besar bagi memegang jawatan politik. Nyatakan mengikut pecahan negeri, daerah, parti politik, jawatan dan kelulusan permohonan. Apakah jaminan tahap pendidikan dan keselamatan sekolah dapat dipastikan oleh guru besar yang memegang jawatan di dalam parti politik.

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

22 AUM DR 17/5/2016

146. PR-1342-L74179 Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah “Rumah Urut” yang berlesen dan tidak berlesan mengikut negeri serta mekanisme yang digunakan oleh pihak Kementerian dalam mengawal pengeluaran lesen “Rumah Urut” tersebut.

147. PR-1342-L74645

Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah usaha yang dilakukan bagi menangani kenaikan harga barang dan peniaga tamak sehingga ia membebankan pengguna.

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

AUM DR 17/5/2016 23

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R.6/2016) Rang Undang-Undang Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016 – Menyambung semula perbahasan atas masalah, “ Bahawa Rang Undang-Undang ini di bacakan kali yang kedua sekarang, “ ( 16 Mei 2016 ) [Menteri Pengangkutan]

2. (D.R.9/2015) Rang Undang-undang Kanun Tatacara

Jenayah (Pindaan) 2015 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R.12/2015) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2015 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

4. (D.R.5/2016) Rang Undang-Undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

5. (D.R.1/2016) Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

6. PR-1342-U74146

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kebelakangan ini pencerobohan kuil kerap berlaku di kawasan Ipoh iaitu di Om Sri Muniswarar Kaliamman, Kuil Sri Muniswarar Amman, dan Kuil Dewa Sri Sakti Buntong. Penyiasatan telus serta pengawalan sekuriti yang ketat, efektif serta rapi perlu diambil dengan serta merta untuk menjaga keharmonian dan kebudayaan negara kita." [ Menteri Dalam Negeri ]

7. PR-1342-U74237

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini akan membahas kemampuan Malaysia untuk

menghadapi jenayah penggodaman. "

[Menteri Komunikasi dan Multimedia ]

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

24 AUM DR 17/5/2016

8. PR-1342-U71852

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat

berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar

meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 58

tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan

dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara

secara bersama dan merealisasikan impian Malaysia."

[ Perdana Menteri]

9. PR-1342-U74367

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Kerajaan memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seluruh

negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan

bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan

melakukan pungutan suara antara rakyat."

[Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

10. PR-1342-U75443 Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum pada 7 April 2016 Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah membawa suatu risalat DR.3 Tahun 2016 ke dalam Mesyuarat Dewan Rakyat mengenai Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum Laporan PAC tersebut telah mengemukakan rumusan dan cadangan serta pendapatnya mengenai kekangan dan kelemahan dalam 1MDB. Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum pihak-pihak berkuasa di beberapa negara khasnya Switzerland, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Luxembourg, Hong Kong dan Australia sedang menjalankan penyiasatan masing-masing berkaitan dakwaan rasuah dan gubahan wang haram yang berkaitan 1MDB. Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum pendapat Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 7 April 2016 bahawa Laporan PAC itu boleh dibawa dan dibahaskan di dalam Mesyuarat Dewan Rakyat akan datang. Justeru Dewan Rakyat yang bersidang mengambil ketetapan supaya Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan pada 7 April 2016 dibahaskan di dalam Majlis Dewan Rakyat." [Menteri Kewangan]

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

AUM DR 17/5/2016 25

11. PR-1342-U75316 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gejala pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai-kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama."

[ Menteri Kewangan ]

12. PR-1342-U75318

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan" [ Menteri Dalam Negeri ]

13. PR-1342-U75319

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia." [Menteri Pendidikan]

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

26 AUM DR 17/5/2016

14. PR-1342-U73955 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan:- "Bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB telah mendedahkan kelemahan ketara dalam tadbir urus 1MDB. Bahawa maklumat baru muncul selepas pembentangan Laporan tersebut dimana IPIC (Dana Berdaulat Abu Dhabi) serta Aabar Investment PJS (Aabar) (Anak Syarikat IPIC) keluar kenyataan di London Stock Exchange bahawa kedua-dua syarikat tersebut bukan pemilik Aabar Investment PJS Ltd (BVI), sebuah syarikat yang berdaftar di British Virgin Island. 1MDB telah memberi Aabar Investment PJS Ltd (BVI) asset bernilai berbillion-billion Ringgit yang sepatutnya diberi kepada IPIC. Asset tersebut adalah sebahagian dari jumlah USD 3.5 billion yang dituju untuk “Asset Swab” dalam perjanjian “Binding Sheet Agreement” antara 1MDB dan IPIC yang harus dilaksanakan menjelang 30Hb Jun 2016. Aabar Investment PJS Ltd (BVI) telah pun digulung dan dibubarkan sejak bulan Jun 2015. Perkembangan terbaru ini akan menjejaskan usaha 1MDB membayar hutang dan melaksanakan pelan rasionalisasi. MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Dewan ini menetapkan sidang khas untuk membahaskan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB." [Menteri Kewangan]

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam membantu menjadikan Daerah Kudat sebagai

AUM DR 17/5/2016 27

**UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 17.5.2016

(Selasa)

1. YB. Tuan Er Teck Hwa

(Bakri)

1. Iklan perjudian dalam talian SMS

1. YB Menteri Komunikasi dan Multimedia

2. 17.5.2016

(Selasa)

2. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim

(Seputeh)

2. Apa yang berlaku pada Penambahbaikan Taman Bukit Kiara di Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur

2. YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan danKerajaan Tempatan

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu