MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

12
MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

description

MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA). Pengenalan. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

Page 1: MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

MARI BELAJARPANTUN BERKAIT (BEKERJA)

Page 2: MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

Pengenalan

• Pantun berkait membawa maksud bahawa baris kedua (pembayang) dan keempat (maksud) dalam setiap rangkap akan diulang semula sebagai baris pertama (pembayang) dan ketiga (maksud) bagi rangkap yang berikutnya. Maka, hanya baris pertama dan ketiga dalam rangkap pertama, serta baris kedua dan keempat rangkap terakhir yang tidak berulang.

• Proses mengarang pantun berkait memerlukan ketelitian supaya kesinambungan pembayang dan maksud yang disampaikan tampak lancar.

Page 3: MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

RANGKAP 1

Perahu layar mudik ke pangkalan,    Sampai di pangkalan, memunggah barang; Wahai rakan, handai dan taulan,     Bangkit segera kita berjuang.

(Maksud Rangkap 1: Pemuisi menyeru sekalian kenalan, kawan dan sahabat supaya bingkas bangun melakukan sesuatu yang bermanfaat)

Page 4: MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

RANGKAP 2

Sampai di pangkalan memunggah barang,         Barang habis dibawa ke rumah;Bangkit segera kita berjuang,         Hapuskan semangat culas dan malas.

(Maksud Rangkap 2: Bagi menjayakan sesuatu pekerjaan, seseorang itu mesti menjauhi sikap sambil lewa dan malas yang menggambarkan tiada kesungguhan / tidak serius)

HAPUSKAN MALAS!

Page 5: MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

RANGKAP 3

Barang habis dibawa ke rumah,        Tiada satu tinggal di perahu;Hapuskan semangat culas dan malas,        Semua kerja mestilah tahu.

(Maksud Rangkap 3: Setelah sikap culas dan malas dijauhi, seseorang itu harus tahu melakukan segala kerja yang diamanahkan. Maksudnya, telah membuat persediaan atau belajar terlebih dahulu)

Page 6: MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

RANGKAP 4

Tiada satu tinggal di perahu, Tidaklah bimbang barangkan hilang;Semua kerja mestilah tahu, Bajak, cangkul, tebas, dan tebang.

(Maksud Rangkap 4: Segala pekerjaan yang dilakukan hendaklah sempurna dari awal hingga akhir. Pendek kata, semua kerja dapat dibereskan)

Page 7: MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

RANGKAP 5

Tidaklah bimbang barangkan hilang, Semuanya ada dalam selamat;Bajak, cangkul, tebas, dan tebang, Semuanya dikerja dengan cermat.

(Maksud Rangkap 5: Segala kerja dilakukan dengan cermat (teliti). Tiada kecuaian berlaku. Dalam bahasa pejabat, kerja dilaksanakan menepati spesifikasi / kehendak / kualiti / piawai yang ditetapkan)

Page 8: MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

RANGKAP 6

Semuanya ada dalam selamat, Boleh disimpan turun-temurun;Dapat dikerjakan dengan cermat, Kerja yang berat tidaklah gerun.

(Maksud Rangkap 6: Sikap cermat dalam pekerjaan membolehkan apa-apa jua kerja dapat dilaksanakan tanpa banyak soal. Kerja yang bersifat berat dapat ditangani dengan sikap yakin. Tiada sifat mengalah, menarik diri atau pesimis (seperti si corot yang banyak alasan dan fobia)

Page 9: MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

RANGKAP 7

Boleh disimpan turun-temurun, Itulah tanda barang yang berharga;Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya siap hati pun lega.

(Maksud Rangkap 7: Apabila yakin mampu melaksanakan segala kerja, seseorang itu akan berasa lega / lapang / puas hati / gembira / seronok setelah kerja itu sempurna)

Page 10: MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

RANGKAP 8

Itulah tanda barang yang berharga, Payah dicari susah mendapat;Semuanya siap hati pun lega, Tiadalah tinggal terbuang penat.

(Maksud Rangkap 8: Kerja yang berjaya disempurnakan bererti segala penah lelah yang dialami berbaloi, terbayar dan terubat. Kepuasan diri kerana dapat melaksanakan kerja dengan sempurna ialah ganjaran tertinggi bagi seseorang yang bekerja dengan bersungguh-sungguh, cekap, cermat dan penuh keyakinan)

Page 11: MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

TEMA

Semangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai.

Page 12: MARI BELAJAR PANTUN BERKAIT (BEKERJA)

PERSOALAN 1) Ketekunan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan. Contoh: Bajak, cangkul, tebas dan tebang, Semuanya dikerja dengan cermat. 2) Kerajinan penting dalam memastikan kesempurnaan dalam sesuatu

kerja. Contoh: Bangkit segera kita berjuang, Hapuskan semangat culas dan lemah. 3) Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil. Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya siap hati pun lega.