Manual Sukan

download Manual Sukan

of 21

Transcript of Manual Sukan

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    1/21

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    2/21

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    3/21

    TEMA

    Citius (Speed in action), Altius (High for goal), Fortius (Strange in spirit)

    VISI

    Melahirkan atlet gemilang hasil penglibatan semua dengan menjadikan aktiviti bersukansebagai budaya seterusnya menghayati semangat kesukanan dalam rutin kehidupan.

    MISI SUKAN SEKOLAH

    Misi Sukan Sekolah dibentuk berdasarkan konsep Pembangunan dan Pencapaian Menyeluruh.

    1. Melaksanakan Program Pembangunan dan Permuafakatan Sukan dengan pihak khususseperti Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri, Persatuan-persatuan Sukan, PerbadananPutrajaya dan Individu-individu berkemahiran.

    2. Mewujudkan Sistem Payung beberapa sukan terpilih .

    3. Meningkatan keyakinan Cuba dan Cebur ke dalam diri setiap pelajar beberapa sukanterpilih.

    4. Menjadikan pengetahuan Sains Sukan sebagai ilmu utama dan teras kepada segala aktivitisukan.

    5. Memperanankan secara berkesan amalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

    Misi ini diharapkan akan mencapai Sasaran Prestasi Peningkatan dan Pencapaian

    Sepuluh Tahun.

    TAHUN INDIVIDU PASUKAN ELIT

    2000-2001 Wakil Daerah N. Johan Daerah -

    2002-2003 Wakil Negeri Johan Daerah Pelancaran

    2004-2005 Wakil Negeri N. Johan Negeri Wakil Daerah

    2006-2007 Pelatih Kebangsaan Johan Negeri Wakil Negeri

    2008-2009 Pelatih Kebangsaan Ketiga Kebangsaan Pelatih Kebangsaan

    Ringkasan Rancangan Sasaran Prestasi Peningkatan dan Pencapaian Sepuluh Tahun

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    4/21

    BAHAGIAN 2

    Majlis Sukan Sekolah

    PENDAHULUAN

    Majlis Sukan Sekolah merupakan sebuah majlis yang dianggotai beberapa ahli majlisbertujuan mengendalikan seluruh perancangan dan pembangunan sukan khasnya di peringkatsekolah.

    AHLI MAJLIS

    Dicadangkan senarai ahli majlis seperti berikut :

    Pengerusi (Pengetua)

    Naib Pengerusi (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

    Setiausaha (Setiausaha Sukan)

    Ahli Majliso Perancangan & Pembangunano Peralatan & Kemudahano Perhubungan & Serantao Program Sukan Untuk Semuao Program Sukan Untuk Elit

    Guru Ketua Rumah Sukan

    Guru Penolong Ketua Rumah Sukan

    Guru Pengurus Permainan

    Majlis Sukan hendaklah sentiasa berhubung rapat dengan SetiausahaKo-Kurikulum kerana terdapat pertindanan tugas dan fungsi khasnyadalam pengendalian Pasukan Permainan.

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    5/21

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    6/21

    PK KOKURIKULUM

    Melantik dan menyusun tugas-tugas guru dalam bidang sukan.

    Menyusun takwim tahunan aktiviti sukan.

    Memberi taklimat tentang Dasar dan Rancangan Kemajuan Sukan Sekolah.

    Menyediakan jadual dan panduan tugas kepada semua guru.

    Memastikan pelaksanaan aktiviti.

    Mengawal, menyelia dan memantau pelaksanaan aktiviti.

    Menganalisis pencapaian keseluruhan aktiviti dan melaporkan kepada pihak pengurusan lebihtinggi (Pengetua, PPD, JPN, KPM).

    Membuat perancangan untuk tindakan susulan.

    Menyimpan semua rekod dan data yang berkaitan.

    Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

    SETIAUSAHA SUKAN

    Merancang program sukan secara keseluruhan.

    Merancang pengurusan kewangan bagi peruntukan perbelanjaan sukan serta aktiviti dan

    program pembangunan sukan. Membantu pengetua dalam urusan pembelian peralatan sukan (sebaik-baiknya dibuat

    penyelarasan dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan).

    Menyelaraskan dan membantu mengelolakan sukan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

    Menjadi penyelaras utama jika menjadi tuan rumah sesuatu kejohanan.

    Berhubung dengan guru-guru lain dalam kegiatan kokurikulum sukan untuk penyelarasankemudahan dan pembahagian waktu kegiatan sukan.

    Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk semua kegiatan sukan.

    Menyediakan papan maklumat berkenaan dengan aktiviti sukan di sekolah.

    Menyelia semua kegiatan sukan sekolah dan memberi nasihat serta bantuan yang diperlukan.

    Memastikan kemudahan dan peralatan sukan diselenggara dengan baik.

    Menyediakan satu sistem stok dan inventori peralatan dan kemudahan sukan.

    Mengadakan satu sistem Quartermaster (Pengurusan dan Penjagaan) penggunaan

    peralatan sukan.

    Mewakili pengetua bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkenaan sukan mengikutkeperluan dan arahan pengetua.

    Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan serta memastikanperaturan dipatuhi.

    Memastikan guru-guru berkaitan menyediakan laporan lengkap tentang aktiviti sukan disekolah dan luar sekolah seterusnya mengumpulkan dan merekodkannya dalam satu sistempelaporan.

    Merekodkan semua pencapaian pelajar dan pasukan sekolah dalam satu sistem rekod.

    Sentiasa berbincang dengan pengetua / penolong kanan HEM / penolong kanan Kokurikulumhal-hal berkenaan kepentingan dan kemajuan sukan sekolah.

    Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

    KETUA GURU RUMAH SUKAN

    Memastikan senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar).

    Membuat pengagihan tugas kepada guru rumah sukan.

    Membuat mesyuarat agung rumah sukan.

    Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar.

    Mengendalikan secara bersama dengan setiausaha sukan aktiviti sukan di sekolah.

    Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    7/21

    Merekodkan dan melaporkan pencapaian pelajar kepada setiausaha sukan.

    Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

    GURU RUMAH SUKAN

    Mengurus dan menjalankan latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.

    Mencatat kehadiran pelajar dalam latihan rumah sukan dan mengambil tindakan terhadappelajar yang tidak hadir.

    Mengenal pasti, memilih dan melatih pelajar yang berpotensi untuk mewakili sekolah.

    Memaklumkan pelajar yang berpotensi kepada guru permainan atau setiausaha sukan.

    Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.

    Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.

    Bersama-sama guru Ketua Rumah Sukan menjalankan hal-hal pengurusan rumah sukan.

    Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

    GURU PENASIHAT PERMAINAN

    Guru penasihat permainan ialah guru permainan bagi pasukan sekolah. Bertanggungjawab dalam permainan bagi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan (jika

    berkaitan).

    Membentuk jawatankuasa pelajar bagi kelab dan pasukan sekolah.

    Merancang bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.

    Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang lebih berkemahiran.

    Memastikan dan berusaha boleh dijadikan tempat rujukan pelajar bagi peraturan-peraturandan kemahiran asas permainan.

    Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut takwim dan jadual yang ditetapkan.

    Menganjurkan perlawanan antara kelas atau rumah sukan.

    Mengurus pengangkutan untuk pasukan ke pertandingan.

    Menjaga kebajikan peserta-peserta ke pertandingan.

    Menguruskan surat makluman dan kebenaran ibu bapa / penjaga untuk semua aktiviti yang

    dijalankan.

    Melaporkan dan merekodkan keputusan setiap pertandingan (perlawanan) yang disertai.

    Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan semasa bagi pengurusan pasukan.

    Berbincang dengan setiausaha sukan berkenaan keperluan kemudahan dan peralatan.

    Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat danmencukupi sebelum, semasa dan selepas digunakan.

    Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.

    Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkualiti pasukan.

    Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    8/21

    RUMAH SUKAN

    Rumah Sukan terdiri daripada 5 unit dengan menggunakan satu sistem penentuan

    pembahagian rumah.

    Sistem tersebut menggunakan digit terakhir Nombor Pendaftaran Pelajar.

    Contoh

    Nombor Daftar 0073 / 02

    tahun daftarno. daftar

    Nombor rujukan rumah ialah digit 3.

    Senarai pembahagian Rumah Sukan

    RUMAH DIGIT AKHIR

    Bestari (Hijau) 0 dan 1

    Perdana (Ungu) 2 dan 3

    Putra (Kuning) 4 dan 5

    Siber (Biru) 6 dan 7

    Wira (Merah) 8 dan 9

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    9/21

    BAHAGIAN 3

    Pengurusan Kejohanan Olahraga

    ALIRAN KERJA

    Tugas-tugas berikut mestilah diberi perhatian oleh Setiausaha Sukan dengan kerjasamaJawatankuasa-jawatankuasa berkenaan:

    Penyediaan kertas cadangan yang terperinci yang mengandungi perkara-perkara berikut: Cadangan senarai Jawatankuasa Induk. Cadangan senarai Jawatankuasa Pelaksana. Cadangan senarai nama Pegawai Sukan.

    Tujuan / objektif / matlamat. Tarikh / masa / tempat. Anggaran perbelanjaan. Acara-acara yang dipertandingkan dan kelas umur. Atur cara rasmi. Senarai tugas setiap jawatankuasa.

    Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Induk Membincangkan kertas pelaksanaan acara. Mengesahkan pelantikan semua jawatankuasa. Menyemak bidang tugas setiap jawatankuasa. Membuat anggaran peruntukan dan sumber kewangan. Pelaksanaan kejohanan keseluruhan dan Pelan Tindakan Risiko.

    Perasmi dan atur cara rasmi.

    Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Membincangkan pelaksanaan kejohanan dan Pelan Tindakan Risiko. Senarai semak kerja dan tindakan. Perbelanjaan setiap Jawatankuasa (jika berkaitan). Membentuk jawatankuasa kecil.

    Memanggil mesyuarat Pengurus Pasukan (Ketua Rumah) Mengesahkan acara dan kelas umur yang dipertandingkan. Penerangan tugas Pengurus Pasukan. Menjelaskan peraturan dan syarat pertandingan.

    Persediaan sebelum kejohanan

    Penyediaan balapan dan padang serta peralatan yang berkaitan. Susunan jadual latihan rumah sukan. Penyediaan borang-borang

    penyertaan keseluruhan penyertaan acara (untuk penyelia peserta) keputusan hakim penamat pencatat masa acara lompatan acara balingan

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    10/21

    SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

    SETIAUSAHA SUKAN / PENGURUS KEJOHANAN

    o

    Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan Ketua Guru Rumah.o Menyediakan anggaran perbelanjaan kejohanan.o Menyenaraikan acara-acara yang dipertandingkan.o Mendapatkan senarai peserta.o Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Kecil.o Mendapatkan senarai nama Pegawai Sukan dan membuat pelantikan.o Menyusun tugasan Pegawai Sukan.o Memastikan semua Pengerusi Jawatankuasa telah mengambil tindakan tugasan masing-masing.o Menyediakan program pentadbiran.o Membuat anggaran perbelanjaan.

    KETUA GURU RUMAH / GURU RUMAH

    o Menyenaraikan nama peserta yang mewakili rumah.o Menyerahkan senarai nama peserta kepada Urus Setia.o Menyediakan dan memeriksa peralatan latihan.o Menyediakan pakaian peserta dan ahli rumah.o Menyediakan khemah rumah.o Menguruskan belanjawan dalaman rumah.o Mengadakan taklimat / nasihat / panduan untuk peserta.o Menyediakan minuman dan makanan peserta dan ahli rumah.o Membuat persiapan langkah keselamatan dan kawalan disiplin.o Menyelaraskan tindakan kerja dengan urus setia.o Memastikan kebersihan kawasan khemah terjaga.

    JAWATANKUASA PERTANDINGAN

    o Menyediakan borang-borang pertandingan.o Mengisi borang penyertaan bagi semua acara.o Menyediakan nombor-nombor peserta.o Menyediakan atur cara hari kejohanan.o Menyediakan pelan-pelan / kedudukan gelanggang.o Menyusun atur kedudukan khemah dan semua peralatan kejohanan yang terlibat.o Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.o Membuat anggaran perbelanjaan.

    JAWATANKUASA TEKNIK

    o Menyediakan gelanggang dan perkara berkaitan.

    o Menyediakan dan mengedar pelan kedudukan pasukan dan pegawai.o Menyediakan tempat duduk VIP, pegawai dan peserta.o Memastikan ukuran dan penyediaan gelanggang bertepatan.o Memberi taklimat kepada Pengurus Peserta.o Menyediakan dan memeriksa peralatan sukan.o Menyediakan pembantu teknik setiap gelanggang.o Membuat anggaran perbelanjaan.

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    11/21

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    12/21

    JAWATANKUASA PERASMIAN

    o Mengenal pasti dan menjemput perasmi pembukaan dan penutup dengan kerjasamaJawatankuasa Jemputan, Sambutan dan Protokol.

    o Mengenal pasti orang kenamaan / tetamu dalam majlis.o Menyusun atur cara perasmian.o Membuat raptai perasmian (dengan kerjasama Jawatankuasa Perbarisan).o Menyediakan juruacara untuk majlis perasmian.o Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.o Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.o Membuat anggaran perbelanjaan.

    JAWATANKUASA JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL

    o Mengenal pasti tetamu yang akan dijemput dalam majlis dan kejohanan.o Menulis dan menghantar surat / kad jemputan.o Menyediakan dan melabel tempat duduk.o Mengalu-alukan kehadiran jemputan.o Memberi panduan arah dan tempat duduk kepada jemputan.o Menyediakan roset dan buku program khas kepada jemputan utama.o Memaklumkan tetamu untuk penyampaian hadiah kepada Jawatankuasa Hadiah.o Membuat anggaran perbelanjaan.

    JAWATANKUASA SERANTA, PUBLISITI DAN RAKAMAN

    o Menjadi penghubung dan memberi maklumat tepat kepada jemputan dan pemberita.o Berhubung dengan media tentang kejohanan.o Mengambil bahan bermedia sepanjang kejohanan.o Membuat anggaran perbelanjaan.

    JAWATANKUASA IKLAN DAN PENAJAo Mengenal pasti dan mendapatkan sumber kewangan.o Menulis surat mendapatkan penajaan dan iklan.o Menjemput penaja dan pengiklan ke majlis perasmian.o Menulis surat rakaman terima kasih kepada penaja dan pengiklan.o Menyerahkan senarai penaja dan iklan kepada Jawatankuasa Buku Program.

    JAWATANKUASA SIARAYA DAN JURUACARA

    o Menyediakan peralatan pembesar suara yang sesuai dan mencukupi.o Memastikan peralatan dalam keadaan yang baik.o Memasang dan menyimpan peralatan.

    o Menyediakan juruacara kejohanan.o Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.

    JAWATANKUASA KEBAJIKAN, KESELAMATAN DANPERTOLONGAN CEMAS

    o Menyediakan Pelan Tindakan Risiko bagi keselamatan dan kecemasan.o Memberi perkhidmatan keselamatan dan kecemasan serta-merta.o Menghubungi pihak polis dan pasukan bantuan pertolongan cemas.

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    13/21

    o Menyediakan pembantu bagi hal-hal kawalan keselamatan dan kecemasan.

    * Pelan Tindakan Risiko - satu perancangan tindakan jika berlaku hal-hal di luar kawalandan jangkaan seperti faktor cuaca, bekalan elektrik, kerosakan teknikal, kekurangan

    pegawai dan pembantu, kehilangan atau kerosakan peralatan, dsb.

    SENARAI UMUM PEGAWAI KEJOHANAN

    Juri Rayuan

    Pengurus Kejohanan

    Penolong Pengurus Kejohanan

    Pengurus Teknik

    Penolong Pengurus Teknik

    Referi Balapan

    Referi Padang

    Ketua Hakim Balapan

    Ketua Hakim Padang

    Ketua Penjaga Masa

    Ketua Pengadil Lorong

    Ketua Pencatat

    Ketua Pengawas

    Ketua Penyelia Peserta

    Hakim Balapan

    Hakim Padang

    Pelepas

    Penjaga Masa

    Pengadil Lorong / Pencatat Pusingan

    Pencatat

    Penyelia Peserta

    Penolong Pelepas

    Juruacara

    Perangkaan dan Keputusan Hadiah

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    14/21

    CONTOH UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

    MAJLIS SUKAN SEKOLAHSMK PUTRAJAYA 1, PRESINT 8

    UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AMKEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI TAHUN

    UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

    Pertandingan ini akan mengikut Undang-Undang KOAM dan Peraturan Am MSSM dengansedikit pengubahsuaian (akan dinyatakan).

    KUMPULAN UMUR

    Kumpulan umur mengikut kategori berikut :o Kelas 1 : Ting. 4 & 5 Lelaki (L1) & Perempuan (P1)o Kelas 2 : Ting. 2 & 3 Lelaki (L2) & Perempuan (P2)o Kelas 3 : Ting. 1 Lelaki (L3) & Perempuan (P3)

    Peserta-peserta hendaklah mengambil bahagian mengikut kategorinya. Contohnya, seorangpeserta Kelas 2 tidak boleh mengambil bahagian dalam kumpulan Kelas 1 kecuali bagi acara-acara terbuka bebas.

    PERATURAN PENYERTAAN

    Acara Individu : Setiap Rumah Sukan hanya mesti menamakan dua orang pesertauntuk acara perseorangan.

    Acara Berpasukan : Setiap Rumah Sukan dibenarkan menamakan satupasukan sahaja untuk setiap kumpulan umur.

    Seseorang peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam tiga (3) acara individu dandua (2) acara lari berganti-ganti.

    Penyertaan peserta bagi acara terbuka adalah bebas iaitu tidak termasuk dalam bilanganpenyertaan individu atau berpasukan.

    PERMULAAN BAGI ACARA BALAPAN

    Bagi acara-acara berikut, mulaan dekam (crouch start) mesti digunakan tetapi penggunaanblok pemula (starting block) adalah pilihan peserta:

    o 100 metero 200 metero 400 metero 4 x 100 metero 4 x 400 meter

    ACARA PADANG (Berat, Jarak, Tinggi Permulaan)

    Bil Acara L1 L2 L3 P1 P2 P3

    1 L.Tinggi 1.30 m 1.20 m 1.15 m 1.00 m 0.95 m 0.90 m

    2 M. Lembing 700 g 600 g 600 g 600 g 600 g 600 g

    3 L. Peluru 5.45 kg 4.55 kg 4.00 kg 4.00 kg 4.00 kg 4.00 kg

    4 L. Cakera 1.5 kg 1.0 kg 1.0 kg 1.0 kg 1.0 kg 1.0 kg

    ACARA-ACARA BALAPAN DAN PADANG

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    15/21

    2

    Setiap rumah mesti menghantar 2 peserta bagi semua acara balapan dan padang.

    Setiap rumah mesti mengenal pasti peserta terbaik antara 2 peserta bagi acara balapan 100m, 200 m dan 400 m.

    Peserta terbaik tersebut secara automatik akan melayakkan diri ke pertandingan akhir.

    Peserta kedua terbaik setiap rumah akan bertanding dalam acara saringan dan 3 pesertaterbaik dalam saringan akan layak ke peringkat akhir.

    Pengundian lorong akan dilakukan secara rawak oleh jawatan kuasa teknik (tanpa mengambilkira latar belakang pencapaian peserta).

    Acara-acara yang dipertandingkan seperti berikut :

    Bil Acara Kumpulan Umur Jumlah

    1 100 meter semua 6

    2 200 meter semua 6

    3 400 meter semua 6

    4 800 meter semua 6

    5 4 x 100 meter semua 6

    6 4 x 400 meter semua 6

    7 Lompat Tinggi semua 6

    8 Lontar Peluru semua 6

    9 Lempar Cakera semua 610 Rejam Lembing semua 6

    UMLAH 60

    ACARA-ACARA TERBUKA

    Acara terbuka terbahagi kepada dua kategori :o Mengikut kumpulan umur (tarik tali)o Bebas (acara-acara lain)

    Acara-acara yang dipertandingkan seperti berikut :

    Bil Acara Penyertaan Jumlah

    1 Tarik Tali kumpulan umur 6

    2 Perbarisan rumah 1

    3 1500 meter Lelaki & Perempuan 24 Keceriaan Khemah rumah 1

    JUMLAH 10

    MATA KEMENANGAN

    Kedudukan Emas Perak Gangsa KeempatAcara Individu 5 3 2 1

    Acara Berpasukan 10 6 4 2

    Acara Terbuka 20 15 12 9

    Acara Khas 15 12 9 ** -** Tempat ke-3, ke-4, ke-5

    Bagi acara Merentas Desa, kedudukan mata seperti berikut :

    Johan Naib Johan Ketiga Keempat Kelima

    200 195 190 185 180

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    16/21

    3

    PERATURAN-PERATURAN ACARA TERBUKA

    Tarik Talio Mengikut kategori umur.o Setiap pasukan terdiri daripada tidak lebih 12 orang peserta.o Pertandingan dijalankan secara kalah mati.o Undian akan dijalankan bagi menentukan pasangan lawan dengan 1 perlawanan

    pusingan awal, 2 perlawanan separuh akhir dan 1 perlawanan akhir.o 2 pasukan terbaik akan menentukan Johan (Emas) dan Naib Johan (Perak).o Bagi 3 pasukan yang kalah, kesemuanya menduduki tempat ketiga.o Pasukan rumah yang gagal menyertai tidak akan mendapat sebarang mata.

    Perbarisan Rumaho Setiap rumah mesti terdiri daripada 53 orang peserta dengan pecahan 1 pembawa

    pelekat rumah, 1 pembawa bendera rumah, 1 ketua rumah dan 5 x 10 ahli rumah.o Kedudukan giliran perbarisan mengikut susunan huruf (Bestari, Perdana, Putra,

    Siber, Wira).o Persembahan gimik di hadapan pentas utama dibenarkan dalam tempoh tidak

    melebihi 15 saat.o Pertandingan akan bermula daripada penanda bendera putih sehingga kumpulan

    perbarisan meninggalkan padang.

    Keceriaan Khemaho Rumah Sukan boleh menggunakan sebarang hiasan selagi tidak mengganggu

    khemah-khemah yang lain atau pandangan penonton.

    PERATURAN PERBARISAN

    Keutamaan pemilihan individu seperti berikut :o Ketua Rumah Sukan dan Penolong Ketua Rumah Sukan adalah peserta Rumah

    Sukan.o Ketua Pelajar bukan Ketua Rumah Sukan atau Penolong Ketua Rumah Sukan

    adalah peserta Ketua Pelajar.o Pengawas Pusat Sumber bukan Ketua Rumah Sukan atau Penolong Ketua Rumah

    Sukan adalah peserta Pengawas Pusat Sumber.o Peserta pilihan pasukan Rumah Sukan adalah peserta Rumah Sukan.o Peserta-peserta lain adalah peserta badan beruniform.

    HAL-HAL LAIN

    Semua peserta dikehendaki melaporkan diri kepada penyelia peserta 30 minit sebelum acarabermula.

    Bantahan boleh dibuat dalam masa 15 minit selepas keputusan rasmi dengan cagaranbantahan sebanyak RM100.00 (tidak dikembalikan jika ditolak) kepada PengerusiJawatankuasa Juri Rayuan.

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    17/21

    4

    KANDUNGAN UMUM BUKU ATUR CARA

    Kata-kata Aluan (Kementerian / Jabatan / PPD)

    Kata-kata Aluan Pengetua

    Kata-kata Aluan YDP PIBG

    Jawatan Kuasa Pengelola / Induk

    Jawatan Kuasa Kecil Kejohanan

    Jawatan Kuasa Pertandingan

    Senarai Kepegawaian

    Atur Cara Perasmian / Penutupan

    Atur Cara Kejohanan

    Undang-undang Pertandingan

    Senarai Pemegang Rekod dan Catatan Rekod

    Penghargaan

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    18/21

    5

    BAHAGIAN 4

    Pengurusan Kejohanan Larian Sekolah

    PENDAHULUAN

    Secara umum, aspek persediaan dan kepegawaian adalah hampir menyamai Pengurusan KejohananOlahraga. Perkara-perkara yang dinyatakan berikut adalah aspek-aspek yang dianggap khusus untukPengurusan Kejohanan Larian Sekolah.

    PERATURAN AM

    Pengurus Pasukan mesti memastikan semua peserta berada dalam keadaan sihat danmemuaskan untuk bertanding.

    Hanya pelajar yang mendapat pengesahan masalah kesihatan daripada pegawai perubatandan yang terlibat dalam kepegawaian sahaja dibenarkan untuk tidak mengambil bahagian.

    Peserta hendaklah mempunyai tanda pengenalan khusus kategori seperti warna kain pelekatyang berbeza bagi kategori umur dan jantina yang berbeza.

    Pemberian mata boleh mengikut sama ada kedudukan sahaja atau kedudukan dan hadmasa. Contoh kedudukan : Tempat Pertama = 20 mata ..... Tempat Kesepuluh = 3 mata.Contoh had masa : Peserta-peserta yang mendapat tempat sebelas ke atas danmenamatkan larian dalam masa 1 jam akan diberi 2 mata.

    JARAK PERTANDINGAN

    Jarak yang digunakan Peringkat Daerah dan Negeri

    Lelaki Bawah 18 Tahun : 10 km

    Lelaki Bawah 15 Tahun : 8 km

    Lelaki Bawah 12 Tahun : 5 km

    Perempuan Bawah 18 Tahun : 5 km

    Perempuan Bawah 15 Tahun : 5 km

    Perempuan Bawah 15 Tahun : 4 km

    Jarak yang dicadangkan (dan telah digunakan) di SMK Putrajaya 1 mengikut kesesuaian treklarian.

    Lelaki : 7 km

    Perempuan : 4 km

    KEPEGAWAIAN

    Pegawai-pegawai berikut adalah tambahan khusus untuk Acara Larian.

    Pegawai Tunjuk Araho Mengiringi peserta pertama mengikut arah larian.

    o Menunjuk arah kepada peserta-peserta di simpang atau tempat yang bolehmengelirukan peserta larian.

    Pegawai Semakan Check Pointo Membuat semakan nombor pelekat peserta bagi memastikan peserta mematuhi arah

    larian, atauo Mengagihkan kad semakan kepada peserta di check point terpilih yang tertentu.

    Pegawai Kawalan Trafiko Memastikan keselamatan dan membuat kawalan lalu lintas laluan peserta.

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    19/21

    6

    o Perlu dapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasatempatan (Perbadanan Putrajaya)

    Pegawai Rondaan Pertolongan Cemaso Bersedia dengan sebarang kemungkinan kes-kes kecemasan sepanjang trek larian.o Perlu dapatkan kerjasama daripada pihak hospital atau agensi bantuan kecemasan

    seperti PBSMM, St. John Ambulans atau Pertahanan Awam.

    Pegawai Lorong-lorong Penamato Menjaga serta mengagihkan kad nombor kedudukan pada lorong penamat mengikut

    kategori.o Bertugas bersama-sama pencatat dan penjaga masa.

    HAL-HAL LAIN

    Latihano Latihan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali bagi setiap kategori. Contoh :

    Latihan 1 untuk Peserta Lelaki sahaja. Latihan 1 untuk Peserta Perempuan sahaja.Latihan 2 untuk semua secara serentak. Latihan serentak penting bagi mengujikeberkesanan Pengurusan Pegawai Pertandingan dan Kawalan Trafik.

    Langkah Keselamatano Peserta yang terakhir mesti diiringi oleh seorang pegawai bagi memastikan semua

    peserta telah selamat tiba di garisan penamat.o Pegawai Kawalan Trafik hanya boleh meninggalkan tempat bertugas apabila peserta

    akhir telah melintasi tempat kawalannya. Pegawai Kawalan Trafik mesti dimaklumkanpegawai yang mengiringi peserta terakhir.

    Kebajikan Petugaso Perlu ada satu jawatan kuasa yang akan memastikan kebajikan pegawai khasnya

    yang bertugas di sepanjang trek seperti penyediaan minuman dan payung besar bagitempat yang terlalu terdedah dengan pancaran matahari.

    Peta Lariano Mesti disediakan dengan petunjuk-petunjuk yang jelas. Rujukan :

    www.pjholds.com.my/service/precplan/htm

    http://www.pjholds.com.my/service/precplan/htm
  • 7/28/2019 Manual Sukan

    20/21

    7

    BAHAGIAN 5

    Seliaan & Laporan

    ASPEK SELIAAN

    Perkara-perkara berikut akan diaudit semasa penyeliaan dilakukan oleh pihak-pihak PejabatPendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pnedidikan Malaysia atauJemaah Nazir Sekolah :

    Pengurusan dan Pentadbiran Amo Misi Sukan Sekolaho Carta Organisasi Sukan Sekolaho Data dan Maklumat Guruo Majlis Sukan Sekolaho Sistem Pengurusan Sukan

    o Pekeliling-pekeliling Iktisas Sukano Pengurusan Kewangan Sukano Pengurusan Kewangan SUWAo Rancangan Tahunan Sukano Agihan Tugas Guru-guru Sukano Mesyuarat Pengurusan Sukan (sekurang-kurangnya 4 kali setahun)o Peraturan Am Kegiatan Sukan di Sekolah

    Sistem Failo Fail Induko Fail Pekeliling Am Perkhidmatan / Arahan KPM, JPS, PPD.o Fail Maklumat Permainano Fail Analisis Keputusan Prestasi Sukan

    o Fail Rancangan Perkembangan Staf / Kursuso Fail Aktiviti Rancangan Sukan

    Pengurusan Sukano Perancangan Sukano Takwin Aktiviti Sukano Jawatankuasa Sukan Sekolaho Jawatankuasa Kerja Sukan Sekolaho Pengurusan Sukan Untuk Semuao Pengurusan Sukan Untuk Elito Buku Teks dan Rujukan Guruo Buku Laporan Sukano Program Peningkatan Prestasi Sukano Projek Khas Sukano Pengurusan Stor Sukano Pengurusan Bilik Persalinan Pakaiano Pengurusan Bilik Darjaho Pengurusan Bilik Sumber Sukano Pengurusan Rekod Kesihatan / Fizikal Pelajar (Atlet)o Papan Kenyataan Sukan Sekolaho Program Permuafakatan Sukano Penyelidikan dan Pembangunano Program Perkembangan Staf

  • 7/28/2019 Manual Sukan

    21/21

    8

    o Pengurusan Bilik Gerakan

    Penilaiano Analisis Keputusan Sukan Sekolaho Post Mortem Sukan Sekolaho Rekod Pencapaian Prestasi Pelajaro Program Perkembangan Stafo Papan Kenyataan Sukano Alatan dan Inventori

    Pusat Sumber / Penyelia Sekolaho Carta Organisasio Perancangan dan Jadual Aktivitio Pelaksanaan Perancangano Rekod Stor Sukano Rekod Penggunaano Pengurusan Bahano Pengurusan Bilik Tayango Keceriaano Buku Rekod Bacaano Instrumen Pencerapan / Penyeliaano Rekod Pencerapan / Penyeliaano Laporan Jemaah Naziro Maklum Balas Guruo Perkembangan Stafo Takwin Penyeliaan Sekolah