MANUAL PENGGUNA SISTEM eZAKAT KOLEJ MATRIKULASI …zakatkmpp.com.my/manual/manual kmpp versi...

22
1 MANUAL PENGGUNA SISTEM eZAKAT KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG (versi DESKTOP)

Transcript of MANUAL PENGGUNA SISTEM eZAKAT KOLEJ MATRIKULASI …zakatkmpp.com.my/manual/manual kmpp versi...

1

MANUAL PENGGUNA

SISTEM eZAKAT

KOLEJ MATRIKULASI

PULAU PINANG

(versi DESKTOP)

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 LAMAN UTAMA EZAKAT 3

2.0 PENDAFTARAN 4

2.1 Langkah-langkah Untuk Pendaftaran 4

2.1.1 Maklumat Peribadi 5

2.1.2 Maklumat Keluarga 7

2.1.3 Maklumat Adik Beradik 9

3.0 SISTEM EZAKAT 11

3.1 Login 11

3.2 Muat Naik Gambar Ke Sistem 13

3.3 Menu Sistem 14

4.0 PERMOHONAN ZAKAT 15

5.0 SESI TEMUDUGA 22

PERINGATAN :

i. Permohonan Zakat boleh dibuat melalui laman web zakatkmpp.com.my.

ii. Sila baca Manual Pengguna ini sehingga habis sebelum membuat permohonan.

iii. Sila ambil perhatian pada tulisan yang berwarna Merah di dalam Manual

Pengguna ini.

iv.

3

1.0 LAMAN UTAMA EZAKAT

Memo :

Boleh menggunakan Firefox atau Google Chrome untuk mendapatkan keputusan yang

lebih memuaskan. Anda hanya perlu menaip laman web zakatkmpp.com.my untuk

mengakses sistem eZakat.

4

2.0 PENDAFTARAN

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun atau terlupa, sila ikuti langkah-langkah berikut:

2.1 Langkah-langkah Untuk Pendaftaran

i. Tekan link “DAFTAR”.

ii. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan tekan butang “SUBMIT”.

➢ Jika pernah mendaftar, kotak mesej berikut akan dipaparkan:

➢ Jika anda belum mendaftar, kotak mesej berikut akan dipaparkan:

➢ Tekan atas “Kotak Merah” untuk meneruskan pendaftaran.

5

2.1.1 Maklumat Peribadi

Isi maklumat berikut:

PERKARA KETERANGAN

Nama Isi nama penuh mengikut kad pengenalan.

No Kad Pengenalan Isi angka tanpa ada symbol “-”

No Pelajar Isi nombor kad matrik.

Kata Laluan Isi kata laluan yang di kehendaki.

Sahkan Kata Laluan Isi kata laluan yang sama untuk pengesahan.

Status Muallaf Sekiranya anda Muallaf sila pilih butang “YA”.

Modul Pilih modul mengikut senarai.

Taraf Perkahwinan Pilih Bujang atau Kahwin.

Jantina Pilih jenis jantina Lelaki atau Perempuan.

Semester Kemasukan Pilih BATCH kemasukan pada Semester 1 (Part 1).

Bahagian Pilih bahagian semester semasa ketika mendaftar Zakat.

Negeri Bermastautin Pilih Negeri tempat tinggal keluarga.

Bank Pilih Bank

No. Akaun Bank Isi nombor akaun Bank yang aktif

Keputusan Peperiksaan

Terkini

Isi keputusan GPA dan CGPA yang terkini . Sekiranya tidak

mempunyai GPA dan CGPA, sila letakkan nilai “0” di bahagian

tersebut.

Alamat Kolej Isi alamat kolej.

No. Telefon Isi nombor telefon anda yang AKTIF dan boleh dihubungi.

Nama Coach Isi nama coach anda.

Email Coach Isi email coach yang AKTIF

Email Sila letakkan email yang aktif bagi tujuan pengaktifan

pendaftaran.

6

➢ Contoh maklumat peribadi yang telah diisi. Untuk meneruskan pendaftaran, tekan

butang “Hantar Maklumat” dan sistem akan mengeluarkan mesej seperti berikut.

Sila tekan butang “OK” sekiranya anda berpuas hati dengan maklumat yang telah

diisi.

7

2.1.2 Maklumat Keluarga

Isi maklumat berikut:

PERKARA KETERANGAN

Nama Isi nama penuh penjaga.

No Kad Pengenalan Isi No Kad Pengenalan penjaga tanpa ada symbol “-”

Pekerjaan Isi maklumat pekerjaan. Taip “SENDIRI” jika penjaga bekerja

sendiri.

Hubungan Pilih hubungan pemohon dengan penjaga. Contoh : Ayah/Ibu

Taraf Perkahwinan Pilih taraf perkahwinan penjaga.

No. Telefon Isi nombor telefon HP penjaga

Maklumat Pendapatan Keluarga

Bapa/Penjaga Isi pendapatan Bapa/Penjaga

Pasangan (Ibu) Isi nilai pendapatan pasangan:

0 = Jika tidak bekerja

*Tanda pada kotak TIADA PASANGAN jika pasangan sudah

meninggal atau bercerai

Lain-lain Sumbangan Pilih jenis sumbangan atau sumber pendapatan lain dan isi

jumlah yang tepat.

Jumlah Jumlah pendapatan Semua Sumber yang telah diisi

8

➢ Contoh maklumat keluarga yang telah diisi. Untuk meneruskan pendaftaran, tekan

butang “Hantar Maklumat” dan sistem akan mengeluarkan mesej seperti berikut.

Sila tekan butang “OK” sekiranya anda berpuas hati dengan maklumat yang telah

diisi.

9

2.1.3 Maklumat Adik Beradik

Isi maklumat berikut:

i. Contoh maklumat adik beradik yang perlu diisi.

ii. Tekan butang “Tambah Maklumat Adik Beradik” untuk menambah maklumat adik

beradik.

PERKARA KETERANGAN

Nama Isi nama penuh adik beradik

Hubungan Pilih hubungan yang sesuai. Contoh : Adik / Kakak / Abang Tiri

Tarikh Lahir Pilih tarikh lahir dengan betul

Status Pilih status adik beradik. Contoh : Bujang / Kahwin

Status Kerja Pilih status kerja.

Jabatan / Institusi /

Sekolah

Isi maklumat pekerjaan dan majikan jika sudah bekerja atau

nama institusi jika masih belajar.

Cth: GURU SMK Kepala Batas

10

iii. Tekan butang “Selesai Pendaftaran” untuk menamatkan pendaftaran anda.

Email pengaktifan akan dihantar oleh sistem ke email anda. Sila aktifkan akaun anda.

PROSES PENDAFTARAN PEMOHON TAMAT

11

3.0 SISTEM EZAKAT

3.1 Login

i. Sila masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN anda yang

telah didaftarkan di dalam sistem ini dan tekan butang “Hantar”.

ii. Sekiranya terlupa kata laluan, tekan butang “Terlupa Kata Laluan” yang tertera di

laman utama sistem eZakat.

12

Jika terlupa kata laluan:

Masuk NOMBOR KAD PENGENALAN dan tekan butang “Hantar”

Jika NOMBOR KAD PENGENALAN wujud, maka sistem akan email kata laluan

ke email anda.

iii. Jika login anda berjaya, paparan berikut akan dipaparkan.

13

3.2 Muatnaik Gambar Ke Sistem

Peringatan :

Pastikan anda memuatnaik Gambar Berukuran Passport serta mengikut Etika

Pemakaian yang betul. Sekiranya anda gagal untuk memenuhi syarat tersebut,

permohonan anda tidak akan diproses.

i. Sila tekan butang “Browse” cari Gambar tekan butang “Open”.

Jika gambar anda terpapar, maka anda telah berjaya memuatnaik gambar.

(Pastikan gambar bersaiz kurang dari 100 Kb)

14

3.3 Menu Sistem

MENU KETERANGAN

PEMOHON

Maklumat Peribadi

i. Lihat

ii. Kemaskini

iii. Kemaskini Gambar

Memaparkan maklumat pemohon

Kemaskini maklumat pemohon

Mengemaskini gambar pemohon

Maklumat Keluarga

i. Lihat

ii. Daftar Keluarga

iii. Kemaskini

Memaparkan maklumat keluarga

Daftar maklumat keluarga

Kemaskini maklumat keluarga

Maklumat Adik Beradik

i. Maklumat

Memaparkan maklumat adik beradik dan juga

mengemaskini maklumat tersebut.

PERMOHONAN

Baru Membuat permohonan baru

Semak Menyemak permohonan yang telah dihantar

Anjung Ke laman depan system

Keluar Keluar dari system

15

4.0 PERMOHONAN ZAKAT

Peringatan :

Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga dan adik-beradik yang telah diisi adalah yang

terkini.

1. Tekan menu “Permohonan” >>> Tekan “Permohonan Baru” untuk membuat

permohonan baru.

a. Pastikan maklumat peribadi adalah terkini terutama GPA dan CGPA.

b. Pastikan maklumat keluarga adalah terkini terutama Jumlah Pendapatan.

c. Pastikan maklumat adik beradik adalah yang terkini.

16

d. Isikan maklumat kewangan dengan memilih samada mempunyai tajaan pengajian

dan juga samada pernah mendapat bantuan zakat dari KMPP. Isi juga tujuan

memohon zakat. Isi tujuan permohonan dengan ringkas dan padat.

PERKARA KETERANGAN

Adakah anda mendapat bantuan

kewangan seperti PTPTN, JPA,

MARA atau lain-lain?

Pilih “YA” jika mendapat bantuan dan pilih

“TIDAK” jika tidak mendapat sebarang bantuan.

Jika YA, sila nyatakan bantuan

daripada mana?

Nyatakan daripada mana bantuan anda terima.

Jumlah per/semester Masukkan jumlah per semester yang diterima

.

Adakah anda pernah mendapat

bantuan Zakat KMPP

Pilih “YA” jika pernah dan pilih “TIDAK” jika

tidak pernah menerima bantuan Zakat.

Jika YA, Sila pilih tahun

menerima Zakat

Pilih tahun yang anda pernah mendapat Zakat

Jumlah yang diterima Nyatakan jumlah Zakat yang pernah diterima

Sila nyatakan tujuan anda

memohon Zakat KMPP untuk

kali ini

Nyatakan dengan ringkas dan padat

17

e. Bagi had kifayah sila, rujuk seperti berikut:

PENGIRAAN HAD KIFAYAH

Kategori kawasan penempatan Pilih Bandar atau Luar Bandar

Rumah keluarga Sewa : Rumah yang disewa dan ada bayaran

bulanan

Percuma / Bebas Hutang : Rumah yang tiada

hutang atau bayaran sewa

Ketua keluarga OKU Pilih “YA” jika OKU

Pilih “TIDAK” jika bukan OKU

Bilangan tanggungan umur > 18

tahun

Pilih bilangan yang bersekolah dan berumur 18

tahun termasuk ANDA

Pilih bilangan yang menganggur dan berumur

lebih daripada 18 tahun

Tanggungan umur 13 hingga 17

tahun

Pastikan jumlah orang adalah BETUL

Tanggungan umur 7 hingga 12

tahun

Pastikan jumlah orang adalah BETUL

Tanggungan umur < 6 tahun Pastikan jumlah orang adalah BETUL

Jumlah Had Kifayah Jumlah had kifayah akan dikira secara automatik

dan pastikan jumlah paparan adalah BETUL

18

f. Bagi Anggaran Perbelanjaan Sebulan, sila rujuk seperti berikut:

ANGGARAN PERBELANJAAN SEBULAN

MAKANAN

(JIKA ADA)

Pilih dari senarai dan isikan anggaran perbelanjaan

untuk makanan bagi tempoh sebulan

PENGINAPAN

(JIKA ADA)

Pilih dari senarai dan isikan anggaran perbelanjaan

untuk penginapan bagi tempoh sebulan

PENGANGKUTAN

(JIKA ADA)

Pilih dari senarai dan isikan anggaran perbelanjaan

untuk pengangkutan bagi tempoh sebulan

PERUBATAN

(JIKA ADA)

Pilih dari senarai dan isikan anggaran perbelanjaan

untuk perubatan bagi tempoh sebulan

BUKU/PERALATAN

PENDIDIKAN

(JIKA ADA)

Pilih dari senarai dan isikan anggaran perbelanjaan

untuk buku/peralatan pendidikan bagi tempoh sebulan

JUMLAH Jumlah anggaran perbelanjaan sebulan akan dikira

secara otomatik dan pastikan jumlah paparan adalah

BETUL

STATUS Status asnaf akan dipaparkan secara automatik

berdasarkan jumlah pendapatan dan had kifayah.

19

2. Pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul dan tekan butang “Hantar

Permohonan”.

3. Sebelum tekan butang “OK” untuk meneruskan permohonan baru tersebut, sila pastikan

perkara 1, 2, 3 dan 4 telah diisi dengan betul.

Salinan permohonan anda akan diemailkan kepada Coach sebagai rujukan dan

makluman.

Permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini kecuali menghubungi pegawai

zakat.

20

5.0 Langkah-Langkah Untuk Menyemak Permohonan dan Tetapkan Tarikh

4. Selepas tekan butang “OK” proses seterusnya adalah untuk memilih Tarikh Temuduga.

Sila pilih tarikh temuduga yang sesuai kerana tarikh temuduga yang dipilih adalah

MUKTAMAD.

Tekan butang “PILIH” dan paparan berikut akan terpapar.

5. Selepas memilih tarikh temuduga, permohonan akan disemak bagi memastikan semua

maklumat yang diberikan adalah betul terutama gambar yang dimuatnaik.

6. Selepas semakan telah dibuat, Borang akan tersedia untuk dicetak. Sila cetak borang

tersebut dan semak semua maklumat adalah betul dan dapatkan tandatangan COACH.

21

7. Contoh borang adalah seperti berikut:

*** Pastikan anda mendapatkan tandatangan COACH dan sediakan semua salinan yang

diperlukan sebelum menghadiri sesi temuduga.

*** Mukasurat 2 boleh diberikan kepada pensyarah sebagai bukti untuk tidak hadir jika kuliah

atau kelas bertindih dengan masa temuduga dan bawa salinannya ketika menghadiri temuduga.

TAMAT PROSES PERMOHONAN ZAKAT

22

5.0 TEMUDUGA

1. Sebelum Temuduga

a) Pastikan semua senarai semak di muka surat 2 disediakan supaya proses temuduga

berjalan dengan lancar.

b) Pengesahan sijil / dokumen dan Kad Pengenalan hendaklah disahkan oleh COACH

c) Pemohon hendaklah memaklumkan kepada pihak Zakat sekiranya terdapat

sebarang perubahan mengenai tarikh temuduga.

2. Semasa Temuduga

a) WAJIB berpakaian mengikut sahsiah rupa diri sebagaimana yang telah ditetapkan

oleh Pihak KMPP.

b) Pastikan semua senarai di muka surat 2 dibawa bersama dan telah DISUSUN

mengikut susunan Senarai Semak semasa menghadiri temuduga supaya proses

temuduga berjalan dengan lancar.

3. Selepas Temuduga

a) Setelah urusan temuduga selesai, pemohon boleh menyemak di dalam sistem untuk

mengetahui status permohonan samaada Lulus atau Gagal.

b) Kepada permohonan yang lulus, wang bantuan Zakat akan dimasukkan ke dalam

akaun dalam masa 10 hari bekerja selepas tarikh temuduga. Jika masih belum

mendapat wang bantuan tersebut, sila hubungi pusat Zakat KMPP.