MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURANRUSAN MESYUARAT … · kepada perabot import dan salurkan dana tersebut...

34
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURANRUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 31 MAC 2010 , JAM 10.00 PAGI Bil. 11 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1231-L35363 Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang ataupun mempunyai perancangan untuk meletakkan seluruh agensi-agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang maritim negara di bawah satu agensi sahaja iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 2. PR-1231-L36478 Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah Dasar Keluarga Negara akan diumumkan dan apakah fokus serta sasaran yang telah digariskan dalam dasar tersebut. 3. PR-1231-L35844 Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kejayaan Kerajaan mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan dalam memartabatkan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan sebagai Bahasa Kebangsaan. 4. PR-1231-L35919 Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah wang serta nilai harta-harta yang dibekukan oleh Kerajaan akibat kematian tanpa wasiat, mengikut warganegara dan bukan warga negara serta bagaimana Kerajaan mengurus selia kewangan ini.

Transcript of MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURANRUSAN MESYUARAT … · kepada perabot import dan salurkan dana tersebut...

  • MALAYSIA

    DEWAN RAKYAT

    ATURANRUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

    http://www.parlimen.gov.my

    HARI RABU, 31 MAC 2010 , JAM 10.00 PAGI Bil. 11

    PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

    1. PR-1231-L35363 Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang ataupun mempunyai perancangan untuk meletakkan seluruh agensi-agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang maritim negara di bawah satu agensi sahaja iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

    2. PR-1231-L36478

    Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah Dasar Keluarga Negara akan diumumkan dan apakah fokus serta sasaran yang telah digariskan dalam dasar tersebut.

    3. PR-1231-L35844

    Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kejayaan Kerajaan mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan dalam memartabatkan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan sebagai Bahasa Kebangsaan.

    4. PR-1231-L35919

    Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah wang serta nilai harta-harta yang dibekukan oleh Kerajaan akibat kematian tanpa wasiat, mengikut warganegara dan bukan warga negara serta bagaimana Kerajaan mengurus selia kewangan ini.

  • AUM DR 31/03/2010 2

    5. PR-1231-L36263 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah pelajar-pelajar asing di semua peringkat pengajian yang sedang menuntut di negara ini termasuk pelajar-pelajar di Sekolah Antarabangsa dan berapakah jumlah kes-kes pelanggaran undang-undang negara ini yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar terlibat sepanjang tempoh lima (5) tahun yang lalu.

    6. PR-1231-L36621

    Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan industri perabot dan kayu di Sabah sedang menghadapi saingan hebat dari negara jiran seperti Vietnam. Antara masalah dihadapi adalah kos logistik yang tinggi. Bolehkah YB Menteri mengenakan levi kepada perabot import dan salurkan dana tersebut sebagai subsidi untuk kos logistik kepada peniaga tempatan.

    7. PR-1231-L36006

    Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pelan jangka pendek/panjang Jabatan Perpaduan Negara bagi mencapai perpaduan yang jitu.

    8. PR-1231-L36385

    Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjan g ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status projek tebatan banjir di Rantau Panjang, berapa jumlah peruntukan diluluskan, bila dijangka siap dan bagaimana ia boleh mengatasi bencana banjir di Rantau Panjang.

    9. PR-1231-L36200

    Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah kampus Universiti Teknologi Mara akan dibina di Mukah dan berapakah jumlah peruntukan yang dijangkakan.

    10. PR-1231-L36126

    Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah projek memanjangkan landasan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa akan dimulakan.

    11. PR-1231-L36019

    Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

    (a) langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan pekerja di

    bidang tertentu seperti bidang pembinaan dan bidang pemakanan; dan

  • AUM DR 31/03/2010 3

    (b) langkah-langkah untuk mengaturkan semula penempatan bagi pekerja asing untuk mengelak daripada timbul masalah sosial.

    12. PR-1231-L36860

    Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejak Bandar raya Melaka diisytiharkan sebagai salah satu Bandaraya Warisan Dunia, usaha-usaha Kementerian untuk membantu Kerajaan Negeri mempertahankan kedudukan ini :-

    (a) dengan terperinci sila nyatakan jumlah peruntukan yang

    telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri atau agensinya; dan

    (b) bagaimanakah dengan kawalan semua perlaksanaan dan

    pembangunan oleh Kementerian dibuat.

    13. PR-1231-L36251 Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah dasar pihak Kementerian mengenai para pelajar sekolah yang mempunyai masalah pendaftaran lambat untuk menikmati skim-skim yang layak dipohon oleh warganegara seperti pinjaman buku teks, biasiswa, bantuan uniform ataupun bantuan makanan. Kes sebegini banyak berlaku di kawasan luar bandar seperti Parlimen Sibuti.

    14. PR-1231-L35796

    Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan banyak hospital swasta menyalahgunakan Kad Perubatan (Medical Card) di mana pesakit dikehendaki menjalankan ujian-ujian yang tidak perlu tetapi bertujuan untuk meningkatkan tuntutan Insurans. Bagaimana Kementerian boleh mengatasi amalan hospital swasta dan doktor-doktor yang tidak beretika ini.

    15. PR-1231-L35538

    Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian menambah baik sepanjang lebuh raya dari sempadan Betong-Sarikei ke Simpang Jalan Bulat, Sarikei sejauh 17.5 kilometer yang bengkang-bengkok telah mengundang banyak kes kemalangan yang serius. Jika tidak, apakah faktor-faktornya dan nyatakan juga anggaran kos penambahbaikan tersebut. Jika ya, nyatakan rancangannya.

  • AUM DR 31/03/2010 4

    16. PR-1231-L35289 Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-

    (a) apakah kadar celik huruf di sekolah-sekolah rendah

    Malaysia mengikut negeri masing-masing dan juga bagi Tawau; dan

    (b) apakah rancangan Kementerian untuk menutup jurang kadar

    celik huruf di antara negeri Sabah yang paling miskin sekali berbanding negeri-negeri lain supaya dapat mencapai National Key Results Areas (NKRAs).

    17. PR-1231-L35082

    Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk pertingkatkan peranan Petronas sebagai syarikat dan peneraju Kerajaan untuk memperkembangkan SME tempatan terutamanya sektor minyak dan gas. Apakah hasilnya perancangan tersebut.

    18. PR-1231-L35790

    Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan maklumat sepenuhnya (full disclosure) berkaitan penjualan saham Khazanah Nasional dalam Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) seperti TNB, PLUS Expressway Bhd., Malaysia Airports Bhd. dan sebagainya kepada pihak ketiga. Ke manakah dana awam sebanyak RM3.1 bilion digunakan dan bagaimana dapat dibuktikan kepentingan para pencarum cukai tetap terpelihara.

    19. PR-1231-L36519

    Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah Kementerian menggalakkan penyelidikan bahan alternatif kepada gula memandangkan gula merbahaya kepada kesihatan rakyat.

    20. PR-1231-L35267

    Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-

    (a) apakah punca Wisma Putra memanggil balik Wakil Tetap

    Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Arshad Manzoor Hussain berhubung pengundian pada mesyuarat IAEA di Vienna pada 27 November; dan

    (b) apakah rujukan atau arahan Wisma Putra sebelum

    pengundian tersebut serta apakah pendirian Malaysia dalam IAEA.

  • AUM DR 31/03/2010 5

    21. PR-1231-L35517 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

    (a) adakah pihak Kementerian membuat pemantauan terhadap

    iklan-iklan yang disiarkan di dalam akhbar tempatan yang hanya untuk menarik perhatian pembaca sahaja sedangkan ada sesetengah iklan-iklan ini bertujuan untuk menipu para pembaca terutama sekali akhbar tempatan Sarawak yang menawarkan kerja-kerja di luar negara seperti Singapura; dan

    (b) berapa banyakkah syarikat-syarikat yang terlibat dalam

    penyalah gunaan iklan ini dan apakah jenis tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan sejak 5 tahun kebelakangan ini.

    22. PR-1231-L36761

    Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah halangan untuk pengimportan simen (cement) dari semenanjung ke Negeri Sarawak yang menjadi Cahaya Mata Sarawak Berhad sebagai syarikat monopoli pembekal simen di Sarawak. Apakah rasional kewujudan halangan tersebut.

    23. PR-1231-L36790

    Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah serta di seluruh negara terutamanya di luar bandar.

    24. PR-1231-L36071

    Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sebab ada 'inconsistencies' dalam polisi tentang pengambilan buruh asing. Apakah kesannya kepada perusahan tempatan yang menggunakan pekerja asing. Apakah langkah yang paling wajar untuk mengatasi masalah ini untuk jangka masa panjang.

    25. PR-1231-L35765

    Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang pelancaran Projek Trans- Peninsular Oil Pipeline sejak 2007:-

    (a) Apakah status terkini projek transpen ini dan bilakah

    privilege Transpeninsular Petroleum Sdn Bhd mengurus projek ini tamat.; dan

    (b) Senaraikan nama-nama pelabur utama luar negeri yang

    terlibat dalam projek ini serta pegangan syernya.

  • AUM DR 31/03/2010 6

    26. PR-1231-L35192 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

    (a) apakah signifikannya Kementerian mensasarkan sejumlah

    2.5 juta anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dalam tempoh tiga tahun akan datang. Nyatakan justifikasi negara memerlukan anggota RELA sebanyak ini ; dan

    (b) berapakah bilangan anggota RELA mengikut negeri untuk

    2008-2009. Apakah syarat-syarat untuk menganggotainya.

    27. PR-1231-L36158 Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status projek rintis Bahasa Cina di sekolah-sekolah kebangsaan yang telah memasuki tahun ketiga pelaksanaannya.

    28. PR-1231-L36548

    Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah laporan polis yang dibuat ke atas pemimpin-pemimpin politik mengikut parti sepanjang tahun 2009 dan nyatakan peratusan kertas siasatan yang dibuka terhadap laporan-laporan tersebut.

    29. PR-1231-L35241

    Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan senarai projek yang akan dilaksanakan di kawasan Tuaran dan berapa peratuskah bekalan elektrik di seluruh kawasan tersebut.

    30. PR-1231-L36896

    Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapa banyakkah peruntukan kewangan yang dibelanjakan oleh Kerajaan untuk membina sekolah-sekolah seperti berikut:-

    (a) semua sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah Tamil;

    dan (b) sekolah-sekolah Kebangsaan semenjak tahun 1980 di

    kawasan Parlimen Padang Serai. 31. PR-1231-L36721

    Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan ibu tunggal di Malaysia mengikut negeri pada tahun 2009.

  • AUM DR 31/03/2010 7

    32. PR-1231-L36678 Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengkaji semula skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi guru-guru yang mengajar di pedalaman. Apakah alternatif lain agar semakin ramai guru yang dapat berhijrah dalam usaha membangunkan generasi muda di kawasan pedalaman.

    33. PR-1231-L36355

    Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Kra u ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapa kempen berhenti merokok didapati tidak berkesan mengurangkan jumlah perokok malah semakin bertambah di mana 3 dari 10 orang remaja berumur 12 hingga 18 tahun adalah perokok dan bilangan perokok di kalangan remaja perempuan juga kian meningkat seolah-olah menjadi "trend".

    34. PR-1231-L36644

    Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bagaimanakah Menteri Pelajaran membezakan peruntukan Kementerian Pelajaran dan peranan sebagai Menteri semasa program rasmi penyampaian hadiah cemerlang yang melibatkan guru-guru dan murid-murid sekolah sedangkan pada masa yang sama program Juara Rakyat UMNO diadakan seperti di Kuala Terengganu pada bulan Februari baru-baru ini.

    35. PR-1231-L35113

    Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan strategi dan pelan tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (foreign direct investment) ke Malaysia memandangkan kira-kira satu pertiga jumlah pelaburan swasta adalah dari pelaburan langsung asing.

    36. PR-1231-L35637

    Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan secara terperinci statistik penghidap penyakit barah di Malaysia termasuk pecahan mengikut jenis barah, negeri, gender, umur, kaum dan kurungan pendapatan. Sila nyatakan program Kerajaan untuk meringankan beban pemulihan pesakit barah.

    37. PR-1231-L35957

    Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keupayaan negara mengekalkan daya saing ekonomi di rantau ini. Apakah asas model ekonomi baru yang sedang dirancang oleh Kerajaan.

  • AUM DR 31/03/2010 8

    38. PR-1231-L35342 Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan adakah Malaysia bersedia ke arah penggunaan tenaga nuklear dari segi pembangunan modal insan.

    39. PR-1231-L36705

    Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

    (a) senarai projek dan peruntukan yang telah dibelanjakan

    dalam tempoh RMK-9 untuk meningkatkan pengeluaran dan memajukan pertanian di kawasan Sungai Manik; dan

    (b) senarai projek dan peruntukan yang dicadangkan bagi

    tempoh RMK-10. 40. PR-1231-L36563

    Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status proses pendaftaran kerakyatan kaum orang asal Sarawak, khasnya di kawasan Baram dan bolehkah had masa 2011 dicapai dan sama ada cadangan untuk mengadakan Operasi Pendaftaran Bersepadu dengan agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Pejabat Residen dan Daerah, Mahkamah Bergerak, Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan sebagainya telah dilaksanakan.

    41. PR-1231-L35814 Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana Kementerian mengambil kira 'nutritional standards' dalam menjalankan program makanan tambahan di sekolah-sekolah di negara ini.

    42. PR-1231-L36951 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa tidak ada tindakan undang-undang diambil terhadap bekas pegawai khas YAB Perdana Menteri, Dato' Nasir Safa yang mengaku mengeluarkan kata-kata bahawa 'orang India ke Malaysia untuk mengemis, orang Cina untuk jual tubuh badan' semasa seminar 1Malaysia di Melaka pada bulan Februari 2010.

    43. PR-1231-L35585

    Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pesakit "Kencing Manis" mengikut negeri dari tahun 2005 hingga kini. Apakah langkah dan pertolongan yang telah diberikan bagi membantu pesakit ini.

  • AUM DR 31/03/2010 9

    44. PR-1231-L36742 Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan butir-butir mengikut kaum di semua peringkat perkhidmatan awam pada akhir tahun 2009 dan kemajuan yang dicapai di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 untuk mempelbagaikan kaum dalam sistem perkhidmatan awam kita.

    45. PR-1231-L36155

    Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah keperluan beras negara bagi 3 tahun kebelakangan ini. Dari jumlah ini, berapakah jumlah pengeluaran negara dan berapakah jumlah yang diimport dan dari negara mana.

    46. PR-1231-L35729

    Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes yang akan dituduh, dan telah dituduh dan di jatuh hukum kerana pasport mereka tidak dicop di Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bukit Cagar. Apakah ada penyiasatan dijalankan terhadap kelemahan sistem pentadbiran dalaman dan perkhidmatan pihak berkuasa untuk mencari punca kejadian ini.

    47. PR-1231-L36428

    Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

    (a) bilakah kawasan Industri Felda Jaya Serting, Jempol hendak

    dimajukan; dan (b) apakah bentuk perancangannya dan jumlah peruntukan

    yang telah diluluskan. 48. PR-1231-L36874

    Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

    (a) apakah langkah dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan

    bagi menangani isu-isu sensitif yang berkaitan agama Islam dan bukan Islam yang agak ketara akhir-akhir ini seperti perebutan jenazah, hak penjagaan anak dan lain-lain; dan

    (b) apakah tindakan Kerajaan terhadap kegiatan pendakwahan

    agama bukan Islam, termasuk dakyah Kristian terhadap umat di Malaysia termasuk menyebarkan risalah-risalah, bahan-bahan penerbitan dan lain-lain yang jelas bertentangan dengan semangat Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan undang-undang yang lain.

  • AUM DR 31/03/2010 10

    49. PR-1231-L35733 Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah SJK(T) Kulai Besar akan dibina semula di lokasi baru memandangkan bangunan bilik darjah sedia ada telah disahkan sebagai bangunan tidak selamat dan kapasiti serta tapak sekolah sekarang tidak lagi sesuai untuk menampung jumlah bilangan murid yang begitu ramai.

    50. PR-1231-L35570

    Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

    (a) adakah terdapat siasatan rapi mengenai punca kecurian 2

    enjin jet TUDM yang baru- baru ini dijumpai di Uruguay dan apakah hasil siasatan tersebut; dan

    (b) adakah terdapat mana-mana pegawai atasan yang ditahan

    dan akan dituduh di Mahkamah. 51. PR-1231-L36173

    Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan menyokong usaha untuk merapatkan hubungan Parlimen dengan Kongres Amerika Syarikat. Sila jelaskan sama ada penubuhan sebuah Kaukus Parlimen Malaysia dan Amerika Syarikat akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara China.

    52. PR-1231-L36503

    Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sekiranya Kerajaan bercadang menghapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

    53. PR-1231-L36642

    Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan setakat manakah usaha Kerajaan untuk menggalakkan penggunaan baja organik dalam penanaman padi bagi meningkatkan pengeluaran hasil dan mengurangkan risiko serangan serangga penyakit padi.

    54. PR-1231-L35169

    Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan usaha Kerajaan Pusat memberi penerangan yang sejelas-jelasnya kepada rakyat Kelantan mengenai isu tuntutan royalti minyak yang diganti dengan wang ihsan yang mana sekarang menjadi isu politik yang hangat di Kelantan. Apakah Kerajaan Pusat bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja dan keputusan sama ada negeri-negeri yang ditemui minyak berhak menerima 5% royalti kerana keputusan yang dibuat oleh Badan Bebas boleh membantu menyelesaikan isu royalti minyak atau wang ihsan.

  • AUM DR 31/03/2010 11

    55. PR-1231-L35793 Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mekanisme perlaksanaan dan pemantauan dana RM15 bilion Tabung Intensif Kewangan Swasta (PFI) di bawah RMK-10 yang tujuan dasarnya ialah untuk memastikan syarikat yang menghadapi masalah kewangan dapat meneruskan projek mengikut tempoh yang telah ditetapkan supaya ianya tidak disalah gunakan.

    56. PR-1231-L35520

    Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa dalam 141 kes kematian dalam tahanan polis (dari 2000-2009), hanya 20 inkues dijalankan padahal inkues diwajibkan di bawah seksyen 334 Kanun Acara Jenayah.

    57. PR-1231-L36805

    Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat swasta yang berminat untuk memberikan penajaan dan sumbangan kepada badan-badan sukan di negara ini. Ia bertujuan untuk membolehkan industri sukan negara diperkasakan sekali gus menarik lebih ramai penglibatan generasi muda. Faktor kewangan dilihat merupakan salah satu punca kepada penurunan prestasi atlit-atlit negara.

    58. PR-1231-L35447

    Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jenis OKU yang layak menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan dan mengapa orang yang cedera pada tulang belakang akibat dari kesakitan atau kemalangan tidak boleh dikategorikan sebagai OKU.

    59. PR-1231-L35906

    Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah Kerajaan akan membangunkan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di dalam DUN Bagan Pinang berharga RM30 juta sepertimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri di tapak berkenaan dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang.

    60. PR-1231-L36833

    Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa dalam suasana kegawatan ekonomi di mana rakyat dikenakan bebanan tambahan, Kerajaan terus melakukan penyerahan projek secara rundingan terus seperti dalam kes Naza-TTDI dan Pusat Pameran, Persidangan dan Perdagangan baru.

  • AUM DR 31/03/2010 12

    61. PR-1231-L36082 Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada DEB yang diakui dalam pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan sebagai menyebabkan “rasa kehilangan hak, diskriminasi dan... rasa geram” oleh bukan Bumiputera, yang “mendorong ramai... golongan profesional , untuk bekerja dan tinggal di luar negeri”, akan dikekalkan.

    62. PR-1231-L35396

    Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah langkah yang telah diambil terhadap mereka yang menjual rahsia ketenteraan kepada kedutaan asing dan mengapa mereka tidak dikenakan hukuman penderhakaan.

    63. PR-1231-L36952

    Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan bilangan syarikat untuk mengutip fi parkir (parking fees) di seluruh Kuala Lumpur dan kriteria untuk melantik mereka serta jumlah wang parkir yang dikutip setiap tahun. Bagaimana kadar bayaran, masa dan tempat-tempat parkir ditetapkan.

    64. PR-1231-L36307 Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah usaha bagi mencapai NKRA dan MKRA yang Kementerian sasarkan:-

    (a) isu bekalan air bersih Kampung Bukit Sapi, Kg. Chepor, Kg.

    Laut, Kg. Beng dan Kg. Batu Ring dalam kawasan Parlimen Lenggong amat mustahak. Apa langkah Kementerian menyelesaikan masalah ini; dan

    (b) status jalan daripada Kg. Talong Luat, Lenggong ke

    Kampung Batu Ring Lenggong. 65. PR-1231-L36253

    Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan doktor pakar yang berkhidmat di luar negara dan hospital swasta tetapi telah kembali ke hospital Kerajaan sejak Mac 2008 dan bilangan doktor pakar hospital Kerajaan yang mengalir keluar sejak Mac 2008.

    66. PR-1231-L36140

    Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini draf "Energy Policy" yang dijanjikan siap pada akhir tahun lepas.

  • AUM DR 31/03/2010 13

    67. PR-1231-L35377 Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang membuka permohonan tabung TEKUN Nasional kepada semua kaum secara sama rata selaras dengan konsep 1Malaysia, jika tidak, apakah sebabnya.

    68. PR-1231-L36623

    Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keluasan tanah yang diberikan oleh tiap-tiap negeri seluruh negara kepada FELDA untuk dimajukan sejak tahun 1990 hingga Mac 2010. Berapakah keluasan yang telah dimajukan dan jumlah peserta baru yang telah diambil menjadi peneroka.

    69. PR-1231-L36419

    Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan dan langkah serius Kerajaan terhadap penulis blog yang didapati menghina Institusi Beraja dan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum bagi memastikan perbuatan tidak bertanggungjawab ini tidak berleluasa sehingga menggugat keamanan dan kestabilan negara.

    70. PR-1231-L35849

    Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah pun diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah rumah terbengkalai di kawasan Puchong dalam tempoh 24 bulan lalu.

    71. PR-1231-L35426

    Dato’ Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa jumlah simpanan Amanah Raya hasil daripada kegagalan waris menuntut harta si mati dan apakah yang dilakukan ke atas simpanan tersebut.

  • AUM DR 31/03/2010 14

    ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

    1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail B in Haji Mohamed

    Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-

    “ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

    “ Ampun Tuanku,

    Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia

    di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”

    Menyambung semula Perbahasan atas masalah (30 Mac 2 010)

    2. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data

    Peribadi 2009. (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

    Bacaan Kali Yang Kedua

    3. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

    4. (D.R. 2/2010)

    Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010

    DAN Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

    “BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus lapan puluh lapan juta tiga ratus tujuh puluh sembilan ribu lapan puluh dua ringgit (RM2,388,379,082) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran

  • AUM DR 31/03/2010 15

    Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

    5. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

    6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

    7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

    " Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

    8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

    " Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :- ‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ “

    9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

    " Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :- ‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ “

  • AUM DR 31/03/2010 16

    10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

    " Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :- ‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ “

    11. PR-1231-U35129

    Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

    " Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kesan buruk yang ditinggalkan hasil daripada penggunaan beg dan bahan pembungkus plastik kian membimbangkan , di mana impaknya sering dikaitkan dengan isu-isu pencemaran alam sekitar dan pemanasan global. Dan mengambil maklum bahawa :-

    1. menurut laporan yang dikeluarkan oleh MIDA, industri plastik di negara ini merangkumi 1,500 pengilang dan pengeluar di mana penggunaan resin telah meningkat kepada 1.9 juta tan metrik 1.85 juta tan metrik pada tahun 2006 bererti penggunaan resin perkapita 75 kilogram.

    2. resin yang berasaskan petroleum secara amnya mempunyai impak

    yang besar kepada ekonomi negara, di mana harga pasaran bahan petroleum akan mempengaruhi harga resin untuk membuat bahan plastik.

    3. aktiviti kitar semula seperti mana yang dijanjikan oleh para

    pengeluar bahan plastik adalah terlalu minima. 4. impak kesihatan daripada penggunaan bahan plastik juga kian

    meningkat dan banyak lagi kesan negatif yang lain. Dan mengambil maklum bahawa beg plastik yang digunakan di pasar raya, pasar borong dan pusat membeli-belah boleh digantikan dengan bahan - bahan yang lebih mesra alam seperti beg kertas dan beg berasaskan kain. Sementara bahan pembungkus makanan yang berasaskan plastik boleh digantikan dengan palm oil fibre paper.Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menggubal satu Akta untuk mengharamkan penggunaan beg dan bahan bungkus plastik demi untuk memenuhi komitmen negara dalam mengurangkan impak gas rumah hijau ke udara."

    (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

  • AUM DR 31/03/2010 17

    12. PR-1231-U35132 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

    " Bahawa Dewan ini mengambil maklum sejak akhir-akhir ini kemalangan maut yang melibatkan pengangkutan awam terutama sekali bas pelancong dan penumpang kian berleluasa. Dan mengambil maklum bahawa apa jua kempen , program serta langkah pencegahan yang dibuat atau dijalankan oleh pihak Kerajaan serta agensi Kerajaan masih juga tidak memberikan kesan positif. Dan mengambil maklum bahawa, punca utama kemalangan ini berlaku adalah kecuaian manusia yakni pemandu yang sering kali memandu terlalu laju. Dan mengambil maklum bahawa, kemalangan seperti itu dapat dielakkan dengan memasang alat-alat pencegahan seperti berikut :- (a) loceng penggera (alarm sistem) apabila mencapai had kelajuan

    maksima yang dibenarkan. (b) penanda kelajuan (speedometer) dipasang di bahagian atas,

    hadapan kenderaan di mana ianya dapat dilihat secara jelas oleh para penumpang.

    (c) pemasangan kamera litar (CCTV) dalam bas. Ketiga-tiga langkah ini akan membolehkan para penumpang menegur atau mengingatkan si pemandu apabila beliau melepasi had kelajuan yang dibenarkan dan sekali gus dapat mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk membuat dasar ataupun polisi supaya semua kenderaan pengangkutan awam dimestikan memasang sistem keselamatan ini."

    (Menteri Pengangkutan)

    13. PR-1231-U35133

    Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kebebasan beragama bagi setiap rakyat di negara ini adalah terjamin dalam Perlembagaan Negara. Dan mengambil maklum bahawa semua institusi keagamaan yang terdapat di negara ini memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara, terutama sekali pembangunan moral dan sosial umatnya. Dan mengambil maklum bahawa selaras dengan slogan 1Malaysia dan NKRA negara, setiap Institusi keagamaan ini mempunyai peranan masing-masing untuk membantu Kerajaan menangani masalah sosial dan jenayah di kalangan umatnya.

  • AUM DR 31/03/2010 18

    Dan mengambil maklum bahawa, banyak program yang boleh membantu Kerajaan dalam menangani gejala sosial dan jenayah yang boleh dijalankan oleh institusi keagamaan ini tidak dapat dijalankan kerana kekurangan dana. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk memberikan dana secara tetap dan berjadual kepada badan atau institusi keagamaan bukan Islam di negara ini demi untuk kepentingan negara dan selaras dengan konsep 1Malaysia."

    (Perdana Menteri) 14. PR-1231-U36962

    Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini membahaskan cara-cara yang aman untuk menyelesaikan permasalahan agama dan ras di negara ini. Dewan ini juga hendak diperbincangkan insiden-insiden yang kena-mengena dengan penggunaan kalimah Allah serta langkah-langkah penyelesaiannya."

    (Perdana Menteri)

    15. PR-1231-U36964

    Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mendebatkan pertumbuhan gated dan guarded communities serta syarikat keselamatan bagai cendawan. Dewan ini juga mahu membicarakan kewujudan dwi sistem kepolisian, iaitu Polis DiRaja Malaysia dan para pengawal swasta serta kesan-kesan, implikasi dan konsekwensinya." (Menteri Dalam Negeri)

    16. PR-1231-U35345 Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini dengan seriusnya mengkaji semula perjanjian mengenai galian minyak mentah dan gas asli yang dikeluarkan dari perairan di negeri Sabah yang di tanda tangani pada tahun 1976. Perjanjian ini haruslah dibawa untuk perundingan dengan Kerajaan negeri bagi menetapkan kadar royalti minyak, gas serta keanggotaan keahlian dalam perjanjian".

    (Perdana Menteri)

  • AUM DR 31/03/2010 19

    17. PR-1231-U35349 Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini menetapkan cara pengundian dalam pilihan raya untuk mengelakkan pengundi tidak dapat dikawal serta dapat memastikan tidak ada penyelewengan sewaktu membuang undi supaya satu tanda kesan bagi rakyat yang telah membuang undi dan haruslah di laksana serta dijadikan sebagi syarat undang-undang pengundi."

    (Perdana Menteri) 18. PR-1231-U35353

    Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini dengan seriusnya memastikan mengenai kenaikan penduduk mengikut Bancian Jabatan Perangkaan di mana penduduk Sabah sejak tahun 1970 hingga 2000 telah melambung tinggi sehingga 285%, sedangkan di seluruh negara kenaikan hanya 113% dan di Sarawak yang berjiran dengan Sabah peningkatan cuma 106% sahaja. Jumlah peningkatan penduduk yang sangat ketara ini amatlah mencurigakan serta membimbangkan rakyat Malaysia di Sabah di mana dalam tahun 2007, Sabah dijangkakan sudah mempunyai penduduk 3.1 juta. Maka sekiranya Kerajaan tidak memastikan perancangan peningkatan penduduk ini dengan serius dan menyeluruh, tentunya penduduk Sabah akan dilanda kemiskinan yang teruk. "

    (Perdana Menteri) 19. PR-1231-U35394

    Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengarahkan Kerajaan untuk membina sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di kawasan Bercham memandangkan peningkatan murid-murid di kawasan tersebut."

    (Menteri Pelajaran) 20. PR-1231-U35398

    Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengarahkan mengambil satu ketetapan dan mendesak Kerajaan untuk mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap pengarah akhbar Utusan Malaysia berturutan dengan laporan polis sebelum ini."

    (Menteri Dalam Negeri)

  • AUM DR 31/03/2010 20

    21. PR-1231-U35258 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini membuat ketetapan untuk menggesa Kementerian berkenaan supaya dapat mengeluarkan lesen mengeksport kera. Kera-kera tersebut telah menjadi suatu ancaman kepada penduduk sama ada di bandar atau luar bandar. Populasi kera amat banyak dan cepat membiak. Di luar bandar, ianya memusnahkan serta merosakkan hasil tanaman seperti pisang, kelapa dan buah-buahan lain. Hasil tanaman tersebut merupakan pendapatan tambahan kepada penduduk miskin di luar bandar."

    (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

    22. PR-1231-U35259

    Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengkaji semula undang-undang berhubung dengan had laju supaya dinaikkan dari 110 KM/J kepada 130 KM/J di laluan lebuh raya."

    (Menteri Pengangkutan)

    23. PR-1231-U35260

    Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini menetapkan gaji minima RM 800 kepada pemandu-pemandu kenderaan berat terutamanya kepada pemandu bas ekspres dari mengelakkan dan mengurangkan kemalangan, kesan akibat dari mengejar trip."

    (Perdana Menteri)

    24. PR-1231-U36973 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera untuk mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti India sebaliknya sebuah negara yang mengamalkan dwi-sistem (sistem perundangan hybrid) iaitu dengan meminda Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan dengan menambah perkataan seperti berikut:

  • AUM DR 31/03/2010 21

    ‘Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi undang-undang dan syariatnya’. Bahawa Dewan mengambil maklum bahawa keputusan Mahkamah di dalam kes Che Omar Che Soh v. Pendakwaraya dan Jamaluddin Osman v. Menteri Dalam Negeri telah banyak diputarbelit dan disalahtafsir oleh golongan tertentu untuk memberi gambaran kononnya Malaysia adalah negara sekular sedangkan hakikatnya Malaysia bukanlah negara sekular sebaliknya negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka dengan pindaan kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan seperti yang dicadangkan akan memperjelaskan perihal kedudukan status negara ini tanpa sebarang keraguan lagi."

    (Perdana Menteri)

    25. PR-1231-U36974 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah supaya Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menambah perkataan seperti berikut (seperti yang dihitamkan):‘Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan, kecuali undang-undang dan syariat Islam, apa-apa undang-undang yang diluluskan berlawanan dengan Per lembagaan ini dan undang-undang Islam atau hukum syara’ henda klah terbatal setakat ianya berlawanan itu’ . Bahawa Dewan mengambil maklum bahawa banyak keadaan di mana hukum syara’ dan syariat Islam telah terbatal dan atau tidak dapat dilaksanakan kerana Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan ini yang meletakkan undang-undang negara mengatasi semua undang-undang dan peraturan lain termasuk undang-undang serta syariat Islam seperti pengharaman pemakaian serban disekolah-sekolah kebangsaan, pemakaian purdah dan jilbab di jabatan-jabatan kerajaan, pelaksanaan undang-undang syarak seperti khalwat, zina, qazaf yang bercanggah dengan hukum syara’ dan lain-lain."

    (Perdana Menteri) 26. PR-1231-U36975

    Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan mengambil langkah supaya Jadual 9 Senarai 2(1) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan membuang perkataan seperti berikut:-‘tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan dan diganti dengan perkataan berikut; dan mempunyai bidang kuasa mengenai apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan di dalam dan menurut hukum syara’

  • AUM DR 31/03/2010 22

    dan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas dan ta’zir) termasuk membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan menguatkuasakan apa jua hukuman dan/atau perintah yang dikeluarkannya. Dan proviso kepada Seksyen 2, Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) hendaklah dipinda bersesuaian dengan pindaan kepada Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan di atas dan hendaklah berbunyi seperti berikut: Mahkamah Syariah tersebut hendaklah mempunyai bidang kuasa mengenai apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan di dalam dan menurut hukum syara’ dan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas dan tazir) termasuk membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang dikeluarkannya. Bahawa Dewan ini mengambil maklum umat Islam wajib melaksanakan syariat Islam termasuk undang-undang jenayahnya saperti hudud, qisas dan ta’zir tanpa sebarang pengubahsuaian dan pindaan seperti yang berlaku sekarang dan Dewan mengambil maklum bahawa kegagalan melaksanakan sistem perundangan Islam sepenuhnya ini boleh membatalkan aqidah umat Islam."

    (Perdana Menteri)

    27. PR-1231-U36976

    Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah supaya Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menambah perkataan seperti berikut (seperti yang dihitamkan): ‘Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, termasuk menukar agamanya kecuali bagi penganut agama Islam yang hendaklah tertakluk kepada undang-undang dan syariat Islam. Bagi maksud penganut agama Islam, soal kemasukan dan kemurtadan dari agama Islam hendaklah ditentukan oleh Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa mutlak keatasnya.Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa walaupun Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa kes termasuk Azlina Jailani @ Lina Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendaftaran Negara memutuskan bahawa dalam hal ehwal dan permasalahan kemasukan atau kemurtadan daripada Islam hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dan

  • AUM DR 31/03/2010 23

    Mahkamah Sivil tidak boleh mempunyai apa-apa bidang kuasa menurut Artikel 121 (1A), namun masih lagi ada pihak yang mempertikaikan dan membawa kes seumpama ini ke Mahkamah Sivil dimana dalam kes melibatkan seorang Punjabi Muslim di mana mayatnya terlantar di Hospital Sungai Buloh, Selangor selama sebulan kerana Mahkamah Sivil masih mahu mendengar kes-kes seumpama ini, sedangkan merupakan fardu kifayah ke atas umat Islam untuk menyegerakan pengurusan dan pengebumian jenazah orang Islam yang telah meninggal dunia. Dengan adanya peruntukan seumpama di atas maka isu seperti ini tidak akan berbangkit lagi."

    (Perdana Menteri)

    28. PR-1231-U36977 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan keputusan daripada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke 19 pada 06hb - 08hb. Oktober 1987 dan mengambil langkah serta-merta memansuhkan dan menghapuskan semua amalan syirik dan kufur termasuk upacara bertafakur yang diadakan di hadapan Tugu Negara sempena Hari Pahlawan, Hari Angkatan Tentera, Hari Polis dan lain-lain hari peringatan atau apa jua upacara rasmi dan semua langkah yang berkesan dan efektif diambil agar anggota tentera, polis dan lain-lain orang yang beragama Islam tidak dipaksa dan/ atau diarah melakukan upacara dan amalan kawad hormat dan/ atau bertafakur di hadapan Tugu Negara yang telah difatwakan sebagai syirik."

    (Perdana Menteri)

    29. PR-1231-U36978

    Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama semua Kerajaan Negeri supaya melantik seorang Mufti Negara sebagai Ketua bagi dan dengan kuasa dan

  • AUM DR 31/03/2010 24

    autoriti mengatasi kesemua Mufti-Mufti dan menjadi Pengerusi bagi Majlis Fatwa Kebangsaan dengan tanggungjawab dan menjawab hanya kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Selanjutnya Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan supaya memberi kuasa dan bidang kuasa jelas kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menguatkuasa dan melaksanakan fatwa-fatwa yang dikeluarkannya dan mana-mana orang yang mempersoalkan dan/ atau mempertikaikan Fatwa-fatwa tersebut hendaklah dianggap melakukan penghinaan terhadap agama Islam dan diambil tindakan tegas menurut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atau di bawah mana-mana undang-undang (Persekutuan atau Negeri)."

    (Perdana Menteri)

    30. PR-1231-U36979 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa kaukus khusus untuk menangani dan memantau dan mengambil langkah-langkah berkaitan dengan masalah Palestin dan menamakan badan ini sebagai Jawantankuasa Kaukus bagi Palestin dengan melantik YB Kepala Batas sebagai Pengerusi Kaukus tersebut dan selanjutnya Dewan ini mendesak Kerajaan Mesir supaya membuka semula pintu Rafah dan memberi kebebasan keluar/ masuk kepada rakyat Palestin dan tidak menghalang sebarang usaha-usaha bantuan kemanusiaan oleh mana-mana pihak; dan juga mendesak rejim zionis Israel supaya segera mengembalikan hak rakyat Palestin dan mengiktiraf Negara Islam Palestin sebagai negara yang merdeka dan berdaulat dan Baitulmaqdis sebagai ibu negeri bagi Negara Islam Palestin."

    (Perdana Menteri) 31. PR-1231-U36980

    Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet dengan segera khusus untuk menangani dan memantau dan mengambil langkah-langkah bersepadu dan berkesan berkaitan dengan hal ehwal masyarakat India dan penganut agama Hindu dengan tujuan untuk memantapkan kedudukan ekonomi mereka dan hal masalah peribadatan mereka termasuk penyelenggaraan dan pengurusan kuil-kuil mereka dan menyelesaikan permasalahan kewarganegaraan dan kad pengenalan mereka dan dinamakan sebagai

  • AUM DR 31/03/2010 25

    Jawatankuasa Khas Kabinet bagi Hal Ehwal Masyarakat India dengan melantik Timbalan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas tersebut."

    (Perdana Menteri)

    32. PR-1231-U36981 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian Pelajaran supaya dengan serta-merta menubuhkan sebuah Majlis Buku Negara dengan peruntukan yang mencukupi dan segera menggubal Dasar Buku Negara dan Akta Buku serta mengambil semua langkah yang munasabah dan praktikal untuk membantu, menggalakkan, membangunkan dan memajukan industri buku negara. Selanjutnya Dewan juga membuat ketetapan supaya Dasar Buku Negara seperti yang telah dimaktubkan segera dilaksanakan sepenuhnya dan mencapai matlamat yang disasarkan dalam Dasar Buku Negara tersebut."

    (Menteri Pelajaran)

    33. PR-1231-U36982 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan Persekutuan supaya mengambil langkah menyiarkan dan mewajibkan siaran azan pada tiap-tiap waktu solat fardu yang lima di semua tempat awam tanpa sebarang sekatan dan/ atau halangan. Ini kerana sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang dimaktubkan oleh Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, maka adalah penting untuk syiar Islam dimartabatkan."

    (Perdana Menteri)

    34. PR-1231-U36983

    Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Dalam Negeri mengambil langkah supaya kesemua banduan dan tahanan yang disabit dan dikenakan hukuman penjara sepanjang hayat hendaklah dikurangkan hukuman penjara tidak melebihi 20 (dua puluh tahun) dan bagi yang telah menjalani hukuman melebihi jumlah 20 tahun tersebut (setelah ditolak cuti dan kelakuan baik) hendaklah dibebaskan dengan serta-merta."

    (Menteri Dalam Negeri)

  • AUM DR 31/03/2010 26

    35. PR-1231-U36984 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil langkah mendesak Menteri Pengangkutan supaya mengarahkan dan/ atau mengenakan syarat kepada syarikat penerbangan Malaysia Airline, Air Asia atau mana-mana syarikat penerbangan dalam negeri ini supaya membenarkan kakitangan wanitanya terutama pramugari yang beragama Islam pilihan untuk memakai pakaian / pakaian seragam yang mematuhi hukum syara’ sebagaimana syarikat penerbangan antarabangsa lain seperti Emirates Airways, Saudi Airline, Royal Brunei Airline dan lain-lain."

    (Menteri Pengangkutan)

    36. PR-1231-U36985 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Pengangkutan melarang dan/ atau mengenakan syarat kepada syarikat Penerbangan Malaysia supaya menghentikan penjualan arak dan lain-lain minuman keras dan yang memabukkan semasa di dalam penerbangan sebagaimana yang telah pun dilaksanakan oleh banyak syarikat penerbangan antarabangsa lain seperti Saudi Air, Emirates Airways, Brunei Airline dan lain-lain."

    (Menteri Pengangkutan)

    37. PR-1231-U36986

    Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hanya membenarkan penjualan arak, minuman keras dan yang memabukkan dalam apa bentuk sekalipun hanya di premis-premis khas yang dilesenkan dan hanya khusus untuk masyarakat bukan Islam sahaja; sebagaimana premis khas untuk penjualan nombor ekor, tempat perjudian dan daging khinzir dan lain-lain; dan tidak melesenkan kedai-kedai runcit atau serbaneka daripada menjual arak dan/ atau apa-apa minuman keras dan yang memabukkan di premisnya. Dewan ini mengambil maklum banyak kes terjadi dimana remaja dan belia beragama Islam yang menyalahgunakan penjualan arak dan minuman beralkohol serta kemudahan kondom di kedai-kedai serbaneka ini untuk kegiatan tidak berakhlak dan bermoral, yang akhirnya membawa kepada timbulnya gejala sosial yang serius seperti kegiatan merempit yang melampau, perzinaan, perogolan dan kesalahan seksual dan kes pembuangan bayi."

    (Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan)

  • AUM DR 31/03/2010 27

    38. PR-1231-U36987 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Dalam Negeri supaya dengan segera mengambil langkah membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditahan kononnya atas dakwaan terlibat dengan kegiatan militan Islam seperti Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM),Jemaah Islamiah (JI), Kumpulan Al Maunah dan lain-lain termasuk Mas Selamat Kastari dan jika pihak kerajaan mempunyai apa-apa bukti dan keterangan terhadap mereka hendaklah mereka dengan segera dibawa ke hadapan sebuah Mahkamah sivil yang berbidang kuasa untuk membicarakan mereka tanpa sebarang kelengahan lagi. Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa menahan mana-mana individu tanpa perbicaraan dan hak membela diri adalah bercanggah dengan hukum syara’ dan undang-undang Islam; apatah lagi terdapat undang-undang lain yang mencukupi untuk menangani permasalahan perundangan yang ada bagi hal-hal yang menjejaskan keselamatan, keamanan dan ketenteraman Negara."

    (Menteri Dalam Negeri)

    39. PR-1231-U36988

    Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya mengkaji dan melaksanakan projek membesarkan dan membaik pulih Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur termasuk membina mihrab dan mimbar baru yang bersesuaian, menurap keseluruhan tapak masjid tersebut dengan marmar sebagaimana yang dibuat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta mengukuhkan bumbung masjid tersebut agar dapat menampung jemaah untuk mengerjakan solat terutamanya solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri & Aidiladha memandangkan pertambahan jemaah yang semakin meningkat mutakhir ini."

    (Perdana Menteri)

    40. PR-1231-U36989 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia supaya mengeluarkan larangan terhadap mana-mana pembantu rumah asing yang beragama Islam daripada bekerja dengan mana-mana majikan yang bukan beragama Islam.

  • AUM DR 31/03/2010 28

    Ini adalah kerana terdapat banyak aduan pembantu-pembantu rumah asing yang beragama Islam yang dipaksa memakai pakaian bercanggah dengan Islam seperti berseluar pendek, memakan makanan dan minuman yang haram seperti babi dan arak, serta dipaksa memandikan dan membela anjing dan tinggal di persekitaran dan suasana yang jelas bercanggah dan/atau tidak bersesuaian dengan seorang Muslim."

    (Menteri Dalam Negeri)

    41. PR-1231-U36990 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya membenarkan pencarum KWSP yang beragama Islam mengeluarkan simpanan mereka bagi tujuan mengerjakan ibadah haji bagi diri mereka dan keluarga terdekat sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka walaupun belum mencapai umur persaraan 55 tahun; Selanjutnya Dewan juga mengambil ketetapan mendesak Kementerian Kewangan supaya segera mengambil langkah memansuhkan Seksyen 167 Akta Insurans dan Peraturan 6 Peraturan KWSP 2001 yang banyak menimbulkan masalah dan disalahgunakan oleh penama yang dinamakan sebagai benefisiari kerana banyak kes di mana penama apabila menerima wang caruman daripada KWSP telah tidak membahagikan wang tersebut menurut syara’ dan hukum faraid; atau sebagai alternatif mengenakan syarat kepada pengurusan KWSP supaya wang caruman si mati tidak dibayar kepada penama kecuali mereka telah mengemukakan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah dan pembayaran dibuat oleh KWSP terus kepada waris-waris yang dinamakan di dalam sijil faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa tersebut."

    (Menteri Kewangan)

    42. PR-1231-U36991

    Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian Pertahanan supaya mewujudkan kem-kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mengambil hanya pelatih wanita sahaja sebagai pilihan bagi mereka dan ibu bapa yang mahukan anak perempuan mereka diasingkan kerana terlalu banyak aduan pelatih-pelatih wanita yang melalui pengalaman diganggu oleh sama ada pelatih atau petugas lelaki sehingga ada yang mencabul, mendera dan merogol;

  • AUM DR 31/03/2010 29

    ramai ibu bapa yang mengadu anak perempuan mereka yang apabila kembali daripada PLKN berubah menjadi terlalu terbuka dalam pergaulan dan perhubungan dengan lelaki walaupun sebelum ke PLKN anak-anak mereka sangatlah bersopan dan menjaga akhlak dan batasan pergaulan dengan lelaki;Selanjutnya Dewan mengambil ketetapan mendesak Kementerian Pertahanan supaya menerapkan dalam silibus latihan kepada pelatih-latih beragama Islam modul nilai Islam seperti mewajibkan solat jemaah pada tiap waktu solat fardu, qiamullail dan tahajjud, dan melatih mereka supaya mengimarahkan masjid dengan selalu mengadakan program qiamullail dimana-mana masjid berhampiran kem PLKN, yang mana ini akan bukan sahaja menjalinkan ukhwah dan persaudaraan dengan masyarakat sekeliling, ianya juga akan memperkukuh dan memperkuatkan aspek spiritual dan kerohanian pelatih-pelatih PLKN."

    (Menteri Pertahanan)

    43. PR-1231-U36992 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada Menteri Pengangkutan supaya diadakan koc-koc dan gerabak-gerabak khas di perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (termasuk komuter, perkhidmatan antarabandar) dan Sistem Transit Aliran Ringan (STAR dan Putra) bagi Wanita Sahaja; ini adalah untuk memberi pilihan kepada penumpang wanita membuat pilihan untuk menaiki koc dan gerabak khas untuk wanita sahaja termasuk bagi koc berkatil kerana banyak aduan diterima di mana penumpang wanita di perkhidmatan KTMB dan LRT mengadu mereka diraba, dicabul dan diganggu dengan gangguan seksual semasa menggunakan perkhidmatan ini terutama di waktu puncak. Oleh itu untuk keselesaan dan keselamatan penumpang wanita, Dewan mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya segera mengkaji dengan tujuan melaksanakan skim koc dan gerabak Khas Untuk Wanita sahaja bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (termasuk komuter, perkhidmatan antara bandar) dan Sistem Transit Aliran Ringan (STAR dan Putra)."

    (Menteri Pengangkutan)

  • AUM DR 31/03/2010 30

    44. PR-1231-U36993 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri, dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam) supaya mengkaji keperluan mewujudkan sebuah pusat tahanan, penjara dan/ atau tempat pelaksanaan hukuman bagi mereka yang disabit dan dijatuhkan hukuman oleh mana-mana Mahkamah Syariah yang berbidang kuasame memandangkan tiadanya pusat tahanan, penjara dan/ atau tempat pelaksanaan hukuman bagi pesalah-pesalah syarie seperti yang kita saksikan dalam kes Kartika Sari Dewi Sukarno baru-baru ini. Dewan mengambil perhatian bahawa pelaksanaan hukuman bagi pesalah syarie adalah sangat berbeza dari tujuan, matlamat dan bentuk hukuman bagi pesalah syarie berbanding dengan pesalah di Mahkamah Sivil."

    (Menteri Dalam Negeri)

    45. PR-1231-U35276

    Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mendesak Perdana Menteri segerakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat dan mengaudit Kementerian Pertahanan supaya siasatan awam boleh dijalankan terhadap penglibatan pegawai-pegawai Kerajaan termasuk pegawai tinggi dalam kes kehilangan enjin pesawat, kes pembocoran rahsia pertahanan dan tender-tender yang dikeluarkan. Ini adalah bertujuan mengembalikan ketelusan dalam pentadbiran Kementerian Pertahanan." (Menteri Pertahanan)

    46. PR-1231-U35277 Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mendesak Perdana Menteri melucutkan Peguam Negara, (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail dengan serta merta kerana gagal menyempurnakan tugas bagi mendakwa beberapa kes termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr. Mohammed Khir Toyo dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said. Pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan kes-kes ini kepada tindakan Peguam Negara melebihi enam (6) bulan dan tiada tindakan sehingga kini."

    (Perdana Menteri)

  • AUM DR 31/03/2010 31

    47. PR-1231-U35079 Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan Malaysia untuk mengubah peraturan penyusunan mata pelajaran bagi peperiksaan SPM yang menghalang pelajar-pelajar India dari mengambil kedua-dua mata pelajaran Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil di mana peraturan ini adalah tidak sejajar dan tidak mencerminkan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan Malaysia."

    (Menteri Pelajaran)

    48. PR-1231-U36585

    Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh MINDEF, mesti dibawa ke parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara."

    (Menteri Kewangan)

    49. PR-1231-U35030 Dato' Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan. Hal ini kerana keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang memerlukan perhatian yang serius bagi menjamin ekonomi negara berada di landasan yang betul. Adalah tidak wajar membiarkan pakar luar yang dilantik membentuk polisi ekonomi negara. Maka adalah wajar negara memerlukan seorang pakar ekonomi menjawat jawatan Menteri Kewangan."

    (Perdana Menteri)

  • AUM DR 31/03/2010 32

    50. PR-1231-U35031 Dato' Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan mengambil ketetapan pelantikan Pengerusi dan Anggota Suruhanjaya dibuat melalui Parlimen. Perdana Menteri hendaklah menasihati DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong calon-calon yang telah dipilih oleh Parlimen. Dengan ini imej dan kewibawaan Suruhanjaya akan dapat dipertingkatkan."

    (Perdana Menteri)

    51. PR-1231-U35032

    Dato' Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini mendesak Menteri Kewangan menetapkan setiap pelantikan perundingan dalam projek swasta hendaklah mencerminkan konsep 1Malaysia. Sekurang-kurangnya 50% panel perunding hendaklah dalam kalangan profesional Bumiputera ."

    (Menteri Kewangan)

    52. PR-1231-U36231 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Bangsa-bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 18 Disember 2007 dimana negara-negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman-hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar Negari untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Moratarium tersebut." (Menteri Luar Negeri)

  • AUM DR 31/03/2010 33

    53. PR-1231-U36235 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

    "Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja Siasatan Kes Pembunuhan Altantuya Sharibu yang mati dibunuh beberapa tahun lalu. Daripada siasatan dan perbincangan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi."

    (Perdana Menteri)

  • AUM DR 31/03/2010 34

    RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

    (DEWAN RAKYAT)

    TAHUN 2010

    RISALAT/DOKUMEN

    TARIKH DIBENTANGKAN

    ST.1 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

    Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia Bagi Tahun 2008

    31 Mac 2010

    ST.2 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tahun 2008.

    31 Mac 2010