MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian....

21

Transcript of MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian....

Page 1: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan
Page 2: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan
Page 3: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN

MATEMATIK KBSM

MUHAMED ADLI BIN MAT NAWI @ MUHAMMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta

Pendidikan ( Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 4: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan
Page 5: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

iii

DEDIKASI

Khas buat bonda dan ayahanda yang dikasihi...

Mat Nawi @ Muhammad B Yusof,

Khadijah BT Abdullah,

Pengorbanan dan doamu sumber kejayaanku dalam mengharungi kehidupan.

Semoga Allah memberkatimu.

Buat kakanda tersayang...

Rosnita,

Zarina,

Terima kasih di atas segala pertolongan kalian.

Tidak akan ku lupakan segala pengorbanan yang diberikan.

Buat adinda tersayang...

Nurhanani,

Azimin,

Najman,

Jadikanlah kejayaanku ini sebagai satu hadiah untuk memajukan

diri di masa hadapan.

Semoga kejayaan menantimu dan pastikan kamu memilikinya.

Buat sahabat seperjuangan yang diingati...

Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan.

Semoga kalian terus cemerlang mengharungi layar kehidupan di dunia dan

dirahmati kehidupan di akhirat.

Page 6: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-

Nya laporan penyelidikan ini dapat disempurnakan.

Sesungguhnya setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas

ditujukan khas kepada PM. Dr Mat Jizat B Abdol selaku pensyarah pembimbing, di

atas segala teguran, ajaran ,bimbingan, bantuan dan nasihat dengan rasa penuh

tanggungjawab dan semangat pendidikan yang tinggi di sepanjang menyempurnakan

penyelidikan ini sehingga ia mampu menjadi kenyataan.

Rakaman jutaan terima kasih ini tidak lupa ditujukan kepada sesiapa sahaja yang

terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Segala bantuan dan kerjasama yang kalian hulurkan, semoga Allah (SWT) sahaja yang

dapat membalasnya. Semua ini diabadikan dalam ingatan.

Page 7: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah kelemahan pelajar

dalam pembelajaran matematik KBSM di kalangan pelajar di tiga buah sekolah

menengah di Zon Gelang Patah, Johor. Terdapat tiga masalah yang dikaji iaitu masalah

minat, masalah sikap dan masalah persekitaran pembelajaran pelajar. Seramai 140 orang

pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang

digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α =

0.921. Hasil daripada kajian menunjukkan 45% pelajar tidak mempunyai minat terhadap

matematik. Hal ini berpunca daripada sikap pelajar yang tidak suka membuat latihan

(64.3%), tidak suka membuat rujukan tambahan (49.3%), tidak suka berbincang dengan

rakan-rakan (31.4%) dan tidak suka merujuk kepada guru (26.4%). Di samping itu

kajian juga menunjukkan terdapat empat persekitaran yang mengganggu pembelajaran

pelajar iaitu persekitaran rakan (60.7%), kelengkapan asas yang tidak mencukupi (60%),

hubungan pelajar dengan keluarga (35.7%) dan persekitaran bilik darjah (9.3%).

Page 8: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify student’s problem in learning

mathematics among students in three secondary schools in Gelang Patah Zone, Johor.

Three types of problems identified were the interest, attitude and surrounding

environment of the learning process. There were 140 form four students was chosen as

sample in this study. The value of reliability for the instrument is α = 0.921. The finding

shows that there were 45% of the samples were not interested in mathematics. The

research also discovered that they do not like doing exercises (64.3%), do not like doing

extra references (49.3%), do not like discussing with their friends (31.4%) and do not

like referring to the teacher (26.4%). Besides, this study also shows that there are four

environments which interrupt the learning processes such as friend’s influence (60.7%),

the lack of facilities (60%), the relationship between students and their family (35.7%)

and the classroom environmental (9.3%).

Page 9: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Halaman Pengesahan Penyelia

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Jadual Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Singkatan xiii

Senarai Lampiran xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 6

Page 10: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

viii

1.8 Definisi, Istilah dan Konsep 7

1.8.1 Pencapaian 7

1.8.2 Mata Pelajaran Matematik 8

1.8.3 Minat 8

1.8.4 Sikap 8

1.8.5 Persekitaran 9

1.9 Penutup 9

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Masalah Minat 10

2.3 Masalah Sikap 14

2.4 Masalah Persekitaran 19

2.5 Kesimpulan 21

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 22

3.1 Pengenalan 22

3.2 Reka Bentuk Kajian 22

3.3 Prosedur Kajian 23

3.4 Tempat Kajian 23

3.5 Populasi dan Persampelan Kajian 24

3.6 Instrumen Kajian 25

3.7 Penganalisisan Data 26

3.8 Kajian Rintis 28

3.9 Penutup 29

BAB 4 DAPATAN KAJIAN 30

Page 11: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

ix

4.1 Pengenalan 30

4.2 Analisis Bahagian A (Latar Belakang Responden) 31

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Etnik 31

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Bapa @ Penjaga 32

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Ibu @ Penjaga 33

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Jumlah

Pendapatan Ibu Bapa @ Penjaga 34

4.2.5 Taburan Keputusan MatematikResponden

Semasa PMR 35

4.3 Analisis Bahagian B (Persoalan Kajian 1) 36

4.4 Analisis Bahagian C (Persoalan Kajian 2) 40

4.5 Analisis Bahagian D (Persoalan Kajian 3) 44

4.6 Rumusan Dapatan Kajian 49

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 51

5.1 Pengenalan 51

5.2 Rumusan Kajian 51

5.3 Perbincangan 55

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 56

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 58

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 60

5.4 Rumusan Dapatan 62

5.5 Cadangan 62

5.5.1 Pelajar 62

5.5.2 Ibu Bapa 63

5.5.3 Guru 63

Page 12: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

x

5.5.4 Pihak Sekolah 64

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.7 Penutup 65

RUJUKAN 66

LAMPIRAN 75

Page 13: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

xi

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat

3.1 Bilangan Populasi dan Sampel

Mengikut Sekolah 24

3.2 Senarai Item Soalan Soal Selidik

Mengikut Bahagian. 25

3.3 Skor Skala Likert 5 mata 26

3.4 Pemeringkatan Skala Likert 27

3.5 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 28

3.6 Nilai Alpha Crombach Mengikut

Bahagian Bagi 10 Responden 29

4.1 Taburan Responden Mengikut Etnik 31

4.2 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Bapa @ Penjaga 32

4.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Ibu @ penjaga 33

4.4 Taburan Responden Mengikut Jumlah

Pendapatan Ibu Bapa @ penjaga 34

4.5 Taburan Keputusan Matematik Semasa

PMR 35

4.6 Taburan Minat Responden Terhadap

Matematik 36

4.7 Taburan Responden Yang Tidak Berminat

Terhadap Matematik Mengikut Etnik 37

Page 14: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

xii

No. Jadual Tajuk Muka Surat

4.8 Taburan Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga

Responden Yang Tidak Berminat Terhadap

Matematik 38

4.9 Taburan Pencapaian Matematik

Responden Yang Tidak Berminat

Terhadap Matematik Semasa PMR 39

4.10 Taburan Responden Terhadap Masalah

Sikap Dalam Membuat Latihan

Matematik 40

4.11 Taburan Masalah Sikap Responden

Terhadap Merujuk Kepada Guru

Apabila Mempunyai Masalah

Dalam Matematik 41

4.12 Taburan Masalah Sikap Responden

Terhadap Membuat Rujukan

Tambahan Tentang Matematik 42

4.13 Taburan Responden Terhadap Masalah

Sikap Berbincang Dengan Rakan-Rakan

Untuk Menyelesaikan Masalah Matematik 43

4.14 Taburan Responden Terhadap Masalah

Persekitaran Bagi Keadaan Bilik Darjah 44

4.15 Taburan Responden Terhadap Masalah

Persekitaran Bagi Kelengkapan Asas

Pembelajaran 45

4.16 Taburan Responden Terhadap Masalah

Persekitaran Bagi Hubungan Keluarga 47

4.17 Taburan Responden Terhadap Masalah

Persekitaran Rakan-Rakan 48

Page 15: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

PMR - Penilaian Menengah Rendah

RM - Ringgit Malaysia

Page 16: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Set Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Bahagian

Perancang Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

C Surat Pengenalan Diri Daripada Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

D Data Kajian

Page 17: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penguasaan dan penggunaan matematik amat penting dalam kehidupan

manusia secara langsung atau tidak langsung. Hal ini dapat dilihat daripada

kemajuan dalam bidang sains dan teknologi yang dicapai oleh negara-negara maju

seperti Amerika Syarikat, Jepun, Britain, Jerman dan lain-lain. Berdasarkan hakikat

tersebut, matematik telah diberi penekanan di semua peringkat sama ada di peringkat

sekolah rendah, menengah dan seterusnya peringkat universiti.

Matematik boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Seseorang itu boleh

mentakrifkan matematik sebagai permaisuri bagi sains (queen of sciences)

(Bell,1978) atau sebagai suatu bentuk bahasa, mempunyai suatu struktur mantik yang

tertentu sebagai suatu bidang ilmu untuk memahami nombor dan ruang, sebagai

suatu siri kaedah untuk mendapat rumusan tertentu atau sebagai satu aktiviti intelek

yang memberangsangkan (Kline,1962). Perbezaan konsepsi mengenai matematik

boleh juga dilihat pada dua ekstrem. Pada satu ekstrem seperti pandangan golongan

“formalist” (Lakatos, 1976), matematik dianggap sebagai mengandungi pernyataan-

pernyataan dalam satu sistem aksiom yang tertakluk kepada peraturan-peraturan

tertentu (Dossey, 1991). Pandangan sedemikian lebih menekankan kepada peraturan

formal dari makna matematik itu sendiri (Ernest, 1985). Pada satu ekstrem yang lain

pula, matematik boleh dilihat sebagai mengandungi aktiviti menyelidik serta meneliti

Page 18: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

2

idea-idea baru, mencipta struktur baru matematik dan mencabar kreativiti, daya

imaginasi dan intuisi ahli matematik (Johnson dan Rising, 1976)

Pembelajaran matematik merupakan proses penggunaan kognitif ke arah

penanggapan, pembinaan konsep, penaakulan, penilaian serta penyelesaian masalah.

Menurut Abdul Latif (1983), bahawa kebolehan penaakulan secara operasi formal

seseorang individu biasanya dapat dikaitkan dengan kebolehan dalam menyelesaikan

masalah matematik dan sains dan seterusnya mempengaruhi pencapaian individu

dalam mata pelajaran tersebut.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar

dalam memahami dan memerihalkan fenomena matematik dalam situasi yang

sebenar dan dalam menggunakan kemahiran matematik untuk menyelesaikan

masalah dalam bidang sains, kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain lagi. Dari aspek

matematik konsepsi pendidikan matematik pula bertujuan meningkatkan kebolehan

pelajar dalam memahami struktur, saling hubungan, prinsip, ruang dan konsep

matematik. Tumpuan pembelajaran matematik adalah kepada pemahaman dan

konsepsi bukan kepada penggunaan semata-mata.

Dalam konteks pendidikan hari ini, pendidikan matematik ternyata amat

diperlukan dalam semua proses pembelajaran. Di peringkat sekolah menengah

pengetahuan asas matematik diperlukan bagi kebanyakan mata pelajaran. Dalam

buku “Mathematics Across the Curriculum” John Ling (1977) telah mengenal pasti

bidang yang menggunakan matematik di antaranya ialah Geografi, Ekonomi, Kajian

Sosial, mata pelajaran Teknik, Seni bina, mata pelajaran Rumah Tangga, Pendidikan

Jasmani dan Seni Lukis. Matematik juga menjadi teras sepunya kepada semua mata

pelajaran sains. Ramai ahli ilmu matematik yang mengatakan “Mathematic is a tool

of Science and Technology” dan lain-lain kenyataan yang menunjukkan matematik

telah digunakan untuk menerangkan berbagai ilmu lain.

Page 19: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

3

Pengajaran matematik di sekolah menengah kerap kali tidak dapat dijalankan

seperti yang dirancangkan kerana pelajar-pelajar masih belum dapat menguasai

kemahiran asas matematik yang seharusnya telah dikuasai di peringkat sekolah

rendah lagi. Menurut Laporan ‘Taraf Pencapaian Murid-murid Sekolah Rendah di

Malaysia’ (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, 1980), secara

puratanya hanya 39.8% murid-murid di sekolah rendah mencapai taraf pencapaian

mengira. Memandangkan pengajaran matematik adalah tata tingkat, ini menyulitkan

guru-guru untuk meneruskan pelajaran baru. Masalah ini akan berlanjutan ke

tingkatan menengah atas. Hasil daripada kajiannya, Wong Khoon Yong (1987)

mendapati bahawa pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 adalah lemah dalam kemahiran

asas dan ini mungkin menjadi satu sebab mengapa mereka tidak berjaya dalam mata

pelajaran matematik.

Howard dan Smith (1980) dalam kerja diagnosis dan pemulihan mereka di

Playmouth Polytechnic, England telah memberikan fokus kepada beberapa perkara

sebagai landasan untuk mengkaji masalah kesilapan-kesilapan matematik yang

dilakukan oleh para pelajar.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Rafie Mahat (2003) berkata,

pengajaran serta pembelajaran Sains dan Matematik di negara ini memerlukan

kaedah yang sesuai supaya tidak menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar.

Oleh hal yang demikian, masalah-masalah kelemahan pelajar dalam

pembelajaran Matematik KBSM perlu dikenal pasti dan dibuat kajian secara

terperinci seterusnya usaha-usaha untuk mengatasi masalah tersebut perlu dilakukan

oleh semua pihak khususnya pihak yang bertanggungjawab dalam sistem pendidikan

seperti Kementerian Pendidikan dan agensi-agensinya bagi mempertingkatkan lagi

pencapaian pelajar.

Page 20: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

4

1.3 Pernyataan Masalah

Matematik merupakan kunci kepada kepimpinan dalam masyarakat

berteknologi. Kegagalan dalam menguasai matematik boleh menjejaskan hasrat

untuk menjadi masyarakat yang menyumbang terhadap pembentukan peradaban

sains dan teknologi. Pendidikan berasaskan sains dan matematik ini juga dilihat

sebagai faktor yang kritikal dalam menjadikan negara kita sebagai sebuah negara

perindustrian sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 (Ahmad Faiz,

1992).

Untuk mengatasi kegagalan pelajar dalam menguasai matematik, pelbagai

usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Antara usaha jangka

panjang yang telah dilakukan ialah projek ‘Gerak Gempur Matematik’ yang mana

telah pun dilaksanakan sejak tahun 1995 di seluruh negara. Walau bagaimanapun

masih terdapat lagi pelajar yang lemah dalam matematik seperti mana yang telah

dinyatakan dalam kajian Mohd Mawarzi (1992) yang mendapati bahawa kebanyakan

pelajar mendapat pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran matematik sama ada

semasa ujian atau peperiksaan peringkat sekolah.

Menurut beberapa pengkaji seperti Fitt (1957), Peskin (1964), Aiken (1970),

Morris (1981), Cheung (1988) dan Joan Schrader (1990) telah menyatakan bahawa

kelemahan pelajar dalam matematik adalah berpunca daripada sikap pelajar itu

sendiri terhadap matematik. Di samping itu juga, terdapat beberapa pengkaji lain

yang mengatakan bahawa kelemahan pelajar dalam matematik sebenarnya adalah

berpunca daripada minat pelajar terhadap matematik. Ini telah dinyatakan di dalam

kajian Crow dan Crow (1980), Boh dan Chua (1982).

Menurut Atan Long (1969) dan Keane (1980) di dalam kajian mereka pula

menyatakan bahawa kelemahan pelajar dalam matematik adalah berpunca daripada

masalah persekitaran pelajar. Persekitaran pelajar semasa proses pembelajaran yang

tidak sesuai akan mengurangkan minat mereka untuk belajar.

Page 21: MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM ...pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

5

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik

di luar negara seperti yang telah dinyatakan di atas maka ini mendorong penyelidik

untuk membuat kajian di tiga buah sekolah di Zon Gelang Patah, Johor bagi

mengkaji adakah pelajar-pelajar lemah dalam matematik berpunca daripada masalah

sikap, minat dan persekitaran semasa proses pembelajaran ataupun terdapat punca

lain yang menyebabkan mereka lemah dalam matematik.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui masalah-masalah kelemahan

pelajar dalam pembelajaran Matematik KBSM yang mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Objektif kajian tersebut adalah seperti di

bawah:

i. Mengenal pasti minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik.

ii. Mengenal pasti masalah sikap pelajar dalam pembelajaran Matematik.

iii. Mengenal pasti masalah persekitaran pelajar dalam pembelajaran

matematik.

1.5 Persoalan Kajian

Terdapat tiga perkara yang menjadi persoalan di dalam kajian ini, iaitu:

i. Adakah pelajar sekolah menengah di Zon Gelang Patah, Johor minat

terhadap Matematik?

ii. Apakah masalah sikap yang boleh melemahkan pembelajaran Matematik

pelajar?

iii. Apakah masalah persekitaran yang boleh melemahkan pembelajaran

Matematik pelajar?