malim demam

2
Plot cerita Hikayat Malim Demam Sebelum pengembaraan: Mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu malim deman, putera Raja Malim Dewa yang memerintahkan di negeri bandar muar. Bonda Malim Deman ialah Tuan Puteri Lindungan Bulan. Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan akhirat sehingga ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal. Kemudian diceritakan Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang tua, berpakaian serba putih, berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman pergi ke hulu sungai muar kerana di sana ia akan bartemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi demikian, malim deman memohon keizinan daripada kedua ayahanda dan bondanya untuk keluar mengembara. Dalam masa pengembaraan: Semasa mengembara, Malin Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing perburuannya. Mereka semua telah mati kerana tidak tahan memderita mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan, mengahadapi kekurangan bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan. Hanya Malin Deman yang berjaya sampai ke taman nenek kebayan, tempat Tuan Puteri dari kayangan turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan Puteri Bongsu, Malim Deman menyamar sebagai pengail dan berjaya mencuri baju layang tuan puteri. Puteri Bongsu tidak boleh pulang semula ke kayangan kerana baju layangnya hilang. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman dikahwinkan dengan Puteri Bongsu dan mereka pulang ke Bandar Muar.

description

PENGLIPURLARA

Transcript of malim demam

Plot cerita Hikayat Malim DemamSebelum pengembaraan:Mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu malim deman, putera Raja Malim Dewa yang memerintahkan di negeri bandar muar. BondaMalim Deman ialah Tuan Puteri Lindungan Bulan. Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan akhirat sehingga ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal. Kemudian diceritakan Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang tua, berpakaian serba putih, berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman pergi ke hulu sungai muar kerana di sana ia akan bartemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi demikian, malim deman memohon keizinan daripada kedua ayahanda dan bondanya untuk keluar mengembara.Dalam masa pengembaraan:Semasa mengembara, Malin Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing perburuannya. Mereka semua telah mati kerana tidak tahan memderita mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan, mengahadapi kekurangan bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan. Hanya Malin Deman yang berjaya sampai ke taman nenek kebayan, tempat Tuan Puteri dari kayangan turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan Puteri Bongsu, Malim Deman menyamar sebagai pengail dan berjaya mencuri baju layang tuan puteri. Puteri Bongsu tidak boleh pulang semula ke kayangan kerana baju layangnya hilang. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman dikahwinkan dengan Puteri Bongsu dan mereka pulang ke Bandar Muar.Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali kedua bagi menurut isterinya dan puteranya yang membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan perbuatan Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Malin Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan bermersa dengan si Kembang Cina menyebabkan puteri Bongsu merajuk hati. Puteri bongsu berhasil mendapatkan baju layang dan bersama dengan puteranya ia kembali ke pangkuan ayahanda bondanya di negeri kayangan. Malim Deman merantau mencari cara bagaimana untuk ke kayangan. Dengan pertolongan puteri Terus Mata, Malim Deman berjaya meminjam borak milik anak raja jin itu terbang ke kayangan. Di kayangan Malim Deman terpaksa menyamar dan kemudiannya bertarung mengadu kekuatan dan kesaktian dengan Mambang Molek, tunang Puteri Bongsu dalam satu sayembara yang diadakan.Selepas pengembaraan:Malim Deman berjaya memujuk Puteri Bogsu dan membawa pulang istana dan puteranya ke istana. Sebelum itu, Malim Deman berkahwin dengan Tuan Puteri Terus Mata. Malim Deman membawa isteri-isteri dan puternya kembali ke istana. Mereka hidup aman dan berbahagia serta memepunyai kerajaan yang besar. Cerita berakhir dengan happy ending kebahagiaan watak utama.