Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

36
Imbuhan dalam Bahasa kadazandusun standard / Baku BI L IMBUHAN AWALAN KETERANGAN CONTOH AYAT 1. Imbuhan awalan <Mong> {mon, mong, mod, mang} Present tanse kecuali imbuhan mod adalah future tense. Imbuhan <mong> adalah imbuhan awalan dalam bahasa Kadazandusun yang boleh dibahagikan kepada <mon>, < mong>, < mod> dan <mang>. Jika kata sesuatu kata dasar itu mengandungi vocal i, u dan o pada huruf kedua kata dasar maka imbuhan <mong>, <mon>, dan <mod> akan ditulis manakala jika kata dasar menggunakan vocal a maka <mang>, <man> maka akan digunakan. Perbuatan yang berlaku masa sekarang. Imbuhan <mon>: Selalunya imbuhan <mon> ditulis jika bergabung dengan kata dasar yang dimulai dengan huruf t dan s. Boleh bergabung dengan kata kerja dengan mengugurkan huruf awal pada kata dasar. Contohnya: Mon + Tombir {jahit} = Monombir {menjahit} Mon + Tungu {siram} = Monungu {menyiram} Mon + Sopuk {sumpit} = Monopuk {menyumpit} Mon + Toguang {hadap} = Monoguang {menghadapi) Mon + sosol {sesal} = monosol {menyesal} Mon + sinsib {hiris} = Moninsib {menghiris} Manakala ada kekecualian kepada sesetengah kata dasar yang tidak perlu digugurkan pada huruf awal. Contohnya: 1. Monombir i tama ku do basaan di nohurak. {emak saya menjahit baju yang koyak} 2. Monungu i Maria di bunga disido. {Maria menyiram bunganya} 3. Mokipaapakat yolo monoguang do kobolingkaangan. {mereka bersepakat menghadapi sesuatu masalah} 1 | Page

description

Mari belajar bahasa Kadazandusun yakni imbuhan awalan kadazandusun.

Transcript of Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Page 1: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Imbuhan dalam Bahasa kadazandusun standard / Baku

BIL IMBUHAN AWALAN KETERANGAN CONTOH AYAT1. Imbuhan awalan

<Mong>

{mon, mong, mod, mang}

Present tanse kecuali imbuhan mod adalah future tense.

Imbuhan <mong> adalah imbuhan awalan dalam bahasa Kadazandusun yang boleh dibahagikan kepada <mon>, < mong>, < mod> dan <mang>. Jika kata sesuatu kata dasar itu mengandungi vocal i, u dan o pada huruf kedua kata dasar maka imbuhan <mong>, <mon>, dan <mod> akan ditulis manakala jika kata dasar menggunakan vocal a maka <mang>, <man> maka akan digunakan. Perbuatan yang berlaku masa sekarang.

Imbuhan <mon>:

Selalunya imbuhan <mon> ditulis jika bergabung dengan kata dasar yang dimulai dengan huruf t dan s.

Boleh bergabung dengan kata kerja dengan mengugurkan huruf awal pada kata dasar. Contohnya:

Mon + Tombir {jahit} = Monombir {menjahit}Mon + Tungu {siram} = Monungu {menyiram}Mon + Sopuk {sumpit} = Monopuk {menyumpit}Mon + Toguang {hadap} = Monoguang {menghadapi)Mon + sosol {sesal} = monosol {menyesal}Mon + sinsib {hiris} = Moninsib {menghiris}

Manakala ada kekecualian kepada sesetengah kata dasar yang tidak perlu digugurkan pada huruf awal. Contohnya:

Mon + Tudau {jaga malam} = Montudau {berjaga malam}

Jika sesuatu kata dasar itu mempunyai vocal a pada huruf kedua maka <mon> akan berubah kepada <man>. Ini agar menyesuaikan bunyi pada morfem perkataan tersebut. Huruf pertama pada sesuatu kata dasar akan digugurkan. Sama seperti <mon>, imbuhan man ditulis jika bertemu dengan huruf t dan s pada sesuatu kata

1. Monombir i tama ku do basaan di nohurak.{emak saya menjahit baju yang koyak}

2. Monungu i Maria di bunga disido.{Maria menyiram bunganya}

3. Mokipaapakat yolo monoguang do kobolingkaangan.{mereka bersepakat menghadapi sesuatu masalah}

1 | P a g e

Page 2: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

dasar. Contoh:

Man + sasad {tabur} = manasad {menabur}Man + Takau {curi} = manakau {mencuri}Man + Tangkus {lari} = manangkus {berlari}

Imbuhan <man> akan digunakan apabila bertemu dengan kata dasar yang mempunyai huruf a pada huruf kedua walaupun megandungi vocal o pada huruf keempat. Contoh:

Man + Talob {haling} = manalob {menghalang}Man + tanom {tanam} = mananom {menanam}

Imbuhan <man> akan digunakan bila bertemu dengan vokal a pada kata dasar pada huruf kedua walaupun mengandungi vocal u pada huruf keempat. Contoh:

Man + talun {hutan} = Manalun {ke hutan}Man + tanud {ikut} = Mananud {kawankan}

Imbuhan <mong>:

Imbuhan <mong> ditulis apabila bertemu dengan huruf vokal i pada kata dasar itu tanpa mengugurkan mana-mana huruf. Contoh:

Mong + igit {pegang} = mongigit {memegang}Mong + imumug {kumur} = mongimumug {berkumur-kumur}Mong + inta’ {makan mentah} = monginta’ {memakan mentah}Mong + inum {minum} = monginum {meminum}Mong + irak {ketawa} = mongirak {mengetawakan}Mong + uhot {Tanya} = monguhot {bertanya}Mong + intob {kira} = mongintob {mengira}

1. Manasad i taki ku do bibit do kinotuan.Datuk saya menyemai benih sayur-sayuran.

1. Mongimumug tokou siara minangakan do takaanon di oomis.Kita mestilah berkumur-kumur apabila memakan makanan yang manis.

2. Mongintob oku do tusin.Saya mengira duit.

2 | P a g e

Page 3: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Imbuhan <mong> ditulis apabila bertemu dengan huruf vokal u pada kata dasar itu tanpa mengugurkan mana-mana huruf. Contoh:

Mong + ulud {susun} = mongulud {menyusun}Mong + umpok {ketuk} = Mongumpok{(mengetuk}Mong + usak {putik} = Mongusak {berputik}Mong + ukad {korek} = Mongukad {mengorek}

Imbuhan <mong> akan ditulis apabia bertemu denan huruf o pada kata dasar itu tanpa mengugurkan mana-mana huruf. Contohnya:

Mong + ongoi{(pergi} = Mongongoi {mengambil}Mong + olumis {licin} = Mongolumis {melicinkan}Mong + oluhoi {lemah} = mongoluhoi {penyebab kpd menjadi lemah}

Imbuhan <mong> akan ditulis apabila bergabung dengan konsonan k pada awal kata dasar dengan mengugurkan huruf pertama pada kata kerja dan kata toki. Contoh:

Mong + korot {kerat} = mongorot {mengerat}Mong + kuro {kenapa} = monguro {buat apa}Mong + kokog {copet} = mongokog {mencopet}

Jika kata dasar bermula dengan vocal a maka imbuhan <mong> akan berubah menjadi <mang> tanpa mengugurkan huruf awal pada kata dasar.

Mang + akan {makan} = mangakan {memakan}Mang + asok {tugal} = mangasok {menugal padi}Mang + aramai {meriah} = mangaramai {memeriahkan}Mang + apil {tindih;tindan} = mangapil {dilakukan sekali lagi}

1. Mongukad yodu do kasou.Nenek mengorek ubi manis.

2. Mongulud i tadi’ ku do tongobuuk disio.Adik saya menyusun buku-bukunya.

1. Mongongoi yama do basaan disido id toodopon.Emak mengambil kainnya di bilik tidur.

1. Mongorot oku dilo kinotuan.Saya mengerat sayur-sayur itu.

2. Monguro koi hino?Kamu buat apa di sana?

1. Mangakan yahai do takano.Kami makan nasi.

3 | P a g e

Page 4: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Imbuhan mod (past tanse)

Imbuhan mod adalah imbuhan yang menunjukkan kepada sesuatu yang telah berlalu. contoh;

Mod + orosi {takut} = Modosi (telah takut)Mod + tudau (jaga malam) = Modtudau (sudah berjaga malam) Mod + sinding {menyanyi} = modsinding {telah menyanyi}

1. Modosi i tungau di tasu.Kucing itu telah takut dengan anjing.

2. Modtudau yolo id lamin ku.Mereka telah berjaga malam di rumah saya.

2 <Poin>

Present tense

Imbuhan <Poin> adalah imbuhan yang menunjukkan sesuatu pekerjaan atau keadaan yang sedang berlaku. Imbuhan <poin> boleh dibahagikan kepada dua iaitu poin dan poing.

Imbuhan <poin>:

Imbuhan <poin> akan ditulis apabila bergabung dengan kata dasar pada kata kerja dan kata adjektif yang bermula dengan konsonan d, s tampa digugurkan huruf pada awal kata dasar. contoh:

Poin + darun {hujan) = Poindarun (sedang hujan)Poin + suang {dalam} = Poinsuang {berada di dalam)Poin + latan (baring) = Poinlataan {dalam keadaan baring}Poin + sayau (tari) = Poinsayau (dalam keadaan menari)

Imbuhan <poin> akan ditulis apabila bergabung dengan kata dasar pada kata kerja dan adjektif yang bermula dengan konsonon t, l, n, dan m dengan mengugurkan vokal depan. Contoh:

Poin + atalang {jelas} = Pointalang {boleh dilihat dengan jelas}Poin + alanut {liat} = Poinlanut {masih dalam keadaan liat}Poin + anaru (panjang) = Poinaru {dalam keadaan panjang}Poin + otomou (hijau) = Pointomou {dalam keadaan hijau}Poin + alanggoi (tinggi) = Poinlanggoi {dalam keadaan tinggi)

1. Poindarun po.Masih hujan lagi.

2. Poinsuang i buuk id kaban.Buku itu berada di dalam peti.

3. Poinsayau yolo.Mereka sedang menari.

1. Poinlanut i daging.Daging itu masih liat.

2. Poinaru poi tobuk nu.Rambut awak masih panjang.

4 | P a g e

Page 5: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Terdapat kekecualian apabila konsonon b dan p bertemu dengan imbuhan poin di mana akan bertukar kepada poim. contohnya:

Poim + babak (pecah) = Poimbabak (telah sedia pecah)Poim + boros (cakap) = Poimboros (dalam keadaan bercakap)Poim + patai (mati) = Poimpatai (dalam keadaan mati)Poim + pason (ucap) = Poimpason (dengan ucapan)

Imbuhan <poin> juga boleh digabungkan dengan kata adjektif seperti:

Poin + tomou (hijau) = Pointomou {dalam keadaan hijau}Poin + ragang (merah) = Poinragang {dalam keadaan merah}

Imbuhan <poing>.

Imbuhan <poing> akan ditulis pada kata dasar sesuatu ayat apabila bertemu dengan huruf vocal a, u, toki o tanpa mengugurkan huruf pertama. contohnya:

Poing + akan (makan) = Poingakan {dalam keadaan memakan sesuatu}Poing + ukab (buka) = Poingukab {dalam keadaan terbuka}Poing + igit (pegang) = Poingigit {masih dipegang}Poing + ogop (gigit) = Poingogop {masih berada di mulutnya}

Imbuhan <poing> akan ditulis jika bertemu dengan konsonon g dan k tanpa mengugurkan mana-mana huruf. contoh:

Poing + kokot {gigit} = Poingkokot {masih digigit}Poing + kakat (berdiri) = Poingkakat {dalam keadaan berdiri}

Imbuhan <poing> juga boleh bergabung dengan kata adjektif yang dimulai dengan vokal tanpa mengugurkan huruf pertama. contohnya:

Poing + ihad {menangis} = Poingihad {dalam keadaan menangis}Poing + irak {ketawa) = Poingirak {dalam keadaan ketawa}

5 | P a g e

Page 6: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

3. <no>past tense

Imbuhan no adalah imbuhan yang digabungkan dengan kata kerja dan kata adjektif. ia bermaksud pekerjaan atau kejadian yang telah berlalu. Ia boleh di bahagiakan kepada dua iaitu <no> dan <na>.

Imbuhan <no>.

Imbuhan no akan ditulis apabila bergabung dengan vocal <o>, vokal <u> pada kata kerja tanpa mengugurkan mana-mana huruf. contohnya:

No + onsok {masak} = noonsok {telah masak}No + ontok {kena} = noontok {telah terkena}No + inta’ {makan mentah} = nointa’ {telah memakan sesuatu yang mentah}No + ulud {susun} = Noulud {telah disusun}

Imbuhan no boleh bergabung mana-mana konsonon pada kata kerja tanpa mengugurkan mana-mana huruf. Contohnya:

No + putul {potong} = noputul {telah dipotong}No + punso {pupus} = nopunso {telah pupus}No + ponu{(penuh} = noponu’ {telah penuh}No + ruba {jumap} = noruba {telah berjumpa}No + siliu {tukar} = nosiliu {telah bertukar}No + wonsoi {buat} = nowonsoi (telah dibuat}

Imbuhan <na>.

Imbuhan no akan berubah kepada imbuhan na apabila bertemu dengan vocal a pada kata dasar.Contohnya:

Na + tagak {hilang} = natagak {telah hilang}Na + sakai {naik} = nasakai {telah ternaik dengan}Na + ratu’ {jatuh} = naratu’ {telah jatuh}Na + akan {makan} = naakan {telah dimakan}

6 | P a g e

Page 7: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Imbuhan na bergabung dengan kata adjektif yang mempunyai vocal a. Contohnya:

Na + ragang {merah} = naragang {telah menjadi merah}

4. <noko>

Past tense

Jangan keliru dengan imbuhan <no> dan <noko>, imbuhan no menunjukkan sesuatu yang telah berlaku dengan pasti manakala imbuhan <noko> pula adalah situasi yang yang berlaku denan dilakukan tanpa disenggajakan. Namun <noko> juga boleh menjadi sesuatu pekerjaan yang telah berlaku dengan pasti.

Imbuhan noko juga boleh dipecahkan kepada dua iaitu <noko> dan <naka>.

Imbuhan <noko>.

Imbuhan <noko> akan ditulis apabila bergabung dengan vocal i, o, dan u pada kata dasar pada kata kerja di mana pekerjaan atau keadaan yang dilakukan tanpa disengajakan. Contohnya:

noko + odop {tidur} = nokoodop {tertidur }noko + ukab {buka} = nokoukab {terbuka}noko + intong {lihat} = nokointong {terlihat }noko + inum (minum) = nokoinum {terminum}noko + ilo {tahu} = nokoilo {telah mengetahui}

Imbuhan <noko> akan ditulis apabila bergabung dengan huruf konsonon di awal kata dasar. contohnya:

noko + limbou {menang} = nokolimbou {telah memenangi}noko + tutud {bakar} = nokotutud {telah terbakar}noko + uli {pulang} = nokouli {sudah kembali semula}noko + longot {campur} = Nokolongot {sudah bercampur}

Imbuhan <naka>.

Imbuhan noko akan beruba menjadi imbuhan <naka> jika bergabung dengan kata

7 | P a g e

Page 8: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

dasar yang mengandungi vocal a. Contohnya:

Naka + akan {makan} = nakaakan {telah termakan}Naka + atod {hantar} = nakaatod (telah dihantar}Naka + ampai {sertai} = nakaampai {telah menyertai}Naka + anu {dapat} = nakaanu {mendapat; memperolehi}Naka + awi {habis} = nakaawi {selesai; telah dihabiskan}

Imbuhan <naka> boleh bergabung dengan kata dasar yang dimulai dengan vocal a dengan mengugurkan huruf pertama. Contohnya:

Naka + alaid {lama} = nakalaid {sudah lama}Naka + alanut {liat} = nakalanut {sudah liat}Naka + ansau {lari} = nakansau {sudah lari}Naka + alawa {cantik} = nakalawa {telah menjadi cantik}

toki penguguran huruf boleh dilihat di bawah:

naka + alaid = nakaalaid = nakalaidnaka + alanut = nakaalanut = nakalanutnaka + ansau = nakaansau = nakansaunaka + alawa = nakaalawa = nakalawa

Perkataan di atas menunjukkan kepada kita bagaimana sesuatu huruf itu digugurkan. Ini kerana imbuhan naka telah pun mempunyai vokal a pada akhir huruf manakala vokal a pada awal kata kerja digugurkan kerana ia memadai menggunakan satu vocal sahaja. Huruf vocal a yang dihitamkan itu adalah digugurkan bagi membentuk perkataan baharu.

Imbuhan <naka> boleh bergabung dengan mana-mana konsonon tanpa mengugurkan mana-mana huruf. Contohnya:

Naka + tai’e {berak} = nakatai’e {telah terberak}

8 | P a g e

Page 9: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Naka + sawat {atas} = nakasawat {telah bergerak ke atas}Naka + dagang {jual} = nakadagang {telah terjual}Naka + basa {baca} = nakabasa {telah terbasa}Naka + tamis {sejuk} = nakatamis {telah menjadi sejuk}

5. <Po>

Present tense

Imbuhan <po> digunakan untuk menerangkan tindakan atau pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang. Ianya boleh bergabung dengan huruf vocal dan sesetengah huruf konsonon yang berada di awal perkataan. Kadang kala imbuhan <po> menunjukkan ianya ayat perintah/command.

Po + rolot {campur} = porolot {mencampurkan}Po + tonob {tenggelam} = potonob (menengelamkan)Po + nuat {tulis} = ponuat {menulis – command}Po + sikul {sekolah} = posikul {menyekolahkan}Po + boros {cakap} = Poboros {mengatakan}

Imbuhan <po> juga boleh bergabung dengan Vokal i, o dan u tanpa mengugurkan mana-mana huruf.

Po + irikau {duduk} = poirikau {sedang duduk}Po + odop {tidur} = poodop {menidurkan}Po + uli {pulang} = pouli {memulangkan}

Jika bertemu dengan kata dasar yang mengandungi vocal a maka ianya berubah kepada imbuhan pa. contohnya:

Pa + tangkus {lari} = patangkus {melatih}Pa + garas {kuat} = Pagaras (menguatkan)Pa + napap {tampar} = panapap {untuk memukul}Pa + bangkad {baju} = pabangkad {memakaikan baju}

Begitu juga apabila bertemu dengan vocal a pada awal perkataan maka imbuhan pa akan digunakan tanpa melakukan penguguran mana-mana huruf. contohnya:

Pa + akan {makan} = paakan {memberi makan}

1. Porolot oku do sada om silaon.Saya mencampurkan ikan dan garam.

2. Potonob oku dilo baladi.Saya menengelamkan baldi itu.

3. Yoku nopo nga posikul di tanak ku id SK Pekan Keningau.Saya menyekolahkan anak saya di SK Pekan Keningau.

4. Yoho nopo nga poboros kumaa di dikoyu.Saya ingin menyatakan kepada kamu semua.

5. Yogo nopo nga patangkus ngawi dilo tangaanak.Saya melatih murid-murid itu berlari.

6. Pagaras oku do tinan mooi do ogoris kumaa do mangampayat.Saya menguatkan badan supaya cergas melalui senaman.

7. Pabangkad oku di tadi’ ku.Saya memakaikan baju kepada adik saya.

9 | P a g e

Page 10: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Pa + anjul {anjur} = paanjul { menganjurkan}8. Paanjul o Kalab Boros Kadazandusun do pialaan minbuul.Kelab Bahasa Kadazandusun menganjurkan pertandingan bola sepak.

6. <popo>

present tense

Perbezaan antara <po> dan< popo> tidak begitu ketara. Namun <po> boleh menerima imbuhan akhiran manakala <popo> tidak boleh.

Imbuhan <popo>.

Boleh bergabung dengan vocal dan juga konsonan. Ianya dibahagikan kepada dua iaitu popo apabila kata dasar mempunyai vocal i, o dan u manakala papa pula digunakan apabila bertemu dengan kata dasar yang mengandungi vocal a. Contohnya:

Popo + girot (kuat) = popogirot {cuba menguatkan}Popo + lumis {licin} = popolumis {cuba melicinkan}Popo + sonong {baik} = poposonong {cuba memperbaiki}Popo + loyog {layari} = popoloyog { cuba melayari utk org lain}Popo + odop {tidur} = popoodop {cuba menidurkan} Imbuhan popo pada sesuatu kata kerja bertukar menjadi kata nama. Contohnya:

Popo + poboli {menjual} = popopoboli {jurujual}Popo + potulud {terbangkan} = popopotulud kapal {juruterbang}

Imbuhan <papa>.

Imbuhan awalan papa digunakan apabila bertemu dengan kata dasar yang mengandungi vokal a. Contohnya:

Papa + akan {makan} = papaakan {cuba memberi makan}Papa + rakan {masak} = paparakan {memasak nasi}

1. Popogirot yolo dilo nongobon di naraag.Mereka memperkuatkan pintu yang rosak itu.

2. Mangakan tokou do tua’ua’ om kinotuan tu popolumis do kulit.Kita mestilah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia boleh melicinkan kulit.

3. Mangakan tokou do tapayas tu’ poposonong do tibobolon.Kita mestilah makan buah betik kerana memberikan kebaikan kepada sembelit.

4. Popotulud yahai do longkudi id kaganaan.Kami menerbangkan layang-layang di padang.

5. Papakan i tapa diolo di tangamanuk id kukurungan.Bapa mereka memberi makan kepada ayam-ayam itu di dalam reban.

10 | P a g e

Page 11: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Papa + dadi {jadi} = papadadi {menjadikan} 6. Papadadi i tangatambalut diolo di tambalut suai do tambalut.Kawan-kawan mereka menjadikan kawan lain sebagai sahabat.

7. <mo>Mo, ma, momo, mama.

Present tens

Imbuhan mo adalah imbuhan awalan Kadazandusun yang boleh dikelompokkan kepada mo, ma, momo dan mama.

Imbuhan mo:

Imbuhan mo adalah imbuhan yang digunakan apabila bertemu dengan huruf n dan g pada sesuatu kata dasar tanpa mengugurkan mana-mana huruf. Contohnya:

Mo + nuat {tulis} = monuat {menulis}Mo + gulu {dulu} = mogulu {terlebih dahulu}Mo + lohing {tua} = molohing {ibubapa; orang tua}

Jika bertemu dengan vocal a maka ia berubah kepada ma, contohnya:

Ma + malayu {Melayu} = mamalayu {bercakap bahasa Melayu}

Imbuhan momo:

Imbuhan momo adalah imbuhan awalan yang dikenali sebagai actor focused dynamic. Ia setara dengan <um> dan <popo> berdasarkan kepada tokin morphophonemic’s.

Momo + hukis {lukis} = momohukis {melukis}Momo + guno {guna} = momoguno {menggunakan}Momo + lohou {panggil} = momolohou {memanggil}Momo + luda {latih} = momoluda {melatih}

Imbuhan momo menerima digabungkan dengan kata dasar dengan mengugurkan huruf awal pada kata dasar tersebut. Contohnya:

1. Monuat oku do suat kumaa di tapa ku.Saya menulis surat kepada bapa saya.

2. Mamalayu yahai id lamin di Aminah.Kami bertutur dalam bahasa Melayu di rumah Aminah.

Imbuhan<momo> dan <popo> mempunyai persamaan tetapi tidak serupa. <momo> perbuatan diri sendiri untuk diri sendiri manakala <popo> perbuatan diri sendiri untuk orang lain.

Contoh ayat <momo> dan <popo> dengan menggunakan kata dasar lukis.

1. Momohukis oku do tongotombolog id kalatas dilo.Saya melukis burung-burung pada kertas itu.

2. Popohukis yahai di tadi’ ku do tongotombolog id kalatas dilo.Kami melukiskan adik saya burung-burung pada kertas itu.

11 | P a g e

Page 12: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Momo + bobog {pukul} = momobog {memukul}Momo + wonsoi {buat} = momonsoi {membuat}

Imbuhan momo bertukar kepada mama apabila kata dasar itu mengandungi vocal a. contohnya:

Mama + lapak {belah} = mamalapak {membelahkan}Mama + rampanau = mamarampanau {bermain rampanau}Mama + radu {bajak} = mamaradu {membajak}Mama + raag {rosak} = mamaraag {merosakkan}Mama + rati {erti; faham} = mamarati {memahami}

Imbuhan mama yang bertemu dengan kata dasar akan mengugurkan huruf awal pada kata dasar itu. Contohnya:

Mama + batos {janji} = mamatos {berjanji}Mama + pason {pesan} = mamason {berpesan}

Menariknya imbuhan <momo> boleh menerima sisipan <in> menjadi <minomo> yang bertukar menjadi past tense yakni peristiwa atau kejadian yang telah berlaku.

Minomo + gusa {kejar} = minomogusa {telah mengejar}Minomo + lohou {panggil} = minomolohou {telah dipanggil}

Juga imbuhan momo yang berubah menjadi mama menerima imbuhan sisipan <in> menjadi <minama> dengan mengugurkan huruf pertama pada kata dasar itu.

Minama + pason {pesan} = minamason {telah dipesan}Minama + matai {mati} = minamatai {telah membunuh}

12 | P a g e

Page 13: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

8. <min> Imbuhan <min> adalah perlakuan atau pekerjaan yang dilakukan secara berulang (repeatedly). Ianya boleh digabungkan dengan kata dasar yang dimulai dengan huruf vokal dan huruf konsonan. Contohnya:

Min + lantaid {gayut} = minlantaid {bergayut-gayutan)Min + tana’ {tanah} = mintana’ {berjalan kaki}Min + ipi {mimpi} = minipi {sering bermimpi}Min + irikau {duduk} = minirikau {selalu duduk}

Untuk pengetahuan para pembaca, <irikau> adalah vokal-initial yakni <um><in> kepada <min>.

9. <Mog> dan< mogi> Imbuhan mog adalah imbuhan yang akan bertemu dengan vocal i, o dan u yang pertama dalam kata dasar. Contohnya:

Mog + ihum {cari} = mogihum {mencari}Mog + olim {naïf} = mogolim {menafikan}Mog + ubas {biasakan} = mogubas {membiasakan}Mog + uhot {soal} = moguhot {menyoal, menanyakan}

Mog akan beruba kepada mag jika bertemu dengan vocal a pada kata dasar yang pertama. Contohnya:

Mag + anu {ambil} = maganu {mengambil}Mag + ansak {masak} = magansak {memasak}Mag + awi {habis} = magawi {menghabiskan}

Ada pengecualian pada kata dasar di bawa yang mana imbuhan <mag> menerima huruf konsonon apabila digabungkan. Contohnya:

Mag + kasaru {sering} = magkasaru {seringkali}

Imbuhan mogi {saling}.

Imbuhan <mogi> akan bertemu dengan kata adjektif dan kata kerja dengan

13 | P a g e

Page 14: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

penambahan vocal bagi menunjukkan ianya mempunyai bunyi (mora) yakni bunyi panjang. Lebih daripada dua actor atau patients. Ianya adalah perkataan Jamak/plural.

Mogi + tutun {kenal} = mogituututun {saling mengenali antara yang lain}Mogi + pakat {sepakat} = mogipaapakat {saling bersepakat antara yg lain}Mogi + sokodung = mogisoosokodung {saling kerjasama}Mogi + tabang = mogitaatabang {saling bergotong royong}

10. <Moki> dan <monoki>

Imbuhan awalam <moki> bermaksud meminta yang mana boleh digabungkan kepada kata dasar sesuatu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Ia digunakan untuk meminta sesuatu kepada seseorang yang mendengarnya.

Imbuhan <moki> boleh digabungkan dengan kata dasar yang dimulakan dengan huruf vocal a, i, o dan u. Contohnya:

Moki + akan {makan} = mokiakan {meminta makan}Moki + inum {minum} = mokiinum {meminta minum}Moki + uhup {bantu} = mokiuhup {meminta bantuan}Moki + obus {tiup} = mokiobus {minta ditiupkan}

Imbuhan <moki> menerima kata dasar yang dimulai dengan huruf konsonon pada kata kerja. Contohnya:

Moki + amal {pukul} = mokiamal {meminta pukul}Moki + sunud {beritahu} = mokisunud {meminta diberitahu}Moki + wonsoi {buat} = mokiwonsoi {meminta dibuatkan}Moki + podsu {mandi} = mokipodsu {meminta dimandikan}Moki + luang {lubang} = mokiluang {meminta dilubangkan}Moki + tuduk {ajar} = mokituduk {meminta diajarkan}Moki + pompod {potong} = mokipompod { meminta dipotongkan}

Contoh perkataan bagi imbuhan <moki> apabila bertemu dengan kata dasar pada kata adjektif:

14 | P a g e

Page 15: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Moki + ragang {merah} = mokiragang {meminta dimerahkan}Moki + purak {putih} = mokipurak {meminta diputihkan}Moki + oitom {hitam} = mokiitom {meminta dihitamkan}Moki + ihad {nangis} = mokiihad {minta dinangiskan}

Imbuhan <moki> boleh menerima sisipan <on> dan bertukar menjadi <monoki> yang bermaksud perbuatan yang tidak normal.

Monoki + amal {pukul} = monokiamal {bergaduh dengan tidak sama umur}Monoki + ambalut {kawan} = monokiambalut {berkawan dgn org yang tidak sama umur atau darjat}Monoki + anak {anak} = monokianak {orang dewasa yang bersikap kebudak-budakan}

11. <Son>

Plural / Jamak

Ianya bersifat multiple actor (orang lebih dari dua).

Imbuhan son.

Imbuhan son bergabung dengan kata dasar yang mempunyai vocal i, o dan u. kata dasar tersebut harus digandakan. Contoh boleh dilihat di bawah:

Son + sonong {baik} = sonsonong-sonong {masing-masing sihat}Son + kotu’ {petik} = sonkotu-kotu {masing-masing memetik}Son + rukut {kongsi} = sonrukut-rukut {masing-masing berkongsi}Son + tutud {bakar} = sontutud-tutud {masing-masing membakar}Son + tulud {terbang} = sontulud-tulud {masing-masing terbang}

Imbuhan son akan berubah menjadi san apabila bertemu dengan kata dasar yang mempunyai huruf vocal a. Contohnya:

San + panau {jalan} = sanpanau-panau {masing-masing berjalan}San + tahak {beri} = santahak-tahak {masing=masing member}San + lasu {panaskan} = sanlasu-lasu {masing-masing memanaskan}

15 | P a g e

Page 16: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Imbuhan juga akan berubah menjadi som bilamana bertemu dengan kata dasar yang dimulai dengan konsonan b pada kata dasar yang mempunyai vocal i, u dan o. Contohnya:

Som + boli {beli} = somboli-boli {masing-masing membeli}Som + boros {cakap} = somboros-boros {masing-masing bercakap}Som +

Imbuhan <som> pula akan berubah kepada <sam> apabila bertemu dengan kata dasar yang mengandungi vocal a pada kata dasar yang dimulai dengan konsonan b. Contohnya:

Sam + babak {pecah} = sambabak-babak {masing-masing memecahkan}Sam +

Imbuhan <son> juga berubah kepada <song> bila mana bertemu dengan huruf vocal dan konsonan g.

Song + onsok {masak} = songonsok-onsok {masing-masing memasak}Song + gosok {bising} = songosok-gosok {masing-masing bising}Song + goos {usaha} = songoos-goos {masing-masing berusaha}

Imbuhan <song> berubah pula kepada <sang> bilamana digabungkan dengan kata dasar yang mempunyai vocal <a> pada kata dasar yang dimulai dengan huruf <g> dan dimulai dengan vokal <a>.

Sang + gayat {tarik} = sangayat-gayat {masing-masing menarik}Sang + anu {ambil} = sanganu-anu {masing-masing mengambil}Sang +

11. <Sopi> Imbuhan <sopi> adalah imbuhan yang digabungkan dengan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan atau aksi yang dilakukan dua orang sahaja. Selalunya apabila imbuhan sopi digabungkan mana-mana kata kerja maka wajib digandakan kata kerja tersebut. Contohnya:

². sopigiak-giak yolo id lapai di nulou. {mereka berdua saling berteriak-teriakan di puncak bukit}

16 | P a g e

Page 17: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Sopi + giak {teriak} = sopigiak-giak {saling berteriak}Sopi + lopot {bungkus} = sopilopot-lopot {saling membungkus}Sopi + boros {cakap} = sopiboros-boros {saling berbual}Sopi + ihad {nangis} = sopiihad-ihad {bertangisan}Sopi + gahui {kurus} = sopigahui-gahui {kedua-duanya kurus}Sopi + raat {jahat} = sopiraat-raat {kedua-duanya berperilaku buruk}

Imbuhan <sopi> boleh bergabung dengan kata dasar yang dimulai dengan konsonan atau vokal.

2. Sopilopot-lopot koi ngoduo do linompuka. {kami berdua saling membungkus kuih kukus pisang}

3. sopiihad-ihad i tama ku duo di todu ku. {emak dan nenek saya saling menangis}

4. Sopiraat-raat nopo yolo. {mereka berdua sama-sama berperilaku buruk}

12. <si> Imbuhan <si> adalah imbuhan awalan yang ditambah kepada kata kerja dan kata adjektif bagi membentuk maksud baharu.

Imbuhan <si> bermaksud teringin atau mahu di mana ianya flexsible untuk digabungkan mana-mana kata dasar. Boleh di gabungkan dengan kata dasar yang dimulai dengan huruf vokal tanpa mengugurkan mana-mana huruf. Contohnya:

Si + amal {pukul} = siamal {teringin untuk memukul}Si + odop {tidur} = siodop {teringin hendak tidur}Si + ihad {nangis} = siihad {teringin untuk menangis}Si + uhup {bantu} = siuhup {teringin untuk membantu}Si + ahap {ajak} = siahap {teringin hendak mengajak}Si + agut {pujuk} = siagut {teringin hendak memujuk}

Imbuhan <si> juga boleh digabungkan dengan kata dasar yang dimulai dengan huruf konsonoan tanpa mengugurkan mana-mana huruf. Contohnya:

Si + basa {baca} = sibasa {teringin untuk membaca}Si + sumpak {tumbuk} = sisumpak {teringin untuk menumbuk}Si + kalaja {kerja} = sikalaja {teringin untuk bekerja}Si + panau {jalan} = sipanau {teringin hendak berjalan}Si + tangkus {lari} = sitangkus {teringin hendak berlari}

17 | P a g e

Page 18: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Si + sondiu {sandar} = sisondiu {teringin hendak bersandar}

Imbuhan <si> juga boleh digabungkan dengan mana-mana kata dasar pada kata kerja dalam bahasa Kadazandusun. Contohnya:

Si + basa {baca} = sibasa {teringin untuk membaca}Si + sumpak {tumbuk} = sisumpak {teringin untuk menumbuk}Si + kalaja {kerja} = sikalaja {teringin untuk bekerja}Si + panau {jalan} = sipanau {teringin hendak berjalan}Si + tangkus {lari} = sitangkus {teringin hendak berlari}Si + sondiu {sandar} = sisondiu {teringin hendak bersandar}

Imbuhan <si> boleh digabungkan dengan mana-mana kata dasar pada kata adjektif dalam bahasa Kadazandusun. Contohnya:

Si + purak {putih} = sipurak {teringin untuk memutihkan}Si + ragang {merah} = siragang {teringin untuk memerahkan}Si + tomou {hijau} = sitomou {teringin untuk menghijaukan}Si + obulou {biru} = sibulou {teringin untuk membirukan}Si + ihad {nangis} = siihad {teringin menangis}Si + irak {ketawa} = siirak {teringan ketawa}

Untuk pengetahuan para pembaca, sesetengah dialek Kadazandusun menggunakan imbuhan <ti> yang mempunyai maksud yang sama dengan imbuhan<si>. contohnya:

Ti + odop = tiadop {teringin tidur}Ti + akan = tiakan {teringin makan}

13. <ko>

Past tense

Imbuhan <ko> adalah imbuhan awalan dalam bahasa kadazandusun yang bermaksud tindakan atau perbuatan yang boleh dilakukan. Ia termasuk dalam ayat penyata atau ayat tanya.

Ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu <ko> apabila bergabung dengan mana-mana kata dasar yang menganduni vokal i, o dan u manakala <ka> pula ditulis apabila

18 | P a g e

Page 19: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

bertemu dengan mana-mana kata dasar yan mempunyai vokal a. Contohnya:

Ko + ruba {jumpa} = koruba {terjumpa}ko + ipi {mimpi} = koipi {bermimpi}ko + ilo {tahu} = koilo {telah tahu}ko + singud {bau} = kosingud {terbau}ko + posik {terjaga} = koposik {terjaga dari tidur}ko + inum {minum} = koinum {terminum}ko + tungag {bangun} = kotungang (terbangun}ko + indakod {panjat} = koindakod {boleh dipanjat}ko + sumpak {tumbuk} = kosumpak {tertumbuk}ko + simbul {lompat} = kosimbul {dapat dilompat}

Imbuhan <ko> berubah menjadi <ka> bilamana bertemu dengan kata dasar yang mengandungi vokal a:

Ka + babar {pecah} = kababar {boleh dipecahkan; terpecah}Ka + akan {makan} = kaakan {termakan}Ka + panau {jalan} = kapanau {boleh berjalan}Ka + ratu’ {jatuh} = karatu’ {terjatuh}

14. <monong> Imbuhan <monong> adalah imbuhan bermaksud aksi atau perbuatan untuk memakai sesuatu. Biasanya digabungkan dengan kata nama bagi menjelaskan maksud kepada ayat.

Imbuhan <monong> akan digunakan jika bertemu dengan kata dasar pada kata nama yang mengandungi vokal i, o dan u. Contohnya:

Monong + kobog = monongkobog {memakai selimut}Monong + kumut = monongkumut {memakai selimut}Monong + golong = monongolong {memakai gelang}Monong + kurita = monongkurita {memakai kereta}

Imbuhan <monong> berubah menjadi <monon> jika bertemu kata dasar yang

19 | P a g e

Page 20: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

dimulai dengan huruf t dan s pada kata dasar yang mengandungi vokal i, o dan u. Contohnya:

Monon + tupi = monontupi {memakai topi}Monon + sirung = mononsirung {memakai sirung/penutup kepala}Monon + sotokin = mononsotokin {memakai stokin}Monon + solipar = mononsolipar. {memakai selipar}

Imbuhan <monon> berubah kepada <manan> apabila bertemu dengan konsonan t dan s pada kata dasar yang mengandungi vokal a. Contohnya:

Manan + tapi = manantapi {memakai sarung}Manan +

Imbuhan <monong> akan berubah menjadi <manang> apabila bertemu dengan kata dasar yang mengandungi vokal a. Contohnya:

Manang + kasut = manangkasut {memakai kasut}Manang + garung = manangarung {memakai sarung}

Imbuhan <manang> akan berubah kepada <manam> apabila bertemu dengan konsonan b pada kata dasar yang mempunyai vokal a.

Manam + bangku = manambangku {memakai bangku}Manam + bangkad = manambangkad {memakai baju}

Kekecualian kepada sesetenah kata dasar yang bergabung dengan imbuhan<monong> yang tidak bermaksud memakai akan sesuatu tetapi bermaksud perbuatan. Contohnya:

Monong + odou = monongodou {membuat sesuatu sehari suntuk}15. <ki> Imbuhan <ki> ialah imbuhan yang bermaksud ada atau mempunyai yang

digabungkan dengan mana-mana kata kerja dan kata nama. Ianya menunjukkan keadaan mempunyai sesuatu. Perkataan biasa untuk ada atau mempunyai dalam

20 | P a g e

Page 21: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

bahasa Kadazandusun ialah haro dan kiwaa, namun dua perkataan ini tidak boleh digabungkan mana-mana kata dasar.

Imbuhan <ki> dalam kata dasar pada kata nama:

Ki + buuk {buku} = kibuuk {ada buku}Ki + pinsil {pensel} = kipinsil {ada pensel}Ki + walai {rumah} = kiwalai {ada rumah}Ki + lamin {rumah} = kilamin {ada rumah}Ki + kurita {kereta} = kikurita {ada kereta}Ki + mato {mata} = kimato {ada mata}

Imbuhan <ki> dalam kata dasar pada kata kerja:

Ki + karaja {kerja) = kikaraja {ada kerja}16. Prefix <d>,< o>, dan

<t>Dalam bahasa kadazandusun terdapat prefix hanya dengan satu huruf yang ditambah kepada mana-mana kata dasar yang akan memberi makna baharu kepada sesuatu kata dasar itu. Ianya terdiri daripada huruf d, o, k dan t.

Prefix <d>

Prefix <d> ditambah pada sesuatu kata ganti nama menunjukkan kepunyaan dan pemilikan seseorang. Contoh boleh dilihat di bawah:

d + ioho {saya} = doho {saya punya – mine}d + iogo {saya} = dogo {saya punya – mine}d + ika {awak} = dika {awak punya – your}d + ia’ {awak} = dia’ {awak punya – your}d + iau’/yau {dia} = dau {dia punya – his/hers}d + isio {dia – male} = disio {dia punya – his}d + isido {dia – female} = disido {dia punya – hers}d + iahai {kami} = dahai {kami punya – ours}d + iagai {kami} = dagai {kami punya – ours}d + iolo {mereka} = diolo {mereka punya – theirs}

21 | P a g e

Page 22: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

d + ikoyu {kamu} = dikoyu {kamu punya – yours}d + ikovo {kamu} = dikovo {kamu punya = yours}

Imbuhan <d> akan ditambah pada ganti nama diri arah untuk menunjukkan pemilikan atau kepunyaan. Contohnya:

d + iti {ini} = diti {punya ini}d + ilo {itu} = dilo {punya itu}

Prefix <o>

Imbuhan awalan<o> dalam bahasa Kadazandusun ditambah pada kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang bermakna mengukuhkan maksud perkataan. Imbuhan ini boleh diketegorikan kepada <o> dan <a>

Bila mana <o> akan ditulis jika bertemu dengan kata dasar pada kata nama, kerja dan adjektif yang mempunyai vokal <i>, <u> dan <o>. Kata dasar ini boleh berdiri dengan sendiri tanpa prefix <o>. Contohnya:

o + tomou {hijau} = otomou {hijau}o + tokod {marah} = otogod {marah}o + utill {nakal} = outiil {nakal}o + utong {bau} = outong {bau}o + unsikou {gembira} = ounsikou {gembira}o + silou {kuning} = osilou {kuning}o + lumis {cantik} = olumis {cantik}

Imbuhan <o> akan berubah kepada <a> apabila bertemu dengan kata dasar yang mengandungi vokal <a>. Contohnya:

a + lasu {panas} = alasu {panas}a + tamis {sejuk} = atamis {sejuk}a + naru {panjang} = anaru {panjang}a + pagon {mahal} = apagon {mahal}

22 | P a g e

Page 23: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

a + mahal {mahal} = amahal {mahal}a + angon {sedap} = aangon {sedap}a + wanting {segak} = awantang {segak; tampan}

Prefix <t>

Imbuhan <t> pada kata dasar menunjukkan kata dasar tersebut menjadi kata nama (noun):

t + ama {ibu} = tama {ibu}t + apa {ayah} = tapa {ayah}t + abang {abang} = tabang {abang}t + aka’ (kakak) = taka’

Biasanya kata nama yang boleh ditambah imbuhan <t> adalah boleh digabungkan dengan konsonan <y> bagi menceritakan keadaannya.

y + ama {emak} = yama {emak}y + apa {ayah} = yapa {ayah}y + abang {abang} = yabang {abang}y + aka’ {kakak} = yaka’ {kakak}

dan kata nama ini kekal dalam ejaannya apabila seseorang memanggil nama-nama di atas:

ama {ibu}apa {ayah}abang/tabangon {abang}aka’ {kakak}

23 | P a g e

Page 24: Mari Belajar Bahasa kadazandusun - Imbuhan awalan Dalam Bahasa Kadazandusun Standard.

Kajian ini tidaklah authentic di mana banyak lagi imbuhan yang tidak disenaraikan di sini contohnya <popoing>, <popoin>, <Pinsing>, dan banyak lagi. Jika saya mempunyai masa saya akan huraikan kesemuanya. Mudah-mudahan dengan paparan serba tidak lengkap ini maka para pembaca mendapat sedikit manfaat atau mendapat sedikit gambaran imbuhan awalan dalam bahasa Kadazandusun. Imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan akan dipaparkan ke ruang maya pada masa akan datang. Terima kasih atas sokongan anda. APASI BOROS APASI TINARU.

24 | P a g e