Mandi
-
Upload
tiny-othman -
Category
Documents
-
view
735 -
download
10
Transcript of Mandi
PERSEDIAAN REMAJA ISLAM (HAID)
OLEH:
SITI NORHARTINI OTHMAN
SITI AMINAH ABU BAKAR
NOR AFIDAH MD FUDA
J-QAF DPLI 2012
3 JUN 2012
MAKMAL MIKRO
RAHSIA REMAJAApakah itu Remaja?
Masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa
Bermula dari usia 10 - 19 tahun
Mengapakah manis menjadi seorang gadis?
Zaman meningkat remaja adalah zaman paling manis dan mencabar. Cabaran-cabaran hidup yang akan dihadapi seperti perubahan tubuh badan, perubahan peranan dan tanggungjawab seorang gadis hinggakan menjadi wanita cukup mampu menghadapi segala cabaran ini.
n Merupakan sebahagian daripada perubahan fizikal pada waktu baligh.
Menstruasi adalah petanda badan anda sihat dan berfungsi dengan baik.Ia merupakan sebahagian hidup setiap wanita.
Ia menandakan peralihan dari fasa kanak-kanak ke fasa wanita.
Haid berlaku apabila penebalan pada dinding uterus terhakis / luruh. Darah haid ini terdiri dari sel darah dan tisu rahim akan keluar melalui serviks ke vagina / faraj dan keluar melalui tubuh.
HAID (menstruasi)
حيض=
Tanda awal menstruasii.kira-kira 2 tahun selepas payudara
berkembang.iii.Selepas anda mengesan keputihaniv.Sakit atau kekejangan bawah perutv.Sakit pinggangvi.Sakit di bahagian dalam pahavii.Rasa malas dan letihviii.Rasa sedih, cepat marah atau kekok.xi.Payu dara terasa sakit,bengkak @ tembam.x.Sakit kepala,jerawat & cirit-birit
1. Ovari2. Tiub Falopian3. Rahim4. Pangkal Rahim (Serviks)5. Saluran Faraj (Vagina)
ISU-ISU PENTING BERKAITAN HAID
1. Senggugut Haid biasanya berlaku tanpa kesakitan. Hanya segelintir gadis
mengalami kesakitan sebelum atau semasa permulaan awal haid.
40 % - 60 % remaja menghadapi senggugut dalam tempoh 5 tahun pertama selepas menarke.
2. Kitaran haid tidak tetap
Kadangkala remaja cuma mengalami tompokan darah merah /coklat untuk selama beberapa bulan / tahun sehingga kematangan sistem tersebut berlaku.
Kitaran tidak normal boleh diakibatkan oleh tekanan atau penyakit.
3. Perkara berikut perlu diberi perhatian dan memerlukan
pemeriksaan doktor :-
Pusingan haid kurang daripada 21 hari untuk beberapa kitaran.
Tempoh haid melebihi 7 hari dengan kuantiti yang banyak.
Pendarahan berlebihan (melebihi 80 mls / 6 tuala wanita). Pendarahan berlebihan boleh diakibatkan oleh ketumbuhan atau penyakit. Contoh masalah tiroid dan sistem pembekuan darah.
4. Gadis boleh disyaki hamil sekiranya terdapat perubahan pada kitaran haid yang biasa :
Kuantiti terlalu sedikit
Kuantiti terlalu banyak
Pendarahan disertai dengan sakit di bahagian abdomen.
Ketiadaan haid dalam tempoh 1 - 2 bulan kebelakangan.
Sekiranya haid tidak datang pada waktu dijangkakan .
Contoh : Kelewatan sehingga 1 - 2 minggu.
5. Darah haid berbau busuk, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :- Kekerapan mandi Kekerapan menukar tuala wanita
6. Kedatangan haid boleh disertai dengan keadaan berikut : n Perasaan tidak selesa, terasa perut kembung akibat penyimpanan
air secara berlebihan dalam badan kesan daripada hormon. n Perasaan gelisah, murung dan sensitif boleh berlaku sehari
sebelum haid atau hari pertama haid. Gadis / wanita ini boleh diberi sokongan moral dan elakkan daripada menyinggung perasaan mereka.
n Senggugut adalah normal sekiranya berlaku sehari sebelum atau
hari pertama haid. Senggugut disebabkan oleh pengecutan otot uterus yang kuat untuk mengeluarkan darah haid. Masalah yang berlanjutan hendaklah dirujuk untuk pemeriksaan doktor bagi memastikan beliau tidak mengalami masalah lain. (Contoh: endometriosis atau fibroid)
7. Senggugut mungkin boleh dikurangkan secara :-
Senaman
Mengambil Panadol beberapa jam sebelum haid dijangkakan
Menuam bahagian perut dengan botol berisi air panas (berlapik)
SENAMAN YANG BOLEH MEMBANTU MENGURANGKAN MASALAH SENGGUGUT
KEHAMILAN TEKANAN/STRESS
MENGAPAKAH KITAR HAID TIDAK NORMAL
PENYAKIT
Cara Menggunakan Pad ( Tuala wanita) Tanggalkan kertas pelekat pada bahagian
bawah pad. Tekan bahagian bawah pad yang berpelekat
pada seluar dalam – pakailah.
Cara Membuang Pad.
Basuh sehingga bersih segala kekotoran yang melekat pada pad.
Lipatkan pad terpakai dan balut dengan kertas atau plastik
Masukkan ke dalam tong sampah. Jangan buang pad dalam mangkuk tandas.
Rehat/ Tidur dengan cukup
Senaman
Kerap mandiPengambilan makanan seimbang
KebersihanBasuh tangan
sebelum & selepas menukar tuala
wanita
Buang tuala wanita yang telah digunakan ke dalam tong sampah
AMALAN KESIHATAN
DIRI
Tukar tuala wanita kerap
PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI
Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi.
Semasa menjangkau usia remaja, anda akan mula tertarik kepada remaja
berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian
dari proses pembesaran. Tetapi perasaan ini perlu dikendalikan dengan
bijaksana supaya tidak menghancurkan masa depan remaja.
PERUBAHAN EMOSI YANG BERLAKU.
Perasaan ingin mencari identiti diri.
Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri.
Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan
sebelum ini.
RAKAN SEBAYA
Penerimaan rakan sebaya adalah penting.
Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran seperti pergaulan bebas,
merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan sebagainya yang cuba meracuni
golongan remaja.
Bimbingan keluarga , pelajaran dan agama adalah pedoman untuk menunjuk arah masa depan.
SOKONGAN SOSIAL
Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga
dan masyarakat.
Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara
berbincang dan bertukar fikiran dengan :
. Ibubapa
. Rakan sebaya. Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya
. Guru / orang dewasa yang boleh dipercayai
MANDI WAJIB
Jom Mandi!!!!!
MANDI WAJIB
MAKSUDNYA:
Mandi wajib adalah salah satu cara bagi
manusia untuk menghilangkan
hadas besar dari tubuhnya agar dapat melaksanakan solat.
Caranya
Menghilangkan hadas besar yaitu
membasuh seluruh tubuh
mulai dari puncak kepala hingga hujung kaki.
CARA MANDI WAJIBMembaca ‘Bismillah’.
Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5 •Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6 •Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7 •Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan.
8 •Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
9 •Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain.
10 •Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.
Fardhu Mandi
Pertama :Niat
Keluar mani atau keluar haid dan nifas
IَعIاَلIى َت NلِهN َل NِرI Sَب Iْك Sاَاْل NِثIَدIَحS اَل IَعIَف Iَر Sُت[ IَوIْي َن
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
IَعIاَلIى َت NلِهN َل NِضS SَحIْي اَل NِنIَع IَلSْسIاَلَغ Sُت[ IَوIْي َنMaksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid
kerana Allah Taala”.
Bertemu dia khitan atau bersetubuh
Keluar mani walaupun sedikit.
Mati melainkan mati syahid.
Keluar haid bagi perempuan.
Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
Wiladah atau melahirkan anak
SEBAB-SEBAB MANDI WAJIB
Dah boring yek?
Jom tengok video mandi wajib mengikut tertib
LARANGAN BAGI ORANG HAID
1 •Bersenang-senang dengan apa yang ada antara pusat sampai lutut
2 •Berpuasa sunah dan fardhu
3 •Dijatuhi thalaq (cerai)
4 •Melaksanakan solat
5 •Berthawaf di Baitullah
6 •Memegang kitab suci Alquran
Soalan Orang Yang Musykil Atau Kurang A`rif
Tentang Haid
SOALAN PERTAMA?©na Berkata: 10 Disember 2009 pada 11:13 am
Assalamualaikum
saya ingin tahu adakah sah saya mandi wajib (haid), mula saya niat dan mandi seperti biasa
mengunakan air shower dgn sabun dan syampu, saya akan pastikan yg air shower rata keseluruh
badan dan kepala saya, dan saya akan ratakan air dia celah-celah jari kaki dan bahagian yg berlipat.Dalam ertikata lain sama saja saya mandi wajip dgn mandi di hari biasa, cuma bila mandi wajib saya akan niat dan saya pastikan air mengalir
diseluruh badan.terimakasih.
SOALAN KEDUA?
©putrigunungledang Berkata:
8 Julai 2009 pada 12:23 pm
saya bru first dtg haid..so..sya still blum faham cara nak
mndi wjib..sya nak tnya..nape smua cara nya yg sya tgok dri
stiap blog berlainan??
Soalan ketiga©momiey Berkata:
8 Ogos 2010 pada 12:36 pm
jika salahsatu tempat di anggota badan tidak boleh kena air kerana cedera dan bbalut…..
sah ke mandi wajib itu?
SOALAN KEEMPAT
mimie
Berkata: 10 Ogos 2010 pada 10:25 pm
ratakan air keseluruh badan…
bagaimana nak ratakan air?
menggunakan tangan?
rata kan air di celah2
kemaluan dan celah pungung bagai mana nak melakukannya?
Masih tak jelas????
Jom bersama ustaz AZHAR
IDRUS
PESANAN UNTUK REMAJAANDA ADALAH HARAPAN NEGARA
Lengkapkan diri anda untuk menjadi pelapis generasi akan datang.
Usia remaja penuh cabaran,
Setiap detik perlu keputusan,
Sesetengah keputusan perlu dibincang,
Tanpa pengawasan keputusan pincang.