MANUAL PENTADBIRAN INSTRUMEN PENILAIAN SARINGAN NUMERASI

40
1 BAHAGIAN C: MANUAL PENTADBIRAN INSTRUMEN PENILAIAN SARINGAN NUMERASI Instrumen Penilaian Saringan Numerasi mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian Saringan Numerasi Lisan dan Bahagian Saringan Numerasi Bertulis. 1 DEFINISI NUMERASI Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian (BPK, 2010) 2 KAEDAH PENTADBIRAN INSTRUMEN PENILAIAN SARINGAN NUMERASI LISAN 2.1 Pentadbiran Instrumen Numerasi mengandungi 12 konstruk. Instrumen ini ditadbir secara lisan serta berterusan semasa wakatu pembelajaran dan pengajaran Matematik Instrumen ini ditadbir secara kumpulan/ individu (bilangan kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang) serta mengikut kesediaan murid. Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk. Setelah kesemua konstruk telah ditaksir, pentaksir boleh kembali mentaksir mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid. Instrumen ini boleh ditadbir menggunakan bahasa pengantar sekolah. Guru disarankan bersama dengan murid untuk membantu murid ketika pentaksiran dilaksanakan. Pentadbiran instrumen ini haruslah dilakukan secara telus dan jujur. Kesemua konstruk hendaklah ditaksir mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Murid ditaksir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid. Setiap konstruk yang dikuasai oleh murid hendaklah diisi dalam Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI).

description

Penyediaan Manual Pentadbiran Pentaksiran Saringan LINUS

Transcript of MANUAL PENTADBIRAN INSTRUMEN PENILAIAN SARINGAN NUMERASI

17

BAHAGIAN C: MANUAL PENTADBIRAN INSTRUMEN PENILAIAN SARINGAN NUMERASI Instrumen Penilaian Saringan Numerasi mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian Saringan Numerasi Lisan dan Bahagian Saringan Numerasi Bertulis.1 DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian (BPK, 2010)2 KAEDAH PENTADBIRAN INSTRUMEN PENILAIAN SARINGAN NUMERASI LISAN2.1 Pentadbiran

Instrumen Numerasi mengandungi 12 konstruk.

Instrumen ini ditadbir secara lisan serta berterusan semasa wakatu pembelajaran dan pengajaran Matematik Instrumen ini ditadbir secara kumpulan/ individu (bilangan kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang) serta mengikut kesediaan murid.

Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk.

Setelah kesemua konstruk telah ditaksir, pentaksir boleh kembali mentaksir mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid.

Instrumen ini boleh ditadbir menggunakan bahasa pengantar sekolah.

Guru disarankan bersama dengan murid untuk membantu murid ketika pentaksiran dilaksanakan.

Pentadbiran instrumen ini haruslah dilakukan secara telus dan jujur. Kesemua konstruk hendaklah ditaksir mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.

Murid ditaksir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid.

Setiap konstruk yang dikuasai oleh murid hendaklah diisi dalam Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI).2.2 Penggunaan Manual

Manual numerasi ini ialah panduan kepada pentaksir.

Manual ini mengandungi kaedah mentaksir 12 konstruk numerasi lisan beserta skema jawapan.

Manual ini menerangkan secara terperinci tentang cara mentadbir setiap konstruk.

Pentaksir hendaklah membaca manual ini dengan teliti dan memahaminya sebelum mentadbir instrumen.

2.3 Cara Mengisi Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)

Pentaksir perlu melengkapkan BPPI dengan nama murid, kelas dan tahun (sila rujuk Rajah 3). Pentaksir perlu mencatat penguasaan murid bagi setiap konstruk pada ruang yang disediakan. BPI yang telah lengkap diisi hendaklah disimpan dalam fail peribadi murid untuk tujuan rujukan. Jika murid bertukar ke sekolah lain, BPPI hendaklah dibekalkan bersama-sama murid. Tahap Penguasaan murid bagi numerasi memmbaca adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.1.1 Cara Menetapkan Penilaian Skor1.1.1 Murid menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat menjawab betul kedua-dua item seperti yang dilampirkan dalam BPPI.

1.1.2 Murid-murid dikategorikan menguasai assa numerasi apabila berjaya menguasa kedua-dua Numerasi Lisan dan Numerasi Bertulis.1.1.3 Selepas saringan diadakan, murid-murid akan ditempatkan mengikut penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah:(a)Tidak menguasai konstruk 1 dan Konstruk 2Perlu menjalani Saringan 2

(b)Menguasai konstruk 1 dan Konstruk 2 atau lebihKembali ke Kelas Biasa

BORANG PELAPORAN PRESTASI INDIVIDU SARINGAN NUMERASI LISANNAMA MURID:.........................................................KELAS:.....................................

KONSTRUKITEMJAWAPANJUMLAHPENCAPAIAN

Tandakan jika menguasai

(semua item mesti betul)

BETULSALAHMELEPASIMARKAH MURIDMENGUASAITIDAK MENGUASAI

Konstruk 112/2/2

2

Konstruk 232/2/2

4

Konstruk 352/2/2

6

Konstruk 472/2/2

8

Konstruk 592/2/2

10

Konstruk 6112/2/2

12

Konstruk 7132/2/2

14

Konstruk 8152/2/2

16

Konstruk 9172/2/2

18

Konstruk 10192/2/2

20

Konstruk 11212/2/2

22

Konstruk 12232/2/2

24

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 1:

Keupayaan pra nombor dan mengenal angka.

ITEM 1Arahan kepada Guru;Jika murid gagal menyebut angka 3, 7, 6, 9 sama ada menggunakan kad angka atau menulis angka-angka itu.

Murid menguasai jika berjaya menyebut mana-mana empat angka.

(1). Minta murid menyebut angka-angka berikut

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Sebutkan angka-angka ini.

(2). Murid menyebut angka-angka tersebut.

Konstruk 1:

Keupayaan pra nombor dan mengenal angka.

ITEM 2Arahan kepada Guru;Murid menguasai jika murid berjaya mengambil kad angka 7, 4 dan 6.

Jika murid gagal. Guru boleh mengulang dengan meminta murid mengambil kad angka yang lain.

(1). Sediakan kad angka 1 hingga 9.

(2). Minta murid mengambil kad angka 7.

(3). Ulang aktiviti dengan meminta murid mengambil dua kad yang lain. Contoh, kad angka 4 dan 6.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Ambil kad dan tunjukkan kad angka 7.

(2). Murid mengambil dan menunjukkan kad angka yang diminta oleh guru.

(3). Ambil kad dan tunjukkan kad angka 4.

(4). Murid mengambil dan menunjukkan kad angka yang diminta oleh guru.

(5). Ambil kad dan tunjukkan kad angka 6.

(6). Murid mengambil dan menunjukkan kad angka yang diminta oleh guru.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 2: Keupayaan membilang

Item 3Arahan kepada Guru;

(1). Sediakan 9 batang pensel.

(2). Minta murid mengambil 6 batang pensel.

(3). Ulang aktiviti untuk bilangan yang lain. Contoh, kad 4 dan 8.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Ambil 6 batang pensel.

(2). Minta murid mengambil pensel mengikut bilangan diminta.

(3). Ambil 4 batang pensel.

(4). Murid mengambil pensel mengikut bilangan diminta.

Konstruk 2: Keupayaan membilang

Item 4Arahan kepada Guru;

(1). Sediakan 9 batang penyedut minuman.

(2). Minta murid membilang penyedut minuman tersebut.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Bilang berapa batang penyedut minuman ini.

(2). Murid mengambil dan membilang penyedut minuman yang ditunjukkan.

.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 3: Keupayaan memahami nilai nombor.

Item 5Arahan kepada Guru;

(1). Sediakan 4 keping kad angka yang berlainan

(2). Tunjukkan satu kad gambar yang mengandungi 5 objek.

(3). Minta murid memilih kad angka yang sama dengan kad gambar tersebut.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Pilih satu kad angka yang sama mengikut bilangan objek dalam kad gambar ini.

(2). Murid memilih kad angka mengikut bilangan objek dalam kad gambar.

Konstruk 3: Keupayaan memahami nilai nombor.

Item 6Arahan kepada Guru;

(1). Sediakan 4 keping kad gambar yang menunjukkan bilangan objek yang berbeza.

(2). Minta murid membilang bilangan objek dalam setiap kad gambar.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Sebut bilangan objek dalam kad-kad ini.

(2). Murid menyebut bilangan objek dalam ketiga-tiga kad gambar.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 4: Keupayaan membuat seriasi.

Item 7Arahan kepada Guru;

(1). Sediakan 3 batang pensel yang berlainan panjang.

(2). Susun pensel secara rawak (tidak mengikut urutan pendek ke panjang).

(3). Minta murid menyusun pensel mengikut saiz pendek ke panjang

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Susun pensel mengikut saiz pendek ke panjang.

(2). Murid menyusun pensel berdasarkan permintaan guru.

Konstruk 4: Keupayaan membuat seriasi.

Item 8Arahan kepada Guru;

(1). Sediakan 3 keping kad gambar yang menunjukkan 3 bilangan objek sama kumpulan yang berbeza saiz.

(2). Minta murid menyusun kad gambar yang menunjukkan urutan saiz kecil ke besar.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Tunjukkan urutan kad gambar yang mengikut saiz kecil ke besar.

(2). Murid menunjukkan kad gambar yang diminta.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 5: Keupayaan mengenal mata wang Malaysia.

.

Item 9Arahan kepada Guru;

(1). Sediakan beberapa wang kertas Malaysia dan beberapa duit syiling Malaysia.

(2). Minta murid memilih duit syiling sahaja.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Pilih duit syiling sahaja.

(2). Minta murid memilih semua duit syiling yang diminta.

Konstruk 5: Keupayaan mengenal mata wang Malaysia.

.

Item 10Arahan kepada Guru;

(1). Sediakan mata wang yang mengandungi 3 wang kertas Malaysia dan 2 wang kertas negara luar.

(2). Minta murid memilih semua wang kertas Malaysia.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Pilih wang kertas Malaysia sahaja.

(2). Minta murid memilih semua wang kertas Malaysia yang diminta

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 6: Keupayaan menyatakan waktu.

.

Item 11Arahan kepada Guru;

(1). Tunjukkan 2 keping kad gambar yang menggambarkan suasana siang dan malam.

(2). Minta murid menyatakan waktu siang dan malam bagi suasana Gambar 1.

(3). Ulang aktiviti bagi Gambar 2.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Gambar 1 menunjukkan waktu siang dan malam?

(2). Murid memberi jawapan.

(3). Gambar 2 menunjukkan waktu siang dan malam?

(4). Murid memberi jawapan.

Konstruk 6: Keupayaan menyatakan waktu.

.

Item 12Arahan kepada Guru;

(1). Guru menyatakan nama hari saringan dilakukan.

Contoh: Hari ini hari Isnin.

(2). Minta murid menyatakan nama hari esoknya.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Hari ini hari Isnin, esok hari apa?

(2). Murid memberi jawapan.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 7: Keupayaan mengendalikan operasi asas.

.

Item 13Arahan kepada Guru;

(1). Letakkan 2 buah kereta mainan di atas meja secara rawak.

(2). Minta murid membilang satu persatu kereta mainan tersebut.

(3). Minta murid mengambil 3 buah kereta mainan daripada bilangan kereta mainan tersebut.

(4). Minta murid menyatakan bilangan kereta mainan tersebut bertambah atau berkurang.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Bilang dan sebutkan bilangan kereta mainan yang ada di atas meja?

(2). Murid membilang dan memberikan jawapan.

(3). Ambil 3 buah kereta mainan dari atas meja.

(4). Bilang semula dan sebutkan bilangan kereta mainan yang masih ada di atas meja?

(5). Adakah bilangan kereta mainan bertamabah atau berkurang.

(6). Murid memberi jawapan.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 7: Keupayaan mengendalikan operasi asas.

.

Item 14Arahan kepada Guru;

(1). Tunjukkan kad simbol operasi [ + ] dan [ - ].

(2). Minta murid memilih kad simbol yang digunakan dalam operasi item 13.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Pilih kad simbol yang digunakan?

(2). Murid memilih kad simbol yang betul.

Konstruk 8: Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia.

.

Item 15Arahan kepada Guru;

(1). Tunjukkan 4 keping wang kertas Malaysia;

Contoh: RM1, RM5, RM10 dan RM20

(2). Minta murid menyebut jumlah nilai wang kertas Malaysia.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Berapa jumlah nilai wang ini?

(2). Murid menyebut jumlah nilai wang yang diminta.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 8: Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia.

.

Item 16Arahan kepada Guru;

(1). Sediakan sekeping kad operasi tambah duit syiling Malaysia beserta jawapan.

(2). Minta murid menyatakan sama ada jawapan yang diberikan betul atau salah.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Adakah jumlah nilai ini betul atau salah?

(2). Murid memberikan jawapan.

Konstruk 9: Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu.

Item 17Arahan kepada Guru;

(1). Tunjukkan 4 batang pembaris (3 sama panjang)

(2). Minta murid memilih pembaris yang berlainan ukuran.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Pilih pembaris yang berlainan ukuran.

(2). Minta murid memilih pembaris yang diminta.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 9: Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu.

Item 18Arahan kepada Guru;

(1). Tunjukkan 1 biji belon dan 1 biji bola.

(2). Minta murid memilih objek yang ringan.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Pilih objek yang ringan.

(2). Minta murid memilih objek yang diminta.

Konstruk 10: Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya.

Item 19Arahan kepada Guru;

(1). Sediakan 8 batang pembaris dalam sebuah bakul.

(2). Minta murid 3 batang pembaris dari dalam bakul tersebut dan meletakkannya di atas meja.

(3). Minta murid mengambil 2 lagi batang pembaris dari dalam bakul tersebut dan meletakkannya bersama-sama dengan 3 batang pembaris tadi di atas meja.

(4). Minta murid menyatakan jumlah bilangan pembaris yang ada di atas meja.

(5). Minta murid menyatakan jenis operasi yang telah dijalankan.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Ambil dan letakkan 3 batang pembaris di atas meja.

(2). Ambil lagi 2 batang pembaris dan letakkan di atas meja.

(3). Kira jumlah pembaris yang ada di atas meja.

(4). Murid menyatakan jumlah bilangan pembaris yang ada di atas meja.

(5). Apakah jenis operasi yang telah dijalankan?

(6). Murid menyatakan jenis operasi yang telah dijalankan.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 10: Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya.

Item 20Arahan kepada Guru;

(1). Sediakan kad simbol operasi [ + ] dan [ - ].

(2). Masukkan 9 batang pensel ke dalam bakul.

(3). Minta murid membilang jumlah pensel tersebut.

(4). Minta murid keluarkan 3 batang pensel dari dalam bakul.

(5). Minta murid membilang semula baki pensel yang tinggal dalam bakul.

(6). Minta murid menunjukkan kas simbol operasi yang telah digunakan dalam aktiviti tadi.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Kira jumlah pensel yang ada di dalam bakul.

(2). Murid memberikan jawapan.

(3). Keluarkan 3 batang pensel dari dalam bakul..

(4) Kira jumlah baki pensel yang ada dalam bakul.

(5). Murid memberikan jawapan.

(6). Pilih kad simbol yang telah digunakan?

(7). Murid memilih kad simbol yang diminta.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 11: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat.

Item 21Arahan kepada Guru;

(1). Baca masalah berikut:

(2). Murid murid memberikan jawapan.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Dengar dengan teliti apa yang akan saya bacakan dan kemudian berikan jawapan.

(2). Murid memberikan jawapan.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 11: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat.

Item 22Arahan kepada Guru;

(1). Baca masalah berikut:

(2). Murid murid memberikan jawapan.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Dengar dengan teliti apa yang akan saya bacakan dan kemudian berikan jawapan.

(2). Murid memberikan jawapan.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 12: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

Item 23Arahan kepada Guru;

Item 24Arahan kepada Guru;

(1). Baca masalah berikut:

(2). Murid murid memberikan jawapan.

Arahan Guru kepada Murid;

(1). Dengar dengan teliti apa yang akan saya bacakan dan kemudian berikan jawapan.

(2). Murid memberikan jawapan.

2 KAEDAH PENTADBIRAN INSTRUMEN PENILAIAN SARINGAN NUMERASI BERTULIS2.1 Pentadbiran

Instrumen literasi mengandungi 12 konstruk.

Instrumen ini ditadbir secara kelas.

Instrumen ini boleh dilaksanakan di bilik darjah atau tempat lain yang bersesuaian.

Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk. Pentadbiran instrumen ini haruslah dilakukan secara telus dan jujur. Guru hendaklah memberikan bimbingan murid kepada murid untuk memahami tugasan tetapi bukan memberi jawapan.

Setiap konstruk yang dikuasai oleh murid hendaklah diisi dalam Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) yang digambarkan dalam Rajah .

Cadangan pentadbiran saringan instrumen.PILIHANSESIKONSTRUK DITAKSIRMASA (MAKSIMUM)

Pertama11 - 330 minit

24 - 630 minit

37 - 930 minit

410 - 1230 minit

Kedua11 - 440 minit

25 - 840 minit

39 - 1240 minit

2.4 Penggunaan Manual

Manual literasi ini ialah panduan kepada pentaksir.

Manual ini mengandungi kaedah mentaksir 12 komstruk literasi menulis beserta skema jawapan.

Manual ini menerangkan secara terperinci tentang cara mentadbir setiap konstruk.

Pentaksir hendaklah membaca manual ini dengan teliti dan memahaminya sebelum mentadbir instrumen.

2.5 Cara Mengisi Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)

Pentaksir perlu melengkapkan BPPI dengan nama murid, kelas dan tahun (sila rujuk Rajah 3). Pentaksir perlu mencatat penguasaan murid bagi setiap konstruk pada ruang yang disediakan. BPI yang telah lengkap diisi hendaklah disimpan dalam fail peribadi murid untuk tujuan rujukan. Jika murid bertukar ke sekolah lain, BPPI hendaklah dibekalkan bersama-sama murid. Tahap Penguasaan murid bagi numerasi memmbaca adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.2.6 Cara Mengisi Borang Penilaian Skor1.1.1. Murid menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat menjawab betul kedua-dua item seperti yang dilampirkan dalam BPPI.

1.1.2. Murid-murid dikategorikan menguasai assa numerasi apabila berjaya menguasa kedua-dua Numerasi Lisan dan numerasi Bertulis.1.1.3. Selepas saringan diadakan, murid-murid akan ditempatkan mengikut penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah:(a)Tidak menguasai konstruk 1 dan Konstruk 2Perlu menjalani Saringan 2

(b)Menguasai konstruk 1 dan Konstruk 2 atau lebihKembali ke Kelas Biasa

BORANG PELAPORAN PRESTASI INDIVIDU SARINGAN NUMERASI BERTULIS

NAMA MURID:.........................................................KELAS:.....................................

KONSTRUKITEMJAWAPANJUMLAHPENCAPAIAN

Tandakan jika menguasai

(semua item mesti betul)

BETULSALAHMELEPASIMARKAH MURIDMENGUASAITIDAK MENGUASAI

Konstruk 112/2/2

24/4/4

Konstruk 233/3/3

41/1/1

Konstruk 353/3/3

63/3/3

Konstruk 4

Konstruk 5

Konstruk 672/2/2

81/1/1

Konstruk 791/1/1

102/2/2

Konstruk 8111/1/1

121/1/1

Konstruk 9131/1/1

141/1/1

Konstruk 10152/2/2

162/2/2

Konstruk 11171/1/1

181/1/1

Konstruk 12191/1/1

201/1/1

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 1:

Keupayaan pra nombor dan mengenal angka.

ITEM 1Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika memangkah angka 7 dan 8 dengan betul

Murid memangkah 7 dan 8 di dalam petak yang disediakan.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 1:

Keupayaan pra nombor dan mengenal angka.

ITEM 2Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika menandakan pada angka yang sama.Murid dibenarkan menandakan X pada jawapan salah bagi item ini dan pada item-item lain yang melibatkan

Murid menandakan pada angka yang sama.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 2: Keupayaan membilang

Item 3Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika menandakan pada angka yang betul.

Murid membilang objek dan menandakan pada angka yang mewakili jumlah objek itu.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 2: Keupayaan membilang

Item 4Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika memadankan angka 8 kepada rajah cawan.

Murid membilang cawan dan kemudian memadankan angka yang betul berdasarkan jumlaj cawan.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 3: Keupayaan memahami nilai nombor.

Item 5Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan nombor 3, 5 dan 4 dalam petak yang disediakan.

Murid membilang objek dan bulatkan nombor yang betul.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 3: Keupayaan memahami nilai nombor.

Item 6Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika menulis nombor 3, 4 dan 5 mengikut urutan menaik dengan betul.

Murid memilih dan menulis nilai nombor yang betul

Konstruk 4: Keupayaan membuat seriasi.

Konstruk 5: Keupayaan mengenal mata wang Malaysia.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 6: Keupayaan menyatakan waktu.

.

Item 7Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan petak siang pada gambar 1 dan malam pada gambar 2.

Murid membulatkan waktu berdasarkan gambar

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 6: Keupayaan menyatakan waktu.

.

Item 8Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan pada nama hari Khamis

Murid membulatkan nama hari dalam petak yang disediakan

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 7: Keupayaan mengendalikan operasi asas.

.

Item 9

Item 10Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika dapat menulis hasil tambah 4 + 3 = 7Murid menguasai tugasan ini jika melengkapkan ayat matematik dengan betul.

Murid menulis hasil tambah berdasarkan gambar

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 8: Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia.

.

Item 11

Item 12Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika memadankan operasi tambah melibatkan 2 keping duit syiling 5 sen dengan duit syiling 10 sen.Murid menguasai tugasan ini jika menandakan pada petak RM5 dan RM1.

Murid memadankan operasi tambah melibatkan duit syiling Malaysia.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 9: Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu.

Item 13

Item 14Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika menandakan pada petak pokok yang lebih tinggi.

Murid menguasai tugasan ini jika menandakan pada petak buah labu.

Murid menandakan pada petak yang disediakan.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 10: Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya.

Item 15

Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika menulis simbol + pada petak pertama dan simbol - pada petak kedua.

Murid menandakan pada petak yang disediakan.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 10: Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya.

Item 16Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika menulis nombor 2 dan 5 pada petak yang betul pada operasi tolak dan nombor 4 dan 5 pada operasi tambah.

Murid menulis nombor pada petak yang disediakan untuk operasi tolak dan nombor 4 dan 5 pada operasi tambah.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 11: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat.

Item 17Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika menulis nombor 3 dan 9 dalam petak yang betul

Murid menulis nombor pada petak yang betul.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 11: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat.

Item 18Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika menulis simbol ( - ) dan nombor 5 dalam petak yang disediakan.

Murid menulis simbol dan nombor dalam petak.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 12: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

Item 19Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika menulis nilai 50 sen dan 70 sen dalam petak yang disediakan.

Murid menulis nilai wang dalam petak.

KONSTRUK & ITEMARAHAN GURU DAN TINDAKAN MURIDCATATAN

Konstruk 12: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

Item 20Arahan Guru kepada Murid;Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan pada petang dalam petak yang disediakan.

Murid membulatkan waktu yang betul dalam petak yang disediakan.