Masalah komputer

7
PENGENALAN Menurut Niko Rahmadi Wiharto (2014), komputer mempunyai tiga (3) komponen utama yang mana ketiga-tiga komponen ini mempunyai fungsi yang sangat penting. Sekiranya salah satu komponen tiada, computer tidak akan beroperasi. Tiga komponen yang dimaksudkan adalah: (a) Hardware (Perkakasan) (b) Software (Perisian) (c) Brainware (manusia/ pengguna) Rajah 1: Komponen utama komputer (a) HARDWARE (PERKAKASAN) Rajah 2: Perkakasan Komputer (b) SOFTWARE (PERISIAN) Komponen Komputer Hardware (Perkakasan) Software (Perisian) Brainware (Pengguna) Hardware merupakan komponen dalam sistem computer yang dapat dilihat dan disentuh secara fizikal yang terdiri daripada papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse), hard disk, RAM, CPU dan lain-lain. Computer Software (perisian computer) merupakan suatu program yang digunakan dalam komputer dan segala perisian ini dapat ditafsirkan oleh komputer.

Transcript of Masalah komputer

Page 1: Masalah komputer

PENGENALAN

Menurut Niko Rahmadi Wiharto (2014), komputer mempunyai tiga (3) komponen

utama yang mana ketiga-tiga komponen ini mempunyai fungsi yang sangat

penting. Sekiranya salah satu komponen tiada, computer tidak akan beroperasi.

Tiga komponen yang dimaksudkan adalah:

(a) Hardware (Perkakasan)

(b) Software (Perisian)

(c) Brainware (manusia/ pengguna)

Rajah 1: Komponen utama komputer

(a) HARDWARE (PERKAKASAN)

Rajah 2: Perkakasan Komputer

Brainware(Pengguna)

Software(Perisian)

Hardware(Perkakasan)

Komponen Komputer

Hardware merupakan

komponen dalam sistem

computer yang dapat

dilihat dan disentuh

secara fizikal yang terdiri

daripada papan kekunci

(keyboard), tetikus

(mouse), hard disk, RAM,

CPU dan lain-lain.

Page 2: Masalah komputer

(b) SOFTWARE (PERISIAN)

Rajah 3 : Perisian komputer

(b) BRAINWARE (PENGGUNA)

Rajah 4 : Brainware (Pengguna)

Computer Software (perisian

computer) merupakan suatu

program yang digunakan dalam

komputer dan segala perisian ini

dapat ditafsirkan oleh komputer.

Tanpa perisian, komputer tidak

dapat digunakan. Perisian utama

yang perlu ada dalam komputer

adalah sistem operasi yang

dilengkapi dengan pelbagai aplikasi

default dan juga aplikasi lain

sekiranya perlu.

Brainware merupakan

pengguna komputer dengan

kata lain adalah orang yang

mengoperasikan komputer

melalui perisian yang ada

dalam komputer. Secanggih

mana komputer, sekiranya

tidak ada pengguna, maka

kewujudan komputer adalah

sia-sia kerana ianya tidak boleh

berkerja sendiri tanpa ada

pengguna yang

Page 3: Masalah komputer

LIMA JENIS KEROSAKAN KOMPUTER YANG PALING KERAP BERLAKU

Komputer merupakan salah satu alat elektronik yang mempunyai risiko

kerosakan yang tinggi kerana iannya digunakan ‘daily basis’ atau kegunaan harian

bagi mereka yang melakukan pekerjaan mahupun aktiviti harian dengan

menggunakan computer. Pengguna jarang sekali mengambil tahu tentang risiko-

risiko kerosakan tersebut sehinggalah iannya terjadi. Sebagai pengguna, adalah

penting untuk mengetahui potensi kerosakan, cara penjagaan dan yang paling

penting tahu bagaimana mengenal pasti sebarang masalah yang kerap berlaku

terhadap computer peribadi.

Pengalaman dalam menghadapi masalah – masalah serta kerosakan pada

komputer peribadi sangat mengecewakan hampir setiap pengguna.

Walaubagaimanapun, setiap kerosakan tersebut mempunyai penyelesaian samaada

pengguna hantar ke kedai membaiki komputer ataupun pengguna boleh menari

jalan penyelesaian melalui pembacaan. Ilmu dalam dunia komputer boleh

membantu pengguna menyelesaikan kerosakan mahupun masalah komputer

peribadi tanpa pergi ke kedai membaiki komputer. Selain menjimatkan masa,

iannya juga menjimatkan tenaga dan kos. Akan tetapi, sekiranya kerosakan

tersebut adalah bukan kerosakan biasa, pengguna perlu berjumpa dengan jurutera

komputer ataupun seseorang yang arif dalam dunia komputer.

Menurut seorang penulis Majalah PC iaitu Syafiq Bakri 2014, ada kalanya

peranti komputer samaada desktop, laptop, atau notebook sering mengalami

masalah dan kerosakan kecil yang sebenarnya boleh diatasi oleh pengguna sendiri.

Masalah dan kerosakan komputer adalah seperti berikut :

1. Komputer Reboot Sendiri

Komputer yang sering reboot sendiri biasanya disebabkan oleh masalah pada

perkakasan komputer seperti RAM, hardisk, overheat, BIOS, power supply, graphic

card bagi perkaskasan dalaman dan juga mungkin disebabkan perkakasan luaran

seperti mouse, keyboard dan sebagainya.

Page 4: Masalah komputer

Pertama, kenal pasti masalah pada RAM komputer. Pengguna perlu

mengikuti langkah-langkah yang betul dalam proses mengenal pasti masalah pada

RAM serta memastikan tidak berlaku sebarang ralat dalam mana-mana langkah

tersebut. Sekiranya berlaku ralat, makan iannya dapat menimbulkan masalah

reboot sendiri tadi. Oleh itu, adalah perlu memeriksa mainboard samaada RAM

tersebut serasi dengan mainboard komputer tersebut. Seterusnya periksa keadaan

hardisk pada komputer. Pengguna perlu merujuk cara pengujian hardisk yang

dibekalkan pada manual semasa membeli komputer tersebut. Pengguna perlu

menjalankan pengujian yang lengkap dan melihat kestabilan hardisk tersebut.

Sekiranya didapati ada terdapat banyak kesalahan, pengguna perlu mengambil

tindakan membuat backup file bagi maklumat dan data-data yang penting.

Kemudian boleh jalankan program ‘Check Disk’ bagi melihat samaada masalah

tersebut dapat diselesaikan atau dihantar ke kedai membaiki komputer.

Selain itu, masalah overheat (kepanasan) juga merupakan salah satu

penyebab kepada ketidakstabilan sistem komputer. Pengguna dapat menguji dan

memantau suhu dengan menggunakan perisian yang sesuai seperti SpeedFan,

HWMMonitor, Open Hardware Monitor dan sebagainya. Sekiranya didapati bahawa

penyebab ketidakstabilan ini adalah terlalu panas, maka pengguna perlu membuka

CPU dan bersihkan debu pada penyejuk prosesor dan kipas prosesor. Sekiranya

pengguna tidak mempunyai ilmu mahupun kepakaran, adalah disarankan merujuk

masalah tersebut kepada pihak yang pakar dalam bidang komputer. Selain itu,

pengguna beranggapan dengan memiliki siatem yang terbaik dengan mainboard

terbaru, prosesor, GPU, RAM dan lain-lain. Akan tetapi, power supply mungkin tidak

cukup kuat untuk menampung hardware. Kegagalan power supply dapat

menyebabkan sistem bertindak ganjil dan dapat dikesan melalui bunyi yang keluar

dari power supply. Dan yang terakhir, pengguna perlu memeriksa perkakasan

luaran komputer seperti USB kamera, mouse, keyboard dan lain-lain yang dapat

menyebabkan komputer reboot. Kesimpulannya, masalah yang biasa dialami oleh

komputer ialah kadang kala akan berulang kali reboot sendiri tanpa permintaan.

Kes ini selalunya disebabkan oleh perkakasan komputer itu sendiri.

 

Penyelesaian:

Page 5: Masalah komputer

Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan, sama ada telah

mengalami kerosakan atau pun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin

kipas penyejuk telah kotor yang mana habuk yang terkumpul pada kipas akan

mempercepatkan pemanasan yang mana akan menyebabkan komputer mati

secara automatik.

2. PORT USB tidak berfungsi

Sesetengah komputer atau laptop semua port USB tiba-tiba tidak berfungsi atau

rosak seperti menyambung peranti thump drive, pencetak, scanner, kamera web

dan lain-lain melalui USB ke komputer, laptop, notebook dan lain-lain, ia tidak

berfungsi dengan baik, kemmungkinan terdapat masalah pada setting (Bios,

Windows), driver, port USB rosak atau fizikal komputer atau laptop memang

mengalami kerosakan. Selain itu, ada kemungkinan sesetengah port USB, monitor

atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang

mencukupi untuk menyokong peranti tersebut. Ia memerlukan hab yang memiliki

kod kuasa tersendiri untuk berfungsi dengan baik.

 

Penyelesaian:

Langkah pertama, pengguna cuba menggunakan peranti tadi pada komputer

atau laptop lain, sekiranya ianya dapat berfungsi dengan baik, maka dengan itu

sememangnya port USB mengalami kerosakan. Pengguna juga boleh memeriksa

setting BIOS mungkin disable sengaja atau tidak kerana setting boleh berubah

disebabkan bateri motherboard rosak atau lemah. Selain itu, serangan virus dan

perisian yang tidak sesuai juga boleh mengakibatkan ianya terjadi, oleh itu

pengguna kena mengenal pasti puncanya satu persatu. Sekiranya di sebabkan

perisian, lebih baik uninstall perisian tersebut dan bagi serangan virus pula

komputer perlu dibersihkan dengan menggunakan anti virus.

Bagi masalah sumber kuasa, sambungkan terus USB tersebut secara

langsung ke salah satu port USB komputer tanpa sebarang perantara. Alatan kecil

Page 6: Masalah komputer

seperti pemacu USB, mouse dan lain-lain memiliki kod kuasa sendiri tetapi elakkan

menggunakan perantara bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.

3. Skrin membeku (Frozen)

Masalah skrin membeku sering berlaku pada komputer atau laptop disebabkan

kegagalan perkakasan dalaman. Apabila skrin anda tidak membenarkan sebarang

tindak balas dilakukan atau dalam erti kata lain membeku, anda mengalami risiko

kehilangan apa-apa kerja yang masih belum disimpan. Puncanya boleh dikatakan

kerana RAM tidak mencukupi, konflik registry, fail korup atau hilang dan spyware.

 

Penyelesaian:

Apabila ini berlaku, anda tiada pilihan lain selain terpaksa reboot komputer anda.

Sebelum itu anda perlu membuat back up file kemudian tekan dan tahan butang

kuasa sehingga komputer dimatikan, kemudian mulakan semula untuk kerja-kerja

pembersihan sistem supaya ia tidak berulang.

4. Serangan virus dan spyware

Serangan virus merupakan salah satu hal yang sangat tidak diingini dalam

komputer, selain dapat menghilangkan file mahupun aplikasi pada komputer, virus

juga dapat membuat komputer tidak boleh bertahan lama. Serangan virus adakah

perkara normal yang berlaku kepada setiap komputer atau laptop yang sentiasa

aktif di talian. Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna untuk memiliki

sekurang-kurangnya satu perisian sekuriti seperti antivirus untuk mengawalnya

daripada terus merebak dan merosakkan sistem komputer anda. Tetapi,

bagaimanakah jika serangan tersebut begitu menjadi-jadi semasa perisian sekuriti

anda masih belum dikemas kini.

 

Penyelesaian:

Page 7: Masalah komputer

Windows Defender ialah perisian antispyware yang disertakan dengan Windows dan

berjalan secara automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi anda juga perlu sentiasa

mengemas kini Windows Defender bagi memastikan pengesanan spyware terbaru.

Cara aktifkan dengan langkah seperti berikut:

5. Blue Screen of Death (BSoD)

Pengguna Windows pasti sering mendengar adanya komputer atau laptop yang

terkena Blue Screen of Death atau BOSD. BOSD terjadi kerana adanya perisian atau

perkakasan yang crash sehingga menyebabkan sistem restart. BOSD tidak seperti

komputer hang yang masih boleh diatasi sehingga tidak perlu restart komputer.

Penyebab Blue Screen of Death (BSOD) biasanya disebabkan adanya masalah

dengan hardware atau software yang berjalan di kernel windows iaitu apabila

windows bertemu dengan Error Stop sehingga terjadi kegagalan kritikal dan

meyebabkan Windows Crash dan berhenti berkerja.

Penyelesaian:

Untuk risau, kebanyakan masalah ini hanya memerlukan anda untuk reboot semula.

Ralat STOP muncul di skrin anda atas pelbagai sebab termasuklah kegagalan

perkakasan, perisian rosak, fail DLL korup, masalah dengan pemacu dan

sebagainya. Penyelesaiannya lebih bergantung pada punca masalah tetapi Skrin

menyediakan anda dengan kod yang boleh membantu rujukan anda mengenal pasti

dan menyelesaikan masalah tersebut.

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Bagi memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik dan untuk penggunaan

jangka panjang, peyelengaraan dan pembersihan komputer dan komponen-

Windows  – Start  A> taip Defender dalam kotak carian  A> Windows Defender.

Page 8: Masalah komputer

komponen lain secara sistematik bagi mengelakkan risiko kerosakan dan juga untuk

keselamatan sebagai pengguna.

RUJUKAN

Komponen Utama Pembangun Sistem Komputer (Hardware, Software, dan Brainware)

http://www.pintarkomputer.com/2014/09/3-komponen-utama-pembangun-sistem-komputer-hardware-software-brainware.html

Posted By Niko Rahmadi Wiharto On Tuesday, September 30, 2014

Dimuat turun pada 01 Mei 2015

Masalah Biasa Pc Dan Penyelesaiannya

zuraida zulhilmi