Mari Mencipta Dan Mendendangkan Syair

14
Bahan Sisipan Tutor Utusan Melayu Mata Pelajaran : Kesusasteraan Melayu / KOMSAS SPM/PMR Oleh : Mohd. Fauzi bin Abdullah Institut Bahasa Melayu Malaysia, Kuala Lumpur MARI BERSYAIR Pada keluaran ini, pelajar akan didedahkan dengan panduan mencipta dan mendendangkan syair. Sebelum itu, sebaiknya pelajar mengenali terlebih dahulu konsep, bentuk dan ciri puisi berkenaan bagi memudahkan proses penciptaannya.. Konsep/ Istilah Syair Sepertimana pantun, syair juga adalah karya kreatif lisan genre puisi tradisional Pada awalnya, diguna secara meluas di nusantara untuk menyebarkan ajaran tasauf / sufi Islam di samping untuk tujuan bercerita. Kerana itu, kebanyakan syair ditulis dalam bentuk teks/ naskhah. Istilah syair berasal daripada perkataan Arab shi’r (puisi/ sajak) dan sha’ir (penulis puisi/ penyajak) Dikarang dan dicipta oleh Hamzah Fansuri (penyair sufi Acheh)

description

Sayair

Transcript of Mari Mencipta Dan Mendendangkan Syair

Page 1: Mari Mencipta Dan Mendendangkan Syair

Bahan Sisipan Tutor Utusan Melayu

Mata Pelajaran : Kesusasteraan Melayu / KOMSAS SPM/PMR

Oleh :

Mohd. Fauzi bin Abdullah

Institut Bahasa Melayu Malaysia, Kuala Lumpur

MARI BERSYAIR

Pada keluaran ini, pelajar akan didedahkan dengan panduan mencipta dan

mendendangkan syair. Sebelum itu, sebaiknya pelajar mengenali terlebih dahulu

konsep, bentuk dan ciri puisi berkenaan bagi memudahkan proses penciptaannya..

Konsep/ Istilah Syair

Sepertimana pantun, syair juga adalah karya kreatif lisan genre puisi

tradisional

Pada awalnya, diguna secara meluas di nusantara untuk menyebarkan ajaran

tasauf / sufi Islam di samping untuk tujuan bercerita.

Kerana itu, kebanyakan syair ditulis dalam bentuk teks/ naskhah.

Istilah syair berasal daripada perkataan Arab shi’r (puisi/ sajak) dan sha’ir

(penulis puisi/ penyajak)

Dikarang dan dicipta oleh Hamzah Fansuri (penyair sufi Acheh)

Mula dikenali dan berkembang selepas Hamzah Fansuri meninggal pada 1630.

Dipercayai bentuk prototaip syair tertulis pada 1380; upajati di batu nisan

Minye Tujuh, Acheh.

Ciri Syair

Empat baris serangkap

Tiga hingga empat kata dasar / 8 – 12 suku kata sebaris

Skima rima hujung a,a: a,a (serima) ; tidak dipentingkan rima tengah.

Wujud hentian sebentar (pause) di pertengahan baris dan jeda (caesura) di

hujung baris – pertukaran lenggok suara dan melodi.

Page 2: Mari Mencipta Dan Mendendangkan Syair

Keseluruhan baris adalah satu kesatuan idea.

Tidak dapat berdiri sebagai satu rangkap, keseluruhan rangkap adalah

kesatuan idea.

Isinya bercorak cerita atau huraian panjang mengenai subjek.

Bahasanya padat dan puitis.

Syair adalah cerita lengkap (ada watak, urutan peristiwa, teknik dan

penyusunan plot seperti cereka/ ada subjek dan huraian tentang subjek

berkenaan secara berurutan)

Panduan Mencipta Syair

1. Tetapkan tema cerita atau subjek, misalnya mengenai :

kasih sayang

alam sekitar

ilmu dan sebagainya.

2. Aturkan urutan peristiwa atau huraian terhadap subjek berkenaan (seperti

membina plot cereka; permulaan, perkembangan, penutup). Sebaiknya buat

dalam bentuk peta minda.

3. Sebagai latihan awal, hadkan jumlah rangkap yang ingin dicipta

Contoh :

Tema : Ilmu

Jumlah rangkap : 6

- Permulaan : konsep ilmu (1 rangkap)

Ilmu umpama pohon berbuah,

Menanam ia mendapat tuah,

Tempat berteduh dikala susah,

Jika berhujan pasti tak basah.

- Perkembangan : 2 kekuatan orang berilmu (2 rangkap)

Orang berilmu sukar dicari,

Page 3: Mari Mencipta Dan Mendendangkan Syair

Sehari-hari memencil diri,

Hanya manikam kenal jauhari,

Bila bercakap merendah diri.

Ilmu membentuk budi bahasa,

Mengenal diri mengenal bangsa,

Bila berhujah tidak berdusta,

Tidak bercakap yang sia-sia.

- Perkembangan : 2 kelemahan orang tidak berilmu (2 rangkap)

Jika malas menuntut ilmu,

Jadilah kita bodoh dan dungu,

Semua perkara kita tak tahu,

Ke mana pergi mendapat malu.

Di tengah medan orang berbincang,

Kita nan hanya pandang memandang,

Tercegat kaku di tengah gelanggang,

Barulah sedar diri terbuang.

- Penutup : 2 nasihat peri pentingnya menuntut ilmu (2 rangkap)

Wahai semua rakan dan taulan,

Ikutlah sadba nabi berpesan,

Tuntutlah ilmu dari buaian,

Sehingga mati berpacak nisan.

Ingat-ingatlah saudara semua,

Tuntutlah ilmu di mana jua

Penuhkan isi di dalam dada,

Bahagia di dunia akhirat jua.

Page 4: Mari Mencipta Dan Mendendangkan Syair

4. Dahulukan isi penting atau subjek yang hendak ditekankan, diikuti isi yang

kurang penting atau huraian tentang subjek berkenaan.

5. Satu rangkap adalah satu kesatuan idea yang mewakili satu isi. Elakkan dari

memberikan lebih daripada satu isi bagi satu rangkap.

6. Jika ianya berbentuk cerita, fikirkan watak, susunan plot, teknik penceritaan

dan elemen-elemen lain seperti penciptaan cereka.

7. Atur dan pilih bahasa / frasa yang sesuai. Proses menyunting perlu dilakukan

berkali-kali agar terhasil susunan kalimat yang puitis, tepat dan berkesan.

Misalnya :

Ilmu membentuk budi bahasa,

Mengenal diri mengenal bangsa,

Bila berhujah (Petah berhujah) tidak berdusta,

Tidak bercakap yang sia-sia.

Selepas diamati, frasa ‘bila berhujah’ mungkin lebih sesuai diganti dengan

petah berhujah. Kesesuaian bahasa boleh diukur berdasarkan pertimbangan

puitis, sedap didengar, mudah disebut, berkesan dan bermakna.

8. Aturkan perkataan mengikut padanan skima rima a,a;a.a (serima). Sebaik-

baiknya skira rima seimbang. Misalnya :

Orang berilmu sukar dicari, (a)

Sehari-hari memencil diri, (a)

Hanya manikam kenal jauhari, (a)

Bila bercakap merendah diri. (a)

9. Walau bagaimanapun disebabkan kekangan bunyi perkataan, skima rima

hujung syair lebih longgar berbanding pantun (tidak seimbang), misalnya;

Di tengah medan orang berbincang,

Kita nan hanya pandang memandang,

Page 5: Mari Mencipta Dan Mendendangkan Syair

Tercegat kaku di tengah gelanggang,

Barulah sedar diri terbuang.

Bunyi suku kata hujung (skima rima) –cang, -dang, -gang- dan –ang

walaupun masih bercorak serima namun tidak berbunyi seimbang.

10. Adalah lebih bagus, sekiranya dapat diaturkan skima rima tengah a,a:a,a sama

seperti skima rima hujung. Dengan ini bunyinya menjadi lebih harmonis

kerana pengaruh hentian sebentar di tengah baris (pause) dan jeda (caesura) di

hujung baris yang mengubah lenggok suara serta melodi syair. Misalnya :

Orang berilmu (a) / sukar dicari, (a)

Payah bertemu (a) / memencil diri, (a)

Manikam tentu (a) / kenal jauhari, (a)

Bercakap selalu (a) / merendah diri. (a)

Hal ini memerlukan ketelitian dan mengambil masa yang agak panjang, di

samping penguasaan perbendaharaan kata yang banyak. Namun dengan

kesabaran dan latihan berterusan, pelajar mampu melakukannya.

11. Untuk mendapatkan lenggok bunyi dendangan syair, sebaiknya ketika menulis

kita bunyikan dendangan syair berkenaan. Dengan cara itu kita dapat menysun

dan memilih perkataan yang seimbang sukatan kepanjangannya bagi

menimbulkan keharmonisan melodi syair. Misalnya :

Wahai semua / rakan dan taulan,

Memang nabi / ada berpesan, (Ikutlah sabda nabi berpesan)

Tuntutlah ilmu / dari buaian,

Hingga mati / berpacak nisan.

Berdasarkan draf awal, baris kedua terasa agak janggal dan kurang harmonis

bila didendangkan. Oleh itu penulis menukarkan frasa berkenaan menjadi

ikutlah sabda nabi berpesan, yang kedengannya lebih harmonis dan menepati

sukatan lenggok melodi syair.

Page 6: Mari Mencipta Dan Mendendangkan Syair

Panduan Mendendangkan Syair

Syair boleh didendang menggunakan beberapa versi lagu atau melodi.

Ada teks/ naskhah tertentu sememangnya didendangkan dengan melodi lagu

yang khusus. Misalnya :

o Lagu Selendang Delima ( teks Syair Selendang Delima). Lagu syair

ini digunakan secara meluas oleh pelajar dan guru di sekolah serta

masyarakat umum untuk mendendangkan syair.

o Lagu Siti Zubaidah (teks Syair Siti Zubaidah Perang China) –

popular di Pahang dan Terengganu.

o Lagu Rakis ( teks Syair Rakis – karangan Almarhum Pangeran

Shahbandar Pangeran Mohamad Salleh – popular di Brunai dan

Sarawak)

o Lagu Narasi – popular di Johor, Melaka, Negeri Sembilan.

Pelajar dan guru boleh mendengar contoh lagu atau melodi syair berkenaan dengan

mendapatkan kaset puisi tradisional (Komsas) yang dikeluarkan oleh Bahagian

Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berpandukan melodi lagu Selendang Delima, yakni lagu syair yang sudah sedia

digunakan di sekolah oleh pelajar dan guru, berikut diberikan beberapa panduan

ringkas untuk mendendangkan syair dengan baik.

1. Suara. Semua orang boleh bersyair, namun tidak semua orang boleh bersyair

dengan baik. Suara adalah sifat semulajadi. Adalah satu kelebihan andainya

ada pelajar atau guru yang memang dianugerahi suara yang merdu dan tahap

boleh-lentur yang tinggi. Namun dengan latihan yang berterusan, semua

orang akhirnya akan mampu bersyair, sekurang-kurangnya mengikut lenggok

melodi sukatan syair.

2. Hayati tema, suasana dan mood cerita atau isi syair. Sebelum mula

mengalunkan dendangan syair kita seharusnya memahami dengan jelas mood

isi cerita syair berkenaan. Hal ini membolehkan kita melenturkan suara dan

nada bersesuaian dengan isi syair.

3. Melodi syair. Secara umumnya melodi lagu syair (walau apapun lagu yang

digunakan) adalah berentak berlahan dan mendayu-dayu. Hal ini terjadi kerana

Page 7: Mari Mencipta Dan Mendendangkan Syair

mesej syair sebenarnya menekankan aspek perasaan yang harus dinikmati

telinga secara halus melalui imaginasi akal dan rasa kalbu.

4. Patah kata dan lenggok lagu mengikut baris. Bagi mendapatkan lenggok

suara yang harmonis, kita seharusnya menghayati dan memahami setiap patah

perkataan, frasa dan ayat yang membentuk tiap rangkap syair berkenaan. Ini

untuk memudahkan kita mematahkan kata (pause) di pertengahan baris dan

melenturkan suara (caesura) di hujung baris.

5. Skima muzik/ melodi. Secara umumnya bagi mana-mana puisi tradisional

termasuk syair, muzik katanya ditandai dengan empat bentuk skima suara :

Suara mendatar

Suara meninggi

Suara merendah

Suara beralun

Gabungan skima muzik ini menerbitkan tingkah suara yang mempengaruhi alunan

kata dan muzik puisi tradisional. Di sinilah letaknya keindahan pengucapan atau

dendangan puisi berkenaan.

6. Sama seperti kita mempelajari hukum tajwid dalam pengajian al-Quran, patah

kata dan perhentian serta turun naik suara tidak boleh dilakukan sewenang-

wenangnya. Selain menjejaskan keharmonisan lagu, ia juga mungkin mengakibatkan

berlakunya kekeliruan atau kesalahan makna kata. Begitulah halnya dengan syair.

7. Pastikan kita berhenti (mematahkan kata) di tempat yang sesuai. Hal ini

ditandai di mana pematahan kata ini masih boleh membentuk kata atau frasa

yang bermakna; tidak tergantung atau tidak membawa makna. Contoh :

Orang berilmu / sukar dicari,

Sehari-hari / memencil diri,

Hanya manikam / kenal jauhari,

Bila bercakap / merendah diri.

Bagi syair di atas, tempat di mana kita berhenti (/) masih lagi berupaya mewujudkan

frasa yang bermakna. Perhentian seperti ini adalah perhentian yang sempurna kerana

Page 8: Mari Mencipta Dan Mendendangkan Syair

rangkap syair berkenaan dibangunkan secara sempurna; 4 perkataan / 8-12 sukukata

sebaris, 16 patah perkataan serangkap.

8. Masalah akan timbul bilamana syair yang dibina tidak cukup sempurna

dari segi bentuknya, terutama dari segi jumlah perkataan sebaris. Misalnya :

Tersebutlah perkataan Bidasari, (3)

Setelah malam sudahlah hari, (4)

Bangunlah ia seorang diri, (4)

Makan dan minum barang yang digemari. (6)

Rangkap syair di atas mengandungi jumlah kata yang tidak seimbang antara baris :

3,4,4,6. Oleh itu hukum perhentian selepas dua patah kata setiap baris tidak dapat

diikuti.

9. Dalam kedaan ini kita terpaksa bergantung kepada perhentian mengikut

suku kata. Juga berdasarkan ‘rasa harmonis’ bilamana perkataan berkenaan

dipatahkan mengikut tempat yang dirasakan sesuai dengan lenggok suara kita.

Misalnya.

Tersebutlah perkataan / Bidasari, (3)

Setelah malam / sudahlah hari, (4)

Bangunlah ia / seorang diri, (4)

Makan dan minum / barang yang digemari. (6)

Perhatikan tempat di mana kita berhenti (/ ). Kolum perhentian mengandungi sepatah,

dua patah dan tiga patah kata. Perhatikan juga pematahan kata yang dilakukan tidak

menyebabkan adanya frasa yang tidak bermakna.

10. Berdepan dengan binaan syair yang tidak seimbang seperti ini, kemahiran

‘merasa’ alunan kata sangat diperlukan. Bagi penyair yang peka dan mahir, ia tidak

mungkin berhenti ( / ) atau menukar nada melodi seperti ini :

Tersebutlah / perkataan Bidasari,

Setelah malam / sudahlah hari,

Bangunlah ia / seorang diri,

Makan dan minum barang / yang digemari.

Page 9: Mari Mencipta Dan Mendendangkan Syair

Menukar nada atau pause pada tempat yang tidak sesuai seperti di baris 1 atau baris 4,

walaupun frasanya masih lagi bermakna, ternyata mengganggu intonasi suara dan

menjadikan lagu/ melodinya sumbang.

11. Begitu juga berhenti atau menukar nada di pertengahan kata bukan sahaja

menyebabkan frasa tergantung/ tidak bermakna, malah lebih buruk lagi menghasilkan

rentak dan lagu yang amat sumbang kedengaran. Misalnya :

Tersebutlah per / kataan Bidasari,

Setelah malam su / dahlah hari,

Bangunlah ia se / orang diri,

Makan dan mi / num barang yang / digemari.

Cubalah pelajar dendangkan syair di atas dengan berhenti atau menukar tempo nada

pada tempat yang ditandakan (/). Apakah hasilnya? Masih harmoniskah bunyinya?

Dapatkah difahami dengan jelas isi syair berkenaan?

Oleh itu, berhentilah pada tempat yang sewajarnya.

12. Lenggok suara. Setiap perhentian yang sesuai, memerlukan kita menukar

lenggok suara sama ada mendatar, meninggi, merendah atau beralun. Berdasarkan

rangkap syair di bawah cuba pelajar latih diri mengalunkan suara :

Orang berilmu (mendatar) /

sukar dicari (meninggi & beralun)

Sehari-hari (meninggi & beralun) /

memencil diri (mendatar & merendah)

Hanya manikam (meninggi) /

kenal jauhari (mendatar & merendah)

Bila bercakap( mendatar) /

merendah diri (mendatar dan merendah)

Seseorang yang mula belajar bersyair, biasanya menghadapi masalah pitching bagi

mengalunkan frasa pertama baris kedua dan ketiga (‘ sehari-hari” ) dan (‘hanya

Page 10: Mari Mencipta Dan Mendendangkan Syair

manikam’). Hal ini disebabkan rasa takut-takut atau malu-malu untuk melepaskan

suara dari kerongkong. Ingat, bila berhadapan dengan frasa pada tempat berkenaan,

lepaskan semua suara dada dan kerongkong anda secara bersahaja. Jangan simpan di

kerongkong. Dengan ini suara akan meninggi dan beralun, meningkah suara pada

baris pertama dan keempat. Di situlah wujudnya keindahan dendangan syair.

Mintalah kawan atau guru anda dengar dan baikilah di mana yang perlu.

Selamat mencipta dan mendendangkan syair. Anda pasti boleh melakukannya.

Sekian. Wassalam.