Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
-
Upload
mohamad-syafie-bin-samsir -
Category
Documents
-
view
420 -
download
0
Transcript of Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
1.0 Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Laporan akhbar Utusan Malaysia
Tarikh : Ahad 18 April 2010
Tajuk : Kesan Kebiadaban di dunia siber
Oleh : Dr.Rahmat Ghazali
Artikel ini ( Rujuk Lampiran 1) menyentuh kepada penyalahgunaan
kemudahan Internet yang mana dilakukan oleh segelintir pengguna internet di
negara ini. Penulis menyatakan, laman web, blog dan sebarang wahana yang ada
diinternet telah digunakan untuk mencaci, mencerca dan menghasut pihak –pihak
tertentu.
Ia bukan sahaja berunsurkan peribadi malah ada yang digunakan untuk
menghina dan memfitnah kaum lain sebagai tanda tidak puas hati. Pesoalannya,
pengguna internet ini tidak menyedari walaupun mereka ada kebebasan untuk
menyuarakan pendapat dan kebebasan untuk memperoleh maklumat tetapi mereka
masih boleh dikenakan Akta Hasutan, Akta Fitnah dan Akta Keselamatan Dalam
Negara.
Penggunaan kata-kata kesat dan mencarut amat membimbangkan golongan
para pemikir. Ini kerana jika diteliti melalui kajian berkenaan carian yang ada pada
mesin gelintar seperti Google.com, bagi carian “Melayu + Babi” adalah berjumlah
703 000. Manakala “Cina + Babi” ialah sebanyak 661 000. Itu tidak termasuk unsur
pornografi, ajaran sesat, fahaman ideologi yang disalahertikan dan kumpulan forum-
forum sosial yang membincangkan isu-isu sensitif seperti fahaman agama, budaya
serta norma-norma sensitif kaum.
Krisis siber ini memberikan dorongan kepada tercetusnya masalah perkauman
seperti yang pernah termaktub dalam sejarah 13 Mei 1969. Pada ketika itu, Tunku
Abdul Rahman menyatakan peristiwa itu turut disebabkan oleh faktor media luar
yang memberi kesan kepada rakyat. Memang ada dikatakan bahawa kebebasan
media itu perlu namun ia haru ditunjangi dengan etika kewartawanan dan jika anda
seorang Islam ia harus juga bertunjangkan keimanan kepada Allah S.W.T.
1
Kemudahan dan kebebasan untuk mencari maklumat telah disalahgunakan
oleh golongan ini. Jadi tidak hairanlah, jika kita katakan yang nilai-nilai asas
masyarakat dalam diri mereka sudah lama terpadam. Jika kita lihat dari perspektif
punca berlakunya kebejatan ini, atas dasar apakah ia akan bersandar.
Jika kita merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia ada
menyatakan satu frasa yang mana ia berbunyi “melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri”. Melalui pendidikan ia dapat mebentuk
dan mencapai hasrat negara ini. Ilmu bukan sahaja berbentuk angka dan huruf-huruf
yang tertulis di atas kertas. Ia merujuk kepada nilai, nilai yang dimaksudkan ialah
nilai individu tersebut. Jika dia bijak dan berpengetahuan tinggi namun dia tidak
berakhlak, in menunjukkan yang dia tidak lagi mencapai hasrat falsafah.
Mengapa kita perlu menbentuk insan –insan sebegitu dan bagaimana cara
untuk merelisasikan hasrat falsafah ini ? . Hakikatnya, jika hasrat ini tercapai dengan
jayanya, maka tidak akan ada masalah yang melibatkan perkauman dan pelbagai
bentuk masalah lain. Tidak akan ada individu yang mencemarkan dan menggunakan
media sebagai medium menyebarkan fitnah dan hasutan.
Oleh yang demikian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah wadah
yang menjadi medium untuk membentuk generasi yang mempunyai nilai-nilai asas
dalam masyarakat. Melalui sukatan pelajaran dan penekanan terhadap penerapan
semangat cintakan negara sebagai usaha membentuk kesefahaman sesama kaum.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang
berbilang kaum. Jika semua generasi terdidik dengan kesefahaman dan kematangan
untuk hidup bermasyarakat, maka tidak hairanlah jika Malaysia akan menjadi sebuah
negara maju.
2
Utusan Online Malaysia
ARKIB : 17/01/2011
Tajuk : Mohon maaf sahaja tidak cukup!
Akhbar ini ( Rujuk Lampiran 2) melaporkan satu insiden yang berlaku di Pulau
Pinag. Ini berpunca daripada peritiwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar
Ng Wei Aik mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pekerja sebuah
restoran nasi kandar semasa operasi penyitaan premis Restoran Nasi Kandar
Mohamad Aliyar.
Ungkapan "Tutup kedai, balik India" yang dilontarkan dari mulut Wei Aik pada
hari kejadian nyata terlalu sukar untuk pemilik restoran itu lupakan. Pada
hakikatnya, bukan pemilik restoran itu yang turut terasa tersinggung, malah ramai
lagi kaum India Muslim atau lebih dikenali sebagai mamak tutut serta terasa
tersinggung.
Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman yang
mengetuai kumpulan tersebut berkata, Wei Aik sepatutnya melepaskan jawatannya
sekarang. Ia kerana, jelas beliau, tindakan wakil rakyat tersebut mengetuai operasi
penguatkuasaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu ternyata merupakan
satu kesalahan berat.
Situasi ini memaparkan bahawa orang yang mempunyai kuasa dalam
politik bertindak atas dasar perkauman dan bukan atas dasar undang-undang yang
di kenakan keatas dirinya. Jika diteliti dari perspektif untuk menegakkan undang-
undang, Wei Aik telah campur tangan dalam tugas penguatkuasaan pihak berkuasa
tempatan yang tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dia tidak
dibenarkan campur tangan dalam tugas tersebut. Dalam erti kata yang lain dia
sememangnya sedang melanggar etika tugas semasa melakukan perkara tersebut.
Apabila kita membincangkan isu pemimpin yan bertindak melanggar undang-
undang, ia menjelaskan bahawa kepincangan individu pemimpin tersebut. Sebagai
seorang pemimpin yang berkuasa, dia hendaklah melaksanakan tugasnya secara
telus dan teliti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin
3
dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu
pimpin.” Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-
orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang
mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaannya, pemimpin yang baik jarang
berkasar dengan orang-orang bawahannya.
Pada dasarnya seorang pemimpin harus bertindak sebagai seorang yang
“neutral”. Ia bermaksud, dalam kita memperkatakan mengenai politik, sebagai
pemimpin yang bertindak dan sepatutnya bersifat bebas, kita perlu berpendirian
secara ‘neutral’ dalam politik. pemimpin sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana
pihak secara total. Di samping itu pemimpin juga perlu memilih mana-mana yang
baik yang datang daripada mana-mana pihak dan menolak mana-mana idea yang
tidak baik. Pendirian pemimpin perlu teguh. Namun, definisi ‘neutral’ kita sebagai
pemimpin harus berlandaskan prinsip hormat kepada rakyat.
Jadi bagaimana untuk membentuk pemimpin yang baik? iaini pemimpin yang
menjalankan tugasnnya secara adil dan saksama. Cabaran keempat yang
terkandung di dalam Wawasan 2020 ialah “membentuk sebuah masyarakat yang
kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai
keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.”
Selain iman dan taqwa yang tinggi, integriti merupakan rencah utama dalam
mewujudkan masyarakat idealistik seperti yang terkandung dalam cabaran tersebut.
Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh yang demikian
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan amat penting bagi membentuk generasi
pemimpin yang bukan sahaja berkaliber. Tetapi mempunyai nilai etika yang tinggi
dalam dirinya.
Adakah pasti dengan adanya matapelajaran ini dapat membentuk generasi
yang sebegitu?. Ya, ia sesuatu yang bukan mustahil kerana melalui sukatan yang
dicanangkan dan disediakan ia mencakupi seluruh skop yang berkaitan dengan sivik.
Bermula dengan perihal individu tersebut hingga ke peringkat negara. Jadi usaha
kearah pembentukan insan yang mempunyai nilai keperikemanusiaan adalah salah
satu usaha murni dan sewajarnya disokong.
4
Harian Metro
Tarikh : 02 November 2009 ( Isnin ).
Tajuk : Pelajar ajuk cara “bersolat jemaah” dalam gereja
Artikel akhbar ini (Rujuk Lampiran 3) melaporkan apa yang berlaku di
Kuching,Sarawak. Ia melaporkan kejadian yang berlaku didalam sebuah gereja di
Betong, Sarawak. Sekumpulan pelajar telah merakamkan aksi “bersolat jemaah”
yang dilakukan didalam gereja.
Mereka mengajuk cara bersolat semasa azan sedang berkumandang. Aksi
mereka dirakamkan oleh rakan mereka dan dimuat naik di laman video Youtube.
Mereka malakukan aksi bersolat secara berjemaah. Ada yang mengajuk cara duduk
dan cara rukuk serta berguling-guling. Di percayai mereka dalam lingkungan umur
diantara 12 hingga 15 tahun.
Rakaman mereka diakhiri dengan salah seorang dari remaja itu mengatakan
kepada kamera dengan kata –kata “ no more musilm, muslim is ajaran sesat ”. Ini
merupakan situasi yang tidak enak dilihat dan akan menjadi isu sensitif bagi umat
islam.
Apa yang dapat dikupas dari laporan akhbar ini ialah faktor cetek
pengetahuan dan nilai sensitiviti dalam diri pelajar terbabit. Mereka menganggap
gurauan mereka itu tidak serius, namun ia sebenarnya memberikan impak yang
besar kepada umat Islam di Malaysia. Isu sensitif seperti agama dan budaya tidak
sepatutnya dimanipulasikan secara terbuka kepada masyarakat. Ini kerana, bukan
semua pihak dapat menerimanya secara positif dan terbuka. Ia bukan sahaja boleh
mencetuskan kemarahan malah boleh menyebabkan pertelingkahan dalam
masyarakat.
Meninjau kembali ketika zaman pemerintahan Rasulallah S.A.W ketika di
Madinah (622 Masihi). Penduduk Yahudi di Madinah telah deberikan kebebasan
untuk beragama walaupun dalam perlembagaan Madinah, Islam adalah agama
rasminya. Mengapa Rasulallah bertindak demikian ? Di dalam Al-Quran, Surah Al-
Khafi (18: 29) itu disebutkan: "Katakanlah, kebenaran itu dari Tuhanmu, Barang
5
siapa yang mau beriman berimanlah, dan barang siapa yang mahu kufur (ingkar atau
atheis), kufurlah, Dan sesungguhnya telah diciptakan neraka bagi orang –orang yang
kufur".
Maka, atas penyataan tersebut Rasulallah mengambil keputusan untuk
mengekalkan kaum Yahudi tinggal di Madinah, dalam suasana yang terkawal dan
saling hormat-menghormati dari segi budaya dan agama. Ini merupakan satu bentuk
diplomasi yang menjadi asas kepada perpaduan dan keharmonian sesebuah
kerajaan. Kita tidak mahu apabila tercetusnya pertelingkahan, pergolakkan yang
bakal berlaku banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
“Dalam melahirkan kehidupan yang aman dan harmoni, rakyat Malaysia perlu
menghormati perbezaan agama di negara ini” menurut Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiden Yassin (2010) dalam satu temubual akhbar. Secara tuntas,
perlunya kesefahaman dalam masyarakat lebih – lebih lagi berkaitan isu-isu yang
sensitif seperti agama, budaya dan kepercayaan agar keharmonian yang kita bina ini
terus berkekalan.
Medium yang menjadi tunjang kepada pembentukan kesefahaman ini
memerlukan pendekatan yang lebih drastik dan menyeluruh. Secara teorinya, bagi
penyemaian dan pelaksanaan nilai ini untuk setiap individu di negara ini ialah melalui
pendidikan. Apabila menngimbau kembali pelaksanaan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, ia mengambil kira segala bentuk aspek yang merangkumi
kesemua perkara-perkara yang sensitif seperti agama, budaya dan kepercayaan.
Bak kata pepatah “tak kenal, maka tak cinta”. Proses pengenalan dan pendekatan
inilah yang akan membentuk kesefahaman. Sekaligus, mewujudkan sikap toleransi
sesama masyarakat dan kaum.
6
Laporan Internet
Tajuk : Peristiwa Kampung Medan
Sumber : http://www.ehoza.com/v4/forum/info-sejarah/41512-peristiwa-kampung-medan.html
Peritiwa ini tidak dipaparkan secara meluas oleh pihak media Malaysia atas
sebab-sebab tertentu ( Rujuk Lampiran 4). Perkara yang berlaku ialah pergaduhan
kaum di Kampung Medan antara kaum Melayu dan India. Ia bermula dari 4 Mac
hingga 8 Mac 2001. Ia merupakan satu pertembungan kaum yang menjadi hangat
dalam masa yang singkat. Ada difahamkan bahawa CNN ada membuat liputan
berdasarkan kejadian ini.
Kejadian ini berlaku berpunca di Kampung Lindungan, ekoran persediaan
majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian. Majlis perkahwinan itu diadakan di
sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya mengadakan majlis
pengebumian. Kemudian, dikatakan seramai 200 orang telah menyertai pergaduhan
itu.
Jika dilihat kepada pengiraan angka korban dan kecederaan ia menunjukkan
angka yang besar. Sekiranya pergaduhan ini tidak dibendung maka akan berlakunya
pergolakkan kaum yang lebih parah. Para pemimpin MIC dan UMNO mengambil
langkah bagi memastikan kompromi antara dua kaum ini dapat dipupuk semula. Ia
bagi memastikan pergolakan kaum ini tidak menjadi barah kepada pergolakan yang
lebih beasar.
Melihat kepada situasi ini ia menggambarkan bunga-bunga berulangnya
peristiwa 13 Mei 1969. Jika pada masa itu orang Cina telah mencetuskan kemarahan
orang-orang Melayu akibat daripada penghinaan yang dikenakan keatas orang
Melayu. Sekiranya ia berulang dan dalam situasi yang lebih parah, maka akan
berlakulah pertumpahan darah dan kemalangan jiwa orang-orang yang tidak
bersalah.
Pergolakkan kaum yang berlaku sememangnya akan memberi kesan yang
buruk kepada negara. Jika kita teliti dan perhalusi, keharmonian sebuah negara akan
7
terjejas sekiranya perlaku pergolakkan. Sebagai contoh yang terdekat ini, Mesir.
Rakyat melancarkan mogok dan keadaan negara menjadi kucar-kacir.
Kesinambungan dengan itu, ekonomi negara akan merundum, sektor-sektor
kerajaan dan swasta tidak dapat berurusan. Hasil dan pendapatan negara akan
terjejas. Seterusnya akan membawa kepada pelbagai masalah yang akan
menjahanamkan negara tersebut. Logiknya, jika negara kita bergolak secara
berterusan, pelabur dan hasil ekonomi akan mendapat kesan yang nyata. Secara
kesimpulannya, negara akan mundur dan menjadi miskin.
Mengambil petikan laporan akhbar (Utusan Malaysia 14/01/2011) yang
menyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,
pihak polis tidak akan berkompromi kepada pihak yang mencetuskan isu perkauman
kerana ia akan mengeruhkan keadaan dan mengancam keharmonian kaum. Ketika
ini beliau diminta mengulas berkenaan situasi di dalam Pilihan Raya Kecil Dun
Tenang. Golongan pemimpin juga memandang serius akan perkara ini. Jelas
menunjukkan bahawa kita masih lagi menghargai kesejahteraan yang kita kecapi
pada detik ini.
Kesepakatan dan kesefahaman amat penting kerana ia adalah kunci kepada
semua elemen tersebut. Maka atas dasar itulah Kementerian Pelajaran telah
memperkenalkan semula matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
untuk dijadikan salah satu matapelajaran yang wajib diikuti oleh semua murid
sekolah dan pelajar sekolah menengah. Ini adalah salah satu usaha murni bagi
memastikan peristiwa yang sebegitu tidak berulang lagi. Di samping itu, bagi
melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan serta kesedaran untuk hidup
dalam masyarakat yang berbilang kaum secara aman dan damai.
Biarpun ia sekadar satu usaha yang hanya bertumpu pada sekolah, tetapi
percayalah, sekolah bukan sahaja sebagai tempat untuk menuntut ilmu-ilmu
akademik semata-mata, namun ia merangkumi kesemua aspek yang mementingkan
apa yang sewajarnya dilaksanakan oleh golongan pemimpin. Malah sekolah adalah
wahana untuk menyampaikan hasrat dan misi kerajaan kepada rakyat. Bukan untuk
mempolitikkan isu ini, namun ia adalah untuk kesejahteraan sejagat.
8
Utusan Online
ARKIB : 25/11/1999
Tajuk : Hapuskan Hak Melayu- Janji DAP sekiranya pembangkang memenangi
pilihan raya
Artikel laporan akhbar ( Rujuk Lampiran 5) ini melaporan bahawa Timbalan
Setiausaha Agung DAP (Democratic Action Party) Lim Guan Eng menyatakan
penyataan ini kepda 500 orang yang hadir. Beliau turut menambah, DAP menolak
sama sekali penubuhan negara Islam yang tulen.
Mereka juga turut menyatakan akan membentuk satu gagasan yang mana
memperjuangkan hak kesaksamaan kepada semua rakyat. Lim Guan Eng berkata
“'Kami masih berpegang dengan pendirian, menolak kerajaan Islam kerana gagasan
Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana
kaum, sebaliknya, semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil”
Penyataan ini saya sifatkan satu penyataan yang lantang dan berbentuk
hasutan. Jika seseorang pemimpin yang mengutarakan hujah ini jelas dia seseorang
yang boleh digelar sebagai rasis. Betapa dia telah menyatakan dengan terang lagi
bersuluh dan jika dibahaskan dia boleh dikenakan Akta Hasutan kerana
mengeluarkan penyataan berbentuk perkauman, semata-mata untuk memancing
undi dari pengundi.
Jelas didalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 3 (1) ) menyatakan Islam
ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Ini menunjukkan kesucian
agama Islam sebagai agama rasmi negara ini tidak boleh dipersoalkan. Secara
tuntasnya, Lim Guan Eng seolah-olah tidak suka akan orang Melayu dan agama
Islam.
9
Tun Dr.Mahathir ada mengulas berkenaan gagasan yang hendak diwujudkan.
Dia mengatakan, sekiranya benar-benar berlaku ia akan mewujudkan satu perkara
yang mana ia boleh menggugat keharmonian negara. Secara logik dan fakta yang
benar, bilangan orang Melayu di negara ini (Menurut Statistik Banci Penduduk 2010),
seramai 53 % dari seluruh rakyat Malaysia ialah berbangsa Melayu. Jika berlaku
rusuhan dan cubaan untuk menunjuk perasaan dari orang Melayu, maka Malaysia
tidak ubah seperti apa yang berlaku di Mesir baru-baru ini.
Teori consequentialist , menurut Strike & Soltis (1998) mementingkan kesan
daripada satu-satu keputusan tindakan yang diambil. Kesan perbuatan pemimpin
atau apa sahaja penyataan yang dikeluarkan akan memberi kesan samada dari
sudut yang positif atau sebaliknya. Jika pemimpin tersebut mengeluarkan kenyataan
yang berbaur hasutan dan bersentimenkan perkauman, maka ia akan memberi
kesan yang tidak baik.
Untuk mengelakkan tercetusnya perpecahan dan perbalahan kaum, pelbagai
strategi harus dirangka. Hakikatnya sekolah merupakan institusi yang menjadi
tempat mendidik generasi yang bakal memimpin negara. Jika pemimpin yang
dikeluarkan oleh sekolah seseorang yang menanamkan hasutan dan hinaan
terhadap kaum, maka matlamat sekolah akan tersasar. Untuk merealisasikan
bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada-
adanya, tanpa mengira kaum dan agama’ (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah
dan Khoo Boo Teik 2002).
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi
dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Atas dasar
etika pendidikan dan demi membantu negara membentuk generasi yang bakal
memimpin negara ini Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di jadikan satu subjek
yang wajib dipelajari.
Usaha ini merupakan satu usaha murni bagi memastikan pendidikan memberi
kesan kepada rakyat Malaysia, bukan sahaja secara zahiriah namun
batiniah.Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan pendidikan bermatlamat
untuk melahirkan warganegara yang mempunyai nilai jasmani,emosi, rohani dan
intelektual. Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat ini Pendidikan Sivik dan
10
Kewaranegaraan dijadikan medium untuk menjana pembentukan modal insan yang
mempunyai kualiti yang digarapkan. Maka, dengan usaha ini, pembentukan
golongan bakal pemimpin dan pendidikan yang lebih berkualiti dan bukan rasis
adalah satu matlamat yang jelas dapat dicapai.
11