Manfaat Dasar Luar Negara Kepada Pendidikan

download Manfaat Dasar Luar Negara Kepada Pendidikan

of 24

description

manfaat luar negara

Transcript of Manfaat Dasar Luar Negara Kepada Pendidikan

MANFAAT DASAR LUAR NEGARA KEPADA PENDIDIKAN

REFORMASI PENDIDIKAN DI MALAYSIAMalaysia tidak ketinggalan dari arus reformasi pendidikan yang berlaku di negara-negara serantau. Pada tahun 1974, Malaysia telah mengambil langkah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet yang berfungsi untukemngkaji semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet diterbitkan pada tahun 1979. Kementerian Pendidikan telah melancarkan reformasi pendidikan dengan memperkenalkan KBSR pada tahun 1982/1983 dan KBSM pada tahun 1988/1989.Reformasi Pendidikan merupakan langkah yang konkrit untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Reformasi Pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam erti kata sebenar. KERJASAMA ANTARABANGSA DALAM PENDIDIKANTerdapat beberapa institusi serantau dan antrabangsa yang memainkan peranan masing-masing dalam usaha memberi sumbangan kewangan ataupun tenaga dan nasihat yang membawa perkembangan dan kemajuan pendidikan untuk negara-negara di rantau Asia-Pasifik. Di antara institusi-institusi ini ialah SEAMEO, UNESCO Bank Dunia, Secretariat Komanwel dan Pertubuhan negara-negara Islam Antarabangsa (OIC). [2]SEAMEOSEAMEO ialah Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara yang ditubuhkan pada November 1965 di Bangkok Thailand. Pada masa itu negara-negara yang menyertai SEAMEO ialah Thailand, Malaysia, Filiphina, Indonesia, Singapura, Laos dan Vietnam. Tujuan pembetukan SEAMEO ialah untuk mewujudkan kerjasama di antara negara-negara anggota untuk perkembangan kemajuan dalam bidang Pendidikan, Sains dan Kebudayaan di negara-negara Asia Tenggara.Sekretariat SEAMEO diketuai oleh seorang pengarah dan bebrapa kakitangan professional yang dilantik dari negara-negara anggota. Sesungguhnya kebanyakan projek atau aktiviti SEAMEO dilaksanakan melalui tujuh Pusat atau Projek Wilayahnya yang ditempatkan di negara-negara ahli. Pusat atau projek wilayah ini ialah RECSAM, RELC, INNOTECH, BIOTROP, SEARCA, SPAFA dan TROPMED[3]. RECSAM (Regional Centre For Education In Sciencce And Mathematics)RECSAM ialah Pusat Wilayah untuk Pendidikan Sains dan Matematik yang ditubuhkan di Pulau Pinang. Antara fungsi RECSAM ialah untuk membawa pembaharuan untuk perkembangan kurikulum tempatan dalam bidang Sains dan Matematik, menyebar maklumat pendidikan Sains dan Matematik kepada negara-negara ahli, menganjurkan kursus inovatif dalam pengajaran sains dan matematik serta menjadi pusat sumber perkhidmatan rundingan berkaitan projek atau kajian dalm pendidikan sains atau matematik bagi negara-negara ahli SEAMEO. [4]RELC (Regional Language Centre)

RELC ialah Pusat Bahasa Wilayah yang bertempat di Singapura. Antara funsi RELC ialah untuk mengendalikan kursus-kursus bahasa, khasnya Bahasa Inggeris untuk pendidik-pendidik Asia Tenggara. Selain itu RELC juga menjalankan penyelidikan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa.[5] (7)INNOTECH (regional centre for educational innovation and technology)

INNOTECH ialah Pusat Wilayah untuk inovasi dan teknologi pendidikan. Pusat ini ditubuhkan dan terletak di Manila, Filipina. Antara fungsi pusat ini ialah. [6]a) Mengenalpasti dan mencari pendekatan inovatif yang sesuai untuk menyelesaikan masalah pendidikan Asia Tenggara.

b) Melatih kakitangan melalui bengkel dan kursus.

BIOTROP ( regional centre for tropical biology)

BIOTROP ialah Pusat Wilayah untuk Biologi Tropikal yang ditubuhkan di Bogor, Indonesia. Antara tujuan dan fungsi pusat ini ialah untuk memberi latihan dan panduan untuk kaedah yang berkaitan bidang penyelidikan. Pusat ini juga melaksanakan program penyelidikan yang berkaitan dengan masalah biologi topika di Asia Teggara.[7]Dasar Luar Negara memberi banyak manfaat kepada perkembangan pembangunan Negara dari pelbagai aspek. Bermula dari aspek pembangunan, perindustrian, sains dan teknologi, perubatan dan semestinya sistem pendidikan. Malaysia juga merupakan Negara anggota beberapa pertubuhan-pertubuhan besar dunia yang membolehkan Malaysia mendapat pelbagai keistimewaan di mata dunia. Antaranya ialah, Malaysia sebagai anggota KOMANWEL, PBB, OIC, dan tidak terkecuali NAM.

PERTUBUHAN KOMANWELKomanwel ialah sebuah organisasi yang terdiri dari negara Britain bersama dengan tanah bekas jajahannya yang telah mencapai kemerdekaan. Komanwel ditubuhkan pada 1953.[8] Tujuan utama penubuhan komanwel ialah mewujudkan semangat dan usaha kerjasama antara ahli dalam bidang pendidikan, kebajikan social, perkhidmatan, perdagangan, komunikasi, perindustrian, pertanian, institusi kewangan dan pentadbiran.

Kerjasama dan bantuan dalam bidang pendidikan merupakan aktiviti utama Sekretariat Komanwel. Antara faedah yang diperoleh oleh Malaysia sebagai anggota Komanwel yang melibatkan bidang pendidikan adalah :

Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan

Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan. Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang. Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian. Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.PENUBUHAN PROGRAM BERKEMBAR DI ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN DI LUAR NEGARA

Selain itu, Malaysia juga menjalankan program-program berkembar di antara universiti-universiti tempatan dengan universiti luar Negara untuk menaiktarafkan bidang pendidikan di Malaysia. Contohnya seperti Program Berkembar Praperkhidmatan B. Ed (TESL) yang akan dijalankan di antara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan universiti luar Negara. Terdapat Sembilan universiti luar Negara yang terlibat antaranya ialah, Canterbury Christ Church University, University Of Auckland, University Of Warwick, University of Portsmouth, dan Victoria University Of Wellington.

Terdapat sepuluh buah IPGM yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, antaranya ialah, Institut Perguruan Bahasa-bahasa Angtarabangsa, Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Institut Perguruan Ipoh Perak, Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Kota Bharu dan Institut Perguruan Darul Aman. Antara faedah program berkembar ini adalah pemindahan teknologi dan kepakaran daripada aspek kurikulum, penilaian, jaminan kualiti, serta akreditasi dapat diteruskan dan diaplikasikan ke tahap maksimum.

Pelajar-pelajar yang terlibat boleh membuat penilaian dan perbandingan antara sistem pendidikan serta mempelajari teknik pengajaran dan pembelajaran terkini dengan lebih berkesan di negara university yang mengambil bahagian. IPGM juga akan mendapat pengiktirafan daripada university luar negara bagi melaksanakan program latihan guru secara kerjasama sesuai dengan matlamat pengantrabangsaan IPGM.

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR Antara program-program lain yang dijalankan adalah program pertukaran pelajar di antara pelajar dalam negara dengan pelajar dari luar negara. Program Pertukaran Pelajar ini mempunyai banyak faedah yang boleh didapati sama ada Malaysia atau negara lain yang terlibat.Para pelajar dapat bertukar pengalaman dan idea-idea baru untuk kebaikan negara mereka. Ideologi yang bebas dari negara-negara Barat mampu mendidik generasi muda untuk memerdekakan mindanya dan berfikir lebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan pendapat. Pelajar akan lebih berinisiatif dan peka terhadap isu-isu di sekelilingnya.Teknologi yang berkembang di luar negara dapat di bawa ke Malaysia oleh sumber-sumber manusia yang terpelajar.

Program ini juga mengajar generasi muda untuk pandai berfikir dan lebih dinamik dalam menyesuaiakn diri. Selain itu, pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dapat mempromosikan pelbagai budaya di Malaysia. Masyarakat dari negara yang terlibat akan merasa tertarik untuk mengenali budaya di negara kita. Budaya dan adat adalah salah satu kelebihan negara ini. Negara-negara mempunyai kemajuan teknologi tanpa limitasi tetapi mereka tidak mempunyai budaya seperti tarian khas atau makanan khas negaranya yang menunujukkan identiti bangsa. Mereka tidak mempunyai adat yang dapat mengawal kehidupan kita.Sebab itulah, mereka akan tertarik untuk menyelami budaya Malaysia dan dapat menigkatkan aset negara melalui industri pelancongan. Pelajar cemerlang yang memiliki pegangan agama Islam yang baik juga dapat membuktikan bahawa Islam adalah agama yang bertamadun dan mulia.Pelajar dari malaysia dapat belajar sekaligus berdakwahdi negara Barat tempat pertukaran pelajarnya. Hal ini akan membuktikan kepada negara-necara Barat yang memandang rendah terhadap Islam bahawa umat Islam ialah insan yang baik dan terpelajar. Oleh sebab itulah, pelajar Malaysia yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar. dapat mengharumkan kembali nama Islam kerana jati diri pelajar yang baik akan merefleksikan agama, bangsa dan negaranya.Kepentingan lain daripada program ini adalah menciptakan insan muda yang terpelajar dalam bidang teknologi. Selain itu, aspek kepandaian ini juga meliputi aspirasi generasi muda yang tidak pupus,rasa cinta akan tanah air dan kemampuan untuk percaya diri dan tidak mudah diperalat.Program Pertukaran Pelajar mampu menciptakan insan muda yang sempurna dalam segala bidang untuk memenuhi azam negara. Individu yang pernah merasakan hidup di negara orang akan lebih dewasa dan mandiri dalam mengharungi cabaran hidup. Pelajar yang kembali ke negaranya setelah mengikuti program pertukaran pelajar adalah modal baru bagi negara untuk mencapai matlamat kemajuannya. Seperti kata peribahasa, hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri.Setiap pelajar itu akan kembali ke negaranya dan memperjuangkan nasib negara ke arah yang lebih baik. PEMBUKAAN IPTA DI LUAR NEGARASelain itu, antara kelebihan dan manfaat yang diperoleh oleh Malaysia melalui dasar Luar Negara ialah pembukaan cawangan IPTA yang pertama di luar negara iaitu, pembukaan cawangan USM yang pertama di India.Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan pertama mengembangkan sayapnya ke luar negara dengan membuka kampus cawangannya di India.Kampus pertamanya di luar negara itu akan ditempatkan di Jawaharlal Nehru Medical University di Belgaum, Karnataka, dan menawarkan pengajian perubatan. Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abd Razak, berkata buat permulaan keutamaan akan diberi kepada pelajar Malaysia sebelum dibuka kepada penuntut antarabangsa. Kampus India ini akan menggunakan sepenuhnya kurikulum bersepadu USM.

GLOBALISASI PENDIDIKAN

Antara manfaat lain yang diperoleh oleh Malaysia ialah globalisasi pendidikan. Sistem Pendidikan di Malaysia adalah tidak statik dan ia boleh berubah-ubah dari satu masa kesuatu masa. Banyak sebab mengapa pendidikan menjadi sesuatu yang dinamik. Ia boleh berubah sejajar dengan perubahan sistem politik yang memerintah, keperluan negara, keperluan individu dan perkembangan ilmu itu sendiri sama ada diperingkat rendah mahupun di peringkat tinggi. Imperialisme pendidikan sering berlaku dan ia memberi kesan yang mendalam terhadap peradaban dan tamadun negara. Di Malaysia, imperialisme pendidikan boleh dikaji melalui;a. Perubahan pada kurikulum pendidikanb. Perubahan pada sistem pendidikanc. Falasafah pendidikand. Penggunaan teknologi maklumate. Pendemokrasian pendidikanf. Agama dan gejala sosial

Perubahan kurikulum pendidikanPerubahan pada kurikulum sekolah adalah perlu sejajar dengan perubahan-perubahan guna tenaga manusia. Justeru itu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah diperkenalkan didalam sistem pendidikan Malaysia. Kurikulum perlu bersifat futuristik di mana keperluan masa kini dan masa hadapan dapat dipenuhi oleh sistem pendidikan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR 1983) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM 1988) telah diwujudkan untuk membentuk satu konsep kesepaduan antara perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani individu secara menyeluruh. Atas kesedaran inilah usaha menerapkan nilai-nilai murni disarankan dalam setiap matapelajaran. Ini bersesuaian sekali dengan gagasan untuk membina masyarakat penyayang yang disarankan oleh Wawasan 2020. Memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan tentang rupa bentuk manusia, jenis ketrampilan, matlamat-matlamat yang amat diperlukan untuk kesejahteraan sosial dan mutu kewujudan tamadun. (Hanna Hloborn Gray)Perubahan pada sistem pendidikanReformasi pendidikan melibatkan kajian semula serta melakukan perubahan-perubahan terhadap sistem pendidikan. Ini dilakukan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa. Sistem pendidikan yang berwibawa mestilah bersifat dinamis dan ia perlu mengalami reformasi.Falsafah Pendidikan Negara.Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1996.Dasar Pendidikan negara perlulah berdasarkan kepada suatu falsafah yang jelas. Falsafah ini hendaklah merangkumi kepentingan agama, kaum, demografi, keperluan semasa dan sebagainya. Falsafah merupakan rumusan yang mengandungi ciri-ciri sahsiah pelajar seperti yang dihasratkan.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara[9]. Penggunaan Teknologi MaklumatKerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multi-media dimana ia telah dapat membangunkan teknologi maklumat di Malaysia. Maklumat-maklumat dari seluruh dunia dapat dihubungkan terus kepada pengguna. Penggunaan teknologi maklumat secara yang betul dan bermoral akan memberi manfaat akan tetapi penyalahgunaan teknologi maklumat adalah sebaliknya. Teknologi maklumat akan meruntuhkan sempadan politik negara-negara di dunia ini. Pendidikan di Malaysia maju setapak lagi dengan penubuhan Sekolah Bestari di mana penggunakan multi-media dijadikan asas pendidikan.Pendemokrasian PendidikanGlobalisasi dan imperialisme pendidikan telah menjadikan kerajaan peka terhadap peluang pelajaran bagi penduduk di kawasan luar bandar. Pendidikan di luar bandar perlu diberi perhatian yang sama seperti sekolah di bandar. Pada masa kini Malaysia telah mempunyai lebih dari 18 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) yang menawarkan program dalam bidang teknologi dari peringkat sijil sehingga doktor falsafah.[10]Pendidikan formal dalam bidang sains dan teknologi yang pertama ditawarkan oleh ITM pada tahun 1969 pada peringkat Diploma. Sarjana Muda TMK yang pertama ditawarkan oleh USM dan diikuti oleh UKM, UTM, UPM dan UM. Kini hamper semua university awam termasuk kolej kolej swasta menawarkan kursus yang sama.Terdapat juga kolej-kolej swasta yang bekerjasama dengan university-universiti luar negara seperti Britain, Amerika Syarikat dan Australia. Kebanyakan mengadakan program berkembar. Contoh seperti program yang ditawarkan oleh Kolej Damansara Utama. Program yang ditawarkan ialah seperti Program Diploma Pengajian Komputer dari Univrsiti Lincolnshire dan Huberside, Britain.Agama Dan Gejala SosialMari kita renung rencana berikut;Jumlah kes juvana makin meningkat dari sehari ke sehari. Dalam tahun 1997, jumlah kes juana yang didapati bersalah oleh mahkamah ialah 4,590 kes dan angka ini terus meningkat. Dalam tahun 1998 terdapat 6,338 kes juana yang didapati bersalah oleh mahkamah. Penambahan kes dari tahun 1997 hingga tahun 1998 adalah 38.08 peratus.(Berita Harian 18 Mei 1999)Meskipun begitu terdapat kecenderungan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama, baik yang ditaja oleh kerajaan mahupun sekolah agama swasta. Kesedaran ibu bapa telah mendorong mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah berkenaan.Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1996.

PROGRAM PENUTUR JATI (NATIVE SPEAKERS)Antara program kerajaan yang terkini bagi meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia ialah program penutur jati (native speakers programme).Program Penutur Jati Bahasa Inggeris adalah merupakan salah satu program di bawah Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dilaksanakan untuk Tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati. Program ini menjadikan guru-guru Bahasa Inggeris Tahap satu sebagai sasaran dan menjadi sebahagian kaedah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan guru di sekolah. Kira-kira 300 penutur jati bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat akan dibawa ke negara ini bagi membimbing pelajar tempatan dalam mata pelajaran bahasaInggeris.

PENUTUP:

Dasar Luar Negara telah terbukti memberi banyak manfaat kepada sistem pendidikan di Malaysia bermula dari era selepas kemerdekaan sehinggalah kini. Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai era perubahan yang telah banyak menaiktaraf pendidikan dan kurikulum pendidikan di Malaysia. Pelbagai lapisan pendidikan memperoleh pelbagai manfaat dan kelebihan bermula dari peringkat Pra sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti pengajian siswazah. Semua agensi pendidikan terlibat dalam proses menaiktaraf institusi pendidikan bermula dari pendidikan tadika, pra sekolah dan seterusnya pendidikan di universiti. http://suzeesuzy-hitammanis.blogspot.com/2011/05/manfaat-dasar-luar-negara-kepada.htmlPosted by Suzinie Md Saad at 7:20 pm 22 may 2011

PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA: ANTARA SUMBANGAN DAN CABARAN DALAM MENEMPUH ABAD KE-21.

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353)PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA: ANTARA SUMBANGAN DAN CABARAN DALAM MENEMPUH ABAD KE-21.

Pendahuluan

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :

Pembangunan tenaga manusia

Kepesatan pertumbuhan ekonomi

Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat

Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

Pembangunan teknologi dan sains

Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

SUMBANGAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA KEPADA SEKTOR PENDIDIKANApabila Kementerian Pendidikan telah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan pendidikan bertaraf dunia, dengan sendirinya matlamat tersebut telah mengariskan apakah langkah-langkah yang perlu diambil. Langkah-langkah tersebut adalah:

1. Pengkorporatan Universiti.

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di negara ini yang terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan. Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah mencapai status negara maju.

Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu bukan sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan mengurangkan tanggungan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan juga bagi menjadikan sektor pendidikan di negara ini lebih dinamis perkembangannya. Selaras dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti.

Kerenah birokrasi dan pelbagai red tape yang mengekang perjalanan universiti akan dapat diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini universiti akan bertenaga meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan digunakan untuk kepentingan korporat.

Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui pengeksportan pendidikan ke negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti, akauntabiliti dan kredibiliti pendidikan tinggi tempatan.

2. Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan

Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan.

Ini termasuklah membaiki :

Kualiti pengajaran

Kualiti perkhidmatan

Kualiti kurikulum

Kualiti penilaian dan pensijilan

Kualiti pensyarah

Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar

Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi

Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti

Kualiti kepimpinan universiti

Kualiti penyeliaan

Kualiti mentoring

Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar

1. Perubahan Sistematik

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitueducational content, educational toolsdan infrastruktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif. Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam kontek yang lebih luas.

Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada Kementerian Pendidikan dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan. Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan.

Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun

Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan

Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan

Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira.

Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk melahirkan insan yang cemerlang.

Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesyen perguruan perlu pengkajian semula. Profesyen perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yang radikal dan drastik bagi mengatasi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke 21.

Imej dan status perguruan yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera. Penawaran kursus-kursus perguruan lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan status profesyen perguruan.

1. Penggredan Universiti

Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian Pendidikan adalah satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara tidak langsung perlaksanaan penggredan universiti ini menggalakkan universiti tempatan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru seperti teknologi maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu program perkembangan staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang ingin berkembang secara progresif dan dinamis.

2. Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai implikasi yang besar kepada perkembangan industri pendidikan negara. Perlaksanaan program berkembar oleh insitusi-institusi swasta ini, membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi dari segi penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program berkembar, sekaligus menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.

Sehubungan dengan ini, pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung kepada universiti-universiti tempatan yang sedia ada sahaja. Natijahnya, impian negara untuk melahirkan bakal-bakal pekerja berilmu sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan.

3. Kelonggaran Sistem Pendidikan

Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi pembangunan sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Selaras dengan wawasan 2020, Malaysia sedang menyusun dan merangka satu paradigma perubahan ekonomi untuk menjadikan Malaysia negara maju dan membangun sepenuhnya dalam bidang perindustrian.

Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan pembangunan sumber manusia abad ke 21 amat bergantung kepada peranan serta dasar liberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja berilmu, rajin, tekun dan produktif.

Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di London, Perdana Menteri Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan negara bagi membolehkan pelajar dengan keputusan cemerlang di peringkat persekolahan meneruskan pelajaran pada peringkat pengajian tinggi selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berilmu. Langkah melonggarkan peluang pendidikan ini dikira perlu kerana negara kekurangan pekerja yang berilmu bagi menghadapi cabaran masa depan terutama sekali dalam era teknologi maklumat abad ke 21.

Dengan mewajibkan semua murid mengikuti pendidikan awal di sekolah rendah secara percuma di samping melonggarkan peluang pendidikan menengah dan tinggi, Malaysia dikira akan mencapai satu taraf pendidikan yang maju di dunia. Malaysia juga dikira mempunyai kadar buta huruf yang rendah berbanding dengan negara-negara membangun yang lain.

Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang kemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga manusia mempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan produktiviti, membentuk warganegara yang produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan teknologi dan kegiatan ekonomi moden selaras dengan kemajuan yang ingin dipelopori melalui pendidikan bertaraf dunia.

Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke 21 juga memerlukan ribuan tenaga mahir dan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu pelaburan pendidikan yang merupakan agenda pembangunan sosial juga menjadi satu agenda yang amat mendesak bagi meliberalisasikan peluang pendidikan dan latihan ke arah pembentukan pekerja berilmu.

Langkah bagi melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara memperuntukan pelaburan yang tinggi dalam pendidikan dan latihan. Langkah ini juga selaras dengan Teori Modal Manusia (Human Capital Theory) yang menganggap pendidikan sebagai satu strategi penting bagi meningkatkan potensi modal manusia seperti kepakaran, kemahiran, berpengetahuan, efisyen, produktif, berdedikasi dan kreatif, sikap yang baik terhadap kerja dan sebagainya.

CABARAN KE ARAH MENUJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, kita tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia pendidikan. Di antara cabaran-cabaran tersebut ialah :

1. Penghijrahan pensyarah (brain drain)

Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf ( Y.D.P. Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu fenomena biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini sepatutnya dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini.

Persoalannya apakah penghijrahan pensyarah menjadi satu ancaman kepada pendidikan di negara ini ? Sudah tentu pasti kerana untuk menghasilkan seorang pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. Institusi pengajian tinggi awam menghadapi saingan untuk memikat graduan ijazah pertama sewaktu mereka menamatkan pengajian. Memang tidak dapat dinafikan sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik berbanding dengan apa yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.

Dilihat dari sudut yang lain, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi memberi ruang kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam memilih haluan karier masing-masing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada agensi-agensi yang berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan. Penghijrahan pensyarah bukan sahaja disebabkan oleh gaji pensyarah yang kecil tetapi juga harus dilihat dari pelbagai sudut sama ada ia berbentuk peribadi atau sebaliknya. Banyak lagi faktor lain yang dapat dikaitkan seperti tidak mendapat pengiktirafan pada masa yang diharapkan, rasa terkongkong dan sebagainya. Penghijrahan pensyarah sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada institusi pengajian tinggi swasta sahaja, malahan ia juga melibatkan sektor yang lain seperti sektor swasta, sektor kerajaan atau bekerja sendiri.

2. Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan

Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila profesyen perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku sekarang menunjukkan profesyen perguruan pada masa kini dan menjelang pada abad 21 akan terus dimonopoli oleh wanita. Salah satu implikasi negatif pendominasian gender, khususnya kaum wanita dalam profesyen ini ialah meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja, keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas berlaku disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar.

Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang lemah sekaligus menunjukkan profesyen perguruan tidak berkemampuan dalam menangani masalah asas pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa ini dan menjelang abad ke-21. Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan guru dalam profesyen perguruan kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi.

Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang dilakukan oleh guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin berhenti dan memohon untuk pilihan bersara daripada profesyen ini. Selain itu, kaum guru tidak dapat melarikan diri daripada menjadi sasaran kritikan kerana pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan akauntabiliti pelbagai pihak.

Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan pendidik di negara ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan menangani masalah rumit yang berkembang dalam masyarakat sekarang. Kemalangan yang berlaku dari masa ke semasa mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan psikologi dan mental yang memerlukan semangat kental dan kesabaran kaum guru.

3. Peperiksaan Mengikut Keupayaan.

Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.

Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.

Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu.

Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan memihak kepada kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan miskin.

Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan memberi peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar yakin dan bersedia. Soalnya, sehingga bilakah pelajar yang lemah boleh membina keyakinan mereka untuk menduduki peperiksaan dan adakah mereka yakin mereka akan berjaya dalam peperiksaan.

Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sistem peperiksaan yang diujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan kecerdasan yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf kegagalan pelajar lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.

Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa mengubah rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.

Selain itu, boleh ditimbulkan satu persoalan disini, apakah falsafah dan rangka ideologi yang mendasari konsep peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini ? Adakah ia boleh dikira satu perubahan yang penting ke arah menyumbang reformasi sistem peperiksaan yang sedia ada ? Setakat manakah falsafah dan konsep peperiksaan mengikut keupayaan ini memberi faedah dan mendukung wawasan pendidikan untuk melahirkan warga negara yang seimbang serta berketrampilan ?

Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar merujuk buku dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun ia dianggap tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan validitinya sesuatu peperiksaan. Idea ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar meniru dalam peperiksaan yang sukar dikesan.

Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan pelajar mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar di tahap yang sama.

Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan. Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.

Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki institusi pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan pencapaian akademik seseorang pelajar.

Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis.

CADANGAN MENANGANI CABARAN KEARAH MERIALISASI PENCAPAIAN MATLAMAT PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

Meningkatkan profesionalisme perguruan

Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.

Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di negara-negara membangun khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih redikal dilakukan. Profesyen perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari segi inovasi dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan pesatnya dan dalam sektor-sektor lain.

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di bataskan di atas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan negara.

Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat.

Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabdikan diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.

Usaha-usaha lain sepearti melatih pensyarah bagaimana mengajar di institusi pengajian tinggi. Langkah ini turut mencadngkan supaya pensyarah-pensyarah universiti mestilah memiliki diploma pendidikan bagi membolehkan mereka melayakkan diri untuk mengajar. Walaupun mendapat reaksi yang "panas dan sinis" daripada pensyarah dan professor, cadangan ini bagaimanapun perlu dianggaap sebagai satu cadangan yang positif bagi meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Mengatasi masalah "Brain Drain" di kalangan pensyarah

Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan apa yang dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka. Kerjaya sebagai pensyarah mempunyai banyak insrintik yang terus menambat hati pensyarah agar terus kekal di institusi pengajian tinggi.

Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya ialah layanan yang mereka terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar negara. Wan Mokhtar mempersoalkan apakah adil hanya menggangapkan pensyrah yang berkhidmat di luar negara ditawarkan dengan gaji yang berlipat ganda apabila kembali ke Malaysia, sedangkan antara keduanya mempunyai kemahiran dan pendedahan yang sama.

Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan dan tuntutan semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan keluar pensyarah dapat di atasi. Jangan biarkan pensyarah meminta-minta hak mereka kerana martabat pensyarah amat tinggi kedudukannya.

Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.

Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri.

Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan mengurangkan tekanan.

Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

KETERSEDIAAN PENDIDIK MENGHADAPI REFORMASI PENDIDIKANGolongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan yang betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang berfaedah. Mereka bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai kebenaran, keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai dengan potensinya sebagai khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen , daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.

Sebelum perlaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem pendidikan negara, apakah semua yang akan terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya telah tersedia? Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam keadaan bersedia bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik.

Janganlah semua kesilapan seperti pengenalan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR), subjek alam dan manusia (ADM), dasar disiplin dan sistem kenaikan pangkat baru berdasarkan kepada kelayakan akademik berulang lagi - kasihan generasi remaja kita yang menjadi mangsa kerana impak dari kesilapan penghitungan dalam menanam modal dalam"komoditi pendidikan", ia akan memberi impak jangka panjang. Sebagai contoh, hasil daripada kegagalan KBSR dan subjek ADM yang dilaksanakan 10 tahun dahulu, bahangnya kita dapat rasai kini dengan kurangnya pelajar kita (melayu khususnya) yang berminat unutk memilih sains sebagai bidang pilihan mereka di IPT.

Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari, Pendidikan Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan bertaraf dunia. Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah bersedia untuk mengikut arus reformasi yang akan mendatang dalam era pasca Teknologi Maklumat masa kini ? Ada baiknya fenomena ini dibetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan reformasi pendidikan secara total. Janganlah anjakan paradigma itu dibuat berkelompok-kelompok, biar ia menyeluruh kepada semua golongan pendidik. Kerana mereka inilah yang akan membina asas-asas yang mantap dan teguh.

Kesimpulan

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

http://aishahnetty.blogspot.com/2012/08/pendidikan-bertaraf-dunia-antara.htmlCABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah.

gambar rajah 2Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:- Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.- Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.- Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.- Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses danmenyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.-Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaanpelajar.

- Penempatan pelajar dalam kelas.-Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.-Pembinaan jadual waktu guru.- Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.-Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagaiurusan

rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.

(Rahmad Sukor, 2006)

Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah:1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikandengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.