MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL … · LOG IN E-MEL Langkah-langkah yang perlu untuk log...

13
MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE @terengganu.gov.my http://email.terengganu.gov.my UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT NEGERI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 1

Transcript of MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL … · LOG IN E-MEL Langkah-langkah yang perlu untuk log...

MANUALTATACARA PENGGUNAAN E-MEL

WEBMAIL HORDE

@terengganu.gov.my

http://email.terengganu.gov.my

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT NEGERIPEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERITERENGGANU

MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 1

LOG IN E-MEL

Langkah-langkah yang perlu untuk log in e-mel pengguna adalah seperti berikut:a) Klik pada web browser (contoh Internet Explorer, Mozila FireFox atau lain-lain)b) Pada bar alamat, taipkan alamat web berikut: http://email.terengganu.gov.my

Pengguna akan dipaparkan dengan antara muka log in.

2 kategori pengguna iaitu : 1) Pengguna Kali Pertama Sistem Emel HORDE2) Bukan pengguna kali pertama Sistem Emel HORDE

Pengguna Kali Pertama Sistem Emel HORDE

Bagi pengguna kali pertama atau pengguna baru emel HORDE , sila klik link Penukaran Password Klik Di sini atau menu Change Password untuk penukaran kata laluan yang baru seperti di bawah .

MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 2

Skrin sebagaimana di bawah di paparkan.

Login (email): [email protected] Password: xxxxxxx

Pengguna dikehendaki memasukkan Login (email) akaun pengguna . (Contoh : [email protected]) dan Password .

klik pada butang Login, Skrin di bawah dipaparkan.

MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 3

Klik Menu Change Password untuk menukar kata laluan. Skrin di bawah dipaparkan.

Pengguna perlu masukkan Current Password (passw0rd), New Password (Kata laluan baru hendaklah tidak kurang dari 12 digit iaitu kombinasi huruf, nombor dan simbol khas) dan New Password (again). Klik butang Change Password.

Setelah selesai, klik Logout untuk keluar .

Klik Return to Webmail Groupware untuk kembali ke skrin Emel.

MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 4

Bukan Pengguna Kali Pertama Sistem Emel HORDE

Pengguna akan dipaparkan dengan antara muka log in. Pengguna dikehendaki memasukkan Username ([email protected]) dan Password (kata laluan)

Selepas memasukkan Username dan Password, klik pada butang Log in, pengguna telah berjaya mengakses inbox e-mel.

MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 5

I) Menu Utama – Home, Preferences, Problem, Help dan Log OutII) Pull Down Menu – Mail, Organizing, My Account, Web Site,

Preferences dan Log OutIII) Layout Menu – Notes, Calendar, Tasks dan Contact Search.IV) Add Content – Menyelaras paparan Menu

Kemaskini Maklumat Pengguna

Klik butang ‘Preferences’ pada Menu Utama. Menu ‘Global preferences’ akan dipaparkan. Klik Personal Information untuk mengemaskini maklumat pengguna. Maklumat di bawah dipaparkan.

Masukkan maklumat pada kotak Your full name , kemudian klik butang Save.

MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 6

MENGARANG DAN MENGHANTAR E-MEL

Langkah-langkah yang perlu untuk mengarang dan menghantar e-mel baru:

a) Klik butang Mail pada toolbar. Kemudian klik pada butang Inbox Skrin di bawah akan dipaparkan.

Klik Butang New Message pada skrin Menu untuk mengarang e-mel . Skrin di bawah dipaparkan.

Pada kotak To: , taip alamat penerima e-mel. Untuk menghantar kepada lebih dari satu penerima, taip coma (,) selepas setiap alamat penerima.

Sekiranya ingin mendapatkan alamat penerima melalui Address Book yang sedia ada, klik To ( Cc, atau Add Bcc ). Pilih penerima dan klik kotak To >> pada skrin berkenaan, kemudian klik butang OK . Pengguna boleh memilih ‘priority’ Normal/High/Low.

MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 7

Taip tajuk e-mel pada kotak Subject , kemudian taipkan kandungan e-mel pada ruang disediakan. Klik butang Send untuk menghantar e-mel.

Menghantar Lampiran E-mel (Attacment)

Pengguna yang ingin menghantar lampiran (attrachment), klik

Browse untuk memilih fail.

Memeriksa Ejaan

Klik menu Check Spelling untuk membuat pemeriksaan ejaan mesej yang ditaip.

MEMBACA KANDUNGAN E-MEL

Langkah-langkah untuk membaca kandungan e-mel :

a) Apabila memasukkan Username e-mel dan password, kemudian klik pada butang Login, skrin inbox akan dipaparkan sebagaimana di bawah dan senarai e-mel di dalam inbox berkenaan di paparkan. Mesej yang dipilih dipaparkan dengan warna kuning.

a) Di bawah tajuk Subject atau From , klik 2 kali e-mel pilihan yang hendak dibaca yang terdapat di dalam senarai. Skrin e-mel seperti di bawah akan dipaparkan.

MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 8

b) Apabila e-mel dibuka, pengguna mempunyai pilihan pada toolbar iaitu:

1). Butang Reply (membalas kepada penghantar e-mel berkenaan ahaja),

2). Butang Forward (menghantar e-mel yang sama kepada lain-lain penerima)

3). Butang Spam (Menghantar e-mel kepada folder Spam)

4). Butang Delete (Menghapuskan e-mel)

Pemeriksaan E-mel Baru

Untuk memeriksa kemasukan e-mel baru dalam inbox, klik ikon daripada Menu.

‘Deleting and Moving Messages’

Untuk memadam mesej emel anda, pilih mesej dengan menandakan pada checkbox di sebelah kiri mesej. Kemudian klik pada link Delete (sama ada di bahagian atas atau bawah page inbox). Kaedah memadam mesej ini boleh dibuat konfigurasi menggunakan 2 cara iaitu – Delete mode dan Trash mode.

Dalam Delete mode, mesej akan di tanda untuk padam seperti paparan Figure 15. Ianya hanyaakan menandakan untuk dipadam secara pra-padam dan tidak dipadam sepenuhnya lagi. Mesejtersebut akan dipadam sepenuhnya apabila pengguna klik link 'Purge Delete'. Sehingga di 'Purge', mesej yang ditanda delete masih terpapar di dalam inbox dan penggunamasih boleh melihat/membuka emel tersebut dan juga boleh membuang tanda padam denganmenggunakan link 'Undelete' di bahagian atas atau bawah inbox. Pengguna juga boleh menghilangkan mesej yang ditanda padam tersebut daripada paparan di dalam inbox dengan

MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 9

klik link 'Hide Deleted' atau klik 'Show Deleted' sekiranya ingin memaparkan semula. (link tersebut terletak di bahagian atas kanan atau bawah kanan).

Dalam Trash mode, mesej akan dipindah ke dalam trash folder apabila ditanda padam. Walaupun begitu, ianya bukanlah telah sepenuhnya dipadam cuma dipindahkan ke folder trash sahaja. Mesej tersebut masih boleh dibuang tanda padam dengan cara memindahkannya keluar daripada trash folder ke dalam folder lain yang dipilih. Trash folder boleh dikosongkan secara manual atau secara automatik mengikut masa yang telah ditetapkan.

Cara Menukar Ke Trash ModeKlik Menu Preference, Klik Deleting and Moving Messages, tandakan kotak When Deleting messages,…. sebagaimana di bawah. Pilih Trash Folder sebagai Trash.

TANDATANGAN (SIGNATURE)

Pengguna boleh menambah tandatangan (signature) ke dalam e-mel dengan cara klik pada menu Mail, klik menu Preferences, dari menu General, klik menu Personal Information. Masukkan maklumat ke dalam ruangan Your Signature kemudian klik butang Save. Untuk kembali ke skrin sebelum, klik menu Return To Main Screen.

MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 10

MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 11

MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 12

Address Book ‘Contact List’

Klik Menu Organizing, kemudian klik menu Address Books, klik ikon Browse , klik All untuk memaparkan semua ‘Contact List’.

Tandakan ‘contact ‘ yang diperlukan. Klik ‘ /’ kemudian pilih ‘Address book of [email protected]’.

Klik menu Add, masukkan nama ‘contact list’ , kemudian klik ok.

Klik All untuk menyemak contact list yang di wujudkan.

MANUAL TATACARA PENGGUNAAN E-MEL WEBMAIL HORDE 13