Manfaat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

1
Manfaat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Globalisasi yang melanda kita menyebabkan dunia semakin hilang sempadannya ekoran dasar langit terbuka yang kita amalkan. Begitulah satu proklamasi yang menggambarkan kepesatan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kini. Hakikat yang tidak dapat dinafikan, teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari segenap lapisan masyarakat. Bertitik tolak daripada itu, kerjaan sebagai jentera pentadbiran Negara telah mengimplementasikan prakarsa yang mapan supaya budaya teknologi maklumat dapat mendarah daging dalam strata komuniti Malaysia. Pada masa yang sama, berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang peri penting teknologi maklumat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, sejumlah peruntukan yang besar telah dilburkan untuk tujuan tersebut. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada Negara dan perlu diterokai serta diperkenalkan kepada masyarakat buana ini kerana tak kenal maka tak cinta. Pesoalan yang berlegar dalam minda kita, apakah manfaat- manfaat tersebut? Dalam meniti hari demi hari, teknologi maklumat dapat menjadikan masyarakat negera kita sebagai masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Hal ini demikian kerana melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat Negara ini tidak akan menjadi katak di bawah tempurung yang ketinggalan untuk mengikuti perkembangan zaman. Dalam konteks ini, teknologi maklumat merupakan sungai besar yang berupaya menyalurkan pelbagai maklumat terkini dengan pantas. Dewasa ini, hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambungkan dengan perkhidmatan Internet, masyarakat kontemporari boleh mendapat maklumat dari seluruh dunia. Hal ini demikian, mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan input atau informasi terkini dalam sesuatu bidang.

description

Karangan spm 2014 teknologi

Transcript of Manfaat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Manfaat Teknologi Maklumat Dan KomunikasiGlobalisasi yang melanda kita menyebabkan dunia semakin hilang sempadannya ekoran dasar langit terbuka yang kita amalkan. Begitulah satu proklamasi yang menggambarkan kepesatan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kini. Hakikat yang tidak dapat dinafikan, teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari segenap lapisan masyarakat. Bertitik tolak daripada itu, kerjaan sebagai jentera pentadbiran Negara telah mengimplementasikan prakarsa yang mapan supaya budaya teknologi maklumat dapat mendarah daging dalam strata komuniti Malaysia. Pada masa yang sama, berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang peri penting teknologi maklumat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, sejumlah peruntukan yang besar telah dilburkan untuk tujuan tersebut. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada Negara dan perlu diterokai serta diperkenalkan kepada masyarakat buana ini kerana tak kenal maka tak cinta. Pesoalan yang berlegar dalam minda kita, apakah manfaat- manfaat tersebut?Dalam meniti hari demi hari, teknologi maklumat dapat menjadikan masyarakat negera kita sebagai masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Hal ini demikian kerana melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat Negara ini tidak akan menjadi katak di bawah tempurung yang ketinggalan untuk mengikuti perkembangan zaman. Dalam konteks ini, teknologi maklumat merupakan sungai besar yang berupaya menyalurkan pelbagai maklumat terkini dengan pantas. Dewasa ini, hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambungkan dengan perkhidmatan Internet, masyarakat kontemporari boleh mendapat maklumat dari seluruh dunia. Hal ini demikian, mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan input atau informasi terkini dalam sesuatu bidang.