MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian...

29
MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA PELAJAR MENJALANI LATIHAN INDUSTRI MOHD AZWAN BIN MD. YASIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian...

Page 1: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA PELAJAR

MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

MOHD AZWAN BIN MD. YASIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

PSZ 19:16 (Pind.l/97)UNIYERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JUDUL:

BORANG PENGASAHAN STATUS TESIS'

MASALAH KERJA.KERJA Pf, NDAWAIAN ELEKTRIKKETIKA PELAJAR MENJALAIYI LATIHAN INDUSTRI

TERHAD

EN AMIRMUDIN BIN UDINNama Penyelia

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya MOHD AZWAN BIN MD. YASIM

mengaku membenarkan tesis (PSIW@* ini disimpan di perpustakaan

universiti reknologi Malaysia dengan syarat-slarat kegunaan seperti berikut:

l. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3' Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini seb4gai bahan pertukaran antan

institusi pengajian tinggi.4. **Silatandakan( / )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSTA RASMr 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDAT AN PENULIS)ft'ffiu

(TAND.{TANGhN PE}IyELrA)

Alamat Tetap:

Lot 1193,Kampung Permatang Rambai,16800, Pasir Putehn Kelantan.

Tarikh: ll MfI :-ott Tarilfi: lt l\46I L6ll

tlrltr

** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat driinda pihak berkuasa/organisasiq{rgaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis iniperlu dikelastan sef,agaiSULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksEdkan sebagai tesis bagi lazah Doktor Falsafah dan Sajana secara pelryelidikanatau dis€rtasi bagi pengejian secara ke{a kurzus dan penyelidikan atau Laporan i}ojek SajanaMuda (PSIO

Page 3: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

PE:IYGESAEAI{ PENYELIA

*Safra *rri bqbnia saya tcl$ meenh lwya iai dm @ ptfusan saya, hrya

ini dal& rMi ei segi skopdaa hnliti untuk tt$uan penpnugprahan

Ijaze Sarjam Mtda Teblogi Serta Pendidikm (Kemahiran Hi&ry)"

r*dwrysn . t

't t4

tlmPa'€lis : EN.AIb{RMUDINBIN.LJDIN

Tarikh : ll lAeI zoll

Page 4: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA PELAJAR

MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

MOHD AZWAN BIN MD. YASIM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

PENGAKUAT{

"Saya akui bahawa karya.ini adalah hasil kerja saya sendiri kesuali nukilan

dan rirykasan yang tiap-tiap safunyatelah sayajelaskan zumbernya"

Tandatangan

NarnaPenulis

Tarikh

: MOHD AZIVA}{BINMD YASM

: ll MeI Un

Page 6: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

iii

DEDIKASI

IBU

MEK SOM BINTI SENIK

(walaupun namamu begitu klasik, engkaulah ibu yang paling hebat di seantero dunia)

AYAH

MD. YASIM BIN MAT YAMAN

(didikan dan asuhanmu, berjaya juga anakmu ini ke universiti rupa-rupanya)

BAPA SAUDARA

SHAHAILA BIN SENIK

(segala ilmu yang berkaitan dengan pendawaian elektrik adalah daripadanya)

KAWAN

(kepada kawan yang pernah aku kenali sepanjang hidupku, terima kasih)

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri

wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai

pengetahuan jika kamu tidak mengetahui (Surah An-Nahl, ayat 43).

Page 7: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, pertama kalinya syukur kepada Allah swt. kerana memberiku

akal fikiran, kekuatan, ilmu, dan izinya dapatlah juga menyempurnakan kajian ini

sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Ucapan terima kasih kepada En. Amirmudin bin Udin selaku Penyelia Projek

Sarjana Muda yang memberikan tunjuk ajar, teguran dan nasihat. Segala ilmu

terutamanya berkaitan dengan AMOS yang pada awalnya memberikan tekanan dan

sememangnya sukar untuk dipelajari dapat juga dihasilkan. Berkat usaha dan

bimbingannya, dapat dinyatakan bahawa penyelidik adalah di antara kelahiran Ijazah

Sarjana Muda dan terawal mempelajari perisian ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Institut Latihan Perindustrian Pengkalan

Chepa, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas dan Politeknik Kota Bharu kerana

banyak membantu penyelidik menjayakan kajian ini dengan sempurna. Terima kasih

juga kepada responden daripada institusi pengajian tinggi tersebut kerana telah

menjawab soal selidik yang diagihkan. Kepada bapa saudara Pok Su Ila, jasanya

mendidik penyelidik terutamanya berkaitan dengan pendawaian elektrik ini tidak akan

dilupakan. Kepada rakan-rakan terutamanya Iz, Man, Lan, Li, Kak Yan dan Herman

yang terlibat secara tidak langsung bagi menghasilkan kajian ini diharapkan kita sama-

sama berjaya kelak.

Page 8: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar

ketika menjalani latihan industri dalam bidang pendawaian elektrik. Ia melibatkan

seramai 206 orang pelajar daripada tiga buah institusi pengajian tinggi di negeri

Kelantan. Dua perisian yang digunakan bagi menganalisis data ialah SPSS versi 16

yang digunakan untuk statistik demografi manakala perisian AMOS versi 18 digunakan

untuk analisis pengesahan faktor (confirmatory factor analysis). Analisis pengesahan

faktor ini melibatkan empat pemboleh ubah pendam (latent variable) yang

keseluruhannya mengandungi 41 pemboleh ubah cerapan (observed variable) dan

didapati bahawa hanya 11 pemboleh ubah cerapan yang berjaya disahkan. Analisis

untuk mengenalpasti kekuatan dan skor untuk 11 pemboleh ubah yang terlibat adalah

berpandukan pada faktor loading dan nilai min bagi setiap item yang ditunjukkan pada

model CFA. Hasil analisis mendapati bahawa pemboleh ubah pendam utama yang

menyumbang kepada masalah ketika pelajar menjalankan kerja pendawaian elektrik

didahului oleh masalah pengurusan keselamatan dan kesihatan, rekabentuk alat bantuan

kerja, persekitaran kerja dan faktor manusia. Secara spesifiknya, pemboleh ubah

pendam pengurusan keselamatan dan kesihatan terutamanya disiplin pemakaian

peralatan keselamatan dan penyelenggaraan alat bantuan kerja oleh organisasi berada

pada tahap sederhana. Pemboleh ubah pendam kedua iaitu rekabentuk alat bantuan kerja

berpunca daripada berat dan teknologi iaitu pada tahap masalah yang sederhana. Faktor

persekitaran kerja berpunca daripada kebersihan; pengudaraan; dan ruang kerja pada

tahap yang sederhana. Faktor manusia yang diwakili oleh pengetahuan yang jelas

mengenai penggunaan alat bantuan kerja; amalan postur yang betul; dan prihatin

terhadap bahaya keselamatan adalah pada tahap masalah yang boleh diterima.

Keseluruhan masalah yang dikaitkan ini adalah penting dan perlu diberi perhatian

daripada pihak-pihak yang berkaitan.

Page 9: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

vi

ABSTRACT

This study is to identify the problems faced by students during their industrial

training in the electrical wiring which involved 206 students from three higher

education institutions in Kelantan. Two software have been used to analyze the data

which are SPSS version 16.0 for demography statistics and AMOS version 18.0 for

confirmatory factor analysis (CFA). The analysis of CFA involves four latent variables,

which contains 41 observed variables and found only 11 causes of problems are

successfully confirmed to analyze. The analysis to identify the strengths and the 11

causes of problems score were based on the loading factors and the mean value shown

by the CFA model. The results revealed that the factors contributing to problems during

carrying out electrical wiring preceded by a loading factor of safety and health

management, designed working tool, working environment and human factors.

Specifically, factor of safety and health management especially discipline of using

safety equipment and organization’s working tool maintenance is problems at a

moderate level. The second factor is the design of aid was attributed a heavy work and

work tool technology at moderate level problems. Working environment factors were

attributed by cleanliness; ventilation; and the working space is at a moderate level.

Human factor representing excellent knowledge in job; proper body posture; and

concern about safety hazards is at an acceptable level of the problem. These issues are

critical and should be given more attention by parties concerned.

Page 10: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Pernyataan masalah 7

1.3 Objektif Kajian 8

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Kepentingan Kajian 9

1.6 Skop 11

Page 11: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Ergonomik 12

1.8.2 Bahaya Keselamatan 12

1.8.3 Bahaya Kesihatan 13

1.8.4 Keselamatan Industri 13

1.8.5 Kontraktor Pendawaian 13

1.8.6 Sistem Pendawaian 14

1.8.6.1 Sistem Pendawaian Permukaan 14

1.8.6.2 Sistem Pendawian Konduit 14

1.8.6.3 Sistem Pendawaian Sesalur 15

1.8.6.4 Sistem Pendawaian Tersembunyi 15

1.8.7 Latihan Industri 16

1.8.8 Alat dan Mesin 16

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 17

2.1 Persekitaran Kerja 18

2.2 Rekabentuk Alat Bantuan Kerja 19

2.3 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan 20

2.4 Faktor Manusia 21

2.5 Teori-Teori Penyebab Kemalangan 22

2.5.1 Teori Domino 22

2.5.2 Teori Epidemiologikal 23

2.5.3 Teori Sistem 23

2.6 Model Tingkahlaku Penyebab 23

2.6.1 Pembelajaran 24

2.6.2 Personaliti 24

Page 12: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

2.7 Prinsip-Prinsip Ergonomik 25

2.7.1 Postur Tubuh Semasa Bekerja yang

Normal/Neutral 25

2.7.2 Menggunakan Daya atau Tenaga

Semasa Kerja 25

2.7.3 Benda kerja Berada Pada Lingkungan

yang Mudah Untuk Dicapai 25

2.7.4 Ketinggian Kerja yang Dijalankan

Adalah Pada Tahap yang Sesuai 26

2.7.5 Mengawal Daripada membuat

Pergerakan yang Berlebihan 26

2.7.6 Mengurangkan Beban Statik dan

Kepenatan semasa Bekerja 26

2.7.7 Titik Tekanan Dikurangkan

Semasa Bekerja 27

2.7.8 Persekitaran Kerja yang Kemas,

Teratur dan Selesa Semasa Menjalankan

Kerja Dapat Dikekalkan 27

2.7.9 Organisasi Kerja Sentiasa Membuat

Penambahbaikan 27

2.7.10 Mengawal Halangan Kerja 27

2.7.11 Paparan dan kawalan Tempat Kerja

Direkabentuk dengan Baik dan

Mudah Difahami 28

2.7.12 Mulakan Tugas dengan Membuat

Senaman Ringan, Pergerakan dan

Regangan. 28

2.8 Kajian Lepas 28

Page 13: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 31

3.1 Rekabentuk Kajian 31

3.2 Populasi Kajian 32

3.3 Sampel dan Kaedah Persampelan 32

3.4 Instrumen Kajian 33

3.5 Kebolehpercayaan Instrumen 36

3.6 Kerangka Operasi 37

3.7 Prosedur Kajian 38

3.7.1 Peringkat Permulaan 38

3.7.2 Peringkat Pengumpulan Data 38

3.8 Kaedah Menganalsis Data 39

3.8.1 Prosedur Kerja Analisis Data 40

3.9 Kesimpulan 43

BAB IV DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan 44

4.1 Analisis Demografi 44

4.1.1 Jantina 45

4.1.2 Bangsa 45

4.1.3 Jenis Syarikat Latihan Industri yang

Terlibat 46

4.1.4 Negeri Latihan Industri 46

4.1.5 Jenis KerjaPendawaian yang Dilakukan 47

4.1.6 Lokasi Kerja Pendawaian yang Dijalankan 48

4.2 Analisis Persoalan Kajian 48

4.2.1 Analisis Pengesahan Faktor (CFA) 49

Page 14: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

4.2.1.1 Analisis CFA untuk Model

Pengukuran Aras Pertama 49

4.2.1.2 Analisis CFA untuk Model

Pengukuran Aras Kedua 52

4.2.2 Persoalan Kajian 2, 3, 4, dan 5: Apakah

Masalah Persekitaran Kerja, Rekabentuk

Alat Bantuan Kerja, Pengurusan

Keselamatan dan Kesihatan, dan Faktor

Manusia dalam Kerja Pendawaian Elektrik

Terhadap Pelajar Ketika Menjalani

Latihan Industri? 56

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 59

5.1 Perbincangan Hasil Kajian 59

5.1.1 Perbincangan Demografi Responden 60

5.1.2 Perbincangan Hasil Kajian Mengenai

Instrumen Yang Digunakan untuk

Mengukur Konstruk Berdasarkan

Faktor Analisis Kesahan (CFA). 61

5.1.3 Perbincangan Hasil Kajian Untuk

Mengenalpasti Masalah Persekitaran

Kerja yang Terlibat Semasa

Menjalankan Kerja Pendawaian

Elektrik. 63

5.1.4 Perbincangan Hasil Kajian untuk

Mengenalpasti Masalah Rekabentuk

Alat Bantuan Kerja Yang Terlibat

Page 15: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

Semasa menjalankan Kerja Pendawaian

Elektrik. 66

5.1.5 Perbincangan Hasil Kajian Untuk

Mengenalpasti Masalah Pengurusan

Keselamatan dan Kesihatan Yang

Terlibat Semasa Menjalankan Kerja

Pendawaian Elektrik. 68

5.1.6 Perbincangan Hasil Kajian Untuk

Mengenalpasti Masalah Faktor

Manusia Yang Terlibat Semasa

Menjalankan Kerja Pendawaian Elektrik. 69

5.2 Rumusan 70

5.3 Cadangan 72

5.3.1 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan 72

5.3.2 Rekabentuk Alat Bantuan Kerja 74

5.3.4 Persekitaran Kerja 76

5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 77

5.5 Penutup 78

BIBLIOGRAFI 80 LAMPIRAN 86

Page 16: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.0 Punca Kemalangan Elektrik yang

Dilaporkan Suruhanjaya Tenaga 2000-2006 2

3.1 Jenis Institusi Pengajian Tinggi dan Bilangan

Responden yang Menjalani Latihan Industri yang

Melibatkan Pendawaian Elektrik. 33

3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan kajian 34

3.3 Skala Likert Beserta dengan markah Skor 35

3.4 Likert Like Scale Beserta dengan markah Skor

(reverse coded) 35

3.5 Nilai Kebolehpercayaan 36

3.6 Skor dan Min 42

4.1 Analisis Jantina Responden 45

4.2 Analisis Bangsa Responden 45

4.3 Analisis Jenis Syarikat Latihan Industri yang

Pelajar Jalani 46

4.4 Analisis Taburan Negeri Latihan Industri yang

Pelajar Jalani 46

4.5 Analisis Mengikut Jenis Kerja Pendawaian

yang Dilakukan 47

4.6 Analisis Lokasi Kerja Pendawaian

yang Dijalankan 48

4.7 Indeks Goodness of Fit Bagi Analisis Model

Aras Pertama Terhadap Setiap Pemboleh

Page 17: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

Ubah Pendam 51

4.8 Analisis Akhir Model Pengukuran Aras Kedua 54

4.9 Faktor Loading Serta Skor Antara Pemboleh

Ubah 56

4.10 Nilai Min Bagi Pemboleh Ubah Cerapan dan

Tahap Kecenderungan. 57

Page 18: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

xv

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK MUKA SURAT 3.1 Kerangka Operasi Kajian

4.1 Model Keseluruhan Pemboleh Ubah Lokalisasi,

Pemboleh Ubah Pendam dan Pemboleh Ubah

Cerapan Sebelum Dianalisis. 49

4.2 Analisis Pengesahan Faktor Setiap Pemboleh

Ubah Pada Model Awal Pengukuran Aras Kedua. 53

4.3 Model Akhir Pengukuran Aras Kedua

Yang Memaparkan Faktor Loading. 55

4.4 Model Akhir pengukuran Aras Kedua

YangMemaparkan Nilai Min 55

Page 19: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

xvi

SENARAI SINGKATAN

SPSS - Statistical package for the Social Sciences

AMOS - Analisis of Momen Structure

GOF - Goodness Of Fit

ILP - Institut Latihan Perindustrian

KKTM - Kolej Kemahiran Tinggi Mara

RMSEA Root Mean-Square Error Of

Approximation

NFI - Normed Fit Index

CR - Critical Ratio

CFA - Confirmatory Factor Analysis

EFA - Exploratory Factor Analysis

Page 20: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Instrumen Kajian 87

B1 Model Awal Persekitaran Kerja 94

B2 Model Akhir Persekitaran Kerja 94

B3 Model Awal Rekabentuk Alat Bantuan Kerja 95

B4 Model Akhir Rekabentuk Alat Bantuan Kerja 95

B5 Model Awal Pengurusan Keselamatan dan

Kesihatan 96

B6 Model Akhir Pengurusan Keselamatan dan

Kesihatan 96

B7 Model Awal Faktor Manusia 97

B8 Model Akhir Faktor Manusia 97

C Surat Permohonan MenjalankanKajian 99

D Peta Minda 106

Page 21: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan Di era inovasi memacu ekonomi sesebuah Negara, dunia kini berlumba-lumba

untuk menghasilkan penemuan-penemuan baru melalui penyelidikan dan pembangunan

bagi menyelesaikan sesuatu masalah demi meningkatkan keselesaan manusia. Pelbagai

rekabentuk, kaedah dan teori baru dihasilkan bagi menyelesaikan masalah tersebut dan

sebagai panduan kepada manusia lain. Hasil daripada penemuan ini, ia dapat memberi

kesan kepada pelbagai bidang seperti sosial, agama, sains dan teknologi yang antaranya

merangkumi sektor pembinaan bangunan semestinya penting kepada sesebuah Negara.

Pelbagai penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan memberi kesan yang

positif terhadap sistem pendidikan terutamanya bidang teknik dan vokasional. Pelbagai

jurusan dalam bidang teknik dan vokasional ini telah diketengahkan bagi melahirkan

individu yang berkemahiran dalam sektor pembinaan tersebut. Kerajaan juga telah

menyediakan pelbagai pusat pengajian kemahiran seperti Giat Mara, Institut Latihan

Perindustrian, Institut Kemahiran Malaysia dan Politeknik. Bidang kemahiran yang

ditawarkan di pusat pengajian berkaitan dengan pembinaan bangunan antaranya adalah

pendawaian elektrik domestik. Jurusan ini adalah penting bagi melahirkan pekerja-

pekerja yang mahir dalam pemasangan sistem elektrik disebabkan ia adalah keperluan

asas dalam pembinaan sesuatu bangunan atau rumah kediaman. Bagi melengkapkan

sistem pendidikan dan latihan yang mencukupi kepada pelajar, pihak IPT telah

Page 22: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

2

mewujudkan latihan industri yang memerlukan pelajar menjalankan latihan praktikal di

industri bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka.

Semasa menjalankan latihan industri, faktor keselamatan dan keselesaan pelajar

perlu diberi keutamaan di dalam pemasangan sistem-sistem tersebut. Hal ini disebabkan

kerana pembangunan yang rancak ini dikhuatiri timbulnya masalah dalam sektor

pembinaan terutamanya masalah keselamatan di tempat kerja. Keadaan keselamatan ini

ditekankan atas penglibatan faktor-faktor tertentu seperti persekitaran kerja, rekabentuk

alat bantuan kerja yang digunakan, pengurusan keselamatan dan kesihatan dan faktor

manusia yang mendorong kepada berlakunya kemalangan semasa menjalankan sesuatu

tugas. Berdasarkan analisa kemalangan elektrik pada tahun 2002 hingga 2006 yang

telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga mendapati bahawa punca kemalangan

elektrik mengikut peratus adalah disebabkan seperti Jadual 1.1 berikut:

Jadual 1.1 Punca kemalangan elektrik yang dilaporkan Suruhanjaya Tenaga 2000-2006

(Sumber: Suruhanjaya Tenaga, 2002-2006)

Jadual 1.1 di atas menunjukkan punca kemalangan yang paling tinggi adalah

disebabkan oleh pemasangan / senggaraan yang tidak sempurna dan diikuti dengan

Bil. Punca Kemalangan 2002 2003 2004 2005 2006 Jum. % 1 Pemasangan/

Senggaraan tidak sempurna

11 18 15 24 26 94 36

2 Prosedur kerja selamat tidak dipatuhi

12 18 15 22 22 89 33

3 Aktiviti kerja orang awam berhampiran pepasangan elektrik

5 8 9 2 7 31 12

4 Pencerobohan pepasangan elektrik Salahguna Sistem Pendawaian

1 3 3 3 10 20 7

5 Kecacatan pada peralatan/perkakasan elektrik

2 1 1 1 3 8 3

6 Punca-punca lain 1 3 4 4 8 20 7

Page 23: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

3

prosedur kerja selamat tidak dipatuhi. Analisa tersebut menafsirkan bahawa masalah ini

mempunyai kaitan yang tinggi terhadap keselamatan kepada pekerja yang menjalankan

kerja-kerja pendawaian elektrik. Kemalangan yang dinyatakan juga termasuklah

kemalangan yang disebabkan oleh renjatan elektrik dan faktor-faktor lain yang

berpunca dari elektrik.

Jika dilihat di negara-negara maju, masalah keselamatan di tempat kerja sudah

lama dititikberatkan. Konsep ergonomik adalah antara yang diaplikasikan bagi

memastikan keselamatan dan keselesaan pekerja semasa menjalankan sesuatu tugas

adalah terjamin. Chapanis (1985) merumuskan ergonomik adalah suatu kajian sains

yang terdiri daripada penggunaan maklumat mengenai kelakuan, had dan kemampuan

manusia selain mempunyai ciri-ciri untuk merekabentuk sistem, mesin atau peralatan,

tugas, persekitaran dan ruang kerja supaya pekerja lebih produktif, selamat, selesa dan

efektif. Pernyataan tersebut selari dengan David (1996) yang menyatakan bahawa

bidang sains yang merangkumi ergonomik ialah penyesuaian pekerja terhadap tempat

kerjanya dan semua elemen yang terlibat dengan keperluan pekerja.

Keadaan ini memberikan cabaran kepada pelajar di dalam bidang teknikal yang

sentiasa terdedah dengan bahaya yang berkaitan dengan persekitaran tempat kerja

terhadap diri mereka terutamanya melibatkan pemasangan sistem pendawaian elektrik.

Bagi mengharungi keadaan ini, pelajar perlulah mempunyai persediaan, pengetahuan

dan kemahiran yang mencukupi bagi memastikan risiko kemalangan di tempat kerja

dapat dikurangkan. Melalui situasi tersebut, kajian ini adalah memfokuskan kepada

masalah keselamatan dan kesihatan yang berlaku di dalam kerja pendawaian elektrik

terhadap syarikat swasta atau kerajaan yang mengendalikan pelajar semasa menjalani

Latihan Industri.

Page 24: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

4

1.1 Latar Belakang Masalah Pekerja kolar biru seperti di tapak bina merupakan pekerjaan yang terdedah

kepada pelbagai risiko kemalangan. Pekerja pendawaian elektrik semasa memasang

sistem pendawaian mempunyai risiko yang tinggi dan amat berkait rapat dengan

masalah ergonomik. Terdapat beberapa faktor penting yang melibatkan seseorang

pekerja dengan masalah tersebut antaranya masalah organisasi, persekitaran, rekabentuk

alat bantuan kerja yang digunakan, dan faktor pekerja yang mengamalkan tingkah laku

yang tertentu.

Bagi pelajar yang menjalani kursus pendawaian elektrik di institusi pengajian

tinggi, mereka menjalani aktiviti di bengkel pendawaian yang dilengkapi dengan

pelbagai peralatan, persekitaran yang baik, sistem pengurusan yang teratur dan masa

menjalani amali yang sesuai dengan tugasan mereka. Situasi ini adalah jauh berbeza

semasa pelajar-pelajar tersebut menjalani latihan industri. Di industri, mereka terdedah

kepada pelbagai situasi semasa menjalankan pendawaian elektrik. Melalui keadaan ini,

risiko untuk berlakunya kemalangan di tempat kerja juga adalah tinggi. Masalah yang

dikenalpasti terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu tindakan penting bagi

memastikan tindakan yang sewajarnya dapat dibuat untuk mengelakkan berlakunya

kemalangan dan masalah kesihatan.

Semasa menjalani latihan industri, pelajar atau pekerja terdedah kepada

persekitaran kerja yang pelbagai. Fernberg (1992) menyatakan bahawa persekitaran

kerja yang selesa adalah tiada gangguan bunyi yang bising, suhu yang melampau,

kelemahan sistem pencahayaan, dan tiada kesan kesakitan pada bahagian badan.

Bekerja pada suhu yang panas seperti membuat pendawaian di atas siling dan terdedah

kepada cahaya matahari menyebabkan berlakunya ketidakselesaan semasa bekerja.

Griffitt (1970) pula menjelaskan bahawa sistem pengudaraan dan suhu yang tidak selesa

akan memberi kesan terhadap psikologi sosial individu yang akhirnya boleh

menjejaskan tahap kesihatan.

Page 25: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

5

Persekitaran yang memerlukan kedudukan yang tinggi untuk melakukan sesuatu

kerja seperti memasang lampu, kipas, membuat pendawaian yang memerlukan pekerja

untuk mendongak dan mengangkat tangan yang terlalu lama boleh menyebabkan

berlakunya masalah muskuloskeletal. Hal ini dibuktikan oleh Parker (1995) yang

menyatakan bahawa persekitaran kerja yang ergonomik dapat mengurangkan aduan

berkaitan tubuh badan iaitu masalah muskuloskeletal. Suasana pencahayaan yang

kurang seperti berada di dalam siling yang ditambah lagi dengan tiada pengaliran udara

boleh menyebabkan berlakunya ketidakselesaan.

Persekitaran yang terdedah kepada habuk ketika melakukan pendawaian

tersembunyi, contohnya memerlukan pekerja memotong konkrit untuk menanam paip di

dalam dinding bata. Keadaan ini menyebabkan penghasilan habuk halus daripada

konkrit yang dipotong, ditambah lagi dengan masalah pengaliran udara jika bekerja di

dalam ruang yang sempit dan tertutup. Bekerja pada ruang yang sempit disebabkan

rekabentuk bangunan atau rumah boleh memberikan ketidakpuasan kepada pekerja. Hal

ini dibuktikan melalui pernyataan Edwards dan Rothbard (1999) iaitu ketidaksesuaian

antara persekitaran stesen kerja dengan pekerja memberi kesan negatif kepada mental

dan fizikal serta menambahkan lagi aduan berkenaan dengan masalah kesihatan.

Punca rekabentuk alat bantu kerja seperti peralatan dan mesin yang digunakan

juga memainkan peranan penting dalam masalah ergonomik di tempat kerja. Rekabetuk

peralatan yang tidak sesuai akan mendatangkan masalah kepada pekerja dalam

menyiapkan sesuatu tugas. Selain daripada itu, rekabentuk peralatan yang tidak sesuai

mendatangkan bahaya dan memberikan kesan kepada tubuh badan. Peralatan yang

mengeluarkan getaran seperti penggunaan mesin canai yang terlalu lama memberikan

kesan sampingan kepada pekerja. Penghasilan bunyi yang dikeluarkan oleh mesin juga

turut memberi gangguan semasa menjalankan tugas. Antara kemalangan di tempat kerja

adalah disebabkan oleh peralatan yang digunakan oleh individu dalam menyelesaikan

sesuatu tugasan (Wickens et al., 2004). Penggunaan mesin yang tidak ergonomik juga

memberikan kesan sampingan kepada tubuh badan. Ia ditambah lagi dengan kedudukan

pekerja yang berada di atas tangga mudah alih untuk melakukan kerja di tempat tinggi.

Page 26: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

6

Selain daripada rekabentuk alat bantuan kerja, majikan perlu memainkan

peranan yang penting dalam aspek pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjanya.

Majikan yang mengambil berat terhadap keselamatan pekerja dapat mengurangkan

masalah ergonomik di tempat kerja. Majikan haruslah menekankan faktor keselamatan

pekerja seperti mewajibkan pekerja memakai peralatan keselamatan dan menyedarkan

pekerjanya mengenai keselamatan diri, alat dan orang lain. Merujuk Edward dan

Cooper (1990), organisasi yang gagal menyesuaikan persekitaran kerja dengan individu

akan meningkatkan ketegangan dan menyebabkan masalah kesihatan.

Selain daripada itu, majikan juga sepatutnya menyediakan peralatan dan bahan

yang lengkap dan bersesuaian dengan tugas mereka. Kekurangan peralatan boleh

memberikan kesan buruk kepada pekerja. Situasi ini berlaku apabila ketiadaan peralatan

mesin seperti gerudi mudah alih menyebabkan pekerja terpaksa menggunakan pemutar

skru secara manual untuk menjalankan kerja-kerja mereka yang lama kelamaannya

memberikan kesan pada otot lengan. Masalah pengurusan masa yang tidak bersesuaian

dengan tugas pekerja boleh menyebabkan tekanan di tempat kerja. Berdasarkan kajian

McLean (1974), selain terdedah kepada risiko kemalangan, bunyi bising, pencemaran

udara dan bebanan kerja fizikal, pekerja kolar biru turut terlibat dalam masalah tempoh

masa bekerja yang panjang, tekanan kerja syif, masalah gaji, kurangnya hubungan

sosial di tempat kerja, dan hubungan yang buruk dengan penyelia. Ia juga melibatkan

seperti majikan yang mengejar masa untuk menyiapkan projek pendawaian elektrik dan

pekerjanya menuruti desakan tersebut memungkinkan berlakunya kemalangan di tempat

kerja.

Seseorang pekerja juga adalah faktor penting dalam memastikan masalah

semasa menjalankan kerja pendawaian dapat dikurangkan. Pekerja haruslah bersedia

dalam menjalankan sesuatu tugas. Seseorang pekerja sepatutnya mempunyai

pengetahuan yang mencukupi dari segi penggunaan peralatan dan bahan, pengetahuan

mengenai keselamatan dan kerja-kerja teknikal yang memerlukan kaedah-kaedah

tertentu bagi mengelakkan daripada berlakunya kecederaan. Selain itu, postur tubuh

semasa menjalankan sesuatu kerja seperti mengangkat barang yang berat dan

Page 27: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

7

menjalankan kerja membuat bebenang pada paip besi bergalvani penting bagi

memastikan kerja dapat berjalan dengan lancar tanpa mencederakan otot-otot badan.

Kerja pendawaian elektrik juga sentiasa memerlukan pekerja mengangkat

anggota tangan melebihi kepala untuk menyelesaikan tugasan mereka. Waktu kerja

yang lama dan masa rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan pekerja tersebut

kepenatan dan risiko untuk berlakunya kecederaan adalah tinggi disebabkan pekerja

tersebut tidak dapat memberi fokus terhadap dengan tugas mereka. Masalah leher, bahu,

lengan, pinggul dan lutut mempunyai kaitan yang rapat terhadap postur semasa bekerja

(Magnusson dan Pope, 1998). Kekurangan latihan dan pendedahan awal menyebabkan

tugas tidak dapat berjalan dengan lancar, kesukaran mengendalikan bahan dan peralatan

yang mendatangkan kecederaan dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk

menyiapkan kerja-kerja mereka berbanding dengan pekerja yang mendapat latihan dan

berpengalaman.

1.2 Pernyataan Masalah

Risiko berlakunya kemalangan di tempat kerja terutamanya terhadap pelajar-

pelajar yang menjalankan kerja-kerja pendawaian elektrik adalah tinggi. Tanpa

mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah keselamatan dan

keselesaan di tempat kerja, masalah tersebut berkemungkinan akan berlaku dan

memberikan kesan yang buruk kepada pekerja terutamanya pelajar yang menjalankan

latihan industri.

Walaubagaimanapun, adalah mustahil untuk memastikan kemalangan dan

masalah kesihatan di tempat kerja tidak berlaku. Oleh itu, langkah pencegahan

merupakan kaedah terbaik berbanding dengan langkah untuk mengubati sesuatu

kemalangan. Berdasarkan situasi ini, mengenalpasti masalah ketika menjalankan kerja

pendawaian elektrik dan menentukan faktor-faktor yang boleh mengganggu aspek

keselamatan dan kesihatan pelajar dalam menjalankan kerja pendawaian elektrik adalah

Page 28: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

8

diperlukan. Masalah yang dikenalpasti dapat dicegah terlebih dahulu dengan membuat

persediaan awal kepada pelajar-pelajar yang terlibat di dalam jurusan terbabit bagi

mengelakkan daripada berlakunya kemalangan pada diri mereka. Oleh itu, kajian yang

dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti masalah dalam kerja pendawaian elektrik

yang wujud ketika pelajar menjalani latihan industri dengan melihat kepada punca

persekitaran kerja, rekabentuk alat bantuan kerja, pengurusan keselamatan dan

kesihatan, dan faktor manusia.

1.3 Objektif Kajian Berpandukan kepada pernyataan masalah tersebut, objektif kajian ini adalah

seperti di bawah:

1.3.1 Mengenalpasti masalah persekitaran kerja yang wujud dalam kerja pendawaian

elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri.

1.3.2 Mengenalpasti masalah rekabentuk alat bantuan kerja yang wujud dalam kerja

pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri.

1.3.3 Mengenalpasti masalah pengurusan keselamatan dan kesihatan yang wujud

dalam kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri.

1.3.4 Mengenalpasti masalah faktor manusia yang wujud dalam kerja pendawaian

elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri.

1.4 Persoalan Kajian Bagi kajian ini, persoalan kajian yang dibina untuk menjawab objektif di atas

adalah seperti berikut:

Page 29: MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA … · 2013-11-19 · masalah kerja-kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri mohd azwan bin md. yasim universiti

9

1.4.1 Apakah masalah persekitaran kerja yang wujud dalam kerja pendawaian elektrik

ketika pelajar menjalani latihan industri?

1.4.2 Apakah masalah rekabentuk alat bantuan kerja yang wujud dalam kerja

pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri?

1.4.3 Apakah masalah pengurusan keselamatan dan kesihatan yang wujud dalam kerja

pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri?

1.4.4 Apakah masalah faktor manusia yang wujud dalam kerja pendawaian elektrik

ketika pelajar menjalani latihan industri?

1.5 Kepentingan Kajian Sebelum membuat sesuatu tindakan susulan, maklumat tentang punca yang

menyebabkan masalah dalam menjalankan kerja pendawaian elektrik di tempat kerja ini

perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Berdasarkan kepada masalah yang telah dikenalpasti

tersebut, perancangan awal sebelum menjalankan kerja pendawaian dapat dirangka bagi

memastikan keselamatan dan keselesaan pekerja dapat dicapai. Melalui hasil daripada

kajian ini juga diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada pihak yang berkaitan

dalam memastikan risiko berlakunya masalah dalam kerja pendawaian elektrik dapat

dikurangkan.

Kajian ini penting bagi institusi yang menyediakan kursus latihan yang berkaitan

dengan kerja-kerja pendawaian elektrik. Berdasarkan kepada masalah yang dikenalpasti,

institusi pengajian perlu menekankan kepada pelajar tentang aspek-aspek keselamatan

diri, alat dan orang lain serta latihan dan kemahiran yang mencukupi sebelum bekerja

dalam situasi sebenar. Ini akan dapat memastikan pelajar-pelajar yang telah menjalani

kursus mendapat pengetahuan yang secukupnya mengenai bahaya keselamatan

terutamanya kepada diri mereka. Institusi juga diharapkan mampu menyedarkan pelajar