Manual tid sekolah
-
Upload
mohd-khairul-anuar-hamzah -
Category
Sports
-
view
273 -
download
6
Transcript of Manual tid sekolah
1
BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT SUKAN
(TID)
PERINGKAT SEKOLAH
UJIAN UMUM
BATERI UJIAN UMUM
2
BAHAGIAN A (ANTHROPOMETRIK)
KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)
Ukuran jarak dari lantai hingga ke bahagian paling atas
kepala semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki. (tidak
memakai kasut dan stokin)
Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan
terhadap sesuatu jenis sukan atau permainan.
Atlet bola keranjang, bola jaring, pendayung dan
perenang mempunyai kelebihan dari ketinggian manakala atlet
gimnastik dan terjun mendapat kelebihan jika rendah.
Untuk mendapat ukuran ketinggian murid semasa posisi berdiri.
4. Peralatan : Pita Pengukur (2 meter)
Pita penanda
Papan klip A4 atau Sesiku 'L' panjang
Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencat
UJIAN 1
1. Definisi
2. Rasional
Contoh :-
3. Objektif
5. Prosedur :
3
5.1 Pita ukur dilekatkan secara menegak di permukaan dinding yang rata setinggi dua
(2) meter.
5.2 Murid berdiri membelakangkan dinding dengan kepala, bahu, punggung dan tumit
berada dalam keadaan rapat ke dinding. Pita ukur berada di tengah- tengah belakang
badan tanpa memakai alas kaki.
5.3 Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat sementara kedua-dua tapak tangan
mesti rapat di sisi peha.
5.4 Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas, dan memandang
kehadapan.
5.5 Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian paling atas
kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4 (bahagian tinggi)
diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak (bahagian tapak) di
bahagian paling atas kepala. (Pastikan murid tidak mengangkat tumit semasa
ukuran diambil).
5.6 Bacaan perlu diambil pada paras mata penguji.
6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm.
4
5
KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT)
Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala
semasa posisi duduk melunjur.
Nisbah ukuran panjang bahagian atas badan dan
bahagian bawah badan memberi kesan terhadap tahap
pencapaian bagi sukan dan permainan tertentu.
Contoh :- Atlet lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yang
panjang, berbadan rendah mendapat kelebihan dalam acara angkat berat.
Untuk mendapat nisbah (panjang kaki)
ukuran bahagian atas dan bawah badan semasa posisi
duduk melunjur.
Pita Pengukur (2 meter)
Pita Penanda
Papan Klip A4 atau Sesiku 'L' panjang
Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
UJIAN 2
1. Definisi
3. Objektif
4. Peralatan
2. Rasional
5. Prosedur :
6
5.1 Pita ukur dilekatkan secara menegak dipermukaan dinding yang rata setinggi dua (2)
meter.
5.2 Murid duduk membelakangkan dinding dengan posisi kepala, bahu dan punggung
berada dalam keadaan rapat ke dinding dan pita ukur berada di tengah-tengah
belakang badan.
5.3 Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat dan melunjur dengan lurus.
5.4 Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas dan memandang ke
hadapan.
5.5 Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian paling atas
kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan clipboard A4 (bahagian tinggi)
diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak (bahagian tapak) di
bahagian paling atas kepala (Pastikan punggung murid tidak terangkat semasa
ukuran dibuat).
5.6 Bacaan dicatat pada paras mata penguji.
6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm
7
PANJANG DEPA ( ARMSPAN)
Jarak mendepa dari hujung jari tangan kanan ke hujung
jari tangan kiri dalam posisi melintang dan selari dengan paras
bahu.
Untuk mendapat ukuran panjang depa.
Ukuran panjang depa armspan boleh memberi kesan terhadap
pencapaian bagi sukan dan permainan tertentu.
Contoh : Atlet renang dan peninju yang
ukuran depa tangannya panjang mempunyai kelebihan.
Atlet angkat berat memerlukan depa yang pendek.
Untuk mendapat ukuran panjang, lengan semasa
mendepa.
Pita pengukur (3 meter)
Pita penanda
Papan Klip A4
Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
5. Prosedur :
9
5.1 Pita ukur dilekatkan secara melintang di permukaan
dinding yang rata sepanjang tiga (3) meter. Bacaan sifar
(0) pada pita ukur hendaklah dilekatkan berada pada
(1) penjuru dinding.
5.2 Murid berdiri membelakangkan dinding dengan posisi
kepala, bahu dan punggung berada dalam keadaan rapat ke
dinding. Ke dua belah kaki berada dalam posisi rapat.
5.3 Murid mendepakan kedua tangan pada paras bahu dan
ianya selari dengan pita ukur yang dilekatkan secara
melintang di permukaan dinding. Posisi tapak tangan mesti
menghadap ke hadapan.
5.4 Semasa ukuran diambil, murid dikehendaki menarik nafas
dan tahan nafas serta memandang ke hadapan.
5.5 Ukuran diambil dari bahagian dari hujung jari tangan kiri
hingga ke bahagian paling hujung jari tangan kanan (Jika
ada kecacatan anggota tangan, ukur pada bahagian paling
hujung anggota tanagan).
Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, pastikan papan klip
A4 diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara
menegak di bahagian hujung jari yang bertentangan dengan
jari di hujung penjuru dinding.
5.6 Bacaan dicatat pada paras mata penguji.
6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir 0.1cm.
10
MENGUKUR PANJANG DEPA
11
12
BERATBADAN
Ukuran berat badan dalam kilogram (kg) dengan
berpakaian sukan lengkap tanpa beralas kaki.
Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap
pencapaian sukan dan permainan tertentu.
Atlet acara larian dan berbasikal jarak jauh memerlukan
berat badan yang ringan.
Untuk mendapat bacaan berat badan.
Alat penimbang berat yang standard.
Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
5. Prosedur :
5.1 Alat penimbang diletakkan di atas permukaan lantai yang rata.
5.2 Pastikan jarum alat penimbang berat bermula pada skala sifar (0).
5.3 Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki berdiri dalam posisi menegak tengah-
tengah alat penimbang tanpa alas kaki dan memandang ke hadapan. Pastikan
murid memakai pakaian yang ringan).
6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.5kg.
** (Pastikan tiada benda dalam poket peserta semasa menimbang)
UJIAN 4
Definisi
Rasional
Contoh
3. Objektif
Peralatan
13
MENIMBANG BERAT BADAN
14
15
BAHAGIAN B
(KECERGASAN)
LARI PECUT 40 METER.
Keupayaan larian pecut 40 meter dengan catatan masa
terpantas dengan permulaan gaya berdiri statik.
Kepantasan dan kelajuan adalah elemen penting dalam
kebanyakan sukan dan permainan tertentu.
Olahraga, Berbasikal, Badminton, Hoki, Bola Sepak, dan
lain-lain.
Untuk mendapat catatan masa bagi mengukur
kepantasan.
Jam Randik (Stop Watch)
Tepung / 'cat sembur'
Pita pengukur (50 meter)
Kon - 6 unit Bendera merah
Kawasan larian - 50 hingga 60 meter (padang berumput yang
tidak basah)
Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
UJIAN 5
1. Definisi
2. Rasional
Contoh
3. Objektif
Pegawai
4. Peralatan
5. Prosedur :
16
5.1 Tandakan garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 40 meter.
Letakkan dua (2) kon di setiap hujung garisan permulaan dan garisan penamat.
5.2 Murid memulakan larian dengan posisi berdiri standing start dalam keadaan
sebelah kaki dominan berada di belakang garisan permulaan. (Dibantu oleh
seorang pembantu pelepas).
5.3 Pelepas berdiri 5 meter di hadapan garisan permulaan. Pelepas akan memberi
isyarat 'sedia' dengan mengangkat tangan lurus dengan bendera pada paras bahu.
5.4 Catatan masa mula diambil (oleh penjaga masa) sebaik sahaja pelepas
menjatuhkan bendera ke bawah.
5.5 Murid hendaklah memakai kasut (wajib) sukan semasa ujian dijalankan dan kasut
spike tidak dibenarkan.
5.6 Setiap murid diberi dua (2) percubaan.
6. Pemarkahan : Catatan masa terpantas diambil hampir kepada 0.01 saat.
17
**(Pastikan pelajar dilepaskan hanya seorang setiap kali sahaja)
18
5. Prosedur :
19
JANGKAUAN MELUNJUR
Keupayaan tahap kelenturan badan semasa posisi duduk melunjur
di lantai. (Johnson 1997b)
Kelenturan badan memberi kesan terhadap prestasi dalam
kebanyakan sukan dan permainan.
Untuk mengukur tahap kelenturan dan kelembutan sendi pinggul,
'trunk', otot belakang dan belakang paha (hamstring).
Pita Ukur Pita Penanda Pembaris
Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
20
5.1 Murid dikehendaki melakukan regangan dan memanaskan badan sebelum
memulakan aktiviti.
5.2 Murid tidak dibenarkan memakai kasut semasa ujian dijalankan.
5.3 Lekatkan pita pengukur 1 meter di atas lantai yang rata.
5.4 Murid duduk melunjur dengan tumit berada tepat pada ukuran 25 sm. Kedudukan
pita ukur berada di celah antara kedua-dua belah kaki dengan tanda bacaan sifar (0)
berada menghala pangkal paha.
5.5 Kedua-dua kaki dibuka seluas bahu. Penguji perlu menahan kaki murid supaya tidak
bergerak melepasi penanda 25 sm dan pastikan lutut tidak terangkat (prosuder
dilakukan tanpa ada sebarang penahan/dinding di belakang).
5.6 Tindihkan tapak tangan dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri, kemudian
mulakan gerakan melunjur perlahan-lahan ke hadapan dengan tangan lurus dan jari
menuding ke arah pita ukur yang berada di atas lantai.
5.7 Murid bertahan selama 2 saat apabila mencapai jangkauan maksima dan tidak
dibenarkan menghenjut ( no bouncing ).
6. Pemarkahan : Catatan terbaik dari 2 percubaan diambil dengan
bacaan hampir kepada 0.5 sm.
7. Kebolehpercayaan : r = 94 diperolehi daripada 2 percubaan terbaik
yang berbeza (Johnson 1977b).
UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR
5. Prosedur :
21
Prosedur
22
LARI ULANG ALIK (1O METER)
Catatan masa yang paling singkat untuk melakukan lari
ulang alik 10 meter.
Tahap ketangkasan memberi kesan terhadap pencapaian
dalam beberapa sukan dan permainan tertentu.
bola sepak, olahraga, badminton dan lain-lain
Untuk mengukur tahap ketangkasan dalam catatan masa
yang paling singkat.
Pita Ukur Kon
Pita Penanda Lantai bersimen Wisel
Jam Randik
Bongkah kayu (3" tinggi x 2" tapak x 1" lebar) - 2 unit
Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
UJIAN 7
1. Definisi
2. Rasional
Contohnya 3.
Objektif
4. Peralatan
23
5.1 Tandakan dua garisan untuk jarak larian 10 meter.
5.2 Letakkan 2 bongkah kayu melepasi garisan 10 meter. Jarak selepas garisan 30 cm. Jarak
antara dua (2) bongkah kayu 30 cm. (Tandakan)
5.3 Murid berdiri di belakang garisan yang bertentangan dengan garisan yang diletakkan dua (2)
bongkah kayu tersebut.
5.4 Apabila isyarat 'mula' diberikan, peserta akan berlari menuju ke garisan yang telah
diletakkan bongkah kayu, ambil satu daripada dua (2) bongkah kayu tersebut dan berlari
semula ke garisan permulaan. Letakkan bongkah kayu yang pertama di kawasan yang telah
ditandakan 30cm di luar garisan permulaan. Lari semula ke garisan yang bertentangan,
ambil satu lagi bongkah kayu dan berlari semula ke garisan permulaan untuk menamatkan
lari ulang alik 10 meter.
5.5 Pastikan sebelah kaki murid melepasi garisan semasa mengambil dan meletakkan bongkah
kayu.
5.6 Catatan masa mula dikira sebaik sahaja pegawai memberi isyarat 'mula' sehingga 'torso'
murid melepasi garisan setelah selesai mengambil bongkah kayu yang kedua seperti
prosedur di atas. (Jumlah ulang alik sebanyak 4 kali)
5.7 Larian hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali mengikut giliran.
Pemarkahan : Catatan masa terpantas diambil hampir kepada
0.1 saat
Prosedur
24
**Nota : Jika bongkah kayu terlepas dari tangan /
terjatuh, larian perlu dihentikan dan ujian itu dibuat semula.
25
26
LOMPAT JAUH BERDIRI
Keupayaan kekuatan kedua-dua belah kaki semasa
melompat.
Kuasa eksplosif otot kaki dikesan terhadap pencapaian
beberapa jenis sukan dan permainan.
Bola tampar dan acara lompatan padang.
Untuk mengetahui tahap kekuatan kuasa eksplosif otot
kaki posisi lompat berdiri.
Pita ukur Kon
Pita Penanda Lantai bersimen Sesiku 'L' Panjang
Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
UJIAN 8
Definisi
Rasional
3.
4. Peralatan
Pegawai
Contohnya
Objektif
Prosedur
27
5.1 Tandakan garisan permulaan dan lekatkan pita ukur pada lantai yang rata dengan tanda
sifar (0) tepat berada di garisan permulaan.
5.2 Murid berdiri dua belah kaki rapat ke garisan dan buka kaki seluas bahu. (tidak memijak /
berdiri terlalu jauh dari gaisan).
5.3 Murid berdiri di hujung bebola kaki.
5.4 Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh mungkin dengan bantuan hayunan tangan.
5.5 Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian tumit yang paling belakang
semasa mendarat dan skor diambil berdasarkan jarak lompatan yang terbaik.
5.6 Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali berturut-turut.
5.7 Murid diwajibkan memakai kasut sukan.
Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1 sm.
28
Prosedur
29
30