Manfaat Blog

7
Bagaimana blog dapat memberi manfaat kepada usahawan dari segi memuaskan produk dan servis Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan. Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global. Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya. Dewasa ini, masih ramai lagi yang masih tidak mengetahui apa itu blog? Blog atau singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris adalah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Kebiasaanya blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian Dengan blog, anda boleh menyuarakan pendapat atau idea anda secara terus ke alam maya, dengan cara ini anda juga mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini 1

description

kebaikan blog

Transcript of Manfaat Blog

Bagaimana blog dapat memberi manfaat kepada usahawan dari segi memuaskan produk dan servis

Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan. Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global. Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya.Dewasa ini, masih ramai lagi yang masih tidak mengetahui apa itu blog? Blog atau singkatan untuk web log dalambahasa Inggeris adalah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Kebiasaanya blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanyamakanan,politik, atauberita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagaibuku harian peribadi dalam talian Dengan blog, anda boleh menyuarakan pendapat atau idea anda secara terus ke alam maya, dengan cara ini anda juga mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik daripada satu.Sebenarnya, penggunaan blog adalah lebih baik berbanding laman web yang biasa. Ini kerana penggunaan blog lebih menarik minat enjin carian atau search engine untuk mencari kandungan yang kemaskini. Manakala kandungan dalam sesuatu blog lebih cepat disebarkan berbanding laman web tradisional. Contohnya jika anda melanggan perkhidmatan daripada bloglines atau feedblitz, kandungan blog anda akan dikemaskini dengan segera dalam laman-laman tersebut. Selain itu, blogger atau penulis blog tidak perlu menjadi pakar bahasa pengaturcaraan web untuk membangunkan blog. Blogger boleh menggunakan laman blog percuma atau membina blog sendiri menggunakan perisian blog dari sumber terbuka.Usahawan-usahawan online banyak menggunakan blog untuk memasarkan produk-produk mereka terutamanya ibu muda kepada anak-anak kecil yang berusaha dengan sedaya upaya untuk meraih wang tambahan secara online. Ada yang menjual pakaian bayi, ada yang menjual buku agama, ada yang menjual kelengkapan untuk pembelajaran anak-anak seawal usia 2 hingga 4 tahun dan tidak kurang juga menjadi ejen hartanah. Semuanya di lakukan melalui blog. Ini menunjukkan walaupun sistem atau teknik pemasaran online makin bertambah, namun pemasaran melalui blog masih wujud sengatnya dan masih relevan untuk digunapakai bagi meraih pendapatan melalui internet.Memang diakui kebanyakan pengguna internet memang gemar melayari blog dan membacanya, ada yang follow dan ada yang subscribe untuk mendapatkan update terkini. Dengan meihat kepada kadar peratusan yang tinggi pengguna internet yang gemar mengunjungi blog, ia memberi peluang kepada usahawan untuk memasarkan servis dan produk mereka. Berdasarkan fakta, usahawan kecil yang menggunakan blog untuk memasarkan produk mereka menerima jualan lebih dari 126% berbanding peniaga yang tidak pernah langsung menggunakan blog untuk proses pemasaran. Apabila usahawan yang mempunyai blog ada banyak follower, maka tanpa facebook juga blog usahawan tersebut kekal hidup dengan peminat setia. Apabila sesebuah blog menawarkan kandungan perkongsian yang menarik dan bernilai kepada pembaca, mereka bukan sahaja dapat mengukuhkan jenama perniagaan mereka malah dapat menambahkan lagi jumlah pengikut mereka dari masa ke semasa.

Melalui blog, ia menjadi kelebihan penting kepada setiap usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun. Dalam masa yang sama boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan. Pelanggan mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat, melalui blog dan seterusnya ia dapat meningkatkan produktiviti usahawan itu sendiri. Dengan kata lain, blog telah memberi manfaat kepada para pengguna malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada syarikat. Ia juga menjadi salah satu faktor penting yang memaksimumkan hasil sesebuah syarikat.Penulisan blog bisnes kini menjadi medium baru kepada para usahawan dalam aspek pemasaran dan promosi.Penulis atau pemilik blog bisnes sedar akan kepentingan membina hubungan baik dengan pelanggan menerusi maklumat dan penyampaian berkesan mengenai produk dan perusahaan yang dijalankan. Kini, aspek penulisan dalam memikat hati pelanggan sudah seperti menjadi satu kemestian.Grafik, foto dan warna yang menarik sebagai hiburan kepada mata pembaca. Kandungan fakta grafik berwarna-warni adalah pendekatan yang tepat untuk menarik perhatian pembaca. Infografik mungkin akan meningkatkan jumlah pengunjung laman sosial anda dan membawa sejumlah besar trafik pembaca ke blog usahawan internet.Blog juga mempunyai kelebihan dari segi kos atau modal yang murah dan dikatakan agak rendah berbanding perniagaan secara offline. Purata memulakan perniagaan online bermula modal serendah RM200 ke RM1,000. Selain itu, usahawan blog juga bebas menentukan waktu bekerja. Jika sesorang usahawan itu mempunyai pekerjaan tetap, beliau masih boleh lakukan perniagaan selepas waktu bekerja. Jadi, tiada had masa untuk anda dalam menguruskan perniagaan blog ini.Bahkan para usahawan juga tidak perlu sewa pejabat atau kedai. Dengan perniagaan blog, sebenarnya usahawan sudah memiliki pejabat dan kedai maya anda itu. Semua tempat di mana usahawan tersebut berada adalah pejabat dan kedai. Cuma hanya memerlukan kelengkapan seperti laptop atau PC, dan talian internet. Kelebihan lain adalah usahawan juga tidak perlu bergerak ke sana ke mari untuk berjumpa pelanggan atau menghantar produk. Usahawan hanya boleh berkomunikasi pelanggan melalui komputer. Jika ingin menghantar informasi hanya melalui sistem email, video dan pelbagai lagi tools yang terdapat di laptop atau PC. Selain itu, ia juga bagi memudahkan para pelanggan anda merujuk sebarang maklumat produk, servis dan perkhidmatan yang anda tawarkan, testimoni pelanggan, pembelian secara online dan banyak lagi yang boleh anda lakukan dengan blog perniagaan anda.Usahawan juga tidak terhad untuk hanya jalankan satu jenis perniagaan sahaja, malah bebas menjalankan seberapa banyak perniagaan yang kita mahu. Ini kerana setiap perniagaan boleh dijalankan secara automasi dengan pelbagai tools atau peralatan yang ada di internet. Tetapi adalah dinasihatkan anda bermula dengan satu bentuk perniagaan sehingga berjaya dan seterusnya menambah perniagaan dari masa ke semasa. Berbanding dengan perniagaan offline ianya mungkin akan membataskan untuk melakukan lebih daripada satu bentuk perniagaan. Berbanding platform media sosial yang lain, yang ada pasang dan surutnya, serta banyak persaingan dan perubahan polisi, blog sentiasa menjadi pilihan utama dan relevan untuk jangka masa yang lama. Ini kerana, setiap yang melayari internet akan mencari maklumat lanjut berkaitan sesuatu perkara. Dan biasanya mereka akan merujuk dan membaca artikel-artikel di blog.Apabila mula menulis dan berkongsi sesuatu bersama para pengikut dan pembaca blog bisnes kita, secara tidak langsung ianya akan membantu kita untuk mendapat idea-idea baharu yang boleh kita gunakan untuk memantapkan lagi bisnes yang sedang dijalankan. Melalui perkongsian berterusan kita kepada mereka yang mengikuti kita di blog, kita secara tidak langsung mengajak mereka untuk suka dan cinta terhadap produk dan bisnes kita. Melalui blog yang sarat dengan perkembangan terkini bisnes, ianya boleh menjadi markah bonus kepada kita sebelum prospek tersebut bertindak membuat pembelian. Hal ini kerana, mereka telah melihat bukti-bukti nyata bahawa bisnes kita benar-benar serius dan bukan bisnes main-main.Kesimpulannya,mewujudkan blog untuk perniagaanmempunyai banyak kebaikannya yang tersendiri. Sebagai seorang pemilik bisnes yang mahu menjaga kelangsungan bisnes agar jenama bisnes terus melekat rapat dalam minda dan terus dicintai pelanggan, blog boleh membantu para usahawan. Kerjasama dalam bisnes adalah perkara biasa. Melalui kerjasama, bisnes kita boleh menawarkan lebih nilai kepada pelanggan sedia ada tanpa perlu bersusah payah melakukannya daripada mula. Melalui blog, bisnes mempunyai potensi yang cukup besar untuk dijumpai oleh rakan-rakan yang berada di dalam industri yang sama dengan kita. Kerjasama awal boleh bermula melalui blog sekaligus berpotensi menjemput lebih banyak kerjasama yang lebih besar pada masa akan datang.Walaubagaimana mudah sekalipun perniagaan melalui blog ini, namun,tidak dinafikan ianya tetap mempunyai cabaran dan kekangan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berhasrat menjalankan perniagaan secara sambilan. Yang penting kita harus ingat, dalam menjalankan sesuatu pekerjaan dan berikan komitmen sepenuhnya ke atas apa jua perniagaan yang diceburi.

Rujukanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Blog5