Manaqib Sheikh Said Al-Ahmadiah Petikan Daripada Akhbar Islam.p

4
Petikan daripada Akhbar Islam (5 ZUlhijjah 1407 / 31 Julai 1987) issue 13, ditulis oleh Imam Al-Soouti : Manaqib Tuan Shaykh Muhamad Said al-Linggi Keadaan sebuah bukit kecil yang terletak di tepi jalan hendak ke Jelebu dari bandar Seremban sunyi sepi saja. Suasananya tenang dan damai. Cuma sesekali ketenangan itu dipecah oleh derauan kereta yang meluncur laju sama ada menempuh bandar Seremban ataupun menuju ke Jelebu. Burung-burung berterbang riang. Berkicauan dan menyanyi memuji dan memuja Allah. Berzikir menyatakan keagungan Allah. Dari dahan ke ranting, burung-burung itu terbang penuh gembira dan riang ria. Tetapi sayang, semua sebutan zikir itu tidak terdengar oleh telinga hamba yang lemah. Untuk naik ke bukit itu disiapkan tangga. Kira-kira dua atau empat minit meniti anak-anak tangga itu, kita kan sampai di puncaknya. Sesampai di puncak kita akan terpegun sejenak. Melihat satu pagar kecil di dalamnya berdiri sebuah wakaf kecil. Di dalam pagar itu berdiri niasan-niasan kaku. Dua batang pokok tanjung yang merimbun di pinggir pagar itu terus menggugurkan bunganya menyebabkan kawasan itu menjadi harum semerbak. Berdiri di pagar (makam) itu kita berasa sebuah ketenganan turut berdiri dalam diri kita. Di dalam pagar kecil itulah merupakan rumah terakhir (makam) Al- marhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id bin Tuan Shaykh Jamaluddin al-Linggi , seorang ulama dan guru tariqah yang terbesar di Negeri Sembilan. Allahyarham kembali menemui Allah pada 12 Rabiulawal dalam usia 62. Allahyarham Tuan Shaykh Muhammad Sa’id merupakan seorang guru pengembang Tariqah Ahmadiah, bukan sahaja di negerinya (Negeri Sembilan) tetapi di seluruh Malaysia termasuk juga beberapa buah negara di rantau ini seperti Indonesia, Pattani, Singapura dan Kampuchea. Keterkenalan dan ketinggian ilmu yang terkandung dalam tubuh badan Tuan Shaykh Muhammad Sa’id sebenarnya tidak perlu disebut dan cerita lagi. Masyarakat yang sezaman dengannya tahu mengenai itu semua. Malahan, kehebatan itu masih lagi disebut- sebut sampai ke hari ini, walaupun Allahyarham meninggalkan kita sudah lebih setengah abad.

description

Manaqib

Transcript of Manaqib Sheikh Said Al-Ahmadiah Petikan Daripada Akhbar Islam.p

Page 1: Manaqib Sheikh Said Al-Ahmadiah Petikan Daripada Akhbar Islam.p

Petikan daripada Akhbar Islam (5 ZUlhijjah 1407 / 31 Julai 1987)

issue 13, ditulis oleh Imam Al-Soouti :

Manaqib Tuan Shaykh Muhamad Said al-Linggi

Keadaan sebuah bukit kecil yang terletak di tepi jalan hendak ke Jelebu dari bandar Seremban sunyi sepi saja. Suasananya tenang

dan damai. Cuma sesekali ketenangan itu dipecah oleh derauan

kereta yang meluncur laju sama ada menempuh bandar Seremban

ataupun menuju ke Jelebu.

Burung-burung berterbang riang. Berkicauan dan menyanyi memuji

dan memuja Allah. Berzikir menyatakan keagungan Allah. Dari

dahan ke ranting, burung-burung itu terbang penuh gembira dan

riang ria. Tetapi sayang, semua sebutan zikir itu tidak terdengar

oleh telinga hamba yang lemah.

Untuk naik ke bukit itu disiapkan tangga. Kira-kira dua atau empat

minit meniti anak-anak tangga itu, kita kan sampai di puncaknya. Sesampai di puncak kita akan terpegun sejenak. Melihat satu pagar

kecil di dalamnya berdiri sebuah wakaf kecil.

Di dalam pagar itu berdiri niasan-niasan kaku. Dua batang pokok

tanjung yang merimbun di pinggir pagar itu terus menggugurkan

bunganya menyebabkan kawasan itu menjadi harum semerbak.

Berdiri di pagar (makam) itu kita berasa sebuah ketenganan turut berdiri dalam diri kita.

Di dalam pagar kecil itulah merupakan rumah terakhir (makam) Al-

marhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id bin Tuan Shaykh

Jamaluddin al-Linggi , seorang ulama dan guru tariqah yang

terbesar di Negeri Sembilan. Allahyarham kembali menemui Allah

pada 12 Rabiulawal dalam usia 62.

Allahyarham Tuan Shaykh Muhammad Sa’id merupakan seorang

guru pengembang Tariqah Ahmadiah, bukan sahaja di negerinya (Negeri Sembilan) tetapi di seluruh Malaysia termasuk juga

beberapa buah negara di rantau ini seperti Indonesia, Pattani,

Singapura dan Kampuchea.

Keterkenalan dan ketinggian ilmu yang terkandung dalam tubuh

badan Tuan Shaykh Muhammad Sa’id sebenarnya tidak perlu disebut dan cerita lagi. Masyarakat yang sezaman dengannya tahu

mengenai itu semua. Malahan, kehebatan itu masih lagi disebut-

sebut sampai ke hari ini, walaupun Allahyarham meninggalkan kita

sudah lebih setengah abad.

Page 2: Manaqib Sheikh Said Al-Ahmadiah Petikan Daripada Akhbar Islam.p

Sememangnya, Allahyarham bukan calang-calang orang. Sebelum

beliau menjadi guru, beliau telah berguru dengan berbagai guru. Dikatakan bahawa guru beliau tidak kurang 50 orang dan beliau

juga pernah belajar agama di negara-negara Timur Tengah seperti

Mesir, Makkah dan juga Madinah.

Ulama besar yang menjadi guru kepada Allahyarham adalah Tuan

Shaykh Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi iaitu murid

kanan kepada Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rashid yang

berasal dari Sudan kemudian mangkat di Maa’la di Makkah. Tuan

Shaykh Muhammad Sa’id telah menyambung bai’ah Tariqah

Ahmadiah terus dari gurunya, iaitu Tuan Shaykh Muhammad ad-

Dandarawi .

Dalam usahanya menyebarkan ajaran Islam dan ilmu mengenai

Allah melalui Tariqah Ahmadiah, Almarhum telah memilih Ampangan Seremban sebagai pusatnya. Pada mulanya ajaran itu

kurang mendapat sambutan, tetapi lama-kelamaan ajaran itu

berkembang subur.

Oleh kerana keyakinan Tuan Shaykh Muhammad Sa’id kepada

ilmu Allah, beliau dikurniakan Allah beberapa kelebihan. Segala kelebihan dan keistimewaan yang dipunyai itu, tidak mudah

dipercayai oleh orang awam. Apalagi kalau seseorang itu tidak

mempunyai ilmu yang banyak serta keyakinan yang kuat kepada

kekuasaan Allah.

Sebagai seorang yang mengasihi Allah, yang rindu dan sentiasa

cintai Allah, melalui zikirnya, sholatnya serta gerak geri

kehidupannya, maka Tuan Shaykh Muhammad Sa’id dianugerahi

oleh Allah itu semua.

Antara kelebihan dan keistimewaan yang terdapat kepada

Almarhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id ialah beberapa

koramah. Misalnya beliau boleh menyelam dalam air seberapa lama

yang beliau mahu, tanpa menggunakan bantuan oksigen dan

sebagainya.

Pernah terjadi keganjilan ini dan disaksikan oleh orang ramai. Ketika itu beliau mahu menyemberang Sungai Kelantan tatkala di

tebing sebelah bandar Kota Bharu. Kebetulan perahu (motor bot)

yang hendak ditumpang itu penuh. Tuan empunya motor bot tidak

membenarkan Allahyarham naik kerana takut karam apabila muatan terlebih. Menyedari itu, Allahyarham tidak jadi naik motor

bot itu. Tuan empunya motor bot itu terus menghidupkan enjin dan

mengemudikan motor botnya. Sesampai saja di tebing sebelah

Page 3: Manaqib Sheikh Said Al-Ahmadiah Petikan Daripada Akhbar Islam.p

sana, alangkah terperanjat mereka melihat Sidi Shaykh Muhammad

Sa’id telah pun berada di tebing itu. Rupanya sebaik sahaja

motor bot itu bergerak, Sidi Shaykh Muhammad Sa’id terus terjun ke dalam sungai dan dalam sekelip mata saja beliau sudah

berada di tebing sana tanpa dibasahi setitik air pun.

Satu lagi kelebihan Almarhum adalah bersahabat dengan buaya. Terdapat satu sungai di negeri Kedah yang tidak digunakan oleh

sesiapa pun kerana buaya di dalam sungai itu sungguh garang.

Suatu hari dalam perjalanan Tuan Shaykh Muhammad Sa’id

merasa letih dan mahu mandi. Beliau berhajat untuk mandi di

sungai itu tetapi dilarang oleh penduduk kampung itu. Namun

kerana mahu mandi juga, Allahyarham tidak mempedulikan larangan itu. Beliau terus terjun ke dalam sungai itu dan beberapa

ekor buaya yang dikatakan garang mengelilinginya. Digosoknya

buaya itu seekor demi seekor. Orang kampung yang tadi cemas

mula kehairanan dengan melihat kejadian itu.

Tuan Shaykh Muhammad Sa’id memang menpunyai banyak kisah-kisah koramah. Satu lagi kisah yang berlaku ke atasnya ialah

ketika Allahyarham dan anak muridnya sedang dalam perjalanan

dari Seremban ke Kuala Lumpur untuk berdakwah. Matahari saat itu

sungguh terik, menjadikan semua ahli rombongan panas dan

dahaga. Air yang hendak diminum sudah tiada, apalagi kedai untuk

membelinya. Salah seorang ahli rombingan itu ada membawa cerek

air yang tidak berair. Melihat itu, Allahyarham mengambilnya dan

meminta ahli rombingan itu berhenti rehat untuk minum air.

Masing-masing berasa hairan, dari mana guru mereka itu hendak

mendapatkan air. Tetapi oleh kerana Allahyarham suruh berhenti, maka masing-masing pun berhenti. Allahyarham mengambil cerek

kosong itu dan lantas menuangnya seperti cerek yang berair. Air

keluar dari cerek itu seperti cerek yang memang mempunyai air.

Telah disaksikan oleh semua ahli rombingan itu dengan hairan

sambil seorang demi seorang minum dari cerek itu.

Selain dari dikurniakan oleh Allah beberapa kelebihan dan

keistimewaan yang jarang didapati oleh orang lain, Tuan Shaykh

Muhammad Sa’id juga merupaka seorang dari ahli kashifeen, di

mana beliau boleh mengetahui sesuatu yang ghaib.

Kebolehan Allahyarham ini terbukti bila suatu ketika, tiga orang

pergi berjumpa dengan Tuan Shaykh Muhammad Sa’id untuk bertanya beberapa masalah. Kebetulan saat itu waktu Maghrib tiba.

Tuan Shaykh Muhammad Sa’id terus sholat berjemaah bersama tiga

orang pemuda itu. Selepas berwirid dan doa, tanpa tiga orang

pemuda itu mengajukan pertanyaan, Tuan Shaykh Muhammad

Page 4: Manaqib Sheikh Said Al-Ahmadiah Petikan Daripada Akhbar Islam.p

Sa’id terus menjawab soalan-soalan yang hendak dikemukakan satu persatu. Mendengar penjelasan itu, ketiga orang pemuda itu

kehairanan kerana Allahyarham tahu akan soalan dan masalahnya.

Demikianlah kelebihan ilmu yang Allah kurniakan kepada kekasihnya yang mengembangkan Tariqah Ahmadiah itu.

Dalam amalan dan ajaran Tariqah Ahmadiah, Tuan Shaykh

Muhammad Sa’id sangat menekankan kepada penyucian diri

melalui tiga perkara –

1. selawat 2. zikrullah 3. membaca talqin khas Ahmadiah.

Penekanan kepada tiga perkara itu dalam Tariqah Ahmadiah adalah

penting untuk membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah bagi

membolehkan seorang itu menduduki martabat tertinggi dalam

hidupnya.

Walaupun Tuan Shaykh Muhammad Sa’id telah meninggal dunia

lebih satu abad, tetapi segala ilmu yang diajar dan diturunkan

kepada anak-anak muridnya terus berkembang dan diamalkan.

Berkat itu semua menyebabkan nama ulama itu masih segar dalam

kepala seluruh umat Islam di negara ini, apalagi kepada mereka

yang mahu menghampiri diri kepada Allah melalui ilmu hakikat dan

ma’rifat.

Penerusan ilmu Allahyarham terus sambung menyambung dan

kalau diibaratkan kepada sungai, ianya mengalir terus. Beberapa

orang anak-anak Allahyarham serta cucu-cucunya telah mewarisi

ilmu yang dimiliki beliau.

Boleh dikatakan semua anak-anak Allahyarham muncul sebagai

ulama dan menjadi guru. Antara anak-anak Allahyarham yang turut

menjejaki langkahnya ialah Tuan Shaykh Abdullah , Tuan Shaykh

Ahmad , Tuan Shaykh Mansor , Tuan Shaykh Muhammad Nur

,Tuan Shaykh Mahdi , Tuan Shaykh Ibrahim dan Tuan

Shaykh Rashid . Namun, kesemuanya telah meninggal dunia.

Cucu yang tertua dan terkehadapan pula adalah Tuan Shaykh

Murtaza bin Shaykh Ahmad yang pada masih ini adalah Mufti

Negara Kerajaan Negei Sembilan Darul Khusus.