manusia awal di jawa

30
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102) UNIVERSITI MALAYA TUGASAN TUTORIAL SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M. (AEEA 1102) (SOALAN 1) TAJUK: Bincangkan Perkembangan Manusia Awal Di Kepulauan Jawa. 1 NAMA: SAMSUALAM BIN HALIM NO. MATRIK: AEA090414 HARI: KHAMIS (3.00-4.00 PM) TUTOR: EN. MOHD SUPIAN BIN SABTU

description

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)UNIVERSITI MALAYATUGASAN TUTORIAL SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M. (AEEA 1102)(SOALAN 1) TAJUK: Bincangkan Perkembangan Manusia Awal Di Kepulauan Jawa.NAMA: SAMSUALAM BIN HALIM NO. MATRIK: AEA090414 HARI: KHAMIS (3.00-4.00 PM) TUTOR: EN. MOHD SUPIAN BIN SABTU1SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)SOALAN 1: BINCANGKAN PERKEMBANGAN MAN

Transcript of manusia awal di jawa

Page 1: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

UNIVERSITI MALAYA

TUGASAN TUTORIAL

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD

KE-15 M. (AEEA 1102)

(SOALAN 1)

TAJUK: Bincangkan Perkembangan Manusia Awal Di Kepulauan Jawa.

1

NAMA: SAMSUALAM BIN HALIM NO. MATRIK: AEA090414

HARI: KHAMIS (3.00-4.00 PM)TUTOR: EN. MOHD SUPIAN BIN SABTU

Page 2: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

SOALAN 1: BINCANGKAN PERKEMBANGAN MANUSIA

AWAL DI KEPULAUAN JAWA.

PENGENALAN

Maksud prasejarah ialah bermaksud “sebelum sejarah” ini kerana perkataan “pra” itu

bermaksud “sebelum”, oleh itu ia diertikan “sebelum sejarah”.1 Zaman prasejarah ini dikatakan

juga sebagai zaman yang tidak mempunyai sumber tulisan dan tidak ada rekod bertulis tentang

sesuatu kawasan tersebut.2 Zaman prasejarah merupakan satu penemuan yang berdasarkan

temuan-temuan yang dibuat oleh ahli-ahli arkeologi melalui sesuatu kajian yang dijalankan

secara terperinci dan sistematik iaitu dengan kaedah cari gali. Manakala mengikut Kamus Dewan

Edisi Keempat pula ianya juga dikatakan sedemikian iaitu prasejarah berkaitan dengan masa

yakni masa sebelum sejarah. Sejarah pula diterangkan tentang asal usul yakni keturunan yang

berkaitan dengan peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau seperti terdapat

kisah-kisah atau riwayat-riwayat yang membuktikannya.3

Dengan kaedah sedemikian dapat dikelaskan juga jenis-jenis bentuk temuan yang ditemui

oleh setiap ahli-ahli arkeologi melalui penemuan hasil tinggalan masyarakat pada zaman

prasejarah tersebut seperti penemuan artifak dan fosil. Contoh penemuan artifak ialah barang-

barang ciptaan masyarakat prasejarah seperti kapak batu batu, pisau dan pinggan mangkuk.

1 . Ahmad Jelani helmi. (2008). Sejarah dan tamadun bangsa melayu. Kuala Lumpur: Utusan publication & Distributors Sdn. Bhd. Hlm.1.2. Abdul Rahman Hj Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam, Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd. Hlm.1.3. Dewan Bahasa Dan pustaka.(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Hlm 1230 & 1411.

2

Page 3: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

Manakala, contoh penemuan fosil pula ialah penemuan rangka-rangka atau tulang-tulang

manusia lampau yang hidup di zaman prasejarah.

Dengan adanya penemuan-penemuan tersebut barula kita dapat mengetahui cara kehidupan

dan kemajuan masyarakat lampau di zaman prasejarah. Terutamanya dikepulauan Jawa yang

sememang mempunyai bukti-bukti yang menunjukkan terdapatnya manusia awal yang menetap

dan mendiami kawasan dikepulauan Jawa yang kebanyakannya penemuan-penemuan yang

dijumpai adalah dikaji oleh ahli-ahli arkeologi daripada Eropah. Manusia yang hidup pada

zaman prasejarah hanya dapat dikenali melalui penemuan fosil-fosil manusia yang masih

tertinggal dan ditemui di kepulauan Jawa yang terdiri dari pelbagai jenis manusia. Hal ini dapat

diketahui kerana kedatangan para ahli arkeologi dari Eropah sekitar abad ke-19, di mana meraka

tertarik untuk membuat kajian tentang fosil manusia awal di kepulauan Jawa.

Fosil manusia yang pertama sekali ditemui adalah bertempat di Trinil, Jawa Timur oleh

Eugene Dubois. Penemuan tersebut telah menyebabkan para ahli arkeologi lain berminat untuk

datang ke kepulauan Jawa untuk turut serta dalam membuat penyelidikan tentang manusia awal

yang terdapat di Jawa. Seterusnya penyelidikan fosil yang dibuat oleh Von Koeningswald dan F.

Weidenrech telah menemukan fosil manusia di daerah Sangiran , Ngandong di Lembah sungai

Bengawan Solo. Dengan penemuan fosil tersebut, Von Koeningswald telah membagikan zaman

penemuan kepada tiga peringkat zaman yang telah didiami oleh manusia awal iaitu zaman

pleistosen Atas (lapisan Ngandong) sekitar 1,6 juta hingga 700.00 tahun lalu, pleistosen

tengah(lapisan Trinil) sekitar 700.00 hingga 125.000 tahun lalu dan pleistosen bawah (lapisan

jetis) 125.000 hingga 10.000 tahun lalu.4

4 . Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 23-24.

3

Page 4: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

KAJIAN PENEMUAN MANUSIA AWAL DI KEPULAUAN JAWA

ZAMAN PLEISTOSEN BAWAH / LAPISAN JATIS

Zaman pleistosen bawah yang juga dikenali sebagai lapisan Jetis dan jenis manusia purba

yang hidup dalam lapisan ini adalah seperti Meganthropus paleojavanicus, Homo Mojokentesis

dan Homo Robustus. Manusia purba yang ditemui sekitar 1941 dan digelar Meganthropus

paleojavanicus adalah manusia purba yang paling awal sekali yang hidup dan menetap di

kepulauan Jawa sejak berjuta-juta tahun dahulu.

Penemuan fosil ini telah dibuktikan melalui kajian yang dibuat oleh orang-orang Eropah

terutamanya oleh Von Koeningswald yang menemuinya di Desa Sangiran pada tahun 1941. Fosil

yang ditemui oleh Von Koeningswald tesebut adalah sejenis tengkorak yang msaih mempunyai

tulang rahang bawah, gigi yang masih kelihatan tegap dan tengkorak tersebut menunjukkan juga

ianya mempunyai geraham yang besar-besar. Dari penemuan tersebut, Von koeningswald telah

memberinya nama Meganthropus Paleojavanicus yang mempunyai maksud “manusia raksasa

Jawa” kerana disebabkan tubuhnya dikatakan besar dan ianya ditemui di Jawa. Fosil

penemuan manusia purba Meganthropus Paleojavanicus itu telah dianggarkan hidup antara 20

juta- 15 jutatahun yang lalu.

Seterusnya,fosil manusia purba yang kedua tertua ialah manusia Pithecanthropus

Mojokertensis yang bermaksud manusia kera disebabkan fosil rangka manusianya yang ditemui

di Perning(mojokerto) Jawa Timur pada tahun 1936-1941. Pithecanthropus Mokertensis kini

dienali sebagai Homo Mojokertensis. Hal ini dapat diketahui kerana disebabkan penemuan fosil

yang dibuat oleh Von koeningswald yang menjumpai fosil manusia purba kanak-kanak di

kawasan Perning, Mojokerto Jawa Timur. Antara cirri-ciri penemuan fosil tersebut dikatakan

4

Page 5: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

kanak-kanak itu dianggarkan telah berusia sekitar 6 tahun yang mempunyai komposisi otak

sekitar 650cc dan dikatakan juga ianya boleh mencapai 1000cc apabila kanak-kanak tersebut

menjadi dewasa. Fosil yang ditemui itu juga terdapat tiga buah gigi geraham yang masih lagi

mekat dibahagian atas dan juga dibahagian bawah. Gigi-gigi tersebut memiliki ciri-ciri gigi

geraham kedua sebagai gigi terbesar dan gigi depannya yang kecil.

Manakala manusia purba yang hidup dilapisan Jetis juga ialah yang bergelar

pithecanthropus Robustus atau dikenali sebagai Homo Robustus yang bermaksud manusia kera

yang besar dan kuat tubuhnya. Fosil manusia purba ini telah ditemui juga oleh Von

koeningswald pada tahun 1939 di Sangiran lembah Sungai Bengawan Solo. Cirri-ciri fosil yang

ditemui tersebut menunjukkan tengkoraknya yang besar, lebar dan manakala atas tengkoraknya

lebih sempit. Dikatakan komposisi otaknya adalah sebanyak 900cc.5

ZAMAN PLEISTOSEN TENGAH / LAPISAN TRINIL

Zaman pleistosen tengah juga dikenali sebagai lapisan Trinil ini merupakan satu zaman yang

mana tergolong dalam manusia awal yang hidup bumi jawa. Tetapi dilapisan inilah manusia awal

yang mula sekali ditemui oleh ahli-ahli arkeologi barat yang sangat berminat dalam membuat

kajian tentang manusia purba sekitar abad ke-19. Fosil manusia purba yang terdapat dilapisan

Trinil dikatakan ’manusia kera yang berdiri’ atau manusia Jawa. Tetapi ahli-arkeologi

menyebutnya sebagai Pithecanthropus Erectus. Perkataan ’erect’ bermaksud tegak yang

mengklafikasikan Homo Erectus sebagai manusia yang berjalan tegak. Homo Erectus dikatakan

5. Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 63-65.

5

Page 6: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

berasal daripada benua Afrika dan dikatakan telah berhijrah ke Asia Tenggara. Java Man

merupakan antara fosil-fosil Homo Erectus yang terkenal di seluruh dunia.6

Pulau Jawa merupakan bukti paling awal tentang penyebaran hominid spesies

Homo Erectus berdasarkan penemuan 41 buah fosil manusia Mawas di sepanjang Sungai

Berantas di Jawa Timur dan tapak-tapak fosil yang ditemui di Trinil, Sangiran, Ngandong dan

Mojokerto. Tapak-tapak penumaan fosil ini merupakan tapak fosil tertua dan penemuan jenis

manusia terawal di Jawa. Ahli Paleontrologi menamakan penemuan rangka itu sebagai

Pithecanthropus Erectus atau kini lebih dikenali sebagai Homo Erectus. Dubois telah

menemukan tengkorak manusia di Trinil dan tidak berapa jauh dari tempat itu beliau turut

menemukan tulang femur yang dimiliki oleh manusia moden. Dubois yakin bahawa kedua-

duanya dimiliki oleh orang yang sama serta individu tersebut berjalan tegak. Dengan itu

menamakannya sebagai ”Pithecanthopus Erectus” iaitu manusia separuh kera (ape man) yang

berjalan tegak.7

Dengan penemuan manusia awal tersebut Eugene Dubois merupakan orang pertama

sekali yang menentang teori manusia pertama berasal dari Eropah dan beranggap manusia

pertama berada di kepulauan Asia Tenggara. Hasil penemuan pada tahun 1980 ini telah

menggemparkan dunia akibat penemuan manusia awal yang dijumpai oleh Eugene Dubois.

Eugene Dubois dan teman-temannya telah menemukan sepotong rangka rahang atau geraham

manusia purba yang dalam keadaan keras,kasar dan besar.

6, Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 59 & 60.7 Pam J, Crabtree, Douglas V and Campana, Exploring Prehistory: How Archaelogy Reveals Our Past. America: McGraw- Hill. 2005. Hlm 76.

6

Page 7: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

Kemudian pada tahun berikutnya sekali lagi Eugene Dubois menjumpai fosil yang lengkap

iaitu bentuk kepala atau tengkorak manusia awal yang bercirikan kera di Trinil-Solo. Antara ciri-

cirinya yang dapat dilihat dari pada fosil manusia awal tersebut ialah bentuk tempurung ramgka

mempunyai rahang yang menonjol kehadapan, bahagian kening di dahi yang landai dan bahagian

hidung yang bersatu dan terus landai kebahagian dahi. Manakala dagunya pula tidak terbentuk

dan terdapat juga kelihatan pipinya menonjol ke depan dan samping, mempunyai bahagian leher

yang tegap dan miring ke belakang. Pada tahun 1892 Eugene Dubois telah menemui pula tulang

kaki manusia awal yang hamper sama dengan kaki manusia moden. Dengan penemuan tersebut

dapat diketahui bahawa manusia awal yang dijumpai itu boleh berjalan dengan kedua-dua

kakinya. Eugene Dubois telah mengambil kesimpulan daripada hasil temuan-temuan tersebut

bahawa tengkorak, atau bentuk kepala dan kaki itu adalah milik manusia awal yang sama.8

Gambar 1. Gambaran Homo Erectus

8 . Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 54-66.

7

Page 8: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

ZAMAN PLEISTOSEN ATAS / LAPISAN NGANDONG

Teori kewujudan manusia homo sapiens di asia tenggara adalah berasal daripada teori

Charles Darwin (1808-1882) yang mana di dalam bukunya The Origin Of Species (1859) dan

The Descent Of Man(1871) menyatakan bahawa manusia berasal dari binatang atau lebih tepat

berasal dari jenis manusia-kera (ape- man) yang merupakan rantai penghubungan (missing link)

di antara kera yang sebenarnya dengan manusia yang sebenarnya.9 Bagi Darwin, semua jenis

haiwan berasal dari amoeba, iaitu sejenis haiwan yang mempunyai satu sel. Manusia telah

berevoulusi dari Rumapithecus (20 hingga 8 juta tahun dahulu) kepada Australopithecus

Atricanus (4 juta tahun dahulu).10 Sama ada teori ini benar atau tidak ianya bergantung kepada

individu itu sendiri untuk menerimanya atau sebaliknya.

Homo sapiens merupakan manusia yang hidup pada zaman prasejarah iaitu di antara zaman

paleolitik pertengahan hingga pada awal zaman neolitik. Menurut Buettner-Janusch homo

sapiens adalah satu populasi Mendelian iaitu satu komuniti yang terdiri daripada individu-

individu yang reproduktif dan mempunyai kelompok gen yang sama.11 Homo sapiens atau

dikenali dengan nama Modern Man mula berkembang pada sekitar tahun 70 000 tahun dahulu.

Homo sapiens juga dikenali sebagai homo wajak dalam bahasa Indonesia. Menurut Coon

penggantian homo erektus kepada homo sapiens merupakan suatu spesis terpecah yang menjadi

ras-ras secara geografi, mendiami wilayah tertentu dan dapat berevolusi menurunkan spesis baru

jika ia mampu mempertahankan ciri geografinya.

9 Abdul Rahman Haji Abdulllah,2006, Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Karisma Publications,Shah Alam, hlm 9.10 Ibid, hlm 11.11 Peter Bellwood, 2000,Prasejarah Kepulaun Indo- Malaysia,(T.W Kamil,terjemahan), Jakarta, Gramedia Pustaka Utama (Karya asal diterbitkan 1985), hlm 99.

8

Page 9: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

Homo sapiens merupakan manusia selepas homo erektus dan mempunyai hubung kait

dengan manusia homo erektus. Kebanyakkan ahli paleoantropologi bersetuju mengenai

homo erektus berkembang kepada homo sapiens.12 Namun terdapat percanggahan mengenai

bagaimana dan dimana peralihan itu berlaku. Beberapa pakar paleoantropologi percaya

bahawa populasi homo erektus yang di wakili oleh serangkaian temuan rangka dari Cina dan

Jawa telah menurunkan ciri-ciri morfologinya kepada orang Mongoloid dan Austro

Melanisia sekarang.13 Kedatangan homo sapiens di Asia Tenggara bermula pada 40 000

tahun dahulu dan daerah penyebarannya adalah di Dataran Sunda kerana pada ketika itu

dataran itu belum di liputi air.

Homo Sapiens merupakan manusia purba yang mempunyai bentuk tubuh dan sifat manusia

yang sama dengan manusia sekarang. Mereka ini juga mempunyai kehidupan yang sangat

sederhana dan hidup secara mengembara yang di kenali sebagai ‘nomad’. Manusia Homo

Sapiens ini terdapat dilapisan pleistosen atas dan juga dikenali sebagai lapisan Ngandong. Antara

manusia Homo Sapiens yang hidup dilapisan Ngandong ini adalah terdapat dua jenis iaitu

manusia Homo Sapiens Soloensis dan manusia Homo Sapiens Wajakensis. Manusia awal yang

hidup di lapisan Ngandong dianggarkan hidupnya 100 000 - 50 000 tahun dahulu.

Fosil manusia Homo Sapiens Soloensis (manusia kera dari Solo) ditemui di daerah

Ngandong Blora di Sangiran yang berdekatan dengan lembah Sungai Bengawan Solo iaitu pada

tahun 1931-1934. Fosil manusia ini telah dikaji dan dijumpai oleh Von Koengswald dan

Weindenreich. Fosil manusia Homo Soloensis yang ditemui ialah 2 buah tulang kaki,11 rangka

manusia yang tidak lengkap manakala rahang dan giginya pula sudah tidak kelihatan kerana

12 Carol R Ember dan Melvin Ember, 2000, Anthropology A Brief Introduction, New Jersey, hlm 73.13 Peter Bellwood, 2000,Prasejarah Kepulaun Indo- Malaysia,(T.W Kamil,terjemahan), Jakarta, Gramidia Pustaka Utama (Karya asal diterbitkan 1985), hlm 119.

9

Page 10: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

telah menalami pereputan. Terdapat ciri-ciri yang dapat diambil dari jumpan fosil tersebut.

Antaramya ialah tengkoraknya terdapat tonjolan yang tebal dibahagian kening dan dengan dahi

yang landai kebelakang. Terdapat juga temuan tengkorak kecil seorang wanita yang mempunyai

rahang atas dan bawah. Ketinggiannya pula dianggarkan 165cm dan manakala komposisi

otaknya di jangka menampung kekuatan 1200cc.

Fosil manusia Homo Wajakensis pula telah ditemui oleh Van Reicshotten pada tahun 1889

di daerah Wajak, Tulung agung, Jawa Timur. Kemudian Reicshotten telah mengirim sebuah

tengkorak kepada Eugene Dubois untuk tujuan Eugene Dubois meneliti dan mengkajinya.

Eugene Dubois telah meggelar fosil tengkorak tersebut sebagai Homo Sapiens Wajakensis.

Disebabkan Homo Wajakensis termasuk dalam kumpulan manusia Homo Sapiens dimana ia

tergolong dengan manusia yang telah maju berfikir berbanding dengan manusia sebelumnya.

Bahan yang diterima oleh Eugene Dubois adalah tengkorak dan serpihan rahang. Dikatakan

tengkoraknya besar dengan komposisi otak 1630cc dan tingginya dianggarkan tingginya lebih

kurang 173cm. Menurut Eugene Dubois, bangsa asli Australia termasuk Homo Wajakensis dan

sehingga disimpulkan golongan Homo Wajakensis tersebut sebahagian daripada bangsa

Australoid.14

14. Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 67-75. .

10

Page 11: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

PETA KAWASAN PENEMUAN FOSIL MANUSIA AWAL DI

KEPULAUAN JAWA

Gambar 2. Peta Lokasi Penemuan Fosil Manusia Purba di Jawa Timur.

11

Page 12: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

PERKEMBANGAN MANUSIA AWAL DI KEPULAUAN JAWA SECARA KRONOLOGI MENGIKUT LAPISAN

Lapisan Pleistosen

Jenis Temuan

Ditemui Oleh

Lokasi Penemuan Tahun

Ngandong Homo Sapiens wajakensis

Von Reitschotten wajak 1889

Homo Sapiens Soloensis

Von Koengswald Ngandong/ Solo 1931-1934

Trinil Homo Erectus Eugene Dubois Trinil (Ngawi) 1890

Jetis Homo Robustus Von Koengswald Ngandong 1939

Homo mojokertensis

Von Koengswald Perning/ Mojokerto

1936

Meganthropus Paleojavanicus

Von Koengswald Sangiran 1941

Jadual 1. Perkembangan Manusia awal di kepulauan Jawa

12

Page 13: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

PERKEMBANGAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT AWAL DI

KEPULAUANA JAWA

Kebudayaan juga diklasifikasikan sebagai keseluruhan cara hidup, cara berfikir, bertindak

dan berkelakuan, segala hasil kegiatan dan penciptaan, kebendaan, atau kerohanian masyarakat

bertamadun, peradaban dan lain-lain. Istilah ‘kebudayaan’ merupakan satu istilah yang merujuk

kepada manifestasi yang berbeza tentang budaya.15 Kebudayaan masyarakat awal di kepulauan

Jawa dapat di golongkan kepada beberapa zaman iaitu zaman Paleolitik, Mosolitik, Neolitik dan

zaman Logam.

ZAMAN PALEOLITIK

Zaman paleolitik ini juga dikenali sebagai zaman batu lama. Pada zaman ini menunjukkan

bahawa peralatan yang digunakan adalah daripada batu yang mempunyai permukaan yang

masih kasar dan belum diasah dan juga berbentuk pecahan batu yang menyerupai kapak

kemudian masyarakatnya menggunakannya dalam kehidupan mereka. Cara hidup masyarakat di

zaman ini adalah berdasarkan anugerah alam semata-mata. Masyarakatnya hidup dalam

kelompok yang kecil dan menetap secara nomad iaitu berubah- ubah dan tidak tetap.

Mayarakatnya tiggal di dalam gua-gua dan lubang-lubang untuk keselamatan dari pada ancaman

binatang buas dan sebagainya. Mereka menjalani kegiatan berburu binatang dan mengumpul

hasil hutan dimana-mana saja (food gathering) bagi mempeolehi makanan dan meneruskan

15Frank Hole dan Robert F. Heizer, 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas (terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 408

13

Page 14: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

kehidupan mereka. Hasil buruan binatang dan hasil hutan tadi mereka telah menjadikan kulit-

kulit binatang itu sebagai pakaian mereka.16

Kebudayaan zaman paleolitik ini dapat d bahagikan kepada kebudayaan Pacitan dan

Ngandong. Kebudayaan Pacitan terdapat peralatan yang dihasilkalkan seperti kapak genggam

dan alat penetak (chopper) yang ditemukan oleh Koengswald pada tahun 1935.17 . Alat-alat

tersebut ditemukan pada lapisan yagg sama dengan penemuan fosil Pitechantropus erectus.

Manakala, kebudayaan Ngandong pula peralatan yang terdapat ialah flakes (alat serpih) seperti

pisau. Disamping itu, terdapat juga peralatan daripada tulang dan tanduk yang bertujuan sebagai

mata tombak dan kemugkinan juga digunakan sebagai tujuan berburu binatang,menangkap ikan,

mengumpul ubi serta buah-buahan. Alat-alat tesebut ditemukan ditemukan di daerah sangiran

dan sragen (Jateng). Manusia awal yang membawa kebudayaan Ngandong adalah Homo

soloensis dan Homo Wajakensis kerana disebabkan penemuan peralatan tersebut bertempat

penemuan manusia awal yang sama.

ZAMAN MESOLITIK

Zaman ini juga dikenali sebagai zaman batu tengah. Zaman ini merupakan zaman peralihan

dari zaman paleolitik kepada zaman neolitik. Peralatan di zaman ini juga diperbuat daripada batu

tetapi telah mula diasah supaya menjadi tajam agar memudahkan lagi terutamanya kegiatan

berburu. Selain itu, terdapat di zaman ini telah ditemukan sampah dapur yang kemudianya

16. Abdul Rahman Hj Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam, Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd. Hlm 2.17. Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 90.

14

Page 15: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

diistilahkan sebagai kjokkenmoddinger dan abris sous roche. Kjokkenmoddinger adalah daripada

kulit kerang dan siput yang di jumpai ditepi pantai untuk kegunaan mereka. Manakala abris sous

roche pula merupakan daripada sisa-sisa makanan.

Walau bagaimanapun, manusia zaman ini masih lagi meneruskan tradisi Paleolitik

disamping mengalami kemajuan yang sedikit. Cara kehidupan masyarakat dizaman ini terdapat

lagi mengamalkan food gathering dan berburu dan masih tinggal di dalam gua tetapi tetelah

terdapat masyarakatnya yang sudah pandai bercucuk tanam iaitu kegiatan pertanian (incipient

agriculture) walaupun belum meluas. Pada zaman batu tengah juga telah wujud kapak Sumatra

(pebble), kapak pendek (hache courte), pipisan yang digunakan untuk menghaluskan bahan-

bahan makanan atau bahan zat pewarna merah yang dijadikan lambang kehidupan.18

Pada masa yang sama mereka juga telah mempunyai peralatan senjata yang terdiri daripada

tulang-tulang yang dijadikan sebagai kapak. Hal ini kerana disebabkan zaman ini telah

munculnya manusia Homo sapiens dan bukan lagi manusia kera (ape-man). Pada zaman ini telah

mula terdapatnya masyarakatnya mempunyai amalan kepercayaan kerana terdapatnya kesan-

kesan berdasarkan masyarakatnya telah mula mempercayai kehidupan selepas mati melalui

penanaman mayat. Penanaman mayat yang dibuat itu telah disetakan barang-barang kegunaam

mayat semasa hidupnyasehari-hari yang bertujuan menjadikannya sebagai persiapan untuk

kehidupannya selepas mati.19

18. Supartono Widyosiswoyo,2000,Sejarah Kebudayaan Indonesia,Penerbit Universitas Trisakti,Jakarta, hlm 57.19. Abdul Rahman Hj Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam, Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd. Hlm 2-3.

15

Page 16: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

ZAMAN NEOLITIK

Zaman Neolitik pula juga dikenali sebagai zaman batu baru. Dizaman ini dapat dilihat

pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam kehidupan masyarakat awal apabila mereka telah

mula pandai untuk menyesuaikan diri mereka dengan kehidupan. Mereka telah mula hidup

secara tetap disesuatu kawasan dan tidak lagi pada kebisaannya memburu binatang tapi telah

mula menernak binatang ternakan untuk kegunan kehidupan mereka. Oleh sedemikian

berlakunya corak kehidupan mereka daripada kehidupan nomad dengan food gathering kepada

kehidupan tetap food producing.20

Masyarakat di zaman ini telah padai membina tempat tiggal dan rumah mereka sendiri dan

tidak lagi tiggal di dalam gua-gua sepertimana di zaman sebelumnya. Mereka memilih kawasan

berhampiran dengan sungai untuk memudahkan mereka menjadikannya satu keperluan harian

mereka seperti sumber air minum dan keperluan kehidupan sehari-hari mereka. Tetapi yang

paling penting dengan berdekatan sumber air tadi juga mereka dapat salirkannya untuk kegunaan

tanaman mereka serta sumber minuman kepada ternakan mereka juga.

Pada di akhir zaman ini terdapat kepercayaan dalam bentuk animism iaitu kepercayaan

tentang adanya roh nenek moyang yang memiliki kuasa ghaib dan keperceayaan dinamisme iaitu

kepercayaan terhadap benda-benda yang dianggap memiliki kuasa ghaib. Kemudian roh nenek

moyang tersebut mereka beraggapan bahawa dapat memberikan kebaikan dan pertolongan

kepada mereka. Oleh yang sedemikian mereka terpaksa memuja dan memuji mereka melalui

perantaraan nyayian bagi memanggil roh-roh nenek moyang yang dijalankan pada waktu malam

kerana pada waktu malamlah roh-roh nenek moyang mereka sedang bekeliaran disana-sini.21

20. Ibid, hlm 321. Ibid, hlm 4.

16

Page 17: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

ZAMAN LOGAM

Pada zaman logam ini terdapat kebudayaan perunggu yang mereupakan pengaruh daripada

kebudayaan dongson yang berkembang di Vietnam. Dikatakan bahawa kebudayaan dongson ini

berkembang sekitar 300 sm.22 Pada zaman perunggu ini masyarakatnya telah mula pandai

membuat peralatan daripada logam dan tembaga dalam penggunaan kehidupan seharian mereka.

Kehidupan pada zaman ini juga dikatakan masyarakatnya telah mempunyai perkampungan yang

teratur yang mempunyai pemimpin yang diketuai oleh ketua suku atau ketua adat.

Dari segi ekonomi mereka telah mengekalkan kegiatan pertanian seperti berladang dan

bersawah yang mempunyai system saliran yang baik sehinggakan mereka tidak lagi bergantung

dengan turunnya hujan. Disamping itu, pada masa yang sama telah wujudnya pengkhususan

pekerjaan yang terdiri dari petani,penternak,nelayan dan tukang. Beberapa hasil budaya yang

dihasilkan termasuk kapak corong, Nekara dan arca perunggu seperti kapak sepatu,senjata dan

perhiasan yang ditemui sekitar kepulauan Jawa.23

Kepercayaan masyarakat di zaman ini masih lagi ada persamaan dengan kepercayaan

masyarakat yang hidup zaman neolitik. Dimana masiih lagi mengamalkan pemujaan terhadap

roh-roh nenek miyang mereka. Terdapat bukti peninggalan artifak mengenai kepercayaan

masyarakat dizaman ni iaitu kepercayaan terhadap kehidupan selepas mati. Contohnya penutup

keranda yang juga dikenali sebagai sarkopagus yang mempunyai ukiran yang dijumpai di

Jawa,Bali,Sumbawa dan Sumba yang ditemui bersama tiggalan hasil-hasil logam ciptaan

22 . Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 38923. Ibid, hlm 401-407

17

Page 18: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

dizaman ini. Hal ini jelas lagi apabila terdapatnya penemuan di daerah Gunung Kidul, Jawa

Tengah iaitu penemuan kubur peti batu yang mempunyai bersama-sama peralatan besi mereka

seperti pisau bertangkai, belati, kapak dan pahat. Terdapat juga tinggalan perunggu seperti cincin

dan manik-manik dari kaca serta carnelian.24

KESIMPULAN

Jadi dapatlah disimpulkan bahawa Homo Sapeins ialah kesinambungan daripada Homo

Erektus dan merupakan nenek moyang kepada manusia moden. Hal ini dapat dibuktikan melalui

24 . Ibid, hlm 417

18

Page 19: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

ciri-ciri kebudayaan yang diamalkan oleh mereka daripada sudut kegiatan ekonomi,

kepercayaan, tinggalan peralatan batu, corak penempatan, kesenian, ras ataupun bangsa dan juga

dapat dikenal pasti melalui penemuan sisa-sisa hominid (rangka tulang dan tengkorak).

Ciri-ciri kebudayaan yang ada ini dapat membezakan di antara masyarakat Homo

Erektus dan masyarakat Homo Sapiens pada zaman Paleolitik sehingga zaman Logam.

Seterusnya, hasil daripada pengalaman dan panduan tinggalam masyarakat dahulu menjadikan

masyarakat Homo Sapiens semakin maju dalam segenap sudut. Penemuan manusia awal ini jelas

menunjukkan bahawa kewujudan manusia berjuta- juta tahun yang lampau. Sebelum

kewujudan manusia moden. . Kewujudan manusia ini juga membuktikan mereka juga

mempunyai cara hidup yang banyak bergantung dengan alam sekitar dalam hidup sehari-hari

mereka sehingga menyebabkan mereka pandai berfikir dalam kehidupan.

19

Page 20: manusia awal di jawa

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)

BIBLIOGRAFI

Ahmad Jelani helmi. (2008). Sejarah dan tamadun bangsa melayu. Kuala Lumpur: Utusan

publication & Distributors Sdn. Bhd

Abdul Rahman Hj Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam, Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd

Dewan Bahasa Dan pustaka.(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.

Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama.

Frank Hole dan Robert F. Heizer, 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas (terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Supartono Widyosiswoyo,2000,Sejarah Kebudayaan Indonesia,Penerbit Universitas Trisakti,Jakarta.

20