Maniyatul Musoll(Pena Darwis)

5

Click here to load reader

description

Kitab

Transcript of Maniyatul Musoll(Pena Darwis)

Page 1: Maniyatul Musoll(Pena Darwis)

Maniyatul Musolli : Bah.5

.قيع��������ام .3 ڠب������ك ڠت����ول دبت������������ولكن نڠد دش���������رتكن دان ف�����رض ڠس������مبھي دڤ ب��������رديري اياي�������ت 3. Qiam. Iaitu berdiri pada sembahyang fardu dan disyaratkan dengan dibetulkan tulang belakang yakni ditegakkan belakang badan agar lurus. Jika tidak berkemampuan untuk lurus disebabkan uzur atau sakit tetapi masih gagah berdiri maka hendaklah ia bersandar pada sesuatu. Jika tiada dapat bersandar juga, hendaklah diupah olehnya seseorang untuk membantunya .Tidak boleh condong kerana jika condong tidak dinamakan berdiri dan tiada sah sembahyang fardhu. Jika lemah sangat untuk berdiri sehingga menghilangkan khusyuk maka dibenarkan duduk dengan syarat hanya dibenarkan duduk pada kadar tidak laratnya itu. Contohnya jika rakaat pertama mampu untuk berdiri maka hendaklah berdiri dan duduk pada rakaat yang tidak upayanya. Jika kembali redha lemahnya atau sakitnya itu, hendaklah berdiri kembali pada rakaat berikutnya. Namun jika lemah sangat untuk melakukan demikian maka dibenarkan sembahyang didalam keadaan duduk sehingga habis sembahyangnya itu. Jika lemah lagi daripada yang diatas, maka dibenarkan baring dengan cara mengiring kekanan. Jika lemah daripada baring maka dibenarkan menelentang dan diisyaratkan dengan kepalanya menghadap kiblat. Jika lemah juga daripada menelentang maka sembahyanglah dengan mengisyaratkan kelopak mata. Jika tiada dapat juga dengan kelopak mata, maka bayangkanlah sembahyang itu didalam hati. Sama sekali tidak boleh gugurkan sembahyang dalam apa jua keadaan dan wajib qadha jika meninggalkannya kerana sabit pada hadis bahawa hutang dengan Allah itu lebih aula diselesaikan. Bagi sembahyang yang selain sembahyang fardu, maka dibenarkan duduk walaupun gagah baginya berdiri. Menurut pandangan ulama, pahalanya adalah dikurangkan separuh dari yang sembahyang berdiri.

IDEA & TULISAN OLEH PENADARWIS SELESAI JAM 09:58 0 KOMEN

LABELS: FIQH, MANIYATUL MUSOLLI

8 . 0 5 . 2 0 0 8

A U G

05

Maniyatul Musolli : Bah.4

Page 2: Maniyatul Musoll(Pena Darwis)

Disyarah pada 6/1/08. ulasan : Setelah selesai mengetahui akan sembilan syarat sah sembahayang maka wajiblah bagi seseorang itu mengetahui akan rukunnya pula. Dan rukun sembahyang itu terbahagi kepada 13 : 1. Niat ertinya menyengajakan akan suatu hal keadaan disertakan pada awal perbuatan dan tempatnya itu pada hati. Bagi sembahyang fardu selain daripada sembahyang jumaat dan qadak hendaklah hal niat kita itu memiliki tiga perkara. a) tujuan perbuatan - sahaja aku sembahyang b) hukum atas sembahyang itu - fardu c) waktu sembahyang - zuhur. ketiga-tiga perkara ini hendaklah hadir pada hati dikala takbiratul ihram. Tidak sah niat tersebut jika ditinggalkan salah satu daripadanya. Jika sembahyang jumaat pula hendaklah ditambahi selepas lafaz waktu sembahyang tersebut lafaz imam atau makmum kerana syarat sembahyang jumaat itu berjemaah.Contohnya sahaja akau sembahyang fardu jumaat menjadi imam/makmum Bagi yang bermusafir pula, ditambahi qasar pada selepas lafaz waktu sembhyang. Contohnya sahaja aku sembahyang fardu asar qasar. Bagi sembahyang yang sunat pula, hendaklah ditukarkan hukum atas sembahyang itu daripada fardu kepada sunat seperti sahaja aku sembahyang sunat zuhur dan ditambahi qabliyah atau bakdiyah pada hujungnya bergantung pada waktu mengerjakan sunatnya itu. Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu2 tertentu seperti hari raya atau gerhana. Memadai dengan lafaz niat sahaja aku sembahyang gerhana matahari. Jika sembahyang sunat yang mutlak pula, memadai dengan lafaz sahaja aku sembahyang. Sunat melafazkan niat dengan lidah terlebih dahulu daripada takbir dan menambahi menyebutkan bilangan rakaatnya serta diakhiri dengan 'lilahi taala'. 2. Takbiratul Ihram Dinamakan takbiratul ihram kerana bermula sahaja takbir maka seseorang itu telah diharamkan baginya apa yang halal sebelum takbirnya seumpama setelah memakai ihram supaya tidak membinasakan sembahyangnya nanti. Lafaz takbir hendaklah

Page 3: Maniyatul Musoll(Pena Darwis)

doilafazkan bagi mereka yang kuasa bertutur dengan lafaz Allahu Akbar dengan ditebalkan sebutan lam pada lafaz Allah sebagai lambang AkbarNya. Disinilah lafaz niat pada hati bermula(rujuk pada rukun pertama) dan hendaklah berlaku niat tersebut pada lafaz alif dalam kalimah Allah itu dan berakhir niat tersebut hingga ra pada lafaz akbar. Tidak mengapa jika lafaz niat itu lewat sedikit datangnya pada hati jika lafaz Allah telah dilafazkan. Tetapi tidak boleh memulakan niat terlebih dahulu sebelum lafaz Alif pada kalimah Allah. Juga tidak boleh membahagi-bahagikan takbir dengan niat seperti Al itu sahaja aku, lah itu sembahyang. Ak itu fardu dan bar itu Zuhur. Tidak sah sembahyang. Hendaklah lafaz Allahu Akbar dan niat itu dalam keadaan bersahaja saja. bersambung..

IDEA & TULISAN OLEH PENADARWIS SELESAI JAM 09:05 0 KOMEN

LABELS: FIQH, MANIYATUL MUSOLLI

7 . 2 1 . 2 0 0 8

J U L

21

Maniyatul Musolli : Bah.3

Sambungan . 8)Tidak menambah rukun perbuatan dengan sengaja Tidak menambahi rukun solat seperti sujud tiga kali atau rukuk dua kali dengan sengaja. Sebagai contoh jika seseorang itu sujud diatas suatu yang tajam atau suatu yang tidak mendatangkan selesa pada sujudnya lalu diangkat sedikit dahinya lalu sujud kembali maka batal solatnya kerana menambahi akan rukuk perbuatan. . Juga hendaklah meninggalkan perbuatan yang bukan jenis dari gerakkan sembahyang seperti menggerakkan anggota besar(kepala,badan,kaki dan tangan) lebih tiga kali atau melakukan perbuatan gerakkan yang keji didalam sembahyang seperti melompat walaupun hanya sekali kerana mendatangkan batal pada solat. . Namun,dimaafkan pergerakkan perbuatan anggota yang kecil (jari,rambut,kemaluan,buah dada dan seumpamanya). sebagai contoh perbuatan yang dimaafkan seperti membilang tasbih didalam sembahyang dengan jari, menggaru ditempat yang gatal, bergegar buah dada bagi perempuan ketika rukuk dan sujud dan seumpamanya. Namun menurut sesetengah ulama, batal solat jika gerakan perbuatan yang kecil itu dilakukan walhal sebenarnya tidak perlu seperti menggaru tempat yang tidak gatal, membunyikan jari(mematahkan jari) ketika hendak sujud dan seumpamanya.

Page 4: Maniyatul Musoll(Pena Darwis)

. 9)Jangan melakukan sesuatu yang membatalkan puasa didalam sembahyang Seperti makan dan minum, memasukkan sesuatu didalam rongga yang terbuka seperti hidung dan telinga sehingga melepasi batas yang dibenarkan dan lain2 perkara yang membatalkan puasa . bersambung..

IDEA & TULISAN OLEH PENADARWIS SELESAI JAM 09:16 0 KOMEN

LABELS: FIQH, MANIYATUL MUSOLLI

6 . 2 4 . 2 0 0 8

J U N

24

Maniyatul Musolli : Bah.2

Sambungan 4)Mengetahui segala aturan-aturan sembahyang Mengetahui akan aturan dan kafiat-kafiat sembahyang seperti mengetahui akan fardunya serta dapat membezakan yang mana bahagian-bahagian yang wajib dan sunat. Adalah tidak sah sembahyang jika mengatakan bahagian yang wajib itu sunat seperti mengatakan memberi salam pertama itu sunat. Namun sah solat selagi seseorang itu mengatakan bahagian yang sunat itu wajib seperti mengatakan tahiyat awal itu wajib.

5)Suci dari Hadas kecil dan besar. Menyucikan diri dari segala hadas sebelum hadir dirinya kedalam solat. Namun terdapat beberapa perbahasan mengenai hal bersuci ini antaranya sah solat bagi mereka yang mengalami kencing tidak puas iaitu menitis didalam solat selagi ianya solat berseorangan atau menjadi makmun dan tidak dibenarkan sama sekali menjadi imam. Juga beberapa perbahasan lain.

6)Suci daripada najis yang tidak dimaafkan

Page 5: Maniyatul Musoll(Pena Darwis)

Hendaklah diperhatikan kebersihan tubuh, kain dan tempat solatnya. Juga hendaklah diperhatikan samada gerak dalam solatnya itu akan terkena najis atau tidak. Juga hendaklah seseorang itu memerhatikan akan hal berhubung dengan najis seperti menanggung anak ketika solat dan anak tersebut terdapat najis didalam lampinnya atau kulup pada kemaluannya bagi laki-laki. Juga hendaklah diperhatikan adakah terdapat tahi cicak pada tali microphone (bagi imam yang menggunakan mic) walaupun ia tidak bersentuhan namun dikira batal kerana berhubung dengan najis. Guru kami berpesan, qiaskan masalah tersebut kepada hal-hal yang lain.

Berkenaan pada pakaian sembahyang, adalah dimaafkan kesan darah yang sedikit (dalam lingkungan sebesar kepala jari atau kurang), tahi lalat, kotoran najis dari tanah atau jalan raya, kutu anjing, darah dan nanah bisul (meleleh) dan seumpamanya.

Tidak mengapa sembahyang tanpa mengetahui atau lupa terdapat najis yang tidak dimaafkan oleh syarak namun wajib menggantikannya semula jika tersedar.

7) Tidak berkata-kata didalam sembahyang. Meninggalkan berkata-kata dengan sengaja selain dari Al-Quran atau zikir atau doa. Batal solat tersebut jika berkata-kata dengan perkataan yang memiliki dua huruf(jika dibilang) samada perkataan tersebut difahami atau tidak.