Manual Pengguna Permohonan Baharu di PKI Portal · melakukan transaksi secara elektronik dengan ......
-
Upload
trinhkhanh -
Category
Documents
-
view
234 -
download
0
Transcript of Manual Pengguna Permohonan Baharu di PKI Portal · melakukan transaksi secara elektronik dengan ......
Versi 1.0
Pejabat Bendahari ,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor,
MALAYSIA.
http://myfinancial.uitm.edu.my
MANUAL PENGGUNA Proses Permohonan Baharu
Di Public Key Infrastructure (PKI) Portal
Manual Pengguna Permohonan Baharu di PKI Portal
Panduan Pengguna Mukasurat 2
ISI KANDUNGAN
1. Semak Emel yang didaftarkan ...................................................................................................... 4
2. Pengguna Aktifkan Kod Pengaktifan............................................................................................ 5
3. Permohonan Baharu (Masih dalam Skrin Pengaktifan) .............................................................. 6
Manual Pengguna Permohonan Baharu di PKI Portal
Panduan Pengguna Mukasurat 3
PENGENALAN
Modul Public Key Infrastructure (PKI) menyediakan kemudahan untuk pembekal membeli
Public Key Infrastructure (PKI) sekiranya ingin menyertai aktiviti perolehan di UiTM secara
elektronik. Public Key Infrastructure (PKI) atau Prasarana Kekunci Awam adalah gabungan
perisian, teknologi penyulitan dan perkhidmatan yang membolehkan organisasi melindungi
keselamatan komunikasi dan transaksi urus niaga dalam internet. Ia membolehkan pengguna
melakukan transaksi secara elektronik dengan selamat dan mengenal pasti individu yang
melakukan transaksi. Sebelum membuat permohonan baru, pemohon hendaklah terlebih dahulu
membaca dan memahami panduan pendaftaran, dokumen-dokumen yang terlibat/diperlukan,
‘charges’ yang dikenakan serta penggunaan butang-butang di dalam sistem. Manual ini akan
menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membuat pengaktifan sijil digital secara
atas talian di Public Key Infrastructure (PKI) Portal. Butiran syarikat di skrin-skrin dalam
manual ini hanyalah contoh sahaja dan mungkin tidak boleh digunapakai dalam permohonan
tuan/puan. Sekiranya wujud sebarang masalah semasa membuat pembelian, bolehlah hubungi
Pentadbir di Public Key Infrastructure (PKI) Portal seperti yang tertera dalam manual ini.
Manual Pengguna Permohonan Baharu di PKI Portal
Panduan Pengguna Mukasurat 4
LANGKAH-LANGKAH PENGISIAN MAKLUMAT
Berikut adalah langkah-langkah untuk memulakan proses mengaktifkan sijil digital di PKI
Portal
1. Semak Emel yang didaftarkan
1. Sila klik pada pautan di dalam emel https://myepki.uitm.edu.my/RAPortal/ untuk
meneruskan proses pendaftaran Sijil Digital (PKI UiTM).
Manual Pengguna Permohonan Baharu di PKI Portal
Panduan Pengguna Mukasurat 5
2. Pengguna Aktifkan Kod Pengaktifan
Laman Utama PKI Portal
1. Pilih tab Pengaktifan
2. Masukkan Nombor MyKad/Pasport
3. Masukkan Kod Pengaktifan (salin dari emel yang diterima)
4. Klik butang [Terus]
Manual Pengguna Permohonan Baharu di PKI Portal
Panduan Pengguna Mukasurat 6
3. Permohonan Baharu (Masih dalam Skrin Pengaktifan)
1. Sila semak maklumat yang dipaparkan
2. Masukkan No.Telefon
Manual Pengguna Permohonan Baharu di PKI Portal
Panduan Pengguna Mukasurat 7
3. Pilih Soalan Keselamatan dari senarai dropdown menu.
4. Masukkan Jawapan
5. Masukkan Pin Sijil Digital
6. Masukkan Pengesahan Pin
7. Sila muatnaik Imej MyKad. Klik butang [Browse]
8. Cari imej tersebut pada komputer masing-masing jika ada.
9. Klik [Open] untuk memilih imej tersebut
Manual Pengguna Permohonan Baharu di PKI Portal
Panduan Pengguna Mukasurat 8
10. Pilih Imej Keselamatan dari senarai Imej yang dipaparkan.
11. Tandakan pada ayat pengesahan oleh vendor.
12. Klik butang [Terus]
13. Skrin Pengaktifan dipaparkan. Kod Permohonan anda telah berjaya di aktifkan.
Permohonan anda disemak dan sijil digital akan dikeluarkan dalam 3 hari waktu bekerja.