MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual...

35
PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP Halaman: 1/35 No. Semakan: 02 No. Isu: 01 MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT Tarikh: 06/11/2015 ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN TAJUK MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 3 1.1 Tujuan 3 1.2 Skop 3 1.3 Tarikh Kuatkuasa 3 2.0 MAKLUMAT ORGANISASI 4 2.1 Latar Belakang 4 2.2 Visi 4 2.3 Misi 4 2.4 Matlamat UPM 4 3.0 KEPERLUAN ISMS 5 3.1 Latar Belakang 5 3.2 Pemetaan ISMS 6 4.0 KONTEKS ORGANISASI 7 4.1 Memahami Organisasi 7 4.2 Keperluan dan Harapan Pihak Berkaitan 11 4.3 Skop ISMS 12 5.0 KEPEMIMPINAN 16 5.1 Kepemimpinan dan komitmen 16 5.2 Dasar ISMS 16 5.3 Peranan dan Tanggungjawab 19 6.0 PERANCANGAN 22 6.1 Tindakan untuk Menangani Risiko dan Peluang 22 6.1.1 Am 22 6.1.2 Penilaian Risiko 22 6.1.3 Pemulihan Risiko 23 7.0 SOKONGAN 24 7.1 Am 24 7.2 Kompetensi 24 7.3 Kesedaran 24 7.4 Komunikasi 25 7.5 Keperluan Dokumentasi 26 8.0 OPERASI 28 8.1 Perancangan dan Kawalan Operasi Pusat Data 28 8.2 Penilaian Risiko 28 8.3 Pemulihan Risiko 29 9.0 PENILAIAN PRESTASI 30 9.1 Pemantauan, Pengukuran, Analisis dan Penilaian 30

Transcript of MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual...

Page 1: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 1/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

ISI KANDUNGAN

SEKSYEN/ RUJUKAN

TAJUK MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

1.1 Tujuan 3

1.2 Skop 3

1.3 Tarikh Kuatkuasa 3

2.0 MAKLUMAT ORGANISASI 4

2.1 Latar Belakang 4

2.2 Visi 4

2.3 Misi 4

2.4 Matlamat UPM 4

3.0 KEPERLUAN ISMS 5

3.1 Latar Belakang 5

3.2 Pemetaan ISMS 6

4.0 KONTEKS ORGANISASI 7

4.1 Memahami Organisasi 7

4.2 Keperluan dan Harapan Pihak Berkaitan 11

4.3 Skop ISMS 12

5.0 KEPEMIMPINAN 16

5.1 Kepemimpinan dan komitmen 16

5.2 Dasar ISMS 16

5.3 Peranan dan Tanggungjawab 19

6.0 PERANCANGAN 22

6.1 Tindakan untuk Menangani Risiko dan Peluang 22

6.1.1 Am 22

6.1.2 Penilaian Risiko 22

6.1.3 Pemulihan Risiko 23

7.0 SOKONGAN 24

7.1 Am 24

7.2 Kompetensi 24

7.3 Kesedaran 24

7.4 Komunikasi 25

7.5 Keperluan Dokumentasi 26

8.0 OPERASI 28

8.1 Perancangan dan Kawalan Operasi Pusat Data 28

8.2 Penilaian Risiko 28

8.3 Pemulihan Risiko 29

9.0 PENILAIAN PRESTASI 30

9.1 Pemantauan, Pengukuran, Analisis dan Penilaian 30

Page 2: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 2/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

9.2 Audit Dalaman 31

9.3 Kajian Semula Pengurusan 32

10.0 PENAMBAHBAIKAN 34

10.1 Ketakakuran dan Tindakan pembetulan 34

10.2 Penambahbaikan Berterusan 35

Rajah 1 Pemetaan ISMS 6

Rajah 2 Hubung Kait ISO 27001:2005 kepada ISO/IEC 27001:2013 11

Rajah 3 Struktur Organisasi ISMS UPM 18

Rajah 4 Proses Penilaian Risiko 21

Jadual 1 Keberhasilan pelaksanaan ISSM di peringkat organisasi dan isu dalaman serta luaran

8

Jadual 2 Pihak berkepentingan serta keperluan mereka 9

Jadual 3 Pertalian dan kebergantungan aktiviti yang dilaksanakan Oleh UPM dan organisasi

10

Jadual 4 Justifikasi pengecualian 13

Jadual 5 Lokasi Skop Pelaksanaan Pensijilan ISMS UPM 15

Jadual 6 Peranan dan tanggungjawab organisasi ISMS UPM 20

Jadual 7 Kaedah Komunikasi Secara Dalaman dan Luaran 26

Jadual 8 Pilihan Cadangan Kawalan Keputusan Penilaian Risiko 29

Page 3: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 3/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

PERKARA 1: PENGENALAN

1.1 TUJUAN

Manual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan

Maklumat berlandaskan keperluan Piawaian ISO/IEC 27001:2013 Information Security

Management Systems (ISMS) di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam mengurus sistem

keselamatan maklumat selaras dengan semua peraturan keselamatan maklumat yang

berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Manual ini disokong dengan Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Teknologi Maklumat

Dan Komunikasi) 2014, prosedur, garis panduan, prosedur pengoperasian piawai (SOP),

borang dan dokumen sokongan yang berkaitan.

1.2 SKOP

Manual ini mengandungi lapan (8) perkara berikut:

a. Perkara 1: Keperluan ISMS;

b. Perkara 2: Konteks Organisasi (Klausa 4);

c. Perkara 3: Kepemimpinan (Klausa 5);

d. Perkara 4: Perancangan (Klausa 6);

e. Perkara 5: Sokongan (Klausa 7);

f. Perkara 6: Operasi (Klausa 8);

g. Perkara 7: Penilaian prestasi (Klausa 9); dan

h. Perkara 8: Penambahbaikan (Klausa 10).

1.3 TARIKH BERKUAT KUASA

Manual ini berkuat kuasa mulai tarikh 6 November 2015.

Page 4: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 4/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

PERKARA 2: MAKLUMAT ORGANISASI

2.1 LATAR BELAKANG

Universiti Putra Malaysia bermula daripada penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei

1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu.

Sekolah Pertanian tersebut telah dinaiktaraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 3 Jun

1947. Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, kolej ini telah

dinaiktaraf menjadi Universiti Pertanian Malaysia dan diaktakan sebagai satu Perintah

Perbadanan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan menerusi

Warta Kerajaan P.U.(A) 387 pada 29 Oktober 1971. Sebagai sebuah universiti yang dinamik

dan sensitif kepada tuntutan semasa dan keperluan pembangunan dalam pelbagai disiplin,

nama Universiti Pertanian Malaysia telah ditukarkan kepada Universiti Putra Malaysia pada

3 April 1997.

2.2 VISI

Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

2.3 MISI

Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan

negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu.

2.4 MATLAMAT UPM

Untuk mencapai visi dan misi yang telah diwujudkan, UPM telah menggubal 5 matlamat

seperti yang dinyatakan dalam Pelan Strategi UPM 2014 – 2020 iaitu:

Matlamat 1 : Mempertingkatkan kualiti dan daya saing graduan

Matlamat 2 : Penjanaan nilai melalui ekosistem RDCE yang mantap dan lestari

Matlamat 3 : Melonjakkan perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat

Matlamat 4 : Memperkasakan UPM sebagai Pusat Kecemerlangan Pertanian

Matlamat 5 : Mempertingkatkan kualiti tadbir urus

Page 5: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 5/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

PERKARA 3: KEPERLUAN ISMS

3.1 LATAR BELAKANG

ISO/IEC 27001:2013 ISMS merupakan piawaian yang menetapkan satu set keperluan Sistem

Pengurusan Keselamatan Maklumat. Istilah maklumat, merangkumi koleksi fakta dalam

bentuk kertas atau mesej elektronik bagi mencapai misi dan objektif organisasi. Maklumat

merangkumi sistem dokumentasi, prosedur operasi, rekod agensi, profil pelanggan,

pangkalan data, fail data dan maklumat, maklumat arkib dan lain-lain.

Pembudayaan ISMS akan mewujudkan sistem penyampaian yang bukan sahaja memenuhi

tuntutan serta kepuasan pengguna dan mematuhi peraturan semasa tetapi membolehkan

sistem penyampaian beroperasi dalam keadaan baik, selamat dan terkawal.

ISMS turut menyediakan tanda aras (benchmark) tahap pengurusan keselamatan maklumat

Universiti berasaskan piawaian antarabangsa serta memantapkan perlindungan maklumat

dalam aset ICT berteraskan prinsip kerahsiaan, integriti dan ketersediaan.

ISMS dibangunkan berdasarkan kepada keperluan dalam Klausa 4: Konteks Organisasi

hingga Klausa 10: Penambahbaikan dalam piawaian ISO/IEC 27001:2013 yang hendaklah

dipatuhi mengikut keperluan piawaian.

Page 6: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 6/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

3.2 Pemetaan ISMS

Ringkasan keperluan bagi Klausa 4 hingga Klausa 10 seperti berikut (Rajah 1: Pemetaan

ISMS):

Rajah 1: Pemetaan ISMS

Page 7: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 7/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

PERKARA 4: KONTEKS ORGANISASI (Klausa 4)

4.1 MEMAHAMI ORGANISASI

Universiti Putra Malaysia merupakan salah sebuah universiti penyelidikan yang terunggul

di Malaysia. Entiti akademik yang terkenal di seantero dunia ini terletak di Serdang, iaitu

bersebelahan dengan Wilayah Pentadbiran Putrajaya. Sebagai sebuah pusat pengajian dan

penyelidikan, UPM telah berjaya menyatukan para pelajar dan warga kerja dari serata dunia

sekali gus menjadikan UPM sebuah entiti global yang amat disegani.

4.1.1 Proses Utama Universiti melibatkan empat (4) komponen di bawah:

a. Pengajaran dan Pembelajaran

b. Penyelidikan

c. Perundingan dan Perkhidmatan Professional

d. Jaringan Luar

UPM mempunyai komitmen yang tinggi untuk merealisasikan hasrat menjadi sebuah

universiti bereputasi antarabangsa khususnya dalam melonjakkan pencapaian kedudukan

UPM dalam senarai 200 universiti terbaik di dunia dalam penilaian QS World University

Ranking.

Pelan Strategik UPM 2014 – 2020 yang mempertaruhkan lima (5) matlamat dan sembilan

belas (19) objektif strategik untuk memastikan UPM mempunyai daya saing yang tinggi

dalam menawarkan perkhidmatan pengajian tinggi pada peringkat tempatan dan juga

antarabangsa.

Melalui tema strategik iaitu Putra Global 200 yang menjadi teras Pelan Strategik 2014-2020

itu, UPM telah menetapkan matlamat untuk menghasilkan graduan yang berkualiti dan

Page 8: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 8/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

berdaya saing, membangunkan inovasi pengajaran dan pembelajaran, meluaskan

pembangunan pelajar bersifat holistik, meningkatkan reputasi akademik melalui

kepelbagaian kepakaran dan pembangunan program, meningkatkan aktiviti

kemasyarakatan dan jaringan industri, RDCE (penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan

dan keusahawanan) yang berimpak tinggi, memastikan tadbir urus dan pengurusan sumber

yang cekap dan berkesan.

4.1.2 Penentuan Skop Pelaksanaan ISMS

Dalam melaksanakan ISMS, penentuan skop pensijilan hendaklah mengambil kira perkara-

perkara berikut:

a. Menentukan isu luaran dan dalaman berkaitan dengan matlamatnya yang boleh

mempengaruhi pencapaian keberhasilan ISMS;

b. Menentukan pihak berkepentingan serta keperluan mereka dalam pelaksanaan

ISMS; dan

c. Mengenal pasti perkaitan dan kebergantungan antara aktiviti yang dilaksanakan

oleh UPM dan organisasi luar.

BIL. KEBERHASILAN ISU DALAMAN ISU LUARAN

1. Meningkatkan reputasi

Universiti

i. Pembudayaan

pengurusan keselamatan

maklumat setiap warga

UPM

a) Kurang kefahaman

dalam kalangan staf

i. Perubahan Dasar

Kerajaan

ii. Perkembangan

teknologi dan

inovasi yang pantas

iii. Ekonomi tidak

menentu

iv. Ancaman ekologi

2. Mengekalkan status

Universiti Penyelidikan (RU)

3. Mengekalkan status Swa

Akreditasi

4. Mencapai kedudukan 200

universiti terbaik dunia (QS

World Ranking) menjelang

2020

Page 9: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 9/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

5. Mengekalkan status

autonomi tadbir urus

b) Ketidakjelasan

tanggungjawab dan

proses

ii. Tahap kebolehpercayaan,

integriti dan ketersediaan

data

iii. Kekangan sumber

manusia dan kewangan

iv. Infrastruktur tidak

menyokong proses

v. Ekspektasi

pelanggan terlalu

tinggi

vi. Kriteria penarafan

yang berubah

vii. Gangguan media

sosial

viii. Masalah komunikasi

6. Mencapai kedudukan 200

laman web universiti terbaik

dalam Webometrics Ranking

menjelang 2020

7. Mengekalkan kedudukan 50

universiti terbaik dalam

Green Metric World Ranking

8. Kebolehpasaran graduan

(80% semasa konvokesyen)

9. Melonjakkan jaringan

industri dan masyarakat

10. Memperkasakan UPM

sebagai Pusat

Kecemerlangan Pertanian

11. Mempertingkatkan kualiti

tadbir urus

Jadual 1 : Keberhasilan pelaksanaan ISMS di peringkat organisasi dan isu dalaman serta luaran

BIL. PIHAK

BERKEPENTINGAN KEPERLUAN PIHAK BERKEPENTINGAN

1. Pelajar Maklumat peribadi dan akademik pelajar hendaklah

dilindungi

2. Ibubapa dan penjaga Maklumat prestasi pelajar hendaklah dilindungi

3. Warga UPM Maklumat peribadi hendaklah dilindungi

4. Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia (KPTM)

Maklumat profil Universiti, pelajar, penyelidikan, sumber

manusia dan kewangan hendaklah dilindungi

5. Penaja Pendidikan Maklumat prestasi pelajar yang tepat

6. Agensi Kerajaan Maklumat yang tepat

7. Pembekal i. Maklumat kontrak yang dipatuhi

ii. Maklumat kerjasama

9. Badan Penarafan Maklumat /data yang tepat

Jadual 2 : Pihak berkepentingan serta keperluan mereka

Page 10: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 10/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

BIL. AKTIVITI ORGANISASI PERTALIAN/HUBUNGKAIT

1. Pengurusan penajaan

pendidikan pelajar

Penaja pendidikan Sistem Maklumat Pelajar –

Modul Penaja

2. Pemberian dan

penerimaan maklumat

Kementerian

Pengajian Tinggi

Malaysia (KPTM)

Perkongsian maklumat

3. Pemberian dan

penerimaan maklumat

Agensi Kerajaan dan

NGO

Perkongsian maklumat

4. Penyelenggaraan peralatan Sistem Pengurusan

Aset Tetap UPM

(FAMS)

Penyelenggaraan dilaksanakan

oleh pihak vendor, penjadualan

dan pengesahan perkhidmatan

oleh UPM

5. Penyelenggaraan sistem Sistem Pengurusan

Aset Tetap UPM

(FAMS)

Penyelenggaraan dilaksanakan

oleh pihak vendor, penjadualan

dan pengesahan perkhidmatan

oleh UPM

Jadual 3: Pertalian dan kebergantungan aktiviti yang dilaksanakan oleh UPM dan organisasi luar

Page 11: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 11/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

4.2 KEPERLUAN DAN HARAPAN PIHAK BERKAITAN

Rajah 2: Hubung Kait ISO 27001:2005 kepada ISO/IEC 27001:2013

Page 12: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 12/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

4.3 SKOP ISMS

Dalam menentukan skop pensijilan ISMS UPM, Jawatankuasa Jaminan Kualiti ISMS telah

mengenalpasti skop pensijilan ISMS seperti berikut dengan mengambil kira perkara-perkara

4.1.2 : Penentuan Skop Pelaksanaan ISMS.

Skop pensijilan ISMS UPM adalah seperti berikut:

1. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat hanya melibatkan proses Pendaftaran

Pelajar Baharu Prasiswazah semasa Minggu Perkasa Putra dalam Sistem Pengurusan

Pelajar

2. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat untuk Pengoperasian Pusat Data bagi

proses Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah

3. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat untuk Pengoperasian Pusat Pemulihan

Bencana bagi proses Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah

4.3.1 Pengecualian Skop Pensijilan ISMS

a) Pengecualian skop pensijilan ISMS proses pendaftaran pelajar baharu prasiswazah

adalah kepada pendaftaran kursus, Meal Plan dan aktiviti kemasukan pendaftaran

pelajar baharu prasiswazah untuk:

i. Pengajian Jarak Jauh;

ii. Eksekutif;

iii. Pesisir;

iv. Luar Pesisir;

v. Antarabangsa;

vi. Mobiliti; dan

vii. UPM Kampus Bintulu.

Page 13: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 13/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

Justifikasi pengecualian adalah berdasarkan kepada berikut:

BIL. PERKARA JUSTIFIKASI

1. Pengajian Jarak Jauh Kawalan UPM Holding

2. Eksekutif Perancangan dimasukkan dalam skop pensijilan

2017 (tertakluk kepada keputusan pengurusan) 3. Pesisir

4. Luar Pesisir

5. Antarabangsa

6. Mobiliti

7. UPM Kampus Bintulu

Jadual 4 : Justifikasi pengecualian

4.3.2 PROSES PERKHIDMATAN SKOP ISMS UPM

Proses lapor diri pelajar baharu prasiswazah yang melibatkan aktiviti berikut:

a. Menyemak tawaran

b. Menerima salinan pendua slip bayaran yuran CIMB

c. Menerima borang permohonan kad pelajar

d. Mengesah status kesihatan

e. Pengesahan pendaftaran

f. Pendaftaran kolej

Perkhidmatan operasi Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana bagi proses Pendaftaran

Pelajar Baharu Prasiswazah yang terlibat dalam skop pensijilan ISMS merangkumi aktiviti

berikut:

a. Pelaksanaan operasi Pusat Data;

b. Penyelenggaraan fasiliti Pusat Data;

Page 14: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 14/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

c. Pemantauan operasi Pusat Data;

d. Penyenggaraan perkhidmatan operasi server di Pusat Data;

e. Pemantauan capaian sistem di Pusat Data;

f. Kawalan keselamatan di Pusat Data; dan

g. Tindakan kecemasan di Pusat Data.

Dokumen Rujukan:

a. Prosedur Pengoperasian Pengurusan Pusat Data (UPM/ISMS/OPR/DC/P001)

b. Disaster Recovery Plan (DRP) UPM (UPM/IDEC/100-23/1/4)

c. Prosedur Persediaan Penempatan dan Pendaftaran Masuk pelajar Baharu

(UPM/OPR/KOLEJ/P002)

d. Prosedur Pengambilan Pelajar Baharu Program Pengajian Prasiswazah

(UPM/PU/PS/P003)

e. Arahan Kerja Permohonan Kad Pintar (UPM/OPR/BKU/AK01/KAD PINTAR)

4.3.3 ASET DALAM SKOP PENSIJILAN ISMS

Aset utama dalam skop pensijilan ISMS UPM adalah seperti di Step 3 - Identification of

Assets di dalam proses penilaian risiko.

Dokumen Rujukan:

a. Risk Assessment (UPM/ISMS/OPR/RA)

Page 15: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 15/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

4.3.4 LOKASI SKOP PENSIJILAN ISMS UPM

Lokasi skop pelaksanaan pensijilan ISMS UPM adalah seperti butiran berikut:

LOKASI

Kolej Tujuh Belas (K17) Kolej Enam Belas (K16)

Kolej Lima Belas (K15) Kolej Empat Belas (K14)

Kolej Tiga Belas (K13) Kolej Dua Belas (K12)

Kolej Sebelas (K11) Kolej Sepuluh (K10)

Kolej Keenam (K6) Kolej Kelima (K5)

Kolej Kedua (K2) Kolej Canselor

Kolej Mohamed Rashid (KMR) Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) Kolej Tun Perak (KTP)

Kolej Sultan Aleiddin Suleiman Shah (KOSASS) Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor

Pusat Data Utama (DC)

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC-BETA)

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor

Pusat Pemulihan Bencana (DRC) Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC-EPSILON) Blok 2, UPM-MTDC Server Farm Complex 43400 UPM Serdang Selangor

Jadual 5 : Lokasi Pelaksanaan Pensijilan ISMS UPM

Page 16: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 16/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

PERKARA 5: KEPEMIMPINAN (Klausa 5)

5.1 KEPEMIMPINAN DAN KOMITMEN

Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi komitmen dengan mewujud,

melaksana, memantau, menyemak, menyelenggara dan menambah baik ISMS dengan

melaksanakan perkara berikut:

a. Memastikan objektif keselamatan maklumat dan Dasar ISMS diwujudkan selaras

dengan Pelan Strategik Universiti;

b. Menerapkan keperluan ISMS dalam proses perkhidmatan UPM;

c. Menyediakan keperluan sumber untuk mematuhi ISMS;

d. Memberi kesedaran berhubung dengan objektif keselamatan maklumat selaras

dengan peraturan semasa dan menetapkan penjagaan keselamatan adalah suatu

proses yang berterusan;

e. Memastikan ISMS mencapai hasil yang telah ditetapkan;

f. Menambah baik keberkesanan ISMS; dan

g. Memperakui peranan dan tanggungjawab dalam keselamatan maklumat.

5.2 DASAR ISMS

5.2.1 Pernyataan Dasar ISMS

Universiti Putra Malaysia beriltizam mengadakan sistem pengurusan keselamatan

maklumat yang berkesan melalui:

a. Pelaksanaan yang selari dengan misi dan visi Universiti;

b. Pematuhan kepada kehendak organisasi dan perundangan serta peraturan yang

berkaitan;

Page 17: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 17/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

c. Membangunkan objektif ISMS yang dipantau dan matlamat berdasarkan objektif

keselamatan;

d. Komitmen bagi memenuhi keperluan berkaitan keselamatan maklumat; dan

e. Penilaian semula dan pengubahsuaian dasar, objektif dan sasaran untuk

penambahbaikan berterusan.

5.2.2 Objektif Keselamatan Maklumat

Pihak Pengurusan UPM telah menetapkan Objektif Keselamatan Maklumat yang

bersesuaian dengan fungsi yang terlibat bagi memastikan semua data dan maklumat di

UPM adalah selamat. Untuk memastikan ISMS dilaksanakan dengan berkesan, Objektif

Keselamatan Maklumat yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

a. Memastikan semakan penilaian risiko dan pelan pemulihan risiko dilaksanakan

sekurang-kurangnya sekali setahun ;

b. Menjalankan ujian simulasi pelan pemulihan bencana ICT sekurang-kurangnya 1 kali

setahun;

c. Memastikan 95% sokongan ICT (rangkaian, sistem aplikasi dan pangkalan data)

terhadap proses pendaftaran pelajar baharu bebas dari gangguan setiap semester;

d. Memastikan 100% pelajar yang berdaftar adalah pelajar yang mendapat tawaran;

dan

e. Memastikan 100% borang permohonan kad pelajar yang diterima diisi dengan

lengkap.

Page 18: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 18/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

5.2.3 Pematuhan kepada Perundangan

Pihak Pengurusan UPM telah menetapkan pemakaian Kaedah-Kaedah Universiti Putra

Malaysia (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan disokong oleh Garis Panduan

Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (GPKTMK) sebagai peraturan

keselamatan ICT di UPM.

5.2.4 Penambahbaikan Berterusan Terhadap Keselamatan Maklumat

Pihak Pengurusan ISMS perlu membuat penambahbaikan berterusan terhadap

keselamatan maklumat bagi meningkatkan keberkesanan ISMS melalui:

a. Penemuan audit;

b. Analisis pencapaian Objektif Keselamatan Maklumat;

c. Tindakan pembetulan; dan

d. Kajian semula pelaksanaan ISMS.

Page 19: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 19/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

5.3 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

5.3.1 Struktur Organisasi ISMS

Rajah 3 : Struktur Organisasi ISMS UPM

JAWATANKUASA KERJA ISMS

PENERAJU PROSES PENDAFTARAN

PELAJAR BAHARU PRASISWAZAH

PENERAJU PROSES PUSAT DATA

PENASIHAT

JAWATANKUASA PENILAIAN RISIKO

SEKRETARIAT (Bahagian Pengurusan

Kualiti)

MESYUARAT KAJIAN

SEMULA PENGURUSAN

MESYUARAT

JAWATANKUASA ISO UPM

Page 20: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 20/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

5.3.2 Peranan dan Tanggungjawab Organisasi ISMS UPM

PERANAN TANGGUNGJAWAB

MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN

1. Melaksanakan semakan pengurusan ke atas sistem pengurusan ISO secara berkala bagi memastikan terus sesuai, mencukupi, dan berkesan;

2. Membuat penilaian ke atas peluang penambahbaikan dan keperluan perubahan kepada dasar dan objektif keselamatan ISMS

3. Meneliti laporan yang berkaitan dan membuat keputusan yang sesuai.

MESYUARAT JAWATANKUASA ISO UPM

1. Memastikan kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan

pelaksanaan Sistem Pengurusan ISO secara berkala; 2. Membuat penilaian ke atas peluang penambahbaikan dan

keperluan perubahan kepada pengukuran keberkesanan ISMS 3. Meluluskan sebarang cadangan pindaan dokumen skop

pengurusan; dan 4. Mengambil maklum keberkesanan pelaksanaan ISO di peringkat

Peneraju Proses dan Pusat Tanggungjawab (PTJ).

WAKIL PENGURUSAN

1. Memastikan pembangunan dan pelaksanaan ISMS mematuhi keperluan piawaian; dan

2. Melaporkan pencapaian ISMS dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP).

SEKRETARIAT BAHAGIAN PENGURUSAN KUALITI (BPQ)

1. Merancang dan mengurus audit dalaman dan audit badan

pensijilan Sistem Pengurusan ISO peringkat UPM; 2. Menyelaras dan memantau pelaksanaan tindakan penemuan

audit dalaman dan audit badan pensijilan; 3. Membantu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ISMS; dan 4. Membantu dalam pembangunan dan latihan ISMS.

Page 21: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 21/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

PERANAN TANGGUNGJAWAB

JAWATANKUASA KERJA ISMS

1. Memantau keberkesanan pelaksanaan ISMS; 2. Memantau pencapaian objektif kualiti; 3. Melaksana penambahbaikan terhadap dokumentasi, proses dan

perkhidmatan; 4. Menyediakan laporan keberkesanan pelaksanaan Sistem

Pengurusan Keselamatan Maklumat; 5. Memantau dan menyemak carta perbatuan ISMS; 6. Membangunkan kriteria penerimaan risiko, tahap risiko dan risk

treatment plan; 7. Melaksanakan keputusan dan tindakan hasil Mesyuarat Kajian

Semula Pengurusan ISMS; 8. Membangun dan menyelenggara pengurusan dokumen dan

rekod pelaksanaan ISMS; dan 9. Mengambil tindakan ke atas tindakan pembetulan, pencegahan

dan peluang penambahbaikan.

PENERAJU PROSES

1. Menyediakan analisis jurang, Statement of Applicability (SoA) dan prosedur berkaitan;

2. Menyediakan prosedur dan kawalan dalam ISO/IEC 27001:2013; 3. Melaksanakan penilaian risiko dan pelan pemulihan risiko; 4. Menyediakan objektif keselamatan dan kaedah pengukuran

keberkesanan kawalan ISMS; 5. Mengukur keberkesanan kawalan ISMS; dan 6. Memantau dan menilai pelaksanaan ISMS.

JAWATANKUASA PENILAIAN RISIKO

1. Mengurus dan melaksanakan aktiviti penilaian berisiko; 2. Mengendalikan semakan semula ouput dan dokumen sebelum

disampaikan kepada Penasihat Projek; 3. Menilai keputusan, menilai jurang dan menyediakan laporan High

Level Recommendation (HLR) dan Pelan Pemulihan Risiko.

Jadual 6 : Peranan dan tanggungjawab Organisasi ISMS UPM

Page 22: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 22/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

PERKARA 6: PERANCANGAN (Klausa 6)

6.1 TINDAKAN UNTUK MENANGANI RISIKO DAN PELUANG

6.1.1 Am

Garis Panduan Penilaian Risiko disediakan untuk menilai tahap risiko supaya pendekatan

dan keputusan yang paling berkesan dikenal pasti bagi menyediakan perlindungan dan

kawalan ke atas aset atau proses di UPM.

6.1.2 Penilaian Risiko

Penilaian risiko aset yang berkaitan dilaksanakan berasaskan Metodologi Penilaian Risiko

Terperinci MyRAM (Malaysian Public Sector ICT Risk Assessment Methodology)

berpandukan kepada Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005: Garis Panduan Penilaian

Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam.

Sebelas (11) langkah utama dalam proses penilaian risiko aset adalah seperti berikut:

Rajah 4 : Proses Penilaian Risiko

1. Menubuhkan Pasukan

Penilaian Risiko

2. Menetapkan Sempadan

3.

Mengenal pasti Aset

4.

Mengenal pasti Pentadbir Proses

& Sistem

5.

Menilai Aset

6.

Menilai Ancaman

7.

Menilai Kelemahan

8.

Mengenal pasti Kawalan

9.

Menganalisis Impak

10.

Menganalisis Kemungkinan

11.

Membuat Pengiraan Risiko

Page 23: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 23/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

6.1.3 Pemulihan Risiko

Perkara yang perlu dikenalpasti dan dilaksanakan semasa proses pemulihan risiko adalah

seperti berikut:

a. Membuat pilihan cadangan pemulihan risiko (menerima, mengurangkan,

memindahkan, atau mengelakkan);

b. Mengenal pasti kawalan yang bersesuaian terhadap cadangan pemulihan risiko yang

telah dipilih;

c. Melaksanakan perbandingan antara kawalan yang dipilih dengan Annex A;

d. Mewujudkan Statement of Applicability (SoA) yang mengandungi kawalan bersesuaian;

e. Menyediakan Pelan Pemulihan Risiko; dan

f. Mendapatkan kelulusan Pentadbir Proses dan Pentadbir Sistem serta penerimaan ke

atas risiko yang telah dipilih.

Statement of Applicability, SoA menjelaskan justifikasi kawalan dan dokumen rujukan dalam

melindungi keselamatan aset ICT dalam skop ISMS. Pemilihan kawalan dalam SoA adalah hasil

Pemulihan Risiko dan peraturan-peraturan perlindungan aset ICT dalam Kaedah-Kaedah UPM

(Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan Garis Panduan Keselamatan Teknologi Maklumat

Komunikasi (GPKTMK).

Dokumen Rujukan:

a. Garis Panduan Penilaian Risiko Aset (UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT)

Page 24: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 24/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

PERKARA 7: SOKONGAN (Klausa 7)

7.1 AM

Pihak Pengurusan UPM telah menentukan dan menyediakan sumber yang diperlukan bagi

penubuhan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan penambahbaikan berterusan bagi Sistem

Pengurusan Keselamatan Maklumat.

7.2 KOMPETENSI

Pihak Pengurusan UPM memastikan setiap staf yang bertanggungjawab ke atas pematuhan

ISMS mempunyai kompetensi yang sewajarnya dengan melaksanakan perkara berikut:

a. Menentukan tahap kompetensi setiap staf yang menjalankan tugas keselamatan

maklumat;

b. Memberi latihan atau mengambil langkah-langkah lain untuk memenuhi tahap

kompetensi yang diperlukan;

c. Menilai keberkesanan tindakan yang diambil; dan

d. Menyelenggara rekod latihan yang berkaitan.

Dokumen Rujukan:

a. Prosedur Latihan Staf UPM (UPM/SOK/LAT/P001)

7.3 KESEDARAN

UPM menyediakan program kesedaran keselamatan maklumat bagi menjalankan tugas

untuk mencapai objektif keselamatan ISMS.

Dokumen Rujukan:

a. Prosedur Latihan Staf UPM (UPM/SOK/LAT/P001)

Page 25: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 25/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

7.4 KOMUNIKASI

Pihak pengurusan UPM telah mewujudkan komunikasi yang berkesan secara dalaman dan

luaran berhubung keselamatan maklumat untuk:

a. Menunjukkan komitmen pengurusan keselamatan maklumat;

b. Berbincang dengan penuh tanggungjawab mengenai aspek keselamatan maklumat

dan kesan terhadap UPM;

c. Meningkatkan kesedaran mengenai polisi keselamatan maklumat dan objektif

keselamatan; dan

d. Memaklumkan tentang pelaksanaan ISMS, pemantauan ISMS, audit dan kajian

semula pengurusan kepada staf berkaitan yang bertanggungjawab dalam proses

keselamatan maklumat Universiti.

BIL. PIHAK

BERKAITAN

PERKARA YANG

DIKOMUNIKASI

BILA KOMUNIKASI DILAKSANA

TANGGUNGAWAB MEDIUM KOMUNIKASI UPM Pihak berkaitan

KOMUNIKASI DALAMAN

1. Pelajar Perkara berkaitan proses pendaftaran pelajar

Minggu Perkasa Putra

Pegawai HEPA (Jwtn)

Pelajar Hebahan melalui laman web HEPA, portal SMP dan USPOT

2. Staf Perkara berkaitan proses pendaftaran pelajar

Selewat-lewatnya sebulan sebelum Minggu Perkasa Putra

Pegawai HEPA 1. Pusat Data 2. Pusat

Kesihatan Universiti

3. Bahagian Keselamatan

4. Pejabat Bursar

1. Program Perutusan Tahun Baru Naib Canselor

2. Taklimat khas pelaksanaan ISMS

3. Latihan pelaksanaan ISMS

Page 26: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 26/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

BIL. PIHAK

BERKAITAN

PERKARA YANG

DIKOMUNIKASI

BILA KOMUNIKASI DILAKSANA

TANGGUNGAWAB MEDIUM KOMUNIKASI UPM Pihak berkaitan

KOMUNIKASI LUARAN

3. Pembekal Perkara berkaitan proses pendaftaran pelajar

Selewat-lewatnya sebulan sebelum Minggu Perkasa Putra

Ketua Bahagian Operasi Aplikasi

Staf Encoral Digital Solution Sdn Bhd (Pengurus Projek : Suhaimi Jantan)

Surat

4. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Maklumat pelajar ditawar masuk ke UPM

Berterusan secara berkala

Bahagian Akademik

Surat

Jadual 7: Kaedah Komunikasi Secara Dalaman dan Luaran

7.5 KEPERLUAN DOKUMENTASI

7.5.1 Am

UPM telah mengurus dan menyelenggara semua keperluan dokumentasi ISMS bagi

memastikan semua dokumen dapat dikesan dan dicapai apabila diperlukan.

7.5.2 Mewujud dan Mengemaskini Dokumen

Melibatkan beberapa perkara penting seperti berikut:

a. Pengenalan dan penerangan yang melibatkan tajuk, tarikh kuatkuasa, tarikh

kemaskini dan sejarah semakan dokumen;

b. Format dan media yang digunakan samada secara elektronik atau cetakan bertulis;

dan

c. Semakan dan pengesahan ke atas setiap dokumen baru atau pindaan.

Page 27: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 27/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

7.5.3 Kawalan Dokumen

Mengurus, mengawal dan melindungi semua dokumen ISMS. Dokumen ISMS yang

dinyatakan dalam Senarai Utama Dokumen Terkawal selaras dengan Prosedur Kawalan

Dokumen dan Rekod.

Kawalan rekod dilaksanakan berdasarkan tindakan berikut:

a. Rekod ISMS (rekod fizikal dan elektronik) dan tempoh penyimpanannya dikenal pasti

dalam setiap prosedur ISMS;

b. Tatacara bagi mengurus, mengawal, mengenalpasti, menyimpan, mendapatkan

semula dan melupuskan rekod fizikal dan elektronik didokumenkan; dan

c. Pelupusan rekod ISMS fizikal dibuat mengikut Prosedur Kawalan Dokumen dan

Rekod.

Page 28: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 28/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

PERKARA 8: OPERASI (Klausa 8)

8.1 PERANCANGAN DAN KAWALAN OPERASI

Pihak Pengurusan UPM telah merancang, melaksana dan mengawal proses yang

diperlukan untuk memenuhi keperluan keselamatan maklumat dan melaksanakan

tindakan yang ditentukan pada Klausa 6.1: Tindakan untuk Menangani Risiko dan Peluang.

UPM juga telah melaksanakan rancangan untuk mencapai objektif keselamatan

maklumat seperti yang telah ditentukan pada Klausa 6.2: Objektif Keselamatan Maklumat

dan Pelan Perancangan.

Dokumen Rujukan:

a. Prosedur Pengoperasian Pengurusan Pusat Data (UPM/ISMS/OPR/DC/P001)

b. Prosedur Pemantauan Operasi Pusat Data (UPM/ISMS/OPR/DC/P002)

c. Prosedur Kawalan dan Pemantauan Capaian ke Sistem di Pusat Data

(UPM/ISMS/OPR/DC/P003)

8.2 PENILAIAN RISIKO

Penilaian risiko dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun berdasarkan

ancaman, kelemahan (vulnerability) dan impak yang diakibatkan oleh perkara berikut:

a. Perubahan dasar yang boleh memberi kesan kepada keputusan penguraian risiko

atau penilaian aset;

b. Perubahan kepada teknologi dan proses perkhidmatan;

c. Pembangunan dan penaiktarafan sistem/aplikasi baru;

d. Perubahan struktur organisasi (visi/misi/objektif);

e. Pelaksanaan kawalan baru selaras dengan strategi perlindungan dalam Pelan

Penilaian Risiko; dan

f. Insiden keselamatan maklumat.

Page 29: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 29/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

Dokumen Rujukan:

a. Laporan Penilaian Risiko

8.3 PEMULIHAN RISIKO

Pemulihan risiko mengandungi pemilihan kawalan yang diluluskan oleh Pihak

Pengurusan UPM berdasarkan keputusan penilaian risiko.

Pasukan Penilaian Risiko akan mencadangkan kepada Pihak Pengurusan UPM sama ada

untuk mengurangkan, memindahkan, menerima, atau mengelakkan tahap risiko

ancaman tertentu yang wujud di dalam aset tertentu. Penerangan bagi setiap pilihan

keputusan adalah seperti berikut:

CADANGAN KETERANGAN

MENGURANGKAN

Keputusan ini ditentukan jika implikasi terhadap risiko adalah kritikal samada HIGH atau MEDIUM. Pengurangan risiko dapat dilaksanakan melalui penambahbaikan dari segi operasi, prosedur, fizikal, individu atau teknikal.

MEMINDAHKAN

Keputusan ini ditentukan jika implikasi terhadap risiko tersebut boleh dipindahkan dengan mewujudkan perjanjian perkhidmatan (SLA) antara kedua pihak.

MENERIMA Keputusan ini ditentukan jika implikasi terhadap risiko adalah LOW.

MENGELAKKAN

Keputusan ini ditentukan kerana tiada kawalan yang dapat ditentukan samada untuk mengurangkan atau memindahkan risiko kepada pihak ketiga.

Jadual 8: Pilihan Cadangan Kawalan Keputusan Penilaian Risiko

Dokumen Rujukan:

a. Laporan Pemulihan Risiko

Page 30: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 30/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

PERKARA 9: PENILAIAN PRESTASI (Klausa 9)

9.1 PEMANTAUAN, PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENILAIAN

Penilaian prestasi dan keberkesanan ISMS perlu dilaksana dan ditentukan dengan

menitikberatkan perkara berikut:

a. Perkara yang perlu dipantau dan diukur, termasuk proses dan kawalan ke atas

keselamatan maklumat melibatkan:

i. Petunjuk prestasi

ii. Pengukuran keberkesanan

b. Kaedah untuk pemantauan, pengukuran, analisis dan penilaian yang berkenaan

untuk memastikan hasil yang sah dan tepat;

c. Masa pelaksanaan pemantauan dan pengukuran;

d. Staf yang terlibat dalam pemantauan dan pengukuran;

e. Proses analisis dan penilaian terhadap keputusan pemantauan dan pengukuran;

dan

f. Staf yang telibat dalam membuat analisis dan penilaian terhadap keputusan

pemantauan dan pengukuran.

Dokumen Rujukan:

a. Garis Panduan Pengukuran Keberkesanan Kawalan ISMS

(UPM/ISMS/OPR/DC/GP07/SECURITY METRICS)

Page 31: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 31/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

9.2 AUDIT DALAMAN

UPM menjalankan Audit Dalaman ISMS pada jangka masa yang dirancang bagi

memastikan ISMS:

a. Akur kepada keperluan ISO/IEC 27001:2013 dan perundangan;

b. Akur kepada keperluan keselamatan maklumat;

c. Dilaksana seperti yang dirancang dan diselenggara dengan berkesan;

d. Menetapkan kriteria audit dan skop pengauditan;

e. Membuat pemilihan juruaudit;

f. Memastikan hasil audit dilaporkan ke pihak pengurusan; dan

g. Menyediakan bukti sepanjang program audit dan hasil pengauditan.

Pelan Audit Dalaman disediakan dengan mengambil kira tahap kepentingan proses dalam

skop yang diaudit serta laporan audit terdahulu. Kriteria, skop, kekerapan dan kaedah

audit akan ditetapkan.

Pemilihan Juruaudit Dalaman adalah berpandukan kepada pengetahuan dalam bidang

teknologi maklumat, keselamatan maklumat, skop perkhidmatan dan ISO/IEC

27001:2013. Juruaudit tidak dibenarkan mengaudit kerja atau tugasan sendiri.

Tanggungjawab dan keperluan untuk merancang, melaksana, melapor keputusan

audit dan mengurus rekod dengan merujuk kepada Prosedur Kawalan Dokumen dan

Rekod dan Prosedur Audit Dalaman ISO.

Page 32: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 32/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

Pihak yang diaudit perlu mengambil tindakan yang bersesuaian dengan segera untuk

melaksanakan tindakan penambahbaikan/pembetulan/pencegahan ke atas

ketakakuran yang dikenalpasti. Tindakan susulan perlu ditentusahkan.

Dokumen Rujukan:

a. Prosedur Audit Dalaman ISO (UPM/PGR/P004)

9.3 KAJIAN SEMULA PENGURUSAN

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ke atas ISMS dijalankan sekurang-kurangnya sekali

setahun. untuk memastikan kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan pelaksanaan

ISMS.

Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:

a. Tindakan susulan hasil kajian semula pengurusan yang terdahulu;

b. Perubahan kepada isu dalaman dan luaran yang melibatkan sistem pengurusan

keselamatan maklumat;

c. Status ketidakpatuhan dan tindakan pembetulan;

d. Pemantauan dan pengukuran keberkesanan;

e. Penemuan audit;

f. Pencapaian objektif keselamatan maklumat;

g. Maklum balas pihak berkaitan;

h. Hasil penilaian risiko dan status pelan pemulihan risiko; dan

i. Peluang penambahbaikan.

Page 33: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 33/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

Keputusan mesyuarat direkodkan dan Jawatankuasa Kerja ISMS bertanggungjawab

memastikan tindakan susulan diambil. Semua rekod yang berkaitan hendaklah

diselenggara dengan sempurna.

Page 34: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 34/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

PERKARA 10: PENAMBAHBAIKAN (Klausa 10)

10.1 KETAKAKURAN DAN TINDAKAN PEMBETULAN

UPM perlu mengambil tindakan yang berkesan untuk membetulkan punca

ketakakuran daripada terus berlaku.

a. Mengambil tindakan ke atas ketakakuran:

i. Mengenalpasti tindakan yang perlu diambil untuk mengawal dan memastikan

ketakakuran tidak berulang;

ii. Menangani kesan daripada ketakakuran yang berlaku;

b. Menilai keperluan tindakan pembetulan untuk menghapus punca ketakakuran supaya

ia tidak berulang atau berlaku di tempat lain dengan melaksanakan perkara berikut:

i. Mengkaji semula ketakakuran yang berlaku;

ii. Menentukan punca ketakakuran;

iii. Menentukan sama ada ketakakuran yang sama wujud atau berpotensi akan

berlaku;

c. Melaksanakan tindakan pembetulan yang diperlukan dalam masa yang ditetapkan;

d. Mengkaji keberkesanan terhadap tindakan pembetulan yang telah diambil; dan

e. Melaksanakan perubahan kepada ISMS, jika diperlukan.

Page 35: MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN …reg.upm.edu.my/eISO/isms/20151105163846.Manual ISMS_02.pdfManual ISMS ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

PENGURUSAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT &

KOMUNIKASI

Kod Dokumen : UPM/ISMS/PGR/MP

Halaman: 35/35

No. Semakan: 02

No. Isu: 01

MANUAL SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Tarikh: 06/11/2015

Tindakan pembetulan hendaklah bersesuaian dengan kesan ketakakuran yang ditemui.

UPM perlu menyediakan dokumentasi berikut sebagai bukti:

a. Ketakakuran dan sebarang tindakan yang diambil dan dilaksanakan.

b. Keputusan terhadap sebarang hasil tindakan pembetulan.

Dokumen Rujukan:

a. Prosedur Kawalan Ketakakuran, Tindakan Pembetulan, Tindakan Pencegahan dan

Peluang Penambahbaikan (UPM/PGR/P003)

10.2 PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN

UPM perlu membuat penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan keberkesanan

pelaksanaan ISMS melalui:

a. Pematuhan Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Teknologi Maklumat dan

Komunikasi);

b. Penemuan audit;

c. Analisis insiden keselamatan maklumat;

d. Tindakan pembetulan; dan

e. Kajian semula ISMS.

Dokumen Rujukan:

a. Prosedur Kawalan Ketakakuran, Tindakan Pembetulan, Tindakan Pencegahan dan

Peluang Penambahbaikan (UPM/PGR/P003)